ringgit malaysia

Upload: bencutt

Post on 11-Jul-2015

666 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Ringgit Malaysia

Ringgit atau turut dikenali sebagai Ringgit Malaysia ialah unit mata wang Malaysia dengan kod mata wang MYR. Ringgit boleh dibahagi kepada 100 sen dan mempunyai wang kertas bernilai RM100, RM50, RM10, RM5 dan RM1 serta syiling 50 sen, 20 sen, 10 sen dan 5 sen. Nama "Ringgit" berasal daripada sisi bergigi wang perak Sepanyol yang digunakan secara meluas pada zaman dahulu. Dollar Brunei juga dikenali sebagai ringgit bagi masyarakat tempatan. Pada 1837, mata wang Rupee India digunakan sebagai mata wang rasmi di penempatan selat (iaitu Negeri negeri Selat) tetapi pada 1867, dollar perak digunakan semula. Pada 1903, dollar Selat dipaut pada 2 shilling dan empat pence (mata wang Britain ketika itu) selepas diperkenalkan oleh Lembaga Pesuruhjaya Mata Wang (Board of Commissioners of Currency). Bank-bank swasta dilarang mengeluarkan wang kertas. Namun penggunaan berterusan mata wang ini terhenti akibat penaklukan Jepun pada 1942 hingga 1945 dan apabila mata wang ini dinilai semula berdasarkan Pound Sterling pada 1967. Ini mengakibatkan nilai wang Selat susut sebanyak 15% daripada nilai asal. Mulai bulan Ogos 1975, nama "Ringgit" diterima secara rasmi sebagai nama khas mata wang Malaysia. Sebelumnya, wang dikenali sebagai dollar dalam Bahasa Inggeris dan ringgit dalam Bahasa Melayu. Namun penggunaan simbol $ terus digunakan sehingga ditukar kepada RM pada 1990an. Sewaktu krisis ekonomi Asia pada 1997, mata wang ringgit dipaut pada dollar Amerika Syarikat pada kadar tetap iaitu RM 3.80 untuk satu dollar AS. Pada 12 Julai 2005, Bank Negara menamatkan pemautan mata wang ringgit kepada dollar Amerika Syarikat selepas Chinamengumumkan penamatan pautan renminbi kepada dollar. Menurut Bank Negara, Malaysia akan membenarkan ringgit untuk dioperasi dengan apungan terkawal dengan beberapa mata wang utama. Ini menyebabkan nilai mata wang ringgit naik menghampiri aras nilai pasaran yang dapat diterima . Walaupun begitu, Bank Negara ada bercampur tangan dalam pasaran kewangan untuk mengekalkan kestabilan di dalam dagangan ringgit.

Dolar Sarawak Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Dolar Sarawak 1935 Dolar Sarawak ialah mata wang Sarawak antara 1858 hingga 1953. Nilainya sama sahaja dengan dolar Selat dan penggantinya, dolar Malaya (mata wang Malaya dan Singapura), iaitu 2 syiling 4 peni setiap

dolar, sejak pengenalannya sehingga kedua-dua mata wang itu digantikan dengan dolar Malaya dan Borneo British pada tahun 1953. Dolar Sarawak dibahagikan kepada 100 sen. Pada sepanjang sejarahnya, duit syiling ditempa dalam jenis mata wang sen, sen, 1 sen, 2 sen, 5 sen, 10 sen, 20 sen, dan 50 sen. Duit syiling yang nilainya 5 sen atau lebih mengandungi logam berhargatetapi sejak 1920, duit syiling 5 sen dan 10 sen juga diperbuat daripada tembaga dan nikel. Duit-duit syiling itu menonjolkan potret dan nama raja:

James Brooke (ditulis sebagai J. Brooke) sehingga 1868; Charles Anthoni Johnson Brooke (ditulis sebagai C. Brooke) dari 1868 hingga 1917; dan Charles Vyner Brooke (ditulis sebagai C. V. Brooke) dari 1917 sehingga tamatnya penggunaan mata wang ini.

Siri pertama nota bank dikeluarkan oleh Perbendaraan Kerajaan Sarawak. Ia dicapkan dengan tangan dan bermutu rendah. Semua nota yang kemudian dikeluarkan oleh Kerajaan Sarawak, kecuali nota 10 sen dan 25 sen pada 1919, dengan kedua-dua ini dikeluarkan semula oleh Perbendaharaan. Pada sepanjang sejarahnya, nota bank dikeluarkan dalam jenis mata wang 5 sen, 10 sen, 20 sen, 25 sen, 50 sen, $1, $5, $10, $25, $50, dan $100. Nota bank sebelum tahun 1922 atau melebihi $50 sangat jarang dijumpai. Semasa zaman pendudukan Jepun (1942-1945), wang kertas dikeluarkan dalam jenis mata wang 1 sen hingga 1,000 dolar. Nilainya ditetapkan pada kadar 1 dolar = 1 yen Jepun, berbanding dengan kadar praperang sebanyak 1:2. Selepas perang, mata wang pendudukan Jepun diisytiharkan sebagai tidak bernilai dan nilai dolar Sarawak dipulihkan kepada nilai berasaskan sterling yang dahulu sebanyak 2 syling 4 peni.

Sekilas Sejarah Mata Wang Dunia

1879 Sistem kewangan dunia kembali kepada piawaian emas.

1914 penggunaan piawai emas dibatalkan kerana banyak negara yang terlibat dalam Perang Dunia I mencetak mata wang lebih banyak dari simpanan emas yang dimilikinya.

1933 FD Roosevelt dilantik menjadi presiden ketika AS mengalami Great Depression, ia memperkenalkan beberapa langkah reformasi sosial dan ekonomi. Ia membatalkan piawai emas dan mengarahkan untuk mencairkan semula 500,000 keping wang emas bernilai USD 20 setiap satu.

1 Julai 1944 Perjanjian Bretton Woods di AS. Negara-negara sekutu bersepakat untuk menstabilkan

semula kadar tukaran setelah Perang Dunia II. Kerajaan Amerika berjanji kepada rakyatnya dan orang luar bahawa Amerika akan menukar wang kertas USD 35 dengan 1 auns emas. Perjanjian ini juga menyepakati bahawa pencetakan mata wang sesebuah negara berdasarkan rizab emas, dan dolar dijadikan sebagai piawai semua mata wang dunia.

15 Ogos 1971 Presiden Richard Nixon mengumumkan bahawa Amerika Syarikat dan sekutunya membatalkan perjanjian Bretton Woods dengan mengamalkan mencetak lebih banyak wang bagi membiayai ekonominya. Sistim kewangan dunia diubah, mata wang sesebuah negara ditetapkan sebagai bahagian tertentu dari rizab mata wang asing yang dimilikinya. Dunia mengamalkan fiat money sahaja.

Pemansuhan nilai tara USD kepada emas inilah yang merupakan punca krisis dolar yang meluas. Sejak saat inilah mana-mana negara mesti meminjam dan melangsaikan pinjamannya hanya dalam USD, tentunya dengan kadar bunga tertentu, misalnya IMF menetapkan antara 15-20%. Ini adalah perangkap negara maju sehingga boleh terus mengeksploitasi negara miskin.

Penggunaan wang fiat diperkenalkan oleh negara kolonialis untuk memanipulasi pasaran wang dunia dan menjadi alat penjajahan. Fakta bahawa negara-negara ini masih mempunyai simpanan emas yang banyak tetapi berpakat untuk tidak menjual atau memajakkan emasnya semakin memperkuat persangkaan kita bahawa wang fiat adalah alat penjajahan. Ada maklumat bahawa mulai Jun 2001 Rusia telah mencetak wang emas sebagai legal tender, ia juga telah mula menjual dolar dan menimbun simpanan emasnya. Posted by Along at 8:08 PM 0 comments: Sejarah wang Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Wang kertas Malaysia yang terdapat dalam pelbagai not dan warna. Sejarah wang merupakan suatu perjalanan cerita yang menjangkaui tempoh ribuan tahun dan pada hari ini kajian saintifik mengenai wang dan sejarahnya dipanggil ilmu numismatik. Salah satu ciri wang atau duit ia mestilah barang yang kurang penawaran atau sukar didapati. Banyak barang yang telah digunakan sebagai wang, daripada logam berharga dan cangkerang yang memang sukar dijumpai kepada rokok dan seterusnya wang yang dicipta manusia seperti wang kertas. Wang moden (dan kebanyakan wang purba juga) sebenarnya hanyalah sebagai simbol dalam erti kata lain, konsep abstrak. Hari ini, wang kertas adalah bentuk wang yang paling lazim digunakan. Walau bagaimanapun, benda-benda lain seperti emas atau perak mengekalkan kebanyakan ciri penting sebagai wang. Isi kandungan [sorokkan]

1 Kemunculan wang 2 Wang komoditi 3 Kemunculan duit syiling dan wang logam 4 Wang kertaso o

4.1 Piawaian Emas (1880-1914) 4.2 Tempoh antara peperangan (1918-1939)

5 Wang fiat

6 Wang kredit

[sunting]Kemunculan wang Asal usul wang purba mungkin telah wujud sekurang-kurangnya 100,000 tahun dahulu. Sejarah perkembangan wang bermula dengan evolusi tamadun manusia itu sendiri iaitu kira-kira 2000 tahun sebelum masihi[perlu rujukan]. Sebelum kewujudan konsep wang, manusia menggunakan sistem barter tidak cekap. Oleh kerana ketidakpuasan manusia terhadap sistem tukar barang atau barter, maka satu sistem pertukaran yang menggunakan satu 'benda' sebagai perantaraan dicipta. Keupayaan wang membebaskan manusia dari kerumitan sistem barter membawa kepada penggunaan wang sebaik sahaja wujud barang yang boleh diterima umum. [sunting]Wang komoditi Revolusi wang dimulakan dengan wang komoditi. Peringkat penggunaan wang komoditi bermula apabila masyarakat merasakan terlalu banyak kelemahan dalam sistem barter. Mereka mencari satu alat lain untuk menggantikan kelemahan tersebut dengan memilih satu alat yang sukar untuk diperolehi serta mempunyai nilai di kalangan masyarakat. Pada mulanya mereka memilih alat-alat seperti barang perhiasan untuk dijadikan sebagai alat pertukaran. Antara barang-barang yang digunakan ialah: 1. Biji-biji manik (biasanya diperbuat dari kaca, tanah liat, batu akik dan batu unam.) 2. Kulit-kulit binatang 3. Pedang 4. Cerek (bahan tembaga) 5. Tombak 6. Tempayan (yang merupakan simbol atau status kekayaan pada era tersebut) 7. Meriam kecil tembaga [sunting]Kemunculan duit syiling dan wang logam

Denarius, wang semasa zaman Rom purba, adalah syiling perak. Penemuan batu uji kecil membawa kepada penciptaan syiling berasaskan kepada bahan logam komoditi. Apa saja logam lembut boleh diuji ketulenannya di atas batu uji yang membolehkan seseorang mengira jumlah kandungan sesuatu logam dengan cepat dalam satu ketulan. Emas adalah logam lembut yang juga sukar didapati, padat dan senang disimpan. Kerana ini, penggunaan emas sebagai wang tersebar dengan cepat dari Asia Kecil, tempat di mana ia digunakan dengan meluas, ke seluruh dunia. Wang logam dicipta untuk menggantikan wang komoditi yang kurang sesuai peranannya sebagai wang. Selain emas, antara logam yang pernah digunakan sebagai wang logam adalah besi, timah, perak dan tembaga. Antara logam-logam ini, emas dan perak merupakan logam yang paling popular dan diguna secara meluas di seluruh dunia. [sunting]Wang kertas Wang kertas diperkenalkan untuk mengatasi kelemahan wang logam yang berat untuk menjalankan urusniaga. Wang kertas pada mulanya dalam bentuk satu resit yang digunakan sebagai bukti simpanan emas dan perak dengan tukang emas. Resit ini secara tidak langsung memberitahu bahawa ia boleh ditukarkan kepada duit syiling emas dan perak yang sebenar. [sunting]Piawaian Emas (1880-1914) Sistem kewangan yang digunakan kira-kira pada tahun 1880 hingga tercetusnya Perang Dunia I dikenali sebagai Gold Standard atau piawaian emas. Ciri utamanya ialah ia merupakan sistem kadar pertukaran tetap yang nilai paritinya ditetapkan berdasarkan kepada nilai emas. Melalui sistem ini, emas diperlukan hanya sebagai aset rizab. Wang kertas boleh ditukarkan kepada emas di bank pengeluar pada nisbah tertentu. [sunting]Tempoh antara peperangan (1918-1939) Ketika meletusnya Perang Dunia I, keperluan kewangan menjadi amat besar dan hanya dapat dipenuhi dengan pengeluaran lebih banyak wang. Bagi mengelakkan kesan yang tidak diingini kepada pasaran domestik, kebanyakan negara membatalkan peraturan piawaian emas. Pada 1933 hanya lima negara yang dikenali Gold Bloc (Perancis, Belgium, Belanda, Itali dan Switzerland) masih mengamalkan piawaian

emas. Namun pada 1936 sistem ini berakhir apabila berlaku penurunan nilai matawang Perancis dan Switzerland. [sunting]Wang fiat Wang fiat merujuk kepada wang yang tidak disandarkan kepada rizab komoditi. Nilai wang fiat diberikan melalui perintah kerajaan yang menguatkuasakan wang fiat sebagai tender sah di sisi undang-undang di mana si penghutang boleh membayar hutang mereka dengan wang fiat tanpa perlu risau tidak diterima. Pada tahun 1971, Amerika Syarikat bertukar kepada wang fiat. Pada ketika inilah, kebanyakan ekonomi negara-negara maju menyandarkan mata wang mereka kepada dolar Amerika Syarikat (lihat Persidangan Bretton Woods). Dengan ini kebanyakan ekonomi negara barat dan dunia keseluruhannya bertukar kepada sistem yang berasaskan wang fiat. [sunting]Wang kredit Wang kredit muncul bersama dengan kemunculan wang fiat dan wang komoditi. Kebanyakan bentuk wang dalam sistem ekonomi barat adalah wang kredit yang berasal dari wang fiat. Penggunaan wang kredit berkembang dengan kemunculan kad kredit yang membolehkan orang ramai membeli secara kredit tanpa perlu wang yang banyak. Dalam sistem ekonomi moden, bank akan meminjamkan wang melebihi dari rizab yang ia ada pada sesuatu masa. Dengan melakukan perkara ini, bank akan meningkatkan bekalan wang melebihi jumlah wang fiat yang ada. Walaupun bank tidak mempunyai wang fiat yang cukup jika sekiranya penyimpan mahu mengeluarkan semua wang mereka dalam akaun semasa (wang kredit), kebanyakan transaksi adalah dilakukan melalui cek atau secara elektronik. Sejarah wang kertas Malaysia [CLIK HERE] Share Dengan Rakan di Facebook10 Info dari ahli forum en tenuk

Bank Negara Malaysia (BNM) mula mengeluarkan wang kertas Malaysia yang pertama pada tahun 1967 mengandungi jenis nilai $1, $5 $10, $50 dan $100. Wang kertas jenis $1,000 dikeluarkan pada 2 September 1968. Reka bentuk asal bagi kesemua wang kertas ini adalah sama bagi semua jenis nilai iaitu muka depannya mengandungi potret DYMM Yang Di-Pertuan Agong yang pertama berserta dengan perkataan Bank Negara Malaysia dan ditandatangani oleh Gabenor BNM Tun Ismail Bin Mohamed Ali. Muka belakang wang kertas mengandungi logo BNM dan dihiasi dengan bentuk geometri Sempena pelaksanaan rasmi sistem ejaan baru Bahasa Malaysia pada 16 Ogos 1972, BNM telah menggunakan sistem ejaan baru dalam percetakannya tapi masih mengekalkan reka bentuk wang kertas yang sama. Contohnya perkataan SA-PULOH ditukarkan kepada SE-PULUH pada muka depan wang kertas jenis nilai $10. Pada tahun 1976, langkah keselamatan tambahan iaitu imej pendam (latent image) telah digunakan dimana angka Arab akan timbul kelihatan apabila wang kertas ini dicondongkan sedikit pada suatu sudut. Pada awal tahun 1982, wang kertas yang dikeluarkan ditandatangani oleh Gabenor BNM baru Tan Sri Aziz Bin Hj Taha. Pada 1 September 1982, BNM telah mengeluarkan 2 jenis nilai baru $20 dan $500. Wang kertas baru pada keseluruhanya mempunyai reka bentuk baru dan mencerminkan kebudayaan Malaysia. Tera air kepala harimau pada muka depan siri lama telah digantikan dengan potret DYMM Yang Di-Pertuan Agong yang pertama. Wang kertas keluaran baru sejak September 1983 dicetak dengan sketsa bangunan atau mercu tanda penting di ibu kota. Saiz ukuran wang juga lebih kecil berbanding dengan wang kertas siri terdahulu. Pada Februari 1996, BNM telah memperkenalkan RM2 (wang kertas Malaysia dikenali sebagai Ringgit Malaysia,RM). Justeru mata wang jenis nilai RM1, RM5, RM10, RM50 dan RM100 turut diperkenalkan dan direka dengan ciri-ciri keselamatan yang baru. Selepas krisis ekonomi pada tahun 1998, RM500 dan RM1000 telah diberhentikan pengunaannya. Sejarah Matawang dan Kaitan Dengan Hukum Forex jihad pena oleh abu_muadz

Dolar Zimbabwe.. Billionaire tuuu..

Hari ini kalau ada yang berazam untuk tidak mahu menggunakan wang kertas ,orang berkenaan wajib berpindah ke dalam hutan. Begitu sekali sekeping wang kertas bergelar not menguasai seluruh kehidupan manusia.

Apa itu wang kertas? wacana tentang riba dan wang emas tidak mungkin lengkap kalau tidak menyentuh soal wang kertas kerana kedua-dua matawang ini dan riba ada hubung kaitnya dari segi sejarah.

Sejarah mencatatkan bahawa antara wang yang paling awal muncul di dunia ini adalah wang emas yang digunakan pada empayar Rom di Eropah, berkurun lama sebelum kedatangan Islam di bumi Arab. Wang emas terus digunakan oleh dunia Islam dan bahagian-bahagian dunia yang lain setelah keadatangan Nabi Muhammad s.a.w. Kerajaan Melayu Melaka pada kurun ke-14 Masehi juga menggunakan wang emas. Namun, penggunaannya berakhir pada 1924 berikut runtuhnya kerajaan Khilafah Islamiah terakhir iaitu Khalifah Uthmaniah yang berpusat di Istanbul, Turki. Selepas itu, dunia beralih kepada wang kertas yang bersandarkan emas.

Namun, sejarah wang kertas diwarnai misteri, tipu daya dan pembelitan yang dahsyat. Warga Amerika Syarikat, G Edward Griffin dalam buku The Creature From Jekyll Island berkata bahawa titik bermulanya penipuan wang kertas adalah pada 1910. Mesyuarat misteri di pulau Jekyll pada tahun itu membawa kepada penubuhan the Federal Reserve Department (FRD) pada tahun 1913 yang keahliannya bukan di kalangan rakyat atau institusi kerajaan Amerika Syarikat. Sebaliknya dianggotai oleh syarikat milik persendirian asing. Penggunaan perkataan federal (persekutuan) ke atas sesuatu yang berbentuk persendirian adalah pembohongan yang nyata. Kongres Amerika Syarikat pula terpaksa meluluskannya secara curi-curi.

Jabatan ini kemudiannya mentadbir segala urusan kewangan Negara Amerika Syarikat., antaranya mencetak wang kertas Dolar Amerika dan memperkenalkan Fractional Reserve Bangking (FRB) atau Fractional Reserve Requirement (FRR) yang menjadi asas perjalanan sesebuah bank. Sehingga hari ini, FRB digunakakn oleh industri perbankan di seluruh dunia termasuk Malaysia untuk mencipta wang sesuka hati dalam jumlah yang berlipat kali ganda melebihi kekayaan sebenar.

Berikutan penubuhan FRD, banyak peristiwa besar berlaku sehingga membolehkan British mengusai Bandar Jerusalem pada 1919. Penguasaan itu menandakan berakhirnya era Perang Salib yang berlangsung selama 250 tahun antara umat Islam dan Kristian. Dunia pun berubah dengan mendadak. Kemuncaknya ialah kejatuhan Kerajaan Khalifah Uthmaniah.

Peristiwa demi peristiwa terus mengejutkan dunia, antaranya Perang Dunia Pertama dan krisis ekonomi dunia besar-besaran pada 1929. Pada 1944, muncul pula perjanjian Bretton Woods yang melibatkan 44 buah Negara dunia yang bersetuju untuk menyandarkan mata wang kertas masing-masing kepada Dolar Amerika dengan jaminan bahawa USD35 bersamaan dengan satu auns emas.

Negara-negara dunia tidak lagi menyandarkan mata wang kertas kepada rizab emas masing-masing seperti sebelum ini. Setahun selepas Dolar Amerika mendapat daulat berkenaan, International Monetory Fund (IMF) pun ditubuhkan. Pada 1948, Negara Israel mendapat pengiktirafan sebagai sebuah Negara berdaulat di tengah-tengah Negara Palestin yang sah.

Seterusnya pada 1971, kerajaan Amerika Syarikat pimpinan Ricard Nixon hampir bankrap gara-gara Perang Vietnam dan masalah deficit imbangan pembayaran yang berterusan. Tuntutan rasmi terhadap rizab emas Amerika Syarikat melambung kepada USD32 bilion sedangkan rizab emas yang ada hanya satu pertiga. Keyakinan terhadap Dolar Amerika punah. Berduyun-duyun bank pusat negara lain memeras ugut Amerika Syarikat dengan cara menebus pegangan Dolar Amerika masing-masing. Emas mengalir keluar dari Amerika Syarikat lalu dengan sendirinya meruntuhkan nilai Dolar Amerika.

President Richard Nixon Namun Amerika licik bertindak dengan memutuskan ikatan antara Dolar Amerika dan emas. Ini bermakna Amerika Syarikat memungkiri perjanjian Bretton Woods dan bertindak secara unilateral untuk menguburkan sistem piawaian emas.

Selepas 15 ogos 1971, dolar tidak lagi bersandarkan kepada emas. Sejak itu, nilai dolar ditentukan oleh kuasa permintaan dan penawaran pasaran tukaran wang asing. Kesannya, semua matawang dunia berubah menjadi matawang fiat iaitu matawang yang bernilai sifar. Ini bermakna setiap Negara bebas mencetak wang kertas tanpa perlu bersandarkan kepada apa-apa rizab. Kalau ada pun, ia dalam jumlah yang kecil seperti yang ditetapkan oleh Special Drawing Rights IMF. Bayangkan betapa liciknya permainan ini.

Pun begitu apa jua tipu daya tetap ada kelemahannya seperti mana yang disebut oleh Allah dalam alQuran,Firmannya : Maksudnya :

Orang-orang yang beriman dan berperang di jalan Allah dan orang-orang yang kafir berjalan di jalan thaghut, sebab itu perangi lah kawan-kawan syaitan itu kerana tipu daya syaitan itu adalah lemah. [surah an-Nisa, ayat 76]

Sekarang, tabir yang melindungi wajah sebenar wang kertas semakin terungkai. Dunia mula mengetahui apa ada di sebalik wang kertas. Wang kertas tidak mempunyai nilai intrinsik seperti mana wang sebenar (contohnya emas, perak, sebakul barangan dan lain-lain).

Nilai yang dicetak di atas wang kertas kini ditentukan oleh kerajaan yang mengeluarkannya dan kuasa pasaran (market forces). Ini bermakna nilainya bergantung kepada permintaan dan manipulasi pihak yang mengeluarkannya. Ia hanya lah janji untuk membayar dan pihak yang mengeluarkannya tidak semesti menunaikan janji itu. Atas inilah, sebagai contoh, pada wang kertas Ringgit Malaysia yang kita gunakan sekarang, tercetak ayat, wang kertas ini sah diperlakukan dengan nilai..

Duit Fiat Malaysia

Wang kertas digelar fiat kerana ia bukan berbentuk komoditi tetapi dikeluarkan oleh pihak tertentu dan dijamin nilainya oleh pihak yang mengeluarkan. Pengertian sebenar disebalik wang kertas ialah sekadar sekeping kertas yang diterima pakai untuk semua urusan jual beli. Asas penerimaan kertas ini hanya atas dasar kepercayaan terhadapnya. Kepercayaan semata-mata! Itu sahaja! Sekiranya di suatu masa kelak, semua orang hilang kepercayaan terhadap kertas ini lalu ia tidak lagi berguna, sekalipun jumlahnya berguni.

Sejarah membuktikan bahawa dalam peperangan mata wang sesebuah Negara dilanda krisis akan hancur lalu wang kertas dilambakkan seperti bukit di satu tempat dan dimansuhkan dengan cara membakarnya hingga hangus. Di Malaysia, sebahagian besar generasi sebelum merdeka masih lagi mengingati istilah duit pisang atau duit Jepun yang menyaksikan berguni duit kertas tidak mampu untuk membeli secawan beras. Ungkapan duit tak laku bukan lah sesuatu yang asing buat orang lama yang pernah melalui pengalaman buruk itu.

100 Billion leh beli 3 bijik telur.. Ayam bertelur 30 bijik dah leh dapat 1 trillion.. Nice!

Selain wang kertas, wang fiat juga merujuk kepada wang dalam bentuk angka dalam akaun, hutanghutang yang dikeluarkan oleh bank atau institusi kewangan dan kad plastic digital. Wang ini tidak disokong oleh apa-apa aset yang nyata. Nilainya mudah dimainkan oleh speculator matawang yang berniat jahat, tamak dan tidak berperikemanusian.

Krisis ekonomi Asia pada 1997 adalah contoh yang paling dekat dengan kita. Spekulasi dan manipulasi menyebabkan berlaku susut nilai matawang atau lebih buruk, matawang itu langsung tidak bernilai. Keadaan yang dinamakan money meltdown ini sudah pun berlaku dalam tahun-tahun kebelakangan (kejatuhan Dolar Amerika pada 1973 dan 1980). Keadaan ini pasti akan berulang. Krisis ekonomi dunia diramal menjadi lebih teruk berbanding pada tahun 1929.

Sistem ekonomi kapitalis, bank dan institusi kewangan dengan cara tidak bertanggungjawab telah mencipta wang fiat dengan banyak di pasaran sehingga menyebabkan inflasi. Wang itu dicipta melalui kepelbagaian deposit, memberi hutang dan mengenakan faedah. Setiap wang fiat yang didepositkan ke

dalam bank akan mencambahkan tiga wang fiat lagi yang boleh diberikan kepada individu dan syarikat perniagaan. Ekonomi ini adalah ekonomi palsu yang tidak berasaskan kepada pengeluaran sebenar.

Duit kira pakai timbang.. 5 kilo = USD 1

Sesetengah kerajaan mencetak wang sewenang-wenang tanpa bersandarkan kepada pengeluaran sebenar dalam Negara bagi kepentingan pemerintah dan pengekalan kuasa.

Apabila semakin banyak wang dicetak, nilai wang fiat akan berkurangan dan menyebabkan inflasi. Kuasa beli rakyat pula akan berkurangan. Satu wang fiat tidak memungkinkan kita membeli barangan yang sama kita beli seperti sepuluh tahun yang lalu. Ini menjadikan nilai wang kertas fiat hanya terletak pada barangan yang kita beli hari ini. Sebagai contoh, tiga puluh tahun lalu, seseorang yang bergaji RM 1000 sebulan mampu memiliki kereta import berjenama dan sebuah banglo. Hari ini, gaji sebanyak RM 20 000 sebulan belum tentu menjanjikan kereta import dan banglo. Harga barangan menjadi terlalu tinggi iaitu meningkat berkali ganda berbanding peningkatan dalam pendapatan.

Orang sekarang berkerja siang dan malam serta melakukan bermacam-macam jenis pekerjaan, tetapi masih berada di dalam keadaan kekurangan. Harta pada hakikatnya dimiliki oleh bank atau institusi kewangan. Hampir semua orang berhutang dengan bank atau institusi keewangan dan pada bila-bila masa boleh menjadi papa kedana kerana hutang itu. Malah hutang bank juga boleh diwarisi sehingga ke anak cucu.

Kadar pengangguran dan kegagalan syarikat perniagaan pula semakin meningkat dari hari ke hari. Semua ini angkara sistem kewangan fiat yang menyebabkan ekonomi berkembang secara tidak stabil serta mewujudkan jurang besar antara golongan berada dengan golongan tidak berada.

Jelas wang kertas adalah wang yang tidak adil dan tidak jujur. Apabila Amerika Syarikat meluluskan penubuhan FRD dan Amerika Syarikat mengadakan perjanjian Bretton Woods pada 1944, seluruh ummah sebenarnya sudah ditipu hidup-hidup. Inilah penipuan terbesar dalam sejarah manusia.

Dinar Emas Atau Sandaran Emas : Satu Tinjauan Fiqh Sanep Ahmad, Dwi Condro Triono Dinar emas adalah mata wang yang telah diguna sepanjang sejarah pemerintahan Islam sehinggan kezaman khalifah uthmaniyah di turki. Selepas keruntuhan Khalifah Uthmaniyah, negara-negara Islam khususnya dan dunia umumnya tidak lagi mengguna dinar emas tetapi sebaliknya menggunakan mata wang fiat. Setelah menghadapi berbagai masalah dalam mata wang fiat, kini terdapat usaha-usaha untuk kembali semula kepada penggunaan wang dinar emas. Namun demikian satu persoalan asas yang ditimbulkan dalam usaha murni ini ialah sejauhmanakah tuntutan untuk mengguna dinar emas sebagai mata wang dari perpekstif Islam. Adakah Islam memang mewajibkan penggunaan emas dan perak sebagai mata wang ? Tidak bolehkah mata wang diperbuat dengan cara yang lain ? Kertas kerja ini cuba meneliti hukum penggunaan dinar emas mengikut tinjauan fiqh. Kaedah yang diguna adalah secara penggalian hukum (istinbathul-ahkam) berdasarkan sunnah seperti sunnah tasriiyyah, sunnah tarqririyyah, dan sunnah wasailiyyah. Kesimpulan penenelitian mendapati adalah mubah bagi individu untuk menggunakan mata wang fiat / fulus dalam apa jua bentuk selain emas dan perak untuk keperluan muamalah. Namun demikian hukumnya adalah wajib bagi individu dan negara menggunakan nilai emas dan perak, bagi menyempurnakan pelaksanaan kewajiban hukum syarak yang telah ditetapkan seperti penentuan nisab zakat, had mencuri, dan pembayaran diat.

Dinar Emas Dalam Mekanisme Penggunaan Matawang Dunia Salmy Edawati Yaacob, Sanep Ahmad, Wan Kamal Mujani, Ahmad Dahlan Salleh Dinar emas merupakan kepingan syiling emas seberat 4.25 gram yang digunakan sebagai matawang pada zaman awal Islam. Islam telah menetapkan emas dan perak sebagai sesuatu yang penting dalam sistem kewangan kerana fungsinya sebagai alat pertukaran, pengukur dan penyimpan nilai yang terbaik. Syariah juga menyarankan supaya mata wang sepatutnya dalam bentuk emas dan perak kerana ia mempunyai nilai yang stabil. Sejarah penggunaan dinar emas sebagai matawang juga dapat dilihat dalam kronologi penggunaan matawang dunia bermula dengan logam emas dan perak (570 s.m 1700) sebagai matawang, piawaian emas penuh (1717-191) , piawaian emas & wang kertas dan system bretton woods (1926-1971) sehinggalah kepada sistem apungan matawang yang diamalkan hari ini. Justeru, kajian ini menunjukkan bahawa dinar emas sebagai matawang merupakan satu cadangan yang terbaik kerana menepati ciri-ciri sebenar matawang yang dituntut oleh Islam.

Dinar / Dirham Backed Electronic Payment System for Malaysian Market Mohd Nazri Muhayiddin, Elsadig Musa Ahmed In addition to highlighting repeated failures of previous fiat currency systems, this paper also takes a different approach of revealing the fine performance of gold i.e. as far as its purchasing power is

concerned. This study calculates the price of a few inflationary items in terms of Ringgit Malaysia (RM), as well as their corresponding prices in terms of gold (or silver). Having convinced with a fine performance of gold in terms of its purchasing power, it is therefore the aim of this paper to solve the problem of portability inherited in gold. If gold were to be adopted successfully as a payment system, the issue of portability should be correctly addressed or else the masses would not be encouraged to use it. Specifically, this paper proposes the use of e-commerce technology in order solve the portability problem in gold (or silver). Other physical constraints associated with the two precious metals can also be solved through the proposed e-commerce system. Apart from that, empirical studies will also be done on currently operated electronic payment systems in order to study the willingness of Malaysian people to adopt a new payment system. Konsep Dan Aplikasi Produk Wakaf Kontemporari di Malaysia : Saham Wakaf dan Wakaf Saham Siti Mashitoh Mahamood, Asmak Ab Rahman, Azizi Che Seman, Nor Aini Ali, Suhaili Sarif

Kertas ini membincangkan produk-produk wakaf kontemporari yang ditawarkan oleh institusi-institusi wakaf di Malaysia yang melibatkan Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) dan dua buah institusi lain, iaitu Johor Corporation dan YADIM. Kupasan akan dibuat dengan meneliti pemakaian beberapa konsep hukum syarak bagi saham wakaf & wakaf saham serta pemakaian undang-undang yang memperuntukkan mengenai kedua-duanya. Selain daripada itu, pelaksanaan & modus operandi bagi saham wakaf & wakaf saham turut dibentangkan. Tidak ketinggalan juga kertas ini akan melihat masalahmasalah yang dihadapi oleh institusi-institusi wakaf tersebut dalam penawaran kedua-dua produk kontemporari ini. Pengkorporatan Institusi Wakaf di Malaysia : Satu Cadangan Awal Mohamad Salleh Abdullah Kertas kerja ini bertujuan untuk menganalisis kehebatan pengurusan wakaf terdahulu dengan kedudukan pengurusan wakaf di Malaysia masa kini. Hasil analisis mendapati secara perbandingannya sumbangan institusi wakaf terdahulu lebih hebat dan tercapai berbanding era sekarang. Kenapa berlaku demikian ? Hasil analisis karya-karya yang dilakukan mendapati wujud kelemahan yang ketara dalam pengurusan wakaf di beberapa negeri yang menunjukkan ia tidak cekap dan tidak efisyen. Walaupun demikian, tiada usaha serius dilakukan untuk memperbaiki pengurusan wakaf di negeri-negeri ini. Jika begitu, ke mana haluan wakaf ?. Adakah ianya hendak dibiarkan kekal pada status quo sedia ada? Reformasi wakaf perlu kerana wakaf mempunyai peranan besar yang perlu dimainkan. Justeru itu bagi memantapkan pengurusan wakaf, satu cadangan dikemukakan supaya institusi wakaf dikorporatkan. Bancian yang dijalankan di 14 buah negeri di Malaysia termasuk wilayah persekutuan mendapati tiada majlis agama Islam negeri (main) yang melaksanakan pengkorporatan institusi wakaf setakat ini walaupun beberapa buah anak syarikat telah ditubuhkan. Penubuhan anak syarikat di melaka, kedah dan negeri sembilan bukan bertujuan untuk menguruskan wakaf secara keseluruhannya, tetapi lebih kepada penyelesaian salah satu komponen masalah pengurusan wakaf. Cubaan majlis agama Islam negeri pulau pinang (MAINPP) untuk menjadi negeri pertama di Malaysia mengkorporatkan wakaf tergendala kerana kini pulau pinang diterajui kerajaan baru DAP-PKR. Walaupun demikian idea cadangan pengkorporatan wakaf yang dipelopori pulau pinang boleh dijadikan contoh dan model halatuju baru pengurusan wakaf di Malaysia.

Wakaf Tunai: Mekanisma Sumber Pembiayaan IPTA Razali Othman, Rohayu Abdul Ghani Artikel ini akan mengetengahkan wakaf tunai sebagai satu potensi untuk dijadikan sebagai sumber pembiayaan kepada pembangunan sektor pendidikan khususnya institusi-institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di Malaysia. Perbincangan akan memberi tumpuan kepada matlamat pendidikan negara dan beban kos yang ditanggung oleh pihak kerajaan dalam mencapai matlamat tersebut. Krisis kewangan yang berlaku pada tahun 1997 dan diikuti oleh krisis kenaikan harga minyak pada tahun 2008 telah mengugat pelaksanaan perancangan pendidikan di IPTA. Atas alasan pengurangan bebanan inilah, maka kaedah wakaf tunai cuba diketengahkan sebagai sumber dana di alaf baru. Paradigma masyarakat harus berubah supaya tidak melihat IPTA sebagai entiti di bawah tanggungan kerajaan semata-mata, sebaliknya mencari alternatif sumber kewangan lain bagi menjamin keberlansungan pendidikan.

Pelaksanaan wakaf tunai sebagai sumber kewangan di intitusi-institusi pengajian tinggi di negara luar diteliti sebagai landasan pelaksanaan sistem seumpamanya di Malaysia. Kedudukan wakaf tunai di zaman keagungan Islam dan perkembangan wakaf tunai dewasa ini dijelaskan, seterusnya melihat sejauhmana institusi wakaf tunai dapat membantu kerajaan membiayai perjalanan dan pembangunan IPTA. Masalah dan strategi perlaksanaan akan dibincangkan bagi membolehkan wakaf tunai digerakkan sebagai sumber pembiayaan penting IPTA. Penggunaan Satu Matawang Negara-Negara Timur Tengah : Analisis VAR Nor Azira Ismail, Kursimah Harun Kajian empirikal ini bertujuan untuk menilai sama ada negara-negara di Timur Tengah sesuai atau sebaliknya terhadap penggunaaan satu matawang yang sama berdasarkan pembentukan kawasan matawang optimum (OCA). Jika didapati Negara-negara Timur Tengah sesuai terhadap pembentukan kawasan matawang optimum, maka dinar emas dilihat sebagai matawang terbaik yang boleh digunakan. Kajian menggunakan data Gross Domestic Product (GDP) dan Indeks Harga Pengguna (IHP) tahunan iaitu dari tahun 1981 hingga 2000 bagi lapan Negara-negara Timur Tengah yang terdiri daripadaEgypt, Syria, Israel, Jordan, Saudi Arabia, Qatar, Kuwait dan Iran. Kaedah struktur Vector Autoregression (VAR) dua pembolehubah telah digunakan untuk mengenalpasti dasar kejutan dan menguji korelasi dalam setiap kejutan bagi suatu tempoh sampel tertentu. Analisis terhadap fungsi impuls tindakbalas turut digunakan untuk mengukur saiz dan kepantasan pelarasan bagi setiap kejutan. Keputusan kajian menunjukkan hanya terdapat sesetengah kawasan sahaja yang dilihat berpotensi terhadap pembentukan OCA iaitu terdiri daripada Egypt, Syria, Israel, Jordan, Saudi Arabia, Qatar dan Kuwait.Manakala Negara Iran pula adalah kawasan yang dikenalpasti tidak sesuai terhadap pembentukan OCA. Implikasi daripada kajian ini mencadangkan bahawa negara-negara di Timur Tengah tidak sesuai untuk diwujudkan sebagai suatu kawasan matawang optimum. Justeru, penggunaan dinar emas sebagai suatu matawang di negara-negara tersebut didapati sukar untuk dilaksanakan. Sistem Pertukaran Mata Wang Islam : Satu Analisa Kemungkinan Pelaksanaan di Malaysia Muhammad Nasri Md Hussain, Ab Mumin Ab Ghani, Ab Wahab Mat Krisis mata wang asia 1997 yang dialami negara-negara asia timur termasuk Malaysia sepatutnya telah membuka mata banyak pihak dalam bidang ekonomi dan kewangan untuk memperkemaskan sistem penggunaan mata wang dan amalan sistem pertukarannya. Setiap sistem yang telah digunakan sejak dahulu akan mengalami perubahan disebabkan kelemahan yang wujud dan perubahan keadaan serta keperluan. Semenjak tahun 1870 sehingga sekarang, sudah wujud 3 sistem kadar pertukaran mata wang yang digunakan di seluruh dunia iaitu sitem piawaian emas (gold standard) (1870-1914), sistem kadar pertukaran tetap (bretton woods system) (1944-1971), sistem kadar pertukaran terapung (floating currency regime) 1971-sekarang). Dalam mencari alternatif sistem baru yang lebih adil, terdapat pihak yang mencadangkan supaya diperkenalkan sistem mata wang Islam dengan amalan pertukaran dengan konsep al-sarf. Ia telah disepakati oleh ulama silam dan cendiakawan masa kini kerana ia bertepatan dengan al-quran dan al-hadith. Namun begitu terdapat pelbagai pandangan dari segi kaedah pelaksanaan dalam sistem mata wang masa kini yang berteraskan wang fiat. Golongan al-murabitun mencadangkan penggunaan wang emas (Islamic gold dinar), tun dr mahathir mohamad mencadangkan dinar emas Malaysia (Malaysia gold dinar), kerajaan kelantan melaksanakan dinar kelantan (kelantan gold dinar) dan golongan ekonomi dan kewangan semasa yang lebih cenderung menerapkan prinsip Islam dalam sistem mata wang ringgit serta memperkenalkan mata wang negara Islam (oic) seperti euro. Prinsip al-tamathul dan al-qabd dalam konsep al-sarf perlu dilaksanakan dalam sistem tersebut masa kini disamping memperkenalkan peraturan mengindarkan unsur yang dilarang seperti riba, maysir, gharar dan spekulasi. Aktiviti mencari keuntungan di dalam proses jual beli mata wang seperti forex investment dan wang panas perlu dikaji secara mendalam disamping penggunaan semula emas sebagai rizab dan mekanisma pertukaran antarabangsa. Instrumen Pasaran Modal Islam Di Malaysia: Tumpuan Kepada Saham Patuh Syariah, Sukuk Dan REITs Islam Shamsiah Mohamad Instrumen pasaran modal Islam di malayasia semakin berkembang dari sehari ke sehari. Instrumen pasaran modal Islam bermula dengan saham patuh syariah, diikuti dengan dana amanah Islam, sukuk, reits, Islamic exchange traded fund, produk berstruktur Islam dan sebagainya. Kewujudan saham patuh syariah yang dikeluarkan dua kali setahun oleh pihak suruhanjaya sekuriti Malaysia boleh dianggap sebagai titik tolak kepada perkembangan instrumen pasaran modal Islam di Malaysia. Dalam kertas kerja

ini, fokus akan diberi kepada saham patuh syariah, sukuk dan reits Islam. Perbincangan akan tertumpu kepada penjelasan tentang instrumen berkenaan secara terperinci dan isu-isu syariah yang perlu diberi perhatian apabila melibatkkan instrumen-instrumen berkenaan. Conducts of Partners in al-Sharikah al-Mufawadah: An Analysis from Hanafis Classical Sources Joni Tamkin Borhan, Mohammad Taqiuddin Mohamad In the fiqh literature, al-Sharikah is defined as a property or things belongs to several owners or coproprietors in such a way that every one has ownership of every smallest part of it in proportion to the share allotted to him. What the jurists, therefore, understand primarily by al-sharikah is proprietary partnership (sharikah al-amlak) which arises, for example, through inheritance or gift. Sharikat al-Amlak, the essence of which is common ownership of property, cannot be considered as partnership in a strict sense because it has not come into existence by mutual agreement to share profits and risks. The second kind of al-sharikah as understood by the jurists was not only primarily proprietary partnership, but also commercial partnership (sharikat al-`uqud). Commercial partnership in Islamic transactions (muamalah) is usually divided according to the subject of the partnership; the subject of partnership being capital or labour or credit, into three kinds, namely; sharikah al-amwal (partnership in capital), sharikah al`amal (partnership in labour) and sharikah al-wujuh (partnership in credit). Sharikah al-amwal is further classified into two types, i.e. sharikah al-mufawadah (unlimited investment partnership) and sharikah al`inan (limited investment partnership). This working paper will focus on the discussion of sharikah almufawadah and analyse the conducts of partners in this type of partnership as explained by Hanafis earliest sources such as al-Mabsut, Badai`, Fath al-Qadir, Hidayah, etc.

Financing Education : A There Alternatives to Students Loans? Russayani Ismail, Wan Roshidah Fadzim In Islam, investment in human capital is one of the most important social objectives. Equality of opportunity in getting access to education regardless of socio-economic backgrounds should be promoted. However as we witness today students especially from low income families are facing problems with education financing. The establishment of National Higher Education Fund or generally known as PTPTN to provide loans for students suffers major problem when 60 percent of the borrowers defaulted on their payments. The substantial accumulated student loans debt is further aggravated by the current scenario of increasing unemployment rate among graduates. Even though the interest payment on student loans are subsidised by the government but the impact on students debt are huge. Thus in this paper we try to highlight several issues pertaining to student loans and discuss on alternatives methods of student support system in line with the Syariah to replace the current system of financing education.

Kajian Keberkesanan Agihan Zakat Dalam Membasmi Kemiskinan Di Selangor : Tempoh Masa Dan Jumlah Amaun Terimaan Zakat Patmawati Ibrahim Tumpuan kajian ini adalah untuk melihat keberkesanan agihan zakat dalam membasmi kemiskinan dari aspek tempoh masa dan jumlah amaun zakat yang diterima oleh para asnaf fakir dan miskin. Kajian ini bertujuan untuk mencapai beberapa objektif khusus berikut, iaitu i) mengkaji tempoh masa terimaan zakat, 2) mengkaji jumlah amaun terimaan zakat yang optima untuk membantu fakir dan miskin keluar dari kemiskinan, 3) mengkaji faktor-faktor mempengaruhi tempoh masa dan jumlah terimaan zakat di kalangan asnaf fakir dan miskin. Kajian ini mencadangkan bahawa tempoh masa dan jumlah terimaan zakat di kalangan asnaf fakir dan miskin dipengaruhi oleh faktor jantina, umur dan latarbelakang pendidikan serta bilangan tanggungan penerima. Seterusnya,cadangan penambahbaikan agihan Zakat berkaitan jumlah agihan zakat dan jangkamasa terimaan zakat akan dikemukakan. Kajian ini dilakukan menggunakan data primer dari peringkat mikro (primary micro level information). Pengumpulan data dilakukan menggunakan kaedah soal-selidik. Seramai 447 sampel dipilih dari para penerima agihan zakat asnaf fakir dan miskin di Selangor menggunakan kaedah persampelan bertujuan berstrata

(purposive stratified sampling technique). Enam daripada Sembilan buah daerah di Senagor telah dipilih sebagai kawasan kajian, iaitu daerah Petaling, Gombak, Hulu Selangor, Kuala Selangor, Sepang dan Sabak Bernam. Maklumat diperolehi melalui soal selidik yang diedar kepada responden. Data diproses dan dianalisis menggunakan program SPSS. Data dianalisis secara deskriptif dengan menganalisis aspek kekerapan (frequency) dan hubungan silang (crosstabulation) antara variables yang dikaji. Hasil kajian mendapati: 1) Tempoh masa terimaan zakat di Selangor : minima 12 bulan (1 tahun), maksima 240 bulan (20 tahun), mean 43 bulan ((3 tahun) , kekerapan (mode) 36 bulan (3 tahun), 2) Jumlah amaun terimaan zakat : minima RM 00 (tidak mendapat bantuan kewangan); maksima RM 3000; mean RM 300; median RM 130; 3) Tempoh masa dan jumlah amaun terimaan zakat dipengaruhi secara positif oleh faktor jantina, umur , latarbelakang pendidikan serta bilangan tanggungan penerima; 5) Jumlah bantuan yang optima ialah yang dapat menampung jurang kemiskinan isirumah penerima agihan. Manakala bagi jangkamasa terimaan zakat yang optima tidak dapat dibuktikan secara empirical dalam kajian ini. Bagaimanapun secara teori, pendapat Saidina Omar menyatakan bahawa agihan zakat perlu diberi selagi mana ia diperlukan, tanpa had masa. Pendapat ini turut disetujui oleh ulamak-ulamak muktabar yang lain termasuk Yusuf Qardhawi. Walaubagaimanapun perlu diingat bahawa, zakat tidak berhasrat untuk menghasilkan penerima tetap agihan zakat, melainkan disebabkan oleh perkara-perkara yang syarie seperti keuzuran dan lanjut usia.

Analisis Kaedah Taksiran Zakat Pertanian di Malaysia Asmak Ab Rahman, Pazim @ Fadzim Othman, Siti Mashitoh Mahamood, Azizi Che Seman, Nor Aini Ali Kajian ini akan melihat bagaimana kaedah taksiran zakat pertanian yang digunakan khususnya di Malaysia. Mengikut peraturan dan undang-undang zakat di Malaysia, hanya padi sahaja yang diwajibkan zakat pertanian. Manakala, tanaman-tanaman lain selain padi tidak diwajibkan zakat pertanian. Nisab atau kadar zakat pertanian akan dikenakan apabila hasilnya cukup limaawsaq atau lebih. Di Malaysia, kadar 5 awsaq bagi zakat padi ini dinilai pada kadar 300 gantang. Sehubungan dengan itu, kajian ini bertujuan untuk melihat bagaimana kadar 5 awsaq tersebut dinilai berdasarkan kiraan metrik semasa dan bagaimana pentafsiran 5 awsaq tersebut diaplikasi dalam taksiran zakat padi di negeri-negeri di Malaysia. Hasil temubual dengan pihak pusat zakat negeri, majlis agama Islam negeri dan jabatan mufti mendapati bahawa tafsiran 5 awsaq tersebut di setiap negeri di Malaysia adalah berbeza. Pengagihan Zakat Oleh Institusi Zakat Kepada Lapan Asnaf : Kajian di Malaysia Hairunnizam Wahid, Sanep Ahmad, Radiah Abdul Kader Seperti suruhan solat, zakat dijelaskan dalam al-quran secara umum dan tidak secara terpeinci. Al-quran tidak menjelaskan kadar, nisab, jenis harta dikenakan zakat atau syarat-syarat zakat tetapi ia dapat difahami dengan jelas daripada hadis rasulullah s.a.w. walau bagaimanapun dalam aspek pengagihan zakat, al-quran menyatakan dengan jelas zakat perlu diagihkan kepada lapan asnaf tertentu. Ini kerana pada zaman rasulullah s.a.w. telah wujud golongan manusia yang tamak dan inginkan zakat tersebut (qardawi, 2000; hlm 4). Namun begitu menurut qardawi (2000) lagi, ahli ekonomi dan sosiologi sering menghadapi masalah dalam aspek pengagihan cukai tetapi amat efisien dalam mengutip cukai. Masalah ini hampir sama berlaku dalam pengagihan zakat. Persoalan yang lebih kritikal ialah asnaf zakat dinyatakan dengan jelas dalam al-quran dan pentafsiran rigid dalam aspek ini mengikut pandangan ahli ekonomi menjadikan peranan zakat agak terhad. Keterbatasan ini juga memberi gambaran zakat kurang sesuai untuk diguna sebagai sumber pembangunan negara. Oleh itu menurut qardawi, perlu dibincangkan dengan jelas ruang lingkup asnaf zakat khususnya yang berkaitan dengan asnaf fi sabillillah, ibn sabil dan sebagainya. Soalnya ialah adakah langkah memperluas asnaf ini boleh dilakukan? Dan apakah asnaf yang boleh diklasifikasikan sebagai asnaf yang diikhtilaf tersebut? Sehubungan itu kajian ini cuba untuk menerokai asnaf yang diikhtilaf bagi memperluas peranan zakat khususnya dalam pembangunan ekonomi. Hasil kajian mendapati bahawa masih terdapat ruang untuk memperluaskan klasifikasi asnaf dan hasil ini diharapkan dapat membantu pihak institusi zakat mendefinisikan semula asnaf zakat agar kumpulan asnaf yang diikhtilaf dapat diberi perhatian. Perluasan asnaf zakat ini dijangka akan dapat meningkatkan lagi kecekapan pengagihan zakat di Malaysia.

Corporate Zakat Responsibility (CZR): The Case Of Takaful Nasional Berhad Rosylin Mohd. Yusof, Hafizah Abdul Rahim

This paper attempts to review a new concept called Corporate Zakat Responsibility (CZR), introduced and implemented in Takaful Nasional Berhad (TN). This study uses qualitative approach based on the hypotheses proposed by Hopkins, 2004; Ahmad Akram, 2001; Robbin and Cloutar, 1996. In this study we use the similar approach and framework of CSR as a basis of analysis for CZR. CZR is unique in the sense that it only focuses on eight groups of people who are eligible to receive zakat contribution (asnaf). Therefore, this paper seeks to review the practical aspect of CZR as practised by TN. We found that CZR gives greater impact to the company as well as to the society in terms of health, education, accommodation and quality of life. The result of this study shows that CZR gives positive impact toward the society such as increase community relations, better business image and reputation, and mutual interaction in terms of motivations and initiatives as being suggested by Hopkins, 2004; Ahmad Akram, 2001; Robbin and Cloutar, 1996.

A Comparison of Corporate Social Responsibility in Conventional and Islamic Perspectives Nor Aini Ali, Azizi Che Seman, Asmak Ab Rahman, Patmawati Ibrahim, Raja Hisyamuddin Raja Sulong, Joni Tamkin Borhan, Bharuddin Che Pa The emergence of corporate social responsibility (CSR) that has been developed since 1960 in western countries has surge an interest in developing countries including Malaysia. The changes in society social values has lead to this new interest. CSR has become an important idea since the corporate growth and development is not only depend on corporate profit alone but also depending on other factors that contribute to the corporate sustainability in a long terms. CSR is generally known as a corporate commitment to operate economically concerning with their social surrounding. It has been a framework in business ethics and has set up a standard to which a corporation must subscribe in order to give an impact to the society in a positive and productive manner. This article will discuss the comparison of corporate social responsibility in Islamic and conventional perspectives. Issues on CSR from Islamic perspective is not newly discussed but has been exist and become a guideline in Islamic business world. This CSR concept is applicable with the development objectives in Islam as guided such as human development, production of beneficial goods, enhancing high quality of human life and sustainable development. Pemikiran Ekonomi Ibn Qayyim al-Jawziyyah Joni Tamkin Borhan, Che Zarrina Saari Kertas kerja ini menjelaskan sumbangan and pemikiran ekonomi Ibn Qayyim al-Jawziyyah, seorang tokoh pemikir dan Ulama yang hebat dalam kurun ke 13/14 M. Sumbangan pemikiran beliau dalam ekonomi, antaranya, ialah prinsip-prinsip ekonomi Islam, konsep kekayaan dan kemiskinan, ekonomi zakat, teori riba, mekanisma pasaran dan regulasi harga. Hasil Pemikiran ekonomi Ibn Qayyim yang utamanya adalah untuk merealisasikan konsep kebajikan sosial, keadilan dalam ekonomi dan menghapuskan unsur-unsur yang boleh membawa ketidakadilan dalam aktiviti ekonomi yang diakui amat releven dengan persoalan ekonomi semasa.

Islam dan Pembangunan Ekonomi: Kelantan dan Dasar Membangun Bersama IslamAbdul Rahim Anuar, Azizah Md. Yusof Islam menyediakan cara hidup terbaik untuk masyarakatnya dengan pelaksanaan syariatnya. Malah Islam ialah addin. Dengan syariatnya, ia juga memberi penyelesaian terbaik kepada masyarakatnya dalam menangani masalah sosial, ekonomi dan politik. Dalam konteks pembangunan dan pelaksanaan syariat Islam dalam negara, apabila Parti Islam SeMalaysia (Pas) menguasai negeri Kelantan di peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam pilihanraya kebangsaan 1990, ia membuka tirai perdebatan syariat Islam dalam negara. Kerajaan Pas Kelantan telah melaksana beberapa syariat Islam menerusi Dasar Membangunan Bersama Islam. Ia juga telah bercadang untuk melaksanakan hukuman hudud dan qisas tetapi ditolak oleh kerajaan Pusat kerana bertentangan dengan Perlembagaan Malaysia. Dalam pilihanraya umum pada Mac 2008, parti pembangkang melebarkan penguasaannya ke negeri Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor dan Wilayah Persekutuan. Ini memberi ruang kepada negeri lain untuk memakai model pembangunan Islam Kelantan dalam membangun ekonomi negeri masing-masing.

Sekali lagi membangkitkan semula perdebatan pelaksanaan syariat Islam dalam negara walaupun Islam adalah agama rasmi seperti yang termaktub dalam Perlembangaan Malaysia. Pelaksanaan DMBI di Kelantan telah memberi dampak positif kepada pembangunan ekonomi negeri. Walaupun negeri Kelantan antara negeri termiskin dan mempunyai sumber kewangannya yang terhad, kerajaan PAS Kelantan masih mampu menjana pertumbuhan ekonominya dan mentadbir urus kewangannya dengan baik. Justeru menolak pandangan yang Islam menghalang pembangunan. Kajian empirik lain seperti Geertz (1968), Rodinson (1978), dan Noland (2003), Abdul Rahim dan Azizah (1998), Muhammad (1999) dan Abdullah (2002) adalah contoh kajian yang terawal dan terkini yang menganalisa hubungan antara Islam, masyarakat dan pembangunan dengan kesimpulan yang Islam tidak menghalang pembangunan.Pertumbuhan Ekonomi Negara OIC: Tinjauan Ke atas Negara Berpendapatan Sederhana dan Pengeksport Minyak di Rantau Asia Pasifik Mohd Hafiz Abdul Wahab, Md Zyadi Md Tahir, Sanep Ahmad, Mohammad Taqiuddin Mohamad Kajian ini adalah untuk menganalisis prestasi pertumbuhan ekonomi dan mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi pertumbuhan ekonomi negara OIC di rantau Asia Pasifik iaitu tinjauan ke atas negara pengeksport minyak dan negara yang berpendapatan sederhana. Kajian berdasarkan kepada pembolehubah Pelaburan Langsung Asing(FDI), perbelanjaan kerajaan, kadar pertumbuhan penduduk dan kadar inflasi untuk tempoh 1985-2005. Untuk memenuhi objektif kajian ini, analisis penganggaran menggunakan perisian E-views telah dilakukan untuk menilai hubungan dan pengaruh setiap pembolehubah dengan pertumbuhan ekonomi. Hasil kajian empirik mendapati bahawa perbelanjaan kerajaan, kadar inflasi dan Pelaburan Langsung Asing (FDI) adalah faktor-faktor yang mempengaruhi pertumbuhan ekonomi di kebanyakan negara anggota OIC yang dikaji. Faktor-faktor ini jugalah yang menerangkan perbezaan di dalam pertumbuhan ekonomi antara negara tersebut. Kajian ini juga mendapati faktor perbelanjaan kerajaan adalah sebagai faktor utama yang banyak mempengaruhi pertumbuhan ekonomi. Manakala faktor kadar pertumbuhan penduduk pula adalah faktor yang kurang mempengaruhi pertumbuhan ekonomi.

Sejarah Penciptaan Duit Kertas Moden (Wang Fiat) mursyidi | Aug 23, 2011 | 2 comments Share Assalamualaikum wbt dan Salam Ramadhan. Semasa menghadiri Seminar Malapetaka Ekonomi Global 2012 pada 8 Mei yang lalu, saya didedahkan tentang sejarah penciptaan duit kertas moden atau wang fiat dan kesannya kepada ekonomi dunia. Hyperinflation yang berlaku kepada Zimbabwe telah membuka mata saya tentang sistem kewangan barat yang diguna pakai di seluruh dunia. Beberapa hari yang lalu, sahabat saya ada kongsikan artikel berinformasi berkenaan penciptaan duit kertas moden, tulisan Ust Zaharuddin. Isu yang rumit ini telah berjaya dikupas dengan bahasa yang mudah difahami. Selamat membaca dan menambah ilmu pengetahuan Penciptaan Duit Kertas Moden, Hukum & Forex Trading oleh Zaharuddin Abd Rahman Apa itu duit kertas yang ada di sekeliling kita hari ini dan bagaimana ia dicipta ? Siapa yang mencetaknya dan atas dasar apa? Bukan proses pengilangannya yang dimaksudkan tetapi adalah di atas asas apa? bersandarkan kepada apa? siapa dan bagaimana nilainya terhasil jika bukan dari emas dan perak? Penulisan ini akan cuba memberikan sedikit gambaran mudah berkenaan hal ini, diikuti dengan sedikit ulasan para ulama tentangnya. Ia adalah isu yang rumit untuk diringkas dan dipermudahkan kepada kefahaman awam, namun saya cuba setakat yang termampu. Sebarang tambahan penjelasan dari mereka yang pakar adalah dialukan.

Perlu diingat, tulisan ini ditujukan kepada merkera yng bukan specialize di bidang ini, maka saya tidak pergi kepada perincian dalam banyak perkara bagi mengelakkan kekeliruan kefahaman. Bagi mereka yang pakar juga, saya nasihatkan anda bahawa tulisan ini tidak menjanjikan sebarang ilmu baru buat anda. APA ITU DUIT? Secara mudahnya, semua item yang diterima umum sebagai perantara (medium of exchange) untuk pertukaran sesuatu barang dan khidmat, ia boleh dianggap sebagai duit. Ada yang menggunakan batu tertentu, kulit kerang, garam sebagai duit. Kerajaan Roman memulakan penggunaan siling emas (denarius) and Parsi menggunakan koin perak (drachma) sebagai matawang mereka. Menurut sejarah, semasa kebangkitan Nabi Muhammad s.a.w , baginda berterusan menggunakan dua jenis matawang Roman dan Parsi ini dan dikenali sebagai Dinar ( emas) dan Dirham ( perak). Selain itu wujud juga matawang jenis lain yang dihasilkan dari tembaga, dan lain-lain barangan bernilai seperti permata dan ain-lain. Sejarah membuktikan, penggunaan emas dan perak sebagai matawang telah diiktiraf oleh Nabi s.a.w dan para sahabat baginda dan telah memainkan peranan yang amat penting sebagai matawang. Sehingga hukum berkaitannya disebut khusus oleh Nabi s.a.w. Dalam perkembangan sistem ekonomi pelbagai kerajaan di dunia, mereka berterusan menggunakan matawang dari emas dan perak ini sehinggalah ia sedikit diubah bagi menambah kemudahan penggunaannya. Perubahan paling ketara bermula pada tahun 1971. Penerangan selanjutnya berkenaan hal ini akan menyusul. FUNGSI DUIT Apabila melihat kepada fungsi duit, kebanyakan penulis-penulis ekonomi dan kewangan akan menggaruskan berikut :1) Medium of exchange

Perantara kepada urusan jual beli barang dan khidmat. Inilah fungsi duit yang pertama. Dahulunya, orang menggunakan sistem barter (atau muqayadhah iaitu tukar barang dengan barang), Oleh sebab itu, setiap pembeli dan penjual mesti mencari orang yang boleh bertukar dengannya. Ini amat sukar. Sebagai contoh Ahmad mempunyai sebuah kereta tetapi berkehendakkan kepada sebuah van. Ali memiliki van dan berkehendakkan kepada sebuah kereta. Bagaimana keduanya boleh bertemu jika kedua-duanya saling tidak mengenali dan berada di kawasan berbeza?. Sememangnya amat rumit, hasil dari itu wujulah matawang atau duit. Ia akan berfungsi sebagai perantara kepada hasrat Ahmad dan kehendak Ali. Kedua-dua mereka boleh menjualkan kereta dan van masing-masing dan menerima sejumlah wang dari pembeli masing-masing di kawasan masing-masing.

Seterusnya wang yang diperolehi boleh digunakan untuk membeli kereta dan van yang masing-masing inginkan tanpa perlu bertemu. 2) Store of value

Duit juga berfungsi sebagai pemegang nilai untuk masa akan datang. Untuk itu ia sepatutnya mempunyai nilai tersendiri serta boleh dirujuk dan tidak kerap berubah. Hanya dengan itu, ia memegang nilai untuk beberapa tempoh masa dan boleh pula dirujuk. Sebagai contoh, emas, kambing dan lain-lain lagi. Namun hari ini, wang kertas telah dibebankan dengan fungsi ini walalupun sebenarnya ia tidak layak. Akan diulas kemudian. Sebagai contoh, katalah emas satu gram boleh ditukar dengan 20 kg beras. Dalam tempoh dua tahun, boleh dirujuk kepada nilai emas satu gram tadi, sama ada ia masih boleh membeli 20 kg beras atau mungkin lebih lagi. Justeru, harga barangan lain boleh dinilai dan disandar kepada nilai emas iaitu duit. Dalam konteks duit kertas moden hari ini pula, wang berjumlah RM 5 pada 1 Julai 2008 boleh membeli sekilo ayam, dan dalam tempoh beberapa tahun akan datang jumlah yang sama sepatutnya masih boleh membeli kuasa beli yang sama iaitu seklio ayam. Itulah fungsi duit, iaitu mampu mengekalkan nilainya bagi memberikan kuasa beli pada masa akan datang. 3) Unit of account

Ia diperlukan untuk menentukan dan mengetahui nilai sesuatu barang, agar proses pertukaran hak milik (jual beli) dapat dijalankan dengan berkesan. Sebagai contoh, sebuah laptop, bagaimana kita ingin menyebut berkenaan nilai dan harganya jikalau terdapat pembeli?. Adakah dengan saiznya?, beratnya atau apa?. Sudah tentu kita memerlukan satu nilai kira-kira khusus yang boleh difahami oleh pembeli dan juga penjual, maka itulah fungsi duit. Bertindak sebagai unit kira-kira (unit of account), iaitu kita tahu nilai dan harga laptop tadi nya adalah RM 3500. Itulah unit of account. Untuk memenuhi tiga tujuan dan fungsi duit di atas, ia memerlukan syarat berikut bagi menjadi duit yang berkesan :1. Standardizable nilainya boleh ditentukan dengan mudah. 2. Diterima meluas - punyai nilai tersendiri atau hasil penetapan oleh undang-undang. 3. Divisible Punyai nilai yang boleh dibahagi-bahagikan untuk proses tukaran. 4. Mobile Mudah dibawa ke sana ke mari. 5. Stable and durable Stabil dan tidak mudah hancur, musnah dan hilang yang diakibatkan oleh struktur bentuk sendiri, sebagai contoh tidak seperti aiskrim yang boleh cair. BERKENAAN PENCIPTAAN WANG

Saya juga sertakan sedikit petikan berkenaan sejarah penciptaan wang money creation agar kita dapat memahami hakikat duit kertas yang berada di dalam poket kita hari ini dan apakah pendirian Islam berkenaannya. Untuk memahami serba sedikit berkenaan duit kertas hari ini, beberapa perkara berikut mestilah difahami :1) SISTEM BRETTONS WOODS

Perbincangan berkenaan matawang kertas sukar dipisahkan dari info berkenaan sistem Bretton Woods, ia adalah satu persidangan antarabangsa selepas Peperangan Dunia Kedua, membincangkan kaedah terbaik untuk membangunkan semula ekonomi dunia yang meleset teruk akibat perang. Hasil dari persidangan ini, lahirlah Bank Dunia (world bank) dan juga International Monetary Fund (IMF). [1] Dalam perkara matawang, keputusan mereka memperkenalkan matawang kertas yang mempunyai nilai tukaran yang tetap (fixed exchange rate). Nilai United States Dollar telah diikat dengan 1/35 dari troy ounce (888.671 milligram emas), kemudian matawang dari negara-negara lain pula diikat dengan nilai US Dollar. Pihak kerajaan AS ketika itu pula berjanji akan membolehkan tebus tuntut (redeemable) setiap USD yang ada di tangan mana-mana pihak kepada emas sebenar. Persidangan Bretton Woods padatahun 1944 ini membawa kepada kewujudan wang yang disandar dan diikat kepada emas. Ia dinamakan gold backed paper money, iaitu duit dalam bentuk kertas sebagai ganti kepada matawang emas, ia dijangka lebih baik kerana lebih ringan, mudah untuk dibawa serta dipinda dan disimpan. Ia juga dikenali sebagai representative money, kerana ia mewakili sejumlah emas atau perak yang berada di dalam simpanan bank. Pada tahun 1971, perjanjian tadi telah dibatalkan, antara puncanya adalah disebabkan oleh jumlah emas fizikal yang tidak mencukupi untuk menampung lambakan wang kertas di dalam pasaran. Memang sepatutnya setiap matawang yang dicetak mestilah terdapat emas di belakangnya. Namun, masalah bermula apabila pihak kerajaan USA mencetak matawang kertas yang lebih banyak dari jumlah emas fizikal yang berada di dalam simpanannya. Tindakannya itu dinamakan fractional reverse system. Sistem dan istilah ini MESTI difahami bagi melengkapkan kefahaman anda berkenaan penciptaan duit. Perlu diketahui juga, bahawa wang kertas USD cetakan US ini boleh ditebus dengan emas fizikal bagi mana-mana pihak antarabangsa tetapi tidak bagi rakyat mereka. Hasilnya, kerajaan Perancis menuntut emas fizikal apabila membawa sejumlah besar wang kertas US Dollar. Keadaan ini membimbangkan US kerana jumlah emasnya yang terhad serta juga bimbang tindakan Perancis akan ditiru oleh kerajaan negara lain. Jika ini berlaku, kerajaan US akan dipenuhi dengan duit kertas tanpa nilai emas lagi. 2) FRACTIONAL RESERVE BANKING AND REQUIREMENT

Kerajaan US memberikan gambaran berikut untuk menerangkan istilah ini dan mengapa ia diperlukan:

The fact that banks are required to keep on hand only a fraction of the funds deposited with them is a function of the banking business. Banks borrow funds from their depositors (those with savings) and in turn lend those funds to the banks borrowers (those in need of funds). Banks make money by charging borrowers more for a loan (a higher percentage interest rate) than is paid to depositors for use of their money. If banks did not lend out their available funds after meeting their reserve requirements, depositors might have to pay banks to provide safekeeping services for their money. For the economy and the banking system as a whole, the practice of keeping only a fraction of deposits on hand has an important cumulative effect. Referred to as the fractional reserve system, it permits the banking system to create money. [2] Justeru.. Fractional reserves banking adalah satu sistem ini menetapkan pihak bank untuk MENGEKALKAN sebahagian dari jumlah wang yang disimpan oleh pendeposit dan menggunakan bakinya untuk memberi pinjaman kepada pelanggan lain. Investopedia mentakrifkannya sebagai A banking system in which only a fraction of bank deposits are backed by actual cash-on-hand and are available for withdrawal. This is done to expand the economy by freeing up capital that can be loaned out to other parties. Most countries operate under this type of system. [3] Maka kesimpulannya, sistem fractional reserves banking adalah sistem yang membenarkan pihak bank menyimpan sebahagian dan meminjamkan bakinya atas alasan menggalakkan perkembangan ekonomi, manakala Fractional Reserves Requirement adalah jumlah minima despoit (wang simpanan) yang WAJIB DISIMPAN. Di Malaysia, syarat yang ditetapkan hanyalah 4% dari jumlah simpanan seorang pendeposit, terdapat pula negara yang meletakkan 10% atau 20% atau 50% wajib disimpan, bakinya boleh dipinjamkan. Sebagai contoh mudah untuk menambah kefahaman ianya begini; katalah kita di sebuah negara yang meletakkan 20% sebagai fractional reserves requirement, lalu halnya seperti di bawah: John menyimpan wang tunainya sebanyak seribu ringgit (USD1000) kepada Bank A. Bank A menerimanya dan WAJIB tidak menggunakan 20% dari jumlah itu iaitu USD200. Manakala bakinya sebanyak USD 800 boleh dipinjamkan. Katalah Encik Umar telah membeli perabor secara hutang dari Encik Ali dan ingin meminjam wang dari bank bagi menyelesaikan hutangnya. Bank memberikan pinjaman USD 800 dengan kadar interestsebanyak X dalam tempoh 10 tahun. Dengan cara ini, bank berhasrat menambah asetnya.

Apabila Encik Umar menerima wang itu, ia terus menggunakannya bagi membayar perabot yang dibelinya dari Encik Ali. Encik Ali selepas itu menyimpan hasil jualan perabot tadi di dalam akaunnya di Bank B. Jumlah USD 800 dimasukkan ke bank komersial B. Tatkala itu bank B mestilah menyimpan 20% darinya iaitu USD 160. Bakinya sebanyak USD 640 akan dipinjamkannya kepada pelanggan lain dengan interest juga. Begitulah pusingan wang di semua bank-bank dan peminjam. Katalah ia berterusan sehingga Bank K. Kesimpulannya, setiap kali terdapat orang yang menyimpan duit di bank, setiap kali itulah ia mempunyai kuasa untuk mencipta wang melalui pinjaman dengan interest. Setiap kali wang dicpta melalui interest, jumlah wang di dalam pasaran bertambah dan ia akan membawa kesan inflasi. Proses pertambahan dan pergandaan wang asal yang disimpan ini boleh berganda mengikut teorinya sebanyak 500%. Ia dinamakan proses money multiplier. Untuk lebih mudah faham, sila lihat rajah di bawah. Bagaimana simpanan RM 1000 menjadi RM 4000 dalam pasaran Nama Bank Jumlah disimpan Jumlah pinjaman Reserves diberikan 800 640 510.2 400.96 320.77 260.21 200.97 160.78 130.42 200 160 120.8 100.24 80.19 60.55 50.24 40.19 30.36

A B C D E F G H I

1000 800 640 510.2 400.96 320.77 260.21 200.97 160.78

J K

130.42 100.74

100.74

20.68

Total Reserves: 890.26 Jumlah Keseluruhan Simpanan 4570.05 Keseluruhan yang dipinjamkan 3570.05 Total Reserves + Last Amount Deposited: 1000

Bayangkan dengan simpanan RM 1000 itu, menyebabkan wang itu berlegar dalam sistem perbankan sesebuah sehingga boleh menyebabkan penciptaan wang sebanyak RM 4570.05 dalam pasaran. Padahal, wang tunai yang sebenarnya hanyalah RM 1000. Inilah hasil fractional reserve banking system. Sila lihat graf ini pula:-

Rajah : Graf money multiplier Ia menjelaskan bagaimana fractional reserve requirement yang ditentukan oleh kerajaan atau bank negara memberikan kesan kepada maksimum pergandaan wang dalam pasaran. Inilah juga yang sedang berlaku di bank-bank komersial di seluruh dunia termasuk Malaysia. Apa yang anda faham? Cuma di Malaysia, pergandaannya tentulah lebih dahsyat kerana peratusan fractional reserve di Malaysia adalah 4 % sahaja. Justeru grafnya akan menaik ke atas dengan lebih tinggi. 3) DUIT KERTAS FIAT (FIAT MONEY)

Setelah faham apa itu fractional reserve banking dan requirement, adalah lebih mudah untuk kita faham bagaimana duit kertas hari ini dicipta. Semuanya bermula pada tahun 1971, munculnya Fiat Money iaitu duit kertas yang ada di sekeliling kita hari ini. Ia adalah wang kertas yang tidak disandarkan kepada apaapa precious metals seperti emas dan perak. Ia bukan lagi representative money sebagaimana yang diterangkan sebelum ini. Ada yang berpendapat fiat money dicipta kerana jumlah emas yang tidak mencukupi untuk mengimbangi pertumbuhan ekonomi yang begitu cepat. Lombong-lombong emas gagal menghasilkan emas yang mencukupi untuk penciptaan wang. Maka atas dasar ingin melonjakkan pertumbuhan ekonomi, pergantungan kepada emas fizikal tidak lagi berkesan. Natijahnya fiat money dicipta. Perkataan fiat pula berasal dari perkataan latin yang bermaksud let it be done. Memang benar, fiat money yang wujud hari ini boleh dicetak oleh kerajaan berdasarkan kehendak mereka, sebagaimana yang dikatakan dicipta from the thin air atau dari angin sahaja. Menurut investopedia, fiat money dijelaskan sebagai Currency that a government has declared to be legal tender, despite the fact that it has no intrinsic value and is not backed by reserves. Historically, most currencies were based on physical commodities such as gold or silver, but fiat money is based solely on faith. [4] Jelasnya, apakah asas penciptaan wang kertas hari ini?. Ia hanyalah berdasarkan kehendak dan keyakinan dan kepercayaan orang ramai terhadap nilainya. Jika tiba-tiba semua rakyat di dunia, enggan mengiktiraf USD dalam transaksi mereka. nilai USD akan menghadapi masalah, demikian juga Ringgit Malaysia. Nilainya wang kertas fiat ini pula kebanyakkannya ditentukan oleh keyakinan manusia kepada kerajaan yang mengeluarkannya, ia dibiarkan terapung floating mengikut suasana ekonomi di sesebuah negara. Sebab itulah jika kerajaan sewenang-wenangnya mencetak wang kertas fiat, ia sama sekali tidak menjadikannya kaya, malahan nilai matawangnya semakin menjatuh. Biasanya apabila perang berlaku atau masalah ekonomi berlaku seperti di US dan Eropah di waktu ini, kerajaan melalui bank negara mereka akan mencetak lebih banyak wang kertas fiat bagi menghadapi urusan peperangan atau masalah kredit, apabila cetakannya begitu dahsyat sampai melebihi perkembangan sebenar ekonomi dalam negara tersebut, inflasi atau susut nilai matawang akan berlaku. Proses pertambahan jumlah wang kertas dalam pasaran dunia atau sesebuah negara ini dinamakan money supply. Justeru, cetakan wang kertas dalam sesebuah negara MESTI dikawal oleh kerajaan sebaiknya, selaras dengan perkembangan industri dan perniagaan dalam negaranya, jika tidak jumlah wang kertas yang dihasilkan melebihi kadar pertumbuhan industi dan perniagan sesebuah negara itu, hasilnya nilai matawangnya akan jatuh merudum dan kuasa beli mengecut. Tatkala itu inflasi akan berlaku. Contoh

mudahnya, jika dahulu RM 5 boleh membeli ayam sekilogram, selepas inflasi RM 5 hanya boleh membeli kilo ayam. 4) INFLASI DUIT KERTAS FIAT SECARA SEMULAJADINYA DICIPTA DENGAN INTERESTPENYEBAB

Ini satu lagi hakikat yang mesti difahami. Ia amat berbeza dengan sistem kewangan Islam. Namun saya belum berkesempatan untuk menghuraikan lanjut bagi mengelakkan artikel ini menjadi terlalu panjang. Dalam sistem konvensional hari ini, setiap duit yang dikeluarkan adalah dianggap barang dagangan (komoditi) yang mesti menghasilkan keuntungan dengan sendirinya. Mereka percaya cara mendapatkan keuntungan adalah melalui interest yang dikenakan kepada peminjam. Ini amat bertentangan dengan Islam yang menghalalkan keuntungan dicapai melalui proses jual beli. Mengapa berbeza?. Kerana proses jual beli memberikan ruang pertumbuhan ekonomi secara menyeluruh, membuka peluang kerja, peluang supplier barangan, pembekal pasir, kontraktor, pembekal kertas dan ramai lagi akan mendapat manfaat dari proses penghasilan keuntungan melalui jual beli. Sangat berbeza dengan pemikiran konvensional yang ingin menghasilkan duit dari pinjaman duit. Bagi mereka duit dan wang dengan sendirinya adalah komoditi, ia adalah ibarat sebuah rumah, minyak petrol dan gas, kereta, lembu atau ayam yang boleh menghasilkan duit samada dengan menyewakannya, menjual atau meminjamkan. Ia mesti membawa hasil pulangan. Sekali lagi ditegaskan, setiap wang kertas fiat yang dikeluarkan oleh bank atau sesebuah kerajaan dilahirkan dengan interest di sebaliknya atau bersamanya, sejak dari mula asal usul penciptaannya. Beginilah, katalah ENCIK ROBIN satu-satunya manusia berdikari yang ingin menggunakan wang kertas fiat di Bandar Gotham. Hanya ada sebuah bank di Bandar Gotham, iaitu bank D. (contoh ini adalah bersifat fiction tetapi ia hanya untuk memberi tambahan kefahaman bagaimana sistem bank mencipta wang kertas, riba bersamanya dan kesannya jumlah keseluruhan wang kertas dalam pasaran) Tiada sebarang wang kertas dalam pasaran dunia Gotham ketika itu. Kini En Robin memerlukan wang sebanyak Gotham Dollar 2000. Permohonan kepada bank dibuat, bank mencipta wang yang diminta dari thin air dari angin tanpa sebarang sandaran. Dipinjamkannya kepada En. Robin Gotham Dollar 2000 itu dengan interest sebanyak Gotham Dollar 500. Masalahnya, dalam pasaran dunia itu, wang yang wujud hanyalah Gotham Dollar 2000 sahaja kerana itulah duit pertama yang dicipta oleh Bank di Bandar Gotham. Justeru, bagaimana En Robin ingin mendapatkan lagi Gotham Dollar 500 untuk menyelesaikan interest kepada bank D sedangkan tidak wujud Gotham Dollar yang lain selain 2000 yang baru dicipta tadi.? Jawapnya, Robin terpaksa pergi kepada Bank D sekali lagi, kali ini ingin meminjam Gotham Dollar 500 pula kerana berhasrat ingin menyelesaikan hutangnya dengan interest. Bank memberi pinjam Gotham Dollar 500 tetapi sekali lagi ia dikeluarkan dengan interest, kali ini sebanyak Gotham Dollar 50.

Sudah tentu sekali dan berjuta kali lagi en Robin akan di bank yang sama membuat perkara yang sama dan hutangnya juga akan selesai. Itulah sistem kewangan dunia hari ini. Mereka mengganggap setiap duit yang tercipta mesti membawa pulangan. Bezanya, terdapat ramai yang meminjam dan banyak bank yang menyediakannya bermula dari Bank Negara. Itulah yang berlaku, dan itulah asas duit kertas fiat. Dicipta asalnya oleh Bank Negara dan dipinjamkan kepada bank-bank komersial yang lain dengan interst, kemudian bersandarkan sistem FR dan money multiplier tadi, ia berkembang biak dalam pasaran sesebuah negara dan mengalir ke luar negara. Pihak bank negara pula mengesahkan wang kertas fiat tadi mempunyai nilai untuk membayar segala jenis hutang awam dan swasta. Itulah status legal tender yang tercatat di matawang kertas kita dan USD hari ini. HUKUM WANG KERTAS FIAT & PANDANGAN ULAMA Telah dsebutkan tadi wang kertas fiat tidak disandarkan kepada apa jua precious metal, ia tidak punyai nilai sendiri dan hanya bersandar kepada kepercayaan dan tanggapan umum terhadapnya. Selain itu, ia juga dilahirkan bersama interest, nilainya sentiasa mengecut akibat inflasi dari sistem fractional reserve. Jika itulah keadaannya, apakah hukumnya? Bagi menentukan hukumnya, para ulama cuba melihat adakah wang kertas fiat ini sama seperti emas atau tidak?. Sistem penciptaan wang kertas fiat sebegini juga dilihat TIDAK ADIL sama sekali buat setiap individu yang berusaha. Bayangkan individu yang berusaha keras lalu berjaya, dan mempunyai simpanan berbillion ringgit Malaysia. Tiba-tiba akibat kepercayaan antarabangsa kepada Ringgit Malaysia jatuh, nilai dan kuasa beli yang dimiliki oleh RM turut akan jatuh merudum, inilah proses hyperinflation yang berlaku kepada Zimbabwe sekarang. Jikakalau keadaan ini berlaku kepada Malaysia ( moga dijauhkan Allah), dan jikalau individu berjaya tadi masih tidak menukarkan wang kertas fiat yang tersimpan di banknya kepada aset berharga seperti emas, perak dan properties, SUDAH TENTU NILAI BERBILLION TADI MENJADI BEBERAPA RINGGIT SAHAJA. Adakah sistem MATAWANG SEBEGINI baik, maju lagi hebat? Tidak sama sekali, malah inilah sistem yang membenarkan usaha keras dirompak oleh sesiapa sahaja! Inilah yang belaku kepada negara kita apabila George Soros melambakkan wang Ringgit sehingga jatuh nilainya begitu deras. Selagi kita terus dengan sistem ini, selagi itulah kita boleh diugut oleh negara kaya, malah individu kaya turut boleh menjatuhkan nilai ringgit kita dalam masa satu minit.!! Tidak keterlaluan jika saya katakan, sistem wang kertas fiat adalah SATU PERANGKAP yang dibuat oleh negara barat, dalam masa yang sama mereka juga terperangkap oleh perangkap yang dicipta mereka.

Jikalau matawang kita berasaskan emas dan perak yang punyai nilai tersendiri dan tidak bersandar kepada kepercayaan dan keyakinan serta persepsi umum terhadap ekonomi negara kita. Adakah masalah yang disebut tadi akan berlaku?. InshaAllah tidak. Ibn Sina pernah berkata : Ertinya : Ini adalah dari hikmah yang dikurniakan Allah pada dua jenis logam ini (emas dan perak) dan kesukaran menemuinya (scarcity) sehingga itu ia mampu menjadi penyandar nilai usaha manusia (sebagai perolehan dan matawang),..maka jikalau boleh sifat kedua-duanya (emas dan perak) itu diperolehi dengan mudah (secara tidak hakiki seperti apa yang ada pada matawang fiat kertas), maka akan terbatallah hikmah penciptaannya oleh Allah, dan banyaklah yang boleh memilikinya sehingga menyimpannya(memilikinya) tidak sebarang erti.[5] Tamadun Islam tidak pernah menghadapi masalah inflasi yang teruk kerana emas dan perak sentiasa mampu mendapat tempat di hati manusia. Oleh kerana kewujudan emas dan perak yang terhad, itulah hikmah yang menjadikan nilainya sentiasa kekal. [6] Jika berlaku sedikit inflasi di zaman pemerintahan Islam, ia adalah kerana wang-wang sampingan iaitu wang bernama fulus terlebih sebaran di dalam pasaran. Fulus adalah duit sampingan untuk transaksi kecil. Ia pernah dicipta di zaman pemerintahan Islam, ia dibuat dari bahan murah seperti campuran besi dan tembaga tanpa nilai tersendiri yang tinggi. Nilainya ditetapkan oleh kerajaan, ia menjadi popular dan tersebar di zaman Al-Malik An-Nasir sekitar tahun 806, sebelum itu semua zaman pemerintahan Islam hanya menggunakan EMAS dan PERAK sahaja sebagai matawang utama. [7] Menurut Prof. Dr Ali Muhyiddin Al-Qurrah Daghi, fulus sesuai disamakan keadaannya dengan matawang fiat kertas di zaman ini kerana kedua-duanya tiada nilai tersendiri.[8] Imam Asy-Syafie pernah menolak tindakan menjadikan logam selain emas dan perak sebagai matawang. Malah beliau amat tegas sehingga menolak sebarang qiyas terhadap emas dan perak. Namun ulama mazhab Syafie berpendapat qiyas dalam hal ini masih wujud sekiranya ia mempunyaiillahathman ( store value ). [9] Melalui persidangan dan mesyuarat Majlis Fiqh Antarabangsa, para ulama dengan bantuan pakar ekonomi dan kewangan kontemporari berijtihad secara jamaaie dalam menentukan kedudukan wang kertas fiat ini. Adakah ia sama hukumnya seperti emas dan perak walaupun ia tidak punyai nilai fizikal tersendiri(intrinsic value) atau ia bagaimana? Setelah diskusi panjang lagi teliti dan terperinci pada tahun 1986, lalu petikan keputusan mereka adalah [ nombor 31 ( 3/9) ] :-

Ertinya : Berkenaan hukum wang kertas fiat : Ia adalah matawang pada hukumnya disebabkan padanya terdapat sifat nilai harga yang lengkap, dan oleh itu semua hukum hakam yang ada pada emas dan perak adalah jatuh kepada wang kertas fiat seperti hukum berkaitan riba, kewajiban zakat, jual beli secara salam, dan seluruh hukum emas dan perak. (qararat wa tawsiat, Majma Al-Fiqh Al-Islami, hlm 40 ) Keputusan untuk mengaplikasikan hukum emas dan perak ke atas wang kertas fiat ini adalah bertepatan dengan pandangan Umar al-Khattab. Khalifah Umar pernah berhasrat menjadikan kulit kerbau sebagai matawang, tetapi ia membatalkannya kerana bimbang akan ada yang pinjam meminjam kerbau maka jatuh kepada riba. [10] Ini beerti Umar melihat apa sahaja yang dijadikan matawang walaupun selain emas dan perak, hukum riba masih tetap ada padanya. [11] Demikian juga apa yang disebut oleh Imam Malik bin Anas :Ertinya : Sekiranya orang ramai membenarkan sesama mereka untukmenjadikan kulit sebagai dibentuk menjadi wang, nescaya akan aku larang ianya dijual dengan emas dan perak secara tangguh [12] Ia jelas menunjukkan pendirian Imam Malik bin Anas, dan boleh kita adaptasikan pandangannya dengan wang kertas fiat hari ini. Jika kita kembali merujuk dan melihat kepada cara penciptaan matawang fiat (yang telah disebutkan di atas) ini sudah tentu hukum penggunaannya adalah HARAM disebabkan cara penciptaannya. Namun setelah para ulama melihat kepada faktor cengkaman ekonomi dunia kontemporari di tangan bukan Islam dan keperluan mendesak untuk penggunaan matawang fiat disebabkan ketiadaan alternatif di hadapan mata sepeti matawang dinar emas dan sebagainya. Majlis Fiqh antarabangsa yang dianggotai ulama fiqh terhebat dari seluruh dunia secara sepakat membenarkan penggunaannya namun dengan syarat ia mestilah mengikuti displin dan syarat yang sama dengan hukum atas emas dan perak. Ini kerana ia tetap berfungsi sebagai medium of exchange dan masih boleh menjalankan fungsi-fungsi duit di zaman moden ini walalupun tidak sesempurna emas dan perak fizikal. Fahamilah, fatwa mestilah bersifat praktikal atau jejak di atas muka bumi dan tidak terawang di angkasa. Memang boleh bagi para ulama untuk menfatwakannya sebagai haram, namun apakah alternatif yang ada di hadapan mata di ketika ini. Kita juga mengetahui bahawa fatwa para ulama bukannya dinilai begitu berat oleh pemimpin politik negara-negara umat Islam sehingga dengan segera mereka akan memperkenalkan dinar emas. Justeru itu, atas dalil hajiat, umat Islam diberikan keringanan untuk bermuamalat dengan wang kertas fiat ini namun MESTILAH MENGIKUT DISPLIN emas dan perak. PEMAIN FOREX TRADING MELALUI INTERNET YANG PELIK Sebelum itu, anda boleh membaca ulasan saya berkenaan forex trading melalui pelbagai platform di internet di sini. a) Hukum Melabur & Forex Trading

b) Isu leverage Dalam Forex Trading Kerana itulah, ingin saya tegaskan, individu yang sibuk meraih untung melalui perniagaan matawang atau forex trading sebenarnya adalah penyumbang-penyumbang kepada inflasi dan menambah lagi masalah money supply yang telah saya sebutkan kesan akibat darinya. Sudahlah FATWA keharusan penggunaan fiat money hanya berlandaskan hajiat tunnazzal manzilat addharurat,(IAITU KEPERLUAN YANG TINGGI YANG HAMPIR TERGOLONG DALAM KATEGORI TERDESAK) Tiba-tiba MUNCUL individu yang mendakwa diri Islam menyalahkangunakan fatwa ini untuk memuaskan ketamakan diri dengan melibatkan diri dalam forex trading melalui platform pelik-pelik di internet. Ia bukan sahaja ditegah oleh undang-undang Malaysia malah juga hukum Syara. Lebih bermasalah apabila kumpulan pemain ini berhujjah kononnya financial leverage yang mereka sertai adalah halal tanpa sebarang masalah. Padahal masalah HUKUM sudah muncul di awal-awal lagi, iaitu pada matawang kertas fiat yang lahir dengan cara riba, juga tidak bersandarkan kepada emas dan perak. Inikah hasil pendapatan yang ingin dibanggakan? mengambil untung atas perbezaan nilai satu matawang fiat sebuah negara dengan matawang negara yang lain. Bertenggek atas matawang kertas fiat untuk memberi anak dan isteri makan? Fikirkan Keadaan ini berbeza dengan kita orang biasa yang menggunakan matawang kertas fiat ini untuk jualbeli seharian kita. Ia termasuk dalam fatwa keringanan rukhsoh dan hajiat yang dimaksudkan oleh fatwa para ulama sedunia tadi. Tidak saya nafikan ada ustaz yang terlebih tegas lalu berkeras mengatakan wang kertas fiat hari ini tetap haram. Memang benar hukumnya haram dan tahniah atas ketegasan namun saya bimbang mereka terlupa di dalam poket mereka adalah wang jenis ini juga. Maka atas dasar keyakinan tegas mereka, setiap kali mereka menggunakan wang kertas fiat, setiap kali itu jugalah mereka tenggelam dalam dosa. Mereka berdosa kerana mereka seolah menolak fatwa yang memberikan keringanan menggunakannya di waktu ketiadaan wang yang memenuhi kehendak Islam. Sabda Nabi s.a.w : Ertinya : Agama ini adalah banyak memudahkan, dan tidaklah seorang yang terlalu berkeras (atau melampau) dalam urusan agama kecuali mereka akan tewas ( dengan kekerasan ) mereka ( AlBukhari, Bab Iman ) KESIMPULAN Fahami sekali lagi tulisan ini dan apakah alternatifnya?. Tidak lah begitu mudah untuk saya menuliskannya dalam artikel ringkas. Malah tidak mudah juga ia dilaksanakan di zaman kuasa bukan Islam menguasai dunia, mereka menguasainya melalui sistem Kapitalisme, dipenuhi pula dengan individu kapitalis yang enggan tunduk

kepada kebenaran kerana tenggelam dengan kerakusan. Sistem kapitalis hari ini sebenarnya boleh diubah suai bagi menepati Islam sebagai sistem demokrasi. Untuk tujuan itu, ia perlu bermula dengan diri ANDA. ANDA PERLU MEMAHAMI BAGAIMANA WANG FIAT DICIPTA DALAM SISTEM EKONOMI BEBAS KAPITALISM, fahamikan juga kesannya kepada diri anda dan dunia. Sekian Zaharuddin Abd Rahman www.zaharuddin.net 10 November 2008 SEJARAH MATA WANG ISLAM DI INDIA Posted by aki2004 on Mac 15, 2011 Tinggalkan Komen

Rate This Oleh ROS MAHWATI AHMAD ZAKARIA MATA wang yang dikeluarkan oleh kerajaan Islam yang terawal telah menjadi pemangkin kepada lebih banyak pengeluaran mata wang yang lebih kreatif dan indah buatannya. Kerajaan Islam India yang dipelopori oleh dua pemerintah Islam tempatan iaitu Kesultanan Delhi dan Empayar Mughal yang memerintah dari abad ke 11 hingga abad ke 17 Masihi telah mengambil langkah sama untuk mengawal ekonomi. Pada masa sama mempamerkan kuasa yang dimiliki oleh pemerintah. Jika Dinasti Umaiyah dan Abbasiyah memilih untuk bermula dengan reka bentuk mata wang yang di tempa oleh kerajaan Byzantium dan Sasanid, berlainan pula dengan kerajaan Islam di benua kecil India. Reka bentuk mata wang Islam India bermula seawal abad ke 10 Masihi. Duit pertama yang dibuat di benua kecil itu adalah sewaktu pemerintahan Mahmud Ghazni, pemerintah Dinasti Islam Ghaznavid, yang telah beberapa kali cuba menawan beberapa wilayah India terutamanya di bahagian utara.

Walaupun Dinasti Ghaznavid adalah sebuah kerajaan yang berpusat di Bandar Ghazni yang kini merupakan salah satu wilayah Afghanistan, namun pendekatan yang diambil dalam pembuatan duit bagi wilayah India amat unik. Baginda menggabungkan ciri mata wang Islam dan ciri tempatan dengan menggunakan tulisan Arab dan bahasa Arab di satu bahagian duit manakala tulisan Devanagri dan bahasa Sanskrit pada bahagian yang lain. Kedua-dua bahasa menyatakan nama baginda sebagai pemerintah. Selepas pemerintahan Muhammad Ghazni, kerajaan Islam selepas baginda mula menempa duit dengan menggunakan imej figura. Imej figura yang digunakan adalah seperti lembu yang mempunyai bonggol di bahagian belakang, zodiak dan penunggang kuda. Imej penunggang kuda mungkin diadaptasi daripada mata wang yang dihasilkan oleh Dinasti Ghaznavid di Ghazni. Duit yang dikeluarkan diperbuat daripada beberapa jenis logam seperti emas, perak, tembaga dan aloi (yang mempunyai campuran beberapa jenis logam). Jika kebanyakan sultan memilih meletakkan nama dan gelaran mereka di atas duit yang ditempa, berlainan pula dengan Muhammad bin Tughlaq. Baginda yang dikenali sebagai putera pembuat duit kerana revolusi reka bentuk duit yang dilakukan telah memilih nama ayahanda baginda untuk diletakkan di atas duit yang ditempa. Era baru dan sistem pembuatan duit yang teratur telah ditubuhkan sewaktu pemerintahan Akbar, yang merupakan maharaja Mughal pada pertengahan abad ke 16 Masihi. Baginda menubuhkan satu jabatan berasingan dan melantik seorang ketua jabatan bagi memantau pengeluaran dan reka bentuk duit pada waktu itu. Ketua jabatan tersebut yang pertama ialah Khwaja Abdul Samad yang merupakan seorang pelukis dan penulis khat terkenal pada zaman pemerintahan Akbar. Selain transformasi dalam sistem pengeluaran dan pengawalan duit, Akbar turut menukar penggunaan tulisan yang berasaskan kewilayahan yang dikenali sebagai nagari kepada tulisan Arab dan tulisan Parsi. Tulisan Parsi yang dipilih merupakan dua baris puisi Parsi yang terpilih, nama baginda, tempat pengeluaran dan tahun. Ini merupakan pengenalan tulisan dan bahasa Parsi dalam pembuatan duit di benua kecil India. Bagi perkataan Arab, baginda tidak menggunakan kalimah syahadah tetapi menggunakan perkataan Allahu akbar jalla jalaluhu. Seorang lagi pemerintah yang membuat perubahan terhadap kandungan tulisan yang dipilih untuk ditempa di atas duit adalah Maharaja Jahangir.

Jahangir yang memerintah selepas Akbar meletakkan nama permaisurinya di samping nama baginda. Permaisuri kesayangan baginda iaitu Nur Jehan terkenal dengan kebijaksanaan dan pelbagai kebolehan lain seperti menunggang kuda dan bermain pedang. Kejatuhan Empayar Mughal pada abad ke-18 Masihi menjadikan sistem pengeluaran duit kerajaan Islam di benua kecil India turut menghadapi masalah. Galeri mata wang Muzium Kesenian Islam Malaysia mempamerkan pelbagai bentuk rekaan duit dunia Islam bermula dari zaman Umaiyah sehingga abad ke 20 Masihi. Bahagian terakhir pada minggu hadapan akan mengetengahkan sejarah mata wang Islam Dunia Melayu. Sejarah mata wang Islam di Tanah Melayu Tarikh Disiarkan: 17 Mar, 2011 (All day) Sumber: Utusan Malaysia Online

Oleh ROSMAH WATI AHMAD ZAKARIA

KEDATANGAN Islam ke Nusantara membawa seribu satu perubahan dan keindahan bersamanya. Walaupun terdapat pelbagai teori mengenai tempat pertama dan bila Islam sampai ke dunia Melayu, yang pasti ia membawa kesan yang mendalam dalam kehidupan masyarakat Islam di wilayah ini yang rata-ratanya dihuni oleh orang Melayu.

Salah satu perubahan besar yang boleh dilihat adalah pengeluaran duit oleh kerajaan Islam tempatan. Kerajaan yang dipelopori oleh Kesultanan Melayu yang beragama Islam sama ada di Sumatera, Jawa dan Semenanjung Tanah Melayu juga mengambil langkah yang sama dengan menempa duit kerajaan sendiri seperti yang dilakukan oleh kerajaan Islam di kawasan lain.

Mata wang penting kerana kedudukan dunia Melayu yang menjadi pusat perdagangan antarabangsa bagi pedagang asing terutamanya dari Timur Tengah, Gujerat dan China.

Logam yang menjadi bahan utama dalam pembuatan duit seperti emas, perak dan timah adalah merupakan sumber asli yang banyak terdapat di dunia Melayu pada waktu itu.

Rekaan mata wang yang dihasilkan oleh pemerintah Islam di dunia Melayu mempunyai ciri-ciri yang berlainan dengan mata wang yang dihasilkan di Timur Tengah tetapi mempunyai sedikit persamaan dengan kerajaan Islam yang paling hampir dengan Asia Tenggara iaitu Kerajaan Islam di India.

Ciri-ciri mata wang Islam dunia Melayu adalah seperti berikut:

Ciri pertama, adalah bahasa yang digunakan di atas duit yang dikeluarkan. Hampir kesemua mata wang Islam dunia Melayu menggunakan bahasa Arab dan tulisan Arab walaupun dunia Melayu mempunyai bahasa Melayu dan tulisan Jawi.

Ini secara tidak langsung menunjukkan kedudukan bahasa Arab yang penting dalam kehidupan masyarakat Melayu ketika itu.

Ciri kedua, adalah gelaran raja. Kebanyakan mata wang Islam dunia Melayu mempamerkan nama gelaran pemerintah Islam dalam bahasa Arab seperti, Al-Adil, Malik Al-Adil, Nasir al-Dunia Wa'l-Di