suatu skim insurans perubatan yang memberikan ketenangan ...medikad.com.my/download/medikad...

4
Penjawat Awam | Skim Insurans Hospitalisasi & Pembedahan Suatu Skim Insurans Perubatan yang memberikan ketenangan fikiran kepada anda dan keluarga. Perbelanjaan perubatan amat membebankan jika seseorang di dalam keluarga anda jatuh sakit. Pekara yang merisaukan ialah bagaimana membayar kos rawatan perubatan yang tinggi. Justeru itu, mengambil langkah pertama tersebut untuk melindungi anda dan keluarga dalam situasi berkenaan adalah penting. Dengan Skim Medikad, yakinlah bahawa bil-bil perubatan anda akan diuruskan dengan perhatian perubatan yang terbaik! Kini, Kakitangan-kakitangan kerajaan boleh menikmati rawatan pakar dalam suasana selesa di hospital swasta dengan Skim Medikad penjawat awam. Kadar premium yang sama bagi umur 18-60 Mampu dimiliki, hanya RM 50 sebulan Bilik penginapan sebanyak RM 200 semalam Perlindungan 24 jam di seluruh dunia CIRI-CIRI ISTIMEWA: Tiada ko-insurans 150 buah hospital panel Pakej keluarga: 1 premium dengan tiada had bilangan anak < umur 23

Upload: dangphuc

Post on 09-Mar-2019

228 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Suatu Skim Insurans Perubatan yang memberikan ketenangan ...medikad.com.my/download/Medikad Risalah.pdf · tiruan, alat pendengaran, perentak yang diimplankan dan preskripsi seterusnya

Penjawat Awam | Skim Insurans Hospitalisasi & Pembedahan

Suatu Skim Insurans Perubatan yang memberikan ketenangan fikiran kepada anda dan keluarga.

Perbelanjaan perubatan amat membebankan jika seseorang di dalam keluarga anda jatuh sakit. Pekara yang merisaukan ialah bagaimana membayar kos rawatan perubatan yang tinggi. Justeru itu, mengambil langkah pertama tersebut untuk melindungi anda dan keluarga dalam situasi berkenaan adalah penting.

Dengan Skim Medikad, yakinlah bahawa bil-bil perubatan anda akan diuruskan dengan perhatian perubatan yang terbaik!

Kini, Kakitangan-kakitangan kerajaan boleh menikmati rawatan pakar dalam suasana selesa di hospital swasta dengan Skim Medikad penjawat awam.

Kadar premium yang sama bagi umur 18-60

Mampu dimiliki, hanya RM 50 sebulan

Bilik penginapan sebanyak RM 200 semalam

Perlindungan 24 jam di seluruh dunia

CIRI-CIRI ISTIMEWA:

Tiada ko-insurans

150 buah hospital panel

Pakej keluarga: 1 premium dengan tiada had bilangan anak < umur 23

Page 2: Suatu Skim Insurans Perubatan yang memberikan ketenangan ...medikad.com.my/download/Medikad Risalah.pdf · tiruan, alat pendengaran, perentak yang diimplankan dan preskripsi seterusnya

Manfaat MediKad

Skim ini memberi perlindungan bagi perbelanjaan kos rawatan serta pembedahan untuk semua kakitangan kerajaan dan badan berkanun serta ahli keluarga mereka.Kad ini akan dikeluarkan kepada semua ahli keluarga untuk setiap penambahan ahli keluarga yang baru, contohnya anak yang baru dilahirkan hendak dilaporkan secara rasmi kepada pihak syarikat insurans supaya dia tidak terkecuali daripada liputan kontrak ini.

Kelayakan Penyertaan

Skim ini boleh disertai oleh semua kakitangan perkhidmatan awam, badan-badan berkanun serta ahli keluarga mereka.Umur pemohon dan pasangan (suami/ isteri) adalah dari 18-60 tahun.Anak-anak di bawah tanggungan dari 30 hari - 22 tahun, jika anak masih bujang dan masih belajar sepenuh masa di Malaysia.

Had Umur Perlindungan

Untuk peserta dan pasangan, perlindungan akan tamat pada hari jadi ke-70, anak peserta akan tamat pada umur 23.

Skop Perlindungan

Seperti dalam jadual manfaat.Perlindungan hanya berkuatkuasa 30 hari selepas sumbangan pertama diterima oleh operator insurans, bukan potongan gaji pertama. (Tiada faedah akan dibayar dalam tempoh 30 hari ini)Anda perlu memberikan segala maklumat kesihatan yang benar dan betul untuk mendapatkan perlindungan sepenuhnya.Penyakit khusus tidak dilindungi dalam masa 120 hari pertama dari sumbangan premium.Tiada perlindungan atas penyakit sedia ada.

Kontrak ini tidak melindungi apa-apa penghospitalan, pembedahan atau bayaran disebabkan secara langsung atau tidak langsung, sepenuhnya atau sebahagiannya, oleh mana-mana satu kejadian yang berikut :1. Penyakit yang sedia ada.2. Penyakit yang ditetapkan yang berlaku dalam tempoh 120 hari pertama bagi perlindungan berterusan3. Apa-apa keadaan perubatan atau fizikal yang berlaku dalam tempoh 30 hari pertama perlindungan atau tarikh pengembalian semula

bagi peserta, mengikut mana-mana yang terakhir kecuali untuk kecederaan akibat kemalangan.4. Pembedahan plastic/kosmetik, berkhatan,pemerikasaan mata, cermin mata dan pembetulan rabun dekat melalui pembiasan atau

pembedahan (keratotomy radial dan lasik) serta penggunaan atau pemerolehan perkakas atau alat prostetik luaran seperti anggota tiruan, alat pendengaran, perentak yang diimplankan dan preskripsi seterusnya.

5. Penyakit pergigian termasuk rawatan pergigian atau pembedahan oral kecuali apabila diperlukan kerana kecederaan akibat kemalangan pada gigi asli yang sihat yang berlaku sepenuhnya dalam tempoh perlindungan.

6. Penjagaan peribadi, rehat pulih atau penjagaan kebersihan, dadah yang tidak dibenarkan, intoksikasi, pemandulan, penyakit kelamin dan sekuelanya, AIDS (Sindrom Kurang Daya Tahan Penyakit) atau AC (Kompleks Berkaitan AIDS) dan penyakit berkaitan HIV, serta apa-apa penyakit berjangkit yang memerlukan kuarantin mengikut undang-undang.

7. Apa-apa rawatan atau operasi pembedahan untuk keabnormalan atau kecacatan kongenital termasuk penyakit keturunan.8. Kehamilan melahirkan anak (termasuk kelahiran secara pembedahan), keguguran, menggugurkan kandungan dan jagaan serta

pembedahan prenatal atau postnatum, kaedah kawalan kelahiran kontraseptif mekanikal atau kimia atau rawatan berkaitan ketaksuburan, disfungsi erektil dan ujian atau rawatan berkaitan impoten atau pemandulan.

9. Penghospitalan terutamanya untuk tujuan penyiasatan, diagnosis, pemeriksaan sinar-X, pemeriksaan fizikal atau perubatan am, tidak berkaitan dengan rawatan atau diagnosis hilang upaya yang dilindungi yang tidak perlu dari segi perubatan dan apa-apa rawatan pencegahan, ubat atau pemeriksaan pencegahan yang dijalankan oleh pakar perubatan, dan rawatan khusus untuk mengurangkan atau menaikkan berat badan.

10. Bunuh diri, percubaan bunuh diri atau kecederaan diri sendiri yang disengajakan ketika siuman atau tak siuman.11. Peperangan atau apa-apa tindakan peperangan, diisytiharkan atau tidak diisytiharkan, aktiviti jenayah atau pengganas, bergiat cergas

dalam mana-mana angkatan bersenjata, penyertaan secara langsung dalam mogok, rusuhan dan kekecohan awam atau pemberontakan.

12. Radiasi pengionan atau pencemaran melalui radioaktiviti daripada mana mana bahan api nuklear atau sisa nuklear daripada proses pembelahan nuklear atau daripada apa-apa bahan senjata nuklear.

13. Perbelanjaan yang ditanggung untuk menderma mana-mana organ tubuh oleh peserta dan kos pemerolehan organ termasuk semua kos yang ditanggung oleh penderma ketika transplan organ dan komplikasinya.

14. Penyiasatan dan rawatan ganguan tidur dan dengkur, terapi penggantian hormon dan terapi pilihan seperti rawatan, perkhidmatan atau bekalan perubatan, termasuk tetapi tidak terhad kepada perkhidmatan kiropraktik, akupunktur, akutekanan, refleksologi, pengikatan tulang, rawatan pakar herba, urut atau terapi aroma atau rawatan pilihan yang lain.

15. Jagaan atau rawatan yang pembayaran tidak dikehendaki setakat ia dibayar oleh mana-mana insurans/Takaful lain atau tanggung rugi yang melindungi peserta dan hilang upaya yang timbul daripada tugas dalam pekerjaan atau kerjaya yang dilindungi di bawah Kontrak Insurans Pampasan Pekerja.

16. Psikotik, gangguan mental atau saraf (termasuk apa-apa neurosis dan manifestasi fisiologi atau psikosomatiknya).17. Kos/Perbelanjaan bagi perkhidmatan yang bersifat bukan perubatan seperti telefon, televisyen, radio, perkhidmatan teleks atau

kemudahan yang serupa, kit/pek kemasukan dan barang bukan perubatan lain yang tidak layak.18. Kesakitan atau kecederaan yang timbul daripada apa-apa jenis perlumbaan (kecuali perlumbaan jalan kaki), sukan merbahaya seperti

tetapi tidak terhad kepada terjun udara, sukan profesional, luncur air, sukan musim sejuk, aktiviti dalam air yang memerlukan alat pernafasan dan aktiviti-aktiviti yang tidak dibenarkan.

19. Penerbangan peribadi selain sebagai penumpang yang membayar tambang dalam mana-mana penerbangan komersil berjadual untuk mengangkut penumpang melalui laluan yang ditetapkan.

20. Perbelanjaan yang ditanggung untuk menukar jantina.

Pengecualian-pengecualian

Page 3: Suatu Skim Insurans Perubatan yang memberikan ketenangan ...medikad.com.my/download/Medikad Risalah.pdf · tiruan, alat pendengaran, perentak yang diimplankan dan preskripsi seterusnya

JADUAL MANFAATManfaat-manfaat Individu

Keluarga (Individu, pasangan & anak)

Sumbangan Tahunan Sumbangan Bulanan Individu Keluarga Individu Keluarga 18 - 60 600 1620 50 135 61 - 64 1272 2756 0 0 65 - 70 1696 3710 0 0

Nota Penting:1. Kadar premium tidak dijamin dan pelarasan premium akan berdasarkan pengiraan untung-rugi selama 12 bulan, kadar inflasi perubatan dan

faktor-faktor lain yang berkenaan.2. Sumbangan premium adalah berdasarkan umur semasa pada setiap ulang tahun sijil.3. Jika terdapat situasi tidak mendedahkan maklumat kesihatan yang betul, sijil ini akan dibatalkan dan tidak sah. Tiada pampasan akan dibayar.4. Jika anda diwadkan di bilik hospital yang melebihi had manfaat yang dijadualkan, anda perlu menanggung 20% daripada jumlah yang

dikenakan untuk manfaat-manfaat lain.

Jadual Sumbangan Berdasarkan Jenis Plan Dan Umur

Penyakit Khusus Yang Tidak Dilindungi Dalam 120 Hari Pertama Dari Sumbangan Premium

Penyakit-penyakit di bawah dan komplikasi yang berkaitan dengannya adalah dikecualikan daripada perlindungan jika berlaku kepada peserta dalam masa 120 hari yang pertama• Hipertensi (darah tinggi), diabetes mellitus (kencing manis) dan penyakit kardiovaskular• Semua tumor, kanser, cysts (sista), nodul, polip, batu dalam system kencing dan system biliari.• Semua penyakit telinga, hidung (termasuk sinus) dan tekak.• Hernia, hemoroid, fistula, hidrosele, varikosele.• Endometrisis termasuk penyakit system pembiakan.• Gangguan sistem vertebra (termasuk diska) dan penyakit lutut.

Penyakit Yang Sedia Ada

Penyakit yang sedia ada bermaksud penyakit/ kecacatan yang peserta sudah ketahui. Peserta dianggap sudah mengetahui mengenai sesuatu penyakit di mana :i. Peserta sudah menerima atau sedang menjalani rawatanii. Nasihat perubatan, diagnosis, penjagaan atau rawatan sudah disyorkaniii. Simptom-simptom pernah atau masih ketara, atauiv. Kehadiran penyakit sememangnya ketara kepada seseorang di dalam keadaan tertentu.

PembaharuanSahaja

Lingkungan Umur

RM RM1. Had Pembayaran Balik Pembiayaan Perubatan * Had Tahunan Keseluruhan 50,000 100,000

2. Manfaat Hospital * Bilik Hospital & Penginapan Harian - Maksimum 150 hari 200 200 * Unit Rawatan Rapi (ICU) - Maksimum 20 hari 400 400 * Bekalan Dan Perkhidmatan Hospital 10,000 10,000 * Yuran Laporan Perubatan 60 60 * Yuran Bilik Pembedahan Kos Sebenar Kos Sebenar

3. Manfaat Pembedahan Kos Sebenar Kos Sebenar * Perkhidmatan Diagnosis Pra-Hospital (31 hari sebelum kemasukan wad) Kos Sebenar Kos Sebenar * Bayaran Pakar Bedah Kos Sebenar Kos Sebenar * Bayaran Pakar Anestesia Kos Sebenar Kos Sebenar * Transplan Organ 20,000 20,000

4. Manfaat Perubatan (bukan pembedahan) * Perundingan Pakar Pra-Hospital (31 hari sebelum kemasukan wad) Kos Sebenar Kos Sebenar * Lawatan Pakar Perubatan Dalam Hospital - sekali sehari (maksimum 150 hari) Kos Sebenar Kos Sebenar * Rawatan Selepas Keluar Hospital (31 hari selepas keluar dari hospital) Kos Sebenar Kos Sebenar

5. Manfaat Pesakit Luar * Rawatan Pesakit Luar Bagi Kemalangan Dan Kecemasan Kos Sebenar Kos Sebenar (rawatan dalam masa 24 Jam dari kemalangan) * Yuran Ambulans Kos Sebenar Kos Sebenar * Rawatan Fisioterapi Pesakit Luar Kos Sebenar Kos Sebenar * Rawatan Kanser Pesakit Luar - Tahunan 40,000 40,000 * Rawatan Dialisis Buah Pinggang Pesakit Luar - Tahunan 40,000 40,000

6. Manfaat Lain * Elaun Tunai Harian Di Hospital Kerajaan - maksimum 150 hari 100 100 * Cukai Perkhidmatan & Barangan - GST 6% 6% (pada perbelanjaan bilik dan penginapan sahaja)

Page 4: Suatu Skim Insurans Perubatan yang memberikan ketenangan ...medikad.com.my/download/Medikad Risalah.pdf · tiruan, alat pendengaran, perentak yang diimplankan dan preskripsi seterusnya

Cara Penggunaan KadMedikad di Hospital Panel

Cara Pemohonan

Borang yang lengkap boleh diposkan ke:Pusat Khidmat Pelanggan Medikad16C, Jalan TK 1/11A, Taman Kinrara Seksyen 1, Jalan Puchong, 47100 Puchong, Selangor. Tel: 03 8080 8637 Fax: 03 8071 6910

lANGKAH 1 lANGKAH 2 lANGKAH 3 lANGKAH 4lANGKAH 5

Lengkapkan borang permohonan Medikad.

Sertakan salinan kad pengenalan dan slip gaji terkini.

Bayaran tahunan premium boleh dibuat melalui kad kreditjuga.

Lengkapkan borang potongan gaji BPA 1/79 (BIRO ANGKASA) dengan pengesahan majikan.

Semasa mendaftar masuk Hospital

Kemukakan Kad Medikad danKad Pengenalan untuk pengesahan

Surat Jaminan akan dikeluarkan

Jika penyakit yang dihadapi dilindungi kontrak.

Surat Jaminan tidak akan dikeluarkan

Jika penyakit yang dihadapi tidak dilindungi kontrak atau doktor tidak dapat

mengesahkan jenis penyakit (diagnosis).

Untuk mendapatkan Surat Jaminan (Kemasukan Hospital), sila hubungi:

Micares Hotline Support

1800 882 678

Untuk pemohonan dan pertanyaan, sila hubungi:

Pusat Khidmat Pelanggan Medikad16C, Jalan TK 1/11A, Taman Kinrara Seksyen 1, Jalan Puchong, 47100 Puchong, Selangor.Tel: 03 8080 8637 Fax: 03 8071 6910 Email: [email protected]

www.medikad.com.my

Anjuran dan ditaja jamin oleh:RHB Insurance Bhd.Level 12, West Wing, The Icon, No. 1, Jalan 1/16F, jalan Tun Razak, 55000 Kuala Lumpur.Tel: 03 8060 2622

1. Perlukah saya menjalankan pemeriksaan kesihatan sebelum menyertai Skim MediKad?

Tidak , sekiranya jawapan untuk soalan selidik anda adalah tidak. Sekiranya jawapan soalan selidik anda adalah ya atau peserta mempunyai masalah kesihatan. Maka laporan perubatan akan diminta dan kosnya akan ditanggung oleh peserta.

2. Bilakah polisi saya akan berkuatkuasa? Polisi anda akan berkuatkuasa dari tarikh kami meluluskan

permohonan anda dan 30 hari selepas bayaran premium penuh diterima daripada anda.

3. Bolehkah RHB Insurans Bhd tidak membiayai tuntutan? Ya, RHB Insurans Bhd berkemungkinan tidak akan membiayai

tuntutan anda, jika anda didapati telah memberi maklumat palsu yang menjejaskan keputusan untuk menawarkan perlindungan kepada anda. Anda bertanggungjawab sepenuhnya untuk memastikan maklumat kesihatan yang diberikan adalah benar supaya kontrak anda sah.

4. Bolehkah saya mendapat tuntutan sekiranya mendapat rawatan di hospital bukan panel?

Kemasukan ke hospital tersebut masih layak untuk mendapat tuntutan bayaran balik dari RHB Insurans Bhd, sekiranya kemasukan itu dilindungi di dalam kontrak.

5. Adakah saya akan mendapat pelepasan cukai pendapatan? Ya. Premium yang dibayar di bawah plan ini layak mendapat

pelepasan cukai pendapatan sehingga RM 3000 setahun untuk premium insurans pendidikan/perubatan.

Soalan Yang Sering Ditanya