transformasi pengeluaran produk · keusahawanan bukan sahaja menyumbang kepada peningkatan...

10
KAJIAN KES WOMEN IN SOCIAL ENTERPRISE (WISE) TRANSFORMASI PENGELUARAN PRODUK HARAPAN SI PENJUAL TAUHU DAN TEMPEPENULIS SUHANA BINTI BAHARUDDIN Edisi 2018 i

Upload: others

Post on 29-Sep-2020

3 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: TRANSFORMASI PENGELUARAN PRODUK · Keusahawanan bukan sahaja menyumbang kepada peningkatan pendapatan per kapita, malah bertindak sebagai pemangkin perubahan struktur sosial dan masyarakat

KAJIAN KES WOMEN IN SOCIAL ENTERPRISE (WISE)

TRANSFORMASI PENGELUARAN

PRODUK

“HARAPAN SI PENJUAL TAUHU DAN TEMPE”

PENULIS

SUHANA BINTI BAHARUDDIN

Edisi 2018i

Page 2: TRANSFORMASI PENGELUARAN PRODUK · Keusahawanan bukan sahaja menyumbang kepada peningkatan pendapatan per kapita, malah bertindak sebagai pemangkin perubahan struktur sosial dan masyarakat

Cetakan pertama

Hak cipta terpelihara.

Mana-mana bahagian dalam penerbitan ini tidak dibenarkan ditiru, diterbit semula, disimpan dalam cara yang boleh dipergunakan lagi, atau dipindah dalam mana-mana cara, baik dengan cara elektronik, mekanikal, penggambaran semula, perakamanan atau sebaliknya, tanpa izin bertulis daripada Politeknik Port Dickson (PPD).

Diterbitkan oleh:

Politeknik Port Dickson (PPD).

KM 14, Jalan Pantai,

71050 SiRusa,

Negeri Sembilan

Page 3: TRANSFORMASI PENGELUARAN PRODUK · Keusahawanan bukan sahaja menyumbang kepada peningkatan pendapatan per kapita, malah bertindak sebagai pemangkin perubahan struktur sosial dan masyarakat

iii

SENARAI KANDUNGAN

iv v

1 - 3

4 - 5

39 - 41

41- 42

42

43

PENDAHULUAN

ABSTRAK

BAB 1 PENGENALAN

1.1 Pengenalan

1.2 Perihal Perniagaan

BAB 2 PROSES PENGELUARAN

2.1 Pemprosesan untuk membuat Tempe

2.2 Pemprosesan untuk membuat Tauhu

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN

BAB 5 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

5.1 Cadangan Penambahbaikan

5.2 Saranan

5.3 Kesimpulan

5.4 Rujukan

SENARAI KANDUNGAN

PRAKATA iiiii

BAB 4 PENGURUSAN KEWANGAN

4.1 Pengenalan 34

4.2 Pengurusan Kewangan 35 – 36

4.3 Halangan dan Peluang 37 – 38

3.1 Kaedah Kajian

3.2 Kaedah Pengumpulan dan Penyusunan Data

3.3 Kaedah Menghurai

3.4 Kaedah Memasang

3.5 Kaedah Menafsirkan3.6 Kaedah Membuat Kesimpulan

6 – 10

10 - 13

14 - 15

15

16 – 23

23 – 26

27 – 29

30 - 33

Page 4: TRANSFORMASI PENGELUARAN PRODUK · Keusahawanan bukan sahaja menyumbang kepada peningkatan pendapatan per kapita, malah bertindak sebagai pemangkin perubahan struktur sosial dan masyarakat

Hubungan baik antara Politeknik dan komuniti dilihat sebagai satu proses

percambahan ilmu yang didokong oleh nilai intelektual para ahli akademik terhadap

persekitarannya. Aplikasi terhadap teori yang diajar ataupun yang dipelajari di pusat

pendidikan ke dalam persekitaran sebenar akan menghasilkan impak positif yang

maksima kepada seluruh masyarakat. Sehubungan dengan itu, satu program yang

diberi nama WISE, telah dilancarkan pada bulai Julai 2016. WISE adalah akronim

kepada Women in Social Enterprise iaitu satu program keusahawanan sosial di

peringkat Nasional hasil kerjasama antara Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan

Amanah Iktihar Malaysia (AIM). Program ini merupakan salah satu wadah bagi

membantu meningkatkan peranan Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dalam

pembangunan sosio- ekonomi masyarakat.

Buku ini dibangunkan bagi menunjukkan mengenai perkongsian kajian kes program

WISE. Program ini adalah berkonsepkan pemindahan dan perkongsian ilmu

mengenai kemahiran perniagaan daripada IPT kepada kelompok usahawan mikro,

serta kepada sepuluh pelajar Politeknik yang terlibat sebagai anak angkat kepada

peserta program WISE ini. Usahawan ini merupakan peminjam daripada AIM atau

lebih dikenali sebagai SAHABAT dan dipilih berdasarkan prestasi perniagaan

mereka yang berpotensi untuk dimajukan. Setiap mentor perlu untuk menghantar satu

kajian kes dan akan dipertandingkan di peringkat kebangsaan.

Kandungan buku ini telah diolah dengan teliti bagi pensyarah dan pelajar yang

berminat untuk terlibat dengan program WISE. Di harap pensyarah dan pelajar

yang menggunakan buku ini dapat memanfaatkan sebaik-baiknya bagi tujuan

kajian kes WISE bagi keusahawanan sosial Kementerian Pendidikan Tinggi

Malaysia.

iv

Page 5: TRANSFORMASI PENGELUARAN PRODUK · Keusahawanan bukan sahaja menyumbang kepada peningkatan pendapatan per kapita, malah bertindak sebagai pemangkin perubahan struktur sosial dan masyarakat

Kecemerlangan sesebuah institusi

khususnya wajar diukur dengan

kecemerlangan masyarakat di sekitarnya.

Institusi Pendidikan Tinggi khususnya

Politeknik adalah agen pencerah

masyarakat kerana ketinggian ilmu dan nilai

yang didokong oleh para ahli akademik

tidak kira sama ada ahli akademik,

pentadbiran atau pelajar sendiri.

Sesuai dengan peranan itu,

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT)

dengan kerjasama Amanah Ikhtiar

Malaysia (AIM) telah melancarkan satu

program anak angkat yang melibatkan 10

orang pelajar Politeknik Malaysia.

Mereka tinggal selama 30 hari bersama

keluarga angkat yang bergelar usahawan

mikro. Usahawan mikro ini

merupakan peminjam daripada AIM atau

lebih dikenali sebagai SAHABAT dan

dipilih berdasarkan prestasi perniagaan

mereka yang berpotensi untuk dimajukan.

Peranan pelajar sebagai anak angkat

adalah sebagai pemerhati dan perunding

tidak formal yang melihat sendiri

bagaimana sesebuah perniagaan

dijalankan. Penulis sebagai Pegawai

,

Pengajian Tinggi PPPT serta pensyarah

juga bertindak sebagai penyelia pelajar

telah melawat ke premis para usahawan

ini untuk turut sama memberi khidmat

rundingan terhadap potensi perniagaan

yang boleh diketengahkan. Pendekatan

keusahawanan sosial dengan kolaborasi

pintar antara pihak Politeknik, AIM dan

usahawan memperlihatkan keberhasilan

menguntungkan bagi semua pihak yang terlibat.

Tujuan buku ini ditulis adalah bagi melaporkan hasil

dapatan daripada program WISE. Dengan

menggunakan kaedah kajian kes, Buku ini

mengilustrasikan pengalaman Sahabat yang terlibat

dalam program WISE dan bagaimana program

WISE membantu mereka dalam mengembangkan

perniagaan.

Secara kesimpulannya, program ini wajar diteruskan

supaya hubungan erat di antara Institusi Pengajian

Tinggi (IPT) dan komuniti diteruskan. Selain itu,

keunggulan ilmu yang didokong berupaya

ditransformasikan ke dalam komuniti dengan cara

yang lebih berhikmah dan praktikal.

Kata kunci: kajian kes, keusahawanan sosial,

usahawan mikro, transformasi

Kod untuk mengakses

:.1 sumber media elektronik.

v

Page 6: TRANSFORMASI PENGELUARAN PRODUK · Keusahawanan bukan sahaja menyumbang kepada peningkatan pendapatan per kapita, malah bertindak sebagai pemangkin perubahan struktur sosial dan masyarakat

PENGENALAN

Hisrich dan Peter (1998) menerangkan perkataan entrepreneur berasal daripada

perkataan Perancis iaitu ‘entreprendre’ yang bermaksud memikul tugas,

tanggungjawab atau mencuba. Manakala, Kuratko dan Hodgetts (1996)

menghuraikan definisi usahawan sebagai penciptaan usahaniaga baru melalui

empat dimensi utama iaitu individu, organisasi, persekitaran dan proses yang

dibantu oleh rangkaian kerjasama dalam kerajaan, pendidikan dan institusi.

Keusahawanan bukan sahaja menyumbang kepada peningkatan pendapatan per

kapita, malah bertindak sebagai pemangkin perubahan struktur sosial dan

masyarakat (Histrich & Peter, 2002). Ini bermakna, perkembangan keusahawanan

dan peningkatan bilangan usahawan di Malaysia menunjukkan

perkembangan yang positif terhadap ekonomi negara.

Pendekatan program WISE yang dijalankan mirip kepada konsep keusahawanan

sosial yang dipelopori oleh Nobel Laureate Prof. Muhammad Yunus dan Grameen

Bank yang terkenal dalam membantu golongan dan masyarakat Marhaen

(kelas bawahan) di Bangladesh. Pendekatan Keusahawanan sosial ini diakui

merupakan pendekatan terbaharu, kreatif dan inovatif dalam menyelesaikan

masalah sosial di kalangan masyarakat disamping memberikan sumbangan

yang bermakna khususnya kepada komuniti setempat. Keusahawanan Sosial

yang dilaksanakan adalah melibatkan kepada SAHABAT AIM iaitu Puan Siti Anita

atau lebih mesra dan dikenali sebagai Puan Ita di mana semasa sesi temubual dengan

beliau, beliau tersenyum memandang ke arah kilang kecil yang dibangunkan oleh

beliau sendiri semenjak tahun 2012. Berbagai kisah hidup yang telah dilalui oleh

beliau di mana pernah merasa hidup miskin, merana kemudian berakhir pada sebuah

kejayaan kecil dengan menjadi seorang usahawan yang mempunyai kilang membuat

tauhu dan tempe. Di Kampung Felda Keratong 6, bila sebut saja namanya Puan Ita,

rata-rata penduduk kampung di situ tahu mengenainya, Puan Ita mengimbau kenangan

lama di mana rezeki yang dicari dahulu adalah dengan penghasilan yang cukup-

cukup makan sahaja, bahkan kurang, untuk mencukupi hidup sehari-hari dia

bertekad untuk mengubah nasibnya. Puan Ita terus berusaha bagi menambah

pendapatan keluarga, sehinggalah pilihannya terarah untuk membuka kilang kecil

makanan berasaskan soya di kawasan kediamannya.

1

1.1 Pengenalan

Page 7: TRANSFORMASI PENGELUARAN PRODUK · Keusahawanan bukan sahaja menyumbang kepada peningkatan pendapatan per kapita, malah bertindak sebagai pemangkin perubahan struktur sosial dan masyarakat

berasaskan soya dan pergi mengikuti kursus membuat tempe dan tauhu serta,

bereksperimen sendiri, dan memberanikan diri membuka usaha kecil-kecilan, iaitu

dirumahnya dan seterusnya mempunyai kilang. Tidak mudah baginya dipermulaan. Ia

merasakan bagaimana pahitnya membuka perniagaan, termasuk dengan pembeli yang

tak berpuas hati dengan tauhu dan tempenya. Akan tetapi segala hambatan,

kekurangan dan aduan pembeli ia hadapi dengan bijak sebagai penambahbaikan bagi

dirinya, sambil terus mencari jalan keluar, memperbaiki diri dan kualiti produknya.

Lambat laun usahanya pun mulai menunjukkan hasil, sehingga beliau mampu

membangunkan kilangnya sendiri. Namun, Puan Ita merasakan beliau perlu

melakukan perubahan yang besar bagi memastikan kesinambungan prestasi

produknya berkekalan dan lebih maju serta memastikan strategi dalam

meningkatkan hasil jualan tauhu dan tempenya.

.

2

Puan Ita hanya bermodalkan keberanian dan semangat pantang menyerah

kalah perniagaannya itu. Dia memulai dan membuka usahanya ini dengan modal

RM5000 di mana modal yang cukup-cukup sahaja. Beliau sendiri pun tidak

mepunyai kepandaian dalam memasak tauhu dan tempe. Namun beliau tidak

berputus asa untuk mempelajari bidang masakan berasaskan soya itu. Justeru itu,

dengan bertekadkan semangatnya beliau bercita-cita untuk memperluaskan lagi

kilang serta promosi perniagaanya itu. Beliau amat bersemangat kerana beliau

sudah mempunyai tujuan hidup yang jelas, beserta target- target yang harus

diperolehi demi mengubah nasibnya. Mulailah beliau belajar sedikit demi sedikit

memasak produk

Page 8: TRANSFORMASI PENGELUARAN PRODUK · Keusahawanan bukan sahaja menyumbang kepada peningkatan pendapatan per kapita, malah bertindak sebagai pemangkin perubahan struktur sosial dan masyarakat

.

3

Sebenarnya saya ingin membesarkan serta menambah lagi bilangan tenaga kerja di

dalam kilang ini. Jadi, adalah sumber pendapatan penduduk kampung ni bila

berkembangnya kilang ini nanti. Saya terfikir untuk mengubah pempakejan produk

ini dan meluaskan promosi kilang saya ini hingga keluar dari daerah Muadzam

ini. Jadi saya perlu mendapatkan pengiktirafan oleh agensi kerajaan agar menepati

piawaian untuk produknya itu.memandangkan Tauhu dan Tempe ini banyak mendapat

sambutan oleh orang ramai. Tapi, kakitangan dan promosi yang terhad, maka

sambutan lebih tertumpu di kawasan Muadzam ini sahaja.”

.

Beliau amat gusar kerana pinjaman yang beliau telah ambil sebanyak RM34,000.00

masih tidak langsai dengan pihak AIM, maka pembelian mesin untuk membuat tempe

dan tauhu serta pembayaran gaji kepada kakitangan yang lain tidak mampu dibuat

kerana beliau sendiri tidak mengambil tahu sangat mengenai keadaan kewangan kilang

tersebut secara terperinci bagi produk yang beliau hasilkan meskipun beliau

mempunyai kilang membuat tauhu dan tempe.Namun ,beliau terus berusaha maju ke

hadapan untuk mengumpul segala pengalaman.

Page 9: TRANSFORMASI PENGELUARAN PRODUK · Keusahawanan bukan sahaja menyumbang kepada peningkatan pendapatan per kapita, malah bertindak sebagai pemangkin perubahan struktur sosial dan masyarakat

1.1 Perihal Perniagaan

Perniagaan beliau dinamakan SHAM ITA ENTERPRISE. Beliau mula

menjalankan perniagaan ini sejak 7 tahun yang lalu. Beliau memproses kesemua

produk-produknya di kilangnya yang beralamat No 391/ Blok 18, Keratong 6 dan

beroperasi setiap hari dari 5 pagi hingga 10 malam. Beliau menjadikan sebahagian

ruangan rumah beliau sebagai kilang pemprosesan pembuatan tauhu dan tempe.

Perniagaan tauhu dan tempe yang dijalankan oleh beliau adalah perniagaan yang

dibuat sejak turun termurun oleh ibu mertua beliau. Walaupun dijalankan secara turun

temurun, beliau tidak sempat untuk mempelajari kaedah yang betul dengan ibu mertua

beliau kerana ibu mertua beliau sudah meninggal dunia. Beliau telah memperluaskan

barangan produk menjual dan memproses barang yang diperbuat dari kacang soya

seperti tauhu, tempe dan air soya. Beliau juga sedang membesarkan perniagaan

beliau dengan menghasilkan kek, biskut raya, kerepek dan sambal pecal. Beliau

mempunyai dua orang pekerja wanita iaitu merupakan penduduk setempat yang

dikenali sebagai kak Angah dan kak Fisya dengan membayar gaji sebanyak RM900.00

seorang sebulan. Operasi perniagaannya adalah hanya dijalankan 6 hari

seminggu. Beliau seorang yang bersifat mesra dengan pelangan, seorang yang

menerima pendapat orang lain, bersikap positif , penyayang, bersikap lebih keibuan,

mengutamakan suami dalam semua perkara dan amat suka untuk mempelajari perkara

baru. Beliau adalah ibu kepada 6 orang anak dan suami beliau merupakan tiang

utama sebagai pendorong beliau untuk menjadi usahawan iaitu Mohd. Hisham bin Abd

Rahman yang kini berusia 46 tahun. Beliau memulakan perniagaan ini dengan modal

sendiri sebanyak RM 5000, dan meminjam dengan AIM RM 34 000

keseluruhannya dan pinjaman dari AIM adalah sebanyak lima kali.

4

Pinjaman Pertama yang diambil adalah sebanyak RM 3000 Modal perniagaan

pecal pada tahun 2012.

Pinjaman Kedua yang diambil adalah sebanyak RM 6000 iaitu digunakan bagi

modal tambahan untuk perniagaan kacang soya pada tahun 2013.

Pinjaman Ketiga yang diambil adalah sebanyak RM 10 000 iaitu digunakan

sebagai Modal biskut raya pada tahun 2014 .

Pinjaman Keempat yang diambil adalah sebanyak RM 12 000 iaitu

digunakansebagai Modal membeli dan membaiki Boiler pada tahun 2015.

Pinjaman Kelima yang diambil adalah sebanyak RM 3000 iaitu digunakan

sebagai Modal membaiki van pada Januari 2016.

i.

ii.

iii.

iv.

v.

Page 10: TRANSFORMASI PENGELUARAN PRODUK · Keusahawanan bukan sahaja menyumbang kepada peningkatan pendapatan per kapita, malah bertindak sebagai pemangkin perubahan struktur sosial dan masyarakat

5

Keseluruhan Pinjaman Perniagaan adalah sebanyak

RM34,000.00. Perniagaan beliau pernah mengalami zaman

kemerosotan pada tahun 2010 berpunca dari ketidakcukupan

peralatan dan teknologi yang terkini pada tahun itu. Antara

cabaran lain adalah persekitaran perniagaan yang kurang

memuaskan dengan peralatan pemprosesan seperti mesin

kacang tempe, mesin air soya, jack cetak tauhu dan boiler

tidak mencukupi dan tidak menepati teknologi terkini.