tinjauan literatur

Upload: noor-farhana-nana

Post on 15-Oct-2015

105 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

KAJIAN PENYELIDIKAN 1

TRANSCRIPT

NOOR FARHANA MOHD MUSAI910924-10-6116TUGASAN 1Tinjauan Literatur (Penulisan Kritis)

Pengenalan Membaca merupakan kunci kejayaan bagi seseorang murid. Kemahiran membaca merupakan gabungan beberapa proses yang kompleks. Menurut Norfaizah (2003) menyatakan kemahiran membaca merangkumi proses mendengar, mengamati dan membezakan bunyi-bunyi yang jelas dan tepat, menyebut lambang-lambang huruf yang mewakili bunyi-bunyi tertentu, menggabungkan bunyi-bunyi untuk membentuk perkataan serta menyebut perkataan tersebut dengan betul.Kegagalan murid untuk menguasai bacaan perkataan suku kata ini akan menyekat penguasaan mereka kepada kemahiran membaca perkataan yang lebih mencabar. Kenyataan ini disokong oleh Rot et al (2002) yang menyatakan kelemahan dalam penguasaan bahasa dan kemahiran membaca di peringkat prasekolah akan berlanjut dari peringkat kanak-kanak ke peringkat dewasa dan seterusnya. Stotsky (1983) dalam kajian Tioh Leh Ling et al., 2008 telah merumuskan bahawa mereka yang membaca dengan baik juga akan menulis dengan baik dan mereka yang lemah dalam pembacaan juga akan lemah dalam penulisan. Untuk membaca dengan baik, seseorang itu perlu menguasai kemahiran membaca dengan baik kerana kemahiran ini merupakan perkara asas yang perlu dikuasai oleh setiap orang murid bermula dari tahun satu lagi. Kepentingan membacaBahagian Pembangunan Kurikulum (2010) telah meletakkan fokus utama bagi Tunjang Komunikasi dalam Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) adalah Kemahiran Bahasa dan Seni Bahasa iaitu merangkumi kemahiran mendengar, kemahiran bertutur, kemahiran membaca dan kemahiran menulis. Standard kandungan yang ke-4 bagi kemahiran membaca Bahasa Melayu ialah membaca dan membina suku kata. Oleh itu, kemahiran membaca adalah penting bagi murid prasekolah untuk menguasai kemahiran membaca sebelum masuk ke tahun satu. Selain itu, dalam pengajaran membaca, guru perlu menggunakan pendekatan, kaedah dan teknik yang sesuai bagi memastikan kemahiran tersebut dikuasai sepenuhnya oleh pelajar.Kepentingan kemahiran membaca telah menyebabkan banyak penyelidikan dijalankan terutama di Negara bara. Dapatan kajian Tioh Leh Ling (2008) tentang LITERASI di barat menyatakan menurut US Department of Education (2002), pelajar yang gagal menguasai kemahiran membaca di Gred Empat akan berhenti sekolah dan kurang berjaya semasa peringkat dewasa. Akibat daripada krisis literasi ini, Presiden George W. Bush telah menandatangani satu akta yang berbunyi No Child Left Behind pada 8 Januari 2002. Sebanyak lima bilion dolar telah diperuntukkan untuk memastikan setiap kanak-kanak di Amerika dapat menguasai kemahiran membaca pada akhir Gred Tiga. Kesedaran ini telah menarik minat pengkaji di Malaysia terutamanya kepada murid sekolah rendah. Ekoran daripada kesedaran ini, KPM juga telah melancarkan pelbagai program yang melibatkan galakan membaca seperti (Fatimah Jusoh, 2003):i. Program Galakan Membaca Kanak-kanak Dengan Pembacaan (1979 1985) sempena Tahun Kanak-kanak Antarabangsa 1979;ii. Kempen Gerakan Membaca (1988 1992) sempena Pengisytiharan Tahun Membaca 1988 oleh YAB Perdana Menteri;iii. Program Bina Minda (1993 1997);iv. Program Nadi Ilmu Amalan Membaca atau NILAM (1998 kini).

Pendekatan muzikPelbagai kaedah pengajaran pra-bacaan dilaksanakan di sekolah-sekolah seluruh Malaysia. Contohnya latih tubi, pandang sebut dan sebagainya. Walaubagaimanapun, pengajaran yang melibatkan keseronokan dan minat kanak-kanak akan memberi kesan yang lebih mendalam dalam apa jua pembelajaran yang ingin disampaikan. Kenworthy dalam Noraini (2008) mengatakan bahawa pembelajaran yang berkesan wujud jika ada minat dalam kalangan pelajar dan salah satu daripada cara menimbulkan minat pelajar ialah menerusi kaedah pengajaran dan aktiviti pembelajaran yang menarik. Tambahan lagi, menurut dapatan kajian yang dijalankan oleh Elisabeth dalam Tioh Leh Ling & Zaidatun Tasir (2008), keberhasilan pembelajaran bahasa sangat dipengaruhi oleh kemampuan seorang guru dalam melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran yang menarik dan menyenangkan kanak-kanak. Gipe (2002) dalam penulisannya menyatakan muzik sebenarnya telah memberi peluang kepada murid yang menghadapi kesukaran membaca dan menulis dengan sifatnya yang dapat dimain berulangan kali, merdu dan penuh menyentuh perasaan. Menurut Khoo Cheng Keat (2006), muzik sememangnya menjadi kegemaran bagi kebanyakan orang, tidak kira golongan kanak-kanak, remaja, dewasa mahupun golongan tua. Rangsangan muzik mampu memberi kesan mendalam kepada pelajar memandangkan elemen ini menyentuh mengenai keseronokan dan kegembiraan. Saniah Sayuti (2000) juga menyatakan kebanyakan pelajar mempunyai kecenderungan terhadap muzik biar pun pelajar itu lebih berbakat dalam aspek verbal, logik, visual dan lain-lain. Keberkesanan penggunaan muzik dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah dapat dibuktikan dengan pelbagai kajian lepasan luar negara mahupun di dalam negara. Kenyataan ini dapat dikaitkan dengan laporan kajian Droscher (2006) yang menyatakan pendedahan terhadap muzik mempercepat umur membaca, IQ dan perkembangan mental. Hasil kajian yang lalu juga telah menunjukkan bahawa muzik dapat meningkatkan kemahiran membaca dan menulis.Justeru, kepelbagaian kaedah pengajaran guru dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah adalah penting untuk menarik minat murid untuk belajar. Hal ini boleh dikaitkan dengan kenyataan Noraini Idris (2001) iaitu penggunaan rangsangan muzik amat disarankan sebagai alternatif kepada kaedah pengajaran. Oleh itu, pengkaji memasukkan elemen muzik dalam kajian ini. Hal ini adalah kerana memandangkan responden yang dipilih mempunyai ciri-ciri unik seperti tidak dapat memberi tumpuan di dalam kelas. Menurut kajian Tan & Fah Shi Soi (2005), tindakan memainkan muzik dan lagu memotivasikan pelajar untuk menghadiri dan menumpu perhatian di dalam bilik darjah. Elemen muzik ini diharap dapat membantu responden tertarik untuk belajar dalam masa yang sama responden dapat memberi perhatian yang lebih baik dalam proses PdP.

Pembelajaran interktif (multimedia)Elemen muzik bukan sahaja dari segi nyanyian suara semata-mata malahan penggunan muzik dan bunyi atau audio boleh dikaitkan dengan gabungjalin multimedia atau peralatan berteknologi seperti komputer, radio, pembesar suara dan sebagainya. Ledakan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) adalah seiring dengan perkembangan dunia pendidikan pada masa kini. Pengintegrasian teknologi dalam pengajaran, khususnya bagi pengajaran pra-bacaan akan menjadi lebih menarik, bermakna dan produktif dengan menggabungjalin penggunaan multimedia. Menurut Zamri dan Mohamed Amin (2008), multimedia mampu menyampaikan sesuatu maklumat dengan cepat, tepat dan mampu menjadi daya tarikan bagi mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan. Dapatan kajian Abdul Rashid Jamian et al (2012) membuktikan bahawa mltimedia interaktif dapat meningkatkan prestasi kemahiran membaca bagi 40 orang murid PROBIM sebanyak min 4.03 [SP=55]. Menurut Rost (2002) dalam kajian Tioh Leh Ling et al (2008) menyatakan teknologi dalam bidang pendidikan mempunyai empat matlamat berikut iaitu memberi peluang kepada pelajar untuk belajar secara lebih efektif, meningkatkan keseronokan dalam pembelajaran bahasa, memperbaiki penguasaan bahasa dan menjadikan proses pengajaran lebih seronok serta mendatangkan lebih kepuasan. Teknik SoMuiL menggunakan pendekatan muzik dan pembelajaran interaktif (multimedia) dalam mempelajari pra-bacaan mengecam dan membunyikan huruf dan suku kata. Pelaksanaan teknik SoMuiL oleh pengkaji ini lebih ke arah pembelajaran interaktif iaitu murid akan menggunakan papan kekunci untuk mengecam huruf, menggunakan perisian dengan bimbingan untuk mengenal dan membunyi huruf dan suku kata. Penggunaan kibod (piano elektrik) sebagai bahan interaktif juga diintegrasikan untuk mengajar membunyi huruf dan suku kata dalam menggunakan pendekatan muzik. Hal ini akan lebih menarik minat murid dengan alunan muzik kibod yang dimainkan di samping memudahkan guru mengajar bunyi suku kata menggunakan asas melodi iaitu (solfa).

Model Pembelajaran GagneMenurut Gagne dalam Noriati A. Rashid et al (2009) menyatakan teori pengajaran hendaklah mengambil kira faktor-faktor khusus yang mempengaruhi pembelajaran kemahiran yang kompleks. Pemeringkatan pembelajaran penting bagi membantu pembelajaran pada setiap peringkat serta penyusunan penyampaian pengajaran dan pembelajaran daripada peringkat asas kepada yang lebih kompleks. Pengajaran menggunakan teknik SoMuiL ini mempunyai tindakan mengikut pemeringkatan iaitu mengecam, membunyi (huruf dan suku kata) dan seterusnya membuat perkaitan (suku kata dengan perkataan mudah). Teori Pengalaman DeweyDewey dalam Nurulhuda Abd Rahman et al (2011) mengutarakan Teori Pengalaman (Theory of Experience) yang berasaskan kualiti pengalaman yang dilalui oleh seserang individu. Menurut Dewey, pengalaman timbul akibat interaksi dua prinsip asas iaitu kesinambungan dan interaksi. Kesinambungan merujuk kepada keadaan dimana setiap pengalaman individu itu akan mempengaruhi masa depannya, sama ada baik atau buruk. Interaksi pula merujuk kepada pengalaman seseorang individu akibat sesuatu situasi. Dengan kata lain, pengalaman yang dimiliki oleh seseorang individu adalah berasaskan interaksi antara pengalaman lepas seseorang individu dengan situasi terkininya. Dalam teknik SoMuiL, pengkaji mengaitkan pembelajaran pra-bacaan dengan nama objek di sekeliling. Oleh itu, responden boleh membuat kesinambungan antara pengalaman dengan pengajaran baharu yang dipelajari.