arkib komsas - pelangibooks.com bm 2017/top tg 3/k/arkib... · tema syair ini adalah tentang adab...

30
1 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. ARKIB KOMSAS 1 Syair Burung Nuri Maksud Rangkap Huraian 1 Penyair yang rendah diri menyatakan bahawa syair itu ditulisnya berpandukan pendapatnya yang belum cukup sempurna. 2 Penyair menyatakan lagi bahawa pendapat yang disampaikannya itu berdasarkan pengetahuan dan pengalamannya. 3 Penyair meminta maaf sekiranya dia melakukan kesilapan ketika menyampaikan pendapatnya kerana mungkin akan menyinggung perasaan orang lain. 4 Bagi penyair, pendapatnya sekadar untuk memberikan pedoman kepada umum melalui kertas dan dakwat. 5 Hidup seseorang tidak boleh bergantung kepada nasib. Seseorang perlu berusaha untuk membaiki kehidupannya. 6 Menurut penyair, adat kehidupan manusia yang merantau ke mana-mana haruslah menjaga adab sopan ketika menghadap makanan. 7 Bagi penyair, pemikiran yang kurang siuman yang ada pada diri seseorang akan mengecewakan perasaan insan yang ada di sekelilingnya. 8 Penyair berkata bahawa seseorang yang merantau harus menjaga budi pekerti supaya imej diri akan terpelihara. Tema Tema syair ini adalah tentang adab dalam kehidupan seharian. Persoalan (a) Sikap berdikari apabila berada di perantauan. (b) Sikap hemah tinggi dalam kehidupan seharian. (c) Sikap berani menghadapi cabaran. (d) Sikap hormat-menghormati terhadap orang lain. Bentuk (a) Syair ini terdiri daripada lapan rangkap. Bahagian A : Antologi Bintang Hati Unit 1 Puisi Tradisional (b) Setiap rangkap ada empat baris. (c) Setiap baris mempunyai empat hingga enam patah perkataan. (d) Setiap baris mempunyai sembilan hingga dua belas suku kata. (e) Berbentuk terikat. Unsur Bunyi (a) Rima akhir ialah aaaa. (b) Asonansi Contoh: Sajak dan nazam banyak tak kena (pengulangan vokal a) Segenap pesisir desa negeri (pengulangan vokal e) Daripada hidup sebaiknya mati (pengulangan vokal i) (c) Aliterasi Contoh: Gerangan sungguh amatlah leta (pengulangan konsonan g) Bangun terjunun badan suatu (pengulangan konsonan n) Daripada pendapat kurang sempurna (pengulangan konsonan p) Gaya Bahasa (a) Repitisi Contoh: Hanyutlah badan ke sana ke mari (b) Simile Contoh: Laksana cermin jatuh ke batu (c) Sinkope Contoh: Sajak dan nazam banyak tak kena (d) Inversi Contoh: Remuk dan redam rasanya hati (sepatutnya Hati rasanya remuk dan redam) (e) Penggunaan bahasa Arab Contoh: masygul, nistawan, sahifah Nilai Hemah tinggi, rasional, berdikari Pengajaran (a) Kita perlulah sentiasa mengenang budi orang lain terhadap kita. (b) Kita perlu berfikiran secara rasional ketika menghadapi sesuatu masalah. (c) Kita tidak harus bergantung hidup kepada nasib, sebaliknya berusaha untuk mengubah nasib tersebut. (d) Seseorang perlulah menjaga sopan santun di mana- mana sahaja.

Upload: vuongxuyen

Post on 08-Mar-2019

383 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: ARKIB KOMSAS - pelangibooks.com BM 2017/Top Tg 3/k/ARKIB... · Tema syair ini adalah tentang adab dalam kehidupan seharian. ... Unit 1 Puisi Tradisional (b) ... Contoh: • Tanpa

1 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.

ARKIB KOMSAS

1 Syair Burung Nuri

Maksud

Rangkap Huraian

1Penyair yang rendah diri menyatakan bahawa syair itu ditulisnya berpandukan pendapatnya yang belum cukup sempurna.

2Penyair menyatakan lagi bahawa pendapat yang disampaikannya itu berdasarkan pengetahuan dan pengalamannya.

3

Penyair meminta maaf sekiranya dia melakukan kesilapan ketika menyampaikan pendapatnya kerana mungkin akan menyinggung perasaan orang lain.

4Bagi penyair, pendapatnya sekadar untuk memberikan pedoman kepada umum melalui kertas dan dakwat.

5Hidup seseorang tidak boleh bergantung kepada nasib. Seseorang perlu berusaha untuk membaiki kehidupannya.

6

Menurut penyair, adat kehidupan manusia yang merantau ke mana-mana haruslah menjaga adab sopan ketika menghadap makanan.

7

Bagi penyair, pemikiran yang kurang siuman yang ada pada diri seseorang akan mengecewakan perasaan insan yang ada di sekelilingnya.

8Penyair berkata bahawa seseorang yang merantau harus menjaga budi pekerti supaya imej diri akan terpelihara.

TemaTema syair ini adalah tentang adab dalam kehidupan seharian.

Persoalan(a) Sikap berdikari apabila berada di perantauan.(b) Sikap hemah tinggi dalam kehidupan seharian.(c) Sikap berani menghadapi cabaran.(d) Sikap hormat-menghormati terhadap orang lain.

Bentuk(a) Syair ini terdiri daripada lapan rangkap.

Bahagian A : Antologi Bintang Hati

Unit 1 Puisi Tradisional(b) Setiap rangkap ada empat baris. (c) Setiap baris mempunyai empat hingga enam patah

perkataan.(d) Setiap baris mempunyai sembilan hingga dua belas suku

kata.(e) Berbentuk terikat.

Unsur Bunyi(a) Rima akhir ialah aaaa.(b) Asonansi Contoh: • Sajak dan nazam banyak tak kena (pengulangan

vokal a) • Segenap pesisir desa negeri (pengulangan vokal e) • Daripada hidup sebaiknya mati (pengulangan vokal i)(c) Aliterasi Contoh: • Gerangan sungguh amatlah leta (pengulangan

konsonan g) • Bangun terjunun badan suatu (pengulangan konsonan

n) • Daripada pendapat kurang sempurna (pengulangan

konsonan p)

Gaya Bahasa(a) Repitisi Contoh: Hanyutlah badan ke sana ke mari(b) Simile Contoh: Laksana cermin jatuh ke batu(c) Sinkope Contoh: Sajak dan nazam banyak tak kena(d) Inversi Contoh: Remuk dan redam rasanya hati (sepatutnya Hati

rasanya remuk dan redam)(e) Penggunaan bahasa Arab Contoh: masygul, nistawan, sahifah

NilaiHemah tinggi, rasional, berdikari

Pengajaran(a) Kita perlulah sentiasa mengenang budi orang lain

terhadap kita.(b) Kitaperluberfikiransecara rasional ketikamenghadapi

sesuatu masalah.(c) Kita tidak harus bergantung hidup kepada nasib,

sebaliknya berusaha untuk mengubah nasib tersebut.(d) Seseorang perlulah menjaga sopan santun di mana-

mana sahaja.

Page 2: ARKIB KOMSAS - pelangibooks.com BM 2017/Top Tg 3/k/ARKIB... · Tema syair ini adalah tentang adab dalam kehidupan seharian. ... Unit 1 Puisi Tradisional (b) ... Contoh: • Tanpa

Bahasa Melayu Ting. 3 KBSM Arkib KOMSAS

2© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.

2 Santap Istiadat

Maksud

Rangkap Huraian

1

Cara raja santap (makan) dalam sesuatu majlis kebesaran mempunyai adat yang tersendiri. Cara santap sedemikian bukan semata-mata untuk kenyang, tetapi mempunyai aturan yang tersendiri.

2

Seseorang raja atau kerabat santap menggunakan tangan kanan. Selain itu, baginda haruslah santap dengan perlahan dan tidak gelojoh.

3Seseorang raja atau kerabat mencuci tangan setelah suapan nasi yang keempat. Selepas itu, santap manisan dan diikuti dengan buah-buahan.

4Seseorang raja atau kerabat makan sirih setelah berkumur untuk menaikkan seri muka.

5Adab makan beradat merupakan adab yang diwarisi sejak dahulu lagi.

TemaTema seloka ini adalah tentang adab dan tatacara santap seseorang raja atau kerabat dalam sesuatu majlis kebesaran.

Persoalan(a) Menghormati tetamu dalam sesuatu majlis kebesaran.(b) Bersopan santun ketika makan, iaitu makan dengan tidak

gelojoh.(c) Menjaga kebersihan selepas makan.(d) Kepentingan makanan untuk kesihatan tubuh badan.

Bentuk(a) Seloka ini terdiri daripada lima rangkap.(b) Setiap rangkap ada dua hingga tujuh baris.

(c) Setiap baris mempunyai dua hingga enam patah perkataan.

(d) Setiap baris mempunyai tujuh hingga dua belas suku kata.

(e) Berbentuk terikat.

Unsur Bunyi(a) Rima akhir rangkap pertama ialah a,b,a,c,b, rangkap

kedua a,a,a,a,b,a,a, rangkap ketiga a,a,b,c,b,c, rangkap keempat a,b,c,c, dan rangkap kelima a,b.

(b) Asonansi Contoh: • Santap beradat, santap istiadat (pengulangan vokal a) • Ketujuh berkumur-kumur (pengulangan vokal u)(c) Aliterasi Contoh: • Santap merai, hormat-menghormati (pengulangan

konsonan m) • Keenam mengiringi buah-buahan (pengulangan

konsonan n) • Bukan santap hendakkan kenyang (pengulangan

konsonan k)

Gaya Bahasa(a) Repitisi Contoh: Santap beradat, santap istiadat(b) Anafora Contoh: Santap beradat, santap istiadat Santap raja di majlis kebesaran(c) Metafora Contoh: halwa juadah

NilaiHemah tinggi, hormat-menghormati, kebersihan fizikal danmental

Pengajaran(a) Kita perlulah menghormati tetamu yang menghadiri

sesuatu majlis.(b) Kita tidak harus makan dengan gelojoh.(c) Kita hendaklah makan dengan penuh adab sopan.(d) Kita hendaklah makan makanan yang seimbang.

Unit 2 Puisi Moden

1 Kijang yang Lelah

Maksud

Rangkap Huraian

1Seekor kijang tua di dalam sebuah hutan kini tidak segagah seperti pada waktu mudanya. Tenaganya kini lemah dan dia tidak berkuasa lagi.

2

Kijang tua itu sedih apabila mengenangkan nasibnya kini. Selain itu, kijang juga resah kalau-kalau dirinya akan mati tidak lama lagi. Namun begitu, kijang tetap meneruskan sisa kehidupannya dengan penuh harapan dan kesederhanaan.

3

Suatu hari, kijang tua itu mencuba untuk berdiri dengan sendiri walaupun tidak berdaya. Kijang ingin mengisi sisa waktu dengan kerja yang bermanfaat. Meskipun serik akan kepenatan dirinya yang sudah tua, kijang berasa hatinya tidak tenteram.

4

Kijang tua lebih berhati-hati dalam setiap tindakannya meskipun banyak pengalaman. Kijang juga sedar bahawa dirinya semakin kurang mendapat perhatian di hutan itu. Walau bagaimanapun, kijang tua itu tabah dan bertekad untuk meneruskan kehidupannya dengan rasional. Kini, kijang tua itu tidak takut untuk menghadapi cabaran.

Page 3: ARKIB KOMSAS - pelangibooks.com BM 2017/Top Tg 3/k/ARKIB... · Tema syair ini adalah tentang adab dalam kehidupan seharian. ... Unit 1 Puisi Tradisional (b) ... Contoh: • Tanpa

Bahasa Melayu Ting. 3 KBSM Arkib KOMSAS

3 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.

TemaTema syair ini adalah tentang keperitan seekor kijang tua dalam meneruskan sisa-sisa hidupnya.

Persoalan(a) Sikap tidak mudah berputus asa walaupun tidak

bertenaga.(b) Cabaran hidup seekor kijang tua.(c) Sikap berhati-hati ketika mengambil sesuatu tindakan.

Bentuk(a) Sajak ini terdiri daripada empat rangkap.(b) Setiap rangkap ada empat hingga sepuluh baris.(c) Setiap baris mempunyai dua hingga tujuh patah

perkataan.(d) Setiap baris mempunyai empat hingga tujuh belas suku

kata.(e) Rima akhir berbentuk bebas.

Unsur Bunyi(a) Asonansi Contoh: • Walau dalam jera lelah (pengulangan vokal a) • Hari ini (pengulangan vokal i)(b) Aliterasi Contoh: • Menyusun gerak dan langkah (pengulangan

konsonan n) • Dia tidak lagi mampu menobat takhta (pengulangan

konsonan t) • Nun jauh di batas nuraninya (pengulangan

konsonan n)

Gaya Bahasa(a) Metafora Contoh: perdu harap, dedaun resah, dahan kalbu(b) Personifikasi Contoh: Dedaun resah mula berguguran(c) Inversi Contoh: Diredah belantara yang mula teduh (sepatutnya

Belantara yang mula teduh diredah)(d) Hiperbola Contoh: Ketika temulang kudratnya bergetar di tengah

rimba

NilaiBerdikari, kasih sayang, keberanian, kerajinan, kebebasan

Pengajaran(a) Kita tidak harus berputus asa sebelum mencuba sesuatu

pekerjaan.(b) Kita haruslah gigih dalam menjalani kehidupan yang

penuh dengan cabaran.(c) Seseorang yang meningkat usia perlulah lebih berhati-

hati ketika melakukan sesuatu pekerjaan.(d) Kita perlulah berfikir dengan teliti sebelum melakukan

sesuatu.

2 Pesan Ibu Beribu-ribu

Maksud

Rangkap Huraian

1Setiap orang mempunyai seorang ibu sahaja dan ibu selalu menyampaikan pelbagai pesanan yang berguna.

2

Ibu selalu memberikan nasihat dan teguran kepada kita. Antara nasihat ibu ialah rajin membaca buku dan menambah ilmu selain memilih kawan yang berhati mulia dan dapat membimbing kita ke arah kebaikan. Ibu juga mengingatkan kita agar tidak memilih kawan yang mementingkan diri sendiri dan berperangai buruk. Di samping itu, ibu sentiasa mengambil tahu tentang aktiviti kita serta berpesan agar kita menjaga diri ketika berada di luar rumah. Pesanan dan nasihat ibu yang banyak itu menyebabkan kita kadangkala menjadi bosan. Walaupun begitu, ibu tidak putus-putus memberikan nasihat dan pesanan kepada kita supaya kita dapat membaiki kelemahan diri.

3

Seorang rakan penyajak meluahkan kesedihannya kerana hubungan cintanya terputus apabila menyedari kekasihnya penipu. Kekasih rakan penyajak itu berpura-pura baik di hadapannya sehingga mengambil kesempatan demi kesenangan dirinya. Akhirnya, kekasihnya itu ditangkap polis dan dipenjarakan.

4

Rakan penyajak itu kesal kerana tidak mendengar nasihat ibunya agar memilih kawan yang berperangai baik, bukannya yang jahat. Nasib yang menimpa rakan penyajak itu menyebabkan penyajak tiba-tiba rindu akan pesanan ibunya.

5

Penyajak yakin bahawa ibunya mengetahui perkara yang baik dan buruk. Oleh itu, penyajak berjanji bahawa dia tidak akan berasa bosan akan pelbagai pesanan ibunya selepas itu kerana dia tahu bahawa ibunya memainkan peranan seorang ibu yang sempurna.

TemaTema sajak ini ialah pesanan dan nasihat seorang ibu kepada anak perempuannya agar tidak tersalah bertindak.

Persoalan(a) Kasih sayang dan tanggungjawab seorang ibu.(b) Kepentingan menuntut ilmu.(c) Sikap berhati-hati ketika memilih kawan.(d) Kepentingan menjaga keselamatan ketika berada di luar

rumah.(e) Bersikap rasional apabila bertindak.

Bentuk(a) Sajak ini terdiri daripada lima rangkap.(b) Setiap rangkap ada tiga hingga lapan belas baris.(c) Setiap baris mempunyai satu hingga tujuh patah

perkataan.(d) Setiap baris mempunyai dua hingga empat belas suku

kata.(e) Rima akhir berbentuk bebas.

Unsur Bunyi(a) Asonansi Contoh: • Kini baru disedarinya (pengulangan vokal i) • Kerana dia alpa (pengulangan vokal a)(b) Aliterasi Contoh: • Di luar sana mungkin bencana menunggu

(pengulangan konsonan n)

Page 4: ARKIB KOMSAS - pelangibooks.com BM 2017/Top Tg 3/k/ARKIB... · Tema syair ini adalah tentang adab dalam kehidupan seharian. ... Unit 1 Puisi Tradisional (b) ... Contoh: • Tanpa

Bahasa Melayu Ting. 3 KBSM Arkib KOMSAS

4© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.

• Dia tidak lagi mampu menobat takhta (pengulangan konsonan t)

• Buat begini jangan begitu (pengulangan konsonan b)

Gaya Bahasa(a) Repitisi Contoh: tapi ibu tetap ibu(b) Anafora Contoh: Si Bedul sudah ditangkap Si Bedul di dalam lokap(c) Sinkope Contoh: kuyakini kau mengenali(d) Responsi Contoh: Pilihlah kawan yang mulia hati Tolaklah kawan pementing diri

NilaiKasih sayang, hormat-menghormati, kebebasan, rasional, kejujuran

Pengajaran(a) Kita haruslah sentiasa mendengar nasihat ibu demi

kebaikan diri kita.(b) Kita haruslah rajin menuntut ilmu.(c) Kita mestilah menyayangi ibu bapa kita.(d) Kita perlulah berhati-hati ketika memilih kawan.(e) Kita haruslah menjaga keselamatan diri ketika berada di

luar rumah.

3 Senja di Palang Besi

Maksud

Rangkap Huraian

1

Gambaran sebuah sel di dalam penjara yang gelap dan hanya ada sedikit cahaya. Banduan di dalam sel tersebut menangis pada waktu senja. Banduan itu berada dalam kesunyian dan kekesalan.

2

Kehidupan seorang banduan yang dahulunya bahagia tetapi hidup dalam kesedihan dan terasing daripada masyarakat setelah berada dalam tahanan.

3

Banduan tersebut duduk berteleku sambil mengenangkan nasibnya. Kini, dia tidak dapat menikmati keindahan alam semula jadi di luar. Dia berasa sunyi kerana kehidupannya terkongkong. Banduan berasa kesunyian dan hidup di dalam penjara merupakan hukuman yang terhebat dalam kehidupan manusia.

TemaTema syair ini adalah tentang keinsafan dan kesunyian seorang banduan di dalam penjara.

Persoalan(a) Kepasrahan menerima hukuman atas kesalahan yang

dilakukan.(b) Mengakui kesalahan yang dilakukan.(c) Kehidupan banduan yang terkongkong.

Bentuk(a) Sajak ini terdiri daripada tiga rangkap.(b) Setiap rangkap ada enam hingga lapan baris.(c) Setiap baris mempunyai tiga hingga sembilan patah

perkataan.(d) Setiap baris mempunyai tujuh hingga sembilan belas

suku kata.(e) Rima akhir berbentuk bebas.

Unsur Bunyi(a) Asonansi Contoh: • Tanpa pasir pantai atau silir angin (pengulangan

vokal i) • Menjerut resah berteleku dalam hening (pengulangan

vokal e)(b) Aliterasi Contoh: • Mengutus kuntum-kuntum serakan cahaya

(pengulangan konsonan n) • Bernyanyi rakus dalam kelu rasa keterkongkongan

(pengulangan konsonan r)

Gaya Bahasa(a) Sinkope Contoh: Pilu wajahmu sang senja(b) Personifikasi Contoh: Senja mula menangis(c) Metafora Contoh: samudera jiwa(d) Anafora Contoh: Dalam keterbuangan yang merangkum Dalam keterasingan yang mencengkam

NilaiKeadilan, keberanian, kejujuran, kesederhanaan, rasional

Pengajaran(a) Kita perlulah insaf terhadap kesalahan yang pernah kita

lakukan.(b) Kita haruslah mengelakkan diri daripada terlibat dengan

masalah jenayah.(c) Kita mestilah berfikir sebelum melakukan sesuatu

tindakan supaya tidak memudaratkan masa depan kita.

4 Bintang

Maksud

Rangkap Huraian

1

Penyajak duduk di halaman rumahnya untuk melihat bintang-bintang yang cantik. Dia seolah-olah ingin terbang ke langit untuk membawa bintang-bintang itu pulang. Pada pendapatnya, hal itu pasti menggembirakan hati ibu bapanya kerana rumah mereka dipenuhi cahaya.

2

Namun bergitu, ibu penyajak menyatakan bahawa penyajak tidak perlu membawa bintang-bintang itu ke rumah mereka kerana ibu dan ayah penyajak telah memiliki bintang hati. Rumah mereka juga telah disinari cahaya kebahagiaan. Penyajaklah bintang hati mereka.

Page 5: ARKIB KOMSAS - pelangibooks.com BM 2017/Top Tg 3/k/ARKIB... · Tema syair ini adalah tentang adab dalam kehidupan seharian. ... Unit 1 Puisi Tradisional (b) ... Contoh: • Tanpa

Bahasa Melayu Ting. 3 KBSM Arkib KOMSAS

5 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.

TemaTema sajak ini adalah tentang kasih sayang ibu bapa terhadap anak-anak mereka.

Persoalan(a) Hasrat anak yang mahu menggembirakan hati ibu

bapanya.(b) Sikap ibu bapa yang tidak mengharapkan sesuatu

daripada anak-anak.(c) Rasa syukur terhadap anugerah yang diperoleh.

Bentuk(a) Sajak ini terdiri daripada dua rangkap.(b) Setiap rangkap ada lapan hingga sepuluh baris.(c) Setiap baris mempunyai tiga hingga lima patah perkataan.(d) Setiap baris mempunyai enam hingga sepuluh suku kata.(e) Rima akhir berbentuk bebas.

Unsur Bunyi(a) Asonansi Contoh: • Suatu malam aku duduk (pengulangan vokal u) • Kulihat cantiknya bintang-bintang (pengulangan

vokal i)

(b) Aliterasi Contoh: • Menghias langit yang terbentang (pengulangan

konsonan g) • Membawa pulang bintang-bintang (pengulangan

konsonan n)

Gaya Bahasa(a) Sinkope Contoh: kulihat cantiknya bintang-bintang(b) Anafora Contoh: bintang itu adalah aku bintang hati ayah dan ibu(c) Inversi Contoh: tetapi kata ibu (sepatutnya tetapi ibu kata)(d) Hiperbola Contoh: aku ingin terbang ke sana

NilaiBaik hati, kasih sayang, rasional, kesyukuran

Pengajaran(a) Kita mestilah menyayangi ibu bapa kita.(b) Kitaharuslahberfikirsecararasional.(c) Kita haruslah mensyukuri anugerah yang diperoleh.(d) Kita haruslah memiliki sifat baik hati.

Unit 3 Prosa Tradisional

1 Bahagia Sesudah Derita

Sinopsis

Terdapat sepasang suami isteri yang miskin berjalan mencari rezeki di sekeliling negeri Anta Beranta yangdiperintah oleh Maharaja Indera Dewa. Pada suatu hari, Si Miskin dan isterinya ke istana untuk menghadap Maharaja Indera Dewa. Semua raja, menteri, dan rakyat yang berkumpul di situ ketawa melihat pakaian Si Miskin dan isterinya yang koyak-rabak, malahan membaling batu dan kayu ke arah Si Miskin dan isterinya. Maharaja Indera Dewa pula mengusir Si Miskin dan isterinya dari situ. Si Miskin dan isterinya tercedera dan anggota badan mereka berdarah. Si Miskin dan isterinya kembali ke tepi hutan dan duduk di bawah sepohon kayu. Setelah waktu siang, Si Miskin dan isterinya pun sampai di kampung. Orang-orang di kampung mengusir Si Miskin dan isterinya sehingga mereka lari ke pasar. Di pasar pula, orang-orang di situ melemparkan batu dan kayu ke arah mereka sehingga badan mereka berlumuran darah. Mereka menangis kerana kesakitan dan kelaparan. Pada suatu hari, Si Miskin terjumpa sebiji ketupat yang sudah basi dan sebuku tebu di tempat pembuangan sampah lalu dimakan dengan isterinya. Tubuh mereka berasa segar dan bertenaga sedikit setelah beberapa hari tidak makan. Selepas itu, Si Miskin masuk ke hutan untuk mencari ubat dan pucuk kayu untuk dimakan bersama-sama isterinya. Sebenarnya, Si Miskin raja dari kayangan. Si Miskin dan isterinya hidup melarat dan merana akibat terkena sumpahan Betara Guru yang marah kerana mereka turun ke dunia tanpa memberitahu Betara Guru.

Setelah tiga bulan, isteri Si Miskin pun hamil akibat makan ketupat basi dan tebu. Sebenarnya, ketupat dan tebu itu ialah anak lelaki dan anak perempuan Betara Karma Jaya yang telah disumpahnya untuk memenuhi hasrat mereka hendak ke bumi. Isteri Si Miskin mengidam untuk makan buah mempelam di dalam taman Maharaja Indera Dewa. Si Miskin berjaya mendapatkan buah mempelam daripada penjual buah. Malahan, orang-orang di pasar turut memberikan makanan dan pakaian kepada Si Miskin dan isterinya. Namun demikian, isteri Si Miskin hanya mahu makan buah mempelam dari taman Maharaja Indera Dewa. Si Miskin menghadap Maharaja Indera Dewa lalu baginda memberikan setangkai buah mempelam. Selepas tiga hari, isteri Si Miskin mengidam untuk makan buah nangka di taman Maharaja Indera Dewa juga. Baginda memberikan sebiji nangka. Isteri Si Miskin melahirkan seorang anak lelaki. Mereka menamakan anak itu sebagai Marakarma. Pada suatu hari, Si Miskin menemukan sebuah tempayan besar yang berisi emas yang banyak ketika dia menggali tanah untuk mendirikan pondok. Dengan emas itu, Si Miskin menyuruh saudagar-saudagar membelikan sepasang kasut, tongkat, payung, dan lain-lain untuknya. Kemudian, Si Miskin memangku anaknya sambil berdoa agar hutan rimba itu bertukar menjadi sebuah negeri yang lengkap dengan kota dan istana. Dengan kekuasaan Tuhan, maka wujudlah sebuah negeri bernama Puspa Sari. Si Miskin bertakhta di Puspa Sari dengan memakai gelaran Maharaja Indera Angkasa manakala isterinya digelar Tuan Puteri Ratna Dewi. Maharaja Indera Angkasa memerintah negeri Puspa Sari dengan adil.

Page 6: ARKIB KOMSAS - pelangibooks.com BM 2017/Top Tg 3/k/ARKIB... · Tema syair ini adalah tentang adab dalam kehidupan seharian. ... Unit 1 Puisi Tradisional (b) ... Contoh: • Tanpa

Bahasa Melayu Ting. 3 KBSM Arkib KOMSAS

6© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.

Setelah Maharaja Marakarma menjadi besar, Tuan Puteri Ratna Dewi melahirkan seorang anak perempuan yang diberi nama Tuan Puteri Nila Kesuma. Maharaja Indera Dewa meraikan kelahiran puterinya selama empat puluh hari empat puluh malam.

TemaKecekalan dan ketabahan sepasang suami isteri yang hidup dalam kemiskinan.

Persoalan(a) Kasih sayang suami terhadap isteri.(b) Sikap manusia yang memandang hina terhadap golongan

miskin.(c) Tanggungjawab suami terhadap keluarga.(d) Sikap berani untuk menghadapi sebarang kemungkinan. (e) Rasa syukur terhadap anugerah daripada Tuhan. (f) Sikap pemerintah yang adil.

Plot

Binaan plot

(a) Permulaan – Si Miskin dan isterinya yang mencari makanan di sekeliling negeri Anta Beranta telah diusir oleh rakyat dengan melemparkan batu dan kayu. Si Miskin dan isterinya cedera. Si Miskin dan isterinya hidup miskin dan merana akibat terkena sumpahan Betara Guru.

(b) Perkembangan – Isteri Si Miskin hamil setelah makan ketupat basi dan sebuku tebu. Isteri Si Miskin mengidam untuk makan buah mempelam dan buah nangka yang terdapat di dalam taman Maharaja Indera Dewa. Si Miskin berjaya mendapatkan buah mempelam dan buah nangka dengan kebenaran Maharaja Indera Dewa. Isteri Si Miskin melahirkan seorang anak lelaki yang dinamai Marakarma.

(c) Klimaks – Si Miskin terjumpa tempayan besar berisi emas yang banyak. Si Miskin menjadi kaya dan berjaya mewujudkan sebuah negeri yang dinamakan Puspa Sari. Si Miskin memerintah negeri itu dengan memakai gelaran Maharaja Indera Angkasa manakala isterinya digelar Tuan Puteri Ratna Dewi. Maharaja Indera Angkasa memerintah dengan adil serta disenangi oleh rakyat.

(d) Peleraian – Maharaja Marakarma membesar menjadi seorang jejaka. Tuan Puteri Ratna Dewi melahirkan seorang anak perempuan yang diberi nama Tuan Puteri Nila Kesuma. Maharaja Indera Angkasa meraikan kelahiran puterinya dengan meriah selama empat puluh hari empat puluh malam.

Teknik plot(a) Teknik pemerian Contoh: Setelah sudah beberapa antaranya maka

sampailah kepada bulan dan ketika yang baik pada waktu dinihari maka Tuan Puteri Ratna Dewi pun berputeralah seorang perempuan terlalu baik parasnya. (hal.25)

(b) Teknik dialog Contoh: Maka sahut saudagar itu, “Katakanlah sampai

hamba dengar.” (hal.23)

Sudut PandanganCerita ini menggunakan sudut pandangan orang ketiga.

Watak dan Perwatakan

Si Miskin (Watak utama)(a) Raja dari kayangan.(b) Ayah Maharaja Marakarma dan Tuan Puteri Nila Kesuma.(c) Hidup miskin dan dihina oleh rakyat akibat terkena

sumpah Betara Guru.(d) Penyayang – Sangat menyayangi isterinya.(e) Bertanggungjawab – Berusaha untuk mencari ubat untuk

mengubati kecederaan isterinya dan mencari pucuk kayu di hutan sebagai makanan isterinya.

(f) Berani – Menghadap Maharaja Indera Dewa untuk mendapatkan buah mempelam dan buah nangka yang terdapat di dalam taman milik baginda.

(g) Rendah diri – Tidak sombong setelah mendapat kekayaan.(h) Digelar Maharaja Indera Angkasa setelah berjaya

mewujudkan negeri Puspa Sari.(i) Raja yang adil – Memerintah rakyat negeri Puspa Sari

dengan adil dan saksama.

Isteri Si Miskin(a) Digelar Tuan Puteri Ratna Dewi.(b) Ibu Maharaja Marakarma dan Tuan Puteri Nila Kesuma.(c) Setia – Bersama-sama suaminya ke mana-mana sahaja.(d) Penyabar – Menghadapi tindakan penduduk yang

melontar kayu dan batu ke arahnya sehingga cedera dengan sabar.

(e) Sensitif – Merajuk apabila tidak dapat makan buah mempelam di dalam taman Maharaja Indera Dewa.

Maharaja Indera Dewa(a) Raja negeri Anta Beranta.(b) Baik hati – Memberikan buah nangka kepada Si Miskin

walaupun Si Miskin meminta daunnya sahaja.

Latar

Latar masa(a) Waktu siang – Si Miskin masuk ke dalam negeri Anta

Beranta untuk mencari makanan.(b) Waktu malam – Si Miskin duduk di bawah sebatang

pokok kayu.(c) Waktu dinihari – Tuan Puteri Ratna Dewi melahirkan

seorang puteri.

Latar tempat(a) Negeri Anta Beranta (i) Tempat pembuangan sampah – Si Miskin terjumpa

sebiji ketupat basi dan sebuku tebu. (ii) Istana Maharaja Indera Dewa – Si Miskin menghadap

Maharaja Indera Dewa untuk meminta buah mempelam dan buah nangka.

(b) Negeri Puspa Sari (i) Negeri yang asalnya hutan rimba. (ii) Diperintah oleh Si Miskin dengan gelaran Maharaja

Indera Angkasa.

Latar masyarakat(a) Masyarakat golongan istana yang terdiri daripada raja,

menteri, dan hulubalang.(b) Masyarakat kampung yang memandang hina terhadap

golongan miskin.(c) Masyarakat golongan pemerintah yang mentadbir negeri

dengan adil.

Page 7: ARKIB KOMSAS - pelangibooks.com BM 2017/Top Tg 3/k/ARKIB... · Tema syair ini adalah tentang adab dalam kehidupan seharian. ... Unit 1 Puisi Tradisional (b) ... Contoh: • Tanpa

Bahasa Melayu Ting. 3 KBSM Arkib KOMSAS

7 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.

(d) Masyarakat yang sayang akan isteri.(e) Masyarakat yang bertanggungjawab terhadap keluarga.(f) Masyarakat yang bersyukur.

Gaya Bahasa(a) Bahasa istana Contoh: berangkat masuk, titah, menghadap(b) Hiperbola Contoh: Maka kata isterinya,“Wahai kakanda, sangatlah

rasa tubuhku tiada berdaya lagi, hancurlah segala anggotaku.” (hal.19)

(c) Sinkope Contoh: Maka katanya orang berkedai, “Apa kehendakmu,

Miskin?” (hal.20)

Nilai(a) Kasih sayang – Si Miskin memandikan isterinya yang

tercedera dengan daun kayu.(b) Berdikari – Si Miskin berusaha untuk mencari makanan

untuk isterinya dan mencari ubat untuk merawat kecederaan isterinya.

(c) Keberanian – Si Miskin berani menghadap Maharaja Indera Dewa bagi meminta buah mempelam dan buah nangka untuk isterinya yang mengidam.

(d) Keadilan – Maharaja Indera Angkasa memerintah negeri Puspa Sari dengan adil.

(e) Kesyukuran – Si Miskin bersyukur kerana memperoleh emas yang banyak sehingga menjadi raja serta memperoleh dua orang anak, iaitu Maharaja Marakarma dan Tuan Puteri Nila Kesuma.

Pengajaran(a) Kita perlulah membantu golongan miskin yang

memerlukan pertolongan.(b) Kita tidak harus berputus asa dalam menghadapi cabaran

hidup.(c) Kita hendaklah berusaha untuk memenuhi keinginan

orang yang tersayang.(d) Kita tidak harus bersikap sombong akan kekayaan yang

kita peroleh.

Unit 4 Prosa Moden

1 Cerpen Legasi Tapai Ubi

Sinopsis

Sejak kecil Parjo disogokkan dengan tapai. Bapanya, Wak Salikon merupakan pengusaha tapai yang terkenal di kampungnya. Parjo membantu bapanya menghantar tapai ubi ke pasar, ke warung, dan lain-lain tempat lagi. Setiap hari bapa dan emak Parjo memulakan rutin mereka membuat tapai. Menurut emaknya, proses membuat tapai mempunyai banyak pantang larang. Parjo dan adik-beradiknya membesar berkat hasil jualan tapai ubi, malahan mereka berjaya melanjutkan pelajaran ke universiti berkat hasil jualan tapai ubi. Pada suatu hari, Profesor Haidar mengatakan bahawa mereka akan melaksanakan projek baharu, iaitu projek tapai ubi bagi semester itu. Parjo teringat akan bapa dan emaknya yang masih berjualan tapai ubi. Parjo kagum akan kegigihan bapa dan emaknya yang mengusahakan perniagaan tapai walaupun usia mereka sudah lanjut. Profesor Haidar menjelaskan bahawa ada penemuan yang membuktikan bahawa tapai ubi dapat membantu mengurangkan serangan kanser. Oleh itu, Profesor Haidar dan Parjo berhasrat untuk membuat kajian bagi membuktikan sama ada penemuan tersebut benar atau sebaliknya. Setelah banyak kajian dijalankan oleh Parjo, akhirnya dia menemui kebenaran tentang tapai ubi dan hubungannya dengan pencegahan kanser. Kemuncaknya, kajian Parjo, iaitu peranan tapai ubi dalam mencegah penyakit kanser telah mendapat pengiktirafan. Parjo juga berjaya menamatkan pengajian dalam bidang kedoktoran. Tesisnya juga dipandang tinggi kerana menunjukkan dapatan yang mengagumkan, khususnya dalam usaha mencegah penyakit kanser terutamanya kanser payudara.

Parjo kini menjadi pelanggan tetap tapai ubi Wak Salikon. Bapa Parjo agak terkejut apabila Parjo mengatakan bahawa tapai ubi mampu dijadikan ubat pencegah kanser. Sejak itu, permintaan terhadap tapai ubi semakin meningkat. Malahan, emak dan bapanya mendirikan sebuah kilang perusahaan tapai ubi di kampung. Parjo tidak malu lagi dengan legasi tapai ubi, sebaliknya berasa bangga.

TemaKesungguhan seorang anak peniaga makanan tradisi yang ingin membuktikan bahawa makanan tradisi mampu menjadi ubat untuk penyakit berbahaya. Parjo yang terlibat dalam perniagaan tapai ubi yang diusahakan oleh ibu bapanya berjaya membuktikan bahawa makanan tradisi itu mampu mencegah penyakit berbahaya, khususnya kanser.

Persoalan(a) Sikap bertanggungjawab terhadap keluarga – Wak

Salimon mengusahakan perniagaan tapai ubi bagi menyara keluarganya dengan bantuan isteri dan anaknya.

(b) Kegigihan bekerja ibu bapa untuk menyara keluarga – Wak Salikon dan isterinya mula membuat tapai dari awal pagihinggamalamsetiaphariuntukmencarirezeki.

(c) Pantang larang yang masih dipercayai dan diamalkan oleh masyarakat – Emak Parjo mengamalkan pantang larang yang diwarisi dalam proses membuat tapai agar tapai buatannya menjadi.

(d) Sikap bekerjasama dalam menjalankan sesuatu pekerjaan – Parjo dan pensyarahnya, Profesor Haidar bekerjasama dalam menjalankan kajian tentang khasiat tapai ubi dalam bidang perubatan.

Page 8: ARKIB KOMSAS - pelangibooks.com BM 2017/Top Tg 3/k/ARKIB... · Tema syair ini adalah tentang adab dalam kehidupan seharian. ... Unit 1 Puisi Tradisional (b) ... Contoh: • Tanpa

Bahasa Melayu Ting. 3 KBSM Arkib KOMSAS

8© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.

(e) Sikap golongan muda yang berusaha untuk berbakti kepada masyarakat – Parjo menjalankan kajian demi kajian tentang khasiat tapai ubi untuk mencegah penyakit kanser agar dapat berbakti kepada masyarakat.

Plot

Binaan plot(a) Permulaan – Sejak kecil Parjo membantu bapa dan

emaknya mengusahakan perniagaan tapai ubi sehingga dia menjadi jemu. Namun demikian, Parjo sedar bahawa hasil perniagaan tapai ubi itulah yang membolehkan dia dan adik-beradiknya bersekolah, malahan berjaya melanjutkan pelajaran ke universiti.

(b) Perkembangan – Di universiti, Parjo melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan. Bersama-sama pensyarahnya, Profesor Haidar, Parjo membuat kajian untuk membuktikan bahawa tapai ubi mampu mengurangkan serangan kanser. Parjo mendalami hal tersebut melalui kaedah kajian dan pembacaan.

(c) Klimaks – Penemuan Parjo, iaitu peranan tapai ubi dalam mencegah penyakit kanser telah mendapat pengiktirafan. Terdapat banyak pihak yang ingin meneruskan dan memajukan kajian tersebut. Parjo juga berjaya menamatkan pengajian dalam bidang perubatan.

(d) Peleraian – Perniagaan tapai ubi keluarganya semakin meningkat sejak kajian Parjo dan rakan-rakannya diperakui. Bagi Parjo, kejayaannya ialah hasil inspirasi emak dan bapanya. Dia kini berbangga kerana hidup dalam legasi tapai ubi.

Teknik plot(a) Teknik pemerian Contoh: Setelah itu emak akan menjerang air seperiuk

besar. Ubi-ubi putih itu direbus hingga empuk. Dituskan, nampak enak juga. Akan tetapi oleh sebab setiap hari aku menatap ubi rebus itu, seleraku sudah hilang. Jelak jadinya aku dengan ubi rebus itu. (hal.32)

(b) Teknik dialog Contoh: “Ya, projek tapai ubi. Kenapa?” tanya Profesor

Haidar apabila melihat aku seperti terkejut besar akan kata-katanya tadi. (hal.35)

(c) Teknik imbas kembali Contoh: Fikiranku melayang ke zaman kanak-kanak.

Teringat aku akan bapa dan emak yang masih membuat tapai ubi hingga kini. (hal.35)

Sudut PandanganCerita ini menggunakan sudut pandangan orang pertama.

Watak dan Perwatakan

Parjo (Watak utama)(a) Anak Wak Salikon.(b) Rajin membantu bapa dan emaknya menghantar tapai

ubi ke pasar, ke warung, dan ke mana-mana tempat mengikut tempahan pelanggan.

(c) Bijak – Berjaya melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan di sebuah universiti sehingga memperoleh ijazahkedoktoran.

(d) Gigih – Menjalankan beberapa kajian termasuk membuat pembacaan tentang khasiat tapai ubi dalam mencegah kanser dan penemuannya itu memperoleh pengiktirafan.

(e) Bekerjasama demi faedah masyarakat – Bekerjasama dengan pensyarahnya, iaitu Profesor Haidar untuk mengkaji keberkesanan tapai ubi dalam mencegah kanser.

(f) Cinta akan negara – Parjo gigih menjalankan kajian tentang khasiat tapai ubi dalam merawat penyakit kanser kerana dia ingin berbakti kepada masyarakat sejagat.

(g) Bersyukur – Bangga kerana terlibat dalam legasi tapai ubi yang diusahakan oleh bapa dan emaknya.

(h) Bekerja sebagai pensyarah perubatan di sebuah universiti.

Wak Salikon(a) Ayah Parjo.(b) Pengusaha tapai ubi.(c) Bertanggungjawab terhadap keluarga – Berusaha keras

dari pagi ke malam setiap hari bagi menyediakan tapai ubi untuk dijual bagi menyara keluarganya.

(d) Rajin – Setiap pagi mencabut ubi kayu dan membuat tapai ubi hingga malam.

(e) Berpandangan jauh dalam perniagaan – Mendirikan kilang perusahaan tapai ubi dan menyandang jawatan pengurus besar bersama-sama isterinya apabila permintaan tapai ubi kian meningkat.

Latar

Latar masa(a) Waktu pagi – Pagi-pagi lagi bapa akan ke kebun untuk

mencabut ubi. (b) Waktu malam – Emak akan menyambung tugas membuat

tapai selepas sembahyang isyak.(c) Selama dua tahun – Parjo mengikuti kursus di pusat

matrikulasi selama dua tahun sebelum melanjutkan pelajarannya ke universiti dalam bidang perubatan.

Latar tempat(a) Kampung – Parjo dan keluarganya mengusahakan

perniagaan tapai di sebuah kampung(b) Makmal – Tempat Profesor Haidar memberitahu Parjo

tentang projek baharu bagi semester itu.(c) Universiti – Parjo melajutkan pelajaran di fakulti perubatan

di sebuah universiti.

Latar masyarakat(a) Masyarakat golongan kampung yang gigih mengusahakan

perniagaan tapai ubi.(b) Masyarakatgolongansiswazah.(c) Masyarakat yang ingin berbakti kepada masyarakat

sejagat.(d) Masyarakat yang mengenang jasa dan pengorbanan ibu

bapa.

Gaya Bahasa(a) Penggunaan peribahasa Contoh: alah bisa tegal biasa (hlm.32)(b) Simile Contoh: Aku dan tapai, tapai dan aku seperti ada

keserasiannya. (hal.34)(c) Sinkope Contoh: “Buat tapai ubi tak boleh bagi orang tahu!”

(hal.33)(d) Penggunaanperkataansaintifik Contoh: bakteriosin, manihot esculanta,malignan

Nilai(a) Kerajinan – Emak Parjo rajin membuat tapai manakala

Wak Salikon mencabut ubi pada setiap hari.(b) Kasih sayang – Parjo sayang akan emak dan bapanya.

Page 9: ARKIB KOMSAS - pelangibooks.com BM 2017/Top Tg 3/k/ARKIB... · Tema syair ini adalah tentang adab dalam kehidupan seharian. ... Unit 1 Puisi Tradisional (b) ... Contoh: • Tanpa

Bahasa Melayu Ting. 3 KBSM Arkib KOMSAS

9 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.

(c) Kerjasama – Parjo bekerjasama dalam perusahaan tapai ubi keluarganya dengan bertugas menghantar tapai ubi ke pasar, ke warung, dan ke mana-mana tempat tempahan pelanggan. Parjo juga bekerjasama dengan Profesor Haidar menjalankan kajian tentang keberkesanan tapai ubi dalam mencegah kanser.

(d) Kesyukuran – Parjo bersyukur kerana kajiannya tentang khasiat tapai ubi dalam mencegah penyakit kanser mendapat pengiktirafan malahan turut mengembangkan perusahaan tapai ubi bapa dan emaknya.

Pengajaran(a) Kita perlulah membantu ibu bapa dalam mengusahakan

sesuatu pekerjaan.(b) Kita hendaklah belajar dengan bersungguh-sungguh

untuk mengharumkan nama keluarga.(c) Kita harus menghargai jasa dan pengorbanan ibu bapa.

2 Cerpen Sekeping Tanah

Sinopsis

SatuHisyam menemui abangnya, Harun untuk membincangkan hal tanah pusaka peninggalan ayah mereka. Harun ingin menjual tanah pusaka itu dan membahagi-bahagikan wang daripada jualan tersebut mengikut hukum faraid. Hisyam dan kakaknya, Halimah tidak bersetuju kerana mereka ingin membangunkan kondominium di atas tanah itu. Hisyam berusaha untuk meyakinkan Harun bahawa duit yang dilaburkan dalam bentuk syer mempunyai kebaikannya tetapi Harun tetap tidak bersetuju. Malahan, dia memperlekehkan kebolehan Hisyam dan Halimah. Menurut Harun, Hisyam yang bekerja sebagai pemandu teksi tidak mampu untuk menguruskan projek pembangunan kondominium itu. Sebagai perempuan, Halimah juga tidak akan dapat membangunkan projek tersebut. Harun teringat akan dua orang anak lelakinya, iaitu Saleh dan Musa yang bermasalah. Saleh masih terlibat dengan penagihan dadah walaupun pernah ditahan di pusat serenti manakala Musa pula terlibat dengan perlumbaan motosikal secara haram. Kedua-dua orang anaknya itu sudah beberapa kali ditahan di lokap polis. Sebaliknya, ketiga-tiga orang anak Hisyam berjaya dalam kehidupan.

DuaPada malam itu, Hisyam berjumpa dengan Halimah. Hisyam menceritakan keengganan Harun untuk membangunkan tanah pusaka mereka. Akhirnya, Hisyam dan Halimah bersepakat untuk meneruskan hasrat mereka dan merahsiakannya daripada Harun. Mereka akan membeli tanah pusaka itu dan membayar bahagian Harun. Halimah yang bertugas di bank berjanji akan membantu Hisyam dalam hal-hal pengurusan syarikat. Apabila Harun menelefon Halimah dan memberitahu tentang penjualan tanah pusaka tersebut, Halimah berpura-pura bersetuju dengan keputusan Harun untuk menjual tanah pusaka itu.

TigaDalam masa sebulan, tanah pusaka itu berjaya dijual

dengan harga RM6 625 000.00 kepada Syarikat Binajaya Sdn. Bhd. Harun gembira kerana mendapat wang hasil penjualan tanah pusaka itu. Rumah pusaka pula didermakan kepada satu keluarga di Sungai Pencala. Harun melihat satu papan tanda yang tertera nama Hisyam bin Sulaiman telah diletakkan di atas tapak tanah pusaka itu. Hati Harun terdetik apabila melihat nama adiknya sebagai pengurus Syarikat Binajaya Sdn. Bhd. Harun ingin mendapatkan kepastian daripada adiknya tetapi dia ingin melihat perkembangan projek itu dahulu.

EmpatSetelah tiga tahun setengah, Kondo Jaya berjaya didirikan. Pada suatu hari, sebahagian besar pembeli datang untuk mengambil kunci. Harun yang berada di situ terkejut apabila melihat Hisyam dan Halimah menyerahkan kunci kepada pembeli. Dia memendam perasaan kerana wangnya yang berjumlah dua juta lebih kini berbaki sejuta lebih sahaja. Pada malam itu, Harun menelefon Hisyam. Dia kecewa kerana Hisyam telah mempermainkannya. Hisyam menerangkan situasi yang sebenar kepada Harun. Dia menjelaskan bahawa tanah itu dibeli mengikut harga yang ditetapkan oleh Harun sendiri dan dia merahsiakan hal itu kerana tidak mahu bertekak dengan Harun. Melalui berita dalam surat khabar, Halimah dan Hisyam mendapat tahu tentang anak Harun, iaitu Musa didakwa terlibat dengan kes pembunuhan. Hisyam memberitahu Halimah bahawa duit Harun akan habis digunakan untuk membayar kos guaman. Hisyam menyerahkan tugas sebagai pengurus syarikat kepada Halimah yang sudah meletak jawatan di bank. Hisyam ingin terus menjadi pemandu teksi kerana dia percaya akan kemampuan kakaknya, selain sudah sebati dengan pekerjaan itu.

TemaHubungan kekeluargaan yang diuji dengan peninggalan harta pusaka.

Persoalan(a) Sikap memandang rendah terhadap kebolehan orang

yang kurang berpelajaran.(b) Tanggungjawab ibu bapa dalam mendidik anak-anak.(c) Keyakinan dan kepercayaan terhadap kebolehan orang

lain.(d) Sikap berpandangan jauh.(e) Sikap adil dalam membahagikan harta pusaka.

Plot

Binaan plot(a) Permulaan – Harun tidak bersetuju dengan cadangan

Hisyam untuk mendirikan sebuah kondominium di atas tanah pusaka peninggalan ayah mereka. Harun ingin menjual tanah pusaka itu. Harun tidak yakin bahawa Hisyam dapat menguruskan projek kondominium itu kerana Hisyam hanya pemandu teksi. Hisyam ingin menyerahkan tugas pengurusan itu kepada kakaknya, Halimah yang bertugas sebagai pengurus bank.

(b) Perkembangan – Hisyam dan Halimah membeli tanah pusaka itu dan memberikan wang bahagian Harun kepadanya. Hisyam dan Halimah menubuhkan syarikat Binajaya Sdn.Bhd. Mereka berjaya membina sebuah kondominium di atas tanah pusaka itu.

Page 10: ARKIB KOMSAS - pelangibooks.com BM 2017/Top Tg 3/k/ARKIB... · Tema syair ini adalah tentang adab dalam kehidupan seharian. ... Unit 1 Puisi Tradisional (b) ... Contoh: • Tanpa

Bahasa Melayu Ting. 3 KBSM Arkib KOMSAS

10© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.

(c) Klimaks – Harun terkejut apabila mendapat tahu bahawa Hisyam ialah pengurus Binajaya Sdn. Bhd dan berjaya mendirikan sebuah kondominium. Harun memendam rasa kerana wangnya sudah berkurangan. Harun menuduh Hisyam telah mempermainkannya.

(d) Peleraian – Anak Harun, iaitu Musa ditahan oleh polis atas kesalahan membunuh. Hisyam menyerahkan tugas sebagai pengurus Binajaya Sdn. Bhd kepada Halimah kerana dia ingin terus menjadi pemandu teksi.

Teknik plot(a) Teknik pemerian Contoh: Tingkat bawah lot kedai. Tingkat satu, dua dan

tiga tempat letak kereta pemilik kondo, sementara tingkat empat hingga tingkat dua puluh lima, kondo dengan enam unit setiap tingkat. (hal.49)

(b) Teknik dialog Contoh: “Aku tak kata aku tak yakin.” “Tapi cakap abang tu macam itu maksudnya.”

(hal.46)(c) Teknik kejutan Contoh: Matanya terbeliak melihat adiknya Hisyam dan

Halimah menyambut para pembeli sambil menyerahkan kunci. (hal.50)

Sudut PandanganCerita ini menggunakan sudut pandangan orang ketiga.

Watak dan Perwatakan

Hisyam (Watak utama)(a) Adik bongsu Harun dan Halimah(b) Mempunyai tiga orang anak, iaitu Zaki, Linda, dan Nora

yang berjaya dalam pelajaran dan kerjaya.(c) Tidak berkelulusan tinggi dan bekerja sebagai pemandu

teksi.(d) Berpandangan jauh dan rasional – Menubuhkan syarikat

pembinaan kondominium dengan membeli tanah pusaka yang dijual semula kerana menjangkakan wang yang diperoleh tidak akan kekal dan akan habis.

(e) Menghormati abang dan kakaknya – Merahsiakan pembelian tanah pusaka dan penubuhan syarikat daripada pengetahuan Harun agar tidak berbalah dengan abangnya itu, selain menyerahkan urusan syarikat kepada Halimah kerana menghormati dan mempercayai kakaknya itu.

(f) Bersikap sederhana dalam menjalani kehidupan – Menyerahkan jawatan pengurus syarikat kepada Halimah kerana mahu terus bekerja sebagai pemandu teksi.

Harun(a) Abang sulung Hisyam dan Halimah.(b) Mempunyai dua orang anak lelaki, iaitu Saleh dan Musa.(c) Memandang rendah terhadap kebolehan Hisyam –

Tidak yakin bahawa Hisyam dapat menubuhkan syarikat keluarga kerana Hisyam tidak berpelajaran tinggi dan hanya bekerja sebagai pemandu teksi.

(d) Terlalu memanjakan anak-anak sehingga anak-anaknya terlibat dalam masalah sosial dan jenayah.

(e) Pada akhir cerita, Harun berasa kesal kerana wang daripada penjualan tanah yang diperolehnya kian berkurangan kerana digunakan untuk menjamin anak-anaknya.

Halimah(a) Adik Harun dan kakak Hisyam.(b) Berpelajaran tinggi dan bekerja sebagai pengurus bank.

(c) Berpandangan jauh – Menubuhkan syarikat Binajaya Sdn. Bhd. bersama-sama dengan Hisyam demi masa depan.

(d) Meletakkan jawatan di bank untuk memikul tanggungjawab sebagai pengurus syarikat Binajaya Sdn. Bhd..

Latar

Latar masa(a) Waktu malam – Hisyam berjumpa dengan Halimah

untuk berbincang tentang urusan penubuhan syarikat pembinaan kondominium. (hal.47)

(b) Sebulan – Tanah pusaka dijual selepas tempoh sebulan. (hal.49)

(c) Tiga tahun setengah – Kondo Jaya berjaya didirikan selepas tempoh tiga tahun setengah. (hal.50)

Latar tempat(a) Rumah Harun – Hisyam menyatakan cadangan untuk

membina kondominium di rumah abangnya. (hal.46)(b) Tapak tanah pusaka – Harun melihat papan tanda yang

tertera nama adiknya diletakkan di tapak itu. (hal.49)

Latar masyarakat(a) Masyarakat yang mendidik anak-anak dengan baik.(b) Masyarakat yang terlibat dengan masalah sosial dan

jenayah.(c) Masyarakat yang berpandangan jauh.(d) Masyarakat yang memandang rendah terhadap

kebolehan orang lain.

Gaya Bahasa(a) Simpulan bahasa Contoh: lepas tangan (hal.52), bertegang urat (hal.51)(b) Simile Contoh: “Dia macam tak yakin.” (hal.47)(c) Sinkope Contoh: “Tak usahlah kamu duk perah otak kamu yang

hanya pemandu teksi itu. Tak sampai ke mana pun.” (hal.44)

(d) Personifikasi Contoh: hatinya teringin sangat untuk membuat panggilan

telefon kepada adiknya itu tetapi otaknya melarang. (hal.49)

(e) Metafora Contoh: mata batin (hal.46)

Nilai(a) Hormat-menghormati – Hisyam menghormati abang dan

kakaknya, iaitu Harun dan Halimah.(b) Hemah tinggi – Hisyam bercakap dengan abangnya,

Harun dengan lemah lembut meskipun Harun memperlekehkan pekerjaannya sebagai pemandu teksi.

(c) Rasional – Hisyam dan Halimah membina projek kondominium di atas tanah pusaka mereka kerana memikirkan masa depan.

(d) Keadilan – Harun dan adik-adiknya membahagikan wang jualan tanah pusaka dengan adil mengikut hukum Islam.

(e) Kesederhanaan – Hisyam menyerahkan tugas sebagai pengurus syarikat kepada kakaknya, Halimah kerana dia ingin hidup sederhana dengan menjadi pemandu teksi.

Pengajaran(a) Kita mestilah saling menyayangi dan menghormati

sesama ahli keluarga.

Page 11: ARKIB KOMSAS - pelangibooks.com BM 2017/Top Tg 3/k/ARKIB... · Tema syair ini adalah tentang adab dalam kehidupan seharian. ... Unit 1 Puisi Tradisional (b) ... Contoh: • Tanpa

Bahasa Melayu Ting. 3 KBSM Arkib KOMSAS

11 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.

(b) Kita haruslah berhemah tinggi apabila berkomunikasi, terutama dengan orang yang tua.

(c) Kita haruslah berfikir dan bertindak dengan rasionaldalam sesuatu urusan.

(d) Kita mestilah bersikap adil dalam pembahagian harta pusaka.

3 Cerpen Bawod

Sinopsis

Ibu Beluntung melarang Beluntung turun ke tanah kerana hujan turun dengan lebat dan terdapat kilat. Tidak lama kemudian, kawasan tersebut banjir. Pada masa yang sama, Beluntung bimbang akan keadaan Bawod (kambing) dan Tuyog (kerbau) peliharaannya yang amat disayanginya. Setelah banjir surut keesokan harinya, Beluntung mencari Bawod dan Tuyog. Beluntung menemukan Bawod dan Tuyog ketika dia melintas pokok nangka untuk pergi ke sungai. Beluntung meletakkan Bawod yang kesejukan berhampiran nyalaan api lalu memetik pucuk ubi kayu. Sekembalinya dari kebun ubi kayu, Bawod hampir diserang oleh seekor ular tedung tetapi Beluntung segera membaling sebatang kayu ke arah ular itu. Kemudian, dia membuang semut-semut merah pada badan Bawod dengan pucuk ubi kayu dan memberi Bawod makan pucuk ubi kayu. Setelah itu, Beluntung naik ke atas Tuyog untuk pergi ke sekolah di seberang sungai manakala Bawod mengekori di belakang. Apabila tiba di Sekolah Rendah Kerajaan Timbang Pasir, Beluntung menambat Tuyog pada pokok kelapa lalu bergegas ke kelasnya. Di kelasnya, rakan-rakan sekelas tidak suka akan Beluntung kerana badannya berbau kerbau. Beluntung tidak peduli akan hal itu kerana dia sedar bahawa dia terpaksa menunggang kerbau ke sekolahkeranajalanberlumpur.Sebaliknya,diaberazamuntuk lulus dalam peperiksaan darjah enam yang akan dihadapinya dua bulan lagi dengan cemerlang. Keesokan paginya, Beluntung ke sekolah lagi walaupun hari hujan. Bawod yang terkejut oleh dentuman petir terus terjun ke dalam sungai untuk mengejar Beluntung dan Tuyog. Akhirnya, Bawod berjaya menyeberang sungai. Ketika waktu rehat, Beluntung mencari-cari Bawod dan mendapati Bawod berada dalam kelasnya. Beluntung menarik janggut Bawod lalu membawa Bawod keluar dari kelas. Beluntung memarahi Bawod kerana telah memalukannya. Tiba-tiba, Bawod meronta-ronta sehingga terlepas daripada pegangan Beluntung lalu berlari ke arah Tuyog. Beluntung memikirkan bahawa Bawod tidak boleh dibawanya ke sekolah kerana sukar dikawal dan menyusahkannya. Beluntung berlari ke arah Tuyog apabila terdengar Tuyog menguak lemah. Rupa-rupanya leher Beluntung terjerut oleh tali. Beluntung cepat-cepat membuka ikatan tali yang terjerut pada leher Tuyog. Setelah kembali ke kelas, Beluntung hampir bergaduh dengan Basil apabila mendapati buku-bukunya berselerak di atas lantai angkara perbuatan Basil tetapi dihalang oleh Cikgu Rambuyat. Beluntung berasa kesal kerana memarahi Bawod yang ingin menyelamatkan Tuyog. Dia juga teringat akan pesanan ibunya yang menyuruhnya bersaing dalam pelajaran. Beluntung bertekad untuk lulus dalam peperiksaan darjah enam dengan cemerlang.

Pada hari yang lain, Tuyog dan Beluntung menyertai Pesta Lumba Kerbau tanpa kehadiran ibu bapanya. Beluntung menerima hadiah sebanyak RM10.00. Beluntung membuat keputusan untuk membeli seekor kambing dengan wang itu supaya dapat menjadi kawan Bawod. Beluntung berasa kasihan terhadap Bawod kerana belakangan ini Bawod hanya ditambat pada pohon nangka. Beluntung juga beranggapan bahawa bapanya tentu gembira akan kemenangannya, tambahan pula Beluntung telah lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan darjah enam. Apabila sampai di rumahnya, Beluntung terkejut kerana mendapati ramai tetamu berada di halaman rumahnya. Beluntung berasa lega setelah melihat ibu dan bapanya berada di dalam rumah. Beluntung bertanya kepada bapanya sebab ramai orang berkumpul di rumahnya. Bapanya menjawab bahawa mereka menghadiri kenduri kesyukuran yang diadakan bersempena dengan kejayaan Beluntung dalam peperiksaan. Ketika mendengar jeritan Bawod, Beluntung segera berlari ke arah Bawod tetapi dia jatuh tersungkur dan tidak sedarkan diri. Setelah sedar, Beluntung bertanya tentang Bawod. Bapanya memberitahu bahawa Bawod sudah disembelih untuk dijadikan hidangan kenduri. Beluntung meraung apabila melihat Bawod yang terbujur kaku dan berlumuran darah. Orang ramai yang berada di situ terlopong apabila melihat kelakuan Beluntung. Beluntung memberitahu orang ramai bahawa binatang juga seperti manusia dan Bawod ialah sahabatnya. Orang ramai memujuk Beluntung manakala bapa Beluntung memeluknya.

TemaPersahabatan antara manusia dengan haiwan.

Persoalan(a) Kegigihan untuk belajar dengan bersungguh-sungguh

meskipun terpaksa menempuh pelbagai halangan.(b) Sikap berdikari.(c) Tanggungjawab anak untuk menggembirakan ibu bapa.(d) Kasih sayang manusia terhadap haiwan peliharaan.(e) Amalan hidup bermasyarakat dalam kalangan penduduk

kampung.

Plot

Binaan plot(a) Permulaan – Hujan lebat menyebabkan banjir. Beluntung

mencari Bawod (kambing) dan Tuyog (kerbau) peliharaannya setelah hujan surut. Beluntung berjaya menemukan Bawod dan Tuyog.

(b) Perkembangan – Beluntung bergegas ke kelas setelah menambat Tuyog pada pokok kelapa. Rakan-rakannya tidak suka akan Beluntung kerana badannya berbau kerbau. Beluntung terpaksa pergi ke sekolah dengan menunggang kerbau kerana jalan berlumpur. Beluntung berazam untuk belajar dengan bersungguh-sungguhagar dapat memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan darjah enam tidak lama lagi. Bawod masuk ke kelas Beluntung. Beluntung menyelamatkan Tuyog yang hampir terjerut. Beluntung danTuyog memenangi perlumbaan kerbau.

(c) Klimaks – Beluntung terkejut apabila mendapati ramai orang berkumpul di rumahnya. Bapa Beluntung memberitahunya bahawa mereka mengadakan kenduri

Page 12: ARKIB KOMSAS - pelangibooks.com BM 2017/Top Tg 3/k/ARKIB... · Tema syair ini adalah tentang adab dalam kehidupan seharian. ... Unit 1 Puisi Tradisional (b) ... Contoh: • Tanpa

Bahasa Melayu Ting. 3 KBSM Arkib KOMSAS

12© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.

kesyukuran kerana Beluntung lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan darjah enam. Beluntung tersungkur dan tidak sedarkan diri. Setelah sedar, Beluntung mengetahui Bawod sudah disembelih.

(d) Peleraian – Beluntung meraung apabila melihat Bawod yang kaku dan berlumuran darah. Bapa Beluntung dan orang ramai memujuk Beluntung.

Teknik plot(a) Teknik monolog dalaman Contoh: Aku mesti lulus dengan cemerlang, bisik hatinya.

(hal.56)(b) Teknik imbas muka Contoh: Beluntung membayangkan jika Bawod ada,

tentulah Tuyog tidak kesunyian. (hal.56)(c) Teknik saspens Contoh: Beluntung ingin tahu sebab ramai orang

berkumpul di halaman rumahnya. (hal.61)

Sudut PandanganCerita ini menggunakan sudut pandangan orang ketiga.

Watak dan Perwatakan

Beluntung (Watak utama)(a) Murid darjah enam di Sekolah Rendah Kerajaan Timbang

Pasir.(b) Mempunyai dua ekor haiwan peliharaan, iaitu kerbau

(Tuyog) dan kambing (Bawod).(c) Memperoleh keputusan yang cemerlang dalam

peperiksaan darjah enam.(d) Rajin – Rajin pergi ke sekolah meskipun terpaksa

menunggang kerbau, menempuh hujan lebat dan banjir, serta meredah arus sungai yang deras.

(e) Berdikari – Tidak menyusahkan ibu bapanya untuk pergi ke sekolah, sebaliknya pergi sendirian dengan bantuan Tuyog sebagai kenderaannya.

(f) Penyayang – Sangat menyayangi kedua-dua ekor haiwan peliharaannya sehingga meraung apabila mengetahui Bawod disembelih.

(g) Patuh akan nasihat ibu bapa – Mengamalkan nasihat ibunya supaya bersaing secara sihat di sekolah dan tidak bergaduh.

Bawod(a) Kambing peliharaan Beluntung.(b) Sentiasa bersama-sama Beluntung dan Tuyog.(c) Hampir mati akibat kesejukan ketika banjir.(d) Takut akan air, tetapi berjaya meredah sungai akibat

terkejut oleh kilat dan petir.(e) Menjerit-jerit apabila leher Tuyog terjerut tali.(f) Disembelih untuk dijadikan hidangan bersempena

dengan kenduri kesyukuran atas kejayaan Beluntung dalam peperiksaan darjah enam.

Tuyog(a) Kerbau peliharaan Beluntung.(b) Sentiasa bersama-sama Beluntung dan Bawod.(c) Banyak berjasa kepada Beluntung – Menjadi kenderaan

untuk Beluntung berulang-alik ke sekolah kerana jalan ke sekolah berlumpur dan terpaksa mengharung air sungai yang deras.

(d) Hampir mati akibat lehernya terjerut tali.(e) Menang tempat pertama dalam pertandingan Pesta

Lumba Kerbau dan Beluntung menerima hadiah sebanyak RM10.00.

Latar

Latar masa(a) Waktu pagi – Beluntung turun ke tanah dengan lampu

picit untuk mencari Bawod dan Tuyog. (b) Waktu matahari terik – Tuyog berendam dan menyelam

di dalam sungai ketika waktu panas. (c) Dua bulan – Beluntung akan menghadapi peperiksaan

darjah enam dua bulan lagi.

Latar tempat(a) Tebing Sungai Layong – Bawod mengekori Tuyog yang

mula menjejakkan kaki di tebing Sungai Layong. (b) Sekolah Rendah Kerajaan Timbang Pasir – Tempat

Beluntung belajar dalam darjah enam. (c) Dalam kelas – Beluntung bergaduh dengan Basil yang

telah membuang buku-bukunya di atas lantai.(d) Padang – Beluntung dan Tayog menyertai Pesta Lumba

Kerbau dan memenangi tempat pertama.(e) Halaman rumah Beluntung – Beluntung terkejut apabila

mendapati orang kampung berada di halaman rumahnya.

Latar masyarakat(a) Masyarakat yang menyayangi haiwan peliharaan.(b) Masyarakat yang berdikari.(c) Masyarakat yang rajin menuntut ilmu pengetahuan

meskipun berhadapan dengan pelbagai halangan.(d) Masyarakat yang mengamalkan semangat

kemasyarakatan.

Gaya Bahasa(a) Personifikasi Contoh: Angin yang sebentar tadi agak perlahan tiupannya

kini mula menerbangkan air hujan dan menggoyangkan pohon-pohon pisang di halaman rumah. (hal.53)

(b) Simile Contoh: Bawod menjerit-jerit seperti meminta tolong.

(hal.58)(c) Sinkope Contoh: “Kau lulus, nak.” (hal.62)(d) Inversi Contoh: Tidak lama kemudian gurunya muncul.

(Sepatutnya Gurunya muncul tidak lama kemudian.) (hal.56)

Nilai(a) Kerajinan – Beluntung rajin ke sekolah meskipun

terpaksa merempuh hujan lebat dan jalan berlumpur serta meredah sungai.

(b) Kasih sayang – Beluntung menyayangi Bawod dan Tuyog, haiwan peliharaannya dan menganggap kedua-dua ekor haiwan itu seperti sahabatnya.

(c) Baik hati – Beluntung menyapu pucuk ubi kayu pada badan Bawod untuk membuang beberapa ekor semut merah yang menggigit badan Bawod.

(d) Bekerjasama – Penduduk Kampung Layong membantu bapa Beluntung ketika kenduri kesyukuran diadakan di rumah Beluntung.

Pengajaran(a) Kita perlulah belajar dengan rajin supaya lulus dengan

cemerlang dalam peperiksaan.(b) Kita haruslah menyayangi haiwan.(c) Kita sewajarnya bersyukur dengan kejayaan yang

diperoleh.(d) Kita haruslah mengamalkan kerjasama dan semangat

bermasyarakat.

Page 13: ARKIB KOMSAS - pelangibooks.com BM 2017/Top Tg 3/k/ARKIB... · Tema syair ini adalah tentang adab dalam kehidupan seharian. ... Unit 1 Puisi Tradisional (b) ... Contoh: • Tanpa

Bahasa Melayu Ting. 3 KBSM Arkib KOMSAS

13 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.

Unit 5 Drama

1 Tenang-tenang Air di Tasik

Sinopsis

Bahagian IIbuMuzafar bimbang akan keselamatan anaknya yanghendak melatih dan mengiringi sekumpulan orang buta berkayak merentasi Tasik Permai selama empat hari tiga malam.Muzafarmeyakinkanibunyabahawaberbekalkanpengalaman dan kepakarannya, dia tidak akan mudah hilang pertimbangan.MenurutMuzafar, diamengagumisemangat kumpulan orang buta itu, malahan menganggap tugasnya kali ini unik dan mencabar. Muzafar turutmenenangkan ibunya supaya tidak bimbang kerana bot polis dan penyelamat akan mengiringi mereka. PadapendapatAzizi,ibuMuzafarbimbangmungkinkerana keadaan kumpulan yang akan dilatih itu yang cacatpenglihatan.Namunbegitu,Aziziberasapelikakansikap ibu Muzafar yang sebelum ini berfikiran terbukadan berpandangan jauh sesuai dengan kedudukannya sebagai pemimpin wanita yang unggul. Muzafar pulaberasa mungkin ada sesuatu yang tersembunyi di sebalik keganjilan sikap ibunya itu. Sekumpulan peserta ekspedisi seramai 36 orang berkumpuldihadapanAzizidanMuzafar.MenurutHaris,daripada 36 orang peserta, enam orang berpenglihatan normal dan yang selebihnya cacat penglihatan.

Bahagian IIMuzafar danAzizi bersama-sama dengan Haris, Nurul,Lidia, dan peserta-peserta ekspedisi yang lain berdiri di hadapan Tasik Permai. Mereka sudah lengkap dengan pakaian dan peralatan berkayak. Azizi dan Muzafarmenerangkan aspek keselamatan yang perlu dipatuhi olehpesertaekspedisi.HarisdanMuzamirmemberitahubahawa mereka tidak akan mengulangi kesalahan semalam. Muzafar mendapati Naza dan Shamsulkeberatan untuk membenarkan pasangan masing-masing mendayung dan lebih rela mengendalikan kayak secara bersendirian. Menurut Nurul, Suri berasa sedih dan kecewa kerana tidak dapat mendayung. Lidia pula memberitahu bahawa AidildanShamsulasyikbertekaksahaja.Azizimenyuruhpara peserta ekspedisi memandang teguran-teguran yang diberikan dengan positif demi kebaikan bersama. MuzafardanAzizimenerangkancara-caramemberidanmendapatkanpertolongan.Seterusnya,AzizidanMuzafarmenukar pasangan peserta berkayak.

Bahagian IIIAzizidanMuzamirduduksambilberbual-bualdiberandachalet.Muzamirmemberitahubahawadiatidakdapattidurkerana terlalu gambira. Azizi bertanya tentang perkarayang mendorong Muzamir bersusah payah menyertaiekspedisiberkayak.Muzamirmenjawabbahawaaktiviti-aktiviti rekreasi sering mendapat sambutan hangat daripada ahli-ahli pertubuhannya. Mereka sering dibawa untukmenikmati keindahan alam.Azizi bertanya sebabpertubuhan mereka memilih tempat peranginan tersebut. Muzamirmenjawabbahawarakan-rakansepejabatpernahbertandang ke situ dan dia mendapat tahu tentang alamat tempat peranginan ini daripada perbualan mereka.

Menurut Azizi, pada mulanya dia berdebar ketikamenyambut rombongan yang diketuai oleh Muzamiritu, tetapi perasaan itu beransur hilang setelah melihat kesungguhanMuzamirdankawan-kawannyamelakukanekspedisi.Muzamirbertanyatentangkebolehanmerekauntuk berkayak merentasi Tasik Permai mulai esok. Azizimenjawabbahawasekiranyamerekamengekalkanprestasi dan sentiasa mengikut arahan, mereka mampu merentasi tasik tersebut. Nurulberbual-bualdenganAzizi.Azizimemberitahunyabahawa pada mulanya, dia membayangkan semua peserta terdiri daripada orang cacat penglihatan tetapi kehadiran Nurul dan ahli-ahli lain meringankan tugas dia danMuzafar.Azizimemberitahu bahawaNurul dankawan-kawannya telah mengajar erti kesabaran kerana bagiAzizi, dia tidakmempunyaidarjahkesabaranyangsetinggi itu.

Bahagian IVMuzafar bertanya tentang asal usul Muzamir kepadaNurul dan Haris. Haris memberitahu bahawa Muzamirberasal dari Kelantan. Dia diserahkan kepada keluarga angkatnya di Johor semasa dia berusia tiga bulan. Nurul memberitahu bahawa Muzamir dilahirkan cacatpenglihatan.DemimenjagakedudukankeluargaMuzamiryang ternama, Muzamir diserahkan kepada keluargaangkat. Menurut Nurul, Muzamir beruntung keranakeluarga angkatnya memberikan kasih sayang dan pendidikan yang secukupnya kepadanya. Nurul dan Haris mendapati bahawamukaMuzamir danMuzafar seiras,malahan cara mereka berjalan dan bercakap dan susuk tubuh mereka juga sama.

Bahagian VMuzafar meneliti wajah dan kulitnya di depan cermin.MuzafarmemberitahuAzizi tentangkata-kataNuruldanHaristentangpersamaanmukanyadanMuzamir.Muzafarjuga menyedari hal itu apabila pertama kali dia melihat Muzamir.Azizi jugamemberitahu bahawaMuzafar danMuzamirmempunyaibanyakpersamaan.AzizimengajakMuzafarbersarapan.

Bahagian VIMuzafar memberi salam kepada ibunya yang sedangtermenung. Ibu memberitahu bahawa dia rindu dan bimbangakankeselamatanMuzafarkeranaMuzafartidakmenelefonnyasepanjangekspedisiitu.Muzafarmengajakibunya ke tempat peranginan dia bekerja untuk menonton video rakaman ekspedisi berkayak yang baru berakhir itu. MenurutMuzafar,ekspedisikali inimerupakanperistiwabersejarah bagi mereka. Muzafarmembawaibunyakestudio.IbudanMuzafarmenonton video rakaman ekspedisi tersebut bersama Azizi.Azizimenerangkanaksi-aksidalamvideoberkenaan.Ibumenjadi resahsetelahmelihatgambarMuzamir laluberedar dari situ. Muzafar memberitahu Azizi bahawasejakdiaberjumpadenganMuzamir, banyakpersoalanyangdifikirnya.Muzafaryakinbahawaibunyamempunyaijawapan kepada persoalan-persoalan tersebut. Melalui

Page 14: ARKIB KOMSAS - pelangibooks.com BM 2017/Top Tg 3/k/ARKIB... · Tema syair ini adalah tentang adab dalam kehidupan seharian. ... Unit 1 Puisi Tradisional (b) ... Contoh: • Tanpa

Bahasa Melayu Ting. 3 KBSM Arkib KOMSAS

14© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.

reaksiibunya,Muzafarpercayabahawaibunyamenyimpansuatu rahsia. Muzafar juga meragui bahawa dia anaktunggal. Muzafar memberitahu bahawa dia membantuMuzamir ketika kayaknya terbalik kerana digerakkanolehsuatuperasaan lain.AzizimulamemahamidilemaMuzafar.Muzafartertanya-tanyasamaadadiamempunyaikaitandenganMuzamir.

Pemikiran Pertemuan dua orang adik-beradik yang terpisah ketika melakukan aktiviti yang sama.

Persoalan(a) Kasih sayang seorang ibu terhadap anak.(b) Sikap memandang rendah terhadap kebolehan orang

kurang upaya.(c) Kesungguhan orang kurang upaya menjalankan aktiviti

riadah.(d) Sikap bekerjasama dengan orang lain.(e) Sikap mementingkan darjat dan pangkat.

Plot

Binaan plot(a) Permulaan – Ibu Muzafar melarangnya melatih

sekumpulan peserta cacat penglihatan menjalankan ekspedisi berkayak di Tasik Permai. Namun begitu, Muzafar tetap ingin menyertai ekspedisi tersebutdan meyakinkan ibunya bahawa dia akan menjaga keselamatan dirinya. Kumpulan peserta cacat penglihatan dan rabun yang turut diiringi oleh beberapa orang normal sampai di Permai Resort.

(b) Perkembangan–AzizidanMuzafarmemberitunjukajarkepada para peserta ekspedisi dengan bantuan Nurul dan rakan-rakannya.Azizi berbual-bual dengan Muzamir diberandachalet.MuzafarbertanyakepadaNurultentangasalusulMuzamir.MuzamirdikatakanmempunyaimukadanperawakanyangseirasdenganMuzafar.

(c) Klimaks – Muzafarmengajak ibunya ke studio tempatdia bekerja untuk menonton rakaman video tentang ekspedisi berkayak bersama orang cacat penglihatan. Ibunya menjadi resah setelah menonton video tersebut lalu keluar dari studio itu.

(d) Peleraian – Muzafar pelik akan kelakuan ibunya.Muzafar berasakan ibunya menyimpan suatu rahsia.Muzafar meragui statusnya sebagai anak tunggalsetelah dia berkenalan dan mengetahui latar belakang Muzamir.MuzafarmenjelaskankepadaAzizibahawadiadigerakkan oleh suatu perasaan lain yang amat sukar untukdigambarkanketikamembantuMuzamir.Muzafartertanya-tanya tentang hubungan antara dia dengan Muzamir.

Teknik plot(a) Teknik monolog Contoh: MUZAMIR: Aduhai tasik! Damai sungguh hati ini

apabila merasa kedinginan airmu. Ah! Tenteramnya jiwa ini mendengar airmu mengalir tenang. Tetapi, setenang itukah hati kami yang datang bertandang ke mari? Dan, setenang itukah juga hati orang yang menyambut kami di daerahmu ini? (hal.66)

(b) Teknik kejutan Contoh: IBU: (Terkejut) Apa Zafar? Kau nak melatih dan

mengiringi orang buta berkayak merentasi Tasik Permai? (hal.66)

(c) Teknik saspens Contoh: Apakah benar ada kaitan antara saya dengan

Zam, bang? (hal.82)

Watak dan Perwatakan

Muzafar(Watakutama)(a) Jurulatih aktiviti berkayak di Permai Resort.(b) Anak tunggal daripada keluarga ternama.(c) Bapanya telah meninggal dunia dan dia tinggal bersama

dengan ibunya.(d) Pelatih dan pengiring kumpulan kayak.(e) Sangsi akan statusnya sebagai anak tunggal setelah

bertemu dengan Muzamir yang seiras dengannya danmempunyai perawakan yang sama dengannya.

(f) Penyayang – Sayang akan ibunya.(g) Bertanggungjawab – Menjalankan tugasnya menjaga

keselamatan peserta berkayak dengan baik dan menyelamatkanMuzamirketikakayaknyaterbalik.

Muzamir(a) Cacat penglihatan.(b) Berasal dari Kelantan.(c) Berasal daripada keluarga ternama.(d) Diserahkan kepada keluarga angkat di Johor ketika

berusia tiga bulan kerana keluarga kandung ingin menjaga kedudukan.

(e) Sebaya dengan Muzafar serta memiliki wajah danperawakanyangseirasMuzafar.

(f) Gemar menyertai aktiviti-aktiviti rekreasi bersama-sama ahli pertubuhan, antaranya berkelah, meneroka gua, dan mendaki gunung.

IbuMuzafar(a) Bekas pesara kerajaan sebagai pegawai.(b) Disegani oleh masyarakat kerana merupakan pemimpin

yang berkebolehan.(c) Bergaya moden.(d) Wanitayangberfikiranterbukadanberpandanganjauh.(e) Penyayang–BimbangakankeselamatanMuzafaryang

akan membimbing kumpulan orang cacat penglihatan berkayak merentasi Tasik Permai.

(f) Menyimpan suatu rahsia – Resah dan tidak sanggup menontontayanganvideotentangMuzamirberkayakdiTasikPermaikeranarautmukaMuzamirseirasMuzafar.

Latar

Latar masa(a) Empat hari tigamalam –Muzafarmemberitahu ibunya

bahawa dia akan terlibat dalam program berkayak bersama sekumpulan orang cacat penglihatan selama empat hari tiga malam.

(b) Waktumalam–Muzamirberbual-bualdenganAzizipadawaktu malam kerana tidak dapat tidur.

(c) Waktu siang –Azizi berasa kagum akan kesungguhanpara peserta yang menjalankan latihan berkayak pada waktu siang.

Latar tempat(a) RumahMuzafar–Muzafartinggaldisebuahrumahbatu

yang mewah bersama-sama dengan ibunya.(b) Tasik Permai – Para peserta ekspedisi orang cacat

penglihatan menjalani aktiviti berkayak di Tasik Permai.(c) Beranda chalet – Azizi dan Muzamir berbual-bual di

beranda chalet pada waktu malam. (d) Studio Permai Resort – Muzafar, ibunya, dan Azizi

menonton tayangan video tentang program berkayak yangdisertaiolehMuzamir.

Page 15: ARKIB KOMSAS - pelangibooks.com BM 2017/Top Tg 3/k/ARKIB... · Tema syair ini adalah tentang adab dalam kehidupan seharian. ... Unit 1 Puisi Tradisional (b) ... Contoh: • Tanpa

Bahasa Melayu Ting. 3 KBSM Arkib KOMSAS

15 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.

Latar masyarakat(a) Masyarakat yang sayang akan anaknya.(b) Masyarakat golongan kurang upaya.(c) Masyarakat yang menjalankan tugas dengan

bertanggungjawab.(d) Masyarakat yang mementingkan darjat dan pangkat.

Gaya Bahasa(a) Peribahasa Contoh: Tak ada beban, batu digalas. (hal.68); jantung

hati (hal. 68); ambil hati (hal. 77)(b) Sinkope Contoh: IBU: (Tegas) Ah, samalah tu, buta! Tidak, Zafar.

Mak tak izinkan kau pergi. (hal.67)(c) Simile Contoh: Zam pun tentu letih macam mereka juga, kan?

(hal.73)(d) Inversi Contoh: Nanti nyawa kita terancam. (sepatutnya Nyawa

kita nanti terancam.) (hal.70)

Nilai(a) Kasih sayang –IbuMuzafarsangatmenyayanginya.

(b) Keberanian – Muzafar berani mengambil keputusanuntuk melatih orang cacat penglihatan berkayak kerana menganggap tugas itu unik dan mencabar.

(c) Bekerjasama – Nurul dan rakan-rakannya membantu Muzafar dan Azizi ketika latihan berkayak yangmelibatkan beberapa orang peserta orang cacat penglihatan dijalankan.

(d) Kesyukuran – Ibu Muzafar bersyukur dan gembirakeranaMuzafar pulang dengan selamat setelah empathari terlibat dalam latihan berkayak bersama sekumpulan orang cacat penglihatan.

Pengajaran(a) Kita janganlah memandang rendah terhadap kebolehan

dan semangat gologan orang kurang upaya.(b) Kita haruslah menjalankan tugas yang diberi dengan

penuh rasa tanggungjawab.(c) Kita janganlah mementingkan diri sendiri apabila

melakukan kerja berpasukan.(d) Kita janganlah mementingkan pangkat dan darjat dalam

kehidupan.

Bahagian B : Novel

1 Justeru Impian di Jaring

Sinopsis

Syahir berpesan kepada Azmie, rakannya yang jugawartawan supaya tidak menulis berita yang bukan-bukan tentang dirinya. Boon Lee memberitahu Syahir bahawa mereka perlu menyertai Terbuka Johor untuk menilai prestasi semasa mereka, bukan berdasarkan kedudukan pada peringkat dunia. Menurut Wan Najhan, kedudukan pada peringkat dunia tidak menjamin prestasi semasa kerana bimbang kejadian yang berlaku di Birmingham dan Tokyo akan berulang. Syahir kecewa akan keputusan tersebut kerana kejayaan dan mata yang telah dipungut dalam kejohanan-kejohanan terbuka peringkat antarabangsa sebelum ini tidak diambil kira. KakUdaSyahrizah yang bekerja sebagaiPegawaiPerubatan di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia bertanyakan tarikh Syahir akan pergi ke Jakarta kerana nama Syahir ada tersenarai dalam akhbar sebagai pilihan ke Kejohanan Dunia. Syahir teringat akan tindakan abahnya yang marah apabila Syahir menjadi johan negeri ketika berada dalam tingkatan tiga. Namun demikian, kemarahan abahnya terpadam apabila dia lulus dengan cemerlang dalam Penilaian Menengah Rendah. Akhirnya, abahnya memberi kebenaran kepada Syahir untuk bermain badminton tetapi menyuruhnya memelihara syariat Islam ketika bersukan. Syahir merupakan satu-satunya pemain lelaki Muslim yang menutup aurat di gelanggang pada peringkat antarabangsa.

ApabilaHajiMarzukibertanyakanpersediaanSyahirke Terbuka Johor, Syahir merasakan dirinya seperti bola yang disepak dan dilambung ke sana ke mari. Dengan nadakesal,HajiMarzukiberkatabahawadia jugaagakterkejut oleh keputusan yang diumumkan oleh Engku Aiman.HajiMarzukimemujukSyahir supayamenerimakeputusan pihak atasan kerana pada kali ini semua pemain terpaksa bersaing sesama sendiri. Sebelum pulang ke rumah, Syahir dan Wan Najhan singgah makan di Restoran 48 Jam. Wan Najlah tiba-tiba muncul di restoran itu. Wan Najlah mengatakan bahawa profilpenuh Syahir dan wawancaranya ada disiarkan dalam Mingguan Riadah. Dalam wawancara dengan Azmie,Syahir bercakap tentang syariat Islam yang dipegang ketika bersukan. Bagi Syahir, cara berpakaian sebegitu bukanlah untuk berseronok-seronok atau untuk mencari publisiti tetapi atas tuntutan agama Islam. Tiba-tiba Wan Najlah beredar dari situ. HajiMarzukimemberitahuSyahirbahawaberdasarkanundian kejohanan Terbuka Johor, kemungkinan Syahir akan bertemu dengan Syed Amiri. Syahir sudah lama mengenali Syed Amiri. Syahir menghormati Syed Amiri sebagai abang walaupun dia tidak menyenangi Syahir sejak dahulu. Syahir mampu bertahan dengan ejekan Syed Amiri kerana baginya, sukan itu wasilah untuk memupuk semangat kerjasama dan bukan pencetus permusuhan. Wan Najlah dan Syahir bebual-bual melalui telefon tentang dunia badminton dan latihan ketat yang terpaksa dilalui pada setiap hari. Wan Najlah memohon maaf atas sikap emosionalnya tempoh hari. Syahir mengatakan dia turut bersalah kerana mungkin ada kata-katanya yang menyentuh hati Wan Najlah. Wan Najlah kagum akan

Page 16: ARKIB KOMSAS - pelangibooks.com BM 2017/Top Tg 3/k/ARKIB... · Tema syair ini adalah tentang adab dalam kehidupan seharian. ... Unit 1 Puisi Tradisional (b) ... Contoh: • Tanpa

Bahasa Melayu Ting. 3 KBSM Arkib KOMSAS

16© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.

kesungguhan Syahir mempertahankan prinsip ketika bersukan. Wan Najlah menyatakan keinginannya untuk menutup aurat juga tetapi dia bimbang akan pandangan orang lain terhadapnya. Syahir menasihatinya bahawa berpakaian menutup aurat bukanlah penghalang kejayaan atlet wanita dalam sukan. Wan Najlah membuat kejutan dan menggemparkan kem latihan pemain wanita dengan memakai tudung dan seluar trek panjang. Syahir menganggap perubahan Wan Najlah sesuatu yang luar biasa kerana seorang pemain badminton wanita yang tidak menutup aurat tiba-tiba menutup aurat ketika beraksi. Syahir melihat empat orang gadis berdiri berhampiran dengan kaunter pertanyaan bersama-sama dengan seorang gadis yang berpakaian ranggi. Mereka meminta kebenaran daripada Syahir untuk bergambar bersama dengan Ratna, iaitu juara program Akademi Impiana. Azmie sebagai jurugambartelah merakamkan gambar Syahir yang berdiri dikelilingi oleh empat orang gadis termasuk Ratna. Syahir berasa sakit hati kerana Engku Imran asyik mencari kesalahannya semasa latihan sehingga teman-temannya turut perasan akan hal itu. Setelah selesai latihan, Syahir terus pulang ke rumah emaknya untuk meluangkan masa bersama-sama dengan emaknya. Selepas asar, emaknya mengajak Syahir ke madrasah untuk menghadiri ceramah agama. Akibat keletihan, Syahir tertidur di atas sofa. Setelah terjaga, Syahir teringat akan emaknya. Dia terkejut apabila melihat emaknya terbaring dengan bertelekung di atas katil. Syahir berasa cemas lalu menelefonKakUdaSyahrizah.Syahir serba salah danberat hati untuk pergi ke Johor Bahru walaupun dia tahu bahawa kejohanan itu sangat penting. Namun demikian, KakUdaSyahrizahdanemaknyamenyuruhnyapergi. Kejohanan Terbuka Johor bermula selepas solat Jumaat di Dewan Badminton Tanjung Puteri. Syahir sedar bahawa bakal lawannya pada suku akhir ialah Syed Amiri. Syahir berasa terkejut akan kelincahan permainan Syed Amiri yang sangat agresif dan bertenaga. Dr. Asyraf memberitahu Syahir bahawa dia mendapat tahu bahawa, Syahir mempunyai hubungan dengan seorang artis. Dr. Asyraf menghulurkan sebuah akhbar tabloid kepada Syahir. Syahir menjadi terkasima setelah melihat wajahnya terpampang dalam gambar di halaman belakang akhbar itu. Syahir menang tipis dalam set pertama kerana agak terganggu oleh gosip yang tersiar dalam akhbar. Syahir juga terpaksa berhadapan dengan keputusan pengadil yang berat sebelah tetapi dia memilih untuk terus bersabar. Akhirnya, Syahir tewas di tangan Syed Amiri dalam perlawanan itu. Syahir berasa bahawa pegawai-pegawai perlawanan telah bersekongkol untuk memenangkan Syed Amiri. Kekalahan itu menyebabkan impian Syahir untuk menyertai Kejohanan Badminton Antarabangsa di Jakarta berkecai. Semua pemain utama skuad kebangsaan perseorangan dan beregu layak ke Jakarta pada pertengahan minggu depan kecuali Syahir. Gosip cinta antara Syahir dengan Ratna terus berlanjutan apabila turut disiarkan dalam beberapa akhbar tabloid yang lain.HajiMarzukimenasihatiSyahir supayamelupakankekalahannyadanmengabaikanfitnahyangmelandanya,sebaliknya memberikan tumpuan terhadap latihan.

Haji Marzuki menyarankan Syahir mengambil cuti danpulangkerumahuntukmenenangkanfikirannya.Syahir,KakUdaSyahrizah, danemaknyapergi ke rumahMakUsuSapiahdiSeremban.HajiMarzukimenelefonSyahiruntuk memberitahunya bahawa Gopinath terlibat dalam kemalangan jalan raya. Syahir menziarahi Gopinath di Hospital KualaLumpur.HajiMarzukimemberitahuSyahirbahawaSyahirakan menggantikan tempat Gopinath ke Jakarta. Haji MarzukimenegaskanbahawadiamahuSyahirpergikeJakarta dengan penuh keyakinan kerana setiap orang ada kekuatan dan kelemahan masing-masing. Kak Uda Syahrizah menelefon dan memberitahu bahawa emakpitam di rumah abang long. Syahir dalam dilema sama ada pergi ke Jakarta atau tidak kerana emaknya sedang dirawat di Hospital Universiti disebabkan strok. Bagi Syahir, mewakili negara bermakna membawa maruah negara dan dia juga bukan pergi untuk makan angin. Tiba-tiba Syahir berasa sakit pada bahagian tengah perutnya. Sebelum bertolak ke Jakarta, Syahir ke hospital untuk meminta restu emaknya. Melalui undian, Syahir akan bertemu dengan pemain dari Korea Selatan. Syahir menang. Begitu juga dengan pemain perseorangan dan beregu negara yang lain. Dalam perlawanan seterusnya, Syahir bertemu dengan pemain dari China, iaitu Xiang Yimou. Perlawanan itu sengit, tetapi Syahir berjaya menewaskan lawannya. Pada masa yang sama, Syahir tidak pernah lupa untuk menelefonKakUdaSyahrizahbagibertanyakankhabaremaknya di Kuala Lumpur. Dalam perlawanan suku akhir acara perseorangan, Syahir akan menentang Han Xuanze manakala KamHeng akan melawan Andri Mirnawan dari Indonesia. Syahir berjaya mengatasi Han Xuanze dan seterusnyamelangkah ke peringkat akhir. Dalam perlawanan penentuan itu, Syahir akan menentang Andri Mirnawan dariIndonesia.HajiMarzukimenjelaskankepadaSyahirtentang strategi yang dirangka olehnya. Seluruh pegawai atasan, termasuk presiden dan pengurus memberikan kata-kataperangsangkepadaSyahir.HajiMarzuki turutmemberitahu Syahir bahawa dia sudah berjanji dengan pihak atasan untuk meletak jawatan selepas itu kecuali Syahir menjuarai kejohanan antarabangsa itu. Bagi Syahir, pertaruhan itu sangat tinggi risikonya lantas berjanji bahawa dia akan bermain dengan bersungguh-sungguh. Tepat pukul 8.30 malam, perlawanan akhir itu dimulakan. Syahir berasa tertekan seketika kerana sakit pada bahagian pusatnya. Konsentrasi Syahir juga terganggu dalam set kedua kerana pengadil perlawanan menerima kesaksian penjaga garisan. Syahir membantah tetapi tidak dilayan oleh pengadil perlawanan dan menyuruhnya kembali ke petak servis. Syahir berasa bahawa dia tidak dapat bertarung dalam set ketiga akibat kesakitan sehingga terpaksa membongkok. Namun demikian, Syahir berjaya menewaskan Andri Mirnawan dengan taktik permainannya dan berjaya bergelar juara. Sepuluh minit kemudian, upacara penyampaian hadiah dan medal kemenangan diadakan. Urus setia kejohanan menjadi cemas apabila Syahir hampir rebah selepas medal emas dikalungkan ke lehernya. Syahir dibedah di Jakarta akibat radang apendiks dan terlantar di hospital selama beberapa hari. Setelah

Page 17: ARKIB KOMSAS - pelangibooks.com BM 2017/Top Tg 3/k/ARKIB... · Tema syair ini adalah tentang adab dalam kehidupan seharian. ... Unit 1 Puisi Tradisional (b) ... Contoh: • Tanpa

Bahasa Melayu Ting. 3 KBSM Arkib KOMSAS

17 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.

sembuh, Syahir pulang ke Malaysia. Syahir memeluk dan mencium emaknya sambil menyerahkan medal kemenangannya kepada emaknya itu. Abang long memeluk Syahir sambil mengucapkan tahniah. Kak ngah bertanya rancangan Syahir selepas ini. Syahir menjawab bahawa dia akan menyertai Sukan Olimpik.

TemaTema novel ini adalah tentang ketabahan seorang pemain badminton dalam menghadapi pelbagai dugaan dan cabaran sehingga meraih gelaran juara dunia. Syahir Ramzi ialah seorang pemain badminton kebangsaan yangberjaya memenangi Kejohanan Badminton Antarabangsa dan mendapat gelaran juara dunia walaupun terpaksa menghadapi pelbagai cabaran dan dugaan.

Persoalan(a) Menegakkan syariat Islam dalam sukan – Syahir

memakai pakaian mengikut syariat Islam ketika bermain badminton.

(b) Semangat kerjasama dalam pasukan – Syahir bekerjasama dengan Boon Lee, Bernard, Kam Heng, Gopinath, dan lain-lain berlatih bersama-sama dalam satu pasukan untuk menjadi juara dalam Kejohanan Badminton Antarabangsa di Jakarta.

(c) Sikap bertanggungjawab dalam menjalankan tugas – Haji Marzuki menjalankan tugas melatih pemain badmintondengan penuh bertanggungjawab.

(d) Kasih sayang terhadap emak – Syahir serba salah untuk menyertai pertandingan di Jakarta kerana emaknya mengalami strok dan dirawat di hospital dan ingin menjaga emaknya.

(e) Ketidakadilan dalam sesuatu perlawanan – Syahir sangat marah dan kecewa apabila berlaku ketidakadilan dalam perlawanan Kejohanan Terbuka Johor.

PlotBinaan plot(a) Pemulaan – Semua pemain badminton skuad kebangsaan

sedang mendengar taklimat selepas sesi latihan berakhir di dewan latihan. Syahir tidak berpuas hati kerana dia dikehendaki menyertai Terbuka Johor untuk melayakkan diri ke Kejohanan Badminton Antarabangsa yang akan diadakan di Jakarta atas alasan pemilihan pemain berdasarkan prestasi semasa, bukan kedudukan pada peringkat dunia.

(b) Perkembangan – Syahir teringat akan keluarganya, terutama abahnya yang tidak suka akan penglibatannya dalam sukan badminton dengan alasan akan mengganggu pelajarannya. Pendirian Syahir yang teguh dan pencapaian cemerlangnya dalam Penilaian Menengah Rendah menyebabkan abahnya menerima keputusan Syahir untuk terlibat dalam sukan badminton. Arwah abah Syahir berpesan agar Syahir memelihara syariat Islam dalam bersukan. Wan Najlah membuat kejutan di kem latihan pemain wanita dengan memakai tudung. Di pejabat Azmie, Syahir bergambar denganpenuntut-penuntut UiTM dan seorang artis bernama Ratna.

(c) Perumitan – Emak Syahir sakit. Syahir ke Johor dengan hati yang berat. Di Johor, Dr. Asyraf menghulurkan akhbar tabloid hiburan yang menyiarkan berita tentang hubungan Syahir dengan artis bernama Ratna berserta dengan gambar mereka. Disebabkan pengadilan yang

berat sebelah, Syed Amiri berjaya menewaskan Syahir. Hal ini menyebabkan Syahir tidak terpilih untuk menyertai Kejohanan Badminton Dunia di Jakarta. Gopinath telah terlibat dalam kemalangan jalan raya dan mengalami kecederaan parah. Haji Marzuki telah memilih Syahiruntuk menggantikan tempat Gopinath. Sehari sebelum bertolak ke Jakarta, emak Syahir telah dimasukkan ke hospital kerana terkena strok. Syahir berada dalam dilema.DengansokongandaripadaKakUdaSyahrizah,Syahir berlepas ke Jakarta. Syahir bertanding dengan beberapa orang pemain yang hebat dari luar negara.

(d) Klimaks – Syahir menentang Andri Mirnawan dalam perlawanan akhir. Haji Marzuki meletakkan pertaruhanyang tinggi terhadap kemenangan Syahir. Syahir bermain dengan bersungguh-sungguh walaupun dia mengalami kesakitan di bahagian bawah abdomen badan sehingga berjaya memenangi perlawanan. Syahir berasa amat bersyukur.

(e) Peleraian – Selepas upacara penyampaian hadiah dan medal kemenangan, Syahir tiba-tiba terjatuh akibat terlalu sakit. Syahir menjalani pembedahan radang apendiks. Setibanya di Malaysia, Syahir melawat emaknya yang semakin stabil di hospital. Syahir memberikan medal kemenangan kepada emaknya. Rancangan Syahir yang seterusnya ialah menyertai perlawanan badminton pada peringkat Sukan Olimpik.

Teknik plot(a) Dialog – Syahir berbual dengan Kak Uda berkaitan

dengan kesihatan emaknya. “Kak Uda, bagaimana keadaan terkini mak?” “Alhamdulillah. Mak makin stabil, dah boleh bersuara tapi

tak berapa jelas sebutannya. Kita kena banyak berdoa.” (hal. 126)

(b) Imbas kembali – Syahir mengingati peristiwa yang berlakudipejabatrakannya,Azmiekembali.

Saya teringat peristiwa kami di lobi pejabat Azmie di Cheras. (hal. 83)

(c) Imbas muka – Syahir meramalkan perlawanannya menentang Syed Amiri pada malam itu.

Saya berpeluk tubuh. Benar. Ada tugas berat menunggu malam nanti. (hal. 79)

(d) Monolog dalaman – Syahir terkejut dan berasa marah akan keputusan pengadil yang berat sebelah.

Ah, sudah diatur! Hati saya menjerit. (hal.88)(e) Kejutan – Wan Najhan terkejut dengan tindakan adiknya,

Wan Najlah yang memakai tudung ketika sesi latihan badminton.

“Dia buat kejutan. Dia gemparkan kem latihan pemain wanita”.

“Hah, dia buat apa? Dia letupkan mercun ke?” “Bukan mercunlah!” Wan Najhan sedikit bengang dengan

kecindan saya. Saya ketawa kecil. “Khabarnya, dia pakai tudung dan seluar trek panjang

hari ni.” (hal.65)

Watak dan Perwatakan

SyahirRamzi(Watakutama)(a) Pemain skuad badminton kebangsaan dan pemain di

tangga kelima belas dalam kedudukan peringkat dunia.(b) Anak bongsu dalam keluarga.(c) Digelar‘ustaz’keranamemeliharanilai-nilaiIslamdalam

sukan (berseluar panjang dan bersolat apabila tiba waktunya).

Page 18: ARKIB KOMSAS - pelangibooks.com BM 2017/Top Tg 3/k/ARKIB... · Tema syair ini adalah tentang adab dalam kehidupan seharian. ... Unit 1 Puisi Tradisional (b) ... Contoh: • Tanpa

Bahasa Melayu Ting. 3 KBSM Arkib KOMSAS

18© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.

(d) Penyayang – Menyayangi ibunya sehingga berasa serba salah untuk menyertai Kejohanan Badminton Dunia di Jakarta kerana ibunya dirawat di hospital.

(e) Menghormati orang lain – Menghormati rakan-rakan pasukan dan pihak pengurusan, terutama jurulatihnya, HajiMarzukidanMasSuparman.

(f) Penyabar – Bersabar dengan sindiran rakan sepasukan, Syed Amiri dan ketua jurulatih, Engku Aiman terhadapnya.

(g) Berhemah tinggi – Baik tingkah laku dan budi bahasa, seperti tidak menjawab kata-kata abang long dan kak ngah di hospital.

(h) Mempunyai patriotisme yang tinggi – Sanggup meninggalkan ibunya yang sakit semata-mata untuk bertanding badminton peringkat dunia demi membawa kemenangan untuk negara.

(i) Bergelar juara dunia apabila menjuarai acara perseorangan dalam Kejohanan Badminton Dunia.

(j) Menjalani pembedahan kerana menghidap radang apendiks.

HajiMarzuki(a) Berusia 45 tahun.(b) Jurulatih perseorangan skuad badminton kebangsaan.(c) Bekas juara Terbuka Malaysia sebanyak tiga kali.(d) Komited terhadap tugasnya.(e) Sanggup berkorban.(f) Pandai mengatur strategi.

Syed Amiri(a) Anak emas ketua jurulatih skuad badminton kebangsaan,

Engku Aiman.(b) Tidak suka akan Syahir – Kerap menyindir dan

memperkecil kebolehan Syahir.(c) Berani.

KakUdaSyahrizah(a) Pegawai perubatan di Hospital Universiti Kebangsaan

Malaysia.(b) Belum berkahwin.(c) Bertanggungjawab.(d) Penyayang. (e) Mengambil berat terhadap adik bongsu.

Latar

Latar masa(a) Hari Sabtu – Syahir memantau perlawanan Syed Amiri

pada pusingan ketiga. (hal.79)(b) Selepas asar – Syahir dan emaknya ke Madrasah Darul

ItqandiSungaiMerabuntukmenghadiriceramahUstazItqan Fathi selepas asar. (hal.73 – 74)

(c) Pukul 8.20 malam – Syahir turun ke gelanggang tengah dengan diiringi oleh Haji Marzuki dan Mas Suparmanuntuk menyertai perlawanan akhir. (hal.151)

(d) Malam – Syahir menonton Buletin Dunia melalui televisyen pada pukul 11:10 malam. (hal.32)

(e) Pagi – Syahir disindir oleh Syed Amiri sewaktu ingin memulakan sesi latihan pagi. (hal.41)

Latar tempat(a) Kompleks sukan – Tempat Syahir dan rakan-rakannya

menjalani latihan badminton di dalam dewan.(hal. 1)(b) Rumah keluarga Syahir – Syahir melihat gambar

keluarganya yang tergantung pada dinding rumah. (hal. 16)

(c) Restoran 48 Jam – Syahir dan Wan Najhan singgah makan tengah hari di Restoran 48 Jam. (hal.25)

(d) Pejabat Mingguan Riadah, Taman Shamelin Perkasa, Cheras – Syahir bergambar dengan empat orang penuntut UiTM dan Ratna, juara program Akademi Impiana.

(e) Dewan Badminton Tanjung Puteri Utama – Syahir menyertai Kejohanan Terbuka Johor.

(f) Hospital Kuala Lumpur – Syahir menziarahi Gopinathyang parah akibat ditimpa kemalangan jalan raya.

(g) Hospital Universiti – Ibu Syahir dirawat kerana mengalami strok.

(h) Istora Senayan, Jakarta, Indonesia – Syahir menjuarai acara perseorangan dalam perlawanan Kejohanan Badminton Dunia.

Latar masyarakat(a) Masyarakat yang terlibat dalam sukan badminton – Para

pemain, seperti Syahir, Wan Najhan, Nik Shahnizam,Gopanath, Syed Amiri, Boon Lee, Jian Hua, dan Bernard menjalani latihan insentif di bawah bimbingan jurulatih yangberkaliberdanberpengalaman,sepertiHajiMarzuki,Engku Aiman, dan Mas Suparman.

(b) Masyarakat yang mementingkan nilai-nilai Islam – Syahir memakai pakaian yang menutup aurat ketika berlatih dan bertanding. Perlakuannya itu kemudiannya diikuti oleh Wan Najlah.

(c) Masyarakat yang cinta akan negara – Syahir pernah berjanji kepada arwah abahnya bahawa dia ingin mengharumkan nama negara dalam sukan badminton.

(d) Masyarakat yang komited terhadap tugas – HajiMarzukipernah disingkirkan sebagai ketua jurulatih tetapi dia masih melatih pemain-pemain badminton dengan penuh rasa tanggungjawab.

(e) Masyarakat golongan pemain badminton negara yang bersatu padu dalam satu pasukan. – Syahir, Boon Lee, Bernard, Kam Heng, Gopinath, dan pemain-pemain badminton yang lain bermain dalam satu pasukan dengan bersatu padu.

Gaya Bahasa(a) Simile Contoh: • Kedua-dua tangan saya depangkan ke atas seperti

bersenam. (hal.2) • “Kadang-kadang terasa macam bola, disepak

dilambung ke sana ke mari.” (hal.21)(b) Personifikasi Contoh: • Angin semilir berpuput lembut memukul wajah. (hal.2) • Sayamembiarkanangin yang berpuput mencium pipi

beberapa ketika. (hal.121)(c) Sinkope Contoh: • “Letih aku nak bersoal jawab dengan pihak atasan

nanti”. (hal.3) • “Kenapakau senyum-senyum ni?” (hal.67)(d) Hiperbola Contoh: • Darahsayaberderau.(hal.90) • Seperti ada yang mahu pecah di dalam perut ini.

(hal.168)(e) Metafora Contoh: • Wajah arwah abah pula yang hadir di layar minda.

(hal.150)

Page 19: ARKIB KOMSAS - pelangibooks.com BM 2017/Top Tg 3/k/ARKIB... · Tema syair ini adalah tentang adab dalam kehidupan seharian. ... Unit 1 Puisi Tradisional (b) ... Contoh: • Tanpa

Bahasa Melayu Ting. 3 KBSM Arkib KOMSAS

19 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.

• Apa lagi agaknya sentuhan emas dan stimulasi berharga yang diberikannya kepada saya? (hal.153)

Sudut PandanganPengarang menggunakan sudut pandangan orang pertama. Pengarang sendiri yang bercerita dengan menggunakan kata gantinama‘saya’.Contoh: Saya bernafas lega. Kenalan wartawan yang sudah menjadirafikakrabiniseringlekasmembacahatisaya. (hal.3)

Nilai(a) Kasih sayang – Syahir menjaga emaknya yang sakit di

hospital semalaman.(b) Hemah tinggi – Syahir berbudi bahasa, terutama ketika

bercakap dengan orang yang lebih tua, seperti ibunya danKakUdaSyahrizah.

(c) Hormat-menghormati – Syahir menghormati jurulatihnya, Haji Marzuki dan Mas Suparman serta ketua jurulatih,iaitu Engku Aiman.

(d) Keberanian – Syahir berani menentang lawannya yang hebat dalam perlawanan akhir Kejohanan Badminton Dunia.

(e) Kerajinan – Para pemain skuad badminton negara rajin berlatih untuk menyertai Kejohanan Badminton Dunia di Indonesia.

(f) Rasional – Haji Marzuki menasihati pemian-pemain dibawah bimbingannya supaya berfikir dengan rasionalketika menghadapi lawan.

(g) Kesyukuran – Syahir bersyukur kerana selamat menjalani pembedahan radang apendiks setelah menjuarai Kejohanan Badminton Dunia.

(h) Patriotisme – Syahir berazam untuk mengharumkannama Malaysia dengan menjadi juara dalam Sukan Olimpik setelah menjuarai Kejohanan Badminton Dunia.

Pengajaran(a) Kita mestilah menyayangi ibu bapa kita. – Walaupun

sibuk dengan latihan, Syahir mengambil peluang untuk menghabiskan masa bersama emaknya.

(b) Kitaperlulahberfikiran rasionalsupayadapatbertindakdengantepat.–SyahirmendengarkomenHajiMarzukitentang mutu dan corak permainannya dengan hati yang terbuka.

(c) Kita haruslah menunjukkan contoh teladan yang baik kepada masyarakat. – Nilai-nilai Islam yang diamalkan oleh Syahir ketika bersukan telah mengubah hati Wan Najlah untuk turut mengubah penampilan diri ketika bersukan.

(d) Kita perlulah menghormati semua orang walaupun tidak disenangi oleh orang tersebut. – Syahir menghormati Syed Amiri walaupun Syed Amiri selalu melukakan hatinya.

(e) Kita mestilah sentiasa berusaha walaupun mengalami kegagalan. – Wan Najhan memberi semangat kepada Syahir yang gagal dalam perlawanan Kejohanan Terbuka Johor.

2 Tawanan Komander Caucasus

Sinopsis

Kim Yong yang merupakan rakan sekelas Farhani, Ren Chea Mei, Mira, Haikal, Wei, dan Devnath hilang ketika keluar untuk mencari kumbang. Walaupun Kim Yong selalu

bersikap sombong dan menyisihkan diri, Farhani danrakan-rakannyapergikerumahKimYonguntukmenziarahiibu Kim Yong. Pelbagai spekulasi dikaitkan dengan berita kehilangan Kim Yong. Ketika di makmal sains, Cikgu Salimah mengagihkan tugasan kepada kumpulan Farhani, Haikal, Wei, dan Devnath. Setiap kumpulan ditugaskan untuk mencari seranggabagimenjayakanprojekzoominiseranggayangakan diadakan di sekolah mereka. Kumpulan Farhani ditugaskan untuk mencari kumbang, kumpulan Haikal mencari pepatung, kumpulan Wei mencari belalang, manakala kumpulan Devnath mencari rama-rama. Farhani meneruskan usaha mencari serangga sendirian setelah mendapati Mira dan Chea Mei lambat sampai. Tanpa disedari, langkah Farhani semakin jauh hingga dia tiba di sebuah dusun. Di situ, Farhani melihat ada sebuah rumah kayu yang dindingnya hampir roboh. Farhani masuk ke dalam rumah usang itu dan seterusnya menuruni anak-anak tangga menuju ke tingkat bawah tanah yang suram. Tiba-tiba Farhani terlihat satu lembaga hitam yang besar dengan mata yang kemerahan merenung tepat ke arahnya. Setelah mendapati Farhani tiada di tempat yang dijanjikan, Chea Mei dan Mira pergi ke rumah Farhani. Chea Mei bingung apabila dimaklumkan oleh ibu bapa Farhani bahawa Farhani sudah keluar dari rumah. Ibu bapa Farhani bimbang apabila mengetahui kehilangan Farhani. Farhani terperangkap dalam kelompok kumbang raksasa. Seekor kumbang yang berketinggian satu setengah meter berdiri di hadapannya. Kumbang itu memperkenalkan dirinya sebagai Komander Chalcosoma Caucasus, iaitu ketua tentera kerajaan kumbang. Komander Caucasus memberitahu Farhani bahawa dia akan mengecai dan mengikis daging tubuh Farhani. Komander Caucasus mengarahkan Bara membawa Farhani ke dalam kota. Bara membawa Farhani melalui terowong gelap yang bercabang-cabang. Farhani melewati sebuah pintu gerbang dan bangunan yang cantik. Bara mencari Dara Bintik, iaitu pengiring Puteri Coleoptera. Dara Bintik memberitahu Bara bahawa Maharaja Tanduk sedang murka terhadapnya. Farhani melihat Maharaja Tanduk duduk di peterana. Sebaik-baik sahaja Maharaja Tanduk bertanyakan namanya, Farhani tiba-tiba menjadi tidak bermaya lalu terjelepok ke lantai. Peristiwa kehilangan Farhani dan Kim Yong menjadi buah mulut masyarakat setempat. Cikgu Salimah berasa bersalah kerana dituduh sebagai guru yang tidak bertanggungjawab kerana tidak bersama-sama dengan pelajarnya dalam usaha mencari serangga. Ibu bapa Farhani tidak menyalahkan Cikgu Salimah. Bersama dengan Haikal, Wei, Devnath, Mira, dan Chea Mei, Cikgu Salimah merancang untuk mencari Farhani. Mereka sampai di rumah usang yang hampir roboh. Haikal, Wei dan Devnath masuk ke dalam rumah usang tersebut. Ketika menuruni tangga, Haikal terjumpa sehelai sapu tanganbersulamhuruf‘F’. Setelah sedar, Farhani mendapati dirinya berada di dalam balang kaca yang besar. Dia juga mendengar ketukan dari balang kaca di sebelahnya. Farhani terdengar bunyi letupan yang kuat dan jerit pekik suara kumbang-kumbang. Tiba-tiba Bara dan Dara Bintik datang untuk mengeluarkan Farhani dari dalam balang kaca. Farhani mendapati Kim Yong turut dimasukkan ke dalam balang kaca. Farhani, Bara, dan Dara Bintik mengusung

Page 20: ARKIB KOMSAS - pelangibooks.com BM 2017/Top Tg 3/k/ARKIB... · Tema syair ini adalah tentang adab dalam kehidupan seharian. ... Unit 1 Puisi Tradisional (b) ... Contoh: • Tanpa

Bahasa Melayu Ting. 3 KBSM Arkib KOMSAS

20© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.

Kim Yong keluar. Farhani dan Kim Yong sampai di kawasan hutan yang terdapat beberapa buah khemah. Farhani dan Kim Yong masuk ke dalam khemah. Farhani mendapati Puteri Coleoptera mempunyai bentuk badan dan kulit yang cantik. Puteri Coleoptera tersingkir daripada kerajaan kumbang kerana muslihat Komander Caucasus. Puteri Coleoptera ialah pewaris takhta selepas Maharaja Tanduk. Bara memberitahu Farhani dan Kim Yong bahawa mereka disumbat ke dalam balang kaca kerana tentera Komander Caucasus hendak menjalankan uji kaji terhadap mereka. Hal ini demikian kerana Komander Caucasus ingin menjadi manusia dan seterusnya berhasrat untuk menakluki dunia. Komander Caucasus yakin bahawa dia akan dapat membalas dendam terhadap manusia yang banyak membunuh kumbang dengan mentransformasikan dirinya menjadi manusia. Bara berjanji akan melepaskan Farhani dan Kim Yong sekiranya Farhani dan Kim Yong membantunya mengalahkan Komander Caucasus. Farhani dan Kim Yong bersetuju untuk membantu Puteri Coleoptera, Bara, dan Dara Bintik. Haikal, Wei, dan Devnath pergi ke rumah usang semula. Mereka turun ke ruang bawah tanah dan masuk melalui pintu dimensi yang bersempadan maya. Setelah sampai di sebuah kota, mereka ditangkap. Ketiga-tiga orang remaja itu meronta-ronta sehingga pengsan. Setelah sedar, mereka melihat kumbang-kumbang yang pelik. Mereka mendapati Farhani dan Kim Yong berada di khemah itu. Farhani menjelaskan bahawa Bara ialah sahabat yang banyak membantunya. Bara mengarahkan kumpulan kumbang bersiap sedia untuk meninggalkan kawasan tersebut. Farhani dan rakan-rakannya bersama-sama dengan Bara bergegas meninggalkan kawasan tersebut. Farhani mencari perlindungan setelah mendengar keriuhan disebabkan oleh serangan tentera Komander Caucasus. Bara dan Puteri Coleoptera telah ditawan oleh tentera Caucasus. Dara Bintik berpaling tadah dan memberi sokongan kepada Komander Caucasus. Farhani turut melihat Haikal, Wei, dan Devnath ditawan. Kim Yong memberitahu Farhani bahawa mereka perlu memikirkan jalan untuk membantu Bara, Puteri Coleoptera, dan rakan-rakannya. Maharaja Caucasus menitahkan Haikal, Wei, dan Devnath dipenjarakan. Tenteranya pula diarahkan untuk mencari Farhani dan Kim Yong. Dalam perjalanan ke Mahligai Maharaja Caucasus, Farhani dan Kim Yong diheret ke dalam semak belukar yang tebal. Farhani menunjukkan botol racun pemusnah makhluk perosak (Endosulfan) kepada Dara Merah. Dara Merah menyamar sebagai Dara Bintik dan masuk ke dalam dapur mahligai dengan menggenggam botol Endosulfan. Dara Merah meminta kebenaran Weevil untuk membawa minuman kepada Maharaja Caucasus. Maharaja Caucasus minum minuman yang disediakan oleh Dara Merah. Tiba-tiba Weevil masuk ke dalam kamar dan melarang Maharaja Caucasus minum minuman tersebut. Maharaja Caucasus terjelopok di sudut kamar. Farhani dan Kim Yong menyelamatkan Haikal, Wei, dan Devnath. Farhani telah menyemburkan Endosulfan ke arah Dara Bintik dan tentera-tentera Caucasus. Hal ini menyebabkan mereka pengsan. Pertabalan Puteri Coleoptera diadakan secara gilang-gemilang. Maharaja Tanduk menyesali perbuatannya yang tamak. Puteri Coleoptera menganugerahkan lambang kebesaran kerajaan kumbang kepada Farhani dan rakan-rakannya. Farhani dan rakan-rakannya dihantar pulang

ke dunia oleh Bara dan Dara Merah. Wei berpesan agar mereka tidak menceritakan peristiwa yang berlaku kerana tidak ada orang yang akan mempercayai mereka. Setelah kembali ke rumah, Farhani dan rakan-rakannya tidak dapat dilihat oleh ahli keluarga mereka. Mereka ke mahligai Puteri Coleoptera semula. Rupa-rupanya mereka telah diberikan sejenis serum. Mereka diberi minum penawar. Berita kepulangan kelima-lima orang sahabat itu tersebar ke serata bandar. Kim Yong memberitahu pemberita bahawa mereka tidak hilang, sebaliknya tersesat di dalam hutan. Pihak polis dan wartawan mempercayai cerita mereka. Mereka berjanji untuk tidak membuka rahsia tentang dimensi kumbang. Kim Yong pulang ke rumah lalu melepaskan kumbang-kumbang peliharaannya.

Tema

Tema cerita ini ialah bersatu menentang kezaliman. Dara Merah, Bara, dan Farhani berserta rakan-rakannya bersatu dalammenentangkezalimanKomanderCaucasus.KomanderCaucasus sanggup memenjarakan Puteri Coleoptera dan Bara semata-mata mahu menjadi Maharaja Caucasus. Komander Caucasus bukan sahaja merampas kuasa daripada Maharaja Tanduk, malahan bertindak kejam dengan memasukkan Kim Yong dan Farhani ke dalam balang kaca untuk dijadikan bahan uji kajinya. Dia berbuat demikian kerana ingin membalas dendam kepada manusia yang telah memusnahkan kumbang.

Persoalan(a) Ketabahan seorang remaja perempuan dalam

menghadapi cabaran dan rintangan setelah menjadi tawanan di dunia kumbang. – Farhani yang menjadi tawanan kerajaan kumbang Caucasus tabah menghadapi pelbagai rintangan dan masalah meskipun nyawanya terancam.

(b) Kesetiaan terhadap golongan pemerintah – Bara menjadi kumbang kepercayaan kerana kesetiaan Bara terhadap golongan pemerintah.

(c) Bertanggungjawab dalam menjalankan tugas – Haikal, Wei, dan Devnath bertanggungjawab menjalankan tugas untuk mencari Farhani.

(d) Persahabatan antara manusia dengan kumbang – Farhani menjadi sahabat Bara.

(e) Memanfaatkan ilmu yang dipelajari – Haikal, Wei, dan Devnath memanfaatkan ilmu pengakap yang dipelajari di sekolah.

(f) Sikap berpaling tadah – Dara Bintik berpaling tadah dan memberi sokongan kepada Komander Caucasus.

Plot

Teknik plot(a) Permulaan – Kim Yong hilang ketika keluar untuk mencari

kumbang. Cikgu Salimah mengagihkan tugasan kepada Farhani dan rakan-rakannya untuk mencari serangga bagi menjayakan projek zoo mini serangga yangakan diadakan di sekolah mereka. Keasyikan mencari serangga menyebabkan Farhani tiba di hadapan sebuah rumah usang. Tiba-tiba Farhani terlihat satu lembaga hitam bersaiz agam dengan mata yang kemerahanmerenung tepat ke arahnya.

(b) Perkembangan – Cikgu Salimah, Haikal, Wei, Devnath, Mira, dan Chea Mei mencari Farhani di hutan. Farhani

Page 21: ARKIB KOMSAS - pelangibooks.com BM 2017/Top Tg 3/k/ARKIB... · Tema syair ini adalah tentang adab dalam kehidupan seharian. ... Unit 1 Puisi Tradisional (b) ... Contoh: • Tanpa

Bahasa Melayu Ting. 3 KBSM Arkib KOMSAS

21 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.

terperangkap dalam kelompok kumbang-kumbang raksasa dan ditawan oleh Komander Chalcosoma Caucasus. Dia dimasukkan ke dalam balang kaca yang besar tetapi berjaya dikeluarkan oleh Bara dan Dara Bintik. Apabila mendapati Kim Yong turut dimasukkan ke dalam balang kaca, Farhani mengusung Kim Yong keluar bersama-sama Bara dan Dara Bintik. Apabila sampai di hutan, Farhani dan Kim Yong bertemu dengan Puteri Coleoptera. Bara meminta bantuan Farhani dan Kim Yong untuk mengalahkan Komander Caucasus. Farhani dan Kim Yong bersetuju. Haikal, Wei, dan Devnath pergi ke rumah usang semula. Setelah sampai di sebuah kota, mereka ditangkap. Setelah sedar daripada pengsan, mereka melihat kumbang-kumbang yang pelik. Mereka mendapati Farhani dan Kim Yong berada di khemah itu.

(c) Konflik – Bara dan Puteri Coleoptera ditawan olehtentera Caucasus. Dara Bintik berpaling tadah dan memberi sokongan kepada Komander Caucasus. Haikal, Wei, dan Devnath dimasukkan ke dalam penjara. Dara Merah yang menyamar sebagai Dara Bintik telah mencampurkan racun pemusnah makhluk perosak (Endosulfan) ke dalam minuman Maharaja Caucasus. Maharaja Caucasus terjelopok di sudut kamar. Farhani dan Kim Yong menyelamatkan Haikal, Wei, dan Devnath. Farhani menghalakan semburan ke arah Dara Bintik dan tentera-tentera Caucasus.

(d) Peleraian – Pertabalan Puteri Coleoptera diadakan secara gilang-gemilang. Puteri Coleoptera menganugerahkan lambang kebesaran kerajaan kumbang kepada Farhani dan rakan-rakannya. Farhani dan rakan-rakannya dihantar pulang ke dunia oleh Bara dan Dara Merah. Farhani dan rakan-rakannya datang ke mahligai Puteri Coleoptera semula setelah mereka tidak dapat dilihat oleh ahli keluarga. Bara memberitahu bahawa mereka diberikan sejenis serum lalu memberi mereka minum penawar. Berita kepulangan kelima-lima sahabat itu tersebar ke serata bandar. Kim Yong memberitahu pemberita bahawa mereka tersesat di dalam hutan. Mereka berjanji untuk tidak membuka rahsia tentang dimensi kumbang. Kim Yong pulang ke rumah untuk melepaskan kumbang-kumbang peliharaannya.

Teknik plot(a) Pemerian – Contohnya, pengarang menggambarkan

keadaan halaman dan sekitar rumah Kim Yong. ... Mereka kagum dengan landskap yang menghiasi

halaman. Ada berjenis-jenis pohon ditanam daripada spesies yang jarang dilihat oleh mereka. Bunga-bungaan hutan terutama anggerik dan periuk kera ternyata mendapat tempat yang istimewa di taman itu. Taman yang dilengkapi dengan air terjun buatan sudut kiri banglo tiga tingkat itu kelihatan begitu mendamaikan. (hal.4)

(b) Monolog dalaman – Contohnya, Farhani berbisik dalam hatinya apabila diusik oleh Haikal dan rakan-rakannya.

... Selama mana mereka mampu mengusik aku, bisik Farhani dalam hati apabila budak-budak itu mengusiknya tidak henti-henti. (hal.14)

(c) Teknik imbas kembali – Contohnya, Farhani teringat akan kumbang-kumbang yang terdapat di dalam zookepunyaan Kim Yong.

... Serta-merta dia teringat akan kumbang-kumbang yang cantik di dalam zoo kepunyaan Kim Yong. (hal.14)

(d) Teknik saspens – Contohnya, Mira dan Chea Mei tertanya-tanya tentang sebab Farhani tidak ada di tempat yang dijanjikan.

... Hal ini bermakna Farhani keluar lebih awal daripada mereka. Persoalannya mengapakah Farhani tidak ada di tempat yang dijanjikan? Mira dan Chea Mei bingung memikirkan hal itu. (hal.29)

(e) Teknik imbas muka – Contohnya, Farhani berasa bahawa dirinya akan dijadikan bahan uji kaji oleh kumbang-kumbang.

Farhani berasa dirinya bakal dijadikan bahan uji kaji. Aduh, tubuhnya akan dibedah dan mereka akan mengambil organ-organnya untuk dikaji! Selepas itu dia akan diawet sebagaimana haiwan di dalam makmal sekolahnya itu diawet. (hal.69)

Watak dan Perwatakan

Farhani (Watak utama)(a) Berusia 13 tahun.(b) Belajar di Sekolah Menengah Sri Kencana.(c) Ayahnya, Adnan dan ibunya, Puan Asmah.(d) Anak bongsu daripada empat orang adik-beradik dan

digelar “adik” oleh keluarganya.(e) Murid yang pendiam tetapi pintar – Menerangkan lokasi

kumbang berada ketika Chea Mei bertanyakan soalan kepada Cikgu Salimah.

(f) Berani – Tidak takut mencari kumbang meskipun sendirian sehingga tiba di sebuah rumah usang.

(g) Bertanggungjawab terhadap tugas yang diamanahkan – Oleh sebab tidak mahu melengahkan masa menunggu Chea Mei dan Mira, dia meneruskan usaha mencari kumbang kerana tugasan itu perlu disediakan keesokan harinya.

(h) Prihatin akan kesusahan orang lain – Tetap mahu menyelamatkan orang yang dikurung di sebelah kurungannya.

(i) Tabah dan tidak mudah menyerah kalah semasa ditawan oleh Komander Caucasus dan tenteranya.

(j) Berjiwa luhur – Bersedia untuk membantu Dara Merah membebaskan Puteri Coleoptera, Bara, dan rakan-rakannya.

Kim Yong(a) Anak hartawan dan pewaris tunggal kekayaan milik

bapanya yang telah meninggal dunia.(b) Ibunya bernama Puan Lee dan bapa tirinya bernama

Encik Kwok.(c) Rakan sekelas Farhani, Ren Chea Mei, Mira, Haikal, Wei,

dan Devnath.(d) Angkuh kerana memiliki kekayaan dan tidak mahu

berkawan dengan rakan-rakan sekelasnya.(e) Peminat kumbang.(f) Insaf akan kesalahan – Menyesali sikapnya yang

sombong dan berjanji akan menjadi rakan yang baik setelah Farhani membantunya.

(g) Berani memohon maaf atas kesalahannya – Meminta maaf daripada Farhani setelah Farhani menyelamatkannya.

(h) Bijak berfikir dan bertindak – Memanjat pokok untukmengelakkan diri daripada ditawan oleh tentera Caucasus.

(i) Prihatin terhadap orang lain – Sanggup membantu Dara Merah untuk membebaskan Puteri Coleoptera.

Komander Chalcosoma Caucasus(a) Kumbang kepercayaan Maharaja Tanduk dan ketua

tentera kerajaan kumbang.(b) Berdendam – Mendendami manusia kerana manusia

telah membunuh spesies kumbang untuk tujuan uji kaji dan penggunaan racun serangga.

Page 22: ARKIB KOMSAS - pelangibooks.com BM 2017/Top Tg 3/k/ARKIB... · Tema syair ini adalah tentang adab dalam kehidupan seharian. ... Unit 1 Puisi Tradisional (b) ... Contoh: • Tanpa

Bahasa Melayu Ting. 3 KBSM Arkib KOMSAS

22© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.

(c) Menggelarkan dirinya sebagai Maharaja Caucasus setelah berjaya merampas kuasa daripada Maharaja Tanduk.

(d) Tamak akan kuasa – Sanggup mempengaruhi Maharaja Tanduk untuk menyingkirkan Puteri Coleoptera semata-mata mahu mendapatkan jawatan penting dalam kerajaan kumbang.

(e) Kejam – Memasukkan Kim Yong dan Farhani ke dalam balang kaca kerana mahu dijadikan bahan uji kajinya.

(f) Sangat berpengaruh – Dapat mempengaruhi Dara Bintik agar menyertainya dan Weevil yang telah lama berkhidmat dengan Maharaja Tanduk pun menjadi pengikut setianya.

Bara(a) Setia – Kumbang yang setia akan Komander Caucasus

dan Maharaja Tanduk.(b) Berkebolehan mengeluarkan cahaya ketika berada di

tempat gelap.(c) Baik hati – Membantu Farhani dan Kim Yong daripada

terus menjadi tawanan Komander Caucasus.(d) Bertanggungjawab atas perbuatan – Memberikan

formula penawar bagi memulihkan keadaan Farhani dan rakan-rakannya yang telah dijadikan bahan uji kaji oleh saintis kumbang.

Dara Merah(a) Pengikut setia Puteri Coleoptera.(b) Sepupu Dara Bintik.(c) Berani – Menyamar sebagai Dara Bintik dan telah

meletakkan racun ke dalam minuman Maharaja Caucasus.

(d) Bijak – Mencari helah apabila Maharaja Caucasus meminta dia meminum minuman yang telah diletakkan racun.

(e) Berpengaruh – Pengikutnya taat dan hormat kepadanya serta dia telah menjadi komander tentera menggantikan Komander Caucasus.

Haikal(a) Rakan sekelas Farhani.(b) Murid yang nakal – Suka mengusik Farhani.(c) Komited terhadap tugas yang diamanahkan.(d) Membantu Cikgu Salimah dalam usaha mencari Farhani.(e) Berani.(f) Berpegang pada ajaran agama.

Cikgu Salimah(a) Guru mata pelajaran Sains di Sekolah Menengah Sri

Kencana.(b) Tegas.(c) Rasional dan tidak mudah terpengaruh.

Puteri Coleoptera(a) Seekor kumbang yang mempunyai bentuk badan yang

cantik dan kulitnya berwarna kehijau-hijauan.(b) Pewaris takhta selepas Maharaja Tanduk.(c) Tersingkir daripada kerajaan kumbang akibat muslihat

Komander Caucasus.(d) Ditabalkan sebagai pemerintah dalam kerajaan kumbang.(e) Mempunyai pengikut yang setia walaupun dalam tempoh

pelarian.

Latar

Latar masa(a) Pukul 3.00 petang – Chea Mei gelisah kerana telah

berjanji untuk berjumpa rakan-rakannya pada pukul tiga petang sedangkan neneknya sentiasa berada di beranda dan patuh memegang pesanan bapanya supaya tidak membenarkan Chei Mei keluar dari rumah. (hal.22)

(b) Masa dua jam – Bara berasa gembira kerana setelah dua jam berjalan, dia dan rakan-rakannya keluar dari terowong gelap dan lembap. (hal.77)

(c) Waktu Isyak – Haikal bersiap sedia dengan lampu suluh dan beberapa keperluan lain sebelum bertemu dengan rakan-rakannya semula. (hal.93)

(d) Waktu malam – Haikal dan rakan-rakannya datang ke rumah usang lagi pada waktu malam dan melihat keadaan rumah itu pada waktu malam lebih mengerikan. (hal.95)

(e) Waktu siang – Haikal, Wei, dan Devnath terjaga daripada pengsan apabila hari telah siang. (hal.98)

Latar tempat(a) Rumah Kim Yong – Farhani dan rakan-rakannya

menziarahi ibu Kim Yong sebagai tanda simpati ataskehilangan Kim Yong. (hal. 2)

(b) Makmal sains – Cikgu Salimah memerhatikan tingkah laku anak-anak muridnya yang membingitkan makmal sekolah. (hal. 9)

(c) Rumah usang – Farhani terpandangkan sebuah rumah kayu yang usang lalu masuk ke dalam rumah itu. Sebahagian dinding rumah itu hampir roboh dan keadaan di dalamnya dipenuhi sawang labah-labah. (hal.17)

(d) Rumah Farhani – Mira dan Chea Mei ke rumah Farhani untuk bertanyakan hal Farhani yang tidak ditemui oleh mereka di tempat yang dijanjikan. (hal.29)

(e) Mahligai Maharaja Tanduk – Farhana melihat sebuah peterana berwarna kuning keemasan diduduki oleh seekor kumbang besar di ruangan utama. (hal.48)

(f) Khemah Puteri Coleoptera – Farhani kagum akan keindahan keadaan di dalam khemah tersebut. Ruangnya dilengkapi beberapa buah jendela dan udaranya nyaman. Permaidaninya sangat lembut dan tebal serta berwarna kehijauan seperti rerumput di padang. (hal.82)

Latar masyarakat(a) Masyarakat murid-murid sekolah – Farhani, Haikal,

Devnath, Kim Yong, dan Ren Chea Mei merupakan murid-murid Tingkatan Satu Arif di Sekolah Menengah Sri Kencana.

(b) Masyarakat kumbang – Bara, Dara Bintik, Dara Merah, Maharaja Tanduk, Maharaja Caucasus, Puteri Coleoptera, dan Komander Chalcosoma Caucasus merupakan masyarakat haiwan yang mampu bercakap, berfikir,danbertindaksepertimanusia.

(c) Masyarakat yang setia kepada golongan pemerintah – Bara menjalankan tugas seperti yang diperintahkan oleh Komander Caucasus.

(d) Masyarakat golongan ibu bapa yang memahami tugas guru – Ibu bapa Farhani, iaitu Encik Adnan dan Puan Asmah tidak marah akan Cikgu Salimah atas kehilangan Farhani, sebaliknya memahami situasi dan tugas Cikgu Salimah.

(e) Masyarakat yang prihatin akan masalah yang menimpa rakan – Farhani membantu Kim Yong melepaskan diri daripada tawanan Maharaja Caucasus.

(f) Masyarakat yang memahami cara hidup kaum lain – Devnath dan Wei tidak marah kepada Haikal yang tiba lambat selepas sembahyang isyak, sebaliknya memahami cara hidup seorang Muslim.

Page 23: ARKIB KOMSAS - pelangibooks.com BM 2017/Top Tg 3/k/ARKIB... · Tema syair ini adalah tentang adab dalam kehidupan seharian. ... Unit 1 Puisi Tradisional (b) ... Contoh: • Tanpa

Bahasa Melayu Ting. 3 KBSM Arkib KOMSAS

23 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.

Gaya Bahasa(a) Simile Contoh: • Terdengar pula ranting-ranting patah bagai dipijak

sesuatu. (hal.20) • Tanggaituberputar-putarseperti tangga yang terdapat

di rumah-rumah Inggeris zaman dahulu. (hal.64) • Ruang itu umpama sayap yang tersorok daripada

bahagian-bahagian utama rumah. (hal.65)(b) Metafora Contoh: • ...hanya wujud dalam kisah-kisah dongeng puteri

istana yang sering menjadi makanan mindanya sejak dia bersekolah rendah lagi. (hal.42)

• Maklumat tentang spesies kumbang ini sediatersimpan di dalam petifikiran Farhani. (hal.45)

(c) Penggunaan bahasa istana Contoh: • “Maharajasedangmurka”. (hal.47) • “Tuanku, maafkan patik kerana lambat tiba,” sembah

Bara sebaik-baik sahaja berhadapan dengan pemerintahnya itu. (hal.48)

(d) Paradoks Contoh: • Dalamkedukaan,mengenangkanketiadaanFarhani,

dia menguntum senyum hambar. (hal.60)(e) Personifikasi Contoh: • Angin petang yang dingin dan nyaman sekali-sekala

singgah menggigit kulit lengannya yang terdedah. (hal.65)

(f) Peribahasa Contoh: • “Sudah gaharu cendana pula, sudah tahu bertanya

pula,” sindir lembaga hitam itu. (hal.34) • Agaknya, inilahyangdikatakanumpama nila setitik

rosak susu sebelanga atau seperti seekor kerbau membawa lumpur semuanya terpalit. (hal.36)

• Namun begitu, dia teringat akan pepatah Melayu,berpantang maut sebelum ajal. (hal.40)

(g) Hiperbola Contoh: • Jantungnya seakan-akan berhenti berdegup apabila

satu letupan kuat tiba-tiba sahaja mengambil alih bunyi bising tadi. (hal.70)

Sudut PandanganPengarang menggunakan sudut pandangan orang ketiga. Pengarang mengisahkan cerita pengembaraan ke dunia alam kumbang melalui watak Farhani. Contoh: Perlahan-lahan Farhani melihat sekelilingnya. Tanpa disedari dia telah dikelilingi kumbang-kumbang yang kelihatannya seiras dengan Komander Chalcosoma Caucasus. Cuma saiz mereka kecil sedikit. (hal.35)

Nilai(a) Kasih sayang – Ibu bapa Farhani yang amat meyayanginya

sangat runsing dan sedih akan kehilangannya.(b) Keberanian – Farhani berani berhadapan dengan

kumbang Komander Caucasus.(c) Berdikari – Haikal, Wei, dan Devnath berusaha untuk

mencari Farhani.(d) Kerjasama – Farhani bekerjasama dengan Bara dan

Dara Merah untuk menumpaskan Maharaja Caucasus.

(e) Kerajinan – Maklumat tentang spesies kumbang ada dalamfikiranFarhani keranadia rajinmelayari Internetdan membaca ensiklopedia.

(f) Hemah tinggi – Kim Yong meminta maaf daripada Farhani atas sikapnya yang sombong selama ini dan berazamuntuk menjadi kawan yang baik kepada rakan-rakannya.

Pengajaran(a) Kita hendaklah memanfaatkan ilmu yang dipelajari –

Haikal, Wei, dan Devnath menggunakan ilmu pengakap untuk menjejaki Farhani yang hilang.

(b) Kita hendaklah tabah menghadapi cadaran dan dugaan. – Farhani tidak berputus asa, sebaliknya tabah menghadapi cabaran setelah dia ditawan oleh Komander Caucasus.

(c) Kita perlulah rajin menimba ilmu pengetahuan – Farhani rajin membaca ensiklopedia dan melayari Internet.

(d) Kita haruslah membantu rakan yang dalam kesusahan. – Farhani membantu Kim Yong melepaskan diri daripada tawanan Komander Caucasus walaupun Kim Yong bersikap sombong kepadanya sebelum itu.

(e) Kita wajarlah memohon maaf setelah melakukan kesilapan. – Kim Yong meminta maaf daripada Farhani kerana bersikap sombong selama ini.

3 Chot

Sinopsis

Selepas mandi dan bersembahyang, Alias bersedia untuk pergi ke sekolah. Ketika memakai kasut, Alias mendapati Chot tidak ada di rumah yang diperbuat daripada kotak sabun. Alias mengadu kepada ibunya yang lumpuh tentang kehilangan Chot. Alias mendapati rantai Chot terputus. Alias terus mencari Chot sehingga dia terlupa bahawa Som sedang menunggunya di simpang jalan. Alias menyuruh Som sahaja ke sekolah kerana dia hendak mencari Chot. Ketika Som sampai di sekolah, semua murid sudah beratur di halaman perhimpunan. Cikgu Sunan memberikan ucapan dalam perhimpunan tersebut. Som teringat akan sikap Cikgu Sunan yang seolah-olah berburuk sangka terhadap Alias kerana sering bertanya kepada Alias apabila ada perkara yang tidak baik terjadi kepada beliau. Sewaktu mencari Chot, Alias diusik oleh Salleh dan Hamad. Bagi Alias, kehilangan Chot akan menyebabkannya kehilangan rezeki kerana dia memerlukan Chot bagimengambil upah memetik buah kelapa. Setelah Chot gagal dijumpai, Alias bergegas ke sekolah. Di kelas, semua murid tekun menyalin latihan Matematik yang ditulis oleh Cikgu Sunan pada papan hitam. Semua murid takut akan Cikgu Sunan yang tegas dan garang. Alias muncul di hadapan kelas seraya memberi salam dan terus beredar ke mejanya. Cikgu Sunan bertanyakan sebab Alias datang lambat ke sekolah. Tiba-tiba, Guru Besar berdiri di tepi pintu kelas dan meminta Cikgu Sunan menghantar nama murid yang memerlukan bantuan pakaian sekolah. Alias sangat berharap Cikgu Sunan akan memberi namanya kerana dia cuma ada dua helai seluar dan sehelai baju. Apabila Cikgu Alias bertanyakan sebab Alias datang lewatke sekolah lagi, Alias menjawab bahawa dia mencari beruknya yang hilang. Cikgu Sunan bertempik kepada

Page 24: ARKIB KOMSAS - pelangibooks.com BM 2017/Top Tg 3/k/ARKIB... · Tema syair ini adalah tentang adab dalam kehidupan seharian. ... Unit 1 Puisi Tradisional (b) ... Contoh: • Tanpa

Bahasa Melayu Ting. 3 KBSM Arkib KOMSAS

24© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.

Alias sehingga Alias jatuh terlentang kerana terlalu terkejut. Alias tidak dapat menumpukan perhatian terhadap pelajarannya kerana telinganya berasa sakit. Dalam perjalanan pulang, Alias dan Som mencari Chot, Som ternampak Chot di celah-celah ranting pokok cenerai. Alias berasa sangat gembira setelah menjumpai Chot. Sampai di rumah, Alias mengikat Chot dan memberikan makanan kepada Chot. Alias memberitahu ibunya bahawa Chot sudah dijumpai. Mak Su Kiah memberikan makanan kepada Alias dan ibunya. Alias sedar bahawa tanpa Chot, kehidupan dia dan ibunya akan menjadi susah kerana Chotlah yang membantunya memanjat pokok kelapa. Pada pagi itu, Alias tidak pergi ke sekolah kerana telinganya sakit. Alias memberitahu ibunya bahawa dia hendak memetik buah kelapa kerana dia memerlukan wang untuk membeli keperluan dapur. Alias sedar bahawa pelajaranamatpenting,tetapikeadaantidakmengizinkandia pergi ke sekolah setiap hari. Alias membawa Chot memetik buah kelapa di kebun Pak Din. Setelah selesai melonggokkan buah kelapa, Alias berehat sebentar. Budin, Kamal, dan Talib mengambil kelapa yang dikumpulkan oleh Alias. Alias tidak berupaya untuk menghalang perbuatan mereka. Selepas itu, Alias ke rumah Pak Din. Apabila menerima upah daripada Pak Din, Alias meminta Pak Din membeli ubat batuk untuk ibunya. Kemudian, Alias ke kedai runcit Ah Chai. Sudah seminggu Alias tidak pergi ke sekolah sejak telinganya bernanah. Di sekolah, Cikgu Sunan bertanyakan ketidakhadiran Alias kepada Som. Guru Besar menyuruh Cikgu Sunan ke rumah Alias kerana sudah seminggu Alias tidak hadir ke sekolah dan peperiksaan semakin hampir. Miah datang ke rumah Alias dengan membawa setandan pisang emas yang sudah rosak. Miah memberitahu bahawa anaknya, Budin melihat Chot merosakkan kebun pisangnya dan menuntut ganti rugi. Ibu Alias memarahinya kerana tidak menjaga Chot dengan baik. Pak Din bersetuju untuk membayar ganti rugi kepada Miah. Tiba-tiba, Kamal muncul lalu memberitahu Budin bahawa beruk yang merosakkan kebun pisangnya sudah ditembak mati. Alias cemas lalu berlari ke arah kebun Miah. Dalam perjalanan, Alias bertembung dengan Som. Som memberitahunya bahawa beruk yang ditembak ialah beruk hutan dan bukannya Chot. Cikgu Sunan menyuruh Som membawanya ke rumah Alias. Cikgu Sunan bertanya tentang latar belakang Alias kepada Som. Cikgu Sunan melihat keadaan rumah Alias yang sangat buruk dan daif. Ibu Alias memberitahu Cikgu Sunan bahawa telinga Alias bernanah serta berbau busuk dan dia malu kepada kawan-kawannya. Cikgu Sunan sedar bahawa telinga Alias mesti tercedera semasa dia jatuh terlentang di kelas dahulu. Apabila Alias pulang, Cikgu Sunan memeriksa telinga Alias yang bengkak. Tiba-tiba, Chot melompat sehingga rantai di lehernya terputus. Chot terus menerkam serta menggigit lengan Cikgu Sunan. Alias menjadi cemas. Dalam keadaan kelam-kabut itu, Alias mengambil sebilah lembing di bawah rumahnya lalu menikam perut Chot. Akhirnya Chot mati dalam dakapan Alias. Cikgu Sunan berjanji kepada Alias untuk membiayai pelajaran Alias sehingga dia melanjutkan pelajaran ke unversiti. Cikgu Sunan juga berjanji bahawa dia akan menghantar Alias ke hospital. Alias menanam bangkai Chot. Alias memberitahu ibunya bahawa dia akan pergi ke sekolah pada keesokan harinya.

TemaTema novel ini ialah kasih sayang antara manusia dengan haiwan. Alias memelihara seekor beruk yang dinamai Chot. Alias menjaga Chot dengan baik manakala Chot yang jinak selalu membantu Alias mencari wang perbelanjaan. Alias mengambil upah memetik buah kelapa penduduk kampung dengan bantuan Chot yang memanjat pokok kelapa.

Persoalan(a) Semangat setia kawan – Som dan Alias berkawan

baik. Alias selalu mengajarkan Matematik kepada Som. Apabila Chot hilang, Som membantu Alias mencari Chot.

(b) Sikap bertanggungjawab untuk mencari pendapatan keluarga – Alias sanggup tidak ke sekolah semata-mata untuk mengambil upah memetik buah kelapa di kebun Pak Din kerana barang-barang dapur di rumahnya hampir habis.

(c) Sikap bantu-membantu dalam kalangan masyarakat – Jiran Alias, iaitu Mak Su Kiah selalu memberikan makanan kepada Alias dan ibunya. Dia juga sangat mengambil berat tentang kehidupan Alias dan ibunya.

(d) Kasih sayang antara ahli keluarga – Alias sangat menyayangi ibunya, begitu juga ibunya yang sangat menyayangi Alias. Apabila ibunya batuk-batuk, Alias meminta Pak Din membeli ubat batuk untuk ibunya menggunakan duit upah yang diperolehnya.

(e) Prihatin terhadap haiwan peliharaan – Alias menjaga beruk peliharaannya, iaitu Chot dengan baik, seperti memberi Chot makan pisang dan nasi serta memandikannya.

(f) Kesungguhan menimba ilmu – Alias membaca buku jika ada masa terluang ketika ada kerja memetik buah kelapa.

Plot

Binaan plot(a) Permulaan – Alias mencari beruknya, Chot yang tiba-tiba

hilang sehingga dia lewat ke sekolah. Di sekolah, Cikgu Sunan yang garang dan tegas mengherdik Alias atas kelewatannya ke sekolah. Alias jatuh terlentang kerana terlalu terkejut.

(b) Perkembangan – Alias tidak ke sekolah, sebaliknya ke kebun Pak Din untuk memetik buah kelapa. Setelah menerima upah, Alias meminta Pak Din membelikan ibunya ubat batuk. Selepas itu, Alias membeli barang-barang keperluan dapur.

(c) Konflik–MiahdatangkerumahAliasdenganmembawasetandan pisang emas yang rosak. Miah menuduh Chot yang merosakkan kebunnya. Kamal memberitahu bahawa beruk yang merosakkan kebun Miah sudah mati ditembak. Alias menjadi cemas. Som memberitahu Alias bahawa beruk hutan yang ditembak mati, bukannya Chot.

(d) Klimaks – Cikgu Sunan pergi ke rumah Alias dengan bantuan Som. Cikgu Sunan sedar bahawa telinga Alias bernanah disebabkan Alias terjatuh kerana herdikannya. Chot menerkam dan menggigit tangan Cikgu Sunan. Alias mengambil lembing berkarat lalu menikam perut Chot. Chot mati dalam dakapan Alias. Alias meraung.

(e) Peleraian – Cikgu Sunan berjanji bahawa dia akan menghantar Alias ke hospital dan membiayai pelajaran Alias hingga universiti. Alias menanam bangkai Chot. Alias memberitahu ibunya bahawa dia akan pergi ke sekolah semula.

Page 25: ARKIB KOMSAS - pelangibooks.com BM 2017/Top Tg 3/k/ARKIB... · Tema syair ini adalah tentang adab dalam kehidupan seharian. ... Unit 1 Puisi Tradisional (b) ... Contoh: • Tanpa

Bahasa Melayu Ting. 3 KBSM Arkib KOMSAS

25 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.

Teknik plot(a) Teknik pemerian – Contohnya, pengarang

menggambarkan keadaan di sekitar kawasan sekolah Som dan Alias.

Sekolah Som yang juga sekolah Alias itu, tidaklah cantik sangat. Sekolah pun lama. Padang permainan juga tidak luas. Medan perhimpunan pula di sana sini sudah berlopak. Banyak pokok getah tua dan pokok kelapa memagari sekolah Som selain hutan di belakangnya. Pagar daripada dawai mata punai berduri itu, sudah kendur-kendur kerana terlampau lama. (hal.14)

(b) Teknik imbas kembali – Contohnya, Som tersedar bahawa dia sedang mengelamun setelah ditolak oleh Hasnah.

Tiba-tiba Som terasa dia ditolak oleh Hasnah dari belakang. Barulah Som sedar yang dia sedang mengelamun kisah kelmarin. (hal.15)

(c) Teknik imbas muka – Contohnya, Alias memikirkan soalan yang akan ditanya oleh Cikgu Sunan kalau dia tidak pergi ke sekolah.

Kotak fikirannya tertunjal dengan soalan, bagaimanakalau itu yang akan ditanya oleh Cikgu Sunan kalau dia tidak ke sekolah esok? (hal.85)

(d) Teknik dialog – Contohnya, perbualan antara Alias dengan Mak Su Kiah.

“Alias! Tak ke sekolah?” Tiba-tiba Alias dijerkah oleh Mak Su Kiah yang entah datang dari mana pagi-pagi lagi.

“Lias nak petik buah kelapa, Mak Su!” beritahu Alias. (hal.92)

Watak dan Perwatakan

Alias (Watak utama)(a) Anak tunggal dan anak yatim.(b) Murid darjah lima.(c) Tinggal dalam keadaan miskin bersama ibunya, Leha di

sebuah rumah usang.(d) Penyayang – Selain sangat menyayangi ibunya, dia

menyayangi beruk peliharaannya juga, iaitu Chot.(e) Bijak – Pandai dalam subjek Matematik. Kepintarannya

diakui oleh Cikgu Sunan dan Guru Besar.(f) Prihatin – Segera mencari Chot apabila menyedari

kehilangan Chot dan menjaga makan minum serta kebersihan Chot dengan baik.

(g) Bertanggungjawab – Mencari pendapatan keluarga dengan mengambil upah memetik dan memungut kelapa.

(h) Rajin menimba ilmu – Membaca buku apabila ada masa terluang.

(i) Menghormati orang lain – Menghormati ibunya, Mak Su Kiah, Pak Din, dan Cikgu Sunan

(j) Berasa sedih kerana terpaksa membunuh beruk kesayangannya untuk membantu Cikgu Sunan.

Som(a) Anak Pak Din.(b) Jiran dan kawan rapat Alias. Som sekelas dengan Alias di

sekolah.(c) Agak lemah dalam mata pelajaran Matematik.(d) Prihatin – Memberi Alias nasi lemak pada waktu rehat

kerana tahu bahawa Alias belum makan sejak pagi kerana mencari Chot.

(e) Baik hati – Membantu Alias mencari Chot apabila Chot hilang.

Chot(a) Beruk peliharaan Alias.(b) Bermata bening, berbulu cering, bergigi putih dan tajam,

serta suka menyeringai. Di lehernya ada gelang. (c) Jinak – Mengenali Alias apabila Alias memanggilnya

yang sedang bersembunyi di pokok cenerai.(d) Dibunuh oleh Alias kerana hendak menyelamatkan Cikgu

Sunan akibat lengannya digigit oleh Chot.

Cikgu Sunan(a) Guru Matematik di sekolah Alias dan Som.(b) Tegas dan garang – Menegur sikap murid yang

membuang sampah merata-rata dan bising apabila guru tiada di kelas dengan suara yang kuat.

(c) Rajin – Menyediakan alatan dan gambar-gambar yang digantung di kelas darjah lima bagi tujuan pembelajaran murid-murid.

(d) Insaf – Menyedari kesalahan tindakannya terhadap Alias setelah mengetahui kesusahan hidup Alias.

Leha(a) Ibu Alias.(b) Balu – Suaminya meninggal dunia setelah terjatuh dari

pokok kelapa.(c) Lumpuh.(d) Mementingkan pendidikan agama anaknya – Mengajar

Alias mengaji al-Quran dan membaca doa qunut serta sering mengingatkan Alias supaya bersembahyang.

(e) Mementingkan pelajaran anaknya – Tidak gemar apabila Alias kerap tidak hadir ke sekolah kerana akan ketinggalan dalam pelajaran.

(f) Penyayang – Sangat menyayangi anaknya, contohnya menghantar anaknya ke sekolah dengan doa agar selamat pergi dan balik.

Latar

Latar masa(a) Waktu pagi – Contoh: Pada suatu pagi, seperti pagi-pagi yang lain, Alias

bangun setelah dikejutkan oleh suara ibunya dengan lembut. (hal.2)

(b) Waktuzuhur–Contoh: “Hari ni hari kau ... esok entah hari aku ... ehh. aku

nak balik. Zuhur pun dah panjang ni,” Mak Su Kiah mengengsot-engsot ke pintu dan turun. (hal.62)

(c) Waktu malam – Contoh: Malam itu, seperti malam-malam yang lain juga,

penduduk Kampung Dingin memang cepat tidur. (hal.80)(d) Lima belas minit – Contoh: Alias tidak peduli. Dia hendak berehat lima belas minit.

(hal.105)

Latar tempat(a) Kampung Dingin – Contoh: Kampung Dingin hanya sebuah kampung tepi hutan yang

sangat terpencil. (hal.79)(b) Rumah Alias – Contoh: Apabila Alias sampai di halaman rumahnya, dia mendapati

keadaan seperti sudah berubah. Pada pandangan matanya, rumahnya nampak semakin senget, semakin buruk. (hal.53)

(c) Rumah Pak Din – Contoh: Ketika Alias sampai, rumah Pak Din agak lengang tetapi

pintu depan terbuka.

Page 26: ARKIB KOMSAS - pelangibooks.com BM 2017/Top Tg 3/k/ARKIB... · Tema syair ini adalah tentang adab dalam kehidupan seharian. ... Unit 1 Puisi Tradisional (b) ... Contoh: • Tanpa

Bahasa Melayu Ting. 3 KBSM Arkib KOMSAS

26© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.

Mungkin Som sudah balik. Mungkin Pak Din ada di dapur menanak nasi. (hal.117 – 118)

(d) Sungai – Contoh: Sungai berada di sebelah barat rumah Som. Sungai itu

bukan tempat mandi tetap. (hal.68)(e) Kebun kelapa Pak Din – Contoh: Kebun kelapa kepunyaan Pak Din, ayah Som tidaklah

luas. (hal.94)(f) Bilik darjah – Contoh: Bilik darjah lima yang tidak seberapa besar itu padat

dengan kerusi meja yang sudah lama uzur. Alatan dan carta bergantungan di sana sini. (hal.25)

(g) Rumah yang diperbuat daripada kotak sabun – Tempat Chot ditambat. Contoh:

Chot tidak muncul, apatah lagi kelibatnya melompat-lompat dari rumah kotak sabunnya yang dibuat oleh Alias di dahan pokok langsat kurus itu. (hal.5)

Latar masyarakat(a) Masyarakat kampung yang hidup miskin dan tidak ada

pekerjaan tetap. – Penduduk Kampung Dingin tidak ada kerja tetap.

(b) Masyarakat warga sekolah – Diwakili oleh Cikgu Sunan, Cikgu Normah, Guru Besar, dan murid-murid tahun lima kelas Alias.

(c) Masyarakat yang menyayangi haiwan peliharaan – Alias dan Som sayang akan Chot.

(d) Masyarakat yang mengamalkan semangat kemasyarakatan – Mak Su Kiah selalu menghantar makanan kepada Alias dan ibunya manakala Pak Din dan Som menjalinkan hubungan baik dengan Alias dan ibunya.

(e) Masyarakat murid yang rajin menimba ilmu – Alias selalu membuat latihan Matematik pada waktu malam bersama-sama dengan Som.

(f) Masyarakat golongan muda yang nakal dan suka membuli – Talib, Budin, Kamal, Salleh, dan Hamad suka mengejek dan membuli Alias.

Gaya Bahasa(a) Simile Contoh: • Dilihatnya semua ranting dan dahan tidak bergerak

seperti mati sahaja. (hal.6) • Biji mata Cikgu Sunan bagaikan biji saga yang

kemerah-merahan. (hal.33)(b) Hiperbola Contoh:• Tiba-tiba halilintar dari mulut Cikgu Sunan

mengejutkan semua murid. (hal.30)(c) Personifikasi Contoh: • Daun-daun yang kebasahan itu tunduk malu kerana

sedikit berat oleh embun yang menimpanya semalam. (hal.1)

• Benarlah malam sudah merangkak perlahan-lahan. (hal.86)

(d) Simpulan bahasa Contoh: Akhirnya Alias mandi kerbau, cepat dan ringkas.

(hal.89)(e) Sinkope Contoh: “Nak petik kelapa, mak. Beras pun dah nak

habis,” kata Alias. (hal.90)

Nilai(a) Kasih sayang – Alias sangat sayang akan ibunya dan

selalu mengambil berat tentang kesihatan ibunya. Alias juga sangat menyayangi beruk peliharaannya, Chot.

(b) Berdikari – Alias mencari rezeki untuk keluarganyadengan mengambil upah memetik buah kelapa.

(c) Hormat-menghormati – Alias menghormati ibunya, Mak Su Kiah, Pak Din, dan Cikgu Sunan.

(d) Kerajinan – Alias rajin mengulang kaji pelajaran pada waktu malam dan ketika ada masa terluang.

(e) Baik hati – Mak Su Kiah bermurah hati menghantar makanan kepada Alias dan ibunya yang hidup miskin.

(f) Hemah tinggi – Alias dan ibunya menyambut kedatangan Cikgu Sunan dengan baik.

Pengajaran(a) Sebagai seorang anak, kita perlulah menyayangi ibu bapa

kita dan mengambil berat tentang kesihatan mereka. – Walaupun Alias sakit telinga, dia menggunakan duit upah bagi membeli ubat batuk untuk ibunya.

(b) Kita hendaklah menyayangi haiwan dan menjaga haiwan peliharaan dengan baik. – Alias sentiasa memastikan beruknya, Chot tidak kelaparan.

(c) Kita perlulah rajin menimba ilmu pengetahuan. – Alias membaca buku sekiranya ada waktu lapang ketika memetik buah kelapa.

(d) Kita haruslah menghormati orang yang lebih tua. – Alias mendiamkan diri apabila dimarahi oleh Cikgu Sunan.

(e) Kita perlulah membantu orang yang kesusahan. – Mak Su Kiah selalu memberi makanan kepada Alias dan ibunya yang hidup dalam kedaifan.

4 Hempasan Ombak

Sinopsis

Kematian Haji Badrul akibat penyakit barah telah menyebabkan Farid yang berusia 19 tahun terpaksa mengambil alih Syarikat Batik Nusantara, perniagaan batik kecil-kecilan yang diasaskan oleh ayahnya itu. Perniagaan itu merosot kerana ibunya, Hajah Zaoyah sudah berumur dan kakak sulungnya, Latifah tidak mahir untuk mengurusperniagaan.Abangnya,Lotfipulalumpuhakibatkemalangan jalan raya manakala adik-adiknya, Hanisyah dan Hisyam masih muda. Farid memikirkan cara untuk melangsaikan hutang dan memajukan perniagaan batik milik keluarganya itu. Tomsiah, kerani di syarikat ayahnya mendorong Farid untuk mengambil alih perniagaan batik tersebut dan menjelaskan kedudukan hutang milik syarikat Haji Badrul kepada Farid. Tomsiah memberikan satu nombor telefon dan menyuruh Farid menghubungi orang berkenaan sekiranya mempunyai kemusykilan dalam menjalankan perniagaan. Farid tertanya-tanya tentang tuan punya nombor telefon berkenaan. Apabila Farid menelefon nombor tersebut, orang itu menyuruh Farid berjumpa dengannya sekiranya mempunyai masalah tentang perniagaan. Menurut Tomsiah, hutang Syarikat Batik Nusantara meningkat kerana ada hutang yang belum dikutip. Farid bertanya kepada Pak Nik tentang bekalan stok yang masih ada. Pak Nik menerangkan bahawa mereka terpaksa memperlahankan kerja-kerja pengeluaran batik kerana pesanan mula menurun. Pak Nik memberitahu Farid bahawa ada pihak lain sedang menganiaya perniagaan Syarikat Batik Nusantara. Farid memikirkan strategi untuk melangsaikan hutang syarikatnya. Farid mula menyenaraikan harta syarikat yang ada untuk dijual.

Page 27: ARKIB KOMSAS - pelangibooks.com BM 2017/Top Tg 3/k/ARKIB... · Tema syair ini adalah tentang adab dalam kehidupan seharian. ... Unit 1 Puisi Tradisional (b) ... Contoh: • Tanpa

Bahasa Melayu Ting. 3 KBSM Arkib KOMSAS

27 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.

Farid berhasrat untuk mengadakan perbincangan bersama-sama dengan anggota keluarga dan anggota-anggota pengurusan dalam syarikat berkenaan cadangan penjualan sebahagian harta syarikat untuk menampung beban hutang. Hajah Zaoyah tidak mahu Syarikat Batik Nusantara dibubarkan kerana masalah kewangan lalu menyuarakan hasratnya untuk menggadaikan emas dan tanah demi menyelamatkan syarikat. Farid tidak begitu bersetuju dengan cadangan ibunya itu, namun dia tidak memperoleh cara lain. Keesokannya, Farid mengadakan mesyuarat dengan kakitangan syarikatnya. Mereka berbincang tentang halangan-halangan yang wujud dalam Syarikat Batik Nusantara. Farid juga memberikan cadangan untuk membesarkan perniagaan batik serta strategi yang akan diambil untuk memajukan perniagaan batiknya. Farid mengambil keputusan untuk menjual dua buah van yang tidak digunakan. Farid berjumpa dengan lelaki yang menerima panggilan telefonnya dahulu. Lelaki itu bernama Mokhsein, iaitu pemilik Syarikat Nadi Zaman. Mokhsein memberitahu Farid bahawa dia bekas pekerja Syarikat Batik Nusantara. Setelah bekerja selama 10 tahun, dia banyak mempelajari selok-belok perniagaan daripada Haji Badrul. Oleh itu, Mokhsein berhenti untuk berniaga sendiri. Menurut Mokhsein, Syarikat Batik Nusantara kini menghadapi masalah kerana terdapat syarikat lain yang dengki dan berusaha untuk memecahkan monopoli syarikat tersebut. Mokhsein memberi usul supaya Farid melaksanakan beberapa strategi dan langkah baharu untuk memajukan perniagaannya. Farid masih tertanya-tanya tentang tuan punya syarikat yang dengki akan syarikatnya. Farid mengunjungi gerai Zuraida, teman sekolahnya yang berkecimpung dalam bidang yang sama. Farid kagum akan kegigihan Zuraida yang berniaga pakaian di bazar MARA. Farid berbual-bual dengan Zuraidatentang dunia perniagaan yang diceburi oleh Zuraida. Farid membuat andaian sendiri bahawa kaum wanita memang mudah berjaya dalam perniagaan. Bagi Farid, pertemuannya dengan Mokhsein dan Zuraida amat bermakna. Farid mengajak Zuraida makan tengah hari di Restoran Mali. Zuraida menyatakan kesudiannya untuk membantu Farid menjual kain-kain batik di gerainya. Zuraida mengemukakan cadangan agar syarikat Farid mengeluarkan kain batik yang bercorak moden untuk melariskan jualannya. Farid mengakui kesalahannya yang selama ini hanya memikirkan masalah kewangan dan memperbesar sedikit saiz perniagaan sehinggatidak mengambil berat tentang kemahuan pelanggan. Zuraida juga mencadangkan promosi tentang cara-cara menghasilkan batik diadakan. Rancangan untuk mengembangkan pengeluaran batik lukis mendapat reaksi positif daripada Tomsiah. Farid berjumpa dengan Mokhsein untuk menunjukkan kertas kerja bertajuk ‘Projek Pembesaran Keupayaan Pengeluaran Batik Cap dan Perintis Batik Lukis Syarikat Batik Nusantara’. Mokhsein memuji prinsip berdikariyang ada pada Farid. Mokhsein kagum akan kecekapan pengurusan baharu Syarikat Batik Nusantara yang diterajui oleh Farid. Mokhsein yakin bahawa projek baharu Farid akan berjaya. Farid turut berharap agar segala cadangan Mokhsein akan membuahkan hasil. Kerja-kerja pembinaan bangsal tambahan pun dimulakan. Pembatik-pembatik moden di syarikatnya akan diberi latihan jangka pendek

oleh MARA dan MIDA seperti yang dicadangkan oleh Mokhsien. Mokhsein menghadiri majlis kenduri doa selamat bersempena dengan perasmian bangunan bangsal tambahan Syarikat Batik Nusantara. Mokhsein berasa terharu kerana diberikan penghormatan untuk merasmikan bangsal tersebut. Hartini Noor, graduan seni reka fabrik lepasan UiTM yang juga merupakan adik sepupu Mokhsien turut hadir dalam majlis itu. Dengan kehadiran Hartini Noor, Farid mendapat pereka corak dan sekali gus pengajar pemprosesan batik corak di syarikatnya. Oleh itu, Farid memikirkan operasi pengeluaran harus dimulakan dengan segera. Mokhsien mengusulkan Farid mengambil pekerja tempatan. Hartini Noor menerangkan pemodenan yang harus dilakukan terhadap kain batik. Farid kagum akan semangat positif dan ketekunan yang ada pada Hartini Noor. Farid memikirkan jumlah upah yang harus diberikan kepada Hartini Noor. Farid dapat merasakan bahawa Zuraida cemburu akan kedatangan Hartini Noor di syarikatnya. Farid menjelaskan bahawa Hartini Noor lebih tua daripadanya dan sudah bertunang. Menurut Farid, Hartini Noor hanya kakitangan kontrak sementara menunggu bimbingan rasmi daripada MIDA dan MARA. Farid mengajak Zuraida ke bandar-bandar besar di Semenanjung Malaysia bersamanya sebagai satu rangka pemasaran. Hartini Noor tidak mahu menerima wang sebagai upah walaupun sebulan mencurahkan ilmu seni batik di Syarikat Batik Nusantara. Mukhtar, pemilik Syarikat Batik Rajawali menjadi marah kerana penjualan batiknya mulai merosot. Mukhtar memberi amaran kepada Zuraida supaya tidak menjual kain batik keluaran Syarikat Batik Nusantara di gerainya. Farid menunjukkan surat layang yang diterimanya kepada Tomsiah. Farid turut memberitahu Lotfi dan ibunyaperihal isi surat layang itu. Farid bimbang akan bengkel baharunya. Hajah Zaoyah berpendapat bahawa Farid perlu melaporkan hal surat layang itu kepada pihak polis. Namun begitu, Farid tidak mahu terburu-buru mengambil tindakan. Zuraida memberitahu Farid tentang kedatangan pak ciknya, Mukhtar ke gerainya dan amaran yang diberikannya kepada Zuraida. Mukhtar mengarahkan Mahmood pergi kebengkelbatikFarid.Disitu,MahmoodmencariAzmidan Masri yang merupakan bekas pekerja Syarikat Batik Rajawali lalu memarahi mereka kerana bertukar tempat kerja.BerlakupergelutanantaraMahmooddenganAzmi.Untuk menyelamatkan Azmi, Masri mencurahkan lilinpanas dari canting ke muka Mahmood. Pekerja-pekerja di bengkel cuba menangkap Mahmood tetapi gagal kerana dia pantas melarikan diri. Bangsal batik moden Farid dibakar. Hal itu telah disahkan oleh pihak bomba manakala pihak polis membawa Farid ke balai polis untuk membantu siasatan dan membuat pengakuan bertulis tentang surat layang yang diterimanya. Inspektor Rusman memberitahu Farid bahawa Mahmood yang sedang dirawat di Wad Kecemasan Hospital Besar Kuala Terengganu kini ditahan polis. Mukhtar yang menjadi dalang kejadian turut ditangkap atas tuduhan membakar bangunan bengkel batik moden Farid dan dijatuhkan hukuman penjara tiga tahun. Mokhsein memberitahu Farid bahawa ada dua buah butik yang berhasrat untuk melanggan batik moden keluaran syarikat Farid. Zuraida memberitahu Farid bahawa dia sedang belajar kursus luar kampus UiTM.

Page 28: ARKIB KOMSAS - pelangibooks.com BM 2017/Top Tg 3/k/ARKIB... · Tema syair ini adalah tentang adab dalam kehidupan seharian. ... Unit 1 Puisi Tradisional (b) ... Contoh: • Tanpa

Bahasa Melayu Ting. 3 KBSM Arkib KOMSAS

28© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.

TemaTema novel ini ialah kegigihan seorang anak muda menempuh pelbagai cabaran demi memajukan perniagaan batik keluarga yang hampir bankrap. Farid mengambil alih perniagaan batik keluarganya selepas ayahnya meninggal dunia. Perniagaan batik itu menanggung beban hutang yang banyak. Farid terpaksa menghadapi pelbagai cabaran dan dugaan untuk memajukan perniagaan batik milik keluarganya itu.

Persoalan(a) Pengorbanan seorang ibu – Hajah Zaoyah sanggup

menggadaikan tanah dan barang kemasnya demi menyelamatkan perniagaan batik milik keluarganya.

(b) Sikap bertanggungjawab untuk meringankan beban keluarga – Zuraida menghabiskan waktu selepas persekolahan untuk berniaga demi meringankan beban keluarga.

(c) Sikap mengenang budi – Mokhsein mengenang budi Haji Badrul yang banyak memberi tunjuk ajar kepadanya.

(d) Keberanian kaum wanita menceburi bidang perniagaan – Ibu Zuraida dan Zuraida menceburi perniagaan menjual batik secara kecil-kecilan.

(e) Sikap suka membantu orang yang kesusahan – Zuraida, Hartini, Mokhsein, Tomsiah, dan Nik sanggup membantu Farid memajukan perniagaan batiknya.

Plot

Binaan plot(a) Permulaan – Farid terpaksa mengambil alih

tanggungjawab menguruskan perniagaan batik milik keluarganya selepas ayahnya, Haji Badrul meninggal dunia. Tomsiah membantu Farid dalam kerja-kerja menguruskan Syarikat Batik Nusantara.

(b) Perkembangan – Farid berjumpa dengan Mokhsein untuk mendapatkan pandangan tentang cara mengatasi masalah hutang yang dipikulnya dan cara pengurusan syarikat. Hajah Zaoyah sanggup menggadaikan tanah dan barang kemas untuk melangsaikan hutang syarikat milik keluarga. Zuraida menawarkan diri untuk membantu Farid dengan menjual kain batik di gerainya. Farid mengambil beberapa langkah untuk melangsaikan hutang syarikat serta memajukan perniagaan batik milik keluarganya.

(c) Konflik–MokhseinmemberitahuFaridbahawaadapihakyang ingin memonopoli perniagaan batik di Terengganu. Farid berjaya mendirikan bangsal batik moden. Hartini Noor sanggup menjadi pereka corak dan sekali gus pengajar pemprosesan batik corak di syarikat Farid tanpa meminta upah. Zuraida cemburu akan Hartini Noor. Mukhtar, pemilik Syarikat Batik Rajawali berasa tidak puas hati dengan kemajuan Syarikat Batik Nusantara. Mukhtar yang juga bapa saudara Zuraida memberi amaran kepada Zuraida supaya tidak menjual kain batik keluaran syarikat Farid di gerainya. Mahmood datang untuk membuat kacau di bangsal batik moden Syarikat Batik Nusantara.

(d) Klimaks – Bangsal batik moden Syarikat Batik Nusantara hangus dijilat api akibat perbuatan sabotaj.

(e) Peleraian – Pihak polis menangkap Mahmood dan Mukhtar. Mukhtar didapati bersalah kerana mengupah samseng untuk memusnahkan bengkel batik moden kepunyaan Farid dan dijatuhkan hukuman penjara

selama tiga tahun. Farid tidak patah semangat dan berusaha untuk memajukan perniagaan batiknya. Mokhsein memberitahu Farid bahawa ada dua buah butik yang berminat untuk membeli kain batik syarikat Farid.

Teknik plot(a) Teknik pemerian – Contohnya, pengarang

menggambarkan keadaan di dalam pejabat arwah ayah Farid.

Matanya melirik ke permukaan meja bercermin tebal itu. Di bawahnya tersisip segala macam catatan, kalender tindakan tahunan, nombor telefon hingga ke kad nama. Di sudut kiri meja, terletak bekas abu rokok daripada tembikar. Ada paip terbaring di sisinya. (hal.1)

(b) Teknik monolog dalaman – Contohnya, Farid merasakan dia seolah-olah menanggung beban hutang yang banyak. ”Aku berada di celah-celah buku hutang.” Dia mendengar suara halus dari lubuk hatinya sendiri. (hal.4)

(c) Teknik saspens – Contohnya, Farid tertanya-tanya tentang nombor telefon yang diberikan oleh Tomsiah kepadanya.

Siapa dia? Farid membelek-belek terus; antara hendak menekan butang nombor atau tidak. Mengapa Kak Tom memberikan nombor ini kepada aku? Pertanyaan itu masih menunjal-nunjal benaknya. (hal.9)

(d) Teknik imbas kembali – Contohnya, Lotfi teringatperistiwa dia mengikut ayahnya menghantar batik keluaran syarikatnya ke serata tempat.

Lotfi teringat, ketika itu dia masih normal, baruberumur sembilan tahun. Dia sering mengikuti ayahnya menghantar batik keluaran syarikatnya ke serata tempat, termasuk bandar-bandar besar di Pantai Barat dengan kereta Peugeotnya. (hal.34)

(e) Teknik kejutan – Contohnya, Mokhsein agak terkejut apabila Farid mengajaknya untuk pergi ke rumah Zuraida.

Kemudian, Farid mengajak Mokhsein menuju ke Kampung Tanjung untuk mengambil Zuraida. Mokhsein agak terkejut tetapi tidak kisah. (hal.207)

Watak dan Perwatakan

Farid (Watak utama)(a) Berusia 19 tahun.(b) Anak keempat Haji Badrul dan Hajah Zaoyah.(c) Kakaknya bernama Latifah, abangnya Lotfi (lumpuh),

Farhan (sudah meninggal dunia), adik-adiknya, Hanisyah dan Hisyam.

(d) Bertanggungjawab – Berusaha untuk meneruskan perniagaan batik keluarganya.

(e) Bersederhana dalam menjalani kehidupan – Dia hanya menggunakan motosikal atau kereta Peugeot lama arwah ayahnya walaupun memegang jawatan sebagai Pengarah Urusan Syarikat Batik Nusantara serta lebih selesa makan di restoran biasa.

(f) Menyayangi keluarga dan rakan baik – Dia tidak membebankan adik-beradiknya dalam memajukan syarikat dan menyayangi Zuraida, rakan yang dikenali sejakzamansekolah.

(g) Rasional dalam berfikir dan bertindak – MembawaZuraida ke bandar-bandar besar di Semenanjung Malaysia bersamanya sebagai satu rangka pemasaran kerana Zuraida juga terlibat dalam perniagaan batik.

(h) Menghormati orang lain – Menghormati para pekerjanya, keluarganya, dan Mokhsein.

Page 29: ARKIB KOMSAS - pelangibooks.com BM 2017/Top Tg 3/k/ARKIB... · Tema syair ini adalah tentang adab dalam kehidupan seharian. ... Unit 1 Puisi Tradisional (b) ... Contoh: • Tanpa

Bahasa Melayu Ting. 3 KBSM Arkib KOMSAS

29 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.

Encik Mokhsein(a) Bertubuh tegap, berwajah bulat, dan tampan.(b) Pemilikfirmapemborongbinaan,SyarikatNadiZaman.(c) Tokoh usahawan bumiputera yang berjaya.(d) Pernah bekerja sebagai pembantu Haji Badrul di Syarikat

Batik Nusantara lebih daripada 10 tahun.(e) Menghargai budi – Menghargai jasa Haji Badrul yang

mendidiknya dalam dunia perniagaan.(f) Menghargai masa – Melakukan sesuatu urusan mengikut

masa.(g) Baik hati – Banyak membantu Farid dari segi idea,

kepakaran, dan motivasi dalam memajukan syarikat.

Zuraidah(a) Berusia 19 tahun.(b) Rakan sekelas Farid dari tingkatan satu hingga lima di

Sekolah Menengah Seri Budiman.(c) Anak sulung daripada empat orang adik-beradik.(d) MulaberniagapakaiandiBazarMarasejaktingkatansatu

sebelum mengambil alih perniagaan tersebut daripada ibunya sejak tujuh tahun lalu.

(e) Sabar, cekal, dan pandai berjimat dalam menguruskan perniagaannya.

(f) Cemburu – Berasa hati apabila Hartini Noor bekerja di syarikat Farid.

(g) Berwawasan dalam mencorak masa depan – Mengikuti kursus Pentadbiran Perniagaan luar kampus di UiTM.

Mukthar(a) Pemilik Syarikat Batik Rajawali.(b) Ayah saudara Zuraida.(c) Busuk hati – Menggunakan taktik kotor untuk memonopoli

perniagaan batik di Terengganu, seperti menawarkan keuntungan sehingga 35 peratus kepada ejen agar mereka mengutamakan batik keluaran syarikatnya, sekali gus menggugat Syarikat Batik Nusantara, melarang Zuraida daripada menjual batik moden keluaran Syarikat Batik Nusantara, dan menghantar surat layang.

(d) Terlibat dalam jenayah apabila mengupah samseng untuk membakar bengkel batik moden milik Syarikat Batik Nusantara.

(e) Dijatuhkan hukuman penjara tiga tahun dan menjalani hukuman di Penjara Marang.

Latar

Latar masa(a) Tiga bulan – Ayah Farid, Haji Badrul meninggal dunia tiga

bulan yang lalu.(b) Waktu selepas isyak – Keluarga Hajah Zaoyah

menghadap hidangan makan malam bersama-sama.(c) Waktu pagi – Farid berada di bilik pejabatnya lepas subuh

hingga pukul 7:00 pagi.(d) Waktu tengah hari – Farid berbual-bual dengan Zuraida

sehingga tidak sedar sudah hampir pukul 12:00 tengah hari.

(e) Pagi Sabtu – Jalan Banggol pada pagi Sabtu itu mulai ramai pengunjung.

Latar tempat(a) Bilik kecil berukuran 4 x 5 meter di Kampung Losong,

Kuala Terengganu – Bilik Farid sebagai Pengarah Urusan di Syarikat Batik Nusantara.

(b) Pejabat pemborong binaan Nadi Zaman – Farid menemui pemilik pejabat itu, iaitu Encik Mokhsein.

(c) GeraipakaiandiBazarMARAdiJalanBanggol–TempatZuraida berniaga setelah menamatkan persekolahan.

(d) Restoran Mali – Farid dan Zuraida makan tengah hari di Restoran Mali yang terletak kira-kira 100 meter dari gerai Zuraida.

(e) Rumah Zuraida di Kampung Tanjung – Zuraida membonceng motosikal Farid pulang ke rumahnya kerana dia ingin memberitahu suatu perkara penting kepada Farid.

(f) Balai Polis Daerah Kuala Terengganu – Tempat Farid membuat laporan tentang kebakaran bengkelnya.

Latar masyarakat(a) Masyarakat golongan peniaga – Farid sanggup

meneruskan perniagaan batik keluarganya walaupun masih muda dan tidak mempunyai apa-apa pengalaman.

(b) Masyarakat golongan pekerja yang makan gaji – Tomsiah,PakNik,Atan,Azmi,Masri,danlain-lainbekerjadi Syarikat Batik Nusantara.

(c) Masyarakat yang bersikap baik hati – Mokhsein yang pernah bekerja di syarikat ayah Farid bersedia untuk memberi idea, bimbingan, dan tunjuk ajar kepada Farid untuk memajukan perusahaan batiknya.

(d) Masyarakat yang mengamalkan kerjasama – Zuraida dan Hartini Noor membantu Farid dalam memajukan perniagaan batiknya.

(e) Masyarakat yang menggunakan taktik kotor untuk bersaing dalam perniagaan – Mukthar memberikan komisen yang tinggi semata-mata untuk memonopoli perniagaan batik.

Gaya Bahasa(a) Metafora Contoh: • Dia yang dahulu meminta diri sambil membuka pintu

idea kepada Farid. (hal.9) • Projek ini nanti pasti akan menjadi rantai ekonomi

dan hendaknya dapat membantu mempertingkatkan martabat industri kampung. (hal.114)

(b) Simile Contoh: • Semuanya ini bagai ranjau yang menanti jejak-jejak

langkahnya. (hal.25) • Farid apabila bekerja saling tidak tumpah macam

perangai ayahnya. (hal.32)(c) Peribahasa Contoh: • Emak bukan tidak tahu ilmuku dalam urusan dagang

persis darah setitik di tampuk pinang. (hal.42) • Fahami falsafah, genggam bara api biar sampai jadi

arang dan kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya. (hal.42)

(d) Personifikasi Contoh: • Dunia perniagaan yang tidak kenal siang atau malam

akan tersenyum sinis kalau mendengar dia menyebut perkataan “strategi” (hal.27)

• Ombak-ombak ganas itu ialah hutang! (hal.37)(e) Paradoks Contoh: banyak sukanya, sehingga membuat dukanya, yang

pahit dia tidak tahu. (hal.4)

Page 30: ARKIB KOMSAS - pelangibooks.com BM 2017/Top Tg 3/k/ARKIB... · Tema syair ini adalah tentang adab dalam kehidupan seharian. ... Unit 1 Puisi Tradisional (b) ... Contoh: • Tanpa

Bahasa Melayu Ting. 3 KBSM Arkib KOMSAS

30© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.

Nilai(a) Kasih sayang – Hajah Zaoyah amat menyayangi anak-

anaknya. (b) Baik hati – Mokhsein sudi memberikan idea, bimbingan,

dan tunjuk ajar kepada Farid untuk memajukan perusahaan batiknya.

(c) Berdikari – Mokhsein memuji sikap berdikari Farid yang membuktikan kebolehan dirinya tanpa meminta bantuan subsidi.

(d) Kesederhanaan – Meskipun menjawat jawatan Pengarah Urusan Syarikat Batik Nusantara, Farid mengamalkan kehidupan secara bersederhana.

(e) Kesyukuran – Lotfi bersyukur kepada Tuhan keranabahagian bengkel batik moden sahaja yang hangus dalam kebakaran dan api tidak marak ke bangsal batik asli dan rumahnya.

(f) Kerajinan – Zuraida menelaah pelajaran dan menyiapkan kerja-kerja rumah dengan mencuri-curi waktu sementara menunggu pelanggan datang ke gerainya.

Pengajaran(a) Kita tidak harus berputus asa sebelum mencuba sesuatu

perkara. – Benak Farid berfikir untuk tidak putus asasebelum mencuba dengan semangat positif.

(b) Kita perlulah sentiasa menyayangi keluarga kita. – Farid berterima kasih terhadap pengorbanan ibunya yang sanggup menggadai tanah dan barang kemas untuk memajukan syarikat batik milik keluarga mereka.

(c) Kita wajarlah bersikap baik hati untuk membantu orang yang kesusahan. – Zuraida menawarkan diri untuk membantu Farid mengikut kemampuannya.

(d) Kita hendaklah rajin menimba ilmu tanpa mengira umur. – Mokhsein mengambil kursus luar kampus untuk menimba ilmu pengurusan walaupun sudah lanjut usia.