bab 2 - · pdf filetauhid asma’ wa sifat berdasarkan asmaul husna ... bahasa suryani...
TRANSCRIPT
CTU101 1/7/2013
Maruwiah Ahmat 1
BAB 2 Akidah Teras Pembangunan
Muslim
CTU 101: PRINSIP-PRINSIP ASAS ISLAM Maruwiah Ahmat
1
Menghuraikan
pengertian akidah
Menjelaskan asas-asas
akidah
2. Akidah Teras
Pembangunan Muslim
2.1 Pengertian akidah
2.2 Asas-asas akidah
Hasil Pembelajaran Kandungan
PENDAHULUAN
2
CTU101 1/7/2013
Maruwiah Ahmat 2
Membentuk Akidah Manusia
PENDAHULUAN
3
• Manusia sebagai makhluk Allah SWT yang mulia mempunyai akal fikiran maka untuk membentuk dan mendisplinkan mereka mestilah berasaskan akidah ketuhanan.
Makhluk Allah SWT
• Dengan pegangan akidah ketuhanan dapat membendung manusia dan melakukan kejahatan dan harus menyedari bahawa apa bentuk penyelewengan yang dilakukan oleh manusia pada hari ini adalah berkait dengan akidah ketuhanan.
Pegangan
• Umat Islam pada hari ini sangat memerlukan kepada pembinaan akidah dan menamakan rasa kebesaran Allah SWT di dalam hati terutama ketika zaman mengejar material.
Pembinaan Akidah
• Sekiranya tidak seimbang dengan pembangunan akidah dengan pembangunan kebendaan maka pembangunan kebendaan akan rosak dan runtuh.
Seimbang
• Umat Islam pada hari ini telah hilang pegangan keagamaan. Sehingga mereka yang sering mengerjakan amal ibadat masih juga berterusan melakukan pelbagai kemaksiatan hingga sampai ke tahap mengejek-ngejek dan memperkecil-kecilkan ajaran agamanya sendiri sedangkan perbuatan ini boleh terkeluar dari Islam (murtad).
Pegangan
4
PENDAHULUAN
CTU101 1/7/2013
Maruwiah Ahmat 3
PENGERTIAN AKIDAH
Akidah merupakan roh bagi setiap manusia.
Sekiranya seseorang berpegang teguh padanya, ia kan hidup
dalam keadaan yang baik
Akidah adalah pendorong kepada amal-amal soleh.
(al-Baqarah: 177)
• Maksud dari bahasa: simpulan iman, pegangan yang kuat
atau keyakinan yang teguh.
Dari segi Istilah: kepercayaan yang pasti dan keputusan yang
muktamad tidak bercampur dengan syak dan keraguan.
PENGERTIAN AKIDAH
5
Akidah Islam ialah kepercayaan dan keyakinan terhadap
Allah sebagai rabb dan ilah serta beriman dengan nama-
namaNya dan segala sifat-sifat-Nya juga beriman
dengan adanya malaikat, kitab-kitab, para Rasul, Hari
Akhirat dan beriman dengan taqdir Allah sama ada baik
atau buruk termasuk juga segala apa yang datang dari
Allah SWT.
Seterusnya patuh dan taat pada segala ajaran dan
petunjuk-Nya. Oleh itu, akidah Islam ialah keimanan dan
keyakinan terhadap Allah dan Rasul-Nya serta apa yang
dibawa oleh Rasul dan dilaksanakan dalam kehidupan.
6
PENGERTIAN AKIDAH
CTU101 1/7/2013
Maruwiah Ahmat 4
Rububiyyah
• Mentauhidkan Allah SWT sebagai Pencipta, Pemilik dan Penguasa.
Uluhiyyah
• Mentauhidkan Allah SWT yang bersifat dengan sifat kesempurnaan. Hanya Allah wajib disembah, ditaati peraturannya, tempat berdoa dan berharap.
Nubuwwat
• Kenabian Rasulullah s.a.w. yang membawa ajaran Allah SWT untuk disampaikan kepada umat manusia.
Sammiyat
• Perkara-perkara ghaib yang tidak dapat dicapai oleh pancaindera yang hanya boleh diketahui melalui Al-Quran.
Asas Perbahasan Akidah Islam
PENGERTIAN AKIDAH
7
Perbezaan Tauhid Rububiyyah dan Uluhiyyah.
8
Rububiyyah
• Mengakui keesaan Allah SWT sebagai Rabb, Tuan, Penguasa, Pencipta dan Pengurnia secara mutlak. Tidak ada sekutu bagi-Nya di dalam Rububiyyah.
• Kesanggupan dan kesediaan manusia mentauhidkan Allah SWT dari segi Rububiyyah dengan segala pengertiannya akan menghubung atau menyebabkan manusia mengakui Tauhid al-Uluhiyyah iaitu mengesakan-Nya dalam pengabdian.
Uluhiyyah
• Mentauhidkan Allah SWT dalam peribadatan atau persembahan.
• Tujuan asas Allah SWT mengutuskan para rasul ialah menyeru kepada hakikat Tauhid al-Uluhiyyah.
PENGERTIAN AKIDAH
CTU101 1/7/2013
Maruwiah Ahmat 5
9
أشهد ان ال اله االهللا اشهد ان محمدا رسول هللاو
Bezakan antara tauhid Rububiyyah dan Uluhiyyah.
PENGERTIAN AKIDAH
Ilmu-ilmu berkaitan dengan Akidah.
10
Ilmu Tauhid
Ilmu yang menerangkan tentang sifat Allah swt yang wajib diketahui dan dipercayai
Ilmu Usuluddin
Suatu ilmu yang kepercayaan dalam agama Islam, iaitu kepercayaan kepada Allah swt dan pesuruhNya
Ilmu Makrifat
Suatu ilmu yang membahaskan perkara-perkara yang berhubung dengan cara-cara mengenal Allah swt
Ilmu Kalam
Sesuatu ilmu yang membahas tentang akidah dengan dalil-dalil aqliah (ilmiah) sebagai perisai terhadap segala
tentangan daripada pihak lawan
Ilmu Akidah
Suatu ilmu yang membahas tentang perkara-perkara yang berhubung dengan keimanan kepada Allah swt
PENGERTIAN AKIDAH
CTU101 1/7/2013
Maruwiah Ahmat 6
Rukun Iman
Dari Umar r.a. katanya: “…..maka khabarkan kepadaku perihal Iman. Rasulullah SAW menjawab:
Iman itu ialah bahawa engkau beriman kepada Allah dan malaikat-Nya dan segala kitab-Nya dan para rasul-Nya dan hari kemudian dan engkau beriman
kepada takdir baik-Nya dan buruk-Nya….” – jawapan Nabi Muhammad SAW apabila ditanya
oleh Jibril mengenai Iman.
(Hadith Riwayat Muslim)
ASAS-ASAS AKIDAH
11
ASAS-ASAS AKIDAH
Rukun Iman
12
CTU101 1/7/2013
Maruwiah Ahmat 7
Mengakui tiada benda lain, kuasa lain, sama ada
manusia atau jin atau apa sahaja selain daripada Allah
SWT yang layak untuk dijadikan Rab dan Ilah
Mengesakan Allah dengan beribadah kepadaNya kerana tujuan manusia
diciptakan adalah untuk mengabdikan diri kepada-
Nya.
Allah SWT sebagai matlamat pengabdian, sebagai
pelindung, sebagai tumpuan kecintaan, sebagai pemberi
rezeki & sebagai sumber perundangan.
Mengesakan nama-nama Allah S.W.T. yang amat indah
& -yang sangat luhur – digunakan agar makhluk-
Nya mengetahui, mengenali & mengesakan-Nya
ASAS-ASAS AKIDAH- Allah
13
Beriman
kepada
ALLAH
SWT
NAMA DAN SIFAT ALLAH
Akal manusia tidak mampu memikirkan tentang Zat yang Maha
Agung.
Menurut golongan ahli Sunnah wal Jamaah, kita mestilah
menerima dengan yakin segala penjelasan Al-Quran dan al-
Sunnah tentang nama-nama dan sifat-sifat Allah SWT dengan
yakin.
Terdapat 99 asma (nama) Allah SWT (Asmaul Husna).
Asmaul Husna bermaksud dari segi bahasa ialah nama-nama
Allah yang baik, mulia dan agung sesuai dengan sifat-sifat-
Nya. Nama-nama Allah yang agung dan mulia menyatukan
dalam kebesaran dan kehebatan Allah, sebagai Pencipta dan
Pemelihara alam semesta beserta segala isinya.
ASAS-ASAS AKIDAH - Allah
14
CTU101 1/7/2013
Maruwiah Ahmat 8
Tauhid Asma’ wa Sifat berdasarkan Asmaul Husna
mempunyai 3 asas:
ASAS-ASAS AKIDAH- Allah
15
Sempurna
Allah mestilah disucikan dari segala sifat kekurangan atau penyerupaan dengan makhluk-Nya
Yakin
Kita mestilah beriman kepada nama-nama dan sifat-sifat Allah sebagaimana yang termaktub dalam Al-Quran dan als-Sunnah tanpa membuat penambahan dan pengurangan
Kayfiyyat
Kita mestilah menjauhi diri daripada sifat ingin tahu bagaimanakah (kayfiyyat) sifat-sifat Allah SWT tersebut.
Beriman kepada Malaikat
ASAS-ASAS AKIDAH - Malaikat
16
CTU101 1/7/2013
Maruwiah Ahmat 9
Diciptakan dari cahaya
Tempat kediaman di langit, tetapi boleh turun ke bumi dengan
perintah Allah (Maryam : 64)
Allah menciptakan Malaikat lebih dahulu daripada manusia (al-
Baqarah : 30)
Malaikat tiada nafsu dan tidak melakukan dosa sama sekali
Mereka tidak makan, minum, tidur, tidak mempunyai jantina dan
hidup di alamnya sendiri.
Mereka mempunyai sayap yang berbeza-beza (al-Fatir : 1)
ASAS-ASAS AKIDAH - Malaikat
17
KEWUJUDAN MALAIKAT
Perbezaan bilangan sayap menunjukkan nilai dan
kedudukannya di sisi Allah SWT.
Ia juga menunjukkan kebolehannya untuk bergerak sama
qda cepat atau lambat dari satu tempat ke tempat yang
lain.
Malaikat juga diberi kuasa oleh Allah untuk menjelma dalam
rupa manusia atau lain-lain bentuk. (Maryam : 16 – 17).
Mempunyai kekuatan yang luar biasa dengan izin Allah
SWT.
Malaikat adalah makhluk yang dekat dengan Allah lagi
dimuliakan (al-A’raf : 206)
ASAS-ASAS AKIDAH - Malaikat
18
CTU101 1/7/2013
Maruwiah Ahmat 10
Bertasbih, patuh dan tunduk sepenuhnya kepada Allah
(al-A’raf : 206)
Memikul ‘Arasy
Memohon ampun bagi orang yang beriman (Ghafir : 7)
Memberi salam kepada ahli syurga (ar-Ra’d : 23-24)
Menyiksa para ahli neraka (at-Tahrim : 6)
Membawa wahyu (al-Baqarah : 97)
Mendengar bacaan al-Quran.
19
TUGAS MALAIKAT
ASAS-ASAS AKIDAH - Malaikat
Menggiatkan kekuatan rohani yang
ada dalam diri manusia dengan
mengilhamkan kebaikan dan
kebenaran.
Mendoakan orang beriman.
Membaca amin bersama-sama
dengan orang yang solat.
Menghadiri solat Asar dan Subuh
setiap hari.
Menghadiri majlis ilmu dan zikr
Memohon rahmat utk orang Islam
20
ASAS-ASAS AKIDAH - Malaikat
CTU101 1/7/2013
Maruwiah Ahmat 11
ASAS-ASAS AKIDAH - Malaikat
21
Merendahkan diri kepada orang ilmuwan
Membawa berita gembira
Menghebahkan siapa yang dicintai atau dibenci
oleh Allah SWT
Mencatat amal perbuatan manusia
Mencabut nyawa
ASAS-ASAS AKIDAH - Malaikat
Jibril – menyampaikan wahyu
Mikail – menurunkan rezeki Israfil – meniup sangkakala
Munkar & Nakir – menyoal
mayat di dalam kubur
Raqib & Atid – mencatat
amalan kebajikan & kejahatan
Izrail – mencabut nyawa
Ridwan – menjaga pintu syurga Malik – menjaga pintu neraka
Jumlah malaikat terlalu
banyak tetapi yang wajib
diketahui ada 10
22
10 MALAIKAT UTAMA
CTU101 1/7/2013
Maruwiah Ahmat 12
IND
IVID
U
• Istiqamah atau teguh pendirian.
• Sabar dan tidak mudah putus asa dalam meneruskan jihad di jalan Allah.
• Menerima dan mematuhi arahan yang tidak bercanggah dengan syariat.
• Berwaspada dalam sebarang tindakan
MA
SYA
RA
KAT
• Anggota masyarakat cinta akan ilmu kerana malaikat memberi penghormatan dengan mengembangkan sayapnya bagi penuntut ilmu
• Kuat & tekun bekerja
• Berhati-hati & teliti dalam membuat sesuatu tindakan
NEG
ARA
• Jabatan dan institusi kerajaan memiliki pengurusan yang sistematik & teliti
• Organisasi kerajaan akan lebih telus & berdisiplin
• Negara berkembang maju
ASAS-ASAS AKIDAH - Malaikat
23
Beriman kepada malaikat juga membuktikan
iman kita kepada Al-Quran dan Rasul-Nya
24
ASAS-ASAS AKIDAH - Malaikat
CTU101 1/7/2013
Maruwiah Ahmat 13
Hikmat Beriman Kepada Malaikat
25
Seseorang itu menyedari bahawa dia sentiasa diawasi oleh Malaikat maka dia
akan sentiasa menjaga tingkah laku yang berkelakuan baik, menjaga tutur kaya
yang walau dimana dia berada
Seseorang akan segera insaf dan tidak
mengulangi kesalahan dan kesilapan kerana menyedari setiap tutur kata dan gerak laku yang tidak terlepas daripada catitan
Malaikat Raqib & Atid
Seseorang muslim akan sentiasa melakukan
apa yang disuruh Allah dan menghindar apa yang dilarang Allah
supaya selamat di alam kubur kerana dia
mengetahui apabila dia mati, dia akan
ditanya dan diseksa oleh Malaikat di dalam
kubur
ASAS-ASAS AKIDAH - Malaikat
Perbezaan Sifat Malaikat dengan Manusia
SIFAT-SIFAT MALAIKAT SIFAT-SIFAT MANUSIA
Tidak mempunyai jantina lelaki atau
perempuan
Mempunyai jantina sama ada lelaki atau
perempuan
Tidak berkahwin & tidak berketurunan Berkahwin & berketurunan
Tidak makan & tidak minum Makan & minum
Tidak tidur Tidur & jaga
Tidak dapat dikesan oleh pancaindera
manusia Dapat dilihat dengan mata kasar
Sentiasa beribadat & mentaati Allah
S.W.T. serta tidak pernah melakukan
maksiat
Terdapat manusia yang beriman kepada
Allah S.W.T. & ada yang kufur serta
melakukan maksiat
ASAS-ASAS AKIDAH - Malaikat
26
CTU101 1/7/2013
Maruwiah Ahmat 14
Bandingkan dua keadan antara beriman dengan
malaikat atau tidak.
27
ASAS-ASAS AKIDAH - Malaikat
BERIMAN KEPADA KITAB
Setiap nabi pasti mendapat risalah yang wajib
disampaikan kepada umat dan kaumnya (al-Baqarah :
213)
Apa yang dimaksudkan dengan beriman kepada kitab-
kitab ialah beriman kepada kitab-kitab yang asal
yang diturunkan sebelum dipinda oleh tokoh-tokoh
agama dan telah diketahui bahawa kitab-kitab Allah
yang lain dari Al-Quran semua telah dipinda dan
ditukar ganti ayatnya.
ASAS-ASAS AKIDAH - Kitab
28
CTU101 1/7/2013
Maruwiah Ahmat 15
Firman Allah: (Surah Ali Imran, ayat: 78) yang bermaksud:
"Dan sesungguhnya di antara mereka (ahli-ahli kitab) ada
ketua-ketua agamanya) yang memutar-mutar lidahnya semasa
membaca kitab Taurat dengan mengubah maknanya supaya
kamu menyangkanya sebahagian dan kitab (Taurat) pada hal
ia bukanlah dan kitab itu, dan mereka pula berkata: bahawa
ia adalah dari sisi Allah pada hal ia bukanlah dari sisi Allah
dan mereka (tergamak) berkata dusta terhadap Allah
sedangkan mereka mengetahui (bahawa mereka adalah
dusta)’.
29
ASAS-ASAS AKIDAH - Kitab
Al-Quran adalah kitab Allah yang terakhir diturunkan
iaitu diturunkan kepada Nabi Mohammad s.a.w, ia
tidak di datangi oleh sebarang kepalsuan ia dijaga
oleh Allah SWT:
Firman Allah SWT yang bermaksud:
"Sesungguhnya Kami-lah yang menurunkan al-Quran
dan Kami-lah yang memelihara dan menjaga". (Surah
AI-Hajj, ayat: 9)
Jumlah kitab suci yang diturunkan oleh Allah kepada
Nabi-Nya berbentuk kitab dan suhuf adalah banyak.
ASAS-ASAS AKIDAH - Kitab
30
CTU101 1/7/2013
Maruwiah Ahmat 16
Kitab-kitab Utama
KITAB ZABUR TAURAT INJIL AL-QURAN
NABI Nabi Daud a.s. Nabi Musa a.s. Nabi Isa a.s. Nabi Muhammad
s.a.w.
BAHASA Suryani ‘Ibrani atau
Hebrew
‘Ibrani atau
Hebrew Arab
UMAT/
ZAMAN
Yahudi atau Bani
Israil
Yahudi atau Bani
Israil
Yahudi atau Bani
Israil
Bangsa Arab dan
seluruh manusia
sehingga hari
Kiamat
KANDUNGAN Kata-kata hikmah
dan nasihat
Pengajaran dan
bimbingan
Hukum-hukum
yang khusus dan
terbatas kepada
Bani Israil
Syariat untuk
semua manusia
ASAS-ASAS AKIDAH
31
1. KITAB TAURAT:
Diterangkan hukum-hukum syariat dan i’tikad serta
keimanan yang benar dan diredhai Allah
Diterangkan juga pada akhir zaman nanti akan datang
nabi terakhir. Rasul tersebut dari keturunan Nabi Ismail
putera Nabi Ibrahim
Namun, kitab Taurat telah diubah oleh orang Yahudi yang
dikenali sebagai Perjanjian Lama.
Al-Quran mengakui adanya perubahan yang dilakukan
oleh orang Yahudi (al-Baqarah : 75) (al-Nisa’ : 46)
ASAS-ASAS AKIDAH
32
CTU101 1/7/2013
Maruwiah Ahmat 17
2. KITAB ZABUR
Kitab suci ini yang menghimpunkan qasidah-qasidah dan
syair-syair serta lagu-lagu yang mengandungi tasbih dan
puji-pujian kepada Allah SWT, yang mana terdapat juga di
dalamnya doa-doa zikir, pengajaran tetapi hikmah. Juga
tentang kisah-kisah umat-umat yang terdahulu dan nabi-nabi
yang akan datang; di antaranya tentang berita kedatangan
Nabi Muhammad SAW.
Dalam kitab ini juga berisi fatwa-fatwa, nasihat-nasihat atau
peringatan yang harus dilaksanakan oleh semua umatnya
Dalam kitab Taurat tidak memuatkan syariat atau hukum-
hukum agama kerana Nabi Daud AS diperintahkan untuk
mengikuti syariat yang dibawa Nabi Musa AS.
ASAS-ASAS AKIDAH
33
3. KITAB INJIL
Dalam kitab ini disebut perintah Allah supaya
mengesakan Allah dan larangan menyekutukan-Nya.
Dalam kitab ini juga dijelaskan pada akhir zaman akan lahir
Nabi yang terakhir iaitu Nabi Muhammad SAW.
Namun, Injil Matius, Markus, Lukas dan Johannes semuanya
karangan manusia dan bukan wahyu Allah (al-Maidah: 14 –
15)
Perkataan ‘Injil’ yang digunakan dalam Al-Quran, Hadith, dan
dokumen-dokumen Islam yang awal merujuk khas kepada
wahyu Allah kepada Nabi Isa AS, dan tidak merujuk kepada
‘Bible’ yang dipegang oleh agama Kristian masa kini.
ASAS-ASAS AKIDAH - Kitab
34
CTU101 1/7/2013
Maruwiah Ahmat 18
4. KITAB QURAN
Kitab terakhir diturunkan oleh Allah SWT.
Al-Quran ialah wahyu yang Allah SWT turunkan
kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan Malaikat
Jibril. Al-Quran menjadi mukjizat maknawi Nabi Muhammad
SAW yang teragung.
Ayat yang pertama (Surah al-Alaq: 1-5) turun pada 17
Ramadhan.
Hukum syariat dalam Al-Quran kekal selama-lamanya hingga
hari kiamat. (Tidak berubah dan Allah sendiri menjaganya dari
sebarang perubahan) (al-Hijr : 9)
Al-Quran mempunyai 30 juzuk, 114 surah dengan 6666 ayat.
35
ASAS-ASAS AKIDAH - Kitab
36
• bermaksud sebuah kitab berdasarkan firman Allah:
• Alif, Laam, Miim. Kitab al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang yang (hendak) bertaqwa; (surah al-Baqarah 2:1-2)
Al-Kitab
(تابلكا )
• bermaksud pemisah hak dan batil sebagaimana firman Allah:
• Maha berkat Tuhan Yang menurunkan al-Furqaan kepada hambaNya (Muhammad), untuk menjadi peringatan dan amaran bagi seluruh penduduk alam. (surah al-Furqaan 25:1)
Al-Furqaan
( الفرقان )
• bermaksud peringatan berdasarkan firman Allah:
• Sesungguhnya Kamilah Yang menurunkan al-Quran, dan Kamilah Yang memelihara dan menjaganya. (surah al-Hijr 15:9)
Adz-Dzikr
( كرذلا )
• bermaksud penurunan. Nama ini diambil sempena firman Allah:
• Dan Sesungguhnya Al-Quran (yang di antara isinya kisah-kisah Yang tersebut) adalah diturunkan oleh Allah Tuhan sekalian alam. (surah asy-Syuara 26:192)
At-Tanzil
( التنزيل )
ASAS-ASAS AKIDAH - Kitab
CTU101 1/7/2013
Maruwiah Ahmat 19
SUHUF (LEMBARAN-LEMBARAN)
Diturunkan kepada Nabi Ibrahim dan Musa (al-A’la : 14-
19)
Adapun kitab-kitab lain yang diturunkan kepada rasul-
rasulNya, Allah tidak menjelaskan namanya masing-
masing
Allah hanya mengkhabarkan bahawa Dia telah
menurunkan kitab kepada tiap-tiap mereka (al-Baqarah:
213)
Kitab-kitab yang tidak disebutkan dalam al-Quran, kita
wajib beriman kepadanya secara ijmali (tidak perlu
secara terperinci)
37
ASAS-ASAS AKIDAH - Kitab
Jumlah Suhuf
10 suhuf : Nabi Adam
50 suhuf : Nabi Sith
30 suhuf : Nabi Idris
10 suhuf : Nabi
Ibrahim
10 suhuf : Nabi Musa
38
ASAS-ASAS AKIDAH - Kitab
CTU101 1/7/2013
Maruwiah Ahmat 20
Mengandungi intisari Ilahi.
Kitab yang terjamin dari penyelewengan dan perubahan hingga hari kiamat.
Wajib diikuti kandungannya secara zahir dan batin dan berpegang teguh pada
ajarannya hingga hari kiamat.
Dari segi keaslian, al-Quran tetap asli tidak ada perubahan dan tidak mampu
dipinda oleh manusia manakala kitab-kitab lain berubah dan tidak asli.
Al-Quran sesuai untuk semua zaman dan tempat, manakala kitab-kitab lain
untuk tempoh-tempoh tertentu sahaja.
Bahasa Al-Quran adalah bahasa Arab yang hidup pemakainnya sepanjang
masa, iaitu sentiasa digunakan oleh ramai dan banyak negara di seluruh dunia.
ASAS-ASAS AKIDAH - Kitab
39
KEISTIMEWAAN AL-QURAN
Hikmah diturunkan Al-Quran secara beransur-ansur
kepada Nabi Muhammad SAW:
40
ASAS-ASAS AKIDAH - Kitab
Umat Islam lebih mudah memahami, menghafaz dan mengamalkan ayat-ayat Al-Quran.
Nabi Muhammad SAW dapat menyampaikan ajaran Al-Quran dengan mudah dan berkesan kerana ia diturunkan bertetapan dengan peristiwa yang berlaku.
Umat Islam dapat menyesuaikan diri dengan ketetapan hukum yang juga dikenakan secara beransur-ansur seperti larangan meminum minuman keras.
CTU101 1/7/2013
Maruwiah Ahmat 21
Beriman kepada Al-Quran
Membaca Al-Quran
Memahami Al-Quran
Mengamalkan ajaran
Al-Quran
Menyampaikan kandungan Al-Quran
KEWAJIPAN
UMAT ISLAM
TERHADAP
AL-QURAN
41
ASAS-ASAS AKIDAH - Kitab
TUJUAN KITAB-KITAB DITURUNKAN
42
ASAS-ASAS AKIDAH - Kitab
Memberitahu perkara-perkara yang ghaib (contohnya : Hari Akhirat, syurga, dan neraka).
Memberitahu perkara-perkara yang hak (benar) dan yang batil (salah).
Membetulkan akidah manusia yang menyeleweng daripada agama yang benar (Islam).
Membimbing manusia tentang cara membentuk akhlak dan masyarakat.
Sebagai pembimbing dan memberikan panduan kepada manusia.
Kitab-kitab yang telah disebutkan adalah diturunkan untuk mentauhidkan Allah sama ada Tauhid Rububiyyah, Tauhid Asma wa Sifat dan Tauhid Uluhiyyah.
CTU101 1/7/2013
Maruwiah Ahmat 22
Hikmah Beriman Dengan Kitab-kitab
Menunjukkan bahawa agama yang datang daripada Allah
adalah satu sahaja iaitu Islam yang terkandung dalam kitab-
kitab yang datang daripada Allah.
Umat manusia di sepanjang zaman sebenarnya memerlukan
agama yang satu iaitu Islam, yang berteraskan akidah tauhid.
Ini semua terkandung dalam semua kitab-kitab yang datang
daripada Allah.
Ini terbukti dalam syariat-syariat kitab-kitab dari satu nabi
dengan nabi yang lain berbeza, tetapi akidah dan perkara
pokok yang lain semuanya sama iaitu tauhid kepada Allah.
Semua para Nabi adalah Islam. Tidak ada percanggahan
antara Al-Quran dan kitab-kitab lain.
43
ASAS-ASAS AKIDAH - Kitab
Beriman kepada para Rasul ialah mempercayai bahawa Rasul dan
Nabi adalah perutusan Allah untuk manusia.
Mengingkari mana-mana Rasul yang diutuskan bermakna
mengingkari risalah-risalah Allah SWT dan mengingkari Al-Quran.
Kerana Al-Quran menyebut nama-nama sebahagian dan mereka.
Firman Allah SWT (Surah al-Baqarah, ayat : 285) yang bermaksud:
“Rasulullah telah beriman kepada apa yang diturunkan kepadanya dan
Tuhannya dan juga orang yang beriman semuanya beriman kepada
Allah dan malaikat, dan kitabnya dan rasulnya (mereka berkata) kami
tidak membeza-bezakan antara seseorang (dengan yang lain) dan
Rasul-rasulnya”….
44
ASAS-ASAS AKIDAH - Rasul
CTU101 1/7/2013
Maruwiah Ahmat 23
Setiap orang yg beriman wajib mentaati segala perintah Rasul
kerana ketaatan kepada Rasul adalah ketaatan kepada Allah
SWT. Sebaliknya orang yg ingkari perintah Rasul bererti
mengingkari perintah Allah SWT.
Ketaatan yg mutlak wajib diberi kpd Rasul kerana baginda
pembawa ajaran Islam yg lengkap & sempurna
Umat Islam wajib merujuk semua urusan kehidupan kpd Al-
Quran & al-Sunnah
Wajib mencintai Rasul melebihi segala-galanya.
Wajib menghayati sirah Rasulullah saw dan rasul sebelumnya
dengan menjadikan mereka sebagai contoh teladan.
45
ASAS-ASAS AKIDAH - Rasul
Pengertian
Erti Rasul dari segi bahasa: Utusan yang menyampaikan sesuatu
perutusan seseorang kepada orang lain
Erti Rasul dari segi istilah: Lelaki utusan Allah yang menerima wahyu
Allah untuk dirinya yang wajib disampaikan kepada umat manusia
agar mereka dapat melalui jalan yang lurus dan diredhai Allah
Perbezaan antara Nabi dan Rasul:
Nabi : Mendapat wahyu dari Allah untuk dirinya dan keluarganya sahaja. Mereka tidak diwajibkan menyampaikannya kepada orang lain
Rasul : mendapat wahyu dari Allah bukan sahaja untuk dirinya dan keluarganya tetapi untuk kaumnya.
ASAS-ASAS AKIDAH - Rasul
46
CTU101 1/7/2013
Maruwiah Ahmat 24
Perkara Nabi Rasul
Pengertian
dari
segi bahasa
Orang yang membawa berita ghaib Utusan kepada sesuatu tempat
Pengertian
dari
segi istilah
Lelaki yang dipilih oleh Allah,
dikurniakan wahyu kepadanya untuk
amalan dirinya sendiri, tetapi tidak
diperintahkan menyampaikan risalah
kepada orang lain
Lelaki yang dipilih oleh Allah, dikurniakan
wahyu kepadanya untuk amalan diirnya
sendiri, dan diperintahkan menyampaikan
risalah kepada orang lain
Bilangan Ramai tetapi tidak dapat dipastikan Yang wajib diketahui seramai 25 orang
Kitab/suhuf Sebahagian menerima suhuf Sebahagian menerima suhuf dan kitab
Tugas -Tidak ditugaskan menyampaikan
wahyu Allah
-Tidak ditentukan umat yang
dipimpin
-Ditugaskan menyampaikan wahyu Allah
-Ditentukan umat yang dipimpin
47
ASAS-ASAS AKIDAH - Rasul
Setiap orang Islam wajib mempercayai semua 25 rasul dan nabi secara terperinci atau tafsili.
Bagi nabi dan rasul yang tidak diceritakan oleh Al-Quran tentang nama-namanya, kita diperintahkan untuk mengimani mereka secara ijmali (tidak perlu secara terperinci).
Sekiranya seseorang itu beriman kepada sebahagian rasul dan tidak beriman kepada yang lainnya, maka ia jelas menjadi kafir. (an-Nisa’ : 150-151).
Setiap umat mempunyai rasul (an-Nahl : 63) (Fathir : 24) (Yunus : 47)
48
ASAS-ASAS AKIDAH - Rasul
CTU101 1/7/2013
Maruwiah Ahmat 25
1. Adam AS.
2. Idris AS.
3. Nuh AS.
4. Hud AS.
5. Soleh AS.
6. Ibrahim AS.
7. Luth AS.
8. Ismail AS.
9. Ishak AS.
10. Yakub AS.
11. Yusuf AS.
12. Ayub AS.
13. Syuib AS.
14. Musa AS.
15. Harun AS.
16. Zulkifli AS.
17. Daud AS.
18. Sulaiman AS.
19. Ilyas AS.
20. Ilyasa AS.
21. Yunus AS.
22. Zakaria AS.
23. Yahya AS.
24. Isa AS.
25. Muhammad SAW.
49
ASAS-ASAS AKIDAH - Rasul
25
Rasul
Yang
Wajib
Diketahui
1. Mengajarkan aqidah tauhid, yaitu menanamkan keyakinan kepada
umat manusia tentang tauhid ubudiyah, tauhid rububiyah dan tauhid
asma wa sifat.
2. Mengajarkan kepada umat manusia bagaimana cara menyembah
atau beribadah kepada Allah SWT.
3. Menjelaskan hukum-hukum dan batasan-batasan bagi umatnya, mana
hal-hal yang dilarang dan mana yang harus dikerjakan menurut
perintah Allah SWT.
4. Memberikan contoh kepada umatnya bagaimana cara menghiasi diri
dengan sifat-sifat yang utama seperti berkata benar, dapat
dipercaya, menepati janji, sopan kepada sesama, santun kepada yang
lemah, dan sebagainya.
50
ASAS-ASAS AKIDAH - Rasul
TUGAS UTAMA RASUL
CTU101 1/7/2013
Maruwiah Ahmat 26
51
Siddiq
Benar pada segala
percakapan, perkhaba-
ran & perbuatan
(lawannya: berkata bohong)
Amanah
Jujur dan tidak
membuat kesalahan.
(lawannya: khianat)
Tabligh
Menyampaika
n semua perintah Allah SWT kepada
manusia. Mereka tidak
menyem-bunyikan atau
mengabai-kannya.
(lawannya: kitman)
Fathanah
Bijaksana menjadikan
mereka mudah dan bijak menafsir
wahyu serta bijak
merancng untuk
menyampai-kan kepada
umatnya.
(lawannya: baladah) Sifat wajib Rasul
ASAS-ASAS AKIDAH - Rasul
52
1. Nabi Nuh a.s.
2. Nabi Ibrahim a.s.
3. Nabi Musa a.s.
4. Nabi Isa a.s.
5. Nabi Muhammad
s.a.w.
Rasul
Ulul
Azmi
ASAS-ASAS AKIDAH - Rasul
CTU101 1/7/2013
Maruwiah Ahmat 27
Ulul Azmi adalah gelaran yang diberikan kepada para rasul yang
memiliki kedudukan tinggi atau istimewa kerana ketabahan dan
kesabaran yang luar biasa, dalam menyebarkan agama Islam. Di
antara 25 rasul, terdapat 5 orang rasul yang mendapatkan gelaran
Ulul Azmi.
Ulul Azmi adalah gelaran yang diberikan kepada rasul Allah yang
memiliki ketabahan yang luar biasa dalam menyampaikan risalahnya.
Mereka memiliki mempunyai keteguhan hati sangat mengagumkan,
tabah luar biasa, sabar dan kesabarannya tidak terbatas, meskipun
mereka mendapatkan berbagai macam celaan, hinaan, tentangan
yang menyakitkan namun mereka tetap teguh, sabar, dan senantiasa
bertawakal dalam menyampaikan ajarannya kepada manusia.
53
ASAS-ASAS AKIDAH - Rasul
RASUL ULUL-AZMI
Nabi Nuh a.s
Nuh bin Lamik bin Mutuisyalkh dari keturunan Idris
(3993-3043 SM) dan diangkat menjadi Nabi pada
tahun 3650 SM. Baginda tinggal di wilayah yang
kini disebut sebagai Iraq. Para ahli sejarah banyak
menyebutkan bahwa baginda wafat di Makkah,
dan memiliki 4 anak laki-laki. Nama Nuh
disebutkan sebanyak 43 kali dalam Al-Qu’ran.
Nabi Nuh AS mendapat julukan Ulul Azmi kerana
kesabaran terhadap cabaran yang dihadapinya.
54
ASAS-ASAS AKIDAH - Rasul
CTU101 1/7/2013
Maruwiah Ahmat 28
Sambungan Nabi Nuh AS …
Nabi Nuh a.s adalah rasul pertama yang diutus
Allah SWT untuk meluruskan akidah dan akhlak
umat yang telah menyimpang jauh dari ajaran
yang benar.
Nabi Nuh tanpa menyerah kalah terus-menerus
berdakwah kepada keluarga, kerabat dan
masyarakat umum, untuk kembali ke jalan yang
lurus. Usianya hampir 1000 tahun dan jumlah umat
yang mengikutinya tidak lebih dari 200 orang.
55
ASAS-ASAS AKIDAH - Rasul
Malah isteri dan anaknya yang bernama Kan’an turut
tidak beriman. Atas kehendak Allah umat Nabi Nuh AS
yang menentang dakwahnya ditenggelamkan dengan
banjir yang dahsyat dan semuanya mati.
Umat yang beriman
selamat di atas bahtera
bersama haiwan-haiwan
secara.
56
ASAS-ASAS AKIDAH - Rasul
CTU101 1/7/2013
Maruwiah Ahmat 29
Karya seorang
pelukis
Amerika Edward
Hicks (1780–
1849),
menggambarkan
haiwan-haiwan
yang masuk ke
dalam Bahtera
Nabi Nuh.
57
ASAS-ASAS AKIDAH - Rasul
Nabi Ibrahim AS
Nabi Ibrahim bin Azar bin Nahur dari keturunan Sam bin Nuh
(1997-1822 SM) dan diangkat menjadi Nabi pada tahun 1900
SM. Beliau tinggal di Iraq. Beliau wafat di Al-Khalil, Hebron,
Palestin. Nama baginda disebutkan sebanyak 69 kali dalam Al-
Quran.
Nabi Ibrahim adalah nabi yang mendapat gelar Ulul Azmi
kerana cabaran yang dihadapinya. Dari mula bayi Nabi Ibrahim
sudah diasingkan ke dalam gua disebabkan kerana perintah
Raja Namrudz untuk membunuh setiap bayi laki-laki yang baru
lahir. Setelah dewasa, ia harus berhadapan dengan raja dan
masyarakat penyembah berhala termasuk kedua orang tuanya
yang pembuat berhala.
58
ASAS-ASAS AKIDAH - Rasul
CTU101 1/7/2013
Maruwiah Ahmat 30
Sambungan (Nabi Ibrahim AS)…
Baginda harus menerima siksaan yang pedih, dibakar hidup-hidup
dan diusir dari kampung halamannya. Isterinya Sarah, belum
dikurniai anak hingga isterinya meminta ia menikahi seorang
hamba, Hajar untuk dijadikan isteri. Akhirnya Hajar dapat
melahirkan seorang anak yang diberi nama Ismail.
Allah SWT memerintahkan Ibrahim untuk melepaskan isteri dan
anaknya yang baharu lahir ke tanah gersang di Makkah.
Nabi Ibrahim mendapat perintah yang lebih berat iaitu
mengorbankan Ismail. Tapi Allah SWT akhirnya menggantikannya
dengan seekor kibas.
Ujian Nabi Ibrahim AS yang lain adalah membangun Kaabah, dan
menghadapi Raja Namrudz yang zalim.
59
ASAS-ASAS AKIDAH - Rasul
60
ASAS-ASAS AKIDAH - Rasul
CTU101 1/7/2013
Maruwiah Ahmat 31
Nabi Musa AS
Musa bin Imran dari keturunan Ya’qub bin Ishak (1527-1408 SM)
dan diangkat menjadi Nabi pada tahun 1450 SM. Beliau
ditugaskan berdakwah kepada Firaun Mesir dan Bani Israil di
Mesir. Beliau wafat di Tanah Tih. Mempunyai 2 orang anak.
Nabi Musa AS disebutkan dalam Al-Quran sebanyak 136 kali.
Beliau termasuk Nabi yang mendapat gelar Ulul Azmi kerana
kesabarannya yang tinggi dalam menghadapi dan berdakwah
kepada Firaun dan kaumnya yang selalu membangkang. Ketika
Musa AS akan menerima wahyu di Bukit Sinai, pengikutnya yang
dipimpin Samiri menyeleweng dengan menyembah berhala
lembu emas.
61
ASAS-ASAS AKIDAH - Rasul
Nabi Isa AS
Isa bin Maryam binti Imran dari keturunan Sulaiman bin Daud
(1SM-32M) dan diangkat menjadi nabi pada tahun 29M. Beliau
ditugaskan berdakwah kepada Bani Israil di Palestin. Beliau juga
tidak wafat melainkan diangkat ke sisi Allah SWT. Nabi Isa AS
disebutkan sebanyak 25 kali di dalam Al-Quran.
Beliau adalah nabi yang mendapat julukan Ulul Azmi kerana
banyak memiliki kesabaran dan keteguhan dalam menyampaikan
ajaran Allah SWT. Terutama, ketika Nabi Isa as sabar menerima
cobaan sebagai seorang yang miskin, pengkhianatan muridnya,
menghadapi fitnah, hendak diusir dan dibunuh oleh kaum Bani
Israil. Kehidupan Nabi Isa AS menggambarkan kezuhudan dan
ketaatan dalam beribadah.
62
ASAS-ASAS AKIDAH - Rasul
CTU101 1/7/2013
Maruwiah Ahmat 32
Nabi Muhammad SAW
Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib dari keturunan Ismail
bin Ibrahim (571M-632M) dan diangkat menjadi Nabi pada
tahun 610M. Baginda ditugaskan berdakwah kepada seluruh
manusia dan alam semesta. Tinggal di Mekkah dan Madinah.
Wafat di Madinah. Namanya disebutkan 5 kali dalam Al-Quran.
Baginda mendapat julukan Ulul Azmi kerana sejak kecil sampai
dewasa, baginda selalu mengalami masa sukar. Tentangan
terberat yang dihadapi adalah setelah diangkatnya menjadi
seorang rasul. Penentangan bukan saja dari orang lain, tetapi
juga dari Abu Lahab. Baginda juga ikut menderita ketika Bani
Hashim diboikot disebabkab dakwahnya. Baginda pernah
menghadapi ancaman bunuh.
63
ASAS-ASAS AKIDAH - Rasul
Kewajipan kita terhadap Rasul:
ASAS-ASAS AKIDAH - Rasul
• Membenarkan semua Rasul
• Membenarkan utusan mereka
Percaya
• Wajib taat dan patuh kepada Rasul
• Taat kepada Rasulullah SAW
Taat • Yakin mereka adalah manusia lelaki yang paling mulia akhlaknya.
• Yakin mereka dalah sempurna ilmunya.
Yakin
64
CTU101 1/7/2013
Maruwiah Ahmat 33
Beriman Kepada Hari Akhirat
Beriman kepada adanya Hari Akhirat adalah dapat membentuk manusia
dan membendung kejahatan-kejahatan manusia. Orang yang menyedari
bahawa dia akan di bawah kehadapan pengadilan Allah pada hari akhirat
sudah tentu dia akan berfikir terlebih dahulu sebelum dia melakukan suatu
kejahatan dan tiada seorang pun yang dapat melarikan diri dari hukuman
Allah SWT.
Firman Allah: (Surah al-Isra', ayat: 13-14) yang bermaksud:
"Dan tiap-tiap seorang manusia kami kalungkan bahagian nasibnya di lehernya
dan pada han khiamat kelak dan kami akan keluarkan kepadanya kitab surat-
suratan amalan yang akan di dapatinya terbuka untuk ditatap, lalu kami
perintahkan kepadanya bacalah suratan amalanmu, cukuplah engkau sendiri
pada hari itu menjadi penghitung terhadap dirimu tentang segala yang telah
engkau lakukan."
ASAS-ASAS AKIDAH – Hari Akhirat
65
1. Tahap kehancuran makhluk yang ada di muka bumi. Terjadi
gempa bumi, di mana gunung-gunung menjadi debu, air laut
mendidih meluap-luap, bintang-bintang berguguran, langit
bergulungan, sedang manusia mabuk dan pitam. Kemudian
musnahlah segala makhluk sama ada yang bernyawa mahupun
tidak, hanya Allah yang tetap kekal
2. Hari kebangkitan di mana manusia akan dibangkitkan dari kubur
dan dikumpulkan dipadang Mahsyar
66
FASA HARI AKHIRAT
ASAS-ASAS AKIDAH – Hari Akhirat
CTU101 1/7/2013
Maruwiah Ahmat 34
3. Diperlihatkan seluruh amal perbuatan di dunia dahulu. Tidak
ada yang tersembunyi sama ada yang jahat mahupun yang
baik, sekalipun sebesar zarah
4. Hari menghisab di depan mahkamah keadilan Allah, dimana
manusia akan memperolehi keputusan yang paling adil tanpa
ada penganiayaan
5. Hari keputusan di mana manusia akan menerima ganjaran
yang setimpal dengan amalannya. Di sini saat yang dijanjikan
akan dipenuhi sebagai tujuan penciptaan manusia. Mereka
yang banyak amal kebajikan ditempatkan di syurga dan
banyak amalan kejahatan akan ditempatkan di neraka
67
ASAS-ASAS AKIDAH – Hari Akhirat
Kepentingan Beriman dengan Hari Akhirat
68
Memperbaharui kesedaran tentang hakikat adanya alam
akhirat yang merupakan tempat manusia menerima
balasan dan juga tempat yang kekal abadi untuk semua
manusia
Mempertingkatkan keimanan dengan merasai keagongan Allah Rabul-Alamin selaku
pemerintah dan penguasa serta tuan punya Alam, pencipta dan
pemilikan hari Akhirat dan segala isi kandungannya
Melembutkan hati manusia dengan mengingati mati dan
Hari Akhirat
Mengalakkan orang Islam melakukan ma’ruf (kebaikan) dan meninggalkan kejahatan
ASAS-ASAS AKIDAH – Hari Akhirat
CTU101 1/7/2013
Maruwiah Ahmat 35
Beriman Kepada Qada' dan Qadar Allah
Beriman kepada Qada' dan Qadar ialah menyakini bahawa apa
jua yang berlaku di dalam dunia ini termasuk perkara-perkara yang
berlaku pada diri manusia adalah telah ditakdirkan oleh Allah SWT
tanpa campur tangan manusia.
Manusia dituntut supaya meredai apa jua yang ditakdirkan itu.
Sama ada baik atau buruk di samping berusaha untuk mengelakkan
dan sebarang bala dan berikhtiar untuk mendapatkan rezeki,
beriman kepada Qada' dan Qadar bukanlah memberi erti
menyerah sesuatu kepada takdir tanpa sebarang usaha dan ikhtiar.
ASAS-ASAS AKIDAH
- Qadha’ dan Qadar 69
Beriman kepada Qadha' dan Qadar mendorong seseorang itu
bekerja lebih keras untuk mencapai kejayaan dalam kehidupan.
Ayat yang mula mula menyentuh tentang Qadha' dan Qadar ialah
mengenai rezeki dan ajal di mana Allah-lah menyatakan bahawa
kedua-duanya tidak akan bertambah atau kurang dengan semata-
mata usaha manusia. Seseorang tidak akan mati sebelum tiba ajal
yang ditetapkan dan sebelum habis rezeki yang telah Allah SWT
tetapkan.
Firman Allah: (Surah Ali Imran, ayat: 145) yang bermaksud:
"Dan tiap-tiap yang bernyawa tidak akan mati melainkan dengan izin
Allah iaitu satu ketetapan (ajal) yang tertentu masanya yang
ditetapkan oleh Allah".
ASAS-ASAS AKIDAH
- Qadha’ dan Qadar 70
CTU101 1/7/2013
Maruwiah Ahmat 36
Sikap Orang Islam Dalam Menerima Takdir Allah
Menerima dan redha terhadap apa yang ditakdirkan oleh Allah,
kerana Allah Maha Adir dan tidak mungkin melakukan kezaliman
terhadap makhluk-Nya. Apa yang Allah tentukan kepada manusia
di luar dari pilihan manusia adalah kebijaksanaan dan keadilan
Allah. Ada sesuatu hikmah di sebalik ketentuan itu. Mungkin apa
yang kita rasa baik adalah buruk bagi kita dan demikianlah
sebaliknya. Allah Maha Mengetahui apa yang tidak kita ketahui
Mestilah bersabar sekiranya Allah takdirkan sesuatu yang buruk
yang berlaku ke atas diri kita. Mungkin di sebalik apa yang
berlaku itu ada sesuatu yang baik yang Allah akan anugerahkan
kepada kita
71
ASAS-ASAS AKIDAH
- Qadha’ dan Qadar
Bagaimana untuk kaitkan peristiwa
di atas dengan beriman dengan
Qadha’ dan Qadar.
72
ASAS-ASAS AKIDAH
- Qadha’ dan Qadar