bahan kerja kayu

21
Alatan - alatan mengukur kebiasaannya digunakan bersama alatatan menanda. Fungsi alatan menanda ialah untuk menghasilkan garisan ataupun titik rujukan sebagai panduan untuk kerja-kerja memotong dan melubang. Antara alatan-alatan menanda yang kerap digunakan adalah seperti beriku i.Pensil tukang, penggarit dan pisau penanda Menandakan garisan sebagai panduan untuk kerja-kerja memotong dan melubang ii.Sesiku serong boleh laras Digunakan untuk mendakan garisan atau menguji permukaan yang bersudut selain daripada 90º. Sesiku jenis ini mempunyai panjang bilah yang boleh dilaraskan. iii. Tolok penanda Digunakan untuk memindahkan ukuran dan menanda ketebalan kayu bagi kerja-kerja membuat tanggam. Ketebalan ditanda dengan membuat garisan selari pada ira kayu iv.Pembahagi bersengat Digunakan untuk menanda lengkuk atau bulatan pada permukaan kayu atau papan Panjang kaki dan sudut bukaan kaki pada pembahagi bersengat boleh dilaraskan pada skru pelaras Timbang air Digunakan untuk menentukan keseimbangan aras dan kepunggakan. Diperbuat daripada kayu atau logam lurus. Pada badannya terdapat silinder yang mengandungi cecair spirit atau air untuk menentukan keseimbangan aras sesuatu permukaan

Upload: pak-sam

Post on 18-Dec-2014

2.453 views

Category:

Education


8 download

DESCRIPTION

 

TRANSCRIPT

Page 1: Bahan  kerja kayu

Alatan-alatan mengukur kebiasaannya digunakan bersama alatatan menanda. Fungsi alatan menanda ialah untuk menghasilkan garisan ataupun titik rujukan sebagai panduan untuk kerja-kerja memotong dan melubang. Antara alatan-alatan menanda yang kerap digunakan adalah seperti beriku

i.Pensil tukang, penggarit dan pisau penanda

Menandakan garisan sebagai panduan untuk kerja-kerja memotong dan melubang

ii.Sesiku serong boleh larasDigunakan untuk mendakan garisan atau menguji permukaan yang bersudut selain daripada 90º. Sesiku jenis ini mempunyai panjang bilah yang boleh dilaraskan.

iii. Tolok penandaDigunakan untuk memindahkan ukuran dan menanda ketebalan kayu bagi kerja-kerja membuat tanggam. Ketebalan ditanda dengan membuat garisan selari pada ira kayu

iv.Pembahagi bersengat Digunakan untuk menanda lengkuk atau bulatan pada permukaan kayu atau papanPanjang kaki dan sudut bukaan kaki pada pembahagi bersengat boleh dilaraskan pada skrupelaras

Timbang airDigunakan untuk menentukan keseimbangan aras dan kepunggakan. Diperbuat daripada kayu atau logam lurus. Pada badannya terdapat silinder yang mengandungi cecair spirit atau air untuk menentukan keseimbangan aras sesuatu permukaan

Alatan mengapit dan menyanggaDigunakan untuk mengapit, memegang dan mencengkam benda kerja semasa kerja-kerja, memotong, mengikir, melubang, dan mencantum.Antara alatan mengapit dan menyangga yang kerap digunakan ialah

i.Ragum mejaTerdapat dua jenis iaitu diperbuat daripada kayu ataupun logam. Ragum jenis ini dipasang pada meja kerja dan digunakan untuk mengapit dan memegang benda kerja bagi tujuan memotong, melubang, mengikir dan lain-lain. Semasa prosess mengapit benda kerja perlu di alas dengan kepingan papan nipis bagi mengelakkan kerosakan pada permukaan benda kerja.

Page 2: Bahan  kerja kayu

ii.Apit G dan apit FKegunaan utama kedua-dua jenis apit ini ialah untuk memegang bahan kerja yang dicatum menggunakan proses menglu. Saiz apit adalah bergantung kepada jarak bukaan maksimum rahangnya. Sama seperti ragum meja, kepingan papan nipis atau kayu reja perlu digunakan sebagai lapik untuk melindungi permukaannya benda kerja daripada rosak atau calar

iii.Apit panjangDigunakan bagi proses menglu atau memasang tanggam untuk tingkap, pintu dan lain-lainbahan kerja yang panjang atau lebar. Saiz apit ditentukan oleh jarak bukaan maksimum rahang. Rahang tetap pada apit panjang mempunyai skru pelaras kedudukan dan rahang boleh laras pula mempunyai skru pengunci keddudukan

iv.Apit rencong Mempunyai kedua-dua rahang yang boleh dilaraskan. Digunakan bagi proses pemasangan tanggam atau glu pada pepenjuru bahan kerja (bingkai gambar)

. v.Ragum kakak tua

Digunakan untuk mencengkam bagi tujuan mencabut paku, memotong dawai dan sebagainya. Terdiri daripada bahagian lengan, rivet, rahang dan kuku.

c) Alatan memotongDalamkerja kayu, pelbagai jenis gergaji digunakan untuk tujuan memotong bahan kerja mengikut saiz dan bilangan yang dikehendaki. Jenis-jenis gergaji yang sering digunakan adalah seperti berikut:

i.Gergaji keratGergaji kerat dikhaskan untuk memotong bahan kerja (kayu atau papan) melintangi arah ira.Saiz gergaji ini ditentukan oleh panjang bilah dan bilangan gigi bagi setiap 25 sentimeter panjang. Ciri-ciri penting pada gergaji kerat ialah sudut cakar pada matanya adalah 75º. Semasa menggunakan gergaji kerat, kerja menggergaji perlu dilakukan pada sudut 60º dari permukaan benda kerja

ii.Gergaji belahBerbeza dengan gergaji kerat, gergaji belah digunakan untuk memotong (membelah) bahan kerja selari dengan arah ira. Saiz gergaji belah juga ditentukan oleh panjang bilah dan bilangan gigi bagi setiap 25 sentimeter panjang. Sudut cakar bagi mata gergaji belah ialah 90º dan kerja menggergaji perlu dilakukan pada sudut 45º dari permukaan benda kerja.

iii.Gergaji puting

Page 3: Bahan  kerja kayu

Digunakan untuk memotong kayu bersaiz kecil atau membentuk tanggam Saiz gergaji putting ditentukan oleh panjang bilah nya. Terdapat jalur logam pada bahagian atas bilah untuk meluruskan bilah gergaji bagi memastikan hasil potongan yang tepat. Semasa memotong kedudukan gergaji mestilah sentiasa selari dengan permukaan benda kerja(sudut 0º daripada permukaan).

iv.Gergaji lengkung halusBilah gergaji yang kecil serta jarak diantara bingkai dan mata gergaji yang luas embolehkan gergaji ini digunakan untuk menggergaji bentuk kengkuk pada permukaan benda kerja. Saiz bagi gergaji lengkung halus ditentukan oleh jarak dari mata ke bingkai.

Sebagai langkah penjagaan, setelah digunakan mata gergaji perlulah dibersihkan, ditajamkan dan diminyakkan untuk memastikannya tidak berkarat dan boleh digunakan lagi pada masa akan datang.

e) Alatan menukul dan mengetukAntara alatan-alatan yang sering digunakan untuk kerja-kerja menukul dan mengetuk adalah seperti berikut:

i.Tukul kuku kambingKepala tukul diperbuat daripada keluli manakala hulu daripada kayu atau keluli disalut getah. Digunakan untuk menukul paku bersaiz sederhana atau besar serta mencabut paku.Sekiranya digunakan untuk mencabut paku, bahan kerja perlu dialas dengan reja kayu untuk mengelakkan permukaan bahan kerja rosak. Saiz tukul kuku kambing adalah berdasarkan berat kepalanya

ii.Tukul WarringtonSesuai digunakan untuk menukul paku bersaiz kecil dan sederhana. Juga digunakan untuk menukul paku di ruangan yang sempit.

iii.Ganding kayuDigunakan untuk mengetuk pahat dan memperkemaskan kerja-kerja pemasangan tanggam. Terdapat dalam dua jenis iaitu kepala berbentuk segi empat atau silinder. Kepala gandin diperbuat daripada kayu keras daripada jenis beechwood tree

v.Pembenam pakuDigunakan bersama tukul untuk membenamkan paku panel pada permukaan kayu supaya permukaan benda kerja lebih kemas. Saiznya adalah bergantung kepada diameter titik benam (1.6-4.0mm)

.

Page 4: Bahan  kerja kayu

.g) Alatan memutar dan melubangSecara umumnya kedua-dua alat ini digunakan untuk menyediakan ruang dan memandu skru bagi tujuan untuk mencantumkan benda kerja. Alatan-alatan yang terdapat dalam kategori ini ialah seperti pada rajah 4.35.

.Pemutar skru mata rata dan mata philipPemutar skru mata rata digunakan untuk memutarkan (mengetatkan atau melonggar) skru mata rata manakala pemutar skru mata philip digunakan untuk memutarkan skru berkepala philip.

ii.GerumitDigunakan untuk membuat lubang pada permukaan kayu bagi memandu mata skru dan mata gerudi

iii.Gerudi tanganDigunakan untuk membuat lubang yang berdiameter tidak melebihi 8mm. Digunakan berpasangan dengan mata gerudi pintal. Selain daripada digunakan untuk menggerudi permukaan kayu boleh juga digunakan untuk menggerudi permukaan logam.

iv.Gerudi engkolDigunakan bersama mata gerudi pulas (lebih besar daripada mata gerudi pintal) untuk membuat lubang pada permukaan kayu sahaja. Saiz ditentukan berdasarkan pada jarak hayunan pemegang

h) Alatan mengikir dan menajamSelain daripada fungsi untuk mengikir permukaan benda kerja bagi tujuan kemasan,kikir juga digunakan untuk tujuan menajamkan mata alatan tangan dalam kerja kayu. Sebagai contoh mata pahat, mata gergaji dan mata ketam, jenis-jenis kikir yang biasa digunakan adalah seperti berikut:

i.Kikir rataDigunakan untuk kerja-kerja kemasan pada permukaan kayu atau untuk menajamkan mata alatan.Diklasifikasikan mengikut gred kasar, sederhana, halus & sangat halus berdasarkan gigi yang terdapat pada permukaannya. Pada permukaan kikir, giginya dipotong samaada secara silang intan, selari, parut atau lengkung.

ii.Kikir separuh bulatDigunakan untuk mengikir secara kasar pada permukaan kayu dan juga untuk mengikir lengkuk pada kayu

Page 5: Bahan  kerja kayu

iii. Kikir ekor tikusDigunakan untuk mengikir lubang atau lengkung pada kayu juga untuk mengikir sisa-sisa potongan paip pvc/logam. Giginya dipotong secara lurus atau bersilang.

iv.Kikir segi tigaDigunakan untuk mengikir pepenjuru bersudut atau mengikir sudut-sudut dalam yang tajam. Selain daripada itu digunakan juga untuk menajamkan mata gergaji. Mata kikir jenis ini dipotong secara silang.

v.Kikir segi empatDigunakan untuk mengikir alur atau lurah berbentuk segi empat (parit tanggam). Digunakan juga untuk membesarkan lubang berbentuk segi empat.

Alatan Kerja Paip

i.Alatan Mengukur dan MenandaDalam kerja paip alatan mengukur digunakan untuk mengukur panjang bahan kerja yang diperlukan seperti panjang paip. Unit yang digunakan ialah imperial atau metrik. Imperial ialah piawaian ukuran yang menggunakan unit inci (inch), kaki (ft), dan pound (lb) manakala piawaian ukuran metrik menggunakan unit sentimeter (cm), meter (M), dan gram (g). Peralatan mengukur yang biasa digunakan pula adalah seperti pembaris keluli, sesiku L, dan pita ukur. Bahan-bahan yang telah diukur kemudiannya akan ditandakan menggunakan alatan menanda seperti penggarit dan pensil tukang.

ii.Alatan MemotongDalam kerja paip,peralatan memotong digunakan untuk memotong bahan kerja terutamanya paip besi galvani atau PVC. Contoh-contoh peralatan memotong adalah seperti pada rajah 8.4.

Diantara alatan-alatan di atas,gergaji besi dan pemotong paip beroda adalah yang paling kerap digunakan untuk memotong paip besi galvani manakala gergaji besi, gergaji mini dan pemotong paip PVC digunakan untuk memotong paip jenis PVC.

iii.Alatan MelulasSetelah kerja-kerja memotong dilakukan pada paip atau bahan kerja, kebiasaannya terdapat gerigis pada permukaan yang dipotong.Untuk memastikan bahan kerja berada dalam keadaan kemas dan selamat, sisa-sisa pemotongan atau gerigis tersebut perlulah dihilangkan dengan menggunakan alatan melulas. Untuk tujuan ini alatan seperti kikir ekor tikus dan kikir rata akan digunakan.Kikir rata digunakan untuk meratakan atau membuang gerigis pada permukaan luar bahan kerja manakala kikir ekor tikus diguanakan

Page 6: Bahan  kerja kayu

untuk membuang gerigis pada permukaan dalam paip.iv.Alatan Mengapit dan Menyangga

Peralatan mengapit dan menyangga pula digunakan untuk memegang benda kerja semasa proses memotong, membenang dan melulas. Alatan utama yang kerap digunakan dalam kategori ini ialah ragum paip Yoke. Selain daripada itu peralatan seperti sepana boleh laras, perengkuh paip dan pelbagai jenis playar juga tergolong dalam kategori ini kerana digunakan untuk memegang, mencengkam dan memutarkan benda kerja (batang paipatau bahan pepasang) semasa kerja pemasangan dan penyelenggaraan sistemperpaipan domestik.8.8 perengkuh paip adalah alatan yang sangat diperlukan dalam kerja paip domestik. Perengkuh paip digunakan untuk kerja-kerja melonggar atau mengetatkan logam berbentuk bulat atau nat bersegi. Sama seperti sepana boleh laras, bukaan rahang perengkuh paip boleh dilaraskan mengikut saiz bahan kerja. Bagi kerja-kerja penyambungan paip, sepasang perengkuh paip perlu digunakan bersama atau digunakan berpasangan dengan sepanar boleh laras untuk mendapatkansambungan yang kemas dan ketat seperti pada rajah 8.9 di bawah.Rajah 8.9: Penggunaan perengkuh paip

v. Alatan MembenangAlatan membenang digunakan untuk membentuk benang pada permukaan luar paip besi galvani (GI) supaya dapat disambungkan dengan aksesori lain dalam sistem perpaipan domestik. Peralatan untuk membenang dan kaedah membenang ditunjukkan pada rajah di bawah.pemegang (stock handle) acu

5.2ALATAN TANGANTerdapat beberapa jenis alatan tangan yang digunakan dalam kerja-kerja amali logam yang dikelaskan mengikut fungsi-fungsinya. Antaranya ialah alatan mengukur dan menanda, alatan memegang, mengapit dan menyangga, alatan mengetuk dan menukul, alatan membentuk dan membengkok, alatan memotong dan melubang, alatan mengimpal, serta alatan kerja kemasan. Kebanyakan alatan-alatan ini disesuaikan supaya sepadan dengan ciri-ciri fizikal bahan logam yang keras dan mulur.i.Alatan Mengukur dan MenandaSama seperti dalam kerja kayu, a

Page 7: Bahan  kerja kayu

latan mengukur digunakan untuk mengukur panjang, lebar,dan juga tebal bahan logam yang digunakan. Setelah diukur, bahan-bahan tersebut ditandakan dengan menggunakan alat penanda sebagai panduan untuk peringkat kerja seterusnya seperti memotong, melubang, mencantum dan sebagainya. Rajah 5.2 di bawah menunjukkan alatan-alatan yang digunakan untuk kerja-kerja mengukur.Rajah 5.2: Alatan-alatan mengukur kerja logam. Fungsi dan cara penggunaan bagi pembaris keluli, pitaukur dan sesiku L adalah sama seperti yang telah diterangkan dalam topik alatan mengukur kerja kayu (unit 2). Angkup vernier pula digunakan untuk mengambil ukuran bahan kerja dengan lebih tepat iaitu sehingga dua titik perpuluhan(0.01mm). Contoh penggunaandan cara pembacaan skalanyaadalahseperti pada rajah 5.3.K e r j a , K a y u , L o g a m , d a n P a i p| 3Rajah 5.3: Contoh penggunaan dan cara pembacaan angkup vernier.Rajah 5.4 di bawah pula menunjukkan senarai alatan tangan dan bahan yang digunakan untuk tujuan menanda benda kerja.Rajah 5.4: Alatan dan bahan menanda kerja logam.Skala imperial (inch)Skala metrik (cm

Page 8: Bahan  kerja kayu

)1.3 cm = 13mma. Laraskan rahang angkup sehingga mengapit objek yang hendak diukurputarkan skru pengunci sehingga menghasilkanbunyi “klik’ b. ambil ukuran pada skala metrik bagi objek tersebut(= 13mm)21 bahagian1.3 cm = 13mmc. ambil ukuran pada skala vernier (dengan merujuk sengatan pada skala vernier yang sepadan dengan sengatan pada skala metrikd. oleh kerana 1 bahagian pada skala vernier mewakili nilai 0.02 mm (dinyatakan pada angkup). Darabkan 21 dengan 0.

Page 9: Bahan  kerja kayu

02mm21 x 0.02 = 0.42mme. tambahkan nilai pada skala metrik dan skala vernier13mm + 0.42mm= 13.42mm.K e r j a , K a y u , L o g a m , d a n P a i p| 4a.Penebuk pusatAlatan yang diperbuat daripada keluli yang digunakan bersama dengan tukul untuk menanda titik rujukan bagi kerja-kerja melubang seperti pada rajah 5.5 di bawah.Rajah 5.5: Fungsi dan cara penggunaan penebuk pusat..b.PenggaritDigunakan untuk mengguriskan permukaan logam sebagai panduan untuk kerja-kerja memotong dan sebagainya.Rajah 5.6: Fungsi dan cara penggunaan penggarit

Page 10: Bahan  kerja kayu

.c.Kapur kejuruteraanKapur kejuruteraan digunakan untuk menghasilkan kesan putih pada permukaan logam sebagai panduan untuk kerja-kerja seperti mengimpal, memotong dan sebagainya.Rajah 5.7: Fungsi dan cara penggunaan kapur kejuruteraan.K e r j a , K a y u , L o g a m , d a n P a i p| 5ii.Alatan Memegang dan MencengkamDigunakan untuk menetapkan objek pada suatu kedudukan supaya mudah untuk dikerjakan. Selain daripada itu digunakan untuk memegang objek terutamanya yang susah untuk dipegang dengan menggunakan tangan atau semasa objek tersebut berada dalam keadaan panas. Kebolehanalatan-alatan ini untuk memegang dan mencengkam sesuatu objek boleh disesuaikan dengan kepelbagaiaan saiz dan bentuk bahan kerja. Antara alatan-alatan yang digunakan dalam kerja-kerja memegang dan mencengkan adalah seperti pada rajah 5.8 di bawah.Rajah 5.8: Alatan-alatan memegangdan mencengkam.a.Playar gabung, playar ragum, dan playar cengkam seribuPlayar gabung digunakan untuk memegang benda kerja supaya aktiviti seperti memotong dawai,

Page 11: Bahan  kerja kayu

membengkok kepinganlogam, dan memegang objek panas dapat dilakukan dengan mudah. Playar cengkam seribu pula mempunyai fungsi yang sama seperti playar gabung tetapi mempunyai rahang boleh laras yang dapat digunakan untuk memegang dan mencengkam objek yang pelbagai saiz.Rajah 5.9: Fungsi playar gabung dan playar cengkam seribu.b.Playar muncung tirusMuncung yang tirus pada playar jenis ini digunakan bagi memegang bahan-bahan kecil seperti skru,nat, dawai dan lain-lain. Muncungnya yang tirus pula boleh digunakan untuk memegang K e r j a , K a y u , L o g a m , d a n P a i p| 6dan mengambil objek yang berada pada tempat yang sempit. Contoh penggunaan playar muncung tirus adalah seperti pada rajah 5.10.Rajah 5.10: Fungsi playar gabung untuk memegang objek kecil seperti dawai.Rajah 5.11 di bawah menunjukaan playar ragum dan salah satu fungsinya. Pada pendapat anda,apakah ciri-ciri istimewa yang terdapat pada plajar jenis ini dan apakah perbezaan dari segi fungsi diantara playar ragum dengan playar-playar yang lain.Rajah 5.11: Playar ragum dan salah satu fungsinya.iii.Alatan Mengetuk dan membentukAlatan megetuk yang selalu digunakan dalam kerja logam ialah tukul pein bebola iaitu alatandigunakan untuk membentuk atau mengubah bentuk sesuatu bahan logamdan juga untuk mengetuk pahat logam semasa kerja-

Page 12: Bahan  kerja kayu

kerja memahat. Pein bebola (bahagian hemisfera) yang terdapat pada tukulini pula digunakan untuk kerja-kerja mengetuk rivet.playar muncung tirusK e r j a , K a y u , L o g a m , d a n P a i p| 7Rajah 5.12: Tukul bonggol bulat dan fungsi-fungsinya.Selain daripada tukul pein bebola,gandin getah juga kerap digunakan dalam kerja logam untuk membentuk logam lembut seperti aluminium dan zink.Rajah 5.13: Gandin getah dan contoh penggunaannya.iv.Alatan MemotongRajah 5.14: Alatan-alatan memotong.a.Gergaji besiDigunakan untuk memotong logam. Terdapat dalam dua jenis iaitu jenis bingkai tetap dan jenis bingkai boleh laras. Jenis bingkai boleh laras adalah seperti yang ditunjukkan pada rajah 5.14. Terdapat tiga jenis mata gergaji besi yang dibezakan denganjumlahbilangan gigi pada mata gergaji per-inci dan juga jenis bahan yang sesuai digergaji seperti pada jadual5.1 Manakala kaedah menggergaji logam yang betul adalah seperti pada rajah 5.15.mengubah bentuk logammemahat

Page 13: Bahan  kerja kayu

membentuk rivetK e r j a , K a y u , L o g a m , d a n P a i p| 8Jadual 5.1: Saiz mata gergaji dan kegunaannya.Bilangan gigi per-inciKegunaan18Memotong logam tumpat24Memotong paip32Memotong logam nipisRajah 5.15: Cara menggunakan gergaji besi.b.Pahat logamDigunakan untuk memotong, menarah danmembuang logam. Diperbuat daripada keluli yang dikeraskan pada bahagian matanya sertaditempa mengikut bentuk dan saiz yang tertentu. Terdapat tigajenis pahat beserta kegunannya yang berbeza iaitu:Pahat rata Mata pahat berbentuk lebar (lebih lebar daripada badan) dan nipis. Digunakan untuk memotong, menebuk dan menarah logam.Rajah 5.16: Pahat rata dan contoh kegunaannya.Pahat rata lintangMata pahat berbentuk tirus dan kecil.Digunakan untuk memotonglurah atau menarah logam sebelum pahat rata digunakan.Rajah 5.17: Pahat rata lintangdan contoh kegunaannya.K e r j a , K a y u , L o g a m , d a n P a i p|

Page 14: Bahan  kerja kayu

9Pahat mata bentuk berlianMata pahat ini tirus dan berbentuk seperti berlian.Digunakan untuk menatal dan membersihkan bucu atau pepenjuru lubang pada logam.Rajah 5.18: Pahatmata bentuk berlian dan contoh kegunaannya.c.Gunting logamGunting logam banyak digunakan untuk kerja-kerja menggunting logam lembut sepert zink dam aluminium. Rajah 5.19: Gunting logamdan contoh kegunaannya.v.SpanarRajah 5.20: Jenis-jenis spanar.gunting logamK e r j a , K a y u , L o g a m , d a n P a i p| 10a.Spanar hujung terbuka, spanar gelang dan spanar gabungSpanar hujung terbuka dan spanar gelang digunakan untuk melnonggar dan mengetatkan bolt dan nat kepada heksagon. Kedua-duanya mempunyai saiz yang pelbagai dan ditentukan oleh jarak rahang bagi sapanar hujung terbuka dan diameter gelang bagi sapanar gelang. Walaubagaimanapun sapanar hujung terbuka lebih sesuai digunakan untuk memutarkan bolt dan nat di kawasan yang terhad dan sempit, manakala spanar gelang digunakan untuk kerja-

Page 15: Bahan  kerja kayu

kerja memutarkan yang memerlukan cengkaman yang kukuh. Spanar gabung pula menggabungkan kedu-dua jenis ciri-ciri tersebut.Rajah 5.21: Kegunaan spanar hujung terbuka dan spanar gelang.b.Spanar noleh larasJuga digunakan untuk melonggar ataumengetatkan bolt dan nat. Kelebihan spanar boleh larasialah jarak bukaan rahangnya yang boleh dilaraskan. Saiz bagi spanar jenis ini bergantung kepada jarak bukaan maksimum rahangnya.Rajah 5.22: Bahagian spanar boleh laras dan contoh kegunaannya.vi.KikirDalam kerja logam, kikir digunakan dalam kerja kemasan untuk menipis dan melicinkan permukaan logam serta membuang gerigis kesan daripada kerja-kerja memotong. Bagi tujuan menipis dan melicinkan permukaan, proses mengikir dilakukan pada tiga peringkat. Peringkat pertama menggunakan kikir kasar untuk mengikir dengan kuantiti yang banyak dan cepat pada permukaan logam. Peringkat kedua dengan menggunakan kikir gigi sederhana kasar untuk menghilangkan kesan

Page 16: Bahan  kerja kayu

-kesan proses mengikir peringkat pertama. Proses yang terakhir dengan menggunakan kikir K e r j a , K a y u , L o g a m , d a n P a i p| 11gigi halus untuk melicinkan dan mengemaskan permukaan benda kerja. Jenis-jenis kikiradalah seperti pada rajah-rajah di bawah.Rajah 5.23: Jenis-jenis kikir logam..Rajah 5.24: Jenis-jenis potongan pada permukaan kikir logam