ringgit ed29 draft2

12

Upload: others

Post on 23-Oct-2021

15 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Ringgit Ed29 Draft2
Page 2: Ringgit Ed29 Draft2

2 •

S: Siapakah yang mengawal seliapelaburan emas di Malaysia?Adakah Bank Negara menyeliaatau mengawal seliaperdagangan emas dan/atauperak di Malaysia?

J: Membeli dan menjual emas atauperak tidak berada di bawah bidangkuasa Bank Negara Malaysia(BNM). BNM tidak mengeluarkansebarang lesen kepada mana-mana syarikat yang inginmenjalankan aktiviti tersebut.

Walau bagaimanapun, jika skimpelaburan emas/perak denganjelas menawarkan peluangpelaburan dengan mengutip wangdaripada orang ramai dan pelaburdijanjikan pulangan pelaburan/keuntungan dalam tempoh masayang tertentu, yang pelaburan asalakan dibayar balik, atau dalam erti

kata lain, jika sesebuah syarikatdidapati terlibat dalampengambilan deposit secaraharam dengan menggunakanemas / perak bagi mengaburiaktivitinya, ia mungkin melanggarseksyen 25 (1) Akta Bank danInstitusi Kewangan 1989 (BAFIA).

S: Jadi apakah yang perludilakukan jika saya berminatdengan apa yang kelihatansebagai skim pelaburan emasyang sah?

J: Pelabur diingatkan supaya lebihberhati-hati dan meneliti risikoyang dikaitkan dengan pelaburanemas sebelum menyertai mana-mana skim pelaburan yangmenjanjikan pulangan yang tinggidalam tempoh jangka pendek.

S: Sebagai bakal pelabur emas,

Pelaburan Emas:Apa Yang Perlu Anda

Ketahui

SidangRedaksi

PenasihatDatuk Marimuthu Nadason

Presiden FOMCA

Ketua Sidang PengarangDato’ Paul Selva Raj

EditorMohd Yusof bin Abdul Rahman

Sidang PengarangSiti Rahayu bt Zakaria

Yu Kin Len

Ringgit merupakan penerbitan usahasama di antara Bank Negara

Malaysia dan FOMCA. Ia diterbitkanpada setiap bulan. Untuk memuatturun Ringgit dalam format “PDF“,

sila layari laman sesawangwww.fomca.org.my dan

www.bnm.gov.my

Gabungan Persatuan-PersatuanPengguna Malaysia

No. 1D-1, Bangunan SKPPKJalan SS9A/17

47300 Petaling JayaSelangor Darul Ehsan

Tel : 03-7876 2009Faks : 03-7877 1076

E-mel : [email protected]: www.fomca.org.my

Bank Negara MalaysiaJalan Dato’ Onn

50480 Kuala LumpurTel :03-2698 8044

Faks : 03-2174 1515

Diurus terbit oleh:Pusat Penyelidikan dan Sumber

Pengguna (CRRC)No. 1D-1, Bangunan SKPPK

Jalan SS9A/1747300 Petaling Jaya

Selangor Darul EhsanTel : 03-7875 2392

Faks : 03-7875 5468E-mel : [email protected]

Sesawang: www.crrc.org.my

Dicetak oleh:

Percetakan Asas Jaya(M) Sdn Bhd

No. 5B Tingkat 2Jalan Pipit 2

Bandar Puchong Jaya47100 Puchong Jaya

Selangor Darul Ehsan

Artikel yang disiarkan dalamRinggit tidak semestinya

mencerminkan pendirian dandasar Bank Negara Malaysia atauFOMCA. Ia merupakan pendapat

penulis sendiri.

Page 3: Ringgit Ed29 Draft2

• 3

• Adakah sijil emas yang disediakan telahdisahkan oleh pihak yang berkelayakan?

• Bolehkah ketulenan emas itu disahkan olehtukang emas?

• Mengapa syarikat menjual emas pada hargapremium?

• Adakah terdapat apa-apa pulangan yangdijanjikan kepada pelabur?

• Adakah terdapat jaminan belian balik kepadapelabur?

• Bagaimana syarikat menjana keuntungandaripada operasi?

• Adakah syarikat mematuhi prinsip shariah?** Maklumat prinsip shariah berkenaan urus niaga

emas boleh didapati di laman sesawang FatwaMalaysia, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia(JAKIM): http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/parameter-pelaburan-emas

S: Jika saya mempunyai bukti bahawa emasyang telah dibeli kelihatan mencurigakan,kepada siapa saya boleh mohon bantuan?

J: Jika pelabur mempunyai bukti bahawa emas yangdibeli daripada syarikat pelaburan emas tertentuadalah berkualiti rendah, dia boleh membuat aduankepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri,Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK). Inidisebabkan KPDNKK mempunyai kuasa untukmengambil tindakan ke atas apa-apa pertikaianyang berkaitan dengan kualiti produk.

S: Oh, tidak! Saya telah menjadi mangsa kepadaskim pelaburan emas haram! Apa yang perlusaya lakukan?

J: Anda dinasihatkan supaya:• Buat laporan polis dengan segera;• Laporkan perkara itu kepada agensi penguat

kuasa yang berkaitan;• Simpan semua dokumen berkaitan pelaburan

seperti bank-in slip, slip deposit, perjanjian,serta baucar yang telah anda terima daripadasyarikat atau pelaku kerana ia bolehdigunakan untuk mengambil tindakanterhadap syarikat itu. Ini termasuk butir-butirpegawai atau orang penting dalam syarikat.Maklumat ini mungkin berguna untuk tujuanpenguatkuasaan undang-undang.

Sumber: Bank Negara Malaysia

bagaimana saya boleh memeriksa kesahihanskim pelaburan emas dan maklumat pentingyang perlu diberikan perhatian jika saya inginmengambil bahagian dalam skim pelaburanemas?

J: Pelabur dinasihatkan supaya memeriksa latarbelakang syarikat dan kesahihan aktiviti denganpihak berkuasa yang berkaitan untuk memastikanpematuhan undang-undang. Sebagai contoh,pelabur boleh menyemak dengan pihak berkuasaseperti Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)yang berkaitan dengan pendaftaran syarikat danaktiviti perniagaan yang didaftarkan dengan SSM.Pelabur juga boleh menyemak perkara-perkaraberikut melalui SSM seperti:• Laporan Tahunan yang telah diaudit –

Maklumat kewangan untuk pemegang sahamsesebuah syarikat dan pelabur berpotensimengenai pencapaian sepanjang 12 bulanlepas dan juga maklumat penting untukmenaksir sama ada berfaedah untuk melaburdalam syarikat itu.

• Memorandum Persatuan – Memorandumyang memaparkan perlembagaan sesebuahsyarikat dan menetapkan kuasa dankewajipannya sebagai sebuah syarikat.

• Perkara-perkara Persatuan – Dokumen yangmengandungi peraturan-peraturan yangberhubungan dengan hal-ehwal ‘pengurusandalaman syarikat’

• Maklumat berkenaan Skim Kepentingan –Mendapat pengesahan sama ada syarikattersebut berdaftar di bawah SkimBerkepentingan. Skim Kepentinganmelibatkan pengumpulan wang daripadaorang ramai bertujuan memperoleh satukepentingan di dalam skim tersebut.Maklumat-maklumat di atas boleh didapati di laman

sesawang SSM: www.ssm.com.my

S: Sebagai pelabur emas, adakah terdapatsebarang isu berhubung operasi syarikat yangharus saya perhatikan?

J: Ya. Sebagai pelabur emas, anda perlu bertanyakansoalan-soalan berikut kepada pihak syarikatmengenai operasi emas syarikat tersebut:• Sumber emas – dari mana syarikat

mendapatkan bekalan?• Siapakah pihak berkuasa atau badan rasmi

yang mengesahkan ketulenan emas?

Page 4: Ringgit Ed29 Draft2

4 •

Wang TidakPatuh Syariah:Konsep Dan CaraMelupuskannya

Apakah maksud Wang Tidak PatuhSyariah?

Prof. Dr. Muhammad Nabil Ghanayim, Profesor diKuliyyah Syariah Universiti Kaherah, telahmentakrifkan wang atau harta tidak patuh syariahsebagai harta haram yang diperoleh melalui cara yangtidak syarie, iaitu mengambil harta yang terdapatlarangan ke atasnya atau terdapat balasan (had) keatas pelakunya, atau terdapat janji buruk berkaitannya,atau yang dinamakan sebagai batil oleh Allah S.W.T.

Pandangan Imam Al-Syafie juga telah menyatakanbahawa syariah telah melarang lapan perkara pokokiaitu riba, gharar, perjudian, penipuan, rampasan, ihtikar(monopoli barangan), rasuah dan perniagaan yangtidak patuh syariah serta mendatangkan kemudaratan(seperti arak, babi, bangkai, makanan yangmemudaratkan, pendapatan daripada pelacuran danseumpamanya).

Kebanyakan fuqaha’ mutakhir ini mentakrifkan hartatidak patuh syariah ialah harta yang dimiliki dandiperoleh melalui wasilah yang tidak diiktiraf olehsyarak, seperti rompakan, rampasan, hasil jualanbarang curi, rasuah, perjudian, loteri, transaksi riba,perlindungan insurans konvensional, keuntunganpelaburan di dalam sekuriti tidak patuh syariah danseumpamanya.

Menurut Suruhanjaya Sekuriti (SC), sesebuah syarikatdiklasifikasikan sebagai sekuriti yang tidak patuhsyariah sekiranya syarikat itu menjalankan aktivititeras yang tidak selaras dengan syariah seperti berikut:i. Perkhidmatan kewangan yang berteraskan riba

(faedah);ii. Perjudian dan pertaruhan;iii. Pengeluaran atau penjualan barangan yang tidak

halal atau barangan yang berkaitan;

iv. Insurans konvensional;v. Aktiviti hiburan yang tidak selaras dengan syariah;vi. Pengeluaran atau penjualan barangan yang

berasaskan tembakau atau barangan yangberkaitan;

vii. Pembrokeran atau jual beli sekuriti tidak patuhsyariah; dan

viii. Aktiviti lain yang didapati tidak selaras dengansyariah.

Bagaimanakah kaedah melupuskanWang Tidak Patuh Syariah?

Berkenaan dengan kedudukan wang-wang faedah yangdiperoleh secara haram, Syeikh Dr. Yusuf Al-Qaradawi,dalam kitabnya Fatawa Mu’asirah, telah memutuskanbahawa wang-wang faedah yang diperoleh secaraharam adalah haram secara yakin untuk ditinggalkanbegitu sahaja di bank-bank konvensional.

Menurut beliau, ia seolah-olah seperti menolong bank-bank konvensional yang akan turut menggunakanwang-wang faedah yang ditinggalkan itu untuk tujuanyang bertentangan dengan hukum syarak.

Beliau menegaskan, tidak harus seseorangmenggunakannya (wang faedah) tersebut keranatindakan menggunakan wang tersebut adalah termasukdi dalam kategori memakan harta yang diperolehmelalui jalan kezaliman. Tidak boleh dimanfaatkanmelalui jalan makanan, minuman, tempat tinggal,membayar cukai dan sebagainya.

Para Fuqaha’ kontemporari juga sependapat denganbeliau yang mana perbuatan yang menyalahi hukumsyarak, iaitu melarang tindakan idha’ah al-mal iaitumensia-siakan harta tanpa dimanfaatkan oleh sesiapa.

Menurut Syeikh Dr. Yusuf Al-Qaradawi juga, sesuatu

Page 5: Ringgit Ed29 Draft2

• 5

yang haram itu tidak boleh dimiliki, sebaliknya iamenjadi milik maslahah umum, seperti menggunakanuntuk perkara-perkara kebajikan seperti membantuanak-anak yatim, perkembangan dakwah Islam,pembinaan masjid dan pusat Islam, penyediaan parapendakwah, penerbitan kitab-kitab agama danseumpamanya, yang bersifat kebajikan.

Adakah fatwa-fatwa di negara initelah diputuskan berkenaan WangTidak Patuh Syariah?

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa, MajlisKebangsaan Bagi Hal Ehwal Islam 2009

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa ke-87, MajlisKebangsaaan bagi Hal Ehwal Islam pada 23-25 Jun2009, telah memutuskan bahawa:

“Setelah meneliti keterangan, hujah-hujah danpandangan yang dikemukakan, Muzakarahberpandangan bahawa, di dalam Islam harta-hartayang diperoleh dengan cara yang tidak mematuhisyariah, seperti riba, gharar, perjudian, penipuan,rompakan, rampasan, rasuah dan seumpamanya,adalah haram dan tidak boleh digunakan untukmanfaat dan kepentingan diri sendiri serta perludibersihkan melalui kaedah-kaedah berikut:i. Diserahkan kepada baitulmal untuk

maslahah-maslahah umum umat Islamseperti membiayai pembinaan ataupenyelenggaraan jambatan, jalan, tandas danseumpamanya;

ii. Diserahkan kepada golongan fakir miskin;atau

iii. Jika harta tersebut merupakan harta rompak,curi dan seumpamanya, maka harta tersebutperlu diserahkan semula kepada pemiliknya.Jika pemiliknya telah meninggal dunia atautidak dapat dijumpai, maka harta tersebutmestilah dikembalikan kepada ahli warisnya.Sekiranya tidak dapat diketahui pemilik atauahli waris pemilik, maka harta tersebuthendaklah diserahkan kepada baitulmal.”

Majlis Penasihat SyariahSuruhanjaya Sekuriti

Baitulmal telah disenaraikan oleh Majlis PenasihatSyariah Suruhanjaya Sekuriti dalam ketetapannyatentang Senarai Sekuriti Patuh Syariah pada 20hb.November 2008.

Pengklasifikasian sesuatu pelaburan yang mematuhisyariah (shariah-compliant securities) boleh dilihatdengan jelas melalui Senarai Sekuriti Patuh Syariahyang dikeluarkan Majlis Penasihat Syariah,Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) bertarikh 25hb.November 2011 (Layari: http://www.sc.com.my/eng/html/icm/sas/sc_syariahcompliant_111125.pdf). Selainitu, dinyatakan juga dalam senarai tersebut tentangaras sesuatu sekuriti itu diukur dari segi kehalalan dankepatuhan prinsip syariahnya. Bukan itu sahaja,senarai tersebut juga dinyatakan syarikat-syarikatyang terkeluar atau tidak mematuhi syariah denganjelas.

Selain itu, Majlis Penasihat Syariah SuruhanjayaSekuriti juga telah mengeluarkan List of launched fundsin relation to unit trust funds yang dikemas kini pada29 Februari 2012 yang secara jelas menyatakantentang dana-dana amanah yang mematuhi syariahdan tidak mematuhi syariah. (Layari: http://www.sc.com.my/eng/html/resources/stats/UTF.pdf)

Kesimpulan

Penggunaan wang tidak patuh syariah yang dilupuskanoleh mana-mana individu atau institusi adalah terhadbagi tujuan maslahah umum atau kepentingan awam,sama ada digunakan manfaatnya oleh orang Islam,mahupun orang bukan Islam.

Setiap umat Islam mempunyai tanggungjawab untukmenjauhkan diri daripada bermuamalah dengan urusan-urusan yang melibatkan perkara-perkara haram ataudiragui kehalalannya.

Dengan kepesatan pembangunan ekonomi negara dantumbuhnya pelbagai institusi kewangan Islam pada hariini, seperti bank-bank Islam, akaun-akaun dansekuriti-sekuriti patuh syariah, syarikat-syarikatinsurans Islam (takaful), syarikat-syarikat pajak gadaiIslam (Ar-Rahnu) dan sebagainya, maka menjadikewajipan (compulsory) kepada umat Islam untukmenggunakan sistem kewangan Islam yang wujud inidengan sewajarnya.

Namun, sekiranya transaksi-transaksi yang berlakumasih mewujudkan elemen-elemen haram atausyubhah, maka hasil daripada aktiviti yang tidakmematuhi syariah tersebut perlu dilupuskan dandiserahkan kepada pihak yang sewajarnya mengikuthukum syarak.

Sumber: Artikel ini adalah sumbangan Encik Indera Shahrilbin Mohd Shahid, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)

Page 6: Ringgit Ed29 Draft2

6 •

Perlindungan insurans Penyakit Kritikal (CI)memberikan anda manfaat sekali gus (berserta nilaitunai atau dividen, jika ada) apabila anda didapatimenghidap mana-mana daripada 36 penyakit kritikalseperti yang ditakrifkan dalam polisi anda (anda bolehmerujuk kepada laman sesawang LIAM diwww.liam.org.my untuk senarai penyakit tersebut sertatakrifnya).

Apa yang perlu anda ketahui di sini ialah, apabila andadidiagnosis dengan penyakit tertentu, ia mestilahdibuktikan melalui ujian perubatan atau kriteria tertentuuntuk melayakkan anda membuat tuntutan yang sah.Mungkin inilah yang sering kali berlaku pertikaian,terutamanya berkenaan dengan takrif penyakit.

Contoh yang lazim ialah kanser. Walaupun kanserdinyatakan sebagai salah satu daripada penyakit yangdilindungi di bawah polisi insurans CI, tetapi iabergantung kepada tahap atau malignansi penyakitkanser tersebut.

Polisi CI yang membayar kepada anda secara sekaligus adalah berbeza dengan polisi Insurans Hospitaldan Pembedahan (HIS). Polisi HIS pada umumnyaakan membayar ganti perbelanjaan kos perubatansemasa anda dimasukkan ke hospital (kecualipembedahan harian). Kedua-dua jenis polisi ini tidakbertindan kerana satu polisi menggantikan kehilanganpendapatan yang mungkin dialami akibat penyakitkritikal yang ditakrifkan itu, manakala polisi yang satulagi membayar ganti perbelanjaan kos.

Polisi HSI dan CI ini sebenarnya saling lengkap-

melengkapi dan anda dinasihatkan supaya memilikikedua-dua jenis perlindungan ini dalam portfolio anda.Polisi HSI boleh melindungi anda untuk keadaan yangberkaitan dengan penyakit bukan kritikal juga, sepertiapendisitis atau rawatan kanser tahap awal yang tidakdilindungi di bawah polisi CI.

Polisi CI pula membayar jumlah wang sekali guskepada anda (bukan kepada hospital) untuk digunakansebagai perbelanjaan selepas keluar hospital, sepertirawatan perubatan yang berterusan atau perbelanjaanyang tidak dilindungi oleh polisi HSI anda seperti kosmembeli organ untuk pemindahan organ.

Justeru, mempunyai salah satu sahaja daripada kedua-dua polisi ini samalah seperti mempunyai garpu tanpasudu.

Sekiranya anda telah dilindungi oleh majikan, seelok-eloknya anda mempunyai polisi HSI dan CI andasendiri kerana perlindungan majikan anda hanya bolehdipakai semasa anda masih bekerja. Apabila andameletakkan jawatan atau bersara, anda mungkin tidakmempunyai sebarang perlindungan lagi, dan mungkinjuga sudah terlambat untuk membelinya pada ketikaitu. Jadi, sebaik-baiknya ambillah perlindunganinsurans semasa anda masih boleh diinsuranskan, iaituketika masih sihat walafiat!

Artikel berikut disediakan sebagai nasihat semata-mata. Untukbutir-butir terperinci, sila dapatkan nasihat daripada ejeninsurans profesional.

Sumber: Persatuan Insurans Hayat Malaysia (LIAM)

Pelan InsuransPenyakit KritikalTambahanPerlindunganKepada InsuransPerubatan

Page 7: Ringgit Ed29 Draft2

• 7

Pelaburan dalam hartanah merupakan salah satubentuk pelaburan yang membolehkan anda membinakekayaan, terutama jika rumah yang dibeli itu untukdisewakan atau dijual semula.

Berikut adalah soalan yang perlu ditanya sebelum andamembeli rumah untuk tujuan pelaburan:-• Apakah jenis hartanah yang boleh meningkatkan

nilai kewangan anda?• Berapakah jumlah sewa yang boleh anda peroleh

daripada hartanah tersebut?• Adakah anda mampu mengurus dan

menyelenggarakan hartanah bagi tempoh jangkapanjang, walaupun aliran tunai anda tidak menentu(terutama apabila tiada penyewa?)

• Oleh sebab hartanah adalah aset bukan mudahcair (tidak mudah untuk dijual), adakah inimendatangkan masalah kepada anda sekiranyaanda memerlukan wang tunai kelak?

Jika anda membeli hartanah dan merancang untukmenjualkannya kemudian, ingat bahawa anda mungkindikenakan Cukai Keuntungan Harta Tanah (RealProperty Gains Tax) ke atas keuntungan bersih daripadapenjualan hartanah anda.

Faktor yang perludipertimbang

Terdapat dua faktor yang perlu dipertimbang sebelummembeli rumah, iaitu faktor bukan kewangan dan faktorkewangan.

Faktor bukan kewangan

1. Lokasi hartanahAnda perlu menentukan di mana anda hendaktinggal dan jenis kejiranan anda. Terdapat banyak

MembeliRumahSebagaiPelaburan“Anda perlumenentukan di manaanda hendak tinggaldan jenis kejiranananda. Terdapat banyakfaktor yang bolehmempengaruhi pilihanlokasi anda.”

Page 8: Ringgit Ed29 Draft2

8 •

faktor yang boleh mempengaruhi pilihan lokasianda. Antaranya ialah:-• Kemudahan asas, seperti kedai, bank,

pejabat pos, sekolah, hospital, tamanrekreasi dan kawasan kejiranan.

• Kemudahan pengangkutan awam• Jarak dari tempat kerja• Kesibukan lalu lintas• Keselamatan

2. Jenis hartanahHarga rumah bertanah biasanya adalah lebihtinggi, terutama jika ia berhampiran dengankawasan bandar. Manakala harga rumahbertingkat seperti kondominium dan apartmenbiasanya lebih mampu dimiliki. Kebiasaannya nilaipasaran rumah bertanah akan meningkat lebihcepat berbanding dengan rumah bertingkat.

3. Jenis pegangan hak milikMembeli hartanah pegangan bebas atau denganhak milik kekal, bermakna anda mempunyai hak

ke atas tanah tersebut untuk selama-lamanya.Hartanah pegangan pajakan pula bermakna andahanya memiliki tanah tersebut selama tempohpajakan, biasanya sehingga 99 tahun. Selepastamat tempoh pajakan, hartanah tersebuthendaklah dipulangkan kepada pihak berkuasa,melainkan tempoh pajakan dilanjutkan denganmembuat bayaran premium. Oleh itu, nilai pasaranhartanah pegangan bebas biasanya lebih tinggiberbanding hartanah pegangan pajakan. Nilaihartanah pegangan pajakan pula biasanyamenurun apabila hampir kepada tempoh tamatpajakan.

4. Jenis surat ikatan hak milikSurat ikatan hak milik membuktikan anda pemiliksebuah hartanah. Anda akan diberikan hak milikindividu bagi rumah bertanah, sementara hak milikstrata kepada pemilik kondominium atau apartmen.Anda perlu memeriksa sama ada terdapatsebarang halangan atau sekatan ke atas hartanahtersebut kerana ia menjejaskan prosespemindahan hak milik atau penjualan hartanah.Sebaik-baiknya, berbincanglah dengan perunding

Page 9: Ringgit Ed29 Draft2

• 9

hartanah, peguam atau dapatkan nasihat daripadapihak yang berpengalaman mengenai pasaranhartanah sebelum anda membayar wangpendahuluan.

5. Reputasi pemajuKebanyakan pemaju mengamalkan pendekatan“jual dulu bina kemudian”. Jika anda membelirumah dalam pembinaan, anda akan mulamembayar sebelum rumah anda siap dibina. Olehitu, anda perlu mengkaji latar belakang pemajudan rekod prestasi mereka. Anda hendaklahmemastikan bahawa pemaju mempunyai lesensah (belum luput) yang dikeluarkan olehKementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan(KPKT). Anda boleh melayari laman sesawangKPKT di www.kpkt.gov.my untuk maklumat lanjut.Anda juga perlu selidik projek lampau pemajusama ada mereka menunaikan janji atau tidak.Periksa:-• Projek mereka disiapkan mengikut jadual

ataupun tidak.• Kualiti kerja mereka.• Semua kemudahan disediakan seperti tertera

di dalam brosur• Sama ada pembeli terdahulu berpuas hati

dengan pembelian mereka.• Jika projek perumahan terbengkalai, anda

masih bertanggungjawab untuk membayarbalik pinjaman kepada institusi kewangan,walaupun anda tidak mendapat hartanahtersebut.

Atas sebab inilah, pemaju terkenal yang memilikirekod prestasi yang baik biasanya meletakkanpremium ke atas harga jualan projek hartanahmereka.

Faktor kewangan

Nilai kemampuan anda

Periksa aliran tunai dan nilai harta bersih anda untukmenentukan keselesaan kewangan anda. Kedua-duapenyata ini merupakan kad skor kewangan dan menjadirujukan ketika membuat keputusan berkaitan wang.

Biasanya terdapat dua persoalan tentang kemampuanyang perlu dipertimbang:-

• Bayaran pendahuluan dan kos berkaitanSatu anggaran yang baik untuk bayaranpendahuluan sebuah rumah ialah antara 10%hingga 20% daripada harga rumah. Anda harusmenyediakan peruntukan tambahan sebanyak 5%hingga 10% untuk kos sampingan yang berkaitan,terutamanya yuran guaman dan duti setem.Antara sumber kewangan untuk membayarbayaran pendahuluan dan kos berkaitantermasuk:-

• Tabungan atau pelaburan peribadiGunakan tabungan atau pelaburan anda sebanyakmungkin untuk bayaran pendahuluan. Lebihbanyak bayaran pendahuluan, maka lebih rendahkos keseluruhan pinjaman anda.

• Akaun simpanan KWSP.Anda boleh mengeluarkan wang Akaun 2 sebagaibayaran pendahuluan. Sila dapatkan maklumatlanjut tentang kelayakan pengeluaran andadaripada pejabat KWSP.

Sumber: Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK)

Page 10: Ringgit Ed29 Draft2

10 •

Tuntutan Harta Perkahwinan (Matrimonial Asset)membolehkan KWSP mematuhi Perintah Mahkamahberhubung tuntutan Harta Perkahwinan ke atassimpanan KWSP bagi ahli bukan Islam. Simpanan iniakan dipindahkan ke akaun simpanan KWSP pemohondan hanya boleh dikeluarkan apabila memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan.

Kelayakan Memohon

• Warganegara Malaysia atau bukan warganegaraMalaysia layak memohon.

• Tuntutan Harta Perkahwinan hanya terpakai untukpemohon bukan Islam sahaja.

• Perintah Mahkamah perlu dikemukakan bersama-sama permohonan.

• Permohonan Tuntutan Harta Perkahwinan bolehdibuat dalam tempoh 6 tahun daripada tarikhPerintah Mahkamah.

Syarat Pengeluaran

Anda boleh membuat pengeluaran simpanan daripada

Tuntutan Harta Perkahwinan apabila membuatpengeluaran berikut:-• 55 tahun; atau

• Meninggalkan Negara; atau

• Hilang upaya; atau• Kematian.

Lain-lain

• Anda atau waris anda tidak layak menerimaBantuan Hilang Upaya/Kematian sekiranyasimpanan dalam akaun anda hanya terdiri daripadaTuntutan Harta Perkahwinan sahaja.

• Anda boleh membuat penamaan bagi simpananHarta Perkahwinan.

Cara Permohonan

Permohonan boleh dihantar di mana-mana cawanganKWSP, sama ada melalui serahan di kaunter ataumelalui pos.

Tuntutan Harta PerkahwinanKe Atas Simpanan KWSP

Page 11: Ringgit Ed29 Draft2

• 11

a) Serahan di kaunterBagi serahan pendaftaran di kaunter, borang dandokumen yang perlu dikemukakan adalah sepertiberikut:-

i) Borang KWSP AT(2) – (Borang PermohonanTuntutan Harta Perkahwinan)

ii) Dokumen Sokongan (asal dan salinanfotostat bersaiz A4) iaitu:

- Kad pengenalan Awam / MyKad; atau

- Kad Pengenalan Polis/Tentera dan SuratPengesahan Majikan yang menyatakanNombor Polis/Tentera dan Nombor KadPengenalan Awam merujuk kepadaorang yang sama.

- Pasport bagi penerima bukanwarganegara Malaysia.

- Surat Perintah Mahkamah.

b) Serahan melalui posi) Sekiranya serahan melalui pos, anda

dikehendaki mengemukakan BorangPermohonan KWSP AT(2) yang telah lengkap

berserta salinan dokumen dan disahkan olehpegawai pengesah yang dibenarkan olehKWSP.

ii) Sila pastikan semua salinan dokumendisahkan pegawai yang dibenarkan olehKWSP.

iii) Permohonan melalui pos boleh dialamatkankepada:

KUMPULAN WANG SIMPANAN PEKERJABeg Berkunci No. 220,

Jalan Sultan,46720 Petaling Jaya,

Selangor, Malaysia.

Untuk maklumat lanjut mengenai PengeluaranTuntutan Harta Perkahwinan, hubungi Pusat PanggilanKWSP di talian 03-8922 6000 atau atau layari lamansesawang MyEPF di www.kwsp.gov.my.

Sumber: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)

Page 12: Ringgit Ed29 Draft2

Bank Negara MalaysiaTalian Tol : 1-300-88-5465E-mel : [email protected] web : www.bnm.gov.my

Persatuan Bank-Bank Malaysia (ABM Connect)Talian Tol : 1-300-88-9980E-mel : [email protected] web : www.abm.org.my

Agensi Kaunseling Dan Pengurusan Kredit (AKPK)Talian Tol : 1-800-88-2575E-mel : [email protected] web : www.akpk.org.my

Biro Pengantaraan Kewangan (BPK)Talian am : 03-2272 2811E-mel : [email protected] web : www.fmb.org.my

Sebarang maklum balas sila e-melkan kepada [email protected]