tip pelajar cemerlang

4
KECEMERLANGAN Kecemerlangan adalah penting dan menjadi idaman setiap manusia. Kecemerlangan adalah milik setiap individu yang berusaha dengan gigih dan bersungguh-sungguh. Mencapai kecemerlangan bukan mustahil asalkan mempunyai semangat dan jati diri yang teguh lagi padu. HALANGAN KEPADA KECEMERLANGAN Matlamat yang tidak jelas (kehilangan arah dan tidak mempunyai sebarang tujuan) Tiada cita-cita Tidak pandai mengurus masa Malas belajar Kurang bermotivasi Lemah kemahiran belajar Pengaruh rakan sebaya Sering menonton televisyen Tiada inisiatif Berpandangan negatif dan berfikiran sempit Kurang berdoa Tidak kenal kehebatan dan potensi diri Tidak minat membaca

Upload: hamidahhar

Post on 22-Jun-2015

7.155 views

Category:

Education


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Tip Pelajar Cemerlang

KECEMERLANGAN

Kecemerlangan adalah penting dan menjadi idaman setiap manusia.

Kecemerlangan adalah milik setiap individu yang berusaha dengan gigih

dan bersungguh-sungguh. Mencapai kecemerlangan bukan mustahil

asalkan mempunyai semangat dan jati diri yang teguh lagi padu.

HALANGAN KEPADA KECEMERLANGAN

 Matlamat yang tidak jelas (kehilangan arah dan tidak mempunyai

sebarang tujuan)

 Tiada cita-cita

 Tidak pandai mengurus masa

 Malas belajar

 Kurang bermotivasi

 Lemah kemahiran belajar

 Pengaruh rakan sebaya

 Sering menonton televisyen

 Tiada inisiatif

 Berpandangan negatif dan berfikiran sempit

 Kurang berdoa

 Tidak kenal kehebatan dan potensi diri

 Tidak minat membaca

 

Page 2: Tip Pelajar Cemerlang

CIRI-CIRI PELAJAR CEMERLANG

Bermatlamat dan bercita-cita tinggiIanya perlu bagi memudahkan pelajar mengatur gerak kerja selari

dengan matlamat dan cita-citanya dan dilakukan dengan penuh

kesungguhan bagi mencapai keinginannya.

Bijak mengurus masaMengisi masa dengan perkara yang bermanfaat dan berfaedah.

Belajar mematuhi jadualPerbaiki kelemahan mata pelajaran yang lemah dengan

memberikan tumpuan yang lebih pada mata pelajaran itu

berpandukan jadual belajar. Elakkan dari menangguhkan tugas dan

tanggung jawab.

Belajar secara konsistenBerusaha awal dan tidak menunggu saat-saat akhir bagi mengulang

kaji pelajaran. Menjadi sentiasa bersedia disebabkan cara belajar

yang berterusan.

Keyakinan diriMempunyai keyakinan diri yang tinggi bagi terus berjaya mencapai

kecemerlangan dan menanamkan rasa yakin dalam dirinya yang ia

mampu cemerlang.

Keseimbangan peribadiDapat menyumbangkan semua perkara dalam hidupnya sama ada

akademik, sukan, akhlak, agama dan beberapa aspek penting yang

lain dalam kehidupan.

Rajin berusaha

Page 3: Tip Pelajar Cemerlang

Perlu rajin berusaha bagi mendapatkan apa yang dihajati. Tidak

mudah berputus asa dan kecewa walaupun menghadapi berbagai

halangan dan kegagalan dalam usahanya itu.

Minat yang tinggiMengorbankan diri dengan tidak bersiar-siar dengan rakan-rakan,

menonton televisyen, bersuka ria dan sebagainya semata-mata

kerana minat yang tinggi bagi menuntut ilmu.

Sifat ingin tahu yang tinggiSering bertanya dan mengajukan soalan adalah pelajar yang bijak

kerana sentiasa mempunyai sikap ingin tahu. Sifat ingin tahu

mampu memupuk sikap berani dalam diri seseorang individu.

Daya juang yang tinggiMempunyai semangat daya juang yang tinggi bagi memastikan cita-

cita yang diingini terus tercapai. Menyebabkan pelajar tidak mudah

putus asa dan goyah dalam menghadapi halangan-halangan di

hadapannya.

Hormat pada guruPerlu menghormati guru kerana guru umpama ibu bapa semasa

belajar di sekolah. Guru perlu dihormati kerana tugas mereka

sungguh mulia. Menjaga adab sopan terhadap guru serta

memelihara akhlak yang baik apabila berhadapan dengan guru.

Suka menerima nasihatMendengar nasihat dan menerima pandangan daripada individu

yang lebih berpengalaman dan cemerlang supaya dapat dijadikan

contoh yang baik dan menghindari kesilapan serta kesalahan yang

mereka lakukan.

Mendampingi orang BerjayaPerlu menteladani dan mendampingi orang-orang yang berjaya bagi

mengetahui rahsia kejayaan mereka. Contohi semangat mereka

dalam usaha menjadi seorang individu yang cemerlang.

Page 4: Tip Pelajar Cemerlang

Imej diri yang positifImej diri yang positif (baik) terdapat dalam pelbagai aspek

diantaranya ialah Pakaian, akhlak, penampilan, perwatakan diri,

kemajuan dalam pelajaran, kebolahan berkomunikasi, kemahiran

dalam pelbagai disiplin.