terbit pada sabtu minggu pertama setiap bulan - …€¦ · 3 misi perkukuh d a ga n ga n s aw i t...

11
MPOB MENJANA PERUBAHAN INDUSTRI SAWIT − SABTU − 6 JANUARI 2018 Terbit pada Sabtu minggu pertama setiap bulan Misi perkukuh dagangan sawit di Jepun MUKA 3 MPOB menang dua anugerah MCY 2017 MUKA 5 Oleh Mohd Solah Deraman dan Noor Asmawati Abd Samad [email protected] dan [email protected] Putrajaya M enteri Perusahaan Per- ladangan dan Komoditi, Datuk Seri Mah Siew Keong berkata, sehingga Disember lalu, Institut Perladangan dan Komoditi Malaysia (IMPAC) melatih purata 7,800 peserta melalui pusat latihan di bawah enam agensi setiap tahun dan menjangka 78,000 peserta dari- pada golongan belia dapat dilatih menjelang tahun 2020. Beliau berkata, angka itu masih kecil berbanding keperluan ketika ini yang mempunyai 331,000 tenaga kerja asing daripada 538,000 orang yang bekerja dalam sektor perladangan dan komoditi. “Usaha menggalakkan tenaga kerja tempatan dalam industri ini amat penting bagi memastikan sektor perladangan dan komoditi menyumbang kepada pembangu- nan ekonomi dan pengurangan kebergantungan kepada pekerja asing,” katanya pada majlis Pen- ganugerahan Konvokesyen IMPAC kali ke-5 Tahun 2017, pada Disem- ber lalu. Pada majlis itu, seramai 726 peserta yang berjaya menamatkan kursus dalam pelbagai bidang kemahiran menerima sijil masing- masing. Yang turut hadir, Pengerusi IMPAC yang juga Ketua Pengarah Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), Datuk Dr Ahmad Kushairi Din dan ketua pengarah agensi di bawah Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (MPIC). Jadi pusat sehenti Pada majlis sama, IMPAC dilantik sebagai Badan Peneraju Industri (ILB) dalam sektor perladangan dan komoditi oleh Jabatan Pem- bangunan Kemahiran, Kementeri- an Sumber Manusia. Watikah lantikan diserahkan oleh Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Pembangunan Kemahir- an, Dr Mohd Rashid Buyong Ham- zah kepada Ahmad Kushairi. Sebagai ILB, IMPAC akan menjadi pusat sehenti bagi menyelaras, men- gawal selia dan merancang aktiviti yang akan dijalankan terhadap semua kursus serta latihan dalam sektor perladangan serta komodi- ti mengikut Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (NOSS). Selaras saranan kerajaan, mela- lui Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS), IMPAC akan menjalin ker- jasama strategik dengan beberapa agensi pelaksana latihan seperti Kolej Universiti Agrosains Malay- sia (UCAM), Kolej Yayasan Pahang (KYP), International Institute of Plantation and Management (IIPM), The Incorporated Society of Planters (ISP) dan Institut Keusahawanan Negara (INSKEN). Kerjasama ini sangat penting dalam mengoptimumkan latihan dijalankan bagi pembangunan modal insan secara dua hala dalam melahirkan pelatih yang kompe- ten dalam sektor perladangan dan komoditi. Kejayaan dikecapi IMPAC pada hari ini tidak terhad kepada bilan- gan pelatih saja tetapi turut dilihat melalui pencapaian pelatih IMPAC pada peringkat antarabangsa, ter- masuk pelatih IMPAC melalui Lem- baga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB) membawa pulang Medalli- on for Excellence di pertandingan kemahiran WorldSkills Competi- tion 2017 di Abu Dhabi National Exhibition Centre, Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada Oktober lalu. Siew Keong berkata, bagi men- capai sasaran IMPAC melatih belia tempatan melahirkan pekerja ber- kemahiran dalam industri komodi- ti, kerjasama dan sokongan pihak industri penting dengan menjadi penaja kepada latihan dijalankan IMPAC dan pelatih yang mengikuti latihan boleh diserapkan sebagai pekerja di syarikat berkenaan. Bantu kurangkan kos “Ini membantu kerajaan mengu- rangkan kos perbelanjaan latihan yang mana IMPAC akan menjadi ‘training provider’ kepada pihak industri dan belia yang tamat kursus secara terus akan menda- pat jaminan pekerjaan. Kerjasama ‘menang-menang’ ini akan mem- bantu menjadikan Malaysia negara maju berpendapatan tinggi,” kata- nya. IMPAC ditubuhkan bagi menggabung dan menyelaras semua kursus dan latihan dilaksa- nakan agensi MPIC. Penubuhan IMPAC bagi melahirkan tenaga kerja terlatih dalam sektor komodi- ti yang juga antara sektor terbesar menyumbang kepada pendapatan eksport negara. Bagi menarik minat belia men- gikuti latihan dan bekerja dalam sektor perladangan dan komodi- ti, penjenamaan IMPAC dibuat dengan melancarkan laman web bagi menghebahkan aktiviti lati- han dilaksanakan setiap agensi MPIC serta permohonan mengikuti latihan secara dalam talian. IMPAC juga menyasarkan men- jadi institusi pilihan belia seluruh negara dalam bidang latihan kema- hiran di sektor perladangan dan komoditi serta melahirkan tenaga kerja tempatan, seterusnya meme- nuhi hasrat kerajaan menjadikan Malaysia negara maju berpenda- patan tinggi. Bagi mencapai sasaran itu, generasi muda digalak menceburi sektor perladangan dan komoditi yang kini memerlukan sekurang- kurangnya 54,000 tenaga kerja. Latih 78,000 pekerja mahir menjelang 2020 IMPAC dilantik Badan Peneraju Industri sektor perladangan, komoditi Siew Keong menyaksikan penyerahan watikah lantikan IMPAC sebagai Badan Peneraju Industri bagi latihan sektor perladangan dan komoditi daripada Jabatan Pembangunan Kemahiran.

Upload: votuyen

Post on 06-Sep-2018

226 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Terbit pada Sabtu minggu pertama setiap bulan - …€¦ · 3 Misi perkukuh d a ga n ga n s aw i t di Jepun Tingkat jaringan kerjasama, eskport produk agrikomoditi Siew Keong ketika

MPOB MENJANA PERUBAHAN INDUSTRI SAWIT

− SABTU − 6 JANUARI 2018

Terbit pada Sabtu minggu pertama setiap bulan

Misi perkukuh dagangan sawit di Jepun

≤ MUKA 3

MPOB menang dua anugerah MCY 2017

≤ MUKA 5

Oleh Mohd Solah Deraman dan Noor Asmawati Abd [email protected] dan [email protected]

Putrajaya

Menteri Perusahaan Per-ladangan dan Komoditi, Datuk Seri Mah Siew Keong

berkata, sehingga Disember lalu, Institut Perladangan dan Komoditi Malaysia (IMPAC) melatih purata 7,800 peserta melalui pusat latihan di bawah enam agensi setiap tahun dan menjangka 78,000 peserta dari-pada golongan belia dapat dilatih menjelang tahun 2020.

Beliau berkata, angka itu masih kecil berbanding keperluan ketika ini yang mempunyai 331,000 tenaga kerja asing daripada 538,000 orang yang bekerja dalam sektor perladangan dan komoditi.

“Usaha menggalakkan tenaga kerja tempatan dalam industri ini amat penting bagi memastikan sektor perladangan dan komoditi

menyumbang kepada pembangu-nan ekonomi dan pengurangan kebergantungan kepada pekerja asing,” katanya pada majlis Pen-ganugerahan Konvokesyen IMPAC kali ke-5 Tahun 2017, pada Disem-ber lalu.

Pada majlis itu, seramai 726 peserta yang berjaya menamatkan kursus dalam pelbagai bidang kemahiran menerima sijil masing-masing.

Yang turut hadir, Pengerusi IMPAC yang juga Ketua Pengarah Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), Datuk Dr Ahmad Kushairi Din dan ketua pengarah agensi di bawah Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (MPIC).

Jadi pusat sehentiPada majlis sama, IMPAC dilantik sebagai Badan Peneraju Industri (ILB) dalam sektor perladangan dan komoditi oleh Jabatan Pem-bangunan Kemahiran, Kementeri-an Sumber Manusia.

Watikah lantikan diserahkan oleh Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Pembangunan Kemahir -an, Dr Mohd Rashid Buyong Ham -zah kepada Ahmad Kushairi.

Sebagai ILB, IMPAC akan menjadi pusat sehenti bagi menyelaras, men-gawal selia dan merancang aktiviti yang akan dijalankan terhadap semua kursus serta latihan dalam

sektor perladangan serta komodi-ti mengikut Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (NOSS).

Selaras saranan kerajaan, mela-lui Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS), IMPAC akan menjalin ker-jasama strategik dengan beberapa agensi pelaksana latihan seperti Kolej Universiti Agrosains Malay-sia (UCAM), Kolej Yayasan Pahang (KYP), International Institute of Plantation and Management (IIPM), The Incorporated Society of Planters (ISP) dan Institut Keusahawanan Negara (INSKEN).

Kerjasama ini sangat penting dalam mengoptimumkan latihan dijalankan bagi pembangunan modal insan secara dua hala dalam melahirkan pelatih yang kompe-ten dalam sektor perladangan dan komoditi.

Kejayaan dikecapi IMPAC pada hari ini tidak terhad kepada bilan-gan pelatih saja tetapi turut dilihat melalui pencapaian pelatih IMPAC pada peringkat antarabangsa, ter-masuk pelatih IMPAC melalui Lem-baga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB) membawa pulang Medalli-

on for Excellence di pertandingan kemahiran WorldSkills Competi-tion 2017 di Abu Dhabi National Exhibition Centre, Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada Oktober lalu.

Siew Keong berkata, bagi men-capai sasaran IMPAC melatih belia tempatan melahirkan pekerja ber-kemahiran dalam industri komodi-ti, kerjasama dan sokongan pihak industri penting dengan menjadi penaja kepada latihan dijalankan IMPAC dan pelatih yang mengikuti latihan boleh diserapkan sebagai pekerja di syarikat berkenaan.

Bantu kurangkan kos“Ini membantu kerajaan mengu-rangkan kos perbelanjaan latihan yang mana IMPAC akan menjadi ‘training provider’ kepada pihak industri dan belia yang tamat kursus secara terus akan menda-pat jaminan pekerjaan. Kerjasama ‘menang-menang’ ini akan mem-bantu menjadikan Malaysia negara maju berpendapatan tinggi,” kata-nya.

IMPAC ditubuhkan bagi menggabung dan menyelaras

semua kursus dan latihan dilaksa-nakan agensi MPIC. Penubuhan IMPAC bagi melahirkan tenaga kerja terlatih dalam sektor komodi-ti yang juga antara sektor terbesar menyumbang kepada pendapatan eksport negara.

Bagi menarik minat belia men-gikuti latihan dan bekerja dalam sektor perladangan dan komodi-ti, penjenamaan IMPAC dibuat dengan melancarkan laman web bagi menghebahkan aktiviti lati-han dilaksanakan setiap agensi MPIC serta permohonan mengikuti latihan secara dalam talian.

IMPAC juga menyasarkan men-jadi institusi pilihan belia seluruh negara dalam bidang latihan kema-hiran di sektor perladangan dan komoditi serta melahirkan tenaga kerja tempatan, seterusnya meme-nuhi hasrat kerajaan menjadikan Malaysia negara maju berpenda-patan tinggi.

Bagi mencapai sasaran itu, generasi muda digalak menceburi sektor perladangan dan komoditi yang kini memerlukan sekurang-kurangnya 54,000 tenaga kerja.

Latih 78,000 pekerja mahir menjelang 2020

IMPAC dilantik Badan Peneraju Industri sektor perladangan, komoditi

Siew Keong menyaksikan penyerahan watikah lantikan IMPAC sebagai Badan Peneraju Industri bagi latihan sektor perladangan dan komoditi daripada Jabatan Pembangunan Kemahiran.

Page 2: Terbit pada Sabtu minggu pertama setiap bulan - …€¦ · 3 Misi perkukuh d a ga n ga n s aw i t di Jepun Tingkat jaringan kerjasama, eskport produk agrikomoditi Siew Keong ketika

2

EU diskriminasibiodiesel sawit

Oleh Ahmad Fadzil Ghazaliafadzilg@mp ob.gov.my

Pu t ra j aya

Langkah mengecualikan bio-diesel sawit daripada tenagadiperbaharui oleh Kesatuan

Eropah (EU) adalah penindasanbersifat pilih kasih serta langkahke belakang dalam hubungan per-dagangan antara EU dan Malay-sia.

Menteri Perusahaan Perladangandan Komoditi, Datuk Seri Mah SiewKeong, berkata Parlimen EU untukmengesahkan pengharaman biodi-esel sawit di Eropah, di bawah Ara-han Tenaga Diperbaharui EU (RED)adalah langkah mundur dalam hu-bungan dua hala EU dan Malaysia.

Katanya, kerajaan akan segeramengambil tindakan untuk melin-

dungi 650,000 pekebun kecil danmenjamin masa depan sektor sawityang meningkatkan taraf hidup ju-taan rakyat Malaysia serta mem-bebaskan mereka daripada beleng-gu kemiskinan.

“Selain Jawatankuasa Industri,Penyelidikan dan Tenaga (ITRE)yang dilaksanakan pada 28 Novem-ber lalu, saya merujuk kepada undiJawatankuasa Alam Eropah (ENVI)pada Oktober 2017 yang jelas me-nunjukkan EU sengaja merancangmenyekat import biodiesel sawit.

Beri kesan negatif“Sebarang percubaan untuk mem-bezakan atau tidak menyenaraikanbiodiesel sawit akan memberi kesannegatif kepada kerjasama perdaga-ngan Eropah-Malaysia dan rantau AsiaTenggara dalam konteks lebih luas.

“Bagaimanapun, ITRE menyo-kong pula pengeluar minyak bijianlain yang menjadi saingan kita un-tuk terus berpayung di bawah REDsedangkan minyak sawit disisih-ka n ,” katanya dalam satu kenya-taan.

Siew Keong berkata, Kerajaan Ma-laysia tidak dapat menerima se-katan perdagangan yang bersifatmelindungi pihak tertentu, yangbercanggah dengan komitmen EUkepada Pertubuhan Dagangan Du-nia (WTO).

Beliau berkata, selaku penerajudalam penghasilan minyak sawit

mampan di peringkat global, Ma-laysia memberi komitmen seriusdalam mewajibkan semua penge-luar minyak sawit negara mema-tuhi syarat persijilan Minyak SawitMampan Malaysia (MPSO).

Usaha lindungi hutan MalaysiaKatanya, usaha melindungi hutanMalaysia jauh lebih berkesan ber-banding kebanyakan negara Ero-pah, malah Malaysia diiktiraf se-bagai pengeksport biodiesel sawitnegara antara yang termaju di du-nia termasuk oleh PertubuhanBangsa-Bangsa Bersatu (PBB) danBank Dunia.

“Malaysia juga penerima Sijil Ke-mampanan dan Karbon Antara-bangsa (ISCC) dari Jerman, sekaligus membuktikan pengeksport Ma-laysia menepati standard ketat di-tetapkan pengguna di Eropah.

“Ini secara tidak langsung mem-buktikan tindakan Ahli ParlimenEU memperlekehkan minyak sa-wit Malaysia sebagai perbuatan hi-na dan memperkecilkan diri sen-diri kerana cuba menghasut Par-limen EU supaya menolak minyaks aw i t .

“Dalam hal ini, Ketua SetiausahaKementerian Perusahaan Perlada-ngan dan Komoditi, diberi tang-gungjawab memantau perkemba-ngan di Parlimen EU terutama sen-timen Ahli Parlimennya, berkaitanminyak sawit Malaysia,” ka t a nya .

T i n d a ka ndisifat sebagailangkah kebelakang dalamhubunganp erdagangandengan Malaysia

Sebarang percubaan untukmembezakan atau tidakm e nye n a ra i ka nbiodiesel sawit akan memberikesan negatif kepada kerjasamaperdagangan Eropah-Malaysiadan rantau Asia Tenggaradalam konteks lebih luas”

Mah Siew Keong,Menteri PerusahaanPerladangan dan Komoditi

Dalam konteks industri sawit, tahun 2017 telah melakarsejarahnya yang tersendiri kerana meraikan ulangtahun ke-100 perusahaan sawit secara komersial de-

ngan pembukaan ladang sawit pertama, Ladang Tenna-maran pada tahun 1917 di Batang Berjuntai (kini BestariJaya), Kuala Selangor. Sejak itu industri sawit terus memaculangkah dan kini merupakan tunggak penting dalam pem-bangunan ekonomi Malaysia.

Ironinya, perusahaan sawit yang dimulakan oleh seorangberbangsa Perancis, Henri Fauconnier hingga menjadi gergasiekonomi negara cuba dinafikan hak oleh bangsa dan rakan-

rakan negara kelompoknya iaitu Ke-satuan Eropah (EU). Tindakan EUyang mendiskriminasikan minyak sa-wit memberi impak besar terhadapsumber pendapatan rakyat Malaysiaterutama golongan pekebun kecil sa-wit.

Berikutan tindakan mendiskrimi-nasi minyak sawit dengan minyaksayuran lain terutama dalam peng-eksportan biodiesel sawit, EU sebe-narnya mewujudkan halangan dalamhubungan dagangan dua hala antaraMalaysia dan negara-negara EU. Ininyata bercanggah dengan komitmenEU kepada Pertubuhan Dagangan Du-nia (WTO).

Walau bagaimanapun, dalam menangani cabaran ini Ke-rajaan akan meneruskan usaha bagi memastikan minyak sawitterus bergerak seiring dengan perkembangan global, sejajardengan kemajuan ekonomi dan teknologi yang bergerak pantasmerentasi sempadan dunia. Selaras dengan Transformasi Na-sional 2050 (TN50), industri sawit perlu memanfaatkan peng-gunaan teknologi dan rangkaian komunikasi bagi meningkatkanamalan automasi, pengeluaran mampan, peningkatan pro-duktiviti dan kualiti produk sawit.

Dalam konteks MPOB, tahun 2017 melakar pelbagai kejayaanberharga dengan pengiktirafan dan pencapaian yang diper-oleh. Antaranya, Anugerah Khas Indonesia- INNOPA Inno-vation Award dan Best Malaysia Innovative Product Awardserta pingat Emas, Perak dan Gangsa sempena InternationalInvention, Innovation & Technology Exhibition (ITEX) 2017;dan Anugerah Khas ‘The Best Invention’, pingat Emas danGangsa di Malaysia Technology Expo (MTE) 2017.

MPOB juga menerima pengiktirafan dalam bidang pengu-rusan kewangan iaitu Sijil Pematuhan SAGA daripada KetuaAkauntan Negara. Terbaru MPOB memperoleh dua anugerahsempena Tahun Pengkomersialan Malaysia (MCY) 2017 iaituAnugerah Usahasama Penyelidikan dan Perniagaan serta Anu-gerah Usahawan Penyelidik.

Bagi MPOB, aktiviti R&D dan pengkomersialan teknologiserta inovasi yang bermanfaat kepada industri sawit akan terusdiberi keutamaan. Perkembangan terkini akan dikongsi ber-sama bagi memastikan kesejahteraan industri sawit negara.

Pada tahun 2018, MPOB akan terus bekerja keras dalammelaksanakan fungsinya dalam Penyelidikan dan Pembangu-nan (R&D) serta kawal selia untuk terus memartabatkanindustri sawit negara di persada dunia. Tahun 2018 bermuladengan penganjuran seminar Palm Oil Economic Review andOutlook pada 18 Januari 2018 yang membentangkan pencapaianprestasi industri sawit tahun 2017 serta visi tahun 2018.

Adalah dijangkakan tahun 2018 akan terus ditempuhi de-ngan penyelesaian isu dan cabaran terutamanya kekanganeksport minyak sawit yang berkait dengan Resolusi KesatuanEropah, isu kualiti seperti 3MCPD dan GE serta kekurangantenaga buruh dan adaptasi mekanisasi ladang.

Usaha gigih, kerjasama MPOB-industri dan semangat ber-pasukan menjadi teras dalam meningkatkan keyakinan dankekuatan bagi mengharungi cabaran 2018.

Selamat Tahun Baru 2018.kushairi@mp ob.gov.my

Selamat TahunBaharu 2018.Tahun 2017 telahpunmelabuhkan tirainya

Page 3: Terbit pada Sabtu minggu pertama setiap bulan - …€¦ · 3 Misi perkukuh d a ga n ga n s aw i t di Jepun Tingkat jaringan kerjasama, eskport produk agrikomoditi Siew Keong ketika

3

Misi perkukuhd a ga n ga ns aw i tdi Jepun

Tingkat jaringan kerjasama,eskport produk agrikomoditi Siew Keong ketika pertemuan dengan pengurusan Nisshin OilliO bagi membincangkan peluang

kerjasama untuk meningkatkan eskport minyak sawit Malaysia ke Jepun.

Olimpik Tokyo 2020p ertimbangMSPO sebagaipensijilan mampan

Datuk Dr. Ahmad Kushairi Din membentangkan mengenai MSPO dalam mesyuarat Jawatankuasa KerjaPerolehan Mampan di Tokyo, Jepun.

Oleh Yoong Jun Haojhyo ong@mp ob.gov.my

Tokyo, Jepun: Olimpik Tokyo2020 mempertimbangkan skimMinyak Sawit Mampan Malaysia(MSPO) sebagai pensijilan mam-pan sebagai memenuhi keper-luan mampan dalam penganju-ran sukan berprestij itu.

Ketua Pengarah Lembaga Mi-nyak Sawit Malaysia (MPOB), Da-tuk Dr. Ahmad Kushairi Din di-jemput oleh Kerajaan Jepun me-lalui Jawatankuasa PenganjurSukan Olimpik dan Paralimpik To-kyo 2020 membentangkan menge-nai MSPO untuk dipertimbang se-bagai skim kemampanan dalamsatu mesyuarat oleh Jawatanku-asa Kerja Perolehan Mampan padaDisember 2017, di sini.

Tujuan utama mesyuarat Jawa-tankuasa Kerja Perolehan Mam-

pan tersebut adalah untuk mem-bincangkan pemilihan skim pen-s i j i lan yang sesuai untukkeperluan perolehan mampan diSukan Olimpik Tokyo 2020.

Ahli-ahli Jawatankuasa KerjaPerolehan Mampan terdiri wakildaripada pelbagai bidang terma-suk Kementerian, akademi, kesa-tuan pengguna, pihak industri danorganisasi bukan kerajaan Jepun.

Elemen kemampananPada tahun 2015, JawatankuasaOlimpik Antarabangsa telah me-netapkan elemen-elemen kemam-panan dalam Agenda Olimpik2020 sebagai salah satu syarat un-tuk menganjurkan Sukan Olim-pik.

Sejajar dengan keputusan itu,Jawatankuasa Penganjur OlimpikTokyo 2020 telah berikrar untukmenguatkuasakan Agenda Olim-

pik 2020 tersebut dalam mengen-dalikan persediaan Sukan OlimpikTokyo 2020.

Antara elemen yang disebut ter-masuklah perolehan makanan,peralatan, produk penjagaan diridan sebagainya, yang mampan un-tuk digunakan semasa OlimpikTokyo 2020.

Kerajaan Jepun mengenal pastitiga skim pensijilan mampan sawitiaitu MSPO, skim Minyak SawitMampan Indonesia (ISPO) danskim Meja Bulat mengenai MinyakSawit Mampan (RSPO) untuk pem-bentangan mengenai skim ma-

sing-masing bagi dipertimbang un-tuk diguna pakai pada OlimpikTokyo 2020.

Dalam mesyuarat yang dihadiriDatuk Dr. Kushairi, beliau telahmembentangkan usaha-usaha Ke-rajaan Malaysia dalam memasti-kan perkembangan industri sawityang mampan sejak tahun 1980-ansebelum wujudnya skim-skim pen-sijilan mampan pada tahun 2004.

Usaha berterusan ini diperku-kuhkan dengan mengguna pakaiMSPO pada tahun 2015 yang ber-tujuan membawa industri sawit,termasuk pekebun kecil ke tahap

kemampanan yang lebih tinggi.Kerajaan Malaysia menerusi Ke-

menterian Perusahaan Perlada-ngan dan Komoditi (MPIC) turutmemberi insentif kepada pekebunkecil serta syarikat perladanganbagi memastikan kos pensijilanmampan tidak menjejaskan pen-dapatan penanam ataupun disa-lur kepada pihak pengguna.

Mesyuarat Jawatankuasa KerjaPerolehan Mampan Tokyo 2020yang selanjutnya akan diadakanlagi pada tahun 2018 sebelum ke-putusan terakhir diumumkan olehpihak Jepun.

Oleh Yoong Jun Haojhyo ong@mp ob.gov.my

To kyo

Menteri Perusahaan Perla-dangan dan Komoditi,Datuk Seri Mah Siew

Keong mengetuai satu misi tek-nikal dan promosi agrikomoditike Tokyo, Jepun pada pertenga-han bulan lalu.

Misi ini bagi mengukuhkan esk-port produk agrikomoditi, terma-suk sawit ke Jepun dan mening-katkan jaringan kerjasama denganpihak berkaitan.

Ketika misi di Tokyo, Siew Keongmengadakan pertemuan dengan65 peserta membabitkan pengu-rusan tertinggi syarikat pengim-port komoditi terbesar di Jepun,termasuk Pengerusi Nissin OilliOGroup, Takao Imamura; PresidentJ-Oil Mills Inc, Fuminao Hachiumadan Timbalan Pengurus BesarShowa Sangyo Co Ltd, Daisuke Ito.

Pengimport minyak, lelemakKetiga-tiga syarikat ini adalahpengimport minyak dan lelemakterbesar dengan lebih daripada 80peratus syer dalam pasaran Je-pun.

Pertemuan ini bukan sahaja me-ningkatkan jaringan kerjasama de-ngan pihak tertentu di Jepun, ma-lah menggalakkan import minyaksawit dan agrikomoditi Malaysiaoleh syarikat Jepun.

Selain itu, Siew Keong dan de-legasi turut mengadakan lawatanteknikal ke Nisshin OilliO Groupdan Kao Corporation, bagi mem-bincangkan peluang kerjasama un-tuk meningkatkan perdagangan,serta pelaburan antara industri sa-wit Malaysia dan syarikat peng-guna sawit berkenaan.

Antaranya, peningkatan soko-ngan dan pengimportan minyak

sawit Malaysia serta peluang pe-laburan dalam sektor hiliran sawit,seperti pengeluaran tokotrienol(vitamin E) sawit di Malaysia.

Yang turut serta dalam lawatanteknikal itu ialah Ketua PengarahLembaga Minyak Sawit Malaysia(MPOB), Datuk Dr Ahmad KushairiDin; Ketua Pengarah Lembaga Ge-tah Malaysia (LGM), Dr ZairossaniMohd Nor; Ketua Pengarah Lem-baga Perindustrian Kayu Malaysia(MTIB), Datuk Dr Jalaluddin Ha-run; Ketua Pegawai Eksekutif Maj-lis Minyak Sawit Malaysia (MPOC),Dr Kalyana Sundram; PengerusiMajlis Pensijilan Minyak Sawit Ma-

laysia (MPOCC), Datuk M Naga-rajan; Ketua Pegawai EksekutifMajlis Promosi Eksport Getah Ma-laysia (MREPC), Low Yoke Kiew;Timbalan Ketua Pegawai EksekutifMajlis Perkayuan Malaysia (MTC),Richard Yu Tuan Chong dan Tim-balan Ketua Misi Kedutaan Ma-laysia di Jepun, Azri Mat Yacob.

Pengeksport minyaksawit terbesarPada 2016, Malaysia adalah peng-eksport minyak sawit terbesar keJepun berjumlah lebih 456,000 tan(72 peratus) diikuti Indonesia (28p eratus).

Page 4: Terbit pada Sabtu minggu pertama setiap bulan - …€¦ · 3 Misi perkukuh d a ga n ga n s aw i t di Jepun Tingkat jaringan kerjasama, eskport produk agrikomoditi Siew Keong ketika

NASIONAL4

Teknologi Ganoderma diiktiraf terbaik 2017

M a nfa a tteknologi,ko m u n i ka s itingkat autopsi,kualiti produk

Oleh Noor AsmawatiAbd Samadwatie@mp ob.gov.my

Bangi: Projek penyelidikan ber-tajuk ‘Green Technology Approa-ches for Management of Gano-derma Disease in Oil Palm’ dipilihpenerima Anugerah Medal EmasPenyelidikan MPOB pada MalamKecemerlangan MPOB 2017 yangdiadakan di sini, baru-baru ini.

Projek penyelidikan diketuai DrIdris Abu Seman, adalah berkaitanpenyelidikan penyakit reput pang-kal batang (BSR) atau dikenali pe-nyakit Ganoderma yang menjadiancaman kepada kemampanan in-dustri sawit negara.

Jika tidak dibendung, anggarankerugian diakibatkan penyakit iniberdasarkan bancian dilaksanakanboleh mencecah sehingga RM1.5bilion setahun.

Hadiah disampaikan Ketua Se-tiausaha Kementerian PerusahaanPerladangan dan Komoditi, DatukK Yogeesvaran.

Pemenang menerima hadiahwang tunai, piala pusingan, medalemas dan sijil penghargaan kepadasetiap ahli kumpulan.

Komersial 12 teknologiProjek penyelidikan berkenaanmemberi tumpuan kepada kawa-lan penyakit secara biologi (BCA)dengan mengenal pasti enamkumpulan utama mikro organis-ma berpotensi dan memenuhi kri-teria BCA Ganoderma.

Dua mikro organisma b erjayadikomersialkan sebagai baja bioGanoEF dan EMBIO™ac t i o n P-LU S .

Penyelidikan ini berjaya meng-

komersialkan 12 teknologi ber-kaitan Ganoderma, tujuh Perjan-jian Persefahaman (MoU) ditan-datangani dan empat teknologipenggunaan mikro organisma di-pindahkan kepada syarikat swas-ta untuk pengeluaran komer-sial.

Pengkomersialan produk bajabio GanoEF dan EMBIO™actionP -LUS, menyumbang dalam penga-walan dan pencegahan penyakitGanoderma di ladang sawit.

Pendekatan teknologi hijau da-lam pengurusan penyakit Gano-derma sawit menawarkan strategipengurusan lebih selamat, me-ningkatkan kepelbagaian biodi-versiti dengan kaedah mesraalam.

Penganjuran Malam Kecemerla-ngan MPOB diadakan setiap tahunbertujuan memberi pengiktirafankepada pegawainya yang berjayamencapai kecemerlangan dalambidang penyelidikan dan pemba-

ngunan (R&D) serta perkhidmatanberkaitan industri sawit.

Setiap tahun, projek penyelidi-kan dan pengurusan yang diiktirafcemerlang menerima anugerahdalam 18 kategori.

Antara anugerah lain turut di-sampaikan ialah Anugerah Kece-merlangan Sains Piala PusinganKetua Pengarah, Anugerah SaintisCemerlang, Anugerah Saintis Ha-rapan dan Anugerah PenerbitanTerbaik Keseluruhan.

Yogeesvaran bersama pemenang Anugerah Medal Emas Penyelidikan MPOB pada majlis Malam Kecemerlangan MPOB 2017.

Industri sawitperlu kekal relevan

Oleh Noor AsmawatiAbd Samadwatie@mp ob.gov.my

Bangi

Industri sawit negara digesabergerak seiring perkemba-ngan global, sejajar kemajuan

ekonomi dan teknologi yang ber-gerak pantas merentasi sempadandunia untuk terus kekal relevan.

Menteri Perusahaan Perlada-ngan dan Komoditi, Datuk SeriMah Siew Keong, berkata RevolusiIndustri 4.0 memberi cabaran ba-gaimana untuk memanfaatkan ke-majuan teknologi dan komunikasibagi peningkatan prestasi perla-dangan dan sektor komoditi.

Beliau berkata, selaras Transfor-masi Nasional 2050 (TN50), industriperladangan perlu memanfaatkanpenggunaan teknologi dan rang-

kaian komunikasi bagi meningkat-kan amalan automasi, pengelua-ran mampan, peningkatan pro-duktiviti dan kualiti produk.

Katanya, kementerian dan Lem-baga Minyak Sawit Malaysia(MPOB) sedang menggubal pelantransformasi bagi industri sawitsejajar dengan TN50, bagi memas-tikan kesinambungan industri sa-wit yang memberi manfaat ke-majuan ekonomi bagi kesejahte-raan rakyat dan generasi akandatang pada 2050 serta tahun se-l e p a s nya .

“Sejajar dengan perancangan ke-rajaan mempertingkatkan kema-juan dan sumbangan industri sa-wit, keupayaan bidang penyelidi-kan yang menjana inovasi baharumenjadi strategi penting pemba-ngunan mampan industri sawityang menjana pendapatan negara

dan sumbangan kepada industrisawit global.

Peranan MPOB“Dalam konteks penyelidikan,MPOB adalah peneraju bidang pe-nyelidikan dalam industri sawityang berperanan penting menjanainovasi, menggembleng strategidan kerjasama dengan pihak in-dustri serta institusi penyelidikanbagi peningkatan kemajuan indus-tri sawit negara,” katanya berucappada Majlis Kecemerlangan MPOB,baru-baru ini.

Teks ucapannya dibacakan Ke-tua Setiausaha Kementerian Pe-rusahaan Perladangan dan Komo-diti, Datuk K Yogeesvaran.

Siew Keong berkata, sehingga ta-hun lalu, MPOB menghasilkan le-bih 630 teknologi dan inovasi, ter-masuk pembangunan formulasiproduk dan perkhidmatan dalamsektor sawit yang ditawarkan un-tuk pengkomersialan kepada pihakindustri serta syarikat tempatan.

“Usaha pengkomersialan tekno-logi dilaksanakan MPOB memba-bitkan kerjasama penyelidikan de-ngan pihak industri, yang mem-beri fokus kepada teknologiberorientasikan keperluan pasa-ran dan kehendak industri.

“Saya yakin kadar pengkomer-

sialan teknologi MPOB akan dapatd i t i n g ka t ka n ,” ka t a nya .

Kejayaan pengkomersialante k n o l o g iSiew Keong berkata, kejayaanpengkomersialan teknologi jugamembabitkan komitmen penggiatindustri dan sektor swasta untukmemanfaatkan penggunaan tek-nologi yang dihasilkan penyelidik.

Katanya, kesediaan pihak industrimenerima pakai teknologi baharusecara menyeluruh dalam rantaianindustri sawit akan menyumbangkepada kecekapan pengeluaran danpeningkatan kualiti minyak sawitserta produk keluarannya.

“Dalam sektor perladangan,amalan mekanisasi dan penggu-naan jentera dalam kerja penye-lenggaraan ladang dan penuaianbuah sawit dapat meningkatkanproduktiviti pekerja dan mengu-rangkan kebergantungan kepadatenaga manusia.

“Usaha menjana teknologi daninovasi kejenteraan ladang perluditingkatkan bagi meningkatkanmekanisasi ladang,” ka t a nya .

Beliau berkata, di arena anta-rabangsa, industri sawit negara te-rus berdepan kempen anti minyaksawit yang dikaitkan dengan isupemakanan dan kemampanan.

Susulan itu, katanya, kerajaankomited memastikan industri sa-wit Malaysia dibangunkan secaramampan.

“Dalam konteks ini, kerajaan me-netapkan pelaksanaan pensijilanMinyak Sawit Mampan Malaysia(MSPO) yang dilaksanakan secarasukarela pada 2015 akan dilaksa-nakan secara mandatori pada hu-jung 2019.

“Pelaksanaan pensjilan MSPOadalah penting bagi memastikanpengeluaran minyak sawit Malay-sia secara mampan bagi memper-kukuhkan imej minyak sawit ne-g a ra ,” ka t a nya .

Yogeesvaran berucap pada majlis Malam Kecemerlangan MPOB 2017.

630 TEKNOLO GIdihasilkan MPOBsehingga tahun lalu

Page 5: Terbit pada Sabtu minggu pertama setiap bulan - …€¦ · 3 Misi perkukuh d a ga n ga n s aw i t di Jepun Tingkat jaringan kerjasama, eskport produk agrikomoditi Siew Keong ketika

Oleh Wan Hasamudin WanHassan dan Hasliyanti [email protected] danhasliyanti@mp ob.gov.my

Bangi: Lembaga Minyak SawitMalaysia (MPOB) mengadakan se-si interaksi bersama GabunganPersatuan-Persatuan PengilangKelapa Sawit (POMA) di Ibu pe-jabat MPOB, di sini, baru-baruini.

Sesi dialog ini bertujuan ber-interaksi dengan sektor pengila-ngan sawit bagi membantu MPOBmerangka dan melaksanakanprogram penyelidikan dan pem-bangunan (R&D) yang seiring de-ngan keperluan industri serta me-menuhi piawaian dan peraturanditetapkan kerajaan.

Seramai 83 peserta menghadiridialog berkenaan termasuk 50 ahliPOMA yang mewakili wilayah uta-ra, tengah dan selatan Semenan-jung Malaysia diketuai Presiden-nya, Khoo Chee Hong.

Dialog ini menerima sambutanmemberangsangkan daripada PO-MA kerana banyak perkara ber-kaitan isu alam sekitar dibincangdan diperhalusi bagi mematuhipiawaian serta peraturan alam se-k i t a r.

Sesi dialog dipengerusikan Pe-ngerusi MPOB, Datuk Seri AhmadHamzah turut dihadiri Ketua Pe-ngarah MPOB, Datuk Dr AhmadKushairi Din.

Ahmad yang mengalu-alukankehadiran peserta dialog berkata,program interaksi secara berteru-san antara MPOB dengan pihakindustri sawit penting dan ber-tepatan dengan keperluan semasaterutama ketika industri mengha-dapi pelbagai cabaran termasukkempen antisawit pada peringkata n t a ra b a n g s a .

Katanya, sebagai satu langkahuntuk membantu pekebun kecilsawit mendapatkan persijilan Mi-nyak Sawit Mampan Malaysia (MS-PO), MPOB sudah melaksanakan

Kelompok Sawit Mampan (SPOC).

Permudah usaha pensijilan“Melalui konsep ini pekebun kecildigabungkan dalam bentuk kope-rasi yang mana koperasi membelibuah tandan segar (BTS) daripadapekebun kecil dan menjualnya ke-pada kilang sawit.

“Pendekatan ini dapat memasti-kan sistem pengumpulan buah tan-

dan segar yang berkualiti dapat di-bekalkan kepada kilang sawit, selainmempermudahkan usaha pensijilanke atas koperasi pekebun kecil.

POMA kemuka 6 isu utama“Pihak POMA kali ini mengemu-kakan enam isu utama yang se-bahagian besarnya membabitkanaspek alam sekitar seperti pen-cemaran amonia ke dalam sungai;

had pelepasan efluen sawit danpelepasan habuk ke udara yangbakal dikuatkuasakan JabatanAlam Sekitar (JAS),” ka t a nya .

Ahmad Kushairi berkata, JAS me-maklumkan peraturan baharuyang diwartakan terhadap industrisawit untuk menjaga kesejahteraanalam sekitar negara, selain mewu-judkan ekosistem rantaian bekalanproduk sawit sihat dan lestari.

MPOB, POMA pertingkat kemampanan kilang sawit

5

Ahmad Hamzah (dua dari kiri) mempengerusikan dialog MPOB-POMA di Ibu pejabat MPOB Bangi, baru-baru ini.

MPOB menang dua anugerah MCY 2017Pe n g i k t i ra fa n

kepada produkterbaik,berinovasi tinggiOleh Suraya Mohamadhaz_suraya@mp ob.gov.my

Kuala Lumpur

Dua teknologi Lembaga MinyakSawit Malaysia (MPOB) ber-

jaya menerima anugerah padaTahun Pengkomersialan Malaysia2017 (MCY 2017) anjuran Kemen-terian Sains, Teknologi dan Ino-vasi (MOSTI) yang diadakan disini, baru-baru ini.

Teknologi ‘Palm-based ChickenFe e d’ yang diketuai Rohaya Mo-hamed Halim menerima Anuge-rah Usahasama Penyelidikan danPerniagaan serta menerima ha-diah trofi, sijil dan wang tunaiberjumlah RM130,000, manakalateknologi ‘Santan Sawit’ yang di-ketuai Dr Zaida Zainal memenangihadiah sagu hati bagi kategori Anu-gerah Usahawan Penyelidik sertamenerima trofi, sijil dan wang tu-nai berjumlah RM50,000.

Anugerah MCY 2017 adalahpengiktirafan dan insentif kepadaproduk serta teknologi terbaik danberinovasi tinggi.

Enam kategori dipertandingkanmembabitkan nilai hadiah kese-luruhan RM1 juta iaitu AnugerahUlung MCY dan lima kategori lainialah Anugerah Urusniaga Komer-sial; Anugerah Penyelidikan dan

Pengkongsian Perniagaan; Anuge-rah Usahawan Penyelidik dan Anu-gerah Inovator Baharu yang me-nawarkan hadiah wang tunai ma-sing RM130,000 serta trofi, cek dansijil penyertaan.

Selain hadiah utama, beberapahadiah sagu hati juga disediakantermasuk Anugerah Usahawan So-sial (RM130,000) dan lima hadiahsagu hati dengan setiap satunyabernilai RM50,000.

Penganjuran MCY 2017 bertu-juan meningkatkan ekosistempengkomersialan dengan fokus ke-pada ‘niche market’ dan penero-kaan pasaran global. Tumpuankhusus kepada teknologi dan pe-nyelidikan yang mempunyai per-mintaan daripada masyarakatyang tinggi.

Penganjuran MCY 2017 adalah ini-siatif kerajaan melalui KementerianSains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI)bertujuan meningkatkan pengko-mersialan teknologi yang memberiimpak kepada ekonomi negara.

Enam produkSebanyak enam teknologi dan pro-duk MPOB yang dikenal pasti dandisenaraikan mengikut inisiatifMCY 2017 iaitu Palm Touch ®powder detergents, Santan SawitPlus, P456 - 1st MPOB Clonal OilPalm Series MPOB, NutritiousPalm-based Chicken Feed, Hydra-Porter: In-field Transporter ForFresh Fruit Bunches Evacuationdan Palm Tocotrienol Rich Fraction(TRF) Chewable Tablet di antara133 produk/teknologi daripadaagensi dan universiti yang menyer-tai MCY 2017.

Tiga daripada teknologi/produk

disenarai pendek untuk penyer-taan Anugerah MCY 2017 yang di-adakan sempena sidang kemuncakGlobal Entrepreneruship Commu-nity (GEC) 2017 yang disempur-nakan Perdana Menteri, Datuk SeriNajib Razak di Pusat KonvensyenKuala Lumpur (KLCC) melalui ker-jasama Strategi Lautan Biru Ke-bangsaan (NBOS) dengan Kemen-

terian Kewangan dan KementerianPendidikan Tinggi.

Menerusi MCY 2017, 43 agen-si/institut penyelidikan, universitipenyelidikan (RU) dan agensi pem-bangunan teknologi terbabit ter-masuk MPOB dalam merealisasi-kan gelombang kedua bagi MCY 2.0yang bermula pada tahun 2017hingga 2019 untuk memberi fokus

kepada inisiatif pengkomersialanproduk hasil penyelidikan danpembangunan (R&D) tempatan.

Intipati MCY 2.0 ialah pengko-mersialan membabitkan semuaperingkat dalam ekosistem penye-lidikan sehingga hasil ciptaan da-pat dimanfaatkan rakyat dan me-nyumbang kepada kekayaan ba-haru negara.

Najib menyampaikan hadiah kepada MPOB bagi kategori Anugerah Usahasama Penyelidikan danPerniagaan sempena MCY 2017 pada sidang kemuncak Global Entrepreneurship Community (GECommunity)di Kuala Lumpur.

Page 6: Terbit pada Sabtu minggu pertama setiap bulan - …€¦ · 3 Misi perkukuh d a ga n ga n s aw i t di Jepun Tingkat jaringan kerjasama, eskport produk agrikomoditi Siew Keong ketika

MPOB MENJANA PERUBAHAN INDUSTRI SAWIT MPOB MENJANA PERUBAHAN INDUSTRI SAWIT 76

Tablet kunyah tokotrienol sedia dikomersialkan

Minyak sawit sumber semula jadi tokotrienol, sejenis vitamin E

Kelebihan vitamin E Vitamin E terutamanya dalam bentuk tokotrienol dapat melin-dungi sel penting badan daripada kerosakan oksidatif akibat radikal bebas. Selain itu, vitamin E teru-tama tokotrienol juga mempunyai fungsi melindungi jantung, ginjal dan perut.

Vitamin E terutama tokotrienol juga mempunyai ciri antikanser, antidiabetes dan menurunkan kadar kolesterol darah.

Vitamin E terutama tokotrienol yang menyerap ke dalam badan mampu sampai ke otak untuk memberi perlindungan daripada mendapat serangan strok (angin ahmar), penyakit parkinson, alzhei-mer dan dementia (nyanyuk).

Vitamin E terutama tokotrienol juga penting untuk perkembangan otak bagi janin dan kanak-kanak berumur tiga tahun ke bawah.

Selain itu, vitamin E juga pen-ting bagi tumbesaran kanak-kanak. Bagi individu berumur 14 tahun dan ke atas, dicadangkan mengam-bil sebanyak 15 mg (22.4 IU) vita-min E setiap hari untuk menjaga kesejahteraan.

Bagi wanita yang sedang menyu-sukan bayi, dicadang mengambil 20 mg vitamin E setiap hari, malah pengambilan vitamin E adalah pen-ting untuk mengekalkan kesihatan sepanjang hayat.

Vitamin E yang mencukupi adalah penting untuk bayi, warga tua dan wanita hamil atau mung-kin hamil.

Kurang vitamin E bawa penyakitRamai yang kurang peka dengan penyakit berpunca daripada masalah kekurangan vitamin E. Apa yang lebih membim-bangkan, masalah kekurangan vitamin E dalam badan adalah satu isu global yang harus ditan-gani dengan segera, namun ramai beranggapan melalui pemakanan seharian, masalah kekurangan vitamin E dapat diselesaikan.

Tanggapan ini salah kerana pemakanan seharian tidak dapat membekalkan vitamin E secu-kupnya yang diperlukan badan.

Antara masalah timbul apabi-la seseorang individu mengalami masalah kekurangan vitamin E termasuk otot menjadi lemah, degenerasi retina yang boleh menyebabkan masalah buta dan penghantaran maklumat kepada impuls saraf menjadi sukar.

Selain itu, bagi kanak-kanak bawah tiga tahun dan ibu hamil pula, mereka akan mengalami masalah seperti anaemia, per-tumbuhan terbantut serta risiko penyakit ber-jangkit ketika k e h a m i l a n t e r h a d a p ibu dan bayi dikandung.

Kekurangan vitamin E juga boleh menyebabkan kurangnya fungsi kognitif dalam kalangan kanak-kanak, di samping boleh mengakibatkan masalah saiz otak yang kecil dan pertumbuhan yang terbantut kepada kanak-kanak.

Bagi dewasa dan warga emas pula, kekurangan vitamin E da - lam badan boleh menyebabkan dan berisiko tinggi menghidapi penyakit dementia (nyanyuk) dan alzheimer, malah kekura wngan vitamin E yang serius boleh menyebabkan kematian.

Susulan itu, bagi mengatasi masalah ini, antara penyelesaian adalah dengan mengamalkan diet harian mengandungi bahan bera-saskan minyak sawit yang kaya dengan vitamin E tokotrienol yang mudah, cepat dan berkesan melalui pengambilan ‘makanan tambahan’ seperti kapsul tokotrienol.

Namun, bukan semua indivi-du berupaya menelan makanan tambahan terutama kanak-kanak. Bagi menangani masalah ini, penyelidik Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) diketuai Dr Noor Lida Habi Mat Dian, dibantu pela-

jar peringkat doktor falsafah (PhD), Wan Suet Ying berjaya menghasil-kan teknologi terbaru vitamin E sawit sebagai makanan tambahan dalam bentuk tablet boleh kunyah yang dapat dinikmati pada bila-bila masa.

Formulasi tablet boleh kunyah tokotrienol yang dihasilkan me -ngandungi kadar vitamin E teru-tama tokotrienol yang mencukupi untuk pelbagai peringkat usia dan pelbagai keperluan kesihatan.

Formulasi dihasilkan mampu menstabilkan kandungan vita-min E dalam tablet sehingga dua tahun, dengan kadar kehilangan atau kemusnahan vitamin E yang rendah.

Kestabilan vitamin E ketika penyimpanan produk mengan-dungi vitamin E adalah sangat pen-ting kerana tanpa formulasi betul, vitamin E akan hilang dan ia tidak

bermanfaat kepada kesihatan. Bagi memberikan kesan lebih

baik kepada tubuh badan, tablet boleh kunyah tokotrienol sawit ini juga boleh diperkaya dengan pelbagai bahan nutrisi yang bagus untuk kesihatan seperti pelbagai jenis vitamin, mineral, asid lemak perlu, asid amino dan pelbagai ba han bioaktif lain.

Antara kelebihan lain tablet boleh kunyah Vitamin E sawit ter-masuk ia berkhasiat, menyihatkan, pelbagai perisa dan sedap, selain membantu menambah pengambi-lan vitamin E dalam badan, sekali gus menangani masalah kekura-ngan vitamin E.

Lebih membanggakan, berbeza dengan tablet normal yang biasa terurai dalam perut, tablet boleh kunyah ini boleh terurai di dalam mulut sama ada dengan dikunyah mahupun tidak.

Kajian klinikal bagi menen-tukan kadar penyerapan vitamin E sawit terutamanya tokotrienol daripada tablet boleh kunyah vita-min E sawit ke dalam sistem badan sedang dijalankan.

Tablet boleh kunyah ini dibuat khas untuk kanak-kanak, remaja, wanita mengandung dan menyu-sukan bayi serta individu yang mementingkan kesihatan dan kecantikan secara amnya.

Teknologi penghasilan dan formulasi tablet boleh kunyah vitamin E sawit sudah dipatenkan dan sedia untuk dikomersialkan kepada pihak industri terutama Industri Kecil dan Sederhana (IKS).

Tablet boleh kunyah vitamin E.

Oleh Nur Affifah Baharim dan Dr Noor Lida Habi Mat Dian [email protected] dan [email protected]

Vitamin E adalah satu dari-pada mikronutrien penting yang perlu disertakan dalam

diet harian untuk memastikan kesejahteraan kesihatan.

Vitamin E membabitkan dua komposisi utama iaitu tokophe-rol dan tokotrienol. Minyak sawit adalah satu daripada sumber semula jadi yang kaya dengan vita-min E.

Vitamin E yang berasaskan sawit juga dikenali sebagai ‘peca-han kaya tokotrienol’ (tocotrienols-rich-fraction - TRF) kerana lebih 75 peratus kandungan vitamin E dari-pada minyak sawit adalah dalam bentuk tokotrienol dan kurang 25 peratus dalam bentuk tokopherol.

Komposisi vitamin E minyak sawit adalah unik berbanding sumber semula jadi vitamin E lain seperti kacang tanah, biji bunga matahari dan kacang soya.

TRF sawit yang kaya dengan vitamin E jenis tokotrienol dapat memberikan fungsi kesihatan yang tidak boleh diberikan tokopherol. Fungsi antioksidan tokotrienol adalah 40 hingga 60 kali lebih tinggi daripada tokopherol.

Untuk maklumat lanjut berkai tan teknologi ini, sila hubungi penye li -dik, Dr Noor Lida Habi Mat Dian melalui email [email protected].

dan fizikal yang lebih baik dan stabil berbanding papan panel lain seperti papan ketumpatan sederhana (MDF) dan papan partikel.

Selain itu, ia juga mempunyai tahap pelepasan formaldehid yang rendah. Jadi, produk ini sesuai digu-nakan untuk kegunaan lantai.

Proses penghasilan HDFSerat EFB berukuran 50 milimeter (mm) panjang dicampurkan dengan cip kayu dengan nisbah campuran berbeza daripada 10 peratus hingga 40 peratus. Cip kayu tropika dite-tapkan pada nisbah 30 peratus, manakala peratusan cip kayu getah berbeza mengikut nisbah serat EFB.

Semua bahan ini dicampur sebe-lum diproses menggunakan tekanan stim pada tekanan 5 - 6 bar selama lima minit menggunakan mesin thermo mechanical refiner, sete-rusnya dikisar menjadi serat halus.

Selepas diperoses, gentian dike-ringkan menggunakan pemanas (empat peratus kandungan kelem-bapan) dan kemudian dicampur perekat melamin urea formaldehid (MUF, E1 standard pelepasan formal-dehid) dan lilin emulsi dalam penga-

Oleh Zawawi Ibrahim [email protected]

Pada tahun 2016, sejumlah 86.3 juta tan tandan sawit segar dipro-ses kilang kelapa sawit di Malaysia (MPOB, 2017), dan menghasilkan lebih enam juta tan berat kering tandan kosong (EFB).

Pada masa ini, EFB digunakan se bagai baja organik dalam ladang tetapi ia mempunyai potensi risiko penyebab perosak dan penyakit.

Selain dari mulsa untuk kegunaan ladang, gentian EFB juga digunakan untuk aplikasi khusus untuk sektor pertanian seperti tikar serat. Bagai-manapun, harga jualan gentian EFB tidak dapat mengimbangi kos pem-prosesan disebabkan pasaran terhad. Satu pendekatan menggunakan gen-tian EFB sebagai bahan mentah alter-natif kepada kayu untuk pengeluaran bio komposit.

Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) membangunkan papan pa- nel berprestasi tinggi yang dina-makan papan gentian ketumpatan tinggi (HDF). Produk ini mempunyai ketumpatan tinggi, sifat mekanikal

Papan gentian ketumpatan tinggi berasaskan sawit

Info

Manfaat/Kelebihan → Produk ini sesuai untuk kegunaan

lantai dan boleh menanggung beban tinggi kerana ia berketumpatan tinggi dan sangat tahan kelembapan.

→ Serat EFB sebagai bahan mentah alternatif kepada kayu untuk industri berasaskan serat.

→ EFB menawarkan kos bahan lebih rendah dan bekalan banyak berbanding kayu

→ Memperluaskan penggunaan biojisim sawit untuk pelbagai produk, seterusnya menghasilkan pendapatan tambahan bagi industri.

Sifat Produk

→ Dengan peratusan EFB sehingga 30 peratus, sifat mekanikal dan ikatan dalaman produk ini dapat memenuhi keperluan piawai seperti dinyatakan dalam JIS A 5905: 2003.

→ Bagaimanapun, papan dihasilkan dengan peratusan EFB melebihi 30 peratus gagal memenuhi standard sifat fizikal (TS). Jadi, untuk pengeluaran produk ini, secara teknikal nisbah maksimum bagi serat EFB adalah sehingga 30 peratus.

dun mekanikal.Setelah perekat dicampur kan,

campuran serat itu sudah dibentuk menjadi mat dan ditekan menggu-nakan pe nekan panas pada suhu 200 C selama lima minit sehingga mat itu mencapai ketebalan 8 mm.

Untuk maklumat lanjut berkai tan teknologi ini, sila hubungi penye li dik,Zawawi Ibrahim melalui email [email protected].

Page 7: Terbit pada Sabtu minggu pertama setiap bulan - …€¦ · 3 Misi perkukuh d a ga n ga n s aw i t di Jepun Tingkat jaringan kerjasama, eskport produk agrikomoditi Siew Keong ketika

8

Oleh MuhammadAsyraf Hussinasyrafhussin@mp ob.gov.my

Lahad Datu: Kementerian Peru-sahaan Perladangan dan Komo-diti Malaysia (MPIC) dan LembagaMinyak Sawit Malaysia (MPOB)berjaya menganjurkan Larian 100Tahun Industri Sawit sempenasambutan ulang tahun 100 tahunpenanaman sawit secara komer-sial (1917-2017).

Larian 100 Tahun Industri Sa-wit yang dirasmikan TimbalanMenteri Perusahaan Perladangandan Komoditi, Datuk Datu Nas-run Datu Mansur, di sini, baru-baru ini, diadakan secara bersiribermula di Lahad Datu, Sabahdan seterusnya di Putrajaya sertaKuching, Sarawak.

Penganjuran Larian 100 TahunIndustri Sawit itu membabitkanjarak sejauh enam kilometer dan

menarik perhatian lebih 700 pe-serta sektor komoditi, kakitanganjabatan kerajaan dan swasta, pe-lajar serta orang ramai sekitar da-erah ini.

Sambutan 100 TahunSebanyak lima kategori dipertan-dingkan terbahagi kepada Lelaki;Wanita; Veteran Lelaki; VeteranWanita dan pelajar sekolah me-nengah yang menawarkan hadiahproduk berasaskan sawit sepertiminyak sawit merah, minyak ma-sak, barangan elektrik, medal sertasijil penyertaan kepada peme-nang.

Acara sampingan sempena la-rian ini membabitkan beberapaaktiviti persatuan sukan dan rek-reasi daerah Lahad Datu sepertiberbasikal, pertandingan bola se-pak sembilan sebelah, dart sertakeusahawanan, selain aktiviti ber-gambar di ‘photob o oth’ dan pa-meran mini bagi perkongsian

maklumat berkaitan industri sa-wit.

Larian 100 Tahun Industri Sawitdiadakan dengan kerjasama Ke-menterian Belia dan Sukan NegeriSabah serta Polis Diraja Malaysia(PDRM).

Sempena sambutan 100 TahunIndustri Sawit Malaysia, MPICdan MPOB, Majlis Minyak SawitMalaysia (MPOC) serta Majlis Pen-sijilan Minyak Sawit Malaysia(MPOCC) turut menganjurkanpelbagai program dan aktivitimembabitkan majlis pelancaranoleh Perdana Menteri, Datuk SeriNajib Razak pada 18 Mei lalu,pengeluaran setem dan syilingperingatan, penerbitan buku ber-gambar ‘Coffee Table Book’ danprogram publisiti bagi memberipendedahan meluas industri sa-wit sebagai tunggak komoditi uta-ma negara yang menyumbangkepada pembangunan ekonomin e g a ra .

700 sertai larian 100 tahunindustri sawit negara

Antara peserta yang mengambil bahagian dalam Larian 100 TahunIndustri Sawit di Lahad Datu.

Anugerah SaintisCe m e r l a n ghargai dua saintis

Oleh Siti Nurhajar MariamWan Jaafarnurhajar@mp ob.gov.my

Bangi

Malam KecemerlanganLembaga Minyak SawitMalaysia (MPOB) pada

bulan lalu yang berlangsung disini, menyaksikan kejayaan duasaintis, Dr Zaliha Omar dan DrVijaya Subramaniam yang me-nerima Anugerah Saintis Cemer-lang MPOB. Anugerah itu disam-paikan Pengerusi MPOB, DatukSeri Ahmad Hamzah.

Anugerah Saintis Cemerlangberprinsipkan kecemerlangansains dan dilihat mampu memberiimpak serta perubahan besar ke-

pada industri ini, khususnya ko-moditi sawit.

Anugerah seumpama ini diwu-judkan bagi mengiktiraf individuyang mencapai kecemerlangansains ke tahap kepakaran dalambidang masing-masing seperti di-buktikan kedua-dua saintis MPOByang mewarnai industri dengankajian dan penyelidikan yang ce-m e rl a n g .

Miliki pengalaman luasZaliha, 59, adalah Pegawai PenyelidikKanan dari Bahagian PenyelidikanPembangunan Produk dan KhidmatNasihat, PDAS, yang berkhidmat se-lama 35 tahun di MPOB dan kinibertugas di Unit Analitikal dan Pem-bangunan Kualiti.

Beliau yang mula berkhidmat diMPOB sejak tahun 1982 berkelu-lusan ijazah dalam bidang SainsGunaan daripada Universiti Tek-nologi Mara (UiTM), selain memi-liki sarjana kedoktoran (PhD) da-lam Sains Gunaan (Oils & Fats) jugadaripada UiTM.

Kepakaran beliau dalam prog-ram pengkristalan membabitkanpemahaman ciri asas sains dankualiti minyak sawit serta minyaksayuran lain, proses penyulingan

dan penapisan minyak sawit sertakaedah modifikasi minyak sawitmengikut penyesuaian produkberasaskan minyak sawit.

Sementara itu, Vijaya, 42, ber-kelulusan sarjana muda dalam bi-dang Kimia juga pemegang IjazahSarjana dan PhD dalam bidangSains Persekitaran dan menyum-bangkan khidmat selama 15 tahundi MPOB.

Beliau adalah Pegawai Penyeli-dik Kanan dari Bahagian Penye-lidikan Kejuruteraan dan Pempro-sesan MPOB dan kini ditempatkandi Unit Tenaga dan Persekitaran.

Vijaya menyertai MPOB sejak ta-hun 2002 dan kepakaran beliaudalam Penilaian Kitar Hayat (LCA)adalah antara sumbangan signi-fikan beliau dalam industri sawit.

Selain itu, antara kepakaran lainVijaya adalah jejak air (water foo-tprint), jejak karbon (carbon foo-tprint), jejak persekitaran produk,kemampanan dan perubahan ik-lim, pengekstrakan minyak residusawit dan penilaian kitar hayatsosial (SLCA) bagi industri sawit.

Kedua-dua pemenang memba-wa pulang hadiah tunai berjumlahRM10,000, trofi dan sijil penghar-gaan.

Hasil kajianberi impakkepada teknologim a ka n a n ,ke m a m p a n a nindustri sawit

Ahmad Hamzah menyampaikan anugerah kepada Dr Zaliha padaMalam Kecemerlangan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB).

Ahmad Hamzah menyampaikan anugerah kepada Dr Vijaya padaMalam Kecemerlangan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB).

Page 8: Terbit pada Sabtu minggu pertama setiap bulan - …€¦ · 3 Misi perkukuh d a ga n ga n s aw i t di Jepun Tingkat jaringan kerjasama, eskport produk agrikomoditi Siew Keong ketika

AhmadKushairidan isterib ergamb arb ersamap elawakkumpulanZero padaHari KeluargaMPOBdi Bangi,baru-baru ini.

NASIONAL9

RAC rangka hala tujuR&D PORTSIM ShanghaiOleh Yoong Jun Haojhyo ong@mp ob.gov.my

S ha n gh a i : Jawatankuasa Penasi-hat Penyelidikan (RAC) bagi Ins-titut Penyelidikan dan Perkhidma-tan Teknika l Sawit MPOB(PORTSIM) Shanghai, China me-ngadakan mesyuarat tahunan bagimerangka hala tuju program pe-nyelidikan dijalankan pusat itu.

Mesyuarat RAC kali ke-11 itu di-pengerusikan Ketua PengarahMPOB, Datuk Dr Ahmad KushairiDin, di sini, baru-baru ini.

Tetapkan hala tujuRAC yang diadakan setiap tahunadalah mekanisma PORTSIM un-tuk memastikan program penye-lidikan dan pembangunan (R&D)yang dilaksanakan MPOB di Chinamempunyai hala tuju dan strategibertepatan bagi mengukuhkan ke-dudukan minyak sawit Malaysia dipasaran China.

RAC menetapkan hala tuju pe-nyelidikan PORTSIM China untuk

mengembangkan aplikasi produksawit dalam sektor hiliran maka-nan dan makanan ternakan di Chi-na yang bernilai tinggi.

Pasaran baharuSehingga kini, terdapat 38 projekR&D berjaya disiapkan denganusaha sama di antara PORTSIM,institusi dan pihak industri tem-patan termasuk penghasilan 19produk sawit yang dikomersialkandi China.

Program RAC ini bukan sajadapat membuka pasaran baharubagi minyak sawit di China, ma-lah ia juga meningkatkan dayasaing minyak sawit Malaysia se-bagai bahan mentah terbaik da-lam sektor industri makanan Chi-na.

Turut serta dalam mesyuaratRAC ialah Timbalan Ketua Penga-rah (R&D) MPOB, Dr Ahmad Pa-rveez Ghulam Kadir, pakar ma-kanan dari Malaysia dan Chinaserta saintis daripada PORTSIMChina.

Minggu Inovasi & Kecemerlangan2017 iktiraf pegawai cemerlang

Tiga aspekutama penentup encapaian,ke cemerlangano rg a n i s a s iOleh Noor AsmawatiAbd Samadwatie@mp ob.gov.my

Bangi

Inovasi adalah kunci kejayaanorganisasi dan berperananmelonjakkan kemajuan serta

mengukuhkan kedudukan Lem-baga Minyak Sawit Malaysia(MPOB) untuk bersaing pada pe-ringkat kebangsaan dan antara-bangsa.

Ketua Pengarah MPOB, Datuk DrAhmad Kushairi Din, berkata ino-vasi yang dihasilkan bukan sajabertujuan menyertai pertandi-ngan atau bagi mendapat peng-iktirafan semata-mata tetapi tum-puan perlu diberi kepada galakanberterusan untuk meningkatkanbudaya inovasi dalam perkhidma-tan awam.

“Keperluan, dorongan dan sum-ber adalah tiga aspek utama pe-nentu pencapaian dan kecemer-langan organisasi jika dikendali de-

ngan cekap serta berintegriti,”katanya berucap merasmikanProgram Minggu Inovasi dan Ke-cemerlangan MPOB, di sini, baru-baru ini.

Perubahan sosialAhmad Kushairi berkata, perkhid-matan awam pada masa ini meng-hadapi cabaran yang kompleksberikutan perubahan sosial danekonomi dunia yang menuntut sis-tem penyampaian lebih inovatif kearah menyediakan perkhidmatanyang dapat memenuhi kehendakpelanggan serta pihak berkepen-tingan.

Katanya, terdapat keperluanberterusan untuk meningkat-kan keberkesanan sistem pe-nyampaian kerana tuntutan pe-langgan sentiasa meningkat, me-nyebabkan warga MPOB perlusentiasa memikirkan cara danstrategi bagi menangani cabaranini.

“Ini selaras dengan saranan ke-rajaan mentransformasi sektorperkhidmatan awam dan inovasiadalah salah satu daripada nilaiasas bagi membudayakan kreati-viti serta inovasi.

“Organisasi besar seperti MPOBberdepan cabaran sama ada padaperingkat nasional dan antara-bangsa membabitkan perkhidma-tan kepada pelanggan atau peme-gang taruh berkaitan industri sa-wit.

“MPOB berhadapan tuntutan pi-hak industri bagi pelaksanaan usa-ha penyelidikan dan pembangunanserta penguatkuasaan peraturan.

Kempen antiminyak sawit“Cabaran utama pada peringkatantarabangsa pula bagi menanga-ni usaha pelbagai pihak yangmemburukkan industri sawit ne-gara dengan kempen antiminyaksawit, isu pemuliharaan alam se-kitar dan kemampanan minyaks aw i t ,” ka t a nya .

Penganjuran Minggu Inovasi danKecemerlangan MPOB 2017 me-nyediakan peluang kepada wargaMPOB meningkatkan kualiti teru-tama dalam aktiviti penyelidikandan pembangunan (R&D) sertamencari ruang menambah baikhasil R&D dan perkhidmatan, se-kali gus mengangkat MPOB men-jadi institusi penyelidikan cemer-lang.

Program selama seminggu itu,membariskan aktiviti membabit-kan warga MPOB pelbagai pering-

kat termasuk Hari Kesihatan danKebersihan; Malam Kecemerla-ngan MPOB 2017; MPOB Innova-tion Treasure Hunt dan Hari Ke-luarga MPOB.

Program Minggu Inovasi dan Ke-cemerlangan MPOB 2017 bertema-kan ‘Minyak Sawit Malaysia Ke-banggaan dan Pencapaian Kita’ itudiharap akan memberi inspirasikepada semua pihak meningkat-kan kualiti serta mencari peluangdan ruang terutama dalam aktivitiR & D.

Ahmad Kushairi (dua dari kiri) menyampaikan anugerah kepada pegawai cemerlang pada majlisperasmian Minggu Inovasi dan Kecemerlangan MPOB 2017.

Oleh Noor AsmawatiAbdul Samadwatie@mp ob.gov.my

Bangi: Lebih 1,700 warga MPOBbersama ahli keluarga masing-masing hadir memeriahkan sam-butan Hari Keluarga MPOB 2017yang diadakan di ibu pejabatnya,di sini baru-baru ini.

Program yang menyajikan pel-bagai aktiviti itu ternyata meriahdan mengujakan ahli keluargayang hadir.

Pengerusi MPOB, Datuk Seri Ah-mad Hamzah ketika berucap me-rasmikan program berkenaan ber-kata, sambutan hari keluarga ada-

lah penting bagi mengeratkanhubungan silaturahim antara war-ga MPOB.

Katanya, semua aktiviti yang di-atur dapat mengeratkan hubu-ngan yang sedia terjalin dalamkalangan warga MPOB di sampingmerapatkan jurang antara gene-rasi lama dan baharu.

“Penganjuran program riadah dansosial membabitkan keluarga ber-tujuan memupuk hubungan mesradi samping merangsang semangatdan daya saing untuk terus bergerakmaju dan cemerlang,” ka t a nya .

Program sehari itu diserikan de-ngan pelbagai aktiviti seperti su-kaneka, gerai permainan, taya-

ngan filem, ‘petting zoo’ dan geraijualan produk kegunaan harian.

Program turut dihadiri Ketua Pe-ngarah MPOB, Datuk Dr AhmadKushairi Din bersama keluarga.

Warga MPOB juga berkesempa-tan beramah mesra dengan atletnegara yang mengharumkan na-ma Malaysia di pentas Sukan SEAKuala Lumpur 2017 iaitu penerjunnegara, Nur Dhabitah Sabri danpemain skuad bola jaring kebang-saan, Norashikin Kamalzaman.

Hari keluarga turut diserikan de-ngan kemunculan pelawak kum-pulan Zero dan penyanyi, Ara Jo-hari yang menghiburkan denganpersembahan bersahaja mereka.

Hari Keluarga MPOB erat silaturahim

Page 9: Terbit pada Sabtu minggu pertama setiap bulan - …€¦ · 3 Misi perkukuh d a ga n ga n s aw i t di Jepun Tingkat jaringan kerjasama, eskport produk agrikomoditi Siew Keong ketika

Industri makanan, penggunapeka komitmen Malaysiaterhadap minyak sawit mampan

10

Penerbitan berkaitan in-dustri makanan dan me-dia pengguna sekarangini semakin rancak me-laporkan berita positif

mengenai Malaysia dan komit-mennya membekalkan minyaksawit mampan ke seluruh du-nia.

Apabila pemberita dan penge-luar produk makanan mula me-mahami apa yang dimaksudkandengan minyak sawit mampan,mereka mula memberi tumpuanlebih dalam mendidik pengilangmakanan dan pengguna berhu-bung ‘minyak yang lebih baik’ dankenapa ia harus diperoleh dari Ma-l ays i a .

Satu daripada contoh penggunaAmerika Syarikat mengetahui mi-nyak sawit mampan Malaysia me-lalui pakar pemakanan berdaftardari Amerika Syarikat, Felicia Sto-l e r.

Beliau menjelaskan minyak sa-wit mampan Malaysia yang mem-peroleh sijil dalam sebuah ran-cangan televisyen terbitan NBC,San Antonio Living.

Stoler berkata, minyak sawit Ma-laysia antara bahan yang diguna-kan dalam banyak produk ma-kanan yang dibungkus.

Pengalaman lihat tanamansawit di Malaysia“Saya pernah ke Malaysia dan me-lihat sendiri pokok sawit tumbuhdan membesar; ia amat menak-jubkan, pokok hidup selama 30tahun, buah-buahnya pula senti-asa terhasil dan baik untuk anda.Beta karotena, tokotrienol, vitaminE - semuanya ini terkandung da-lam buah sawit,” katanya kepadap enonton.

Ahli industri juga sedar tentangkepentingan dan faedah minyaksawit Malaysia yang dipersijilkan.Satu wawancara dengan Ketua Pe-gawai Eksekutif, Majlis Minyak Sa-wit Malaysia (MPOC), Dr KalyanaSundram, yang diterbitkan dalamFo o dIngredientsFirst membincang -kan bagaimana dengan mewajib-kan pensijilan minyak sawit men-jelang 1 Januari 2020, industri mi-nyak sawit Malays ia akanmemfokuskan perhatian dunia keatas aspek kemampanan eksportutama Malaysia itu.

Kalyana berkata, pensijilan MS-PO adalah satu pendekatan yangdiambil Malaysia sebagai pelopordalam pensijilan minyak sawit didunia.

“Kami sengaja membuka jalanbagi negara lain yang bergantungkepada kesahihan dan ketulenanproduk mereka, seperti Itali de-

ngan minyak zaitunnya, untuk me-yakinkan rakan perniagaan danjuga pengguna bahawa produk ke-luaran mereka adalah tulen dandihasilkan secara bertanggungja-wa b .

“Kami ingin menjangkau setiapentiti dalam rantaian bekalan, te-rutama untuk meyakinkan peng-guna bahawa minyak sawit Ma-laysia dihasilkan secara mampan,selamat digunakan dan berkha-s i a t ,” ka t a nya .

Pengguna juga dapat membuatkesimpulan jelas antara kesihatanmereka dan kesejahteraan alams e k i t a r.

Ini membuka ruang lebih luasbagi minyak sawit mampan Ma-laysia yang mempunyai sijil, mem-punyai kelebihan dari aspek ke-sihatan dan alam sekitar berban-ding minyak makan lain.

Sumb er:http://www.palmoilhealth.org/ne -ws/in-the-news/food-industry- con-sumers-hear-malaysias- commit-ment-sustainable-palm- oil/

Kami sengaja membukajalan bagi negara lainyang bergantung kepadakesahihan dan ketulenanproduk mereka, sepertiItali dengan minyakzaitunnya, untukmeyakinkan rakanperniagaan dan jugapengguna bahawaproduk keluaran merekaadalah tulen dandihasilkan secarabertanggungjawab. Kamiingin menjangkau setiapentiti dalam rantaianbekalan, terutama untukmeyakinkan penggunabahawa minyak sawitMalaysia dihasilkansecara mampan, selamatdigunakan danb erkhasiat”

Dr Kalyana Sundram,Ketua Pegawai Eksekutif MPOC

Bebas lemak trans Mudah dihadam Sumber tenaga yang sangat baik

Sumber asid lemak yang penting

Khasiat yang seimbang

Kesan neutral ke atas kolesterol dalam darah

Untuk maklumat lanjut, lawati www.mpoc.org.my

Bebas kolesterol

Antioksidan yang membantu mencegah strok

Antioksidan yang membantu menghindar kanser

KHASIATkanser

Membantu meningkatkan paras kolesterol baik - HDL

Mengandungi Vitamin E tokotrienol

Fakta menarik tentang khasiat dan kebaikan minyak sawit Malaysia

LemakTrans

Page 10: Terbit pada Sabtu minggu pertama setiap bulan - …€¦ · 3 Misi perkukuh d a ga n ga n s aw i t di Jepun Tingkat jaringan kerjasama, eskport produk agrikomoditi Siew Keong ketika

Tidak dapat dinafikan minyak sawit merupakan

minyak yang paling banyak diproduksi dan diperda­gangkan di dunia, sekitar 40 % minyak sawit digunakan dalam industri pembuatan makanan seperti marjerin, santan sawit dan aiskrim. Hal ini secara tidak langsung telah meningkatkan permin­taan minyak sawit di seluruh dunia.

Penggunaan minyak sawit dalam pembuatan makanan jelas menunjukkan bahawa minyak sawit mempunyai banyak kebaikan untuk kehidupan masyarakat. Hal ini juga telah menjadikan kelapa sawit sebagai salah satu komoditi pertanian utama bagi Malaysia kerana perkembangannya yang cukup pesat. Pada umumnya, minyak sawit mendapat tempat di hati pengeluar makanan kerana pengelua-rannya melalui proses yang menggunakan teknologi moden disamping minyak yang berkualiti.

Pelbagai hidangan yang ada di Malaysia rata-rata menggunakan minyak sawit sebagai bahan asas dalam pembuatan. Contohnya dalam pembuatan maka-nan ringan seperti aiskrim. Walaupun lemak susu adalah bahan paling sesuai digu-nakan dalam pembuatan aiskrim, minyak sayuran yang diadun secara tidak langsung boleh dijadikan sebagai bahan alternatif. Penggunaan minyak sawit dalam pembuatan aiskrim ini bukan sahaja dapat menghasilkan aiskrim yang lembut dan gebu tetapi pada masa yang sama menjadi-kan aiskrim itu lebih tahan lama dan tidak mudah rosak. Bahkan penghasilan aiskrim dari bahan yang berkualiti akan menjadi tarikan kepada

penggemar aiskrim. Oleh itu, dapat kita saksikan bahawa penggunaan minyak sawit dalam pembuatan makanan merupakan langkah yang gramatis dan proaktif dalam menghasilkan makanan yang berkualiti.

Seterusnya, kajian jelas menunjukkan bahawa mi -nyak sawit boleh mengem-balikan pengerasan arteri dengan pembuangan plak. Penggunaan minyak sawit dalam makanan dapat me ngurangkan kolesterol darah berbanding dengan sumber-sumber tradisional lain seperti minyak kelapa, tenusu dan lemak haiwan malahan minyak sawit beru-paya menguatkan jantung pengguna.

Penghasilan makanan yang menggunakan minyak sawit dapat memberikan banyak faedah kepada pelba-gai makanan kerana minyak sawit mempunyai antioksi-dan yang semula jadi, ia juga mempunyai kadar nisbah yang seimbang antara asid lemak tepu dan tidak tepu dan memiliki kandungan yang rendah asid lemak tidak stabil seperti asid linoleik.

Kebaikan yang terda-pat pada minyak sawit

secara tidak langsung dapat meningkatkan kestabilan rasa makanan dan menja-dikan makanan tahan lebih lama.

Selain baik untuk koleste-rol, minyak sawit merupakan minyak yang berkhasiat kerana ia kaya dengan antiok-sidan yang kuat. Antioksidan penting untuk fungsi harian badan kerana ia mampu untuk melindungi tubuh daripada radikal bebas yang boleh menyebabkan kanser dan penyakit kronik. Menu-rut kajian baru-baru ini oleh Profesor KK Carroll dari pusat pemakanan manusia di Uni-versity of Western Ontario menyatakan, bahan seperti tokotrienol yang terdapat dalam minyak sawit adalah agen anti-kanser yang berke-san dan memberi justifikasi yang mencukupi untuk ujian klinikal pada pesakit kanser. Bahan lain yang terdapat dalam minyak sawit iaitu tokoferol yang mana mem-punyai manfaat penyembuh di peringkat selular. Ia juga antioksidan yang melindungi membran sel dan juga mem-bantu agar sel manusia dapat hidup secara sihat.

Masyarakat sudah menge-tahui bahawa lemak sangat penting untuk pemakanan seharian kita. Hal ini demi-kian kerana lemak adalah sumber tenaga yang mem-bolehkan sel-sel dan sistem saraf berfungsi. Oleh itu, penggunaan minyak sawit berkait rapat dengan lemak yang ada di dalam makanan seharian kita. Minyak sawit mempunyai lemak tepu yang mana mempunyai kesan yang baik terhadap tahap kolesterol seseorang, lemak yang terdapat dalam sawit membantu kolesterol LDL menjadi rendah disamping meningkatkan kolesterol HDL.

Peraduan ini terbahagi kepada dua kategori iaitu pelajar sekolah menengah dan awam di seluruh negara. Karangan adalah me ­

ngenai industri sawit negara dan antarabangsa berpandukan tajuk yang diberikan di bawah:

PERADUAN MENGARANG ESEI BERITA SAWIT BULAN JANUARI 2018

KEPUTUSAN PERADUAN MENGARANG ESEI BERITA SAWIT BULAN DISEMBER 2017

Kategori 1: Pelajar Sekolah Menengah (Tingkatan 1 hingga 5)Tajuk: “Pelbagai cabaran mematangkan industri sawit negara. Bincangkan”.

Kategori 2 – AwamTajuk: “Industri sawit negara gagah harungi cabaran untuk kekal di persada dunia. Bincangkan”.

Tiga pemenang utama bagi setiap kategori akan menerima;− Hadiah Pertama : RM250− Hadiah Kedua : RM200− Hadiah Ketiga : RM150

Esei yang berjaya mendapat tempat pertama akan disiarkan dalam Berita Sawit keluaran bulan FEBRUARI 2018 akan datang.

PEMENANG KATEGORI 1Pelajar Sekolah Menengah Iszuaneeza IsmailSMK Taman Kota JayaKota Tinggi, Johor

Hadiah Kedua Syafiah Asilah SallehMRSM TaipingTaiping, Perak

Hadiah KetigaTiada pemenang

PEMENANG KATEGORI 2Awam

Hadiah Pertama Noraini IsmailDungun, Terengganu

Hadiah Kedua Tan Jia JuiSungai Petani, Kedah

Hadiah KetigaMohammad Suffian FauziKuala Terengganu, Terengganu

Syarat Penyertaan − Kategori 1: Terbuka kepada pelajar sekolah menengah tingkatan 1 hingga 5− Kategori 2: Terbuka kepada dewasa berusia 18 tahun ke atas. − Bukan kakitangan MPOB.− Panjang esei di antara 500 - 700 patah kata− Sila nyatakan nama penuh, alamat sekolah (Kategori 1 sahaja), alamat rumah, nombor telefon, alamat email (jika ada) nombor kad pengenalan, nombor akaun bank dan sertakan sekeping gambar ukuran pasport.− Keputusan juri adalah muktamad.− Tarikh tutup penyertaan ialah pada 25 Januari 2018.− Hantarkan penyertaan ke alamat: Peraduan Mengarang Esei Berita SawitIbu Pejabat MPOB, 6, Persiaran Institusi, Bandar Baru Bangi, 43000 Kajang, Selangoru/p: Noor Asmawati Abdul Samad (Unit Komunikasi Korporat)Email: [email protected]

Dewasa ini, masyarakat sering dimomokkan

dengan keburukan penggu­naan minyak sawit dalam hidangan. Polemik sebegini banyak tersebar di alam maya sehingga adakalanya masyarakat merasakan bim bang setiap kali ingin menggunakan minyak sawit. Walhal, semua dak ­yah ini hanyalah rekaan se setengah pihak, semata­ma ta untuk memburukkan minyak sawit. Oleh itu, per­kara ini wajar ditolak sepe­nuhnya memandangkan masyarakat harus ambil tahu penggunaan minyak sawit dalam hida ngan mam pu memenuhi keperlu ­an khasiat pemakanan.

Hal ini benar meman-dangkan minyak sawit mempunyai kelebihannya yang tersendiri terutama dalam formulasi makanan. Sebagai contoh, komposisi miyak sawit mengandu -ngi 40 hingga 45 peratus lemak tepu (asid palmi-tik), 39 hingga 40 peratus asid lemak (asid oleik) dan 10 hingga 11 peratus asid lemak (asid lenolik). Ketiga-tiga lemak yang dinyatakan ini apabila digabung akan mewujudkan lemak mono tak tepu yang mana sifatnya mudah terurai dan akan meningkatkan kolestrol baik dalam badan. Sehubungan dengan itu, kandungan oleik apabila digunakan dalam hidangan akan menyebab -kan seseorang dapat meng-hindarkan daripada penya-kit jantung. Dek ke rana itulah, minyak sawit apabila digunakan dalam hidangan secara tidak lang sung dapat membantu membekalkan disamping mencukupkan keperluan khasiat pemaka-

nan diperlukan badan. Dalam pada itu, penggu-

naan minyak sawit dalam hidangan juga tidak perlu diragui kerana ia seme-mangnya bebas kolestrol. Sebuah organisasi yang berpengaruh ke atas polisi kesihatan jantung di Ame-rika Syarikat (AS), Ame-rican Heart Association (AHA) pernah menjalankan kajian ke atas kandungan khasiat pemakanan yang ada di dalam minyak sawit. Hasilnya, AHA amat men-gesyorkan penggunaan minyak sawit dalam hidan-gan kerana minyak sawit digunakan sebagai sebahagi-an dari pemakanan rendah lemak (30%) tenaga dan terbukti mampu menyekat paras kolestrol dalam aliran darah. Malah, kajian di peringkat Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) juga menunjukkan penggunaan minyak sawit dalam hidan-gan membolehkan berlaku-nya peningkatan kolestrol baik (HDL) dalam badan. Sementelahan, peningka-tan HDL dalam badan akan memberi impak yang baik kepada kesihatan seseo-rang. Justeru, sudah tentu-

lah minyak sawit mampu memenuhi keperluan kha-siat pemakanan apalagi jika ia digunakan dalam penye-diaan makanan.

Sementara itu, tidak dina-fikan kita sememangnya memerlukan kandungan vitamin yang lengkap dalam tubuh badan. Keku-rangan vitamin akan men-jurus kepada badan menjadi lemah selain mudah terde-dah kepada penyakit. Walau bagaimanapun, kandungan vitamin yang terkandung dalam hidangan mampu memenuhi keperluan kesi-hatan pemakanan. Kandu -ngan vitamin E-tokotrienol yang tinggi terdapat secara semula jadi dalam minyak sawit. Vitamin ini penting dalam kalangan pengge-mar barangan kecantikan kerana ianya bukan sahaja memberikan kelebihan dari sudut menjadikan kulit lebih sihat, bahkan juga melam-batkan proses penuaan.

Tidak kurang juga kan-dungan Karatenoid Pro-Vitamin A yang terdapat dalam minyak sawit. Kegu-naannya dalam hidangan berupaya membantu men-cegah penyakit kanser atau serangan strok. Jika diban-dingkan vitamin Pro-A di dalam minyak sawit merah dengan karatenoid yang berada di dalam minyak sawit, nisbahnya pula pada kadaran 1:300. Justifikasi-nya, ternyata minyak sawit mempunyai kandungan karatenoid yang tinggi ber-banding yang lain. Hal ini sudah tentu menjadi sebab dominan mengapa penggu-naan minyak sawit dapat memenuhi di samping men-cukupkan keperluan khasiat pemakanan.

Iszuaneeza Ismail SMK Taman Kota Jaya, Kota Tinggi, Johor

PEMENANG PERTAMA KATEGORI 1 - PELAJAR SEKOLAH MENENGAH

Noraini Ismail Dungun, Terengganu

PEMENANG PERTAMA KATEGORI 2 - AWAM

Minyak sawit pelbagai guna dan sesuai untuk pelbagai hidangan

Penggunaan minyak sawit dalam hidangan penuhi keperluan khasiat pemakanan

MPOB MENJANA PERUBAHAN INDUSTRI SAWIT 6 JANUARI 2018 − SABTU 11

Page 11: Terbit pada Sabtu minggu pertama setiap bulan - …€¦ · 3 Misi perkukuh d a ga n ga n s aw i t di Jepun Tingkat jaringan kerjasama, eskport produk agrikomoditi Siew Keong ketika

Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Datu Nasrun Datu Mansur memanaskan badan sebelum memulakan acara Larian 100 Tahun Industri Sawit yang diadakan di Lahad Datu, Sabah pada akhir tahun 2017.

Pengerusi MPOB, Datuk Seri Ahmad Hamzah bersama Datuk Dr Ahmad Kushairi Din memotong kek sempena perasmian Program Hari Keluarga MPOB di Bangi, baru-baru ini.

Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Mah Siew Keong berswafoto bersama para pelatih Kursus Ope-rasi Mekanisasi Ladang (KOML) yang menerima sijil masing-masing pada majlis penganugerahan Sijil Institut Perladangan dan Komoditi Malaysia (IMPAC) di Putrajaya, baru-baru ini.

Ketua Setiausaha Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk K. Yogeesvaran dan Ketua Pengarah MPOB, Datuk Dr Ahmad Kushairi Din bersama pemenang Anugerah Kecemerlangan Sains Piala Pusingan Ketua Pengarah sempena Malam Kecemerlangan MPOB 2017 di Bangi, baru-baru ini.

Datuk Dr Ahmad Kushairi Din bersama pemenang Anugerah Khas Ketua Pengarah yang disampaikan sempena Majlis Perasmian Minggu Inovasi dan Kecemerlangan MPOB 2017, di Bangi, Selangor.

12