tugasan hbef1503 masyarakat&tamadun

Upload: ummi-afilia-zharif

Post on 11-Oct-2015

31 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

SEMESTER MAY / 2012

HBEF1503

SOSIOLOGI MASYARAKAT DAN KETAMADUNAN

NO. MATRIKULASI : 761124135940001NO. KAD PENGNEALAN: 761124135940NO. TELEFON: 019-8896698E-MEL: [email protected]

PUSAT PEMBELAJARAN: PPW SARAWAK

HBEF1503

12

Senarai Kandungan............................................................................................................

1.0 Pengenalan Ciri-ciri masyarakat majmuk di Malaysia 2 Dasar Pendidikan dan Falsafah Pendidikan Negara3

2.0 Kekuatan dan Kelemahan Dasar Pendidikan danFalsafah Pendidikan Negara5 - 8

3.0 Cadangan Memperbaiki dan Mempertingkatkan Dasar Pendidikan Negara9 - 12

4.0 Kesimpulan12

Rujukan13

1.0 Pengenalan

Malaysia merupakan sebuah negara majmuk yang istimewa dan unik dari segi kepelbagaian kaum, etnik, budaya, agama, bahasa dan perayaan yang disambut oleh masyarakatnya. Masyarakat majmuk ini merupakan daya tarikan kepada masyarakat luar. Majmuk bermaksud terdiri daripada berbagai jenis yang disatukan. Manakala masyarakat majmuk pula bermaksud masyarakat pelbagai kaum yang merujuk kepada suasana kepelbagaian bangsa yang bersama-sama atau berkongsi hidup dan tinggal dalam sebuah negara yang sama.Malaysia mempunyai pelbagai suku kaum seperti Melayu, Cina, India, Orang Asli, Bajau, Kadazan, Murut, Kedayan, Melanau, Bidayuh dan Iban. Kepelbagaian kaum dan etnik ini membawa kepada wujudnya kepada pelbagai bahasa dan dialeknya. Kelainan bahasa dan dialek ini mewarnai masyarakat majmuk di Malaysia. Namun ia bukan penghalang kepada masyarakat majmuk ini untuk hidup bersama-sama dan berkongsi segalanya.Menurut J.E Goldthorpe iaitu seorang sarjana dalam bidang sosiologi, beliau berpendapat kewujudan masyarakat majmuk di Malaysia adalah sejajar dengan penjajah yang datang ke Tanah Melayu pada masa dahulu dengan membawa masuk kaum Cina dan India bagi memenuhi peluang pekerjaan yang disediakan oleh pihak penjajah. Namun pada masa tersebut, kaum-kaum ini hidup sebagai komuniti-komuniti yang berasingan. Mereka bukan sahaja terpisah kerana adat, makanan dan pakaian tetapi juga terpisah daripada segi pekerjaan serta tempat tinggal.

Ciri-ciri Masyarakat Majmuk di Malaysia

Keamanan yang dinikmati dan keharmonian hidup pelbagai kaum telah menjadi Malaysia sebuah negara yang dihormati oleh pelbagai pihak. Penerimaan kontrak sosial yang dipersetujui bersama adalah untuk menjaga hubungan kaum dan etnik yang cukup istimewa. Masyarakat di Malaysia diberi hak pendidikan dalam bahasa ibunda mereka sendiri tetapi tetap mengiktiraf Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan. Pengiktirafan ini memudahkan masyarakat majmuk di Malaysia untuk berkomunikasi tanpa sebarang halangan.Ciri yang lain terdapat dalam masyarakat majmuk di Malaysia ialah bebas untuk mengamalkan agama dan kepercayaan masing-masing walapun agama Islam diberi status sebagai agama rasmi negara. Di Malaysia, masyarakatnya menganut pelbagai agama selain agama Islam. Antaranya Hindu, Kristian, Buddha, Konfusios dan Taois. Kebebasan beragama ini tidak menyebabkan masyarakat Malaysia hidup dalam keadaan berpecah-belah seperti negara-negara yang dilanda krisis hanya kerana agama.Masyarakat Malaysia ini juga berkongsi dari segi perayaan, aktiviti kebudayaan dan makanan. Masyarakat unik ini berkongsi kegembiraan apabila tiba musim perayaan sesuatu kaum. Aktiviti rumah terbuka yang diamalkan oleh kaum melayu Islam turut diraikan bersama oleh kaum atau etnik yang bukan beragama Islam. Perkongsian makanan dan pakaian juga merupakan ciri masyarakat majmuk di Malaysia, contohnya baju kurung diterima oleh semua kaum di Malaysia, begitu juga dengan makanan.

Dasar Pendidikan Di Malaysia Penentu Perpaduan Kaum

Dasar pendidikan penting dalam membentuk perpaduan kaum di negara kita. Peringkat permulaan dasar pendidikan di negara kita, kerajaan British telah memperkenalkan Laporan Barnes (1950), dimana negara kita belum mencapai kemerdekaan. Tujuan laporan tersebut ialah supaya Tanah Melayu boleh berkerajaan sendiri dengan perpaduan kaum pada masa itu. Laporan ini mencadangkan bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa pengantar pada peringkat sekolah rendah serta bahasa Inggeris pada peringkat sekolah menengah. Cadangan ini juga diharap dapat merapatkan jurang komunikasi antara kaum tersebut.Namun cadangan ini ditentang oleh masyarakat Cina kerana bagi mereka cadangan tersebut menggugat bahasa ibunda mereka dan kemudian mencadangkan Laporan Fenn-Wu supaya sekolah vernakular Cina dikekalkan walapun mereka setuju dengan sistem pendidikan kebangsaan. Bagi menyelesaikan masalah ini, Ordinan Pelajaran 1952 diperkenalkan dengan mengambil kira Laporan Barnes dan Laporan Fenn-Wu. Namun ordinan ini tidak dapat dilaksanakan kerana mendapat tentangan daripada masyarakat Cina dan India, selain itu kerajaan pada masa itu mengalami kekurangan kewangan dan juga ancaman komunis.Selepas itu Parti Perikatan yang dipelopori penduduk Tanah Melayu telah memperkenalkan Penyata Razak 1956 dengan mengemukakan sistem persekolahan yang sama dan kurikulum yang seragam bercorak kebangsaan. Fungsi utama penyata ini adalah bertujuan menyuburkan semangat perpaduan kaum di Tanah Melayu. Kemudian Laporan Rahman Talib diperkenalkan yang menekankan pula penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan ia telah menjadi Akta Pendidikan 1961.Setelah itu, Jawatankuasa Kabinet dibentuk untuk mengkaji keberkesanan sistem pendidikan serta mempertingkatkan kualitinya dengan pelaksanaan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM). Seterusnya kerajaan telah melaksanakan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Falsafah ini menjadi pelengkap kepada Dasar Pendidikan Kebangsaan, dimana dasar ini amat penting dalam memupuk perpaduan kaum dan integrasi nasional.Dasar Pendidikan yang dilaksanakan oleh kerajaan amat menitikberatkan dasar dalam membentuk perpaduan dan hanya pendidikan dapat mewujudkan semangat perpaduan di kalangan pelbagai kaum di Malaysia.

2.0 Kekuatan dan Kelemahan Dasar dan Falsafah Pendidikan Negara

Kekuatan Dasar dan Falsafah Pendidikan Negara

Pendidikan di Malaysia sejak mula dan hingga kini mempunyai matlamat menyatupadukan masyarakatnya yang berbilang kaum dan seterusnya diikuti dengan matlamat bahawa pendidikan dapat membekalkan tenaga kerja mahir untuk pembangunan ekonomi negara serta melahirkan rakyat yang berdisplin. Ini mencerminkan bahawa Dasar Pendidikan diharapkan dapat memenuhi keperluan tenaga rakyat negara ini dalam jangka masa panjang dan juga pendek. Pendidikan adalah satu proses asas dan penting untuk pembinaan insan yang baik, seimbang dan bersepadu untuk menjayakan hasrat dan cita-cita negara.Salah satu kekuatan dasar dan falsafah pendidikan adalah falsafah tentang manusia yang berasaskan kepercayaan kepada Tuhan dan agama. Maka Laporan Jawatankuasa Kabinet memperakui supaya murid-murid bukan Islam diajar Pendidikan Moral, manakala pengajaran Pendidikan Islam pula akan diperbaiki serta diperkukuhkan. Dengan ada pengetahuan agama yang mendalam dapat membantu seseorang individu menjadi seorang yang harmonis dan seimbang. Selain itu memahami kewujudan alam dan hukum-hukum Tuhan, juga menjadi insan yang bersyukur serta sedia menerima dugaan. Inilah yang ditegaskan dalam falsafah pendidikan bagi melahirkan insan yang berpegang teguh kepada agama.Kekuatan kedua yang terdapat pada dasar dan falsafah pendidikan ialah Bahasa Melayu digunakan sepenuhnya dari sekolah rendah ke sekolah menengah hinggalah ke institusi pengajian tinggi. Ini dinyatakan dalam Akta Pelajaran 1961. Ini menunjukkan bahawa sistem pendidikan mementingkan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama dan seterusnya dapat merapatkan jurang komunikasi dikalangan masyarakat yang berbilang kaum serta mempunyai dialek yang berlainan.Kekuatan ketiga yang boleh dihuraikan ialah peluang pendidikan yang diberikan secara percuma kepada semua individu tanpa mengira kaum atau agama. Ini memberi peluang kepada semua masyarakat mendapat pendidikan tanpa rasa dipinggirkan. Golongan miskin juga berpeluang memiliki ilmu pendidikan dan dapat dimanfaatkan untuk diri sendiri dan orang lain. Inilah yang dimahukan dan dihuraikan dalam falsafah pendidikan negara. Pendidikan percuma kepada semua murid ini dapat merapatkan lagi perhubungan dalam masyarakat dan menjauhkan sikap tidak puas hati.Melalui Akta Pelajaran 1961 juga, semua sekolah menggunakan kurikulum yang sama tanpa mengira aliran sekolah. Kurikulum yang sama memudahkan pertukaran atau perpindahan murid dari sekolah aliran Cina atau India ke sekolah aliran Melayu. Murid tidak akan mengalami masalah untuk belajar kerana kurikulum yang diajar adalah sama. Selain itu penggunaan bahasa yang sama memudahkan komunikasi murid tersebut bila berada dalam sekolah rendah aliran Melayu. Keselesaan untuk belajar dapat dikekalkan.Syor yang dikemukakan oleh Laporan Rahman Talib 1960, iaitu kenaikan darjah secara automatik di semua sekolah rendah dan sekolah menengah bantuan kerajaan. Dasar pendidikan mahu masyarakat Malaysia menjadi seorang yang berilmu berpengetahuan, memiliki sikap suka membaca serta cintakan ilmu pengetahuan. Oleh sebab itu, dasar pendidikan memberi peluang kepada masyarakat untuk belajar tanpa membebankan dimana tiada halangan untum masyarakat meneruskan pendidikan sehingga ke sekolah menengah.Matlamat dasar pendidikan dengan memberi bantuan peruntukan bagi kumpulan yang kurang bernasib baik dan kawasan luar bandar menunjukkan bahawa dasar pendidikan tidak lupa kepada masyarakat pendalaman. Masyarakat ini juga mempunyai peluang untuk menjadi orang bijak pandai dan seterusnya memberi sumbangan dalam bentuk tenaga kerja kepada negara Malaysia yang semakin pesat membangun.

Kelemahan Dasar dan Falsafah Pendidikan Negara

Kelemahan sistem pendidikan pada masa sekarang, pertama adalah kaum Cina dan India lebih cenderung memilih sekolah aliran masing-masing daripada sekolah aliran Melayu. Cara ini merenggangkan lagi hubungan perpaduan di kalangan masyarakat majmuk Malaysia. Memandangkan ketiga-tiga kaum iaitu Cina, Melayu dan India juga jarang diam dalam kawasan yang sama, maka diharapkan dengan menghadiri sekolah satu aliran sahaja dapat mmengecilkan jurang perbezaan antara mereka. Salah satu matlamat falsafah pendidikan ialah keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara. Matlamat ini dapat dicapaikan jika semua masyarakat mahu mengamalkan sikap toleransi di antara satu sama lain.Kewujudan banyak aliran pada masa ini telah terbukti tidak membantu dalam mewujudkan hubungan harmonis adalam masyarakat Malaysia. Malaysia sepatutnya mencontohi Hawaii, yang mana hanya memperkenalkan satu aliran sekolah untuk semua penduduknya yang juga terdiri daripada pelbagai kaum. Masalah yang dihadapi oleh dasar pendidikan sekarang ialah para ibu bapa kaum Cina dan India masih kurang yakin terhadap sekolah kebangsaan. Bagi mereka sekolah kebangsaan kurang berkualiti kerana kurang memberi penekanan kepada mata pelajaran penting seperti Bahasa Inggeris dan Matematik. Kaum Cina dan India amat mementing mata pelajaran tersebut kerana mereka mahu pendidikan yang terbaik untuk anak-anak mereka. Mereka juga tidak yakin dengan tenaga pengajar yang terdapat di sekolah kebangsaan.Kelemahan kedua ialah penggunaan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar subjek sains dan matematik atau dikenali dengan Program Pengajaran dan Pembelajaran Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris (PPSMI). Program ini telah mendapat respon negatif daripada rakyat kerana program tersebut telah merosakkan kedudukan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa ilmu yang digunakan sepenuhnya seperti yang termaktub dalam Akta Pelajaran 1961 dan juga memusnahkan reputasi pelajar, terutamanya yang berada di luar bandar. Ini berlaku kerana para pelajar itu belajar melalui medium yang mereka tidak faham dan seterusnya memberi impak yang buruk kepada pendidikan negara. Paling menakutkan ialah berlaku komunikasi tidak berkesan dalam pelajaran.Kelemahan ketiga ialah kekurangan tenaga pengajar yang berkemahiran juga menjadi isu dalam pelaksanaan dasar pendidikan. Sekarang banyak berlaku guru yang dipanggil dengan gelaran bidan terjun. Ini berlaku kerana guru yang bukan opsyen terpaksa mengajar mata pelajaran yang kritikal seperti Matematik, Sains dan Bahasa Inggeris bagi memenuhi keperluan pelajar.Namun kewibawaan seseorang guru akan mula dipertikaikan kerana guru tersebut kurang berpengalam dan pengetahuan tentang subjek yang diajar. Masyarakat yang menerima kesan daripada masalah ini biasanya masyarakat yang tinggal di pendalaman dan pulau-pulau. Perkara ini akan memberi kesan kepada dasar pendidikan kebangsaan yang mahu semua masyarakat di Malaysia mendapat peluang pendidikan yang sama dan juga memusnahkan hasrat kerajaan untuk mendemokrasikan pendidikan kerana tidak memberi perhatian yang serius dalam masalah ini.Kelemahan ini juga menyebabkan matlamat pendidikan yang diperluaskan skopnya dalam Laporan Jawatankuasa Kabinet tidak dapat dicapai oleh masyarakat yang berada di pendalaman dan pulau-pulau.

......matlamat negara ke arah melahirkan masyarakat yang bersatupadu, berdisiplin dan terlatih. (Laporan Jawatankuasa Kabinet 1974, hal.1)

3.0 Cadangan Membaiki dan Mempertingkatkan Pelaksanaan Dasar Pendidikan Negara

Dalam usaha memastikan pelaksanaan Dasar Pendidikan dapat mencapai matlamat, terdapat beberapa cadangan yang dikemukakan. Diharap cadangan yang akan dikemukakan dapat membantu untuk memperbaiki dan mempertingkatkan lagi Dasar Pendidikan Kebangsaan dan seterusnya memenuhi matlamat dasar tersebut.Cadangan pertama ialah penggunaan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama bagi semua sekolah yang mempunyai aliran yang berlainan. Penggunaan Bahasa Kebangsaan atau Bahasa Malaysia ini selaras dengan matlamat utama Dasar Pendidikan Kebangsaan iaitu hendak menyatupadukan masyarakat yang pelbagai kaum. Semua tahu bahawa Bahasa Malaysia telah diiktirafkan sebagai bahasa rasmi dalam segala urusan.Perkara ini telah termaktub dalam Seksyen 17, Akta Pendidikan 1996, yang menyatakan:

Bahasa Kebangsaan (Bahasa Malaysia) hendaklah menjadi bahasa pengantar utama di semua institusi pendidikan dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan kecuali sekolaj jenis kebangsaan yang ditubuhkan di bawah seksyen 28 atau mana-mana institusi pendidikan lain yang dikecualikan oleh Menteri daripada subseksyen ini(Akta Pendidikan, 1996)

Berdasarkan petikan diatas, walapun sekolah tersebut terdiri dari berbagai aliran, Bahasa Malaysia dijadikan sebagai satu mata pelajaran yang wajib dipelajari di sekolah. Penggunaan satu bahasa perhubungan dan persefahaman di antara pelbagai kaum dapat diwujudkan tanpa menimbulkan rasa curiga. Ia juga dapat mempercepatkan lagi perpaduan dan rasa harmoni antara kaum di Malaysia yang aman damai ini. Cadangan kedua bagi memperbaiki dan mempertingkatkan pelaksanaan Dasar Pendidikan Kebangsaan ialah mengadakan kurikulum dan sistem peperiksaan yang sama di semua sekolah tanpa mengambil kira jenis dan kategori sekolah tersebut. Bagaimana ia dilakukan? Kurikulum dan sistem peperiksaan yang sama ini dilakukan dengan menyelaraskan sukatan dan rancangan pengajaran yang hendak diajar oleh guru kepada para pelajar sekolah. Kurikulum ialah satu rancangan pendidikan yang terkandung segala ilmu pengetahuan serta kemahiran, nilai-nilai dan norma. Terdapat juga unsur-unsur budaya dan kepercayaan yang telah dipilih oleh masyarakat untuk diajar. Tujuan dilakukan penyelarasan ini ialah untuk menghasilkan para pelajar yang mempunyai tahap kemampuan dan kebolehan yang sama. Kurikulum Kebangsaan yang diselaraskan ini wajib digunakan oleh semua pihak. Ini telah disentuh dalam Seksyen 18 (1), Akta Pendidikan, 1996:

Menteri hendaklah menetapkan suatu kurikulum yang dikenali sebagai Kurikulum Kebangsaan yang tertakluk kepada subseksyen (3), hendaklah digunakan oleh semua sekolah dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan. (Akta Pendidikan 1996)

Peranan kurikulum ini adalah sangat penting kepada para pelajar kerana ia adalah untuk membina perkembangan pelajar yang lengkap dari segi jasmani, rohani, akal dan emosi. Dalam konteks negara kita sekarang, kurikulum juga berperanan untuk melahirkan rakyat yang memenuhi cita-cita negara untuk melahirkan masyarakat yang bersatupadu berpandukan Rukun Negara dan juga menghasilkan tenaga rakyat yang terlatih untuk keperluan modal insan. Bagi sistem peperiksaan pula, bahasa Malaysia juga dijadikan sebagai ukuran untuk menilai pencapaian yang diperolehi oleh pelajar dalam peperiksaan awam. Dengan adanya sistem peperiksaan yang seragam juga, pelajaran para pelajar tidak terganggu apabila pelajar berpindah ke sekolah lain. Mereka dapat meneruskan pelajaran seperti biasa di samping mendapat kawan-kawan baharu. Di peringkat pengajian tinggi sama ada awam atau swasta, kedudukan bahasa Malaysia juga sama dengan apa yang berlaku di peringkat sekolah rendah dan menengah. Setiap pelajar institusi tinggi awam atau swasta juga wajib mengambil peperiksaan bahasa Malaysia sebagai satu syarat untuk mendapat pengijazahan. Cara ini boleh menolong dalam proses menyatupadukan pelajar berbilang kaum di peringkat pengajian tinggi.

Cadangan ketiga ialah mendemokrasikan pendidikan di kalangan masyarakat majmuk. Usaha ini mula dilakukan sekitar tahun 1980-an dan ia bermatlamat bagi memastikan mutu pendidikan dipertingkatkan dan juga mengagihkan peruntukan secara adil. Ini selaras dengan Dasar Ekonomi Baru yang ingin menyusun semula masyarakat dengan mengurangkan jurang perbezaan peluang pendidikan antara golongan kaya dengan miskin agar mereka sama-sama dapat menikmati pelbagai kemudahan. Program sokongan pendidikan seperti Skim Pinjaman Buku Teks, asrama desa dan harian, biasiswa, rancangan makanan tambahan (RMT) dan program kesihatan untuk sekolah disediakan untuk semua kaum. Ini dibuktikan juga dengan kenyataan daripada Timbalan Perdana Menteri yang juga merupakan Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menyatakan bahawa setiap rakyat negara ini, selagi memegang kerakyatan Malaysia dan taat setia kepada negara berhak menikmati pelbagai kemudahan pendidikan yang disediakan oleh kerajaan. Beliau juga memberitahu bahawa dasar kerajaan tidak membezakan soal pelajaran, sesiapa sahaja berhak pergi ke sekolah, tidak kira anak-anak itu datang dari kaum India, Melayu, Cina, Iban atau Orang Asli. Kenyataan ini disampaikan oleh beliau semasa berucap merasmikan majlis Pecah Tanah Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Tamil Merlimau, Melaka pada 14 Februari 2011. Cadangan keempat ialah pengajaran bahasa ibunda. Ini selaras dengan matlamat sistem pendidikan kebangsaan iaitu mewujudkan sistem pendidikan berteraskan masyarakat sendiri. Kerajaan mahu memastikan setiap masyarakat di Malaysia akan dapat mengekalkan identiti kaum masing-masing, dimana ia bersesuaian dengan masyarakat majmuk Malaysia. Dengan itu, kerajaan telah mengenal pasti beberapa langkah yang sesuai iaitu membenarkan pengajaran bahasa Cina, bahasa Tamil, bahasa Iban, bahasa Kadazan-Dusun dan bahasa Arab di sekolah-sekolah. Dengan langkah ini pasti setiap masyarakat di Malaysia akan rasa hak mereka dihargai dan ini akan mengelakkan wujudnya perasan disisihkan oleh negara sendiri.

Perkara ini juga telah termaktub dalam Akta Pendidikan 1996 yang memperuntukkan bahawa:

....pengajaran bahasa Cina dan bahasa Tamil di Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Menengah Kebangsaan boleh diadakan dengan satu syarat jika ada permintaan 15 orang ibu bapa atau lebih dan jika munasabah dan praktik. (Akta Pendidikan 1996)

4.0 Kesimpulan

Semenjak mencapai kemerdekaan , Malaysia telah meletakkan matlamat dan landasan yang jelas untuk menjadi sebuah negara bermasyarakat majmuk yang bersatupadu. Masyarakat majmuk di Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum dan etnik yang dikategorikan mengikut cara hidup, pola penempatan, pekerjaan dan paling penting pendidikan. Kaum yang paling utama di Malaysia ialah Melayu, India dan Cina. Negara Malaysia juga mengamalkan demokrasi berparlimen dan juga sebuah negara yang makmur dan maju. Semua ini dapat dikecapi dengan menambah baik sistem pendidikan di negara ini, di mana masyarakat majmuk Malaysia mendapat hak dan peluang pendidikan yang sama seperti yang telah ditetapkan dalam strategi pelaksanaan Dasar Pendidikan Kebangsaan . Dasar Pendidikan Kebangsaan sememangnya dapat menampung keperluan negara Malaysia pada masa ini dan masa depan untuk menjadi sebuah negara yang maju bersepadu dari segi perpaduan rakyat, kestabilan politik, ketinggian taraf hidup, kekukuhan nilai moral dan etika, kekukuhan sistem kerajaan, ketinggian maruah bangsa serta semangat keyakinan bangsa.

RUJUKAN / REFERENSI

Abdullah Sani Yahaya (2003). Perkembangan Pendidikan di Malaysia. Bentong, Pahang: PTS Pub & Distributor Sdn. Bhd.

Abdul Rahman Aroff & Zakaria Kasa (2001). Falsafah dan Konsep Pendidikan. Shah Alam, Selangor: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan (2001). Pembangunan Pendidikan 2001- 2010. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.

Fadzilah Bt Abdullah (1996). Dasar Pendidikan Kebangsaan. Kuala Lumpur: As Noordeen.

Mohamad Faiza Ibrahim (2011). Konsep Masyarakat Majmuk (Plural Soceity) Oleh J.S Furnivall. Universiti Kebangsaan Malaysia.

Mok Soon Sang (2001). Pendidikan Di Malaysia. Subang Jaya, Selangor: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/maklumat-kenegaraan/242-dasar-pendidikan-kebangsaan.html

http://qalish.com/2011/03/sejarah-pendidikan-negara.html

http://kulanzsalleh.com/isu-pendidikan-di-malaysia/

http://kulanzsalleh.com/strategi-bagi-menjayakan-dasar-pendidikan-kebangsaan/