cabaran yang berkaitan kepatuhan syariah dalam...

11
CABARAN YANG BERKAITAN KEPATUHAN SYARIAH DALAM INDUSTRI SUKUK Ahmad Suhaimi Bin Yahya Bahagian Syariah HONG LEONG ISLAMIC BANK 11 April 2019

Upload: trantruc

Post on 04-May-2019

226 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: CABARAN YANG BERKAITAN KEPATUHAN SYARIAH DALAM …kliff.com.my/wp-content/uploads/2019/04/Ahmad-Suhaimi-Yahya.pdf · TID telah default daripada melunaskan obligasi sukuk (pada tahun

CABARAN YANG BERKAITAN KEPATUHAN SYARIAH DALAM INDUSTRI SUKUK

Ahmad Suhaimi Bin Yahya

Bahagian Syariah

HONG LEONG ISLAMIC BANK

11 April 2019

Page 2: CABARAN YANG BERKAITAN KEPATUHAN SYARIAH DALAM …kliff.com.my/wp-content/uploads/2019/04/Ahmad-Suhaimi-Yahya.pdf · TID telah default daripada melunaskan obligasi sukuk (pada tahun

2

Risiko kemungkiran (default risk)

Memastikan kepatuhan Syariah dalam keseluruhan proses penerbitan Sukuk

Penerapan SRI dan VBI dalam industriSukuk

Pembangunan kemampuan dan kepakarandi kalangan penasihat dan pegawai Syariah

Cabaran Yang Berkaitan

Kepatuhan Syariah Dalam

Industri Sukuk

Page 3: CABARAN YANG BERKAITAN KEPATUHAN SYARIAH DALAM …kliff.com.my/wp-content/uploads/2019/04/Ahmad-Suhaimi-Yahya.pdf · TID telah default daripada melunaskan obligasi sukuk (pada tahun

3

RISIKO KEMUNGKIRAN (DEFAULT RISK)

Industri Sukuk tidak terlepas daripada risiko kemungkiran (default) daripada penerbit Sukukkhususnya dalam keadaan ekonomi yang merudum.

Bila berlaku default, sekiranya penstrukturan semula dipersetujui oleh pihak yang terlibat,kaedah penstrukturan semula perlu dinilai oleh penasihat Syariah yang dilantik.

Namun, jika tiada penyelesaian dapat dicapai dan kes default ini dibawa ke mahkamah, antaraisu yang boleh dibangkitkan adalah elemen ketidak patuhan Syariah.

Sebagai contoh : Dana Gas Sukuk berasaskan Mudarabah diterbitkan pada tahun 2007. Padatahun berikutnya 2018, Sheikh Taqi Uthmani telah membangkitkan isu-isu Syariah berkaitanSukuk. Sukuk ini telah dianggap default pada tahun 2012-13 dan distruktur semula(restructuring). Pada tahun 2017 ia dianggap default dan pihak penerbit telah memberi alasanperubahan dalam suasana pasaran telah menyebabkan sukuk ini tidak patuh Syariah dan tidaksah.

01

Page 4: CABARAN YANG BERKAITAN KEPATUHAN SYARIAH DALAM …kliff.com.my/wp-content/uploads/2019/04/Ahmad-Suhaimi-Yahya.pdf · TID telah default daripada melunaskan obligasi sukuk (pada tahun

4

…..RISIKO KEMUNGKIRAN (DEFAULT RISK)

Kenyataan Dana Gas : “However, the further development and evolution of Islamic financeconcepts and jurisprudence since our original Sukuk was structured in 2007, and restructuredin 2012/13, has resulted in the discrediting and abandonment of many of the features of ourcurrent Mudarabah Sukuk. The Sukuk market has simply evolved and no longer regards a pureMudarabah structure such as ours as being Shari’a compliant and, in the case of the UAE,lawful”……….. “These terms make our current Mudarabah Sukuk contrary to Shari’a andunlawful under UAE law.”

Dana Gas menyatakan bahawa Sukuknya adalah bercanggah dengan Mudarabah yangtermaktub dengan undang-undang sivil di UAE dan tidak sah.

01

Page 5: CABARAN YANG BERKAITAN KEPATUHAN SYARIAH DALAM …kliff.com.my/wp-content/uploads/2019/04/Ahmad-Suhaimi-Yahya.pdf · TID telah default daripada melunaskan obligasi sukuk (pada tahun

5

…..RISIKO KEMUNGKIRAN (DEFAULT RISK)

Satu lagi contoh adalah kes berkaitan dengan The Investment Dar (TID). TID menerbitkanSukuk Musharakah (USD100m) dan mendapat pembiayaan daripada beberapa institusikewangan. TID telah default daripada melunaskan obligasi sukuk (pada tahun 2009) dan jugapembiayaan lain. Sukuk ini adalah sebahagian daripada KD1B (USD3.45B) yang dalam prosespenstrukturan semula obligasi / hutang ketika itu.

Blom Bank telah menuntut bayaran USD10.7m daripada TID ke atas pelaburannya berasaskanWakalah pada 2007. TID cuba menggunakan alasan tidak patuh Syariah ke atas kadar pulangantetap 5% dalam hujah mempertahankan tuntutan saman tersebut. Namun Shariah Board TIDdalam mesyuarat pada bulan Mei 2010 memutuskan bahawa kontrak wakalah tersebut sahdan patuh Syariah dan meminta pihak TID tidak menggunakan hujah tidak patuh Syariah dalamproses litigasi dengan Blom Bank.

01

Page 6: CABARAN YANG BERKAITAN KEPATUHAN SYARIAH DALAM …kliff.com.my/wp-content/uploads/2019/04/Ahmad-Suhaimi-Yahya.pdf · TID telah default daripada melunaskan obligasi sukuk (pada tahun

6

MEMASTIKAN KEPATUHAN SYARIAH DALAM KESELURUHAN PROSES PENERBITAN SUKUK

Memastikan kepatuhan Syariah adalah kehendak pengawalselia pasaran (end to end / pre and post-approval)

Cabaran memastikan kepatuhan Syariah berdasarkan kehendak pengawalselia seperti Guideline onUnlisted Capital Market Products Under Lodge and Launch Framework (LOLA) dan piawai Syariah lainseperti Piawai Syariah AAOIFI no 17 berhubung Sukuk al-Istithmar/ Investment Sukuk khususnya dalamurusniaga seberang sempadan (cross-border) dan bagi memenuhi keperluan dan kehendak penerbit danpelabur. Contoh isu-isu Syariah yang perlu diberi perhatian : Isu aset pendasar Isu wa’d / purchase undertaking terhadap aset sukuk. Janji beli / tebus sukuk berasaskan

perkongsian pada harga yang ditetapkan dari awal. Tanazul & Ibra’ (rebat) Liquidity Facility (kemudahan kecairan) Isu urusniaga pasaran skunder (jual beli hutang)

02

Page 7: CABARAN YANG BERKAITAN KEPATUHAN SYARIAH DALAM …kliff.com.my/wp-content/uploads/2019/04/Ahmad-Suhaimi-Yahya.pdf · TID telah default daripada melunaskan obligasi sukuk (pada tahun

7

…MEMASTIKAN KEPATUHAN SYARIAH DALAM KESELURUHAN PROSES PENERBITAN SUKUK

Kehendak Pengawalselia pasaran dalam penerbitan Sukuk :“GUIDELINES ON UNLISTED CAPITAL MARKET PRODUCTS UNDER THE LODGE AND LAUNCH FRAMEWORK SC-GL/4-2015 (R3-2018)SECTION C ADDITIONAL REQUIREMENTS FOR SHARIAH-COMPLIANT UNLISTED CAPITAL MARKET PRODUCTS UNDER THE LODGE AND LAUNCH FRAMEWORK Chapter 1 Approved Shariah Principles and Concepts for Shariah-Compliant Unlisted Capital Market Products Under the Lodge and Launch Framework 94 Chapter 2 Roles and Responsibilities of Shariah adviser 99 Chapter 3 Compliance with Shariah Rulings, Principles and Concepts 101 Chapter 4 General Shariah Rulings Applicable to Ringgit-Denominated Sukuk 102 Chapter 5 Shariah Rulings Applicable to Specific Types of Ringgit-Denominated Sukuk 108 Chapter 6 Revision to Terms and Conditions of Ringgit-Denominated Sukuk 113”

Keperluan memastikan kepatuhan dan mengemukakan penyelesaian Syariah dalam innovasi urusniagaberasaskan digital dalam era IR4.0

02

Page 8: CABARAN YANG BERKAITAN KEPATUHAN SYARIAH DALAM …kliff.com.my/wp-content/uploads/2019/04/Ahmad-Suhaimi-Yahya.pdf · TID telah default daripada melunaskan obligasi sukuk (pada tahun

8

PENERAPAN SRI DAN VBI DALAM INDUSTRI SUKUK

SC telah menerbitkan ‘Sustainable and Responsible Investment Sukuk Framework” pada 28 August 2014berdasarkan kepada SC’s Capital Market Masterplan 2 bagi menggalakkan lagi tanggungjawab sosial dalampembiayaan dan pelaburan. (Natural resources, renewable energy and energy efficiency, community andeconomic development and waqf properties/ assets)

SC telah menerbitkan laporan berhubung “Islamic Green Finance Development, Ecosystem and Prospectspada tahun 2019 bersama World Bank.

BNM telah menerbitkan Kertas Strategi dan 3 dokumen panduan bagi memudah cara perlaksanaan Value-based Intermediation (VBI). VBI bertujuan untuk memandu model perniagaan bagi kewangan Islam dalammencapai Maqasid Syariyyah bagi menghasilkan kesan positif dan menyumbang kepada kestabilan ekonomi,kemasyarakatan dan alam sekitar.

Justeru, penerapan SRI dan VBI dalam industri sukuk adalah cabaran kepada semua yang terlibat dalampasaran ini dalam menjayakan hasrat Kerajaan dan pengawalselia pasaran.

03

Page 9: CABARAN YANG BERKAITAN KEPATUHAN SYARIAH DALAM …kliff.com.my/wp-content/uploads/2019/04/Ahmad-Suhaimi-Yahya.pdf · TID telah default daripada melunaskan obligasi sukuk (pada tahun

9

PEMBANGUNAN KEMAMPUAN DAN KEPAKARAN DI KALANGAN PENASIHAT DAN PEGAWAISYARIAH.

Program latihan dan kursus berkaitan yang memberi gambaran yang jelas tentang aplikasi teoridalam penstrukturan sukuk dan kajian kes berkaitan perlu bagi memastikan pengalamanPenasihat Syariah senior dapat dikongsi dengan penasihat dan pegawai Syariah junior bagimemastikan kesinambungan dan penerusan.

Program professional seperti Certified Shariah Adviser / Certified Shariah Professional ASASpenting dalam pembangunan kemampuan kepakaran Syariah. Sebelum sesuatu keputusanyang berkaitan halal dan haram boleh diputuskan, penasihat Syariah perlu memahami aspekteknikal bagi setiap produk dan instrumen kewangan yang dinilai (kaedah fikah : al-hukm alaas-syai’ far’ an tasawwurihi).

04

Page 10: CABARAN YANG BERKAITAN KEPATUHAN SYARIAH DALAM …kliff.com.my/wp-content/uploads/2019/04/Ahmad-Suhaimi-Yahya.pdf · TID telah default daripada melunaskan obligasi sukuk (pada tahun

Page 10

1. Cabaran-cabaran kepatuhan Syariah yang dibincangkan perlu

ditangani dalam proses memperkukuhkan lagi tadbir urus dan

kepatuhan Syariah bagi menjayakan hasrat Kerajaan dan

Pengawalselia dalam Pelan Induk Pasaran Modal Islam 2.

2. Penasihat dan pegawai Syariah perlu mempersiapkan diri dalam

menghadapi cabaran-cabaran terkini dalam industri kewangan

Islam khususnya dalam era IR 4.0.

3. Peranan penasihat dan pengamal Syariah penting dalam

mengemukakan penyelesaian yang selaras dengan prinsip dan

maqasid al-Syariah dalam menjayakan inisiatif berkaitan SRI dan

VBI dalam membangunkan lagi pasaran kewangan Islam.

Page 11: CABARAN YANG BERKAITAN KEPATUHAN SYARIAH DALAM …kliff.com.my/wp-content/uploads/2019/04/Ahmad-Suhaimi-Yahya.pdf · TID telah default daripada melunaskan obligasi sukuk (pada tahun

Terima Kasih

11