tid 2015

50
1 BAHAGIAN SUKAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA PROGRAM MENGENAL PASTI BAKAT SUKAN (TID) PERINGKAT SEKOLAH UJIAN UMUM BATERI UJIAN UMUM

Upload: cvanaidu

Post on 26-Sep-2015

16 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

TID

TRANSCRIPT

MANUAL_TID_SEKOLAH

BAHAGIAN SUKAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIAPROGRAM MENGENAL PASTI BAKAT SUKAN(TID)PERINGKAT SEKOLAHUJIAN UMUMBATERI UJIAN UMUM

BAHAGIAN A (ANTHROPOMETRIK)KETINGGIAN BERDIRI (STANDING HEIGHT)Ukuran jarak dari lantai hingga ke bahagian paling atas kepala semasa posisi berdiri tanpa beralas kaki. (tidak memakai kasut dan stokin)Tinggi atau rendah individu mempunyai kepentingan terhadap sesuatu jenis sukan atau permainan.

Atlet bola keranjang, bola jaring, pendayung danperenang mempunyai kelebihan dari ketinggian manakala atletgimnastik dan terjun mendapat kelebihan jika rendah.Untuk mendapat ukuran ketinggian murid semasa posisi berdiri.

4. Peralatan : Pita Pengukur (2 meter)Pita penandaPapan klip A4 atau Sesiku 'L' panjangPegawai : Memerlukan 3 penguji satu stesyen: Prosedur (Pegawai yang menilai pelakuan peserta) Penguji (Membaca ukuran) Pencat

5.1 Pita ukur dilekatkan secara menegak di permukaan dinding yang rata setinggi dua (2) meter.5.2 Murid berdiri membelakangkan dinding dengan kepala, bahu, punggung dan tumit berada dalam keadaan rapat ke dinding. Pita ukur berada di tengah- tengah belakang badan tanpa memakai alas kaki.5.3 Kedua-dua belah kaki mesti dalam posisi rapat sementara kedua-dua tapak tangan mesti rapat di sisi peha.5.4 Semasa ukuran dibuat, murid menarik nafas, tahan nafas, dan memandang kehadapan.5.5 Ukuran tinggi diambil dari bahagian permukaan lantai hingga ke bahagian paling atas kepala. Untuk mendapat bacaan yang tepat, pastikan papan klip A4 (bahagian tinggi) diletakkan rapat pada dinding (90 darjah) secara menegak (bahagian tapak) di bahagian paling atas kepala. (Pastikan murid tidak mengangkat tumit semasa ukuran diambil).5.6 Bacaan perlu diambil pada paras mata penguji.6. Pemarkahan : Bacaan diambil hampir kepada 0.1cm.

KETINGGIAN DUDUK (SITTING HEIGHT)Ukuran dari lantai hingga ke bahagian paling atas kepala semasa posisi duduk melunjur.

Nisbah ukuran panjang bahagian atas badan danbahagian bawah badan memberi kesan terhadap tahappencapaian bagi sukan dan permainan tertentu.Contoh :-Atlet lompat tinggi memerlukan kaki dan badan yangpanjang, berbadan rendah mendapat kelebihan dalam acara angkat berat.Untuk mendapat nisbah (panjang kaki) ukuran bahagian atas dan bawah badan semasa posisi duduk melunjur.Pita Pengukur (2 meter)Pita PenandaPapan Klip A4 atau Sesiku 'L' panjangPegawai : Memerlukan 3 penguji satu stesyen: Prosedur (Pegawai yang menilai pelakuan peserta) Penguji (Membaca ukuran) Pencatat

5.1 Pita ukur dilekatkan secara menegak dipermukaan dinding yang rata setinggi dua (2) meter.5.2 Murid duduk membelakangkan dinding dengan posisi kepala, bahu dan punggung berada dalam keadaan rapat ke dinding dan pita ukur berada di tengah-tengah belakang badan.5.3 Kedua-dua belah kaki mesti dalam posisi rapat dan melunjur dengan lurus.5.4 Semasa ukuran dibuat, murid menarik nafas, tahan nafas dan memandang ke hadapan.5.5 Ukuran tinggi diambil dari bahagian permukaan lantai hingga ke bahagian paling atas kepala. Untuk mendapat bacaan yang tepat, pastikan clipboard A4 (bahagian tinggi) diletakkan rapat pada dinding (90 darjah) secara menegak (bahagian tapak) di bahagian paling atas kepala (Pastikan punggung murid tidak terangkat semasa ukuran dibuat).5.6 Bacaan dicatat pada paras mata penguji.6. Pemarkahan :Bacaan diambil hampir kepada 0.1cm

PANJANG DEPA ( ARMSPAN)Jarak mendepa dari hujung jari tangan kanan ke hujungjari tangan kiri dalam posisi melintang dan selari dengan parasbahu.Untuk mendapat ukuran panjang depa.Ukuran panjang depa armspan boleh memberi kesan terhadappencapaian bagi sukan dan permainan tertentu.Contoh:Atlet renang dan peninju yangukuran depa tangannya panjang mempunyai kelebihan.Atlet angkat berat memerlukan depa yang pendek.Untuk mendapat ukuran panjang, lengan semasamendepa.Pita pengukur (3 meter)Pita penandaPapan Klip A4Memerlukan 3 penguji satu stesyen: Prosedur (Pegawai yang menilai pelakuan peserta) Penguji (Membaca ukuran) Pencatat

5.1 Pita ukur dilekatkan secara melintang di permukaan dinding yang rata sepanjang tiga (3) meter. Bacaan sifar(0) pada pita ukur hendaklah dilekatkan berada pada(1) penjuru dinding.5.2 Murid berdiri membelakangkan dinding dengan posisi kepala, bahu dan punggung berada dalam keadaan rapat ke dinding. Ke dua belah kaki berada dalam posisi rapat.5.3 Murid mendepakan kedua tangan pada paras bahu dan ianya selari dengan pita ukur yang dilekatkan secara melintang di permukaan dinding. Posisi tapak tangan mesti menghadap ke hadapan.5.4 Semasa ukuran diambil, murid dikehendaki menarik nafas dan tahan nafas serta memandang ke hadapan.5.5 Ukuran diambil dari bahagian dari hujung jari tangan kiri hingga ke bahagian paling hujung jari tangan kanan (Jika ada kecacatan anggota tangan, ukur pada bahagian paling hujung anggota tanagan).Untuk mendapatkan bacaan yang tepat, pastikan papan klip A4 diletakkan rapat pada dinding (90 darjah) secara menegak di bahagian hujung jari yang bertentangan dengan jari di hujung penjuru dinding.5.6 Bacaan dicatat pada paras mata penguji.6. Pemarkahan: Bacaan diambil hampir 0.1cm.

MENGUKUR PANJANG DEPA

BERATBADANUkuran berat badan dalam kilogram (kg) dengan berpakaian sukan lengkap tanpa beralas kaki.Berat atau ringan badan memberi kesan terhadap pencapaian sukan dan permainan tertentu.

Atlet acara larian dan berbasikal jarak jauh memerlukan berat badan yang ringan.Untuk mendapat bacaan berat badan.Alat penimbang berat yang standard.

Pegawai : Memerlukan 3 penguji satu stesyen: Prosedur (Pegawai yang menilai pelakuan peserta) Penguji (Membaca ukuran) Pencatat5. Prosedur :5.1 Alat penimbang diletakkan di atas permukaan lantai yang rata.5.2 Pastikan jarum alat penimbang berat bermula pada skala sifar (0).5.3 Semasa bacaan dibuat, murid dikehendaki berdiri dalam posisi menegak tengah-tengah alat penimbang tanpa alas kaki dan memandang ke hadapan. Pastikan murid memakai pakaian yang ringan).6. Pemarkahan :Bacaan diambil hampir kepada 0.5kg.** (Pastikan tiada benda dalam poket peserta semasa menimbang)

MENIMBANG BERAT BADAN

BAHAGIAN B (KECERGASAN)LARI PECUT 40 METER.Keupayaan larian pecut 40 meter dengan catatan masa terpantas dengan permulaan gaya berdiri statik.Kepantasan dan kelajuan adalah elemen penting dalam kebanyakan sukan dan permainan tertentu.Olahraga, Berbasikal, Badminton, Hoki, Bola Sepak, dan lain-lain.Untuk mendapat catatan masa bagi mengukur kepantasan.

Jam Randik (Stop Watch)Tepung / 'cat sembur'Pita pengukur (50 meter)Kon - 6 unit Bendera merahKawasan larian - 50 hingga 60 meter (padang berumput yang tidak basah)Memerlukan 3 penguji satu stesyen: Prosedur (Pegawai yang menilai pelakuan peserta) Penguji (Membaca ukuran) Pencatat

5.1 Tandakan garisan permulaan dan penamat dengan jelas untuk jarak 40 meter. Letakkan dua (2) kon di setiap hujung garisan permulaan dan garisan penamat.5.2 Murid memulakan larian dengan posisi berdiri standing start dalam keadaan sebelah kaki dominan berada di belakang garisan permulaan. (Dibantu oleh seorang pembantu pelepas).5.3 Pelepas berdiri 5 meter di hadapan garisan permulaan. Pelepas akan memberi isyarat 'sedia' dengan mengangkat tangan lurus dengan bendera pada paras bahu.5.4 Catatan masa mula diambil (oleh penjaga masa) sebaik sahaja pelepas menjatuhkan bendera ke bawah.5.5 Murid hendaklah memakai kasut (wajib) sukan semasa ujian dijalankan dan kasut spike tidak dibenarkan.5.6 Setiap murid diberi dua (2) percubaan.6. Pemarkahan :Catatan masa terpantas diambil hampir kepada 0.01 saat.**(Pastikan pelajar dilepaskan hanya seorang setiap kali sahaja)

JANGKAUAN MELUNJURKeupayaan tahap kelenturan badan semasa posisi duduk melunjur di lantai. (Johnson 1997b)Kelenturan badan memberi kesan terhadap prestasi dalam kebanyakan sukan dan permainan.Untuk mengukur tahap kelenturan dan kelembutan sendi pinggul, 'trunk', otot belakang dan belakang paha (hamstring).Pita Ukur Pita Penanda PembarisMemerlukan 3 penguji satu stesyen: Prosedur (Pegawai yang menilai pelakuan peserta) Penguji (Membaca ukuran) Pencatat

5.1 Murid dikehendaki melakukan regangan dan memanaskan badan sebelum memulakan aktiviti.5.2 Murid tidak dibenarkan memakai kasut semasa ujian dijalankan.5.3 Lekatkan pita pengukur 1 meter di atas lantai yang rata.5.4 Murid duduk melunjur dengan tumit berada tepat pada ukuran 25 sm. Kedudukan pita ukur berada di celah antara kedua-dua belah kaki dengan tanda bacaan sifar (0) berada menghala pangkal paha.5.5 Kedua-dua kaki dibuka seluas bahu. Penguji perlu menahan kaki murid supaya tidak bergerak melepasi penanda 25 sm dan pastikan lutut tidak terangkat (prosuder dilakukan tanpa ada sebarang penahan/dinding di belakang).5.6 Tindihkan tapak tangan dengan jari kanan bersentuhan dengan jari kiri, kemudian mulakan gerakan melunjur perlahan-lahan ke hadapan dengan tangan lurus dan jari menuding ke arah pita ukur yang berada di atas lantai.5.7 Murid bertahan selama 2 saat apabila mencapai jangkauan maksima dan tidak dibenarkan menghenjut ( no bouncing ).6. Pemarkahan:Catatan terbaik dari 2 percubaan diambil denganbacaan hampir kepada 0.5 sm.7. Kebolehpercayaan : r = 94 diperolehi daripada 2 percubaan terbaikyang berbeza (Johnson 1977b).UJIAN JANGKAUAN MELUNJUR

LARI ULANG ALIK (1O METER)Catatan masa yang paling singkat untuk melakukan lari ulang alik 10 meter.Tahap ketangkasan memberi kesan terhadap pencapaian dalam beberapa sukan dan permainan tertentu.bola sepak, olahraga, badminton dan lain-lainUntuk mengukur tahap ketangkasan dalam catatan masa yang paling singkat.Pita Ukur KonPita Penanda Lantai bersimen WiselJam RandikBongkah kayu (3" tinggi x 2" tapak x 1" lebar) - 2 unit

Pegawai : Memerlukan 3 penguji satu stesyen: Prosedur (Pegawai yang menilai pelakuan peserta) Penguji (Membaca ukuran) Pencatat

5.1 Tandakan dua garisan untuk jarak larian 10 meter.5.2 Letakkan 2 bongkah kayu melepasi garisan 10 meter. Jarak selepas garisan 30 cm. Jarak antara dua (2) bongkah kayu 30 cm. (Tandakan)5.3 Murid berdiri di belakang garisan yang bertentangan dengan garisan yang diletakkan dua (2) bongkah kayu tersebut.5.4 Apabila isyarat 'mula' diberikan, peserta akan berlari menuju ke garisan yang telah diletakkan bongkah kayu, ambil satu daripada dua (2) bongkah kayu tersebut dan berlari semula ke garisan permulaan. Letakkan bongkah kayu yang pertama di kawasan yang telah ditandakan 30cm di luar garisan permulaan. Lari semula ke garisan yang bertentangan, ambil satu lagi bongkah kayu dan berlari semula ke garisan permulaan untuk menamatkan lari ulang alik 10 meter.5.5 Pastikan sebelah kaki murid melepasi garisan semasa mengambil dan meletakkan bongkah kayu.5.6 Catatan masa mula dikira sebaik sahaja pegawai memberi isyarat 'mula' sehingga 'torso' murid melepasi garisan setelah selesai mengambil bongkah kayu yang kedua seperti prosedur di atas. (Jumlah ulang alik sebanyak 4 kali)5.7 Larian hendaklah dilakukan sebanyak 2 kali mengikut giliran.Pemarkahan:Catatan masa terpantas diambil hampir kepada0.1 saat**Nota: Jika bongkah kayu terlepas dari tangan /terjatuh, larian perlu dihentikan dan ujian itu dibuat semula.

LOMPAT JAUH BERDIRIKeupayaan kekuatan kedua-dua belah kaki semasa melompat.Kuasa eksplosif otot kaki dikesan terhadap pencapaian beberapa jenis sukan dan permainan.

Bola tampar dan acara lompatan padang.Untuk mengetahui tahap kekuatan kuasa eksplosif otot kaki posisi lompat berdiri.Pita ukur KonPita Penanda Lantai bersimen Sesiku 'L' PanjangMemerlukan 3 penguji satu stesyen: Prosedur (Pegawai yang menilai pelakuan peserta) Penguji (Membaca ukuran) Pencatat

5.1 Tandakan garisan permulaan dan lekatkan pita ukur pada lantai yang rata dengan tanda sifar (0) tepat berada di garisan permulaan.5.2 Murid berdiri dua belah kaki rapat ke garisan dan buka kaki seluas bahu. (tidak memijak / berdiri terlalu jauh dari gaisan).5.3 Murid berdiri di hujung bebola kaki.5.4 Murid membuat lompatan ke hadapan sejauh mungkin dengan bantuan hayunan tangan.5.5 Bacaan jarak lompatan dikira pada mana-mana bahagian tumit yang paling belakang semasa mendarat dan skor diambil berdasarkan jarak lompatan yang terbaik.5.6 Lompatan hendaklah dilakukan sebanyak 2 kali berturut-turut.5.7 Murid diwajibkan memakai kasut sukan.Pemarkahan:Bacaan diambil hampir kepada 0.1 sm.

UJIAN 1

1. Definisi

2. Rasional

Contoh :-

3. Objektif

UJIAN 2

1. Definisi

3. Objektif

4. Peralatan

2. Rasional

UJIAN 4

Definisi

Rasional

Contoh

3. Objektif

Peralatan

UJIAN 5

1. Definisi

2. Rasional

Contoh

3. Objektif

Pegawai

4. Peralatan

UJIAN 7

1. Definisi

2. Rasional

Contohnya 3. Objektif

4. Peralatan

UJIAN 8

Definisi

Rasional

3.

4. Peralatan

Pegawai

Contohnya Objektif