tingkatkan prestasi bangunkan koperasi - mkm.edu.my · pdf fileselaras dengan konsep koperasi,...

5
28 | DimensiKOOP | DIMENSIKOOP Nilai-nilai Positif dalam Berpasukan Antara nilai positif yang boleh diterapkan di dalam organisasi adalah: Pertama, mengadakan majlis syura kerana ia selaras dengan syariah Islam. Merujuk kepada Surah Ali-Imran: 159, “Maka disebabkan rahmat dari Allah-lah kamu berlaku lemah lembut terhadap mereka. Sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati kasar, tentulah mereka menjauhkan diri dari sekelilingmu. Karena itu maafkanlah mereka, mohonkanlah ampun bagi mereka dan bermusyawarahlah dengan mereka dalam urusan itu. Kemudian apabila kamu telah membulatkan tekad, maka bertawakallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertawakal kepada-Nya” Di dalam surah ini, Allah S.W.T menyarankan hambanya untuk bermusyawarah bagi memperoleh kata sepakat dan juga pertolongan dari pelbagai aspek untuk mencapai sesuatu yang sukses. Sekiranya seseorang itu lebih gemar untuk membuat kerja bersendirian tanpa meminta BUDAYA KERJA BERPASUKAN: Tingkatkan prestasi BANGUNKAN koperasi Rina Fairuz binti Jahya Pusat Pentadbiran Perundangan dan Kepimpinan Koperasi pertolongan serta pandangan orang lain, nescaya mereka yang lain akan menjauhkan diri. Kedua, antara nilai positif yang harus diterapkan dalam diri seseorang dalam kerja berpasukan ialah sabar, tidak mudah melenting dan bersikap merendah diri. Nilai positif ini menunjukkan betapa profesionalnya seseorang individu kepada rakan sekerja atau rakan sepasukan yang akan lebih tenang dan dapat berfikir secara terbuka dalam perkongsian idea. Sikap negatif seperti mudah melenting, tidak sabar, bongkak dan sombong mampu menjejaskan prestasi atau anggapan orang lain terhadap rakan sepasukan lain. Seharusnya pupuk nilai positif yang harus ada dalam budaya kerja dengan sentiasa tersenyum dan tidak bermasam muka. Senyuman merupakan terapi pada diri sendiri untuk lebih ceria walaupun menghadapi pelbagai masalah kerja dan kerja yang mudah diatasi dengan senang. Ia juga salah satu cara bersedekah yang paling mudah dan tidak membebankan. Kerja berpasukan juga boleh dikaitkan dengan suasana kerja dalam organisasi yang mengamalkan pendekatan penglibatan bersama serta Pengenalan Pasukan yang mantap adalah sangat penting bagi sesebuah organisasi kerana ia dapat menyumbang kepada produktiviti serta perkhidmatan yang sangat berkualiti. Apakah perkaitan di antara pasukan yang mantap dengan budaya kerja? Budaya kerja merupakan cara kerja yang berlandaskan satu sistem nilai yang dipegang oleh setiap staf dalam sesuatu organisasi. Nilai tersebut merupakan sesuatu yang dipegang oleh organisasi dan ia boleh diterima pakai oleh seluruh masyarakat dalam organisasi . Sekiranya baik nilai yang dipegang, maka nilai itu menjadi positif dan begitu juga sebaliknya. Nilai-nilai yang diamalkan dalam kerja itulah yang dikatakan budaya kerja. Sekiranya nilai itu baik maka kita peroleh budaya kerja yang baik.

Upload: ngotuyen

Post on 23-Feb-2018

222 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Tingkatkan prestasi BANGUNKAN koperasi - mkm.edu.my · PDF fileSelaras dengan konsep koperasi, ... kecantikan serta kelebihan orang lain dan sekiranya kita mendoakan ... kelemahan

28 | DimensiKOOP |

DIMENSIKOOP

Nilai-nilai Positif dalam Berpasukan

Antara nilai positif yang boleh diterapkan di dalam organisasi adalah:

Pertama, mengadakan majlis syura kerana ia selaras dengan syariah Islam. Merujuk kepada Surah Ali-Imran: 159,

“Maka disebabkan rahmat dari Allah-lah kamu berlaku lemah lembut terhadap mereka. Sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati kasar, tentulah mereka menjauhkan diri dari sekelilingmu. Karena itu maafkanlah mereka,

mohonkanlah ampun bagi mereka dan bermusyawarahlah dengan mereka dalam urusan itu. Kemudian apabila kamu telah membulatkan tekad, maka bertawakallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertawakal kepada-Nya”

Di dalam surah ini, Allah S.W.T menyarankan hambanya untuk bermusyawarah bagi memperoleh kata sepakat dan juga pertolongan dari pelbagai aspek untuk mencapai sesuatu yang sukses. Sekiranya seseorang itu lebih gemar untuk membuat kerja bersendirian tanpa meminta

BUDAYA KERJA BERPASUKAN:Tingkatkan prestasi BANGUNKAN koperasi

Rina Fairuz binti JahyaPusat Pentadbiran Perundangan dan Kepimpinan Koperasi

pertolongan serta pandangan orang lain, nescaya mereka yang lain akan menjauhkan diri.

Kedua, antara nilai positif yang harus diterapkan dalam diri seseorang dalam kerja berpasukan ialah sabar, tidak mudah melenting dan bersikap merendah diri. Nilai positif ini menunjukkan betapa profesionalnya seseorang individu kepada rakan sekerja atau rakan sepasukan yang akan lebih tenang dan dapat berfikir secara terbuka dalam perkongsian idea. Sikap negatif seperti mudah melenting, tidak sabar, bongkak dan sombong mampu menjejaskan prestasi atau anggapan orang lain terhadap rakan sepasukan lain. Seharusnya pupuk nilai positif yang harus ada dalam budaya kerja dengan sentiasa tersenyum dan tidak bermasam muka. Senyuman merupakan terapi pada diri sendiri untuk lebih ceria walaupun menghadapi pelbagai masalah kerja dan kerja yang mudah diatasi dengan senang. Ia juga salah satu cara bersedekah yang paling mudah dan tidak membebankan.

Kerja berpasukan juga boleh dikaitkan dengan suasana kerja dalam organisasi yang mengamalkan pendekatan penglibatan bersama serta

Pengenalan

Pasukan yang mantap adalah sangat penting bagi sesebuah organisasi kerana ia dapat menyumbang kepada produktiviti serta perkhidmatan yang sangat berkualiti. Apakah perkaitan di antara pasukan yang mantap

dengan budaya kerja? Budaya kerja merupakan cara kerja yang berlandaskan satu sistem nilai yang dipegang oleh setiap staf dalam sesuatu organisasi. Nilai tersebut merupakan sesuatu yang dipegang oleh organisasi dan

ia boleh diterima pakai oleh seluruh masyarakat dalam organisasi . Sekiranya baik nilai yang dipegang, maka nilai itu menjadi positif dan begitu juga sebaliknya. Nilai-nilai yang diamalkan dalam kerja itulah yang dikatakan

budaya kerja. Sekiranya nilai itu baik maka kita peroleh budaya kerja yang baik.

Page 2: Tingkatkan prestasi BANGUNKAN koperasi - mkm.edu.my · PDF fileSelaras dengan konsep koperasi, ... kecantikan serta kelebihan orang lain dan sekiranya kita mendoakan ... kelemahan

29 | Disember 2013 Bil. 42 |

perkongsian idea dalam mencapai satu matlamat. Kerja berpasukan ini dapat mempertingkatkan tahap kepuasan pelanggan, kualiti dan produktiviti perkhidmatan, tahap kecekapan dan keberkesanan sistem serta prosedur kerja, daya saing organisasi serta kompetensi modal insan.

Nilai dan budaya kerja berpasukan yang murni adalah sangat penting untuk membimbing ahli pasukan lain. Pegangan nilai yang betul oleh sesuatu organisasi membolehkan mereka menuju pada misi dan visi yang ingin dicapainya. Salah satu cara budaya kerja berpasukan yang murni ialah konsep kerjasama dan semangat berpasukan. Ia bersangkutan dengan cara hidup masyarakat dan budaya orang timur yang telah menjadi identiti dan warisan turun-temurun yang di ibaratkan menerusi perumpamaan melayu “Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat”.

Ciri-ciri Berpasukan

Berikut merupakan antara ciri-ciri yang perlu diterapkan oleh setiap individu di dalam pasukan iaitu:

Pertama, dari segi kepimpinan sebagai ketua. Untuk melantik ketua, individu itu haruslah dilantik berdasarkan pengalaman, kecekapan dan khidmat yang bermutu tinggi dalam setiap tugasan yang diberikan. Ketua yang mempunyai pengalaman yang banyak, dapat membantu untuk menyelesaikan kekangan yang wujud. Selain itu, sikap adil dan saksama dalam pembahagian tugas harus dititikberatkan oleh ketua pasukan bagi mengelak perselisihan

faham antara rakan sepasukan. Ciri ketiga adalah ahli sepasukan perlu mempunyai sifat bertanggungjawab dalam diri sendiri. Mereka perlu aktif membuat perancangan dan tindakan dalam sesuatu tugasan yang diberi supaya tugas yang berat akan menjadi ringan. Selaras dengan konsep koperasi, konsep kerjasama di kalangan anggota amat diberikan penekanan kerana ia tonggak kejayaan kepada gerakan koperasi. Sekiranya tiada kerjasama antara ahli sepasukan, maka matlamat organisasi atau koperasi tidak akan mampu dikecapi bersama.

Ciri-ciri kerja berpasukan yang seterusnya ialah membina hubungan yang sihat di antara ketua dan ahli pasukan. Ketua pasukan perlu mengenali ahli pasukan dengan lebih dekat supaya tiada jarak atau kekok dalam mengemukakan idea mahu pun kritikan. Sebagai ketua yang memimpin, dengan mengadakan pertemuan kerap bersama ahli pasukan ia dapat membantu ahli pasukan mengetahui kelemahan dan kekurangan serta saling memahami peranan dan tugas yang ditetapkan supaya ahli pasukan dapat memperbaiki diri ke arah yang lebih baik .Maka, setiap permasalahan atau konflik yang timbul pasti dapat diselesaikan dengan hati yang terbuka.

Seterusnya, ketua pasukan juga perlu mendapatkan kata sepakat dan persetujuan semua ahli pasukan yang terlibat dalam menyelesaikan masalah. Ia selaras dengan konsep dalam koperasi, segala usul perlu mendapat kelulusan dalam mesyuarat agung yang diwakili oleh anggota koperasi. Ini akan meningkatkan daya kreativiti dan

NILAI POSITIF NILAI NEGATIF

Selalu berbincang/ mengadakan majlis syuraSuka membuat kerja bersendiri tanpa meminta pandangan orang lain

Sabar, jarang marah, berlemah lembut dan selalu rendah diri

Tidak sabar, suka marah-marah, sombong dan bongkak

Suka membuat kerja dengan baik dan produktifMembuat kerja dengan sambil lewa dan tidak endah dengan hasil kerja

Suka senyum dan memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan dan ahli pasukan

Selalu bermasam muka dan mencari kesalahan orang lain di kalangan ahli pasukan.

Rajah 1 : Perbandingan Antara Nilai Positif dan Nilai Negatif.

kemahiran dalam sesuatu pekerjaan yang dapat melatih ahli pasukan bersama-sama berkongsi idea dan pendapat dalam menyelesaikan masalah. Sekiranya ciri-ciri tersebut ada, maka ketua dan ahli pasukan mempunyai pandangan dan wawasan yang sama dengan satu tujuan bagi mencapai matlamat yang jelas.

Persoalan yang sering dikemukakan oleh sesetengah pihak tentang cara yang perlu diterapkan dalam membentuk pasukan? Setiap orang dalam pasukan yang terdiri daripada anggota atau ahli pasukan dianggap sama penting dengan setiap orang yang lain. Setiap keputusan yang dibuat haruslah berdasarkan syura supaya sifat percaya mempercayai dan hormat menghormati sentiasa wujud dikalangan mereka. Walau bagaimanapun, setiap ahli pasukan perlu diberikan kebebasan untuk menggunakan kreativiti,kemampuan,kepakaran,kehandalan, dan kelebihannya bagi menghasilkan kerja dengan cara tersendiri. Walau bagaimanapun, ia haruslah selaras dengan apa yang termaktub dalam setiap perkara yang dipersetujui. Ini bertujuan supaya untuk mewujudkan suasana mesra antara ahli pasukan dan dalam pada masa yang sama dapat menghasilkan kerja pasukan dengan pencapaian cemerlang dalam sesebuah organisasi.

Kerja berpasukan juga dapat memupuk kebolehan berkomunikasi secara berkesan, kemahiran mengurus dan kemahiran memimpin di kalangan pekerja. Ia dapat mendorong dan membantu menerapkan sikap bekerjasama dan saling membantu serta melahirkan perasaan bangga

Page 3: Tingkatkan prestasi BANGUNKAN koperasi - mkm.edu.my · PDF fileSelaras dengan konsep koperasi, ... kecantikan serta kelebihan orang lain dan sekiranya kita mendoakan ... kelemahan

30 | DimensiKOOP |

DIMENSIKOOP

BUDAYA KERJA BARAT BUDAYA KERJA TEMPATAN

· Asertif dan tegas· Menguasai persekitaran· Mengutamakan kontrak· Memfokus fakta dan maklumat· Menonjolkan kemampuan· Menekankan kehendak· Mengukur kejayaan berdasarkan material· Menekankan persaingan dan pencapaian· Mengutamakan kendiri dan kebebasan· Lebih kreatif dan inisiatif· Kurang berasaskan hierarki

· Lembut dan halus· Menyesuaikan diri dengan persekitaran· Berasaskan hubungan baik· Memfokus kepada maklumat dan

penyampaian· Rasa sederhana dan malu· Mengimbangi kehendak· Menggabingkan maerial dan spiritual· Menekankan kerjasama dan saling

bergantung· Kesetiaan kepada kelompok dan kolektiviti· Kurang inisatif· Terikat pada hierarki

Rajah 2 : Perbezaan Budaya Kerja Barat dan Tempatan

dan minat bagi meneroka idea-idea baru dan bersedia dalam menerima perubahan antara mereka. Sebagai contoh, dalam majlis syura atau mesyuarat, idea-idea baru dan bernas boleh diusulkan atau dikemukakan bagi membangunkan sesebuah koperasi ke arah kecemerlangan. Ada di antara kita pada masa kini masih gemar untuk menyimpan idea-idea yang bernas untuk kepentingan diri sendiri kelak. Sikap sebegini tidak harus ada dalam diri ahli pasukan sekiranya mahukan pasukan itu cemerlang. Selain itu, kerja berpasukan juga dapat melahirkan pekerja yang berkebolehan untuk menyelesaikan masalah secara kolektif dan sistematik terutamanya berkenaan dengan perkara-perkara yang membabitkan kepentingan dan tugas-tugas harian. Dengan kesempatan yang diberi, nescaya ia dapat mengurangkan krisis dan konflik serta mewujudkan suasana harmoni dan selesa.

Penyakit dalam Berpasukan

Walau bagaimanapun, kelemahan dalam kerja berpasukan wujud apabila seseorang itu berani dan yakin dengan idea yang dikemukankan, akan tetapi terdapat ahli pasukan yang lain mempunyai sikap dengki atau sifat yang negatif terhadap individu tersebut.

Dalam kitab suci Al-quran juga ada tertulis ayat yang berkaitan dengan

hasad dengki ini. Merujuk kepada surah Al-Falaq : 5,

“Dan dari kejahatan orang yang dengki apabila dia dengki”

Manusia kebiasaannya dengki atau iri hati dengan mereka yang mempunyai nikmat yang lebih dari kita. Semua dari kita (manusia) di atas bumi ini pasti atau tidak berkecuali mengalami perasaan ini.

Antara faktor lain sekiranya dalam hati ada perasaan dengki ini, kita tidak bersyukur dengan apa yang kita ada. Contohnya, dengan melihat kesenangan, kekayaan, kecantikan serta kelebihan orang lain dan sekiranya kita mendoakan seseorang individu itu hilang dengan kenikmatan dan kelebihannya, jadi itulah petanda awal perasaan hasad dengki itu wujud tersemai di dalam hati kita.

Perasaan dengki atau iri hati ini pasti muncul sekiranya perbandingan kejayaan yang dimiliki oleh orang lain dengan kegagalan yang ada pada diri kita sendiri. Ada di antara kita yang mempunyai sikap yang lebih buruk dengan mempunyai perancangan untuk menjatuhkannya. Sikap ini tidak sepatutnya terjadi, kerana dengan melihat kejayaan orang lain ia menjadi pemangkin untuk tingkatkan usaha dan prestasi supaya bersaing secara sihat. Namun, kebanyakkan yang mempunyai hasad dengki ini merasakan kejayaan

seseorang itu sebagai ancaman dan penghalang terhadap dirinya untuk maju kehadapan.

Tedapat juga ahli pasukan memuaskan hatinya dengan mencari kesalahan orang lain. Ia secara tidak langsung telah mencalar reputasinya dalam kalangan ahli pasukan lain atau majikannya sendiri. Ada juga di kalangan mereka kebiasaannya enggan mengakui kelemahan dan kekurangan diri kerana ini adalah salah satu cara untuk memastikan kedudukannya tidak tergugat. Sekaligus menjamin perjalanannya untuk berada di puncak. Sekiranya perasaan hasad dengki ini subur di dalam sesebuah organisasi, maka suasana tidak sihat akan wujud seperti masalah komunikasi dan juga gerak kerja menjadi tidak teratur.

Penawar Hasad Dengki

Terdapat dua cara mengatasi sifat dengki atau iri hati iaitu:

Pertama, sebagai ahli pasukan yang kemungkinan mempunyai perasaan iri hati terhadap rakan sepasukan, harus menggunakan “reverse psychology”. Sebagai contoh, sekiranya kita seringkali melihat tentang kejayaan ahli pasukan lain dan selalu mencari kesalahannya, kita harus bermuhasabah diri dalam mencari kebaikan,memuji akan dirinya atau membelikan hadiah.. Penawar hasad dengki seterusnya adalah, dengan

Page 4: Tingkatkan prestasi BANGUNKAN koperasi - mkm.edu.my · PDF fileSelaras dengan konsep koperasi, ... kecantikan serta kelebihan orang lain dan sekiranya kita mendoakan ... kelemahan

31 | Disember 2013 Bil. 42 |

menghakis perasaan hasad dengki ini kerana nescaya ia akan memakan diri sendiri dan hanya akan membuatkan emosi kita tidak tenteram. Rasullullah juga berfirman dalam hadith baginda yang diriwayatkan oleh Imam Abu Daud bermaksud:

“Hati-hatilah kamu daripada hasad dengki kerana hasad dengki itu akan memakan semua amal kebaikan sebagaimana api memakan kayu kering atau rumput kering.”

Dalam hadith lain, Rasulullah juga melarang umatnya untuk saling mendengki antara satu dengan yang lain sama ada di pejabat atau di tempat kerja. Penyakit hasad dengki ini selalunya dapat diperhatikan apabila seseorang itu mendapat kenaikan pangkat, perolehan bonus, perolehan anugerah khidmat cemerlang dan sebagainya.

Permasalahan Berpasukan dalam Koperasi

Jika dikaitkan dengan koperasi, permasalahan ini sering kali berlaku di dalam mesyuarat agung tahunan koperasi yang diadakan setahun sekali. Sebagai contoh, anggota yang tidak berpuas hati dengan pencapaian koperasi yang tidak memberangsangkan akan mempertikaikan segala persoalan.

Namun begitu, kita harus mengerti apakah tujuan utama mesyuarat itu diadakan. Bukan bertujuan untuk mencari kesalahan dan menyalahkan orang lain, malah harus mencari jalan penyelesaian. Kemungkinan ada yang terkurang di sana dan sini. Kita haruslah sama-sama membantu dari pelbagai sudut. Ia sudah menjadi lumrah bagi gerakan koperasi di Malaysia, sekiranya sesebuah koperasi itu telah mencapai keuntungan hebat, ia tidak akan dipersoalkan dan sebaliknya. Budaya, lumrah dan pemikiran sebegini tidak harus ada dalam setiap diri anggota. Malah, kita harus bersama-sama berganding bahu untuk memajukan koperasi walau dalam apa cara sekali pun. Haruslah kita sedari, sebagai anggota tidak seharusnya menyerahkan kesemua tugas-tugas, kepada Ahli Lembaga Koperasi semata-mata. Anggota juga seharusnya mempunyai kecenderungan untuk membantu dalam menjayakan aktiviti koperasi agar berkembang lebih maju.

Menurut peruntukan di dalam Akta Koperasi 1993 (pindaan 2007), Seksyen 2 menjelaskan terma “Lembaga” adalah sebagai badan pengelola sesuatu koperasi yang kepadanya pengurusan hal-ehwal koperasi itu diamanahkan. Ini sememang jelas bahawasanya, segala tugas pengurusan koperasi harus

diberikan tanggungjawab tersebut. Akan tetapi, sebagai anggota harus ada satu sikap ingin tahu. Itu sudah memadai kerana anggota merupakan pemilik kepada koperasi. Anggota tidak perlu terlalu mengambil mudah, takut kelak akan merana.

Dalam konteks koperasi, tanpa sokongan serta penglibatan anggota dalam setiap aktiviti koperasi, pasti tidak dapat meraih kejayaan yang mereka kecapi sekarang. Anggota seharusnya sentiasa peka dengan perkembangan dan pencapaian koperasi agar masing-masing dapat memainkan peranan dalam memberi cadangan dan pendapat demi meningkatkan prestasi koperasi yang lebih cemerlang. Sepanjang pelaksanaan matlamat, kritikan dan cabaran yang diterima harus diatasi dengan cara yang bijak. Cara mengelakkan rasa tidak puas hati dan salah anggapan antara pihak pengurusan dengan anggota koperasi adalah menitikberatkan komunikasi dua hala yang berkesan.

Akhir kata, firman Allah S.W.T dalam surah As- Saff: 4:

“Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berjuang untuk membela agama-Nya, dalam barisan yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh”

Program team-building anjuran MKM yang berlangsung di Ulu Yam, Selangor

Page 5: Tingkatkan prestasi BANGUNKAN koperasi - mkm.edu.my · PDF fileSelaras dengan konsep koperasi, ... kecantikan serta kelebihan orang lain dan sekiranya kita mendoakan ... kelemahan

32 | DimensiKOOP |

DIMENSIKOOP

Ini bermakna, Allah A.W.T sangat menyintai mereka yang gemar melibatkan diri dalam melakukan kerja secara berpasukan atau melalui organisasi yang tersusun. Matlamat dan misi sesuatu organisasi akan dapat dicapai secara lebih menyeluruh dan berkesan sekaligus ia juga dapat mengurangkan masalah pembaziran tenaga dan meningkatkan semangat daya motivasi di kalangan anggota sesebuah organisasi dan juga koperasi.

Kesimpulan

Suasana ini pastinya dapat membantu dalam mewujudkan organisasi dalam membuat keputusan matang dan bijaksana dalam melihat kepada keadaan serta realiti semasa. Ia juga perlu dititikberatkan tentang kebolehan berkembangnya kerja berpasukan dengan baik sekiranya pihak pengurusan

dapat mewujdkan suasana atau iklim kerja yang positif. Penekanan ini pasti akan memudahkan pihak pengurusan dan anggota organisasi mencapai satu objektif dan matlamat yang sama sebagai satu kumpulan. Justeru, kita harus mempertingkat kemahiran bekerjasama dalam satu pasukan

Rujukan

Ainon Mohd (2003). Teori dan teknik kepimpinan: Panduan Aplikasi Di Tempat Kerja. Selangor: PTS Publications& Distributor.

Akta Koperasi 1993 (2007).(Laporan).Petaling Jaya :International Law Book Services. Alauddin Sidal (2004). Kerja berpasukan dalam organisasi: Kuala Lumpur:INTAN.

Asma Abdullah (1994). Value-based management and development: the Malaysia paradigm. INTAN Management Journal.1 (1) 36-71.

Che Hasniza Che Noh & Ab Aziz Yusof (2011). Kemahiran komunikasi interpersonal dalam organisasi. Terengganu:UMT.

Mohd Fadzilah Kamsar & Fadzli Yusof (2005). 55 petua kerja berpasukan.Selangor:PTS Publications&Distributor.

Mumtaz Begam Abdul Kadir & Mohammed Sani Ibrahim (2009). Intergriti peningkatan kualiti organisasi.Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.

R.Karunakaran & M.Karthikeyan (2012). Cooperative legal system. London: DPH Discovery Publishing House PVT. LTD.

Wan Jemizan & Ahmad Tramizi (2011). Prasangka negatif runtuhkan organisasi. Utusan Malaysia, 25.

Bob Kelly& Demand Media. Importance of teamwork in o.rganizations Dicapai pada Mac19,2013 daripada http://everydaylife.globalpost.com/importance-teamwork-organizations-12033.html.