putrajaya autoshow persekutuan - ppj.gov.my volvo, dari putrajaya ke taman tasik titiwangsa, kuala...

10
Kenduri 1Wilayah Persekutuan BULETIN INFORMASI PERBADANAN PUTRAJAYA • EDISI FEBRUARI 2015 WWW.PUTRAJAYA.GOV.MY / WWW.PPJ.GOV.MY Putrajaya Autoshow Konvoi Berbasikal 1Wilayah Persekutuan

Upload: lamquynh

Post on 24-May-2018

270 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Putrajaya Autoshow Persekutuan - ppj.gov.my Volvo, dari Putrajaya ke Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur. T ... bertempat di kawasan Tasik Putrajaya yang berbeza bagi setiap siri

Kenduri 1Wilayah Persekutuan

myPUTRAJAYABULETIN INFORMASI PERBADANAN PUTRA JAYA • EDISI FEBRUARI 2015

WWW.PUTRA JAYA .GOV.MY / WWW.PPJ.GOV.MY

Putrajaya Autoshow

Konvoi Berbasikal 1Wilayah Persekutuan

Page 2: Putrajaya Autoshow Persekutuan - ppj.gov.my Volvo, dari Putrajaya ke Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur. T ... bertempat di kawasan Tasik Putrajaya yang berbeza bagi setiap siri

Sidang redaksi myPutrajaya mengalu-alukan komen, ulasan dan sumbangan dari semua pembaca

Semua urusan surat menyurat dan email hendaklah ditujukan kepada:

[email protected]

Buletin myPutrajaya,Seksyen Portal & Multimedia, Bahagian Teknologi Maklumat & Komunikasi, Jabatan Perkhidmatan Korporat, Perbadanan Putrajaya,24, Persiaran Perdana,Presint 3, 62675 Putrajaya.

Surat menyuratUntuk maklumat lanjut, sila layari: www.ppj.gov.my dan www.putrajaya.gov.my Facebook/putrajaya,

Twitter@putrajayacorp,

Youtube/perbadananputrajaya, Instagram/perbadananputrajaya.

Santai@DataranGemilangSempena Hari Wilayah

berhubung terus dengan Pengurus Kelab, Irwanshah di la-man sosial Facebook Shahrin Nikman atau Instagram Irwan-shah @wanshah80.

Pengunjung yang hadir turut dihiburkan dengan persem-bahan nyanyian oleh kumpulan Royal Ordnans Unplugged Group dengan mendendangkan beberapa buah lagu popular masa kini. Acara memotong kek di atas pentas utama sem-pena sambutan Hari Wilayah turut memberi kejutan kepada para pengunjung.

Persembahan lincah aksi memasukkan api ke dalam mulut sebelum melakukan hembusan berapi telah dilaku-kan oleh seorang kanak-kanak berusia 12 tahun iaitu Adik Muhamad Irwan Bin Roslee. Persembahan tersebut mula menjadi tarikan utama dalam upacara tertentu seperti pro-gram-program riadah keluarga.

Adik Muhamad Irwan telah dilatih sejak kecil oleh ayahn-ya sendiri secara intensif sebelum dibawa ke pentas yang lebih besar kerana tidak mahu sebarang kejadian tidak diingini berlaku.

Program Santai@DataranGemilang ini diadakan pada se-tiap hari Ahad, jam 4.30 petang sehingga 7 malam. Pelbagai aktiviti mingguan disediakan seperti persembahan artis, live band, pertunjukan kesenian dan kebudayaan, aktiviti riadah dan sebagainya.

Bersempena dengan sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2015, Perbadanan Putrajaya telah mengadakan pro-

gram khas Santai@DataranGemilang bersempena sambutan tersebut di Dataran Gemilang, Presint 4. Hampir 1000 pen-gunjung terhibur dengan pelbagai aktiviti yang telah dise-diakan.

Pihak Perbadanan Putrajaya telah menanam empat batang pokok sebagai simbolik kepada kecintaan terhadap Putrajaya. Seumpama, semakin membesar pokok yang di-tanam, semakin bertambah kecintaan penduduk terhadap Putrajaya.

Bersempena dengan sambutan Hari Wilayah ini juga, pi-hak Perbadanan Putrajaya turut melancarkan Kelab Pem-inat Santai@DataranGemilang dengan melantik penyanyi serta pengacara, Irwan bin Shaari yang lebih mesra dengan panggilan Irwanshah sebagai Duta kepada kelab tersebut. Kelab ini diwujudkan untuk mencari bakat – bakat baru di kalangan peserta dan cuba mengetengahkan bakat tersebut melalui platform Santai@DataranGemilang. Keahlian adalah percuma dan pelbagai aktiviti menarik akan disediakan.

Kelab Peminat Santai@DataranGemilang telah mendapat keahlian yang amat menggalakkan selepas menerima pendaftaran ahli mencecah lebih daripada 500 orang  pada hari pertama pelancaran. Kepada mereka yang berminat un-tuk menyertai atau mempunyai sebarang pertanyaan men-genai kelab peminat Santai@DataranGemilang ini, bolehlah

Page 3: Putrajaya Autoshow Persekutuan - ppj.gov.my Volvo, dari Putrajaya ke Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur. T ... bertempat di kawasan Tasik Putrajaya yang berbeza bagi setiap siri

Perasmian Majlis Pecah Tanah Ibu Pejabat AFF

Program Fit Malaysia Hot Spot

PutrajayaProgram Fit Malaysia Hot Spot Putrajaya diadakan pada

setiap hari Khamis di Padang Hijau berhadapan Kompleks Perbadanan Putrajaya, Presint 3.

Program Fit Malaysia Hot Spot anjuran KBS Malaysia ini merupakan salah satu aktiviti kecergasan bagi menggalakkan masyarakat untuk bersukan lebih-lebih lagi setelah tamat waktu bekerja.

Program ini terbuka kepada sesiapa sahaja yang berminat untuk menyertainya dan boleh terus ke lokasi tersebut pada setiap hari Khamis bermula jam 5.30 petang.

Program Fit Malaysia Hot Spot Putrajaya juga turut diadakan di Laman Seni, Menara KBS, Presint 4 setiap Selasa pada waktu yang sama.

Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tengku Abdullah Sul-tan Ahmad Shah telah merasmikan majlis pecah tanah ibu pejabat

baharu Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) di Presint 5, Putrajaya.Bangunan ibu pejabat baharu AFF dijangka menjadi hub kecemerlan-

gan bola sepak apabila mereka juga merancang untuk membina pejabat baharu FAM dan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) serta sebuah stadium dengan kapasiti 40,000 tempat duduk akan turut dibina.

Ibu pejabat AFF dibina dengan kos kira-kira RM90 juta di atas tanah berkeluasan hampir satu hektar dijangka siap sebelum Malaysia menjadi tuan rumah kongres Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) pada pertengahan 2017.

Idea pembinaan ibu pejabat AFF telah diketengahkan oleh Sultan Ahmad Shah yang merupakan sebahagian perancangan baginda untuk menubuhkan sekretariat bola sepak Asia Tenggara di Putrajaya.

Untuk maklumat lanjut, sila layari: www.ppj.gov.my dan www.putrajaya.gov.my Facebook/putrajaya,

Twitter@putrajayacorp,

Youtube/perbadananputrajaya, Instagram/perbadananputrajaya.

Page 4: Putrajaya Autoshow Persekutuan - ppj.gov.my Volvo, dari Putrajaya ke Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur. T ... bertempat di kawasan Tasik Putrajaya yang berbeza bagi setiap siri

Sempena Sambutan Hari Wilayah 2015

Konvoi Berbasikal 1Wilayah Persekutuan

Perkarangan Istana Kehakiman dibanjiri hampir 5,000 peserta yang turut bersama - sama memeriahkan

Program Konvoi Berbasikal 1 Wilayah Persekutuan 2015.Program Konvoi Berbasikal telah dirasmikan oleh Menteri

Wilayah Persekutuan, YB Datuk Seri Utama Tengku Adnan Tengku Mansor diiringi oleh Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, YB Datuk Loga Bala Mohan, Ketua Setiausaha YBhg. Datuk Seri Adnan bin Haji Md Ikshan dan Presiden Perbadanan Putrajaya, YBhg. Tan Sri Dato’ Sri Dr. Aseh Che Mat.

Para peserta yang terdiri daripada kalangan penduduk Wilayah Persekutuan telah berkumpul seawal jam 6 pagi dan dilepaskan oleh Tengku Adnan dari Dataran Putrajaya pada jam 8 pagi, berkayuh secara santai sejauh 30 kilometer mengelilingi Putrajaya. Kayuhan ini berakhir di tempat yang sama pada jam 12 tengahari. Aktiviti berbasikal secara konvoi ini memang cukup meriah dan mendapat sambutan yang hangat termasuk daripada bikers Bandar Tun Hussien Onn.

Selain program Kayuhan Santai, acara cabutan bertuah juga turut diadakan dengan menawarkan hadiah berupa sebuah basikal yang berharga RM4,200.00 sebagai hadiah utama dan sebanyak 50 barangan lain sebagai hadiah sampingan.

Program yang merupakan anjuran kali ke-4 oleh Majlis Sukan Wilayah Persekutuan (MSWP) turut mendapat kerjasama dari Perbadanan Putrajaya (PPj), Persatuan Berbasikal Kuala Lumpur ( PBKL) dan dibantu oleh Pasukan Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) serta Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (RELA).

Page 5: Putrajaya Autoshow Persekutuan - ppj.gov.my Volvo, dari Putrajaya ke Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur. T ... bertempat di kawasan Tasik Putrajaya yang berbeza bagi setiap siri

Putrajaya Autoshow menerima hampir 3,000 penyerta-an sempena Sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2015

yang berlangsung dengan meriahnya dengan kehadiran ra-tusan kereta yang diubahsuai bertempat di Kawasan Lapang Belakang Istana Kehakiman. Ribuan pengunjung jelas teruja dengan pelbagai jenis kereta yang dipamerkan.

Putrajaya Autoshow ini diadakan bersempena Sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2015 dan ianya telah dirasmikan oleh YB Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan bin Tengku Mansor dan turut hadir bersama YBhg. Tan Sri Dato’ Seri (Dr.) Aseh bin Haji Che Mat, Presiden Per-badanan Putrajaya. 

Pameran selama sehari ini telah disertai oleh enam ke-lab kereta dari seluruh negara dan berjaya mengumpulkan 1,200 kenderaan pelbagai jenis.

Pertandingan hiasan kereta turut diadakan. Terdapat enam kategori dipertandingkan iaitu Ekstrem, Proton Modi-fied, Produa Modified, Oldskool, VIP dan Hello Kitty.

Objektif utama penganjuran aktiviti ini adalah untuk mer-apatkan hubungan antara semua pihak khususnya semua kelab kereta dan juga memberi ruang kepada peminat kere-ta menyertai pameran secara sihat dan mengelakkan mere-ka daripada menyertai perlumbaan haram.

Putrajaya Autoshow Sempena Hari Wilayah

Page 6: Putrajaya Autoshow Persekutuan - ppj.gov.my Volvo, dari Putrajaya ke Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur. T ... bertempat di kawasan Tasik Putrajaya yang berbeza bagi setiap siri

Bersempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan, program

Kenduri 1Wilayah Persekutuan dan juga sambutan Hari Keluarga Parlimen Putrajaya telah diadakan pada 7 Februari, bertempat di Kompleks Futsal 1Malaysia, Presint 18. Program tersebut diserikan dengan pelbagai aktiviti termasuk sukaneka, tarik tali, pertandingan mewarna kanak-kanak serta cabutan nombor bertuah.

Menteri Wilayah Persekutuan merangkap Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan bin Tengku Mansor dan isteri, Datin

Kenduri 1Wilayah Persekutuan & Hari Keluarga Warga Putrajaya

Seri Anggeriani Sentiyaki serta ahli keluarganya telah bersama-sama lebih kurang 10,000 warga Putrajaya memeriahkan program Kenduri Rakyat 1 Wilayah Persekutuan dan juga sambutan Hari Keluarga Parlimen Putrajaya. Turut hadir Presiden Perbadanan Putrajaya, YBhg. Tan Sri Dato’ Seri (Dr.) Aseh bin Haji Che Mat

Program tahunan itu merupakan gerak kerja gotong-royong oleh masyarakat Putrajaya sebagai tanda kesyukuran atas kemajuan yang dikecapi.Program ini turut menjadi medium bagi memperkukuhkan persefahaman, perpaduan

dan ukhwah sesama komuniti Wilayah Persekutuan dengan menyediakan pelbagai program seperti senamrobik, sukaneka serta gotong-royong memasak juadah kenduri.

Warga Putrajaya hadir bersama keluarga masing-masing dengan menyertai pelbagai aktiviti seperti sukaneka dan pertandingan mewarna selain cabutan nombor bertuah. Hadiah-hadiah menarik turut disediakan iaitu sebuah Proton Saga sebagai hadiah utama selain tiga buah motosikal, basikal serta pelbagai barangan elektrik dan elektronik.

Dalam majlis yang sama, Tengku Adnan turut menyempurnakan pelepasan Konvoi Kibar Bendera Wilayah Persekutuan Bersama Kelab Pemilik Volvo, melibatkan 50 kereta Volvo, dari Putrajaya ke Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur.

Page 7: Putrajaya Autoshow Persekutuan - ppj.gov.my Volvo, dari Putrajaya ke Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur. T ... bertempat di kawasan Tasik Putrajaya yang berbeza bagi setiap siri

TKC Walk a Run Carnival telah dirasmikan oleh YBhg Datin Seri Rosmah binti Mansor isteri YAB Perdana Menteri di

Kompleks Sukan Air, Presint 6, Putrajaya. YB Menteri Belia dan Sukan, En. Khairy Jamaluddin Abu Bakar turut hadir pada majlis perasmian ini.

Program TKC Walk A Run Carnival ini merupakan program larian amal sejauh 5km dan dianjurkan oleh bekas-bekas pela-jar sekolah berprestij, Kolej Tunku Kurshiah (TKC), Seremban.

Disamping acara larian, program ini juga turut diserikan dengan pelbagai acara sampingan lain. Antara objektif larian amal ini adalah untuk mengutip dana pembangunan Sukan TKC. Difahamkan sekolah berkenaan memerlukan sebanyak RM500,000.00 bagi tujuan pembangunan tersebut.

TKC WALK A RUN CARNIVAL

Kenduri 1Wilayah Persekutuan & Hari Keluarga Warga Putrajaya Buat tahun ketiga berturut-turut, Perbadanan Putrajaya

meneruskan penganjuran Sirkit Pancing Putrajaya bagi tahun 2015. Terdapat 4 siri pertandingan dalam setahun, bertempat di kawasan Tasik Putrajaya yang berbeza bagi setiap siri. Sirkit Pancing Putrajaya Siri 1/2015 merupakan salah satu pengisian bagi Sambutan Hari Wilayah Perse-kutuan 2015 dan juga bersempena Hari Wetland Sedunia. Sirkit ini akan diadakan pada 1 Mac 2015 bertempat di Sisiran Tasik Presint 1 dan Tasik Putrajaya, Taman Wawasan dari jam 7.30 pagi hingga 12.30 tengahari.

Sebagai simbolik kepada Sirkit Pancing Putrajaya Siri 1/2015 ini, YBhg Datuk Muhamad Haitamin Bin Ishak, Naib Presiden Kanan PPj, mewakili Presiden PPj, YBhg. Tan Sri Dato’ Seri (Dr.) Aseh bin Haji Che Mat bersama YBhg. Datuk Haji Ismail bin Abu Hassan, Ketua Pengarah Peri-kanan Malaysia telah melepaskan 9 ekor ikan induk yang terdiri daripada ikan Jelawat, Temoleh, Kerai dan Kelah se-berat 1 hingga 2 kg setiap satu ke dalam Tasik Putrajaya pada 26 Februari 2015 bertempat di Sisiran Tasik Presint 1. Manakala lebih 500 ekor benih ikan Kelah yang diper-olehi daripada Pusat Pengembangan Akuakultur, Jabatan Perikanan Malaysia, Perlok dan Gelami Lemi, Negeri Sem-bilan turut dilepaskan ke dalam Tasik Putrajaya pada hari yang sama.

Penyertaan Sirkit Pancing Putrajaya terbuka kepada kaki pancing dan orang ramai dengan yuran penyertaan seban-yak RM10.00 bagi setiap joran. Pendaftaran boleh dibuat secara atas talian (online) di laman sesawang www.ppj.gov.my atau www.putrajaya.gov.my yang telah dibuka bermula 9 Februari 2015 dan tarikh tutup adalah pada 26 Februari 2015, jam 12.00 tengah malam. PPj turut menyediakan pendaftaran di Kaunter Pusat Khidmat Pelanggan Kom-

pleks PPj dan Pusat Informasi Putrajaya di Dataran Putra, Presint 1 bermula pada 23 Februari. Manakala kaunter pendaftaran 24 jam akan dibuka di tapak pertandingan pada 28 Februari 2015 iaitu sehari sebelum hari pertand-ingan berlangsung.

Penganjuran Sirkit Pancing Putrajaya ini masih lagi mengekalkan konsep tangkap dan lepas dengan menawar-kan hadiah wang tunai bagi pemenang tempat pertama hingga ke-13 selain cabutan bonanza menarik termasuk motosikal Kriss Modenas. Paling menarik ialah sebuah kereta Proton Iriz yang akan menjadi milik peserta yang berjaya mengumpul jumlah mata terbanyak bagi keem-pat-empat siri Sirkit Pancing pada tahun ini.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web www.ppj.gov.my atau hubungi urusetia YM Tengku Mazuki Ismail / Cik Normaliza Nordin dari Bahagian Alam Sekitar, Tasik dan Wetland, Jabatan Perancangan Bandar, PPj di talian 03-8887 7443 / 03-8887 7146 atau emel : [email protected] / [email protected]

Majlis Pelepasan Ikan Sempena Sirkit Pancing Putrajaya Siri 1/2015

Page 8: Putrajaya Autoshow Persekutuan - ppj.gov.my Volvo, dari Putrajaya ke Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur. T ... bertempat di kawasan Tasik Putrajaya yang berbeza bagi setiap siri

Koperasi Perbadanan Putrajaya (Putrakop) telah meng-hantar seramai 15 orang ahli lembaga koperasinya bagi

mengikuti Kursus Kewangan Koperasi yang berlangsung di Maktab Koperasi Malaysia, Petaling Jaya, Selangor.

ALK PUTRAKOP Hadiri Kursus Pengurusan Kewangan Koperasi

Program Jalan Kaki Bersama Presiden PPj

Seperti kebiasaannya pada setiap hari Rabu jam 5:30 petang, YBhg. Tan Sri Dato’ Seri (Dr.) Aseh Bin Haji

Che Mat meluangkan masa bersama dengan kakitan-gan Perbadanan Putrajaya untuk Program Berjalan Kaki Bersama Presiden PPj bagi melakukan naziran di ka-wasan-kawasan di sekitar Putrajaya.

Pada 11 Februari, tumpuan kawasan lawatan utama adalah sekitar Persiaran Perdana (Boulevard) Presint 2 dan Presint 3 serta Tapak Penganjuran Formula E Pu-trajaya untuk melihat keadaan tapak setelah kerja-kerja membuka struktur paddock dan garage Formula E Putra-jaya selesai dilaksanakan oleh pihak FIA Formula E Ma-laysia.

Hadir sama pada program petang tersebut adalah wakil-wakil media, wakil anak-anak syarikat Perbadanan Putrajaya, wakil kontraktor dan kakitangan Perbadanan Putrajaya.

Kursus anjuran Maktab Koperasi Malaysia ini merupakan salah satu antara tiga kursus wajib bagi semua Ahli Lem-baga Koperasi (ALK) berdasarkan ketetapan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM). Dua lagi kursus wajib ialah Kursus Pengurusan Pentadbiran Koperasi dan juga Kursus Pengu-rusan Strategik Koperasi yang akan disusuli kemudian.

Diharap dengan kursus yang dihadiri ini, 15 ALK tersebut dapat meningkatkan peranan masing-masing dalam me-majukan koperasi demi faedah kepada semua ahli-ahlinya. Kursus yang dihadiri amat penting bagi ahli-ahli lembaga koperasi kerana maju atau mundur sesebuah koperasi ber-gantung kepada prestasi kewangan dan juga dividen tahu-nan yang merupakan faktor utama kejayaan kepada sese-buah koperasi.

Page 9: Putrajaya Autoshow Persekutuan - ppj.gov.my Volvo, dari Putrajaya ke Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur. T ... bertempat di kawasan Tasik Putrajaya yang berbeza bagi setiap siri

Perbadanan Putrajaya mengalu-alukan delegasi dari Asian Organization of Supreme Audit Institu-tion (ASOSAI) dan Dewan Pimpinan Daerah Partai Demokrat Provinsi Aceh Fraksi Partai Demokrat Dewan Perwakilan Rakyat Aceh

Februari

11

Greater KL & Malaysia Smart City Conference 2015 12

Kursus Teknik Meracun serta Langkah Keselamatan14

Page 10: Putrajaya Autoshow Persekutuan - ppj.gov.my Volvo, dari Putrajaya ke Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur. T ... bertempat di kawasan Tasik Putrajaya yang berbeza bagi setiap siri

Majlis Perasmian Restoran Shahjee oleh YBhg. Tan Sri Dato’ Seri (Dr.) Aseh bin Haji Che Mat, Presiden Perba-danan Putrajaya. Restoran Shahjee ini telah mula ber-operasi di Terminal B, Putrajaya Sentral mulai 13 Februari 2015

16

Perbadanan Putrajaya menerima kehadiran delegasi TYT Ri Gil Song, Naib Timbalan Menteri Luar Korea Utara (DPRK) 17

Perbadanan Putrajaya menerima lawatan dari Unit Ko-munikasi Korporat Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat untuk taklimat penubuhan Pusat Khidmat Pelanggan dan Sistem Pengurusan Ad-uan PPj

24

Presiden PPj, YBhg. Tan Sri Dato’ Seri (Dr.) Aseh bin Haji Che Mat bersama Naib-Naib Presiden PPj semasa Sidang Media 7th Putrajaya International Hot Air Balloon Fiesta 2015

26