tips menjadi anak cemerlang melalui penghayatan asma ul husna (2)

25
TIPS MENJADI ANAK CEMERLANG MELALUI Mukasurat 1/25 PENGHAYATAN ASMA UL HUSNA ___________________________________________________________________________________ TIPS MENJADI ANAK CEMERLANG MELALUI PENGHAYATAN ASMA UL HUSNA Kandungan 1. Pendahuluan………………….…………..…………………………………. 2. Siapakah Diriku?............................................... ................ 3. Siapakah Ibuku?................................................ ............... 4. Siapakah Ayahku?............................................... .............. 5. Siapakah Abang dan Kakakku?........................................... 6. Siapakah Adik- adikku?............................................... ........ 7. Siapakah Rakan-rakanku? 8. Siapakah Guruku? 9. Ketika Diriku Merasa Lemah dan Tidak Berdaya………………… 10.Ketika Diriku Merasa Tidak disayangi dan Dihargai.............. 11.Ketika Diriku Dihina dan Direndahkan 12.Ketika Diriku Merasa Buntu, Tidak Pandai dan Tiada Idea 13.Ketika Diriku Merasa Terlalu Sibuk 14.Ketika Diriku Mengalami Kegagalan dan Tekanan 15.Ketika Diriku Merasa Ingin Melakukan Maksiat 16.Ketika Diriku Merasa Bosan Dengan Kehidupan 17.Bagaimana Diriku Menggapai Cinta................................... 18.Bagaimana Diriku Menggapai Kemuliaan........................... Sebarang pertanyaan atau tips tambahan jika diperlukan sila hubungi Wan Maseri Hp: 013-6302817; Email: [email protected] ; Blog: wanita3i.blogspot.com

Upload: c-dot

Post on 07-Jun-2015

2.165 views

Category:

Documents


9 download

DESCRIPTION

Please visit http://wanita3i.blogspot.com

TRANSCRIPT

Page 1: Tips Menjadi Anak Cemerlang Melalui Penghayatan Asma Ul Husna (2)

TIPS MENJADI ANAK CEMERLANG MELALUI Mukasurat 1/19PENGHAYATAN ASMA UL HUSNA___________________________________________________________________________________

TIPS MENJADI ANAK CEMERLANG MELALUI PENGHAYATAN ASMA UL HUSNA

Kandungan

1. Pendahuluan………………….…………..………………………………….2. Siapakah Diriku?...............................................................3. Siapakah Ibuku?...............................................................4. Siapakah Ayahku?.............................................................5. Siapakah Abang dan Kakakku?...........................................6. Siapakah Adik-adikku?.......................................................7. Siapakah Rakan-rakanku?8. Siapakah Guruku?9. Ketika Diriku Merasa Lemah dan Tidak Berdaya…………………10. Ketika Diriku Merasa Tidak disayangi dan Dihargai..............11. Ketika Diriku Dihina dan Direndahkan12. Ketika Diriku Merasa Buntu, Tidak Pandai dan Tiada Idea13. Ketika Diriku Merasa Terlalu Sibuk14. Ketika Diriku Mengalami Kegagalan dan Tekanan 15. Ketika Diriku Merasa Ingin Melakukan Maksiat16. Ketika Diriku Merasa Bosan Dengan Kehidupan17. Bagaimana Diriku Menggapai Cinta...................................18. Bagaimana Diriku Menggapai Kemuliaan...........................19.Bagaimana Diriku Menggapai Kecemerlangan....................20.Penutup..........................................................................

1.Pendahuluan

Sebarang pertanyaan atau tips tambahan jika diperlukan sila hubungi Wan MaseriHp: 013-6302817; Email: [email protected]; Blog: wanita3i.blogspot.com

Page 2: Tips Menjadi Anak Cemerlang Melalui Penghayatan Asma Ul Husna (2)

TIPS MENJADI ANAK CEMERLANG MELALUI Mukasurat 2/19PENGHAYATAN ASMA UL HUSNA___________________________________________________________________________________

Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamualaikum,

Kepada anakku yang kusayangi, sesungguhnya Allah menciptakan kita bukan untuk hanya berseronok di atas dunia ini tanpa tujuan. Dia Ya Khaliq menciptakan kita dengan penuh kesempurnaan agar kita boleh menjalani dan menikmati kehidupan ini dengan rasa penuh bahagia dan redha seperti dinyatakan di dalam surah As-Syam:

Dan kesempurnaan jiwa itu sesungguhnya adalah sedikit sifat Asma ul Husna Allah s.w.t yang diilhamkan kedalam jiwa manusia yang mampu menjadikan jiwa itu kuat dan mantap di dalam mengharungi liku-liku dan badai kehidupan.

Sucikanlah jiwamu anakku, agar sifat-sifat Allah yang diilhamkan kepada jiwamu dapat dipancarkan keluar bagi menerangi hidupmu dan seluruh alam ini.

Layarilah bicara hati ini dengan penuh tunduk, tawadduk dan penuh kerendahan hati kepada Allah Yang Maha Agung dan Maha Tinggi, semoga dirimu dapat mencari jawapan kepada persoalan dan kekosongan hidupmu selama ini.

2. Siapakah Diriku?

Sebarang pertanyaan atau tips tambahan jika diperlukan sila hubungi Wan MaseriHp: 013-6302817; Email: [email protected]; Blog: wanita3i.blogspot.com

Page 3: Tips Menjadi Anak Cemerlang Melalui Penghayatan Asma Ul Husna (2)

TIPS MENJADI ANAK CEMERLANG MELALUI Mukasurat 3/19PENGHAYATAN ASMA UL HUSNA___________________________________________________________________________________

Sesungguhnya Engkau Ya Kholiq Yang Maha Pencipta telah menciptakan diriku daripada tanah yang hina dan kemudian dari air mani yang juga hina, dari tiada kepada ada. Engkau Ya Khaliq Yang Maha Pencipta dan Ya Malik Yang Maha Berkuasa dan Raja Yang Memiliki Segala Isi Langit dan Bumi telah ciptakanku dan sesungguhnya diriku hanya ciptaanMu dan hambaMu yang dulunya tiada dan kini ada.

Engkau Ya Wahhab Yang Maha Pemberi telah memberikanku segala kesempurnaan tubuh badan, pakaian, rezeki dan juga Engkau Ya Rahman Yang Maha Pengasih, Ya Rahim Yang Maha Penyayang telah mengurniakan Kasih dan SayangMu kepada ibu dan bapaku dan diriku, yang dengan rasa Kasih dan SayangMu itulah kami membina keluarga yang bahagia dan harmoni ini sehingga kehari ini.

Sesungguhnya diriku adalah seorang anak yang Engkau kurniakan sedikit Rahman (Pengasih) dan RahimMu (Penyayang) untuk ku curahkan kepada ibu dan bapaku demi melaksanakan tugas KhalifahMu di dunia ini. Engkau telah menugaskan diriku sebagai seorang anak agar memberikan kasih dan sayang yang tulus dan berbakti kepada ibubapaku kerana Engkaulah Ya Jalil Yang Maha Tulus dan Ya Quddus Yang Maha Suci. Dengan sedikit Rahman dan RahimMu, JalilMu dan QuddusMu inilah, diriku bersama ibu dan bapaku mampu membentuk peribadi hamba dan khalifah dikalangan ahli keluarga kami dan dengan peribadi inilah kami mampu membina sebuah keluarga bahagia.

Dengan kekuatanMu Ya Aziz Yang Maha Perkasa, Ya Qawwiy Yang Maha Memiliki Kekuatan dan Ya Matin Yang Maha Sempurna Kekuatan dan Maha Teguh, diriku bersama keluargaku menghadapi segala cabaran dan ujian hidup yang sentiasa Engkau, Ya Rahman, Ya Rahim berikan. Kerana dengan menghadapi cabaran dan ujian inilah, kami sekeluarga akan bangkit sebagai satu keluarga yang padu dan kuat bagi membina dan membangunkan generasi hambaMu yang taat dan patuh kepadaMu.

Ya Allah Ya Alim Yang Maha Berilmu, sesungguhnya Engkau telah mencipta diriku sebagai seorang pelajar yang perlu mencari

Sebarang pertanyaan atau tips tambahan jika diperlukan sila hubungi Wan MaseriHp: 013-6302817; Email: [email protected]; Blog: wanita3i.blogspot.com

Page 4: Tips Menjadi Anak Cemerlang Melalui Penghayatan Asma Ul Husna (2)

TIPS MENJADI ANAK CEMERLANG MELALUI Mukasurat 4/19PENGHAYATAN ASMA UL HUSNA___________________________________________________________________________________

ilmuMu dan NurMu (Cahaya Petunjuk) yang terlalu banyak dan tidak bertepi. Dengan ilmuMu dan NurMu inilah diriku mampu menyuluh jalan yang Engkau telah bentangkan dan mampu berjalan diatasnya dengan bimbingan dan petunjukMu Ya Haddi Yang Maha Memberi Petunjuk. Ilmu yang Engkau Ya Alim anugerahkan kepadaku akan ku gunakan untuk melakukan kebaikan kepada manusia tanpa mengharapkan balasan manusia, tetapi yakin dengan balasan Allah

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim, Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, Engkau juga telah menciptakanku bagiku berkenalan, berbuat baik serta nasihat menasihati antara kami agar kami semua taat dan patuh kepadaMu Ya Rabbi.

Ya Allah, Ya Malik, Sesungguhnya Engkau adalah Raja yang memiliki diriku ini. Diriku milikmu ya Allah, segala apa yang ada pada diriku ini, kecantikanku, kesihatanku, wangringgitku hatta ibubapaku, adik beradikku dan rakan-rakanku adalah milikMu sepenuhnya. Diriku sedar Engkau akan mengambil semuanya itu daripada diriku pada bila-bila masa, dan diriku tidak seharusnya merasa sedih dan kecewa kerana sesungguhnya ianya bukan milikku, Engkau Ya Maha Pemberi telah memberikannya kepada diriku sebagai amanah dan pinjaman untukku melaksanakan tugas khalifahMu didunia ini dan alat bagiku mengutip redhaMu bagi bekalan untuk akhirat nanti.

Ibu dan ayahku yang ku sayangi, kalian harus sedar, diriku bukanlah milik kalian. Diriku adalah milik Ya Malik dan Ya Kholiq, Yang Maha Memiliki dan Maha Pencipta. Oleh itu diriku tidak mampu untuk menghambakan diri kepadamu ibu dan ayah, kerana diriku hanyalah hamba kepada Tuhan yang menciptakanku dan Tuhan yang telah memberikan seluruh kasih dan sayangNya kepadiriku selama ini.

Ibu dan ayah yang ku sayangi, apa yang diriku lakukan kepadamu hanyalah kerana Dia Ya Rahman dan Ya Rahim dan Ya Wadud. Sesungguhnya ibu dan ayah yang ku kasihi, kasih sayangmu, cintamu, perlindunganmu, pemberianmu dan perhatianmu selama ini kepada diriku adalah sesungguhnya kasih dan sayang Ya Rahman dan Rahim, cinta Ya Wadud, perlindungan dari Ya Hafidz, Keperihatinan dari Ya Muhaimin kepadiriku. Oleh itu diriku harus membalas segala anugerah Allah itu dengan taat dan patuh kepadaNya dengan sepenuh hatiku.

Sebarang pertanyaan atau tips tambahan jika diperlukan sila hubungi Wan MaseriHp: 013-6302817; Email: [email protected]; Blog: wanita3i.blogspot.com

Page 5: Tips Menjadi Anak Cemerlang Melalui Penghayatan Asma Ul Husna (2)

TIPS MENJADI ANAK CEMERLANG MELALUI Mukasurat 5/19PENGHAYATAN ASMA UL HUSNA___________________________________________________________________________________

Maafkanku ibu dan ayah yang ku sayangi, diriku tidak mampu mengasihimu melebihi Tuhanku kerana Dia menyayangiku setiap masa, ketika diriku comel dan cantik dan ketika diriku cacat. Ketika ibu dan ayah mungkin tidak menyukaiku, Dia Ya Rahman Ya Rahim tetap menyukaiku dan sentiasa membimbingku. Dia mencintai dan menyayangiku dan sentiasa mengurus diriku ketika ibu dan ayah terlalu sibuk dengan tugas harian dan mungkin akan melupaiku satu ketika nanti, ketika ibu dan ayah sudah tidak merasa diriku penting lagi kerana tidak mampu menjadi pelajar cemerlang yang ibu dan ayah idamkan, tetapi Dia Ya Wadud yang Maha Pencinta tetap mencintaiku dari dunia hingga akhirat walau bagaimana keadaanku sekalipun, walaupun diriku berjaya atau gagal dalam pelajaranku.

Namun ibu dan ayah yang ku sayangi, diriku tetap menyayangimu berdua kerana ibu telah sanggup berkorban untuk mengandung dan melahirkanku dengan bantuan Ar Rahman Yang Maha Pengasih dan Ar Rahim Yang Maha Penyayang serta Ya Aziz Yang Maha Kuat, dan ayah sanggup bersusah payah mencari rezeki dari Ya Razzak Yang Maha Pemberi Rezeki untuk membesarkan dan melindungiku dengan sifat Ya Muhaimin Yang Maha Melindungi selama ini.

Ibu dan ayah yang ku sayangi, sedarlah bahawa diriku hanya diutuskan oleh Allah di dunia ini untuk mengabdikan diri kepadaNya, memuji kebesaranNya dan Mensyukuri nikmatNya yang melimpah ruah. Daku harus membalas cinta kepadaNya dengan berbuat baik kepada ibu dan ayah, tetapi segalanya ku lakukan demi kerana Ya Rahman Ya Rahim.

Oleh itu Ibu dan ayah yang ku sayangi, sesungguhnya kita ini diciptakan oleh Ya Malik dan dipunyai olehNya dan kita akan kembali kepada Ya Mu’id Yang Mengembalikan dan Dia Ya Muhshi Yang Maha Menghitung akan menghitung setiap perbuatan kita didunia ini untuk diberikan balasan di akhirat nanti. Oleh itu ibu dan ayahku, marilah kita bersama-sama berjalan diatas permaidani makrifatullah dengan menyerah diri sepenuhnya kepada Dia Ya Rahman dan Ya Rahim sentiasa menyayangi dan mengasihi kita dan mengikut petunjuk Ya Haadi yang sentiasa memberi petunjuk dan membimbing kita.

3.0 Siapakah Ibuku?

Sebarang pertanyaan atau tips tambahan jika diperlukan sila hubungi Wan MaseriHp: 013-6302817; Email: [email protected]; Blog: wanita3i.blogspot.com

Page 6: Tips Menjadi Anak Cemerlang Melalui Penghayatan Asma Ul Husna (2)

TIPS MENJADI ANAK CEMERLANG MELALUI Mukasurat 6/19PENGHAYATAN ASMA UL HUSNA___________________________________________________________________________________

Ibu yang kusayangi, sesungguhnya kasih sayangmu, bimbinganmu, perlindunganmu dan keperihatinanmu kepada diriku selama ini tidak mampu ku balas kerana sesungguhnya semuanya itu adalah sifat Ya Rahman dan Ya Rahim Allah, yang Allah campakkan kepadamu ibuku agar kau menyayangiku dan melindungiku sejak kecil sehingga dewasa, tidak sedikitpun ada kekurangan yang kurasakan. Kau sentiasa menyayangiku dan merinduiku walaupun kadang-kadang daku membuat hatimu terluka. Kau sentiasa mendoakan kesejahteraan kepada diriku dunia dan akhirat dengan sifat Ya Salam Yang Maha Sejahtera yang dicampakkan kedalam hatimu.

Ibuku yang ku sayangi, sesungguh dikau diciptakan oleh Allah Ya Muhaimin Yang Maha Memelihara untuk melindungi dan membersarkan anakmu ini. Kau diciptakan oleh Ya Haadi, Yang Maha Memberi Petunjuk agar kau mampu memberi petunjuk, dikau diberikan ilmu oleh Ya Alim agar dapat membimbing dan medidik anakmu ini tentang asal usulku, kenapa daku dihidupkan didunia ini, kemana kesudahanku, apakah nilai dunia ini berbanding akhirat, rukun-rukun Iman, rukun-rukun Islam dan bagaimana berjalan diatas fitrah Allah.

Kau juga diciptakan oleh Ya Mani’ yang Maha Mencegah dan Ya Roqib, yang Maha Mengawasi agar kau mampu menegur kesilapanku, menjaga, mengawasiku dan mencegahku daripada dosa agar diriku sentiasa taat kepada Engkau Ya Allah.

Namun ibuku sayang, diriku ini hanyalah hamba kepada Ya Rahman dan Ya Rahim. CintaNya dan KasihNya kepada diriku tidak akan mampu ku tukarkan dengan cinta dan kasih manusia. Maafkanku ibu, kerana diriku tidak mampu menyayangimu dan mencintaimu lebih dari sayang dan cintaku kepada Tuhanku Ya Malik yang Menciptakanku dan Ya Wahhab Yang Maha Pemberi, yang memberiku segala apa yang ku kecapi didunia ini.

Maafkanku ibu, kerana diriku terpaksa meninggalkanmu sentiasa demi melaksanakan tugas khalifah Allah untuk mencari ilmu ditempat yang jauh dan terpaksa meninggalkanmu demi menyiapkan diriku sebagai generasi yang mengenal siapa dirinya dan siapa Tuhannya dan dapat memimpin manusia kearah pengabdian kepada Ya Maha Esa. Setiap arahan Allah akan pasti ku taati ibu, walaupun diriku tidak sempat

Sebarang pertanyaan atau tips tambahan jika diperlukan sila hubungi Wan MaseriHp: 013-6302817; Email: [email protected]; Blog: wanita3i.blogspot.com

Page 7: Tips Menjadi Anak Cemerlang Melalui Penghayatan Asma Ul Husna (2)

TIPS MENJADI ANAK CEMERLANG MELALUI Mukasurat 7/19PENGHAYATAN ASMA UL HUSNA___________________________________________________________________________________

menjengokmu sentiasa, kau masih ku sayangi sepertimana kau menyayangiku sejak masih kecil.

Tetapi sedarlah ibu, walau kau tidak merasa kasih sayangku, kasih sayang Allah Ya Rahman Ya Rahim kepada ibu tidak berbelah bagi, dan Dia tetap mendampingi ibu dan tidak pernah meninggalkan ibu walau sesaat sekalipun. Walaupun ibu merasa kadang-kadang anak ibu ini tidak menghargai jasa dan pengorbanan ibu, sedarlah ibu, Dia Ya Syakur amat menghargai jasa ibu membesarkan ku sehingga menjadi manusia yang berguna. Dia Ya Aliyy Yang Maha Tinggi Martabatnya tentu akan menaikkan martabat ibu kepada martabat yang tinggi atas pengorbanan ibu selama ini.

Ibu yang kusayangi, sekiranya ibu merasa sunyi, ingatlah kepada Ya Zohir, yang sentiasa menampakkan keagungan dan kewujudannya melalui setiap apa yang berlaku di dunia ini. Dia amat dekat kepadamu ibu, lebih dekat dari urat lehermu sendiri. Dia sentiasa berada disisimu menunggu-nunggu kau merayu dan merintih kepadanya ketika kau rasa kesunyian, ketika kau rasa tidak dipedulikan oleh anak-anakmu. Dia tetap mempedulikanmu ibu, usahlah ibu gusar, bimbang dan sedih. Dia Ya Mukmin akan memberi ibu rasa aman dan tenang. Ibuku sayang, Dia Ya Mumit yang Maha Mematikan mungkin akan mengambil nyawa ibu pada bila-bila masa dan sekiranya itu ketentuanNya yang Maha Menentukan, diriku tetap redha kepadaMu Ya Muqtadir seperti redhanya Nabi Ismail ketika ingin dikorbankan oleh ayahnya Nabi Ibrahim, kerana sesungguhnya redha kepada ketentuanMu adalah bukti kecintaan sepenuhnya kepada Engkau Ya Dzal Jalalil Wal Ikram Yang Maha Memiliki Kebesaran dan Kemuliaan. Namun, diriku tidak perlu bimbang dan gusar sama sekali, kerana Engkau Ya Rahman Ya Rahim Ya Waddud sesungguhnya sentiasa ada disampingku, sentiasa mengatur urusanku dan melindungiku dan mengasihiku setiap masa dengan sifat Ya Waaliy dan sifat ya MuhaiminMu.

Oleh itu ibuku, dekatkanlah diri kepadaNya, kepada Ya Hasib, yang Maha mencukupkan, nescaya dia akan mencukupkan keperluanmu. Ibuku, ingatlah kita akan kembali kepada Ya Malik dan Ya Kholiq, Yang Memiliki kita dan menciptakan kita. Persiapkanlah diri ibu dengan amalan mulia agar kita akan berjumpa di akhirat kelak dibawah lindungan Allah. Diriku akan sentiasa mendoakan mu ibu bagi kesejahteraanmu di dunia dan

Sebarang pertanyaan atau tips tambahan jika diperlukan sila hubungi Wan MaseriHp: 013-6302817; Email: [email protected]; Blog: wanita3i.blogspot.com

Page 8: Tips Menjadi Anak Cemerlang Melalui Penghayatan Asma Ul Husna (2)

TIPS MENJADI ANAK CEMERLANG MELALUI Mukasurat 8/19PENGHAYATAN ASMA UL HUSNA___________________________________________________________________________________

di akhirat dengan sifat Ar-Rahman dan Ar-Rahim Allah yang dicampakkan didalam hatiku dan semoga kita akan berkumpul disyurga Ya Wahhab Yang Maha Pemberi.

4.0 Siapakah Ayahku?

Ayahku yang ku hormati, sesungguhnya ayah diciptakan oleh Ya Razak Yang Maha Memberi Rezeki, Ya Ghoniy Yang maha Kaya, Ya Mughni Ya Maha Memberi Kekayaan, Ya Nafi’ Yang Maha Memberi Manafaat untuk ayah berusaha bagi mendapatkan kebaikan dan manafaat dunia ini untuk menampung kehidupan keluarga kita agar dengan kehidupan yang sejahtera dapat mewujudkan rasa aman dan bahagia bagi membolehkan kita sekeluarga mengabdikan diri kepada Ya Wahid yang Maha Esa dan kepada Ya Mutakabbir yang Maha memiliki segala kebesaran.

Ayahku sayang, dikau bersama ibu diciptakan oleh Allah Yang Maha Pencegah, Maha Melindungi dan Maha Mengawasi agar kalian boleh mencegahku daripada melakukan dosa dan mendapat kemarahan Allah Yang Maha Berkuasa dan melindungiku daripada bahaya dunia dan akhirat. Segala nasihat dan teguranmu sesungguhnya adalah nasihat dan teguran Allah Yang Maha Pengasih dan Penyayang yang ingin agar aku tidak tergelincir daripada jalanNya. Aku sebagai hamba kepadaNya sewajarnya mengambil segala teguran dan nasihat Allah ini sebagai panduan hidup.

Ayahku yang ku sayangi, dikau bersama-sama ibu sesungguhnya diciptakan oleh Ya Haadi, Yang Maha Memberi Petunjuk agar kau mampu memberi petunjuk, dikau diberikan ilmu oleh Ya Alim agar dapat membimbing dan medidik anakmu ini tentang asal usulku, kenapa daku dihidupkan didunia ini, apa tugasku didunia ini, siapa Tuhanku, bagaimana aku sepatutnya mengabdikan diri kepadaNya, kemana kesudahanku, apakah nilai dunia ini berbanding akhirat, rukun-rukun Iman, rukun-rukun Islam dan bagaimana berjalan diatas fitrah Allah.

Walaupun begitu ayah, ketika dikau tidak mempedulikanku, tidak lagi melindungiku, Dia Ya Hafiz Yang Maha Pelindung dan Ya Muhaimin Yang Maha Pemelihara akan tetap melindungi dan memeliharaku dengan penuh sifat Pengasih dan Penyayang kerana Dia Ya Rahman dan Ya Rahim. Aku tetap akan

Sebarang pertanyaan atau tips tambahan jika diperlukan sila hubungi Wan MaseriHp: 013-6302817; Email: [email protected]; Blog: wanita3i.blogspot.com

Page 9: Tips Menjadi Anak Cemerlang Melalui Penghayatan Asma Ul Husna (2)

TIPS MENJADI ANAK CEMERLANG MELALUI Mukasurat 9/19PENGHAYATAN ASMA UL HUSNA___________________________________________________________________________________

bergantung sepenuhnya dengan Tuhanku kerana Dia Ya Aziz Yang Maha Perkasa, Ya Qawiy Yang Maha Sempurna KekuatanNya dan Ya Matin yang Maha Kukuh KekuatanNya yang denganNya daku tidak akan kecewa dan hatiku akan sentiasa tenteram.

5.0 Siapakah Abang dan Kakakku?

Abang dan Kakak sayang, kalian bersama ibu dan ayah diciptakan oleh Allah Yang Maha Pencegah, Maha Melindungi dan Maha Mengawasi agar kalian boleh melindungi dan mencegahku daripada melakukan dosa dan mendapat kemarahan Allah Yang Maha Berkuasa dan melindungiku daripada bahaya dunia dan akhirat. Segala nasihat dan teguran kalian sesungguhnya adalah nasihat dan teguran Allah Yang Maha Pengasih dan Penyayang yang ingin agar aku tidak tergelincir daripada jalanNya. Aku sebagai hamba kepadaNya sewajarnya mengambil segala teguran dan nasihat Allah ini sebagai panduan hidup.

Abang dan kakak yang disayangi, kalian diciptakan oleh Ya Barr Yang Maha Baik, Ya Latif Yang Maha Lembut, Ya Halim Yang Maha Penyantun, Ya Hamid Yang Maha Terpuji Budi Pekerti, yang dengan sifat-sifat inilah kalian mampu membina diri kalian menjadi seorang abang dan kakak yang baik, penyantun, lemah lembut dan mempunyai akhlaq tepuji yang akan menjadi contoh tauladan dan panduan buat diriku.

Walaupun begitu kakak dan abangku, ketika dikau tidak mempedulikanku, tidak lagi melindungiku, Dia Ya Hafiz Yang Maha Pelindung dan Ya Muhaimin Yang Maha Pemelihara akan tetap melindungi dan memeliharaku dengan penuh sifat Pengasih dan Penyayang kerana Dia Ya Rahman dan Ya Rahim. Aku tetap akan bergantung sepenuhnya dengan Tuhanku kerana Dia Ya Aziz Yang Maha Perkasa, Ya Qawiy Yang Maha Sempurna KekuatanNya dan Ya Matin yang Maha Kukuh KekuatanNya yang denganNya daku tidak akan kecewa dan hatiku akan sentiasa tenteram.

6.0 Siapakah Adik-adikku?

Sebarang pertanyaan atau tips tambahan jika diperlukan sila hubungi Wan MaseriHp: 013-6302817; Email: [email protected]; Blog: wanita3i.blogspot.com

Page 10: Tips Menjadi Anak Cemerlang Melalui Penghayatan Asma Ul Husna (2)

TIPS MENJADI ANAK CEMERLANG MELALUI Mukasurat 10/19PENGHAYATAN ASMA UL HUSNA___________________________________________________________________________________

Adik-adikku sayang, sesungguhnya kakakmu ini bersama ibu dan ayah diciptakan oleh Allah Yang Maha Pencegah, Maha Melindungi dan Maha Mengawasi agar kami boleh melindungi dan mencegahmu daripada melakukan dosa dan mendapat kemarahan Allah Yang Maha Berkuasa dan melindungimu daripada bahaya dunia dan akhirat. Segala nasihat dan teguran kami sesungguhnya adalah nasihat dan teguran Allah Yang Maha Pengasih dan Penyayang yang ingin agar adik-adik tidak tergelincir daripada jalanNya. Adik-adik sebagai hamba kepadaNya sewajarnya mengambil segala teguran dan nasihat Allah ini sebagai panduan hidup.

Adik-adik yang disayangi, kakak dan abangmu ini diciptakan oleh Ya Barr Yang Maha Baik, Ya Latif Yang Maha Lembut, Ya Halim Yang Maha Penyantun, Ya Hamid Yang Maha Terpuji Budi Pekerti, yang dengan sifat-sifat inilah kami mampu membina diri kami menjadi seorang abang dan kakak yang baik, penyantun, lemah lembut dan mempunyai akhlaq tepuji yang akan menjadi contoh tauladan dan panduan buat dirimu dik.

Walaupun begitu adik-adikku, ketika dikau tidak mempedulikan nasihatku, Dia Ya Syakur akan tetap menghargai apa yang kami lakukan dan sentiasa menghitung setiap kebaikan kami kepadamu dik. Walaupun adik-adik tidak merasa kasih dan sayang kepada kami, Dia dengan penuh sifat Pengasih dan Penyayang akan tetap menyayangi kami kerana Dia Ya Rahman dan Ya Rahim.

6.0 Siapakah Rakan-rakanku?

Rakan-rakanku sayang, kalian bersama keluargaku diciptakan oleh Allah Yang Maha Pencegah, Maha Melindungi dan Maha Mengawasi sebagai cermin diriku agar kalian boleh menegurku, melindungi dan mencegahku daripada melakukan dosa dan mendapat kemarahan Allah Yang Maha Berkuasa dan melindungiku daripada bahaya dunia dan akhirat. Segala nasihat dan teguran kalian sesungguhnya adalah nasihat dan teguran Allah Yang Maha Pengasih dan Penyayang yang ingin agar aku tidak tergelincir daripada jalanNya. Aku sebagai hamba kepadaNya sewajarnya mengambil segala teguran dan nasihat Allah ini sebagai panduan hidup.

Sebarang pertanyaan atau tips tambahan jika diperlukan sila hubungi Wan MaseriHp: 013-6302817; Email: [email protected]; Blog: wanita3i.blogspot.com

Page 11: Tips Menjadi Anak Cemerlang Melalui Penghayatan Asma Ul Husna (2)

TIPS MENJADI ANAK CEMERLANG MELALUI Mukasurat 11/19PENGHAYATAN ASMA UL HUSNA___________________________________________________________________________________

Rakan-rakanku yang disayangi, kalian diciptakan oleh Ya Barr Yang Maha Baik, Ya Latif Yang Maha Lembut, Ya Halim Yang Maha Penyantun, Ya Hamid Yang Maha Terpuji Budi Pekerti, yang dengan sifat-sifat inilah kalian mampu membina diri kalian menjadi seorang rakan yang baik, penyantun, lemah lembut dan mempunyai akhlaq tepuji yang akan menjadi contoh tauladan dan panduan buat diriku.

Walaupun begitu Rakan-rakanku, ketika dikau tidak mempedulikanku, tidak lagi melindungiku, Dia Ya Hafiz Yang Maha Pelindung dan Ya Muhaimin Yang Maha Pemelihara akan tetap melindungi dan memeliharaku. Walaupun dikau tidak lagi mengasihi dan menyayangiku serta berbuat baik denganku, Dia Ya Rahman dan Ya Rahim tetap akan memberikan layanan yang istimewa buatku dengan penuh sifat Pengasih dan PenyayangNya yang begitu luas tidak bertepi. Aku tetap akan bergantung sepenuhnya dengan Tuhanku kerana Dia Ya Aziz Yang Maha Perkasa, Ya Qawiy Yang Maha Sempurna KekuatanNya dan Ya Matin yang Maha Kukuh KekuatanNya yang denganNya daku tidak akan kecewa, tidak akan ditinggalkanNya dan hatiku pasti akan sentiasa tenteram.

7.0 Siapakah Guru-guruku?

Guru-guru yang ku hormati dan kasihi, kalian diciptakan oleh Ya Alim Yang Maha Berilmu, Ya Hakim Yang Maha Bijaksana dan Ya Rasyid Yang Maha Cerdas, yang dengan sifat-sifat inilah dikau memberikanku dan mengajariku ilmu pengetahuan, kebijaksanaan dan kecerdasan agar daku dapat menjadi seorang hamba yang patuh kepada Ya Rabb dan dapat melaksanakan tugas khalifah didunia ini yang Engkau telah tugaskan.

Guru-guru yang ku hormati dan kasihi, kalian juga dicipta oleh Ya Barr Yang Maha Baik, Ya Latif Yang Maha Lembut, Ya Halim Yang Maha Penyantun, Ya Hamid Yang Maha Terpuji Budi Pekerti, yang dengan sifat-sifat inilah kalian mampu mendidikku menjadi seorang manusia yang baik, penyantun, lemah lembut dan mempunyai akhlaq tepuji yang akan menjadikan diriku mampu hidup bersama manusia lain dengan harmoni dan sejahtera.

Guru-guruku yang dihormati dan disayangi, kalian bersama keluargaku diciptakan oleh Allah Yang Maha Pencegah, Maha Melindungi dan Maha Mengawasi diriku agar kalian boleh

Sebarang pertanyaan atau tips tambahan jika diperlukan sila hubungi Wan MaseriHp: 013-6302817; Email: [email protected]; Blog: wanita3i.blogspot.com

Page 12: Tips Menjadi Anak Cemerlang Melalui Penghayatan Asma Ul Husna (2)

TIPS MENJADI ANAK CEMERLANG MELALUI Mukasurat 12/19PENGHAYATAN ASMA UL HUSNA___________________________________________________________________________________

menegurku, melindungi dan mencegahku daripada melakukan dosa dan mendapat kemarahan Allah Yang Maha Berkuasa dan melindungiku daripada bahaya dunia dan akhirat. Segala nasihat, bimbingan dan teguran kalian sesungguhnya adalah nasihat dan teguran Allah Yang Maha Pengasih dan Penyayang yang ingin agar aku tidak tergelincir daripada jalanNya. Aku sebagai hamba kepadaNya sewajarnya mengambil segala teguran dan nasihat Allah ini sebagai panduan hidup.

Walaupun begitu guru-guruku, ketika dikau tidak mendidikku dengan baik, tidak lagi mengajariku dengan ajaran yang berguna dan tidak mencurahkan ilmu yang Allah kurniakan kepadaku, Dia Ya Alim, Ya Haki dan Ya Rasyid akan tetap memberiku ilmu kerana ilmuNya terlalu banyak dan luas tidak bertepi. Ketika kalian tidak lagi menegurku, mempedulikanku, tidak lagi melindungiku, Dia Ya Hafiz Yang Maha Pelindung dan Ya Muhaimin Yang Maha Pemelihara akan tetap menegurku, melindungi dan memeliharaku. Walaupun dikau tidak lagi mengasihi dan menyayangiku serta berbuat baik denganku, Dia Dia Ya Rahman dan Ya Rahim tetap kan memberikan layanan yang istimewa buatku dengan penuh sifat Pengasih dan PenyayangNya yang begitu luas tidak bertepi. Aku tetap akan bergantung sepenuhnya dengan Tuhanku kerana Dia Ya Aziz Yang Maha Perkasa, Ya Qawiy Yang Maha Sempurna KekuatanNya dan Ya Matin yang Maha Kukuh KekuatanNya yang denganNya daku tidak akan kecewa, tidak akan ditinggalkanNya dan hatiku pasti akan sentiasa tenteram.

8.0 Ketika diriku merasa lemah dan tidak berdaya

Ketika diriku merasa lemah dan tidak berdaya, diriku sedar diriku mempunyai Ya Aziz yang Maha Perkasa, ya Qawwiy yang Maha Kuat dan Ya Matin ya Maha Teguh dan Sempurna KekuatanNya. Dia Ya Aziz tentu akan menguatkanku dan membangkitkan semangatku. Dia ya Wahhab ya Maha Pemberi, Ya Mujib yang Maha Mengabulkan pasti akan memberi dan mengabulkan segala permintaanku.

Ketika diriku merasa kesempitan hidup, kekurangan rezeki dan merasakan sedikit ujian kemiskinan, diriku pasti tidak perlu bimbang kerana diriku mempunyai Ya Basith yang akan pasti

Sebarang pertanyaan atau tips tambahan jika diperlukan sila hubungi Wan MaseriHp: 013-6302817; Email: [email protected]; Blog: wanita3i.blogspot.com

Page 13: Tips Menjadi Anak Cemerlang Melalui Penghayatan Asma Ul Husna (2)

TIPS MENJADI ANAK CEMERLANG MELALUI Mukasurat 13/19PENGHAYATAN ASMA UL HUSNA___________________________________________________________________________________

mengeluarkanku dari kesempitan hidup dan melapangkan hidupku dan Ya Razzaq akan pasti melimpahkan rezeki kepada diriku tanpa henti dan ya Ghoniy yang memiliki seluruh kekayaan langit dan bumi akan pasti mencurahkan sedikit kekayaanNya kepada diriku agar diriku mampu bersyukur dan mengabdikan diri kepadaNya denga penuh ikhlas dan yakin.

9.0 Ketika Diriku Merasa Ditinggalkan, Tidak disayangi dan dihargai..

Diriku sedar, Ya Allah Ya Muhaimin, Ya Wadud dan Ya Syakur akan sentiasa memeliharaku, menyayangiku dan menghargaiku walaupun ibubapa, adik beradikku dan rakan-rakanku meninggalkanku dan sudah tidak menyayangi dan menghargaiku. Engkau ya Rahman dan ya Rahim sentiasa akan sentiasa menjagaku dan mencurahkan kasih dan sayangMu kepada diriku melimpah ruah dan tidak ada tolok bandingnya. Engkau Ya Majid Yang Maha Mulia yang akan sentiasa memuliakanku walaupun orang lain menghinaku.

Ya Wadud, curahkanlah sedikit sifat WadudMu, SyakurMu dan MajidMu kepada ibubapaku dan orang-orang dikelilingku agar mereka mampu mencintaiku, menyayangiku dan menghargaiku kerana dengan cinta dan penghargaan dan penghormatan itulah menjadikan kami sentiasa berkasih sayang dan menghormati satu sama lain.

10.0 Ketika Diriku Dihina dan Direndahkan..

Diriku insaf, Ya Allah Ya Majid Yang Maha Mulia, YaDzal Jalali Wal Ikram Yang Memiliki Keagungan dan Kemuliaan dan Ya Hamid Yang Maha Terpuji akan sentiasa memuliakanku dan memujiku atas apa sahaja yang daku lakukan demi mencari redhaNya walaupun ibubapa, adik beradikku dan rakan-rakanku sudah tidak mampu memuliakanku dan memujiku. Sesungguhnya daku hanya mengharapkan kemuliaan dan pujianNya semata-mata. Daku sedar sesungguhnya pujian manusia itu seringkali diliputi dengan kepalsuan dan kepura-

Sebarang pertanyaan atau tips tambahan jika diperlukan sila hubungi Wan MaseriHp: 013-6302817; Email: [email protected]; Blog: wanita3i.blogspot.com

Page 14: Tips Menjadi Anak Cemerlang Melalui Penghayatan Asma Ul Husna (2)

TIPS MENJADI ANAK CEMERLANG MELALUI Mukasurat 14/19PENGHAYATAN ASMA UL HUSNA___________________________________________________________________________________

puraan dan dilakukan atas kepentingan duniawi, tetapi kemuliaan dan pujian Allah yang tidak bertepi amat suci dan tulus kerana Dia Ya Quddus Yang Maha Suci dan Ya Jalil Yang Maha Tulus dan Jujur.

11.0 Ketika Diriku Merasa Buntu, Tidak Pandai dan Kehabisan Idea..

Ya Allah Ya Alim Yang Maha Memiliki Ilmu, ilmuMu terlalu luas tidak bertepi, Engkau pasti akan memberi daku ilmuMu agar daku akan mampu keluar dari kebuntuanku. Engkau Ya Hakim Yang Maha Bijaksana tentu mampu memberiku kebijaksanaan yang tidak ada tolok bandingnya agar daku mampu memikirkan dengan begitu mendalam ilmu yang Engkau kurniakan dan Engkau Ya Rasyid Yang Maha Pandai dan Cerdas, Engkau pasti akan membantuku memproses dan menganalisa ilmu yang Engkau berikan agar daku mampu menghasilkan sesuatu yang terbaik dan Engkau Ya Musowwir Yang Maha Kreatif akan memberikanku keupayaan mencipta sesuatu yang baru dengan sifat kreativitiMu dan Engkau Ya Badi’ Yang Maha Pencipta Keindahan akan memberiku sifat keindahan agar setiap apa yang ku lakukan pasti yang terbaik disisimu dan mampu memberi manafaat kepada manusia.

12.0 Ketika Diriku Merasa Terlalu Sibuk dan tidak mampu mengurus masa..

Ya Allah Ya Baari’ Yang Maha Perancang, Engkau sesungguhnya adalah Perancang yang terbaik dan sudah pasti Engkau akan membantuku membuat perancangan yang terbaik. Sifat Ya AwalMu sudah pasti akan membantuku menyiapkan kerja tepat pada masanya dan sifatMu Ya Akhir akan pasti akan membantuku ketika aku sudah terlewat dalam melaksanakan kerja-kerjaku. Engkau Ya Mubdi’ Yang Maha Memulakan, sudah pasti akan membantukan membuat permulaan yang terbaik dalam apa-apa saja kerja yang ku lakukan. Engkau Ya Fattah Yang Maha Pembuka, sudah pasti akan membuka jalan-jalan kemudahan bagiku dalam apa sahaja rintangan yang ku tempuhi sepanjang hidup ini.

Sebarang pertanyaan atau tips tambahan jika diperlukan sila hubungi Wan MaseriHp: 013-6302817; Email: [email protected]; Blog: wanita3i.blogspot.com

Page 15: Tips Menjadi Anak Cemerlang Melalui Penghayatan Asma Ul Husna (2)

TIPS MENJADI ANAK CEMERLANG MELALUI Mukasurat 15/19PENGHAYATAN ASMA UL HUSNA___________________________________________________________________________________

13.0 Ketika Diriku Mengalami Kegagalan dan Tekanan Hebat..

Ya Allah Ya Aziz Yang Maha Perkasa, Ya Qowiy Yang Maha Memiliki Kekuatan dan Ya Matin Yang Maha Sempurna KekuatanNya, berikanlah daku kekuatan dan ketabahan jiwa agar daku mampu menghadapi segala kegagalan dan tekanan ini dengan penuh sabar dan tabah. Daku sedar sesungguhnya kegagalanlah dan tekanan merupakan jalan kepada kejayaan. Berikanlah daku ilmuMu Ya Alim agar daku dapat mengambil pengajaran atas setiap kegagalan dan tekanan yang Engkau berikan. Berikanlah juga kepada diriku ini Ya Allah Ya Sobur Yang Maha Penyabar agar dengan kesabaranMu ini daku mampu sabar dan bertahan dengan ujian-ujianMu dan tekanan-tekanan ini dan ya Allah Ya Ba’its Yang maha Pembakar Semangat, bakarkanlah semangatku sentiasa agar daku tidak mengenal erti putus asa dan penat dan akan terus bangkit berjuang mengatasi setiap kegagalanku dan menempa kejayaan demi kejayaan dengan kekuatan dan bantuanMu Ya Allah.

14.0 Ketika Diriku Ingin Mengikut Hawa Nafsuku yang sering membawa kepada kemaksiatan..

Ya Allah Ya Aziz Yang Maha Perkasa, Ya Qowiy Yang Maha Memiliki Kekuatan dan Ya Matin Yang Maha Sempurna KekuatanNya, berikanlah daku kekuatan dan ketabahan jiwa agar daku mampu menahan diri daripada mengikut hawa nafsuku ini. Daku sedar Ya Allah Ya Muntaqim Yang Maha Penyiksa, siksaanMu terlalu pedih tidak tergambar oleh akal fikiranku. Engkau Ya Muhshi Yang Maha Menghitung akan pasti menghitung setiap apa yang daku lakukan. Engkau Ya Sami’ dan Ya Bashir Yang Maha Mendengar dan Maha Melihat sudah pasti akan sentiasa mendengar setiap tuturkataku dan melihat setiap perbuatanku dan tiada apa yang berlaku di dunia ini tanpa pengetahuanMu. Oleh itu Ya Allah Ya Hafidz Yang Yang Maha Melindungi dan Ya Muhaimin Yang Maha Memelihara, lindungilah dan peliharalah diriku daripada terjerumus didalam kemaksiatan dan sentiasalah Ya Haadi Yang Maha Memberi Petunjuk memberikan petunjuk kepadaku jalanMu yang lurus dan yang Engkau redhai.

Sebarang pertanyaan atau tips tambahan jika diperlukan sila hubungi Wan MaseriHp: 013-6302817; Email: [email protected]; Blog: wanita3i.blogspot.com

Page 16: Tips Menjadi Anak Cemerlang Melalui Penghayatan Asma Ul Husna (2)

TIPS MENJADI ANAK CEMERLANG MELALUI Mukasurat 16/19PENGHAYATAN ASMA UL HUSNA___________________________________________________________________________________

15.0 Ketika Diriku Merasa Bosan Dengan Pelajaran dan Kehidupan..

Ya Allah Ya Alim Yang Memiliki Ilmu Yang Maha Luas, kurniakanlah daku pengetahuan tentang tujuan kehidupanku ini, Ya Haadi Yang Maha Pemberi Petunjuk, tunjukkan daku jalan kehidupan yang harus kulalui. Ya Nur Yang Maha Bercahaya, terangilah jiwaku ini agar mampu melihat jalan dan petunjukMu agar daku mampu memahami pelajaran yang diberikanMu melalui guruku dan daku mampu menggunakan pelajaran itu untuk kebaikan manusia. Daku juga sedar dengan ilmuMu Ya Alim kami mampu melaksanakan tugas sebagai hamba kepada Mu dan khalifah diatas dunia ini bagi berbuat baik kepada seluruh manusia. Daku juga sedar Ya Mu’id Yang Maha Mengembalikan, Engkau akan mengembalikan kami kepadaMu dan Engkau Ya Adil Yang Maha Adil akan mengadili daku dan memberikan daku balasan yang setimpal dengan perbuatan dan amalanku di dunia. Daku sedar Engkau Ya Mumit akan mematikanku bila-bila masa dan daku sesungguhnya tidak punya cukup masa untuk bermain dan berseronok kerana Dia akan memanggilku mengadapnya pada masa yang ku sendiri pun tidak mengetahuinya. Daku harus mempersiapkan diri untuk mengadapnya dengan melaksanakan segala arahanNya dan meninggalkan segala perintahNya.

16.0 Bagaimana Diriku Menggapai Cinta

Dengan menyerahkan seluruh cintaku buat Ya Wadud, diriku akan pasti mendapat cintaNya, cinta yang tidak ada tolok bandingnya. Ya Wadud akan pasti memasukkan perasaan cinta ini kedalam orang-orang disekelilingku termasuklah ibubapaku dan bakal suami/isteriku kerana Dia ingin diriku merasai betapa indahnya cintaNya, walaupun sedikit. Apatah lagi cintaNya di akhirat nanti, sudah tentu tidak terjangkau oleh akalku yang cetek ini. Oleh itu diriku menggapai cintaNya dengan menanamkan cintaNya jauh dihati sanubariku dan diriku keluarkan cinta-cinta selain Allah dari hatiku, cinta manusia, makhluq, dunia dan nafsu itu diriku genggam sekuat-kuatnya di genggamanku sebagai amanah Allah. Diriku sedar cinta makhluq digenggamanku ini akan pergi meninggalkanku pada bila-bila

Sebarang pertanyaan atau tips tambahan jika diperlukan sila hubungi Wan MaseriHp: 013-6302817; Email: [email protected]; Blog: wanita3i.blogspot.com

Page 17: Tips Menjadi Anak Cemerlang Melalui Penghayatan Asma Ul Husna (2)

TIPS MENJADI ANAK CEMERLANG MELALUI Mukasurat 17/19PENGHAYATAN ASMA UL HUSNA___________________________________________________________________________________

masa dan ketika dia meninggalkanku, diriku akan melepaskannya dengan penuh rasa redha dan syukur kepada Tuhanku kerana kehilangan cinta sementara itu ada kebaikan buatku. Dan cinta Allah dihati akan ku jaga sebaik-baiknya yang akan menyuluh hatiku dengan An-Nurnya dan akan menyalakan bintang-bintang dihatiku umpama bintang-bintang dilangit yang akan menjadi petunjuk jalan kepada diriku disepanjang kehidupan ini. Dengan cara ini, jiwaku pasti tenang kerana diriku pasti tidak akan kehilangan cinta yang begitu tulus, suci dan abadi daripada Ya Wadud, Ya Jalil dan Ya Quddus.

17.0 Bagaimana Diriku Menggapai Kemuliaan

Kemuliaan itu adalah hak milik Ya Dzal Jalali Wal Ikram Yang Maha Memiliki Kemuliaan dan Kebesaran, Ya Majid Yang Maha Mulia, Ya Adzim Yang Maha Agung dan Ya Kabir yang Maha Besar. Dialah Yang Maha Mulia, dan segala kemuliaan yang dirasakan oleh manusia semuanya milikNya dan beruntunglah orang-orang yang menggunakan kemuliaan dan harga diri ini untuk melakukan kebaikan kepada Allah dan kepada manusia dan rugilah yang menggunakan untuk memuaskan nafsu demi kebahagiaan dunia yang sementara.

Diriku akan bermohon kepadaNya agar diriku ini dimuliakan, dihargai dan dihormati oleh seluruh manusia di dunia ini. Dengan kemuliaan dan harga diri inilah diriku mampu mengharungi perjuangan hidup ini yang begitu mencabar dan penuh duri dan ranjau demi mencari redhaMu Ya Ilahi.

18.0 Bagaimana Diriku Menggapai Kecemerlangan Hidup

Diriku sedar, diriku hanyalah seorang hamba kepada Yang Maha Esa dan Khalifah kepada yang Maha Agung, Maha Kaya dan Maha Bijaksana. Kebijaksanaan, kecerdasan dan Yang Maha Perancang itu adalah Miliknya Ya Baari’ Yang Maha Perancang, Ya Musowwir Yang Maha Kreatif, Ya Alim Yang Maha Berilmu, Ya Hakim ya Maha Bijaksana dan Ya Rashid Yang Maha Cerdas.

Sebarang pertanyaan atau tips tambahan jika diperlukan sila hubungi Wan MaseriHp: 013-6302817; Email: [email protected]; Blog: wanita3i.blogspot.com

Page 18: Tips Menjadi Anak Cemerlang Melalui Penghayatan Asma Ul Husna (2)

TIPS MENJADI ANAK CEMERLANG MELALUI Mukasurat 18/19PENGHAYATAN ASMA UL HUSNA___________________________________________________________________________________

Diriku sedar pada diri setiap manusia yang berjaya itu, ada kurniaan Allah dari sifat Ya Baari’Nya. Ya AlimNya, Ya HakimNya dan Ya RasyidNya. Sesungguhnya kehebatan seseorang itu bukanlah milik dirinya, tetapi milik Allah semuanya dan Dia mengurniakan kepada sesiapa yang dia mahu dan Dia jua boleh mengambilnya pada bila-bila yang Dia mahu.

Oleh itu diriku akan sentiasa bermohon kepadaNya agar diberikanku sedikit ilmuNya, kebijaksaanNya dan kecerdasanNya, sifat perancangNya dan sifat kreatifNya agar diriku mampu mencipta idea dan perkara baru dalam hidup ini bagi berbakti kepadaNya dan kepada manusia seluruhnya.

Diriku juga akan terus bergantung kepada Ya Haadi yang sentiasa memberi petunjuk kepada diriku jalan terbaik dan Ya Ba’its yang sentiasa membakar semangatku agar diriku mampu mengharungi cabaran kehidupan bagi menempa kejayaan dan kecemerlangan. Dan sudah tentu diriku akan sentiasa mendampingi Ya Aziz agar semangatku sentiasa kuat, ya Matin agar jiwaku sentiasa teguh.

19.0 Penutup

Anakku, akhirilah kebuntuanmu, penderitaanmu, kesunyianmu dan kegelisahanmu selama ini. Marilah melangkah bersamaku, kita berjalan diatas Permaidani Makrifatullah. Seluruh Asma Ul Husna Allah mampu mencipta keajaiban kepada yang ikhlas bergantung kepadaNya. Diriku amat yakin kepada Ya Mujib yang Maha Mengabulkan yang akan mengabulkan segala permintaan kita ini, Ya Sami’ Yang akan mendengar segala bicara kita ini kerana Dia Ya Rahman Ya Rahim amat kasih dan sayang kepada diri kita.

Sedikit Panduan:Setelah berbicara dan bermohon kepada Allah, dengarlah suara hati dan ikutlah suara hati itu kerana itulah dia petunjuk daripada Allah s.w.t. Janganlah dirimu membuat pelbagai alasan untuk tidak melakukannya dan pecahkan segala belenggu yang membelenggumu selama ini. Sesungguhnya selama ini dirimu

Sebarang pertanyaan atau tips tambahan jika diperlukan sila hubungi Wan MaseriHp: 013-6302817; Email: [email protected]; Blog: wanita3i.blogspot.com

Page 19: Tips Menjadi Anak Cemerlang Melalui Penghayatan Asma Ul Husna (2)

TIPS MENJADI ANAK CEMERLANG MELALUI Mukasurat 19/19PENGHAYATAN ASMA UL HUSNA___________________________________________________________________________________

sering dibelenggu dengan Prasangka Negatif, Pengalaman Pahit, Pandangan yang sempit, Merasa diri cukup berilmu, Prinsip Hidupmu yang goyah, Kepentingan Diri dan Sifat Selalu Membanding-banding dengan orang lain. Tanda itu suara hati ialah jiwa merasa tenang ketika melakukannya dan sekiranya itu bisikan syaitan, jiwa akan meronta dengan penuh penyesalan dan rasa bersalah.

Semoga jiwamu kini merasa bahagia dan damai, semoga dirimu sudah menemui jawapan kepada persoalanmu selama ini, semoga dirimu sudah berjumpa jalan keluar dari segala yang membelenggumu selama ini..

Salam kasihsayang dari seorang ibu kepada seluruh anak-anak didunia ini.

Maafkanku sekiranya terdapat kelemahanku didalam bicara ini. Yang baik itu adalah dari Ya Alim dan yang salah itu dari diriku yang masih sedang belajar dari Ya Alim.

Jumpa lagi dilain keluaran insyaAllah.WASSALAM.

Sebarang pertanyaan atau tips tambahan jika diperlukan sila hubungi Wan MaseriHp: 013-6302817; Email: [email protected]; Blog: wanita3i.blogspot.com