the erikson approach.ppt

23
The erikson approach

Upload: nurul-shahida-asmuni

Post on 16-Apr-2016

24 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: THE ERIKSON APPROACH.ppt

The erikson approach

Page 2: THE ERIKSON APPROACH.ppt

• PERKEMBANGAN SECARA MENYELURUH DAN BERSEPADU

• PEMBELAJARAN YANG MENGGEMBIRAKAN• PENGALAMAN YANG BERMAKNA• PENDIDIKAN SEPANJANG HAYAT

MODEL KURIKULUM PRASEKOLAH

PERKEMBANGAN KANAK-KANAK

• KECEKAPAN BERBAHASA DAN KOMUNIKASI• KEMAHIRAN BERFIKIR• BERAKHLAK MULIA DAN BERETIKA• BERKEYAKINAN DAN BERDISIPLIN• SIHAT DAN CERGAS• KREATIF, IMAGINATIF DAN EKSPRESIF

BERSEDIA KE SEKOLAH

ABP ABP

Page 3: THE ERIKSON APPROACH.ppt

THE ERIKSONIAN APPROACH Psikososial stage; oral, anal, lokomotor… Melalui penggunaan sensori-deria Belajar melalui aktiviti bermain

MODEL KURIKULUM

Page 4: THE ERIKSON APPROACH.ppt

4

Insanseimbang

Fizikal & EstetikaFizikal & EstetikaPerkembangan jasmani dan Perkembangan jasmani dan kesihatan untuk kesejahteraan dirikesihatan untuk kesejahteraan diriPemupukan daya imaginasi, Pemupukan daya imaginasi, kreativiti, bakat dan apresiasikreativiti, bakat dan apresiasi

KomunikasiKomunikasiPenggabungjalinan Penggabungjalinan kemahiran berbahasa kemahiran berbahasa semasa berinteraksi secara semasa berinteraksi secara verbal verbal dan dan non verbal non verbal dalam dalam bahasa Malaysia, bahasa bahasa Malaysia, bahasa Inggeris, bahasa Cina dan Inggeris, bahasa Cina dan bahasa Tamilbahasa Tamil

Keterampilan DiriKeterampilan DiriPemupukan kepimpinan Pemupukan kepimpinan dan sahsiah diri melalui dan sahsiah diri melalui aktiviti kurikulum dan aktiviti kurikulum dan kokurikulumkokurikulum

Sains & TeknologiSains & TeknologiPenguasaan pengetahuan sains, Penguasaan pengetahuan sains, kemahiran dan sikap saintifikkemahiran dan sikap saintifikPenguasaan pengetahuan dan Penguasaan pengetahuan dan kemahiran matematikkemahiran matematikPenguasaan pengetahuan dan Penguasaan pengetahuan dan kemahiran berasaskan teknologikemahiran berasaskan teknologi

KemanusiaanKemanusiaanPenguasaan ilmu dan amalan Penguasaan ilmu dan amalan tentang kemasyarakatan dan tentang kemasyarakatan dan alam sekitar setempat, negara alam sekitar setempat, negara dan globaldan globalPenghayatan semangat Penghayatan semangat patriotisme dan perpaduanpatriotisme dan perpaduan

Kerohanian, Sikap & NilaiKerohanian, Sikap & Nilai Penghayatan amalan agama, Penghayatan amalan agama, kepercayaan, sikap dan nilaikepercayaan, sikap dan nilai

Page 5: THE ERIKSON APPROACH.ppt

IDEA & PEMIKIRANPENDIDIKAN AWAL

KANAK-KANAK

PERSPEKTIF ISLAM

TEORI INTERAKSI

TEORI KEMATANGAN

TEORI HUMANISTIK

TEORI KECERDASANEMOSI

TEORI TINGKAH LAKU

TEORI KECERDASANPELBAGAI

TEORI SOSIOBUDAYA

Page 6: THE ERIKSON APPROACH.ppt

Teori Perkembangan Emosi Erikson

Teori Erikson terbina berdasarkan 5 prinsip utama :-

• Manusia mempunyai persamaan terhadap keperluan asas• Perkembangan manusia adalah dipengaruhi oleh tindak balas

terhadap keperluan-keperluan asas• Perkembangan manusia mempunyai tahap-tahap tertentu• Setiap tahap mempunyai konflik tersendiri dan konflik ini

perlu ditangani sebelum individu tersebut beralih ke tahap berikut dengan jayanya

• Kegagalan menangani konflik pada sesuatu tahap akan menjejaskan perkembangan tahap seterusnya

Page 7: THE ERIKSON APPROACH.ppt

• Menurut Erikson, kanak-kanak akan melalui 8 tahap perkembangan sepanjang kehidupan mereka. Bagi mencapai tahap kesempurnaan psikososial yang positif, setiap tahap perlu ditangani oleh individu tersebut dengan jayanya. Seandainya krisis yang berlaku pada tahap tertentu tidak dapat ditangani, individu tersebut akan berhadapan dengan kegagalan sepanjang hayatnya.

Page 8: THE ERIKSON APPROACH.ppt

Tahap Pertama – Percaya Lawan Tidak Percaya (0 – 18 Bulan)

• Pada tahap ini perasaan percaya lawan tidak percaya mula terbentuk dalam diri bayi. Perasaan percaya terhadap orang lain dan persekitaran akan terbentuk jika bayi tersebut memperoleh penjagaan yang berkualiti daripada pengasuhnya, terutama ibunya sendiri. Andai penjagaan yang tidak sempurna kepada bayi, maka akan terbina perasaan tidak percaya kepada orang lain.

• Sikap kepercayaan yang terbentuk akan memudahkan

individu menangani masalah yang dihadapinya. Maka, kaedah penjagaan bayi yang berkualiti dalam keluarga mempunyai pengaruh yang besar terhadap emosi dan perasaan percaya dalam diri bayi.

Page 9: THE ERIKSON APPROACH.ppt

Tahap Kedua – Autonomi Lawan Rasa Sangsi/Malu (18 Bulan-3 Tahun)

• Kanak-kanak mula bergerak dan bertindak secara sendiri. Segala aktiviti asas kehidupannya seperti mandi, makan, berpakaian dan ke tandas telah mula dapat dilakukan oleh mereka sendiri. Tahap ini, kanak-kanak mula ingin melakukan sesuatu aktiviti secara bebas tanpa gangguan orang lain.

• Keadaan ini merupakan detik permulaan bagi kanak-kanak membentuk rasa keyakinan diri. Keluarga perlu memberikan bimbingan dan tunjuk ajar bagi membantu kanak-kanak menyelesaikan konflik yang mereka hadapi.

Page 10: THE ERIKSON APPROACH.ppt

Tahap 3 – Inisiatif Lawan Rasa Bersalah (3 – 6 Tahun)

• Kanak-kanak lebih terdedah kepada cabaran kerana mereka mula berinteraksi dengan persekitaran yang lebih terbuka. Mereka bertindak dan meneroka bagi memenuhi keperluan intrinsik mereka yang sentiasa inginkan kelainan, baru dan mencabar. Mereka sering melakukan aktiviti di luar batas kemampuan seperti cuba membantu ibu membasuh pakaian dan memasak.

• Pada tahap ini, perkembangan kognitif kanak-kanak telah

mula meningkat. Kritikan negatif, hukuman dan dendaan menyebabkan timbul rasa bersalah dalam diri kanak-kanak dan tidak bermotivasi untuk meluaskan potensi dan bakat mereka. Ini akan mencetuskan masalah seperti suka bersendirian, tidak bersemangat dan takut untuk mencuba.

Page 11: THE ERIKSON APPROACH.ppt

Tahap 4 – Industri Lawan Rendah Diri (6 -12 Tahun)

• Kanak-kanak berada di alam persekolahan. Guru dan rakan sebaya mempunyai peranan dan pengaruh besar terhadap perkembangan mereka kerana sebahagian besar masa akan dihabiskan di sekolah. Pemikiran kanak-kanak pada tahap ini mula mencapai peringkat operasi konkrit , mampu membuat transformasi dan membentuk pertalian antara dua situasi melalui pemikiran logik.

• Kanak-kanak pada tahap ini berminat kepada aktiviti jika

bersesuaian dengan potensi dan kecenderungan mereka. Guru/ibu bapa berperanan membentuk dan membimbing kanak-kanak secara positif. Jika kritikan, kemarahan dan hukuman diberi tanpa penghargaan terhadap hasil kerja yang ditunjukkan, akan mengakibatkan timbul rasa rendah diri dan kurang yakin kepada kemampuan yang mereka miliki.

Page 12: THE ERIKSON APPROACH.ppt

Tahap 5 – Indentiti Lawan Kekeliruan Peranan (12 - 20 tahun)

• Tahap ini melibatkan remaja yang akan berusaha untuk mencari identiti dan persepsi diri mereka sendiri bagi memenuhi keperluan naluri mereka. Erikson berpandangan bahawa remaja akan sentiasa berusaha mencari dan mengenali diri mereka sendiri termasuk mencari kemungkinan teman hidup, peranan dalam keluarga dan masyarakat.

• Konflik mencari dan mengenal diri sendiri akan menjadi kompleks bila remaja akan berhadapan dengan pelbagai pilihan yang akan menjadikan mereka lebih sukar untuk memilih. Kegagalan membuat pilihan, akan menganggu persepsi mereka terhadap peranan dan sumbangan yang boleh dimainkan dalam masyarakat.

Page 13: THE ERIKSON APPROACH.ppt

Tahap 6 – Tahap Intimasi/Kemesraan Lawan Pengasingan Diri (20 - 40 tahun)

• Tahap ini individu mula membentuk hubungan yang akrab terutama dengan rakan berlainan jantina, mula memikir teman hidup, percintaan dan perkahwinan.

• Jika mereka gagal dalam membina hubungan yang akrab, gagal dalam percintaan atau perkahwinan, akan mula mengasingkan diri dan hidup dalam kesunyian.

Page 14: THE ERIKSON APPROACH.ppt

Tahap 7 - Generativiti Lawan Pemusatan Kendiri (40 - 60 tahun)

• Tahap ini, individu mula memikirkan isu-isu yang berhubung dengan kekeluargaan, mula memberi perhatian dan komitmen terhadap individu lain dan mula memberi sumbangan kepada masyarakat dan masa hadapan.

• Individu yang berjaya mengatasi konflik pada tahap

keakraban lawan pengasingan diri akan berusaha mencapai tahap generativiti, mempunyai pandangan positif dan berazam untuk berjaya secara optimum. Kehidupan akan menjadi lebih bermakna jika berjaya membentuk anak-anak menjadi orang berguna yang dapat memberi sumbangan kepada bangsa dan masyarakat.

Page 15: THE ERIKSON APPROACH.ppt

Tahap 8 - Kesepaduan Lawan Rasa Putus Asa (60 tahun ke atas)

• Tahap ini adalah pengakhiran tahap dewasa. Individu pada tahap ini, mula membuat refleksi apa yang telah berlaku dalam kehidupan yang dilaluinya selama ini. Jika individu tersebut berjaya menangani konflik, pada tahap-tahap sebelumya, individu itu akan membentuk rasa kesepaduan dan kepuasan dalam dirinya.

• Jika sebaliknya, kehidupannya dipenuhi dengan kekecewaan dan kegagalan pahit. Ini akan mewujudkan situasi rasa putus harapan dan penyesalan dalam diri individu tersebut.

Page 16: THE ERIKSON APPROACH.ppt

• Menekankan kepentingan hubungan sosial dengan individu-individu di persekitaran kanak-kanak

• personaliti seseorang kanak-kanak dibentuk hasil daripada perkembangan psikososial ini

• Erikson memperkenalkan lapan peringkat perkembangan psikososial

Page 17: THE ERIKSON APPROACH.ppt

Teori Perkembangan Sosial

• Erik Erikson– Teori Perkembangan Psikososial Erikson• Menerangkan perkembangan sosial manusia sebagai

satu siri perkembangan yang terdiri daripada lapan peringkat dan setiap peringkat mengandungi kecenderungan atau keinginan yang berkonflik• Individu dakatakan perlu menguasai kecekapan

tertentu dalam menghadapi setiap peringkat perkembangan ini

Page 18: THE ERIKSON APPROACH.ppt

PERINGKAT PERKEMBANGAN SOSIAL KANAK-KANAK MENGIKUT

TEORI PERKEMBANGAN PSIKOSOSIAL ERIKSON

Page 19: THE ERIKSON APPROACH.ppt

Autonomi lawan keraguan (1 hingga 3 tahun)

• Kanak-kanak akan cuba melakukan aktiviti fizikal tanpa memerlukan bantuan orang dewasa contohnya ingin cuba makan dan minum dengan sendiri, membuang air, memakai kasut dan sebagainya.

• Kanak-kanak yang diberi sokongan untuk meneroka perlakuan fizikal ini akan merasa mempunyai keyakinan diri atau autonomi manakala yang tidak diberi peluang akan merasa ragu-ragu kepada dirinya.

Page 20: THE ERIKSON APPROACH.ppt

Inisiatif lawan rasa berasa bersalah (4 hingga 6 tahun)

• Kanak-kanak cuba berdikari dengan meneroka persekitaran dan kemahiran baru. Mereka suka bertanya dan mahu penjelasan untuk situasi yang berlaku.

• Sokongan yang diberi akan menggalakkan inisiatif dalam diri kanak-kanak. Kanak-kanak yang tidak diberi peluang akan rasa bersalah kepada dirinya.

Page 21: THE ERIKSON APPROACH.ppt

-Pembentukan kesedaran kendiri melalui identifikasi dengan ibu bapa dan kesedaran tentang tanggungjawab atas tindakan sendiri.

-Ibu bapa yang sentiasa memberi sokongan

-Identifikasi

Berdaya Tindak lwn Rasa Bersalah( 2 atau 3 tahun-6 tahun)

Page 22: THE ERIKSON APPROACH.ppt

- Kecekapan yang diperlukan ialah pembentukan kesedaran tentang daya usaha dan daya tinda.

- Namun demikian,masih wujud keinginan untuk mengekalkan keselesaan dan keselamatan yang diperoleh dengan menerima kawalan dan tanggungjawab daripada orang dewasa.

Page 23: THE ERIKSON APPROACH.ppt

Rajin lwn Rendah Diri (6-11 tahun)

-Pembentukan nilai kendiri yang kuat melalui interaksi dengan rakan sebaya.Sekolah dan guru-Pendidikan dan pembelajaran-GalakanPerkembangan yang dinyatakan di sini hanya merangkumi kanak-kanak pertengahan & kanak-kanak akhir.