teks ucapan ybhg dato suriani binti dato ahmad … · menulis, mengira, sukan, dan terapi-terapi...

17
1 | Page TEKS UCAPAN YBHG DATOSURIANI BINTI DATOAHMAD KETUA SETIAUSAHA KEMENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT SEMPENA MAJLIS PERASMIAN PUSAT PEMULIHAN DALAM KOMUNITI (PDK) 2 APRIL 2018 (ISNIN), JAM 2.00 PETANG PUSAT PEMULIHAN DALAM KOMUNITI (PDK) SERI UTAMA, AYER KEROH

Upload: others

Post on 29-Aug-2019

22 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: TEKS UCAPAN YBHG DATO SURIANI BINTI DATO AHMAD … · Menulis, Mengira, sukan, dan terapi-terapi yang bersesuaian dilihat mempunyai kesan positif yang mendorong kepada peningkatan

1 | P a g e

TEKS UCAPAN

YBHG DATO’ SURIANI BINTI DATO’ AHMAD KETUA SETIAUSAHA KEMENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN

MASYARAKAT

SEMPENA

MAJLIS PERASMIAN

PUSAT PEMULIHAN DALAM KOMUNITI (PDK)

2 APRIL 2018 (ISNIN), JAM 2.00 PETANG

PUSAT PEMULIHAN DALAM KOMUNITI (PDK) SERI UTAMA, AYER KEROH

Page 2: TEKS UCAPAN YBHG DATO SURIANI BINTI DATO AHMAD … · Menulis, Mengira, sukan, dan terapi-terapi yang bersesuaian dilihat mempunyai kesan positif yang mendorong kepada peningkatan

2 | P a g e

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Salam Sejahtera Salam Satu Malaysia Negaraku Salam Sehati Sejiwa Salam Tahun Memperkasa Wanita 2018 (Salutasi akan dikemaskini setelah mendapat pengesahan kehadiran)

Page 3: TEKS UCAPAN YBHG DATO SURIANI BINTI DATO AHMAD … · Menulis, Mengira, sukan, dan terapi-terapi yang bersesuaian dilihat mempunyai kesan positif yang mendorong kepada peningkatan

3 | P a g e

Hadirin hadirat yang saya hormati sekalian;

1. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia

dan rahmat-Nya dapat kita bersama-sama hadir di Ayer Keroh, Melaka pada

hari ini bagi Majlis Perasmian Pusat Pemulihan Dalam Komuniti ataupun PDK,

Seri Utama. Terlebih dahulu, saya ingin menyampaikan salam dan

permohonan maaf daripada Yang Berhormat Dato’ Sri Rohani Abdul Karim,

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat kerana tidak dapat

hadir ke majlis ini dan saya telah diamanahkan untuk menyampaikan ucapan

bagi pihak Yang Berhormat Dato’ Sri Rohani Abdul Karim.

Page 4: TEKS UCAPAN YBHG DATO SURIANI BINTI DATO AHMAD … · Menulis, Mengira, sukan, dan terapi-terapi yang bersesuaian dilihat mempunyai kesan positif yang mendorong kepada peningkatan

4 | P a g e

2. Sesuai dengan tema majlis iaitu ‘PDK Dekat Di Hatiku’, program touch

point sebegini adalah sangat bermakna bagi Kementerian Pembangunan

Wanita, Keluarga dan Masyarakat atau KPWKM serta pemimpin tempatan

untuk bergaul mesra dengan golongan OKU.

3. Saya juga ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada Yang Amat

Berusaha Datuk Seri Utama Ir. Tn. Haji Idris Bin Haji Haron, Ketua Menteri

Melaka dan Yang Berhormat Datuk Latipah Binti Omar, Exco Wanita,

Pembangunan Keluarga dan Masyarakat Negeri Melaka yang turut sama

hadir pada petang ini. Ia menunjukkan keprihatinan dan komitmen yang

padu di peringkat Kerajaan Negeri bagi kelancaran program-program

Page 5: TEKS UCAPAN YBHG DATO SURIANI BINTI DATO AHMAD … · Menulis, Mengira, sukan, dan terapi-terapi yang bersesuaian dilihat mempunyai kesan positif yang mendorong kepada peningkatan

5 | P a g e

kebajikan dan kesejahteraan rakyat oleh KPWKM, seperti penubuhan

Pusat PDK yang baru di Ayer Keroh ini.

Para hadirin sekalian,

4. Faedah dan kepentingan pusat PDK adalah sangat relevan dan selari

dengan halatuju KPWKM, yang mana PDK mengambil pendekatan

penglibatan aktif oleh ibu bapa, keluarga dan masyarakat setempat atau

komuniti terhadap usaha pemulihan insan-insan istimewa ini. Golongan ibu

bapa OKU terutamanya akan memperoleh pengetahuan yang lebih

terperinci mengenai cara pengendalian kanak-kanak istimewa yang lebih

Page 6: TEKS UCAPAN YBHG DATO SURIANI BINTI DATO AHMAD … · Menulis, Mengira, sukan, dan terapi-terapi yang bersesuaian dilihat mempunyai kesan positif yang mendorong kepada peningkatan

6 | P a g e

berkesan. Selain itu, ibu bapa juga dapat berkongsi pengalaman dan

pengetahuan sesama sendiri, yang mana ia boleh dijadikan sebagai terapi

kepada ibu bapa. Manakala bagi kanak-kanak istimewa pula, mereka juga

akan mendapat intervensi awal, pemulihan, latihan, terapi yang sesuai

dengan keadaan mereka dan dapat mengurangkan risiko ketidakupayaan

yang dialami.

5. Program –program PDK seperti cara pengurusan diri, kemahiran motor

kasar dan halus, perkembangan sosial dan bahasa, asas 3M iaitu Membaca,

Menulis, Mengira, sukan, dan terapi-terapi yang bersesuaian dilihat

mempunyai kesan positif yang mendorong kepada peningkatan penubuhan

Page 7: TEKS UCAPAN YBHG DATO SURIANI BINTI DATO AHMAD … · Menulis, Mengira, sukan, dan terapi-terapi yang bersesuaian dilihat mempunyai kesan positif yang mendorong kepada peningkatan

7 | P a g e

PDK mengikut permintaan daripada komuniti di seluruh negara. Sehingga

Mac 2018, terdapat sebanyak 550 buah PDK seluruh negara yang memberi

manfaat kepada lebih 20,000 OKU dengan melibatkan lebih kurang 3,200

penyelia dan petugas.

6. Bagi Negeri Melaka pula, terdapat 17 buah PDK yang sedang beroperasi

dengan tenaga kerja seramai 105 orang penyelia dan petugas, dan lebih

kurang 450 OKU telahpun mendapat manfaat daripada PDK ini.

7. Saya juga dimaklumkan bahawa Pusat PDK Seri Utama yang terletak di

bawah Dewan Undangan Negeri Ayer Keroh, Parlimen Bukit Katil

ditubuhkan daripada hasil inisiatif Yang Amat Bahagia Datin Seri Utama

Page 8: TEKS UCAPAN YBHG DATO SURIANI BINTI DATO AHMAD … · Menulis, Mengira, sukan, dan terapi-terapi yang bersesuaian dilihat mempunyai kesan positif yang mendorong kepada peningkatan

8 | P a g e

Datuk Wira Hajah Fadilah Binti Abdullah, selaku Pengerusi Badan Amal

Isteri Wakil-Wakil Rakyat atau BISTARI yang sentiasa prihatin terhadap

golongan OKU, serta terdapatnya gesaan daripada pihak komuniti Bukit

Katil. Tahniah dan syabas diucapkan kepada pihak komuniti Bukit Katil dan

juga JKM Negeri Melaka di atas penubuhan PDK ini dan saya percaya,

Kerajaan Negeri Melaka di bawah kepimpinan YAB akan sentiasa memberi

sokongan demi memastikan OKU mendapat pembelaan sewajarnya.

Page 9: TEKS UCAPAN YBHG DATO SURIANI BINTI DATO AHMAD … · Menulis, Mengira, sukan, dan terapi-terapi yang bersesuaian dilihat mempunyai kesan positif yang mendorong kepada peningkatan

9 | P a g e

8. Besarlah harapan saya agar dengan penubuhan pusat PDK Seri Utama

ini, kaedah pembangunan komuniti bagi pemulihan OKU di kawasan DUN

Ayer Keroh dan kawasan yang berhampiran dapat dipertingkatkan dan

seterusnya semua komuniti setempat berupaya menjalinkan perkongsian

bijak serta kerjasama erat demi jaminan kesejahteraan hidup insan-insan

istimewa ini.

Hadirin yang dihormati

9. Saya juga difahamkan bahawa PDK Seri Utama ini telahpun mendaftarkan

seramai 15 pelatih OKU di bawah seliaan seorang penyelia yang dibantu

Page 10: TEKS UCAPAN YBHG DATO SURIANI BINTI DATO AHMAD … · Menulis, Mengira, sukan, dan terapi-terapi yang bersesuaian dilihat mempunyai kesan positif yang mendorong kepada peningkatan

10 | P a g e

oleh dua (2) orang petugas. Memandangkan golongan OKU di bawah

DUN Ayer Keroh yang telah berdaftar adalah seramai lebih kurang 2,000

orang, maka saya yakin dan berharap agar lebih ramai OKU tersebut dapat

mengambil peluang dan ruang yang tersedia ini untuk peningkatan kendiri

masing-masing.

10. Oleh itu, saya menyeru supaya ibu bapa memberi komitmen dan kerjasama

kepada penyelia dan petugas di PDK terutama dalam program

perkembangan sosial. Penyertaan serta penglibatan ibu bapa memainkan

peranan yang amat penting dalam menjayakan program PDK. Harapan

saya kepada ibu bapa dan juga NGO-NGO yang ada di sini supaya

Page 11: TEKS UCAPAN YBHG DATO SURIANI BINTI DATO AHMAD … · Menulis, Mengira, sukan, dan terapi-terapi yang bersesuaian dilihat mempunyai kesan positif yang mendorong kepada peningkatan

11 | P a g e

bekerjasama dengan kerajaan dalam usaha memberi kesedaran kepada

masyarakat mengenai PDK. Dengan adanya kerjasama ini, PDK akan

terus mengorak langkah dalam usaha menggalakkan OKU berdikari bagi

menjamin kehidupan yang sejahtera dan produktif agar OKU boleh

berintegrasi dengan masyarakat tanpa stigma negatif.

Hadirin yang dihormati sekalian,

11. Berdasarkan statistik JKM, bilangan OKU yang berdaftar sehingga Mac

2018 adalah seramai lebih kurang 460,000 orang. Menurut Pertubuhan

Kesihatan Sedunia (WHO), dianggarkan sebanyak 15% daripada

Page 12: TEKS UCAPAN YBHG DATO SURIANI BINTI DATO AHMAD … · Menulis, Mengira, sukan, dan terapi-terapi yang bersesuaian dilihat mempunyai kesan positif yang mendorong kepada peningkatan

12 | P a g e

penduduk dunia merupakan OKU. Melihat kepada statistik yang

dinyatakan tadi, OKU yang telah berdaftar dengan Jabatan Kebajikan

Masyarakat hanya lebih kurang 1.4% daripada jumlah penduduk Malaysia.

Jumlah ini jauh lebih rendah daripada unjuran tersebut dan saya percaya

masih terdapat ramai lagi OKU yang tidak berdaftar sebagai OKU. Justeru

itu, saya menyeru kepada ibu bapa atau penjaga yang mempunyai anak

OKU, segeralah berdaftar dengan JKM bagi memperoleh manfaat sebagai

OKU berdaftar.

12. Bagi Negeri Melaka, terdapat seramai lebih kurang 22,000 OKU telah

berdaftar dan saya berharap dengan kempen pendaftaran OKU yang

Page 13: TEKS UCAPAN YBHG DATO SURIANI BINTI DATO AHMAD … · Menulis, Mengira, sukan, dan terapi-terapi yang bersesuaian dilihat mempunyai kesan positif yang mendorong kepada peningkatan

13 | P a g e

dilaksanakan oleh JKM dapat meningkatkan jumlah OKU berdaftar

seterusnya membolehkan golongan istimewa ini mendapat pelbagai

perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan kerajaan.

13. Saya juga ingin mengambil peluang ini untuk mengucapkan tahniah

kepada JKM Negeri Melaka di atas kejayaan PDK yang telah memenangi

pelbagai anugerah di peringkat kebangsaan, seperti Anugerah PDK

Cemerlang Malaysia untuk tahun 2009 dan 2014; Tokoh Pengerusi

Cemerlang Kebangsaan 2014 serta Anugerah Penjaga Cemerlang

sempena Hari Kebajikan Negara 2016.

Page 14: TEKS UCAPAN YBHG DATO SURIANI BINTI DATO AHMAD … · Menulis, Mengira, sukan, dan terapi-terapi yang bersesuaian dilihat mempunyai kesan positif yang mendorong kepada peningkatan

14 | P a g e

14. Kehadiran YAB Datuk Seri, tuan-tuan dan puan-puan sekalian pada

petang ini menguatkan lagi keyakinan saya mengenai sokongan padu dan

penggemblengan tenaga dan sumber yang berterusan daripada semua

pihak ke atas segala usaha kerajaan dalam memelihara kepentingan

OKU.

15. Sukacita saya ingin mengingatkan semula bahawa Pusat PDK ini adalah

kepunyaan komuniti, di mana KPWKM memberi bantuan dari segi tenaga

pengajar dan kewangan. Namun, untuk menjamin kejayaan sesebuah

Pusat PDK dalam meningkatkan kesejahteraan hidup OKU serta

Page 15: TEKS UCAPAN YBHG DATO SURIANI BINTI DATO AHMAD … · Menulis, Mengira, sukan, dan terapi-terapi yang bersesuaian dilihat mempunyai kesan positif yang mendorong kepada peningkatan

15 | P a g e

keluarganya, maka adalah penting peranan dan penglibatan aktif daripada

ibu bapa, keluarga serta masyarakat setempat diterapkan.

16. Sekali lagi saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada semua

yang dapat hadir pada petang ini terutama YAB Ketua Menteri Melaka,

Datuk Seri Utama Ir. Ts. Haji Idris Bin Haji Haron dan Exco Wanita,

Pembangunan Keluarga dan Masyarakat Negeri Melaka YB Datuk Latipah

Binti Omar, ahli-ahli yang berhormat serta para isteri, pemimpin-pemimpin

tempatan serta semua pihak yang menjayakan Majlis Perasmian PDK Seri

Utama dan menyumbangkan tenaga bagi memastikan kelancaran majlis

Page 16: TEKS UCAPAN YBHG DATO SURIANI BINTI DATO AHMAD … · Menulis, Mengira, sukan, dan terapi-terapi yang bersesuaian dilihat mempunyai kesan positif yang mendorong kepada peningkatan

16 | P a g e

ini. Terima kasih kepada JKM Negeri Melaka kerana telah berjaya

menganjurkan program pada hari ini.

17. Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim, saya dengan sukacitanya

merasmikan Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Seri Utama, Ayer Keroh,

Melaka.

Sekian,

Wabillahi Taufik Wal Hidayah Wassalamualaikum Warah Matullahi

Wabarakatuh

Page 17: TEKS UCAPAN YBHG DATO SURIANI BINTI DATO AHMAD … · Menulis, Mengira, sukan, dan terapi-terapi yang bersesuaian dilihat mempunyai kesan positif yang mendorong kepada peningkatan

17 | P a g e