tugasan bm 2015

2
PENGENALAN Guru merupakan individu yang memainkan peranan penting dalam mengesan perkembangan, kebolehan, kemajuan dan pencapaian murid. Guru bertanggungjawab menentukan hasil pembelajaran yang hendak dinilai. Guru juga merancang dan membina instrumen penilaian, mentadbir ujian, merekod hasil penilaian, menganalisis maklumat, melapor dan menjalankan tindakan susulan yang perlu seperti aktiviti pengukuhan, pengayaan dan pemulihan. Ujian ialah satu kaedah, tugas atau prosedur yang digunakan untuk memperoleh pemerhatian yang sistematik tentang sifat, atau trait seseorang berhubung dengan aspek pendidikan atau psikologi (Mokhtar Ismail, 1995). Ia penting dalam memperlihatkan kejayaan atau kegagalan calon dalam sesuatu peperiksaan. Selain itu ia juga berfungsi untuk memilih dan menempatkan calon dalam kumpulan pelajar tertentu serta mengenal pasti kelemahan-kelemahan pelajar. Dalam bab ini anda akan didedahkan dengan jenis-jenis ujian dan penilaian yang biasanya dijalankan dalam konteks dunia pendidikan khususnya berkait dengan pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. 3.2.8 Esei Soalan bentuk esei amat digemari oleh kebanyakan guru disebabkan pembinaannya lebih mudah berbanding dengan soalan berbentuk lain. Soalan esei memerlukan pelajar mempunyai pengetahuan yang cukup bagi membolehkan mereka menghubungkan fakta serta prinsip

Upload: chop-za

Post on 22-Dec-2015

18 views

Category:

Documents


9 download

DESCRIPTION

esei

TRANSCRIPT

Page 1: tugasan bm 2015

PENGENALAN

Guru merupakan individu yang memainkan peranan penting dalam mengesan

perkembangan, kebolehan, kemajuan dan pencapaian murid. Guru bertanggungjawab

menentukan hasil pembelajaran yang hendak dinilai. Guru juga merancang dan

membina instrumen penilaian, mentadbir ujian, merekod hasil penilaian, menganalisis

maklumat, melapor dan menjalankan tindakan susulan yang perlu seperti aktiviti

pengukuhan, pengayaan dan pemulihan.

Ujian ialah satu kaedah, tugas atau prosedur yang digunakan untuk memperoleh

pemerhatian yang sistematik tentang sifat, atau trait seseorang berhubung dengan

aspek pendidikan atau psikologi (Mokhtar Ismail, 1995). Ia penting dalam

memperlihatkan kejayaan atau kegagalan calon dalam sesuatu peperiksaan. Selain itu

ia juga berfungsi untuk memilih dan menempatkan calon dalam kumpulan pelajar

tertentu serta mengenal pasti kelemahan-kelemahan pelajar.

Dalam bab ini anda akan didedahkan dengan jenis-jenis ujian dan penilaian yang

biasanya dijalankan dalam konteks dunia pendidikan khususnya berkait dengan

pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah.

3.2.8 Esei

Soalan bentuk esei amat digemari oleh kebanyakan guru disebabkan pembinaannya

lebih mudah berbanding dengan soalan berbentuk lain. Soalan esei memerlukan pelajar

mempunyai pengetahuan yang cukup bagi membolehkan mereka menghubungkan

fakta serta prinsip tertentu untuk disusun bagi membentuk satu idea, saranan atau

perbincangan yang menyeluruh dan mantap. Soalan bentuk ini memberikan kebebasan

sepenuhnya kepada murid untuk memilih, menyusun, menghubungkan serta

membentangkan idea dengan menggunakan perkataan sendiri. Menurut Gronlund

(1981) soalan jenis esei ini tidak sesuai untuk menguji soalan berbentuk fakta. Soalan

esei sesuai untuk mengukur hasil pembelajaran yang tidak dapat diukur dengan

menggunakan soalan objektif yang biasanya memerlukan aras kemahiran pada

peringkat tinggi seperti mengukur kemahiran memilih, menyusun, mengorganisasi, dan

menilai idea. Walaupun soalan esei lebih mudah untuk digubal, pemarkahannya adalah

agak rumit dan seringkali mudah menimbulkan bias.

Page 2: tugasan bm 2015