tesis kajian perkembangan ekonomi negeri kelantan

48
BAB 1 SEJARAH DAN PEMERINTAH AWAL NEGERI KELANTAN SERTA KEDUDUKAN EKONOMI MASYARAKAT MELAYU DARI TAHUN 1959 SEHINGGA 2009. Pengenalan Kelantan merupakan negeri yang paling tua di Semenanjung Tanah Melayu. Bumi Kelantan telahpun berpenghuni sejak 10,000 tahun yang lalu. 1 Penemuan artifak-artifak atau bahan-bahan peninggalan sejarah di kawasan Hulu Kelantan menjadi bukti kepada hakikat tersebut. Ibu negeri Kelantan ialah Bandar Kota Bharu yang terletak berhampiranengan Sungai Kelantan. Kota Bharu mempunyai sejarah kewujudannya yang tersendiri yang penuh dengan peristiwa pahit dan getir yang telah diharungi oleh tohoh-tokoh yang terlibat pada masa lampau. Pada mulanya ibu kota negeri Kelantan ialah Kota Kubang Labu yang terletak di antara kampung Pekan dan kampung Wakaf Bharu. 2 Sejarah Kota Kubang Labu bermula pada tahun 1721 apabila Sultan Umar daripada Kerajaan Jembal, mangkat. Raja Kecil Sulong iaitu putera sulong Sultan Umar yang bernama Tuan Besar Long Bahar telah dilantik menjadi pemerintah Jembal. Apabila Sultan Umar mangkat pada tahun 1721, Tuan Besar Long Bahar telah menaiki takhta dan Kota Kubang Labu diserahkan kepada Long Sulaiman. Akibat peperanganyang kerap berlaku, akhirnya Kota Kubang Labu telah musnah. Pemerintah Kelantan seterusnya ialah Sultan Muhamad 1 yang telah mendirikan kota di Pulau Saba yang terletak di pinggir Sungai Kelantan iaitu di tebing timur sungai. Di Pulau Saba 1 Nik Mohamedbin Nik Mohd Salleh, “Sistem Politik dan Kesultanan Kelantan” dalam Nik Hassan Shuhaimi bin Nik Abdul Rahman, Kelantan Zaman Awal: Kajian Arkeologi dan Sejarah di Malaysia,Kota Bharu, Perbadanan Muzium Negeri Kelantan, 1987, hlm. 15. 2 Nik Mohamed bin NikMohd Salleh “Bandar Kota Bharu: Sejarah Pertubuhan dan Perkembangannya” dalam Warisan Kelantan III, Perbadanan Muzium Negeri Kelantan, 1984, hlm. 87.

Upload: nabil-fikri

Post on 02-Jan-2016

436 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

PERKEMBANGAN EKONOMI KELANTAN 1959 - 2009

TRANSCRIPT

Page 1: Tesis Kajian Perkembangan Ekonomi NEGERI KELANTAN

BAB 1

SEJARAH DAN PEMERINTAH AWAL NEGERI KELANTAN SERTA KEDUDUKAN EKONOMI MASYARAKAT MELAYU DARI TAHUN 1959 SEHINGGA 2009.

Pengenalan

Kelantan merupakan negeri yang paling tua di Semenanjung Tanah Melayu. Bumi Kelantan telahpun berpenghuni sejak 10,000 tahun yang lalu.1 Penemuan artifak-artifak atau bahan-bahan peninggalan sejarah di kawasan Hulu Kelantan menjadi bukti kepada hakikat tersebut. Ibu negeri Kelantan ialah Bandar Kota Bharu yang terletak berhampiranengan Sungai Kelantan. Kota Bharu mempunyai sejarah kewujudannya yang tersendiri yang penuh dengan peristiwa pahit dan getir yang telah diharungi oleh tohoh-tokoh yang terlibat pada masa lampau.

Pada mulanya ibu kota negeri Kelantan ialah Kota Kubang Labu yang terletak di antara kampung Pekan dan kampung Wakaf Bharu.2 Sejarah Kota Kubang Labu bermula pada tahun 1721 apabila Sultan Umar daripada Kerajaan Jembal, mangkat. Raja Kecil Sulong iaitu putera sulong Sultan Umar yang bernama Tuan Besar Long Bahar telah dilantik menjadi pemerintah Jembal. Apabila Sultan Umar mangkat pada tahun 1721, Tuan Besar Long Bahar telah menaiki takhta dan Kota Kubang Labu diserahkan kepada Long Sulaiman. Akibat peperanganyang kerap berlaku, akhirnya Kota Kubang Labu telah musnah.

Pemerintah Kelantan seterusnya ialah Sultan Muhamad 1 yang telah mendirikan kota di Pulau Saba yang terletak di pinggir Sungai Kelantan iaitu di tebing timur sungai. Di Pulau Saba inilah Sultan Muhamad 1 telah mendirikan istana dan menjalankan pemerintahannya. Sebuah masjid turut sama dibina. Pulau Saba menjadi pusat pemerintahan dan pentadbiran serta ibukota bagi negeri Kelantan selama 42 tahun bermula pada tahun 1842 Masihi.

Bermula pada tahun 1839, Tuan Senik Mulut Merah telah menjadi raja pemerintah bagi negeri Kelantan dengan gelaran Sultan Muhammad II ataupun lebih dikenali sebagai Sultan Muhammad Mulut Merah. Pusat pemerintahan masih lagi di Pulau Saba. Kedudukan Pulau Saba di tebing sungai Kelantan terancam pada hakisan. Setiap kali banjir melanda, Pulau Saba semakin terhakis. Keadaan ini membimbangkan Sultan Muhammad II. Baginda telah mengarahkan supaya menggali anak sungai dari kampung Kutan hingga ke Bendang Mokrat.3 Ini bertujuan mengelakkan arus aliraan sungai yang deras semasa banjir. Kerja-kerja menggali

1 Nik Mohamedbin Nik Mohd Salleh, “Sistem Politik dan Kesultanan Kelantan” dalam Nik Hassan Shuhaimi bin Nik Abdul Rahman, Kelantan Zaman Awal: Kajian Arkeologi dan Sejarah di Malaysia,Kota Bharu, Perbadanan Muzium Negeri Kelantan, 1987, hlm. 15.2 Nik Mohamed bin NikMohd Salleh “Bandar Kota Bharu: Sejarah Pertubuhan dan Perkembangannya” dalam Warisan Kelantan III, Perbadanan Muzium Negeri Kelantan, 1984, hlm. 87.3 Nik Hassan Shuhaimi bin Nik Rahman, op. cit, hlm. 37-40

Page 2: Tesis Kajian Perkembangan Ekonomi NEGERI KELANTAN

sungai ini bermula pada tahun 1840 Masihi dan siap pada tahun 1841 Masihi. Sungai yang digali ini dikenali dengan Sungai Raja Gali. Walau bagaimanapun, sungaiini tidakmampu mengatasi masalah yang dihadapi kerana ia telah ditimbus dengan hanya sekali banjir melanda. Kesannya masih ada hingga ke hari ini dan tetap dikenali dengan nama Sungai Raja Gali.

Pulau Saba terus terancam pada hakisan yang meruntuhkan tebing sedikit demi sedikit. Ini termasuklah “Kebun Mengseta” yang menempatkan kediaman kerabat diraja Kelantan di zaman itu. Melihatkan keadaan hakisan dan runtuhan tebing yang semakin meruncing,Sultan Muhamad II telah memilih satu kawasan lain untuk didirikan kota yang baru sebagai pusat pentadbiran.

Sultan Muhammad II telah memilih sebuah kawasan di pedalaman. Kawasan itu terletak di sebelah timur Pulau Saba dan Kota Mengseta. Di sini bermula detik-detik awal kemunculan bandar Kota Bharu iaitu kota yang baru dibina. Bersempena dengan nama inilah bandar Kota Bharu mendapat namanya. Kerja-kerja pembinaan kota yang baru telah dimulakan. Kawasan kota yang baru ini seluas lebih kurang 4 ekar. Bahan-bahan yang digunakan untuk membina kota ini terdiri daripada jenis yang terpilih. Kayu cengal merupakan kayu utama yang digunakan dalam pembinaan kota yang baru ini. Dari sinilah bermulanya bandar Kota Bharu sebagai ibu negeri Kelantan.

Sultan Muhammad II atau biasanya digelar ‘Sultan Muhammad Mulut Merah’ memerintah Kelantan dalam keadaan stabil dan utuh dalam waktu lanjut, hingga tahun 1886. Baginda digantikan oleh puteranya Long Sulong dan ditabalkan dengan gelaran Sultan Ahmad pula memerintah Kelantan dari tahun 1886-1889 Masihi. Baginda juga dikenali sebagai “Sultan Tengah” dan mangkat pada tahun 1889 dan ditabalkan pula puteranya Long Kundur dengan gelaran “Sultan Muhammad III” dan terkenal juga dengan gelaran “Raja Bendahara” dan “Sultan Bungsu. Baginda mangkat pada tahun 1890 dengan meninggalkan empat orang putera dan empat orang puteri.4

Setelah kemangkatan Sultan Muhammad III, puteranya Long Senik masih muda untuk ditabal sebagai sultan. Jadi dilantik saudaranya Long Mansur sebagai sultan dengan gelaran “Sultan Mansur”. Setelah kemangkatannya, Long Senik ambilalih kuasa dengan gelaran “Raja Kelantan”. Pada tahun 1909 Raja Kelantan telah menerima naungan Inggeris dan menamatkan pengaruh Siam atas negeri Kelantan. Pada 22 Jun 1911, barulah baginda ditabalkan menjadi sultan dengan gelaran “Sultan Muhammad IV”.5

Sultan Muhamad IV mangkat pada 23 Disember 1920 dan ditabalkan puteranyaa Tengku Ismail (Raja Kelantan) menjadi sultan dengan gelaran “Sultan Ismail” pada 28 April 1921. Baginda memerintah Kelantan selama 24 tahun dengan membawa kemajuan dan pemodenan dalam negeri. Baginda mangkat pada 20 Jun 1944.6 Sultan Ismail juga tidak mempunyai putera atau puteri. Oleh itu, selepas kemangkatannya adinda Tengku Ibrahim ditabalkan menjadi sultan dengan gelaran “Sultan Ibrahim” pada 21 Jun 1944 dan dimahkotakan pada 31 Oktober 1944. Dalam pemerintahan baginda negeri Kelantan bersama dengan negeri-negeri Melayu yang lain telah mencapai kemerdekaan dari Inggeris

4 Abdullah b.Mohamed (Nakula), Keturunan Raja-raja Kelantan dan Peristiwa-peristiwa Bersejarah,1981, Perbadanan Muzium Negeri Kelantan, hlm.32-33.5 Ibid, hlm. 346 Ibid, hlm 35.

Page 3: Tesis Kajian Perkembangan Ekonomi NEGERI KELANTAN

pada 31 Ogos 1957. Semasa pemerintahan baginda juga Kelantan telah sampai kepada suatu tingkat kemajuan yang boleh dipuji. Baginda mangkat pada 9 Julai 1960.7

Pada 10 Julai 1960, putera Sultan Ibrahim iaitu Tengku Yahya Petra yang bergelar Tengku Mahkota telah ditabal menjadi sultan dengan gelaran Sultan Yahya menggantikan ayahandanya. Baginda telah dilantik menjawat jawatan Timbalan Yang Dipertuan Agong pada 22 Julai 1970. Dalam persidangan Majlis Raja-raja pada 21 September 1975 baginda telah dipilih pulauntuk memegang teraju pemerintahan Negara Malaysia sebagai Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang dipertuan Agong yang ke-6. Semasa pemerintahannya Malaysia telah menempuh zaman kemajuan dan pembangunan yang pesat.8 Baginda mangkat pada 29 Mac 1979 di Istana Negara Kuala Lumpur dan dimakamkan d iMakam Diraja Langgar, Kota Bharu, Kelantan.

Setelah kemangkatan Sultan Yahya, Tengku Ismail anakandanya pula dilantik dengan memakai gelaran Sultan Ismail. Upacara kemahkotaan ke bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Ismail Petra dank e bawah Duli Yang Maha Mulia Tengku Anis binti Tengku Abdul Hamid diadakan pada 30 Mac 1980 di Istana Balai Besar Kota Bharu.9

Kesimpulan

Sebagai kesimpulan mengenai pemerintah awal negeri Kelantan, salasilah keturunan raja-raja Kelantan adalah daripada keturunan Long Yunus.

Kedudukan Ekonomi di Kelantan

Kelantan merupakan negeri pertanian seringkali dikaitkan dengan kemiskinan dan kemunduran. Sehingga kini, walaupun Malaysia sedang menuju ke era negara perindustrian, Kelantan masih mengekalkan sektor pertanian sebagai kegiatan utama ekonomi negeri. Perangkaan jelas menunjukkan bahawa sektor pertanian gagal menjamin pertumbuhan ekonomi negeri ini.10

Mengikut statistik yang dikeluarkan oleh Unit Perancang Ekonomi Negeri Kelantan pada tahun 2000, sebanyak 27.3% adalah merupakan dalam sektor pertanian, perhutanan dan perikanan 22.8% pula adalah sektor perkhidmatan masyarakat, sosial dan persendirian serta 11.7% dari sektor pembuatan. Tiga sektor ini menyumbangkan sebanyak 61.8% daripada jumlah pekerjaan di Kelantan. Menurut Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri, sektor pertanian, perhutanan, penternakan dan perikanan merupakan sektor yang paling tinggi kadar kemiskinan bagi ketua isirumah iaitu 16.6%. Oleh itu, negeri Kelantan merupakan negeri yang mempunyai kadar kemiskinan yang kedua tertinggi di Malaysia sebanyak 12.4% pada 7 Ibid, hlm 36.8 Ibid,hlm. 37.9 Ibid, hlm 39.10 Keperluan Perindustrian Dalam Konteks Negeri Kelantan.

Page 4: Tesis Kajian Perkembangan Ekonomi NEGERI KELANTAN

tahun 2002. Bilangan isirumah miskin tegar pula seramai 12,826 orang berdasarkan Profil Miskin Tegar 2002/2003 yang dikeluarkan oleh Kementerian Kamajuan Luar Bandar dan Wilayah, perlu mendapat agihan peruntukan yang lebih besar dalam agenda Pembasmian Kemiskinan Negara supaya ianya dapat dikurangkan menjadi sekitar 8% menjelang tahun 2008 (Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia ke- Sembilan).11

Bilangan isirumah di luar bandar pada tahun 2000 bagi negeri Kelantan adalah sebanyak 168,049 (65.7%) daripada jumlah keseluruhan bilangan isirumah di negeri Kelantan iaitu sebanyak 255,975. Mengikut Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, hanya 57.8% unit perumahan didiami yang mempunyai kemudahan asas bekalan air paip yang dirawat, 21.8% mempunyai kemudahan tandas tarik dan 98.2% mempunyai bekalan elektrik. Kekurangn kemudahan asas ini mempunyai kaitan yang rapat dengan kadar kemiskinan yang tinggi.12

Saiz isirumah luar bandar yang besar bagi negeri Kelantan iaitu 5.1 orang berbanding 4.7 orang untuk negara yang memerlukan perhatian yang serius oleh pembuat dasar dalam merangka program pembasmian kemiskinan. Pendapatan isi rumah kasar bulanan purata sebanyak RM1,718 bagi luar bandar untuk saiz isirumah luar bandar seramai 5.1 orang hanya memberikan pendapatan setiap isirumah sebanyak RM337 yang mana ianya merupakan jumlah pendapatan yang sangat rendah berbanding pendapatan garis kemiskinan sebanyak RM529 bagi tahun 2002.13

Unit Perancang Ekonomi Negeri Kelantan melalui Bancian Keluarga Miskin Negeri Kelantan 2005 yang dilaksanakan pada bulan April 2005 telah mengenalpasti mengikut jajahan dan daerah penggawa rakyat miskin tegar di negeri Kelantan adalah seperti berikut:

Pasir Mas - 75 keluarga

Machang - 262 keluarga

Jeli - 207 keluarga

Tumpat - 186 keluarga

Bachok - 222 keluarga

Kota Bharu - 417 keluarga

Kuala Krai - 80 keluarga

Gua Musang - 68 keluarga

11 Laporan Ekonomi Negeri Kelantan 2004-2005, UPEN, hlm 5.12 Ibid, hlm 513 Ibid, hlm 5.

Page 5: Tesis Kajian Perkembangan Ekonomi NEGERI KELANTAN

Tanah merah - 79 keluarga

Pasir Puteh - 51 keluarga

JUMLAH BESAR = 1,647 keluarga

Oleh itu, bilangan isirumah miskin yang telah dikenalpasti di Kelantan bagi tahun 2005 adalah seramai 8,400 orang (purata isirumah seramai 5.1 orang). “Miskin Tegar”- pendapatan keluarga kurang dari RM265/bulan, “Miskin”- pendapatan keluarga kurang dari RM529/bulan.14

Berdasarkan laporan yang dikeluarkan oleh Unit Perancang Ekonomi Negeri Kelantan 2007/2008, arah aliran ekonomi negeri Kelantan masih lagi tertumpu pada sektor pertanian. Ini selaras dengan dasar pertanian negeri Kelantan sebagai penggerak dan tulang belakang kepada pertumbuhan dan pembangunan ekonomi negeri Kelantan. Antara jenis tanaman yang memberi sumbangan yang besar di negeri ini ialah getah, kelapa sawit, tanaman industri, padi, buah-buahan, sayur-sayuran dan tanaman lain. Sektor pertanian negeri Kelantan juga menyumbang 16% daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negeri. Pertumbuhan keseluruhan sektor ini dianggarkan meningkat pada kadar 7.2% pada tahun 2008. Walau bagaimanapun, sektor pertanian ini dijangka akan terus meningkat dengan kemasukan teknologi-teknologi pertanian yang baru. Di samping itu, pertumbuhan sektor IKS juga dijangka akan memberi sumbangan yang besar kepada pertumbuhan sektor ini dalam jangka masa panjang.15

Sektor industri di negeri Kelantan mengalami pertumbuhan yang agak sederhana iaitu 7.8%, namun masih lagi merupakan sektor yang penting dari segi sumbangannya kepada ekonomi negeri Kelantan. Pada tahun 2007, kerajaan negeri Kelantan telah meluluskan sebanyak 10 buah projek yang merangkumi pelbagai sektor. Jumlah ini adalah lebih banyak berbanding hanya 6 buah projek pada tahun 2006. Pertumbuhan sektor perindustrian di negeri ini banyak disokong oleh industri berasaskan tekstil, produk berasaskan makanan, perkayuan, produk-produk kimia, plastik, industri berasaskan logam, produk elektrik dan elektronik serta penginapan dan restoran. Sektor ini dijangka akan terus meningkat dengan adanya daya insentif fisikal dan pelbagai galakan untuk para pelabur yang disediakan oleh pihak kerajaan negeri. Di samping itu, pembangunan sektor perindustrian bertepatan dengan Dasar Pembangunan Negeri iaitu menggalakkan pembangunan industri moden berskala kecil dan sederhana di semua jajahan di negeri ini.16

14 Ibid,hlm 615 Laporan Ekonomi Negeri Kelantan Darul Naim 2007/2008,UPEN, hlm 616 Ibid, hlm7

Page 6: Tesis Kajian Perkembangan Ekonomi NEGERI KELANTAN

Pelancongan juga merupakan sektor yang memberikan sumbangan yang besar dalam Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negeri Kelantan dan merupakan sektor yang berpotensi untuk dibangunkan. Berdasarkan sumber dari Pusat Penerangan Pelancongan Negeri (TIC), seramai 5,953,682 orang pelancong telah memasuki Kelantan pada tahun 2007, manakala hanya 4,886,251 orang pada tahun sebelumnya. Peningkatan sebanyak 21.8% ini banyak disokong pleh pertambahan jumlah pelancong asing. Pada tahun 2006, seramai 674,004 orang pelancong asing yang datang ke Kelantan. Manakala pada tahun 2007, seramai 1,839,675 orang. Pertambahan ini melebihi dari 100% dan dijangka akan terus meningkat pada tahun berikutnya. Pada tahun 2008, dianggarkan bilangan ini akan terus meningkat. Ini dibantu oleh promosi dan tempat-tempat pelancongan baru di negeri ini. Pada masa yang sama, pada tahun 2008 juga merupakan tahun melawat Kelantan.17

Walau bagaimanapun kajian lebih tertumpu pada pertanian, iaitu sektor ekonomi utama negeri Kelantan. Sehingga tahun 2009, keluasan kawasan yang diusahakan dengan tanaman padi seluas 71,365 hektar, kawasan tanaman sayur-sayuran 3,213 hektar, buah-buahan 47,605 hektar, tanaman singkat masa dan herba 2,580 hektar. Pada masa ini komoditi utama negeri Kelantan iaitu getah dan kelapa sawit masing-masing keluasan kawasannya ialah 175,706 hektar dan kelapa sawit 94,542hektar.18 Sektor pertanian menjana pendapatan kepada sebilangan besar masyarakat Melayu Kelantan seawal tahun kajian 1959 sehinggalah tahun 2009. Sektor ini bertambah-tambah lagi meningkatkan ekonomi orang Melayu di Kelantan, dengan adanya pelbagai usaha oleh kerajaan negeri, kerajaan pusat dan juga-agensi-agensi pertanian dalam memajukan sektor ini seperti KESEDAR, KADA, FELDA dan sebagainya.

Sebagaimana yang kita ketahui negeri Kelantan merupakan negeri pertanian. Jadi, tidak hairanlah pelbagai usaha digembeleng untuk memajukan sektor ini. Seluas 350,000 hektar iaitu kira-kira 25% dari keseluruhan keluasan negeri adalah merupakan kawasan pertanian dan menjadi pergantungan hidup kepada 450,755 orang dari 90,051 keluarga penduduk negeri ini yang berjumlah kira-kira 1.4 juta.19

Dengan peruntukan RM46 juta yang diluluskan dalam belanjawan 2005, pelbagai agensi yang berkaitan dengan bidang pertanian telah dipertanggungjawabkan untuk menjadikan Kelantan Jelapang Makanan dan Pusat (HUB) Makanan Halal Negara.

Sehingga tahun 2003, keluasan kawasan yang diusahakan dengan tanaman padi meningkat kepada seluas 59,421 hektar berbanding dengan tahun 1990 seluas 18,223 hektar, kawasan tanaman sayur-sayuran 4,621 hektar (1990: 2,927.60 hektar), buah-buahan 57,440 hektar (1990: 10,990.30 hektar)20

17 Ibid,hlm718 Ibid, hlm 1119 Laporan Ekonomi Negeri Kelantan 2004-2005, UPEN, hlm 2120 Ibid, hlm 21

Page 7: Tesis Kajian Perkembangan Ekonomi NEGERI KELANTAN

Pada tahun 2004, negeri Kelantan mempunyai 673 projek pertanian berkelompok dengan keluasan kawasan bertanam sebanyak 39,958.44 hektar dengan pengeluaran hasil sebanyak 163,138,361 kilogram bernilai RM147,912,947.00.

Getah 176,494 hektarKelapa sawit 75,784 hektarTanaman industri lain 39,276 hektarTanaman buah-buahan bermusim 57,440 hektarTanaman buah-buahan tidak bermusim 4,621 hektar

Sebagai saluran pemasaran bagi produk-produk pertanian tersebut, FAMA telah mewujudkan pasar-pasar tani yang kini berjumlah 12 buah semuanya iaitu:

1. Wakaf Che Yeh2. Ketereh3. Melor4. Pengkalan Chepa5. Pasir Tumboh (Jumaat)6. Pasir Tumboh (Sabtu)7. Pasir Tumboh (Selasa)8. Machang9. Pasir Puteh10. Bachok11. Ayer Lanas21

Penubuhan pasar-pasar tani oleh FAMA ini telah membantu meningkatkan ekonomi masyarakat Melayu Kelantan yang terlibat dengan penanaman sayur-sayuran, buah-buahan, penternakan, nelayan, pemborong dan juga para peniaga.

Kesimpulan

Ekonomi orang Melayu Kelantan dari tahun 1959-2009 telah mengalami banyak perubahan dan peningkatannya. Secara keseluruhannya ekonomi rakyat Melayu Kelantan telah mengalami peningkatan yang hampir sama dengan masyarakat Melayu dari negeri-negeri lain.

21 Laporan Ekonomi Negeri Kelantan, UPEN, hlm 22

Page 8: Tesis Kajian Perkembangan Ekonomi NEGERI KELANTAN

Kerajaan Persekutuan dan juga kerajaan negeri telah memainkan peranan penting bagi membantu meningkatkan ekonomi masyarakat Melayu di Kelantan.

BAB 2

Dasar dan Strategi Pembangunan Ekonomi Kelantan

1. Pengenalan

Negeri Kelantan merupakan sebuah negeri pertanian. Oleh itu kerajaan pusat dan juga kerajaan negeri memberi tumpuan untuk memajukan sektor pertanian bagi meningkatkan taraf hidup rakyat Kelantan. Tidak dapat dinafikan bahawa parti yang menerajui pemerintahan sesebuah negeri adalah penting dalam menentukan tahap pembangunan yang dicapai. Jika diteliti dari segi pemerintahan, Kelantan boleh dianggap sebagai negeri yang unik. Dalam jangka masa lima dekad, pucuk pimpinan bagi negeri ini silih berganti. Antara tahun1959-1978, Kelantan dikuasai oleh parti PAS (Parti Islam Se-Tanah Melayu). Barisan Nasional (BN) berjaya mengambil alih tampuk pemerintahan negeri Kelantan pada tahun 1978 dan memerintah sehingga tahun 1990. Dalam tempoh 1990 sehingga 2009 pula kerajaan PAS kembali berkuasa . ( setakat tahun kajian)

Hakikatnya, ciri-ciri sistem politik mempengaruhi pembentukan sesuatu dasar. Kedudukan kerajaan pemerintahan bergantung kuat kepada kebolehan pemimpin-pemimpin dalam menggubal dan melaksanakan dasar. Di Kelantan, memandangkan pucuk pimpinan kerajaan yang silih berganti, maka dasar dan strategi ekonomi berubah dalam tempoh tertentu. Namun demikian, pencapaian pembangunan ekonomi tidak bergantung kepada perancangan dasar semata-mata, elemen-elemen lain turut mempengaruhi. Dalam konteks negeri Kelantan, perbezaan tingkat pembangunan yang jelas dapat ditinjau berdasarkan pimpinan parti, iaitu PAS (1959-1978), Barisan Nasional (1978-1990) dan PAS merampas semula kerajaan negeri Kelantan dari tahun 1990 sehingga sekarang, iaitu hampir lebih dua puluh tahun.

2. Dasar

Penggubalan sesuatu dasar dijalankan di peringkat tertinggi jentera pentadbiran kerajaan. Di Kelantan, penggubalan dasar dikendalikan oleh jentera pentadbiran kerajaan negeri. Oleh kerana penggubalan dasar mempunyai kaitan yang rapat dengan birokrasi, maka kedudukan struktur pentadbiran kerajaan negeri perlu difahami.

Di Kelantan, sultan menduduki tempat teratas dalam jentera pentadbiran kerajaan negeri. Ini diikuti oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan, pejabat setiausaha kerajaan negeri, pejabat tanah

Page 9: Tesis Kajian Perkembangan Ekonomi NEGERI KELANTAN

dan jajahan, pejabat penggawa dan penghulu. Dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK), pentadbiran kerajaan negeri diterajui oleh seorang Menteri Besar dengan dibantu oleh dua orang Timbalan Menteri Besar serta enam orang Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan. Dalam hal ini, Menteri Besar mempunyai kuasa yang penting dalam penggubalan dasar. Namun demikian, penggubalan dasar turut dipengaruhi oleh anggota-anggota lain yang berperanan dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK). Pelantikan Menteri Besar, Timbalan Menteri Besar dan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (EXCO) dilakukan oleh sultan mengikut undang-undang perlembagaan negeri Kelantan. Setiap ahli EXCO mengetuai satu portfolio jawatan kuasa yang dibentuk bagi melicinkan pentadbiran, perancangan dan penyelarasan pembangunan negeri.22

3. Ekonomi Kelantan Era Pemerintahan Kerajaan PAS 1959-1978

Secara umumnya, kerajaan PAS di Kelantan lebih mementingkan perjuangan Islam daripada pembangunan ekonomi di negeri Kelantan. Kerajaan PAS Kelantan juga lebih menekankan sektor pertanian sebagai sumber ekonomi negeri. Sektor-sektor lain tidak diberi perhatian seperti sektor pembinaan, kewangan dan juga perindustrian.23

Kerajaan PAS negeri Kelantan banyak bergantung kepada sektor pertanian dalam membangunkan negeri. Ini dapat dilihat daripada strategi pembangunan ekonomi di Kelantan banyak menjurus ke arah pertanian. Di antara strategi yang diambil ialah meninggikan pendapatan penduduk dengan mengadakan rancangan pertanian secara intensif dan pelbagai, melaksanakan rancangan pembukaan tanah dan mewujudkan peluang pekerjaan dengan menjalankan kegiatan pertanian secara intensif.

Dari segi perancangan pembangunan kerajaan PAS mengambilkira keseimbangan dua kawasan yang berlainan iaitu kawasan utara yang mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi, manakala kawasan selatan mempunyai kepadatan penduduk yang rendah.24 Strategi pembangunan di kawasan Kelantan Utara adalah untuk meninggikan pendapatan penduduk melalui pembangunan setempat. Berbeza dengan kawasan selatan, kerajaan negeri menggunakan strategi pembangunan dengan mengemuka kawasan-kawasan pertanian baru. Strategi ini adalah bertujuan menempatkan petani-petani di kawasan tersebut supaya nisbah kependudukan sejajar dengan keluasan tanah dan pendapatan petani-petani juga dapat ditingkatkan.25

Namun demikian, pada hakikatnya kegiatan pertanian lebih tertumpu di Kelantan Utara. Lebih kurang 21.2% atau 788,000 ekar tanah diperuntukkan bagi kegiatan pertanian.26 Keadaan

22 Senarai Pengerusi Jawatankuasa-Jawatankuasa Portfolio Majlis Mesyuarat Kerajaan,hlm 1823 Kajian Hiraki (sic) Bandar dan Pembangunan Wilayah di Negeri Kelantan, Jilid 1,hlm 14.24 Kelantan Terus Bergerak Maju, 1985,hlm 4.25 Kajian Hiraki (sic) Bandar dan Pembangunan Wilayah di Negeri Kelantan, Jilid 1,hlm 14.26 Kelantan Terus Membangun, 1981, hlm 4.

Page 10: Tesis Kajian Perkembangan Ekonomi NEGERI KELANTAN

ini disebabkan tanah di kawasan Kelantan Utara pamah dan rata. Kawasan Kelantan Selatan sukar diterokai kerana berbukit-bukau dan bergunung-ganang. Jika dibandingkan dengan pembukaan kawasan pertanian di Kelantan Selatan, hanya melibatkan keluasan 47,304 hektar. Pembukaan kawasan pertanian yang baru ini dijalankan di Kuala Krai, Gua Musang, Tanah Merah dan Jeli dari tahun 1957-1971. Agensi yang terlibat dalam pembukaan tanah secara besar-besaran ialan Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR).27

Kelemahan strategi kerajaan negeri pimpinan PAS ialah kerana terlalu mementingkan sektor pertanian. Secara perbandingannya tempoh tersebut memperlihatkan tidak terdapat perubahan struktur ke arah ekonomi yang bercorak perindustrian. Walaupun dasar perindustrian negara dilaksanakan sejak tahun 1958, namun tiada daya usaha daripada kerajaan negeri PAS untuk mengaplikasikan dasar ini di Kelantan.

Berhubung isu pembangunan ekonomi ini, kerajaan PAS negeri Kelantan tidak mempunyai pakar-pakar ekonomi untuk merancang pembangunan. Tambahan pula, kerajaan negeri juga menghadapi masalah kekurangan kakitangan untuk melaksanakan projek-projek pembangunan. Pernah dikatakan Menteri Besar merupakan ‘pakar perancang’, ‘ pakar ekonomi’ dan ‘pentadbir’.28 Malahan semasa Dato’ Mohamad Nasir menjadi Menteri Besar, beliau meluluskan projek-projek pembangunan tanpa berbincang dengan pegawai-pegawainya seperti Penolong Ketua Jajahan Bahagian Pembangunan. Beliau juga tidak mengetahui dengan lebih lanjut projek-projek berkenaan.29

27 Taklimat Status Pembangunan Tanah, Pejabat Pengarah Tanah dan Galian, Kota Bharu, hlm 4.28 Alias Mohamad, 1985, Kelantan:Politik dan Dilema Pembangunan, Utusan Melayu, Kuala Lumpur.29 Alias Mohmad, 1984, Kelantan di BawahPAS: Masalah Tanah dan Rasuah, Insular Publishing House, Kuala Lumpur, hlm 4.

Page 11: Tesis Kajian Perkembangan Ekonomi NEGERI KELANTAN

Pernyataan ini memperlihatkan bahawa kedudukan birokrasi kerajaan PAS negeri juga tidak kukuh. Kekurangan tenaga pakar dan kakitangan merupakan masalah besar. Ia seolah-olah menampakkan kerajaan tidak berupaya memerintah. Tempoh tersebut merupakan “zaman gelap” bagi negeri Kelantan. Jika diteliti, faktor terpenting yang mempengaruhi perkembangan ini ialah wujudnya hubungan yang tegang di antara kerajaan persekutuan dengan kerajaan negeri. Dasar tidak bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan ini bukan sahaja mengganggu proses birokrasi, malah menyukarkan Kelantan mendapatkan peruntukan kewangan dan tenaga kepakaran daripada Kerajaan Persekutuan. Memandangkan Kelantan kekurangan sumber hasil negeri, peranan Kerajaan Persekutuan begitu penting dalam proses pembangunan negeri ini.

Kepentingan hubungan Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri adalah untuk pembangunan negeri Kelantan. Ini dapat dilihat melalui pembentukan Kerajaan Campuran PAS-Perikatan pada 1 Januari 1973.30 Hubungan baik di antara kedua-dua pihak, dapat meningkatkan pembangunan di negeri Kelantan terutamanya di dalam sektor pertanian. Malahan sektor peridustrian juga mula dilaksanakan di negeri ini.

Agensi-agensi pertanian seperti Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA), Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP), Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA), telah menggiatkan pelaksanaan projek-projek pertanian mulai tahun 1973. Pada 2 Mac 1973, KADA telah membangunkan kawasan seluas 57,510 hektar tanah. KADA juga turut membina lima rancangan pengairan iaitu, Rancangan Pengairan Kemubu (19,035 hektar), Rancangan Pengairan Lemal (9,315 hektar), Rancangan Pengairan Pasir Mas (2,025 hektar), Rancangan Pengairan Salor (850.5 hektar), dan Rancangan Pengairan Alor Pasir (567 hektar).31

30 Ibid, hlm 431 Kelantan Terus Membangun Menuju Kemakmuran, Jabatab Penerangan Malaysia, Kementerian Kewangan, hlm 4.

Page 12: Tesis Kajian Perkembangan Ekonomi NEGERI KELANTAN

Bagi memajukan negeri Kelantan, segala intrustruktur telah di naiktarafkan. Menerusi Rancangan Malaysia Ketiga sebanyak RM272,800,000 telah diperuntukkan bagi sektor tersebut. Jalanraya telah ditambahbaikan sebanyak 18%, iaitu daripada 469 batu pada tahun 1975 kepada 555 batu pada tahun 1980.32 Kemudahan asas yang lain seperti bekalan air dan bekalan elektrik juga telah dipertingkatkan dari semasa kesemasa. Di bawah Rancangan Malaysia Ketiga, sebanyak RM39,700,000 telah diluluskan untuk meningkatkan kualiti air dan RM29,800,000 bagi peruntukan pembekalan tenaga elektrik.33

Kerajaan negeri Kelantan lebih memberi tumpuan kepada sektor pertanian. Jadi, tidak hairanlah peruntukan pembangunan bagi sektor pertanian lebih besar berbanding dengan sektor-sektor lain. Sektor pertanian mendapat peruntukan sebanyak RM 371,920,000 daripada peruntukan keseluruhan RM 783,600,000 di bawah Rancangan Malaysia Ketiga. Jumlah ini meliputi 47% (RM411,700,000) daripada peruntukan sektor-sektor ekonomi. Sebagai perbandingan, peruntukan sektor perindustrian ialah RM163,500,000 yang melibatkan 20.8% daripada peruntukan keseluruhan sektor ekonomi. Dari segi peratusan, kadar peruntukan sektor perindustrian berbanding pertanian ialah 56%.34

Ketidakseimbangan peruntukan oleh kerajaan negeri ini telah memberi kesan kepada ekonomi seluruhnya. Walaupun peruntukan banyak dilaburkan kepada sektor pertanian tetapi sektor ini hanya menyumbang penambahan 0.8% kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). Jika dibandingkan dengan sektor perindustrian yang menyumbang peningkatan 1.2% kepada KDNK.35

Sebenarnya sektor pertanian di Kelantan gagal menyediakan peluang-peluang pekerjaan kepada rakyatnya. Sektor pertanian hanya menyumbangkan sebanyak 181,063 pekerjaan menjelang tahun 1976. Jika dibandingkan kadar pertambahan guna tenaga sektor pertanian dengan sektor industri lebih produktif. Dalam jangkamasa 6 tahun iaitu 1970 sehingga 1976, kadar pertambahan guna tenaga bagi sektor perindustrian ialah 23.2%, manakala sektor pertanian memberi sumbangan sebanyak 8.3% sahaja.36

Kerajaan PAS negeri Kelantan menghadapi pelbagai masalah dalam memajukan sektor industri, walaupun sektor ini mempunyai potensi. Kekurangan kemudahan infrustruktur banyak mempengaruhi ketidakaktifan sektor industri.37 Infrustruktur yang terdapat di Kelantan

32 Investment Made Easy In Kelantan.33 Taklimat Pembangunan Jalan-jalan di Negeri Kelantan, Pengarah JKR Kelantan, 1981,hlm1.34 Kelantan Terus Bergerak Maju, 1981,hlm 28.35 Hashim Bani Abdul Hamid, 1990,Taklimat Mengenai Pembangunan Negeri Kelantan Darulnaim, MesyuaratPegawai-pegawai Kanan Perancang Bandardan Desa Malaysia ke-8,6-7 Ogos di Kota Bharu, Kelantan, hlm 16. 36 Cara-cara Mempercepatkan Pembangunan Negeri Kelantan, hlm 1.37 Berita Harian, 1977, Kelantan Hadapi Masalah Pesatkan Industri – MB, 7 September.

Page 13: Tesis Kajian Perkembangan Ekonomi NEGERI KELANTAN

hanya infrustruktur yang asas dan tidak begitu sesuai untuk pembangunan perindustrian. Dalam hal ini, kelemahan kerajaan negeri ialah kerana terlalu mementingkan sektor pertanian. Pembangunan infrustruktur yang perlu untuk pembangunan ekonomi tidak diutamakan.

Kelemahan kerajaan negeri juga jelas pada peringkat awal pemerintahannya dalam pengurusan strategi pentadbiran. Keutamaan terhadap sektor pertanian berbanding sektor lain memberi impak yang besar terhadap pembangunan negara. Ketidaksesuaian dasar perindustrian negara dengan perindustrian di Kelantan menjadi alasan utama kerajaan negeri mengutamakan sektor pertanian dan meminggirkan sektor industri. Menurut Menteri Besar Kelantan, Dato’ Mohamad Nasir, “Insentif atas galakan yang ada pada masa ini mengenai penempatan tidak memberi galakan yang cukup untuk menarik pelabur-pelabur”.38 Kurangnya tenaga pakar dan kakitangan di beberapa agensi ekonomi menyukarkan perindustrian dijalankan secara lebih terancang. Pada peringkat ini, memang sukar bagi kerajaan negeri mengubah struktur ekonominya kerana kegiatan perindustrian baru sahaja diperkenalkan di negeri ini. Namun demikian, persoalannya ialah ia tidak menampakkan usaha bersungguh-sungguh daripada kerajaan negeri untuk mempelbagaikan ekonominya melalui sektor perindustrian.

Ringkasnya, pimpinan kerajaan PAS Kelantan selama 18 tahun dari tahun 1959-1978 gagal membawa pembangunan kepada negeri Kelantan. Pembangunan bagi negeri Kelantan hanya berlaku dalam tempoh lima tahun terakhir pemerintahan kerajaan PAS. Pembentukan kerajaan campuran PAS-Perikatan telah mengubah senario ekonomi negeri Kelantan, terutama bagi sektor perindustrian. Sebelum pembentukan kerajaan campuran, kerajaan negeri seolah-olah tidak memberi ruang kepada sektor perindustrian untuk berkembang. Ini telah memberi implikasi kepada pembangunan ekonomi negeri seluruhnya. Tegasnya, hubungan kerajaan persekutuan dengan kerajaan negeri memainkan peranan penting dalam mempengaruhi pembangunan ekonomi Kelantan.

Ekonomi Kelantan Era Barisan Nasional (1978 – 1990)

Setelah kerajaan Barisan Nasional mengambilalih tampuk pemerintahan negeri Kelantan, pembangunan ekonomi di negeri Che Siti Wan Kembang ini telah diperhebatkan. Dasar dan strategi ekonomi kerajaan negeri yang baharu ini ialah untuk mempelbagaikan asas ekonomi. Ini berikutan asas ekonomi pertanian adalah terhad.39 Walau bagaimanapun, sektor pertanian masih dijadikan strategi penting dalam pembangunan ekonomi. Sektor perindustrian pula semakin diberi perhatian oleh kerajaan Barisan Nasional Kelantan. Namun demikian,

38 Ibid39 Perspektif Perancngan dan Pembangunan Sektor Pembangunan Masyarakat Pembangunan Luar Bandar, hlm 8

Page 14: Tesis Kajian Perkembangan Ekonomi NEGERI KELANTAN

matlamat pembangunan sektor perindustrian ialah untuk menjadikannya sektor kedua penting sebagai pemberi pekerjaan dan pendapatan kepada penduduk.40 Dalam usaha meningkatkan pembangunan, strategi kerajaan negeri terhadap masalah ketidakseimbangan wilayah dan pembangunan infrustruktur dititikberatkan.

Kerajaan Barisan Nasional Kelantan nampaknya mengutamakan sektor pertanian juga. Ini jelas tampak daripada langkah kerajaan mengimbangi pembangunan di Kelantan Utara dan Kelantan Selatan. Strategi pembangunan di kawasan Kelantan Utara ialah untuk menambahkan hasil pengeluaran pertanian melalui pencegahan banjir dan sistem pengairan yang lebih cekap.41 Strategi pertanian di kawasan Kelantan Selatan adalah berasaskan pembukaan tanah dan penempatan kampung baru untuk menawarkan lebihan penduduk kawasan Kelantan Selatan.42

Di dalam Rancangan Malaysia Keempat (1981 -1985), sebanyak RM 1,063,000,000 (55.4%) telah diperuntukkan untuk sektor pertanian. Dalam tempoh lima tahun ini, seluas 30,134 hektar tanah baru telah dimajukan oleh KESEDAR, FELDA dan PKINK yang memberi faedah kepada 8,914 keluarga. Seluas 14,855 hektar tanah dipulihkan oleh Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) dan FELCRA yang memberi faedah kepada lebih kurang 15,000 keluarga.

Kawasan pertanian yang sedia ada berjaya dibangunkan menerusi penyediaan infrustruktur, bekalan input dan perkhidmatan nasihat pembangunan yang disediakan di bawah Projek Pembangunan Pertanian Bersepadu. Pihak KADA melaksanakan enam projek pembangunan yang meliputi kawasan seluas 4,735 hektar yang telah dilengkapi dengan infrustruktur pengairan dan perparitan.

Projek Pembangunan Kemasin – Semerak merupakan satu lagi projek pembangunan kawasan pertanian bersepadu yang dijalankan oleh kerajaan Barisan Nasional Kelantan bagi membantu meningkatkan ekonomi petani Kelantan. Projek ini berasaskan konsep pembangunan kawasan pertanian yang disatukan di kawasan yang sedia ada penduduknya. Sehingga tahun 1983, kawasan tanah seluas 771 hektar telah diambil balik bagi pembangunan infrustruktur. Penyediaan kemudahan pengairan dilaksanakan merangkumi kawasan seluas 8,208 hektar manakala kemudahan perparitan dibekalkan kepada kawasan seluas 1,705 hektar.43

KESEDAR pula memainkan peranan penting di kawasan Kelantan Selatan dengan pembukaan tanah secara besar-besaran. Agensi-agensi lain seperti FELDA dan FELCRA turut

40 Taklimat Pembangunan Ekonomi Negeri, UPEN, hlm 17.41 Kelantan Terus Bergerak Maju,1985,hlm 2142 Ibid43 Taklimat Pembangunan Ekonomi Negeri Kelantan,UPEN,hlm 7-8.

Page 15: Tesis Kajian Perkembangan Ekonomi NEGERI KELANTAN

terlibat. Kawasan seluas 1.05 hektar mula dimajukan pada tahun 1978.44 KESEDAR menjalankan skim pembangunan tanah bagi tujuan menukarkan corak pertanian tradisional kepada kaedah moden agar taraf hidup petani dapat ditingkatkan. Dalam hal ini, secara tidak langsung ia berperanan menyusun semula masyarakat.

KESEDAR telah membuka 32 tanah rancangan pembangunan yang meliputi 47,195 hektar dengan membabitkan 10,704 keluarga sehingga tahun 1980-an. FELCRA pula berjaya membangunkan 22 buah rancangan tanah seluas 38,800 hektar dan menempatkan seramai 2,335 orang peneroka. Sehingga tahun 1987, sebanyak lapan projek dilaksanakan yang meliputi kawasan seluas 3,597 hektar dengan menelan perbelanjaan sebanyak RM3,720,000.45 Menjelang tahun 1985, hasil pembukaan tanah oleh FELDA membolehkan seramai 9,450 orang ditempatkan di kawasan rancangan pembangunan yang dimajukan.46 Pembukaan tanah secara besar-besaran ini telah mengubah pembangunan pertanian di negeri Kelantan.

Pada masa yang sama kerajaan negeri yang dipimpin oleh Barisan Nasional ini juga turut meningkatkan pembangunan sektor perindustrian. Seluas 631 hektar tanah dimajukan oleh Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) untuk kegiatan perindustrian. Kerajaan negeri menggunakan strategi pembangunan dengan mewujudkan keseimbangan wilayah. Estet-estet industri telah dibuka di kawasan Kelantan Selatan seperti di Gua Musang dan Jeli. Di Kelantan Utara pula, kawasan yang meliputi keluasan 405 hektar dimajukan, iaitu di Pengkalan Chepa Fasa II.

Kerajaan Barisan Nasional Kelantan, menitikkberatkan penyediaan kemudahan infrustruktur bagi pembangunan ekonomi. Jalanraya yang menghubungkan bandar-bandar penting dalam negeri dengan pusat-pusat penempatan penduduk dibina. Menjelang akhir tahun 1980-an, negeri Kelantan mempunyai jalan sepanjang 1,828 kilometer dengan pertambahan sebanyak 544 kilometer berbanding 1,284 kilometer pada tahun awal 1980. Lebuh raya Timur-Barat sepanjang 116 kilometer dibina yang menghubungkan Grik dengan Jeli dan Ipoh.47 Lebuh raya Kuala Krai- Gua Musang dibina pada tahun 1983.48 Kemudahan bekalan elektrik dan air juga dipertingkatkan, khususnya untuk pembangunan industri.

Setelah kajian dibuat, nampaknya strategi yang digunakan oleh kerajaan Barisan Nasional di Kelantan dalam jangkamasa 1978-1990 menampakkan keseimbangan. Namun demikian, dari segi pengagihan peruntukan sektor-sektor, ia masih ada ketidakseimbangannya. Dalam Rancangan Malaysia Keempat, peruntukan sektor pertanian ialah 55.4% daripada jumlah yang diperuntukkan untuk sektor ekonomi. Jumlah ini bertambah 48.0% daripada peruntukan

44 Kelantan Darulnaim Terus Membangun Menuju Kemakmuran, hlm 7.45 Selepas 10 Tahun Kelantan Melangkah Maju, 1988,hlm 5.46 Fokus Negeri Kelantan, 1985, hlm 141.47 Selepas 10 Tahun Kelantan Terus Melangkah Maju, 1988, hlm 748 Fokus Negeri Kelantan,1985,hlm 134.

Page 16: Tesis Kajian Perkembangan Ekonomi NEGERI KELANTAN

sebelumnya. Peruntukan bagi sektor perindustrian pula hanya bertambah sebanyak 23.1% daripada peruntukan sebelumnya. Ia meliputi 14.8% peruntukan di dalam Rancangan Malaysia Keempat.49

Peruntukan kepada sektor pertanian melebihi sektor-sektor lain, walau bagaimanapun sektor ini gagal menambahkan sumbangannya kepada KDNK. Sepanjang tempoh 1980- 1985 sumbangan sektor pertanian kepada KDNK berkurangan sebanyak 3.5%. Kerajaan negeri menyatakan pengurangan kadar ini juga adalah disebabkan kerajaan negeri juga turut membangunkan sektor perindustrian. Namun demikian, sumbangan sektor pembuatan kepada KDNK juga tidak berubah dari tahun 1980- 1985 iaitu 46%.50

Sebenarnya kerajaan negeri lebih memberi keutamaan kepada pembangunan sektor pertanian adalah disebabkan banyak masalah dalam sektor perindustrian. Masalah yang paling ketara ialah kurangnya kemudahan infrustruktur untuk menarik pelabur. Berhubung soal ini, Kementerian Perdagangan dan Perindustrian diminta menetapkan pengagihan pelabur asing kepada negeri-negeri bagi mengelakkan perebutan dan mewujudkan keseimbangan pelaburan. Menurut Timbalan Menteri Besar, Dato’Ahmad Rastom:

“Perebutan mendapatkan pelabur boleh menyebabkan negeri yang menghadapi kekurangan kemudahan asas seperti Kelantan tidak dapat meningkatkan sektor pelaburannya”.51

Menurut kajian yang dibuat oleh Nural Huda Ahmad,52 industri-industri yang mengeksport hasil keluarannya masih menghadapi masalah jauh dari pelabuhan. Walaupun terdapat lebuh raya Timur-Barat, dari segi kos dan masa53 para pelbur masih lagi mengambil kira kos penempatan industri-industri mereka. Misalnya, walaupun Jeli telah dihubungkan dengan lebuh raya Timur-Barat, pengusaha dikawasan perindustrian ini masih lagi menghadapi kos perjalanan. Masalah pengangkutan ini juga menyukarkan proses mengangkut bahan mentah keperluan industri. Pelabuhan kecil adalah perlu sebagai kemudahan infrustruktur untuk kegunaan import dan ekport barang. Walaupun pembinaan pelabuhan ini telah dicadangkan sejak tahun 1978, sehingga tahun 1990 pelabuhan ini belum juga dibina di Kelantan. Cadangan pembesaran lapangan terbang pada tahun 1983 juga ditangguhkan pelaksanaannya.54

Kekurangan hasil di Kelantan merupakan punca terbesar menyebabkan penangguhan pelaksanaan projek-projek pembangunan di negeri ini. Hasil yang disemak bagi tahun 1981

49 Pembangunan Negeri Kelantan, hlm1.50 Ibid.51 Berita Harian,1988, Seimbangkan Agihan Pelaburan Asing,24 Oktober.52 Nural Huda Ahmad, 1984,Perindustrian di Kelantan :Masalah dan Prospek, Latihan Ilmiah,Jabatan Geografi,UKM,Bangi, hlm 65.53 Keperluan Kemudahan Asas di Negeri Kelantan, 1978hlm 18.54 Nasir Hassan,Berita Harian,1990, Tertangguh Kesan Kelembapan Ekonomi : Pusat Jamin Percepat Projek,28 Mei.

Page 17: Tesis Kajian Perkembangan Ekonomi NEGERI KELANTAN

ialah RM41,600,000 dan perbelanjaan mengurus ialah RM68,200,000. Keadaan ini menyebabkan kerajaan negeri mengalami kekurangan hasil sebanyak RM26,600,000. Pada tahun 1982, kekurangan dianggarkan berjumlah RM30,700,000.55

Kekurangan kakitangan dan tenaga kepakaran juga merupakan salah satu daripada masalah yang dihadapi oleh kerajaan Barisan Nasional di Kelantan. Misalnya, pejabat Kemajuan Negeri hanya mempunyai kakitangan seramai lapan orang. Bilangan ini tidak mencukupi bagi kerja-kerja pengesanan dan penyelarasan yang memerlukan pemeriksaan dan pengesahan projek-projek.56 Kekurangan kakitangan juga berlaku dalam perkhidmatan ikhtisas dan teknikal. Contohnya di Jabatan Kerja Raya (JKR) terdapat empat kekosongan pembantu teknik dan dua juruteknik.57 Kekurangan kontraktor yang berpengalaman dan tenaga mahir turut menimbulkan masalah kepada sektor industri. Situasi ini telah menghalang perindustrian dijalankan secara lebih berkesan.

Selain daripada itu , kerajaan Barisan Nasional di Kelantan juga menghadapi masalah kos tapak industri. Kekurangan tanah yang sesuai menyebabkan kerajaan negeri terpaksa mengambil tanah milik awam untuk membangunkan estet-estet industri. Justeru itu, kerajaan negeri perlu membayar pampasan yang tinggi dan membebankan. Pembayaran pampasan yang tinggi sudah tentu menyebabkan harga tapak industri tinggi. Berhubung soal ini, Menteri Perdagangan dan Perindustrian mengatakan bahawa “kos tapak tanah perindustrian di negeri ini antara yang tertinggi”.58 Tegasnya, harga tapak industri yang tinggi ditambah kekurangan kemudahan infrustruktur tentunya menjadi halangan dalam usaha menarik pelabur.

Kerajaan negeri terpaksa memberi kelonggaran kepada pelabur-pelabur menyelesaikan pembayaran harga tanah perindustrian sehingga lapan tahun untuk menggalakkan pelaburan di kalangan pelabur di negeri Kelantan. Pembayaran 10% daripada harga tanah perindustrian hendaklah dijelaskan semasa menerima surat tawaran dan baki selebihnya lagi 90% boleh dijelaskan dalam tempoh lapan tahun secara ansuran. Sekiranya semua bayaran dapat dijelaskan dalam tempoh empat tahun, bayaran faedah dikecualikan sebanyak 8%.59

Selain daripada itu juga, kerajaan negeri menghadapi masalah untuk mengaplikasi dasar perindustrian negara dengan perindustrian di Kelantan. Dasar perindustrian negara tentang pelaburan luar negeri hanya sesuai untuk negeri-negeri di Pantai Barat. Dasar makro yang menitik beratkan aspek “viability” sesuatu projek tidak memberi pertimbangan kepada aspek-aspek lain seperti keinginan pelabur tempatan memajukan projek-projek yang bermodal kecil

55 Cara-caraMempercepatka Pembangunan Negeri Kelantan.56 Abdullah Sanusi Ahmad, 1978, Jentera Pentadbiran Dalam Membantu Pembangunan Negeri Kelantan Pada 26-28 Mac, hlm 9.57 Ibid,hlm 958 Berita Harian, 1988,Turunkan Kos Tapak Industri, 15 Julai.59 Langkah-langkah BagiMeningkatkan Kemajuan Sektor Perindustrian di Kelantan, UPEN, hlm 8

Page 18: Tesis Kajian Perkembangan Ekonomi NEGERI KELANTAN

untuk kemajuan tempatan.60 Dalam hal ini, kerajaan negeri menggalakkan penubuhan industri-industri “footloose” dan industri yang berasaskan sumber.61

Dasar perindustrian negara, meletakkan Kelantan dalam kawasan ”Mini-Corridor”, iaitu negeri Kelantan termasuk dalam kawasan kedua penting untuk pembangunan. Ini bermakna semakin sukar untuk kerajaan Kelantan membangunkan Kelantan selari dengan pembangunan di negeri-negeri Pantai Barat kerana keadaan ini sudah tentu mempengaruhi tingkat pelaburan di negeri ini. Jadi, untuk menggalakkan pelaburan, kerajaan negeri telah menyediakan insentif-insentif lain.

Kerajaan negeri juga menggunakan inisiatif, dengan memberi diskaun 30% - 40% ke atas harga tanah bagi perusahaan yang menggunakan pekerja melebihi 1000 orang, mengurangkan kadar bayaran bagi perusahaan yang menggunakan 1,000,000 gelen air sehari, penurunan kadar cukai tanah dan cukai bandar kepada kilang yang menggunakan tenaga pekerja melebihi 500 orang.62 Kerajaan Barisan Nasional Kelantan juga merumuskan semula dasar pindah milik tanah perindustrian yang lebih realistik. Misalnya pada tahun 1989, Majlis Mesyuarat Kerajaan telah memutuskan bahawa pindah milik tanah kepada syarikat-syarikat ekuiti oleh kerajaan atau agensi kerajaan boleh dipertimbangkan pengeluaran hak milik pajakan sehingga 99 tahun dengan dikenakan sekatan kepentingan di bawah Seksyen 120 Kanun Tanah Negara. Dasar kuota pindah milik kepada 50% untuk bukan bumiputera dinaikkan kepada 70% bagi tanah-tanah di kawasan perindustrian.

Pada keseluruhannya bolehlah dikatakan bahawa pemerintahan Barisan Nasional di Kelantan dari tahun 1978-1990 telah mengubah senario ekonomi negeri Kelantan. Dasar untuk mempelbagaikan ekonomi jelas dengan tindakan kerajaan negeri yang mengimbangi Kelantan Utara dan Kelantan Selatan dengan pembangunan pertanian dan perindustrian. Walau pun begitu, penekanan strategi kerajaan negeri yang memberikan lebih banyak peruntukan kepada sektor pertanian, iaitu lebih separuh daripada jumlah yang diperuntukkan untuk ekonomi difikirkan kurang wajar. Secara perbandingan, pembangunan infrustruktur yang amat perlu untuk kemajuan ekonomi hanya memperoleh 19.7%. Dengan erti lain, walaupun banyak masalah yang dihadapi oleh sektor industri di Kelantan, faktor yang dianggap penting menghalang pembangunan perindustrian di Kelantan ialah kekurangan kemudahan infrustruktur.

60 Pembangunan Perindustrian, 1978,dalam Seminar Strategi (sic),Pembangunan Negeri Kelantan, 26-28 Mei di Hotel Kesina, Kota Bharu,Kelantan, hlm 12.61 Kajian Semula Rancangan Malaysia Keempat (1981-1985) Negeri Kelantan, UPEN, hlm 99.62 Kemajuan Sektor Industri Dalam Tempoh Dua Tahun (1991-1992),hlm 11.

Page 19: Tesis Kajian Perkembangan Ekonomi NEGERI KELANTAN

Ketidakseimbangan dasar perindustrian negara juga sedikit sebanyak telah diselesaikan oleh kerajaan negeri dengan menambahkan beberapa galakan lain. Namun demikian, hakikat yang tidak boleh diketepikan ialah pembangunan yang berlaku agak pesat ini berbanding era sebelumnya ialah wujudnya persefahaman di antara kerajaan persekutuan dengan kerajaan yang memerintah Kelantan. Boleh dikatakan bahawa negeri Kelantan telah mendapat hak dan layanan yang sama dengan negeri-negeri lain. Pemberian peruntukan juga telah menempatkan hampir 70% daripada hasil negeri di antara tahun 1980-1982. Untuk tahun 1983, pemberian perlembagaan mengatasi hasil mahsul negeri.63 Tegasnya, perubahan tampuk pemerintahan dengan strategi pentadbiran telah menggandakan pendapatan negeri, seterusnya meningkatkan ekonomi orang Melayu di negeri Kelantan.

Ekonomi Kelantan Era PAS (1990-2009)

Setelah PAS berjaya merampas semula negeri Kelantan daripada Barisan Nasional pada tahun 1990 melalui pilihanraya, kerajaan PAS hanya meneruskan dasar dan strategi yang sedia ada pada awal peralihan pengambilalihan kuasa. Namun demikian, dalam beberapa hal telah ada pendekatan yang berbeza digunakan. Pertumbuhan ekonomi negeri terus bergantung kepada sektor pertanian, tetapi usaha dilakukan untuk mengubah corak pertanian kepada komersial. Untuk mempelbagaikan ekonomi, sektor pembuatan diberi penekanan.64 Pembangunan infrustruktur juga dipertingkatkan dengan menggunakan strategi-strategi yang menjurus kepada usaha kerajaan negeri untuk mengembangkan kawasan Kelantan Utara dengan kawasan Kelantan Selatan.

Dalam bidang pertanian, strategi kerajaan negeri ialah untuk mengalihkan penglibatan petani-petani kepada tanaman marginal. Petani digalakkan mengusahakan tanaman yang lebih menguntungkan.65 Dalam hal ini, penanam padi mengendalikan sawah mereka secara estet dan kolektif dengan dikendalikan oleh koperasi atau pertubuhan peladang kawasan. Pemilik individu yang menguruskan sawah secara persendirian menjalankannya secara intensif berbentuk komersial.66

Agensi-agensi pertanian seperti KESEDAR telah mempergiatkan pelaksanaan projek-projek pertanian. KESEDAR telah melaksanakan program pembangunan pertanian di kampung-

63 Laporan Rancangan Malaysia Kelima 1986-1990 Negeri Kelantan, 1984,Jilid 1, Ringkasan Eksekutif, UPEN,hlm 6.64 Hashim Bani Abdul Hamid, Taklimat Mengenai Pembangunan Negeri Kelantan Darulnaim, hlm 35.65 Dasar, Matlamat dan Strategi Pembangunan Negeri Kelantan 1991-1995,Jilid 2,UPEN, hlm 566 Ibid, hlm 12

Page 20: Tesis Kajian Perkembangan Ekonomi NEGERI KELANTAN

kampung dan wilayah KESEDAR secara produktif dan juga memastikan pemulihan tanah di rancangan-rancangan tanah KESEDAR berjalan lancar.

Kerajaan negeri meneruskan pelaksanaan insentif-insentif yang sedia ada bagi meningkatkan pembangunan sektor perindustrian seperti pengurangan kadar bayaran air, hasil tanah premium dan dasar pindah milik tanah perindustrian, mengkaji balik diskaun dan tempoh bayaran harga tanah serta memberikan diskaun cukai pintu. Selain itu, kerajaan negeri juga turut merangka strategi baru dengan mewujudkan kawasan industri kecil dan sederhana yang meliputi setiap daerah di negeri Kelantan dengan menggunakan pendekatan penswastaan dalam pembangunan kawasan industri tersebut.67

Walau bagaimanapun kerajaan negeri tetap memberi keutamaan kepada sektor pertanian, ini jelas dalam Rancangan Malaysia Keenam dengan peruntukan sektor pertanian sebanyak RM784,000,000. Keadaan ini memberi kesan yang kurang memberangsangkan terhadap sektor pertanian di negeri Kelantan yang mendapat peruntukan hanya RM166,190,000.

Walau bagaimanapun, pada tahun 2002 Projek Diraja Kelantan telah ditubuhkan dengan idea yang diilhamkan oleh Sultan Ismail Petra dan Raja Perempuan Kelantan. Projek ini ditubuhkan bagi membantu rakyat tempatan seperti Tabung Tenaga Berdikari, Tabung Biasiswa Ijazah Lanjutan Sultan dan Penubuhan Tabung Dermasiswa Tengku Anis dan lain-lain lagi. Di antara projek yang dijalankan ialah tanamankulat, tanaman sayur berkelompok, tanaman kontang, ternakan kambing biri-biri, puyuh, tanaman bunga-bungaan, kelapa wangi dan lain-lain. Adalah menjadi harapan Kebawah Duli berdua agar projek ini sedikit sebanyak dapat meningkatkan ekonomi rakyat Kelantan.

Kerajaan PAS Kelantan berhasrat untuk menjadikan Kelantan sebagai “Jelapang Makanan Negara”. Untuk mencapai hasrat tersebut telah banyak program yang dibuat antaranya ialah dalam sector pertanian untuksayur-sayuran dan buah-buahan, sector perikanan diberitumpuan pada perikanan laut, akuakultur dan air tawar, sector penternakan termasuk ayam, lembu, kambing bebiri danlain-lain, industry desa menitikberatkan industri pembuatan makanan dan Taman Kekal Pengeluaran Makanan seluas 13,408 ekar.68

Kerajaan negeri telah mensasarkan penanaman sayuran supaya dapat menampung permintaan dalam negeri. Tanah yang terlibat dalam penanaman sayur ini 2,831 hektar

67 Langkah-langkah Bagi Meningkatkan Kemajuan Sektor Perindustrian di Kelantan, hlm 17-18

68 Laporan Ekonomi Negeri Kelantan 2004-2005, hlm. 24

Page 21: Tesis Kajian Perkembangan Ekonomi NEGERI KELANTAN

Tegasnya, tiada perubahan yang signifikan berlaku semasa pemerintahan PAS. Dengan punca-punca yang terhad, kerajaan negeri tidak begitu berjaya meningkatkan ekonomi negeri. Masalah kewangan masih menjadi halangan besar kepada pembangunan.

KESAN HUBUNGAN DI ANTARA KERAJAAN PERSEKTUAN DENGAN KERAJAAN NEGERI TERHADAP PEMBANGUNAN EKONOMI KELANTAN.

1.Pengenalan

Sebagai Negara Persekutuan, Malaysia mempunyai sebuah Kerajaan Pusat dan beberapa Kerajaan Negeri yang menjadi anggota Kerajaan Persekutuan. Dalam Perlembagaan Persekutuan termaktub beberapa peruntukan yang dapat menentukan hubungan di antara kerajaan pusat dengan kerajaan negeri.69 Walau bagaimanapun, pembahagian kuasa di antara kerajaan pusat dengan kerajaan negeri memperlihatkan kerajaan pusat memiliki kuasa yang 69 Abdullah Ayub, 1978, Cara Pemerintahan Tanah Melayu (1957-1963), Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, hlm 354.

Page 22: Tesis Kajian Perkembangan Ekonomi NEGERI KELANTAN

luas. Perlembagaan Persekutuan mengandungi tiga senarai, iaitu Senarai Persekutuan (senarai pertama), Senarai Negeri (senarai kedua), dan Senarai Bersama (senarai ketiga).70

Peruntukan-peruntukan yang termaktub dalam perlembagaan menjadi asas hubungan untuk mengelakkan pertelingkahan serta menyelesaikan pertelagahan di antara kerajaan pusat dengan kerajaan negeri.71 Namun begitu, persefahaman di antara kerajaan pusat dan negeri bukanlah ditentukan oleh peruntukan perlembagaan semata-mata, ia juga bergantung kepada pengaruh keharmonian di antara parti. Keadaan ini jelas terlihat di Kelantan mengikut pimpinan parti yang silih berganti yang memerintah negeri berkenaan. Hubungan di antara kerajaan pusat dan kerajaan negeri memberi implikasi kepada pembangunan ekonomi Kelantan yang secara jelas dapat ditinjau berdasarkan pimpinan parti PAS, Barisan Nasional dan PAS semula. Isu yang kerap kali menjadi punca pertelagahan di antara keduanya ialah berkisar soal kewangan dan tanah. Sehubungan itu, penjelasan tentang bidang kuasa kerajaan pusat dan kerajaan negeri difikirkan perlu sebagai asas untuk memahami pembangunan ekonomi negeri Kelantan khususnya sektor pertanian yang merupakan nadi penggerak sebahagian besar rakyat di negeri Kelantan.

Bidang Kuasa Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri

a) Pembahagian Kuasa Perundangan

Perkara 73 Perlembagaan Persekutuan memberi kuasa kepada Badan Perundangan Persekutuan (Parlimen) membuat undang-undang bagi seluruh Persekutuan atau mana-mana bahagiannya. Badan Perundangan Negeri pula boleh membuat undang-undang bagi seluruh negeri atau mana-mana bahagian negeri. Seterusnya, kedua-dua badan perundangan ini mempunyai kuasa dalam perkara-perkara yang dinyatakan dalam Senarai Bersama.72

Senarai Persekutuan meliputi hal ehwal luar negeri, pertahanan, keselamatan dalam negeri, kewarganegaraan, perkapalan, pelayaran, kewangan, hal-ehwal tanah, pengangkutan dan perhubungan, perdagangan dan industri kerja raya dan sebagainya. Senarai negeri termasuklah hal-ehwal agama Islam, adat-istiadat, jentera pentadbiran negeri, kerajaan tempatan, tanah pertanian dan perhutanan. Senarai Bersama pula merangkumi hal-ehwal kebajikan masyarakat, biasiswa, kesihatan awam, parit dan tali air serta perancangan bandar.73

Untuk memastikan undang-undang negeri tidak bercanggah dengan undang-undang Persekutuan, Perkara 75 perlembagaan mencatatkan bahawa sekiranya terdapat pertentangan

70 Ridzuan Awang,1994, Undang-undang Tanah Islam: Pendekatan Perbandingan, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, hlm 133.71 Negara Kita: Sejarah, Pentadbiran dan Dasar-dasar Pembangunan, 1982, Institut Tadbiran Awam Negara, Kuala Lumpur, hlm 114.72 Negara Kita, 1982, hlm 11573 Ibid

Page 23: Tesis Kajian Perkembangan Ekonomi NEGERI KELANTAN

antara undang-undang Persekutuan dengan undang-undang negeri, maka undang-undang Persekutuan hendaklah digunakan dan undang-undang negeri terbatal setakat mana ia berlawanan.74 Jika berlaku sebarang konflik antara undang-undang Persekutuan dengan undang-undang negeri tentang sesuatu perkara dalam senarai bersama, undang-undang Persekutuan akan meliputi undang-undang negeri walaupun undang-undang negeri diluluskan terdahulu daripadanya. 75 Mengikut Perkara 77 Perlembagaan Persekutuan, segala kuasa yang tidak disebutkan dalam senarai pertama dan kedua, iaitu kuasa baki perundangan adalah menjadi tanggungjawab Badan Perundangan Negeri.76

Pada prinsipnya, kerajaan pusat tidak boleh membuat undang-undang berkaitan dengan perkara-perkara yang terkandung dalam senarai negeri. Namun demikian, beberapa peruntukan jelas membolehkan kerajaan pusat mengambil alih kuasa perundangan yang dikhaskan kepda kerajaan negeri berlandaskan tiga keadaan, iaitu apabila kerajaan melaksanakan perjanjian antara Persekutuan dengan negeri-negeri luar atau pertubuhan antarabangsa, mengadakan persamaan undang-undang antara dua buah negeri atau lebih dan menawarkan permintaan Dewan Negeri jika dewan tersebut meminta parlimen membuat undang-undang.77

b) Pembahagian Kuasa Pemerintahan

Kuasa pemerintahan kerajaan pusat dan kerajaan negeri berasaskan pembahagian kuasa yang terdapat dalam senarai pertama dan kedua. Namun begitu, dalam beberapa hal, kerajaan pusat mempunyai kuasa tentang perkara-perkara yang terdapat dalam senarai kedua. Perkara 94 membenarkan kuasa eksekutif Persekutuan menjalankan penyelidikan, mengadakan serta menyelenggarakan pusat-pusat percubaan dan pertunjukan serta memberi nasihat dan bantuan teknik kepada negeri.78

Bagi maksud melicinkan pentadbiran, persetujuan boleh dilakukan antara kerajaan pusat dengan kerajaan negeri setakat yang dibenarkan oleh undang-undang supaya kuasa eksekutif kerajaan pusat boleh dijalankan oleh kerajaan negeri dan kerajaan pusat boleh menjalankan kuasa eksekutif kerajaan negeri. Untuk memastikan kerajaan negeri melaksanakan tanggungjawab kerajaan pusat, kuasa-kuasa eksekutif negeri hendaklah mematuhi sebarang

74 Wu Min Aun,1985, Pengenalan kepada Sistem perundangan Malaysia, Heinemann educational Books,Singapore,hlm 8875 R.S. Milne dan Diane K. Mauzy, 1982, Politik dan Kerajaan di Malaysia, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, hlm 13376 Negara Kita, 2982, hlm 11577 Mohamad Salleh Abas, 1968, Prinsip perlembagaan dan Pemerintahan di Malaysia, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, hlm 224.78 Negara Kita, 1982, hlm 116

Page 24: Tesis Kajian Perkembangan Ekonomi NEGERI KELANTAN

undang-undang Persekutuan yang berkuatkuasa di sesebuah negeri. Tegasnya, ia tidak boleh menghalang perjalanan eksekutif Persekutuan.79

c) Hal-ehwal tanah

Mengikut Seksyen 40, Kanun Tanah Negara, semua tanah kerajaan di sesebuah negeri menjadi hak pihak berkuasa negeri. Walaupun hal-ehwal tanah meupakan bidang kuasa negeri, parlimen boleh membuat undang-undang berhubung perkara ini dengan syarat undang-undang tersebut diluluskan dengan ketetapan Dewan Undangan Negeri (DUN). Terdapat enam perkara berkaitan dengan hal-ehwal tanah, iaitu pemegangan tanah (perhubungan antara tuan tanah dengan penyewa), pendaftaran hakmilik tanah dan surat ikatan tentang tanah (pemprosesan, kemajuan tanah, memelihara tanah) dan sekatan sewa, rezab Melayu, permit dan lesen untuk mencari galian (pajakan lombong dan perakuan lombong), pengambilan tanah secara paksa, pindah milik tanah, pengembalian harta kepada kerajaan (harta karun tidak termasuk barang purba).80 Peruntukan hal-ehwal tanah termasuklah tanah yang dikehendaki untuk maksud Persekutuan,tanah simpnan orang Melayu dan tanah yang dikehendaki untuk pembangunan Negara.

Oleh kerana tanah amat mustahak bagi menjalankan pentadbiran dan kuasa pemerintahan kerajaan pusat, perlembagaan mengadakan peruntukan tertentu dalam soal pengambilan tanah bagi maksud Persekutuan. Cara kerajaan pusat memperoleh tanah bergantung kepada katagori tanah, iaitu sama ada tanah itu tanah kerajaan yang belum diberi milik atau sudah dimiliki.

Sekiranya tanah yang dikehendaki oleh kerajaan pusat bukan tanah hak milik, kerajaan negeri hendaklah memberi hak milik untuk tanah itu kepda kerajaan pusat atau pihak berkuasa awam yang diarahkan oleh kerajaan pusat setelah berunding dengan kerajaan negeri. Kerajaan pusat tidak boleh mengambil tanah yang disimpan untuk sesuatu maksud negeri kecuali untuk kepentingan Negara.81 Sekiranya tanah yang ingin diambil oleh kerajaan pusat telah dicadangkan untuk maksud negeri, kerajaan negeri perlu mencari tanah lain sebagai gantinya.

Jika tanah yang dikehendaki oleh kerajaan pusat sudah diberi milik, kerajaaan pusat berhak meminta kerajaan negeri mendapatkan tanah berkenaan (sama ada dengan persetujuan tuan tanah atau secara paksa). Segala perbelanjaannya berhubung soal pengambilan tanah ditanggung oleh kerajaan pusat kecuali tanah tersebut diambil dengan persetujuan tuan tanah. Kerajaan pusat tidak perlu membayar harga yang lebih daripada pampasan yang ia mesti bayar sekiranya tanah tersebut diperoleh secara paksa (melainkan kerajaan pusat adalah salah satu

79 Mohamad Salleh Abas, 1968, Prinsip Perlembagaan, hlm 23080 Ridzuan Awang, 1994, Undang-undang Tanah Islam, hlm 13781 Negara Kita, 1982, hlm 116

Page 25: Tesis Kajian Perkembangan Ekonomi NEGERI KELANTAN

pihak dalam perjanjian). 82 Sekiranya tanah yang diberi kepada kerajaan pusat tidak lagi diperlukan, ia boleh dikembalikan kepada kerajaan negeri.83 Jika kerajaan negeri enggan, tanah tersebut boleh disimpan untuk maksud persekutuan yang lain. Jika tidak, kerajaan pusat boleh menjual tanah berkenaan mengikut syarat-syarat yang difikirkan berpatutan.

Tanah rezab orang Melayu pula diperuntukkan sebagai suatu hak keistimewaan bangsa Melayu. Jika tanah sesebuah negeri sudah menjadi tanah rezab orang Melayu sebelum merdeka (mengikut undang-undang yang ada), maka tanah itu terus menjadi tanah rezab orang melayu melainkan undang-undang itu dipinda oleh suatu undang-undang negeri berkenaan.84

Tanah di sesebuah negeri yang belum menjadi tanah rezab orang Melayu boleh diisytiharkan sebagai tanah rezab orang Melayu. Ia boleh dilakukan dengan mengadakan satu kawasan tanah yang sama luasnya yang belum menjadi milik awam. Jumlah keluasan yang direzabkan untuk orang Melayu tidak boleh melebihi jumlah kawasan tanah untuk milik awam.85

Selain itu, kerajaan sesebuah negeri boleh mengisytiharkan (mengikut undang-undang yang ada) tanah yang telah dibuka atau diusahakan sebagai tanah rezab orang Melayu berdasarkan tiga katagori, iaitu tanah yang diambil oleh kerajaan melalui perjanjian dengan tuan-tuan tanah, pemilik-pemilik tanah yang membuat permohonan agar mengisytiharkan tanah tersebut sebagai tanah rezab orang Melayu dan tanah lain yang sama jenis dan saiznya (sebagai ganti) dengan tanah rezab Melayu yang telah tamat tempohnya.86

Perlembagaan juga memberi kuasa kepada kerajaan pusat mengambil tanah untuk kemajuan negara. Setelah rancangan pembangunan disyorkan oleh sesuatu jawatan kuasa pakar, maka sesuatu kawasan itu boleh diisytiharkan sebagai kawasan pembangunan. Sehubungn itu, undang-undang yang dibuat oleh Parlimen hendaklah dengan terang menyebut bahawa rancangan itu diluluskan untuk sesuatu projek dan segala langkah tersebut perlu dipatuhi. Walau bagaimanapun, undang-undang ini boleh dipinda atau ditambah dengan beberapa peruntukan oleh Parlimen.

Apabila Yang Dipertuan Agong mengisytiharkan kawasan pembangunan, maka tanah-tanah dalam kawasan itu hendaklah disimpan oleh kerajaan negeri. Jika dengan sebab simpanan tersebut kerajaan negeri mendapat hasil yang kurang, kerajaan pusat hendaklah menggantikan hasil yang kurang itu kepada kerajaan negeri. Perbelanjaan bagi sesuatu rancangan pembangunan jika dipersetujui oleh kerajaan pusat, ia boleh dibiayai oleh kerajaan negeri dan

82 Ridzuan Awang,1994,Undang-undang Islam,hlm 139-14083 Ibid, hlm 23384 Ridzuan Awang, 1994, Undang-undang Tanah Islam, hlm 14285 Mohamad Salleh Abas, 1968, Prinsip Perlembagaan, hlm 226-22786 Ridzuan Awang, 1994, Undang-undang Tanah Islam, hlm 143-144

Page 26: Tesis Kajian Perkembangan Ekonomi NEGERI KELANTAN

perbelanjaan yang ditanggung oleh kerajaan negeri hendaklah dibayar balik oleh kerajaan pusat daripada hasil yang didapati daripada rancangan tersebut.87

d) Hal-ehwal Kewangan

Peruntukan-peruntukan kewangan berhubung rapat dengan pengawalan wang awam di peringkat Persekutuan dan pembahagian hasil di antara kerajaan pusat dan negeri. Namun demikian, kelebihan kuasa kewangan terletak pada kerajaan pusat. Kuasa kewangan kerajaan pusat boleh dijadikan modal supaya kerajaan negeri mengikut dasar kerajaan pusat. Kebiasaannya kerajaan negeri bergantung kepada sumber kewangan kerajaan pusat kerana sumber-sumber pendapatan kerajaan negeri adalah terhad.88

Pemungutan hasil oleh negeri-negeri terbatas kepada butiran hasil yang tertentu. Antara punca hasil yang terpenting bagi kerajaan negeri ialah tanah, perlombongan, dan pembalakan. Berhubung soal ini, Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa butiran hasil boleh digantikan dengan satu punca hasil lain yang lebih kurang sama nilainya kepada negeri-negeri. Negeri-negeri diberi jaminan bahawa hasil yang dibenarkan di bawah Perlembagaan Persekutuan tidak akan dikurangkan.

Di samping itu, Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan sebahagian hasil duti import atas bahan galian kepada negeri-negeri. Dalam tahun 1962, Akta Peruntukan Hasil (Duti Eksport Atas Bijih Besi) dilaksanakan untuk membolehkan kerajaan negeri menerima 10% cukai maksimum ke atas nilai bijih besi yang dieksport. Akta Peruntukan Duti Eksport (bijih galian) pula, memperuntukkan kepada kerajaan negeri sebahagian daripada duti eksport yang dipungut oleh kerajaan pusat ke atas bijih galian selain daripada bijih timah dan bijih besi. Negeri-negeri pengeluar timah dibenarkan menerima 10% atau lebih daripada duti eksport ke atas bijih timah yang dihasilkan.89

Untuk mengurangkan beban kewangan kerajaan negeri, perlembagaan memperuntukkan kerajaan pusat mengadakan punca-punca kewangan tambahan dari semasa ke semasa dengan cara pemberian atau peruntukan kumpulan wang pembangunan kepada kerajaan negeri. Pemberian kerajaan pusat tertakluk kepada bilangan orang (jumlah penduduk sesebuah negeri) dan pemberian mengikut panjang jalan raya.90

Pemberian berdasarkan bilangan orang kepada setiap negeri adalah mengikut asas tahunan, iaitu 50,000 orang yang pertama, kerajaan negeri mendapat RM15 bagi tiap-tiap orang. 200,000 orang berikutnya kerajaan negeri memperoleh RM10 bagi setiap orang dan selebihnya 87 Mohamad Salleh Abas, 1968, Prinsip Perlembagaan, hlm 23988 R.S. Milne dan Diane K.Mauzy, 1982, Kerajaan dan Politik Malaysia, hlm 13689 Abdullah Ayub, 1978, Cara Pemerintahan Tanah Melayu, hlm 35990 Sheikh Mohamad Noor Alam Shaikh Mohamad Hussain, 1984, Federalisme di Malaysia, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, hlm 36.

Page 27: Tesis Kajian Perkembangan Ekonomi NEGERI KELANTAN

adalah mengikut kadar RM4 seorang. Mulai 1 Januari 1976, kadar ini dinaikkan kepada 100,000 orang yang pertama, kerajaan mendapat RM20 bagi tiap-tiap orang, 150,000 orang dan seterusnya adalah berasaskan kadar RM10 bagi setiap orang. Manakala 250,000 orang berikutnya adalah berdasarkan sebanyak RM6 seorang dan bakinya ialah RM3 untuk setiap orang.91 Begitu juga dengan pemberian jalan raya kepada negeri disemak dalam tahun 1976 dan kadar dinaikkan daripada RM4,600 (1970) kepada RM6,200 sebatu jalan raya setahun (1974).

Selain itu, kerajaan negeri juga mendapat peruntukan kewangan daripada pertumbuhan hasil daripada kerajaan pusat setelah diperkenalkan pada tahun 1976. Pemberian ini berdasarkan kenyataan bahawa kerajaan negeri patut mendapat faedah daripada pertumbuhan hasil kerajaan pusat. Pemberian tersebut dibayar kepada negeri-negeri jika hasil Persekutuan bertambah lebih daripada 10% dalam tempoh tertentu. Jumlah yang dibayar kepada kerajaan negeri berupa jumlah wang yang melebihi 10% daripada kenaikan itu (tertakluk kepada maksimum RM50,000,000 setahun) pengagihannya ialah 50% daripada jumlah keseluruhan dibahagi sama rata di antara 13 buah negeri. Bakinya sebanyak 50% lagi diagih berasaskan dua bahagian mengikut jumlah penduduk. Di samping itu, kerajaan negeri mendapat dua jenis bantuan daripada kerajaan pusat (mengikut budi bicara kerajaan pusat), iaitu bantuan bagi maksud khas dan bantuan pembangunan.

Kerajaan negeri turut dibenarkan membuat pinjaman daripada kerajaan pusat. Berhubung soal ini, kerajaan negeri tidak boleh meminjam kecuali di bawah kuasa undang-undang Persekutuan. Sesebuah negeri juga tidak dibenarkan meminjam kecuali menerusi peruntukan undang-undang negeri (mengikut tempoh tertentu yang ditetapkan oleh kerajaan pusat). Wang yang diperoleh kerajaan negeri dimasukkan dalam Kumpulan Wang Negeri Yang Disatukan dan kerajaan negeri perlu membelanjakannya mengikut anggaran dan undang-undang perbekalan. Dalam konteks negeri Kelantan, soal kewangan yang sering menimbulkan masalah ialah dari segi peruntukan kewangan yang tidak sampai ke tangan kerajaan negeri dan kesukaran kerajaan negeri membuat pinjaman daripada kerajaan pusat untuk melaksanakan rancangan-rancangan pembangunan.

HUBUNGAN KERAJAAN PUSAT DENGAN KERAJAAN NEGERI KELANTAN

A) Hubungan Kerajaan Pusat Dengan Kerajaan Negeri Era PAS (1959-1978)

91 Mohamad Suffin Hashim, 1983, Perlembagaan Malaysia: 1957-1977, Fajar Bakti, Petaling Jaya, hlm 361.

Page 28: Tesis Kajian Perkembangan Ekonomi NEGERI KELANTAN

Berikutan kesesuaian perjuangan dan ideologi PAS dengan psikik penduduk (kebanyakan petani dan nelayan), di samping kelemahan kepimpinan UMNO menyebabkan PAS mendapat kemenangan besar dalam pilihanraya pada 25 Jun 1959.92 Kemenangan besar ini menjadi titiktolak pemerintahan PAS selama hampir dua dekad kemudiannya. Jangka masa itu memperlihatkan pelbagai bentuk pertelingkahan kerajaan pusat dengan kerajaan negeri berlaku. Kompromi di antara dua parti politik yang berpegang pada fahaman material dan bukan material ternyata sukar dicapai. Ini dapat dilihat berlaku sebelum terbentuknya kerajaan campuran.

Sepanjang tempoh 1959-1973 memperlihatkan kemelut di antara kerajaan pusat dengan kerajaan PAS Kelantan berlaku. Pelbagai isu ditimbulkan oleh kedua-dua pihak untuk mengukuhkan kedudukan masing-masing tanpa ada kompromi. Situasi ini berlarutan sehingga kedua-dua pihak dihadapkan ke Mahkamah Persekutuan.

Isu politik, ekonomi, dan sosial bercampur aduk di Kelantan menyebabkan tercetusnnya ketegangan di antara kerajaan pusat dan negeri. Isu bermula dengan rancangan pembinaan Jambatan Sultan Yahya Petra yang menghubungkan Pasir Mas dan Tumpat dengan Kota Bharu.93 Kerajaan pusat (berdasarkan persetujuan Tun Abdul Razak) pada mulanya bersetuju memberi pinjaman kepada kerajaan negeri dan berhasrat untuk menyegerakan pembinaan jambatan tersebut. Namun begitu, kerana ketidakpuasan hati di kalangan pemimpin Perikatan Kelantan menyebabkan mereka mengambil tindakan menggagalkan rancangan tersebut.

Para pemimpin perikatan Kelantan memberi tekanan dan desakan yang menimbulkan kebimbangan kerajaan pusat. Akhirnya, kerajaan pusat enggan memberi pinjaman kepada kerajaa negeri Kelantan. Akibat daripada isu tersebut menyebabkan hubungan di antara kerajaan pusat dan negeri menjadi tegang. Seterusnya kerajaan negeri mengambil keputusan tidak menyerahkan pelan jambatan kepada Jabatan Kerja Raya. Tindakan ini menyebabkan kerajaan pusat tidak memberikan pinjaman ketika kerajaan negeri memerlukannya. Jadi, untuk menampung keperluan itu, kerajaan negeri menggunakan wang daripada Tabung pembangunan Negeri sebanyak RM5,000,000.94

Kerajaan negeri Kelantan mengambil pelbagai inisiatif lain bagi mengatasi masalah kewangan seperti mengadakan perjanjian dengan beberapa buah syarikat asing. Pada tahun 1964, kerajaan negeri telah membuat perjanjian dengan Syarikat Timber and Mining Corporation dari Singapura. Syarikat tersebut dikehendaki membayar wang pendahuluan sebanyak RM2,500,000 untuk mendapatkan konsesi balak (cagaran).95 Syarikat ini juga perlu menyediakan kemudahan infrustruktur.92 Alias Mohamad, 1975, Kelantan: Politik dan Dilema Pembangunan.93 R.S Milne dan Diane K. Mauzy,1982,Politik dan Kerajaan Malaysia, hlm 14294 Negeri Kelantan, 1968, Penyata Juruodit Negeri, Percetakan Kerajaan Kelantan, hlm 3.95 Mohamad Suffian Hasyim, 1983, Perlembagaan Malaysia, hlm 200.

Page 29: Tesis Kajian Perkembangan Ekonomi NEGERI KELANTAN

Walau bagaimanapun, langkah kerajaan negeri mendapat tentangan hebat daripada kerajaan pusat. Semasa kempen pilihanraya tahun 1964, kerajaan pusat menggunakan isu ini untuk memancing undi. Kerajaan pusat mendakwa pemimpin-pemimpin PAS menggadaikan tanah yang kaya dengan hasil hutan dan logam kepada syarikat asing.96 Kemuncak persengketaan di antara kerajaan pusat dan negeri ialah apabila kes ini dibawa ke Mahkamah Persekutuan. Hubungan yang tegang berterusan sehinggalah Mahkamah Persekutuan membuat keputusan kerajaan negeri tidak bersalah.

Langkah kerajaan pusat seterusnya ialah menggunakan tekanan supaya kerajaan negeri gagal dalam usahanya membangunkan Kelantan secara bersendirian. Justeru itu kerajaan pusat telah cuba menyekat sumber-sumber yang boleh menambah hasil kerajaan negeri. Kaedah yang digunakan oleh kerajaan pusat ialah menyekat perkhidmatan Keretapi Tanah Melayu yang digunakan untuk mengangkut kayu balak. Sabotaj ini menyebabkan Syarikat Timber Mining Corporation banyak mengalami kerugian.

Hubungan kerajaan pusat dan negeri bertambah buruk, lebih-lebih lagi kerajaan pusat enggan memberi pinjaman kepada kerajaan negeri untuk membayar gaji kakitangan kerajaan sebanyak RM1,500,000.97 Kerajaan pusat hanya memberi pinjaman kepada negeri-negeri yang sama parti politik dengannya. Ketidakupayaan kerajaan PAS Kelantan membayar balik pinjaman sebenarnya mengukuhkan lagi kecenderungan tersebut.98

Selain itu, soal tanah turut menimbulkan masalah dalam hubungan kerajaan pusat dan negeri. Di kebanyakan negeri, tanggungjawab membuka tanah baru bagi petempatan dijalankan oleh FELDA. Projek yang dijalankan oleh FELDA ini dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan pusat, tetapi berlainan dengan negeri Kelantan. Penubuhan FELDA di Kelantan pada tahun 1957 bermula dengan Projek Air Lanas, namun dari tahun 1958-1973 tiada sebarang projek FELDA dilaksanakan di Kelantan. Kerajaan negeri melaksanakan rancangan pembukaan tanahnya secara bersendirian dengan segala perbelanjaan ditanggung sendiri oleh kerajaan negeri. Ini bukan bermakna kerajaan negeri enggan menerima sebarang projek daripada kerajaan pusat. Malah, kerajaan negeri pernah menawarkan suatu kawasan di Sungai Lebir kepada kerajaan pusat untuk rancangan di bawah FELDA. Namun demikian, tawaran kerajaan negeri tidak mendapat sebarang jawapan daripada kerajaan pusat.99 Tegasnya, jika fahaman parti tidak sealiran adalah sukar untuk diwujudkan persefahaman.

Percanggahan pendekatan kerajaan pusat dengan kerajaan negeri sepanjang tempoh pemerintahan PAS, menyebabkan tiada sebarang projek FELDA ditempatkan di Kelantan.

96 Alias Mohamad,1975, Kelantan: Politik dan Dilema Pembangunan,hlm 2297 Ibid, hlm 36 98 Alias Mohamad, 1984, Kelantan di Bawah PAS: Masalah Tanah dan Rasuah, hlm 599 R.S. Milne dan Diane K. Mauzy, 1982, Kerajaan dan Politik Malaysia,hlm 140

Page 30: Tesis Kajian Perkembangan Ekonomi NEGERI KELANTAN

Percanggahan paling ketara berlaku berkenaan keanggotaan dalam pemilihan peneroka. Dalam hal ini kerajaan negeri enggan menerima sebarang wakil daripada kerajaan pusat. Kerajaan negeri bimbang projek-projek di bawah FELDA akan menyebabkan tanah-tanah di Kelantan jatuh ke tangan kaum-kaum lain.100

Walau bagaimanapun, keadaan ini telah menjadi isu yang dikaitkan dengan keengganan kerajaan negeri menerima sebarang rancangan FELDA di Kelantan. Untuk dijadikan alasan yang boleh menyokong keengganan kerajaan negeri itu, perbezaan rancangan antara kerajaan pusat dengan kerajaan negeri diberi perhatian. Dari segi pelaksanaan, pembukaan tanah oleh FELDA lebih teratur berbanding rancangan di bawah Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Kelantan (LKTNK) kerana kerajaan negeri tidak mampu membiayai projek seperti FELDA.

Setelah dibentuk kerajaan campuran memperlihatkan kerajaan pusat lebih memberi perhatian kepada pembangunan negeri Kelantan. Keadaan ini menunjukkan bahawa hubungan kerajaan pusat dan negeri bukan ditentukan oleh peruntukan perlembagaan semata-mata, tetapi soal keharmonian antara parti.

Pada tahun 1975, peruntukan sebanyak RM33,000,000 diluluskan untuk pembangunan negeri Kelantan. Sebanyak RM20,000,000 daripada peruntukan itu dibelanjakan untuk memajukan kawasan perusahaan di Pengkalan Chepa, Jeli, dan Tanah Merah. PKINK telah membelanjakan RM3,150,000 untuk melaksanakan rancangan tersebut sehingga tahun 1975.101

Jelas terlihat ketidaksamarataan peruntukan pinjaman sebelum terbentuknya kerajaan campuran. Dalam Rancangan Malaya Pertama, Kelantan hanya menerima pinjaman sebanyak 6.5% sedangkan negeri-negeri lain seperti Perak dan Selangor memperoleh 33.4% dan 28.1%. begitu juga dengan peruntukan pinjaman melalui Rancangan Malaysia Pertama, Kelantan mendapat peratusan pinjaman yang rendah sebanyak 9.9%. Kerajaan negeri hanya menerima pinjaman yang agak besar jumlahnya menerusi Rancangan Malaysia Kedua sebanyak 67.1% iaitu setelah terbentuknya kerajaan campuran. Boleh dikatakan kerajaan pusat dan juga negeri telah bertanggungjawab terhadap kemunduran Kelantan. Faktor kepartian menyebabkan Kelantan jauh ketinggalan berbanding negeri-negeri lain.

Kepimpinan parti sesebuah negeri adalah ditentukan oleh rakyat, lebih objektif sekiranya ditinjau psikik masyarakat Kelantan terhadap konsep pembangunan. Secara umumnya parti yang dikatakan mengutamakan pembangunan ialah Barisan Nasional. PAS pula dikatakan lebih mementingkan perjuangan Islam. Rasionalnya pemilihan rakyat Kelantan yang memberi kemenangan kepada PAS selama empat kali berturut-turut dalam pilihanraya membuktikan rakyat Kelantan tidaklah begitu mementingkan pembangunan. Buktinya 100 Ibid hlm 141101 Hambali Abdul Latiff, 1975,Berbagai Projek RM33 Juta Memajukan Kelantan Diusahakan Tahun Ini, Berita Harian 24 Mei 1975.

Page 31: Tesis Kajian Perkembangan Ekonomi NEGERI KELANTAN

walaupun PAS tidak berupaya meningkatkan kedudukan ekonomi rakyat, rakyat terus memberi sokongan kepada PAS. Namun begitu, tidaklah bermakna rakyat Kelantan menolak terus pembangunan. Pada tahap ini, rakyat memberi sokongan kepada PAS kerana kelemahan perjuangan parti lawan dan dilemma rakyat Kelantan sendiri.

HUBUNGAN KERAJAAN PUSAT DAN NEGERI ERA BARISAN NASIONAL 1978-1990

Penubuhan kerajaan campuran di Kelantan telah menyediakan asas yang kukuh bagi kerajaan Barisan Nasional yang baharu menerajui pimpinan negeri tersebut melalui pilihan raya yang dimenangi pada tahun 1978. Pelbagai strategi yang telah dirangka untuk melaksanakan rancangan pembangunan di Kelantan. Bermula dengan pelaksanaan Rancangan Malaysia Ketiga hingga Rancangan Malaysia Kelima, jumlah peruntukan sektor ekonomi bagi negeri Kelantan menunjukkan aliran meningkat.

Jadual 1

Kelantan: Peruntukan Rancangan rancangan Malaysia Ketiga, Keempat dan Kelima Sektor Ekonomi.

RMT (1976-1980)

RME (1981-1985)

RML (1986-1990)

RM Juta 783.64

RM Juta 2,017.13

RM Juta 2,265.42

Sumber: Pembangunan Negeri Kelantan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, Kota Bharu,hlm 1.

Penambahan peruntukan ini telah membolehkan pelbagai rancangan pembangunan diusahakan. Peruntukan ini telah dapat mengubah senario ekonomi negeri Kelantan, secara tidak langsung telah meningkatkan ekonomi masyarakat Melayu di Kelantan khasnya dan seluruh rakyat Kelantan amnya.

Parti kerajaan pusat dan negeri yang sealiran telah memudahkan proses pelaksanaan rancangan-rancangan. Persefahaman yang wujud di antara kedua-dua kerajaan ini memudahkan penyaluran bantuan kewangan. Pentingnya kerajaan pusat kepada Kelantan dapat ditinjau daripada kedudukan kewangan negeri kerana kerajaan negeri Kelantan sentiasa mengalami kekurangan hasil. Akaun kerajaan negeri sering mengalami defisit.102

102 Cara-cara Mempercepatkan Pembangunan Negeri Kelantan,hlm 4

Page 32: Tesis Kajian Perkembangan Ekonomi NEGERI KELANTAN

Pada tahun 1982, anggaran hasil kerajaan negeri ialah sebanyak RM44,000,000 (termasuk pemberian kerajaan pusat), manakala perbelanjaan pengurusan berjumlah RM74,700,000. Ini menunjukkan kerajaan negeri mengalami kekurangan hasil sebanyak RM30,700,000.103 Tahun 1983 pula, dianggarkan jumlah hasil negeri Kelantan ialah RM58,600,000 (termasuk pemberian daripada kerajaan pusat), manakala anggaran perbelanjaan pengurusan ialah RM89,300,000. Dengan itu, akaun kerajaan negeri mengalami defisit RM24,700,000. Walaupun jumlah ini berkurangan sebanyak RM6,000,000 ia masih menunjukkan nilai yang tinggi.

Sememangnya kedudukan kewangan kerajaan negeri tidak begitu kukuh. Ia terpaksa bergantung kepada kewangan kerajaan pusat untuk melaksanakan rancangan-rancangan pembangunan. Kerajaan negeri tidak mampu membiayai projek-projek pembangunan daripada punca hasil negeri yang terhad.104 Malah, kerjaan negeri terpaksa mendapatkan bantuan kira-kira RM3,000,000 atau RM250,000 sebulan daripada kerajaan pusat untuk menampung kekurangan perbelanjaan mengurus sahaja.105

Untuk melaksanakan projek-projek yang dijalankan oleh kerajaan pusat, kewangan yang cukup diperuntukkan. Tiada masalah kewangan untuk melaksanakan projek-projek pembangunan kerajaan pusat.106 Melalui bantuan kewangan kerajaan pusat, pembukaan estet-estet perindustrian dijalankan. Dalam tempoh pemerintahan kerajaan Barisan Nasional, sebanyak enam buah estet perindustrian dibuka yang meliputi keluasan lebih daripada 600 hektar. Semasa kerajaan Barisan Nasional memerintah juga pengambilan tanah daripada hak milik awam secara besar-besaran dilakukan.

Kesan daripada pelaksanaan pelbagai rancangan pembangunan, khususnya perindustrian menyebabkan bilangan pekerjaan telah dapat diwujudkan sehingga 20,000 pada tahun 1980. Pencapaian ini telah dapat mengurangkan kadar pengangguran yang tinggi dalam era kemelesetan ekonomi dunia. Pembangunan secara lebih efektif dapat dijalankan di negeri Kelantan hanya kerana adanya persefahaman antara kerajaan pusat dan negeri.

Pada akhir pemerintahan kerajaan Barisan Nasional memperlihatkan berlakunya kegagalan kepimpinan parti ini. Perselisihan faham yang berlaku antara Sultan Kelantan dengan Menteri Besar pada masa itu Dato’ Mohamed Yaacob pada tahun 1988 adalah suatu hal yang dipandang serius.107

103 Kelantan Terus Bergerak Maju, 1985,hlm 20104 Ibid, hlm 10105 A.R Kamaludin, 1988, Berita Harian, Nasib Rakyat Kelantan Diperjudikan, 20 April 1988, hlm 8.106 Cara-cara Mempercepatkan Pembangunan Negeri Kelantan, hlm 9107 A.R Kamaludin, 1988, Berita Harian, 04 April 1988, hlm 10.

Page 33: Tesis Kajian Perkembangan Ekonomi NEGERI KELANTAN

Rentetan peristiwa itu telah mempengaruhi pemikiran rakyat Kelantan dalam pemilihan semula pucuk pimpinan parti dalam pilihan raya pada tahun 1990. Majoriti masyarakat Melayu di Kelantan begitu taksub kepada raja mereka, hubungan di antara sesebuah parti dengan pihak istana juga perlu diambilkira. Tegasnya, perselisihan faham di antara kerajaan negeri pimpinan Barisan Nasional dengan pihak istana menjadi penyebab rakyat negeri ini menolak pimpinan UMNO (Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu) dalam pilihan raya umum pada tahun 1990 itu. 108 Keadaan ini juga membuktikan bahawa rakyat Kelantan tidak meletakkan soal pembangunan paling atas dalam hierarki kehidupan mereka.

HUBUNGAN KERAJAAN PUSAT DAN NEGERI ERA PAS (1990-2009)

Pilihan raya umum 1990 menyaksikan sekali lagi tampuk pemerintahan negeri Kelantan bertukar tangan dari Barisan Nasional kepada kerajaan PAS. Perbezaan fahaman politik di antara kerajaan pusat dan negeri ini sekali lagi mencetuskan hubungan tegang di antara mereka. Tuduh-menuduh berlaku di antara kerajaan pusat dan negeri, kerajaan pusat menuduh kerajaan menyekat mesej pusat.109 Kerajaan negeri PAS pula meminta kerajaan pusat terus memberi maklumat tepat.110 Keadaan ini membuktikan wujud hubungan curiga-mencurigai di antara kerajaan pusat dan negeri.

Isu peruntukan kewangan sering menimbulkan masalah. Kerajaan pusat mendakwa kerajaan negeri memberi maklumat palsu kepada rakyat Kelantan dengan menyatakan kerajaan pusat mengabaikan kepentingan rakyat negeri itu. Kerajaan pusat pula berusaha membuktikan mereka tidak mengabaikan negeri Kelantan dengan meluluskan peruntukan sebanyak RM1.1 billion kepada Kelantan sejak tahun 1991-1993. Namun begitu, kerajaan negeri pula mendakwa peruntukan itu tidak sampai ke tangan kerajaan negeri. Berhubung soal ini , Menteri Besar Perak, Tan Sri Ramli Ngah Talib menyatakan, “Jika fahaman politik tidak sealiran dengan Pusat, segala peruntukan itu sememangnya tidak akan berjalan dengan licin”.111

Menteri Penerangan Malaysia, Dato’ Mohamad Rahmat mengakui memang banyak terdapat perbezaan antara kerajaan negeri Kelantan dengan kerajaan pusat. Menurutnya, “Sekiranya kerajaan Kelantan memerlukan kerjasama kerajaan pusat adalah mustahak kerajaan negeri menerima dan melaksanakan dasar-dasar kerajaan pusat sesuai dengan Perlembagaan

108 Ibid, hlm 10109 Berita Harian, 1994, PAS dituduh Sekat Mesej Pusat, 11 Mei, hlm 16110 Berita Harian, 1994, Pusat diminta Terus Beri Maklumat Tepat, 14 Mei, hlm 2.111 Berita Harian, 1994, Parti Lawan Patut tanggung Dosa: MB, 25 Mei, hlm 16

Page 34: Tesis Kajian Perkembangan Ekonomi NEGERI KELANTAN

Persekutuan”.112 Dalam hal ini, kerajaan negeri dikatakan tidak memberi sokongan dan bantuan bagi program kerajaan pusat seperti Wawasan 2020.113 Pernyataan ini dapat menjelaskan pentingnya persefahaman kerajaan pusat dan negeri diwujudkan dalam usaha untuk meningkatkan pembangunan di Kelantan.

Tempoh pemerintahan PAS ini memperlihatkan, walaupun terdapat rancangan-rancangan pembangunan, ia tidak dapat diusahakan secara efisien. Tempoh pemerintahan kerajaan PAS di Kelantan menjangkau masa yang lama iaitu 19 tahun sehingga tahun yang dikaji tahun 1990- 2009.

112 Harakah, 1994, Banyak Perbezaan Antara Pusat Dengan Kelantan, 9 Mei,hlm 3113 Berita Harian, 1994, Rakyat Wajar Pilih BN, 28 Mac, hlm 3.