topik 6 - pelawaan membuat tawaran

12
PELAWAAN MEMBUAT TAWARAN Invitation To Treat

Upload: muhammad-farid-ariffin

Post on 16-Aug-2015

236 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

PELAWAAN MEMBUAT TAWARAN

TRANSCRIPT

Page 1: Topik 6 - Pelawaan Membuat Tawaran

PELAWAAN MEMBUAT TAWARAN

Invitation To Treat

Page 2: Topik 6 - Pelawaan Membuat Tawaran

Tawaran dibezakan dengan pelawaan untuk membuat tawaran• Pelawaan tawaran = Ajakan / jemputan satu pihak

kepada pihak lain supaya membuat tawaran.• Pelawaan tawaran merupakan langkah pertama di

dalam rundingan yang dibuat di antara dua pihak yang mungkin akan berkesudahan dengan satu cadangan yang seterusnya menjurus kepada kontrak ataupun rundingan tersebut hanya berakhir setakat rundingan sahaja.

Page 3: Topik 6 - Pelawaan Membuat Tawaran

Contoh-contoh pelawaan tawaran• Iklan• Pameran barang-barang di kedai layan diri• Tender• Jualan lelongan• Jualan melalui katalog / surat edaran• Prospektus saham

Page 4: Topik 6 - Pelawaan Membuat Tawaran

Iklan • Kes: Harris lwn Nickerson• Nickerson, seorang jurulelong telah membuat iklan bahawa dia akan

menjual barangan tertentu, termasuklah perhiasan pejabat. Lelongan itu akan diadakan pada tarikh dan tempat tertentu. Harris telah hadir pada hari yang ditetapkan itu dengan niat untuk membeli beberapa perhiasan pejabat. Nickerson sebenarnya telah membatalkan perhiasan pejabat daripada jualan. Harris telah menuntut ganti rugi daripada Nickerson kerana pelanggaran kontrak, dengan menghujahkan bahawa iklan itu merupakan tawaran yang mana dia telah menerimanya dengan menghadiri jualan tersebut.• KM: Iklan tersebut hanyalah pernyataan niat untuk mengadakan

satu jualan lelong dan bukan satu tawaran. Ia hanyalah pelawaan membuat tawaran.

Page 5: Topik 6 - Pelawaan Membuat Tawaran

Pameran barang-barang di kedai layan diri• Kes: Pharmaceutical Society lwn Boots Cash Chemist of

Great Britain (Southern) Ltd • Barang jualan yang sudah sedia dibungkus dan diletakkan

harga telah dipamerkan dalam sebuah kedai layan diri. Penjualan barang-barang tersebut adalah dikawal di bawah Akta Ubatan dan Racun 1933. Timbul persoalan pada masa bilakah berlakunya jualan dan adakah barang-barang yang dipamerkan dengan harga yang masih dilekatkan padanya merupakan satu cadangan atau pelawaan cadangan.

Page 6: Topik 6 - Pelawaan Membuat Tawaran

• KM: Pameran barang-barang adalah satu pelawaan sahaja yang mempelawa orang ramai membuat tawaran untuk membelinya. Mana-mana pelanggan yang berminat membelinya akan membuat cadangan di kaunter pembayaran. Maka, di kaunter pembayaran itulah wujudnya cadangan yang boleh diterima atau ditolak oleh juruwang.

Page 7: Topik 6 - Pelawaan Membuat Tawaran

• Kes: Fisher lwn Bell• Defendan, seorang peniaga yang menjual pisau telah

mempamerkan pisau lipat di kedainya. Defendan telah dituduh melanggar peruntukan S.1(1) Akta Sekatan Senjata Merbahaya 1959 kerana membuat tawaran menjual pisau lipat kepada umum.

• KM: Tindakan defendan meletakkan pisau tersebut untuk dipamerkan di kedainya bukanlah merupakan satu cadangan, tetapi ia hanya mempelawa pembeli untuk membuat cadangan membeli kepada defendan.

Page 8: Topik 6 - Pelawaan Membuat Tawaran

Tender

Kes: Spencer lwn HardingDefendan mengeluarkan surat edaran tender bagi pembelian barangan tertentu. Tender yang dikemukakan oleh plaintif adalah tawaran yang paling tinggi tetapi defendan tidak menerimanya.

KM: Defendan berhak menolak tawaran tersebut kerana tiada kontrak yang sah wujud. Pengumuman tender hanyalah pelawaan untuk membuat tawaran.

Page 9: Topik 6 - Pelawaan Membuat Tawaran

Jualan lelongan

• Kes: M & J Frozen Food Sdn Bhd & Anor lwn Siland Sdn Bhd & Anor

Dalam kes jualan tanah yang dibuat secara lelongan awam, persoalan yang timbul ialah sama ada satu kontrak telah terbentuk apabila pelelong menjatuhkan tukulnya?

KM: Menurut peruntukan yang terdapat dalam Kanun Tanah Negara 1965, jualan dengan cara jatuhan tukul ini akan terbentuk apabila barangan yang dilelong tersebut sudah tidak lagi dipelawa kepada mana-mana pembeli, di mana pada waktu itu, pembeli yang telah berjaya dalam lelongan sudah terikat dengan tawarannya untuk membeli.

Page 10: Topik 6 - Pelawaan Membuat Tawaran

Jualan melalui katalog / surat edaran• Kes: Grainger & Sons lwn Gough

• KM: Katalog yang diedarkan oleh penerbit buku adalah satu pelawaan untuk membuat tawaran.

Page 11: Topik 6 - Pelawaan Membuat Tawaran

Tawaran dibezakan dengan kenyataan awal / keterangan awal• Apabila seseorang meminta sebut harga daripada

seseorang yang lain, maka sebut harga yang diberikan oleh seseorang yang lain itu bukanlah satu tawaran. Ini semata-mata satu kenyataan awal dan terpulanglah kepada seseorang itu sama ada ingin membuat tawaran membeli atau tidak barang tersebut.

Page 12: Topik 6 - Pelawaan Membuat Tawaran

Kes: Harvey lwn Facey

• Defendan telah menghantar telegram kepada plaintif bertanyakan sama ada plaintif setuju menjual kepadanya Bumper Hall Pen dan meminta plaintif menyebut harga barang tersebut. Plaintif menjawab dengan telegram dan menyatakan, ‘Harga tunai paling rendah untuk Bumper Hall Pen ialah £900’. Defendan terus menghantar telegram kepada plaintif menyatakan persetujuannya membeli barang tersebut dengan harga yang dinyatakan oleh plaintif.

• KM: Apa yang dilakukan oleh plaintif itu bukanlah satu tawaran yang muktamad tetapi hanyalah satu sebut harga sahaja.