topik 2 part 3

20
SUMBANGAN MALAYSIA SERANTAU DAN ANTARABANGSA Sumbangan Malaysia dalam perpaduan serantau Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN) Persatuan Negara-negara Asia Tenggara atau dikenali sebagai ASEAN merupakan pertubuhan yang dicadangkan oleh Tunku Abdul Rahman. Negara-negara seperti Indonesia, Thailand, Singapura dan Filipina telah bersetuju dengan cadangan beliau. Pada 8 Ogos 1967, satu deklarasi penubuhan ASEAN iaitu "Deklarasi Bangkok" telah ditandatangani di Bangkok oleh semua wakil negara termasuk Malaysia selepas satu sidang kemuncak diadakan. Deklarasi ini merupakan asas kepada pembentukan ASEAN. Wakil-wakil yang menandatangani pengisytiharan ASEAN ialah Tun Abdul Razak iaitu Timbalan Perdana Menteri Malaysia. Tun Adam Malik iaitu Menteri Luar Indonesia, S. Rajaratnam iaitu Menteri Luar Singapura, Thanat Khoman iaitu Menteri Luar Thailand, dan N. Ramos iaitu setiausaha Luar Filipina. Menurut Wong Khek Seng 2010, Rantau ASEAN mempunyai populasi penduduk kira-kira 500 juta orang, dengan keluasan 4.5 juta kilometer persegi dan jumlah keluaran domestik bersama kira-kira US$ 737 billion. Matlamat bagi ASEAN adalah untuk membantu antara satu sama lain dalam bidang ekonomi, sosial dan juga kebudayaan, mewujudkan kestabilan politik di rantau Asia Tenggara secara amnya, berusaha meningkatkan taraf hidup penduduk melalui kerjasama dalam bidang pertanian, perdagangan dan perindustrian, mengadakan hubungan yang lebih erat dengan pertubuhan serantau dan antarabangsa yang lain serta

Upload: loh-chia-pei

Post on 27-Sep-2015

249 views

Category:

Documents


8 download

DESCRIPTION

sejarah 3

TRANSCRIPT

SUMBANGAN MALAYSIA SERANTAU DAN ANTARABANGSASumbangan Malaysia dalam perpaduan serantauPersatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN)Persatuan Negara-negara Asia Tenggara atau dikenali sebagai ASEAN merupakan pertubuhan yang dicadangkan oleh Tunku Abdul Rahman. Negara-negara seperti Indonesia, Thailand, Singapura dan Filipina telah bersetuju dengan cadangan beliau. Pada 8 Ogos 1967, satu deklarasi penubuhan ASEAN iaitu "Deklarasi Bangkok" telah ditandatangani di Bangkok oleh semua wakil negara termasuk Malaysia selepas satu sidang kemuncak diadakan. Deklarasi ini merupakan asas kepada pembentukan ASEAN. Wakil-wakil yang menandatangani pengisytiharan ASEAN ialah Tun Abdul Razak iaitu Timbalan Perdana Menteri Malaysia. Tun Adam Malik iaitu Menteri Luar Indonesia, S. Rajaratnam iaitu Menteri Luar Singapura, Thanat Khoman iaitu Menteri Luar Thailand, dan N. Ramos iaitu setiausaha Luar Filipina. Menurut Wong Khek Seng 2010, Rantau ASEAN mempunyai populasi penduduk kira-kira 500 juta orang, dengan keluasan 4.5 juta kilometer persegi dan jumlah keluaran domestik bersama kira-kira US$ 737 billion. Matlamat bagi ASEAN adalah untuk membantu antara satu sama lain dalam bidang ekonomi, sosial dan juga kebudayaan, mewujudkan kestabilan politik di rantau Asia Tenggara secara amnya, berusaha meningkatkan taraf hidup penduduk melalui kerjasama dalam bidang pertanian, perdagangan dan perindustrian, mengadakan hubungan yang lebih erat dengan pertubuhan serantau dan antarabangsa yang lain serta memberikan kerjasama dan bantuan dalam bentuk latihan dan penyelidikan (R&D).Pada tahun 1984, keanggotaan ASEAN telah bertambah apabila Brunei menyertai ASEAN dan pada tahun 1997, kemasukan Vietnam, Myanmar dan Laos serta pada tahun 1999, negara terakhir iaitu Kemboja yang menyertai pertubuhan ini telah menyebabkan bilangan anggotanya bertambah lagi. Kini, 10 buah negara telah menganggotai ASEAN. Bagi Malaysia, ASEAN adalah satu keutamaan dalam menentukan arah tuju dasar luar negara. Penyertaan Malaysia dalam pertubuhan ini adalah untuk menyelesaikan perbezaan politik dengan Filipina, Indonesia dan Singapura. Pengukuhan ASEAN sangat dipentingkan oleh Malaysia kerana ia akan memberi impak negatif terhadap Malaysia dari segi politik dan ekonomi seandainya kestabilan ASEAN terjejas. Selain itu, Malaysia juga ingin menjalin hubungan dengan pemimpin Indonesia iaitu Presiden Suharto. Motif utama bagi mewujudkan ASEAN adalah menyelesaikan perbalahan dan pertikaian politik semasa yang yang telah berlaku di kawasan serantau ini. Ini diperkukuhkan lagi menerusi persefahaman bersama dalam kalangan lima buah Negara kawasan serantau mengenai sokongan pihak luar iaitu Negara China bagi pemberontakan dalam negeri oleh pihak komunis. ASEAN merupakan asas yang kuat dalam mewujudkan kerjasama serantau. Banyak rancangan yang berjaya telah dilaksanakan demi kepentingan bersama sejak awal penubuhannya hingga kini dan Malaysia telah memainkan peranan penting serta memberi sumbangan yang banyak dalam pertubuhan ini. Dalam ASEAN, Malaysia telah banyak mewujudkan hubungan dan kerjasama dengan negara-negara anggota lain. Antaranya ialah hubungan perdagangan dan perindustrian, kerjasama politik, kerjasama ekonomi, kerjasama dalam bidang pendidikan dan kesihatan, kerjasama sosial dan kebudayaan, kepentingan sosial dan lain-lain lagi. Dari segi ekonomi, kerjasama yang berlaku agak perlahan walaupun ianya adalah agenda utama ASEAN. Projek perindustrian telah melibatkan projek vaksin Hepatitis B, projek baja urea di Bintulu, Sarawak dan Acheh, Indonesia dan lain-lain lagi. Dalam Sidang Kemuncak ASEAN yang diadakan di Singapura pada tahun 1992 telah mengumumkan bahawa kerjasama ekonomi ASEAN diwujudkan melalui Zon Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN atau ASEAN Free Trade Area (AFTA). Di samping itu, idea Perundingan Ekonomi Asia Timur atau dikenali sebagai East Asian Economic Council (EAEC) juga telah dikemukakan oleh Malaysia. Dengan ini, kerjasama ekonomi telah diperluaskan ke negara lain termasuk China, Jepun dan Korea Selatan dan ini merupakan idea Tun Dr. Mahathir Mohamad tetapi Amerika Syarikat telah menentang dengan hebatnya atas faktor ekonomi. Namun begitu, idea ini tidak dibiar begitu sahaja sebaliknya tetap mengadakan kerjasama secara rasmi melalui konsep ASEAN + 3. ASEAN +3 adalah kerjasama antara negara-negara ASEAN dengan negara-negara Timur iaitu Korea, China dan Jepun. ASEAN telah menjemput Menteri Luar mereka untuk menghadiri perbincangan yang berkaitan dengan kerjasama yang ingin diwujudkan. Terdapat beberapa jawatankuasa tetap telah ditubuhkan oleh negara-negara ASEAN untuk merundingkan usaha ke arah pembangunan ekonomi dan sosial. Antaranya ialah Jawatankuasa Pengangkutan dan Telekomunikasi, Jawatankuasa Perdagangan dan Pelancongan, Jawatankuasa Kebudayaan, Penerangan dan sebagainya. Kerjasama yang berlaku dalam bidang kebudayaan adalah mengadakan festival kebudayaan dan kesenian dengan menubuhkan Tabung kebudayaan ASEAN. Pertukaran berita dan penyiaran TV/ Radio antara RTM (Malaysia) dengan TVRI ( Indonesia) dan RTB (Brunei) telah dibuat. Tambahan pula, bagi mengeratkan hubungan antara negara anggota, Sukan SEA telah diadakan setiap dua tahun. Manakala kerjasama dalam bidang pelancongan pula ialah semua negara anggota ASEAN menyokong program Tahun Melawat ASEAN pada tahun 1992 dan 1996. Dari segi sosial, kerjasama dalam bidang kesihatan adalah untuk meninggikan taraf sosial negara-negara anggota manakala dalam bidang pendidikan pula adalah untuk berkongsi kepakaran untuk dipelajari oleh penuntut-penuntut dari negara anggota. Dengan ini, ASEAN telah menubuhkan persidangan Menteri-menteri Pelajaran ASEAN iaitu (SEAMEO). Bagi mencapai hasrat pendidikan ini, pelaksanaannya telah diagihkan kepada beberapa buah negara ASEAN seperti RESCAM di Pulau Pinang adalah untuk melatih guru Sains dan Matematik, RELC di Singapura pula berperanan untuk melatih pegawai-pegawai meningkatkan prestasi penguasaan bahasa Inggeris, INOTEC memainkan peranan untuk melahirkan penyelidik pertanian di Filipina dan TROMPED dilaksanakan untuk menjalankan penyelidikan kesihatan awam di Negara Thailand. Dalam bidang penyelidikan penyakit, mereka turut bekerjasama untuk mengkaji penyakit seperti denggi, Hepatitis dan Coxsakie B. Dari segi politik, anggota ASEAN telah termeterai pelbagai persetujuan dan persefahaman. Secara keseluruhan, kebanyakannya mengenai visi ASEAN itu sendiri, keamanan sejagat dan bidang pertahanan. Contoh-contoh kerjasama dan persefahaman yang telah dimeterai oleh ahli anggota ASEAN ialah Deklarasi ASEAN di Bangkok pada 8 Ogos 1967, Deklarasi Zon Aman, Bebas dan Berkecuali di Kuala Lumpur pada 27 November 1971, Deklarasi Concord ASEAN di Baling pada 24 Februari 1976, Kerjasama Keamanan Asia Tenggara di Baling pada 24 Februari 1976, Deklarasi ASEAN ke atas Laut China Selatan di Manila pada 22 Julai 1992, Kerjasama Ke Atas Zon Bebas Senjata Nuklear Asia Tenggara di Bangkok pada 15 Disember 1997 dan Deklarasi Concord ASEAN II di Baling pada 7 Oktober 2003. Dari segi keselamatan, anggota ASEAN telah bersetuju menjadikan rantau ini sebagai rantau yang bebas daripada persaingan kuasa besar. Konsep Zon Aman, Bebas dan Berkecuali atau dikenali sebagai Zone of Peace, Free and Neutrality (ZOPFAN) di seluruh negara anggota ASEAN. Tujuannya adalah untuk mewujudkan keamanan dan kestabilan politik di rantau Asia Tenggara. Di samping itu, semua negara anggota ASEAN juga bersetuju menerima konsep South East Asia Nuclear Weapons Free Zone (SEANWFZ) iaitu mengelakkan rantau ASEAN ini daripada menjadi tempat persaingan tenaga nuklear. Menteri-Menteri Luar ASEAN memutuskan kawasan ASEAN ialah Zon Bebas Senjata Nuklear pada tahun 1984. Hal ini telah bermakna rantau ini tidak akan membenarkan mana-mana kapal menggunakan perairan dan kemudahan pelabuhan untuk mengangkut senjata nuklear atau bahan nuklear. Melalui pengisytiharan ini, ASEAN telah menunjukkan kepada dunia bahawa negara-negara ASEAN komited terhadap konsep ZOPFAN dan SEANWFZ. Namun begitu, konsep ZOPFAN ini teruji apabila Vietnam menceroboh Kampuchea pada tahun 1978 dan menjatuhkan kerajaan Khmer Rouge. ASEAN telah mengadakan satu mesyuarat bagi membentuk kerajaan Demokratik Campuran Kampuchea di bawah pimpinan Putera Norodom Sihanouk untuk mengatasi masalah ini. Vietnam telah bersetuju dengan cadangan berkenaan dan pada tahun 1982 mesyuarat ini telah diadakan di Kuala Lumpur. Walaupun ada ketikanya, anggota ASEAN tidak sentiasa sehaluan, Malaysia tidak boleh membelakangkan ASEAN. Pertubuhan ini harus terus menjadi tunggak kesejahteraan dan kemakmuran rantau ini. ASEAN tetap merupakan satu kewujudan yang sangat penting bagi rantau Asia Tenggara. ASEAN telah berkembang pesat dalam bidang politik dan ekonomi semanjak penubuhannya dan ASEAN telah meraih dividen besar, iaitu keamanan dan kestabilan rantau sebaliknya tidak terdapat konflik dalam erti kata penggunaan ketenteraan untuk membatasi masalah dua hala sesama negara-negara ASEAN mahupun dengan negara-negara jiran yang lain. Oleh sebab ASEAN sentiasa menjadi tunggak dasar hubungan luar Malaysia, Malaysia telah berusaha gigih untuk menjayakan kerjasama ASEAN + 3 iaitu kerjasama antara ASEAN, China, Korea dan Jepun. Malaysia sangat berpuas hati dengan evolusi kerjasama ini kerana ia dapat membolehkan ASEAN + 3 mencapai matlamat utamanya iaitu pembentukan sebuah Komuniti Asia Timur (East Asia Community). Malaysia juga akan terus mengambil peranan utama dalam menjayakan apa juga matlamat yang ingin dicapai, selaras dengan objektif penubuhannya dan dasar luar negara. Hal ini kerana pada November 2005, Malaysia merupakan tuan rumah Sidang Kemuncak ASEAN dan juga pengerusi ASEAN bagi penggal 2005-2006. Bagi meningkatkan kerjasama ekonomi dengan ASEAN secara berkesan, Tun Abdullah Ahmad Badawi telah menggariskan tiga pendekatan baharu Malaysia semasa beliau menjawat jawatan Perdana Menteri. Tiga pendekatan beliau adalah meneruskan integrasi ekonomi secara meluas, mengembangkan rangkaian dengan negara-negara rakan dagang dan mempromosikan inisiatif pembangunan serantau. ASEAN memang berasa bangga apabila berjaya membasmikan tarif ke atas 11 sektor utama yang akan dilaksanakan oleh enam buah negara menjelang 2007 iaitu Malaysia, Indonesia, Thailand, Singapura, Brunei dan Filipina. Pada tahun 2012, barulah empat buah negara anggota yang lain iaitu Laos, Kemboja, Myanmar dan Vietnam melaksanakannya.

Sumbangan Malaysia dalam kerjasama antarabangsaPertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu atau PBB merupakan sebuah pertubuhan antarabangsa yang telah dibentukkan selepas Perang Dunia II iaitu pada 24 Oktober 1945 di San Francisco, California. Semua negara di seluruh dunia boleh menyertai pertubuhan ini kerana keahliannya terbuka kepada semua negara. Matlamat utama bagi pertubuhan ini adalah untuk menghindarkan perulangan pertelingkahan yang dahsyat, menegaskan hak asasi manusia yang penting, menjamin rasa hormat akan undang-undang antarabangsa serta memperbaiki taraf hidup penduduk di seluruh dunia. Pada 17 September 1957 iaitu selepas mencapai kemerdekaan, Malaysia telah menyertai PBB. Prinsip PBB adalah untuk menjamin kedaulatan dan hak semua negara ahli serta tidak wujud campur tangan dalam hal-ehwal negara lain. Matlamat PBB adalah untuk mewujudkan sebuah masyarakat dunia yang aman dan damai. Dengan ini, kerjasama dalam pelbagai bidang adalah diperlukan. Selain itu, PBB juga berperanan dalam dua perkara yang berkaitan dengan politik dunia, iaitu Perhimpunan Agung PBB dan Majlis Keselamatan. Sekreatariat PBB pula melaksanakan perkara yang berkait dengan sosioekonomi termasuk WHO, ILO, UNESCO, IMF, UNPROFOR, UNISOM dan UNCTAD. Dalam hal ini, PBB sentiasa dipercayai oleh Malaysia untuk menentukan keamanan dan kesejahteraan dunia. Keyakinan PBB kepada kebolehan dan keupayaan Malaysia dapat dibukti apabila Malaysia telah dipilih untuk memimpin negara-negara Kumpulan 77 yang ditugaskan untuk membincangkan isu-isu pembangunan dunia. Di samping itu, Malaysia juga telah dipilih sebagai pemimpin ICDATT, iaitu agensi antarabangsa yang berperanan untuk membanteras penyalahgunaan dadah. Malaysia terlibat dalam melaksanakan dasar PBB seperti menghantar pasukan pengaman di Congo (1961), Somalia (1995), Bosnia (1996) dan sempadan Iran-Iraq (1990) selain memberikan pandangan, cadangan atau teguran kepada badan dunia ini. Kemasukan Malaysia ke PBB telah mendatangkan banyak kelebihan. Misalnya, WHO telah banyak membantu penyelidikan dan peningkatan taraf hidup rakyat , UNESCO telah memajukan sistem pendidikan negara manakala FAO membantu pengeluaran makanan.Terdapat beberapa sumbangan Malaysia dalam PBB. Pada 17 September 1957, Malaysia diterima sebagai anggota rasmi ke-82 PBB dan hasrat Malaysia adalah "Untuk berbaik-baik dan bekerjasama dengan semua negara, demi menjamin keamanan dan kemakmuran dunia". Sumbangan Malaysia yang pertama adalah mengutuk negara atau kuasa besar yang menceroboh negara kecil. Sebagai contoh, Malaysia dan Ireland mengutuk tindakan Republik Rakyat China menceroboh dan melanggar hak asasi rakyat Tibet pada tahun 1959. Pada tahun 1969 pula, Malaysia telah mengutuk pencerobohan Russia di Czechoslovakia selain mengutuk pencerobohan Vietnam di Kemboja pada tahun 1979. Manakala pada tahun 1980 dan 1990, Malaysia telah masing-masing mengutuk pencerobohan Russia di Afghanistan dan Iraq ke atas Kuwait. Selain itu, Malaysia juga mengutuk dasar Apartheid. Perdana Menteri pada masa itu Dato' Seri Dr. Mahathir Mohamad telah membangkitkan kesedaran antarabangsa terhadap isu dasar Apartheid. Bagi menyelesaikan masalah ini, Malaysia dipilih menyertai Jawatankuasa Khas Bangsa-Bangsa Bersatu. Tindakan ini telah mencerminkan kepercayaan dan penghormatan dunia terhadap peranan Malaysia di PBB khususnya dalam kalangan negara-negara Afro-Asia Amnya. Di samping itu, Malaysia juga mengutuk isu penjajahan dengan menyokong perjuangan menuntut kemerdekaan. Misalnya, penjajahan Portugis di Angola dan Mozanbique, penjajahan Belanda di Irian Barat, penjajahan Perancis di Algeria dan penjajahan British di Rhodesia Selatan. Di Rhodesia Selatan, Ian Smith telah mengetuai sekumpulan orang putih mengisytiharkan kemerdekaan Rhodesia secara haram apabila Britain menolak permintaan mereka untuk mendapat kemerdekaan. Britain menolak permintaan mereka adalah atas faktor Britain merasa tidak jaminan bahawa rakyat Rhodesia yang majoritinya berkulit hitam akan diberi tempat dalam pemerintahan negara. Namun, PBB tidak mengiktirafkan kemerdekaan ini. Malaysia bersetuju dengan ketetapan PBB dan bersiap sedia untuk mencari alternatif lain seandainya sekatan ekonomi terhadap Rhodesia tidak mendapat memaksa Ian Smith menunduk. Seterusnya, Malaysia juga aktif dalam mengekalkan dan menjaga keamanan dunia. Pada tahun 1961, Malaysia telah menghantar pasukan tentera menyertai pasukan pendamai PBB ke Congo. PBB juga meminta Malaysia untuk memberi sumbangan dari segi ketenteraan. Bagi menambah kekuatan pasukan pengaman dunia, Malaysia telah menjadi negara pertama yang menyahut rayuan PBB untuk menghantar anggota tentera walaupun menghadapi ancaman pengganas komunis. Tentera Malaysia telah melaksanakan tugasan dengan cemerlang sekali sehingga mendapat penghargaan daripada Setiausaha PBB. Tambahan pula, PBB pernah meminta Malaysia untuk memberi bantuan dengan menghantar pasukan tambahan. Bagi mengawal gencatan senjata antara Iran dan Iraq, Malaysia telah menyertai pasukan pendamai badan dunia itu pada tahun 1988. Pada tahun 1990 hingga 1992 pula, tentera Malaysia telah dihantar untuk berkhidmat di bawah PBB di sempadan Iran-Iraq serta Kemboja untuk mengekalkan keamanan dan kesejahteraan dunia. Malaysia turut menyertai pasukan PBB untuk menjaga keamanan di Namibia. Pasukan pengaman PBB di Bosmia-Herzegovina dan Somalia juga disertai oleh Malaysia dan Malaysia telah memainkan peranan untuk mengawasi perjalanan pilihan raya umum di Kampuchea. Malaysia telah mendesak PBB agar Persidangan Antarabangsa tentang Palestin di Kuala Lumpur untuk menyelesaikan isu Palestin.Selain daripada itu, Malaysia juga membekalkan sumbangan-sumbangan lain dalam PBB. Misalnya, Malaysia menyarankan agar Benua Antartika menjadi warisan dunia yang hak milik atau kuasa semua negara. Malaysia bukan sahaja pernah dijadikan sebagai ahli Bank Dunia malah berpendirian tegas dalam memerangi gejala penyalahgunaan dadah. Pada Jun 1987, Perdana Menteri Malaysia telah menjadi Yang Dipertua persidangan antarabangsa yang diarahkan di Vienna, Austria. Malaysia juga berkerjasama dan menyertai agensi antarabangsa PBB seperti Pertubuhan Makanan dan Pertanian (FAO), Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO), Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Budaya Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO). Keunggulan Malaysia dapat dibukti apabila Malaysia sering kali diminta berucap mewakili Asia di Perhimpunan Agung PBB. Pada tahun 1997, Malaysia dilantik sebagai pengerusi PBB dan dipilih menyertai Majlis Keselamatan PBB. Keanggotaan Majlis Keselamatan ini adalah bergantung kepada sokongan undi dalam kalangan anggota PBB. Wakil tetap Malaysia yang telah dipilih menjadi Pengerusi Majlis Keselamatan PBB ialah Encik R. Ramani pada tahun 1965 dan Tan Sri Razali Ismail pada tahun 1989-1990. Tan Sri Razali Ismail juga pernah dilantik sebagai wakil khas PBB untuk menyelesaikan konflik politik MyanmarPertubuhan Negara-negara Islam (OIC)Pertubuhan Negara-negara Islam atau dikenali sebagai Organisation of Islamic Conference (OIC) merupakan idea Tunku Abdul Rahman dan ditubuhkan pada tahun 1971. Pejabat OIC terletak di Jeddah, Arab Saudi. OIC adalah sebuah organisasi antara kerajaan dan ahlinya terdiri daripada 57 buah negara dengan tiga buah negara lagi sebagai pemerhati. 57 buah negara adalah daripada tiga rantau terbesar iaitu Asia, Timur Tengah dan Afrika di mana jumlah penduduknya merupakan satu perlima daripada penduduk dunia. Bagi mewujudkan perpaduan sesama Ummah terutamanya mengenai konflik Israel-Palestin, OIC merupakan satu-satunya forum khusus untuk negara-negara Islam. Sebagai sebuah negara Islam, Malaysia mengatakan bahawa hubungan dengan negara-negara Islam sangat mustahak. Matlamat pertubuhan ini adalah untuk mengeratkan hubungan sesama negara Islam dalam segala bidang seperti sosial, ekonomi, sains dan teknologi, pertukaran maklumat dan sebagainya untuk meninggikan Syiar Islam dan bersuara dalam satu nadi bagi kepentingan umat Islam agar sentiasa terpelihara, mewujudkan kedamaian dalam segala persengketaan antara negara Islam agar ianya dapat diselesaikan secara "Musyawarah" dan bersama-sama memastikan tempat-tempat suci Islam dihormati dan tidak dicermari oleh anasir-anasir jahat. OIC juga menjadi rujukan dalam mengatasi segala kekeliruan mengenai hukum-hakam yang dihadapi oleh umat Islam sejagat. Malaysia yang merupakan salah sabuah negara pengasas OIC selalu melibatkan diri secara aktif dalam segala aktiviti OIC. Malaysia juga sentiasa prihatin dengan isu-isu yang mempunyai kepentingan kepada negara islam dan umatnya di seluruh dunia. Hal ini selaras dengan dasar negara kita iaitu memberi keutamaan kepada penglibatan Malaysia dalam hal ehwal kebajikan dan kesejahteraan Ummah. Malaysia juga berperanan dalam pembangunan OIC seperti mengatasi masalah yang dihadapi oleh negara-negara Islam atau penubuhan Bank Pembangunan Islam (IDB). Contoh-contoh masalah yang telah dibatasi oleh Malaysia ialah menyokong perjuangan rakyat Palestin, mengkritik campur tangan Rusia di Afghanistan, membangunkan ekonomi serta sosial negara Afrika dengan membina infrastruktur ekonomi dan pembangunan serta mengutuk dasar penghapusan etnik Islam di Bosnia Herzegovina. Petronas di Iran merupakan satu pelaburan yang dijalankan di beberapa buah negara OIC oleh Malaysia dan Malaysia merupakan perantaraan dalam menyelesaikan konflik peperangan antara Iran-Iraq dengan membekalkan bantuan perubatan, makanan dan pakaian ke kawasan tersebut. Malaysia juga menganjurkan Musabaqah al-Quran pada setiap tahun bagi mengeratkan lagi ikatan silaturahim antara negara Islam. Program Nida Ul Islam juga merupakan langkah untuk mempereratkan hubungan selain mendakwahkan Islam ke seluruh dunia. Dari segi pendidikan pula, negara-negara OIC turut menaikkan taraf pendidikan dalam kalangan umat Islam di seluruh dunia dengan penubuhan universiti-universiti Islam. Contohnya, Universiti Al-Azhar, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dan lain-lain lagi. Sehubungan dengan itu, Malaysia juga menawarkan biasiswa kepada para pelajar dari negara anggota OIC untuk belajar di UIAM. Malaysia juga membantu mangsa-mangsa gempa bumi di Turki dan mangsa-mangsa peperangan di Chechnya dengan memberikan bantuan kewangan dan kemanusiaan kepada mereka. Kini, Malaysia dijadikan sebagai model oleh banyak negara Islam yang lain kerana Malaysia dianggap sebagai sebuah negara Islam membangun yang paling maju dalam melaksanakan program pembangunan masing-masing. Malaysia sebagai negara anggota yang aktif telah memainkan banyak peranan dalam OIC. Malaysia juga diberi kepercayaan untuk turut terlibat dalam beberapa Jawatankuasa / Kumpulan penting dalam OIC. Misalnya, Malaysia adalah pengerusi dalam Kumpulan Bosnia Herzegovina, Kosovo, Palestin, Somalia dan juga Sierra Leone selain dilantik sebagai pengerusi dalam Kumpulan 13 buah negara OIC mengenai keganasan. Di samping itu, Malaysia merupakan tuan rumah kepada banyak persidangan dan mesyuarat yang penting misalnya, Sesi Luar Biasa Menteri-menteri Luar Negara Islam Mengenai Keganasan (1-3 April 2002), Mesyuarat Kumpulan Sierra Leone (13-14 Jun 2002), MesyuaratSusulan Peringkat Pegawai Kanan Mengenai Pelancongan (5-7 September 2003), Sidang ke-27 Menteri-menteri Luar OIC (27 Jun 2000), Sidang Kemuncak Ke-10 OIC (16-18 Oktober 2003) dan berbagai-bagai mesyuarat lain pada peringkat Menteri dan juga pegawai-pegawai kanan dan jawatankuasa di bawah naungan OIC. Langkah yang diambil oleh Malaysia ketika memegang jawatan Pengerusi Sidang Kemuncak OIC pada bulan Oktober 2003 untuk menghasilkan Pelan Tindakan Deklarasi Putrajaya yang dipersetujui oleh Sidang Kemuncak OIC ke-10 adalah amat penting dalam menentukan tuju baharu OIC. Hal ini kerana Deklarasi tersebut yang menetapkan bidang-bidang dan tindakan-tindakan yang perlu diambil oleh OIC untuk memastikan OIC itu tetap relevan dan membawa kepentingan seperti yang diharapkan kepada negara-negara anggota. Usaha penyuburan semula atau dikenali sebagai revitalization telah mendapat persetujuan untuk dilaksanakan dan kesepakatan juga dicapai bagi melaksanakan pengstrukturan semula Sekretariat Agung OIC di Jeddah untuk beroperasi dengan lebih baik dan maju. Selain daripada itu, Malaysia telah mengadakan persidangan menentang pengganas (Terrorisme) dalam kalangan negara-negara Islam pada tahun 2002 dan mengesyorkan penggunaan mata wang dinar dalam kalangan negara-negara anggota untuk urusan perdagangan dan kegiatan ekonomi yang lain.Bagi membolehkan umat Islam menghadapi cabaran abad ke-21 dan menyediakan pelan komprehensif untuk mempromosi secara menyeluruh polisi dan program perpaduan ummah, terutama mengenai usaha mempromosikan kesederhanaan dalam Islam, Malaysia juga diberi keyakinan untuk menubuhkan "The Eminent Persons Group". Selain itu, empat Jawatankuasa Kerja juga ditubuhkan bagi melaksanakan tindakan susulan Deklarasi Putrajaya iaitu masing-masing mengenai Perdagangan dan Pelaburan, Sains dan Teknologi, Pendidikan dan Penerangan. Aktiviti-aktiviti yang bersesuaian dapat dijalankan untuk meninggikan keupayaan negara-negara Islam dan ummah melalui Jawatankuasa Kerja ini. Pada bulan April 2004, Mesyuarat Khas Peringkat Menteri Luar telah diadakan oleh Malaysia untuk membincang tentang halangan di Palestin dan Iraq. Usaha Malaysia ini telah membuktikan kesungguhan Malaysia untuk mencari penyelesaian kepada masalah yang melanda Timur Tengah. Tambahan pula, bagi menggesa Kuartet mengambil langkah segera menyelesaikan konflik Israel-palestin, Malaysia juga diberi tugas untuk mengetuai delegasi OIC Peringkat Menteri selaras dengan kuasa Mesyuarat Khas untuk berjumpa dengan ahli-ahli Kuartet yang berada di EU, Russia, Amerika Syarikat dan Setiausaha Agung PBB. Perkara ini diteruskan dengan pihak Kuartet menerima baik cadangan OIC dan menjamin untuk bekerjasama mencari penyelesaian kepada konflik Israel-Palestin. Amerika Syarikat telah berjamin akan mengambil tindakan yang efektif bagi memastikan Pelan Damai dijalankan agar usaha mencari jalan penyelesaian kepada konflik itu dicapai. Bagi membebaskan ummah daripada miskin dari segi ilmu pengetahuan dan pemilikan harta, Tun Abdullah Ahmad Badawi telah menegaskan bahawa negara-negara anggota perlu menentukan apa yang hendak dilakukan semasa dalam perkhidmatannya. Sembilan tindakan yang sangat perlu dilaksanakan telah digariskan oleh Perdana Menteri . Antaranya ialah usaha memupuk perpaduan yang berterusan dalam kalangan negara anggota serta rakyatnya dengan memberi penekanan kepada perkara-perkara yang boleh membawa kepada perpaduan sebaliknya bukan hal-hal yang akan menjejaskan perpaduan, Usaha-usaha membina keupayaan bagi membolehkan semua orang terutamanya wanita menyedari potensi mereka sepenuhnya perlulah dilaksanakan, secara serius mengukuhkan rangkaian perdagangan dan ekonomi dalam kalangan negara anggota sebagai satu bentuk memanfaatkan proses globalisasi seterusnya bergerak ke arah arus perdana ekonomi global, berusaha menyakinkan dunia bahawa Islam ialah agama yang toleran, mencintai kedamaian dan penuh dengan kesederhanaan dan perlu mempunyai peraturan yang lebih baik dalam mengatasi amalan rasuah, memupuk arus tadbir yang baik, peningkatan ketelusan dan akauntabiliti. Seterusnya, tindakan lain ialah menggunakan semua sumber yang ada menerusi langkah-langkah yang konkrit dan inovatif, perlu mangatasi keganasan antarabangsa dalam pelbagai bentuk dan manifestasi tanpa mengira bangsa dan agama, memberi sokongan yang berterusan kepada Palestin dengan menjadikan perkembangan terbaru di Gaza bagi membantu umat Islam di Palestin berdaya maju, merdeka, berdaulat dan menubuhkan negara Palestin dalam erti kata sebenar dan segera mendirikan mekanisme untuk membolehkan negara anggota OIC, apabila dilanda matapetaka, bertindak dengan pantas dalam soal bantuan kewangan dan bentuk-bentuk bantuan lain secara teratur. KomanwelKomanwel telah ditubuhkan pada tahun 1931 dan pertubuhan ini merupakan idea Lord Rosebury. Negara-negara anggotanya terdiri daripada negara bekas jajahan British yang telah merdeka. Terdapat 53 buah negara maju dan sedang membangun telah menyertai pertubuhan ini termasuk rantau Amerika, Pasifik, Asia dan Eropah. Queen Elizabeth II ialah ketua pemerintah bagi Komanwel dan Sekretariat Komanwel beribu pejabat di Marlborough House, London pada tahun 1965. Terdapat enam matlamat dalam petubuhan Komanwel ini. Antaranya ialah mengeratkan perhubungan dan mencapai perpaduan dalam kalangan negara anggota, menjaga kebajikan negara-negara anggota untuk memajukan negara ahli, memberikan kemudahan pendidikan kepada negara ahli melalui Rancangan Pelajaran Komanwel, memeberikan kemudahan dan layanan yang baik daripada negara Britain terutama untuk pasaran barangan negara ahli Komanwel di Britain, membentuk persepaduan di bawah satu pertubuhan dan bekerjasama dalam pelbagai bidang dalam kalangan negara anggota selain berbincang dalam kalangan pakar-pakar dalam pelbagai bidang untuk meningkatkan lagi kepakaran negara anggota. Pelbagai peranan yang penting telah dimainkan oleh Malaysia dalam Komanwel. Misalnya, Malaysia pernah menyuarakan perasaan tidak puas hati dan tentangan terhadap dasar apartheid di Afrika Selatan yang menyalahgunakan hak asasi manusia hinggakan negara itu dikenakan tindakan penggantungan dalam Koamnwel. Dengan ini, Malaysia telah memberi sokongan sepenuhnya sekatan ekonomi terhadap Afrika Selatan semasa dasar apartheid dilaksanakan oleh orang putih. Pada tahun 1989, Mesyuarat Ketua-Ketua Kerajaan Komanwel atau dikenali sebagai Commonwealth Head of Governments Meeting (CHOGM) telah dianjurkan oleh Malaysia di Kuala Lumpur. Mesyuarat CHOGM ini menyediakan ruang kepada ketua-ketua kerajaan untuk bertemu dan membincang tentang hal kepentingan bersama. Mesyuarat ini juga telah berjaya membangkitkan isu alam sekitar dan hak asasi manusia dengan akhirnya mengeluarkan Deklarasi Langkawi yang berhubung dengan tanggungjawab negara-negara Komanwek dalam mengawal dan menyelesai masalah pencemaran. Malaysia juga bertanggungjawab dalam menyeru negara maju supaya memberi perhatian kepada Komanwel. Seterusnya, maklumat tentang benih pokok getah dan cara untuk menanam getah telah diberikan kepada Sri Lanka oleh Malaysia dan Malaysia juga turut memberi biasiswa kepada pelajar Britain, India, New Zealand dan negara lain untuk belajar di negara kita. Dari segi perdagangan, eksport Malaysia ke negara-negara Komanwel terutamanya Britain dikenakan cukai yang rendah tetapi keistimewaan ini telah dikurangkan setelah Britain menjadi anggota pertubuhan Kesatuan Eropah (EU). Dalam bidang pendidikan, Rancangan Columbo juga dilaksanakan untuk menyediakan bantuan teknikal dan biasiswa kepada negara-negara anggota manakala dalam bidang sukan pula, pada tahun 1998 Malaysia telah berjaya mengadakan Sukan Komanwel. Secara tuntas, Malaysia telah memberi banyak sumbangan dalam pertubuhan Komanwel ini sementara Komanwel juga telah membantu Malaysia menjaga keamanan dan kedaulatan negara dalam menyekat pengaruh Parti Komunis Malaya pada awal kemerdekaannya. Malaysia dijanji akan dibantu oleh Britain, New Zealand, dan Australia seandainya Malaysia diserang oleh mana-mana pihak misalnya semasa konfrontasi Malaysia-Indonesia. Hal ini kerana Malaysia telah menandatangani perjanjian perjanjian pertahanan dengan negara tersebut.