terma rujukan - thinkcity.com.my

17
TERMA RUJUKAN 1 PROJEK LIGHT GAMBARAN KESELURUHAN Tarikh Buka Permohonan Sesi Town Hall Tarikh Tutup Permohonan Semakan dan Penilaian Keputusan Permohonan Program Bermula Penyiapan Kerja-kerja Instalasi Seni Awam Program Jangkauan 16 Ogos 2021 23 Ogos 2021 13 September 2021 14 September 8 Oktober 2021 11 Oktober 2021 12 Oktober 2021 12 November 2021 November 2021 Mac 2022 Apakah Projek Light? Projek Light merupakan sebuah inisiatif lanjutan daripada program Art In The City dengan kerjasama Think City untuk menghidupkan bandar dengan seni awam dan persembahan di bandar-bandar terpilih. Program ini dijadualkan untuk berlangsung dengan pemasangan seni awam dan persembahan yang telah dikurasi. Projek ini bertujuan untuk: Menyemarakkan ruang bandar dengan pemasangan seni awam lampu sempena pandemik (menggunakan elemen cahaya); Memberikan inspirasi dan motivasi kepada komuniti kreatif dan orang awam untuk membangkit dalam situasi pandemik; Menjana peluang pekerjaan untuk artis tempatan, pekerja budaya, krew produksi, fakbrikator dan banyak lagi di bandar-bandar yang terpilih; Memberi sokongan kepada seniman dan kolektif di luar Lembah Klang yang bakal mengingkatkan kerjasama antara satu sama lain; Mengharmonikan pihak berkepentingan awam dan persendirian dalam melindungi dan menyumbang kepada pembangunan sektor kreatif. Permohonan Projek Light dijalankan menerusi kaedah open call. Program ini akan dijalankan di lima (5) bandar terpilih, iaitu Butterworth, Ipoh, Melaka, Batu Pahat bersama Kuching dan permohonan dari bandar berkenaan amat dialu-alukan. Projek Light dilaksanakan berdasarkan bandar terpilih sebagai inspirasi utama dan pemohon boleh mengambil kira aspek-aspek berikut dalam konsep kurasi projek: i. Mengambil inspirasi dari tanggapan nostalgia untuk menghayati secara mendalam sejarah dan asal-usul bandar tersebut; ii. Menggunakan sejahar sebagai titik perhubungan yang bermakna bagi menonjolkan kelompok penyumbang yang lebih luas dan menceritakan mengenai golongan- golongan yang telah meyumbang kepada pembangunan bandar tersebut; iii. Meningkatkan kefahaman pelawat atau penonton mengenai tanjakan posisi bandar tersebut ke arah bandar kreatif dan budaya tinggi dalam dunia kontemporari, sekaligus meraikan warisan negara yang kaya sambil meneroka idea-idea baharu yang kreatif. Permohonan daripada individu atau kumpulan lintas-disiplin yang terdiri daripada artis, penggiat seni, kurator, penyelidik dan rakan kolaborasi lain amat dialu-alukan. Pemohon juga digalakkan untuk bekerjasama dengan penyelidik, sejarahwan, karyawan, arkitek atau perancang bandar untuk membangunkan kertas kerja yang menunjukkan keunikan dalam tafsiran masyarakat dan kreativiti di bandar terpilih. Pemohon yang berjaya akan melaksanakan kerja-kerja yang telah dicadangkan selaras dengan visi dan objektif Projek Light.

Upload: others

Post on 06-Oct-2021

13 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: TERMA RUJUKAN - thinkcity.com.my

TERMA RUJUKAN

1

PROJEK LIGHT

GAMBARAN KESELURUHAN

Tarikh Buka Permohonan

Sesi Town Hall

Tarikh Tutup Permohonan

Semakan dan

Penilaian

Keputusan Permohonan

Program Bermula

Penyiapan Kerja-kerja

Instalasi Seni Awam

Program Jangkauan

16 Ogos 2021 23 Ogos 2021

13 September 2021

14 September –

8 Oktober 2021

11 Oktober 2021

12 Oktober

2021

12 November

2021

November 2021 – Mac

2022

Apakah Projek Light? Projek Light merupakan sebuah inisiatif lanjutan daripada program Art In The City dengan

kerjasama Think City untuk menghidupkan bandar dengan seni awam dan persembahan

di bandar-bandar terpilih. Program ini dijadualkan untuk berlangsung dengan pemasangan

seni awam dan persembahan yang telah dikurasi. Projek ini bertujuan untuk:

• Menyemarakkan ruang bandar dengan pemasangan seni awam lampu sempena

pandemik (menggunakan elemen cahaya);

• Memberikan inspirasi dan motivasi kepada komuniti kreatif dan orang awam untuk

membangkit dalam situasi pandemik;

• Menjana peluang pekerjaan untuk artis tempatan, pekerja budaya, krew produksi,

fakbrikator dan banyak lagi di bandar-bandar yang terpilih;

• Memberi sokongan kepada seniman dan kolektif di luar Lembah Klang yang bakal

mengingkatkan kerjasama antara satu sama lain;

• Mengharmonikan pihak berkepentingan awam dan persendirian dalam melindungi

dan menyumbang kepada pembangunan sektor kreatif.

Permohonan Projek Light dijalankan menerusi kaedah open call. Program ini akan dijalankan

di lima (5) bandar terpilih, iaitu Butterworth, Ipoh, Melaka, Batu Pahat bersama Kuching

dan permohonan dari bandar berkenaan amat dialu-alukan.

Projek Light dilaksanakan berdasarkan bandar terpilih sebagai inspirasi utama dan pemohon

boleh mengambil kira aspek-aspek berikut dalam konsep kurasi projek:

i. Mengambil inspirasi dari tanggapan nostalgia untuk menghayati secara mendalam

sejarah dan asal-usul bandar tersebut;

ii. Menggunakan sejahar sebagai titik perhubungan yang bermakna bagi menonjolkan

kelompok penyumbang yang lebih luas dan menceritakan mengenai golongan-

golongan yang telah meyumbang kepada pembangunan bandar tersebut;

iii. Meningkatkan kefahaman pelawat atau penonton mengenai tanjakan posisi bandar

tersebut ke arah bandar kreatif dan budaya tinggi dalam dunia kontemporari,

sekaligus meraikan warisan negara yang kaya sambil meneroka idea-idea baharu

yang kreatif.

Permohonan daripada individu atau kumpulan lintas-disiplin yang terdiri daripada artis,

penggiat seni, kurator, penyelidik dan rakan kolaborasi lain amat dialu-alukan. Pemohon juga

digalakkan untuk bekerjasama dengan penyelidik, sejarahwan, karyawan, arkitek atau

perancang bandar untuk membangunkan kertas kerja yang menunjukkan keunikan dalam

tafsiran masyarakat dan kreativiti di bandar terpilih. Pemohon yang berjaya akan

melaksanakan kerja-kerja yang telah dicadangkan selaras dengan visi dan objektif Projek

Light.

Page 2: TERMA RUJUKAN - thinkcity.com.my

TERMA RUJUKAN

2

Lokasi Instalasi Seni Awam

Dengan kerjasama CENDANA, Think City dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), reruang

awam berikut telah ditetapkan sebagai tapak pelaksanaan projek.

Ketersediaan sumber elektrik adalah tertakluk kepada keadaan tapak. Pemohon digalakkan

untuk adaptasi sumber tenaga boleh diperbarui dan mesra alam.

Tapak projek adalah terdiri daripada campuran kawasan indoor dan outdoor.

Pemohon digalakkan untuk melawat tapak projek sepanjang proses penyediaan kertas kerja

reka bentuk.

Pemohon perlu bekerjasama dengan pemilik tapak dan Pihak Berkuasa Tempatan untuk

menjayakan projek ini.

Butterworth

Padang Badawi diurus oleh Majlis

Bandaraya Seberang Perai. Padang terbuka

ini terletak bersebelahan Dewan Dato Haji

Ahmad Badawi di Jalan Bagan Luar,

Butterworth. Padang ini merupakan lokasi

terkenal untuk acara-acara awam dan berada

dalam lingkungan pejalan kaki ke ‘Butterworth

Art Walk’.

Ipoh

Taman Medan Selera Dato Tahwil Azhar

dimiliki dan diurus oleh Majlis Bandaraya

Ipoh. Taman ini dikelilingi gerai makanan dan

merupakan antara taman yang terkenal di Ipoh.

Melaka

SDG Park terletak di persisiran Sungai Melaka dan senang dijumpai dari Jalan Melaka

Sentral. Taman ini juga berdekatan dengan kawasan perumahan dan komersil.

Page 3: TERMA RUJUKAN - thinkcity.com.my

TERMA RUJUKAN

3

Batu Pahat

Tapak di Jalan Abu Bakar dimiliki dan diurus

oleh Majlis Perbandaran Batu Pahat. Kawasan

ini merupakan antara kawasan yang kerap

dikunjungi oleh masyarakat setempat.

Kuching

Kenyalang Park dimiliki dan diurus oleh Majlis

Perbandaran Kuching Selatan. Taman ini

terletak berdekatan dengan kawasan

perumahan dan PPR yang pertama di Kuching.

Taman ini juga berdekatan dengan Kenyalang

Traffic Garden.

Pemohon boleh mencadangkan lokasi yang dapat dimanfaatkan dengan rejuvenasi seni dalam tapak yang tealah ditetapkan di atas dengan syarat memenuhi dua (2) kriteria berikut:

i. Cadangan merupakan kawasan awam, mudah diakses dan dapat menarik pengungjung;

ii. Cadangan mempunyai nilai warisan yang tinggi; iii. Cadangan dikelilingi kawasan masyarakat yang aktif; iv. Pemilik tapak memberi kebenaran untuk kerja-kerja instalasi dan program jangkauan

dijalankan di kawasan tersebut sepanjang program.

CENDANA dan Think City mengekalkan hak muktamad untuk memutuskan lokasi instalasi seni awam dan program.

Page 4: TERMA RUJUKAN - thinkcity.com.my

TERMA RUJUKAN

4

Kriteria Instalasi Seni Awam Public Art Installation requirements

Kertas kerja perlu mengambilkira perincian dan kebolehlaksanaan projek sebelum

menyerahkan permohonan.

Pemohon yang berjaya akan diberi tempoh masa yang ditetapkan untuk memperincikan

cadangan instalasi seni awam, pelan projek dan belanjawan dengan pasukan teknikal untuk

perundingan bersama Think City dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Kertas kerja yang

telah dikemaskini perlu dihantar kepada Think City untuk kelulusan sebelum melaksanakan

projek.

Cadangan kertas kerja haruslah merangkumi program pendidikan atau jangkaun untuk

meningkatkan interaksi masyarakat dengan instlasi seni awam. Perkara ini boleh

dilaksanakan dengan sesi perkongsian artis dan juga bengkel interaktif dengan

golongan muda dan masyarakat .

Cadangan projek ini mesti merangkumi satu instalasi seni awam dan program jangkauan:

Pengurusan Instalasi Seni Awam

• Artis dan rakan kolaborasi mestilah dari bandar terpilih untuk memerkasa ekonomi kebudayaan tempatan;

• Ahli pasukan projek haruslah terdiri daripada pelbagai syarikat, organisasi atau individu untuk penjanaan peluang sama rata di bawah program ini;

• Ketua projek/artis perlu melaporkan kemajuan projek setiap minggu dengan media dalam bentuk gambar dan video.

• Kerja-kerja instalasi seni awam hendaklah mematuhi Prosedur Pengendalian Standard (SOP) Covid-19 Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan garis panduan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) sepanjang projek ini dijalankan.

• Kerja-kerja projek mesti didokumentasi menerusi gambar dan rakaman video.

• Perbelanjaan termasuk kerja-kerja artis, tenaga kerja pengurusan dan pakar, bahan instalasi seni awam dan fabrikasi, pengendalian, penyediaan tapak, kerja-kerja pemasangan, kerja-kerja mengembalikan tapak, penyelenggaraan instalasi seni awam, liability awam, pemasaran, dokumentasi dan program jangkauan. Pemohon yang berjaya perlu menghantar ringkasan perbelanjaan prjek

• Instalasi seni awam mestilah dapat dilihat dengan jelas dan mudah diakses oleh orang awam;

• Mengikuti tema “Light” dan menerap elemen lampu ke dalam hasil instalasi seni awam;

• Menerap inisiatif tenaga boleh diperbaharui dan mesra alam;

• Struktur instlasi mesti selamat dan kukuh;

• Selepas kelulusan, artis perlu bekerjasama dengan pasukan projek untuk kerja-kerja instalasi seni awam termasuk logistic dan pemasangan di tapak;

• Hasil instalasi seni awam akan dipamer sepanjang November 2021 hingga Mac 2022. Selepas perincian kertas kerja, artis juga perlu membekalkan manual penyelenggaraan yang merekod bahan yang telah diguna, jangkaan tempoh hayat hasil instalasi, perincian fabricator dan pembersihan, pertimbangan kepada impak dari persekitaran dan langkah berhati-hati untuk mengelak isu vandalisme;

• Artis akan bekerjasama dengan pasukan projek untuk membuka hasil instlasi dan mengembalikan tapak ke keadaan asal.

• Program jangkauan perlu dijalankan sekurang-kurangnya enam (6) kali dalam bentuk persembahan atau aktiviti lain yang selaras dengan instalasi seni awam dan diperuntukkan dalam belanjawan projek;

Page 5: TERMA RUJUKAN - thinkcity.com.my

TERMA RUJUKAN

5

Kerjasama dalam projek boleh melibatkan pemilik tapak, agensi awam, organisasi dengan

syarat artist tempatan diberi keutamaan sepanjang projek dijalankan.

Projek yang diusulkan mestilah mematuhi garis panduan seperti mana diperuntukkan di

bawah Pelan Pemulihan Negara, larangan berkumpul beramai-ramai yang ditetapkan oleh

kerajaan negeri atau persekutuan atau dalam lingkungan yang ditentukan oleh Kerajaan mis.

penjarakan fizikal, perhimpunan besar-besaran dan prosedur operasi standard bagi acara

langsung (SOP).

Demi memahami konsep inisiatif seni awam dengan lebih lanjut, sila rujuk ke "Pautan

Berguna" untuk rujukan contoh.

Siapakah yang layak untuk memohon Projek Light?

• Seniman, kolektif dan organisasi seni/ kreatif Malaysia dengan pengalaman minimum

tiga (3) tahun dan terlibat secara aktif dalam sektor seni dan budaya Malaysia yang

menetap di bandar-bandar terplilih, iaitu Butterworth, Ipoh, Melaka, Batu Pahat dan

Kuching. Pemohon juga perlu bekerjasama dengan rakan-rakan kolaborasi tempatan

yang menetap di bandar-bandar terpilih.

• Sesiapa yang memainkan peranan yang penting dalam pembangunan seni dan

budaya Malaysia.

• Permohonan boleh dibuat secara individu, kolektif / kumpulan atau organisasi.

Walaubagaimanapun, pemohon utama mesti memikul tanggungjawab pentadbiran

sepenuhnya dan terlibat secara aktif dalam keseluruhan proses.

Projek yang dicadangkan mesti mempunyai faedah pembangunan yang signifikan bagi

seniman Malaysia dan membawa seni berkualiti tinggi kepada khalayak ramai.

dengan bukti bayaran (resit, invois, baucar bayaran dll).

• Dokumen perjanjian akan disediakan oleh Think City untuk persertujuan bersama pemohon yang berjaya untuk pelaksanaan projek.

• Aktiviti yang sesuai untuk orang awam contohnya persembahan muzik dan bengkel atas talian;

• Bagi persembahan atau projek lintas-disiplin, perkara ini harus beteraskan instlasi seni awam yang menyumbang kepada pembangunan mampan sektor seni di Malaysia.

Page 6: TERMA RUJUKAN - thinkcity.com.my

TERMA RUJUKAN

6

Siapakah yang tidak layak untuk memohon Projek Light?

CENDANA tidak akan dapat menyokong permohonan anda jika anda: 1. Individu/ Kumpulan/ Organisasi:

• diwujudkan untuk tujuan bukan sekular:

• tidak memenuhi kriteria yang layak seperti ditetapkan;

• kini menerima dana di bawah mana-mana program pembiayaan CENDANA atau syarikat induknya MyCreative Ventures Sdn Bhd;

• yang masih di dalam proses penilaian/mempunyai laporan penilaian yang masih belum diserahkan berkaitan program pembiayaan sebelum ini dengan CENDANA atau syarikat induknya MyCreative Ventures Sdn Bhd;

• telah diisytiharkan muflis atau menjalani proses kemuflisan;

• sedang menghadapi tindakan, tuntutan, proses atau penyiasatan terhadap pemohon;

• didakwa/ dan atau disabitkan dalam proses jenayah atau dinamakan sebagai tertuduh sementara menunggu proses perbicaraan di mahkamah;

• sekiranya terdapat penemuan buruk terhadap organisasi ketika proses usaha wajar dilakukan;

• telah dibiayai oleh CENDANA dalam masa tiga (3) tahun berturut-turut. 2. Mencadangkan projek yang:

• telah bermula sebelum permohonan dibuat atau sebelum proses penilaian selesai bagi permohonan pembiayaan CENDANA ini;

• tidak mempunyai komponen seni visual/ seni persembahan/ muzik independen / kraf yang jelas;

• projek yang jelas bertujuan untuk mempromosikan isu-isu keagamaan;

• bertujuan khusus untuk tujuan akademik atau dibentangkan di bawah naungan sebuah sekolah atau institusi pengajian tinggi dan merupakan sebahagian daripada kurikulumnya;

• yang diadakan di tempat keagamaan;

• tidak bertujuan untuk kepentingan awam;

• (yang mana berkenaan) tidak memperoleh lesen dalam pasaran yang berkaitan (cth. majlis perbandaran tempatan atau kelulusan PUSPAL).

Apakah sektor yang layak untuk menyertai Projek Light?

Program ini menyokong seniman, kolektif dan organisasi seni/ kreatif yang disenaraikan di

bawah. Sila ambil maklum bahawa komponen utama projek ini adalah instlasi seni awam ‘light’

dan disusuli program jangkauan.

Seni Visual

• Mural / Seni Jalanan

• Arca luar

• Seni instalasi

• Seni Digital/ Multimedia

• Lukisan

• Fotografi (Seni Halus)

• Seni Persembahan / Konsep

• Seramik

• Cetakan

Page 7: TERMA RUJUKAN - thinkcity.com.my

TERMA RUJUKAN

7

Kraf

• Tekstil tradisional

• Seni kerja manik

• Tenunan / Anyaman

• Tembikar

• Kerja Kayu

• Seni kerja logam

• Seni tradisional

• Alat muzik dan alat peraga

• Pembaikan antik

• Kasut hasil buatan tangan

Seni Persembahan (Tradisional / Kontemporari)

• Teater

• Komedi

• Tarian

• Muzikal

• Persembahan ensemble

• Persembahan puisi lisan

• Seni persembahan tradisional

• Kerjasama silang pelbagai disiplin dengan fokus kepada seni persembahan

Muzik Independen

• Klasikal

• Jazz

• Muzik Dunia

• Muzik Tradisional

• Muzik Popular Kontemporari

• Indie and Alternatif (Blues, Modern, Post Rock dll)

• Elektronika • Urban (Hip Hop, Rap dll) • Metal and Punk

Senarai mungkin tidak lengkap. Sila hubungi menerusi e-mel di [email protected]

untuk memeriksa sama ada subsektor yang anda cadangkan mungkin disokong.

Apakah perbelanjaan yang layak dibiayai untuk Projek Light?

CENDANA akan menyokong perbelanjaan langsung untuk anda membuat dan mengatur

inisiatif seni awam yang melibatkan satu instalasi seni awam Light dan program jangkauan

(cth: persembahan pameran, sesi siaran langsung, bengkel dan banyak lagi) yang mungkin

mengambil pelbagai bentuk, saiz dan dimensi, bergantung kepada tempat awam dan bersifat

sementara sehingga Mac 2022.

Perbelanjaan termasuk kerja-kerja artis, tenaga kerja pengurusan dan pakar, bahan instalasi

seni awam dan fabrikasi, pengendalian, penyediaan tapak, kerja-kerja pemasangan, kerja-

kerja mengembalikan tapak, penyelenggaraan instalasi seni awam, liability awam,

pemasaran, dokumentasi dan program jangkauan. Pemohon yang berjaya perlu menghantar

ringkasan perbelanjaan prjek dengan bukti bayaran (resit, invois, baucar bayaran dll).

Perbelanjaan langsung yang disokong adalah sehingga RM180,000 setiap tapak

(berdasarkan anggaran yang munasabah dan realistik dari jumlah kos yang layak) untuk

pelaksanaan projek antara Oktober 2021 hingga Mac 2022.

Page 8: TERMA RUJUKAN - thinkcity.com.my

TERMA RUJUKAN

8

Yuran Professional Perbelanjaan yang layak Perbelanjaan tidak layak

• Bayaran profesional / kolaborator (seniman, penulis, kurator, penari, jurugambar, videografer, reka bentuk seni bina, dll)

• Kos untuk penterjemah (Bahasa: Bahasa Inggeris, Bahasa Malaysia, Mandarin dan Tamil sahaja)

• Bayaran juruvideo dan jurugambar

• Bayaran pekerja sokongan (pembantu tadbir, dll)

• Kos honorarium (atur cara program untuk bengkel / ceramah untuk pengacara, penceramah)

• Yuran pengurusan projek (tertakluk kepada budi bicara pihak CENDANA)

Catatan: Bayaran mestilah berpatutan dan berdasarkan kadar pasaran purata. Permohonan untuk kadar profesional perlu disokong oleh pengalaman dan latar belakang industri mereka. Semua bayaran yang diminta akan memerlukan serahan profil dan kerja sokongan yang relevan. Harap maklum bahawa pembiayaan ini bukan untuk menggantikan gaji sepenuh masa dan tidak dimaksudkan untuk menjadi satu-satunya pendapatan sepanjang tempoh pembiayaan.

• Pembelian peralatan (cth. komputer riba, tablet, pencetak, perabot pejabat, dll)

• Pembelian perisian / peningkatan perisian

• Kos perbelanjaan operasi (mis. Gaji sepenuh masa, sewa ruang bulanan, dll)

• Kos katering (mis. Perbelanjaan makanan dan minuman)

Kerja-kerja tapak dan program jangkauan Tempat dan Sokongan Teknikal

• Kos pengeluaran karya seni (mis. Bahan mentah dan kos fabrikasi)

• Reka bentuk dan binaan struktur (mis. Reka bentuk dan lukisan teknikal struktur, yuran kelulusan lukisan kejuruteraan, kos fabrikasi, dll)

• Kos pemasangan/ nyahpasang di lokasi untuk seni arca luar (tenaga kerja, pemasangan kabel, bahan kalis cuaca, dll)

• Sumber tenaga elektrik

• Bayaran penyelenggaraan dan pengaktifan (pelakon dan seniman)

• Kos sewa peralatan

• Kos yang terlibat untuk pengeluaran / pameran (sistem bunyi, kakitangan teknikal, penyewaan peralatan teknikal, kelengkapan audio, kru, kostum tradisional (jika berkenaan), dll)

• Kit disinfeksi (mis. cecair pembasmi kuman, mesin pembasmian kuman, pelitup muka, sarung tangan getah dan termometer digital) untuk benefisiari baru sahaja

• Permit dan lesen acara

Page 9: TERMA RUJUKAN - thinkcity.com.my

TERMA RUJUKAN

9

• Insurans liabiliti kontraktor (jika berkenaan)

• Insurans liabiliti awam (jika berkenaan)

• Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA)

• Ujian COVID-19

Sokongan mobiliti • Logistik karya seni (penghantaran

domestik)

• Perbelanjaan perjalanan dengan kereta api, bas, atau kereta1 ke lokasi yang ditentukan untuk pengeluaran / penyelidikan dll dalam negeri bagi individu yang terlibat dalam projek dan mendiami melebihi 40km dari tapak projek.

Marketing and Promotional

• Kegiatan pemasaran / promosi (mis. Bayaran iklan, pencetakan bahan-bahan pemasaran, bayaran pereka, iklan media sosial / digital, pencetakan katalog / e-katalog pameran, yuran pereka, dll)

• Kos penterjemah (Bahasa: Bahasa Inggeris, Bahasa Malaysia, Mandarin dan Tamil)

• Juruvideo/jurugambar/pereka untuk dokumentasi projek

• Bayaran domain web dan pengehosan web

• Bayaran sijil SSL (Secure Sockets Layer)

• Bayaran Pengoptimuman Enjin Carian

• Perisian seni digital (Adobe Creative Cloud mis. Photoshop, Illustrator, InDesign, Dreamweaver)

• Perisian grafik atau perisian penyuntingan video (mis. MadMapper, Isadora Troikatronix, HeavyM, Resolume Arena)

• Bayaran penyimpanan awan (mis. iCloud, Dropbox)

• Apa-apa jenis alat penyimpanan (mis. Pemacu kilat USB)

• Gerbang pembayaran e-dagang

1 Mileage/Perbelanjaan pergerakan boleh dituntut dengan kadar RM0.80 per kilometer dari tempat kediaman ke

tapak projek

Nota tentang garis panduan transaksi pembayaran Sila ambil maklum bahawa penerima pembiayaan yang telah berjaya tidak boleh terlibat dalam sebarang transaksi pembayaran dengan pihak berkaitan yang boleh dianggap sebagai tidak boleh dituntut. Bagi tujuan peruntukan ini, penyataan “pihak berkaitan” bermaksud tidak terhad kepada syarikat/organisasi milik penuh dan/atau berkaitan dengan penerima pembiayaan pada asasnya Pemohon tidak boleh membayar diri sendiri dengan pembiayaan.

Page 10: TERMA RUJUKAN - thinkcity.com.my

TERMA RUJUKAN

10

Tanggungjawab Artis

• Artis hendaklah sentiasa bersedia untuk pelaksanaan projek dalam tempoh yang telah ditetapkan. Berhubung dengan penganjur untuk mengemaskini kemajuan kerja atau cadangan perubahan skop kerja.

• Membangunkan konsep artistik dan reka bentuk untuk adaptasi kekangan di tapak dan mematuhi garis panduan seni awam. Pemohon boleh merujuk kepada pautan berguna di muka surat 17.

• Membina instlasi seni awam yang kukuh dan selamat dengan bahan yang tahan lasak dan bertanggungjawab kepasa penggunaan tenaga dan penyelenggaraan.

• Menyertai dalam ulasan reka bentuk dan proses pelaksanaan daripada fasa reka bentuk sehingga penyiapan projek bersama Think City, rakan kolaborasi projek dan Jawatankuasa Penilaian.

• Bertanggungjawab untuk menyelia kerja-kerja fabrikasi, pemasangan dan kembalikan tapak ke keadaan asal termasuk kerja-kerja penyelenggaraan dengan kerjasama CENDANA.

• Pelaksanaan projek harus tidak mengganggu reka bentuk tapak sedia ada seperti struktur bangunan, pokok, laluan pejalan kaki dan infrastuktur. Artis boleh mencadangkan struktur tambahan untuk menyokong instalasi dan mendapatkan kelulusan untuk penggunaan infrastruktur sedia ada. Sebarang struktur tambahan perlu diluluskan oleh Pihak Berkuasa Tempatan.

• Pemohon yang berjaya dikehendaki untuk beserta dalam sesi perkongsian awam, sidang media dan kempen pemasaran.

Apakah kriteria untuk permohonan Projek Light?

1. Sangat digalakkan untuk menyertai sesi Town Hall projek.

2. Dokumen-dokumen yang perlu diserahkan bersama permohonan (dalam format PDF):

a. Borang permohonan yang lengkap b. CV/ profil/portfolio pemohon (bagi individu/organisasi) c. Salinan kad pengenalan pemohon d. Butiran syarikat – Borang 9, 24, 44, 49, Memorandum dan Artikel Persatuan

(bagi organisasi) e. Bajet – pecahan terperinci kos anda, termasuk mana-mana pengekosan pihak

ketiga. i. Sila rujuk templat pecahan bajet di akhir borang ini

f. Penyata bank – penyata bank yang hanya perlu menunjukkan butiran akaun bank dan alamat sahaja

g. Sijil Pendaftar Persatuan (untuk pemohon persatuan sahaja) h. Kertas kerja instalasi seni awam (kurang daripada 20mb)

i. Konsep reka bentuk ii. Lukisan iii. Spesifikasi instalasi seni awam (Perincian elektrikal, dimensi struktur

dan sebagainaya) iv. Jadual kerja

i. Program jangkauan i. Senarai aktiviti ii. Jadual kerja dan aktiviti iii. Perincian gerak kerja program

j. Dokumen-dokumen sokongan lain

Page 11: TERMA RUJUKAN - thinkcity.com.my

TERMA RUJUKAN

11

Apakah yang akan diteliti dalam proses penilaian permohonan? Permohonan akan dinilai berdasarkan nilai teras berikut dan juga kekuatan dokumen sokongan yang dihantar bersama borang permohonan: Menghormati

• Menggambarkan dan menghormati budaya setempat, sejarah, kepelbagaian Malaysia, dan mematuhi keperluan perundangan kerajaan yang berkaitan

Inklusif

• Interaktif, menarik dan dapat diakses oleh mereka dari latar belakang yang berbeza tanpa mengira umur, etnik, kelas sosial, keupayaan atau jantina

Berdaya tahan

• Mampu bertahan cabaran iklim melalui reka bentuk dan pemilihan bahan yang mampan; ketahanan dan mudah untuk penyelenggaraan, selamat untuk orang ramai dan tegar daripada vandalism

Kreatif

• Menyumbang kepada identiti budaya dan merangsang rasa setempat (sense of place); memaparkan keagungan seni dan integriti.

Kriteria berikut juga akan diambilkira semasa proses penilaian permohonan:

• Merit artistik kertas kerja

• Ketampilan kepada orang awam

• Penglibatan artis dan fabricator tempatan dalam kerja-kerja instalasi seni awam dan program jangkauan

• Pengaktifan reruang awam yang kurang diberi perhatian dan selaras dengan objektif projek ini: Menyampaikan mesej utama iaitu harapan sempena pandemic

• Penyelarasan dengan Pihak berkuasa Tempatan bagi kelancaran proses kelulusan

• Penyelarasan dengan kontek tapak bersama agenda (contohnya teknologi dan kreativiti) untuk impak yang lebih tinggi

• Penerapan inisiatif hijau dalam cadangan kertas kerja

• Kecekapan pemohon

Nota Berkaitan Garis Panduan Projek Light Disamping mempromosikan dan membangunkan seni untuk masa depan Malaysia, sebagai agensi yang mengagihkan dana awam sejajar dengan dasar Kerajaan, CENDANA harus mengutamakan cadangan yang tidak:

• Menghina atau merendahkan seseorang, kumpulan atau kelas individu berdasarkan bangsa atau agama, atau dilaksanakan untuk mewujudkan konflik atau

salah faham dalam masyarakat berbagai budaya dan agama;

• Mengganggu keamanan atau kestabilan negara.

Bagaimana untuk memohon Projek Light?

Anda boleh menghantar borang dan kertas kerja permohonan pembiayaan anda melalui e-

mel ke [email protected] . Penyerahan permohonan melalui lain-lain

kaedah seperti melalui salinan asal, TIDAK akan diterima melainkan dinyatakan.

Untuk makluman, penyertaan sesi Town Hall adalah penting untuk mengetahui perincian lebih

lanjut. Pendaftaran sesi Town Hall boleh dijalankan melalui pautan:

[https://forms.office.com/r/gJbAFKPFxt]. Pautan untuk penyertaan sesi melalui Zoom akan

dibekalkan melalui e-mel selepas permohonan.

Page 12: TERMA RUJUKAN - thinkcity.com.my

TERMA RUJUKAN

12

Apakah yang akan berlaku selepas anda menghantar permohonan?

• Semua permohonan dinilai secara bersama dan diluluskan melalui proses penilaian yang sangat kompetitif.

• Permohonan dinilai oleh Jawatankuasa Penilaian CENDANA yang terdiri daripada penasihat industri, pakar dan pengamal seni.

• Semua maklumat yang dikemukakan kepada CENDANA adalah peribadi dan sulit. Ahli panel CENDANA akan terikat dengan perjanjian untuk tidak mendedahkan sebarang maklumat dan juga telah mengisytiharkan tiada sebarang kepentingan sebelum menilai sebarang kertas cadangan.

Keputusan PenilaianKeputusan penilaian akan dihantar melalui emel pengesahan dalam masa tidak lebih

dari empat (4) minggu selepas tarikh tutup permohonan. Pemohon yang berjaya akan dibekalkan dokumen perjanjian untuk persetujuan.

Penilaian Permohonan (Peringkat Ketiga)

Pemohonan akan dinilai dan diluluskan oleh Jawatankuasa Kelulusan.

Penilaian Permohonan (Peringkat Kedua)

Permohonan yang layak akan dinilai oleh Jawatankuasa Penilaian

Penilaian Permohonan (Peringkat Pertama)

Semua permohonan akan disemak untuk memastikan pemohonan projek memenuhi kriteria kelayakan dan semua dokumen sokongan yang relevan telah dihantar.

Tarikh Penutupan Permohonan

Permohonan ditutup dan tiada permohonan baru akan diterima selepas tarikh yang ditetapkan

Sesi Town Hall

Satu sesi Town Hall atas talian akan diadakan. Pemohon sangat digalakkan untuk menyertai sesi berkenaan

Permohonan dibuka

Projek akan dilancar dan brif projek dan borang permohonan boleh dimuat turun melalui www.thinkcity.com.my/thelightproject.

Page 13: TERMA RUJUKAN - thinkcity.com.my

TERMA RUJUKAN

13

Apakah yang akan berlaku selepas permohonan dinilai?

Permohonan yang Berjaya Pemohon yang berjaya akan dimaklumkan melalui e-mel rasmi dengan Surat Tawaran yang menyatakan:

• Jumlah dan tujuan projek yang telah diluluskan; • Terma & Syarat Projek; • Matlamat pencapaian dan hasil perlu serah.

Tawaran projek akan sah selama tujuh (7) hari dari tarikh makluman melalui e-mel yang dihantar. Jika anda tidak menerima tawaran dalam tempoh tersebut, tawaran tersebut akan luput. Permohonan yang Tidak Berjaya Pemohon yang tidak berjaya akan dimaklumkan melalui e-mel rasmi dalam tempoh pemberitahuan yang sama.

Bagaimanakah anda akan menerima pembiayaan? • Sekiranya anda berjaya, anda akan dikehendaki menghadiri satu mesyuarat dengan

pihak CENDANA secara maya untuk mengesahkan terma dan syarat geran.

• Pembiayaan tersebut akan dikreditkan ke akaun bank anda atau organisasi anda yang

diiktiraf.

Struktur Pembiayaan Projek Light adalah seperti berikut:

Tanda Aras Progresif 1: Pembayaran pertama:

Penyerahan dokumen cadangan projek yang terperinci

• Pembayaran pertama adalah untuk memulakan program setelah pemberian kelulusan rasmi pelaksanaan projek kepada pemohon yang terpilih.

40%

Tandar Aras Progresif 2: Pembayaran kedua:

Penyerahan laporan proses kemajuan bagi projek secara keseluruhan

• Pemasangan seni awam instalasi yang telah siap;

• Penyerahan laporan bulanan proses kemajuan dan dokumentasi media untuk setiap bulan;

• Pembayaran kedua akan dilakukan setelah selesai pemberian laporan proses kemajuan dan dokumen sokongan berkenaan yang diperlukan untuk proses kelulusan pembayaran;

• Pembayaran kedua bertujuan untuk menyelesaikan pembayaran kepada rakan projek dan kontraktor/vendor sebagai penyediaan untuk pembukaan rasmi seni awam instalasi dan pemulaan program jangkauan.

40%

Tanda Aras Progresif 3: Pembayaran ketiga:

Penyerahan laporan akhir

• Laporan siap program jangkauan

• Pembiayaan akhir dijalankan dalam satu bulan selepas CENDANA dan Think City menerima dokumen berikut: o Penyata akaun akhir (bukti perbelanjaan seperti

resit, slip deposit pembayaran, dll.); o Bahan tambahan (foto, video, cagaran dibuat).

20%

Page 14: TERMA RUJUKAN - thinkcity.com.my

TERMA RUJUKAN

14

*CENDANA dan Think City mempunyai hak untuk mengubah jadual pembiayaan.

Sebarang perubahan akan dikemaskini dari masa ke masa.

Pelaporan data dan hasil memberikan CENDANA maklumat berharga untuk memantau

prestasi dan aktiviti setiap projek, dan memastikan kebertanggungjawaban dana awam. Ini

juga dapat membantu CENDANA dan Think City bagi tujuan penyelidikan dan komunikasi

bagi menunjukkan kesan-kesan program pembiayaan.

Apakah yang diharapkan daripada pemohon yang berjaya dan keperluan

pelaporan?

Harapan kepada Pemohon yang Berjaya

• Menyampaikan projek seperti yang dikemukakan dalam kertas cadangan yang diluluskan;

• Sentiasa berhubung dengan CENDANA dan Think City untuk mengemaskini kemajuan projek atau sekiranya terdapat perubahan dalam skop kerja yang dicadangkan;

• Untuk meletakkan jenama CENDANA di dalam semua platform komunikasi seperti logo di dalam semua platform publisiti dan pemasaran untuk semua projek yang disokong;

• Untuk memastikan semua baucar pembayaran, invois dan resit untuk perbelanjaan projek disimpan sebagai bukti bayaran yang perlu diserahkan kepada Think City. Kegagalan untuk menyediakan dokumen sokongan yang diperlukan boleh menjejaskan jumlah pemberian dana.

Keperluan Pelaporan

• Laporan Kemajuan Berperingkat- bergantung kepada jangka waktu pembiayaan, Laporan Kemajuan diperlukan bagi tujuan pelaporan berserta dokumen sokongan bagi tujuan tuntutan (mis. resit, slip deposit bank, slip transaksi pembayaran, dll.);

• Menyediakan ringkasan perbelanjaan projek dan dokumen pelaporan lain yang relevan seperti yang dikehendaki oleh CENDANA dan Think City;

• Untuk mengemukakan bentuk pengesahan lain - bahan aktiviti tambahan seperti video, foto dan bahan-bahan pemasaran.

Page 15: TERMA RUJUKAN - thinkcity.com.my

TERMA RUJUKAN

15

Siapakah yang boleh anda hubungi jika anda mempunyai soalan?

Sekiranya anda mempunyai pertanyaan, atau ingin membincangkan permohonan anda

secara terperinci, sila e-mel kepada [email protected] untuk mendapatkan

temu janji.

Nota Tambahan CENDANA berhak membatalkan sebarang permohonan yang telah diluluskan sekiranya terdapat:

• Perubahan skop projek tanpa memberitahu dan mendapatkan kelulusan dari CENDANA;

• Merendahkan atau merosakkan reputasi CENDANA dan Think City secara langsung atau tidak langsung;

• Tidak dapat menyelesaikan projek yang dicadangkan seperti mana yang diluluskan dalam permohonan tanpa justifikasi yang sah;

• Melanggar terma dan syarat yang dinyatakan dan dipersetujui dalam perjanjian Program Pembiayaan.

Walaubagaimanapun, jika anda tidak melaksanakan projek cadangan anda, tidak

menunjukkan prestasi dalam memenuhi sasaran yang dipersetujui bersama, atau

membelanjakan dana lebih rendah daripada apa yang pada asalnya dianggarkan, CENDANA

berhak untuk mengkaji semula pembiayaan yang telah diluluskan, dan boleh juga

menghentikan pembiayaan sama sekali.

Page 16: TERMA RUJUKAN - thinkcity.com.my

TERMA RUJUKAN

16

MAKLUMAT PENGANJUR:

Tentang CENDANA

CENDANA (Cultural Economy Development Agency) was officially launched on 6 September

2017 to shape a vibrant, sustainable and ambitious cultural economy for Malaysia, further

raising the profile of Malaysian arts and culture to help form the identity of Malaysia as an arts

destination and strategically place Malaysia on the global stage. It is supported by the

Malaysian Government through My Creative Ventures Sdn Bhd. (a wholly owned company of

Minister of Finance Incorporated) and reports to the Ministry of Communications and

Multimedia. For more information, log on to www.cendana.com.my. Agensi Pembangunan

Ekonomi Seni Budaya (CENDANA) dilancarkan pada 6 September 2017 untuk membentuk

ekonomi seni budaya yang megah, mampan dan bercita-cita tinggi untuk Malaysia, disamping

meningkatkan profil seni budaya Malaysia dalam membentuk identiti Malaysia sebagai

destinasi seni yang strategik di peringkat global. Disokong oleh Kerajaan Malaysia melalui

MyCreative Ventures Sdn Bhd (syarikat milik penuh Menteri Kewangan Diperbadankan) dan

melapor kepada Kementerian Komunikasi dan Multimedia. Untuk maklumat lanjut, sila layari

www.cendana.com.my .

THINK CITY

Think City adalah organisasi impak yang didedikasikan untuk menjadikan bandar lebih sesuai

didiami, berdaya tahan dan lestari. Kami adalah perunding, rakan penyampaian projek, institut

dan pembangun usaha, yang menyediakan pemikiran, pengurusan dan pelaksanaan

penyelesaian bandar di Malaysia dan seterusnya. Mengambil pendekatan berasaskan

kepentingan komuniti, dan berasaskan bukti, Think City fokus kepada empat bidang utama:

Placemaking (Pewujudan Tempat), Resilience (Ketahanan), Analytics (Analisis) dan

Conservation (Pemuliharaan). Ditubuhkan pada tahun 2009 untuk menerajui pertumbuhan

semula bandar di George Town, kami kini telah memperluaskan langkah kami di seluruh

negara, melaksanakan projek yang meningkatkan persekitaran, ekonomi, budaya, seni dan

warisan, dan ketahanan bandar. Maklumat lanjut boleh diperolehi di www.thinkcity.com.my .

Page 17: TERMA RUJUKAN - thinkcity.com.my

TERMA RUJUKAN

17

PAUTAN BERGUNA

Contoh instalasi seni awam

“The best public art in the world”, Lonely Planet https://www.lonelyplanet.com/articles/the-best-public-art-in-the-world “The best public art pieces in Tokyo”, Culture Trip https://theculturetrip.com/asia/japan/articles/the-best-public-art-pieces-in-tokyo/ Jun Ong’s installation commission project in Urban Xchange, Butterworth, Penang, Malaysia https://arrestedmotion.com/2015/11/streets-jun-ong-star-urban-xchange-malaysia/ Eko Nugroho’s installation commission project in Baggage Claim Area Terminal 3 Ultimate International & Domestic, Soekarno Hatta International Airport, Jakarta, Indonesia http://ekonugroho.or.id/project/rainbow-landscape/

Contoh program jangkauan

CENDANA’s Art in the City 2019 https://www.cendana.com.my/our-activities/our-activities/art-in-the-city-2019 CENDANA’s Panggung Rakyat https://www.cendana.com.my/our-activities/our-activities/panggung-rakyat CENDANA’s Lucky Pao Market https://www.cendana.com.my/our-activities/our-activities/art-in-the-city-2019/lucky-pao-market

Rujukan laporan dan garis panduan

“A Guide by Public Art Projects” by Think City Sdn. Bhd., 2018 https://thinkcity.com.my/wp/wp-content/uploads/2019/01/A-Guide-for-Public-Art-Projects_thinkcity.pdf Laws of Malaysia, Act 493 Entertainment (Federal Territory of Kuala Lumpur) Act 1992, http://www.agc.gov.my/agcportal/uploads/files/Publications/LOM/EN/Act%20493%20-%20Entertainment%20(Federal%20Territory%20of%20Kuala%20Lumpur)%20Act%201992.pdf Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) http://www.rela.gov.my Pelan Pemulihan Negara (PPN) https://pelanpemulihannegara.gov.my/index.html Majlis Keselamatan Negara (MKN) https://www.mkn.gov.my/web/ms/sop-perintah-kawalan-pergerakan/