laporan bersama perbadanan putrajaya wow

9
LAPORAN USAHASAMA DEMONSTRASI PEMBUATAN BAJA KOMPOS DAN PENGURUSAN GARDEN WASTE BERSAMA PERBADANAN PUTRAJAYA DI KARNIVAL WOW PUTRAJAYA Pada 25 Februari 2012 (Sabtu), satu usahasama demonstrasi pembuatan baja kompos dan pengurusan garden waste bersama Perbadanan Putrajaya di Karnival Wow telah dilaksanakan oleh 12 orang pelajar PISMP 3.13 jurusan Pengajian Sosial ambilan Januari 2011 bertempat di Sisiran Tasik Presint 2, Putrajaya. Lawatan usahasama ini telah berlangsung selama empat jam bermula dari pukul 8.30 pagi sehingga 12.30 tengahari. Karnival ini telah diadakan selama tiga hari berturut-turut bersempena dengan Sambutan 10 Tahun Pengisytiharaan Putrajaya Sebagai Wilayah Persekutuan. Lawatan usahasama ini bertujuan untuk memberikan pendedahan secara menyeluruh kepada para pelajar tentang cara penghasilan baja kompos dan garden waste sebagai pelengkap kepada teori yang dipelajari melalui aplikasi kerja praktikal. Hal ini juga selaras dengan matlamat IPG Lestari untuk memastikan kelestarian dalam institut. Lawatan usahasama ini sangat penting dalam memantapkan lagi pemahaman dan penghayatan pelajar terhadap penghasilan dan penggunaan baja kompos dan garden waste disamping memenuhi keperluan sukatan mata pelajaran Pendidikan Pembangunan Lestari (PSS 3105). Seramai 12 orang pelajar telah berkumpul di hadapan kafe perempuan pada pukul 7.15 pagi dan bertolak dari Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam pada pukul 7.45 pagi. Kami tiba di tapak ekspo Sisiran Tasik Presint 2, Putrajaya pada pukul 8.20 pagi. Ketibaan kami disambut mesra oleh Puan Salwa iaitu Penolong Pengurus Lawatan Perbadanan Putrajaya. Kami telah berkumpul di tapak perasmian ‘Majlis Pelancaran Pengenalan Master Gardener dan Ahli Arborist’ untuk menghadiri majlis perasmian yang akan berlangsung pada pukul 9.30 pagi. Majlis perasmian telah dirasmikan oleh YB Datuk M. Saravanan, Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar. Dalam ucapannya, beliau ingin menjadikan Putrajaya sebagai bandar dalam taman dan bandar yang lestari.

Upload: angang

Post on 25-Oct-2015

70 views

Category:

Documents


10 download

TRANSCRIPT

Page 1: Laporan Bersama Perbadanan Putrajaya Wow

LAPORAN USAHASAMA DEMONSTRASI PEMBUATAN BAJA KOMPOS DAN

PENGURUSAN GARDEN WASTE BERSAMA PERBADANAN PUTRAJAYA DI

KARNIVAL WOW PUTRAJAYA

Pada 25 Februari 2012 (Sabtu), satu usahasama demonstrasi pembuatan baja

kompos dan pengurusan garden waste bersama Perbadanan Putrajaya di Karnival

Wow telah dilaksanakan oleh 12 orang pelajar PISMP 3.13 jurusan Pengajian Sosial

ambilan Januari 2011 bertempat di Sisiran Tasik Presint 2, Putrajaya. Lawatan

usahasama ini telah berlangsung selama empat jam bermula dari pukul 8.30 pagi

sehingga 12.30 tengahari. Karnival ini telah diadakan selama tiga hari berturut-turut

bersempena dengan Sambutan 10 Tahun Pengisytiharaan Putrajaya Sebagai

Wilayah Persekutuan.

Lawatan usahasama ini bertujuan untuk memberikan pendedahan secara

menyeluruh kepada para pelajar tentang cara penghasilan baja kompos dan garden

waste sebagai pelengkap kepada teori yang dipelajari melalui aplikasi kerja praktikal.

Hal ini juga selaras dengan matlamat IPG Lestari untuk memastikan kelestarian

dalam institut. Lawatan usahasama ini sangat penting dalam memantapkan lagi

pemahaman dan penghayatan pelajar terhadap penghasilan dan penggunaan baja

kompos dan garden waste disamping memenuhi keperluan sukatan mata pelajaran

Pendidikan Pembangunan Lestari (PSS 3105).

Seramai 12 orang pelajar telah berkumpul di hadapan kafe perempuan pada

pukul 7.15 pagi dan bertolak dari Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam

pada pukul 7.45 pagi. Kami tiba di tapak ekspo Sisiran Tasik Presint 2, Putrajaya

pada pukul 8.20 pagi. Ketibaan kami disambut mesra oleh Puan Salwa iaitu

Penolong Pengurus Lawatan Perbadanan Putrajaya. Kami telah berkumpul di tapak

perasmian ‘Majlis Pelancaran Pengenalan Master Gardener dan Ahli Arborist’ untuk

menghadiri majlis perasmian yang akan berlangsung pada pukul 9.30 pagi. Majlis

perasmian telah dirasmikan oleh YB Datuk M. Saravanan, Timbalan Menteri Wilayah

Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar. Dalam ucapannya, beliau ingin menjadikan

Putrajaya sebagai bandar dalam taman dan bandar yang lestari.

Page 2: Laporan Bersama Perbadanan Putrajaya Wow

Gambar 1 : Antara pelajar PISMP 3.13 yang menghadiri demonstrasi baja kompos dan

pengurusan garden waste di Karnival Wow Putrajaya

Gambar 2 : YB Datuk M. Saravanan, Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan dan

Kesejahteraan Bandar merasmikan ‘Majlis Pengenalan Master Gardener Dan Ahli Arborist’

Page 3: Laporan Bersama Perbadanan Putrajaya Wow

Setelah merasmikan ‘Majlis Pengenalan Master Gardener Dan Ahli Arborist’,

demonstrasi pemangkasan dari pokok ke pokok telah dilakukan oleh seorang ahli

tree climber yang profesional yang turut disaksikan oleh Timbalan Menteri Wilayah

Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar serta Presiden Perbadanan Putrajaya, Tan

Sri Samsudin Osman. Kemudian, dahan pokok yang telah dipangkas oleh ahli tree

climber tersebut telah diberikan kepada YB Datuk M. Saravanan untuk dikisar dalam

mesin pengisar. Hasil kisaran dahan pokok itu akan digunakan oleh pihak yang

tertentu untuk dijadikan baja kompos dengan menggunakan garden waste tersebut.

Gambar 3 : Ahli tree climber membuat demonstrasi pemangkasan dari pokok ke pokok

Page 4: Laporan Bersama Perbadanan Putrajaya Wow

Gambar 4 : YB Datuk M. Saravanan, Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan dan

Kesejahteraan Bandar memasukkan dahan yang dipangkas ke dalam mesin untuk dijadikan

baja kompos

Seterusnya, kami telah berarak ke booth Perbadanan Putrajaya untuk

menyaksikan sendiri penghasilan enzim, baja kompos dan pengurusan garden

waste. Setiap seorang daripada kami dikehendaki menghasilkan sendiri enzim

seperti yang telah disediakan oleh pihak Perbadanan Putrajaya. Pada peringkat

permulaan, kami telah diajar dan diberi penerangan yang jelas tentang penghasilan

enzim oleh En. Rahim Bin Ibrahim dan En. Fauzi Bin Mohd Noor yang merupakan

Penolong Pegawai Pertanian merangkap kepada Master Gardener di Perbadanan

Putrajaya. Taklimat yang diberikan kepada kami sangat jelas dan padat dengan ilmu

pengetahuan yang sangat bermanfaat untuk projek audit hijau dan IPG Lestari kami.

Kemudian, kami telah diberikan sebotol air minuman 500 ml, kulit buah-buahan

seperti limau dan epal, serta gula merah. Menurut penerangan yang telah diberikan

oleh master gardener, nisbah untuk menghasilkan enzim adalah 10:3:1 (air tanpa

klorin:sisa dapur:gula merah). Hal ini bermaksud, jika air yang digunakan adalah 500

ml, maka sebanyak 150 g kulit buah-buahan dan 50 g gula merah akan digunakan.

Tambahan beliau lagi, penutup botol baja kompos ini perlulah ditutup dengan ketat

dan dibuka pada setiap hari untuk membebaskan gas-gas yang akan membantu

Page 5: Laporan Bersama Perbadanan Putrajaya Wow

menampal dan menutup kembali lapisan ozon yang telah bocor. Hal ini sedikit

sebanyak telah memberikan faedah kepada manusia dan alam sekitar. Setelah tiga

bulan, enzim yang telah terhasil boleh digunakan sebagai baja untuk tanaman

sayuran, berbunga dan tidak berbunga dan pelbagai kegunaan lain lagi seperti

pencuci pinggan mangkuk dan baju, kawasan tandas dan sebagainya. Kami juga

telah diberikan baja kompos dan giffi iaitu sejenis bahan sebagai pengganti kepada

tanah untuk menyemai biji benih dengan cara yang paling mudah oleh pihak

Perbadanan Putrajaya.

Gambar 5 : Taklimat dan demonstrasi penghasilan enzim oleh En. Fauzi Mohd Noor

dan En. Rahim Ibrahim, Master Gardener Perbadanan Putrajaya

Page 6: Laporan Bersama Perbadanan Putrajaya Wow

Gambar 6 : Penghasilan enzim daripada kulit buah-buahan oleh pelajar PISMP 3.13

Selesai taklimat dan demonstrasi penghasilan enzim, kami telah berkunjung

ke bahagian penghasilan kraf tangan. Kesemua kraf yang dihasilkan menggunakan

daun-daun dan bunga-bunga yang telah dikeringkan. Antara contoh kraf tersebut

seperti bingkai gambar, penanda buku, kotak simpanan dan sebagainya. Antara

alatan yang digunakan seperti berus, gam polisterin, clear spray dan juga bingkai

gambar. Aktiviti ini sangat menarik kerana ini merupakan pengalaman pertama kami

menghasilkan kraf dengan menggunakan tumbuh-tumbuhan semulajadi sebagai alat

hiasan.

Page 7: Laporan Bersama Perbadanan Putrajaya Wow

Gambar 7 : Penghasilan hiasan bingkai gambar daripada daun-daun dan bunga-bunga

yang telah dikeringkan

Sebelum kami menamatkan sesi lawatan usahasama ini, beberapa orang

pelajar di antara kami telah mengambil peluang untuk mencuba sendiri aktiviti tree

climbing seperti yang dilakukan oleh ahli tree climber dengan bantuan daripada

beberapa orang ahli sukarelawan yang berada di tapak tersebut. Pekerjaan ini

ternyata tidak semudah yang kita lihat dan sangkakan kerana proses pemangkasan

dari pokok ke pokok memerlukan seorang yang profesional supaya aktiviti

memangkas dahan-dahan pokok ini dapat dilaksanakan dengan sempurna.

Page 8: Laporan Bersama Perbadanan Putrajaya Wow

Gambar 8 : Pelajar mencuba aktiviti tree climbing

Selesai sahaja kami menjalankan aktiviti yang telah disediakan oleh

Perbadanan Putrajaya, kami meminta izin untuk pulang dan memberikan

cenderamata sebagai kenang-kenangan dan penghargaan dari pihak kami kepada

Perbadanan Putrajaya atas kelapangan masa dan ilmu yang bermanfaat yang

Page 9: Laporan Bersama Perbadanan Putrajaya Wow

mereka berikan kepada kami. Diharap program ilmiah seperti ini dapat dilaksanakan

lagi pada masa akan datang supaya ilmu yang bermanfaat ini dapat diturunkan

kepada generasi akan datang supaya setiap insan mempunyai tanggungjawab untuk

menjaga dan memelihara alam sekitar dan bumi kita.

Gambar 9 : Penyerahan cenderamata kepada Perbadanan Putrajaya sebagai kenang-kenangan

dan tanda penghargaan