tuah ithar · berbaring di atas sofa. niat dalam hati mahu melepaskan lelah setelah seharian di...

27
1 Nikahi Aku Kerana Dia TUAH ITHAR berbaring di atas sofa. Niat dalam hati mahu melepaskan lelah setelah seharian di kedai. Hari ini ramai sangat pelanggan yang berkunjung dan tiada langsung ruang untuk Ithar berehat. Jadi kesempatan yang ada, diambilnya sebaik mungkin. Baru saja lena mahu bertandang, telinganya menangkap bunyi bising. Bunyi lelaki dan perempuan berborak. Makin lama semakin dekat. Makin lama semakin kuat. Ditegakkan cuping telinga menangkap perbualan mereka. “Kak Fa tak tahan punya kalau tengok depan mata. Macam nak tercabut kain pelekat Lebai Musa waktu mengejar aku dan Mahathir. Kalau dia tak sambut kainnya tadi, alamat aku dapat tengok wayang free.” Terkekek-kekek Lekir Hadrami ketawa. Bangga benar lagaknya. “Yang Kir main-mainkan orang tua tu kenapa? Lebai Musa tu suku sakat kita juga tau,” tegur Effa Kasturi. Walaupun cerita Lekir itu lucu tetapi sebagai kakak, dia tidak boleh menyokong perbuatan Lekir yang seperti tidak tahu hormatkan orang tua. “Alah... dia hutang abang tak mahu bayar tak apa. Apalah sangat nilai aiskrim Magnum tu.” 1

Upload: others

Post on 18-Oct-2020

7 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: TUAH ITHAR · berbaring di atas sofa. Niat dalam hati mahu melepaskan lelah setelah seharian di kedai. Hari ini ramai sangat pelanggan yang berkunjung dan tiada langsung ruang untuk

1Nikahi Aku Kerana Dia

TUAH ITHAR berbaring di atas sofa. Niat dalam hati mahu melepaskan lelah setelah seharian di kedai. Hari ini ramai sangat pelanggan yang berkunjung dan tiada langsung ruang untuk Ithar berehat. Jadi kesempatan yang ada, diambilnya sebaik mungkin.

Baru saja lena mahu bertandang, telinganya menangkap bunyi bising. Bunyi lelaki dan perempuan berborak. Makin lama semakin dekat. Makin lama semakin kuat. Ditegakkan cuping telinga menangkap perbualan mereka.

“Kak Fa tak tahan punya kalau tengok depan mata. Macam nak tercabut kain pelekat Lebai Musa waktu mengejar aku dan Mahathir. Kalau dia tak sambut kainnya tadi, alamat aku dapat tengok wayang free.” Terkekek-kekek Lekir Hadrami ketawa. Bangga benar lagaknya.

“Yang Kir main-mainkan orang tua tu kenapa? Lebai Musa tu suku sakat kita juga tau,” tegur Effa Kasturi. Walaupun cerita Lekir itu lucu tetapi sebagai kakak, dia tidak boleh menyokong perbuatan Lekir yang seperti tidak tahu hormatkan orang tua.

“Alah... dia hutang abang tak mahu bayar tak apa. Apalah sangat nilai aiskrim Magnum tu.”

1

Page 2: TUAH ITHAR · berbaring di atas sofa. Niat dalam hati mahu melepaskan lelah setelah seharian di kedai. Hari ini ramai sangat pelanggan yang berkunjung dan tiada langsung ruang untuk

Teja Elliza2

“Apa, Kir? Kau mencuri?” Melompat Ithar terkejut dengan apa yang didengarnya.

Lekir dan Effa juga melompat sama. Mereka terkejut mendengar sergahan Ithar. Sangka mereka, Ithar sudah lena diulit intan tetapi rupanya Ithar masih berjaga.

“Kir tak jawab lagi soalan abang. Kau mencuri?” Wajah Ithar garang. Pantang betul dia apabila ada keturunannya yang mencuri.

“Ambil. Bukan curi,” jawab Lekir selamba. “Lebai Musa tu hutang abang ribu-ribu tapi tak mahu bayar. Kira aku ambil aiskrim tu sebagai tukaran la. Nasib baik aku ambil satu... Ikutkan nilai pinjaman, aku boleh ambil satu peti sejuk.”

“Hutang dia dengan abang tu masalah antara kami. Tak ada kena-mengena dengan Kir. Apa yang Kir ambil tu tetap tak halal.”

“Ya ke, bang? Tak boleh ke?”“Aduh kau ni. Kalau abang kata bodoh, nanti

kau marah. Sekarang juga kau pergi ke kedai Lebai Musa. Bayar apa yang dah kau ambil.” Marah benar Ithar. Siap bercekak pinggang lagi.

“Besoklah bang, aku pergi.” Perlahan-lahan Lekir mengatur langkah untuk masuk ke biliknya.

“Mana boleh. Buatnya malam ni kau mati macam mana?”

Ternganga besar mulut Lekir. Gila jahat mulut Ithar sampai menyebut tentang mati. Rasa takut mula datang. Buatnya masin mulut Ithar nanti macam mana nasibnya. “Apa ni, bang. Jahatlah mulut kau. Kau

Page 3: TUAH ITHAR · berbaring di atas sofa. Niat dalam hati mahu melepaskan lelah setelah seharian di kedai. Hari ini ramai sangat pelanggan yang berkunjung dan tiada langsung ruang untuk

3Nikahi Aku Kerana Dia

memang suka ke kalau aku...”“Dah. Tak payah nak bergaduh. Biar Fa yang

pergi ke kedai Lebai Musa. Kir, kau pergi mandi. Abang pun pergi mandi. Tengik ketiak tu sampai sini Fa boleh bau.” Seperti biasa, Effa akan menjadi orang tengah. Jika dibiarkan alamat sampai besok pagilah Ithar dan Lekir tak berhenti bersoal jawab.

Ithar kerut dahi. Ini apa kes sampai ketiaknya dijadikan isu? “Tu la. Balik-balik Fa nak jadi pencacai Kir.”

“Bukan nak jadi pencacai Kir tapi Fa bertanggungjawab untuk membetulkan apa yang dah Kir buat. Sejuk sikit nanti hati Lebai Musa kalau Fa yang datang minta maaf,” kata Effa mempertahankan diri.

Ithar diam. Betul juga apa yang Effa perkatakan. “Yang kau orang ni malam-malam baru balik pergi mana?”

Effa tarik muka. Kalau dah mengaruk tu bukannya mahu berhenti abangnya yang seorang ni. Ada saja yang hendak dikaitkan.

“Fa kerja kedai, bang. Kedai tutup pukul lapan malam. Takkan pukul lima petang dah nak balik?”

Ya tak ya juga. Ithar gosok tengkuk. Malu sebab tersilap serkap. Lekir pula sengih mengejek. Suka benar dia apabila abangnya silap.

“Yang kau ni pergi mana? Tak reti nak balik awal. Tahun ni ambil SPM.”

“Aku ada latihan bola. Lepas main aku singgah makan sekejap. Kau jangan risaulah, bang. SPM nanti mesti aku yang paling cemerlang. Kau sedia ajelah untuk

Page 4: TUAH ITHAR · berbaring di atas sofa. Niat dalam hati mahu melepaskan lelah setelah seharian di kedai. Hari ini ramai sangat pelanggan yang berkunjung dan tiada langsung ruang untuk

Teja Elliza4

dijemput ke sekolah sebagai jemputan VVIP.” Makin kecil Ithar lihat Lekir. Ada saja jawapannya. Belum sempat Ithar jerit, Lekir sudah pun cabut lari.

Pandangan Ithar jatuh pula kepada Effa. “Yang Fa senyum tu kenapa?”

Alamak. Ithar perasanlah. Cepat-cepat Effa ketatkan wajah. “Mana ada.”

“Macam mana Kir tak naik minyak. Fa manjakan dia sangat.”

“Dia adik bongsu kita, bang. Buah hati kita. Selagi dia tak buat perkara yang salah, selagi tu kita layankan ajelah Kir tu.”

“Mencuri tu tak salah ke?”“Bab mencuri tu memanglah salah tapi bab dia

main bola tu tak salah. Biarlah dia habiskan masanya bersukan. Kalau dia habiskan masanya berpelesiran dengan budak yang tak ketahuan nanti lagi haru.”

Ithar diam berfikir. Betul kata Effa. Kalau Lekir bersukan maknanya Lekir terlepas daripada aktiviti tidak bermoral seperti menghisap dadah ataupun menjadi mat rempit. Masa Lekir lebih banyak di padang dan dalam kawalan jurulatih merangkap cikgu sukan di sekolahnya.

“Nak ke mana tu?” Effa tidak jadi melangkah. Tadi bukan main lama Ithar terdiam. Apabila dia mahu masuk ke bilik, Ithar menahan pula.

“Nak mandi. Solat. Bukan macam abang. Hangit. Tengik. Masam.”

“Masam sebab cari rezeki untuk kau orang juga. Fa berhenti sajalah kerja di kedai orang. Mari kerja

Page 5: TUAH ITHAR · berbaring di atas sofa. Niat dalam hati mahu melepaskan lelah setelah seharian di kedai. Hari ini ramai sangat pelanggan yang berkunjung dan tiada langsung ruang untuk

5Nikahi Aku Kerana Dia

dengan abang. Abang penat sangat sekarang. Pelanggan makin ramai.”

Lemah lutut Effa. Ini yang cuba dielakkannya dari dulu. Bukannya dia tidak mahu bekerja dengan Ithar tetapi dia mahu berdikari. Ithar sudah banyak berkorban wang ringgit untuknya jadi dia tidak mahu mengambil kesempatan lagi. Jika dia bekerja di kedai milik abangnya, dia khuatir yang dia akan besar kepala nanti.

“Fa nak berdikari.”“Dengan abang pun Effa berdikari juga, kan?

Effa akan dapat gaji macam orang lain.”“Tapi Effa takkan hormat abang sebagai bos.

Effa naik tocang nanti macam mana?”“Effa pun bos. Buat apa nak takut abang

sebagai bos? Kedai ni dulu pun arwah ayah yang punya. Effa berhak.”

“Tengoklah nanti.” Effa berlalu ke biliknya. Malas dia mahu berjawab dengan Ithar. Dia mahu cepat membersihkan diri dan berehat.

DI DALAM bilik, Lekir sedang bermalasan di atas katil setelah selesai dia membersihkan diri. Direnungnya siling di depan mata. Puas merenung siling, Lekir mengiring ke kanan.

“Jangan lawan abang. Abang sayangkan Kir,” kata Puan Zalika sambil mengusap lembut kepala Lekir.

“Abang tu asyik nak cari salah Kir saja,” adu

Page 6: TUAH ITHAR · berbaring di atas sofa. Niat dalam hati mahu melepaskan lelah setelah seharian di kedai. Hari ini ramai sangat pelanggan yang berkunjung dan tiada langsung ruang untuk

Teja Elliza6

Lekir sambil muncungnya dipanjangkan.“Betul apa yang abang buat. Mencuri tu perkara

yang dilarang agama. Tak halal apa yang kita makan. Jadi darah daging nanti kesannya sampai ke tua. Sampai ke anak cucu,” nasihat Puan Zalika lembut.

“Kecil-kecil dulu mak kata abang nakal juga. Pernah curi duit ayah.”

“Masa tu abang kecil sangat. Tak faham apa-apa lagi. Kir dah besar.”

“Samalah tu, mak. Mencuri juga.”“Kir curi barang orang. Makan dan jadikan

darah daging Kir.”“Lebai Musa tu banyak hutang dengan abang.”“Kalau Kir tak mahu dengar cakap mak, biar

mak pergi jauh-jauh.”“Kir minta maaf, mak. Kir takkan buat lagi. Kir

janji.” Tapi Puan Zalika terus bangun dan makin lama Lekir lihat tubuh Puan Zalika semakin jauh. Lekir cuba menahan tetapi dia tidak berjaya.

“Mak... Kir minta maaf. Takkan sebab itu pun mak nak merajuk?!” jerit Lekir kuat. Tiba-tiba Lekir nampak Encik Mahmud Syah menarik tangan Puan Zalika.

“Ayah... kenapa tarik mak?!” jerit Kir semakin kuat. Dia berusaha untuk mencapai tangan Puan Zalika namun tubuhnya terasa berat. Hendak mengangkat tangan pun dia tidak mampu.

“Makkk... ayahhh...” jerit Lekir sekuat hati.“Kir... apa yang digigaukan tu? Buka pintu ni.”

Kuat suara Ithar menjerit berserta dengan bunyi daun

Page 7: TUAH ITHAR · berbaring di atas sofa. Niat dalam hati mahu melepaskan lelah setelah seharian di kedai. Hari ini ramai sangat pelanggan yang berkunjung dan tiada langsung ruang untuk

7Nikahi Aku Kerana Dia

pintu diketuk. Lekir tergamam. Dia menoleh ke kiri dan ke kanannya. Kemudian dia bingkas duduk.

“Astaghfirullahalazim,” tuturnya perlahan. Dikesatnya peluh dingin yang mengalir di dahi.

“Kir... buka pintu ni.” Ithar masih lagi memanggil dari luar.

“Tak apa, bang. Aku mengigau,” jawab Lekir tanpa mahu membuka pintu.

“Lain kali mandi dulu sebelum tidur. Tak adalah mengigau,” tegur Ithar. Lekir termenung panjang. Ingatannya kembali kepada Puan Zalika dan Encik Mahmud Syah.

“Mak... ayah... Kir rindukan mak dan ayah. Kenapa cepat sangat mak dan ayah pergi.” Tanpa disedari, air mata Lekir mengalir membasahi pipi. Sungguh dia sangat rindukan mak dan ayahnya. Dia sangat rindukan belaian Puan Zalika yang lembut dan manja.

“Mak... Kir rindu mak. Cepat sangat mak tinggalkan Kir. Kalau mak ada, tak adalah abang asyik marah Kir. Ini tidak. Silap sikit abang dah bebel. Kir nak mak pujuk Kir. Abang tak pandai pujuk macam mak pujuk,” rintih Lekir pilu.

“Kir rindu masakan mak. Kir rindu segalanya tentang mak.” Lekir berbaring semula. Bantal peluk di sisi dipeluk kuat. Dia memejamkan matanya mengingati peristiwa di mana kehidupannya berubah sama sekali.

“Kir jaga rumah kejap saja. Mak dan ayah nak pergi rumah Pak Cik Mir. Nak jenguk dia.” Lekir angguk. Tidak dipandangnya Puan Zalika. Badannya yang demam membuatkan Lekir tidak berdaya.

Page 8: TUAH ITHAR · berbaring di atas sofa. Niat dalam hati mahu melepaskan lelah setelah seharian di kedai. Hari ini ramai sangat pelanggan yang berkunjung dan tiada langsung ruang untuk

Teja Elliza8

“Kir dengar tak apa yang mak cakap?”“Dengar. Mak nak jenguk Pak Cik Mir. Mak

pergilah. Kir nak tidur.”“Kalau abang sampai nanti, Kir bukakan pintu

ya, nak?”“Yalah mak. Pergi ajelah. Tak payah nak cium-

cium,” cemuh Lekir sewaktu dia rasa pipinya basah dek ciuman Puan Zalika.

“Mak sayang Kir. Kir dengar cakap abang nanti.” Puan Zalika masih lagi memberi nasihat.

“Mak nak pergi rumah Pak Cik Mir pun nak berpesan bagai. Pergi cepatlah, mak,” desak Lekir.

Ditolaknya tangan Puan Zalika kuat. Selepas itu dia memejamkan matanya. Tahu-tahu saja, dia mendengar bunyi telefon bertalu-talu. Dengan bebelan, gagang telefon diangkatnya. Sewaktu berita duka itu diterima, jantung Lekir seakan-akan terhenti. Dia terjelepok ke lantai.

“Mak... Kir suruh mak mati,” tangis Lekir sambil mengesat air matanya. Itulah perkara yang paling disesalkannya. Jika dia tidak mendesak Puan Zalika untuk cepat pergi, mungkin dia masih lagi ada ibu tika ini.

Bantal peluk yang sudah basah dek air mata dipeluk semakin kuat. Lekir hanyut dalam kesedihan.

Page 9: TUAH ITHAR · berbaring di atas sofa. Niat dalam hati mahu melepaskan lelah setelah seharian di kedai. Hari ini ramai sangat pelanggan yang berkunjung dan tiada langsung ruang untuk

9Nikahi Aku Kerana Dia

TUAH ITHAR menyusun buku-buku yang berada di rak buku di Kedai Buku Zalika. Kedai Buku Zalika ialah peninggalan ayahnya Encik Mahmud Syah. Sejak Encik Mahmud Syah pergi, Ithar telah mengambil keputusan untuk meninggalkan segala yang dia ada di kota Kuala Lumpur untuk pulang ke kampung menjaga perniagaan itu dan juga adik-adiknya. Perniagaan yang dulunya kecil kini semakin besar dan sudah mempunyai pelanggan tetap.

“Assalamualaikum.” Satu suara yang lembut dan merdu menyapa ke telinga. Tangan Ithar terhenti. Dia menoleh memandang si empunya suara.

“Waalaikumussalam,” jawab Ithar.“Sini boleh photocopy tak?” Ithar tidak menjawab. Matanya kaku

memandang ke arah wanita yang berada di hadapannya. Wanita itu tidaklah jelita seperti pelakon filem Hollywood. Tidaklah cerah seperti pelakon Korea dan tidak mancung hidungnya seperti pelakon Bollywood tetapi wajah wanita di hadapannya sungguh bersih dan bersinar. Terpancar aura yang sukar untuk ditafsirkan. Entah mengapa dia terpesona.

“Encik... sini ada servis photocopy tak?” Kali ini suara wanita itu kedengaran lebih kuat.

2

Page 10: TUAH ITHAR · berbaring di atas sofa. Niat dalam hati mahu melepaskan lelah setelah seharian di kedai. Hari ini ramai sangat pelanggan yang berkunjung dan tiada langsung ruang untuk

Teja Elliza10

“Boleh... boleh.” Terangguk-angguk Ithar menggerakkan kepala.

“Kalau macam tu, boleh tak encik copy kertas ni seratus keping? Saya ambil petang, ya.”

Kertas putih bersaiz A4 bertukar tangan. Kepala Ithar masih lagi setia mengangguk. Wanita itu tersenyum lalu berlalu pergi.

“Bos... bos ni biar benar?” Darfina menepuk bahu Ithar sehingga menyebabkan Ithar melompat ke hadapan.

“Dar... janganlah main tepuk-tepuk. Kus semangat. Nasib baik Bang Har tak pengsan,” marah Ithar. Darfina si pembantu kedai mencebik. Tak pasal-pasal dia kena bebel.

“Dari tadi Dar tengok Abang Har tu macam burung belatuk. Terangguk-angguk,” kata Darfina.

“Habis bila dah tengok macam tu, tak boleh ke panggil lembut-lembut? Awak tu perempuan, cubalah perangai tu lemah gemalai sikit macam perempuan tadi. Sejuk telinga mendengar. Sejuk mata memandang.” Mata Ithar pejam, cuba untuk mengingati wajah yang putih bersih tadi.

“Abang Har dah jatuh cinta pandang pertama ya? Entah-entah perempuan tadi mak orang.”

“Cait... kasi potong betul,” marah Ithar. Apabila perkataan ‘mak orang’ disebut, lamunannya terus mati. “Nah, pergi buat seratus keping salinan.”

“Hei, bos. Bos ni memang dah mabuk ya? Kita mana ada sediakan servis salin menyalin. Mesin photocopy pun kita tak ada tau.” Makin bingung Darfina

Page 11: TUAH ITHAR · berbaring di atas sofa. Niat dalam hati mahu melepaskan lelah setelah seharian di kedai. Hari ini ramai sangat pelanggan yang berkunjung dan tiada langsung ruang untuk

11Nikahi Aku Kerana Dia

dek keangauan Ithar.Wajah Ithar monyok. “Ya tak ya juga. Lupa pula

Abang Har. Kita mana ada mesin photocopy.”“Habis tu nak buat apa kertas ni?” soal Darfina

sambil kertas di tangan diunjukkan semula kepada Ithar.“Erk.”“Pulangkanlah balik kat perempuan tadi. Habis

cerita. Ambillah.”“Eh, tak boleh! Dar hantar ke kedai Maniam.

Situ kan ada mesin photocopy. Ingat ya, seratus salinan.” Otak cekap berfikir. Nasib baik wajah Maniam menjelma.

“Mak aiii, suruh ajelah perempuan tu buat sendiri. Jauh nak pergi sana. Buat membazir peluh Dar saja. Bukan dapat untung banyak mana pun.”

“Alah, bukannya jauh. Pergilah, Dar. Abang Har yang salah. Abang Har lupa kita tak ada mesin photocopy. Kesian perempuan tu nanti. Dia nak datang ambil petang ni,” pujuk Ithar tapi sebenarnya lebih kepada mendesak.

“Tak logik betul boleh lupa benda macam ni,” tempelak Darfina. Bibir dijuihkan.

“Abang Har terpesona melihat keindahan ciptaan Tuhan. Tu yang hilang ingatan sekejap.”

“Eleh, Dar lagi cantik tau daripada perempuan tadi.”

“Dar memang cantik tapi perempuan tu indah. Wajah yang menikam...”

“Sudahlah Abang Har. Nak bermadah bagai. Geli bulu tengkuk Dar dengar apa yang Abang Har cakap. Dar boleh tolong hantar kertas ni ke kedai

Page 12: TUAH ITHAR · berbaring di atas sofa. Niat dalam hati mahu melepaskan lelah setelah seharian di kedai. Hari ini ramai sangat pelanggan yang berkunjung dan tiada langsung ruang untuk

Teja Elliza12

Maniam tapi lunch nanti belanja Dar nasi ayam Mak Cik Wok.”

“Kau ni benda lain tak ada. Melantak saja kerjanya. Yalah... Yalah.” Terpaksa juga Ithar menyanggup asalkan dia dapat membantu wanita tadi.

Senyuman kemenangan terhambur dari bibir Darfina. Jimatlah duitnya dapat makan percuma tengah hari nanti. Dia berlalu ke kedai Maniam si penjual surat khabar yang terletak tidak jauh dari kedai mereka.

Sepeninggalan Darfina, Ithar termenung di kaunter bayaran. Kerja menyusun buku yang dibuatnya sebentar tadi dibiarkan tergendala. Wanita tadi mempunyai aura yang tersendiri. Memancar menikam ke matanya lalu turun ke hati. Anak siapakah itu? Dah kahwin ke belum? Dah ada yang punya ke tidak? Dari manakah dia muncul? Bukan satu atau dua soalan yang muncul di otak Ithar tetapi berpuluh-puluh soalan yang tiada jawapan. Ithar menanti Darfina pulang dari kedai Maniam dengan sabar.

“ENCIK, tadi ada kan kawan saya minta buat salinan seratus keping?” soal seorang wanita tinggi lampai berkulit hitam manis. Ithar terlopong.

“Ada kak, akak nak ambilkan ke?” Darfina mencelah setelah dia lihat Ithar hilang entah ke mana. Mesti dah ke bulan otaknya melayang sampai nak jawab soalan mudah macam tu pun tak boleh.

“Berapa ringgit ya?” Wanita berjubah hitam dan

Page 13: TUAH ITHAR · berbaring di atas sofa. Niat dalam hati mahu melepaskan lelah setelah seharian di kedai. Hari ini ramai sangat pelanggan yang berkunjung dan tiada langsung ruang untuk

13Nikahi Aku Kerana Dia

bertudung labuh itu mengeluarkan dompet dari dalam beg tangannya. Dia sudah bersedia untuk membayar.

“Bang Har? Berapa harga ni?” tanya Darfina. Ithar tidak menjawab. Wajah Ithar suram. Darfina mendekati Ithar dan tangkas tangannya menyiku.

“Sakitlah!” marah Ithar spontan. “Nak apa?”“Berapa ni, Bang Har?”“Lima ringgit,” jawab Ithar laju. Kecewa rasa

hati. Lain yang ditunggu lain yang datang.“Sure ke lima ringgit?” soal Darfina minta

kepastian. Bang Har ni biar benar, takkan tak nak ambil untung? Ithar angguk mengiakan kata-katanya sebentar tadi.

Wanita itu menghulurkan not lima ringgit lalu berlalu pergi selepas mengucapkan terima kasih.

“Abang Har ni kenapa? Lima ringgit tu harga Dar photocopy kat kedai Maniam. Kenapa tak ambil untung sikit untuk setiap helai kertas? Buat amal jariah ke?” Keras dan lancang Darfina menyindir.

“Suka hati Bang Har la,” jawab Ithar acuh tak acuh. Siapa tauke ni? Suka-suka nak menyindir.

“Peliklah. Macam orang putus cinta saja?”“Mana ada.”“Bang Har hampa sebab kakak pagi tadi tak

datang ambil, kan? Dar tahu sebab lepas lunch tadi naik pening kepala Dar bau minyak wangi Bang Har. Selalunya dah petang-petang macam ni, Bang Har bau tengik, kali ni kenapa wangi-wangi? Mesti sebab nak tunggu kakak tu datang. Sekali orang lain yang datang daaa...” ejek Darfina sambil membuat mimik muka yang

Page 14: TUAH ITHAR · berbaring di atas sofa. Niat dalam hati mahu melepaskan lelah setelah seharian di kedai. Hari ini ramai sangat pelanggan yang berkunjung dan tiada langsung ruang untuk

Teja Elliza14

menyakitkan hati Ithar.“Kau ni kalau tak buat teori sendiri tak boleh?

Tak ada kerja ke nak buat? Asyik nak menyibuk hal orang.”

“Semua Dar dah siapkan.”“Takkan tak ada kerja langsung? Kedai ni kan

besar.”“Mana ada besar.” Bulat mata Ithar mendengar

kata-kata Darfina. Cewah, sedap mulut saja mengata kedai buku orang tak besar! Kau ada?

“Kalau semua kerja dah siap, pergi cuci toilet.”“La... bukan ke kerja cuci toilet tu kerja Lekir?

Kan dia dapat gaji buat semua kerja tu,” protes Darfina. Setahu Darfina, kerja mencuci tandas ialah kerja

Lekir. Setiap hari selepas pulang dari sekolah ataupun selepas pulang dari latihan bola sepak, Lekir akan singgah di Kedai Buku Zalika untuk menjalankan rutin hariannya itu.

“Hari ni Bang Har kasi Kir MC. Dah, pergi cepat. Jangan nak melawan tauke.”

Darfina membebel-bebel kecil sebelum berlalu ke belakang. Ithar senyum puas hati kerana dapat mengenakan Darfina.

“Ada hati nak lawan tauke konon.”

DI RUMAH sewa setingkat di Taman Permata, Maryam Darleena menanti teman serumahnya pulang

Page 15: TUAH ITHAR · berbaring di atas sofa. Niat dalam hati mahu melepaskan lelah setelah seharian di kedai. Hari ini ramai sangat pelanggan yang berkunjung dan tiada langsung ruang untuk

15Nikahi Aku Kerana Dia

dengan sabar. Perutnya yang sakit minta diisi menyebabkan tahap kesabarannya menipis.

“Manalah Aina ni pergi. Tadi kata dah nak sampai,” bebel Maryam sambil matanya tak lepas-lepas memandang ke tingkap.

Lebih kurang lima minit kemudian, kereta Saga warna putih berhenti betul-betul di depan pagar. Maryam cepat-cepat bangun. Dia membuka pintu menyambut kepulangan Aina Husna.

“Assalamualaikum,” ucap Maryam sebaik saja Aina Husna membuka pagar.

“Waalaikumussalam. Sepatutnya aku yang beri salam.” Senyum Aina Husna panjang melihat telatah Maryam.

“Laparlah Aina. Lambatnya sampai. Kata tadi dah dekat.”

“Ni memang betul lapar ni. Tu la, lain kali makan biar tepat pada masanya. Jangan skip waktu makan utama. Breakfast, lunch, minum petang dan dinner kena ambil tapi makanan yang diambil perlulah sihat dan jumlahnya juga kena berpatutan. Tu baru cara makan yang betul.” Plastik berwarna merah yang mengandungi bekas polistirena warna putih dihulurkan. Maryam mengambil bungkusan tersebut lalu terus dibukanya.

“Wah, nasi ayam! Mana kau beli ni?” Wajah Maryam berseri-seri. Memang pucuk dicita ulam mendatang. Sejak pagi perutnya hanya diisi dengan roti bakar dan sebiji epal hijau. Mulanya dia bercadang untuk berdiet tidak makan nasi waktu tengah hari, hanya mengambil buah-buahan tetapi nampak gayanya

Page 16: TUAH ITHAR · berbaring di atas sofa. Niat dalam hati mahu melepaskan lelah setelah seharian di kedai. Hari ini ramai sangat pelanggan yang berkunjung dan tiada langsung ruang untuk

Teja Elliza16

dia tidak betah melakukan diet sebegitu.“Area kedai buku yang kau suruh aku ambilkan

kertas kau tu la.”“Oh... ada kau ambilkan apa yang aku suruh

tu?!”“Ni dia. Tak payah bayar. FOC.”“Mana boleh, nasi ayam ni berapa? Bayar

sekalilah.”“Kan dah cakap FOC.”Mata Maryam bersinar-sinar. “Betul ni?”Aina angguk sambil tangannya membuka

tudung yang dipakainya. “Betul, Cik Maryam sayang.”

Page 17: TUAH ITHAR · berbaring di atas sofa. Niat dalam hati mahu melepaskan lelah setelah seharian di kedai. Hari ini ramai sangat pelanggan yang berkunjung dan tiada langsung ruang untuk

17Nikahi Aku Kerana Dia

“KENAPA tak bawa buku Fizik?” marah Maryam Darleena kepada salah seorang pelajarnya. Remaja berkulit sawo matang dan berambut lurus itu hanya tersenyum simpul. Darah Maryam naik ke paras didih. Senyuman daripada pelajar yang berada di depan matanya itu seolah-olah mengejeknya. Dia mendekati remaja bernama Lekir itu.

“Saya tanya, kenapa tak bawa buku Fizik?”“Lupa, cikgu,” jawab Lekir tenang. Tiada

sedikit pun riak takut yang dapat dilihat oleh Maryam.“Memandangkan kali ni dah kali ketiga awak

lupa bawa buku teks Fizik, saya tiada pilihan lain. Saya terpaksa denda awak.”

“Cikgu nak saya buat apa? Anything for you.” Ilai tawa memecah keheningan kelas. Lucu benar pelajar yang lain melihat gelagat Lekir yang memang terkenal tidak makan saman itu. Sementelah pula mendapat cikgu muda yang baru saja dua tahun mengajar, lagilah lemaknya naik.

Wajah Maryam merah padam. Dia tahu pelajarnya yang seorang ini memang sukar untuk dibentuk. Disuruhlah berdiri di atas kerusi, di atas meja, di luar kelas, ketuk ketampi mahupun menjadi patung cendana, semua itu dilakukan Lekir dengan senyuman

3

Page 18: TUAH ITHAR · berbaring di atas sofa. Niat dalam hati mahu melepaskan lelah setelah seharian di kedai. Hari ini ramai sangat pelanggan yang berkunjung dan tiada langsung ruang untuk

Teja Elliza18

yang lebar. Maryam memerah otaknya mencari idea yang

paling bernas yang boleh meninggalkan kesan yang mendalam ke dalam diri Lekir. Tiba-tiba satu idea genius muncul.

“Hari ni cikgu tak nak denda kamu secara fizikal. Cikgu tahu kamu kuat dan hebat.” Mendengar kata-kata Maryam, dengan spontan Lekir membuat aksi seperti Malek Noor ketika memasuki pertandingan Mister Universe. Sekali lagi pecah ilai tawa pelajar 5 Sains 1.

“Cuba baca surah al-Fatihah?”Lekir berhenti beraksi. Wajahnya tiba-tiba

berubah pelik tetapi senyuman masih lagi terukir di bibirnya. Dengan laju dia membaca surah al-Fatihah sehingga habis.

“Erk... Tak ada soalan yang lagi mencabar ke, cikgu? Cikgu nak saya baca surah apa? Semua surah saya hafal. Saya khatam masa umur saya sepuluh tahun. Saya bersunat pun masa umur saya sepuluh tahun juga.” Lekir menjawab. Bagaikan ribut taufan suara rakan sekelas bergema menyambut kata-katanya.

“Hoi, bab sunat buat apa cerita?!” jerit Mahathir yang duduk selang dua meja di belakang Lekir. “Nak berlagaklah tu sunat cepat.”

“Tak payahlah nak berlagak, orang perempuan lagi cepat sunat. Tak gitu, cikgu?” Kelas gamat lagi apabila Ramli pula bersuara.

“Baca ayat kursi,” arah Maryam.Belum habis sebutan kursi itu disebut oleh

Page 19: TUAH ITHAR · berbaring di atas sofa. Niat dalam hati mahu melepaskan lelah setelah seharian di kedai. Hari ini ramai sangat pelanggan yang berkunjung dan tiada langsung ruang untuk

19Nikahi Aku Kerana Dia

Maryam, Lekir terlebih dahulu memulai bacaannya. Setelah selesai, riak wajah Lekir bertukar bangga dan angkuh. Suasana kelas masih lagi hingar bingar.

“Baca doa qunut.”Kali ini wajah Lekir bertukar pucat. Dia

menoleh ke kiri dan ke kanannya.“Come on, Lekir. Baca cepat,” laung Mahathir.“Yang awak ni pucat semacam kenapa?”

Maryam berkata sinis. Lekir masih lagi terkebil-kebil. Bibirnya bergerak-gerak tetapi suaranya tidak keluar.

“Kasi taruk, Kir. Buktikan kaulah idola kami,” jerit Mahathir memberi semangat.

“Allah humah dini fiman hadait... wa a’ fini fiman a’ fait... watawallani fiman tawallait... erk... lait... fait... dait...” Tergagap-gagap Lekir mengeluarkan suara sambil tunduk memandang meja. Hanya tiga baris doa qunut yang dihafal. Yang lain langsung tidak melekat di otaknya.

“Hangit,” sambut Mahathir menyebabkan ilai tawa kelas 5 Sains 1 kembali menggila.

Wajah Lekir merah menahan malu. Kepala dia semakin tertunduk. Waktu begini dia berdoa supaya dia menjadi kura-kura, mempunyai cangkerang yang boleh menyorokkan kepala.

“Hoi, takkan doa qunut pun tak tahu...” ejek Ramli sambil menepuk-nepuk meja.

“Ceh. Bikin malu sajalah kau ni, Lekir,” ejek Mahathir lagi.

Dia menepuk dahi beberapa kali. “Kata masuk jawi umur sepuluh tahun.” Panas telinga Lekir

Page 20: TUAH ITHAR · berbaring di atas sofa. Niat dalam hati mahu melepaskan lelah setelah seharian di kedai. Hari ini ramai sangat pelanggan yang berkunjung dan tiada langsung ruang untuk

Teja Elliza20

mendengar kata-kata Mahathir. Mahu saja dia menerkam dan menampar mulut Mahathir tetapi dia malu untuk mendongakkan wajahnya.

“Macam mana kau sembahyang subuh, weh,” sambut suara lain pula.

Maryam senyum simpul. Hatinya puas kerana kali ini dia dapat mengenakan Lekir.

“Diam.” Suara ditinggikan menyuruh pelajar di kelasnya diam.

Suasana terus senyap dan sunyi. “Mulai dari hari ini, sesiapa yang tak bawa buku teks ataupun apa saja buku untuk mata pelajaran yang cikgu ajar, ataupun tak siapkan homework yang cikgu berikan, cikgu akan soal setiap surah di dalam muqaddam ataupun bacaan yang ada di dalam sembahyang. Bukan itu saja, cikgu juga akan tanya soalan-soalan fardu ain. Jadi kalau sesiapa tak nak malu, kena bawa buku ke sekolah. Faham?”

“Faham, cikgu.”“Bagus. Lekir, kamu boleh duduk,” arah

Maryam. Dia ke hadapan kelas lalu memulakan pembelajaran untuk hari itu.

LEKIR merenung hidangan di hadapannya. Sejak siang tadi hatinya terkesan dengan peristiwa yang amat memalukan. Tidak pernah dia dimalukan seperti itu. Rahangnya bergerak-gerak menahan marah.

“Kau ni kenapa? Merenung nasi macam tu.

Page 21: TUAH ITHAR · berbaring di atas sofa. Niat dalam hati mahu melepaskan lelah setelah seharian di kedai. Hari ini ramai sangat pelanggan yang berkunjung dan tiada langsung ruang untuk

21Nikahi Aku Kerana Dia

Ilmu apa kau belajar renung saja dah kenyang?” Nyaring suara Ithar menegur Lekir.

“Abang, aku tengah marah ni.” Muka ditarik sehabis masam. Biar Ithar tahu betapa marahnya dia.

“Kau marahkan apa sampai nak makan pun tak ada selera? Setahu aku, kalau bab makan kaulah champion.”

“Cikgu meriam buluhlah ni.”“Meriam buluh?” Wajah Ithar berkerut. Ada ke

nama orang meriam buluh? Kalau ada, isy... kasihannya orang itu.

“Meriam Buluh binti Mercun Bola.”“Dahsyatnya nama cikgu tu. Agak-agaknya

ayah dia tauke kilang mercun ke? Boleh abang beli mercun raya nanti. Mesti dapat murah.”

“Kau ni bang, lembablah.” Pantas sahaja tangan Ithar meluku kepala Lekir. Cabul betul mulut Lekir mengatanya lembab.

“Sakitlah. Yang kau luku aku ni kenapa, bang?” Sudahlah sakit dalam hati belum hilang, kini sakit pula di kepala.

“Kau mengata abang lembab tu kenapa?”“Yang abang pun nak buat lawak kenapa?

Mana ada orang nama Meriam Buluh binti Mercun Bola.”

“Habis kau yang kata, kan?” gurau Ithar cuba meredakan kemelut dalam hati Lekir.

“Jangan nak main-main, bang.” Muka Lekir masih lagi masam.

Page 22: TUAH ITHAR · berbaring di atas sofa. Niat dalam hati mahu melepaskan lelah setelah seharian di kedai. Hari ini ramai sangat pelanggan yang berkunjung dan tiada langsung ruang untuk

Teja Elliza22

“Maafkan abang. Cuba cerita kenapa?” Kali ini wajah Ithar serius. Dia malu atas keterlanjurannya tadi.

“Ada ke patut cikgu Fizik aku malukan aku depan semua orang? Didendanya aku baca doa qunut. Manalah aku hafal. Doa qunut tu kan sunat ab’ad. Satu kelas ejek aku. Mana aku nak letak muka aku yang handsome ni, bang? Jatuh maruah aku tadi.” Lekir melepaskan kemarahannya.

Ithar ketawa berdekah-dekah. Nasib baik dia tidak tersedak nasi yang baru ditelannya. “Padan dengan muka kau. Siapa suruh kau tak hafal doa qunut? Sunat ke, tidak ke lebih baik diamalkan? Tak rugi apa pun. Bertambah pahala adalah. Ibadat kita juga jadi lebih sempurna. Nabi Muhammad sendiri tidak pernah meninggalkan doa qunut jadi kita sebagai umatnya perlulah mengikut contoh yang Rasulullah tunjukkan.”

“Bang, aku nak tanya, apa kena-mengena baca doa qunut di hadapan semua kawan-kawan aku dengan mata pelajaran Fizik? Aku tak boleh terimalah cikgu meriam buluh ni. Muka aje lawa, hati busuk. Tergamak dia memalukan aku.” Ketidakpuasan hati terhadap cikgu Fiziknya masih tidak habis.

“Padan dengan muka kau. Tu la... subuh tak pernah nak sembahyang. Malu kepada Allah tidak pula. Malu kepada manusia bukan main lagi sampai tak lalu makan,” sindir Ithar.

“Siapa kata aku tak sembahyang subuh? Aku sembahyang cuma tak baca doa qunut saja. Ustaz kata sah sembahyang aku. Kau pun samalah, bang. Lain kali kalau orang tak sembahyang ataupun tak sempurna ibadatnya janganlah dicemuh, janganlah dimalukan.

Page 23: TUAH ITHAR · berbaring di atas sofa. Niat dalam hati mahu melepaskan lelah setelah seharian di kedai. Hari ini ramai sangat pelanggan yang berkunjung dan tiada langsung ruang untuk

23Nikahi Aku Kerana Dia

Macam mana manusia nak berubah kalau dimalukan seperti ini? Kita kena ingat, Allah Maha Berkuasa. Mana tahu orang yang dicemuh itu akan diberi petunjuk dan menjadi lebih baik daripada kita. Kuasa Allah tiada siapa dapat menghalangnya, bang. Tengok Pak Cik Saad yang duduk rumah hujung tu, tak ingat ke kerjanya asyik mencemuh orang? Kononnya dia sajalah kaki ke masjid, dia sajalah yang masuk syurga dan dia sajalah yang betul. Sekali Allah menduga tak tertanggung dia. Ditangkap berdua-duaan dengan janda anak tiga amatlah memalukan bagi yang berstatus alim begitu. Waktu orang taman ni tangkap dia, merayu-rayu dia minta dikasihani. Katanya dia pun tak tahu apa yang merasuknya sehingga dia lupa kepada Allah. Jangan kita mencemuh orang kerana pada bila-bila masa saja iman kita akan diuji. Jangan kita takbur dengan amal ibadat kita,” kata Lekir panjang lebar.

Terlopong sekejap Ithar mendengar ceramah Lekir. Nampak matang benar Lekir malam ini.

“Kau demam ke, Kir?” gurau Ithar. Sebenarnya dia bukan mahu menyindir Lekir cuma mahu meredakan kemarahan Lekir yang tiada tanda mahu kendur.

“Memang sia-sia sajalah bercakap dengan abang.” Lekir mendengus kasar. Dia bangun meninggalkan Ithar di dapur.

“Sentaplah tu. Macam cik auw la kau ni, Kir.” Terkekek-kekek Ithar gelak. Suka benar dia melihat riak wajah Lekir yang masam mencuka.

Ingatan Ithar tiba-tiba hinggap kepada cikgu Fizik yang telah mengenakan Lekir sampai Lekir tiba-

Page 24: TUAH ITHAR · berbaring di atas sofa. Niat dalam hati mahu melepaskan lelah setelah seharian di kedai. Hari ini ramai sangat pelanggan yang berkunjung dan tiada langsung ruang untuk

Teja Elliza24

tiba berubah matang. Hatinya meronta-ronta ingin tahu siapakah wanita istimewa yang baginya melakukan denda yang tidak pernah terfikir dek akal fikirannya.

“Bijak cikgu ni. Orang macam Lekir tu memang patut dimalukan macam ni. Biar dia serik.” Ithar berkata-kata sendiri.

Dia tahu dan kenal benar dengan adik bongsunya Lekir yang tidak makan saman. Lekir umpama tiada emosi. Dimarahlah atau dipukullah sekuat mana pun, Lekir tetap akan buat muka selamba. Sudah beberapa kali Ithar mendaki tangga sekolah kerana dipanggil oleh pengetua. Ada sahaja perkara yang dilakukan oleh Lekir. Merokok, ponteng kelas dan pelbagai lagi. Bermacam-macam denda yang telah dikenakan tetapi Lekir tidak pernah mengadu mahupun mengeluh. Tapi kali ini, untuk pertama kalinya Lekir berbunyi.

“Memang bijak cikgu ni, Lekir tu memang kena bagi tekanan emosi, tekanan fizikal dah tak jalan dah.”

“Bang.” Satu tamparan yang kuat hinggap di bahu Ithar.

Tersentak Ithar sampai badannya terdorong ke hadapan. Dia mengurut dadanya sambil melihat wajah Effa.

“Kus semangat. Fa, janganlah sergah macam ni. Kau dah kena sampuk dengan perangai Dar ke? Asyik nak menyergah orang saja. Agaknya perempuan-perempuan keturunan Tuan Haji Mokhtar Ahmad memang kerjanya menyergah orang kut.” Wajah Ithar masam mencuka. Tuan Haji Mokhtar Ahmad ialah datuk mereka.

“Yang abang tu macam orang gila cakap

Page 25: TUAH ITHAR · berbaring di atas sofa. Niat dalam hati mahu melepaskan lelah setelah seharian di kedai. Hari ini ramai sangat pelanggan yang berkunjung dan tiada langsung ruang untuk

25Nikahi Aku Kerana Dia

sorang-sorang kenapa?” Effa mengambil tempat di depan Ithar. Dia baru pulang dari kerja. Jag berisi air suam di atas meja diambilnya lalu dituangkan ke dalam gelas kosong yang memang tersedia.

“Ya ke? Abang cakap sorang-sorang ke?”“Yalah bang. Parah dah ni. Cepat-cepatlah

cukupkan duit hantaran untuk Kak Mira tu. Cepat kahwin, tak adalah angau sampai macam ni.”

“Mana ada abang ingat dekat Kak Mira? Abang cuma teringatkan cerita Lekir tadi. Effa dari mana ni? Kenapa balik lewat? Anak dara tak baik tau balik lewat malam macam ni.” Baru Ithar ingat untuk bertanya.

“Abang ni memang betul angaulah. Kan kedai tempat Fa kerja tu tutup pukul lapan malam. Bukannya macam waktu pejabat, masuk pukul sembilan pagi balik pukul lima petang.” Pelik Effa. Dah berkali-kali dia memberitahu Ithar waktu kerjanya tapi Ithar tak pernah ingat.

“Ya tak ya juga, kan. Abang lupalah.” Kepala yang tidak gatal digaru. Ithar senyum.

“Memang sah angau. Kahwinlah cepat, bang. Kak Mira pun dah lama tunggu abang.”

Kata-kata Effa itu tidak dihiraukan. “Suruh kerja dengan abang tak mahu. Nak juga kerja dengan orang. Kedai tu kedai Fa juga.”

“Bukannya Fa tak nak kerja dengan abang tapi Fa saja nak berdikari.”

“Kerja dengan abang tu berdikarilah juga. Abang akan layan Fa macam abang layan Dar.”

“Soalan Fa tadi abang tak jawab lagi. Cepatlah kahwin dengan Kak Mira.” Laju Effa mengubah tajuk

Page 26: TUAH ITHAR · berbaring di atas sofa. Niat dalam hati mahu melepaskan lelah setelah seharian di kedai. Hari ini ramai sangat pelanggan yang berkunjung dan tiada langsung ruang untuk

Teja Elliza26

perbualan. Wajah Ithar direnung melihat reaksi si abang.“Bukan abang tak nak kahwin. Bukan sebab

duit tak cukup tapi...” Satu keluhan dilepaskan.“Tapi sebab nak jaga kami, kan? Bang, kami

semua dah besar panjang. Lekir tu pun tahun ni SPM. Abang dah tak perlu risau tentang kami lagi.”

“Kalau abang kahwin, keadaan takkan sama macam sekarang.”

“Kak Mira tu baik, bang. Fa pasti dia akan dapat terima kami sebagai sebahagian daripada hidup dia.”

“Baik memanglah baik tapi...”“Tapi apa lagi? Takkan nak tunggu Kak Mira

dikebas orang baru abang nak sedar?”“Susahlah nak cakap, Fa. Yang Fa ni cakap pasal

abang kenapa? Fa tu dah layak sangat kahwin.” Ambil kau, Fa. Cer jawab.

Effa diam. Dia tersenyum tawar. Bukannya Danial tidak mengajaknya bertunang tetapi dia yang masih lagi belum membuka mulut bersetuju. Tidak sanggup dia meninggalkan kehidupan yang dimilikinya sekarang. Jika dia berkahwin, bagaimanakah nasib abang dan adik-adiknya? Mereka akan terpisah dan masanya untuk mereka akan semakin terbatas.

“Apa pasal dah jadi patung pula ni? Diam aje,” sergah Ithar.

“Siapalah nakkan Fa ni, bang?”“Bukan ke budak Danial tu...”“Dahlah, bang. Fa nak masuk bilik. Penatlah.”

Cepat-cepat Effa memotong kata-kata Ithar. Tangannya pantas mencapai beg tangan di atas

Page 27: TUAH ITHAR · berbaring di atas sofa. Niat dalam hati mahu melepaskan lelah setelah seharian di kedai. Hari ini ramai sangat pelanggan yang berkunjung dan tiada langsung ruang untuk

27Nikahi Aku Kerana Dia

meja lalu dia masuk ke bilik. Nafas ditarik dalam-dalam penuh kelegaan setelah tubuhnya dihenyak di atas tilam empuk. Belum sempat melepaskan lelah, telefon bimbitnya berbunyi.

“Assalamualaikum,” jawab Effa manja. “Waalaikumussalam. Buat apa tu, sayang?

Lama dah sampai?” Suara Danial juga manja. “Adalah dalam lima belas minit. Sampai-sampai

dah dengar abang berleterkan Fa pasal kahwin,” adu Effa kepada kekasih hatinya itu.

“Yalah sayang, kita pun dah lama bercinta. Abang Ithar dah bagi green light tu. Nak tunggu bila lagi?” Seronok bukan kepalang Danial mendengar mulut comel Effa menyebut perkataan kahwin. Sudah lama dia menunggu topik itu terpacul dari mulut Effa.

“Sayang, kan Fa dah cakap, kena tunggu sampai Lekir habis belajar.”

“Lama lagi tu. Lekir baru nak SPM.”“Nak buat macam mana, tanggungjawab Fa

besar. Kalau kita kahwin, Fa dah tak boleh tinggal sini. Siapa nak jaga makan minum abang dan Lekir? Gham pun baru saja kerja. Sekali-sekala dia balik sini, Fa juga yang nak kena jaga makan pakai dia.”

“Tak semestinya bila kita kahwin, Fa dah tak boleh jaga mereka.”

“Ya tapi tak sama, kan.” Satu keluhan kedengaran. Effa tahu Danial kecewa tetapi dia tiada pilihan. Tanggungjawabnya kepada keluarga harus diutamakan. Cukuplah Ithar sahaja yang berkorban untuk mereka. Dia mahu Ithar berkahwin dan membina sebuah keluarga. Biar gilirannya pula yang mengambil alih tugas Ithar.