terma dan syarat pertandingan rbc 2015

Upload: noor-fathiah

Post on 10-Jan-2016

231 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Terma Dan Syarat Pertandingan Rbc 2015

TRANSCRIPT

  • 1

    Anjuran

    Kementerian Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah (KKLW)

    A. SYARAT-SYARAT UMUM PENYERTAAN

    1. Terbuka kepada semua belia warganegara Malaysia yang berumur antara

    18 hingga 40 tahun pada tarikh tutup pertandingan.

    2. Penyertaan terdiri daripada :

    i. Perseorangan atau lebih; atau

    ii. Syarikat Enterprise, perkongsian dan syarikat Sdn. Bhd.

    3. Pertandingan dibahagikan kepada dua (2) kategori, iaitu :

    i. Pengembangan Perniagaan (bagi syarikat yang telah beroperasi 3

    tahun); dan

    ii. Idea Perniagaan (bagi penyertaan perseorangan/lebih atau syarikat

    yang beroperasi < 3 tahun).

    4. Mengemukakan satu (1) salinan cetak dan satu (1) salinan digital dalam

    cakera padat yang mengandungi borang penyertaan dan Rancangan

    Perniagaan mengikut format yang telah ditetapkan.

    5. Hanya Rancangan Perniagaan yang lengkap dan memenuhi terma dan

    syarat serta format pertandingan sahaja akan dinilai.

    6. Dengan penyertaan ini, peserta bersetuju untuk memenuhi terma dan

    syarat pertandingan serta keputusan Jawatankuasa Penyelarasan

    Program RBC, KKLW.

    TERMA DAN SYARAT PERTANDINGAN

    TAHUN 2015

  • 2

    7. Bukti penghantaran pos bukanlah bukti penerimaan penyertaan.

    8. Tarikh tutup penyertaan : 30 April 2015 (Khamis) jam 5.00 petang.

    9. Warga dan ahli keluarga terdekat warga Bahagian Pengupayaan

    Ekonomi, Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah tidak

    dibenarkan menyertai pertandingan ini.

    10. Semua keputusan pertandingan adalah muktamad dan segala bantahan

    tidak akan dilayan.

    B. PENYEDIAAN RANCANGAN PERNIAGAAN

    1. Peserta pertandingan sama ada perseorangan/lebih atau syarikat

    hendaklah dianggotai sepenuhnya oleh belia.

    2. Rancangan Perniagaan hendaklah meliputi kriteria utama seperti berikut:-

    i. Lokasi operasi perniagaan/projek terletak di kawasan luar bandar;

    dan

    ii. Perniagaan/projek adalah sah di sisi undang-undang serta peraturan

    semasa Kerajaan.

    3. Peserta mesti memastikan Rancangan Perniagaan yang dikemukakan

    adalah asli.

    4. Jika terdapat sebarang bahan atau imej milik pihak ketiga digunakan

    dalam Rancangan Perniagaan atau semasa sesi temuduga, peserta perlu

    mendapatkan kebenaran bertulis daripada pemilik asal sebelum

    digunakan.

    5. Rancangan Perniagaan yang disediakan dengan cadangan premis yang

    telah dikenalpasti atau status tanah yang jelas sangat digalakkan.

    C. HADIAH PERTANDINGAN DAN KAEDAH PEMBIAYAAN

    Kategori 1 - Pengembangan Perniagaan

    1. Pemenang akan dianugerahkan dengan hadiah berbentuk geran

    perniagaan sehingga RM2 juta yang tertakluk kepada keputusan

    Jawatankuasa Penyelarasan Program RBC, KKLW.

    2. Pemenang yang dianugerahkan hadiah geran perniagaan akan disalurkan

    peruntukan projek secara berperingkat oleh KKLW,tertakluk kepada

    keputusan Jawatankuasa Penyelarasan Program RBC, KKLW.

  • 3

    Kategori 2 - Idea Perniagaan :

    1. Bagi kategori idea perniagaan, sepuluh (10) idea Rancangan Perniagaan

    terbaik akan menerima hadiah wang tunai sehingga RM10,000 setiap

    satu.

    D. PELAKSANAAN PERNIAGAAN, PELAPORAN PRESTASI DAN

    PEMANTAUAN PROJEK BAGI KATEGORI PENGEMBANGAN

    PERNIAGAAN

    1. Pemenang kategori ini perlu menandatangani perjanjian pelaksanaan

    projek dengan pihak Kerajaan.

    2. Pemenang kategori ini juga hendaklah melaksanakan projek secara

    sepenuh masa yang akan dipantau dan diselia oleh pihak KKLW.

    3. Perniagaan tidak boleh dipindah milik kepada pihak lain.

    E. MAKLUMAT DAN DOKUMENTASI

    1. Pemenang pertandingan akan dihubungi oleh pihak Urus Setia

    Pertandingan.

    2. Semua Rancangan Perniagaan yang menyertai pertandingan menjadi hak

    milik KKLW dan tidak akan dikembalikan.

    3. KKLW berhak menggunakan nama/gambar/maklumat asas peserta

    pertandingan bagi tujuan periklanan, perdagangan dan/atau publisiti

    Program RBC tanpa sebarang pemberitahuan kepada peserta. Peserta

    yang menyertai pertandingan ini tidak layak menuntut pemilikan atau apa-

    apa bentuk pampasan atas penggunaan tersebut.

    Dikemas kini pada 12 Mac 2015

    Sekretariat RBC Bahagian Pengupayaan Ekonomi Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Aras 19, No.47, Persiaran Perdana Presint 4, 62100 PUTRAJAYA

    Tel: 03-8891 5607/5622/5636/5613

    Emel: [email protected]