tips temuduga unit separa perubatan

4
TIPS TEMUDUGA UNIT SEPARA PERUBATAN Dengan bantuan Pak cik kesayangan aku iaitu pak cik Google, aku berjaya mendapatkan maklumat di bawah untuk temuduga aku ahad ni. Kepada korang yang dapat tawaran aku boleh gunakan tips di bawah Soalan-soalan yang bakal ditanyaBidang tugas Juruteknologi Makmal Perubatan Bidang-bidang yang tergolong dalam Juruteknologi Makmal Perubatan slogan Kementerian Kesihatan Malaysia Maksud 1 malaysia Siapa Menteri Kesihatan Dimana Kolej latihan Dan ini tips/jawapan yang aku dapat Slogan Kementerian Kesihatan Malaysia – Kami Sedia Membantu Ketua pengarah kesihatan : Tan sri dato seri dr Hj Ismail Slogan 1 malaysia – Rakyat Didahulukan pencapaian di utamakan Klinik yang baru ditubuhkan : Klinik 1 malaysia Menteri Kesihatan : Dato Liow Tiong Lai ahli parlimen bentong Tugas Juruteknologi Makmal Perubatan : Membantu doktor dlm mendiagnos penyakit iaitu menjalankan sebarang ujian yangg melibatkan sebarang contoh yg diambil daripada tubuh manusia (spt darah, kahak, nanah, csf, kencing, najis, tisu manusia dan apa2 yg terdapat pada tubuh manusia) Dan ini 20 soalan yang biasa ditanya ketika temuduga yang korang boleh jadikan tips juga. 1. Apa yang anda tahu tentang Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA)? Apakah peranan peranan yang dimainkan oleh SPA 2. Kerajaan memperkenalkan konsep KPI (Key Performance Indicator) untuk mengukur kecekapan dan keberkesanan menteri menteri yang dilantik di dalam kabinet. Boleh anda ulas sedikit tentang ini? 3. Selain daripada KPI, apa lagi langkah langkah atau mekanisme yang membolehkan sesebuah majikan mengukur kemampuan seseorang pekerja?

Upload: sakura-rena

Post on 22-May-2015

5.677 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Tips temuduga unit separa perubatan

TIPS TEMUDUGA UNIT SEPARA PERUBATAN

Dengan bantuan Pak cik kesayangan aku iaitu pak cik Google, aku berjaya mendapatkan maklumat di bawah untuk temuduga aku ahad ni. Kepada korang yang dapat tawaran aku boleh gunakan tips di bawah

Soalan-soalan yang bakal ditanyaBidang tugas Juruteknologi Makmal Perubatan

Bidang-bidang yang tergolong dalam Juruteknologi Makmal Perubatan slogan Kementerian Kesihatan Malaysia Maksud 1 malaysia Siapa Menteri Kesihatan Dimana Kolej latihan

Dan ini tips/jawapan yang aku dapat

Slogan Kementerian Kesihatan Malaysia – Kami Sedia Membantu Ketua pengarah kesihatan : Tan sri dato seri dr Hj Ismail Slogan 1 malaysia – Rakyat Didahulukan pencapaian di utamakan Klinik yang baru ditubuhkan : Klinik 1 malaysia Menteri Kesihatan : Dato Liow Tiong Lai ahli parlimen bentong Tugas Juruteknologi Makmal Perubatan : Membantu doktor dlm mendiagnos penyakit

iaitu menjalankan sebarang ujian yangg melibatkan sebarang contoh yg diambil daripada tubuh manusia (spt darah, kahak, nanah, csf, kencing, najis, tisu manusia dan apa2 yg terdapat pada tubuh manusia)

Dan ini 20 soalan yang biasa ditanya ketika temuduga yang korang boleh jadikan tips juga.1. Apa yang anda tahu tentang Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA)? Apakah peranan peranan yang dimainkan oleh SPA2. Kerajaan memperkenalkan konsep KPI (Key Performance Indicator) untuk mengukur kecekapan dan keberkesanan menteri menteri yang dilantik di dalam kabinet. Boleh anda ulas sedikit tentang ini?3. Selain daripada KPI, apa lagi langkah langkah atau mekanisme yang membolehkan sesebuah majikan mengukur kemampuan seseorang pekerja?4. Anda baru dilantik ke sebuah jabatan kerajaan. Anda mendapati, terdapat beberapa kepincangan dalam beberapa proses dan prosedur perkhidmatan yang diberikan oleh jabatan anda. Sebagai orang bawah yang baru sahaja bekerja, bagaimana anda boleh mengutarakan pendapat anda kepada pegawai lain yang lebih tinggi pangkatnya?5. Aung San Suu Kyi adalah pejuang demokrasi yang dinafikan hak hak kemanusiaan oleh negaranya Myanmar. Sebagai sebuah negara yang berada di kerantauan yang sama, apa yang boleh dilakukan oleh Malaysia untuk menyuarakan kerisauan antarabangsa dan dalam masa yang sama mengekalkan hubungan diplomatik kedua dua hala?6. Bagaimana anda boleh menyelesaikan konflik atau perselisihan pendapat dengan rakan sekerja anda?7. Setakat yang anda tahu, apakah tugas tugas yang bakal dipikul oleh Juruukur (atau jawatan yang dipohon) di jabatan ini?8. Kenapa anda yang harus kami pilih, dan bukan calon lain? Apa kelebihan anda?9. Apakah kelemahan anda yang harus kami ketahui? Adakah anda melakukan sebarang perkara yang akan membantu anda mengatasi kelemahan tersebut?

Page 2: Tips temuduga unit separa perubatan

10. Sebagai seorang jurutera, selain daripada kepakaran teknikal, apa lagi kemahiran lain yang perlu ada pada beliau untuk membina sebuah kerjaya yang cemerlang dan membolehkan beliau menjadi seorang jurutera yang serba boleh?11. Di manakah anda 5 tahun dari sekarang?12. Sebagai seorang pegawai sumber manusia, apakah strategi yang boleh anda lakukan untuk memastikan tahap motivasi pekerja di semua jabatan atau unit berada pada tahap yang tertinggi?13. Mengapa anda memohon jawatan ini?14. Kenapa jawatan dalam kerajaan yang dipilih. Kenapa tidak swasta? Apa kelebihan dan kekurangan bekerja dengan kerajaan berbanding dalam sektor swasta?15. Pada pendapat anda, adakah sistem pendidikan di negara ini berada pada landasan yang betul? Apa yang anda mahu lihat pada sistem pendidikan yang masih belum ada buat masa ini?16. Sebagai pereka lanskap, apakah langkah langkah yang perlu diambil, serta faktor faktor yang mesti diambil kira sebelum anda melakukan sebarang rekaan di atas kertas?17. Nyatakan sebarang pencapaian atau keterlibatan anda dalam membangunkan sistem teknologi maklumat, samaada di tempat kerja sebelum ini, di universiti atau di tempat tempat lain.18. Jika anda keluar dari sektor swasta dan masuk ke jabatan kerajaan, bagaimana anda boleh meyakinkan kami bahawa anda tidak akan keluar dan masuk semula ke sektor swasta?19. Seorang pegawai kerajaan akan sentiasa menghadapi kemungkinan untuk dipindah lokasi dan tempat bekerja. Terangkan respons anda terhadap komitmen sebegini. Bagaimana anda akan menyelesaikan segala cabaran yang muncul dalam proses perpindahan ini?20. Nyatakan satu contoh di mana anda telah menonjolkan bakat kepemimpinan semulajadi dalam melaksanakan sesuatu aktivit atau program yang besar dan berjaya.Salam semua pembaca blog saya, oleh kerana saya mendapat terlalu banyak komen tentang tips, panduan dan cara untuk lulus interview/temuduga SPA. Saya telah melakukan beberapa pencarian dan mengumpul beberapa tips untuk dikongsikan bersama. Ada juga tips yang datang dari saya sendiri Oh, saya juga saya seorang penjawat awam yang lulus interview SPA8.Tips yang saya akan kongsikan dibahagikan kepada 3 bahagian kerana terlalu panjang.Kemahiran/KebolehanPengalamanPersonalitiUntuk membantu anda berjaya dalam temuduga tersebut, anda dinasihati membuat beberapa persediaan seperti berikut:Persediaan AwalPastikan bahawa anda mengetahui masa dan tempat temuduga.Hendaklah tiba di tempat temuduga sekurang-kurangnya 20 minit lebih awal. Sekiranya anda tidak dapat hadir kerana hal kecemasan, beritahu majikan seawal mungkin dan membuat temu janji yang lain.Hendaklah pakai pakaian yang bersih dan kemas serta bersesuaian dengan pekerjaan yang dipohon. Pakaian yang menjolok mata adalah tidak dibenarkan.Bawa bersama satu salinan ” resume “, surat akuan, sijil-sijil yang berkaitan dengan kerja. Sebaik-baiknya susun didalam ” folder “.Selidik tentang latarbelakang firma atau pekerjaan yang anda pohon itu (misalnya produk/perkhidmatan syarikat, jumlah jualan dan keuntungan tahunan, saiz organisasi, pelanggan-pelanggan utama, pesaing-pesaing utama, berita/perkembangan syarikat yang terkini, rancangan pembangunan syarikat, tanggungjawab dan tugas jawatan yang dipohon, latihan-latihan, laluan kerjaya dan sebagainya).Tahu apa yang anda boleh sumbangkan kepada majikan.Ramalkan soalan-soalan yang akan ditanya oleh penal temuduga dan sediakan jawapan. Diantara soalan-soalan yang mungkin dibangkitkan adalah seperti berikut:Bolehkah anda memberi keterangan mengenai diri anda?Apa yang membuatkan anda pilih pekerjaan ini?

Page 3: Tips temuduga unit separa perubatan

Apa pengalaman yang anda perolehi dalam kerja anda yang lepas?Kenapa anda berhenti?Apakah pencapaian cemerlang dalam kerja anda yang lepas yang anda banggakan?Apakah pandangan bekas majikan terhadap anda?Adakah anda mempunyai pengalaman dalam kerja jenis ini?Kenapa anda fikir anda layak untuk kerja ini?Apa yang anda tahu mengenai syarikat ini?Apakah yang membuatkan anda berminat dengan perkhidmatan dan produk syarikat ini?Bagaimana anda boleh menyumbang kepada syarikat ini?Kenapa anda berminat untuk bekerja dengan syarikat ini?Apakah rancangan jangka panjang kerjaya anda?Apakah kekuatan atau keistimewaan anda?Apakah Kelemahan Anda?Bagaimana anda menilai diri sendiri?Bagaimanakah pandangan rakan-rakan anda mengenai diri anda?Bagaimana anda ingin orang lain menilai anda?Adakah anda akan menjalani latihan tambahan sekiranya pekerjaan tersebut memerlukannya?Adakah anda lebih suka bekerja secara berpasukan atau bersendirian?Adakah anda suka kerja-kerja tetap harian (routine)?Bagaimana dengan kesihatan anda?Apakah kegemaran/hobi anda?Sekiranya anda ditawarkan kerja ini, bagaimana anda merancang penggunaan masa bagi dua minggu pertama di syarikat ini?Bagaimana anda mengatasi sesuatu masalah yang dihadapi?Menyediakan borang perancangan terlebih dahulu seperti di Lampiran II sebelum menghadiri sesuatu temudugaBerlatih dengan rakan-rakan