tokoh dan ciri-ciri keusahawanan : tokoh dan ciri …tokohdanciri.blogspot.com/2015/11/tokoh...

Download Tokoh dan Ciri-Ciri Keusahawanan : TOKOH DAN CIRI …tokohdanciri.blogspot.com/2015/11/tokoh …2016-07-16Hasil tugasan yang diberikan. Disediakan oleh saya, Nurul Durar binti Fauzi

If you can't read please download the document

Upload: vuongthien

Post on 28-Feb-2018

256 views

Category:

Documents


22 download

TRANSCRIPT

Tokoh dan Ciri-Ciri Keusahawanan : TOKOH DAN CIRI KEUSAHAWANAN

Tokoh dan Ciri-Ciri Keusahawanan

Hasil tugasan yang diberikan. Disediakan oleh saya, Nurul Durar binti Fauzi (wakil) dan ahli kumpulan saya yang lain dari kelas Asas Keusahawanan Kumpulan J

Wednesday, 18 November 2015

TOKOH DAN CIRI KEUSAHAWANAN

1.0 PENGENALAN

1.1Istilah dan definisi keusahawanan

Pada pertengahan tahun 1970an bersempenadengan penggubalan dan perlaksanaan Dasar Ekonomi Baru, perkataan usahawantelah mlenjadi popular dikalangan rakyat Malaysia. Walaupun istilahkeusahawanan ini mungkin baru didengari oleh masyarakat Malaysia, namun konsepkeusahawanan itu sebenarnya telah lama diamalkan sejak berkurun lamanya lagi.

Namun, apakah yang dimaksudkan denganistilah keusahawanan dan mengapa istilah ini sering digunakana pada hari ini?Dari peringkat menteri yang menggubal dasar hingga ke peringkat buruh yangmelaksanakan segala kerja. Istilah Keusahawanan menjadi tidak asing lagi kepadarakyat Malaysia. Tapi apakah itu usahawan?

Usahawana ialah tenaga atau kualitimanusia yang bertanggungjawab membentuk dan mewujudkan perusahaan dengan tujuanuntuk memperolehi keuntungan hasil daripada perusahaan yang dijalankantersebut. Disamping itu, usahawan juga ialah individu yang mengamalkan amalanstrategik dan mempunyai matlamat untuk Berjaya dalam bidang keusahawanan yangmereka ceburi.

Usahawan amat berkepentingan dalammenggerakkan sumber ekonomi yang membantu negara untuk mempercepatkan prosespertumbuhan ekonomi. Di Malaysia, telah ramai usahawan yang telah mencipta namadi negara serta membangunkan ekonomi negara ke peringkat yang lebih tinggi. Halini kerana mereka ini mempunyai ciri-ciri usahawan yang berjaya serta mempunyainilai-nilai peningkatan kemahiran keusahawanan. Berikut merupakan biodata sertasipnopsis liku jatuh bangun seseorang individu yang dahulunya hanyalah orangbiasa namun kini telah bergelar usahawan yang berjaya.

2.0 TUGASAN A - TOKOH DAN CIRI KEUSAHAWANAN

2.1Labanon a.k.a Adly bin Mukhtar (jaringan/talian)

Latar belakang

Labanon atau nama sebenarnya Adly binMukhtar yang dilahirkan pada tahun 1990 kini berusia 25 tahun telah menjadiusahawan yang berjaya dalam mengusahakan Flarebiz Network Sdn.Bhd. Beliaumenempuh dunia keusahawanan lebih dari 9 tahun. Namun begitu, anak kelahiranKota Bharu, Kelantan kini mengusahakan perniagaan sendiri di ibu negara, KualaLumpur. (All De Print, n.d.)

Segala bentuk laman sosial sepertiFacebook, blog atau Chat rooms di internet sememangnya merupakan tempatpersinggahan masyarakat hari ini tidak kira tua atau muda. Begitu jugalah Adly.Tetapi persinggahannya bukanlah persinggahan suka-suka kerana beliau lebihgemar meneroka dan mencari sesuatu yang berbaloi setelah menyedari melayariinternet mampu membawa keuntungan sehinggalah beliau membaca kejayaan daripengusaha lain iaitu Irfan Khairi, pakar perniagaan internet yang menjadijutawan pada usia 25 tahun. Kemudian, beliau menjalankan perniagaan menerusiblog secara sambilan ketika berusia 16 tahun melalui Google Adsense.

Beliau mula merasa pendapatan sebanyakRM10 000 setelah melancarkan produk digital 101 Tip Adsense Terbongkarsejurus selesai menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Walaupunberjaya melanjutkan pelajaran di sebuah universiti dalam bidang kejuruteraancomputer, namun beliau bertekad untuk berhenti dan berikan sepenuh perhatianterhadap perniagaan internetnya. Bagi saya ilmu itu ada dimana-mana, bukansekadar secara formal sahaja. Apa yang penting kita benar-benar ingin belajar.Kata beliau di blog miliknya. (Adly Mukhtar, 2013)

Ciri-ciri

Antara ciri-ciri keusahawanan yang dapatdilihat dalam diri Adly Mukhtar ialah beliau merupakan salah seorang usahawanyang bijak menguruskan sistem atas talian atau dipanggil online dalammembangunkan aplikasi yang berkaitan untuk memenuhi kehendak dan keperluanpengguna. Beliau dan juga beberapa rakan perkongsian dalam syarikat ini tidakmudah mengalah dan berkeyakinan tinggi meskipun menghadapi pelbagai masalah dankegagalan sehingga meyulitkan lagi pengurusan perniagaan dengan pelanggan.

Syarikat Flarebiz Network Sdn.Bhd yangditubuhkan pada 2007 ini berjaya mencipta aplikasi Niagakit iaitu sistem kedaionline bagi membantu pelanggan menguruskan perniagaan mereka menjadi mudahdan ringkas tanpa memerlukan seseorang yang mahir dari segi teknikal untukmenjalankan operasi perniagaan dalam talian. Semua pelanggan boleh melakukansemuanya sendiri bermula dari menyenaraikan produk sehingga memproses tempahantanpa menghadapi masalah.

Model perniagaan syarikat ini lebih kepadaperkhidmatan dan penghasilan produk untuk membantu usahawan lain yang hendakmemperbaiki perniagaan mereka melalui internet. Hal ini turut memberi potensimenjana wang hasil dari usaha menyatukan semua usahawan pemasaran internet.Penghasilan produk dan servis yang dikhususkan seperti e-book atau e-majalahyang mengandungi artikel dan juga ilustrasi kartun yang menarik dapat memberimanfaat kepada pembaca dengan teknik yang betul untuk dijadikan petunjuk kearah sumber pendapatan tanpa penglibatan system MLM, system pyramid, skim cepatkaya dan banyak lagi program yang seumpama dengannya.

Cara lain untuk mempromosikan produkmereka, salah satunya ialah mengadakan begkel atau seminar membina laman webmini yang memberikan panduan kepada peserta untuk membina web mini dalam masayang singkat. Usahawan wanita juga tidak terkecuali dalam menyertai seminartersebut. Peminat yang telah pun berjaya kebiasaanya akan berkongsi cerita dimana-mana jaringan sosial lantas dapat menarik lagi minat anak-anak muda dalammenceburi bidang ini.

Cabaran dan pencapaian

Perniagaan tidak akan terlepas dariapa-apa cabaran yang pastinya ada waktunya pahit dan manis. Beliau telahmengalami kerugian sebanyak RM10 000 kerana membeli mesin mencetak baju t-shirtdaripada seorang kawan dan akhirnya terbengkalai begitu saja. Benar bahawa AdlyMukhtar merasa tertekan tetapi dia Cuma bersikap optimis dan bangkit atassokongan kawan dan pakar. Beliau bukanlah seorang yang mudah berpuas hatidengan apa yang dibangunkan sekarang ini. Justeru itu, beliau semakin aktifdengan seminar-seminar mengenai penggunaan Niagakit.

Ada beberapa lagi pencapaian peribadinya,antaranya, Adly Mukhtar sering dijemput ke IPT, IPTS, Politeknik dan pusatpengajian lain di Malaysia ini untuk berkongsi pengalaman mengenai dirinya yangcenderung ke arah keusahawan internet ini. Beliau juga pernah menjadipenceramah termuda di APEC YES 2011 apabila salah satu projeknya diketengahkandi dalam kategori Creative Art mewakili Malaysia untuk dipersembahkan kepadawakil dari 21 buah Negara. (Adly Mukhtar, 2013)

Ramai pelanggan menyatakan rasa puas hatidengan sistem yang telah dicipta oleh pihak Flarebiz Network tersebut. Mohd.Ghufran Mohd. Daud, merupakan pelanggan beliau yang menggunakan aplikasiberkaitan, berkata, Niagakit amat mudah digunakan dan mesra pelanggan.

Pemilik kedai minyak wangi One DropPerfumes, Siti Jamliah turut berpuas hati dengan Niagakit kerana perniagaannyamempunyai lonjakan yang baik walaupun baru beberapa bulan menggunakannya.

Maka, kita dapat huraikan bahawa AdlyMukhtar merupakan usahawan muda internet yang membanggakan rakyat Malaysiadengan sikapnya yang sentiasa mencari idea baru dalam memperluaskan lagi skope-dagang. Umur yang muda bukanlah satu alasan untuk tidak menceburi ke duniaperniagaan yang lebih besar. Sebaliknya, hal ini menjadi galakan untuk anakmuda lebih maju ke hadapan sekali gus memberi sumbangan kepada ekonomi Negara.

2.2Datuk Dr. Maznah (berani mengambil risiko)

Latar belakang dan sejarah

Usahawan yang bijak akan memastikan risikoyang diambil adalah sesuai dengan kemampuan dan kebolehannya. Setiap aktivitiperlu dikaji dan dirancang dengan teliti terlebih dahulu untuk mengurangkanrisiko. Sebagai seorang usahawan yang berjaya, patutlah menpunyai ciri-ciriseperti sanggup mengambil risiko. Usahawan yang saya pilih adalah Datuk Dr.Maznah, iaitu Pengerusi Eksekutif Kumpulan Securiforce. Beliau telah membawasyarikatnya bernama, Securiforce yang tidak dikenali oleh sesiapa pada masa itudan berjaya menjadi sebuah syarikat kawalan keselamatan yang terbesar di Malaysiapada masa sekarang. Beliau telah berjaya mengetuaikan lebih daripada 400 buahsyarikat. Beliau menpunyai lebih daripada 65 buah cawangan, mengetuai seramai6,000 kakitangan, dan dikelilingi dengan ratusan senjata api dan puluhan vankalis peluru. Van kalis peluru tersebut telah diciptakan dan dihasilkan olehSecuriforce sendiri. Ramai juga yang tidak menyedari bahawa perkhidmatanSecuriforce bukan sahaja terhad kepada static guard sahaja malah jugameliputi logistik, cash-in-transit, pengurusan tunai, high tech cargomanagement, perkhidmatan armoured trucking, dan pelbagai perkhidmatan yanglain. Tambahan pula, Securiforce memberikan pakej keselamatan yang lengkap dantotal, mempelopori konsep total security.

Oleh sebab beliau dan kakitangannya telahbertungkus rumus, kini Securiforce mempunyai beberapa buah anak syarikat yangsedang berkembang maju. Antaranya ialah Danau Lumayan, pemaju hartanah diBandar Tun Razak. Membina pangsapuri atau kondominium mewah, penthouse yangeksklusif dan lot lot kompleks perniagaan. Datuk Dr. Maznah telahmengembangkan perniagaannya tanpa sebarang bantuan kewangan daripada bank.Peristiwa ini amat dikagumi oleh pelbagai pihak dan segala lapisan masyarakat.(yussufsaufey, n.d.)

Ciri-ciri

Seterusnya, beliau juga merupakan seorangyang dinamik, berfikiran positif, bersemangat waja, cekal dan berani menanggungrisiko. Beliau memegang teguh prinsip kita mesti sanggup bekerja lebihdaripada gaji yang dibayar, maka akhirnya kita akan mendapat lebih dari apayang kita kerjakan. Prinsip ini telah membawa kejayaan besar terhadapperniagaannya yang membolehkan beliau berada di tahap sekarang. Beliau jugamerupakan seorang pendidik, iaitu guru keusahawanan yang dikenali olehseluruh peringkat masyarakat didalam dan di luar negara.

Kesimpulannya, Datuk Wira Dr. Maznah Hamid atau Iron LadyMalaysia merupakan usahawan yang sanggup mengambil risiko kerana berdasarkanperusahaan yang diperkenalkan beliau merupakan satu perusahaan yang tidaksesuai untuk golongan wanita kerana kerja yang kasar dan memerlukan individumempunyai tenaga kuat tetapi DatukMaznah menerima cabaran ini dan cuba menukarkan pandangan orang lain bahawaseorang wanita yang memiliki jati diri yang kuat dapat mampu untuk memajukanperusahaan yang majoritinya terdiri dari kaum lelaki.

Seterusnya, beliau mengembangkanperniagaan dengan tanpa meminjam sumber kewangan daripada institusi bank danini menunjukkan perbuatan yang sanggup mengambil risiko kerana kalau tidakbantuan dengan institusi kewangan beliau haruslah berfikir sendiri tentangsumber kewangan itu. Akhir sekali, sifat yang dimilikinya ini amatlah sesuaidijadikan contoh dan penambah semangat kepada usahawan-usahawan muda.

2.3Wan Hafizol bin Wan Omar (tajam pemerhati)

Latar belakang

Ciri-ciri yang harus ada dalam dirisetiap diri usahawan adalah bijak mencari peluang yang ada, mempunyaipemerhatian yang tajam dalam menjalankan sesuatu peniagaan.

Dengar saja Hot Burger, ramai yangmengetahui tentang jenama burger yang terkenal ini, tidak kira tua atau muda,kanak-kanak atau dewasa.Malahan pemiliknya tidak asing lagi di Malaysia,pelakon, pengacara muda dan pakar motivasi,Wan Hafizol bin Wan Omar atau lebihmesra dengan panggilan Fizo Omar.Beliau menjalankan perniagaan menjual burgerdengan kerjasama dua orang rakan baiknya ,Rizal Musa dan Asri Hamid yang telahberpengalaman lebih 15 tahun dalam bidang perniagaan.

Sedikit biodata tentang FizoOmar,beliau dilahirkan pada 19 Julai 1985.Berasal dari KotaBharu,Kelantan,mempunyai darah campuran Melayu(ayah) dan Siam Arab (ibu).Fizoberkelulusan Diploma Kejuruteraan Awam di UITM Perlis.Beliau kini aktifberlakon,mengacara program dan memberi motivasi kepada mereka yang memerlukan.

Pada awalnya,Fizo hanya belajarmembuat burger berdasarkan pemerhatiannya terhadap penjual burger di tepijalan.Dia merasakan mereka adalah pakar terbaik membuat burger.Dengan bermodalkan RM200.000,Fizo dan kawan-kawannyamula membuka beberapa buah kedai di sekitar Kuala Lumpur.Dengan menggunakantagline Harga Kaki Lima,Rasa Bintang Limabeliau menggunakan konsep iaitumengkomersialkan perusahaan burger tepi jalan.Penghujung tahun 2013,Fizo dankawan-kawannya meluaskan pasaranpenjualan dengan memasuki pasaran di Kelantan sebelum memperkenalkannya diSelangor.Kini,Hot Burger boleh didapati di beberapa negeri lain di SemenanjungMalaysia antaranya Melaka,Johor,dan Kedah.Mereka juga merancang untukmemperkenalkan Hot Burger di Sabah dan Sarawak selepas tahun 2017.

Walaupun hanya menjalankanperniagaan di kaki lima,ternyata Hot Burger amat mementingkanprofesionalisme.Setiap wakil penjual haruslah mematuhi peraturan-peraturan yangtelah ditetapkan oleh syarikat.Untuk menjamin kualiti burger yang dijual kepadapembeli,Hot Burger melantik pengurus dan penyelia supaya dapat memantaupersekitaran gerai dan peniaga.Hal ini secara tidak langsung dapat menstabilkanperniagaan Hot Burger yang sedang memuncak naik.

Hot Burger terus membuka sayap perniagaannyadengan membuka perniagaan francais Hot burger yang pertama di PasirPuteh,Kelantan berkonsepkan take away.Lebih istimewa,pelanggannya bolehmenikmatinya dengan menu yang menarik seperti Super Special dan BurgerStim.Fizo juga telah memperkenalkan Hot Burger pada 1 April dengan menggerakkan3 buah lori iaitu 2 di Kuala Lumpur dan 1 di Kelantan.

Sikap peribadi Fizo Omar yangmempunyai pemikiran yang tajam dalam mengolah idea membina perniagaan HotBurger dan bijak mencari peluang di depan mata membolehkan beliau berada dipuncak kejayaan.Suka duka dalam perniagaan telah ditempuhinya sebelum beliaugah berdiri di puncak sekarang.Semangat ini harus ada dalam diri anak-anak mudazaman kini supaya lebih menonjol pada masa akan datang.Memetik kata Fizo Apajua perniagaan yang mahu dibuat,yang penting niat kita,kejujuran dan keikhlasandalam melakukan sesuatu perkara.Insya Allah kita akan berjaya.

2.4Tan Sri Dr. Anthony Francis Fernandes (berpandangan jauh)

Latar Belakang

Berdasarkan Kamus Dewan Bahasa Edisikeempat (2005), maksud berpandangan jauh ialahkebolehan untuk menjangka(keperluan, masalah, perkembangan) yang akan datang atau timbul. Denganmemiliki kebolehan tersebut, seseorang individu dapat membuat rancangan yangrapi untuk jangka waktu yang panjang.

Seseorang usahawan yangberjaya, salah satu ciri yang perlu ada pada mereka adalah memilik sifatberpandangan jauh. Usahawan yang saya pilih adalah Tan Sri Dr Antony FrancisFernandes. Beliau juga dikenali sebagai Tony Fernandes, berumur 51 tahun dandilahirkan pada 30 April 1964. Beliau merupakan keluarga yang campuran PortugisGoa (India) dan Portugis Melaka. Beliau mrupakan seorang usahawan yang memilikiciri-ciri berpandangan jauh. Seterusnya, beliau juga merupakan Ketua PegawaiEksekutif (CEO) kepada Air Asia dan pengasas kepada Tune Group.

Tan Sri Dr Antony Francis Fernandes yangmenpunyai sifat berpandangan jauhnya apabila beliau membeli Air Asia. Pada masaitu, Air Asia mengalami kerugian yang teruk dan beliau telah berjaya mengubahAir Asia dari sebuah syarikat penerbangan yang kecil dan menjadikannya syarikatpenerbangan tambang rendah dan telah berkembang dengan cepat dalam masasekarang. Air Asia kini adalah antara syarikat penerbangan yang berjaya didunia. Beliau telah membawa kemajuan dan perkembangan yang besar, iaitu duabuah kapal terbang Boeing 737, sekarang telah berjaya berkembang dalammemilikkan 62 buah kapal terbang dalam perkhidmatan dan 277 buah lagi dalampesanan.

Ciri berpandangan jauh pada TonyFernandes dpat dinampak dengan jelas apabila beliau boleh menjangka situasiyang mungkin akan berlaku. Beliau telah membeli Air Asia pada Disember 2011daripada pemilik Malaysia yang DRB-Hicom untuk sebagai harga RM1 tetapi AirAsia pada masa itu mengalami hutang sebanyak RM40 juta. Beliau menetapkan wawasan Air Asia adalahUntuk menjadi syarikat penerbangan kos rendah terbesar di Asia dan memberikanperkhidmatan kepada 3 bilion dengan mengenakan tambang yang rendah.

Beliau berungkus-lumus untuk mencapaiwawasan Air Asia yang telah ditetapkan, beliau telah memperkenalkan tambangrendah Air Asia kepada rakyat Malaysia dengan slogan "Now everyone canfly", yang bertujuan untuk menaikkan kapal terbang dengan membayarkanharga berpatutan supaya semua orang boleh berpeluang untuk menaikkan kapalterbang. Beliau berkemampuan untuk meramalkan bahawa tambang yang rendah danakhir sekali akan mendatangkan keuntungan yang banyak. Hal ini demikian, AirAsia dapat membayar balik hutang yang dalam masa kurang daripada dua tahundengan dorongan Fernandes sendiri dan bantuan rakan-rakannya.

Syarikat penerbangan Air Asia dapatmencapai keuntungan dalam tempoh dua tahun kerana tambangnya murah,perkhidmatan berkualiti tinggi dan mampu membawakan keselesaan kepadapenumpang. Air Asia sekarang telah dipilih sebagai syarikat penerbangan kosterendah dan terbaik dalam dunia dan belum pernah terjadi sebelumnya, dalamenam tahun berturut-turut (2009-2014).. Secara kesimpulannya, Tan Sri Dr AntonyFrancis Fernandes ialah seorang usahawan yang berpandangan jauh. Pandangan jauhdan visi beliau telah berjaya mengubah Air Asia menjadi perintis syarikatpenerbangan tambang murah di Asia dan syarikat penerbangan kos rendah terbesardunia.

2.5Dato Jimmy Choo Yeang Keat (kegagalan satu pilihan)

Latar belakang

Kesilapan dan kegagalan merupakan salahsatu faktor yang memainkan peranan yang penting dalam proses pembelajaran bagiseorang usahawan. Kebanyakan usahawan yang berjaya pastinya mempunyai sejarahkegagalan mereka yang tersendiri yang dijadikan sebagai proses pembelajaranbagi membolehkan mereka untuk mencapai kejayaan yang mereka kecapi. MenurutMohd Hassan (2007), kegagalan perlu dijadikan sebagai pengalaman atau peluanguntuk terus berjaya. Seorang usahawan itu perlu mempunyai sikap yang positif didalam diri mereka dan mengambil iktibar terhadap kesilapan lampau supaya lebihmaju di masa hadapan. Perkara ini jelas menunjukkan bahawa usahawan perlulah bijakdan tidak mudah berputus asa dengan kegagalan masa lampau untuk terus memajukanperniagaan mereka.

Seorang usahawan yang mempunyai ciriseperti yang diperkatakan ialah Dato Jimmy Choo Yeang Keat atau lebih dikenalisebagai Mr. Jimmy Choo. Nama Jimmy Choo sudah sinonim dengan penghasilan kasutekslusif dan bergaya. Beliau bukan sahaja seorang pereka kasut tetapi jugaseorang tukang membuat kasut yang mahir dan pakar dalam menghasilkan hasilseninya. Jimmy Choo dilahirkan di Pulau Pinang pada tahun 1961 dan telahdibesarkan dalam sebuah keluarga yang menjalankan perniagaan kasut. Beliautelah mendapat pendedahan awal mengenai teknik pembuatan kasut daripada bapanyaiaitu seorang tukang kasut sepenuh masa.

Cabaran yang dilalui

Selepas tamat pengajian, Jimmy Choo cubauntuk membuka kedai kasutnya dengan menyewa sebuah bangunan bekas hospital yangditinggalkan. Beliau mengharungi empat tahun yang mendukacitakan kerana jualankasutnya amat menyedihkan. Walaupun rekaan beliau telah mendapat liputan sebuahmajalah fesyen terkenal di UK dan nama Jimmy Choo sudah dikenali, namun beliaumasih kecewa kerana jualannya tetap merosot.

Namun dengan sikap beliau yang tidak mudahberputus asa, beliau terus belajar dari kegagalan lalu dan berusaha dengan lebihkeras lagi. Selepas empat tahun berlalu, nasib Jimmy Choo berubah apabiladitakdirkan mendiang Puteri Diana berkenan dengan rekaan beliau lantasmembelinya. Semenjak dari hari itu, Puteri Diana terus jatuh cinta denganrekaan Jimmy Choo. Nama Jimmy Choo terus melonjak dan jualannya sangatmemuaskan. Kini jenama Jimmy Choo dikaitkan dengan gaya, kemewahan danketulenan, serta menjadi kegilaan artis dan selebriti di serata dunia.

Pelbagai cabaran telah dilalui oleh DatoJimmy Choo, namun berkat kesungguhan beliau dalam mengharungi pelbagairintangan dalam mengejar cita-citanya menjadikan jenama Jimmy Choo terus gahdimata dunia sehingga sekarang. Oleh itu, setiap cabaran dan kegagalanmerupakan sebuah langkah permulaan kepada kejayaan

2.6Datuk Steven Lim (budaya terbuka)

Latar belakang

Datuk Steven Lim adalah pengasas kepadaSecret Recipe yang sangat bergiat aktif dalam perniagaan di negara tempatanmahupun negara luar. Beliau adalah anak kelahiran Kota Bharu, Kelantan danmerupakan anak bongsu daripada lapan beradik. Latar kehidupan yang susahsewaktu kecik dulu mengajar beliau untuk merendah diri dan mempunyai prinsipjangan tamak. Suasana kampung yang banyak kekurangan itu menjadikan Stevenmanusia kreatif dengan permainan-permainannya. Kita dapat lihat kanak-kanaklain membuat wau biasa tetapi tidak Steven yang menambah sedikit nilaicontohnya memastikan wau hasil tangannya mengeluarkan bunyi dengung.(BillyNain, 2011)

Kebanyakan kawan Steven berbangsa Melayu dekdilahirkan di perkampungan Melayu. Steven sangat rapat dengan jiran biar punmempunyai perbezaan dalam warna kulit dan bahasa. Bangsa bukanlah satu tembokyang menghalang seseorang manusia bercampur dengan masyarakat lain.

Inspirasi dan langkah awal

Pada asalnya, beliau berkhidmat disyarikat antarabangsa dalam bidang pemasaran dan jenama khusus menyeliarangkaian pejabat di negara-negara Asia Pasifik meskipun pernah bercita-citahendak menjadi Pereka Hiasan Dalaman. Namun, tidak disangka rezeki Stevenmelimpah dalam bidang perniagaan makanan. Ketika mendapat peluang untuk melawatke negara lain, beliau tidak akan pulang dengan kosong. Beliau akan memerhatidan mengambil tahu tentang gaya hidup dan budaya negara yang dilawati sertamenganalisis dan mencari jawapan untuk setiap persoalan yang berkaitan.

Kewujudan Secret Recipe bermula apabilabeliau dan tiga anak saudaranya memulakan perniagaan kek dan kopi kira-kira 17tahun yang lepas menggunakan konsep baru. Beliau merasakan kekurangan dalamperniagaan makanan di negara kita dimana hotel-hotel mempunyai fine dining.Justeru itu, beliau cuba menaikkan tema tersebut agar pelanggan juga turutdapat bersantai sambil menikmati hidangan dengan suasana yang menarik dan hargamakanan tidak terlalu mahal di kedai makan biasa.

Oleh itu, premis pertama Secret Recipemula ditubuhkan di SS2 Petaling Jaya pada tahun 1997. (Suhaimi Taib, 2011)Permulaan langkah untuk menaiki anak tangga yang pertama ternyata tidak mudahdidaki kerana tiada siapa tahu tentang jenama itu. Hasil dari melakukanpemasaran sendiri dengan menawarkan kopi percuma telah memberi kesanperkembangan yang positif, daripada menikmati kopi percuma sahaja, pelangganpasti akan tergerak hati untuk mencuba kek-kek yang dijual di situ.

Steven menyertai pertandingan kek kejutahunan atas cadangan salah seorang pelanggannya yang merupakan wartawan darimajalah KL Vision. Namun Steven tidak sempat membuat persiapan akibat terlupatarikh pertandingan yagn dimaklumkan. Beliau tidak menaruh harapan tinggi untukmenang. Walaupun begitu, kek keju Secret Recipe berjaya memenangi GrandChampion tanpa disangka, walhal beliau hanya menghantar kek keju yang biasa.Semenjak itu, ramai pengguna berasa yakin dan percaya terhadap jenama tersebut.

Sikap dan pencapaian

Nama Secret Recipe diperoleh semasa diHong Kong iaitu ketika dia bangkit daripada tidur, menjadi kebiasaannyamembelek kertas kecil di meja sisi. Kemudian, beliau terlihat perkataan SecretRecipe tertera disitu. Steven mencari jalan untuk merealisasikan ideanya untukmemprancaiskan jenama tersebut ekoran perkembangannya begitumemberangsangkan. Steven perlahan-lahanmenyerahkan kepercayaan kepada sesiapa yang memenuhi kriteria untuk menyertaifrancais Secret Recipe.

Beliau sedar tentang masyarakatantarabangsa mudah mengenali makanan Thailand, Jepun, Vietnam, China dan yanglain tetapi makanan Malaysia sukar menembusi imej antarabangsa. Malahan, hasratbeliau untuk membuka outlet di Orchard Road, Singapura juga kecindang lantaranjenama Malaysia dipandang rendah. Oleh yang demikian, muncul keinginan beliauuntuk meneroka pasaran luar biar pun telah mejangkakan cabaran yang bakaldihadapinya bukan sedikit. Semangat yang utuh dan tidak mudah patah itu membawapula beliau ke arah kawasan republic yang lain dan sambutan yang diterimamenunjukkan respon yang menggalakkan.

Kemudian Steven ditawarkan ruangperniagaan di Orchard Road semula setelah berjaya menaikkan nama di situ.Beliau didatangi pihak pelaburan Singapura sebanyak dua kali dengan membawacadangan supaya ibu pejabat Secret Recipe dipindahkan ke negara itu. Pelbagaitawaran menarik mengiringi jemputan tersebut langsung tidak mudah membuatkananak Kelantan ini terpesona walaupun tawaran seperti itu tidak diperoleh dinegara sendiri.

Kini Steven telah berjaya mengangkatjenama Malaysia serta meluaskan pasarannya menjangkau ke China, Australia,Filipina, Thailand, Brunei, Indonesia dab beberapa negara lagi. Apa yang lebihmenarik lagi, sijil Halal menjadi kesungguhannya dalam memastikan jenamaMalaysia ini membawa sijil tersebut di mana sahaja ia dibuka lantaran percayaindustri makanan halal amat luas untuk diterokai. Umat Islam juga akanmenikmati tanpa was-was terhadap kebersihan produk Secret Recipe selaindaripada kualiti hidangan yang disajikan.

Berpandukan hasil kajian tentangpembudayaan, gaya hidup dan makanan utama di sesebuah negara yang dilawatinya,produk Secret Recipe mendapat penerimaan baik oleh masyarakat di situ selepasmemasuki pasaran di negara tersebut. Sebagai contoh mudah, Secret Recipememperbanyakkan menu berasaskan mee seperti mee Hokkien dan Mee Kantonis.

Secara terperincinya, Steven Lim adalahseorang tokoh usahawan yang mengamalkan budaya terbuka untuk memberikan kepuasandan keselesaan kepada semua masyarakat yang pelbagai mengikut kebudayaan negaramasing-masing. Beliau bijak mencari peluang untuk melengkapi kekurangan sesuatudalam perniagaan makanan dan berupaya mengadakan konsep baru yang bersesuaiansecara global di seluruh dunia. Kek menjadi produk pilihan utamanya keranawalaupun berasal dari negara Barat, tetapi telah menjadi makanan yanguniversal. Bukan itu sahaja, produk yang mudah ini juga tergolong dalamkategori produk yang menyeronokkan serta diminati semua lapisan umur.

2.7Sani Ekspress (berorientasikan matlamat)

Biodata

Nama Datuk Wan Mohammad Sani Salleh

Usia 39 Tahun

Tarikh Lahir 24 Julai 1976

Asal Kuala Ibai, Kuala Terengganu, Terengganu

Adik Beradik Keempat daripada enam beradik

Jawatan Pengarah Urusan Sani United Sdn Bhd(Sani Express Sdn Bhd, Sani Properties Sdn Bhd dan Sani Hotel Sdn Bhd)

Pendidikan Diploma Pengurusan Perniagaan Kolej Sunway(1994)

Pencapaian AnugerahDarjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk oleh SultanPahang, Sultan Ahmad Shah (Jun 2009)

Anugerah Usahawan Cemerlang Dewan Perniagaan Melayu Melaysia(DPMM) Kuala Lumpur (April 2009)

Tokoh Usahawan Muda, Anugerah Persatuan Pedagang danPengusaha Melayu Malaysia (Perdasama).(yussufsaufey, n.d.)

Latar belakang

Datuk Wan Mohammad Sani Salleh atau lebihdikenali sebagai Datuk Sani adalah nama yang tidak asing lagi dalam persadaindustri pengangkutan di negara ini. Seringkali kita pasti akan terlihat banyaktransportasi yang berlabelkan Sani Ekspres iaitu sebuah bas pengangkutan yangberwarna merah megah menyusur di setiap pelusuk jalanraya di semenanjungMalaysia. Datuk Wan Mohammad Sani Salleh adalah pemilik kepada rangkaianoperasi bas Sani Ekspres yang semakin dikenali pada hari ini dibawah kendaliansyarikat Sani United Sdn. Bhd. (SUSB).

Beliau merupakan anak keempat daripadaenam adik beradik. Beliau telah dilahirkan dan dibesarkan di Kuala Ibai, KualaTerengganu, Terengganu. Beliau merupakan lulusan diploma di salah sebuahuniversiti swasta terkemuka di Malaysia iaitu di Kolej Sunway dengan memegangsegulung diploma pengurusan perniagaan.

Sebelum beliau menceburkan diri dalambidang keusahawanan, beliau merupakan seorang yang bergiat aktif dalam industrihiburan. pada ketika itu, berbagai pekerjaan yang telah dilakukan beliauantaranya beliau pernah menjadi model, pelakon dan penyanyi. Baginya,menceburkan diri dalam bidang hiburan juga boleh berjaya namun pada pendapatperibadinya sendiri, bidang hiburan adalah bidang yang amat sukar untukmencapai kecemerlangan.

Setelah beberapa tahun menceburkan diridalam bidang hiburan, barulah beliau sedar bahawa bidang hiburan bukanlah jalanyang terbaik untuknya berjaya dalam hidup. Datuk Wan Mohammad Sani telahmengangkat rakan baiknya sendiri iaitu Datuk Sharifuddin sebagai inspirasibaginya kerana Datuk Sharifudin telah berjaya di dalam bidang perniagaan yangdiceburinya walhal disuatu ketika dahulu, mereka bersama-sama menjadi modelnamun rakan baiknya itu telah meninggalkan bidang tersebut untuk menceburkandiri dalam bidang perniagaan.

Pada suatu hari, beliau telah bertekad danmeletakkan matlamat untuk menjadi seorang ahli perniagaan yang berjaya. Beliautelah memulakan langkah pertama beliau dengan membuka bengkel membaikikenderaan di Kuala Lumpur dan Terengganu dan secara perlahan-lahan beliau telahberjinak-jinak untuk menceburkan diri dalam industri pengangkutan iaitu basyang selama ini menjadi impiannya.

Ciri-ciri seorang usahawan yang berjaya sememangnyaada dalam diri Datuk Wan Mohammad Sani Salleh. Tidak hairanlah bahawa beliaumampu untuk mencapai matlamat yang diimpikannya dengan usaha yang telahdicurahkannya. Antara ciri usahawan berjaya yang ada pada diri beliau ialahbeliau seorang yang berorientasikan matlamat dan wawasan.

Berorientasikan Matlamat dan Wawasan

Usahawan ini berpegang pada prinsip Dimana ada kemahuan, disitu ada jalan. Inilah tekad dan prinsip yang dipegangseorang contoh usahawan yang telah berjaya membangunkan perniagaannya darisecara kecilan sehinggalah telah menjadi satu empayar perniagaan yang berjayabaginya.

Pada usia 35 tahun, Datuk Wan MohammadSani sudah mendapat pelbagai pengiktirafan serta anugerah diatas kejayaannyamenerajui perniagaan dalam bidang pengangkutan di negara ini. Antarapengiktirafan yang diterima beliau ialah Tokoh Usahawan Muda, iaitu anugerahyang dinobatkan oleh Persatuan Pedagang dan Pengusaha Melayu Malaysia(Perdasama). Beliau juga turut mendapat Anugerah Usahawan Cemerlang DewanPerniagaan Melayu Malaysia (DPMM) Kuala Lumpur pada April 2009. Malah, beliaudianggap ikon generasi muda dalam dunia perniagaan masa kini.

Tambahan pula, sewaktu beliau berusia 33tahun, usahawan berjaya ini bagaikan telah memiliki segala-galanya. Perniagaanyang diusahakannya telah memberi pulangan jutaan ringgit. Dengan keuntungantersebut, beliau telah pun memiliki bangunan perniagaannya sendiri yangberfungsi sebagai pusat operasi perniagaan dengan kos pembelian sertapengubahsuaian mencecah hamper 7 juta Ringgit. Beliau juga memiliki sebuahkereta Ferrari F360 Modena bernilai RM1 juta dan mendiami bangle mewah bernilaiRM9 juta.

Di dalam temubual bersama Datuk WanMohammad Sani berkata, beliau sendiri tidak pernah terlintas untuk berada ditahap yang beliau kecapi sekarang ini meskipun inilah impian yang beliaucita-citakan untuk menjadi ahli perniagaan sejak remaja lagi. Seorang individuyang meceburkan diri dalam bidang perniagaan semestinya mempunyai matlamat danberwawasan jauh. Hal ini dapat dilihat dengan penelitian dan perancangan rapiDatuk Wan Mohammad Sani dalam merangka impian dan cita-citanya sehingga menjadirealiti. Tanpa wawasan dan matlamat yang dipegang olehnya, sudah pasti beliautidak akan dapat memiliki semua empayar perniagaan yang dimilikinya sekarangini hasil daripada usaha serta rezeki yang diberikan oleh Allah swt kepadanya.

Ciri usahawan berjaya seterusnya yang adapada diri beliau ialah usahawan yang mempunyai:

Sifat kerajinan, komitmen, keazaman dan ketabahan yang tinggi

Beliau berkata, Ketika zaman sekolah,saya bersekolah di Kuala Terengganu dan keluarga pula di Kampung Baru, KualaLumpur. Apabila berpeluang pulang ke Kuala Lumpur saya memilih bas sebagaipengangkutan. Boleh dikatakan rutin saya ketika bercuti hanya menaiki bas dantidur di atas bas. Jika ada cuti sehari sekalipun, malam saya naik bas ke KualaLumpur dan pada malam keesokan harinya saya pulang ke Kuala Terengganu,katanya ketika ditemu bual oleh wartawan.

Beliau menceritakan betapa sukarnya ketikawaktu permulaan menguruskan perniagaan dalam bidang pengangkutan. Pelbagaicabaran dan masalah yang beliau harus tempuh dan selesaikan sehingga beliaumenghabiskan seharian waktu hidupnya di pejabat. Di sini kita dapat lihat bahawaDatuk Wan Mohammad Sani merupakan seorang yang mempunyai sifat kerajinan,komitmen, keazaman dan ketabahan yang tinggi dalam menguruskan perniagaannya.

Sewaktu mengimbau semula sejarahperniagaanya, beliau berkata, hasrat untuk memiliki perniagaan bas timbulselepas sering berulang-alik dari Kuala Lumpur ke Terengganu 20 tahun lalu.Beliau menambah, ''Saya sebenarnya memulakan perniagaan melalui naluri sendiri,tidak ada orang suruh, tidak mendapat pandangan orang lain. Penglibatan dalambidang ini adalah atas desakan diri sendiri . Menurut daripada isi ayat yangdilontarkan oleh beliau, jelas sekali bahawa beliau sendiri yang mempunyaiiktizam serta keazaman untuk memulakan perniagaan serta berusaha memajukanperniagaan yang diterajui beliau ini sehingga berjaya.

Pada peringkat permulaansesebuah perniagaan, usahawan amat memerlukan kerajinan, komitmen, keazamanserta ketabahan bagi menghadapi segala cabaran, rintangan, masalah dankegagalan dalam memperkembangkan perniagaan. Hal ini jelas dapat dilihat padacara Datuk Wan Mohammad Sani dalam menguruskan dan memperkembangkanperniagaannya. Segala rintangan dan masalah yang dihadapi pada peringkatpermulaan perniagaannya, sudah pasti telah banyak mengajar beliau erti tidakberputus asa serta berpegang teguh pada keazaman yang dipegangnya selama iniuntuk memajukan perniagaan yang dimulakan beliau pada suatu ketika dahulu.

2.8Tan Sri Vincent Tan Chee Yioun (berorientasikan kumpulan)

Latar Belakang

Tan Sri Vincent Tan CheeYioun dilahirkan pada tahun 1952, lebih dikenali sebagai Vincent Tan, merupakanseorang ahli perniagaan Malaysia. Beliau adalah pemilik Thera Sdn Bhd danPengerusi Berjaya Group. Majalah Forbes menyenaraikan beliau dalam kelabbilionair Malaysia ke-9 dengan aset RM4.2 bilion.

Pada 23 Februari 2012,beliau mengumumkan belliau bersara daripada peranan korporatnya yang aktifdalam B-Corp, syarikat utama Berjaya Group of Companies. Jawatan Ketua PegawaiEksekutif (CEO) kepada anak sulungnya, Datuk Robin Tan Yeong Ching.

Beliau menguasai Berjaya Kawat Berhad dari syarikat asalnya Broken HillProprietary Ltd, Australia dan National Iron & Steel Mills, Singapura.17,000 pekerja bekerja dengan syarikat gergasi ini.

Syarikat miliknya, Berjaya Groupmenjalankan perniagaan sejak 1984 seperti surat khabar The Sun. Menjalankanperniagaan judi berlesen sah melalui Berjaya Sport Toto Berhad, Pan MalaysianPool Sdn Bhd dan Magnum Corporation Berhad.

Syarikat penerbangan Berjaya Air danBerjaya Hotel merupakan syarikat yang terbabit industri perhotelan, resort dankapal terbang kecil. Antaranya ialah Berjaya Hotel di pulau Tioman. Pelancongdibawa ke pulau Tioman dari Lapangan Terbang Subang dengan syarikat BerjayaAir. Berjaya Air berasal dari Pacific Air Charter yang ditubuhkan pada 1989.Kini Berjaya air membawa penumpang ke pulau Pangkor, Redang, Tioman, LapanganTerbang Seletar, Singapura dan Lapangan Terbang Samui di Koh Samui, Thailand.

Berjaya Hill Resort atau Bukit TinggiResort merupakan resort percutian di Bukit Tinggi, Pahang, bersebelahan denganGenting Highland. Keluasan 16,000 ekar terletak pada aras 2700 kaki dari araslaut di sebelah kiri Lebuh raya Karak. Latar belakang resort ini ialah BanjaranTitiwangsa dengan tema perkampungan dan senibina Perancis.

Menara Berjaya Times Square terletak disegi tiga emas Pudu - Bukit Bintang, Jalan Imbi dan Jalan Tun Dr Ismail, KualaLumpur. Di sini terletaknya pawagam IMAX 3D, Cosmos World, Border dan pasarraya Metrojaya. Sistem Monorail Kuala Lumpur menghubungi menara ini di StesenImbi.

Syarikat DiGi Telecommunication merupakanpengendali telefon bimbit ke-3 penting di Malaysia kerana menguasai 21 %pasaran telefon selular.

MiTV merupakan syarikat televisyenberbayar yang cuba memecahkan monopoli Astro di Malaysia dan Asia Tenggara.MiTV mendapat status Koridor Raya Multimedia kerana menggunakan teknologiterkini. Bagaimanapun syarikat ini tidak berjaya. MiTV menggunakan tranmisiyang disediakan oleh Runcom Technologies Ltd - sebuah syarikat Israel. MiTVNetworks Sdn Bhd beroperasi di Subang Hi-Tech, Shah Alam, Selangor. PengerusiMiTV ialah Datuk Rosman Ridzwan.

Informatics Education Ltd memberi ruangdan peluang kepada pelajar untuk belajar di peringkat sijil dan diploma dalamjurusan komputer, bahasa, perakauan dan lain-lain. Ditubuhkan sejak 1983mempunya 113 cawangan di 22 negara. Pengerusinya ialah Tan Sri Datuk SeriPanglima Dr. Abu Hassan Othman.

Kilang Inokom Corp Bhdmemasang kenderaan Hyundai dari Korea Selatan. Antara model yang dikeluarkanialah Inokom Lorimas, Inokom Atos, Inokom Getz, Inokom Matrix and Inokom SantaFe.

Pencapaian

Vincent Tan dianugerahkan'Usahawan Brandlaureate Terbaik' edisi 2009-2010. Anugerah disampaikan olehMenteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Idris Jala.Anugerah TheBrandlaureate merupakan anugerah jenama berprestij bagi syarikatdiMALAYSIA dan Asia Pasifik yangmengiktiraf kecemerlangan jenama syarikat antarabangsa, syarikat berkaitankerajaan dan syarikat penyenaraian awam.

2.9Datuk Loh Boon Siew (proaktif)

Latar Belakang

Usahawan yang berjaya mestilahmempunyai sikap proaktif dalam kehidupannya.Proaktif di sini memberi maknabersikap positif dengan merangka atau melakukan sesuatu tindakan yang jauh lebihawal untuk kesenangan pada masa hadapan.Ianya secara langsung dapat memajukansesebuah perniagaan yang diusahakan.

Antara usahawan yang boleh dikaitkandengan sikap ini atau lebih tepat lagi mempunyai sikap yang proaktif ialahmendiang Datuk Loh Boon Siew.Sedikit latar belakang tentang beliau, Datuk LohBoon Siew dilahirkan di Kampung Hui, daerah Funan,iaitu sebuah wilayah yangdianggap paling miskin di China pada zaman dahulu.Sejak kecil,Datuk Loh BoonSiew membuat pekerjaan dengan mengutip najis haiwan untuk tujuan pertaniansupaya dapat menambah pendapatan keluarganya

Datuk Loh Boon Siew berhijrah ke PulauPinang bersama ayahnya dan bekerja di kedai mekanik.Pada sebelah malampula,beliau mengambil upah membasuh bas yang setiap satunya sebanyak 10 sensebuah bas.Semasa berumur 18 tahun,beliau sering mencari peluang untuk bekerjasendiri bagi menambahkan pendapatan beliau.

Dengan berbekalkan wang hasilsimpanan, beliau telah membeli sebahagian peralatan mekanik yang berharga 10.00.8 buah bas telah dibaiki dan di ubah suai menjadi bas penumpang dan ternyatacara beliau memberi hasil yang lumayan.Dalam masa 7 tahun, Datuk Loh mempunyai40 buah bas serta meluaskan perniagaan dengan membuka kedai bateri dan kedaiganti kereta.Datuk Loh semakin melebarkan sayap perniagaan beliau selepasperang dunia kedua tamat dengan membuka kedai kereta terpakai dan menjadipengedar motosikal keluaran British.

Semasa tahun 1958, Datuk Loh bercutike negara Jepun.Di sana beliau ternampak motosikal jenama Honda yang belumpernah dilihatnya di Malaysia, lalubeliau terfikir untuk membawa masuk motosikal Honda untuk dijual .Padamulanya Datuk Loh ditertawakan oleh masyarakat kerana menganggap motosikaltersebut mudah rosak.Tanpa menghiraukan pandangan negatif orang ramai, DatukLoh terus mempromosikan motosikalnya.Sehingga tahun 1963,motosikal Hondamenjadi motosikal yang paling diminati.

Datuk Loh Boon Siew telah berjayamenempatkan kereta Honda di antara kereta ketiga terbesar di jual di Malaysiasejak 3 tahun yang lalu.Ia juga berjaya meletakkan Datuk Loh sebagai yangterkaya di Pulau Pinang dan menjadi antara 10 usahawan berjaya diMalaysia.Walaupun Datuk Loh telah meninggal dunia pada tahun 1995, nama beliaumasih lagi setanding dengan ahli korporat yang lain diibaratkan peribahasaharimau mati meninggalkan belang,manusia mati meninggalkan nama.

Disini dapat dilihat bahawa DatukLoh Boon Siew sebagai individu yang berkomitmen dalam bidang permotoran.Atasdasar minat dan komitmen tinggi beliau untuk terus berjaya, Datuk Loh telahmembina kilang motosikal yang pertama di Malaysia yang terletak di Mak Mandin,Pulau Pinang.

Untuk mencontohi kejayaan yangdilakar Datuk Loh Boon Siew, kita mestilah punyai sikap proaktif dalam mencapaikejayaan dalam perniagaan yang diceburi.Ia dapat membantu kita meningkatkanlagi tahap kemajuan dalam perniagaan.

3.0 TUGASAN B TOKOH DAN PELBAGAI CIRI

Proaktif rangkaian mengamil risikokegagalan adala satu pilihan hasil orientasi

Tokoh yang saya pilih ialahAli Hassan Mohd Hassan. Beliau merupakan tuanpuan rangkaian Syarikat aL-ikhsaNiaitu sebuah syarikat yang menyediakan pelbagai kelengkapan sukan yang bertarafantarabangsa yang mana produknya diperkenalkan adalah eksklusif dan berkaitrapat dengan arena sukan seperti Piala Eropah, Formula 1, Sukan Olimpik Beijingserta Piala Dunia 2010. Selain itu, beliau merupakan Pengarah Urusan Al-Ikhsandan memiliki 59 cawangan syarikat di dalam Semenanjng Malaysia. Terdapatpelbagai ciri-ciri yang patut kita memupuk dalam diri sendiri dan mengamalkanselama-lamanya,

Proaktif

Beliau merupakan seorang tokoh yangproaktif kerana beliau tidak malu untuk tanya kepada pelanggan tentang apakahproduk yang dapat memuaskan kehendakan mereka dan sebarang tidak puas hatitentang produknya. Beliau berkata, kalua ada pandangan atau aduan daripadapelanggan, barulah kita boleh ubahsuai dan menjadikan produk itu lebihcemerlang serta dapat memajukan perniagaan ke tahap yang lebih tinggi. Beliauproaktif dalam mendengar dan merujukkan pandangan yang diberikan oleh pelanggansupaya dapat memuaskan kehendakan pelanggan. Selain itu, al-ikhsaN merupakanperniagaan yang dikirakan dengan siaz kecil pada masa itu. Walaupun perniagaanadalah saiz kecil tetapi beliau juga proaktif dalam menjual baju sukan secarapantas. Dapat sahaja barang hari ini, jual secepat mungkin. Ini dapatmemdatangkan kebaikan kepada perniagaannya iaitu dapat stok yang pelbagai dantidak menpunyai stok lama kepada pelanggan.

Sanggup mengambil risiko

Beliau merupakan tokoh yang mempunyai cirisanggup mengambil risiko. Sebagai contonhnya, Ali Hassan Mohd Hassan hanyamenjual barangannya secara kecil-kecilan kepada sshabat dan pensyarah beliauketika beliau masih menuntut di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai,Johor pada masa dahulu. Beliau juga tidak mengenal pasti bahawa perniagaan iniakan mendapat sambutan baik atau tidak daipada sahabatnya. Walaubagaimanapun,beliau juga berusaha untuk menjalankan perniagaan kerana mendapatkan untunguntuk membiayai kos pembelajaran dan kos sara hidup. Oleh kerana beliau sanggupmengambil risiko ini dan tidak berputus asa, perniagaan pertama beliau bermulapada tahun 1993 di ruang sempit di Holiday Plaza, Johor Bahru. Perniagaanpertama itu adalah diusahakan dengan titik peluhnya sendiri. Beliau mulamengusahakan perniagaan dengan sepenuh hati dan semakin lama-lamanya mendapatipermintaan barangan sukan yang amat menggalakkan dan disukai oleh masyarakat.

Hasil berorientasi

Oleh kerana Ali Hassan Mohd Hassan beliautidak berputus asa, proatkif, sanggup mengambil risiko dan seterusnya,perniagaannya telah berkembang maju daripada satu perniagaan yang saiz kecilsampailah sebanyak lebih dari 75 buah butik aL-ikhsaN di seluruh negara.Tambahan pula, pilihan kasut, baju sukan, bag dan setersusnya juga pelbagaijenis serta dengan harga yang berpatutan. Tambahan pula, pada penghujung 2010,aL-ikhsaN juga merancang membuka kedai sukan untuk masyarakat wanita dikenaliAl-Ikhsan Sports Girl. Menurut kata beliau, pembukaan perniagaan ini adalahuntuk memenuhi tuntutan para pelanggan wanita yang menyatakan bahawa pakaianserta kelengkapan sukan berkualiti tinggi jenama terkemuka sukar diperolehdalam pasaran tempatan Seterusnya, beliau juga menetapkan matlamat tentanguntuk membuka 60 cawangan menjelang tahun 2008 dan menambah jumlah itu kepada200 buah cawangan menjelang tahun 2015. Menurut beliau, syarikatnya telahmenetapkan sasaran tentang membuka sekurang-kurangnya dua cawangan setiapbulan, terutamanya buka cawangan di kompleks membeli-belah atau di lot kedai.Kompleks membeli-belah merupakan tempat yang masyarakat selalu mengunjungikalua membuka cawangan di sana, pastilah akan menarik perhatian pengunjunguntuk masuk ke kedai Al-ikhsan. (ARKIB, 2007)

Kegagalan adalah satu pilihan

Setiap perniagaan mesti menpunyai banyakrintangan dan halangan semasa kita mencapai keuntungan. Dalam perniagaanAl-ikhsan, juga mengalami kegagakan tetapi Ali Hassan tidak berputus asa danberjuang secara bersungguh-sungguhnya. Pada tahun 2013, premis Al-Ikhsancawangan Sungai Buloh berlaku kes rompakan

kerugian kira-kira RM1,000.Perompak telah mengambil wang tunai berjumlah kira-kira RM600, dua telefonbimbit yang memilik kakitangan tersebut dan enam helai jersi. Selain itu,beliau pernah gagal untuk mendapatkan pinjaman kerana saiz perniagaan masadulunya adalah kecin dan tidak mendatangkan untung yang banyak. Walaubagaimanapun,beliau juga tidak berputus asa, beliau juga berusaha menguruskan syarikatnyadengan sepenuh hati dan bersungguh-sungguh.

Kumpulan orientasi

Sebagai tonggak kepimpinan atau ketuadalam sebuah organisasi, beliau mempunyai tanggungjawab besar untuk menentukankeselesaan dan suasana kerja yang memberangsangkan untuk kakitangannya. AliHassan merupakanseorang tokoh yang mementingkan bekerja secara kumpulan danjuga sentiasa mengambil berat tentang kakitangannya. Menurut kata beliau,beliau bersikap terbuka dan tidak mengamalkan jurang besar antara ketua denganpekerja. Beliau menganggap mereka sebagai kawan dan memastikan kakitangannyaberada dalam keadaan gembira dan tenang bekerja di Al-Ikhsan. Beliau tidak sukamemberi tekanan dalam kalangan kakitangan sehinggalah mereka menimbulkanperassan tidak puas hati dan ini dapat menpengaruhi proses pekerjaan.

4.0 RUMUSAN

Kesimpulannya, seseorangusahawan perlu mempunyai ciri-ciri keusahawanan seperti sanggup mengambilrisiko, berpandangan jauh, budaya terbuka, dan ciri-ciri yang lain lagi sepertiyang dinyatakan sebelum ini. Ciri-ciri ini perlulah diamalkan dan dipupuksecara kecil lagi. Di samping itu, kita dapat membuktikan bahawa kebanyakanfaktor-faktor yang boleh menjadikan seseorang usahawan berjaya dengan cemerlangterletak pada usahawan itu sendiri. Ini bermakna, usahawan ingin berjaya atauidak adalah bergantunglah diri sendiri. Misalnya, jika usahawan itu harusmenapai maklamat itu dia akan berusaha dengan bertungkus-lumus. Kalau dia ingintidak akan berjaya, dia akan biarlah itu dan tidak berusaha lagi. Oleh itu,usahawan tidak seharusnya menyalahkan pihak-pihak lain apabila menhadapikegagalan. Usahawan hendaklah sentiasa melihat kepada diri sendiri dan bersediamemperbaiki sebarang kelemahan supaya menjadikan lebih baik. Akhirnya,walaubagaimanapun, kaedah mengejar kecemerlangan dalam keusahawanan adalah samaseperti mengejar kecemerlangan dalam apa-apa bidang sahaja. Tiada jalan ringkasdan pengganti bagi usaha yang gigih dan tekun.

Posted by

Hikaru

at22:25

Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest

No comments:

Post a Comment

Home

Subscribe to:Post Comments (Atom)

Blog Archive

2015

(1)

November

(1)TOKOH DAN CIRI KEUSAHAWANAN

About Me

Hikaru

View my complete profile

Travel theme. Theme images by enot-poloskun. Powered by Blogger.