universiti teknologi malaysia - fp.utm.my · kak long, abg thahir, achik, adik anis serta kaisah...

27
i UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS Nama Penulis : DALIYA BINTI MAT DARI Tarikh Lahir : 11 JANUARI 1985 Judul : PERBANDINGAN TAHAP PRESTASI ATLET MEMANAH MELALUI UJIAN BLIND SHOOT DAN UJIAN PERNAFASAN. Sesi Pengajian : 2007/2008 Saya dengan ini mengakui bahawa tesis ini diklasifikasikan sebagai: SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/ badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD Saya mengaku bahawa Universiti Teknologi Malaysia mempunyai hak untuk menyimpan tesis ini seperti berikut : 1. Tesis ini adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. Disahkan oleh: __________________________ ____________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) 850111-11-5160 PM DR. ABDUL HAFIDZ B.HJ OMAR (NO. KAD PENGENALAN) (NAMA PENYELIA) Tarikh :2 Mei 2008 Tarikh : 2 Mei 2008 PSZ 19:16 (Pind. 1/07) CATATAN : * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika Tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. PSZ 19:16 (Pind. 1/07)

Upload: duongnguyet

Post on 30-Jun-2019

251 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

i

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

Nama Penulis : DALIYA BINTI MAT DARI

Tarikh Lahir : 11 JANUARI 1985

Judul : PERBANDINGAN TAHAP PRESTASI ATLET MEMANAH MELALUI

UJIAN BLIND SHOOT DAN UJIAN PERNAFASAN.

Sesi Pengajian : 2007/2008

Saya dengan ini mengakui bahawa tesis ini diklasifikasikan sebagai:

SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau

kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA

RAHSIA RASMI 1972)

TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh

organisasi/ badan di mana penyelidikan dijalankan)

TIDAK TERHAD

Saya mengaku bahawa Universiti Teknologi Malaysia mempunyai hak untuk menyimpan tesis ini

seperti berikut :

1. Tesis ini adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia.

2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian

sahaja.

3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi

pengajian tinggi.

Disahkan oleh:

__________________________ ____________________________

(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)

850111-11-5160 PM DR. ABDUL HAFIDZ B.HJ OMAR

(NO. KAD PENGENALAN) (NAMA PENYELIA)

Tarikh :2 Mei 2008 Tarikh : 2 Mei 2008

PSZ 19:16 (Pind. 1/07)

CATATAN : * Potong yang tidak berkenaan.

** Jika Tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak

berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali tempoh tesis ini perlu

dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.

PSZ 19:16 (Pind. 1/07)

ii

“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini

adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana

Muda Sains Serta Pendidikan (Sains Sukan).”

Tandatangan : ..........................................................................................

Nama Penyelia : PM Dr Abdul Hafidz B. Hj Omar.

Tarikh : 2 Mei 2008

i

PERBANDINGAN TAHAP PRESTASI ATLET MEMANAH MELALUI UJIAN

BLIND SHOOT DAN UJIAN PERNAFASAN.

DALIYA BINTI MAT DARI.

Tesis ini dikemukakan sebagai

memenuhi syarat penganugerahan Ijazah

Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Sains Sukan).

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

APRIL 2008

ii

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang

tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.

Tandatangan : .........................................................

Nama Pengkaji : DALIYA BINTI MAT DARI.

Tarikh : 2 Mei 2008

iii

Cinta yang tiada putusnya di hati ini..

Mat Dari Mohd Saman dan Nani Mat Hassan..

Perempuan yang mengandung dan melahirkan. Lelaki yang membesarkan dan

mendidikku dengan penuh kasih sayang yang tiada belah bahaginya.

Terima kasih yang tak terhingga ku ucapkan.

Pengorbanan, didikan dan kasih sayang yang mak dan ayah curahkan

kepada diri ini, akan ku jadikan landasan buat menempuh rintangan dan

dugaan hari mendatang. Tak terbalas budi kalian pada diri ini sampai bila-bila.

Kesayanganku yang setia di rumah kita. Selalu ada semahunya aku..

Kak Long, Abg Thahir, Achik, Adik Anis Serta Kaisah dan Ery..

Yang tidak jemu memberi nasihat dan dorongan.

Pengorbanan kalian tetap akan menjadi pendorong menamatkan pengajian ini.

Buat Soulmate..

Cendatawamu, suara hatimu, semangatmu sentiasa hidup dalam diri ini umpama

bayang-bayang yang menemaniku tanpa meninggalkan walau sesaat. Tiupan

semangatmu bagaikan roh dan jasad yang sentiasa bersatu, membuatkan diriku sentiasa

hidup dan mekar.

dan Teman Seperjuangan..

Kata-kata perangsang, nasihat serta dorongan anda membuatkan

diriku terus bertahan dan bertabah. Terlalu banyak kenangan terindah bersama

kalian yang tidak akan kulupakan. Mewujudkan suatu keindahan dalam hidup ini.

Terima kasih daun keladi. Perhubungan ini tidak akan ada pengakhirannya.

iv

PENGHARGAAN

Segala puji-pujian bagi Allah s.w.t, Tuhan pentadbir sekalian alam. Dengan

izinnya kajian ilmiah ini telah dapat disempurnakan sebagaimana yang dikehendaki.

Selawat salam serta penghormatan buat Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w., Nabi

pengakhir zaman.

Setinggi-tinggi penghargaan serta ucapan jutaan terima kasih ingin saya

rakamkan buat Penyelia Tesis, PM Dr Abdul Hafidz B. Hj Omar di atas dedikasi serta

sikap profesional dalam membimbing serta memberikan tunjuk ajar yang berguna

dalam menyiapkan Projek Sarjana Muda ini. Anda seorang yang sangat hebat dan

berilmu tinggi.

Tidak lengkap kiranya titipan ucapan terima kasih ini andai tidak ditujukan

kepada pensyarah-pensyarah Sains Sukan terutama En Muhamad Hafiz B. Ismail

yang banyak menyumbang masa, mengkritik serta mencambahkan idea dalam usaha

menghasilkan kajian ini. Terima kasih setinggi-tingginya mencakupi luasnya lautan

yang membiru dan sebesar-besar langit terbentang saujana mata memandang.

Sebagai pengakhiran, saya juga ingin mengucapkan terima kasih dan

penghargaan kepada rakan-rakan terutamanya sahabatku di SPS dan semua pihak yang

telah memberikan apa jua bantuan, sokongan ataupun khidmat nasihat sama ada secara

langsung atau tidak langsung dalam proses menyiapkan kertas Projek Sarjana Muda ini

dengan jayanya.

Sekian, terima kasih.

v

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk mengetahui tahap prestasi atlet memanah

melalui ujian blind shoot dan ujian pernafasan serta melihat perkaitan antara

teknik pernafasan yang efisien dengan konsentrasi dalam memanah. Sampel

kajian (N=5) terdiri daripada pemanah lelaki dan wanita SUKMA Johor. Ujian

dijalankan secara pre dan post. Sampel menjalani latihan konsentrasi (latihan

blind shoot) dan pernafasan (latihan pernafasan 1424) selama enam minggu.

Ujian yang dijalankan adalah ujian blind shoot dan ujian pernafasan

menggunakan Biopac Student Lab MP30 (Pulmonary Function 1). Keputusan

ujian-t sampel berpasangan bagi ujian blind shoot menunjukkan skor min

sebelum latihan (M= 10.36, SD= 6.86) adalah lebih tinggi berbanding skor min

selepas latihan (M= 8.18, SD= 6.57). Tidak terdapat perbezaan yang signifikan

antara data pre dan post iaitu t(4) = 1.974, p = 0.12. Bagi ujian pernafasan pula

menunjukkan skor min sebelum latihan (M= 1.89, SD= 0.57) adalah lebih

rendah dan berbeza secara signifikan berbanding dengan skor min selepas

latihan (M= 2.43, SD= 0.39), t(4)= -3.58, p=0.023. Dapatan kajian

menunjukkan tahap prestasi atlet memanah dari aspek konsentrasi dan

pernafasan adalah baik kerana terdapat peningkatan daripada ujian pre dan

post. Ini bermakna, teknik pernafasan 1424 (Kim, 1987) yang telah

dicadangkan adalah teknik pernafasan yang efisien untuk atlet memanah.

Pernafasan yang efisien dapat memberikan konsentrasi pada jangka waktu yang

dikehendaki dalam memanah (Franz, 1999).

vi

ABTRACT

The purpose of this study was to identify the performance level of

archers through blind shoot test and breathing test, as well as to see the relation

between an efficient breathing technique and concentration in archery. The

research samples (N=5) consist of male and female archers of SUKMA Johor.

Pre-test and post-test were conducted. The samples went through concentration

(blind shoot drill) and breathing (1424’s breathing exercise) practice for six

weeks. The test conducted was the blind shoot and breathing test using Biopac

Student Lab MP30 (Pulmonary Function 1). The results for t-test (paired

samples) of the blind shoot showed a higher mean values before practice (M=

10.36, SD= 6.86) compared with the mean value after practice (M= 8.18, SD=

6.57). There was no significant different between the pre and post test which is

t(4) = 1.974, p = 0.12. For breathing test which showed mean score value

before practice was lower (M= 1.89, SD= 0.57), and significantly different with

mean value score after practice ( M= 2.43, SD= 0.39), t(4)= -3.58, p=0.023.

The results showed that the archer’s performance for concentration and

breathing was good because there were improvements from the pre and post

test. This proves that the 1424’s breathing technique (Kim, 1987) is the most

eficient technique for archers. Efficiency in breathing provides concentration

as needed in archery (Franz, 1999).

vii

KANDUNGAN

BAB

BAB 1

PERKARA

HALAMAN PENGAKUAN

HALAMAN DEDIKASI

HALAMAN PENGHARGAAN

ABSTRAK

ABSTRACT

KANDUNGAN

SENARAI JADUAL

SENARAI RAJAH

SENARAI LAMPIRAN

PENDAHULUAN

1.1 Pendahuluan

1.2 Latar Belakang Masalah

1.3 Pernyataan Masalah

1.4 Objektif Kajian

1.5 Persoalan Kajian

1.6 Hipotesis

1.7 Kepentingan Kajian

1.8 Batasan Kajian

1.9 Definisi Istilah

1.10 Penutup

MUKASURAT

ii

iii

iv

v

vi

vii

x

xi

xii

1

7

10

12

13

14

14

16

16

17

viii

BAB 2

BAB 3

SOROTAN KAJIAN

2.0 Pengenalan

2.1 Memanah

2.2 Kajian-Kajian Berkaitan Teknik

Pernafasan Dalam Memanah

2.3 Kajian-Kajian Berkaitan Konsentrasi

(Concentration)

2.4 Perkaitan Pernafasan Dan Konsentrasi

2.5 Penutup

METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan

3.2 Sampel Kajian

3.3 Tempat Kajian

3.4 Rekabentuk Kajian

3.5 Perancangan Program Latihan

Pernafasan

3.6 Perancangan Program Latihan

Konsentrasi

3.7 Prosedur Kajian

3.8 Prosedur Ujian

3.9 Pentadbiran Ujian

3.10 Tatacara Pengumpulan Data

3.11 Analisis Data

3.12 Rumusan

18

18

20

30

32

34

35

35

36

36

37

38

39

41

43

45

45

46

ix

BAB 4

BAB 5

RUJUKAN

LAMPIRAN

Lampiran A-Q

ANALISIS DATA

4.1 Pengenalan

4.2 Analisis Deskriptif

4.3 Analisis Inferensi

4.4 Penutup

PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN

CADANGAN

5.1 Pengenalan

5.2 Perbincangan

5.3 Rumusan Persoalan Kajian

5.4 Penerimaan Dan Penolakan Hipotesis

5.5 Kesimpulan

5.6 Cadangan

5.7 Penutup

46

48

55

56

57

57

61

63

66

67

68

70-73

74-92

x

SENARAI JADUAL

NO.JADUAL

3.8.1

3.8.2

3.9.1

4.1

4.2

4.3

4.4

4.5

TAJUK

Memulakan proses merekod data

Merekod dan menganalisis data

Jenis peralatan yang digunakan dalam

melaksanakan ujian terhadap subjek

Taburan bilangan subjek mengikut umur, tinggi

dan berat

Analisis data bagi ujian blind shoot

Analisis data bagi ujian pernafasan

Keputusan SPSS bagi ujian blind shoot

Keputusan SPSS bagi ujian pernafasan

MUKASURAT

40

41

43

47

48

49

54

55

xi

SENARAI RAJAH

NO.RAJAH

4.1

4.2

4.3

4.4

5.4.1

5.4.2

TAJUK

Perbandingan ujian blind shoot antara pre dan post

Peratusan peningkatan ujian blind shoot

Perbandingan ujian pernafasan antara pre dan post

Peratusan peningkatan ujian pernafasan

Lengkungan taburan-t ( kawasan penerimaan dan

penolakan hipotesis bagi ujian blind shoot)

Lengkungan taburan-t ( kawasan penerimaan dan

penolakan hipotesis bagi ujian pernafasan)

MUKA SURAT

50

51

52

53

64

65

xii

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN

A

B

C

D

E

F

G

H

I

J

K

L

M

N

O

P

TAJUK

Latihan Pernafasan (latihan 1424)

Latihan konsentrasi (blind shoot)

Perancangan program latihan pernafasan dan

latihan konsentrasi

Surat lantikan subjek

Surat Perjanjian

Borang maklumat diri dan rekod kesihatan

Lakuan ujian pernafasan

Lakuan ujian konsentrasi

Borang skor

Jadual keputusan SPSS bagi ujian blind shoot

Jadual keputusan SPSS bagi ujian pernafasan

Graf ujian pernafasan bagi subjek 1

Graf ujian pernafasan bagi subjek 2

Graf ujian pernafasan bagi subjek 3

Graf ujian pernafasan bagi subjek 4

Graf ujian pernafasan bagi subjek 5

MUKA SURAT

73

74

75-76

77-78

79

80-81

82-83

84

85

86

87

88

89

90

91

92

1

BAB 1

PENGENALAN

1.1 Pendahuluan

Sukan merupakan suatu aktiviti yang menyihatkan dan amalan bersukan amat

baik untuk kesihatan mental dan fizikal. Menurut Kamus Dewan (2005), sukan

bermaksud segala kegiatan yang memerlukan ketangkasan dan kemahiran serta tenaga

seperti aktiviti berenang, permainan bola sepak, tenis, lumba lari dan lain-lain yang

dilakukan sebagai acara hiburan seperti acara pertandingan, kegiatan untuk

menyihatkan badan dan lain-lain.

Memanah juga merupakan salah satu daripada aktiviti sukan. Dewasa ini, sukan

memanah juga merupakan antara sukan yang semakin mendapat perhatian ramai. Ini

adalah kerana sukan ini merupakan sukan yang tidak melibatkan keperluan fizikal yang

tinggi jika dibandingkan dengan dengan sesetengah sukan lain seperti ragbi, bola sepak

dan sebagainya. Namun, memanah bukanlah suatu sukan yang amat mudah. Ia juga

seperti sukan-sukan lain yang memerlukan latihan dan kemahiran yang spesifik untuk

menjadikan seseorang atlet memanah itu mahir dalam acara ini. Pernyataan ini

disokong oleh Dr Wayne C. Mc Kinney (1997), iaitu :

"Archery is an easy sport to do, it's just very difficult to do well."

2

Walaupun pernyataan oleh bekas pemanah profesional berbunyi demikian,

namun sukan ini tetap dipertandingkan di pelbagai peringkat, daripada peringkat

terendah hinggalah peringkat tertinggi. Datuk Azalina Othman (2006) dalam

kenyataannya berkata memanah bukan sahaja dipertandingkan di peringkat

antarabangsa malahan ia juga dipertandingkan di kalangan orang yang kurang upaya.

Temasya sukan berprestij bagi atlet kurang upaya di rantau Asia, Sukan Timur Jauh dan

Pasifik Selatan dikenali sebagai Fespic. Sukan Fespic adalah temasya sukan bagi

golongan kurang upaya yang kedua terbesar di dunia selepas Sukan Paralimpik. Acara

memanah turut dipertandingkan dalam kejohanan ini. Ternyata ini menunjukkan

bahawa walaupun memanah dikatakan antara sukan yang agak sukar untuk dilakukan

dengan baik, namun ia tetap dipertandingkan bukan sahaja untuk atlet normal, malah

untuk atlet yang istimewa juga.

Memandangkan sukan memanah adalah disertai oleh pelbagai golongan, maka

ia merupakan antara sukan yang sangat istimewa. Dari sudut Islam misalnya, sukan

memanah amat dititikberatkan. Ini dapat dibuktikan melalui hadis yang diriwayatkan

oleh Ad-Dailami daripada Bakar bin Abdullah al-Ansari yang bermaksud:

“Ajarkanlah anak-anak kamu berenang, menunggang kuda dan memanah”

Menurut Islam, mempelajari ilmu seni memanah adalah sangat menyahut seruan Baginda Nabi

kerana ia dapat diaplikasi dalam situasi sebenar dan juga untuk kesihatan. Di dalam Islam tidak ada satu

nas sama ada daripada al-Qur’an mahupun hadis yang melarang umatnya bermain atau bersukan.

Bahkan Rasulullah s.a.w sendiri pernah berlatih dan bermain pedang bersama sahabat. Baginda juga

pernah mengajak para sahabatnya berlumba kuda dan unta serta memanah bagi mengisi masa lapang.

Sukan ini melatih seseorang membiasakan diri di medan perang. Busur dan anak panah digunakan oleh

para pejuang perang Baginda untuk menentang musuh. Skuad memanah khas juga ditubuhkan dalam

mengepalai sebarang serangan perang menentang kaum Musyrikin pada ketika itu.

Maka terbuktilah bahawa sukan memanah adalah antara sukan yang sangat istimewa dan disertai

oleh pelbagai golongan peringkat.

3

1.1.1 Pengertian Sukan Memanah

Sebelum penyelidik meneruskan kajian ini, maka eloklah terlebih dahulu kita

mengetahui akan pengertian sebenar sukan memanah. Sukan memanah adalah suatu

sukan yang dimainkn secara outdoor dan indoor yang memerlukan suatu alat yang

dipanggil busur panah dan beberapa anak panah. Secara lebih terperinci, memanah

boleh dinilaikan dalam dua aspek iaitu biomekanikal dan juga analisis otot (McKinney

& McKinney,1990). Analisis ini memecahkan pergerakan memanah kepada tiga

komponen asas merangkumi kestabilan dan penggunaan antigraviti otot, pergerakan

bow arm dan juga pergerakan draw arm. Postur atau antigraviti otot hamstring, back,

buttoks dan abdomen adalah kumpulan otot utama yang menyediakan kestabilan dan

mencegah pergerakan yang tidak diingini. Secara lebih spesifik, otot-otot yang terlibat

adalah gastrocnemius dan soleus untuk menyokong bahagaian calf, kumpulan otot

quadriceps femoris pada bahagian hadapan thigh, kumpulan otot erector spinae pada

bahagian belakang, dan gluteus maximus pada bahagian buttocks. Selain itu, terdapat

pelbagai kumpulan-kumpulan otot kecil yang juga membantu dalam menetapkan tahap

kestabilan dan berfungsi dalam mencegah pergerakan-pergerakan yang akan

mengganggu seseorang pemanah ketika sedang memanah.

1.1.2 Memanah dan Faktor Kejayaannya

Tujuan utama penyelidik melakukan kajian ini adalah untuk mengetahui

perbandingan prestasi atlet memanah melalui ujian blind shoot dan ujian pernafasan.

Penyelidik mengadakan ujian pre dan ujian post kepada subjek yang terlibat. Latihan

yang melibatkan konsentrasi dan pernafasan diberikan kepada subjek untuk melihat

keberkesanan latihan yang diberikan. Di samping itu, penyelidik juga dapat

mengenalpasti perkaitan antara pernafasan yang diberikan dengan konsentrasi dalam

latihan memanah.

4

Roy Matthews (1987) dalam kenyataannya sangat bersetuju bahawa dalam

menentukan kejayaan seseorang pemanah adalah keyakinan yang tinggi dalam diri.

Keyakinan yang tinggi akan membawa atlet terus kepada kejayaan yang ingin dicapai.

Keyakinan yang tinggi ini dipengaruhi oleh beberapa faktor yang berkaitan seperti

latihan yang mencukupi, teknik lakuan yang efisien, kawalan pernafasan yang baik,

konsentrasi dan tumpuan yang jitu, kekuatan mental yang maksimum dan banyak lagi.

Selain daripada keyakinan yang tinggi, Marten (1942) telah menerangkan

terdapat beberapa faktor yang mengaitkan antara kejayaan seseorang pemanah. Ini

adalah sangat berkait rapat dengan sukan memanah itu sendiri. Berikut adalah memetik

kata-kata daripada Marten (1942) iaitu :

1. Archers are aware of their actions on the shooting line, but are not

aware of the awareness itself. They tend not see even the target.

2. The archer’s attention is centered completely on executing perfect

shots. They sense the target is larger and the colors brighter.

3. The archers have no concern for score. They know, by feel, they are

on top of their game. They lose all self- consciousness and generally

have a reassuring feeling that everything is going well.

4. Their innermost thoughts tell them they are in control of their

actions and the outcome of the tournament.

5. The inner feelings of executing perfectly provide them with pure

unambiguous feedback of their performance.

(Marten, 1942)

Maka, daripada pernyataan Marten (1942) ini, dapat disimpulkan bahawa

semangat dan fokus dalaman seseorang atlet atau pemanah itu adalah sangat penting

dalam menentukan kejayaan kerana pada hakikat sebenarnya, hanya kita sendiri yang

mengawal setiap pergerakan dan perlakuan kita.

Berbeza pula dengan pendapat yang dinyatakan oleh John Holden (1987).

Beliau menyatakan antara faktor kejayaan bagi seseorang pemanah adalah bagaimana

kemampuan mereka mengawal pengenduran dalaman dan luaran semasa menghadapi

5

pertandingan. Beliau menggariskan dua teknik asas relaxation (pengenduran) utama

iaitu :-

1. Aktif – yang mana melibatkan kontraksi pada kumpulan otot (tensing of muscle

groups) dalam proses menggalakkan pengenduran (relaxation).

2. Pasif – yang mana melibatkan konsentrasi pada sesetengah bahagian badan dan

keseluruhan fungsinya. Contoh latihan yang melibatkan teknik ini ialah Yoga

Nidra.

Daripada ketiga-tiga pendapat yang dinyatakan di atas, kesimpulan yang dapat

dibuat mengenai apakah faktor- faktor yang mampu memberikan kejayaan kepada

seseorang atlet memanah atau pemanah adalah keyakinan yang tinggi dalam diri,

pengetahuan tentang semangat dan fokus dalaman dalam diri sendiri dan juga teknik

mengawal pengenduran semasa pertandingan. Disini, penyelidik ingin membawa anda

untuk melihat sejauh manakah pernafasan yang efisien dapat membantu dalam sukan

memanah ini.

1.1.3 Bagaimana Pernafasan Boleh Membantu Dalam Memanah

Walaupun teknik pernafasan dalam memanah adalah hanya antara faktor yang

kecil dalam mempengaruhi kejayaan seseorang pemanah, namun hanya dengan

kesilapan yang kecil semasa bernafas ketika membuat panahan kepada target semasa

pertandingan, ia sedikit sebanyak akan mengganggu ketepatan panahan itu.

Ini adalah kerana, pernafasan dalam memanah dikatakan dapat membantu untuk

menyumbang kepada konsentrasi dan tumpuan atlet memanah semasa membuat

panahan ke target (Mc. Kinney, 1997). Pernafasan yang betul sangat mempengaruhi

6

seseorang dan kenyataan ini disokong oleh beberapa kenyataan-kenyataan lain.

Menurut Carola H.Speads (2006), beliau berkata:-

“Your breathing determines whether you are at your best or whether

you are at a disadvantage.”

(Carola H. Speads, 2006)

Daripada pernyataan beliau ini, maka pernafasan adalah amat penting dalam

menentukan samaada seseorang atlet itu berkeuntungan atau tidak dalam acara yang

disertainya. Ini adalah kerana, pernafasan adalah akar umbi kepada kemampuan untuk

seseorang atlet itu lebih fokus kepada sukannya.

Dr. Weill (2003) dalam online newsletter telah menjelaskan tentang bagaimana

cara atau teknik untuk bernafas dengan betul memandangkan pernafasan yang betul

adalah sangat penting dan ramai diantara kita yang pada hakikatnya masih kurang arif

tentang teknik pernafasan yang betul. Menurut beliau:-

“Today, I want you to notice how you are breathing throughout the day.

This simple activity can tell you the state of your nervous system and by

learning to control your breathing; you can influence the regulation of

your heart rate, blood pressure, circulation, and digestion. Since you

have more control over exhalations, focusing on this part of your

breathing is one good way of learning how to breathe deeper.”

(Dr. Weill, 2003)

Ternyata, melalui kawalan pernafasan yang betul dapat mempengaruhi

perjalanan peredaran darah termasuk ritma degupan jantung, tekanan darah, dan juga

proses pencernaan dengan baik. Mempelajari pernafasan dengan deep breathing adalah

sangat penting kerana dengan cara ini dapat memberikan komposisi udara yang

maksimum ke dalam paru-paru.

7

Selain itu, pernafasan juga dapat membantu dalam merubah emosi dan fizikal

seseorang jika mereka berjaya mengubah teknik pernafasan daripada yang lama kepada

cara yang baru yang lebih efisien. Hal ini juga sangat berguna kepada seseorang atlet

terutamaya atlet memanah, sekiranya mereka dapat mempraktikkan teknik pernafasan

yang efisien dalam latihan mereka, maka mereka dapat menghasilkan suatu

persembahan yang baik ketika perlawanan berlangsung. Ini sangat disokong oleh

pernyataan oleh Wilhelm Reich (2006) dimana beliau telah berkata:-

“Emotional and physical states can be altered by changing the

breathing pattern.”

(Wilhelm Reich, 2006)

Oleh yang demikian, satu kajian akan dijalankan oleh penyelidik untuk

mengetahui perbandingan tahap prestasi atlet memanah dalam dua konteks iaitu

pernafasan dan konsentrasi bagi atlet-atlet memanah di peringkat negeri.

1.2 Latar Belakang Masalah

Kajian ini akan difokuskan kepada usaha untuk mengetahui tahap prestasi atlet

memanah melalui ujian blind shoot dan ujian pernafasan serta melihat perkaitan antara

teknik pernafasan yang efisien dengan konsentrasi dalam memanah. Namun sebelum

itu, adalah lebih penting untuk mengetahui apakah teknik-teknik pernafasan dan

konsentrasi yang terdapat dalam memanah itu sendiri terlebih dahulu.

8

1.2.1 Pernafasan Dalam Memanah

Terdapat banyak pandangan mengenai apakah teknik-teknik yang terbaik dalam

menentukan kejayaan dalam sukan memanah. Ini adalah kerana, memanah adalah suatu

acara sukan yang berbentuk subjektif dan melibatkan pelbagai teknik mengikut

kemampuan atlet itu sendiri. Namun, disini kita masih lagi boleh merujuk kepada

beberapa pandangan cerdik pandai dan pemanah elit tentang apakah teknik yang paling

penting dalam memanah yang dipetik dari The Archery Newsgroups, circa 1998 to

1999.

Menurut pandangan Franz, seorang pemanah profesional dunia lewat 90-an,

beliau menyatakan bahawa salah satu teknik yang terpenting dalam memanah adalah

pernafasan. Berikut adalah antara pernyataan yang dinyatakan oleh beliau:-

“Breathing. Releasing the string at the same point in the breath each

time places the rest of the body in the same position. Different breath

point and the whole caboodle is changed. Holding the breath during the

speed round deteriorates the stability as the time goes on.”

(Franz, 90-an)

Pernafasan yang betul semasa ingin melepaskan anak panah kepada target perlu

diberikan perhatian kerana ia sedikit sebanyak mempengaruhi dalam kestabilan badan.

Seperti yang sedia maklum, kestabilan badan dalam memanah adalah salah satu kriteria

yang perlu ada pada seseorang pemanah.

Sekarang kita telah mengetahui tentang kepentingan pernafasan dalam memanah

dan daripada apa yang telah dibincangkan di atas, ternyata penyelidik telah menekankan

9

kepentingan pernafasan dalam memanah. Ternyata teknik pernafasan yang efisien

merupakan antara faktor yang terpenting dalam menentukan kejayaan seseorang

pemanah . Penyelidik ingin membawa anda mengetahui dengan lebih mendalam

mengenai konsentrasi dalam memanah.

1.2.2 Konsentrasi Atlet Dalam Memanah

Konsentrasi atau pemusatan tumpuan penting bagi seseorang mencapai prestasi

terbaik terutamanya dalam sukan memanah yang sememangnya memerlukan tumpuan

dan konsentrasi yang tinggi (Roy Matthews, 1987).

Selain daripada teknik pernafasan yang betul dan efisien, tumpuan kepada target

juga adalah sangat penting bagi seseorang pemanah. Tumpuan yang dimaksudkan di

sini adalah tumpuan kepada target semasa ingin melepaskan anak panah, kemudian

barulah diikuti oleh kelajuan anak panah tersebut. Hal ini telah dinyatakan oleh

Conyan, yang juga merupakan salah seorang pemanah elit dunia. Menurut beliau : -

“I think that in speed shooting it would be to work on aiming first and

speed second. It doesn't matter how many arrows you put down range

if none of them hit the target.”

(Conyan)

Namun yang demikian, ramai dikalangan bekas pemanah elit dunia berpendapat

bahawa konsentasi adalah antara teknik yang terpenting dalam menghasilkan panahan

yang tepat kepada target. John (1990) telah membuat kenyataan bahawa :-

“When you shoot the higher number of arrows you sacrifice accuracy.

Concentrate on shooting well first. Practice speed in practice.”

( John, 1990)

10

Walau sehebat mana seseorang pemanah itu menghasilkan panahan yang kuat,

namun jika masih lagi mengabaikan konsentasi pada masa tersebut, maka mereka akan

menghadapi masalah.

Ini adalah kerana komponen utama konsentrasi adalah kemampuan untuk

memfokuskan tumpuan seseorang kepada tugas yang sedang dilaksanakan sehingga

tidak terganggu atau terjejas oleh ransangan-ransangan dalam dan luaran yang tidak

relevan. Ransangan-ransangan luar dalam acara memanah termasuklah jeritan “boo”

oleh penonton, muzik, panggilan pengumuman tertentu dan kelakuan pihak lawan yang

tidak wajar. Ransangan-ransangan dalaman pula termasuklah gangguan pada jasad,

perasaan dan fikiran seperti, “saya tidak yakin”, “saya sangat takut dengan dia (lawan)”,

“saya sangat letih!” dan sebagainya.

Menurut Daniel Gould (1996), konsentrasi mengandungi dua bahagian ;

menumpukan perhatian pada kata kunci yang padan dengan keadaan semasa dan

mengekalkan perhatian. Seorang pakar psikologi sukan telah menunjukkan bahawa

dengan adanya tumpuan perhatian yang sesuai akan menyumbang kepada persembahan

yang baik dan memuaskan. Menurut beliau lagi, sebahagian daripada definisi merujuk

kepada kata kunci yang berpandukan persekitaran. Kata kunci yang tidak berpadanan

akan mendatangkan keburukan kepada diri atlet.

1.3 Penyataan Masalah

Sukan Malaysia (SUKMA) merupakan salah satu pertandingan sukan yang

diadakan di Malaysia untuk atlet-atlet yang berumur di bawah 21 tahun. Memanah

merupakan salah satu acara yang dipertandingkan di pentas sukan ini sejak Sukan

Malaysia (SUKMA) diperkenalkan. Namun, komponen pernafasan dan konsentrasi

11

kurang diberikan penekanan dalam memanah. Oleh itu pengkaji ingin megetahui

sejauhmanakah tahap prestasi atlet memanah dalam komponen pernafasan dan

konsentrasi serta perhubungan antara teknik pernafasan yang efisien dengan konsentrasi atlet-atlet

memanah SUKMA yang mewakili Negeri Johor ke Kejohanan Sukan Malaysia di Terengganu pada tahun

2008.

1.3.1 Kesan Mengabaikan Teknik Pernafasan Yang Efisien Dalam Memanah.

Setiap atlet yang telah menjalani latihan berbulan-bulan malahan bertahun-tahun

hanya mengharapkan kemenangan berpihak kepada mereka. Namun disebabkan faktor

–faktor seperti teknik pernafasan yang kurang efisien semasa pertandingan berlangsung,

maka harapan untuk menang adalah mungkin tipis. Teknik pernafasan yang efisien

semasa pertandingan dapat menzahirkan tentang bagaimana atlet tersebut dapat

mengawal darah gemuruhnya. Ini dapat dilihat dengan bagaimana cara mereka bernafas

ketika itu.

Jika seseorang atlet memanah bernafas seperti tercungap-cungap sebelum

pertandingan berlangsung akibat terlalu berdebar dan takut untuk menghadapi

perlawanan, konsentrasi mereka turut akan terjejas. Ini akan menyebabkan mereka

tidak dapat memberikan tumpuan kepada persembahan mereka nanti. Apabila mereka

terlampau takut dan gagal mengawal pernafasan, maka ia sedikit sebanyak akan

mengganggu fisiologi badan termasuk kestabilan, daya tahan otot dan sistem peredaran

darah. Maka, apa yang berlaku adalah, seseorang atlet itu akan kehilangan kawalan

faktor-faktor kognitif seperti kemampuan untuk memberi tumpuan, kemampuan untuk

memproses isyarat-isyarat yang terlibat dan berkaitan seperti kawalan pernafasan yang

efisien, kemampuan untuk memfokus kepada gerak hatinya ke arah sesuatu yang lebih

positif dan sebagainya.

12

1.3.2 Kesan Mengabaikan Konsentrasi Dalam Memanah

Memetik hujahan daripada Welfrad (2002) dalam kajiannya, badan kita

cenderung untuk melakukan apa yang diperintahkan; kuncinya ialah mengetahui

bagaimana mengatur keghairahan dan istirehat. Prinsip yang sama juga digunakan

untuk mengaktifkan dan juga mengembalikan semangat diri bagi mencapai tahap

persembahan yang optima. Dalam sukan memanah contohnya, disinilah konsentrasi

yang tinggi memainkan peranan penting.

Pemikiran memainkan satu peranan yang tinggi dalam membentuk tindakbalas

emosional ke atas sesuatu perkara. Kebanyakan atlet menganggap bahawa gangguan

menentukan tindakbalas emosional dan tindak balas fizikal, tetapi ini bukan perkara

yang sebenarnya. Gangguan datang dan pergi dengan sendirinya dan tidak akan

menyebabkan tekanan (depression), kemarahan (anger), kebimbangan (axiety),

ketidakbolehdiharapan (hopelessness), atau kekecewaan (frustration)- ia adalah

bagaimana gangguan itu diinterpretasikan oleh tuan punya badan untuk menentukan

tindakbalasnya.

Maka, penyelidik ingin mengetahui dengan lebih lanjut tentang pernyataan

masalah yang ingin dikaji melalui kajian ini iaitu perkaitan antara teknik pernafasan

yang efisien dengan konsentrasi atlet serta mengetahui sejauhmanakah tahap prestasi

atlet memanah ini terhadap pernafasan dan konsentasi mereka.

1.4 Objektif Kajian

Objektif kajian ini adalah untuk :

1.4.1 Mengetahui perbandingan tahap prestasi atlet memanah Negeri Johor melalui

ujian blind shoot dan ujian pernafasan.

13

1.4.2 Mengetahui adakah teknik pernafasan 1424 (Kim, 1984) adalah teknik

pernafasan yang efisien dalam sukan memanah.

1.4.3 Mengetahui tahap konsentrasi atlet dalam acara memanah sebagai persediaan

sebelum ke temasya SUKMA 2008 di Terengganu.

1.4.4 Mencari perhubungan antara teknik pernafasan yang efisien dengan konsentrasi

atlet memanah Negeri Johor.

1.5 Persoalan Kajian

Persoalan kajian adalah berdasarkan objektif kajian yang hendak dicapai.

1.5.1 Apakah terdapat perbandingan tahap prestasi atlet memanah melalui ujian blind

shoot dan ujian pernafasan di kalangan atlet Negeri Johor?

1.5.2 Adakah teknik pernafasan 1424 (Kim, 1984) adalah teknik pernafasan yang

efisien dalam sukan memanah?

1.5.3 Apakah tahap konsentrasi atlet dalam acara memanah sebagai persediaan ke

temasya SUKMA 2008 di Terengganu?

1.5.4 Apakah perhubungan antara teknik pernafasan yang efisien dengan konsentrasi

atlet memanah Negeri Johor?