topik 2 biologi tingkatan 5 sekolah menengah agama maran ... · 3 bulu kejur kecil yang dipanggil...

22
Topik 2 Biologi Tingkatan 5 Sekolah Menengah Agama Maran PERGERAKAN DAN SOKONGAN SOKONGAN DAN PERGERAKAN PADA MANUSIA DAN HAIWAN 1 Keperluan terhadap sokongan pergerakan (a) Memberikan keseimbangan dan kestabilan untuk pergerakan (b) Mencari makanan dan tempat perlindungan (c) Mencari pasangan bagi pembiakan (d) Melarikan diri daripada musuh atau mengelak bahaya 2 Sokongan dan pergerakan disediakan oleh rangka dan otot. 3 Fungsi rangka (a) Memberikan bentuk dan sokongan kepada badan (b) Membenarkan pergerakan (c) Menyediakan permukaan untuk pelekatan otot (d) Melindungi organ dalaman (e) Menghasilkan sel-sel darah (f) Menyimpan bahan (kalsium dan fosforus) Sistem Rangka Manusia Rajah 11.1 dan Rajah 11.2 menunjukkan bahagian-bahagian rangka manusia.

Upload: phamquynh

Post on 12-Jun-2019

278 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Topik 2 Biologi Tingkatan 5 Sekolah Menengah Agama Maran ... · 3 Bulu kejur kecil yang dipanggil keta bertindak sebagai penyangkuk semasa pergerakan. 4 Pergerakan adalah disebabkan

Topik 2 Biologi Tingkatan 5

Sekolah Menengah Agama Maran

PERGERAKAN DAN SOKONGAN

SOKONGAN DAN PERGERAKAN PADA MANUSIA DAN HAIWAN

1 Keperluan terhadap sokongan pergerakan

(a) Memberikan keseimbangan dan kestabilan untuk pergerakan

(b) Mencari makanan dan tempat perlindungan

(c) Mencari pasangan bagi pembiakan

(d) Melarikan diri daripada musuh atau mengelak bahaya

2 Sokongan dan pergerakan disediakan oleh rangka dan otot. 3 Fungsi rangka

(a) Memberikan bentuk dan sokongan kepada badan

(b) Membenarkan pergerakan

(c) Menyediakan permukaan untuk pelekatan otot

(d) Melindungi organ dalaman

(e) Menghasilkan sel-sel darah

(f) Menyimpan bahan (kalsium dan fosforus)

Sistem Rangka Manusia

Rajah 11.1 dan Rajah 11.2 menunjukkan bahagian-bahagian rangka manusia.

Page 2: Topik 2 Biologi Tingkatan 5 Sekolah Menengah Agama Maran ... · 3 Bulu kejur kecil yang dipanggil keta bertindak sebagai penyangkuk semasa pergerakan. 4 Pergerakan adalah disebabkan

Rangka paksi

1 Tengkorak terdiri daripada tulang kranium dan tulang muka (Rajah 11.3).

(a) Tulang kranium

(i) Terdiri daripada lapan tulang pipih yang bercantum untuk membentuk kranium yang

melindungi otak.

(b) Tulang muka

(i) Terdiri daripada 14 tulang pipih yang ter. masuk rahang atas dan rahang bawah

(mandibel).

(ii) Rahang bawah bersendi dengan kranium untuk membentuk sendi bergerak yang

membenarkan mulut terbuka dan tertutup semasa bercakap dan makan.

2 Turus vertebra (tulang belakang)

(a) Terdiri daripada 33 vertebra.

(b) Terdapat lima jenis vertebra (Rajah 11.3).

Page 3: Topik 2 Biologi Tingkatan 5 Sekolah Menengah Agama Maran ... · 3 Bulu kejur kecil yang dipanggil keta bertindak sebagai penyangkuk semasa pergerakan. 4 Pergerakan adalah disebabkan

(c) Setiap vertebra dihubungkan dengan vertebra seterusnya oleh muka sendi yang

dipanggil zigapofisis untuk membentuk turus yang tleksibel. Sendi ini membenarkan

pergerakan yang terhad

(d) Diantara setiap pasangan vertebra, terdapat cakera rawan yang menyerap hentakan

dan mengurangkan geseran semasa pergerakan (Rajah 11.4).

(e) Struktur am vertebra ditunjukkan dalam Rajah 11.5. Ia terdiri daripada:

(i) Sentrum: Badan utama vertebra, memberikan sokongan

(ii) Lengkuk saraf: Lengkuk yang mengunjur dari sentrum. Membentuk salur saraf bagi

melindungi saraf tunjang

Page 4: Topik 2 Biologi Tingkatan 5 Sekolah Menengah Agama Maran ... · 3 Bulu kejur kecil yang dipanggil keta bertindak sebagai penyangkuk semasa pergerakan. 4 Pergerakan adalah disebabkan

(iii) Salur saraf: Mengandungi saraf tunjang

(iv) Spina saraf: Unjuran dari atas lengkuk (untuk pelekatan otot)

(v) Cuaran melintang:

Unjuran dari tepi lengkuk (untuk pelekatan otot)

(vi) Zigapofisis (muka sendi): Bersendi dengan vertebra lain

3 Vertebra serviks

(a) Setiap vertebra serviks mempunyai dua salur vertebrarteri pada euaran melintang

untuk membenarkan arteri melaluinya ke otak.

(b) Vertebra serviks yang pertama dipanggil atlas (Rajah 11.6 (a)). Ia bersendi dengan

dasar kranium bagi membenarkan kita mengangguk.

(c) Vertebra serviks yang kedua disebut tulang paksi (Rajah 11.6 (b)). Ia bersendi dengan

atlas bagi membenarkan kepala bergerak dari sisi ke sisi.

(d) Vertebra serviks yang lain berfungsi untuk menyokong kepala dan leher(Rajah 11.6

(c)).

4 Vertebra toraks

(a) Setiap vertebra toraks mempunyai muka sendi pada hujung setiap cuaran melintang

dan pada sisi sentrum untuk bersendi dengan dua eabang tulang rusuk (Rajah 11.7).

Page 5: Topik 2 Biologi Tingkatan 5 Sekolah Menengah Agama Maran ... · 3 Bulu kejur kecil yang dipanggil keta bertindak sebagai penyangkuk semasa pergerakan. 4 Pergerakan adalah disebabkan

5 Vertebra lumbar

(a) Vertebra yang paling besar.

(b) Vertebra ini mempunyai sentrum yang besar dan tebal.

(c) Ia mempunyai euaran melintang berkembang dengan baik dan spina saraf yang pipih

serta pendek untuk pelekatan otot (Rajah 11.8)

6 Sakrum

(a) Terdiri daripada lima vertebra sakrum yang bereantum bersama.

(b) Muka sendi di kedua-dua belah sakrum bersendi dengan lengkungan pelvis (Rajah

11.9).

7 Koksik

Terdiri daripada empat vertebra yang sangat kecil yang bercantum bersama (Rajah

11.10).

Page 6: Topik 2 Biologi Tingkatan 5 Sekolah Menengah Agama Maran ... · 3 Bulu kejur kecil yang dipanggil keta bertindak sebagai penyangkuk semasa pergerakan. 4 Pergerakan adalah disebabkan

8 Sangkar rusuk (Rajah 11.11)

(a) Terdiri daripada dua pasang tulang rusuk yang bersendi dengan vertebra toraks secara

dorsal dan dengan sternum secara ventral.

(b) Tujuh pasang tulang rusuk yang pertama bersambung seeara terus dengan sternum.

(e) Pasangan ke-8, ke-9 dan ke-10 bersarnbung dengan sternum melalui pasangan ke-7.

(d) Pasangan ke-ll dan ke-12 adalah rusuk tergantung.

( e) Tulang rusuk bersambung dengan sternum melalui rawan.

Rangka apendaj

1 Ia bersambung dengan rangka paksi di bahu dan pinggul.

2 Ia terdiri daripada:

(a) Lengkungan pektoral dan tulang lengan (Rajah 11.12)

(b) Lengkungan pelvis dan tulang kaki (Rajah 11.13)

Page 7: Topik 2 Biologi Tingkatan 5 Sekolah Menengah Agama Maran ... · 3 Bulu kejur kecil yang dipanggil keta bertindak sebagai penyangkuk semasa pergerakan. 4 Pergerakan adalah disebabkan

3 Lengkungan pektoral (Rajah 11.12)

(a) Skapula

(i) Tulang berbentuk segi tiga yang leper

(ii) Bersendi dengan humerus untuk membentuk sendi lesung yang membenarkan per-

gerakan dalam semua arah

(b) Klavikel

(i) Berbentuk rod

(ii) Bersambung dengan skapula dan sternum

Page 8: Topik 2 Biologi Tingkatan 5 Sekolah Menengah Agama Maran ... · 3 Bulu kejur kecil yang dipanggil keta bertindak sebagai penyangkuk semasa pergerakan. 4 Pergerakan adalah disebabkan

4 Tulang lengan (Rajah 11.12)

(a) Humerus bersendi dengan skapula dan dengan radiusulna untuk membentuk sendi

engsel di siku yang membenarkan pergerakan dalam satu arah.

(b) Radius-ulna adalah selari. Ulna adalah lebih panjang dengan unjuran pada hujung

atas. Hujung atas bersendi dengan humerus. Hujung bawah bersendi dengan karpus.

(c) Karpus adalah tulang kecil di pergelangan tangan. Terdapat lapan karpus yang

tersusun dalam dua baris.

(d) Metakarpus adalah tulang di tapak tangan. Terdapat lima metakarpus.

(e) Falanks adalah tulang di jari. Ibu jari mempunyai dua falanks manakala setiap jari

yang lain mempunyai tiga falanks.

5 Lengkungan pelvis (Rajah 11.13)

(a) Terdiri daripada sepasang tulang pinggul yang bersambung secara ventral. Setiap

tulang pinggul terdiri daripada tiga tulang yang bercantum.

(b) Setiap tulang pinggul bersambung kepada sakrum.

(c) Rongga pada sisi setiap lengkungan pelvis bersendi dengan kepala femur untuk

membentuk sendi pinggul yang disebut sendi lesung yang membenarkan pergerakan

dalam semua arah.

6 Tulang kaki (Rajah 11.13)

(a) Femur adalah tulang yang panjang di bahagian paha.

(i) Hujung atas femur bersendi dengan lengkungan pelvis sementara hujung bawah

bersendi dengan tibia-fibula untuk membentuk sendi engsel di lutut yang membenarkan

pergerakan dalam satu arah.

(ii) Patela (tempurung lutut) di hadapan sendi lutut membantu meluruskan lutut.

(b) Tibia-fibula terletak di betis. (i) Fibula yang lebih kedl terletak di luar tibia yang lebih

besar.

(ii) Hujung atas tibia-fibula bersendi dengan femur di lutut manakala hujung bawah

bersendi dengan tarsus di buku lali.

Stop ms 189

Page 9: Topik 2 Biologi Tingkatan 5 Sekolah Menengah Agama Maran ... · 3 Bulu kejur kecil yang dipanggil keta bertindak sebagai penyangkuk semasa pergerakan. 4 Pergerakan adalah disebabkan

7 Tarsus adalah tulang buku lali. Terdapat tujuh tarsus. Tarsus yang paling besar

membentuk tumit.

8 Metatarsus adalah lima tulang di tapak kaki. Metatarsus bersendi dengan tarsus dan

falanks di jari kaki.

9 Falanks adalah tulang jari kaki. Setiap jari kaki mempunyai tiga falanks. Ibu jari kaki

mempunyai dua falanks.

Peranan Otot, Ligamen dan Tendon dalam Pergerakan

Otot

Terdapat tiga jenis tisu otot:

(a) Otot rangka: Melekat pada tulang

(b) Otot licin: Pada dinding salur darah, perut dan organ dalaman lain

( c) Otot kardium: Pada dinding jantung

2 Otot mengecut apabila menerima impuls untuk menghasilkan pergerakan. Tenaga

untuk pengecutan datangnya daripada ATP yang dihasilkan dalam .mitokondrion otot.

3 Otot rangka biasanya wujud sebagai pasangan otot .antagonis, iaitu apabila satu otot

mengecut, satu lagi mengendur. Otot yang mengecut menjadi lebih pendek dan lebih

tebal, menghasilkan satu daya tarikan untuk menggerakkan tulang, menyebabkan

pergerakan. Semua permukaan dan unJuran pada tulang adalah untuk pelekatan otot.

Ligamen

1 Ligamen adalah berkas tisu penghubung bergentian untuk menghubungkan tulang

bersama.

2 Ligamen adalah tisu elastik yang kuat bagi menghubungkan tulang dengan tulang,

untuk membentuk satu sendi yang membenarkan pergerakan yang terhad bagi

menghalang daripada terkehel.

3 Ligamen juga memberikan sokongan dan kekuatan kepada sendi.

Tendon

1 Tendon melekatkan otot kepada tulang.

2 Tendon adalah tisu penghubung bergentian yang tidak elastik.

3 Tendon memastikan daya tarikan yang dihasilkan oleh pengecutan otot dipindahkan ke

tulang, untuk menarik tulang dan menyebabkan pergerakan.

Page 10: Topik 2 Biologi Tingkatan 5 Sekolah Menengah Agama Maran ... · 3 Bulu kejur kecil yang dipanggil keta bertindak sebagai penyangkuk semasa pergerakan. 4 Pergerakan adalah disebabkan

Tindakan otot antagonis

SPM 2005 P2Sec.BQ6

Pergerakan tangan adalah disebabkan oleh pengecutan dan pengenduran sepasang otot

yang berlawanan: iaitu biseps dan triseps.

2 Membengkokkan lengan

(a) Otot biseps mengecut sementara otot triseps mengendur.

(b) Otot biseps menjadi lebih pendek dan lebih tebal, otot triseps menjadi lebih nipis dan

lebih panjang.

(c) Daya tarikan dihasilkan dan dipindahkan ke radius melalui tendon.

(d) Radius ditarik ke atas dan lengan dibengkokkan (Rajah 11.14 (a)

3 Meluruskan lengan

(a) Otot triseps mengecut sementara otot biseps mengendur.

(b) Suatu daya tarikan dihasilkan yang kemudian dipindahkan ke ulna melalui tendon.

(c) Ulna ditarik ke bawah dan lengan diluruskan (Rajah 11.14 (b)

Fungsi Rawan dan Cecair Sinovia di Sendi

Sendi adalah tempat di mana dua atau lebih tulang bertemu.

2 Terdapat sendi yang boleh bergerak dan sendi yang tidak boleh bergerak.

3 Sendi boleh bergerak (Rajah 11.15) terdiri daripada:

(a) Membran sinovia yang merembeskan cecair sinovia di permukaan tulang bagi

mengurangkan geseran.

(b) Rawan menyerap hentakan

Page 11: Topik 2 Biologi Tingkatan 5 Sekolah Menengah Agama Maran ... · 3 Bulu kejur kecil yang dipanggil keta bertindak sebagai penyangkuk semasa pergerakan. 4 Pergerakan adalah disebabkan

Pergerakan Haiwan SPM 2005 Sek B Q6(b)

Pergerakan cacing tanah

1 Cacing tanah mempunyai rangka hidrostatik dan bergerak dengan cara merangkak dan

merayap.

2 Dinding badan terdiri daripada otat lingkar luar dan otat membujur dalam.

3 Bulu kejur kecil yang dipanggil keta bertindak sebagai penyangkuk semasa pergerakan.

4 Pergerakan adalah disebabkan oleh suatu siri pengecutan dan pengenduran otot lingkar

dan memhujur pada dinding badan bagi menghasilkan gelomhang peristalsis dari hujung

anterior ke hujung posterior badan.

5 Mekanisme pergerakan pada cacing tanah

(a) Keta pada hujung posterior badan mencengkam tanah untuk menetapkan badan pada

tanah.

(b) Otot lingkar pada hujung anterior badan mengecut, sementara otot membujur

mengendur. Bujung anterior meregang dan memanjang. Tekanan hidrostatik menolak

cecair badan ke belakang (Rajah 11.16).

Page 12: Topik 2 Biologi Tingkatan 5 Sekolah Menengah Agama Maran ... · 3 Bulu kejur kecil yang dipanggil keta bertindak sebagai penyangkuk semasa pergerakan. 4 Pergerakan adalah disebabkan

(c) Keta di hujung posterior ditarik, manakala keta di hujung anterior mencengkam tanah.

(d) Otot membujur di hujung anterior mengecut manakala otot lingkar mengendur.

Bujung anterior memendek dan menjadi lebih tebal. Cecair badan mengalir ke hujung

anterior. Bujung posterior ditarik ke depan.

Pergerakan belalang

1 Serangga mempunyai rangka luar.

2 Otot terletak di dalam rangka luar dan berpasangan secara antagonis.

3 Belalang bergerak dengan car a melompat, terbang atau berjalan. 4 Melompat

(a) Belalang mempunyai kaki belakang panjang yang dilipat dalam bentuk Z. Semasa

rehat, otot fleksor mengecut dan bersedia untuk melompat (Rajah 11.17(a)

(b) Untuk melompat, otot ekstensor mengecut manakala otot fleksor mengenduro Kaki

belakang diregangkan dan diluruskan (Rajah 11.17 (b)

(c) Suatu daya dihasilkan yang menolak badan ke hadapan dan ke udara.

5 Terbang

(a) Dua pasang sayap terdapat di bahagian toraks.

(b) Pasangan sayap pertama (sayap hadapan) melindungi sayap belakang untuk pener-

bangan.

(c) Semasa penerbangan, penge cutan otot penerbangan menyebabkan sayap bergerak ke

atas dan ke bawah. Daya ke atas dihasilkan bagi menolak belalang untuk bergerak ke atas

dan terbang.

Page 13: Topik 2 Biologi Tingkatan 5 Sekolah Menengah Agama Maran ... · 3 Bulu kejur kecil yang dipanggil keta bertindak sebagai penyangkuk semasa pergerakan. 4 Pergerakan adalah disebabkan

6 Berjalan (Rajah 11.18)

Menggunakan tiga kaki bertanda X untuk sokongan dan tiga yang lain untuk menarik

atau menolak badan.

Pergerakan ikan

1 Ikan berenang di dalam air dan menghadapi rintangan di dalam air.

2 Ciri-ciri penyesuaian untuk berenang.

(a) Ikan mempunyai badan berbentuk larus bagi mengurangkan rintangan air.

(b) Badan ikan diliputi sisik yang tersusun ke belakang bagi mengurangkan daya geseran

(rintangan) di dalam air (Rajah 11.19).

(c) lkan mempunyai rangka daIam untuk pelekatan otot. Otot disusun dalam bongkah

bersegmen yang dipanggil miotom di kedua-dua sisi tulang belakang.

(d) Otot miotom bertindak secara antagonis. Apabila miotom di bahagian kanan

mengecut, miotom di bahagian kiri mengendur, menyebabkan badan membengkok ke

kanan (arah pengecutan). Pengecutan miotom yang berselang sell ke kanan dan kiri

menyebabkan badan dan ekor mengibas dari sisi ke sisi. lni menghasilkan tujahan ke

depan yang menolak ikan ke hadapan pada laluan yang lurus (Rajah 11.20).

Page 14: Topik 2 Biologi Tingkatan 5 Sekolah Menengah Agama Maran ... · 3 Bulu kejur kecil yang dipanggil keta bertindak sebagai penyangkuk semasa pergerakan. 4 Pergerakan adalah disebabkan

(e) Menyeimbangkan badan menggunakan sirip:

(i) Pasangan sirip pektoral:

Sebagai kemudi bagi mengubah haluan dan bertindak sebagai brek

Pergerakan katak

1 Katak beradaptasi untuk berenang, melompat dan merangkak.

2 Berenang

(a) Katak mempunyai kaki yang berkulit selaput untuk berenang.

(b) Kulit di antara jari kaki bertindak sebagai pengayuh untuk menolak katak ke hadapan

semasa di dalam air.

3 Melompat

(a) Katak mempunyai kaki belakang yang panjang dengan otot yang kuat dan boleh

dilipat dalam bentuk Z semasa rehat.

(b) Untuk melompat, otot ekstensor di kaki belakang mengecut. Kaki belakang

diluruskan dan satu daya yang bertindak ke bawah dan ke belakang dihasilkan. Daya

bertentangan yang bertindak ke atas dan ke hadapan dihasilkan untuk menolak katak ke

atas dan jauh dari tanah (Rajah 11.21).

(c) Katak mendarat dengan menggunakan kaki hadapannya yang lebih pendek bagi

menyerap hentakan semasa pendaratan.

Page 15: Topik 2 Biologi Tingkatan 5 Sekolah Menengah Agama Maran ... · 3 Bulu kejur kecil yang dipanggil keta bertindak sebagai penyangkuk semasa pergerakan. 4 Pergerakan adalah disebabkan

4 Merangkak

Untuk merangkak, katak memanjangkan dan menarik kembali kaki depan dan kaki

belakangnya secara bergilir-gilir (Rajah 11.22).

Pergerakan pada burung

1 Adaptasi burung untuk terbang adalah:

(a) Badan larus untuk mengurangkan rintangan dalam udara

(b) Sayap berbentuk aerofoil untuk menghasilkan tujahan ke atas untuk menolak burung

ke atas dan ke hadapan

(c) Badan ringan kerana mempunyai tulangyang berongga, kepala yang kecil, badan

tanpa lemak dan organ berpasangan yang dikurangkan kepada satu bagi mengurangkan

berat

(d) Bulu pelepah kalis air dan tersusun secara bertindih dan mengarah ke belakang bagi

memberikan bentuk badan yang larus dan luas permukaan yang besar dan untuk

menambahkan tujahan ke atas

2 Penerbangan

Kibasan sayap adalah disebabkan oleh tindakan antagonis otot dada.

(a) Gerakan ke bawah sayap (Rajah 11.23)

(i) Otot pektoralis major pada kedua-dua sayap mengecut.

(ii) Sayap ditarik ke bawah dan ke belakang.

(iii) Rintangan udara menghasilkan daya tujahan ke atas pada sayap.

Page 16: Topik 2 Biologi Tingkatan 5 Sekolah Menengah Agama Maran ... · 3 Bulu kejur kecil yang dipanggil keta bertindak sebagai penyangkuk semasa pergerakan. 4 Pergerakan adalah disebabkan

(iv) Daya tujahan dipindahkan dari sayap ke korakoid untuk mengangkat keseluruhan

badan ke atas dan ke hadapan.

(b) Gerakan ke atas sayap

(i) Otot pektoralis minor pada kedua-dua sayap mengecut.

(ii) Sayap ditarik ke atas. (iii) Rintangan udara adalah rendah. Sayap kembali ke

kedudukan asal.

Kesan Kecacatan Sistem Rangka Otot terhadap Sokongan dan Pergerakan

Osteoporosis

Osteoporosis adalah penyusutan tulang disebabkan oleh pengurangan jisim tulang.

Tulang adalah ringan dan poros serta menjadi lembut dan rapuh.

2 Ia berlaku disebabkan oleh kadar pengurangan kadar kalsium dan fosforus ke dalam

aliran darah lebih tinggi daripada kadar pemendapan atau pembentukan tulang.

3 Biasanya berlaku kepada orang tua, terutamanya wanita yang telah mengalami putus

haid.

4 Cara untuk mencegah osteoporosis:

(a) Diet yang kaya dengan kalsium untuk menambahkan jisim tulang

(b) Diet yang kaya dengan vitamin D untukmenambahkan penyerapan kalsium

(c) Selalu bersenam untuk menguatkan otot dan tulang (d) Menjalani terapi penggantian

hormon (HRT)

Distrofi otot

1 Penyakit ini menyebabkan otot rangka merosot secara perlahanlahan.

2 Gentian otot merosot dan menjadi kedl.

3 Merupakan penyakit pewarisan yang disebabkan oleh kecacatan gen pada kromosom X

dan lebih banyak terjadi kepada lelaki berbanding perempuan.

Artritis

1 Artritis melibatkan radang pada sendi.

2 Sendi menjadi sakit dan menyebabkan pergerakan yang terhad.

3 Artritis yang bias a berlaku adalah:

(a) Osteoartritis

(b) Artritis reumatoid

(c) Gout

4 Osteoartritis

(a) Osteoartritis berlaku disebabkan rawan di antara tulang pada sendi rosak disebabkan

haus dan lusuh.

(b) Biasanya berlaku kepada orang tua.

(c) Sendi menjadi sakit, mengalami keradangan, bengkok dan kejang.

(d) Biasa berlaku pada pinggul, lutut dan belakang.

Page 17: Topik 2 Biologi Tingkatan 5 Sekolah Menengah Agama Maran ... · 3 Bulu kejur kecil yang dipanggil keta bertindak sebagai penyangkuk semasa pergerakan. 4 Pergerakan adalah disebabkan

5 Artritis reumatoid

(a) Berlaku disebabkan oleh keradangan membran sinovia yang membawa kepada

pengumpulan cecair sinovia pada sendi jari tangan, pergelangan tangan, buku lali dan

kaki.

(b) Sendi mengalami keradangan, sakit dan kejang.

6 Gout

(a) Disebabkan oleh pengumpulan asid urik di dalam sendi

(b) Sendi mengalami keradangan dan sakit.

(c) Lebih kerap berlaku kepada lelaki.

(d) Rawatan termasuklah:

(i) Pengambilan minuman keras yang sederhana banyak

(ii) Mengurangkan pengambilan protein dalam diet

(iii) Mengambil ubat untuk mengurangkan keradangan dan mengurangkan asid urik

dalam badan

Masalah otot

1 Kekejangan otot

(a) Ia disebabkan oleh kekejangan otot hasil daripada pengecutan otot secara tibatiba dan

kuat.

(b) Kekurangan garam di dalam badan boleh menyebabkan kekejangan otot.

2 Sakit otot

(a) Ia disebabkan oleh tekanan kuat atau koyakan kedl pada otot.

(b) Ketegangan otot disebabkan oleh koyakan yang lebih besar.

MENGHARGAI SISTEM RANGKA OTOT YANG SIHAT

1 Sistem rangka otot membantu menyokong badan dan menyebabkan pergerakan.

2 Cara mengekalkan sistem rangka yang sihat:

(a) Diet yang seimbang

Diet yang kaya dengan protein, vitamin D, kalsium dan fosforus membantu

membina tulang yang kuat dan mencegah osteoporosis.

(b) Mempunyai postur yang baik

(i) Postur adalah cara seseorang membawa dirinya semasa pergerakan dan apabila

menjalankan aktiviti.

(ii) Dengan postur yang baik, badan disokong dengan baik, turus vertebra adalah lurus, isi

padu rongga toraks tidak dikurangkan dan fungsi organ dalaman tidak terganggu (Rajah

11.24).

(iii) Dengan postur yang buruk, terdapat tekanan yang tidak perlu pada otot dan tulang

belakang. lni menyebabkan kelesuan dan sakit belakang.

Page 18: Topik 2 Biologi Tingkatan 5 Sekolah Menengah Agama Maran ... · 3 Bulu kejur kecil yang dipanggil keta bertindak sebagai penyangkuk semasa pergerakan. 4 Pergerakan adalah disebabkan

Berdiri

Badan sepatutnya berada dalam satah lurus, tegang dan

tegak

Berat badan disokong oleh kaki dan diseimbangkan pada

paksi

Duduk

Belakang, pinggul dan paha disokong dengan baik

Belakang adalah tegak dan berehat pada kerusi

Semua otot adalah kendur

Berjalan

Badan tegak dan lurus

Kepala di angkat, mata melihat lurus ke hadapan

Mengangkat objek berat

Toraks dan abdomen selari dalam satu

garisan menegak

Melutut dengan membengkokkan lutut don

meluruskan tangan untuk mengangkat objek

Page 19: Topik 2 Biologi Tingkatan 5 Sekolah Menengah Agama Maran ... · 3 Bulu kejur kecil yang dipanggil keta bertindak sebagai penyangkuk semasa pergerakan. 4 Pergerakan adalah disebabkan

(c) Memakai pakaian yang sesuai untuk aktiviti harian

(i) Pemakaian yang sesuai semasa bersenam dan berekreasi adalah perlu untuk

mengelakkan kecederaan pada sistem rangka.

(ii) Elakkan pakaian yang ketat kerana boleh mengganggu aktiviti otot dan pergerakan.

(iii) Elakkan pakaian tebal yang mengganggu perpeluhan.

(iv) Elakkan kasut tinggi yang menyebabkan belakang

membongkok.

(d) Mengambil langkah berjaga-jaga yang sesuai semasa aktiviti cergas

(i) Lakukan aktiviti cergas berdasarkan keupayaan.

(ii) Elakkan aktiviti yang boleh menyebabkan kecederaan di bahagian belakang.

(iii) Pastikan peralatan yang digunakan adalah sesuai dan tidak berbahaya.

(iv) Panaskan badan sebelum melakukan senaman cergas untuk meningkatkan suhu otot

supaya otot dapat berfungsi secara berkesan.

( e) Mengamalkan teknik senaman yang betul dan selamat

(i) Lakukan senaman berdasarkan teknik yang betul bagi mengelakkan kecederaan pada

ligamen, tendon, otot dan tulang.

(ii) Gunakan peralatan dan teknik yang betul bagi mencegah kecederaan pada sistem

rangka otot.

SOKONGAN PADA TUMBUHAN

Kepentingan Sokongan pada Tumbuhan

1 Membolehkan tumbuhan kekal tegak

2 Membolehkan tumbuhan berada di kedudukan yang membolehkannya mendapat

cahaya matahari yang maksimum

3 Untuk menampung berat tumbuhan

4 Untuk memberikan kekuatan menahan rintangan angin

Sokongan pada Tumbuhan Akuatik

SPM 2005/SecB/Q6

1 Terdapat dua jenis tumbuhan akuatik:

(a) Tumbuhan air tenggelam (Hydrilla sp., Elodea sp., Utricularia sp.)

(b) Tumbuhan terapung (teratai, keladi bunting)

2 Penyesuaian tumbuhan tenggelam untuk sokongan dalam air (a) Lamina daun yang

nipis, kedl dan batang halus untuk mengurangkan rintangan arus air.

(b) Tiada akar dan tisu berkayu.

Page 20: Topik 2 Biologi Tingkatan 5 Sekolah Menengah Agama Maran ... · 3 Bulu kejur kecil yang dipanggil keta bertindak sebagai penyangkuk semasa pergerakan. 4 Pergerakan adalah disebabkan

Kutikel tumbuhan adalah nipis dan mudah telap air dan gas. Keseluruhan permukaan

tumbuhan boleh menyerap air, garam mineral, karbon dioksida dan oksigen.

(c) Batang dan daun mempunyai rongga udara yang membolehkan tumbuhan terapung

dan kekal tegak di dalam air.

3 Penyesuaian tumbuhan terapung untuk terapung di permukaan air

(a) Batang dan daun mempunyai tisu aerenkima yang terdiri daripada pundi udara, sel

yang berdinding nipis dan banyak ruang udara di antara sel (Rajah 11.25). Ini

menyebabkan tumbuhan menjadi ringan dan memberikan keapungan kepada

tumbuhan untuk terapung.

(b) Permukaan daun yang terapung diliputi oleh kutikel bedilin untuk mencegah stoma

daripada tersumbat dengan air.

(c) Pundi udara atau ruang udara pada daun membantu resapan oksigen dan karbon

dioksida melalui stoma.

(d) Keladi bunting mempunyai batang, petiol besar yang banyak ruang udara untuk

memberikan lebih daya keapungan dan membolehkan tumbuhan terapung di permukaan

air (Rajah 11.26). Ia mempunyai banyak akar bergentian halus yang memerangkap

gelembung udara untuk membolehkan tumbuhan terapung.

Sokongan pada Tumbuhan Darat

1 Tumbuhan herba (keembung, lidah buaya)

(a) Merupakan tumbuhan tidak berkayu dengan batang lembut.

(b) Tumbuhan herba mempunyai tisu xilem yang sedikit dan bergantung kepada

kesegahan sel pokok untuk memberikan sokongan.

(c) Penyesuaian

Page 21: Topik 2 Biologi Tingkatan 5 Sekolah Menengah Agama Maran ... · 3 Bulu kejur kecil yang dipanggil keta bertindak sebagai penyangkuk semasa pergerakan. 4 Pergerakan adalah disebabkan

(i) Tisu parenkima mempunyai dinding yang nipis dan menyerap air secara osmosis

untuk menjadi segah. Kesegahan . sel memberikan sokongan dan menyebabkan batang

menjadi tegak dan mengekalkan bentuk tumbuhan.

(ii) Pokok memanjat mempunyai sulur paut untuk memberikan sokongan kepada

tumbuhan.

2 Tumbuhan berkayu

(a) Tumbuhan berkayu adalah tumbuhan besar dengan batang berkayu yang keras, seperti

pokok dan pokok renek.

(b) Tumbuhan ini mempunyai tisu khas untuk memberikan sokongan.

(c) Tisu sokongan ini mempunyai dinding yang ditebalkan dan dikuatkan dengan selulosa

atau lignin untuk memberikan sokongan.

(d) Tisu penyokong adalah:

(i) Tisu xilem

Tisu xilem terdiri daripada salur xilem dan trakeid yang dikuatkan dengan lignin. Ini

menjadikan tisu xilem keras dan kuat untuk memberikan sokongan mekanikal.

Semakin tumbuhan itu membesar, lebih banyak tisu xilem ditambah untuk menyokong

pertambahan jisim tumbuhan.

(ii) Tisu parenkima

menyimpan kanji, gula dan air. Penyerapan air secara osmosis menyebabkan sel menjadi

segah dan memberikan sokongan kepada tumbuhan.

(iii) Tisu kolenkima mempunyai dinding yang ditebalkan dengan selulosa untuk

memberikan sokongan kepada daun, tangkai bunga dan batang muda.

(iv) Tisu sklerenkima

mempunyai dinding sel yang ditebalkan dengan lignin untuk memberikan sokongan

kepada tumbuhan. Contohnya seperti batang tebu, daun kelapa, buah dan biji dengan

kulit yang keras.

Page 22: Topik 2 Biologi Tingkatan 5 Sekolah Menengah Agama Maran ... · 3 Bulu kejur kecil yang dipanggil keta bertindak sebagai penyangkuk semasa pergerakan. 4 Pergerakan adalah disebabkan