tingkatan 4 tilawah al quran manusia perlu bersyukur

4
TILAWAH AL-QURAN PELAJARAN 1 MANUSIA PERLU BERSYUKUR SURAH AL-AN’AM : 6 Jelaskan/Terangkan pengajaran ayat di atas. 1. Kita hendaklah mengurus dan mentadbir alam ini sebaik-baiknya berpandukan syariat Allah. 2. Kebinasaan,kemusnahan alam yang berlaku kepada manusia adalah akibat perbuatan mereka sendiri yang tidak mensyukuri nikmat Allah. 3. Kita hendaklah mempelajari sejarah kemusnahan kaum Ad, Thamud dan Lut serta mengambil iktibar daripadanya. 4. Allah membinasakan kaum-kaum terdahulu disebabkan mereka kufur dan mendustakan agama Allah. 5. Pangkat,kedudukan dab kekayaan tidak dapat menghalang Allah daripada menurunkan azab. Nyatakan/Senaraikan/Sebutkan Isi penting ayat 1. Mensyukuri nikmat Allah swt. 2. Kemusnahan kaum Ad, Thamud, dan Lut menjadi iktibar kepada generasi kini. 3. Manusia sebagai khalifah 1 Maksudnya: Tidakkah mereka memerhati dan memikirkan berapa banyak umat-umat yang telah Kami binasakan sebelum mereka, padahal (umat-umat itu) telah Kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi (dengan kekuasaan dan kemewahan) yang tidak Kami berikan kepada kamu, dan Kami turunkan hujan atas mereka dengan lebatnya, dan Kami jadikan sungai-sungai mengalir di bawah mereka, kemudian Kami binasakan mereka dengan sebab dosa mereka, Intisari ayat; Kaum Musyrikin Mekah menolak kebenaran Islam. Jadi Allah memberi peringatan kepada mereka supaya mengambil teladan daripada kaum yang terdahulu yang telah dikurniakan Allah swt dengan pelbagai nikmat, kekayaan dan kekuasaan tetapi mereka tidak bersyukur kepada Allah swt malahan melakukan berbagai-bagai kemungkaran dan kekufuran. Akhirnya Allah swt, membinasakan mereka dan menggantikan mereka dengan

Upload: khairul-anwar

Post on 28-May-2015

6.759 views

Category:

Education


2 download

DESCRIPTION

Tilawah Al-Quran

TRANSCRIPT

Page 1: Tingkatan 4 tilawah al quran manusia perlu bersyukur

TILAWAH AL-QURAN PELAJARAN 1MANUSIA PERLU BERSYUKUR SURAH AL-AN’AM : 6

Jelaskan/Terangkan pengajaran ayat di atas.

1. Kita hendaklah mengurus dan mentadbir alam ini sebaik-baiknya berpandukan syariat Allah.2. Kebinasaan,kemusnahan alam yang berlaku kepada manusia adalah akibat perbuatan

mereka sendiri yang tidak mensyukuri nikmat Allah.3. Kita hendaklah mempelajari sejarah kemusnahan kaum Ad, Thamud dan Lut serta

mengambil iktibar daripadanya.4. Allah membinasakan kaum-kaum terdahulu disebabkan mereka kufur dan mendustakan

agama Allah.5. Pangkat,kedudukan dab kekayaan tidak dapat menghalang Allah daripada menurunkan azab.

Nyatakan/Senaraikan/Sebutkan Isi penting ayat1. Mensyukuri nikmat Allah swt.2. Kemusnahan kaum Ad, Thamud, dan Lut menjadi iktibar kepada generasi kini.3. Manusia sebagai khalifah

Huraikan isi-isi ayat satu persatu

1. Mensyukuri nikmat Allah = Manusia telah diberikan pelbagai kemudahan oleh Allah. Kemudahan ini merupakan nikmat Allah yang tidak terhingga. Oleh itu kita hendaklah menyedari bahawa semua nikmat Allah yang dikecapi adalah pemberian Allah yang wajib disyukuri.

1

Maksudnya:Tidakkah mereka memerhati dan memikirkan berapa banyak umat-umat yang telah Kami binasakan sebelum mereka, padahal (umat-umat itu) telah Kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi (dengan kekuasaan dan kemewahan) yang tidak Kami berikan kepada kamu, dan Kami turunkan hujan atas mereka dengan lebatnya, dan Kami jadikan sungai-sungai mengalir di bawah mereka, kemudian Kami binasakan mereka dengan sebab dosa mereka, dan Kami ciptakan sesudah mereka, umat yang lain.

Intisari ayat;Kaum Musyrikin Mekah menolak kebenaran Islam. Jadi Allah memberi peringatan kepada mereka supaya mengambil teladan daripada kaum yang terdahulu yang telah dikurniakan Allah swt dengan pelbagai nikmat, kekayaan dan kekuasaan tetapi mereka tidak bersyukur kepada Allah swt malahan melakukan berbagai-bagai kemungkaran dan kekufuran. Akhirnya Allah swt, membinasakan mereka dan menggantikan mereka dengan kaum yang lain pula. Segala harta dan kekuasaan tidak dapat menyelamatkan mereka.

Page 2: Tingkatan 4 tilawah al quran manusia perlu bersyukur

TILAWAH AL-QURAN PELAJARAN 1MANUSIA PERLU BERSYUKUR SURAH AL-AN’AM : 6

Sebutkan nikmat kurniaan Allah kepada manusia.

Iman

2. Kemusnahan kaum Ad, Thamud, dan Lut menjadi iktibar kepada generasi kini.

Bil

Kaum Nikmat kurniaan Allah swt

Sebab keingkaran

Bentuk kebinasaan

1 ‘Ad/umat Nabi Hud

-Tanah yang subur - kemewahan hasil tanaman

- mereka kufur - menolak

ajaran Nabi Hud a.s

Angin puting beliung dan memusnahkan kampung dan harta benda mereka

2 Thamud/Umat Nabi Saleh

Dianugerah kekayaan dan kemewahan hidup

- Bersifat Angkuh

- Menuduh Nabi Soleh pendusta.

-Diturunkan halilintar yang kuat dan gempa bumi yang dahsyat,

3 Lut/Kaum

Kehidupan yang sangat

- menolak ajaran nabi

- Diterbalikkan negeri mereka.

2

Nikmat Allah

Islam

Kesihatan tubuh badan Kesempurna

an fizikal

Akal fikiran

Kemerdekaan

Keamana

Kemakmuran

CARA BERSYUKUR

ANGGOT CARA

HATI

LIDAH

TUBUH BADAN

Sentiasa mengingati Allah yang memberi nikmat

Mengucap Alhamdulillah ketika mendapat nikmat

Menggunakan nikmat untuk kebaikan

Page 3: Tingkatan 4 tilawah al quran manusia perlu bersyukur

TILAWAH AL-QURAN PELAJARAN 1MANUSIA PERLU BERSYUKUR SURAH AL-AN’AM : 6

Nabi Lut mewah Luth a.s- melakukan hubungan sejenis(Homoseks dan liwat)

3. Manusia sebagai khalifah

Allah memilih manusia sebagai Khalifah di muka bumi. Sebagai Khalifah manusia diberi amanah untuk melaksanakan perintah Allah.

Tugas khalifah – Menegakkan agama Islam/mengurus,membangun dan memakmurkan manusia dan alam.contoh : Mengusahakan tanaman/Membangunkan industri makanan halal/memproses galian menjadi bahan bermutu yang boleh menyumbang kepada pembangunan negara.

Segala tindakan merosak dan memusnahkan kehidupan manusia dan alam hendaklah dijauhi.

Manusia yang berjaya menjalankan tanggungjawab dengan sempurna akan dikurniakan kesejahteraan hidup di dunia dan di akhirat. Sebaliknya balasan buruk daripada Allah bagi mereka yang gagal melaksanakan tanggungjawabnya.

Tazkirah : Jika kamu bersyukur nescaya Allah akan menambah nikmat kepadamu, dan jika kamu kufur sesungguhnya azab Allah amat pedih.

Tazkirah: Saidatina Aisyah meriwayatkan, beliau pernah bertanya Rasulullah saw kenapa baginda melakukan solat sehingga bengkak semua kaki sedangkan beliau maksum. Lalu baginda menjelaskan baginda melakukan sedemikian kerana ingin menjadi hamba Allah yang bersyukur.

Tazkirah: Kesyukuran boleh dijelmakan melalui kemurahan hati dalam membelanjakan harta “Fi Sabilillah”

Q : Bagaimanakah umat yang engkar dihapuskan oleh Allah ?A : Dua cara. Pertama : Allah menghapuskan secara keseluruhan samada beriman atau tidak

Kedua : Melenyapkan kemerdekaan dan kekuatan sehingga mereka menjadi lemah.

3