#tips hartanah mudah - jom urus duit | …jomurusduit.com/wp-content/uploads/2018/01/jentayu...ada...

115
1 | #TipsHartanahMudah 99 99 #Tips Hartanah Mudah Azizul Azli Ahmad Hartanah bukanlah pelaburan yang baik jika kita bukan pelabur yang bijak

Upload: docong

Post on 25-Aug-2018

240 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: #Tips Hartanah Mudah - Jom Urus Duit | …jomurusduit.com/wp-content/uploads/2018/01/jentayu...Ada manusia yang masih menanti nanti untuk beli rumah, mereka ini masih 'bersiar siar

1 | #TipsHartanahMudah

99 99

#Tips

Hartanah

Mudah

Azizul Azli Ahmad

Hartanah bukanlah pelaburan yang baik

jika kita bukan pelabur yang bijak

Page 2: #Tips Hartanah Mudah - Jom Urus Duit | …jomurusduit.com/wp-content/uploads/2018/01/jentayu...Ada manusia yang masih menanti nanti untuk beli rumah, mereka ini masih 'bersiar siar

2 | #TipsHartanahMudah

99 99 #Tips

Hartanah

Mudah

99

AAzziizzuull AAzzllii AAhhmmaadd

Page 3: #Tips Hartanah Mudah - Jom Urus Duit | …jomurusduit.com/wp-content/uploads/2018/01/jentayu...Ada manusia yang masih menanti nanti untuk beli rumah, mereka ini masih 'bersiar siar

3 | #TipsHartanahMudah

#Tips

Hartanah

Mudah

Azizul Azli Ahmad

Hak cipta terpelihara. TIDAK DIBENARKAN menerbit, mencetak, mengeluar ulang mana mana bahagian artikel, ilustrasi, fotografi dan isi kandungan buku ini dalam apa bentuk dan cara sekalipun sama ada elektronik, mekanik, fotokopi, rakaman atau pengstoran maklumat dalam bentuk softcopy melalui CD, disket dan bahan-bahan

Page 4: #Tips Hartanah Mudah - Jom Urus Duit | …jomurusduit.com/wp-content/uploads/2018/01/jentayu...Ada manusia yang masih menanti nanti untuk beli rumah, mereka ini masih 'bersiar siar

4 | #TipsHartanahMudah

lain sebelum mendapat izin bertulis dari Penerbit Rumah Buku, Perundingan tertakluk kepada perkiraan royalti dan hanorarium. Hakcipta Terpelihara 2017 @ AZIZUL AZLI AHMAD . Sekiranya anda telah menerima modul ini secara percuma atau berbayar dari sumber selain daripada Rumah Buku, sila laporkan kepada [email protected] Kerjasama anda amat kami hargai di dalam menangani kesalahan harta intelek. Di cetak dengan kebenaran oleh: Hak Cipta Terpelihara @ 2017 LEGAL DISCLAIMER: Penulis tidak akan bertanggungjawab jika terdapat apa-apa masalah berhubung kesilapan atau kesalahan maklumat, apa-apa risiko, sama ada secara peribadi atau tidak, yang berlaku atas penggunaan dan aplikasi buku ini secara langsung atau tidak langsung. Hasil kandungan buku ini adalah berdasarkan pengalaman kalian dan pemerhatian yang dilakukan oleh penulis semasa tulisan buku ini dibuat.

Edisi Pertama 2017

Azizul Azli Ahmad 2017 #Tips Hartanah Mudah

ISBN NO:

1. Property

2. Finance Wealth

3. Saving and Investment

Diterbitkan oleh : Rumah Buku (IP 0422508-H) 15 jalan Metro 7, Taman Metro Pengkalan 31550 Pusing, Perak

Page 5: #Tips Hartanah Mudah - Jom Urus Duit | …jomurusduit.com/wp-content/uploads/2018/01/jentayu...Ada manusia yang masih menanti nanti untuk beli rumah, mereka ini masih 'bersiar siar

5 | #TipsHartanahMudah

Semua

dari kita ada impian menjadi kaya, tanyalah siapa

sahaja walaupun orang gila mesti nak jadi kaya.

Ramai orang kaya memiliki hartanah dan ramai orang

menjadi kaya dengan hartanah. Anggapan bahawa

hartanah hanya dimiliki oleh golongan kaya sahaja itu

tidak tepat, mereka menjadi kaya selepas memiliki

hartanah. Dengan memiliki ilmu pengetahuan ramai

orang boleh mencipta hartanah dengan lebih mudah

hari ini, tetapi kita perlu hati hati. Ramai juga orang

menjadi miskin dan papa dengan hartanah. Falsafah bahawa semua hartanah adalah

menguntungkan adalah pemikiran bukan pelabur

hartanah. Bagi pelabur hartanah, bukan semua

hartanah itu menguntungkan. Malah ada hartanah

yang membawa mimpi ngeri kepada pembelinya

malah ada yang rugi. Kesilapan dalam membeli

hartanah memerlukan masa yang lama untuk kita

perbaiki kesilapan itu. Belajar dengan baik dan

carilah ilmu hartanah secara betul bagi menjadikan

kita bijak hartanah.

Hartanah merupakan pelaburan yang paling stabil

dan paling lambat bertindak balas dalam apa apa

perubahan ekonomi. Hingga hari ini hartanah

merupakan pelaburan yang paling popular dimuka

bumi ini. Jika kita ingin memiliki harta dan aset

sejati, hartanah adalah pilihan yang paling unggul

dan diminati. Mulakan membeli sewaktu awal usia

kita kerana ramai gadis gadis manis mudah jatuh

cinta, pada lelaki yang ada hartanah berekar

banyaknya. Wajah walau tidak Korea, tapi jika

hartanah banyak yang kita ada, mereka mesti kejar

punya.

Prakata

Page 6: #Tips Hartanah Mudah - Jom Urus Duit | …jomurusduit.com/wp-content/uploads/2018/01/jentayu...Ada manusia yang masih menanti nanti untuk beli rumah, mereka ini masih 'bersiar siar

6 | #TipsHartanahMudah

Pengenalan

“Minum tepi jika air masih panas”,

Jika kita belum mampu membeli hartanah

dibandar besar. Bermulakan dengan

hartanah pinggir bandar dahulu.

“Beli hartanah dan tunggu dan jangan tunggu untuk membeli hartanah”

Jangan buang masa menunggu hartanah

jatuh harga, semakin kita tunggu semakin

mahal harganya.

“Gadis bistari ada rumah sendiri, tidak tunggu suami yang beli. Lelaki seksi yang beli rumah untuk isteri”

Page 7: #Tips Hartanah Mudah - Jom Urus Duit | …jomurusduit.com/wp-content/uploads/2018/01/jentayu...Ada manusia yang masih menanti nanti untuk beli rumah, mereka ini masih 'bersiar siar

7 | #TipsHartanahMudah

Kandungan #1. Rumah Sewa

#2. Rumah Idaman

#3. Panduan Pilih Penyewa

#4. Jenis Hartanah

#5. Belian Hartanah

#6. Siapa Peguam Saya

#7. Lokasi Hartanah

#8. Motivasi Hartanah

#9. Hartanah Lelong

#10. Hartanah Sekunder

Page 8: #Tips Hartanah Mudah - Jom Urus Duit | …jomurusduit.com/wp-content/uploads/2018/01/jentayu...Ada manusia yang masih menanti nanti untuk beli rumah, mereka ini masih 'bersiar siar

8 | #TipsHartanahMudah

Raja & Kulit Sapi

UBAH DIRI SEBELUM MENGUBAH DUNIA

Disebuah negeri yang kaya raya terdapat

seorang raja yang kacak, kaya dan beriman

orangnya. Pasa suatu hari sang raja yang mulia

ini ingin memburu ke penjuru negeri jajahan

takluknya. Setelah berhari hari memburu dan

kembali semula ke istana, baginda mula

mengeluh kerana berasa kakinya sakit dan

tegang uratnya dimana mana. Hampir semua

jalan yang baginda lalui penuh dengan batu

kelikir dan kayu disepanjang jalannya.

Baginda kemudiannya memerintahkan agar

setiap bahagian negeri tersebut dilapisi dengan

permaidani dari kulit sapi, ia lembut dan

membuat kaki kita berasa nyaman bila berjalan

diatasnya. Jika hal ini terlaksana tentu saja ia

memerlukan beribu lembu untuk dikorbankan

agar kulit mereka boleh menjadi permaidani

dipelusuk negeri, perbelanjaan besar sedang

menanti.

Page 9: #Tips Hartanah Mudah - Jom Urus Duit | …jomurusduit.com/wp-content/uploads/2018/01/jentayu...Ada manusia yang masih menanti nanti untuk beli rumah, mereka ini masih 'bersiar siar

9 | #TipsHartanahMudah

Seorang dari menteri yang bijaksana

memberanikan diri berbicara dengan Sang Raja

yang kacak ini, “Ampun Tuanku yang bijak

sana, kenapa Tuanku ingin menghabiskan

biaya negeri untuk suatu perkara yang sangat

sederhana, Bukankah lebih baik sekiranya kaki

Tuanku dibalut dengan selembar kulit agar

melindungi dari batu kikil yang keras itu”.?

Paduka raja terkejut dengan sarana menteri itu,

tetapi akhirnya bersetuju dengan pandangan

yang sederhana itu, dari pada membalut

seluruh negeri dengan permaidani dari kulit

sapi, lebih baik diciptakan kasut melindungi

kaki.

Pengajaran :

Dalam hidup ini kita seringkali kita berwawasan

besar untuk mengubah dunia, berazam untuk

mengubah diri sendiri dulu baru mengubah

dunia dipersekitaran kita. Lakukan hal hal kecil

dalam kehidupn untuk menciptakan hal yang

besar dan indah. Belajar bagaimana membeli

rumah rumah kecil sebagai pelaburan pertama,

barulah kita membeli hartanah yang lebih

besar.

Page 10: #Tips Hartanah Mudah - Jom Urus Duit | …jomurusduit.com/wp-content/uploads/2018/01/jentayu...Ada manusia yang masih menanti nanti untuk beli rumah, mereka ini masih 'bersiar siar

10 | #TipsHartanahMudah

Berlumbalah Anak Muda

Disebuah safari

1. Seekor anak rusa yang baru bangun dari tidurnya

harus berlari lebih pantas dari singa jika ia ingin

kekal hidup.

2. Seekor singa yang baru bangun harus berlari lebih

pantas dari rusa untuk bekalan makanan hari itu.

3. Kita harus menyertai perlumbaan ini, menang atau

kalah bergantung pada diri sendiri.

4. Kita ada satu kelebihan dalam perlumbaan ini,

kebanyakkan orang tidak tahu adanya 'perlumbaan'.

Mereka hanya ingin bersiar siar.

5. Bila mereka tewas, mereka cenderung salahkan

'singa'. Mereka kata, singa zalim. Sedangkan ia telah

usaha.

6. Ada manusia yang masih menanti nanti untuk beli

rumah, mereka ini masih 'bersiar siar'.

7. Hidup ini adalah satu perlumbaan, jika kita lewat

kita akan ketinggalan.

Berlumbalah kita membeli rumah pertama

agar kita tak ketinggalan dalam pemilikan

harta.

Page 11: #Tips Hartanah Mudah - Jom Urus Duit | …jomurusduit.com/wp-content/uploads/2018/01/jentayu...Ada manusia yang masih menanti nanti untuk beli rumah, mereka ini masih 'bersiar siar

11 | #TipsHartanahMudah

#1. Anda tidak perlu

ada hartanah sendiri

untuk belajar

menguruskan hartanah.

Anda boleh bermula

dengan ‘sublet’ tanpa

perlu membeli hartanah.

*Mohon kebenaran dari pemilik hartanah untuk

sewakan kembali hartanah yang kita sewakan

darinya. Masukkan sebahagian perabot dan sewakan

pada kadar yang baru pula.

Page 12: #Tips Hartanah Mudah - Jom Urus Duit | …jomurusduit.com/wp-content/uploads/2018/01/jentayu...Ada manusia yang masih menanti nanti untuk beli rumah, mereka ini masih 'bersiar siar

12 | #TipsHartanahMudah

#2. Sebagai pelabur baru,

mulakan dengan hartanah

yang kecil dan sederhana.

Jangan membeli hartanah

yang tinggi harganya hingga

semua orang tak mampu

sewa.

*Pelabur muda saya galakkan membeli dari

‘pasaran umum’ dimana hartanah jenis ini

senantiasa ada permintaan dalam apa keadaan

ekonomi sekali pun. Pasaran umum ialah jenis

kediaman yang semua orang mampu miliki

seperti pangsapuri kos sederhana, kondominium,

rumah teres setingkat.

Page 13: #Tips Hartanah Mudah - Jom Urus Duit | …jomurusduit.com/wp-content/uploads/2018/01/jentayu...Ada manusia yang masih menanti nanti untuk beli rumah, mereka ini masih 'bersiar siar

13 | #TipsHartanahMudah

#3. Jika belum pernah ada

pengalaman membeli

hartanah disarankan

anda membeli hartanah

yang bawah RM300,000

sahaja dahulu. Bermula

dengan kecil dan sederhana.

*Belajar menguruskan risiko harta yang

kecil dahulu, semakin kita bijak belajar

uruskan hartanah yang lebih besar nilainya

Page 14: #Tips Hartanah Mudah - Jom Urus Duit | …jomurusduit.com/wp-content/uploads/2018/01/jentayu...Ada manusia yang masih menanti nanti untuk beli rumah, mereka ini masih 'bersiar siar

14 | #TipsHartanahMudah

#4. Anda boleh bermula

dengan pelaburan rumah

sewa atau pun homestay,

bergantung keperluan

pasaran sekitarnya. Tak

semua tempat boleh ada

homestay dan tak semua

tempat boleh ada rumah

sewa.

*Kawasan yang mempunyai tarikan

pelancongan dan kunjungan ramai paling

sesuai laksanakan projek homestay.

Kawasan yang menyediakan banyak peluang

pekerjaan lebih sesuai disediakan rumah

sewa.

Page 15: #Tips Hartanah Mudah - Jom Urus Duit | …jomurusduit.com/wp-content/uploads/2018/01/jentayu...Ada manusia yang masih menanti nanti untuk beli rumah, mereka ini masih 'bersiar siar

15 | #TipsHartanahMudah

#5. Mudahkan orang untuk

melihat rumah sewa kita,

bina laman web sendiri dan

kita tak perlu buka pintu bila

ada yang nak sewa nanti.

Mereka boleh lihat diatas

talian sahaja.

*contoh website rumah sewa :

www.sewaidaman.com. Masa kita lebih

banyak dijimatkan nanti.

Page 16: #Tips Hartanah Mudah - Jom Urus Duit | …jomurusduit.com/wp-content/uploads/2018/01/jentayu...Ada manusia yang masih menanti nanti untuk beli rumah, mereka ini masih 'bersiar siar

16 | #TipsHartanahMudah

#6. Jika mula kerja dan

masih bujang mulakan

dengan rumah yang murah

dan sederhana. Duduk satu

bilik dan sewakan bilik

lainnya, itu lebih berhikmah

untuk poket kita. Jika setiap

bilik disewa, kita dapat duduk

secara percuma.

*Mulakan dengan hartanah yang ada 3 bilik

dan 2 bilik air. Hartanah jenis ini paling

diminati. Masukkan sedikit perabot dan

boleh sewakan perkepala semua penghuni

yang ada.

Page 17: #Tips Hartanah Mudah - Jom Urus Duit | …jomurusduit.com/wp-content/uploads/2018/01/jentayu...Ada manusia yang masih menanti nanti untuk beli rumah, mereka ini masih 'bersiar siar

17 | #TipsHartanahMudah

#7. Elakkan beli hartanah

yang kurang orang guna, beli

jenis hartanah yang semua

orang ada minat yang sama

seperti rumah teres,

apartment, kondominium.

Jenis hartanah bunglo, semi

D, SOHO, SOVO dan SOFO

biasanya hanya diminati

golongan tertentu saja. Ada

yang minat tetapi tidak

mampu beli pula. Hartanah

pasaran semasa senantiasa

menjadi pilihan utama.

*Beli hartanah yang tidak mudah terjejas

sewaktu ekonomi kita tidak sihat.

Page 18: #Tips Hartanah Mudah - Jom Urus Duit | …jomurusduit.com/wp-content/uploads/2018/01/jentayu...Ada manusia yang masih menanti nanti untuk beli rumah, mereka ini masih 'bersiar siar

18 | #TipsHartanahMudah

#8. Cantikkan rumah sewa

kita dan senaraikan

kemudahan yang ada.

*Semakin banyak kemudahan yang ada

semakin ia menjadi pilihan utama dan

semakin tinggi harga yang kita boleh

kenakan.

Page 19: #Tips Hartanah Mudah - Jom Urus Duit | …jomurusduit.com/wp-content/uploads/2018/01/jentayu...Ada manusia yang masih menanti nanti untuk beli rumah, mereka ini masih 'bersiar siar

19 | #TipsHartanahMudah

#9. Jika nak beli satu

hartanah jangan hanya lihat

satu faktor tarikan sahaja,

lihat faktor tarikan lain juga.

Semakin banyak daya tarik

semakin baik.

*Kita kenali sebagai ‘boster’ hartanah

dimana hartanah yang dekat dengan segala

kemudahan awam seperti hospital, IPTA,

pasaraya, sekolah, MRT, LRT dan jalan raya

senantiasa menjadi pilihan.

Page 20: #Tips Hartanah Mudah - Jom Urus Duit | …jomurusduit.com/wp-content/uploads/2018/01/jentayu...Ada manusia yang masih menanti nanti untuk beli rumah, mereka ini masih 'bersiar siar

20 | #TipsHartanahMudah

#10. Tiada satu hartanah pun

yang sempurna, kita tak akan

jumpa. Jika memenuhi

keperluan kita dan matlamat

pelaburan beli sahaja.

*Jika matlamat kita untuk tujuan sewa,

pastikan kawasan itu sentiasa padat dengan

penduduk.

Page 21: #Tips Hartanah Mudah - Jom Urus Duit | …jomurusduit.com/wp-content/uploads/2018/01/jentayu...Ada manusia yang masih menanti nanti untuk beli rumah, mereka ini masih 'bersiar siar

21 | #TipsHartanahMudah

#11. Beli rumah yang kita

juga rasa selesa nak tinggal,

bayangkan perasaan penyewa

yang tinggal disitu.

*selesakan rumah sewa kita supaya kita rasa

teruja. Begitu juga dengan penyewa

Page 22: #Tips Hartanah Mudah - Jom Urus Duit | …jomurusduit.com/wp-content/uploads/2018/01/jentayu...Ada manusia yang masih menanti nanti untuk beli rumah, mereka ini masih 'bersiar siar

22 | #TipsHartanahMudah

#12. Rumah pelaburan

sebaiknya dilokasi yang

berkepadatan penduduk

tinggi, semakin ramai orang

semakin tinggi peluang dapat

penyewa.

*lihat kepadatan tempat letak kereta pada

waktu pagi dan malam , semakin banyak

kereta semakin bagus. Lihat juga

keseluruhan kawasan perumahan tersebut,

jika 70% lampu bernyala pada waktu malam,

kawasan itu mempunyai kepadatan

penduduk yang tinggi.

Page 23: #Tips Hartanah Mudah - Jom Urus Duit | …jomurusduit.com/wp-content/uploads/2018/01/jentayu...Ada manusia yang masih menanti nanti untuk beli rumah, mereka ini masih 'bersiar siar

23 | #TipsHartanahMudah

#13. Beli kediaman yang

minimum ada 3 bilik dan 2

bilik air, ini tetap menjadi

pilihan sepanjang zaman.

Page 24: #Tips Hartanah Mudah - Jom Urus Duit | …jomurusduit.com/wp-content/uploads/2018/01/jentayu...Ada manusia yang masih menanti nanti untuk beli rumah, mereka ini masih 'bersiar siar

24 | #TipsHartanahMudah

#14. Elakkan beli hartanah

rumah percutian, ia hanya

bersifat popular dan biasanya

tidak kekal sepanjang zaman

*Hartanah jenis ini mempunyai tempoh

waktu tertentu sahaja, biasanya populariti

kawasan itu tidak kekal lama. Orang tidak

akan suka ke tempat yang sama berkali kali.

Page 25: #Tips Hartanah Mudah - Jom Urus Duit | …jomurusduit.com/wp-content/uploads/2018/01/jentayu...Ada manusia yang masih menanti nanti untuk beli rumah, mereka ini masih 'bersiar siar

25 | #TipsHartanahMudah

#15. Jangan beli kediaman

pangsapuri unit yang paling

tinggi. Selain gayat, tekanan

air kita paling gawat waktu

pagi sebab semua orang nak

mandi.

*Makin tinggi makin rendah tekanan air,

kediaman jenis mewah terdapat pam air

yang menyedut air naik. Itu tidak mengapa.

Page 26: #Tips Hartanah Mudah - Jom Urus Duit | …jomurusduit.com/wp-content/uploads/2018/01/jentayu...Ada manusia yang masih menanti nanti untuk beli rumah, mereka ini masih 'bersiar siar

26 | #TipsHartanahMudah

#16. Beli hartanah dikawasan

matang, jangan beli

dikawasan jin bertendang

*Jika kita beli terlalau awal atau tidak

matang kita akan menunggu tempoh masa

yang lama untuk menikmati hasilnya, jika

kita belum mampu. Beli sahaja dikawasan

yang separa matang, bak kata orang Jawa “A

rising tide lifts all boats”. Semua hartanah akan naik

bila kawasan semakin membangun.

Page 27: #Tips Hartanah Mudah - Jom Urus Duit | …jomurusduit.com/wp-content/uploads/2018/01/jentayu...Ada manusia yang masih menanti nanti untuk beli rumah, mereka ini masih 'bersiar siar

27 | #TipsHartanahMudah

#17. Jika belum mampu beli

di pusat bandar boleh

bermula dengan pinggir

bandar. bak kata bijak pandai

" jika air masih panas minumlah dari tepi".

*Kawasan pinggir bandar juga banyak

memiliki hartanah berpotensi, kawasan

Bangi, Selayang, Dengkil yang satu masa

dahulu tidak dipedulikan kini nilai hartanah

menjadi sangat luar biasa. Lihat hartanah

yang mudah dicapai dengan jalan raya yang

baik.

Page 28: #Tips Hartanah Mudah - Jom Urus Duit | …jomurusduit.com/wp-content/uploads/2018/01/jentayu...Ada manusia yang masih menanti nanti untuk beli rumah, mereka ini masih 'bersiar siar

28 | #TipsHartanahMudah

#18. Beli dikawasan yang

lengkap dengan kemudahan

jaringan pengangkutan, lebih

baik sarana pengangkutan

lebih tinggi nilai hartanah.

*Masyarakat cina beranggapan bahawa

laluan atau lebuh raya ini sebagai ‘naga’

mereka akan beli kediaman yang ada laluan

pengangkutan yang baik serta boleh keluar

dan masuk dengan mudah nanti.

Page 29: #Tips Hartanah Mudah - Jom Urus Duit | …jomurusduit.com/wp-content/uploads/2018/01/jentayu...Ada manusia yang masih menanti nanti untuk beli rumah, mereka ini masih 'bersiar siar

29 | #TipsHartanahMudah

#19. Kawasan yang

berhampiran dengan

pasaraya utama selalu jadi

pilihan.

*Riadah bagi orang Malaysia adalah

pasaraya, mereka sangat sukakan pasaraya.

Ini tidak berlaku di Barat dimana pasaraya

dianggap sebagai sumber pencemaran. Lihat

juga jenis pasaraya yang jadi pilihan.

Kebiasaannya AEON dan Parkson menjadi

pilihan utama kerana gaya hidup yang dijual

dipasaraya ini lebih tinggi.

Page 30: #Tips Hartanah Mudah - Jom Urus Duit | …jomurusduit.com/wp-content/uploads/2018/01/jentayu...Ada manusia yang masih menanti nanti untuk beli rumah, mereka ini masih 'bersiar siar

30 | #TipsHartanahMudah

#20. Jika sasaran penyewa

kita adalah keluarga, mereka

selalunya sukakan sekolah,

klinik dan pasaraya.

*Kemudahan sekolah memudahkan golongan

keluarga, guru dan kakitangan sokongan

menjadi penyewa budiman kita.

Page 31: #Tips Hartanah Mudah - Jom Urus Duit | …jomurusduit.com/wp-content/uploads/2018/01/jentayu...Ada manusia yang masih menanti nanti untuk beli rumah, mereka ini masih 'bersiar siar

31 | #TipsHartanahMudah

#21. Persekitaran hospital

menyediakan peluang

penyewa yang baik seperti

doktor, doktor pelatih, doktor

pakar, jururawat, jururawat

pelatih, ahli famasi, vendor

pembekal dan ramai lagi.

Semua mereka ini bergaji

tetap dan tinggi!

*Kebanyakkan pekerja dihospital bekerja

secara shift dan mereka tidak banyak masa

dirumah, sediakan kediaman sewa yang baik

mereka biasanya akan kekal lama disitu.

Semakin banyak kemudahan yang kita

sewakan semakin lama mereka menjad

penyewa yang setia

Page 32: #Tips Hartanah Mudah - Jom Urus Duit | …jomurusduit.com/wp-content/uploads/2018/01/jentayu...Ada manusia yang masih menanti nanti untuk beli rumah, mereka ini masih 'bersiar siar

32 | #TipsHartanahMudah

#22. Service Apartment

mengenakan bayaran

pengurusan, cukai pintu, bil

elektrik dan bill air yang

tinggi. Mereka dibina diatas

tanah komersial!!

*Jika ada pilihan yang lain belilah kediaman

diatas tanah kediaman bukannya diatas

tanah komersial, bayaran utiliti lebih rendah

dan tidak membebankan kita.

Page 33: #Tips Hartanah Mudah - Jom Urus Duit | …jomurusduit.com/wp-content/uploads/2018/01/jentayu...Ada manusia yang masih menanti nanti untuk beli rumah, mereka ini masih 'bersiar siar

33 | #TipsHartanahMudah

#23. Rumah yang kita duduk

tempoh pembiayaan biasanya

lebih pendek, lebih baik.

*Jika belian kediaman untuk tujuan tempat

tinggal kita sebaiknya pendekkan tempoh

pembiayaan. Jika tujuan belian untuk

pelaburan, maka tempoh pembiayaan

sebaiknya panjangkan. Manfaatkan duit

‘orang lain’ untuk menjana simpanan dan

aset kita.

Page 34: #Tips Hartanah Mudah - Jom Urus Duit | …jomurusduit.com/wp-content/uploads/2018/01/jentayu...Ada manusia yang masih menanti nanti untuk beli rumah, mereka ini masih 'bersiar siar

34 | #TipsHartanahMudah

#24. Rumah Pelaburan sebaiknya

tempoh pembiayaan bank biar

lama dan panjang. Kita mahukan

ansuran bulanan yang kurang.

Lebihan bayaran sewa boleh

jadikan simpanan.

*Semakin panjang tempoh pembiayaan

semakin rendah bayaran bulanan. Lebihan

dari sewa ini sebaiknya kita gunakan untuk

simpanan anak kita.

Page 35: #Tips Hartanah Mudah - Jom Urus Duit | …jomurusduit.com/wp-content/uploads/2018/01/jentayu...Ada manusia yang masih menanti nanti untuk beli rumah, mereka ini masih 'bersiar siar

35 | #TipsHartanahMudah

#25. Belilah rumah 10%

dibawah harga pasaran,

semakin besar peratusan

semakin tinggi kadar

keuntungan kita.

*Dalama pasaran sekunder (subsale) kita

ada pilihan harga rumah. Sebaiknya beli

kediaman yang kurang 10% dari harga

pasaran. Ini dikenali sebagai ‘keuntungan

sewaktu membeli’, waktu kita beli kita telah

untung 10% dari harga sebenar dan kita tak

perlu tunggu lama baagimana opah opah kita

dahulu kala.

Page 36: #Tips Hartanah Mudah - Jom Urus Duit | …jomurusduit.com/wp-content/uploads/2018/01/jentayu...Ada manusia yang masih menanti nanti untuk beli rumah, mereka ini masih 'bersiar siar

36 | #TipsHartanahMudah

# 26. Pelabur mengunakan

formula "Keuntungan sewaktu membeli, bukan

sewaktu menjual hartanah nanti".

*Bagi orang biasa mereka membeli hartanah

dan akan menuai keuntungan sewaktu

menjual nanti, itu formula dahulu kala.

Formula hartanah kini sewaktu kita beli

sahaja kita dah untung. Jika hari ini harga

pasaran kediaman tersebut RM120,000 dan

kita berjaya membeli pada harga RM102,000

kita memperolehi keuntungan sewaktu

membeli adalah 15% dibawah harga pasaran.

Hebat bukan!

Page 37: #Tips Hartanah Mudah - Jom Urus Duit | …jomurusduit.com/wp-content/uploads/2018/01/jentayu...Ada manusia yang masih menanti nanti untuk beli rumah, mereka ini masih 'bersiar siar

37 | #TipsHartanahMudah

#27. Jangan tunggu lama

untuk beli hartanah pertama,

beli dan tunggu.

*Kenaikkan hartanah setiap tahun secara

purata adalah RM30,000. Semakin kita

lambat membeli hartanah semakin

merugikan kita sebanarnya. Disesetengah

kawasan kenaikkan hartanah antara 7%-

12% setahun. Semakin kita tertunggu tunggu

dan tidak membeli hartanah semakin kita

yang rugi. Belilah awal dan bermulalah

sebagai pemilik hartanah.

Page 38: #Tips Hartanah Mudah - Jom Urus Duit | …jomurusduit.com/wp-content/uploads/2018/01/jentayu...Ada manusia yang masih menanti nanti untuk beli rumah, mereka ini masih 'bersiar siar

38 | #TipsHartanahMudah

#28. Kepadatan penduduk

dapat dilihat diwaktu malam

bila mana 70% lampu

pangsapuri itu bernyala pada

waktu malam, ia bermakna

sesuai membeli.

*Semakin padat sesebuah kawasan semakin

baik untuk tujuan sewakan atau pelaburan.

Jika kawasan tersebut penuh dengan pekerja

atau penduduk, sudah pasti peluang untuk

mendapatkan penyewa juga meningkat

dengan baik. Buat tinjauan pada waktu

malam dan lihat berapa banyak lampu yang

terpasang. Semakin banyak lampu semakin

baik. Jangan beli dikawasan yang tiada

penghuni, kita nak manusia yang menyewa

bukan hantu dan jin yang ada.

Page 39: #Tips Hartanah Mudah - Jom Urus Duit | …jomurusduit.com/wp-content/uploads/2018/01/jentayu...Ada manusia yang masih menanti nanti untuk beli rumah, mereka ini masih 'bersiar siar

39 | #TipsHartanahMudah

#29. Jangan serahkan wang

tunai pada mana mana agen

hartanah, buat bank cek dan

buat salinan sebelum

menyerah deposit atau

tempahan pertama.

*Jika kita tiada buku cek, pergi sahaja ke

bank dan minta bank yang sediakan cek

tersebut, kosnya tidak mahal mana. Ia lebih

menjamin keselamatan wang anda untuk

menuntut jika anda tak jadi beli. Seperkara

lagi, mohon pastikan terdapat peruntukan

dengan agen atau pemaju “Jika pembiayaan bank tidak berjaya, deposit kita akan dikembalikan”. Jika peruntukan ini tiada

dalam perjanjian, silalah cari kediaman lain

atau buat semakkan kelayakkan bank dulu

yang kawan!.

Page 40: #Tips Hartanah Mudah - Jom Urus Duit | …jomurusduit.com/wp-content/uploads/2018/01/jentayu...Ada manusia yang masih menanti nanti untuk beli rumah, mereka ini masih 'bersiar siar

40 | #TipsHartanahMudah

#30. Berurusanlah dengan agen

hartanah berdaftar, mereka ada

kad REN berdaftar. Jangan beli

dari orang tengah atau broker

haram. Haram sungguh jika

deposit kita hilang nanti :-p

*Agen hartanah berdaftar memiliki kad nama

REN yang jelas, biasanya terdapat no

pendaftaran bersama. Jika kita ragu ragu, mohon

semak di lppeh.gov.my untuk memastikan

bahawa agen yang kita berurusan itu sah atau

sama taraf dengan pendatang tanpa izin. Biar

susah sekarang dari susah lepas duit kita hilang.

Hati hati kawan, nak simpan deposit rumah

bukan sebulan, tetapi makan masa bertahun

lamamnya.

Page 41: #Tips Hartanah Mudah - Jom Urus Duit | …jomurusduit.com/wp-content/uploads/2018/01/jentayu...Ada manusia yang masih menanti nanti untuk beli rumah, mereka ini masih 'bersiar siar

41 | #TipsHartanahMudah

#31. Setiap hari orang mencari

rumah, apa yang bezakan rumah

sewa kita berbanding rumah sewa

orang lain. Masukkan sebahagian

perabot dan cantikkan.

*Di Barat menyewakan kediaman adalah

bersama dengan perabot. Kita masih lagi

sewakan kediaman dengan lantai, dinidng dan

siling yang kosong. Malah ada rumah sewa yang

kipas pun tiada. Masukkan sebahagian perabot

agar penyewa tidak perlu belikan semua untuk

memulakan kehidupan. Jangan penuhnya

sepenuhnya kerana ada penyewa yang ada

sebahagian perabot sendiri. Sebahagian rumah

sewa saya saya masukkan perabot untuk

menjadikan penyewa rasa selesa. Rujuk di

www.sewaidaman.com

Page 42: #Tips Hartanah Mudah - Jom Urus Duit | …jomurusduit.com/wp-content/uploads/2018/01/jentayu...Ada manusia yang masih menanti nanti untuk beli rumah, mereka ini masih 'bersiar siar

42 | #TipsHartanahMudah

#32. Jika kita sukakan pelajar

dan tahan kerenah mereka,

belilah hartanah

bersebelahan Institut

Pengajian Tinggi Awam atau

Swasta. Jika sasaran kita

pensyarah dan kakitangan

universiti, silakan sahaja.

*Terdapat IPT yang ditutup disebabkan faktor

tertentu, pastikan IPT yang dipilih adalah

kampus utama dan bukannya cawangan kecil.

Pastikan IPT bukan hanta satunya daya penarik

lokasi hartanah disitu. Lihat juga faktor

pemangkin lain seperti hospital, pejabat,

pasaraya dan laluan keluar masuk.

Page 43: #Tips Hartanah Mudah - Jom Urus Duit | …jomurusduit.com/wp-content/uploads/2018/01/jentayu...Ada manusia yang masih menanti nanti untuk beli rumah, mereka ini masih 'bersiar siar

43 | #TipsHartanahMudah

#33. Niat membeli hartanah

mestilah untuk kebaikkan

agama, bukan untuk bergaya

atau bangga diri. Beli

hartanah untuk pelaburan

keluarga agar keluarga kita

senang dan tidak meminta

minta dikemudian hari.

*Semakin banyak harta kita semakin tinggi

zakat yang kita keluarkan, semakin banyak

kebaikkan yang kita dapat lakukan. Niat beli

hartanah untuk kebaikkan agama supaya kita

tidak menjadi fitnah pada agama bila hidup

miskin dan meminta minta. Umat Islam mesti

kaya agar dapat membantu golongan kurang

upaya.

Page 44: #Tips Hartanah Mudah - Jom Urus Duit | …jomurusduit.com/wp-content/uploads/2018/01/jentayu...Ada manusia yang masih menanti nanti untuk beli rumah, mereka ini masih 'bersiar siar

44 | #TipsHartanahMudah

#34. Ramai orang kaya

membeli hartanah, Ramai

orang menjadi kaya dengan

hartanah. Berazamlah untuk

membeli dan menyimpan

hartanah. Semua orang ada

impian menjadi kaya dan

mulia.

*Orang yang benar benar kaya bila mereka

banyak memiliki hartanah bukannya

memiliki kereta mewah. Amalan semua

orang kaya didunia adalah memiliki

hartanah. Belajar dan ikut bagaimana

mereka mengumpul hartanah mengunakan

‘wang orang lain’

Page 45: #Tips Hartanah Mudah - Jom Urus Duit | …jomurusduit.com/wp-content/uploads/2018/01/jentayu...Ada manusia yang masih menanti nanti untuk beli rumah, mereka ini masih 'bersiar siar

45 | #TipsHartanahMudah

#35. Orang biasa akan tunggu

untuk membeli hartanah

tetapi pelabur hartanah beli

rumah dan tunggu. Mereka

tidak buang masa kerana

hartanah senantiasa naik

sepanjang masa pada mereka.

Semakin lama mereka tunggu

semakin tinggi harganya.

*Jangan dengar pandangan yang salah

tentang hartanah. Degar pandangan dari

mereka yang ‘membeli’ hartanah bukan

‘menganalisis’ hartanah.

Page 46: #Tips Hartanah Mudah - Jom Urus Duit | …jomurusduit.com/wp-content/uploads/2018/01/jentayu...Ada manusia yang masih menanti nanti untuk beli rumah, mereka ini masih 'bersiar siar

46 | #TipsHartanahMudah

#36. Jana ilmu sebelum

melabur, jangan membeli

sebab ramai yang beli

hartanah, ingat pesanan ini ;

Bukan semua yang ramai

orang lakukan itu betul yang

sedikit orang lakukan itu

salah.

Ada juga yang beli hartanah

bukan hanya rugi malah

terjual harta. Jana ilmu

sebelum bermula.

*Peruntukkan sedikit wang untuk mencari ilmu

dan hadir seminar agar tidak sesat dalam

mengumpul kekayaan.

Page 47: #Tips Hartanah Mudah - Jom Urus Duit | …jomurusduit.com/wp-content/uploads/2018/01/jentayu...Ada manusia yang masih menanti nanti untuk beli rumah, mereka ini masih 'bersiar siar

47 | #TipsHartanahMudah

#37. Jadilah pelabur dan

bukannya spekulator. Pelabur

lebih bersifat jangka panjang

dan berwawasan. Spekulator

bersifat jangka pendek.

Hartanah merupakan

pelaburan secara jangka

panjang, jika kita

meramalkan secara jangka

pendek risiko besar menanti

kita nanti.

*Budaya membeli hartanah untuk tujuan jual

kembali dalam masa singkat berisiko tinggi. Kita

perlukan modal yang besar untuk bertahan dan

menjana keuntungan. Sekali tiada pembeli kita

akan tanggung kerugian dan bertahan waktu

yang lama. Jangan mudah ikut rentak pelabur

‘segera’ ini.

Page 48: #Tips Hartanah Mudah - Jom Urus Duit | …jomurusduit.com/wp-content/uploads/2018/01/jentayu...Ada manusia yang masih menanti nanti untuk beli rumah, mereka ini masih 'bersiar siar

48 | #TipsHartanahMudah

#38. Jangan terlalu lama

menyewa, bina wawasan ada

rumah sendiri. Jika sebulan

sewa RM500, jika setahun

kita dah bayar RM6,000

kepada tuan rumah yang

jelita. Jika menyewa dah 10

tahun? dah dapat deposit

sebuah rumah RM500,000.

Jangan terlalu lama menyewa

jika nak hidup bahagia.

*Secara jangka panjang melabur tetap tidak

menguntungkan. Jika kita membeli kediaman

kecil jika kita kembali kepada Pencipta, ada

takaful yang melindungan. Isteri dan anak anak

tidak akan diusir pergi, meraka kita wariskan

sebuah rumah sendiri.

Page 49: #Tips Hartanah Mudah - Jom Urus Duit | …jomurusduit.com/wp-content/uploads/2018/01/jentayu...Ada manusia yang masih menanti nanti untuk beli rumah, mereka ini masih 'bersiar siar

49 | #TipsHartanahMudah

#39.Kenapa perlu ada rumah

sendiri supaya kita tak

berpindah randah lagi. Bila

tuan rumah naikkan sewa,

kita semua rasa nak marah

sahaja. Tak semua tuan

rumah berhati mulia macam

saya

*Jika kita hilang upaya dan tidak mampu

membayar sewa kita juga yang akan ditimpa

bencana. Jika pembiayaan rumah kita

dilindungai oleh Takaful, hilang upaya dan

kematian kediaman kita akan kekal selamanya

menjadi milik kita.

Page 50: #Tips Hartanah Mudah - Jom Urus Duit | …jomurusduit.com/wp-content/uploads/2018/01/jentayu...Ada manusia yang masih menanti nanti untuk beli rumah, mereka ini masih 'bersiar siar

50 | #TipsHartanahMudah

#40. Jika dapat belilah hartanah

Pegangan Bebas (freehold) tapi

jika lama sangat mencari, boleh

saja beli hartanah Pegangan

Pajakkan (Leasehold).

Dibandar besar mencari hartanah

Pegangan Bebas seperti mencari

gadis seperti Nelofa dipejabat kita

yang ramai orang tua tua, susah

nak jumpa bukan?

*Beli sahaja hartanah yang sesuai dengan

kemampuan kita, semakin terlalu lama kita

mencari dan tak jumpa. Akhirnya kita tidak

membeli. Di Malaysia hartanah Pajakan ini

berjumlah 99 tahun, di Indonesia hartanah

pajakkan Cuma berusia 50 tahun sahaja, di

China semua hartanah mereka adalah status

pajakan dan tiada hartanah pegangan bebas!

Page 51: #Tips Hartanah Mudah - Jom Urus Duit | …jomurusduit.com/wp-content/uploads/2018/01/jentayu...Ada manusia yang masih menanti nanti untuk beli rumah, mereka ini masih 'bersiar siar

51 | #TipsHartanahMudah

#41. Jika masih bujang dan gaji

masih kecil jangan malu

memohon beli rumah kos rendah

atau rumah mampu milik. Bila

dah berkahwin, gaji kita dah

bergabung. Kita dah tak layak

beli rumah kecil.

*Jangan malu untuk bermula dengan rumah

kecil, malulah jika kita dah tua bangka tapi

masih duduk rumah sewa. Buang rasa malu

membeli rumah pertama dengan gaji kecil

sahaja. Selagi tak beli selagi itu tiada harta.

Page 52: #Tips Hartanah Mudah - Jom Urus Duit | …jomurusduit.com/wp-content/uploads/2018/01/jentayu...Ada manusia yang masih menanti nanti untuk beli rumah, mereka ini masih 'bersiar siar

52 | #TipsHartanahMudah

#42. Mula dengan rumah kecil

dah sederhana, jangan

mengada ngada nak beli

rumah pertama besar macam

istana. Ini mesti banyak

tonton drama TV3

*Realiti kita yang sebenar adalah berdasarkan

gaji kita. Median gaji yang betul adalah Gaji

Tahunan X 5.5 = Harga Kediaman Mampu kita.

Jika rumah pertama kita dan besar macam

istana, kemampuan kita untuk beli rumah

pelaburan akan tiada. Lebih malang kita bayar

rumah mahal hingga kita tak boleh jalan jalan

naik Air Asia macam kawan kawan, malu bukan?

Page 53: #Tips Hartanah Mudah - Jom Urus Duit | …jomurusduit.com/wp-content/uploads/2018/01/jentayu...Ada manusia yang masih menanti nanti untuk beli rumah, mereka ini masih 'bersiar siar

53 | #TipsHartanahMudah

#43. Beli rumah yang sesuai

dengan bajet dan median gaji

kita. Jika gaji kita RM4,000

sebulan, setahun bersamaan

RM48,000 pendapatan kita.

Pendapatan tahunan ini

darabkan dengan 5.5. Harga

rumah yang layak RM

264,000.

Rumah yang kita layak beli

ialah ; Pendapatan Tahunan x

5.5 = Harga Rumah Kita

Page 54: #Tips Hartanah Mudah - Jom Urus Duit | …jomurusduit.com/wp-content/uploads/2018/01/jentayu...Ada manusia yang masih menanti nanti untuk beli rumah, mereka ini masih 'bersiar siar

54 | #TipsHartanahMudah

#44. Elakkan beli rumah yang

paling atas, masalah tekanan air

rendah, kadar sewa paling

murah, bumbung bocor, tekanan

haba, pemilik bangunan ada hak

letak pemancar disitu,

menyukarkan orang naik jika lift

rosak. Banyak halangan jika kita

beli tingkat yang tinggi. Itu

semua bakal milik kita jika kita

mula membeli.

Page 55: #Tips Hartanah Mudah - Jom Urus Duit | …jomurusduit.com/wp-content/uploads/2018/01/jentayu...Ada manusia yang masih menanti nanti untuk beli rumah, mereka ini masih 'bersiar siar

55 | #TipsHartanahMudah

#45. Elakkan juga membeli

tingkat paling bawah, kesedaran

sivik di Malaysia masih rendah.

Ramai yang suka membuang

sampah. Bagi unit kondominum

biasanya tiada masalah sedikit

berbeza, semakin tinggi semakin

mahal harganya. Nak beli tingkat

berapa pun tak mengapa sebab

harga sewanya tetap sama.

Page 56: #Tips Hartanah Mudah - Jom Urus Duit | …jomurusduit.com/wp-content/uploads/2018/01/jentayu...Ada manusia yang masih menanti nanti untuk beli rumah, mereka ini masih 'bersiar siar

56 | #TipsHartanahMudah

#46. Jika ada duit banyak, beli

unit yang paling tepi. Tapi bukan

menghadap matahari. Bagi unit

yang menghadap kolam,

pemandangan atau padang

permainan ia lebih diminati. Jika

rumah teres kita boleh tambah

bilik lagi nanti, ia lebih diminati

dan harga jadi tinggi.

Page 57: #Tips Hartanah Mudah - Jom Urus Duit | …jomurusduit.com/wp-content/uploads/2018/01/jentayu...Ada manusia yang masih menanti nanti untuk beli rumah, mereka ini masih 'bersiar siar

57 | #TipsHartanahMudah

#47. Beli rumah dipersekitaran

yang selamat. Lihat sama ada

kawasan itu jenayah tinggi atau

rendah, carian awal saya adalah

di Google dengan lihat berita

dikawasan itu banyak muncul

dalam ruangan jenayah atau

tidak. Sesekali cuba masuk dan

jika ditahan dan di soal oleh

pengawal, banyak soalan pulak.

Itu boleh jadi petanda baik buat

kita membeli.

*Balai polis berhampiran ada data ini, kalau

rajin boleh cari. Memadai bertanay jiran

tertangga sahaj. Mereka selalu lebih

mengetahui. Elakkan kawasan yang ada

penagih dadah sekitarnya atau kita pernah

mendengar aktiviti mereka.

Page 58: #Tips Hartanah Mudah - Jom Urus Duit | …jomurusduit.com/wp-content/uploads/2018/01/jentayu...Ada manusia yang masih menanti nanti untuk beli rumah, mereka ini masih 'bersiar siar

58 | #TipsHartanahMudah

#48. Elakkan membeli Apartment

Servis. Jenis kediaman ini cantik

untuk bergaya sahaja, kadar

cukainya lebih tinggi, lot parking

biasanya tiada, bill utiliti lebih

tinggi dan lebih istimewa ia

sebenarnya adalah lot komesial

dan bukannya kediaman.

*Dibandar besar unit ini lebih popular dengan

gelaran SOHO dan SOVO dimana ia bukan

sekadar kediaman, ia juga menjual gaya hidup

sekali. Dibawahnya pasaraya atau pejabat dan

diatasnya kediaman kita.

Page 59: #Tips Hartanah Mudah - Jom Urus Duit | …jomurusduit.com/wp-content/uploads/2018/01/jentayu...Ada manusia yang masih menanti nanti untuk beli rumah, mereka ini masih 'bersiar siar

59 | #TipsHartanahMudah

#49. Jangan beli lot dekat dengan

kedai, kita belum tahu akan buka

nanti kedai mamak atau kedai

besi. Bayangkan baju yang kita

basuh penuh bau kari nanti, ada

siapa berani buat kita menantu

nanti

Page 60: #Tips Hartanah Mudah - Jom Urus Duit | …jomurusduit.com/wp-content/uploads/2018/01/jentayu...Ada manusia yang masih menanti nanti untuk beli rumah, mereka ini masih 'bersiar siar

60 | #TipsHartanahMudah

#50. Beli rumah biarlah ada

tempat letak kereta, hari ini

semua orang dah ada dua kereta

sebuah rumah. Jika disediakan

itu lebih baik dan bermakna, ia

boleh kita sewakan untuk

tampung bayaran bulanan

pengurusan nantinya.

*tapak kereta kita boleh disewakan kepada pejabat

berhampiran untuk jana pendapatan sampingan

Page 61: #Tips Hartanah Mudah - Jom Urus Duit | …jomurusduit.com/wp-content/uploads/2018/01/jentayu...Ada manusia yang masih menanti nanti untuk beli rumah, mereka ini masih 'bersiar siar

61 | #TipsHartanahMudah

#51. Semakin dekat dengan banyak

kemudahan awam semakin ramai

orang suka, ia macam bulu mata juga.

Semakin cantik bulu mata semakin

ramai orang tergoda. Hahaha itu

mengarut saya saja tambah sahaja

, tapi boleh cuba beli bulu

mata, mana tahu bos kita yang duda

itu tergoda dengan kita.

*Pastikan hartanah yang kita beli memiliki ‘Tarikan

Magnet Hartanah’ yang kuat dan baik. Antara tarikan

hartanah yang baik.

1. Hospital

2. Pasaraya

3. Sekolah

4. Universiti atau institusi

5. Stesen MRT atau LRT

6. Projek mega

7. Agensi Kerajaan atau Swasta

8. Kawasan kepatadatan penduduk tinggi

9. Pusat Pelancongan

10. Kawasan Perniagaan atau Industri

Page 62: #Tips Hartanah Mudah - Jom Urus Duit | …jomurusduit.com/wp-content/uploads/2018/01/jentayu...Ada manusia yang masih menanti nanti untuk beli rumah, mereka ini masih 'bersiar siar

62 | #TipsHartanahMudah

#52. Ada tiga kaedah mudah beli

rumah ;

i) Belian dari pemaju

ii) Belian dari orang perorangan

atau ajen hartanah (Pasaran

Sekunder)

iii) Belian dari lelongan.

Semua ini ada kelebihan dan

kekurangannya, pilihan ditangan

kita. Bergantung stategi kita

untuk bermula membeli rumah

pertama, yang tak bagus bila kita

tak bermula mula dan asik

tunggu sahaja.

*Jangan terlalu lama menunggu, harga

rumah tetap naik juga

Page 63: #Tips Hartanah Mudah - Jom Urus Duit | …jomurusduit.com/wp-content/uploads/2018/01/jentayu...Ada manusia yang masih menanti nanti untuk beli rumah, mereka ini masih 'bersiar siar

63 | #TipsHartanahMudah

#53. Pilih pemaju perumahan

yang cemerlang, terkenal, rekod

yang baik, tiada sejarah

terbengkalai, projek berjaya,

bukan kali pertama bina jenis

kediaman itu dan paling penting

jurujual dia cun giler!

*Kementerian Perumahan dan Kerajaan

Tempatan ada menyediakan senarai pemaju

yang ‘sakit’ dan tidak menyakinkan,

kunjungi website kementerian dan kita akan

dapat jawapannya.

Page 64: #Tips Hartanah Mudah - Jom Urus Duit | …jomurusduit.com/wp-content/uploads/2018/01/jentayu...Ada manusia yang masih menanti nanti untuk beli rumah, mereka ini masih 'bersiar siar

64 | #TipsHartanahMudah

#54. Kelebihan Belian Dari

Pemaju biasanya modal yang

rendah, diskaun yang banyak,

pakej awal yang menarik, yuran

guaman percuma, parking

disediakan, penghawa dingin,

kabinet dapur dan sebagainya.

Cuma orang rumah sahaja yang

tidak disediakan!

Page 65: #Tips Hartanah Mudah - Jom Urus Duit | …jomurusduit.com/wp-content/uploads/2018/01/jentayu...Ada manusia yang masih menanti nanti untuk beli rumah, mereka ini masih 'bersiar siar

65 | #TipsHartanahMudah

#55. Kelemahan Belian Dari

Pemaju, projek berisiko lewat

disiapkan atau lebih mengerikan

adalah projek tak siap siap dan

kita membayar 'bunga' bank

sepanjang hayat hidup kita.

Wahhh... banyakkan berdoa pada

yang Maha Esa

Page 66: #Tips Hartanah Mudah - Jom Urus Duit | …jomurusduit.com/wp-content/uploads/2018/01/jentayu...Ada manusia yang masih menanti nanti untuk beli rumah, mereka ini masih 'bersiar siar

66 | #TipsHartanahMudah

#56. Kelebihan Belian Dari

Perorangan atau Ajen (Pasaran

Sekunder) ialah rumah dah sedia

ada, boleh lihat potensi

persekitaran, sedia diduduki,

boleh beli dibawah harga

pasaran, banyak pilihan lokasi

dan tiada risiko terbengkalai.

*Kita melihat persekitaran sebenar kediaman kita

bukan berdasarkan animasi dan gambaran artis

semata mata. Kita boleh buat analisis sendiri. Jika

kita suka kawasan itu pastinya orang lain juga akan

suka.

Page 67: #Tips Hartanah Mudah - Jom Urus Duit | …jomurusduit.com/wp-content/uploads/2018/01/jentayu...Ada manusia yang masih menanti nanti untuk beli rumah, mereka ini masih 'bersiar siar

67 | #TipsHartanahMudah

#57. Kelemahan Belian Dari

Perorangan tiada jaminan 18

bulan kerosakkan seperti yang

disediakan oleh pemaju.

Pendawaian lepas 20 tahun

mungkin perlu diperbaiki supaya

tiada kejutan elektrik nanti ada

yang jadi hitam nanti.

*Semak kembali keadaan saluran air dan elektrik

sewaktu proses pembelian, jika terdapat banyak

kerosakan mohon penjual baiki sebelum jual. Kita

tetap ada pilihan

Page 68: #Tips Hartanah Mudah - Jom Urus Duit | …jomurusduit.com/wp-content/uploads/2018/01/jentayu...Ada manusia yang masih menanti nanti untuk beli rumah, mereka ini masih 'bersiar siar

68 | #TipsHartanahMudah

#58. Kelebihan Hartanah

Lelongan biasanya HARGANYA

Lebih Rendah dari harga pasaran

sekunder dan dari pemaju!

Semakin tiada pembeli semakin

turun 10% dari harga pertama.

Kelemahannya ia buruk 'giler'

kadang kala. Ada kala kita beli

boleh dapat hadiah percuma

sama ada sampah sarap, kelawar

atau kabinet dapur, basikal lama,

tv kotak. Itu semua saya pernah

rasa.

*Bagi setiap masalah itu senantiasa ada peluang

datang bersama. Beli dari pasaran sekunder jika

harga lelong dah hampir sama dengan harga yang

akan dijual oleh agen hartanah.

Page 69: #Tips Hartanah Mudah - Jom Urus Duit | …jomurusduit.com/wp-content/uploads/2018/01/jentayu...Ada manusia yang masih menanti nanti untuk beli rumah, mereka ini masih 'bersiar siar

69 | #TipsHartanahMudah

#59. Beli hartanah dari 'Penjual

Terdesak'. Mereka ini ingin

lepaskan hartanah itu segera,

mereka tak mahu tunggu lebih

lama. Harga yang mereka nak

jual biasanya lebih rendah dari

harga pasaran yang ada. Cari

mereka ini, mereka ada dimana

mana. Dalam keadaan ekonomi

yang tidak menentu, penjual

terdesak lebih mudah ditemui.

*Penjual terdesak ini biasanya iklannya telah lama

tergantung dan tiada pembeli, tanyakan kepada agen

atau penjual berapa lama dia telah ingin jual dan

belum ada pembeli. Jika dah lebih enam bulan

bermakna peluang kita akan cerah disitu.

Page 70: #Tips Hartanah Mudah - Jom Urus Duit | …jomurusduit.com/wp-content/uploads/2018/01/jentayu...Ada manusia yang masih menanti nanti untuk beli rumah, mereka ini masih 'bersiar siar

70 | #TipsHartanahMudah

#60, Panduan cari penjual terdesak,

"semakin lama dan lusuh iklan mereka semakin baik".

Page 71: #Tips Hartanah Mudah - Jom Urus Duit | …jomurusduit.com/wp-content/uploads/2018/01/jentayu...Ada manusia yang masih menanti nanti untuk beli rumah, mereka ini masih 'bersiar siar

71 | #TipsHartanahMudah

#61. Mohon pembiayaan dari lebih

satu bank, semakin banyak bank yang

kita minta. Semakin cerah peluang

kita jumpa banker yang jelita. Takkan

itu tak suka? dia mesti kagum punya,

muda muda dah nak beli rumah

pertama

*Di Malaysia ada lebih dari 22 buah bank yang boleh

mohon pembiayaan. Jika gagal sekali masih ada

banyak bank yang sedang menanti, jangan mengalah

dengan satu bank sahaja. Pastikan juga rekod

kewangan kita sihat dan baik. Setiap bank ada syarat

kelayakkan berbeza.

Page 72: #Tips Hartanah Mudah - Jom Urus Duit | …jomurusduit.com/wp-content/uploads/2018/01/jentayu...Ada manusia yang masih menanti nanti untuk beli rumah, mereka ini masih 'bersiar siar

72 | #TipsHartanahMudah

#62. Pelaburan hartanah boleh

dijadikan dana pendidikan anak

kita, beli rumah dan bersiap sedia

sebelum usia mereka 18 tahun.

Takkan nak mintak PTPTN lagi,

kita sahaja yang tahu siksanya

membayar nanti

*Beri tempoh hingga anak berusia sepuluh tahun baru

beli kediaman pertama mereka. Kita masih berbaki

lapan tahun untuk gandakan harga kediaman itu

untuk jana dana pendidikan untuk anak kita. Takkan

hingga 10 tahun kita masih tidak boleh menabung

untuk beli sebuah rumah kecil untuk anak kita.

Belajar tabung bewarna dengan Abah Qilah sahaja

dah boleh menabung beribu setahun.

Page 73: #Tips Hartanah Mudah - Jom Urus Duit | …jomurusduit.com/wp-content/uploads/2018/01/jentayu...Ada manusia yang masih menanti nanti untuk beli rumah, mereka ini masih 'bersiar siar

73 | #TipsHartanahMudah

#63. Jika belian dari

pasaran sekunder (subsale)

pilih bank yang beri nilai

harga pasaran yang lebih

tinggi dari bank lain.

Page 74: #Tips Hartanah Mudah - Jom Urus Duit | …jomurusduit.com/wp-content/uploads/2018/01/jentayu...Ada manusia yang masih menanti nanti untuk beli rumah, mereka ini masih 'bersiar siar

74 | #TipsHartanahMudah

#64. Tujuan beli mesti jelas nak

buat buat rumah sewa atau nak

duduk dengan bakal isteri

tercinta. Stategiknya belian dan

pembiayaan berbeza beza.

*Tempoh pembiayaan untuk rumah yang kita tinggal

sebaiknya dipendekkan dan tempoh pembiayaan

untuk rumah pelaburan atau untuk tujuan sewa

sebaiknya di panjangkan.

Page 75: #Tips Hartanah Mudah - Jom Urus Duit | …jomurusduit.com/wp-content/uploads/2018/01/jentayu...Ada manusia yang masih menanti nanti untuk beli rumah, mereka ini masih 'bersiar siar

75 | #TipsHartanahMudah

#65. Jika tujuan belian untuk

pelaburan, panjangkan tempoh

pembiayaan. Semakin panjang

tempoh pembiayaan, semakin

rendah bayaran bulanan.

Semakin kita ada lebihan

Page 76: #Tips Hartanah Mudah - Jom Urus Duit | …jomurusduit.com/wp-content/uploads/2018/01/jentayu...Ada manusia yang masih menanti nanti untuk beli rumah, mereka ini masih 'bersiar siar

76 | #TipsHartanahMudah

#66. Pilih bank dilokasi tak jauh

dari hartanah tersebut. Jangan

beli di Selangor dan buat

pembiayaan dengan bank di

Kedah. ia sedikit kurang

munasabah. Semakin mudah

bank, semakin mudah lulusnya

pembiayaan kita.

*Bank perlukan penilai setempat untuk menilai

hartanah tersebut, jika mudah kerja mereka maka

mudahlah pembiayaan kita.

Page 77: #Tips Hartanah Mudah - Jom Urus Duit | …jomurusduit.com/wp-content/uploads/2018/01/jentayu...Ada manusia yang masih menanti nanti untuk beli rumah, mereka ini masih 'bersiar siar

77 | #TipsHartanahMudah

#67. Sediakan dokumen lengkap

untuk bank, jangan sediakan

dokumen palsu. Kawan pernah

cadangkan slip gaji tipu, jangan

buat begitu. Ia tidak lucu, jika

bank tahu sekali kena tangkap

nak buat pinjaman menjadi susah

nanti.

*Jangan dengar nasihat dari orang yang salah,

mereka tidak tanggung risiko yang kita hadapi

Page 78: #Tips Hartanah Mudah - Jom Urus Duit | …jomurusduit.com/wp-content/uploads/2018/01/jentayu...Ada manusia yang masih menanti nanti untuk beli rumah, mereka ini masih 'bersiar siar

78 | #TipsHartanahMudah

#68. Bagi menjadi pelabur

hartanah kawan yang baik itu

adalah ajen hartanah yang kacak,

pegawai bank yang jelita, peguam

yang bijak, penilai yang hebat. Ini

semua membantu kita menjadi

pelabur yang baik.

*Berkawan dengan mereka semua ini, mereka tahu

dimana akan ada hartanah pada harga yang

munasabah. Jika kita berkawan sudah tentu kita yang

akan diutamakan. Sesekali belanjalah mereka makan,

jangan berkira dengan kawan kawan.

Page 79: #Tips Hartanah Mudah - Jom Urus Duit | …jomurusduit.com/wp-content/uploads/2018/01/jentayu...Ada manusia yang masih menanti nanti untuk beli rumah, mereka ini masih 'bersiar siar

79 | #TipsHartanahMudah

#69. Hartanah yang baik mesti

dilindungi oleh takaful, kejiranan

yang baik dan kita kenali, simpan

dokumen kediaman kita ditempat

yang selamat dan sistematik,

pasang penggera keselamatan

jika perlu. Ini semua bagi

melindungi kediaman kita yang

tercinta.

*Buat satu file khusus untuk semua dokumentasi

hartanah yang kita ada, tandakan dengan baik agar

semuanya terjaga rapi.

Page 80: #Tips Hartanah Mudah - Jom Urus Duit | …jomurusduit.com/wp-content/uploads/2018/01/jentayu...Ada manusia yang masih menanti nanti untuk beli rumah, mereka ini masih 'bersiar siar

80 | #TipsHartanahMudah

#70. Jangan biarkan rumah kita

kosong, sewakan kerana selagi ia

kosong ia sebenarnya merugikan.

Kita kekal membayar cukai

tanah, cukai pintu dan yuran

penyelenggaraan. Itu belum

cerita anai anai datang dan kata

ustaz saya, "Rumah yang lebih 40

hari tak berpenghuni akan dihuni

makhluk halus yang kita jadi tak

lalu nak makan".

*Jika kita tak sewakan rumah yang kita beli, dan kita

kata kita nak duduk bila bersara nanti. Jika 20 tahun

dibiarkan kosong dengan kadar sewa RM500 sebulan

secara tetap selama 20 tahun, kita telah hilang punca

pendapatan sebanyak RM120,000 sahaja!

Page 81: #Tips Hartanah Mudah - Jom Urus Duit | …jomurusduit.com/wp-content/uploads/2018/01/jentayu...Ada manusia yang masih menanti nanti untuk beli rumah, mereka ini masih 'bersiar siar

81 | #TipsHartanahMudah

#71. Ramai yang tak berminat

sewakan rumah kerana takut

kediaman rosak. Jika kita tak

sewakan kediaman ia tetap akan

rosak juga, bahan binaan ada

tempoh hayatnya. Buat

perjanjian yang ketat untuk

kawal ini semua.

*Kita takut rumah rosak atau kita hilang punca

pendapatan dari sewa rumah tersebut? Ia pilihan kita.

Kita yang tentukan.

Page 82: #Tips Hartanah Mudah - Jom Urus Duit | …jomurusduit.com/wp-content/uploads/2018/01/jentayu...Ada manusia yang masih menanti nanti untuk beli rumah, mereka ini masih 'bersiar siar

82 | #TipsHartanahMudah

#72. Jika kediaman kita boleh

jana sewa RM600 sebulan,

setahun kita ada pendapatan

sewa RM7,200. Jika 10 tahun

kediaman kita tidak disewakan,

kita akan hilang pendapatan

tambahan RM72,000. Banyak

bukan?

Page 83: #Tips Hartanah Mudah - Jom Urus Duit | …jomurusduit.com/wp-content/uploads/2018/01/jentayu...Ada manusia yang masih menanti nanti untuk beli rumah, mereka ini masih 'bersiar siar

83 | #TipsHartanahMudah

#73. Tips dapatkan penyewa yang

jelas dengan iklankan maklumat

lengkap kediaman. Nyatakan

bilangan bilik,bilik air,

kemudahan yang ada, keluasan,

lot parking,jubin, kabinet dapur,

deposit dan sewa bulanan. Ini

membantu kita tak jawab soalan

yang diulang ulang bila mereka

bertanya.

Page 84: #Tips Hartanah Mudah - Jom Urus Duit | …jomurusduit.com/wp-content/uploads/2018/01/jentayu...Ada manusia yang masih menanti nanti untuk beli rumah, mereka ini masih 'bersiar siar

84 | #TipsHartanahMudah

# 74. Antara penyewa yang baik

adalah pasangan yang baru

kahwin, mereka berlumba lumba

untuk tunjukkan tangungjawab

masing masing siapa lebih baik.

*Mereka biasanya belum ada anak dan suami

berusaha membayar sewa seawal mungkin. Isteri pula

mesti nak tunjuk bahawa dia pantai mop lantai

hingga licin. Saya ada pengalaman baik dengan

pasangan baru kahwin ini.

Page 85: #Tips Hartanah Mudah - Jom Urus Duit | …jomurusduit.com/wp-content/uploads/2018/01/jentayu...Ada manusia yang masih menanti nanti untuk beli rumah, mereka ini masih 'bersiar siar

85 | #TipsHartanahMudah

#.75. Kelebihan penyewa wanita

kediaman kita lebih terjaga,

risiko masukkan moto dalam

rumah itu tiada. Tetapi mereka

biasanya manja, tekan lampu tak

menyala mereka dah gelabah gila.

Mereka cepat cepat telefon kita.

*Sediakan satu notis dibelakan pintu utama, disitu

ditulis nam tukang paip, tukang lampu, nombor

tukang gas memasak, no telp bomba dan polis yang

ada sekitarnya. Mereka jarang telefon kita, kehidupan

kita lebih aman dan sejahtera.

Page 86: #Tips Hartanah Mudah - Jom Urus Duit | …jomurusduit.com/wp-content/uploads/2018/01/jentayu...Ada manusia yang masih menanti nanti untuk beli rumah, mereka ini masih 'bersiar siar

86 | #TipsHartanahMudah

#76. Penyewa lelaki ada

kelebihannya juga, biasanya

masalah kecil mereka selesaikan

sendiri. Dari paip tersumbat,

lampu tak menyala hinggalah

tombol pintu mereka usahakan

sendiri. Lebih penting mereka tak

pernah sumbatkan tuala wanita

dalam lubang tandas bilik mandi

Page 87: #Tips Hartanah Mudah - Jom Urus Duit | …jomurusduit.com/wp-content/uploads/2018/01/jentayu...Ada manusia yang masih menanti nanti untuk beli rumah, mereka ini masih 'bersiar siar

87 | #TipsHartanahMudah

#77. Penyewa dari Asia Barat dan

Afrika banyak sedikit

kerenahnya. Permintaannya luar

biasa dan sedikit mengada ngada.

Semua yang terkandung dalam

perjanjian mereka persoalkan

hingga kita jadi salah padanya.

*Hati hati sediakan perjanjian pada mereka dan kena

jelaskan dengan sebaiknya, mereka biasanya akan

bertegang urat meminta walau ia bukan hak mereka.

Sediakan perjanjian yang ketat agar hartanah kita

lebih terjaga. Jika tak mampu lebih baik hindari

sahaja

Page 88: #Tips Hartanah Mudah - Jom Urus Duit | …jomurusduit.com/wp-content/uploads/2018/01/jentayu...Ada manusia yang masih menanti nanti untuk beli rumah, mereka ini masih 'bersiar siar

88 | #TipsHartanahMudah

#78. Beri insentif kepada

penyewa, jika kadar sewa

bulanan RM600. Jika mereka

bayar sewa awal, kadar sewa

yang mereka bayar adalah

RM500 sahaja. Agak agak mereka

akan sayang kita ketat ketat atau

tidak pada kita yang kacak ini?

*Bayar awal dapat diskaun sewa, siapa yang tak suka.

Page 89: #Tips Hartanah Mudah - Jom Urus Duit | …jomurusduit.com/wp-content/uploads/2018/01/jentayu...Ada manusia yang masih menanti nanti untuk beli rumah, mereka ini masih 'bersiar siar

89 | #TipsHartanahMudah

#79. Kadar kelahiran purata bagi

tahun 2016 adalah 1,400 sehari

bersamaan 58 orang sejam dan

bersamaan seorang bayi baru

setiap minit. Jumlah kediaman

yang dibina masih belum mampu

menandingi jumlah kelahiran

penduduk. Semakin banyak

manusia, semakin tinggi

permintaan kediaman. Semakin

lambat kita beli, semakin tinggi

harga rumah nanti.

*Fahami fakta ini dengan baik, beli rumah waktu

muda belia. Jangan tunggu waktu usia senja.

Page 90: #Tips Hartanah Mudah - Jom Urus Duit | …jomurusduit.com/wp-content/uploads/2018/01/jentayu...Ada manusia yang masih menanti nanti untuk beli rumah, mereka ini masih 'bersiar siar

90 | #TipsHartanahMudah

#80. Kos bahan mentah binaan

yang semakin mahal dan kos

buruh asing yang semakin tinggi

dan nilai matawang kita semakin

kecil jadikan rumah semakin

mahal, jika kita tak beli sekarang

mesti kita akan tuduh Yahudi

punya angkara nanti. Itu kita

belum masukkan nama Ahmad

Maslam lagi

*Jangan suka cari alasan, beli rumah berdasarkan

median gaji yang betul (Gaji Tahunan x 5.5 = Harga

Rumah Kita) . Hidup jangan kerja salahkan orang

Page 91: #Tips Hartanah Mudah - Jom Urus Duit | …jomurusduit.com/wp-content/uploads/2018/01/jentayu...Ada manusia yang masih menanti nanti untuk beli rumah, mereka ini masih 'bersiar siar

91 | #TipsHartanahMudah

#81. Ada sangat banyak

kelebihan beli rumah sewaktu

usia muda, jangan pernah

ketinggalan. Bertindak sekarang

sebelum kita rasa sangat

menyesal.

*Tempoh pembiayaan lebih lama, bayaran bulanan

lebih rendah, komitmen kita masih rendah, takaful

kita masih sedikit sebab bank ingat kita belum

berisiko nak mati lagi. Banyak kelebihan yang ada.

Jangan tunggu lama lama

Page 92: #Tips Hartanah Mudah - Jom Urus Duit | …jomurusduit.com/wp-content/uploads/2018/01/jentayu...Ada manusia yang masih menanti nanti untuk beli rumah, mereka ini masih 'bersiar siar

92 | #TipsHartanahMudah

#.82. Beli rumah sebelum

usia kita cecah 30 tahun,

buat sasaran ini . Jika lewat

kita membeli, kita akan rasa

rugi sangat sangat.

Percayalah.

Page 93: #Tips Hartanah Mudah - Jom Urus Duit | …jomurusduit.com/wp-content/uploads/2018/01/jentayu...Ada manusia yang masih menanti nanti untuk beli rumah, mereka ini masih 'bersiar siar

93 | #TipsHartanahMudah

#83. Jika kita masih bujang,

sewakan sahaja bilik rumah yang

kita ada. Ia boleh jana wang

kepada kita. Jika bijak, kita boleh

tinggal dengan percuma.

*Bermula dengan kediaman yang 3 bilik dan 2 bilik

air. Kita tinggal dibilik yang paling kecil dan sewakan

lagi dua bilik. Lebih istimewa kita belikan sebahagian

perabot masuk agar penyewa selesa dan mereka akan

tinggal lama. Kadar sewa dah boleh bayar ansuran

bulana kediaman kita. Boleh nampak stategik

yang kita ada?

Page 94: #Tips Hartanah Mudah - Jom Urus Duit | …jomurusduit.com/wp-content/uploads/2018/01/jentayu...Ada manusia yang masih menanti nanti untuk beli rumah, mereka ini masih 'bersiar siar

94 | #TipsHartanahMudah

#84. Golongan penyewa muda

sangat rasa bahagia jika rumah

sewa kita ada kemudahan

internet jalur lebar yang sangat

sangat laju. Internet adalah

oksigen pada mereka, pasang jika

kita nak penyewa jatuh cinta

dengan rumah kita. Mereka

merasakan internet adalah

hiburan yang paling sempurna

*Panduan dapat penyewa golongan muda belaka dan

kekal lama

Page 95: #Tips Hartanah Mudah - Jom Urus Duit | …jomurusduit.com/wp-content/uploads/2018/01/jentayu...Ada manusia yang masih menanti nanti untuk beli rumah, mereka ini masih 'bersiar siar

95 | #TipsHartanahMudah

#85. Belilah dikawasan pinggir

bandar jika kita belum mampu

membeli dikawasan bandar

utama. Kata bijak pandai "Minum

lah ditepi jika air masih panas"

*Masih banyak kawasan pinggir bandar yang

berpotensi tinggi, lihat jalur perjalanan

menghubungkan bandar. Jalan raya yang baik dan

selesa atau MRT dan LRT yang ada.

Page 96: #Tips Hartanah Mudah - Jom Urus Duit | …jomurusduit.com/wp-content/uploads/2018/01/jentayu...Ada manusia yang masih menanti nanti untuk beli rumah, mereka ini masih 'bersiar siar

96 | #TipsHartanahMudah

#86. Jika kawasan yang kita beli

masih belum matang, tinggallah

disitu kerana kadar sewa masih

rendah. Bila dah semakin ramai

penduduk, sewakan kediaman itu

dan belilah kediaman baru

ditempat lain.

Page 97: #Tips Hartanah Mudah - Jom Urus Duit | …jomurusduit.com/wp-content/uploads/2018/01/jentayu...Ada manusia yang masih menanti nanti untuk beli rumah, mereka ini masih 'bersiar siar

97 | #TipsHartanahMudah

#87. Pembiayaan semula

membolehkan kita mendapat

wang tunai atau mengurangkan

pembiayaan bulanan melalui

memanjangkan tempoh atau

pengurangan kadar keuntungan.

*Jangan terlalu ghairah buat pembiayaan

semula untuk dapatkan wang, jika salah

stategik ia boleh bebankan kita. Pastikan

duit yang dapat untuk tujuan menambah

pendapatan lagi.

Page 98: #Tips Hartanah Mudah - Jom Urus Duit | …jomurusduit.com/wp-content/uploads/2018/01/jentayu...Ada manusia yang masih menanti nanti untuk beli rumah, mereka ini masih 'bersiar siar

98 | #TipsHartanahMudah

#88.Kediaman yang kita

ada tidak digalakkan untuk

pembiayaan semula kerana disitu

adanya keluarga kita, jika

berlaku sesuatu mereka nak

tinggal dimana.

*Kita tidak cipta pendapatan dari kediaman

kita ini, bila kita tambah hutang baru. Ia

tidak begitu sihat sebenarnya

Page 99: #Tips Hartanah Mudah - Jom Urus Duit | …jomurusduit.com/wp-content/uploads/2018/01/jentayu...Ada manusia yang masih menanti nanti untuk beli rumah, mereka ini masih 'bersiar siar

99 | #TipsHartanahMudah

#89. Selain simpanan sendiri

sumber deposit rumah

pertama boleh didapati dari

tabung KWSP akaun 2.

*Dengan pembiayaan ASB-i sebanyak RM200,000

pembiayaan sebanyak RM1050 sebulan. Bagi tempoh

selama 30 tahun. kadar keuntungan bank adalah @4.8% dan

dividen ASB adalah @6.75%. Hasil yang boleh kita dapat

termasuk dividen dan prinsipal terkumpul adalah RM94,118

setelah 5 tahun. Dah boleh jadi modal buat beli rumah, kalau

tak mampu sebulan RM 1050, bahagikan dengan isteri tercinta

setiap orang hanya membayar RM525 sebulan sahaja.

Page 100: #Tips Hartanah Mudah - Jom Urus Duit | …jomurusduit.com/wp-content/uploads/2018/01/jentayu...Ada manusia yang masih menanti nanti untuk beli rumah, mereka ini masih 'bersiar siar

100 | #TipsHartanahMudah

#90. Tidak digalakkan

menyelesaikan hutang rumah

sewa menggunakan akaun KWSP

kecuali rumah yang kita duduki.

*Hutang rumah sewa sebaiknya dibayar oleh penyewa

kita. Jika impian kita telah banyak terlaksana,

gunakan modal KWSP untuk beli beberapa rumah

sewa yang lain. Jika masih banyak berbaki dan tak

tahu nak buat apa. Silakan guna sahaja.

Page 101: #Tips Hartanah Mudah - Jom Urus Duit | …jomurusduit.com/wp-content/uploads/2018/01/jentayu...Ada manusia yang masih menanti nanti untuk beli rumah, mereka ini masih 'bersiar siar

101 | #TipsHartanahMudah

#91. Berusaha jangan gabungkan

pendapatan suami isteri untuk belian

hartanah pertama. Sebaiknya beli

berdasarkan pendapatan sendiri. Ini

tujuan agar kita sekeluarga dapat beli

4 rumah dengan margin 90%

pembiayaan.

*Bagi setiap individu mempunya peluang untuk

membeli rumah pertama dan kedua pada margin 90%

dan kediaman ketiga pada margin 70%.

Page 102: #Tips Hartanah Mudah - Jom Urus Duit | …jomurusduit.com/wp-content/uploads/2018/01/jentayu...Ada manusia yang masih menanti nanti untuk beli rumah, mereka ini masih 'bersiar siar

102 | #TipsHartanahMudah

#92. Bagaimana untuk ada aset

RM1 juta?. Beli apartment yang

berharga RM200,000. Sasarkan

beli 5 kediaman jenis ini dalam

tempoh 10 tahun. Ia tidak susah

dan jika bijak dalam setahun kita

boleh beli 2 rumah.

*Rancang dari sekarang untuk ada aset sebanyak RM

1 juta, ia tidak susah mana. Ayuh kita semua

bermula. Pembiyaan untuk rumah berharga

RM200,000 dengan pembiayaan 90% sekitar RM

924.29 sahaja.

Page 103: #Tips Hartanah Mudah - Jom Urus Duit | …jomurusduit.com/wp-content/uploads/2018/01/jentayu...Ada manusia yang masih menanti nanti untuk beli rumah, mereka ini masih 'bersiar siar

103 | #TipsHartanahMudah

#93. Jika gaji kita masih kecil

iaitu dibawah RM2,000. Sasarkan

beli rumah kos rendah dan

mampu milik dulu. Jangan rasa

malu malu. Makin lama kita

tunggu makin tinggi harganya.

*Manfaatkan gaji kecil untuk melayakkan kita dapat

beli rumah mampu milik, bila gaji kita dan bertambah

nanti kita telah diketogerikan tidak layak memohon

rumah berkenaan nanti. Beli rumah berdasarkan

kelayakkan gaji.

Page 104: #Tips Hartanah Mudah - Jom Urus Duit | …jomurusduit.com/wp-content/uploads/2018/01/jentayu...Ada manusia yang masih menanti nanti untuk beli rumah, mereka ini masih 'bersiar siar

104 | #TipsHartanahMudah

#94. Harga hartanah Pajakan

akan menurun bila tempoh

pajakan berbaki 60 hingga 80

tahun. Bank mula tidak

berminat beri pembiayaan

tinggi.

*Pelabur hartanah lebih berminat membeli hartanah

jenis pegangan bebas (free hold). Jika ada peluang

membeli pegangan bebas jadikan itu keutamaan.

Tetapi jika tiada pilihan beli sahaja pegangan

pajakkan ini, hartanah jenis ini banyak terdapat

dibandar besar. Kita hanya akan dikenakan premium

bayaran untuk memperbaharui nilai status tanah itu

nanti.

Page 105: #Tips Hartanah Mudah - Jom Urus Duit | …jomurusduit.com/wp-content/uploads/2018/01/jentayu...Ada manusia yang masih menanti nanti untuk beli rumah, mereka ini masih 'bersiar siar

105 | #TipsHartanahMudah

#95. Kelebihan hartanah diatas

tanah atau landed property

adalah kenaikan harganya yang

tinggi. Beli tahun ini lepas 5

tahun biasanya sekali ganda dari

harga beli.

*Hartanah jenis ini sukar untuk mendapat aliran

tunai bagi pelaburan kerana harga asalnya yang sedia

tinggi. Kebiasaanya pelabur beli untuk tujuan

kenaikkan tahunan yang tinggi dan lepas lima tahun

mereka akan jualkan kembali.

Page 106: #Tips Hartanah Mudah - Jom Urus Duit | …jomurusduit.com/wp-content/uploads/2018/01/jentayu...Ada manusia yang masih menanti nanti untuk beli rumah, mereka ini masih 'bersiar siar

106 | #TipsHartanahMudah

#96. Kadar keuntungan sewa

sukar untuk dapat aliran tunai

bagi kediaman bertanah. Harga

belian yang tinggi menyukarkan

kita untuk sewa pada kadar yang

tinggi. Mati penyewa bayar nanti.

Page 107: #Tips Hartanah Mudah - Jom Urus Duit | …jomurusduit.com/wp-content/uploads/2018/01/jentayu...Ada manusia yang masih menanti nanti untuk beli rumah, mereka ini masih 'bersiar siar

107 | #TipsHartanahMudah

#97. Kondominum menyediakan

ruang yang lebih sederhana

dengan kemudahan seperti kolam

renang, gym,dewan serbaguna,

kawalan keselamatan dan

sebagainya. Kelemahannya kita

perlu membayar semua

kemudahan ini setiap bulan.

Page 108: #Tips Hartanah Mudah - Jom Urus Duit | …jomurusduit.com/wp-content/uploads/2018/01/jentayu...Ada manusia yang masih menanti nanti untuk beli rumah, mereka ini masih 'bersiar siar

108 | #TipsHartanahMudah

#98. Mulakan rumah pertama

dengan ruangan 3 bilik tidur dan

2 bilik air. Ia merupakan pilihan

umum semua masyarakat umum.

Page 109: #Tips Hartanah Mudah - Jom Urus Duit | …jomurusduit.com/wp-content/uploads/2018/01/jentayu...Ada manusia yang masih menanti nanti untuk beli rumah, mereka ini masih 'bersiar siar

109 | #TipsHartanahMudah

#99. Beli hartanah yang

disediakan tangki air dikawasan

perumahan tersebut. Semakin

banyak tangki air dikawasan

perumahan tersebut semakin

baik. Kawasan perumahan yang

ada tangki air yang besar lebih

baik.

Page 110: #Tips Hartanah Mudah - Jom Urus Duit | …jomurusduit.com/wp-content/uploads/2018/01/jentayu...Ada manusia yang masih menanti nanti untuk beli rumah, mereka ini masih 'bersiar siar

110 | #TipsHartanahMudah

#100. Hartanah lelong walaupun

ianya tidak cantik tetapi nilai

hartanah yang diperolehi

mencantikkan duit akuan dalam

bank kita, belajar membeli

hartanah lelong.

*Banyak hartanah lelong terjual tahun ini. Secara

purata 120 hartanah dilelong setiap hari, takkan tak

ada satu yang kita berkenan dihati.

Page 111: #Tips Hartanah Mudah - Jom Urus Duit | …jomurusduit.com/wp-content/uploads/2018/01/jentayu...Ada manusia yang masih menanti nanti untuk beli rumah, mereka ini masih 'bersiar siar

111 | #TipsHartanahMudah

#101. Semakin padat tempat letak kenderaan

taman perumahan itu atau apartement itu,

semakin cerah peluang kita untuk

mendapatkan penyewa bila yang lama keluar

nanti. Beli hartanah dikawasan yang

mempunyai kepadatan penduduk yang

tinggi.

Page 112: #Tips Hartanah Mudah - Jom Urus Duit | …jomurusduit.com/wp-content/uploads/2018/01/jentayu...Ada manusia yang masih menanti nanti untuk beli rumah, mereka ini masih 'bersiar siar

112 | #TipsHartanahMudah

#102. Jika 70% lampu di

apartment itu bernyala diwaktu

malam ia bermakna kawasan itu

penuh dengan penduduk. Potensi

kenaikkan hartanah dan sewa

akan ada. Beli sahaja jangan

tunggu terlalu lama.

*Buat lawatan waktu malam kekawasan

rumah yang ingin kita beli, kita boleh lihat

persekitaran perumahan tersebut nanti.

Page 113: #Tips Hartanah Mudah - Jom Urus Duit | …jomurusduit.com/wp-content/uploads/2018/01/jentayu...Ada manusia yang masih menanti nanti untuk beli rumah, mereka ini masih 'bersiar siar

113 | #TipsHartanahMudah

#103. Beli hartanah yang ada

potensi untuk dijual kembali

atau mudah untuk disewakan

nanti.

*Buat iklan olok olok sebelum membeli untuk lihat

permintaan dikawasan itu. Jika ramai yang berminat

dan bertanay tentang rumah kita itu, ia petanda baik

untuk kita beli. Jika sehari cuma satu orang yang

telefon sahaja, baik kita lupakan sahaja dan cari

hartanah lain

Page 114: #Tips Hartanah Mudah - Jom Urus Duit | …jomurusduit.com/wp-content/uploads/2018/01/jentayu...Ada manusia yang masih menanti nanti untuk beli rumah, mereka ini masih 'bersiar siar

114 | #TipsHartanahMudah

#104. Hartanah yang mempunyai orentasi

matahari yang betul paling diminati. Jangan

beli menghadap matahari petang. Kita akan

rasa panas macam kentang goreng nanti

#105. Hartanah akan jatuh harga bila

kawasan itu pernah banjir. Jika kawasan itu

banjir dan taman sebelahnya selamat

biasanya harga di taman itu akan naik

harga.

#106. Selain faktor banjir menjadikan

hartanah jatuh, faktor jenayah, bencana

alam seperti tanah runtuh atau mendap,

banyak penjenayah atau penagihan, jiran

kata rumah disitu berhantu, banyak projek

terbengkalai disitu atau banyak rumah

lelong dikawasan itu.

Page 115: #Tips Hartanah Mudah - Jom Urus Duit | …jomurusduit.com/wp-content/uploads/2018/01/jentayu...Ada manusia yang masih menanti nanti untuk beli rumah, mereka ini masih 'bersiar siar

115 | #TipsHartanahMudah

Kesimpulan

Tips ini sekadar panduan dalam kita membuat

keputusan jenis kediaman yang kita ingin

belikan. Banyakkan membaca dan membuat

analisa sebelum membeli rumah pertama dan

rumah pelaburan kita. Pastikan juga kita ada

stategik keluar jika pelaburan kita gagal.

Selamat berusaha dan melaburlah dengan ilmu

pengetahuan yang tenang.

Hartanah bukannya pelaburan yang baik jika

kita bukan pelabur yang bijak

Azizul Azli Ahmad