pengamalan ekonomi islam di negeri kelantan...pengamalan ekonomi islam di negeri kelantan nurul...

12
PROSIDING PERKEM VIII, JILID 1 (2013) 371 - 382 ISSN: 2231-962X Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia ke VIII (PERKEM VIII) “Dasar Awam Dalam Era Transformasi Ekonomi: Cabaran dan Halatuju” Johor Bahru, 7 9 Jun 2013 Pengamalan Ekonomi Islam di Negeri Kelantan Nurul Syahidah binti Roslan E-mel: [email protected] Mohd Adib bin Ismail E-mel: [email protected] Fakulti Ekonomi & Pengurusan Universiti Kebangsaan Malaysia 43600 UKM Bangi, Selangor ABSTRAK Kerajaan Negeri Kelantan dalam Belanjawan Negeri pada tahun 1991, telah membentangkan hasratnya untuk membawa negeri Kelantan dan rakyatnya ke satu tahap pembangunan ekonomi dan pembangunan manusia yang seimbang. Sehubungan itu, Kelantan telah melaksanakan pembangunan negeri berasaskan Islam menerusi dasar Membangun Bersama Islam (MBI). Selaras dengan itu, kajian ini dilakukan adalah untuk melihat perkembangan ekonomi yang berlaku di Negeri Kelantan selepas tahun 1990. Selain itu kajian dilakukan adalah untuk menilai kemiskinan yang berlaku serta mengenalpasti dasar dan program yang dilakukan dalam mengatasi masalah kemiskinan tersebut. Kajian ini akan menggunakan kaedah deduktif yang terdiri daripada kajian kepustakaan dan temubual. Hasil kajian mendapati Kerajaan Negeri Kelantan komited dalam membasmi masalah kemiskinan di Negeri Kelantan berdasarkan kemampuannya. Kajian ini juga mendapati bahawa Negeri Kelantan telah berjaya menstruktur semula sosio-ekonomi masyarakat yang lebih bebas dan berdikari. Kajian ini sangat penting supaya masalah masalah ini dapat diselesaikan dengan segera dan seterusnya membuktikan sistem ekonomi Islam adalah lebih baik berbanding sistem lain dalam membangunkan ekonomi sesebuah negeri. Kata kunci: Sistem ekonomi; Kelantan; Islam; Kemiskinan; deduktif ABSTRACT Kelantan In 1991 Budget has presented to bring Kelantan and its people to the level of economics development and balance with human development. Concord to this statement, Kelantan was implementation the development with ‘Membangun Bersama Islam’(MBI). According that, this research want to view the economics developments in Kelantan after 1990. Furthermore, this research done to assess the poverty in Kelantan and identify the policies and programs to overcome this problem. This research will use deductive method by libry research and interviews. The outcome from this research is Kelantan was commited to solve this problem based on ability. This research also found that, Kelantan had successful to restructure the communities of sosio-economic to be more independent and self-reliant. This research is important to make sure this problem will solve as soon as possible and prove that Islamic system is better than other system to develop the economy of a country Keywords: Economics System; Kelantan; Islam; Proverty; Deductive PENDAHULUAN Pengenalan Konsep pembangunan ekonomi di Kelantan berbeza dengan pendekatan ekonomi di negeri-negeri lain. Pembangunan ekonomi Islam yang ditekankan adalah bersifat material dan spiritual merangkumi pembangunan manusia itu sendiri, pembangunan sosial, kebudayaan dan sebagainya. Impak kepada pembangunan ekonomi dalam Islam di Kelantan adalah syumul, merata dan bermatlamatkan al-falah untuk pembinaan umat yang bertamadun. Fokus utama pembangunan dalam Islam ialah pembangunan

Upload: others

Post on 21-Dec-2020

15 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Pengamalan Ekonomi Islam di Negeri Kelantan...Pengamalan Ekonomi Islam di Negeri Kelantan Nurul Syahidah binti Roslan E-mel: syidaroslan_89@yahoo.com Mohd Adib bin Ismail E-mel: mohadis@ukm.my

PROSIDING PERKEM VIII, JILID 1 (2013) 371 - 382

ISSN: 2231-962X

Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia ke VIII (PERKEM VIII)

“Dasar Awam Dalam Era Transformasi Ekonomi: Cabaran dan Halatuju”

Johor Bahru, 7 – 9 Jun 2013

Pengamalan Ekonomi Islam di Negeri Kelantan

Nurul Syahidah binti Roslan

E-mel: [email protected]

Mohd Adib bin Ismail

E-mel: [email protected]

Fakulti Ekonomi & Pengurusan

Universiti Kebangsaan Malaysia

43600 UKM Bangi, Selangor

ABSTRAK

Kerajaan Negeri Kelantan dalam Belanjawan Negeri pada tahun 1991, telah membentangkan hasratnya

untuk membawa negeri Kelantan dan rakyatnya ke satu tahap pembangunan ekonomi dan

pembangunan manusia yang seimbang. Sehubungan itu, Kelantan telah melaksanakan pembangunan

negeri berasaskan Islam menerusi dasar Membangun Bersama Islam (MBI). Selaras dengan itu, kajian

ini dilakukan adalah untuk melihat perkembangan ekonomi yang berlaku di Negeri Kelantan selepas

tahun 1990. Selain itu kajian dilakukan adalah untuk menilai kemiskinan yang berlaku serta

mengenalpasti dasar dan program yang dilakukan dalam mengatasi masalah kemiskinan tersebut.

Kajian ini akan menggunakan kaedah deduktif yang terdiri daripada kajian kepustakaan dan temubual.

Hasil kajian mendapati Kerajaan Negeri Kelantan komited dalam membasmi masalah kemiskinan di

Negeri Kelantan berdasarkan kemampuannya. Kajian ini juga mendapati bahawa Negeri Kelantan telah

berjaya menstruktur semula sosio-ekonomi masyarakat yang lebih bebas dan berdikari. Kajian ini

sangat penting supaya masalah masalah ini dapat diselesaikan dengan segera dan seterusnya

membuktikan sistem ekonomi Islam adalah lebih baik berbanding sistem lain dalam membangunkan

ekonomi sesebuah negeri.

Kata kunci: Sistem ekonomi; Kelantan; Islam; Kemiskinan; deduktif

ABSTRACT

Kelantan In 1991 Budget has presented to bring Kelantan and its people to the level of economics

development and balance with human development. Concord to this statement, Kelantan was

implementation the development with ‘Membangun Bersama Islam’(MBI). According that, this

research want to view the economics developments in Kelantan after 1990. Furthermore, this research

done to assess the poverty in Kelantan and identify the policies and programs to overcome this

problem. This research will use deductive method by libry research and interviews. The outcome from

this research is Kelantan was commited to solve this problem based on ability. This research also

found that, Kelantan had successful to restructure the communities of sosio-economic to be more

independent and self-reliant. This research is important to make sure this problem will solve as soon

as possible and prove that Islamic system is better than other system to develop the economy of a

country

Keywords: Economics System; Kelantan; Islam; Proverty; Deductive

PENDAHULUAN

Pengenalan

Konsep pembangunan ekonomi di Kelantan berbeza dengan pendekatan ekonomi di negeri-negeri lain.

Pembangunan ekonomi Islam yang ditekankan adalah bersifat material dan spiritual merangkumi

pembangunan manusia itu sendiri, pembangunan sosial, kebudayaan dan sebagainya. Impak kepada

pembangunan ekonomi dalam Islam di Kelantan adalah syumul, merata dan bermatlamatkan al-falah

untuk pembinaan umat yang bertamadun. Fokus utama pembangunan dalam Islam ialah pembangunan

Page 2: Pengamalan Ekonomi Islam di Negeri Kelantan...Pengamalan Ekonomi Islam di Negeri Kelantan Nurul Syahidah binti Roslan E-mel: syidaroslan_89@yahoo.com Mohd Adib bin Ismail E-mel: mohadis@ukm.my

372 Nurul Syahidah Roslan, Mohd Adib bin Ismail

manusia itu sendiri termasuk persekitaran fizikal serta sosial budayanya. Islam menganggap diri

manusia itu adalah modal yang paling utama untuk dibangunkan. Bezanya, pendekatan ekonomi Barat

menekankan pembangunan kebendaan dan persekitaran semata-mata tanpa mengambil berat soal

manusia itu sendiri.

Selain itu, Kelantan juga menekankan prinsip dinamik dalam kehidupan sosial Islam dengan

memberikan penekanan yang optimum terhadap dua perkara iaitu penggunaan sumber-sumber yang

dikurniakan oleh Allah dan persekitaraan fizikal. Kedua, penggunaan serta pengagihan sumber-sumber

tadi secara adil dan menggalakkan perhubungan manusia atas dasar hak dan keadilan. Kerajaan Negeri

Kelantan juga mengangkat martabat masyarakatnya supaya menyatakan kesyukuran dengan

menggalakkan seluruh rakyatnya bersyukur (berterima kasih kepada Allah SWT kerana mengurniakan

rahmat-Nya), dan adil serta mengutuk kehinaan kufur (menafikan Allah SWT dan rahmat-Nya) serta

zalim. Negeri yang ditadbir urus oleh kepimpinan ulama ini amat menyedari bahawa perlaksanaan

ekonomi mestilah berasaskan tauhid, rububiyyah, khilafah dan tazkiyyah.

Kelantan menyedari pembangunan bukan matlamat tunggal yang ingin dicapai tetapi ia

merupakan wasilah untuk memperkasakan manusia selaku khalifah Allah SWT di muka bumi ini.

Untuk mencapai matlamat dan objektif pembangunan ekonomi berteraskan Islam, maka strategi yang

diambil juga harus berteraskan Islam. Strategi yang diambil oleh Kelantan ialah sentiasa menekankan

kepatuhan syariah dalam setiap tindakan. Menjadi kelaziman setiap projek pembangunan yang

dilaksanakan dimulakan dengan solat hajat oleh Menteri Besar sendiri bagi memohon keberkatan buat

negeri dan seluruh rakyatnya. Pendekatan pembangunan insan dalam kerangka Islam adalah

menitikberatkan pencapaian kekuatan fizikal dan rohani. Kerajaan sangat serius dalam menjaga

keutuhan ini melalui pelbagai langkah yang diambil antaranya menubuhkan Maahad Tahfiz al-Quran

dan Tahfiz Sains bagi melahirkan generasi al-Quran yang seimbang antara dunia dan akhirat. Selain itu

kerajaan negeri juga menitikberatkan keperluan asas rakyat dengan melaksanakan pembangunan.

Antaranya ialah projek pembangunan yang dilaksanakan adalah projek Bandar Baru Tunjong dan

Bandar Satelit, Pasir Tumboh.

Setelah dua dekat Dasar Membangun Bersama Islam telah dilaksanakan di Kelantan, kajian

mesti dilakukan bagi melihat perkembangan ekonomi negeri kelantan.

Latar Belakang

Sejak pilihan raya pertama diadakan pada tahun 1995, Kelantan dikuasai oleh UMNO sehingga 1959.

Namun pada tahun 1959 hingga 1978, PAS telah mengambil alih kuasa politik Kelantan. Pada tahun

1978 hingga 1990, UMNO berjaya menguasai Kelantan. Walaubagaimanapun pada tahun 1990

sehingga sekarang PAS kekal memerintah Kelantan. Oleh itu kajian perlu dilakukan untuk melihat

prestasi ekonomi Negeri Kelantan.

Masalah yang sering kali dikaitkan dengan negeri Kelantan adalah masalah kemiskinan.

Kemiskinan merupakan faktor utama kelemahan dalam pembangunan. Oleh itu kajian dilakukan adalah

untuk melihat sejauh mana masalah kemiskinan yang dialami oleh Negeri Kelantan.

Kerajaan Negeri komited dalam usaha untuk membasmi kemiskinan di Negeri Kelantan.

Kerajaan Negeri telah melaksanakan dasar dan program-program untuk membantu meringankan beban

rakyat yang miskin. Oleh itu kajian dilakukan adalah untuk melihat dasar dan program yang telah

dilakukan.

Objektif

Kajian ini dijalankan berdasarkan tiga objektif iaitu:

a) Melihat prestasi ekonomi Negeri Kelantan

b) Menilai sejauh mana masalah kemiskinan di Negeri Kelantan

c) Mengkaji dasar dan program yang dijalankan oleh negeri dalam mengurangkan masalah

kemiskinan di Kelantan.

Kajian Lepas

Menurut Mohamed Aslam Haneef (1997), ekonomi Islam adalah satu pendekatan untuk mentafsirkan

dan menyelesaikan masalah manusia berasaskan kepada nilai, norma, undang-undang dan institusi-

institusi yang didapati dan diperolehi daripada sumbersumber pengetahuan di dalam Islam. Menurut

Surtahman Kastin Hasan (1990), pendekatan untuk menyelesaikan masalah manusia itu mestilah

selaras dengan syariat iaitu dari segi memperolehi, mengguna atau mengurus sumber-sumber alam

Page 3: Pengamalan Ekonomi Islam di Negeri Kelantan...Pengamalan Ekonomi Islam di Negeri Kelantan Nurul Syahidah binti Roslan E-mel: syidaroslan_89@yahoo.com Mohd Adib bin Ismail E-mel: mohadis@ukm.my

Prosiding Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia Ke VIII 2013 373

373

untuk kebaikan diri serta kebaikan bersama secara kebendaan dan kerohanian bagi mendapat keredhaan

Allah SWT.

Dalam pengurusan pembangunan ekonomi Islam tujuannya termasuk dalam matlamat syariat

yang disebut maqasid syariat yang membentuk dasar utama persaudaraan, keadilan, kesejahteraan,

fizikal, mental, rohani dan peribadi insan yang seimbang sesuai dengan manusia sebagai khalifah

(Umar Chapra, 1997). Mengikut pembahagian dalam Maqasid, syariah Islamiah bertanggungjawab

menjaga dan menjamin kepentingan dan maslahat manusia. Kepentingan manusia itu sendiri adalah

berbeza antara satu sama lain di mana maqasid mempunyai peringkat yang berbeza-beza selaras

dengan bentuk kepentingan manusia. Tahap Maqasid yang paling penting mengikut urutan yang

disebut sebagai daruriyyat, hajiyyat dan tahsiniyyat yang dilaksanakan bergantung kepada ijtihad dan

maslahat awam dalam Negara Islam (Ibn Taymiyyah, 1992). Matlamat pengurusan Islam yang

berteraskan susunan maqasid syariah adalah panduan dasar yang bersumberkan al-Quran, Sunnah,

Ijma’ dan qias yang dilaksanakan pada zaman Rasulullah saw dan sahabat di Madinah, kerajaan

Umaiyyah di Damsyik dan Kerajaan Abasiyyah di Baghdad (Husaini, 1970).

Khurdshid Ahmad (1981) menyatakan Islam memandang berat masalah pembangunan

ekonomi sebagai sebahagian daripada masalah pembangunan manusia yang lebih luas. Fungsi utama

Islam ialah untuk memandu manusia supaya mengikut landasan yang betul. Ia menyentuh semua aspek

pembangunan ekonomi, tetapi sentiasa dalam rangka kerja pembangunan manusia keseluruhannya dan

tidak pernah terpisah daripada perspektif ini. Pembangunan ekonomi mengandungi satu siri kegiatan

ekonomi yang boleh menyebabkan bertambahnya daya pengeluaran ekonomi pada keseluruhannya

(Khurdsid Ahmad, 1992). Pembangunan umat Islam hendaklah berpaksikan panduan al-Quran dan

Sunnah. Pembangunan seperti ini tidak mungkin dapat dicapai melainkan setelah mengetahui serta

mengenali secara terperinci terhadap kaedah-kaedah pembangunan yang diizinkan oleh al-Quran dan

Sunnah.

Sistem pembangunan ekonomi Islam mengandungi pelbagai langkah atau strategi

perlaksanaannya bagi memastikan berlakunya agihan faedah-faedah pembangunan kepada masyarakat.

Ia meliputi agihan sumber yang adil dan seimbang serta wujud pendapatan langsung untuk kebajikan

sosial dan pembangunan masyarakat umum. Sekaligus ia meliputi pembangunan ekonomi, Negara dan

umat Islam (Saqar, 1987). Umar Chapra, 1981 menyatakan dalam bidang ekonomi,Islam menghendaki

pembangunan yang adil dan stabil untuk memenuhi keperluan yang menyeluruh, guna tenaga penuh,

pengagihan pendapatan dan kekayaan tanpa wujud ketidakseimbangan yang berlanjutan berlaku dalam

masyarakat.

Kajian lepas mengenai ekonomi negeri Kelantan adalah sangat terhad. Hal ini kerana

kebanyakan pengkaji berminat mengkaji sistem politik Kelantan berbanding sistem ekonomi. Kajian

dimulakan seawal tahun 2003 oleh Zakariah Abdul Rashid dan diteruskan oleh Azizah Md. Yusof

(2005) , Suhana binti Saad (2010) dan Ismail Yusoff (2011).

Kajian yang dibuat oleh Zakariah Abdul Rashid 2003, ekonomi Negeri Kelantan dari

Perspektif Analisis Shift Share Wilayah. Dengan menggunakan data-data KDNK mendapati bahawa

dalam tempoh 1980-1995. Kelantan telah mengalami kesan peralihan wilayah yang negatif. Akibatnya

Kelantan telah kehilangan share wilayahnya sebanyak 32peratus. Kajian ini menunjukkan bahawa

prestasi sektor ekonomi Kelantan semakin merosot berbanding dengan sektor ekonomi yang sama bagi

negeri-negeri lain di Malaysia. Kajian yang dilakukan mengambil kira perkembangan sektor untuk

tahun 1980 hingga 1995. Sepanjang tahun 1980 hingga 1995, berlaku peralihan kuasa iaitu pada tahun

1980-1990 diperintah oleh Umno dan pada tahun 1990-1995, PAS telah mengambil alih pemerintahan

Negeri Kelantan. Oleh itu, kajian ini dilakukan adalah untuk melihat prestasi ekonomi sepanjang

pemerintahan PAS iatu pada tahun 1990-2013

Berbeza dengan analisis shift share oleh Zakariah Abdul Rashid 2003 di atas, Azizah Md

Yusoff dan Nariman Saad 2005 telah menggunakan model Anser untuk mengkaji hubungan antara

legislatif dan program Islam dengan hasil negeri menerusi data sekunder dan kaedah statistik. Hasil

kajian mendapati program Islam dan legislatif yang dilaksanakan dalam pentadbiran di Kelantan

memberikan impak yang positif terhadap pembangunan dan pertumbuhan ekonomi Kelantan untuk

tempoh 1990 hingga 2004. Angkubah utama yang digunakan ialah Hasil, KDNK dan Islam.

Rajah 1: Jangkaan Impak Islam ke atas Pertumbuhan Ekonomi

Didapati pertumbahan ekonomi adalah meningkat dengan Islam berbanding tanpa Islam.

Kajian lain telah dilakukan adalah oleh Ismail Yusoff, 2011. Kajian menunjukkan implikasi

pembaharuan yang dilakukan telah mempengaruhi pembangunan sosio-ekonomi Negeri Kelantan.

Kajian mendapati peningkatan hasil yang berlaku adalah disebabkan oleh pengurusan yang efektif.

Sebagai contoh Kerajaan Negeri Kelantan telah memperkenalkan sistem tender terbuka dalam aktiviti

Page 4: Pengamalan Ekonomi Islam di Negeri Kelantan...Pengamalan Ekonomi Islam di Negeri Kelantan Nurul Syahidah binti Roslan E-mel: syidaroslan_89@yahoo.com Mohd Adib bin Ismail E-mel: mohadis@ukm.my

374 Nurul Syahidah Roslan, Mohd Adib bin Ismail

pembalakan. Pada tahun 1981-1989, hasil balak berjumlah sebanyak RM31 juta. Sementara dalam

tempoh masa yang sama iaitu pada tahun 1991 hingga 1998 hasil balak meningkat dua kali ganda iaitu

berjumlah RM 61 juta. Pertambahan ini disebabkan oleh kejayaan dasar baru ekonomi yang berkaitan

industri balak. Selain itu, kerajaan negeri telah berjaya menurunkan kadar pengangguran daripada 7.4

peratus pada tahun 1980 kepada 3.4 peratus pada tahun 2000. Pengkaji tidak mengkaji dari dusut

kemiskinan yang merupakan masalah utama rakyat Kelantan. Oleh itu kajian ini dilakukan adalah

untuk melihat masalah kemiskinan yang berlaku di Negeri Kelantan dan program yang dilakukan bagi

membasmi kemiskinan di Negeri Kelantan.

Metodologi Kajian

Kajian ini bersifat kualitatif berdasarkan permasalahan kajian yang dikemukakan. Kaedah deduktif

adalah kaedah penyelidikan yang paling sesuai bagi mendapatkan perlaksanaan pembangunan ekonomi

secara Islam dalam ekonomi semasa. Hal ini kerana ia memerlukan penelitian menyeluruh daripada

data-data yang dikumpulkan seterusnya akan dianalisis sehingga menghasilkan pembangunan ekonomi

Islam yang dikehendaki dan bersesuaian dengan konsep yang dikaji. Oleh itu pendekatan yang

digunakan untuk kajian ini adalah menerusi kajian kepustakaan dan temubual.

a) Kajian Kepustakaan

Kajian kepustakaan telah dilakukan bagi mendapatkan data-data berkaitan dengan pembangunan

ekonomi negeri Kelantan sama ada di peringkat cadangan mahupun yang telah terlaksana. Disamping

itu, data berkaitan perkembangan ekonomi negeri Kelantan dan pengamalannya juga diperoleh melalui

kajian perpustakaan. Kajian perpustakaan juga digunakan bagi mendapatkan mekanisme perlaksanaan

pembangunan ekonomi Islam. Selain itu untuk mendapatkan implikasi perlaksanaan pembangunan

ekonomi Negeri Kelantan, kajian perpustakaan juga digunakan.

b) Temu bual

Temu bual ini telah dilakukan dengan lima orang individu yang mempunyai kaitan dengan fokus

kajian. Mereka ialah

i. En Nik Abdul Halim bin Nik Hassan (Penolong Pengarah Pertanian & Sumber Asli UPEN

Negeri Kelantan)

ii. En. Mohd Nazwan Bin Ismail (Penolong Pengarah Pelaburan UPEN Negeri Kelantan)

iii. Puan Siti Fatima binti Abdullah (Penolong Pegawai Kewangan Negeri Pejabat

Perbendaharaan Negeri Kelantan)

iv. Kamarul Faishal b Che Yacob (Penolong Pegawai Tadbir, Pejabat Pembangunan Negeri

Kelantan)

v. Nor Hannan bin Mohamad (Eksekutif Pembangunan Korporat Perbadanan Menteri Besar

Kelantan)

vi. Ahmad Syarqawey bin Abdul Ghani ( Penolong Pengurus Perancangan Korporat Perbadanan

Kemajuan Ikhtisad Negeri Kelantan)

Kepentingan Kajian

Kajian mengenai pembangunan ekonomi Islam di Negeri Kelantan adalah penting kerana akan menjadi

satu sistem alternatif dalam pembangunan ekonomi yang sedia ada. Oleh itu, terdapat tiga sumbangan

utama kajian ini iaitu:

i. Memberi pandangan dan idea kepada penggubal dasar dalam menilai kembali pembangunan

ekonomi sedia ada.

ii. Mencadangkan beberapa pendekatan yang boleh diambil oleh kerajaan dan swasta dalam

membangunkan ekonomi Islam.

iii. Menambahkan literatur dalam bidang kajian ekonomi Islam

Dapatan kajian mengenai pembangunan ekonomi Islam di Negeri Kelantan akan dijadikan panduan

dalam membangunkan ekonomi sekiranya diterima untuk dilaksanakan di Malaysia.

Page 5: Pengamalan Ekonomi Islam di Negeri Kelantan...Pengamalan Ekonomi Islam di Negeri Kelantan Nurul Syahidah binti Roslan E-mel: syidaroslan_89@yahoo.com Mohd Adib bin Ismail E-mel: mohadis@ukm.my

Prosiding Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia Ke VIII 2013 375

375

Dapatan Kajian

Kajian menunjukkan pembangunan ekonomi Islam di Negeri Kelantan adalah berdasarkan prinsip asas

pembangunan ekonomi Islam yang bukan sahaja mementingkan pembangunan fizikal, malah

menitikberatkan kesejahteraan rakyat. Kelantan dilihat komited dalam membasmi kemiskinan yang

berlaku di Negeri Kelantan bagi memastikan kesejahteraan rakyat dan seterusnya untuk mencapai

baldattun toyyibatun. Pembangunan ekonomi secara Islam ini telah berjaya walaupun negeri ini

menghadapi banyak kekangan dari segi modal dan infrastruktur.

Organisasi Kajian

Kajian ini dimulakan dengan pendahuluan dan diikuti dengan perkembangan ekonomi Negeri Kelantan

selepas 1990. Seterusnya Kajian diteruskan dengan masalah kemiskinan yang sinonim dengan rakyat

Kelantan dan diteruskan dengan dasar dan program yang dilakukan dalam memastikan masalah

kemiskinan ini dapat diatasi.

PERKEMBANGAN EKONOMI

Perbincangan mengenai perkembangan ekonomi Kelantan akan memberi tumpuan kepada beberapa

angkubah sosio-ekonomi sahaja termasuk Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dan kewangan

kerajaan negeri.

i) Keluaran Dalam Negeri Kasar

Pertumbuhan KDNK Negeri Kelantan pada tahun 2007 dan 2008 buat pertama kali lebih tinggi

daripada KDNK negara. Pertumbuhan KDNK Negara pada tahun 2007 dan 2008 adalah 6.2 peratus

dan 4.1 peratus, berbanding Negeri Kelantan masing-masing 8.1 peratus dan 6.9 peratus pada tahun

yang sama. Walau bagaimanapun Negeri Kelantan menduduki rank paling rendah bagi parameter

KDNK per kapita pada tahun 2008 iaitu hanya RM6,821.00 berbanding dengan negeri-negeri lain di

Semenanjung, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan. Sungguhpun begitu KDNK per kapita negeri

ini tidak begitu jauh dengan KDNK per kapita beberapa wilayah di Selatan Thailand. Ini menunjukkan

ciri-ciri pertumbuhan ekonomi yang sekata di antara Negeri Kelantan dengan beberapa wilayah di

Selatan Thailand. Rakyat negeri Kelantan perlu berusaha lebih gigih untuk meletakkan negeri ini

setaraf dengan negeri di Wilayah Timur iaitu negeri Terengganu dan Pahang yang telah jauh ke depan

dari segi KDNK per kapita.

Sekor pertanian menunjukkan bilangan penduduk bekerja yang tinggi iaitu 19.60 peratus pada

tahun 2010 dan ini membuktikan bahawa rakyat Kelantan masih bergantung kepada aktiviti pertanian,

penternakan dan perikanan. Sektor perkhidmatan adalah penyumbang tertinggi KDNK Negeri

Kelantan. Pada tahun 2010, KDNK daripada sektor perkhidmatan adalah sebanyak 73.80 peratus. Ini

menunjukkan bahawa disamping pertanian rakyat negeri ini juga aktif dalam bidang-bidang

perdagangan, borong dan runcit, hotel dan restoran, pengangkutan, komunikasi, kewangan,

perlancongan dan perkhidmatan oleh kerajaan sendiri.

Sektor Perlombongan dan Kuari adalah penyumbang terkecil kepada KDNK Negeri Kelantan

pada tahun 2010. Sektor pembinaan dan pembuatan turut memberi sumbangan kepada KDNK Negeri

Kelantan. Pada tahun 2010, sektor pembinaan menyumbangkan hasil sebanyak 1.6 peratus manakala

sektor pembinaan adalah sebanyak 4.7 peratus.

ii) Kewangan Kerajaan Negeri Kelantan

Prestasi Kewangan mengambil kira mengambil kira perbandingan antara hasil dengan perbelanjaan

mengurus dan pembangunan. Ini bertujuan untuk mengukur lebihan atau kurangan hasil keseluruhan

berbanding jumlah perbelanjaan mengurus dan pembangunan. Berikut merupakan kutipan hasil pada

tahun 2001 hingga 2011.

Jadual 2: Kutipan Hasil Sebenar bagi Tahun 2001 hingga 2011

Sumber: Penyata Kewangan Kerajaan Negeri

Hasil kerajaan negeri terdiri daripada hasil cukai, hasil bukan cukai dan terimaan bukan hasil. Kutipan

hasil yang tertinggi adalah daripada terimaan bukan hasil dan kutipan yang terendah adalah daripada

hasil cukai. Berikut merupakan hasil utama kerajaan Negeri Kelantan:

Rajah 3: Penyumbang utama Hasil Kerajaan Negeri bagi Tahun 2003 hingga 2011

Page 6: Pengamalan Ekonomi Islam di Negeri Kelantan...Pengamalan Ekonomi Islam di Negeri Kelantan Nurul Syahidah binti Roslan E-mel: syidaroslan_89@yahoo.com Mohd Adib bin Ismail E-mel: mohadis@ukm.my

376 Nurul Syahidah Roslan, Mohd Adib bin Ismail

Hasil tertinggi pada tahun 2003 dan 2011 adalah daripada premium perhutanan dan premium tanah.

Peningkatan hasil premium perhutanan adalah disebabkan peningkatan permohonan milik tanah,

permohonan ubah syarat dan pecah sempadan manakala peningkatan dalam pengeluaran lesen

membalak oleh Kerajaan Negeri. Hasil yang diperoleh digunakan untuk perbelanjaan. Berikut

merupakan jumlah hasil dan perbelanjaan sepanjang tahun 2001 hingga 2011:

Jadual 4: Prestasi hasil berbanding perbelanjaan mengurus bagi tahun 2001 hingga 2011

Sepanjang tahun 2001 hingga 2011, Kelantan mengalami belanjawan defisit iaitu perbelanjaan

melebihi hasil yang diperoleh. Perbelanjaan yang paling bnyak adalah daripada perbelanjaan mengurus.

Berikut merupakan agihan perbelanjaan pembangunan bagi tahun 2001 hingga 2011:

Jadual 5: Perbelanjaan mengurus kerajaan negeri bagi tahun 2001 – 2011

Perbelanjaan mengurus yang terbesar adalah untuk pemberian dan kenaan bayaran yang meliputi

pemberian kerajaan dan hutang yang dibayar.

Kerajaan Negeri Kelantan telah melakukan pinjaman daripada persekutuan bagi tujuan

pembangunan. Hutang Kerajaan Negeri adalah untuk Rancangan Bekalan Air, Perumahan Awam Kos

Rendah, Projek Pembangunan Dalam Negeri, Pembangunan dan Pelbagai Projek. Berikut merupakan

kedudukan kewangan hutang Negeri Kelantan:

Jadual 6: Kedudukan Hutang Kerajaan Negeri Dan Bayaran Balik Hutang Bagi Tahun 2005 Hingga

2011

Berdasarkan jadual di atas, hutang kerajaan negeri sentiasa meningkat dari tahun 1990 hingga 2011.

Pada tahun 2005, pinjaman dilakukan adalah untuk Projek Bekalan Air Skim Kelar Pasir Mas dan

Projek Bekalan Air Skim Merbau Chondong Machang. Peningkatan hutang pada tahun 2007 adalah

disebabkan Kerajaan Negeri menerima RM23.35 juta pinjaman baru daripada Kerajaan Persekutuan

untuk Projek Bekalan Air yang baru dan tiga Projek Bekalan Air yang telah diluluskan sebelumnya.

Menurut Laporan Audit 2007, pinjaman ini terpaksa dibuat kerana Kerajaan Persekutuan tidak lagi

menyalurkan geran keseimbangan Pihak Berkuasa Tempatan melalui Kerajaan Negeri untuk bekalan

air.

Pada tahun 2008 dan 2009, Kerajaan Negeri menerima pinjaman baru bagi lima buah Projek

Bekalan Air berjumlah RM22.83 juta dan Projek Bekalan Air sebanyak RM467.35. Pada tahun 2011,

pinjaman yang dilakukan adalah untuk Projek Membaikpulih Loji Rawatan Pembentungan dan Projek

Bekalan Air. Walaupun Kelantan merupakan negeri yang miskin, namun kerajaan negeri konsisten

dalam membayar hutang kepada kerajaan persekutuan. Sebahagian besar pinjaman yang dilakukan

adalah untuk pembangunan bekalan air.

KEMISKINAN

Kemiskinan ialah satu masalah yang universal. la berlaku di mana-mana sama ada di negara maju

seperti Amerika Syarikat and Eropah dan juga negara-negara sedang membangun seperti di Asia dan

Afrika. Namun secara bandingan, masalah kemiskinan di negara membangun adalah lebih serius dan

ketara. Malaysia dalam hal ini tidak terkecuali. Di Malaysia, taraf kemiskinan diukur menggunakan

Pendapatan Garis Miskin (PGM) dengan mengambilkira keperluan minima makanan, pakaian, tempat

tinggal, dan perbelanjaan asas lain isirumah untuk menjamin satu taraf hidup yang sepatutnya. PGM

diselaraskan dari masa ke semasa dengan mengambil kira angka tunjuk harga. Dalam Rancangan

Malaysia Kesepuluh, Pendapatan Garis Kemiskinan adalah RM 760 seisi rumah manakala bagi miskin

tegar adalah RM 460 seisi rumah. Ini bermakna sesebuah isirumah akan dikategorikan sebagai isirumah

miskin apabila jumlah pendapatan bulanan isirumah tersebut kurang dari PGM yang ditetapkan. Rajah

di bawah menunjukkan insiden kemiskinan tegar.

Rajah 7: Insiden Kemiskinan Tegar 2009

Negeri Kelantan merupakan negeri yang mempunyai kadar kemiskinan tegar yang kedua tertinggi iaitu

sebanyak 1.0 bersama-sama dengan Sarawak. Pada tahun 2009, saiz isi rumah yang besar bagi negeri

Kelantan iaitu 5.4 orang berbanding 5.1 orang untuk Negara. Ianya memerlukan perhatian yang serius

Page 7: Pengamalan Ekonomi Islam di Negeri Kelantan...Pengamalan Ekonomi Islam di Negeri Kelantan Nurul Syahidah binti Roslan E-mel: syidaroslan_89@yahoo.com Mohd Adib bin Ismail E-mel: mohadis@ukm.my

Prosiding Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia Ke VIII 2013 377

377

oleh pembuat dasar dalam merangka program kemiskinan. Pendapatan isirumah kasar bulanan purata

adalah sebanyak RM 2545 bagi luar bandar untuk saiz isirumah luar Bandar seramai 5.4 orang dan

pendapatan yang diperoleh adalah sebanyak RM 471.30. Ianya merupakan jumlah pendapatan yang

sangat rendah berbanding pendapatan garis kemiskinan sebanyak RM 740 pada tahun 2009. Rajah

menunjukkan insiden kemiskinan tegar di Negeri Kelantan

Rajah 8: Insiden Kemiskinan Tegar di Negeri Kelantan, 1989-2002

Insiden kemiskinan tegar di Negeri Kelantan menunjukkan tren yang menurun. Hal ini disebabkan

kerajaan telah melakukan pelbagai program dalam mengurangkan kadar kemiskinan di Negeri

Kelantan. Berikut merupakan statistik taburan penduduk miskin tegar Negeri Kelantan mengikut

jajahan yang telah dikumpul oleh Unit Perancang Ekonomi Negeri Kelantan melalui sistem e-Tegar.

Rajah 9: Statistik Taburan Penduduk Miskin Tegar, 2011

Berdasarkan rajah di atas, jajahan yang mempunyai bilangan miskin tegar yang tinggi ialah Jajahan

Tumpat iaitu seramai 983 orang pada 2011 dan jajahan yang paling rendah ialah jajahan Machang iaitu

seramai 55 orang. Oleh yang demikian pelbagai dasar dan program yang telah dilakukan oleh kerajaan

dalam membasmi masalah kemiskinan tegar di Negeri Kelantan.

DASAR DAN PROGRAM

Sejak tahun 1990, pentadbiran Kerajaan Negeri Kelantan adalah berdasarkan “Membangun Bersama

Islam”. Teras kepada pembangunan ini ialah berpaksikan kepada ubudiah, masuliah dan itqan (UMI).

Ubudiah merujuk kepada tanggungjawab manusia sebagai hamba Allah SWT, Masuliah pula berkait

rapat dengan tanggungjawab yang selaras dengan tuntutan syariat manakala Itqan merujuk kepada

akhlak. Segala dasar dan program kerajaan hendaklah dipacu berpandukan al-Quran dan Hadis serta

Ijmak. Dalam menangani masalah pembangunan, kerajaan Negeri Kelantan akan menggunakan

pendekatan pembangunan ekonomi Islam. Pembangunan ekonomi bukan semata-mata pada

pertumbuhan fizikal sahaja, tetapi juga mengambil kira kesejahteraan manusia. Manusia yang

mempunyai ciri-ciri yang islamik akan menggerakkan pertumbuhan ekonomi.

Kesan amalan pentadbiran ini telah mencetuskan perubahan dan transformasi Islamik serta

menzahirkan aspek jimat-cermat, hemat dan berpada termasuk di dalam berbelanja. Slogan yang kerap

digunakan oleh Menteri Besar pada waktu itu ialah ”Berbelanja Jangan Sampai Boros Dan Berjimat

Jangan Sampai Kedekut”. Langkah pertama dalam dasar berjimat cermat ini ialah dengan mengarahkan

para Exco supaya tidak membeli kereta baru. Pegawai-pegawai kanan pula diarahkan menggunakan

kereta Proton Perdana menggantikan Mercedez Benz yang digunakan sebelum ini dan memotong

pelbagai elaun Menteri Besar, Timbalan Menteri Besar, dan Exco-exconya (Buletin, Nov. 1994). Selain

itu, budaya gotong-royong yang pernah menjadi kebanggaan masyarakat Melayu telah dihidupkan

kembali. Melalui konsep ini jalan-jalan kecil, jambatan dan sebagainya dibina melalui konsep gotong

royong. Bahan-bahan pembinaan disediakan oleh Kerajaan Negeri melalui Majlis Daerah dan kerja-

kerja pembinaan dilakukan penduduk kampong. Selain itu, amalan berlumba-lumba menghabiskan

peruntukan tahunan telah dihapuskan kerana bagi mengelakkan pembaziran.

Bagi memastikan sektor pertanian di Kelantan berkembang sejajar dengan tuntutan agama,

kerajaan negeri melancarkan kempen “Bertani Satu Ibadah”. Ini bersesuaian dengan usaha untuk

memberi kesedaran secara lebih menyeluruh terhadap kepentingan sektor pertanian. Dasar “Bertani

Satu Ibadah” yang dimulai pada tahun 2009 adalah bertujuan untuk melahirkan masyarakat tani yang

menghayati Islam dan konsep ibadah dalam kehidupan harian mereka sekaligus sebagai faktor

pendorong kepada para petani untuk berusaha dengan lebih tekun dan bersungguh-sungguh dalam

usaha pertanian mereka. Secara tersirat kempen ini adalah satu mesej kerohanian pihak Kerajaan

Negeri kepada para petani, betapa segala usaha titik-peluh para petani, peladang, penternak dan nelayan

adalah sebahagian daripada amal ibadat yang menjadi suruhan agama. Hakikat pahala dan keberkatan

sentiasa wujud dalam apa sahaja usaha memakmurkan bumi Allah ini.

Natijahnya daripada dasar-dasar yang diperkenalkan, rakyat terus dididik dengan falsafah

kehidupan beragama iaitu manusia sebagai khalifah di bumi. Konsep kehidupan beragama itu seiring

dengan dasar Membangun Bersama Islam yang digagas Kerajaan Negeri seawal mengambil alih teraju

kerajaan pada Oktober 1990. Matlamat akhirnya supaya mencapai al-Falah. Kerajaan negeri juga telah

komited untuk membasmi kemiskinan tegar di Negeri ini dengan memperkenalkan pelbagai program

Page 8: Pengamalan Ekonomi Islam di Negeri Kelantan...Pengamalan Ekonomi Islam di Negeri Kelantan Nurul Syahidah binti Roslan E-mel: syidaroslan_89@yahoo.com Mohd Adib bin Ismail E-mel: mohadis@ukm.my

378 Nurul Syahidah Roslan, Mohd Adib bin Ismail

yang boleh membantu rakyat. Antara program yang dilakukan adalah menubuhkan Tabung Serambi

Mekah, Program Ladang Rakyat dan Bantuan Rumah Dhufat.

Tabung Serambi Mekah telah ditubuhkan pada tahun 1991 dibawah seksyen 9 (1) Akta Acara

Kewangan. Kerajaan Negeri Kelantan menubuhkan tabung ini dengan matlamat untuk membangunkan

individu dan orang ramai khasnya mereka yang miskin dan miskin tegar, mereka yang ditimpa

malapetaka, bencana alam dan penyakit-penyakit kronik. Tabung ini juga bermatlamat bagi

menampung kos pembinaan projek infrastruktur bagi kesejahteraan rakyat. Wang tabung boleh terdiri

daripada hadiah atau sumbangan berupa keuntungan, sedekah dan lain-lain hasil daripada pemberian

orang ramai atau organisasi, persatuan, yayasan atau firma dan koperasi. Sumber wang haram juga

diterima dan diasingkan daripada sumber wang halal seperti riba atau hasil judi. Sumber halal

digunakan untuk membantu golongan-golongan yang memerlukan manakala sumber yang tidak halal

digunakan untuk membiayai program-program dan projek-projek infrastruktur dan kemudahan asas

sahaja atau membina rumah ibadat orang bukan Islam. Menurut Laporan Audit Negeri Kelantan 2010,

Baki Akaun ini pada tahun 2010 berjumlah RM11.55 juta berbanding RM9.07 juta pada tahun 2009

meningkat sejumlah RM2.48 juta atau 27.3% .

Sejak tahun 1993, kerajaan negeri telah memperkenalkan Program Pembelaan Rakyat Miskin

yang dipertanggungjawabkan kepada Pejabat Pembangunan Negeri dan Pejabat Tanah dan Jajahan

(Bahagian Pembangunan). Program ini bertujuan untuk membantu golongan miskin supaya dapat

menikmati kehidupan yang selesa. Bantuan yang diberi adalah berupa bahan binaan seperti kayu,

simen, batu bata, zink dan lain-lain untuk membaiki rumah dengan kadar tidak melebihi RM1 500

seorang. Sehingga akhir tahun 2001, sejumlah RM3.07 juta telah dibelanjakan dan seramai 2,495 orang

miskin telah diberi bantuan. Jumlah peruntukan pada tahun 2013 adalah sebanyak RM1.2juta setiap

kawasan DUN diperuntukan sebanyak RM22,000.00.

Pada tahun 2006, Perbadanan Pembangunan Ladang Rakyat Negeri Kelantan telah

melaksanakan Program Ladang Rakyat. Program ini merupakan program kerajaan negeri bagi

membendung masalah penerokaan tanah kerajaan dan membebaskan mereka dari putaran kemiskinan.

Pada tahun 2011, sebanyak 19 kawasan tanah Kerajaan seluas 81,095 ekar di Jajahan Gua Musang,

Kuala Krai, Jeli dan Tanah Merah telah diluluskan oleh pihak Kerajaan untuk dibangunkan sebagai

kawasan Ladang Rakyat dengan tanaman kelapa sawit. Daripada 19 kawasan tersebut, 2 kawasan

dirancang untuk dilaksanakan sendiri oleh Perbadanan dan 17 kawasan lagi akan dilaksanakan oleh

syarikat yang dilantik oleh Perbadanan dengan dikenakan sewaan atau pajakan. Hasil sewaan inilah

yang menjadi punca pendapatan utama Perbadanan yang akan diagihkan sebagai dividen kepada

penduduk miskin seramai 4,767 orang yang dikenali sebagai peserta Ladang Rakyat.

Selain itu bantuan Rumah Dhua’fat telah diperkenalkan pada tahun 2006 dan dikawal selia

oleh kerajaan negeri. Bantuan ini diperuntukan bagi tujuan penyelenggaraan rumah-rumah dan

pembinaan dua buah rumah di setiap Dewan Undangan Negeri bagi membantu meringankan beban

rakyat untuk membaiki dan mendapatkan rumah sendiri, walaupun pada binaan yang asas. Pada tahun

2011 melalui peruntukan yang disediakan, sebanyak 71 buah rumah dhua’fat telah didirikan dan

sehingga September 2012, sebanyak 50 buah lagi rumah dhua’fat telah didirikan di seluruh daerah di

Negeri Kelantan. Pada tahun 2013, jumlah yang diperuntukkan untuk bantuan rumah dhufat adalah

sebanyak RM5.5 juta.

Program Bantuan Beras Percuma atau dikenali sebagai Skim al-It’am telah dilaksanakan pada

Februari 2011. Badan yang bertanggungjawab mengendalikan program ini ialah Kumpulan Pertanian

Kelantan Berhad iaitu syarikat milik Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK). Skim ini

adalah untuk meringankan beban rakyat yang miskin. Oleh itu kerajaan negeri telah memperuntukkan

sebanyak RM 2.5 juta pada tahun 2012. Seramai 180 keluarga miskin daripada setiap Dewan Undangan

Negeri akan menerima 10kg beras pada setiap bulan. Senarai nama peserta akan disemak dan

diselaraskan setiap enam bulan dan mana-mana penerima yang dikeluarkan dari e-TEGAR akan hilang

kelayakan untuk menerima bantuan beras tersebut.

Selain itu kerajaan turut menyediakan peruntukan lain untuk rakyat miskin. Antaranya ialah

memberi bantuan bekalan air bersih dan elektrik serta bantuan khas untuk orang miskin. Bagi bekalan

air bersih dan elektrik, jumlah peruntukan pada tahun 2013 adalah sebanyak RM1 juta manakala bagi

bantuan khas adalah sebanyak RM1 juta. Pelajar miskin turut diberikan bantuan bagi memastikan

mereka tidak ketinggalan dalam pelajaran. Dalam belanjawan 2013, peruntukan yang disediakan untuk

pelajar miskin adalah sebanyak RM500, 000. Kerajaan juga meneruskan program membantu kesihatan

kepada rakyat miskin yang menghidapi penyakit kronik dimana peruntukan sebanyak RM 505,000

telah disediakan.

Menurut Nik Aziz, kemiskinan adalah terdiri daripada dua dimensi iaitu kemiskinan jasmani

dan rohani. Dalam menangani masalah kemiskinan rohani, kerajaan telah menyediakan peruntukan

RM5.52 juta untuk program-program agama yang berterusan bagi menjamin kemaslahatan ummah.

Page 9: Pengamalan Ekonomi Islam di Negeri Kelantan...Pengamalan Ekonomi Islam di Negeri Kelantan Nurul Syahidah binti Roslan E-mel: syidaroslan_89@yahoo.com Mohd Adib bin Ismail E-mel: mohadis@ukm.my

Prosiding Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia Ke VIII 2013 379

379

Antara program yang dilakukan adalah Kempen Bulan Sembahyang yang bermotokan “ Solat membina

Insan Cemerlang” yang telah dilaksanakan sepanjang tahun sejak 1995. Kerajaan negeri memberikan

peruntukan yang banyak untuk memperkasakan ibadah solat individu dan masyarakat. Selain itu, forum

perdana mengenai solat turut diadakan supaya rakyat sentiasa peka dalam dan bertanggungjawab dalam

melaksanakan perintah Allah. Seminar mengenai penghayatan solat dari sudut syariah dan sains turut

diadakan bagi mendedahkan kepada masyarakat akan hikmah dan rahsia solat bukan sahaja dari sudut

syariah tetapi juga dari pandangan ilmu sains. “Program Brainstorming Modul Solat” turut diadakan

khas untuk pengolala dan pegawai yang terlibat. Tujuannya adalah untuk mencari idea-idea baru bagi

menarik minat masyarakat terhadap kepentingan solat dan merangka satu modul solat.

KESIMPULAN

Prestasi ekonomi Negeri Kelantan semakin meningkat berdasarkan kadar pertumbuhan, KDNK,

prestasi kewangan dan bayaran hutang yang konsisten setiap tahun. Untuk mengatasi masalah

kemiskinan di Negeri Kelantan, Kerajaan Negeri telah melaksanakan dasar dan program dalam

mengurangkan beban rakyat. Kerajaan komited dan akan terus menyediakan peruntukan-peruntukan

bagi tujuan pembelaan dan kebajikan rakyat. Peruntukan-peruntukan ini disediakan sesuai dengan

hasrat memupuk masyarakat penyayang, selari dengan tuntutan Islam kearah mewujudkan masyarakat

dan negeri berkebajikan.

RUJUKAN

Ahmad, Khursid. (1965). “The future of secularism in the Muslim world,” World Muslim League,”

Vol.2:12-13

Azizah Md. Yusof & Nariman Mohd Saad. 2005. Islam Dan Pertumbuhan Ekonomi. Universiti Utara

Malaysia

Husaini, S.A.Q. 1970. Arab Administration. Lahore: Sh. Muhammad Ashraf

Ibn Tayniyyah. 1992. Al-Siyasah al-syar’iyyah fi islah al-ra’iy wa al-ra’iyyah. Dar al-Fikr.

Ishak Mohd. Rejab 1983. Islam sebagai Agama Sejagat. Kuala Lumpur: Bahagian Agama,

JabatanPerdana Menteri (al-Yakin), Sin 24.

Ismail Yusoff & Shukri Ahmad (2011). Pembangunan Islam Menurut Tuan Guru Dato’ Nik Abdul

Aziz Bin Nik Mat. Jabatan Pengajian Umum, Kolej Sastera dan Sains, Universiti Utara

Malaysia.

Jaafar Ahmad, Sanep Ahmad dan Hairunnizam Wahid (2011). Ekonomi Islam: Satu Pendekatan

Analisis, Bangi, Selangor: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia. Khurshid Ahmad (1981).

Studies in Islamic Economics, Leicester, UK: Islamic Foundation. 15

Khurshid Ahmad (1992). Nature and Significance of Islamic Economics, in Ausaf Ahmad and Kazim

Raza Awan (1992). Lectures on Islamic Economics, Kertas Kerja dan Prosiding International

Seminar on `Teaching Islamic Economics for University Teachers’, Jeddah, Arab Saudi:

Islamic Research and Training Institute, Bank Pembangunan Islam.

Laporan Ketua Audit Negara: Penyata Kewangan Kerajaan Negeri Dan Pengurusan Kewangan

Jabatan/ Agensi Negeri Kelantan Tahun 2001. Jabatan Audit Negara Malaysia

Laporan Ketua Audit Negara: Penyata Kewangan Kerajaan Negeri Dan Pengurusan Kewangan

Jabatan/ Agensi Negeri Kelantan Tahun 2002. Jabatan Audit Negara Malaysia

Laporan Ketua Audit Negara: Penyata Kewangan Kerajaan Negeri Dan Pengurusan Kewangan

Jabatan/ Agensi Negeri Kelantan Tahun 2003. Jabatan Audit Negara Malaysia

Laporan Ketua Audit Negara: Penyata Kewangan Kerajaan Negeri Dan Pengurusan Kewangan

Jabatan/ Agensi Negeri Kelantan Tahun 2004. Jabatan Audit Negara Malaysia

Laporan Ketua Audit Negara: Penyata Kewangan Kerajaan Negeri Dan Pengurusan Kewangan

Jabatan/ Agensi Negeri Kelantan Tahun 2005. Jabatan Audit Negara Malaysia

Laporan Ketua Audit Negara: Penyata Kewangan Kerajaan Negeri Dan Pengurusan Kewangan

Jabatan/ Agensi Negeri Kelantan Tahun 2006. Jabatan Audit Negara Malaysia

Laporan Ketua Audit Negara: Penyata Kewangan Kerajaan Negeri Dan Pengurusan Kewangan

Jabatan/ Agensi Negeri Kelantan Tahun 2007. Jabatan Audit Negara Malaysia

Laporan Ketua Audit Negara: Penyata Kewangan Kerajaan Negeri Dan Pengurusan Kewangan

Jabatan/ Agensi Negeri Kelantan Tahun 2008. Jabatan Audit Negara Malaysia

Laporan Ketua Audit Negara: Penyata Kewangan Kerajaan Negeri Dan Pengurusan Kewangan

Jabatan/ Agensi Negeri Kelantan Tahun 2009. Jabatan Audit Negara Malaysia

Page 10: Pengamalan Ekonomi Islam di Negeri Kelantan...Pengamalan Ekonomi Islam di Negeri Kelantan Nurul Syahidah binti Roslan E-mel: syidaroslan_89@yahoo.com Mohd Adib bin Ismail E-mel: mohadis@ukm.my

380 Nurul Syahidah Roslan, Mohd Adib bin Ismail

Laporan Ketua Audit Negara: Penyata Kewangan Kerajaan Negeri Dan Pengurusan Kewangan

Jabatan/ Agensi Negeri Kelantan Tahun 2010. Jabatan Audit Negara Malaysia

Laporan Ketua Audit Negara: Penyata Kewangan Kerajaan Negeri Dan Pengurusan Kewangan

Jabatan/ Agensi Negeri Kelantan Tahun 2011. Jabatan Audit Negara Malaysia

Mohammad Agus Yusoff. (1998). Faderalisme in Malaysia: A Study of the Politics of Centre-State

Relations. PhD Thesis. Universiti of Manchester.

Mohamed Aslam Haneef (1997). “Islam, the Islamic Worldview, and Islamic Economics”, IIUM

Journal of Economics and Management, 5 (1), 39-65.

Muhammad Syukri Salleh (2003). 7 Prinsip Pembangunan Berteraskan Islam, Kuala Lumpur: Zebra

Editions dan Pulau Pinang: Projek Pengurusan Pembangunan Islam (IDMP), Universiti Sains

Malaysia.

Mohammad Umer Chapra (1985). Towards Just Monetary System. Leicester: The Islamic Foundation.

Mohammad Umer Chapra (1997). Islam dan pembangunan ekonomi: satu strategi untuk

pembnagunan yang adil dan stabil. Terj. Adi Setia bin Mohd Dom. Petaling Jaya: The

International Institute of Islamic Thought.

Nik Abdul Aziz bin Nik Mat. (1995).Asas pentadbiran Islam. Kota Bharu: Pusat Kajian Strategik.

Nik Abdul Aziz Nik Mat 1995. Islam Boleh. Kelantan: Maahad ad-Dakwah Wal Imamah, Yayasan

Islam Kelantan.

Nik Abdul Aziz bin Nik Mat. (1996). Perutusan Menteri Besar sempena bulan Ramadhan bulan

melawat Malaysia.Kota Bharu: Urusetia Kerajaan Negeri Kelantan.

Surtahman Kastin Hassan (1990). Ekonomi Islam, Bangi, Selangor: Penerbit Universiti Kebangsaan

Malaysia. Syed Nawab Haider Naqvi

Yusri Yusoff. (1995). Kelantan penentu agenda politik Malaysia. Kuala Lumpur: Daisini

Communications.

Zakariah Abdul Rashid. (2003). Ekonomi Negeri Kelantan Dari Perspektif Analisis Shift-Share

Wilayah. Universiti Putra Malaysia

RAJAH 1: Jangkaan Impak Islam Ke Atas Pertumbuhan KDNK Kelantan

JADUAL 2: Kutipan Hasil Sebenar bagi Tahun 2001 hingga 2011

Bil Kategori Hasil Tahun

2001

(RM Juta)

2003

(RM Juta)

2005

(RM Juta)

2007

(RM Juta)

2009

(RM Juta)

2011

(RM Juta)

1 Hasil Cukai 36.01 47.24 57.21 63.63 69.10 78.79

2 Hasil Bukan

Cukai

58.54 64.58 93.44 231.46 104.01 162.79

3 Terimaan

Bukan Hasil

134.24 39.88 167.41 147.76 161.70 185.90

Jumlah 228.79 151.70 318.06 442.85 334.81 427.48

Sumber: Penyata Kewangan Kerajaan Negeri

Page 11: Pengamalan Ekonomi Islam di Negeri Kelantan...Pengamalan Ekonomi Islam di Negeri Kelantan Nurul Syahidah binti Roslan E-mel: syidaroslan_89@yahoo.com Mohd Adib bin Ismail E-mel: mohadis@ukm.my

Prosiding Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia Ke VIII 2013 381

381

RAJAH 3: Penyumbang Utama Hasil Kerajaan Negeri Bagi Tahun 2003 Hingga 2011

Sumber: Penyata Kewangan Kerajaan Negeri

JADUAL 4: Prestasi Hasil Berbanding Perbelanjaan Mengurus Bagi Tahun 2001 Hingga 2011

Bil Perkara Tahun

2001

(RM Juta)

2003

(RM Juta)

2005

(RM Juta)

2007

(RM Juta)

2009

(RM Juta)

2011

(RM Juta)

1 Hasil 228.79 151.70 318.06 442.86 334.81 427.48

2 Perbelanjaan

Mengurus

179.98 223.62 317.89 436.62 354.27 424.35

3 Perbelanjaan

Pembangunan

71.58 154.12 106.91 161.74 100.86 144.66

Defisit -22.77 -226.04 -106.74 -155.5 -120.32 -141.53

Sumber: Penyata Kewangan Kerajaan Negeri

JADUAL 5: Perbelanjaan Mengurus Kerajaan Negeri Bagi Tahun 2001 – 2011

Bil Maksud

Perbelanjaan

Tahun

2001

(RM

Juta)

2003

(RM

Juta)

2005

(RM

Juta)

2007

(RM

Juta)

2009

(RM

Juta)

2011

(RM

Juta)

1 Emolumen 75.58 87.80 91.96 106.96 127.75 140.43

2 Perkhidmatan

dan Bekalan

32.92 44.79 58.68 74.29 69.50 83.67

3 Aset 5.34 15.17 15.92 36.45 8.27 10.93

4 Pemberian dan

Kenaan Bayaran

Tetap

65.60 74.71 146.91 217.57 146.25 187.27

5 Perbelanjaan lain 0.54 1.15 4.42 1.34 2.50 2.05

Jumlah 179.98 223.62 317.89 436.62 354.27 424.35

Sumber: Penyata Kewangan Negeri

JADUAL 6: Kedudukan Hutang Kerajaan Negeri Dan Bayaran Balik Hutang Bagi Tahun 2005 Hingga

2011

Tahun Hutang Awam (RM Juta)

Kedudukan hutang Bayaran balik

1990 628.37 2.48

2005 880.59 18.99

2006 940.06 9.76

2007 958.67 4.86

2008 980.97 6.50

Page 12: Pengamalan Ekonomi Islam di Negeri Kelantan...Pengamalan Ekonomi Islam di Negeri Kelantan Nurul Syahidah binti Roslan E-mel: syidaroslan_89@yahoo.com Mohd Adib bin Ismail E-mel: mohadis@ukm.my

382 Nurul Syahidah Roslan, Mohd Adib bin Ismail

2009 993.75 2.08

2010 1,112.00 5.20

2011 1,139.85 10.21

Sumber: Penyata kewangan negeri

RAJAH 7: Insiden Kemiskinan Tegar 2009

Sumber: Unit Perancang Ekonomi

RAJAH 8: Insiden Kemiskinan Tegar di Negeri Kelantan, 1989-2002

Sumber: Penyata Kewangan Negeri

RAJAH 9: Statistik Taburan Penduduk Miskin Tegar, 2011

Sumber: Penyata Kewangan Negeri