user manual sistem e-tawaran (semakan tawaran …kemasukan.upnm.edu.my/tawaran/pelajar/pdf/user...

12
USER MANUAL SISTEM E TAWARAN v1.0 1 | Page USER MANUAL SISTEM E-TAWARAN (SEMAKAN TAWARAN ASASI/DIPLOMA) UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA VERSI 1.0

Upload: hoangcong

Post on 07-Jul-2019

319 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

USER MANUAL SISTEM E TAWARAN v1.0

1 | P a g e

USER MANUAL

SISTEM E-TAWARAN

(SEMAKAN TAWARAN ASASI/DIPLOMA)

UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA

VERSI 1.0

USER MANUAL SISTEM E TAWARAN v1.0

2 | P a g e

A- PENGENALAN

Sistem E Tawaran dibangunkan bertujuan untuk merekod data peribadi, keluarga, aktiviti, sekolah, dan lain-lain bagi setiap pelajar baharu yang akan mendaftar di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM). Selain daripada itu, sistem ini juga memudahkan proses pendaftaran pelajar baharu pada hari pendaftaran.

Pengguna sistem ini adalah pelajar baharu yang akan datang mendaftar di UPNM.

Sistem boleh mencapai sistem melalui URL :

http://kemasukan.upnm.edu.my/tawaran

Terdapat 4 semakan utama iaitu :

• Semakan Temuduga Asasi • Semakan Tawaran Asasi/ Diploma • Semakan Temuduga Ijazah Sarjana Muda • Semakan Tawaran Ijazah Sarjana Muda

Semakan akan dibuka mengikut tempoh yang ditetapkan dan semakan yang dibuka akan bertanda (/)

Gambarajah 1

USER MANUAL SISTEM E TAWARAN v1.0

3 | P a g e

B- SEMAKAN DAN SETUJU TERIMA

(1) Klik pada Semakan Tawaran Asasi/Diploma :

Gambarajah 2

(2) Skrin masukkan No Kad Pengenalan akan terpapar. Masukkan No Kad Pengenalan (12 digit) di ruang yang disediakan dan klik butang Cari. Butang Reset adalah untuk reset No Kad Pengenalan.

Gambarajah 3

(3) Skrin memasukkan No Kad Pengenalan Bapa akan terpapar. Masukkan No Kad Pengenalan Bapa (12 digit) di ruang yang disediakan dan klik butang Cari. Butang Reset adalah untuk reset No Kad Pengenalan Bapa.

USER MANUAL SISTEM E TAWARAN v1.0

4 | P a g e

Gambarajah 4

(4) Skrin Setuju/Terima akan terpapar. Pelajar dikehendaki klik pada butang Terima Tawaran sekiranya setuju mendaftar di UPNM atau klik pada butang Tolak Tawaran sekiranya tidak bersetuju mendaftar di UPNM.

Gambarajah 5

USER MANUAL SISTEM E TAWARAN v1.0

5 | P a g e

(5) Dan sekiranya pelajar tidak bersetuju untuk mendaftar di UPNM, pelajar perlu memilih Sebab Penolakan di skrin seperti di bawah :

Gambarajah 6

C- MAKLUMAT TAWARAN

(1) Sekiranya pelajar sudah Setuju Terima tawaran di UPNM, skrin Maklumat Tawaran akan terpapar. Pelajar perlu menyemak semula maklumat ini yang akan dipaparkan Tarikh Pendaftaran, Masa Pendaftaran, dan Tempat Pendaftaran.

USER MANUAL SISTEM E TAWARAN v1.0

6 | P a g e

Gambarajah 7

(2) Sub menu akan terpapar juga di sebelah kiri skrin.

Gambarajah 8

USER MANUAL SISTEM E TAWARAN v1.0

7 | P a g e

D- MAKLUMAT PELAJAR

(1) Seterusnya, pelajar wajib mengisi Maklumat Pelajar. Klik Menu Maklumat Pelajar di sebelah kiri skrin.

Gambarajah 9

(2) Skrin ini akan terpapar :

Gambarajah 10

(3) Pelajar diwajibkan muat turun kesemua dokumen yang disenaraikan bagi persediaan pada Hari Pendaftaran. Dokumen yang akan disediakan ialah :- Tatacara Pendaftaran Pelajar- Borang Pendapatan Keluarga- Akuan Pembayaran

(4) Kemudian, klik pada butang dan Tab Peribadi akan terpapar. Pelajar wajib muat naik gambar tidak melebihi 5MB berdimensi 350x400 pixel dan wajib isi maklumat yang disenaraikan (indikator merah akan terpapar sekiranya pelajar tidak isi maklumat yang wajib diisi) dan klik butang Simpan.

Gambarajah 11

USER MANUAL SISTEM E TAWARAN v1.0

8 | P a g e

(5) Pada Tab Keluarga, pelajar wajib isi maklumat Ibu/Bapa/Penjaga dan Waris yang disenaraikan (indikator merah akan terpapar sekiranya pelajar tidak isi maklumat yang wajib diisi). Klik butang Simpan.

Gambarajah 12

Gambarajah 13

Gambarajah 14

USER MANUAL SISTEM E TAWARAN v1.0

9 | P a g e

(6) Pada Tab Kelayakan, klik butang Tambah dan pelajar wajib mengisi maklumat sekolah/institusi sebelum ini dan klik butang Simpan.

Gambarajah 15

(7) Pada Tab Kokurikulum dan isi maklumat aktiviti yang pernah dianggotai sebelum ini dan klik butang Simpan.

Gambarajah 16

USER MANUAL SISTEM E TAWARAN v1.0

10 | P a g e

(8) Seterusnya, pada Tab Yuran, skrin akan memaparkan maklumat akaun UPNM dan pelajar wajib muat turun Akuan Pembayaran dan dibawa bersama semasa di kaunter bank. Kemudian, pelajar wajib mengisi No Akaun CIMB Pelajar, Tarikh Bayaran Yuran, Jumlah Bayaran, dan No Rujukan Bayaran. Klik butang Simpan.

Gambarajah 17

(9) Klik pada Contoh Resit Bayaran dan skrin contoh akan terpapar.

Gambarajah 18

USER MANUAL SISTEM E TAWARAN v1.0

11 | P a g e

(10) Seterusnya, pada Tab Kediaman, skrin akan memaparkan Blok Asrama pelajar. Pelajar wajib muat turun Borang Asrama dan Peta Asrama untuk dibawa bersama semasa Hari Pendaftaran. Klik butang Seterusnya untuk ke skrin seterusnya.

Gambarajah 19

(11) Pada Tab Pengesahan, pelajar wajib klik pada ruang yang disediakan dan klik butang Simpan.

Gambarajah 20

USER MANUAL SISTEM E TAWARAN v1.0

12 | P a g e

(12) Kemudian, surat tawaran akan terpapar seperti di bawah. Sila bawa surat tawaran ini semasa Hari Pendaftaran.

Gambarajah 21

-TAMAT-