tiang t berlajur

9
TIANG T BERLAJUR Pendahuluan Matlamat pendidikan matematik adalah untuk memperkembangkan pemikiran mantik, analitis, bersistem dan kritis, kemahiran penyelesaian masalah serta kebolehan menggunakan ilmu pengetahuan matematik supaya individu dapat berfungsi dalam kehidupan seharian dengan berkesan (Kementerian Pendidikan Malaysia, 1988). Proses pengajaran dan pembelajaran matematik perlu memberi keutamaan kepada penguasaan pengetahuan dan pemahaman bagi membolehkan murid mengaplikasikan konsep, prinsip dan proses matematik yang dipelajari. Penekanan kepada aspek perkembangan pemikiran murid secara matematik dibina dan dikembangkan melalui proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah berdasarkan prinsip-prinsip di atas. Untuk mencapai matlamat dan focus pendidikan ini, maka proses pengajaran dan pembelajaran matematik di sekolah perlu dipertingkatkan. Ukuran Panjang Pengukuran panjang sudah menjadi ilmu yang penting sejak manusia mula menggunakan bangunan dan tanah dalam meneruskan kehidupan. Panjang merupakan ukuran jarak satu dimensi untuk mana-mana objek. Kuantiti-kuantiti yang serupa dengannya adalah tinggi, lebar, jarak dan sesaran. Kementerian Pelajaran Malaysia telah menetapkan sukatan pendidikan ukuran panjang di sekolah rendah. Ianya tertumpu kepada penukaran nilai pelbagai unit ukuran panjang iaitu milimeter (mm) dan sentimeter (cm), sentimeter (cm) dan meter 1

Upload: cput

Post on 11-Dec-2015

231 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

Tiang t Berlajur

TRANSCRIPT

Page 1: Tiang t Berlajur

TIANG T BERLAJUR

Pendahuluan

Matlamat pendidikan matematik adalah untuk memperkembangkan pemikiran mantik,

analitis, bersistem dan kritis, kemahiran penyelesaian masalah serta kebolehan menggunakan

ilmu pengetahuan matematik supaya individu dapat berfungsi dalam kehidupan seharian

dengan berkesan (Kementerian Pendidikan Malaysia, 1988). Proses pengajaran dan

pembelajaran matematik perlu memberi keutamaan kepada penguasaan pengetahuan dan

pemahaman bagi membolehkan murid mengaplikasikan konsep, prinsip dan proses

matematik yang dipelajari. Penekanan kepada aspek perkembangan pemikiran murid secara

matematik dibina dan dikembangkan melalui proses pengajaran dan pembelajaran di dalam

bilik darjah berdasarkan prinsip-prinsip di atas. Untuk mencapai matlamat dan focus

pendidikan ini, maka proses pengajaran dan pembelajaran matematik di sekolah perlu

dipertingkatkan.

Ukuran Panjang

Pengukuran panjang sudah menjadi ilmu yang penting sejak manusia mula menggunakan

bangunan dan tanah dalam meneruskan kehidupan. Panjang merupakan ukuran jarak satu

dimensi untuk mana-mana objek. Kuantiti-kuantiti yang serupa dengannya adalah tinggi,

lebar, jarak dan sesaran.

Kementerian Pelajaran Malaysia telah menetapkan sukatan pendidikan ukuran

panjang di sekolah rendah. Ianya tertumpu kepada penukaran nilai pelbagai unit ukuran

panjang iaitu milimeter (mm) dan sentimeter (cm), sentimeter (cm) dan meter (m), meter (m)

dan kilometer (km). bentuk-bentuk nombor yang diguna pakai pula terdiri daripada nombor

bulat, pecahan dan perpuluhan.

Fokus inovasi yang dilakukan adalah melibatkan penukaran antara unit panjang yang

hanya melibatkan nombor bulat dan perpuluhan sahaja.

1

Page 2: Tiang t Berlajur

TIANG T BERLAJUR

Fokus Masalah

Ketika saya mengajar kemahiran ukuran panjang yang melibatkan penukaran unit, saya

menggunakan teknik yang diajar sejak zaman saya bersekolah lagi iaitu Teknik Gerak Titik.

Teknik Gerak Titik ini hanya boleh dilakukan untuk operasi darab dan bahagi yang

melibatkan nombor 10, 100 dan 100.

Contoh 1:-

3.5 m = ____________ cm

3.5 x 100 cm

Untuk operasi darab, titik perpuluhan akan digerakkan ke arah kanan sebanyak

bilangan sifar pada soalan

Contoh 2:-

35 m = ____________ km

35 ÷ 1000 m

Untuk operasi bahagi pula, titik perpuluhan akan digerakkan ke arah kiri sebanyak

bilangan sifar pada soalan

Diakui bahawa Teknik Gerak Titik ini agak mudah, namun masalah mula timbul apabila

murid diberi soalan yang melibatkan dua unit berbeza.

2

3.5 _. = 350 cm

._ 3 5 = 0.035km

Page 3: Tiang t Berlajur

TIANG T BERLAJUR

Contoh 3:-

3 m 5 cm = ____________ cm

Murid akan mula mencantumkan kedua dua nombor yang diberi dan memberi

jawapan 350 cm.

Kesilapan ini terjadi berikutan daripada murid tidak melihat perbezaan di antara

kedua-dua unit itu. Murid hanya diajar secara teori tanpa memperlihatkan perbezaan jarak di

antara unit. Semasa saya memulakan pengajaran ukuran panjang, saya telah meminta murid-

murid menunjukkan kepada saya jarak ukuran panjang 1 milimeter pada pembaris mereka.

Seperti yang saya duga, hanya 4 orang murid daripada 34 orang murid yang dapat

menunjukkan jarak ukuran sebenar 1 milimeter.

Kita sebagai orang dewasa mungkin dapat melihat perbezaan setiap unit dengan

mudah, tetapi jika dilihat dari sudut pandangan kanak-kanak, kebanyakan dari mereka tidak

tahu sebesar mana jarak ukuran milimeter (mm) dan apabila arahan soalan meminta mereka

menukar unit kepada sentimeter (cm), mengapa ia perlu didarabkan dengan 10.

Bagi menangani masalah kesilapan pergerakan titik ini, saya telah menginovasikan

satu cara baru kepada anak-anak murid saya iaitu ‘Tiang T Berlajur’.

3

3 5 _. = 350 cm

Page 4: Tiang t Berlajur

TIANG T BERLAJUR

Tiang T Berlajur

Jenis-jenis Tiang T Berlajur

Tiang T Berlajur sebenarnya diadaptasi dari teknik yang telah sedia ada sebelum ini, hanya

ianya perlu ditambahkan lajur di bahagian unit yang berada di bahagian belakang tiang.

Untuk topik ukuran panjang, tiga jenis Tiang T perlu dingat oleh murid kerana ukuran

panjang mempunyai variasi unit.

1. Tiang T Berlajur 1

Tiang T Berlajur 1 digunakan untuk unit milimeter (mm) dan sentimeter (cm). Lajur

di bahagian belakang tiang untuk unit milimeter (mm) hanya memiliki satu lajur

sahaja mewakili hubungan antara unit 1 cm = 10 mm. Satu lajur mewakili satu

bilangan sifar untuk 10.

2. Tiang T Berlajur 2

Tiang T Berlajur 2 digunakan untuk unit sentimeter (cm) dan meter (m). Lajur di

bahagian belakang tiang untuk unit sentimeter (cm) hanya memiliki dua lajur sahaja

mewakili hubungan antara unit 1 m = 100 cm. Dua lajur mewakili dua bilangan sifar

untuk 100.

4

10

100

cm mm

m cm

Page 5: Tiang t Berlajur

TIANG T BERLAJUR

3. Tiang T Berlajur 3

Tiang T Berlajur 3 digunakan untuk unit meter (m) dan kilometer (km). Lajur di

bahagian belakang tiang untuk unit meter (m) memiliki tigga lajur mewakili

hubungan antara unit 1 km = 1000 m. Tiga lajur mewakili tiga bilangan sifar untuk

1000.

Langkah-langkah memasukkan nilai pada Tiang T Berlajur

Untuk memasukkan nilai pada Tiang T Berlajur, murid perlu melihat terlebih dahulu unit

pada soalan yang diberi dan kehendak soalan. Murid perlu mengenal pasti Tiang T Berlajur

yang akan diguna pakai. Seterusnya, jika unit pada soalan berada di bahagian hadapan, murid

perlu memasukkan nilai dari hadapan. Manakala, jika unit pada soalan berada di bahagian

belakang, murid perlu memasukkan nilai dari bahagian belakang.

Guru perlu mengingatkan murid bahawa bilangan lajur di bahagian belakang tiang

hanya boleh menempatkan satu digit bagi setiap lajur. Baki digit selebihnya perlu dibawa

kehadapan. Jika nilai dimasukkan dari hadapan pula, syarat untuk ‘melanggar’ Tiang T’

hubungan antara unit adalah titik perpuluhan. Jika nilai yang diberi tidak mempunyai titik

perpuluhan, semua digit perlu diletakkan di bahagian hadapan.

Bagi mengeluarkan jawapan akhir pula, guru perlu menegaskan kepada murid bahawa

jika kehendak soalan inginkan jawapan untuk unit yang berada di bahagian hadapan Tiang T,

titik perpuluhan wujud. Namun, jika kehendak soalan inginkan jawapan untuk unit yang

berada di bahagian belakang Tiang T, titik perpuluhan diabaikan.

5

1000km m

Page 6: Tiang t Berlajur

TIANG T BERLAJUR

Contoh 1:-

4 cm = __________ m

= 0.04 m

Contoh 2:-

3.5 m = ____________ cm

= 350 cm

Contoh 3:-

3 m 5 cm = ___________ cm

6

100

100

100

m cm

0 0 4

m cm

3 5 0

m cm

3 0 5

Page 7: Tiang t Berlajur

TIANG T BERLAJUR

= 305 cm

Kesimpulan

Selepas menggunakan Tiang T Berlajur semasa proses pengajaran dan pembelajaran, saya

dapati murid saya semakin mahir dalam menukar unit. Malahan, ada sebilangan kecil dari

mereka boleh menukar unit dari m kepada mm walaupun tidak diajar oleh saya. Ada

sebilangan murid saya juga sudah boleh mencongak sahaja hubungan antara unit yang saya

beri.

Namun, masih ada beberapa orang murid saya masih lagi melakukan kecuaian ketika

memasukkan nilai yang diberi. Apabila saya menegur bahawa nombor mereka salah, mereka

boleh membetulkan sendiri nilai tersebut.

Selain itu, Tiang T Berlajur juga turut saya aplikasikan ketika mengajar kemahiran

menambah, menolak, mendarab dan membahagi.

7