tesis phd undang – undang

52
Tesis PHD undang – undang di dalam bahasa Melayu Universiti Kebangsaan Malaysia Fakulti Undang-undang Program PHD Undang-undang P58462 Musbri Mohamed DIL; ADIL ( ITM ) MBL ( UKM ) 1

Upload: musbri-mohamed

Post on 02-Jul-2015

374 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Tesis PHD undang – undang

1

Tesis PHD undang – undang di dalam bahasa Melayu

Universiti Kebangsaan MalaysiaFakulti Undang-undangProgram PHD Undang-undangP58462

Musbri MohamedDIL; ADIL ( ITM )MBL ( UKM )

Page 2: Tesis PHD undang – undang

2

Di Malaysia , sebahagian besar tenaga pengajar, kehakiman serta peguam mengikuti pengajian tinggi bidang undang-undang dalam bahasa Inggeris. Pada umumnya kesemua golongan yang terlibat dalam melanjutkan pelajaran undang-undang di peringkat pengajian tinggi, bahasa pengantar yang diikuti ialah Inggeris.

Pengamal undang-undang di Malaysia mempunyai kelulusan dalam Bahasa Malaysia di peringkat sekolah menengah. Sebilangan besar yang mengikuti pengajian tinggi undang-undang dalam dwibahasa, iaitu bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Ini jelas menujukkan bahawa mereka boleh menguasai dua bahasa utama.

Page 3: Tesis PHD undang – undang

3

Page 4: Tesis PHD undang – undang

4

Penulisan di peringkat kedoktoran undang-undang kebiasaannya adalah menggunakan bahasa Inggeris kerana keperluan sumber rujukan .

Agak sukar menyediakan dan membentangkan tesis PHD di dalam bahasa Melayu sebagaimana yang telah dihadapi penulis.

Demi memertabatkan bahasa Melayu maka penulis telah menyiapkan tesis PHD undang-undang di dalam bahasa Melayu. Perkara yang paling menyukarkan penulis ialah sumber dan juga temuduga dengan responden-responden yang kurang memahami bidang kajian penulis di dalam bahasa Melayu kerana ianya melibatkan doktrin korporat yang berasal daripada Amerika Syarikat yang diaplikasi ke dalam Akta Syarikat 1965.

Page 5: Tesis PHD undang – undang

5

Perkembangan dan pembangunan semasa sistem internet telah mendorong ramai pelajar Sarjana dan PHD menyiapkan tesis mereka di dalam bahasa Inggeris. Di dalam kes penulis maka sindrom copy and paste tiada berlaku kerana tiada sumber di dalam bahasa Melayu dan sistem terjemahan juga tidak relevan di dalam bidang kajian PHD penulis.

Undang-undang syarikat di dalam pemahaman ramai pengamal perundangan di Malaysia termasuk para pelajar undang-undang adalah berasal daripada England. Undang-undang syarikat ini kemudiannya tersebar luas serta diamalkan ke tanah jajahan British seperti USA, Australia, India dan Malaysia. Kini Akta Syarikat 1965 (Akta 125) di Malaysia mengandungi 374 seksyen manakala undang-undang syarikat di England telah distatutkan di bawah Companies Act 2006 yang mengandungi 1,300 seksyen terdiri daripada 700 muka surat adalah merupakan di antara statut khusus berkenaan undang-undang syarikat yang terperinci, komprehensif dan terpanjang di dunia.

Undang-undang syarikat adalah suatu bidang pengkajian ilmu serta amalan yang disifatkan agak kaku, sejuk dan beku bagi sesetengah pelajar dan juga para peguam serta ahli perniagaan yang menjalankan urusan dan amalan guaman di Malaysia. Namun perkembangan terbaru di permulaan Abad ke 21 dengan skandal Enron di USA telah memanaskan dunia korporat serta perundangan global khususnya undang-undang syarikat dan dengan itu juga menjadikan undang-undang syarikat semakin menarik minat dan perhatian kesemua pihak samada mereka itu adalah ahli perniagaan atau bukan ahli perniagaan.

Page 6: Tesis PHD undang – undang

6

Prinsip – prinsip undang-undang serta doktrin undang-undang syarikat

seperti entiti berasingan, tabir korporat, melampaui kuasa, penindasan minoriti, pelbagai hak pemegang saham dan pengulungan syarikat adalah di antara isu-isu yang kadang kala amat merisaukan serta mengelirukan. Dan pengenalan prinsip baru bagi tujuan pengukuhan urus tadbir korporat seperti peraturan keputusan urus niaga yang sebelum ini merupakan pelabuhan selamat untuk para pengarah dan pegawai syarikat telah mengundang lebih masalah kepada pemahaman undang-undang syarikat di Malaysia.

Bagi ramai pelajar serta pengamal korporat masih membuat anggapan dan berpegang bahawa tujuan prinsip utama undang-undang syarikat termasuk peraturan keputusan urus niaga adalah bagi tujuan memaksimakan keuntungan para pemegang saham.

Page 7: Tesis PHD undang – undang

7

Kita dapati bahawa pengenalan peraturan keputusan urus niaga ini adalah dirasional sebagai suatu kaedah penyelesaian dalam membuat keputusan urus niaga yang selalu melibatkan unsur penanggungan risiko. Di dalam transaksi komersial maka pengarah adalah sering kali berhadapan dengan situasi di mana mereka perlu melaksana kuasa di mana keputusan mereka itu kadang kala adalah menjejaskan syarikat mereka. Dengan memasukkan BJR maka ianya memberikan perseimbangan pengambilan risiko yang sah di bawah perlindungan perundangan di bawah peraturan ini berbanding dengan keputusan yang tidak berhemat serta cuai yang mana telah dibuat tanpa penilaian yang relevan dan perlu serta tidak dimaklumkan berkenaan potensi risiko berbuat sedemikian.

Peraturan ini merupakan satu belaan untuk pengarah sekiranya di dalam melaksanakan keputusan urus niaga ini maka pengarah telah memenuhi pra-syarat membuat keputusan urus niaga dengan suci hati bagi tujuan yang patut; tidak mempunyai kepentingan tersendiri yang material di dalam tajuk perkara keputusan urus niaga tersebut; telah diberitahu mengenai tajuk perkara keputusan urus niaga ke takat mana pengarah secara menasabah percayai sebagai patut di dalam keadaan tersebut; dan dengan menasabah pecayai bahawa keputusan urus niaga adalah untuk manfaat sebaik-baiknya untuk syarikat tersebut.

Page 8: Tesis PHD undang – undang

8

Secara am peraturan keputusan urus niaga telah menyentuh segala aspek

berkenaan undang-undang korporat darihal kecuaian pengarah dan salahguna kedudukan sehingga penepian tindakan litigasi yang dimulakan oleh pemegang saham. Pelbagai kes dan penghakiman mahkamah mengenainya sudah diperbuat termasuk analisa daripada pelbagai sarjana luar negara. Walaupun segala tumpuan terarah kepadanya namun peraturan keputusan urus niaga masih sukar difahami. Sejauhmana selamat dan mantap doktrin penggunaan peraturan keputusan urus niaga sebagai pelabuhan selamat dapat berfungsi di Malaysia boleh kita nilai daripada penemuan dan dapatan di dalam tesis PHD ini dan di dalam proses ini juga maka kita akan dapati samada ianya bermatlamat bagi tujuan memaksimakan keuntungan pemegang saham atau bagi tujuan pembangunan urus tadbir korporat.

Page 9: Tesis PHD undang – undang

9

Tesis PHD yang diselidiki, disediakan dan dibentangkan oleh pelajar di sini akan memaparkan konsep dan amalan peraturan keputusan urus niaga ( peraturan keputusan urus niaga kemudian ini disebut di dalam tesis ini secara ringkas sebagai “BJR” ) di bawah s 132(1B) Akta Syarikat 1965 ( s 132(1B) Akta Syarikat 1965 kemudian ini disebut secara ringkas sebagai “s 132(1B) AS”) di Malaysia secara perbandingan dengan amalan BJR di Amerika Syarikat (USA) , Australia, United Kingdom (UK) , Filipina, Hong Kong, Kesatuan Eropah (EU) , Amerika Selatan , Korea Selatan dan juga Jepun .

Page 10: Tesis PHD undang – undang

10

Objektif asas tesis ini adalah bagi memperkenalkan, membincangkan serta menganalisa pemakaian BJR di Malaysia yang telah berkuatkuasa pada 15 hb. Ogos, 2007. Ianya telah mula diperkenalkan oleh YB Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna pada 30 hb. November, 2004 bagi tujuan membentuk amalan pengurusan korporat yang terbaik untuk syarikat-syarikat yang beroperasi di Malaysia agar setaraf dengan syarikat-syarikat yang beroperasi di negara-negara maju seperti yang diamalkan di Australia, Britain dan USA. Dan pengenalan BJR diresmikan dengan termaktubnya BJR sebagai s 132(1B) AS di persada dunia korporat Malaysia adalah sesuatu yang dialu-alukan oleh pihak perdagangan di Malaysia namun perkembangan semasa tentang percambahan BJR di peringkat serantau dan global adalah satu fenomena yang perlu diperhatikan serta difahami secara serius , berterusan dan teliti daripada perspektif akademik maupun profesional di Malaysia.

Page 11: Tesis PHD undang – undang

11

Kita sedia memahami bahawa globalisasi akan mencapai titik di tahap optima dengan keberkesanan teknologi serta teknologi maklumat . Dan kita juga maklumi bahawa pelaburan di dalam industri berasaskan pengetahuan ini adalah memerlukan suntikan modal yang amat besar oleh syarikat yang terlibat bermula daripada penyelidikan dan pembangunan sehingga peringkat operasi, pemasaran , pemantauan serta khidmat selepas jualan yang mana secara relatif maka risiko dan untung-rugi kepada pelaburan ini juga sudah tentunya tidak kecil.

Page 12: Tesis PHD undang – undang

12

Page 13: Tesis PHD undang – undang

13

Globalisasi di permulaan Abad ke 21 kini telah ujud secara pantas dan tuntas kerana dasar langit terbuka dengan peranan internet yang telah membuatkan kesemua negara di dunia kini seolah kehilangan sempadan kawasan dan juga sempadan masa. Penghuni pula menjadi pewaris bersama kepada suatu budaya global bersama kemunculan struktur sosial yang sedang berkembang.

Globalisasi didefinisikan sebagai keadaan di mana ianya merupakan satu proses sosial yang mana merangkumi keadaan geografi, sosial dan suasana budaya yang kini mulai menghadapi beberapa kekurangan serta ianya merubah keadaan masyarakat menjadi begitu prihatin terhadap segala kekurangan yang mereka ada.

Page 14: Tesis PHD undang – undang

14

Buku yang ditulis oleh Thomas Friedman yang bertajuk The World is Flat

telah membahagikan tempoh globalisasi kepada tiga peringkat.

Peringkat pertama bermula pada 1492 sehingga 1800 ditandakan dengan tarikh apabila Christopher Columbus mula mengelilingi dunia di mana era globalisasi ini telah digerakkan oleh negara dan kudrat.

Peringkat kedua globalisasi bermula pada 1800 hingga 2000 yang mana telah pula digerakkan oleh syarikat multinasional.

Manakala peringkat mutakhir globalisasi yang diistilahkan beliau sebagai globalisasi 3.0, bermula pada alaf ketiga abad ke-21 yang digerakkan individu dan kumpulan yang memanfaatkan perisian bidang teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).

Page 15: Tesis PHD undang – undang

15

Page 16: Tesis PHD undang – undang

16

Di dalam senario globalisasi ini sekiranya tanpa sebarang jaminan maka pihak pengurusan perniagaan khususnya para pengarah serta pegawai-pegawai syarikat sudah tentu teragak-agak untuk membuat keputusan urus niaga kerana gusar dengan implikasi pelaburan berkenaan yang akan signifikan nilainya serta akan terpalit secara negatif bersama liabiliti ke atas diri mereka secara individu sekiranya berlaku kerugian ke atas syarikat disebabkan pelaburan tersebut.

Perkembangan krisis sistem kewangan serta ekonomi dunia yang gawat bermula pada pertengahan tahun 2007 sehingga kini telah melahirkan pelbagai rungutan terhadap institusi perniagaan yang juga mengakibatkan kritikan-kritikan serta pendakwaan dan tuntutan terhadap para pengarah dan pegawai syarikat di dalam dan di luar negara yang seolah akan pula mengundang satu polemik dalam amalan dan juga pelaksanaan BJR di Malaysia di bawah s 132(1B) AS .

Page 17: Tesis PHD undang – undang

17

Sebelum kelulusan kepada pindaan dan tambahan di Parlimen Malaysia untuk s 132(1B) AS ini diluluskan maka isu-isu di hadapan Jawatankuasa Kewangan Tabir Urus Korporat (FCCG) adalah : Adakah BJR secara statutori perlu diperkenalkan ?

Adalah dihujahkan bahawa sekiranya objektif kelulusan adalah untuk mengalakkan BJR yang rasional, telus dan jujur oleh pengarah maka adakah pengarah memerlukan BJR sebagai pembelaan berbentuk peribadi daripada sebarang pecah tugas berkenaan ?

Page 18: Tesis PHD undang – undang

18

Jawatankuasa Tertinggi Kewangan Tabir Urus Korporat mencatatkan

keujudan BJR adalah bagi melindungi pengarah-pengarah syarikat di USA dan Australia serta dengan itu mengesyorkan agar BJR diberi kesan undang-undang dalam bentuk statut di Malaysia .

Manakala itu di bawah common law pihak Mahkamah agak kurang senang untuk menggunakan BJR yang diperbuat oleh pengarah atau pemegang saham. Walau bagaimanapun Mahkamah akan memutuskan bahawa BJR tidak boleh terpakai sekiranya keputusan BJR tersebut tidak berdasarkan suci hati bagi kepentingan syarikat ataupun terdapat motif yang tersendiri atau bersalahan.

Page 19: Tesis PHD undang – undang

19

Pelajar berpandangan bahawa rujukan juga perlu dibuat kepada

definisi “ keputusan urus niaga ” di bawah s 132(6) AS . Seksyen ini menyatakan bahawa keputusan urus niaga bermaksud sebagai ertinya “mana-mana keputusan sama ada untuk mengambil tindakan atau tidak berkenaan dengan perkara yang relevan kepada urus niaga syarikat”.

Seksyen ini mungkin digubal bagi merangkumi kedua-dua perkara yakni perbuatan dan juga ketinggalan perbuatan berkaitan urus niaga.

Page 20: Tesis PHD undang – undang

20

Namun demikian dalam pemahaman pelajar definisi ini adalah tidak

komprehensif . Ayat mendefinisi ini telah menimbulkan keraguan samada definisi ini merangkumi kesemua keputusan berkenaan aktiviti perniagaan syarikat atau hanya merangkumi keputusan sama ada untuk mengambil tindakan atau tidak berkenaan dengan sesuatu perkara.

Secara alternatif pelajar mencadangkan perkataan “termasuk” sebelum perkataan “mana-mana keputusan” atau definisi berkenaan adalah tanpa menggunakan perkataan “sama ada untuk mengambil tindakan atau tidak” bagi membawa maksud ayat tersebut akan merangkumi semua keputusan berkaitan perniagaan syarikat.

Page 21: Tesis PHD undang – undang

21

Adalah dicatatkan bahawa pengarah hanya akan memperolehi

perlindungan di bawah BJR sekirannya beliau tidak mempunyai kepentingan material yang peribadi di dalam urus niaga . Sehubungan itu pula terdapat serta timbul kekaburan bagi menentukan bilakah kepentingan itu akan menjadi material.

Di satu sudut kita dapati bahawa BJR seolah tiada mempunyai dimensi moral atau etika. Peraturannya adalah amat sempurna serta pratikal. Kekayaan syarikat adalah dimaksimakan apabila syarikat ditadbir oleh pengarah yang menyedari bahawa keputusan mereka akan dikaji semula oleh pelabur yakni pemegang saham dan rakan perniagaan tetapi bukan oleh mahkamah.

Page 22: Tesis PHD undang – undang

22

Menggubal dan menjadikan keputusan urus niaga sebagai peruntukan ke dalam

akta syarikat adalah satu perkembangan yang amat dialu-alukan. Mahkamah secara tradisinya agak sukar untuk menilai atau memutuskan tindakan dan pengurusan perniagaan yang dibuat oleh para pengarah.

Peruntukan s 132 (1B) AS ini akan membolehkan kedua-duanya iaitu pengarah dan mahkamah menentukan bila keputusan urus niaga akan melindungi pengarah daripada tuntutan apabila keputusan urus niaga telah silap dan mendatangkan kerugian kepada syarikat.

Page 23: Tesis PHD undang – undang

23

Seperti dinyatakan di atas , mahkamah common law telah menunjukkan keberatan bagi mempersoalkan keputusan pengurusan dan juga keputusan urus niaga yang dibuat oleh pengarah dan ini digambarkan di dalam peruntukan statutori baru ini. Pada peringkat ini adalah tidak jelas bagaimana mahkamah di Malaysia akan menggunakan peraturan ini bagi melindungi pengarah. Satu soalan penting yang akan dihadapi oleh mahkamah di masa hadapan adalah walau dengan kehadiran BJR namun mahkamah akan tetap menilai keputusan urus niaga yang dibuat oleh pengarah bilamana mereka membuat kesilapan besar di dalam proses membuat keputusan yang berupaya menimbulkan kesangsian terhadap kesucian hati mereka. Adalah perlu dicatatkan bahawa sekiranya pengarah telah memenuhi keperluan subseksyen 1B, dia adalah dianggap “telah memenuhi keperluan tugas pengarah di bawah subseksyen 1A dan juga tugas yang sama di bawah common law serta juga ekuiti .

Page 24: Tesis PHD undang – undang

24

Di USA , BJR adalah dirujuk sebagai prinsip undang-undang di mana

Mahkamah memperuntukkan ruang yang luas kepada pengarah dan pegawai dalam pengurusan syarikat selagi ianya dilaksanakan secara jujur serta tanpa berpihak. BJR di USA adalah dianggap sebagai perisai untuk pembuat dasar korporat daripada dipertikaikan atau dibuat telahan kedua oleh pihak penilai yakni mahkamah serta ianya juga adalah sebagai perlindungan oleh kerana perlakuan menasabah dan berhemat yang telah dilaksanakan oleh mereka atas keupayaan seorang pengarah bagi tujuan memperkayakan syarikat yang mereka wakili. Di satu sudut dilihat BJR adalah ibarat sebuah pelabuhan yang selamat untuk pengarah dan juga pihak pengurusan syarikat.

Page 25: Tesis PHD undang – undang

25

Page 26: Tesis PHD undang – undang

26

Page 27: Tesis PHD undang – undang

27

Manakala di Australia, pihak CLERP telah mencadangkan satu BJR

dalam bentuk statutori dan ianya kemudian telah dimaktubkan di dalam Corporation Act 2001 di s 180(2) akta berkenaan. Peruntukan ini adalah sama dengan s 132(1B) AS di Malaysia.

Isu utama ini timbul kerana BJR yang asalnya diperkenalkan di USA telah didapati kurang selesa dengan perkembangan semasa yang berlaku di USA sendiri melalui kes seperti diutarakan oleh Unocal v. Messa Petroleum dan kedudukan ini diburukkan khususnya dengan keujudan kegawatan sistem kewangan serta ekonomi dunia masakini bermula tahun 2007 yang mana dengan itu kebanyakan keputusan pengarah syarikat termasuk yang memakai amalan BJR telah sama dipersoalkan dengan lebih vokal dan kritikal.

Page 28: Tesis PHD undang – undang

28

Kita dapati bahawa Mahkamah di dalam Unocal seolah telah tidak menggunakan BJR tetapi Mahkamah telah mencipta serta menuntut satu tahap tanggungjawapan yang lebih tinggi daripada pengarah bagi kepentingan pemegang saham dan bukan sekadar pengarah perlu menjaga pekerjaan mereka. Dengan itu tahap kawalan pengarah telah diperincikan dan dipertingkatkan oleh Mahkamah di mana kewajaran dan logik tindakan pengarah dinilai samada telah secara menasabah menjaga kepentingan korporat syarikat. Di dalam kes Unocal ini Mahkamah telah memutuskan bahawa pengarah telah berjaya melaksanakan tugasnya secara menasabah.

Page 29: Tesis PHD undang – undang

29

Namun sebelum kes Unocal ini bagi kes-kes BJR di USA maka pihak Mahkamah

tidak membuat nilaian substantif terhadap keputusan oleh lembaga pengarah kerana Mahkamah akan membuang kes penuntut jika diputuskan bahawa tindakan pengarah adalah perbuatan BJR tanpa Mahkamah perlu bertindak untuk membicarakan merit kes BJR berkenaan.

Status kedudukan BJR di mana Mahkamah dibenarkan untuk mengulangkaji BJR yang dilaksanakan oleh pengarah korporat telah terserlah pada tahun 2005 di USA berkemungkinan kerana fakta perkembangan semasa. Walaupun pandangan secara konvensional di kalangan cendiakawan perundangan menghalang ulangkaji BJR namun pada tahun berkenaan Mahkamah Delaware sendiri secara jelas kini menetapkan bahawa kadang kala keputusan BJR oleh pengarah itu perlu dipertimbangkan bagi dipastikan bahawa tindakan ini telah dilaksanakan oleh pengarah dengan niat baik.

Page 30: Tesis PHD undang – undang

30

Secara khusus mulai 2005 kita dapati bahawa di mana keterangan menunjukkan bahawa bilamana pengarah bertindak secara rasional maka ianya diandaikan bahawa tindakan itu bersama niat baik dan di dalam senario ini maka Mahkamah tidak akan mengulangkaji tindakan pengarah berkenaan. Dan sebaliknya sekiranya keputusan pengarah berkenaan tidak mudah untuk dapat dijustifikasikan maka Mahkamah akan pergi kepada merit bagi melayakkan ianya tergolong untuk dilindungi di bawah BJR.

Inilah yang telah diputuskan oleh Delaware Court of Chancery pada tahun 2005 di dalam kes In re The Walt Disney Co. Derivative Litigation yangmana kes berkenaan melibatkan keputusan Lembaga Pengarah Disney yang meluluskan sejumlah US 140 Juta bagi Presiden Disyney. Membayar kepada Michael Ovitz sejumlah $140 juta setelah hanya 14 bulan beliau menyandang jawatan bukanlah satu keputusan yang bijak oleh Lembaga Pengarah.

Page 31: Tesis PHD undang – undang

31

Dengan kedudukan bahawa Mahkamah Delaware sendiri yang telah membenarkan ulangkaji tindakan pengarah jika ianya lemah serta mengakibatkan tindakan pengarah berkenaan boleh dianggap sebagai kebodohan terlampau oleh pengarah maka dengan itu kesannya di dalam situasi begini menjadikan elemen suci hati boleh terbatal dengan sendirinya. Perkembangan-perkembangan di USA berkenaan isu BJR ini akan memberikan implikasi undang-undang syarikat di Malaysia kerana konsep BJR adalah secara teknikal telah diambil oleh Malaysia daripada USA. Ini kerana perkataan-perkataan yang digunakan di dalam s 132(1B) AS telah diambil serta diceduk daripada s 180 (2) di bawah Corporations Act 2001 di Australia. Manakala Australia pula sebelum itu telah mengambil perkataan-perkataan berkenaan daripada USA.

Page 32: Tesis PHD undang – undang

32

Page 33: Tesis PHD undang – undang

33

Di dalam kekalutan ekonomi dan mengakibatkan ketelusan keputusan urus niaga para pengarah diperhalusi kini maka kemunculan badan seperti Minority Shareholder Watchdog Group (MSWG) di Malaysia juga telah menyediakan satu bentuk lagi cabaran yang baru kepada pengarah dalam menggunapakai konsep BJR di Malaysia. Dan isu bagi BJR ini juga telah muncul di United Kingdom, Hong Kong, Kesatuan Eropah dan Jepun.

Isu-isu baru seperti pekerja, pembekal, pembeli, masyarakat, pembangunan mampan dan isu alam sekitar dianggap perlu dalam keputusan BJR telah timbul di UK pada tahun 2006 melalui S 172(1) Akta Syarikat UK. Manakala di Kesatuan Eropah yakni di German pula bagi menggunakan BJR maka para pengarah sudah tentu perlu mengemukakan keterangan melebihi tahap yang ujud di USA.

Page 34: Tesis PHD undang – undang

34

Sehingga setakat ini pembelaan BJR belum lagi digunapakai oleh

pengarah di dalam kes-kes syarikat yang dilapurkan di mahkamah dalam Malaysia. Namun dengan perkembangan di dalam dan juga di luar USA maka berkemungkinan kini terdapat pihak berkuasa , pemegang saham atau pemberi hutang atau pekerja yang kerugian di dalam operasi syarikat akan mencabar dan menuntut terhadap pengarah atau pegawai syarikat di mahkamah yang sudah tentu akan mengakibatkan BJR digunapakai oleh pengarah atau pegawai syarikat berkenaan di Malaysia.

Page 35: Tesis PHD undang – undang

35

BJR boleh didefinisikan sebagai doktrin undang-undang yang

melindungi pengarah dan pegawai syarikat daripada bertanggungjawab secara peribadi sekiranya tindakan mereka dilakukan secara suci hati, tujuan yang patut dan di dalam bidang kuasa mereka. Konsep BJR telah menjadi perisai bagi pengarah daripada tanggungan diri mereka. Tegasnya intipati konsep ini adalah di mana para hakim tidak akan membuat telahan kedua akan keputusan pengarah kecuali ada sebab yang jelas bagi beliau untuk melakukan pertimbangan kedua berkenaan.

Page 36: Tesis PHD undang – undang

36

Walaupun pemahaman konsep perundangan BJR ini lebih kurang sama di kebanyakan negara namun pelaksanaannya mungkin berbeza . Ini kerana trend korporat moden yang berpaksikan akauntabiliti dan kelancaran ekonomi mungkin mengarah kepada pelaksanaan BJR yang bertaraf sederhana atau tinggi di sesuatu lokasi atau negara berbanding dengan lokasi atau negara yang berlainan.

Page 37: Tesis PHD undang – undang

37

Page 38: Tesis PHD undang – undang

38

Mahkamah adalah betul untuk tidak menganalisa keputusan pengarah kecuali ianya jelas di mata Mahkamah bahawa telah berlaku percanggahan kepentingan yang mempengaruhi keputusannya. Dasar ini telah menyenangkan dan memudahkan pengarah dalam pertimbangan mengambil risiko bagi kepentingan syarikat yang diwakilinya.

Para pengarah bebas untuk membuat keputusan khususnya BJR tanpa dibayangi kesangsian dengan ancaman tanggungan yang tidak sepatutnya.

Page 39: Tesis PHD undang – undang

39

Adalah salah dan tidak benar untuk menyatakan bahawa Mahkamah tidak mengambilkira keputusan pengarah khususnya yang besar dan berat implikasinya terhadap syarikat. Pendekatan yang mengenepikan kebolehan Mahkamah untuk menilai pengarah yang menasabah adalah tidak tepat. Sekiranya tidak timbul keterangan di dalam pertikaian berkenaan keputusan pengarah atau minda pengarah namun terdapat keputusan pengarah yang dipertikai atau tidak menasabah maka Mahkamah akan bersedia untuk menilai keputusan pengarah tersebut dengan siasatan yang lebih teliti, menyeluruh dan relevan.

Page 40: Tesis PHD undang – undang

40

Page 41: Tesis PHD undang – undang

41

Pihak Mahkamah tidak akan cenderung untuk menetapkan tanggungan kepada kelemahan, kekurangan atau kebodohan pengarah namun Mahkamah akan senantiasa bersedia meneliti kerana niat suci hati boleh lesap dan hanya tinggal kewajipan atas dasar kesetiaan semata-mata.

Adalah tiada masalah untuk bertanya apakah yang akan dibuat oleh seorang pengarah yang menasabah. Ini kerana seorang pengarah yang menasabah akan membuat keputusan urus niaga sebagaimana seorang pengarah yang rasional bersama dengan niat suci hati. Dan taraf keputusan itu adalah tidak melebihi tahap yang ditentukan di bawah BJR.

Page 42: Tesis PHD undang – undang

42

Pengurusan korporat juga memerlukan seorang pengurus untuk mengambilkira kepentingan seorang pemberi hutang , pemegang saham dan pekerja.

Senario BJR adalah keadaan bilamana status kewangan bagi pemegang saham , pekerja dan pemberi hutang boleh tergugat. Ini kerana dari satu sudut kita lihat bahawa BJR seolah hanya akan melindungi pengarah , itu kerana kerana perancangan, pelaksanaan dan pemantauan hanya dilaksanakan oleh pengarah.

Page 43: Tesis PHD undang – undang

43

Penyelidikan bagi BJR ini adalah secara khusus amat relevan dalam bidang akademik kerana penemuannya akan dapat menerangkan keperluan tugas pengarah dalam mempratikkan BJR yang lebih ideal dan praktikal di Malaysia.

BJR kini telah mendapat lebih banyak liputan di peringkat global bermula titik awal Abad ke 21 apabila berlaku beberapa skandal pengurusan tertinggi syarikat multinasional di USA serta ianya kemudian diikuti pula oleh kegawatan ekonomi dunia yang lebih mengugat serta membingungkan dunia tanpa mendapat kepastian pemulihannya sehingga hari ini.

Page 44: Tesis PHD undang – undang

44

Page 45: Tesis PHD undang – undang

45

Kini keputusan pengurusan urus tadbir korporat juga pastinya

memerlukan seorang pengarah atau pengurus untuk wajib mengambilkira kepentingan seorang pemegang saham, pemberi hutang dan pekerja.

Bank Dunia telah mentakrifkan urus tadbir korporat adalah berkenaan mengekalkan perseimbangan di antara matlamat sosial dan ekonomi di antara individu serta pengunaan sumber yang cekap bersama kebertanggungjawaban bagi pengelolalan sumber berkenaan. Tujuan adalah bagi kerjasama rapat untuk kepentingan individu, perbadanan dan masyarakat.

Page 46: Tesis PHD undang – undang

46

Di Kuala Lumpur ; Sime Darby Bhd telah mengfailkan saman sibil

terhadap bekas ketua pegawai eksekutif iaitu Datuk Seri Ahmad Zubir Murshid dan empat pegawai eksekutif bagi mendapatkan gantirugi berjumlah RM340 juta akibat tiga projek tenaga yang menanggung kerugian.

Empat eksekutif Sime Darby berkenaan adalah Datuk Mohamad Shukri Baharom (bekas naib presiden kumpulan bahagian utiliti & tenaga ), Abdul Rahim Ismail (bekas ketua pegawai kewangan kumpulan bahagian utiliti & tenaga ) , Abdul Kadir Alias (bekas ketua bahagian minyak & gas kumpulan utiliti & tenaga ) dan Mohd Zaki bin Othman (bekas pengurus besar kanan Sime Darby Engneering Sdn Bhd).

Page 47: Tesis PHD undang – undang

47

Di USA , sebelum bencana Enron , lembaga pengarah di dalam

sesuatu perbadanan mempunyai banyak budibicara dalam melaksanakan peranan serta tanggungjawab urus tadbir korporat. Kegagalan teruk Enron adalah manifestasi kegagalan serius disebabkan lapuran kewangan dan perakaunan termasuk juga kerana pertelingkahan pengurusan di antara lembaga pengarah dengan jawatankuasa audit.

Petikan popular perkataan oleh Charles Dickens mungkin amat relevan kepada suasana lembaga pengarah korporat masa kini : ini adalah masa terbaik dan juga masa terburuk bagi dunia korporat ( these are the best of times and the worst of times ) .

Page 48: Tesis PHD undang – undang

48

Page 49: Tesis PHD undang – undang

49

Page 50: Tesis PHD undang – undang

50

What “PhD” Really Stands for…

* Patiently hoping for a Degree* Piled higher and Deeper* Professorship? hah! Dream on!* Please hire. Desperate.* Physiologically Deficient* Pour him (or her) a Drink* Philosophically Disturbed* Probably headed for Divorce* Pathetically hopeless Dweeb* Probably heavily in Debt* Parents have Doubts* Professors had Doubts* Pheromone Deprived* Probably hard to Describe* Patiently headed Downhill…* Permanent head Damage

Page 51: Tesis PHD undang – undang

51

* Pulsating heaving Disaster?* Pretty homely Dork* Potential heavy Drinker* Professional hamburger Dispenser* Post hole Digger* Professional hair Dresser* Progressive heart Doctor* Piano hauling Done* Pro at hurling Darts* Professional hugger of Dames* Private house Detective* Pizza hut Driver* Pretty heavily Depressed* Pretty heavy Diploma* Promised hell Down-the-road* Processed here, Dammit

Page 52: Tesis PHD undang – undang

52

Sehubungan itu maka soalan kajian utama yang boleh terbentuk untuk tesis ini adalah ditetapkan oleh pelajar sebagai tajuk tesis sebagaimana berikut :

Peraturan keputusan urus niaga di bawah peruntukan s 132 (1B) Akta Syarikat 1965 adalah bagi memaksimakan keuntungan atau untuk membangunkan urus tadbir korporat di Malaysia?

Musbri Bin Mohamed 2010