terma dan syarat pertandingan pertandingan video muzik...

7
1 | Page TERMA DAN SYARAT UNTUK PERTANDINGAN PENGHASILAN VIDEO MUZIK PENDEK PELANCONGAN SEPANJANG PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN 1. UMUM Pertandingan penghasilan Video Muzik Pendek Pelancongan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini dianjurkan oleh Lembaga Penggalakkan Pelancongan Malaysia (Tourism Malaysia) beralamat di No.2, Menara 1, Jalan P5/6 Presint 5, 62200 Putrajaya, Malaysia. 2. Peraduan penghasilan video ini terbuka kepada semua warganegara Malaysia KECUALI Kakitangan Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) dan agensi-agensi di bawahnya. 3. Tiada yuran penyertaan diperlukan untuk menyertai peraduan ini. 4. Penyertaan boleh dibuat secara berkumpulan atau individu. 5. Video-video yang dihasilkan oleh peserta mestilah dirakam di dalam rumah memandangkan Kerajaan telah mengenakan Perintah Kawalan Pergerakan. Peserta dibenarkan untuk menggunakan futej video pengalaman melancong di dalam negara yang diambil sebelum PKP sebagai sebahagian daripada hasil karya yang hanya dihadkan kepada (1/4) daripada keseluruhan hasil karya. Bahagian selebihnya (3/4) hendaklah memaparkan latar atau aktiviti di dalam rumah. 6. Setiap video yang akan dipertandingkan adalah merupakan hasil karya sendiri dan bukannya diciplak, sekiranya didapati bukan karya asli, penyertaan akan dibatalkan serta merta. Peserta perlu mengisi borang yang memperakui bahawa video tersebut merupakan karya asli.

Upload: others

Post on 27-May-2020

41 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Terma dan Syarat Pertandingan Pertandingan Video Muzik …vm2020.malaysia.travel/media/pdf/terma-dan-syarat... · 2020-05-12 · Malaysia KECUALI Kakitangan Kementerian Pelancongan

1 | P a g e

TERMA DAN SYARAT UNTUK PERTANDINGAN PENGHASILAN VIDEO MUZIK PENDEK PELANCONGAN

SEPANJANG PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN

1. UMUM Pertandingan penghasilan Video Muzik Pendek Pelancongan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini dianjurkan oleh Lembaga Penggalakkan Pelancongan Malaysia (Tourism Malaysia) beralamat di No.2, Menara 1, Jalan P5/6 Presint 5, 62200 Putrajaya, Malaysia.

2. Peraduan penghasilan video ini terbuka kepada semua warganegara

Malaysia KECUALI Kakitangan Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) dan agensi-agensi di bawahnya.

3. Tiada yuran penyertaan diperlukan untuk menyertai peraduan

ini. 4. Penyertaan boleh dibuat secara berkumpulan atau individu.

5. Video-video yang dihasilkan oleh peserta mestilah dirakam di

dalam rumah memandangkan Kerajaan telah mengenakan Perintah Kawalan Pergerakan. Peserta dibenarkan untuk menggunakan futej video pengalaman melancong di dalam negara yang diambil sebelum PKP sebagai sebahagian daripada hasil karya yang hanya dihadkan kepada (1/4) daripada keseluruhan hasil karya. Bahagian selebihnya (3/4) hendaklah memaparkan latar atau aktiviti di dalam rumah.

6. Setiap video yang akan dipertandingkan adalah merupakan hasil karya sendiri dan bukannya diciplak, sekiranya didapati bukan karya asli, penyertaan akan dibatalkan serta merta. Peserta perlu mengisi borang yang memperakui bahawa video tersebut merupakan karya asli.

Page 2: Terma dan Syarat Pertandingan Pertandingan Video Muzik …vm2020.malaysia.travel/media/pdf/terma-dan-syarat... · 2020-05-12 · Malaysia KECUALI Kakitangan Kementerian Pelancongan

2 | P a g e

7. Karya yang dihasilkan juga mestilah tidak pernah memenangi mana-mana pertandingan sebelum ini.

8. Segala kos penyediaan mahupun pengambaran video adalah di tanggung oleh peserta sendiri.

9. Video muzik hendaklah diterbitkan di dalam Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris.

10. Video muzik yang dihasilkan mesti menggunakan salah satu lagu lagu berikut. (Sila pilih salah satu). 10.1 Lagu 1 - “Cuti-Cuti Malaysia” - yang dikemukakan di dalam

2 versi iaitu (nyanyian di dalam Bahasa Malaysia dan Minus One ) atau

10.2 Lagu 2 - “Visit Truly Asia Malaysia” - yang dikemukakan di dalam 5 versi iaitu (nyanyian di dalam Bahasa Malaysia, nyanyian di dalam Bahasa Inggeris, Minus One Bahasa Malaysia, Minus One Bahasa Inggeris dan Instrumental)

11. KATEGORI

Pertandingan yang berasaskan kepada lagu-lagu di atas dibahagikan kepada 3 kategori iaitu;

11.1 NYANYIAN

11.2 BERMAIN ALAT MUZIK

- Dengan atau tanpa nyanyian - lirik dan kod muzik disediakan - Peserta boleh membuat ‘transpose’ pada ‘key’ lagu

11.3 SKETSA menggunakan kreativiti dan imaginasi masing-

masing. Contoh seperti berikut:- i. Persembahan lakonan ii. Persembahan makanan tradisi mengikut negeri-

negeri iii. Video pengalaman bercuti di dalam Malaysia

menggunakan video-video melancong yang sedia ada sebelum PKP. (Sila rujuk kepada para 5 di atas).

Page 3: Terma dan Syarat Pertandingan Pertandingan Video Muzik …vm2020.malaysia.travel/media/pdf/terma-dan-syarat... · 2020-05-12 · Malaysia KECUALI Kakitangan Kementerian Pelancongan

3 | P a g e

iv. Lain-lain aktiviti di dalam rumah yang bersesuaiandan menarik.

11.4 Tourism Malaysia berhak menolak penyertaan yang melanggar terma dan syarat pertandingan. Tourism Malaysia tidak akan bertanggungjawab terhadap apa jua bentuk tuntutan berkaitan dengan produksi ataupun penyertaan oleh mana-mana pihak yang berkenaan.

11.5 Sila pastikan segala penggunaan muzik tambahan yang digunakan adalah berstatus bebas royalti. Tourism Malaysia tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang tuntutan akibat pelanggaran hasil hak cipta.

11.6 Karya yang dihasilkan jua adalah manifestasi kreativiti peserta yang mengandungi nilai-nilai murni dan TIDAK BOLEH mengandungi unsur yang menyentuh sensitiviti perkauman, kebudayaan, keagamaan dan tidak menghina pemimpin dan individu.

12. CARA PENYERTAANPeserta boleh memuat turun lirik asal berserta kod lagu“Cuti-Cuti Malaysia” dan lagu “Visit Truly Asia Malaysia” melalui https://malaysia.travel. Peserta dikehendaki untuk menggunakan keseluruhan atau sebahagian dari lagu-lagu yang dikemukakan. Setiap peserta boleh menghantar seberapa banyak penyertaan yang diingini.Setiap penyertaan karya hendaklah dibuat dalam bentuk klip video yang dirakamkan :-

i. Karya boleh dihantar dalam bentuk video muzik, sketsa ringkas atau rakaman dari persembahan peserta sendiri.

ii. Bagi penyertaan karya berbentuk muzik video, peserta dibenarkan untuk menggunapakai keratan futej dari video-video yang dipaparkan di dalam pautan Malaysia Truly Asia Youtube Channel

iii. Video hendaklah terlebih dahulu dimuatnaik ke platform media sosial peserta (Facebook atau Instagram sahaja).

Page 4: Terma dan Syarat Pertandingan Pertandingan Video Muzik …vm2020.malaysia.travel/media/pdf/terma-dan-syarat... · 2020-05-12 · Malaysia KECUALI Kakitangan Kementerian Pelancongan

4 | P a g e

Kemudian, Share pautan video tersebut ke Borang Penyertaan bersama dengan butiran lain. Para hakim akan menonton video penyertaan tersebut daripada platform media sosial peserta sendiri.

iv. Sila pastikan ‘privacy setting’ pada ‘post’ media sosialanda ditukar ke “Public” untuk memastikan ia bolehditonton.

13. FORMAT VIDEO

i. Format video yang ditetapkan hendaklah di dalam formatMP4 dan MOV sahaja.

ii. Resolusi minima video yang dihantar adalah sekurang-kurangnya bersaiz HD 720p (1280x720 pixelresolution)

iii. Setiap penyertaan klip video yang dihantar hendaklahtidak melebihi 300MB.

iv. Tempoh klip video yang dihasilkan hendaklahberdurasi sekurang-kurangnya 2 minit dan tidakmelebihi 4 minit 15 saat.

Karya anda perlu dihantar ke laman web Tourism Malaysia iaitu www.malaysia.travel

14. HADIAH

Terdapat 3 kategori di dalam pertandingan ini. Bagi setiapkategori yang dipertandingkan, hadiah yang ditawarkan adalahseperti berikut;

a) PEMENANG PERTAMA

Pakej pelancongan 3 Hari 2 Malam untuk 5 orang di dalam Malaysia di mana destinasi percutian adalah pilihan pemenang. Pakej meliputi tiket penerbangan pergi balik kelas ekonomi

Page 5: Terma dan Syarat Pertandingan Pertandingan Video Muzik …vm2020.malaysia.travel/media/pdf/terma-dan-syarat... · 2020-05-12 · Malaysia KECUALI Kakitangan Kementerian Pelancongan

5 | P a g e

(hanya satu sektor), penginapan (4 bilik), ‘transfers’ dan ‘tours’, makan pagi, tengahari serta malam dan yuran masuk ke tempat tarikan pelancongan.

b) PEMENANG KEDUA Pakej pelancongan 3 Hari 2 Malam untuk 4 orang di dalam Malaysia di mana destinasi percutian adalah pilihan pemenang. Pakej meliputi tiket penerbangan pergi balik kelas ekonomi (hanya satu sektor), penginapan (3 bilik), ‘transfers’ dan ‘tours’, makan pagi, tengahari serta malam dan yuran masuk ke tempat tarikan pelancongan.

c) PEMENANG KETIGA

Pakej pelancongan 3 Hari 2 Malam untuk 3 orang di dalam Malaysia di mana destinasi percutian adalah pilihan pemenang. Pakej meliputi tiket penerbangan pergi balik kelas ekonomi (hanya satu sektor), penginapan (2 bilik), ‘transfers’ dan ‘tours’, makan pagi, tengahari serta malam dan yuran masuk ke tempat tarikan pelancongan.

Nota: - Tourism Malaysia akan menetapkan syarikat

penerbangan, hotel, syarikat pengendali pelancongan, restoran dan tarikan pelancongan untuk kegunaan pemenang-pemenang di atas.

- Satu (1) sektor di sini merujuk kepada destinasi pelepasan dan ketibaan yang dihubungkan melalui penerbangan terus.

d) HADIAH SAGUHATI

10 pemenang hadiah saguhati akan menerima barangan kraftangan buatan Malaysia.

Page 6: Terma dan Syarat Pertandingan Pertandingan Video Muzik …vm2020.malaysia.travel/media/pdf/terma-dan-syarat... · 2020-05-12 · Malaysia KECUALI Kakitangan Kementerian Pelancongan

6 | P a g e

15. KRITERIA PENGHAKIMAN

15.1 Keseluruhan karya yang dihantar oleh peserta akan dinilai mengikut kriteria dan skema pemarkahan yang berikut:-

KRITERIA PERATUSAN UNTUK VIDEO YANG DISENARAI PENDEK Idea 40% Kreativiti 40% Kesesuaian dengan tema 20% JUMLAH 100% 15.2 Setiap karya akan dinilai dari segi keaslian, isi

kandungan, konsep dan kreativiti serta kualiti produksi oleh Panel Hakim yang dilantik oleh Tourism Malaysia.

15.3 Segala keputusan hakim adalah muktamad dan tidak boleh dipertikaikan oleh mana-mana pihak.

16. PENOLAKAN PENYERTAAN

Tourism Malaysia berhak menolak sebarang penyertaan yang melanggar peraturan dan mengubah sebarang syarat yang dirasakan perlu.

17. PENGISYTIHARAN PEMENANG

17.1 Hanya Tourism Malaysia berhak memutuskan anugerah dan hadiah. Keputusan akan diumumkan setelah PKP ditamatkan.

17.2 Pemenang akan dihubungi melalui telefon dan emel.

18. HAKCIPTA

Page 7: Terma dan Syarat Pertandingan Pertandingan Video Muzik …vm2020.malaysia.travel/media/pdf/terma-dan-syarat... · 2020-05-12 · Malaysia KECUALI Kakitangan Kementerian Pelancongan

7 | P a g e

Hakcipta produksi adalah hakmilik peserta. Peserta mestilah membenarkan karya mereka digunakan bagi tujuan promosi dan siaran sebelum, semasa dan selepas pertandingan.

Semua video penyertaan yang diterima akan menjadi hakmilik Tourism Malaysia.

Tourism Malaysia memegang hak untuk menyunting, mengguna semula, membuat modifikasi, membuat salinan atau membuat pindaan terhadap Audio dan Video untuk tujuan promosi.

19. TARIKH TUTUP PENYERTAAN

Pertandingan bermula pada 19 April 2020 dan hasil karya perlu dihantar selewat-lewatnya kepada Tourism Malaysia pada 9 Jun 2020.

Penyertaan yang tiba lewat daripada tarikh tutup tidak akan diterima. Tourism Malaysia mempunyai hak untuk menyambung tempoh pertandingan ini sekiranya perlu di mana tarikh tutup akan dimaklumkan semula.