terma dan syarat permohonan resit amanah ringgit/pinjaman

7
TERMA DAN SYARAT PERMOHONAN RESIT AMANAH RINGGIT/PINJAMAN PERDAGANGAN MATA WANG ASING (No. Rujukan dokumen: AMBIZ/BM/TR/08-2015) Sebagai balasan kepada permohonan kami kepada anda, AmBank (M) Berhad ( pihak Bank ) untuk mewujudkan atau mendahulukan Resit Amanah Ringgit Malaysia ( Resit Amanah ) atau Pinjaman Perdagangan Mata Wang Asing, bagi akaun kami dan menurut permohonan kami, kami bersetuju tanpa hak menarik balik dan tanpa syarat untuk mematuhi sepenuhnya Terma dan Syarat yang berikut: 1(i) Kami mengaku janji tanpa hak menarik balik dan tanpa syarat untuk menyelesaikan dan membayar balik kepada pihak Bank apabila dituntut jumlah yang didahulukan kepada kami daripada pihak Bank berserta faedah yang terakru atasnya pada peratusan faedah yang telah diatur terdahulu melebihi Kadar Pinjaman Asas (BLR) pihak Bank atau Kadar Mata Wang Asing semasa atau wajar tertakluk kepada turun naik, perubahan dan penukaran atas budi bicara pihak Bank. (ii) Kami memberi kuasa kepada pihak Bank untuk mendebitkan mana-mana daripada akaun kami dengan pihak Bank untuk bayaran jumlah yang perlu dibayar oleh kami kepada pihak Bank, komisen, yuran, perbelanjaan, kerugian pertukaran asing, kos (undang-undang atau sebaliknya) di bawah dan berhubung dengan Resit Amanah dan Pinjaman Perdagangan Mata Wang Asing. (iii) Dan jika hasil daripada debit tersebut akaun akan terlebih keluar atau melebihi had sebarang kemudahan yang telah diberikan kepada kami, kami hendaklah bertanggungjawab membayar faedah ke atas amaun yang terlebih keluar pada kadar atau kadar-kadar yang telah ditetapkan atau yang akan ditetapkan oleh pihak Bank (pemberitahuan kadar faedah akan dibuat secara bertulis dan kadar tersebut akan berkuat kuasa dari tarikh yang dinyatakan di dalamnya). Kami juga bersetuju bahawa pihak Bank tidak akan dalam sebarang cara pun dipertanggungjawabkan ke atas sebarang cek yang ditendang hasil daripada akaun kami didebitkan atau dana sedia ada digunakan untuk menjelaskan Resit Amanah dan Pinjaman Perdagangan Mata Wang Asing. 2. Jika atas permohonan kami pihak Bank bersetuju Resit Amanah dan Pinjaman Perdagangan Mata Wang Asing dibayar balik atau dijelaskan lebih awal dari yang dijangka atau sebelum kematangan yang dijadualkan dalam Permohonan berkenaan, kami bersetuju bahawa kami bertanggungjawab membayar kepada pihak Bank kos faedah tambahan atau kos pembiayaan dibatal, jika pelarasan faedah berlaku, dan caj bank lain. 3. Kami dengan ini mengakui:- (i) melainkan diperuntukkan sebaliknya, pihak-pihak bersetuju bahawa sebarang caj, komisen, fi, perbelanjaan atau amaun yang sama yang akan digunakan di dalam pengiraan caj, komisen, fi, perbelanjaan tersebut ( Caj ) adalah tidak termasuk cukai barang dan perkhidmatan ( CBP ) sebagaimana yang mungkin terpakai di bawah peruntukan undang-undang Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan 2014 (termasuk perundangan subsidiari, perintah-perintah berkanun dan peraturan-peraturan yang mentadbir pemakaian CBP, sebagaimana yang dipinda dari semasa ke semasa). (ii) Jika apa-apa pembekalan yang dibuat di bawah atau berkaitan dengan terma-terma ini adalah tertakluk kepada CBP, pihak Bank boleh meningkatkan pertimbangan sebagaimana yang diperuntukkan oleh amaun CBP dan mendapatkan kembali amaun tambahan daripada kami sebagai tambahan kepada Caj tersebut. Dalam hal ini, kami memberi kuasa kepada Bank untuk mendebit akaun semasa kami bagi jumlah penuh CBP. 4. Kami mengaku janji: (i) Untuk memegang dokumen-dokumen penghantaran/perkapalan dan dokumen-dokumen hak milik berserta barangan tersebut apabila diterima dan hasil jualannya apabila dijual atas amanah bagi pihak Bank. (ii) Untuk mendarat dan/atau menyimpan dan/atau memegang dan/atau menyerah kepada pembeli (pembeli-pembeli) kepada siapa kami tidak berhutang atau di bawah sebarang liabiliti barangan tersebut. Apabila dijual semua atau mana-mana daripada barangan tersebut, kami hendaklah menerima hasil jualan tersebut sebagai pemegang amanah kepada pihak Bank dan sebagai ejen bagi pihak Bank dan bukan sebaliknya dan selanjutnya meremitkan kepada pihak Bank atau menyebabkan pembeli-pembeli meremitkan kepada pihak Bank keseluruhan hasil jualan atau sebarang bayaran sebahagian dengan serta- merta apabila diterima tanpa sebarang imbangan atau penolakan sama sekali. (iii) Untuk memberi pihak Bank semua butiran yang perlu tentang urus niaga jualan bagi setiap barangan untuk membolehkan pihak Bank menggunakan hasil jualan barangan tersebut yang diterima oleh kami kepada draf berkenaan. (iv) Untuk membayar semua tambang angkutan, gudang, transit dok, caj lain, sewa dan segala kos lain untuk dan sampingan kepada barangan tersebut dan untuk membayar balik sepenuhnya kepada pihak Bank bagi yang sama. (v) Untuk memaklumkan pihak Bank tempat beradanya barangan tersebut dan sebarang perubahan dalam keadaan, kualiti atau kuantiti barangan tersebut pada semua masa dan kami tidak akan membenarkannya diproses atau diubah tanpa kebenaran bertulis terdahulu pihak Bank dan hendaklah menyimpan yang sama bebas daripada sebarang gadaian, pajakan, cagaran, lien atau bebanan lain dan pihak Bank hendaklah mempunyai hak untuk memeriksa barangan tersebut pada bila-bila masa tanpa notis kepada kami dan atas kos dan perbelanjaan kami. (vi) Untuk menghantar kepada pihak Bank salinan invois-invois jualan bagi barangan tersebut apabila dikeluarkan oleh kami menunjukkan nama pembeli-pembeli dan jumlah harga jualan bagi barangan tersebut. (vii) Tidak menjual atau sebaliknya melupuskan mana-mana daripada barangan tersebut atas terma tertunda (selain daripada kredit dagangan biasa) atau bagi sebarang balasan bukan wang atau untuk kurang daripada nilai pasaran semasa tanpa kebenaran secara bertulis terdahulu pihak Bank. (viii) Untuk memulangkan kepada pihak Bank semua dokumen dan barangan tersebut yang diwakilinya berhubung yang mana pihak Bank tidak menerima sebarang hasil jualan apabila pertamanya dituntut oleh pihak Bank, jika tidak pihak Bank hendaklah mempunyai hak, tanpa prejudis kepada sebarang hak lain yang mungkin diperuntukkan kepadanya di bawah undang-undang atau dalam sebarang perjanjian lain, untuk melaksanakan hak-haknya seperti mana dinyatakan dalam klausa 5 di bawah. (ix) Untuk menyimpan dengan baik dan menginsuranskan dengan memadai barangan tersebut pada semua masa terhadap risiko yang boleh dilindungi termasuk kebakaran dan banjir pada nilai penuh mereka, dan juga jika diperlukan oleh pihak Bank, terhadap risiko marin dan untuk memegang polisi-polisi dan hasil insurans (jika dibayar oleh syarikat insurans) atas amanah untuk pihak Bank dan sekiranya berlaku kerugian atau kerosakan kepada barangan tersebut dalam disebabkan apa pun, untuk membayar kepada pihak Bank seterusnya semua wang yang diterima daripada syarikat insurans atau sebaliknya berhubung dengan kerugian atau kerosakan demikian dan untuk menggantikan sebarang kekurangan atau perbezaan antara amaun pinjaman yang masih terhutang dan wang insurans yang diterima. Barangan tersebut adalah dan hendaklah atas risiko kami. (x) Bahawa urus niaga ini hendaklah diasingkan daripada sebarang urus niaga lain dan bahawa dokumen-dokumen penghantaran/perkapalan dan dokumen-dokumen hak milik, barangan tersebut, hasil daripada sebarang jualan dan semua wang insurans hendaklah diasingkan dan berasingan daripada dokumen-dokumen, barangan, hasil jualan atau wang insurans lain berhubung dengan atau hasil daripada sebarang urus niaga lain. (xi) Bahawa pihak Bank tidak mempunyai tanggungjawab apa pun bagi ketepatan, kesahan atau kecukupan dokumen-dokumen yang diberikan kepada kami tentang sifat, kualiti, jumlah, keadaan, nilai pembungkusan sedia ada atau penyerahan barangan tersebut. (xii) Untuk memberi indemniti kepada pihak Bank, koresponden-koresponden dan ejennya apabila dituntut terhadap semua tindakan, dakwaan, tuntutan, kos, perbelanjaan termasuk kos undang-undang atas asas indemniti penuh, liabiliti sebarang sifat dan kerugian (termasuk kerugian pertukaran asing) kini atau akan dialami oleh pihak Bank atau pegawai ejen atau pekerjanya untuk sebarang perkara yang dilakukan atau tidak dilakukan berhubung atau hasil daripada pelepasan dokumen-dokumen tersebut kepada kami atau sebaliknya berhubung dengan barangan tersebut atau disebabkan oleh pelanggaran atau ketidakpatuhan oleh kami terhadap Akta Perdagangan Strategik 2010. Muka 1 daripada 6

Upload: duongkien

Post on 04-Jan-2017

234 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: terma dan syarat permohonan resit amanah ringgit/pinjaman

TERMA DAN SYARAT PERMOHONAN RESIT AMANAH RINGGIT/PINJAMAN PERDAGANGAN MATA WANG ASING (No. Rujukan dokumen: AMBIZ/BM/TR/08-2015)

Sebagai balasan kepada permohonan kami kepada anda, AmBank (M) Berhad (‘pihak Bank’) untuk mewujudkan atau mendahulukan Resit Amanah Ringgit Malaysia (‘Resit Amanah’) atau Pinjaman Perdagangan Mata Wang Asing, bagi akaun kami dan menurut permohonan kami, kami bersetuju tanpa hak menarik balik dan tanpa syarat untuk mematuhi sepenuhnya Terma dan Syarat yang berikut:

1(i) Kami mengaku janji tanpa hak menarik balik dan tanpa syarat untuk menyelesaikan dan membayar balik kepada pihak Bank apabila dituntut jumlah yang didahulukan kepada kami daripada pihak Bank berserta faedah yang terakru atasnya pada peratusan faedah yang telah diatur terdahulu melebihi Kadar Pinjaman Asas (BLR) pihak Bank atau Kadar Mata Wang Asing semasa atau wajar tertakluk kepada turun naik, perubahan dan penukaran atas budi bicara pihak Bank.

(ii) Kami memberi kuasa kepada pihak Bank untuk mendebitkan mana-mana daripada akaun kami dengan pihak Bank untuk bayaran jumlah yang perlu dibayar oleh kami kepada pihak Bank, komisen, yuran, perbelanjaan, kerugian pertukaran asing, kos (undang-undang atau sebaliknya) di bawah dan berhubung dengan Resit Amanah dan Pinjaman Perdagangan Mata Wang Asing.

(iii) Dan jika hasil daripada debit tersebut akaun akan terlebih keluar atau melebihi had sebarang kemudahan yang telah diberikan kepada kami, kami hendaklah bertanggungjawab membayar faedah ke atas amaun yang terlebih keluar pada kadar atau kadar-kadar yang telah ditetapkan atau yang akan ditetapkan oleh pihak Bank (pemberitahuan kadar faedah akan dibuat secara bertulis dan kadar tersebut akan berkuat kuasa dari tarikh yang dinyatakan di dalamnya). Kami juga bersetuju bahawa pihak Bank tidak akan dalam sebarang cara pun dipertanggungjawabkan ke atas sebarang cek yang ditendang hasil daripada akaun kami didebitkan atau dana sedia ada digunakan untuk menjelaskan Resit Amanah dan Pinjaman Perdagangan Mata Wang Asing.

2. Jika atas permohonan kami pihak Bank bersetuju Resit Amanah dan Pinjaman Perdagangan Mata Wang Asing dibayar balik atau dijelaskan lebih awal dari yang dijangka atau sebelum kematangan yang dijadualkan dalam Permohonan berkenaan, kami bersetuju bahawa kami bertanggungjawab membayar kepada pihak Bank kos faedah tambahan atau kos pembiayaan dibatal, jika pelarasan faedah berlaku, dan caj bank lain.

3. Kami dengan ini mengakui:-(i) melainkan diperuntukkan sebaliknya, pihak-pihak bersetuju bahawa sebarang caj, komisen, fi, perbelanjaan atau amaun yang sama yang akan digunakan di

dalam pengiraan caj, komisen, fi, perbelanjaan tersebut (“Caj”) adalah tidak termasuk cukai barang dan perkhidmatan (“CBP”) sebagaimana yang mungkin terpakai di bawah peruntukan undang-undang Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan 2014 (termasuk perundangan subsidiari, perintah-perintah berkanun dan peraturan-peraturan yang mentadbir pemakaian CBP, sebagaimana yang dipinda dari semasa ke semasa). 

(ii) Jika apa-apa pembekalan yang dibuat di bawah atau berkaitan dengan terma-terma ini adalah tertakluk kepada CBP, pihak Bank boleh meningkatkan pertimbangan sebagaimana yang diperuntukkan oleh amaun CBP dan mendapatkan kembali amaun tambahan daripada kami sebagai tambahan kepada Caj tersebut. Dalam hal ini, kami memberi kuasa kepada Bank untuk mendebit akaun semasa kami bagi jumlah penuh CBP.

4. Kami mengaku janji:

(i) Untuk memegang dokumen-dokumen penghantaran/perkapalan dan dokumen-dokumen hak milik berserta barangan tersebut apabila diterima dan hasil jualannya apabila dijual atas amanah bagi pihak Bank.

(ii) Untuk mendarat dan/atau menyimpan dan/atau memegang dan/atau menyerah kepada pembeli (pembeli-pembeli) kepada siapa kami tidak berhutang atau di bawah sebarang liabiliti barangan tersebut. Apabila dijual semua atau mana-mana daripada barangan tersebut, kami hendaklah menerima hasil jualan tersebut sebagai pemegang amanah kepada pihak Bank dan sebagai ejen bagi pihak Bank dan bukan sebaliknya dan selanjutnya meremitkan kepada pihak Bank atau menyebabkan pembeli-pembeli meremitkan kepada pihak Bank keseluruhan hasil jualan atau sebarang bayaran sebahagian dengan serta-merta apabila diterima tanpa sebarang imbangan atau penolakan sama sekali.

(iii) Untuk memberi pihak Bank semua butiran yang perlu tentang urus niaga jualan bagi setiap barangan untuk membolehkan pihak Bank menggunakan hasil jualan barangan tersebut yang diterima oleh kami kepada draf berkenaan.

(iv) Untuk membayar semua tambang angkutan, gudang, transit dok, caj lain, sewa dan segala kos lain untuk dan sampingan kepada barangan tersebut dan untuk membayar balik sepenuhnya kepada pihak Bank bagi yang sama.

(v) Untuk memaklumkan pihak Bank tempat beradanya barangan tersebut dan sebarang perubahan dalam keadaan, kualiti atau kuantiti barangan tersebut pada semua masa dan kami tidak akan membenarkannya diproses atau diubah tanpa kebenaran bertulis terdahulu pihak Bank dan hendaklah menyimpan yang sama bebas daripada sebarang gadaian, pajakan, cagaran, lien atau bebanan lain dan pihak Bank hendaklah mempunyai hak untuk memeriksa barangan tersebut pada bila-bila masa tanpa notis kepada kami dan atas kos dan perbelanjaan kami.

(vi) Untuk menghantar kepada pihak Bank salinan invois-invois jualan bagi barangan tersebut apabila dikeluarkan oleh kami menunjukkan nama pembeli-pembeli dan jumlah harga jualan bagi barangan tersebut.

(vii) Tidak menjual atau sebaliknya melupuskan mana-mana daripada barangan tersebut atas terma tertunda (selain daripada kredit dagangan biasa) atau bagi sebarang balasan bukan wang atau untuk kurang daripada nilai pasaran semasa tanpa kebenaran secara bertulis terdahulu pihak Bank.

(viii) Untuk memulangkan kepada pihak Bank semua dokumen dan barangan tersebut yang diwakilinya berhubung yang mana pihak Bank tidak menerima sebarang hasil jualan apabila pertamanya dituntut oleh pihak Bank, jika tidak pihak Bank hendaklah mempunyai hak, tanpa prejudis kepada sebarang hak lain yang mungkin diperuntukkan kepadanya di bawah undang-undang atau dalam sebarang perjanjian lain, untuk melaksanakan hak-haknya seperti mana dinyatakan dalam klausa 5 di bawah.

(ix) Untuk menyimpan dengan baik dan menginsuranskan dengan memadai barangan tersebut pada semua masa terhadap risiko yang boleh dilindungi termasuk kebakaran dan banjir pada nilai penuh mereka, dan juga jika diperlukan oleh pihak Bank, terhadap risiko marin dan untuk memegang polisi-polisi dan hasil insurans (jika dibayar oleh syarikat insurans) atas amanah untuk pihak Bank dan sekiranya berlaku kerugian atau kerosakan kepada barangan tersebut dalam disebabkan apa pun, untuk membayar kepada pihak Bank seterusnya semua wang yang diterima daripada syarikat insurans atau sebaliknya berhubung dengan kerugian atau kerosakan demikian dan untuk menggantikan sebarang kekurangan atau perbezaan antara amaun pinjaman yang masih terhutang dan wang insurans yang diterima. Barangan tersebut adalah dan hendaklah atas risiko kami.

(x) Bahawa urus niaga ini hendaklah diasingkan daripada sebarang urus niaga lain dan bahawa dokumen-dokumen penghantaran/perkapalan dan dokumen-dokumen hak milik, barangan tersebut, hasil daripada sebarang jualan dan semua wang insurans hendaklah diasingkan dan berasingan daripada dokumen-dokumen, barangan, hasil jualan atau wang insurans lain berhubung dengan atau hasil daripada sebarang urus niaga lain.

(xi) Bahawa pihak Bank tidak mempunyai tanggungjawab apa pun bagi ketepatan, kesahan atau kecukupan dokumen-dokumen yang diberikan kepada kami tentang sifat, kualiti, jumlah, keadaan, nilai pembungkusan sedia ada atau penyerahan barangan tersebut.

(xii) Untuk memberi indemniti kepada pihak Bank, koresponden-koresponden dan ejennya apabila dituntut terhadap semua tindakan, dakwaan, tuntutan, kos, perbelanjaan termasuk kos undang-undang atas asas indemniti penuh, liabiliti sebarang sifat dan kerugian (termasuk kerugian pertukaran asing) kini atau akan dialami oleh pihak Bank atau pegawai ejen atau pekerjanya untuk sebarang perkara yang dilakukan atau tidak dilakukan berhubung atau hasil daripada pelepasan dokumen-dokumen tersebut kepada kami atau sebaliknya berhubung dengan barangan tersebut atau disebabkan oleh pelanggaran atau ketidakpatuhan oleh kami terhadap Akta Perdagangan Strategik 2010.

Muka 1 daripada 6

Page 2: terma dan syarat permohonan resit amanah ringgit/pinjaman

TERMA DAN SYARAT PERMOHONAN RESIT AMANAH RINGGIT/PINJAMAN PERDAGANGAN MATA WANG ASING (No. Rujukan dokumen: AMBIZ/BM/TR /08-2015)- sambungan

5. Sekiranya barangan tersebut dilupuskan oleh kami, pihak Bank dengan ini diberi kuasa oleh kami untuk menerima daripada pembeli-pembeli barangan tersebut semua atau sebarang bayaran sebahagian daripada wang pembelian barangan tersebut.

6. Pihak Bank atau wakil (wakil-wakil)nya yang diberi kuasa hendaklah mempunyai kebebasan pada bila-bila masa untuk mengambil balik dokumen-dokumen tersebut atau mengambil milik fizikal mana-mana barangan tersebut tanpa sebarang rujukan kepada atau mendapatkan kebenaran daripada kami dan mengeluarkan mereka atau sebahagiannya dari tempat simpanan mereka ke tempat yang lain yang dipilih oleh pihak Bank. Pihak Bank atau wakil (wakil-wakil)nya yang diberi kuasa hendaklah mempunyai hak untuk memasuki sebarang premis di mana barangan tersebut disimpan dan mengambil tindakan yang perlu, termasuk tetapi tidak terhad kepada memecahkan kunci pintu atau bekas untuk masuk atau keluar dan pihak Bank boleh meletakkan yang sama di bawah jagaan mana-mana orang yang dipilih oleh pihak Bank dan untuk melupuskan barangan tersebut melalui jualan atau sebaliknya jika perlu. Untuk mengelak sebarang keraguan, kami dan pihak Bank bersetuju bahawa barangan atau barangan tersebut yang dirujuk dalam klausa ini adalah merujuk kepada barangan yang dibiayai oleh pihak Bank atas permintaan kami di bawah Resit Amanah atau Pinjaman Perdagangan Mata Wang Asing.

7. Resit Amanah dan Pinjaman Perdagangan Mata Wang Asing ini hendaklah dikawal oleh dan ditafsirkan dari semua segi menurut undang-undang Malaysia tetapi dalam menguatkuasakan Resit Amanah dan Pinjaman Perdagangan Mata Wang Asing ini, pihak Bank mempunyai kebebasan untuk memulakan dan mengambil tindakan atau prosiding terhadap kami di Malaysia atau di tempat lain seperti mana pihak Bank fikirkan sesuai dan kami dengan ini menyerah, tanpa hak menarik balik, kepada bidang kuasa eksklusif Mahkamah-mahkamah Malaysia berhubung dengan semua perkara berkaitan dengan obligasi dan liabiliti kami di bawah atau hasil daripada Resit Amanah dan Pinjaman Perdagangan Mata Wang Asing tersebut.

8. Kami dengan ini memberi persetujuan yang tidak boleh dibatalkan dan juga membenarkan pihak Bank dan/atau pegawainya untuk mendedahkan apa-apa maklumat, rekod atau maklumat berkaitan dengan akaun/urus-urus niaga, kepada:

(i) Bank Negara Malaysia, Unit Kredit Pusat, Garis Panduan ke atas Sistem Maklumat Cek Tak Layan, Sistem Maklumat Kredit Pusat (CCRIS), atau mana-mana biro lain atau agensi laporan kredit atau agensi perkadaran kredit sama ada ditubuhkan menurut perundangan Malaysia atau mana-mana badan kerajaan atau pihak berkuasa/badan kawal selia, atau agensi penguatkuasaan di bawah Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan 1989, Cagamas Berhad, Perbadanan Jaminan Kredit (CGC) atau pihak berkuasa lain yang mempunyai bidang kuasa ke atas pihak Bank atau mana-mana badan yang ditubuhkan oleh sebuah perbadanan, agensi, atau pihak berkuasa yang mempunyai pemberian kuasa atau bidang kuasa ke atas pihak Bank dan kepada mana-mana pihak ketiga, jika dikehendaki oleh mana-mana undang-undang;

(ii) mana-mana depositori pusat atau ejen depositori yang diberi kuasa (sebagaimana termanya ditakrifkan di dalam Akta Perindustrian Sekuriti (Depositori Pusat) 1991);

(iii) mana-mana pihak yang memberikan sekuriti bagi menjamin urus niaga kami di sini atau bagi kemudahan pinjaman dengan pihak Bank (“pihak sekuriti”) atau mana-mana penerima pindahan hak dari pihak Bank yang berpotensi atau pemegang serah hak pihak Bank yang berpotensi;

(iv) mana-mana orang yang bercadang atau bertujuan untuk membuat atau mengemukakan bayaran bagi liabiliti kami di bawah kemudahan pinjaman dengan pihak Bank atau yang disebabkan oleh urus niaga di sini; atau kepada mana-mana orang selepas terjadinya kejadian ingkar;

(v) mana-mana orang yang mana pendedahan tersebut adalah, pada pendapat pihak Bank, perlu untuk atau berkaitan dengan kajian semula, usaha wajar atau penguatkuasaan atau perlindungan atau percubaan penguatkuasaan atau perlindungan mana-mana hak dan kepentingan pihak Bank;

(vi) mana-mana orang menurut apa-apa pengaturan, komposisi, penstrukturan semula atau apa-apa cadangan pengaturan, komposisi, penstrukturan semula di antara pemiutang kami dan/atau pemiutang pihak sekuriti;

(vii) Kumpulan AmBank dan kepada mana-mana orang atau syarikat yang memberi kepada pihak Bank apa-apa perkhidmatan dan kepakaran berkaitan dengan undang-undang, perakaunan, pengauditan, kredit, pentadbiran, pemprosesan, pengurusan data atau perkhidmatan penasihat lain; dan

(viii) ejen kutipan hutang yang dilantik oleh mana-mana syarikat di bawah Kumpulan AmBank.

Bagi tujuan klausa ini, Kumpulan AmBank adalah merujuk kepada kesemua perbadanan (seperti yang ditakrifkan di dalam Akta Syarikat 1965) pihak Bank yang ditubuhkan di dalam atau di luar Malaysia. Klausa ini hendaklah kekal berkuat kuasa walaupun dokumen ini dan/atau urus niaga di bawahnya telah ditamatkan.

9. Kami dengan ini mengesahkan bahawa kami memilih bahasa yang digunakan di dalam dokumen ini sebagai bahasa yang terpakai untuk dokumen ini. Bahasa yang dipilih di dalam dokumen ini hendaklah diterima pakai dan diberi keutamaan jika terdapat percanggahan di dalam dokumen ini yang dibuat dalam bahasa lain.

Dengan memuat turun, mencetak dan menyerah kepada AmBank (M) Berhad (‘pihak Bank’) Permohonan Resit Amanah Ringgit/Pinjaman Perdagangan Mata Wang Asing dari laman web ini, kami dengan ini mengesahkan bahawa kami telah membaca, memahami dan mengakui Terma dan Syarat-syarat untuk Permohonan Resit Amanah Ringgit/Pinjaman Perdagangan Mata Wang Asing yang dinyatakan di sini dan sepenuhnya membenarkan pihak Bank untuk meneruskan dengan peruntukan perkhidmatan .

Muka 2 daripada 6

Page 3: terma dan syarat permohonan resit amanah ringgit/pinjaman

AmBank (M) Berhad (8515-D)PERMOHONAN RESIT AMANAH RINGGIT/PINJAMAN PERDAGANGAN MATA WANG ASING

Sila tanda di mana terpakai* Potong yang mana tidak terpakai Tarikh Permohonan:   - -

ResitAmanah Ringgit

Pinjaman DaganganMata Wang Asing

     

1. Pemohon/Pesuruh Bayar/Pembeli (Nama Penuh & Alamat):                  

3. No. Ruj. Pelanggan:      

2. Benefisiari/Penyuruh Bayar/Penjual (Nama Penuh & Alamat):               

4. Amaun Pembiayaan Diperlukan (Mata Wang & Angka):       5. Tempoh Pembiayaan Diperlukan (Dalam Hari):      

6. Keterangan Ringkas Barangan:

Kod HS (Keterangan Komoditi dan Sistem Pengekodan Yang Diharmonikan) Kami mengesahkan dan mengisytiharkan bahawa barangan ini BUKAN Barangan Strategik seperti mana ditakrifkan dalam Akta Perdagangan Strategik

2010 (STA) dan peraturan-peraturannya.

7. Dokumen-dokumen Resit Amanah Atau Pinjaman Dagangan Mata Wang Asing Disertakan Seperti Berikut:

Dikeluarkan Di Bawah *No. LC/No. Bil Kutipan/Akaun Terbuka:

No. *Pesanan Belian/Kontrak Jualan/Invois/Dan lain-lain:

8. Dokumen- dokumen Disertakan:

Bil Pertukaran

Invois Komersial

Senarai Pembu-ngkusan

Sijil Keasalan

*Sijil/Polisi Insurans

Bil Muatan

Bil Jalan Udara

ArahanPenyerahan                  

Asal                                                                  

Salinan                                                                  

9. Caj dan Faedah Bank:

Caj AmBank (M) Berhad Dibayar Oleh Kami. Sila Debitkan Akaun Kami Bernombor: Dengan Anda.

Semua Caj Bank (Termasuk AmBank (M) Berhad) Dibayar Oleh Benefisiari/Penyuruh Bayar/Penjual Atau

Oleh Kami. Sila Debitkan Akaun Kami Bernombor: Dengan Anda. *Ketepikan/Jangan Ketepikan Caj Dan/Atau Faedah Bank

10. Arahan-arahan Pembayaran Balik:

Apabila Pinjaman Resit Amanah Ringgit/Pinjaman Dagangan Mata Wang Asing Diwujudkan Sila Remitkan Hasil/Nilai Invois Penuh Kepada:

Nama Bank Benefisiari/Penyuruh Bayar/Penjual:      

No. Akaun:

Sila Kreditkan Hasil Ke Dalam Akaun *Ringgit/Mata Wang Asing Kami Bernombor:

Dengan Anda Atau (Mengikut Budi Bicara/Kelulusan Bank) Sila Keluarkan Cek Jurubank Atau Draf Bank Anda Kepada:      

Untuk Penukaran Amaun Mata Wang Asing Kepada Resit Amanah Ringgit:

Sila Pakai/Guna Kadar Tukaran Asing Yang Disebut Oleh Perbendaharaan Anda @      

Sila Pakai/Guna No. Kontrak Tukaran Asing: Untuk      

AMBIZ/BM/TR/08-2015

Muka 3 daripada 6

Page 4: terma dan syarat permohonan resit amanah ringgit/pinjaman

AmBank (M) Berhad (8515-D)PERMOHONAN RESIT AMANAH RINGGIT/PINJAMAN PERDAGANGAN MATA WANG ASING - sambungan

11. Arahan Penjelasan: Apabila TR Atau FCTL Matang, Anda Diberi Kuasa Untuk Debitkan Akaun *Ringgit/Mata Wang Asing Kami Bernombor:

12. Arahan-arahan Tambahan:

1. Sebagai balasan kepada permintaan kami kepada anda, AmBank (M) Berhad untuk mewujudkan/mendahulukan Resit Amanah Ringgit Malaysia atau Pinjaman Perdagangan Mata Wang Asing (seperti mana ditunjukkan di atas), bagi akaun kami dan menurut dengan arahan-arahan di atas, kami dengan ini bersetuju tanpa hak menarik balik dan syarat untuk mematuhi sepenuhnya Terma dan Syarat bagi Permohonan Resit Amanah Ringgit/Pinjaman Perdagangan Mata Wang Asing dan terma-terma yang dipaparkan dalam "Perjanjian Am Oleh Pelanggan (Pelanggan-pelanggan)/Perjanjian Kemudahan (Kemudahan-kemudahan)" AmBank (M) Berhad dan/atau laman web di bawah No. Rujukan dokumen: AMBIZ/BM/TR /08-2015 T&C dan/atau perjanjian-perjanjian berkaitan yang lain yang telah dan akan dimaklumkan oleh anda kepada kami dan ketika ini berkuat kuasa di AmBank (M) Berhad. Kami mengakui bahawa AmBank (M) Berhad tidak akan memberikan arahan-arahan untuk membantah Bil yang disebutkan di atas bagi tidak menerima dan tidak membayar serta tidak mempunyai kewajipan untuk menyimpan dan menginsuranskan barangan yang disebutkan di atas. Kami dengan ini mengisytiharkan bahawa kami sedar tentang dan mematuhi sepenuhnya Akta Perdagangan Strategik 2010 dan kesemua peraturan dan keperluan berhubung dengannya.

2. Kami akan mematuhi kepada Peraturan Pentadbiran Pertukaran Asing (“FEA”) berkenaan dengan berurusan dalam mata wang, peminjaman & jaminan, pelaburan dalam aset mata wang asing, pembayaran, sekuriti & instrument kewangan dan eksport barangan setiap masa.

3. Kami mengesahkan bahawa hasil jualan dari perdagangan saudagar akan diterima dalam masa 6 bulan dari tarikh eksport dan memahami keperluan untuk melaporkan kepada BNM sekiranya hasil eksport tidak diterima dalam masa 6 bulan dari tarikh eksport seperti yang tertakluk dalam Peraturan Pentadbiran Pertukaran Asing (“FEA”) Notis 7.

UNTUK KEGUNAAN AMBANK (M) BERHAD SAHAJA

No. TR / FCTL Diisi Oleh :

(nama dan tandatangan)

Diberi Kuasa Oleh :

(nama dan tandatangan)

Diberi Kuasa Oleh :

(nama dan tandatangan)

Catatan (jika ada) :

AMBIZ/BM/TR/08-2015

Kami dengan ini mengesahkan bahawa kami memilih bahasa yang digunakan di dalam borang ini sebagai bahasa yang terpakai untuk borang ini. Bahasa yang dipilih di dalam borang ini hendaklah diterima pakai dan diberi keutamaan jika terdapat percanggahan di dalam borang ini yang dibuat dalam bahasa lain.

______________________________________________________________Penandatangan (Penandatangan-penandatangan) Yang Diberi Kuasa

Bersama Dengan Cop Syarikat Yang Diberi Kuasa

Muka 4 daripada 6

Page 5: terma dan syarat permohonan resit amanah ringgit/pinjaman

AmBank (M) Berhad (8515-D)RESIT AMANAH RINGGIT/PINJAMAN PERDAGANGAN MATA WANG ASING

Tarikh :   - -

Kepada : AmBank (M) Berhad (8515-D)      Cawangan

Daripada :            

UNTUK KEGUNAAN AMBANK (M) BERHAD SAHAJA* Potongkan yang mana tidak terpakai

*No. LC/No. Bil Kutipan/No. Invois :

No. *TR/FCTL : Tarikh Matang *TR/FCTL:

Amaun *TR/FCTL (Mata Wang & Angka):

Tuan/Puan,

Sebagai balasan kepada anda mengendalikan atau melepaskan kepada kami dokumen-dokumen penghantaran/perkapalan, waran (waran-waran) gudang, resit (resit-resit) gudang dan/atau arahan (arahan-arahan) penyerahan yang mana kami dengan ini mengakui penerimaan merangkumi barangan tersebut, seperti mana menurut butiran-butiran atau perincian-perincian yang disebutkan di bawah atau seperti mana menurut invois (invois-invois) yang disertakan dan ketika ini dipegang oleh anda sebagai jaminan untuk pembayaran pengaturan perdagangan Kutipan atau Bil LC atau perdagangan Akaun Terbuka yang perlu dijelaskan dengan Bil Pertukaran yang dikeluarkan atas dan diterima oleh kami (sama ada apa-apa pelanjutan atau pembaharuan sebahagian atau keseluruhan sedemikian telah dibuat atau tidak) dan untuk pembayaran balik pendahuluan yang telah dibuat oleh anda terhadap pengaturan perdagangan Kutipan atau Bil LC atau Akaun Terbuka tersebut dan/atau liabiliti-liabiliti atau keberhutangan lain yang perlu dijelaskan dan terhutang oleh kami kepada anda, kami dengan ini bersetuju, mengaku janji dan mengambil kepada anda, tanpa hak menarik balik dan tanpa syarat, seperti mana berikut:

1. Untuk menerima, mendarat, menyimpan atau menggudangkan dan memegang barangan tersebut sebagai Pemegang (Pemegang-pemegang) Amanah kepada anda dan bagi pihak anda tetapi atas risiko dan perbelanjaan kami sendiri dan sekiranya barangan tersebut atau mana-mana bahagiannya dijual sebelum pembayaran penuh bil tersebut atau pembayaran balik penuh pendahuluan tersebut dengan faedah dan bayaran-bayaran dan/atau liabiliti-liabiliti atau keberhutangan lain yang disebutkan di atas hasil jualan tersebut hendaklah dibayar kepada anda secara khusus dan segera sebagaimana dan apabila yang sama diterima.

2. Selagi mana-mana barangan tersebut kekal di bawah pemilikan kami atau di bawah kawalan kami, barangan tersebut hendaklah tidak merupakan atau tidak menjadi subjek kepada mana-mana lien atau bebanan lain dan hendaklah tidak digadai, dipajak, dikonsain, dicagar atau dihipotekasi oleh kami kepada mana-mana pihak ketiga, dan tidak ada mana-mana percubaan dibuat oleh kami untuk mengumpul wang atas jaminan barangan tersebut dan kami hendaklah tidak menjual atau sebaliknya meluputkan mana-mana bahagian barangan tersebut, kecuali melalui suatu penjualan atau peluputan lain sebagai pemegang amanah untuk anda dalam cara yang diperuntukkan dalam Resit Amanah ini.

3. Untuk memegang dokumen (dokumen-dokumen) merangkumi mana-mana barangan tersebut buat masa ini tidak dijual sebagai Pemegang (Pemegang-pemegang) Amanah kepada anda dan bagi pihak anda dan menyerah kepada anda yang sama dengan serta-merta atas permintaan atau membayar kepada anda nilai penuh barangan tersebut pada kepuasan anda.

4. Untuk menyimpan dengan baik dan menginsuranskan dengan memadai dan terus diinsuranskan atas kos dan perbelanjaan kami barangan tersebut setakat nilai penuh invois boleh diinsuranskan terhadap kebakaran dan mana-mana risiko lain yang anda fikirkan wajar dengan syarikat insurans yang diluluskan oleh anda dan untuk memegang polisi atau polisi-polisi insurans bagi pihak anda dan kepada arahan anda dan sekiranya berlaku kerugian untuk mengutip wang insurans daripada syarikat insurans berkaitan secepat yang mungkin dan menyerah kepada anda dengan serta-merta apa-apa amaun yang dengan itu diterima daripada syarikat insurans dan sehingga waktu sedemikian kami hendaklah memegang wang tersebut atas amanah untuk anda.

5. Kesemua hasil jualan dan mana-mana bayaran sebahagian daripadanya, dalam apa-apa sahaja bentuk yang diterima, akan dibayar kepada anda, tanpa tolakan atau apa-apa potongan, sejurus selepas kami menerimanya dan kami hendaklah menyimpan hasil tersebut bererasingan daripada wang syarikat kami. Kami hendaklah menghantar kepada anda satu salinan setiap invois berhubung dengan barangan, menunjukkan, dalam setiap kes, nama setiap pembeli dan jumlah harga jualan atau nilai penuh invois. Anda dengan ini diberi kuasa dan anda boleh atas budi bicara mutlak anda, untuk menuntut dan/atau menerima hasil jualan barangan secara langsung daripada mana-mana pembeli atau orang lain dan hak kami terhadap mana-mana pembeli atau orang tersebut adalah dengan ini diserah hakkan kepada anda.

6. Untuk mengakui bahawa anda mempunyai kuasa sepenuh untuk menuntut daripada kami pemulangan segera dokumen (dokumen-dokumen) yang disebutkan di atas atau mengambil milikan barangan tersebut atau mendapatkan pembayaran balik hasil barangan tersebut yang telah dijual atau dilupuskan oleh kami dan untuk memberi anda atas permintaan kuasa sepenuh untuk menerima daripada mana-mana orang hasil jualan atau mana-mana bahagian daripadanya. Semasa berkuat kuasanya amanah ini, anda dengan ini diberi kuasa, atas budi bicara mutlak anda, pada bila-bila masa, tanpa notis atau apa-apa tindakan lain, untuk memasuki mana-mana premis untuk tujuan memeriksa atau mendapatkan milikan atau jagaan barangan tersebut dan memindah atau meluputkan barangan atau mana-mana bahagiannya, melalui jualan atau sebaliknya sebagaimana anda fikirkan wajar, dan sebaliknya mengambil langkah-langkah sedemikian sebagaimana anda boleh, atas budi bicara mutlak anda, mengambil kira usaha untuk melindungi kepentingan anda dalam barangan tersebut.

7. Untuk menyerahkan kepada anda tanpa tertahan-tahan atas permintaan oleh anda kesemua dokumen atau barangan atau hasil jualan barangan tersebut sekiranya berlaku kebankrapan, penggulungan, pembubaran, penggantungan atau kegagalan atau penyerahan untuk manfaat pemiutang atau pelantikan penerima mana-mana barangan atau hartanah kami atau atas tidak memenuhi mana-mana obligasi atau atas tidak bayar pada kematangan mana-mana bil atau draf digunakan atas atau diterima atau disahkan oleh kami di bawah mana-mana kredit dokumen dikeluarkan oleh anda atas akaun kami atau atas tidak bayar atau tidak memenuhi mana-mana keberhutangan atau liabiliti yang perlu dibayar oleh kami kepada anda. Apabila berlaku mana-mana peristiwa sedemikian yang disebutkan di atas, kesemua obligasi kami menerima apa-apa sahaja keberhutangan dan liabiliti sama ada sebenar atau kontingen pada masa ini atau selepas ini perlu dibayar atau terhutang kepada anda hendaklah terus (dengan atau tanpa notis oleh anda) matang dan menjadi perlu dibayar dan perlu dijelaskan dengan serta-merta dan anda boleh debitkan akaun kami dengan anda untuk yang sama dengan sewajarnya.

Muka 5 daripada 6

Page 6: terma dan syarat permohonan resit amanah ringgit/pinjaman

AmBank (M) Berhad (8515-D)RESIT AMANAH RINGGIT/PINJAMAN PERDAGANGAN MATA WANG ASING – sambungan

8. Kami dengan ini mengakui:-(i) melainkan diperuntukkan sebaliknya, pihak-pihak bersetuju bahawa sebarang caj, komisen, fi, perbelanjaan atau amaun yang sama yang akan

digunakan di dalam pengiraan caj, komisen, fi, perbelanjaan tersebut (“Caj”) adalah tidak termasuk cukai barang dan perkhidmatan (“CBP”) sebagaimana yang mungkin terpakai di bawah peruntukan undang-undang Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan 2014 (termasuk perundangan subsidiari, perintah-perintah berkanun dan peraturan-peraturan yang mentadbir pemakaian CBP, sebagaimana yang dipinda dari semasa ke semasa). 

(ii) Jika apa-apa pembekalan yang dibuat di bawah atau berkaitan dengan terma-terma ini adalah tertakluk kepada CBP, pihak Bank boleh meningkatkan pertimbangan sebagaimana yang diperuntukkan oleh amaun CBP dan mendapatkan kembali amaun tambahan daripada kami sebagai tambahan kepada Caj tersebut. Dalam hal ini, kami memberi kuasa kepada Bank untuk mendebit akaun semasa kami bagi jumlah penuh CBP.

9. Kami dengan ini bersetuju untuk memberi indemniti kepada Bank atas asas indemniti penuh daripada dan terhadap segala akibat, pembayaran, liabiliti, tindakan, guaman, prosiding, tuntutan, ganti rugi, kerugian (termasuk kerugian pertukaran asing), kos, yuran (termasuk yuran undang-undang), pembayaran balik dan perbelanjaan apa-apa sahaja sifat dan jenis yang mungkin dialami oleh Bank akibat daripada Bank bersetuju ke atas permohonan kami sebagaimana dibuktikan oleh borang yang ditandatangani oleh kami atau hasil daripada pelanggaran atau ketidakpatuhan Akta Perdagangan Strategik 2010 oleh kami.

10. Resit Amanah ini hendaklah dikawal oleh dan ditafsirkan dari semua segi menurut Undang-undang Malaysia dan kami dengan ini menyerah kepada bidang kuasa mahkamah-mahkamah di Malaysia tetapi ia hendaklah terbuka kepada anda untuk menguatkuasakan Resit Amanah ini di mahkamah-mahkamah mana-mana bidang kuasa kompeten.

11. Kami dengan ini mengesahkan bahawa kami memilih bahasa yang digunakan di dalam dokumen ini sebagai bahasa yang terpakai untuk dokumen ini. Bahasa yang dipilih di dalam dokumen ini hendaklah diterima pakai dan diberi keutamaan jika terdapat percanggahan di dalam dokumen ini yang dibuat dalam bahasa lain.

___________________________________________________________ Penandatangan (Penandatangan-penandatangan) Yang Diberi Kuasa

Bersama Dengan Cop Syarikat Yang Diberi Kuasa

Nama Pengirim Dan Penerima Konsain Keterangan Barangan Tanda-tanda Dan Nombor-

nombor Kapal

                              

                              

                              

                              

Tarikh matang TR/FCTL seperti mana ditunjukkan di atas. Makluman Tarikh Matang TR / FCTL dihantar pada .

AMBIZ/BM/TR /08-2015 SALINAN BANK

Muka 6 daripada 6