tugasan bahagian a

15
TUGASAN BAHAGIAN A 1.0 Pendahuluan Tujuan akhir dasar pendidikan negara adalah untuk menyatukan murid yang berlainan bangsa di bawah satu sistem pendidikan kebangsaan dengan berdasarkan fungsi dan kepentingan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. Berdasarkan Laporan Razak 1956, perkara penting yang dicadangkan adalah mewujudkan dua jenis sekolah rendah iaitu Sekolah Rendah Kebangsaan (SRK) dan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (SRJK) serta menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar bagi SRK. Penyata Razak juga mencadangkan satu sistem pendidikan menengah dengan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. Laporan Razak pada tahun 1957 dan Laporan Rahman Talib tahun 1961 setelah melaksanakan syor yang dikemukakan oleh Jawatankuasa Penyemak Rahman Talib yang seterusnya menghasilkan Laporan Rahman Talib. Laporan ini bertujuan untuk memungkinkan bahasa Melayu digunakan sepenuhnya sebagai bahasa kebangsaan, bahasa itu diberi tempat sebagai bahasa pengantar ilmu pengetahuan agar dapat berkembang menjadi bahasa yang moden dan mampu menjadi asas pembinaan negara bangsa yang maju dan berdaulat. Berdasarkan peruntukan tersebut, bahasa Melayu memiliki hak dan martabatnya dalam perlembagaan sementara bahasa-bahasa bagi kaum lain juga dipelihara dan tidak dinafikan haknya. Bahasa

Upload: indah-hawani

Post on 20-Dec-2015

225 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

education

TRANSCRIPT

Page 1: Tugasan Bahagian A

TUGASAN BAHAGIAN A

1.0 Pendahuluan

Tujuan akhir dasar pendidikan negara adalah untuk menyatukan murid yang berlainan

bangsa di bawah satu sistem pendidikan kebangsaan dengan berdasarkan fungsi dan

kepentingan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. Berdasarkan Laporan Razak 1956,

perkara penting yang dicadangkan adalah mewujudkan dua jenis sekolah rendah iaitu

Sekolah Rendah Kebangsaan (SRK) dan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (SRJK) serta

menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar bagi SRK. Penyata Razak juga

mencadangkan satu sistem pendidikan menengah dengan bahasa Melayu sebagai bahasa

pengantar. Laporan Razak pada tahun 1957 dan Laporan Rahman Talib tahun 1961

setelah melaksanakan syor yang dikemukakan oleh Jawatankuasa Penyemak Rahman

Talib yang seterusnya menghasilkan Laporan Rahman Talib. Laporan ini bertujuan untuk

memungkinkan bahasa Melayu digunakan sepenuhnya sebagai bahasa kebangsaan,

bahasa itu diberi tempat sebagai bahasa pengantar ilmu pengetahuan agar dapat

berkembang menjadi bahasa yang moden dan mampu menjadi asas pembinaan negara

bangsa yang maju dan berdaulat. Berdasarkan peruntukan tersebut, bahasa Melayu

memiliki hak dan martabatnya dalam perlembagaan sementara bahasa-bahasa bagi kaum

lain juga dipelihara dan tidak dinafikan haknya. Bahasa Melayu kemudiannya memikul

tugas sebagai bahasa rasmi negara, bahasa pentadbiran, bahasa perhubungan awam dan

sebagai bahasa pengantar di sekolah dan institusi pengajian tinggi serta menjadi bahasa

ilmiah (Nik Safiah Karim 1986: 1). Abdullah Hassan (1987: 25) dalam “Isu-isu

Perancangan Bahasa: Pengintelektualan Bahasa Malaysia” beliau menyatakan:

“selepas 1969 kerajaan dengan lebih tegas menjadikan pembelajaran bahasa Malaysia

lebih teratur. Langkah tersebut ialah dengan melaksanakan bahasa Malaysia sebagai

bahasa pengantar di sekolah- sekolah secara berperingkat-peringkat” . Penyata Razak

mempunyai 17 cadangan dengan mengambil kira matlamat akhirnya membentuk satu

sistem pendidikan kebangsaan di Malaysia. Di antara perkara yang diperkatakan ialah

semua sekolah di tanah air mempunyai sukatan yang sama, Bahasa Melayu dijadikan

bahasa Kebangsaan dan menjadi bahasa pengantar utama. Bahasa Melayu dan bahasa

Page 2: Tugasan Bahagian A

Inggeris diwajibkan bagi semua sekolah rendah dan sekolahmenengah. Bagi sekolah jenis

kebangsaan, bahasa Inggeris, Cina dan Tamil menjadi bahasa pengantar. Selain itu,

semua sekolah-sekolah rendah ditukar kepada sekolah kebangsaan dan bahasa Melayu

sebagai bahasa pengantar utama. Penubuhan satu jenis sekolah sahaja yang terbuka

kepada semua kaum. Guru-guru sekolah rendah dan menengah adalah berkelayakan.

Sistem pendidikan sekolah menengah adalah Sekolah Menengah Rendah (SMR), dan

Sekolah Menengah Atas (SMA) dan pra Universiti. Akhir sekali semua guru diletakkan

di bawah satu perkhidmatan professional dan Jemaah Nazir Persekutuan ditubuhkan.

Dalam mengejar arus globalisasi masa kini, elemen yang membantu kepada agenda

pembinaan negara bangsa ini ialah sistem pendidikan yang menggunakan bahasa

Malaysia sebagai bahasa pengantarnya (Abu Hassan Othman, 1997). Oleh itu, penubuhan

sekolah wawasan atau apa sahaja penubuhan sekolah yang dapat menyatukan tiga kaum

utama ini adalah menjadi isu penting dalam pendidikan yang dapat mempercepatkan

proses pembinaan negara bangsa Malaysia jika masalah perpaduan dapat ditangani

dengan baik dan berhemah.

Page 3: Tugasan Bahagian A

2.0 Fungsi Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di sekolah

Bahasa Melayu mempunyai lambang, iaitu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi,

dan bahasa pemersatu. Hasrat ini terungkap dalam dasar bahasa dengan merujuk pada

Perkara 152 Perlembagaan Perskutuan Tanah Melayu. Melalui perkara ini, bahasa

Melayu telah dipilih sebagai lambang jati diri warganegara Malaysia. Hal ini sangat

diperlukan kerana setiap negara mempunyai bahasanya sendiri. Contohnya negara

Jepun dengan bahasa Jepunnya dannegara Perancis dengan bahasa Perancisnya. Oleh

hal demikian, Bahasa Melayu memainkan peranan sebagai lambang Negara Malaysia

di persada dunia. Justeru itu, bahasa Melayu berperanan sebagai perakuan kejatidirian

bangsa Malaysia demi memenuhi maksud kemajuan mengikut acuan sendiri, seperti

yang digariskan dalam Wawasan 2020. Fungsi bahasa Melayu sebagai bahasa

pengantar di sekolah adalah sebagai bahasa pengantar ilmu pengetahuan. Konsep

bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu mula diperkenalkan dalam tahun 90-an seiring

dengan penekanan budaya ilmu. Pada masa yang sama setiap lapisan masyarakat

melibatkan diri baik secara langsung mahupun secara tidak langsung dengan kegiatan

keilmuan di setiap kesempatan.sebelum ini ketika 80-an, konsep tersebut lebih

dikenali sebagai “bahasa ilmiah” (Nik Safiag 1986 dan Abdullah Hassan 1987).

Sorotan sejarah peradaban di rantau ini menyerlahkan keutamaan bahasa Melayu

sebagai bahasa ilmu yang mesra dengan jiwa dan kebudayaan masyarakat Melayu

yang beragama Islam. Bahasa Melayu juga terbukti keterbukaannya dalam

menyerapi, memperoleh, dan menjelmakan perkataan dan pengaruh kebudayaan asing

secara adil bagi mengelak timbulnya kekacauan dan kekeliruan dari segi makna dan

kefahaman. Oleh yang demikian, amatlah wajar sekiranya kesungguhan dalam

menggunakan bahasa Melayu secara menyeluruh,bersepadu dan berterusan dalam

bidang pendidikan digunakan sebagai penanda aras kefahaman dan penghayatan

terhadap Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Bahasa Melayu menayangkan pandangan

alam bangsa Melayu yang berpaksikan pandangan alam Islam. Bahasa Melayu

mengalami proses Islamisasi dengan pengenalan makna serta istilah yang merujuk

kepada hakikat kewujudan alam ini. Contohnya, istilah Allah dalam diperkenalkan ke

dalam bahasa Melayu merujuk kepada Allah yang Maha Esa dan Tuhan sekalian

Page 4: Tugasan Bahagian A

alam. Sebelum pengenalan istilah ini, bahasa Melayu yang mempunyai pengaruh

Hindu yang tidak mengiktiraf makna keEsaan Tuhan. Selain itu, berlaku perubahan

makna yang mendasar kepada istilah-istilah penting dalam bahasa Melayu.

Contohnya istilah dosa, pahala, syurga dan neraka yang berasal dari bahasa Sanskrit

yang mempunyai unsur Hindu, diubah maknanya supaya memikul makna Islami.

Proses Islamisasi bahasa ini sebenarnya turut berlaku kepada bahasa-bahasa Islam

yang lain.

Bahasa ilmu ialah bahasa yang mampu menjadi perantaraan bagi penyampaian

ilmu pengetahuan sehingga ke peringkat tinggi dan ia memainkan peranan sebagai

bahasa pengantar kepada ilmu pengetahuan. Perkara ini terkandung dalam Laporan

Razak pada tahun 1957 dan tahun 1961 setelah melaksanakan syor yang

dikemukakan oleh Jawatankuasa Penyemak Rahman Talib yang seterusnya

menghasilkan Laporan Rahman Talib. Laporan ini bertujuan untuk memungkinkan

bahasa Melayu digunakan sepenuhnya sebagai bahasa kebangsaan, bahasa itu diberi

tempat sebagai bahasa pengantar ilmu pengetahuan agar dapat berkembang menjadi

bahasa yang moden dan mampu menjadi asas pembinaan negara bangsa yang maju

dan berdaulat. Bahasa Melayu sekian lama telah menjadi bahasa pengantar di

sekolah, politeknik dan universiti. Penubuhan Universiti Kebangsaan Malaysia

merupakan kemuncak bagi menentukan bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa

pengantar ilmu pengetahuan. Sehingga kini, universiti itu telahmelahirkan ratusan

ribu siswazah yang menerima pendidikan dalam Bahasa Melayu. Ratusan tesis dan

disertai pada peringkat ijazah sarjana dan kedoktoran ditulis dalam Bahasa Melayu,

dan puluhan, malahan ratusan profesor telah menyampaikan syarahan perdana tentang

pelbagai ilmu pengetahuan dalam Bahasa Melayu. Semua perkara ini tidak terhad

kepada orang Melayu sahaja, tetapi melibatkan semua kaum yang menjadi

warganegara Malaysia. Tidak syak lagi bahawa Bahasa Melayu telahmembuktikan

kejayaan dan keupayaan sebagai bahasa ilmu, bahasa bagi wahana ilmu pengetahuan

dalam pelbagai bidang.

Seterusnya, fungsi bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di sekolah adalah

sebagai bahasa rasmi. Bahasa rasmi adalah bahasa yang digunakan dalam situasi

rasmi, iaitu dalam urusan pemerintahan dan pentadbiran, sitem pendidikan Negara,

Page 5: Tugasan Bahagian A

urusan perdagangan dan perusahaan, upacara rasmi, kehakiman dan sebagainya.

Melihat akan fungsi bahasa rasmi itu, maka bahasa kebangsan juga boleh dijadikan

bahasa rasmi sesebuah negara. Namu demikian, bahasa rasmi tidak perlu merupakan

bahasa kebangsaan semata-mata kerana bahasa rasmi adalah bahasa yang dianggap

sebagai alat untuk tujuan tertentu yang tidak perlu dikaitkan dengan semangat

kebangsaan. Dan sebagainya,

Di Malaysia, walaupun bahasa Melayu merupakan bahasa kebagsaan sejak tahun

1957 hingga 1969, tetapi dalam urusan rasmi, dalam pemerintahan dan sebagainya,

bahasa Inggeris masih digunakan di samping bahasa Melayu, malahan bahasa

Inggeris mengatasi bahasa Melayu dalam konteks urusan sesebuah negara.

Walaubagaimanapun, mulai 1969, bahasa Inggeris hilang kedudukannya sebagai

bahasa rasmi dan tempatnya digantikan dan telah diisi oleh bahasa Melayu.

Selepas kemerdekaan, bahasa Melayu telah menggantikan bahasa Inggeris

sebagai bahasa rasmi tunggal di Malaysia. Sebagai bahasa rasmi, bahasa Melayu telah

digunakan sepenuhnya sebagai bahasa urusan pentadbiran kerajaan dan telah

digunakan sepenuhnya sebagai urusan bahasa pentadbiran kerajaan dan sebagai

bahasa perbahasan di Parlimen dan di Dewan Perundangan Negeri umpamanya.

Dalam bidang pentadbiran undang-undang, kehakimam, dan mahkamah, kedudukan

bahasa Melayu sebagai bahasa mahkamah bertambah baik setelah seksyen 8 Akta

Bahasa Kebangsaan dipinda (Jun 1991). Penggunaan bahasa Melayu dalam bentuk

tulisan misalnya dalam surat-menyurat rasmi, minit mesyuarat dan dokumen kerajaan

yang lain termasuk Akta, buku rancangan pembangunan Malaysia, ucapan

belanjawan Menteri Kewangan, dan sebagainya. Dalam perlembagaan Persekutuan

pada perkara 152 (Edisi Jun 1970) termaktub: 152(1) Bahasa Kebangsaan ialah

bahasa Melayu dan hendaklah ditulis dalam apa-apa tulisan sebagaimana yang

diperuntukkan dengan undang-undang oleh parlimen. Dengan syarat bahawa tiada

sesiapapun boleh dilarang atau ditahan daripada menggunakan atau daripada

mengajar atau belajar, apa-apa bahasa yang lain. Falsafah dan sikap tegas

Perlembagaan kita mengandungi kebijaksanaan. Di samping memberi tempat ertinya

kepada masyarakat berbilang kaum di Malaysia yang menuturkan pelbagai bahasa.

Page 6: Tugasan Bahagian A

Fungsi bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di sekolah juga adalah sebagai

bahasa komunikasi masyarakat. Bahasa Melayu merupakan bahasa komunikasi

kerana ia dituturkan oleh semua orang dalam pelbagai lapisan masyarakat. Ia

merupakan bahasa ibunda dan bahasa utama di Malaysia, digunakan oleh semua

golongan masyarakat, tidak kira di desa tau di kota, golongan kaya ataupun miskin.

Oleh sebab itu, mesej dapat disampaikan dengan mudah, tepat dan difahami oleh

semua golongan masyarakat. Bahasa Melayu telah menjadi bahasa komunuikasi atau

bahasa perhubungan di antara rakyat jelata kerana bahasa itu dapat dipelajari dengan

senang dan telah sekian lama menjadi lingua franca penduduk kawasan ini. Rakyat

jelata yang dimaksudkan ialah masyarakat biasa, bukan golongan elit oleh sebab sifat

dwibahasa mereka, lebih selesa menggunakan bahasa campuran(Melayu-Inggeris).

Bahasa Melayu ialah bahasa kebangsaan dan bahasa perhubungan rakyat jelata. Kini,

dengan adanya kecanggihan alat media dan komunikasi, maklumat dapat disampaikan

melalui siaran-siaran radio, telivisyen, internet, SMS, emel dan lan-lain lagi.

Berkomuniukasi, lisan mahupun tulisan, adalah satu keperluan kepada setiap individu

dan berlaku pada setiap hari. Kini. ramai yang berkomunikasi menggunakan bahasa

Melayu untuk tujuan melahirkan pendapat atau perasaaan, adalah bukti fungsi bahasa

Melayu sebagai bahasa komunikasi yang penting di negara ini. Dengan kata lain,

bahasa Melayu berperanan sebagai bahasa komunikasi apabila seseorang individu

mengalami perkongsian idea, maklumat dan perasaan dengan orang lain sama ada

melalui pertuturan mahupun tulisan. Dengan berbahasa Melayu, komunikasi antara

manusia sejagat berlangusng dengan baik. Ia juga memudahkan penyampaian dan

peneriamaan maklumat. Senario ini telah memberikan satu manifestasi yang jelas,

iaitu bahawa bahasa Melayu berperanan sebagai bahasa komunikasi di Malaysia.

Page 7: Tugasan Bahagian A

3.0 Kepentingan bahasa Melayu dalam sistem pendidikan kebangsaan

Pendidikan adalah bertujuan untuk menyampaikan ilmu yang bermanfaat yang akhirnya

membawa insan kepada pengenalan dan pengiktirafan Allah SWT.

Pemurnian dan Penilaian Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Falsafah Pendidikan Kebangsaan menyatakan:

“Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi

potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang

seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah

bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia,

bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta

memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan

negara.”

Falsafah Pendidikan Kebangsaan ini wajar dipertahankan. Namun, adalah disarankan

agar beberapa frasa di dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan ini dimurnikan. Frasa-

frasa tersebut adalah:

a. Istilah ‘seimbang’ dan ‘harmonis’ masing-masing ditukar ganti dengan istilah ‘baik’

dan ‘adil’ yang lebih objektif dan sarat dengan nilai-nilai terpuji yang terkandung dalam

kebanyakan agama dan sistem kepercayaan,

b. Keharmonian dan kemakmuran yang merupakan matlamat akhir sistem pendidikan

kebangsaan harus diluaskan maknanya kepada kebahagian di dunia – samada di peringkat

peribadi, keluarga, masyarakat, negara dan umat manusia sejagat – dan juga di akhirat,

sesuai dengan pengiktirafan hakikat insan yang berganda (yakni memiliki unsur rohani

dan jasmani), yang bersaudara tanpa mengenal batas negara, bangsa dan keturunan, dan

cenderung untuk hidup bermasyarakat. Falsafah Pendidikan Kebangsaan menayangkan

aspek-aspek asasi dalam pandang alam Islam seperti hakikat ilmu, insan, bahasa, akhlak,

soal kemajuan dan kebahagiaan. Sehubungan itu, peneguhan semula matlamat ini wajar

diterajui dengan bersungguh-sungguh dan ikhlas, selari dengan cita-cita dan saranan yang

termaktub di dalam Perlembagaan Negara dan Dasar Kebudayaan Kebangsaan. Semangat

muhibbah yang terdapat dalam kemajmukan masyarakat Malaysia – sama ada dari segi

agama, bahasa, budaya dan adat resam merupakan kelebihan yang harus dimanfaatkan

Page 8: Tugasan Bahagian A

secara bijaksana dalam usaha membina sebuah negara maju dan bahagia. Dalam penyata

Razak mempunyai 17 cadangan dengan mengambil kira matlamat akhirnya mmembentuk

satu sistem pendidikan kebangsaan di Malaysia.

Dalam mana kita berbincang tentang penambahbahbaikan atau perubahan kepada

sistem pendidikan kebangsaan, kita harus menyedari bahawa istilah ‘kebangsaan’ itu

hanya mencapai makna sebenarnya jika ia difahami berlatarbelakangkan hakikat sejarah

peradaban di rantau ini dalam satu segi, dan juga keperluan memupuk kemajmukan yang

murni dalam kalangan masyarakat Malaysia di satu segi yang lain.

Oleh itu, penentuan hala tuju pendidikan kebangsaan bukanlah sesuatu yang boleh

ditetapkan berdasarkan pertimbangan jangka pendek dan sebarang perubahan yang ingin

diperkenalkan haruslah sentiasa diukurkesahihannya berdasarkan matlamat pendidikan

kebangsaan yang telah dilakarkan dengan bijaksana oleh okoh-tokoh pendidik tersohor

dahulu. Apabila Kementerian Pengajian Tinggi telah mewajibkan 65 ribu orang pelajar

asing yang menuntut di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Swasta (IPTS) di

Malaysia agar mengambil mata pelajaran Bahasa Melayu, kalangan pejuang bahasa

menganggapnya sebagai langkah meletakkan semula kedudukan bahasa Melayu dalam

sistem pengajian tinggi di negara ini. Dengan mewajibkan penguasaan bahasa Melayu

dalam kalangan pelajar asing di negara ini bolehla mereka memahami budaya setempat

dengan lebih baik sekaligus mengembangkan dan menambah bilangan penutur bahasa

Melayu di peringkat antarabangsa.

Sejarah membuktikan bahawa bahasa Melayu mampu menjadi bahasa lingua

franca. Pada zaman kegemilangan zaman Kesultanan Melayu Melaka, bahasa Melayu

dituturkan oleh semua pedagang dari Arab, China, India dan Eropah. Ketika itu, bahasa

Melayu doanggap sebagai bahasa perpaduan dan bahasa komunuikasi antarabangsa.

Demi memupuk perpaduan kaum di negara ini, maka dalam Laporan Razak 1956

dinyatakan bahawa, tujuan akhir dasar pendidikan negara ini adalah untuk menyatukan

murid yang berlainan bangsa di bawah satu sistem pendidikan kebangsaan dengan

menggunakan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar. Walau bagaimanapun,

kemajuan ke arah ini hendaklah dilaksanakan dengan berperingkat-peringkat dan tidak

boleh dipaksa secara mendadak. Berdasarkan Laporan Razak jelas bahawa dasar

pendidikan yang dilaksanakan dapat membentuk perpaduan kaum di negara ini. Malah

Page 9: Tugasan Bahagian A

dalam Laporan Rahman Talib 1960, kedudukan sekolah rendah ditukar kepada sekolah

kebangsaan dan jenid kebangsaan. Tujuan utama penukaran kedudukan ini adalah untuk

mengukuhkan perpaduan kaum di negara ini di samping memantapkan lagi kedudukan

bahasa Melayu secara berperingkat dalam sistem pendidikan kebangsaan.

Akta Pendidikan 1961 menegaskan peranan bahasa Melayu sebgai bahasa

pengantar di di sekolah-sekolah. Hal ini dinyatakan dalam perkara Pelaksanaan Bahasa

Kebangsaan iaitu DAN BAHAWASANYA peruntukan selanjutnya adalah dikehendaki

untuk menetukan agar dasar dilaksanakan secara berkesan, termasuk khususnya

peruntukan bagi perkembangan yang progresif bagi suatu sistem pelajaran dalam mana

Bahasa Kebangsaan adalah menjadi bahasa pengantar utama. Sebelum itu Penyata Razak

(1956) dan Penyata Rahman Talib (1960) telah menyatakan bahawa bahasa Melayu

dijadikan sebagai bahasa pengantar utama dalam sistem pendidikan negara.

Jika dilihat terdapat hubungkait Falsafah Pendidikan Kebangsaan dengan

matlamat dan objektif Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah. Secara

umumnya, Falsafah Pendidkan Kebangsaan sememangnya mempunyai perkaitan dengan

Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah dari segi matlamat dan objektifnya.

Selaras dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan yang termaktub dalam Akta Pendidikan

1996, Bahasa Melayu ialah mata pelajaran teras di semua sekolah rendah dan menengah.

Bahasa Melayu berperanan sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa perpaduan rakyat

Malaysia. Pendidikan Bahasa Melayu berhasrat membina rasa bangga terhadap bahasa

yang mencerminkan akal budi dan pemikiran rakyat, juga berperanan sebagai pemangkin

kepada semangat cinta akan tanah air yang dikongsi bersama oelh semua rakyat dalam

satu wawasan. Pendidikan Bahasa Melayudi peringkat rendah juga bertujuan untuk

melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak

mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi

sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

Kurikulum Bahasa Melayu digubal bertujuan untuk memenuhi hasrat Falsafah

Pendidikan Kebangsaan bagi melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segoi

intelek, emosi, rohani, dan jasmani. Kurikulum Bahasa Melayu menyediakan murid

untuk menguasai kecekapan berbahasa dan berkomunikasi dan dapat menggunakan

tatabahasa secara betul dan tepat. Selain itu, murid mampu mengungkapkan ilmu

Page 10: Tugasan Bahagian A

pengetahuan daripada mata pelajaran yang lain di samping mengembangkan kemahiran

berfikir secara kritis dan kreatif.