kolej kediaman “terbakar” 4 soalan bersama …

62
www.unisza.edu.my/kolejkediaman KELUARAN 1 | 2016 MKK DAN KOMUNITI MS 14, 25 TUUFEST 2016 MERIAH MS 26 4 SOALAN BERSAMA PRESIDEN MKK MS 28, 29 KOLEJ KEDIAMAN “TERBAKAR” MS 6

Upload: others

Post on 25-Nov-2021

10 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: KOLEJ KEDIAMAN “TERBAKAR” 4 SOALAN BERSAMA …

www.unisza.edu.my/kolejkediaman KELUARAN 1 | 2016

MKK DAN KOMUNITI MS 14, 25

TUUFEST 2016 MERIAH

MS 26

4 SOALAN BERSAMA

PRESIDEN MKK

MS 28, 29

KOLEJ KEDIAMAN

“TERBAKAR” MS 6

Page 2: KOLEJ KEDIAMAN “TERBAKAR” 4 SOALAN BERSAMA …

2 MAKALAH KOLEJ KEDIAMAN KELUARAN 1 BIL. 1/2016

Page 3: KOLEJ KEDIAMAN “TERBAKAR” 4 SOALAN BERSAMA …

3 MAKALAH KOLEJ KEDIAMAN KELUARAN 1 BIL. 1/2016

Dari Mata PenaDari Mata PenaDari Mata Pena

A hamdulillah, kesyukuran dipanjatkan ke

hadrat Allah SWT atas segala nikmat-Nya.

Selawat dan salam ke atas junjungan

kita Rasulullah SAW.

Selamat membaca Makalah Kolej Kediaman

Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA).

Saya mengharapkan makalah ini akan menjadi

wahana yang ampuh dalam menyebarkan maklumat

tentang Kolej Kediaman UniSZA kepada khalayak dan

massa ke arah menjadikan UniSZA sebagai pilihan

utama masyarakat dalam usaha menimba ilmu

pengetahuan.

Makalah ini diwujudkan bagi memudahkan war-

ga Kolej Kediaman UniSZA dan masyarakat luar untuk

mengikuti perkembangan yang berlaku di UniSZA

amnya dan di Kolej Kediaman khususnya di samping

menjadi medan untuk pihak pengurusan kolej kediaman

menyampaikan maklumat kepada warga kolej

kediaman.

Dalam usaha menjayakan agenda transformasi

pendidikan tinggi Negara untuk meletakkan kolej

kediaman UA setanding atau setaraf dengan kolej-kolej

kediaman universiti tersohor di dunia tetapi dalam

acuan Malaysia, maka pihak pengurusan Kolej

Kediaman UniSZA berusaha dengan penuh iltizam

menjadikan Kolej Kediaman UniSZA sebagai sebuah

penempatan pelajar yang sejahtera, selamat dan

berkualiti untuk pembangunan insaniah dan

pembentukan sahsiah pelajar.

Untuk itu, pelbagai prasarana dan kemudahan

telah disediakan supaya para warga kolej kediaman ini

dapat menggunakannya dengan sebaik mungkin bagi

mencapai aspirasi yang diharapkan.

Maklumat di dalam makalah ini menerangkan

pelbagai program dan aktiviti yang melibatkan kolej

kediaman untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada

semua warga kolej kediaman. Ia juga diharap dapat

memberi impak kepada semua warga Kolej Kediaman

UniSZA untuk memberikan perkhidmatan yang lebih

baik.

Saya mengalu-alukan sebarang pandangan dan

cadangan yang membina daripada semua warga Kolej

Kediaman UniSZA untuk memantapkan lagi pengurusan

maklumat yang disediakan melalui laman makalah ini.

Selamat melayari laman sesawang ini demi kebaikan

bersama.

Sekian, terima kasih.

DR. MOHD SHAHRIL BIN OTHMAN PENGARAH KOLEJ KEDIAMAN UniSZA

Page 4: KOLEJ KEDIAMAN “TERBAKAR” 4 SOALAN BERSAMA …

Bari

san

Ata

s (D

ari K

iri)

: M

oh

d Z

arif

Safi

k b

in Z

olk

epel

i, K

hai

rul A

zmi b

in A

. Rah

man

, Mo

hd

Far

id b

in G

han

i, Zu

lkar

nai

n b

in A

bd

Maj

id, A

bd

ull

Raz

ab b

in J

uso

h, S

ukr

i bin

Ju

soh

, Mo

hd

Kam

alro

l bin

Su

lon

g, N

ik M

oh

d S

aifu

l Riz

an b

in N

ik A

bd

Wah

id, M

oh

d F

adli

Irw

an b

in A

lias

Bar

isan

Te

nga

h (

Dar

i Kir

i) :

Ju

soh

bin

Mo

hd

, Mo

hd

Kh

airu

dd

in b

in D

olla

h, M

oh

d R

asyi

din

bin

Ism

ail,

Alia

s b

in M

at A

min

, Yu

sof

bin

Mo

hd

No

ng,

Dr.

Mo

hd

Sh

ahri

l bin

Oth

man

, Mo

hd

Ro

zaid

i

bin

Aw

ang,

Sh

aifu

l Akm

al b

in H

amd

an @

Sal

iman

, Maz

uki

bin

Ab

d R

ahm

an, W

an F

airu

l Fak

hza

n b

in W

an H

assa

n

Bar

isan

De

pan

(D

ari K

iri)

: N

or

Suh

azlin

a b

inti

Su

lon

g, S

ayan

i bin

ti A

lias,

Azi

law

ati b

inti

Ro

fa,

Fari

dah

bin

Wah

ab @

Sal

leh

, Asm

a’ b

inti

Md

Jaa

far,

Nu

rul S

yaim

aa b

inti

No

rjal

a

Tiad

a D

ala

m G

amb

ar :

Mo

hd

Nap

i bin

Ab

d R

ahm

an STA

F K

OLEJ

KED

IAM

AN

Un

iSZ

A

Page 5: KOLEJ KEDIAMAN “TERBAKAR” 4 SOALAN BERSAMA …

5 MAKALAH KOLEJ KEDIAMAN KELUARAN 1 BIL. 1/2016

Majlis Kolej Kediaman A (MKK A) dengan kerjasama Ahli Jawatankuasa Surau UniSZA telah mengadakan satu program ceramah yang bertajuk “Doa Yang Tidak Termakbul” pada 12 Februari 2016 bertempat di Surau Saodah.

Ceramah yang menarik ini telah disampaikan oleh Dr. Najihah Abd Wahid yang merupakan pensyarah Fakulti Pengajian Kontemporari Islam dan juga Felo Penyelidik dari Institut Penyelidikan Produk Dan Ketamadunan Islam (INSPIRE), UniSZA.

Banyak perkongsian dan pengisian yang menarik disampaikan oleh penceramah dalam program ceramah ini. Diantaranya ialah sepuluh golongan doa orang yang termakbul, dan juga sebab-sebab kenapa doa tidak dimakbulkan Allah.

Selepas solat isyak berjemaah, majlis yang tamat pada jam 8.30 malam ini diakhiri dengan jamuan makan di dalam talam bagi mengeratkan lagi silaiturahim dikalangan hadirin.

DOA YANG TIDAK TERMAKBUL

Anjuran : Majlis Kolej Kediaman D

Tarikh : 8 Januari 2016

Tempat : Kolej Kediaman Kampus Perubatan

Penyertaan : 250 orang pelajar Kampus Perubatan

Objektif : Menceriakan dan membersihkan kawasan kolej kediaman

Intipati : Gotong royong, Pertandingan Rumah dan Bilik tercantik, Malam ‘Gerak Gempur’ Asrama

MAKING OUR HOME A BETTER PLACE

Page 6: KOLEJ KEDIAMAN “TERBAKAR” 4 SOALAN BERSAMA …

6 MAKALAH KOLEJ KEDIAMAN KELUARAN 1 BIL. 1/2016

E mpat terperangkap manakala seorang daripada mereka cedera dalam kejadian ‘kebakaran’ yang berlaku di bangunan Kolej

Kediaman UniSZA, Kampus Gong Badak,semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 1.30 pagi pada 3 Februari itu, lebih kurang 400 pelajar di kolej kediaman itu gempar gempar apabila ruang asrama di tingkat lapan tiba-tiba terbakar dengan kepulan asap dan bunyi loceng penggera kebakaran.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Nerus berkata, pihaknya menerima panggilan pertama pada jam 1.40 pagi dan sampai ke lokasi kejadian kira-kira lima minit selepas itu.

Katanya, setibanya di lokasi, asap tebal mula menyelubungi ruang asrama di bangunan itu, dan kesemua pelajar yang ada telah pun turun untuk menyelamatkan diri.

Bagaimanapun, tragedi kebakaran ini hanyalah lakonan semata-mata demi menjayakan Program Pungungsian Bangunan oleh Majlis Kolej Kediaman (MKK).

Program yang mendapat kerjasama Pejabat Kolej Kediaman UniSZA, Jabatan Keselamatan UniSZA, Pusat Perubatan UniSZA dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Nerus telah melibatkan semua penghuni di blok F, G, dan H.

Pengarah Program, A’tikah Ismail berkata,

latihan kebakaran merupakan satu langkah persediaan bagi pelajar dalam menghadapi sebarang kemungkinan yang berlaku di kolej kediaman.

“Seramai 20 orang anggota keselamatan UniSZA dan lapan orang anggota bomba telah terlibat dalam misi “menyelamat” pada malam ini.

“Komitmen daripada semua penghuni juga amat memberansangkan dan telah memberi kerjasama dengan baik terhadap program ini,” katanya ketika ditemui.

Katanya lagi, pegawai bomba yang hadir turut memberi taklimat mengenai langkah-langkah keselamatan kepada semua penghuni blok yang terlibat sebaik selesai kerja-kerja menyelamat.

Program ini diakhiri dengan penyampaian cenderahati kepada wakil anggota bomba yang disampaikan oleh ketua felo, Dr. Zulazhan.

Page 7: KOLEJ KEDIAMAN “TERBAKAR” 4 SOALAN BERSAMA …

7 MAKALAH KOLEJ KEDIAMAN KELUARAN 1 BIL. 1/2016

M ajlis Kolej Kediaman E (MKK E) dengan kerjasama Jawatankuasa Pengurusan Surau Ar-Raudah telah mengadakan Program Minggu Palestin Syria pada 17

hingga 19 Februari 2016, bertempat di Kolej Kedia-man Kampus Tembila.

Yang Di Pertua MKK E, Muhammad Habib Esahal berkata, program ini merupakan salah satu usaha untuk mewujudkan nilai sensitiviti di kalangan mahasiswa terhadap nasib umat islam di seluruh dunia secara umumnya serta di Palestin dan Syria secara khususnya.

“Penyertaan mahasiswa dalam aktiviti dianjurkan ini amatlah menggalakkan dan diluar jangkaan terutamanya di dalam aktiviti “Flash Mob”, katanya ketika ditemui.

Selain daripada sesi tayangan video, aktiviti sukan dan program jualan, seorang pensyarah dari Fakulti Undang-Undang dan Antarabangsa, Dr. Affendi

Salleh telah diundang untuk menyampaikan ceramah berkenaan isu ISIS (Islamic State of Iraq and Syria).

Dalam ucapan perasmian oleh Ketua Felo, Dr. Zulazhan Ab.Halim, beliau mengharapkan agar objektif pelaksanaan program akan memberi kefahaman kepada mahasiswa terhadap konflik kemanusiaan di Palestin dan Syria serta isu-isu di sekitarnya.

“ Saya mengharapkan agar pelaksanaan program ini akan memberi

kefahaman kepada mahasiswa terhadap konflik kemanusiaan di

Palestin dan Syria serta isu-isu disekitarnya” - Dr. Zulazhan Ab. Halim

MINGGU

PALESTIN SYRIA

Page 8: KOLEJ KEDIAMAN “TERBAKAR” 4 SOALAN BERSAMA …

8 MAKALAH KOLEJ KEDIAMAN KELUARAN 1 BIL. 1/2016

KEMPEN DERMA DARAH

U nit Tabung Darah Hospital Sultanah Nur

Zahirah (HSNZ) dengan kerjasama Kolej

Kediaman UniSZA telah menganjurkan

kempen derma darah selama dua hari bermula dari 22

hingga 23 Februari 2016.

Kempen tersebut dianjurkan untuk menampung

keperluan semasa Tabung Darah HSNZ dan telah

dilangsungkan di Foyer Kolej Kediaman UniSZA.

Kempen derma darah ini sentiasa menerima

sambutan yang menggalakkan dari kalangan penuntut

dan staf UniSZA setiap kali diadakan dalam membantu

menambah bekalan darah di HSNZ.

Seorang penuntut UniSZA yang ditemui, Siti

Fatimah berkata, kempen yang dianjurkan adalah

platform terbaik untuk membantu mereka yang

memerlukan darah dan beliau terpanggil untuk

menjalankan tanggungjawabnya sebagai rakyat

Malaysia yang prihatin.

“Menderma darah dengan konsisten

merupakan cara saya berbakti kepada masyarakat

sekeliling kerana kita tidak tahu betapa pentingnya

darah kepada mereka yang memerlukan terutama

sekali mangsa kemalangan, pesakit kronik dan

sebagainya,” jelas Siti Fatimah.

Seorang staf UniSZA, Mohd Abd Rafur pula

berkata, menderma darah berupaya menyelamatkan

nyawa manusia dan ini adalah sumbangan kecil beliau

kepada masyarakat.

Menderma darah dengan

konsisten merupakan cara saya

berbakti kepada masyarakat

sekeliling kerana kita tidak tahu

betapa pentingnya darah kepada

mereka yang memerlukan”

- Siti Fatimah

Page 9: KOLEJ KEDIAMAN “TERBAKAR” 4 SOALAN BERSAMA …

9 MAKALAH KOLEJ KEDIAMAN KELUARAN 1 BIL. 1/2016

LAWATAN KEPIMPINAN UCB

Rombongan kepimpinan Kolej Universiti Bestari (UCB) telah melakukan lawatan kerja ke Kolej Kediaman UniSZA pada 24 Februari 2016.

Kunjungan dari UCB ini diketuai oleh Timbalan Naib Canselor (HEPA), Prof. Madya Ahmad Suhaily Mohd Salleh turut disertai oleh Pendaftar UCB, Syarifah Radziah Syed Shafie, Pengarah Bahagian Pembangunan, Ahmad Zaki Muda bersama dua orang pegawai.

Dalam lawatan tersebut, selain perbincangan dua hala, rombongan telah dibawa melawat kolej kediaman untuk meninjau suasana bilik penginapan dan asrama tamu bagi memberi idea untuk menambahbaik prasarana dan fasiliti di UCB.

Menurut kata Timbalan Naib Canselor (HEPA) UCB, program lawatan ini adalah penting bagi mengeratkan lagi perhubungan diantara dua buah kolej kediaman secara amnya.

“Input yang diterima akan digunakan bagi menambah baik perkhidmatan kepada pelajar memandangkan UCB masih lagi hijau usianya.” katanya ketika ditemui.

Rombangan bertolak balik selepas berakhirnya sesi penyampaian cenderahati yang disampaikan oleh Pengarah Kolej Kediaman, Dr. Mohd Shahril Othman.

JAGUH JAGUH MEMANCINGMEMANCING

CACAT CACAT PENGLIHATANPENGLIHATAN

Program ‘Jaguh Memancing’ kelolaan Majlis Kolej Kediaman E (MKK E) yang julung kali diadakan berjaya menarik penyertaan seramai 80 orang terdiri dari kalangan pensyarah, staf dan pela-jar UniSZA.

Sejarah juga tercipta dengan penyertaan dari Persatuan Orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (PERTIS) seramai 33 orang.

Program yang bermula seawal 9.15 pagi ini menyaksi-kan peserta istimewa dari PERTIS, Zulaini Ab. Ghani dinobatkan sebagai pemenang dengan tangkapan seberat 2.2 kg.

Dalam satu wawancara ringkas bersama Pengerusi PER-TIS, Mohd Fauzi Mansor berkata bahawa orang cacat juga mempunyai kebolehan seperti orang normal dan beliau mahu masyarakat bercampur dengan untuk merangsang semangat mereka untuk terus memajukan diri.

Page 10: KOLEJ KEDIAMAN “TERBAKAR” 4 SOALAN BERSAMA …

10 MAKALAH KOLEJ KEDIAMAN KELUARAN 1 BIL. 1/2016

K ira-kira 500 orang pelajar menyertai larian 3F RUN (FAST.FIT.FURIOUS) anjuran Persatuan Pelajar Perubatan UniSZA (Medisza) dan Maj-

lis Kolej Kediaman D UniSZA pada 26 Februari ber-tempat di Kampus Perubatan Universiti Sultan Zainal Abidin, Kuala Terengganu.

Larian ini adalah bertujuan untuk memupuk semangat kesukanan, kerjasama dan perpaduan antara warga UniSZA dan masyarakat di samping memperkenalkan Fakulti Perubatan UniSZA.

Ketua Unit, Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Terengganu, En A. Zulkefli Mohamad, berkata objektif larian ini telah berjaya untuk mengajak semua peserta khususnya kepada komuniti sekitar Kuala Terengganu untuk mempraktikan gaya hidup yang sihat disamping membuka ruang kepada peserta bersaing secara sihat”, katanya

“Turut diadakan adalah aktiviti sampingan seperti jualan makanan dan minuman serta pemeriksaan kesihatan secara percuma juga diadakan untuk orang ramai mengetahui status kesihatan mereka

yang dijalankan sendiri oleh pelajar perubatan UniSZA,” katanya selepas menyempurnakan majlis penutup dan penyampaian hadiah.

Beliau menyampaikan hadiah kepada pemenang bagi setiap kategori dari tempat pertama hingga ke sepuluh iaitu hamper, medal dan sijil penyertaan.

Manakala, tempat pertama dan kedua masing-masing menerima baucer Hotel Tabung Haji Negeri

Terengganu dan wang hadiah bernilai RM100 dan RM70 serta sumbangan penajaan syarikat-syarikat swasta.

Acara larian yang melibatkan jarak sejauh tujuh kilometer bagi kategori lelaki dan 5 kilometer bagi wanita itu bermula dari dataran Kampus Perubatan UniSZA dan berakhir di tempat yang sama dan disem-purnakan perlepasan oleh Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar & Alumni Fakulti Perubatan, Dr. Wan Mohd Razin Wan Hassan.

500 SERTAI 3F RUN (FAST.FIT.FURIOUS)

Program ini telah memberi impak yang besar dalam penglibatan

warga UniSZA serta masyarakat luar yang turut serta.” - A. Zulkefli

Page 11: KOLEJ KEDIAMAN “TERBAKAR” 4 SOALAN BERSAMA …

11 MAKALAH KOLEJ KEDIAMAN KELUARAN 1 BIL. 1/2016

Page 12: KOLEJ KEDIAMAN “TERBAKAR” 4 SOALAN BERSAMA …

12 MAKALAH KOLEJ KEDIAMAN KELUARAN 1 BIL. 1/2016

BILIK OPERASI FELO/MKK DIBUKA SECARA RASMI

M ajlis penyerahan kunci Bilik Operasi Felo

dan Majlis Kolej Kediaman (MKK) telah

berlangsung pada 1 Mac 2016 dan

dirasmikan oleh Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal

Pelajar dan Alumni) UniSZA, Prof. Dr. Nik Wan Omar di

Speaker Corner, Kampus Gong Badak.

Dalam ucapan perasmian, Prof. Dr. Nik Wan

Omar mengharapkan agar dengan adanya bilik operasi

ini dapat memudahkan lagi urusan felo dan MKK untuk

memberikan perkhidmatan yang terbaik di samping

menjadi perantara di antara mahasiswa dengan pihak

pengurusan kolej kediaman.

Simbolik perasmian dimulakan dengan

penyerahan replika kunci kepada Ketua Felo,

Dr. Zulazhan Ab. Halim dan Yang Dipertua MKK, Saudara

Mohamad Syahmi Mohamed.

Selesai sahaja majlis perasmian, program

diteruskan dengan perbincangan antara pengurusan

kolej kediaman dengan Prof. Dr. Nik Wan Omar.

Dalam pertemuan tersebut, TNC HEPA

menyatakan hasrat beliau agar semua pihak dapat

bekerjasama sebagai satu pasukan di samping itu, ia

dapat mengasah kemahiran insaniah di dalam setiap

diri ahli MKK.

Page 13: KOLEJ KEDIAMAN “TERBAKAR” 4 SOALAN BERSAMA …

13 MAKALAH KOLEJ KEDIAMAN KELUARAN 1 BIL. 1/2016

Majlis Kolej Kediaman D dengan kerjasama ahli Jawatankuasa Surau Al-Amin dan Medical Students Association of UniSZA telah menjayakan sebuah projek dakwah kepada komuniti bertemakan Fiqh Perubatan pada 3 Mac 2016.

Edisi ke-3 penganjuran program ilmiah ini telah disertai seramai 60 orang pelajar sekolah menengah di sekitar Kuala Terengganu.

Yang Dipertua MKK D, Amirsyarufidin Amir Husin memaklumkan, program yang dimulakan pada jam 8.00 pagi ini diisi dengan dua slot ceramah yang

disampaikan oleh Prof. Dr. Harmy bin Mohamed Yusoff dan Prof. Madya Dr. Basri bin Ibrahim.

“Seramai 26 orang pelajar UniSZA bertindak sebagai fasilitator bagi membimbing peserta melakukan praktikal solat ketika sakit sebelum diteruskan dengan aktiviti explorace dan kuiz,” katanya dalam satu wawancara ringkas.

Majlis penutup telah petang dirasmikan oleh Timbalan Naib Canselor HEPA, Prof. Dr. Nik Wan Bin Omar dan menyampaikan hadiah dan sijil penyertaan kepada peserta.

FIQH PERUBATAN, PROGRAM DAKWAH KEPADA KOMUNITI

Majlis Kolej Kediaman E Kampus Tembila, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dengan kerjasama Pengakap Kelana Daerah UniSZA K.L.K.M. 08, Persatuan Mahasiswa Fakulti Informatik Komputeran UniSZA dan

Persatuan Mahasiswa Fakulti Bio Sumber dan Industri Makanan telah menganjurkan program “Kenali Kampus Tembila UniSZA” yang berlangsung dari 11 hingga 12 Mac 2016.

Seramai 94 peserta dari Kor Suksis UniSZA, Pengakap Kelana Daerah UniSZA K.L.K.M. 08 dan pelajar sekolah rendah telah menyertai aktiviti Map Reading And Signalling dan Explorace Go Go Challenging yang dijalankan selama dua hari program berlangsung.

Yang Di Pertua MKK E, Muhammad Habib Esahal memberitahu, objektif program ini adalah untuk memberi pengetahuan luar bidang akademik kepada mahasiswa/i supaya dapat dimanfaatkan pada masa depan.

JOM KENALI KAMPUS TEMBILA

Page 14: KOLEJ KEDIAMAN “TERBAKAR” 4 SOALAN BERSAMA …

14 MAKALAH KOLEJ KEDIAMAN KELUARAN 1 BIL. 1/2016

UniSZA BERI IMEJ BARU MASJID KAMPUNG PENARIK

M ajlis Kolej Kediaman Universiti Sultan Zainal Abidin (MKK UniSZA) dan program komuniti memang tidak dapat dipisahkan. Bagaikan

satu tradisi, program bersama masyarakat setempat menjadi agenda utama dalam kalendar perancangan aktiviti tahunan.

Bagi meneruskan usaha murni yang telah dilakukan pada tahun sebelumnya, MKK dengan kerjasama Pejabat Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni), pejabat Kolej Kediaman serta jawatankuasa Masjid Kampung Penarik telah menganjurkan 'Program Komuniti Gotong Royong Masjid Kampung Penarik Setiu' pada 2 April 2016.

Program yang bermula seawal jam lapan pagi dan berakhir pukul tiga petang berjaya menarik penyertaan seramai 80 orang mahasiswa dan 32 orang staf dari pejabat PTNC (HEPA) dan kolej kediaman.

Pengarah Program, Mohamad Syahmi Mohamed berkata, antara objektif utama program ini adalah untuk memupuk budaya kesukarelawan di dalam diri peserta.

"Adalah menjadi matlamat MKK untuk merapatkan hubungan mahasiswa dengan komuniti setempat dan juga menerapkan budaya bekerjasama dalam setiap aktiviti," katanya ketika ditemui.

Memandangkan masjid ini merupakan tumpuan utama pengguna jalan raya, pihak UniSZA telah

mengambil inisiatif untuk membaik pulih sistem pendawaian elektrik, lampu, saluran tandas dan membersihkan bilik air bagi memberi keselesaan kepada pengunjung untuk berhenti rehat dan menunaikan ibadat.

Bagi memberikan imej baru kepada tandas masjid, peserta terlibat telah mengecat kembali dinding luar tandas bagi memberikan persepsi positif kepada pengunjung yang bertandang ke masjid ini.

Pengerusi Masjid Kampung Penarik, Ramli Ab. Rahman berkata, beliau berterima kasih kepada UniSZA kerana memilih masjid ini sebagai destinasi bagi program gotong royong inii dan berharap agar program seumpama ini dapat dijalankan lagi pada masa akan datang bagi menggalakkan orang ramai mengimarahkan masjid.

Tambahnya lagi, program gotong royong kali ini amat berlainan dari program seumpanya yang pernah dianjurkan kerana selain membersihkan kawasan masjid, UniSZA juga turut membaik pulih tandas, pendawaian elektrik dan mengecat bangunan. Usaha murni ini belum pernah dilakukan oleh mana-mana penganjur yang mengadakan program gotong royong di masjid ini.

Program ini diakhiri dengan penyampaian cenderahati yang telah disempurnakan oleh Penolong Pendaftar Kanan, Mohd Sayuti Yahya.

Page 15: KOLEJ KEDIAMAN “TERBAKAR” 4 SOALAN BERSAMA …

15 MAKALAH KOLEJ KEDIAMAN KELUARAN 1 BIL. 1/2016

Page 16: KOLEJ KEDIAMAN “TERBAKAR” 4 SOALAN BERSAMA …

16 MAKALAH KOLEJ KEDIAMAN KELUARAN 1 BIL. 1/2016

S eramai 130 mahasiswa Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) bersama felo kolej kediaman menyertai program Explorace UniSZA Di Hatiku

yang berlangsung pada 1 April lalu,di UniSZA Kampus Gong Badak.

Program anjuran Majlis Kolej Kediaman (MKK) UniSZA itu telah mendapat sambutan yang luar biasa dari kalangan mahasiswa.

Pengarah program, Mohd Syahmi Mohamed

berkata, antara objektif program itu adalah untuk memupuk rasa sayang dan cinta kepada UniSZA dalam kalangan peserta selain merapatkan hubungan antara jawatankuasa MKK dengan mahasiswa.

"Program ini juga menekankan tentang penge-tahuan berkaitan pengurusan tertinggi UniSZA, fakulti, pusat tanggungjawab dan info berkaitan dengan UniSZA dalam setiap checkpoint".

"Terdapat satu checkpoint yang menarik di mana peserta perlu menulis lirik lagu UniSZA dan menyanyikannya dengan penuh bersemangat." katanya ketika ditemui.

Katanya lagi, dengan slogan MKK “ Menyatukan Penghuni Aktif”, program itu telah membantu mahasiswa UniSZA mengisi masa lapang mereka pada hari minggu dengan aktiviti yang berfaedah selain beroleh pengetahuan serta maklumat berkaitan UniSZA.

Sementara itu, rata-rata peserta yang ditemui merasa teruja dan menyarankan agar lebih banyak lagi program sebegini di anjurkan pada masa akan datang kerana melalui program yang santai dan bersahaja sebegini, mereka secara tidak langsung dapat menambah pengetahuan mengenai UniSZA.

Program berakhir dengan penyampaian hadiah dan cenderahati telah disempurnakan oleh Ketua Felo UniSZA, Dr. Zulazhan Abd Halim.

130 SERTAI EXPLORACE UniSZA DI HATIKU

Page 17: KOLEJ KEDIAMAN “TERBAKAR” 4 SOALAN BERSAMA …

17 MAKALAH KOLEJ KEDIAMAN KELUARAN 1 BIL. 1/2016

S eramai 13 orang Felo Universiti Sultan Zainal Abidin Kampus Gong Badak telah menyertai Kursus Perawatan Islam 5 April 2016 bertempat di Bilik Mesyuarat Kolej Kediaman.

Program yang merupakan alternatif kepada felo itu sendiri bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada para peserta kursus mengenai teori kaedah perawatan Islam serta maklumat yang berkaitan dengannya.

Peserta kursus juga diajarkan mengenai cara untuk membuat pendinding diri sebagai perlindungan kepada diri sendiri dalam mengendalikan kes-kes

histeria yang berlaku di dalam kampus.

Pegawai Kanan Pusat Islam UniSZA, Ustaz Zulkeefli Awang telah memberi panduan kepada peserta kursus berkenaan mengenai petikan ayat al-Quran yang perlu dihafal serta dibacakan kepada individu yang mengalami histeria.

Ustaz Zulkeefli yang juga merupakan salah seorang felo di Kampus Gong Badak mengharapkan agar kesemua peserta bengkel dapat mempraktikkan ilmu yang dipelajari bukan hanya kepada pelajar tapi juga kepada mereka yang memerlukan seperti ahli keluarga dan jiran terdekat.

Felo Dipersiapkan Untuk Menghadapi

Kes Histeria

Page 18: KOLEJ KEDIAMAN “TERBAKAR” 4 SOALAN BERSAMA …

18 MAKALAH KOLEJ KEDIAMAN KELUARAN 1 BIL. 1/2016

“ Saya mengharapkan agar pelaksanaan program ini akan memberi kefahaman

kepada mahasiswa terhadap konflik kemanusiaan di Palestin dan Syria serta

isu-isu disekitarnya” - Nur Afiqah Othman

B ertempat di Dewan Auditorium Perpustakaan Universiti Sultan Zainal Abidin, Kursus Pra-Gerbang Sakinah anjuran Majlis Kolej Kedia-

man A (MKK A) dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) telah berjaya menarik penyertaan seramai 107 orang pelajar.

Kursus yang dijalankan selama dua hari bermula pada 8 hingga 9 April 2016 ini menyediakan sebanyak sebelas slot ceramah dengan memperuntukkan masa selama satu jam bagi setiap slot yang di sampaikan oleh perceramah yang berlainan.

Ketua Biro Kebajikan dan Keselamatan MKK A, Nur Afiqah Othman memberitahu, matlamat penganjuran program ini adalah untuk memberi pendedahan awal kepada mahasiswa/i UniSZA untuk mengetahui dan memahami konsep kehidupan sebelum memasuki alam rumah tangga di samping dapat memanfaatkan ilmu fardu kifayah dalam menjalani kehidupan seharian melalui slot akhlak, aqidah dan ibadah.

"Biarpun masih bergelar seorang pelajar di universiti, ia tidak menghalang para peserta untuk mendalami ilmu perkahwinan sebagai persediaan awal melangkah ke alam rumahtangga."

“Kita sedia maklum, ramai remaja terutama yang masih belajar terlibat dengan masalah sosial sehingga memudaratkan diri sendiri. Jadi dengan pengetahuan yang diperoleh melalui kursus ini, mereka lebih terbuka dan mampu menilai baik buruk dalam sesebuah perhubungan."

“Ilmu kekeluargaan ini bukan sahaja memberi perhatian kepada isu dalaman rumahtangga, malah turut mengajar pelajar mengatasi tekanan dan juga mengurus sesuatu keadaan termasuk kewangan,” katanya ketika ditemui.

Majlis penutupan kursus telah dirasmikan Pengarah Kolej Kediaman, Dr. Mohd Shahril Othman dan seterusnya mewakili peserta menerima SIjil Kursus Perkahwinan yang disampaikan oleh wakil JHEAT.

107107107 PELAJAR UniSZA SERTAI SELANGKAH KE ALAM PERKAHWINAN

Page 19: KOLEJ KEDIAMAN “TERBAKAR” 4 SOALAN BERSAMA …

19 MAKALAH KOLEJ KEDIAMAN KELUARAN 1 BIL. 1/2016

P ada pagi Rabu bersamaan 6 April 2016, pagi yang tenang di Kolej Kediaman Kampus Tembi-la telah digemparkan dengan pencerobohan

seekor ular tedung sepanjang 12 kaki ke dalam bilik seorang pelajar lelaki.

Menurut maklumat yang disampaikan oleh Penolong Pengurus Asrama, Shuhrin Che Mat, ular tedung itu terlebih dahulu dijumpai oleh seorang pekerja cucian di koridor bersebelahan bilik air. Terkejut melihat reptilia berbisa berada didepan mata, pekerja cucian tersebut terus menjerit nyaring dan mengakibat-kan ular itu lari menyusuri koridor dan terus masuk ke sebuah bilik yang pintunya terbuka.

"Nasib menyebelahi pelajar lelaki tersebut yang pada ketika itu sedang bersiap untuk ke bilik air apabila beliau mengambil tindakan pantas keluar dari bilik melalui tingkap. Pekerja cucian yang berada berhampiran segera menutup tingkap dan pintu billik untuk mengelakkan ular keluar dari bilik itu dan sekaligus menyelamatkan nyawa pelajar yang lain."

"Sebaik menerima laporan dari pelajar, saya segera memaklumkan kepada pengawal keselamatan dan seterusnya menghubungi Jabatan Pertahanan Awam untuk meminta bantuan." katanya lagi.

Pihak Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) yang tiba tidak lama kemudian dengan kekuatan seramai lima

orang anggota telah berjaya menangkap ular tersebut dan dibawa pulang untuk diserahkan kepada pihak berkenaan.

Pihak JPAM telah menasihatkan para pelajar agar sentiasa berjaga-jaga dan tidak membiarkan pintu bilik terbuka kerana cuaca panas yang melanda sekarang akan mengakibatkan reptilia berbisa seperti ular keluar dari habitatnya dan mencari kawasan lembap.

Bagi mengelakkan kejadian yang sama berulang, pihak kolej kediaman telah mengambil inisiatif menabur belerang disekitar blok penginapan bagi mengelakkan adanya lagi reptilia berbisa mebceroboh masuk ke

PENCEROBOH KOLEJ KEDIAMAN DITANGKAP

Page 20: KOLEJ KEDIAMAN “TERBAKAR” 4 SOALAN BERSAMA …

20 MAKALAH KOLEJ KEDIAMAN KELUARAN 1 BIL. 1/2016

Majlis Kolej kediaman A kerjasama dengan Majlis Kolej Kediaman B telah menganjurkan satu program khusus untuk wanita yang diberi nama “Malam Etnik Ke-budayaan Malaysia” pada 15 April 2016.

Seramai 50 orang peserta yang terdiri dari penghuni kolej kediaman dan juga felo wanita telah me-nyertai program ini yang dijalankan di Dewan Ibnu Khal-dun, Kolej Kediaman UniSZA.

Sebanyak enam kumpulan telah mempamerkan kehebatan masing-masing dalam persembahan nasyid, tarian dan beberapa lagi aktiviti sampingan.

Pengarah Program, Juniza Jusoh me-maklumkan,objektif program adalah untuk mencetus-kan inovasi menerusi unsur-unsur kebudayaan dan kesenian dalam membina kemahiran insaniah dalam diri para pelajar.”

“Program ini memberi impak yang baik dan ke-lainan yang ketara dalam membentuk kesepaduan dan mengeratkan ukhwah antara pelajar perempuan yang terdiri dari pelbagai kaum serta bangsa,” katanya menutup sesi wawancara ringkas.

Majlis Kolej Kediaman (MKK) UniSZA telah

menganjurkan program Lari Sampai Kayoh pada 22 April

2016 bertempat di UniSZA Kampus Gong Badak.

Program ini merupakan satu program ber-

bentuk “duathlon” yang mana setiap pasukan yang

terdiri daripada empat orang orang perlu berlari se-

jauh dua kilometer dan berbasikal sejauh empat kilo-

meter.

Pengarah Program, Mohammad Shafiq

Shamsuddin berkata, antara objektif program ini di

adakan adalah untuk melahirkan mahasiswa UniSZA

yang aktif di dalam kehidupan seharian selain merapat-

kan hubungan di antara jawatankuasa MKK dan Felo

dengan mahasiswa.

Penutup program dan penyampaian hadiah ser-

ta cenderahati telah disempurnakan oleh Timbalan Ket-

ua Felo, Muhamad Fauzan Anuar.

Dalam ucapan perasmian penutup, beliau

menyatakan rasa teruja dan menyarankan agar dianjur-

kan lagi di masa akan datang kerana ianya sangat sero-

nok serta mencabar dan secara tidak langsung dapat

menambahkan ketahanan fizikal dalam kalangan

LARI SAMPAI KAYOH

Page 21: KOLEJ KEDIAMAN “TERBAKAR” 4 SOALAN BERSAMA …

21 MAKALAH KOLEJ KEDIAMAN KELUARAN 1 BIL. 1/2016

P rogram Karnival Sukan Kolej Kediaman 2.0 kembali lagi dan penganjuran kali ini berjaya menarik penyertaan seramai 300 orang peserta.

Program yang dijalankan selama empat hari bermula dari 14 hingga 17 April 2016 telah mengetengahkan tiga jenis sukan iaitu futsal, bola tampar dan bola jaring. Satu pertandingan memasak turut dianjurkan bagi menambahkan lagi rencah rasa dalam karnival sukan kali ini.

Dalam pertandingan bola tampar, juara menjadi milik kumpulan Tembila bagi kategori lelaki manakala kumpulan Hazlina mengungguli kategori perempuan. Kumpulan B dan Keliwon FC telah dinobatkan sebagai juara bagi acara bola jaring dan futsal.

Satu-satunya pertandingan masakan yang diberi nama 'Hias Sandwich' telah dimenangi oleh kumpulan Shibuya yang dianggotai oleh Rafidah Yahya, Nur Amyra Sayqira Aseri dan Nur Athirah Aseri.

Presiden Majlis Kolej Kediaman UniSZA, Mohamad Syahmi Mohamed memberitahu, hasil post mortem yang dilakukan, hanya empat acara dipertandingkan pada edisi kali ini berpandukan kepada sambutan yang diberikan pada penganjuran tahun lepas.

“Disamping untuk mengisi masa lapang dengan perkara berfaedah dan gaya hidup sihat, karnival sukan ini dijadikan medan untuk mengeratkan dan menyatukan semangat kerjasama serta ukhwah dikalangan pelajar melalui wadah sukan.”

“Selain itu, ia juga bertujuan untuk melahirkan pelajar yang aktif di dalam dan di luar bilik kuliah serta bersyukur dengan nikmat kesihatan yang dikurniakan.” katanya yang ditemui selepas tamat majlis penutup.

Program penutup di foyer kolej kediaman yang telah disempurnakan oleh Ketua Felo, Dr. Zulazhan Ab Halim dan seterusnya menyampaikan hadiah kepada pemenang.

“ Karnival sukan ini

dijadikan medan untuk

mengeratkan dan

menyatukan semangat

kerjasama serta ukhwah

dikalangan pelajar

melalui wadah sukan”

KARNIVAL SUKANKARNIVAL SUKANKARNIVAL SUKAN KOLEJ KEDIAMAN 2.0

Page 22: KOLEJ KEDIAMAN “TERBAKAR” 4 SOALAN BERSAMA …

22 MAKALAH KOLEJ KEDIAMAN KELUARAN 1 BIL. 1/2016

Program ini menyatukan rasa tanggungjawab setiap ahli MKK

dalam memainkan peranan untuk membentuk mahasiswa yang

cemerlang” - Dr. Zulazhan Ab Halim

M ajlis Kolej Kediaman (MKK) dengan kerjasama Felo UniSZA telah menganjurkan ‘Hari Sukaneka Kolej Kediaman UniSZA’ pada 16 April 2016.

Program yang pertama kali dianjurkan ini telah mendapat sambutan yang hangat dari kalangan mahasiswa.

Sebanyak lapan acara permainan telah dipertandingkan antaranya ialah tarik tali, lari dalam guni, berjalan kaki gajah, isi air dalam botol, si buta berjalan seiring, membawa bola ping pong dalam sudu, mencari gula-gula dalam tepung dan belon air.

Ahli jawatankuasa pertandingan, Nurul Hadirah Mohd Rasid memberitahu, program sukenaka ini akan dijadikan sebagai acara tahunan memandangkan sambutan yang diterima sangat mengalakkan.

"Hadiah, kalah atau menang bukanlah matlamat kita, tapi aktiviti seumpama ini adalah untuk membina

sahsiah yang baik serta mengeratkan silaturrahim di kalangan felo, MKk dan mahasiswa."

Majlis perasmian penutup dan penyampaian hadiah kepada pemenang telah disempurnakan oleh Ketua Felo, Dr. Zulazhan Ab Halim.

Dalam ucapan perasmian penutup, beliau melahirkan rasa terharu dengan komitmen yang telah ditunjukkan oleh setiap ahli MKK yang telah memainkan peranan begitu baik sekali sepanjang sukaneka ini berlangsung.

Tegas beliau lagi, program seperti sukaneka ini sedikit sebanyak dapat menyatukan rasa tanggungjawab setiap ahli MKK dalam memainkan peranan untuk membentuk mahasiswa ke arah kecemerlangan baik dari segi fizikal mahupun mental.

HARI HARI HARI SUKASUKASUKANEKANEKANEKA KOLEJ KEDIAMAN MERIAH

Page 23: KOLEJ KEDIAMAN “TERBAKAR” 4 SOALAN BERSAMA …

23 MAKALAH KOLEJ KEDIAMAN KELUARAN 1 BIL. 1/2016

Page 24: KOLEJ KEDIAMAN “TERBAKAR” 4 SOALAN BERSAMA …

24 MAKALAH KOLEJ KEDIAMAN KELUARAN 1 BIL. 1/2016

P ada 20 April 2016, Majlis Kolej Kediaman B dengan kerjasama Majlis Kolej Kediaman A dan C telah menganjurkan satu program ceramah santai yang mengetengahkan topik “Berfesyen Menurut Islam”.

Seramai 425 orang pelajar telah berhimpun di foyer kolej kediaman untuk mengikuti ceramah yang telah disampaikan oleh pensyarah dari Pusat Penataran Ilmu, Ustaz Ahmad Zamani Nawi.

Menurut Pengarah Program, Sharifah Nur Atikah Syed Ubaidillah Alidrus, objektif program ini adalah untuk mendidik mahasiswa UniSZA cara berpakaian menurut syariat Islam dan untuk mengisi waktu lapang pelajar dengan perkara yang berfaedah.

“Para pelajar institusi pengajian tinggi tidak ketinggalan dalam berfesyen mengikut arus zaman moden walaupun terdapat kod etika berpakaian yang telah digariskan oleh pihak pentadbiran pengajian tinggi sendiri terhadap mereka tetapi masih melanggar peraturan yang telah ditetapkan.”

“Isu fesyen wanita Islam masa kini telah menjadi satu kekeliruan kepada masyarakat Islam terutamanya berkaitan dengan soal tuntutan syarak.”

“Justeru, adakah fesyen pakaian terkini mengikut lunas-lunas Islam yang telah ditetapkan?” satu pertanyaan dari beliau kepada semua sebagai penutup bicara.

400 PELAJAR HADIR

CERAMAH SANTAI

BERFESYEN MENURUT

ISLAM

“ Dengan memakai pakaian

yang menutup aurat,

seseorang wanita telah

menunjukkan harga diri

sebenar seorang wanita dan

sekaligus menghindari

perbuatan tidak senonoh di

kalangan para lelaki

terhadap wanita. ”

- Ustaz Ahmad Zamani

Page 25: KOLEJ KEDIAMAN “TERBAKAR” 4 SOALAN BERSAMA …

25 MAKALAH KOLEJ KEDIAMAN KELUARAN 1 BIL. 1/2016

M

ajlis Kolej Kediaman (MKK) Kampus Gong Badak telah melaksanakan ‘Program Lawatan Ilmiah dan Amal‘ bersama pelajar Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih pada 21 hingga 23 April 2016 bertempat di Kuala Lumpur.

Program amal berbentuk sukan ini merupakan kolaborasi bersama antara MKK dan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Angkatan Sukarelawan Asas Sejahtera (ASAS).

Pengarah Program Amal, Fatimah Hassan memberitahu, Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih dipilih kerana ia adalah sebuah sekolah yang menempatkan pelajar dari golongan gelandangan, kes tercicir dan pelajar yang ketiadaan dokumen penganalan diri.

“Ini merupakan kali pertama program sukan diadakan di sekolah tersebut dan ianya bakal dijadikan sebagai acara tahunan.”

“Adalah diharapkan sikap kesukarelawan yang dipupuk akan memberi impak yang besar kepada mahasiswa. Ia memupuk sifat mudah berkorban demi kebaikan, ruang untuk belajar bekerja secara kolektif dan menyemai perasaan kasih dan sayang sesama makhluk, tidak kira rupa, agama mahupun bangsa.” katanya yang ketika ditemui selepas program berakhir.

Terlebih dahulu, rombongan seramai seramai 15 orang ahli MKK dan seorang pegawai pengiring telah melakukan lawatan ilmiah ke Universiti Malaya dan Planetarium Negara sebagai sebahagian daripada tentatif program.

MKK MEMBAWA KECERIAAN KEPADA PELAJAR GELANDANGAN

“ Ia memupuk sifat mudah berkorban demi kebaikan, ruang untuk belajar bekerja secara kolektif dan menyemai perasaan kasih dan sayang sesama

makhluk, tidak kira rupa, agama mahupun bangsa.” - Fatimah Hassan

Page 26: KOLEJ KEDIAMAN “TERBAKAR” 4 SOALAN BERSAMA …

26 MAKALAH KOLEJ KEDIAMAN KELUARAN 1 BIL. 1/2016

Terlalu banyak manfaat serta

kesan positif yang boleh

diperolehi terutamanya dalam

kehidupan seorang hamba

menuju kepada pencipta yang

Maha Esa”

- Dr. Mohd Shahril

M ajlis Kolej Kediaman E Kampus

Tembila dengan kerjasama

Jawatankuasa Pengurusan Surau

Ar-Raudhah, Persatuan Maha-

siswa Fakulti Sumber Bio dan Industri Makanan dan

Kelab Teknologi Makanan telah menganjurkan Tembila

Unity of Ummah Festival 2016 atau singkatannya

TUUFest 2016.

Program yang dijalankan di Kampus Tembila

bertujuan untuk membina kesepaduan ummah dan

kesepakatan di kalangan warga Kampus Tembila dan

menarik minat mereka kepada hiburan berunsurkan

islam.

Menurut Pengarah Program, Muhammad Habib

Esahal, program ini telah memberi banyak kesan positif

kepada mahasiswa seperti membina semangat kerjasa-

ma dan keyakinan diri serta menunjukkan cara berhibur

menurut batas syara’.

Festival yang berlangsung dari 17 hingga 23

April 2016 telah diisi dengan pelbagai acara sukan dan

aktiviti berunsurkan islamik seperti pertandingan

Pencetus Tembila, Nasyid Parody, dan Malam Muslimat.

Dari sudut pengisian kerohanian, satu forum

yang sangat menarik telah dikendalikan oleh Pencetus

Ummah musim ke-dua, PU Azman, Ustaz Hayyi dan

Imam Muda Nuri.

Pengarah Kolej Kediaman UniSZA, Dr. Mohd

Shahril Othman telah menyempurnakan majlis

perasmian penutup dan penyampaian hadiah kepada

para pemenang.

Dalam ucapannya, beliau menyatakan sangat

seronok dengan setiap aktiviti yang telah dijalankan

sepanjang festival ini berlangsung kerana terlalu banyak

manfaat serta kesan positif yang boleh diperolehi

daripada program ini terutamanya dalam kehidupan

seorang hamba menuju kepada pencipta yang Maha

Esa, Allah S.W.T.

MENARIK PENYERTAAN

Page 27: KOLEJ KEDIAMAN “TERBAKAR” 4 SOALAN BERSAMA …

27 MAKALAH KOLEJ KEDIAMAN KELUARAN 1 BIL. 1/2016

Page 28: KOLEJ KEDIAMAN “TERBAKAR” 4 SOALAN BERSAMA …

4 Soalan Bersama

Terima kasih diucapkan kerana sudi ditemubual. Boleh

ceritakan sedikit latar belakang saudara Syahmi?

Saya Mohamad Syahmi bin Mohamed, berasal

dari Kota Bharu, Kelantan. Merupakan anak kedua

daripada empat orang adik beradik. Mendapat didikan

awal di Sekolah Kebangsaan Mulong (1), seterusnya

menyambung pengajian di Maahad Pengajian Islam,

Kota Bharu dan pada tahun 2010 mendapat tawaran

menyambung pengajian di Universiti Sultan Zainal

Abidin dalam bidang Pengajian Islam (Diploma

Pentadbiran Islam).

Merupakan seorang yang aktif dalam bidang

kokurikulum iaitu anggota Kor Sukarelawan Polis Siswa

Siswi (KOR SUKSIS UniSZA) mulai tahun 2010 dan

ditauliahkan sebagai Inspektor Sukarelawan Siswa Siswi

di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Pada tahun

2013, meneruskan pengajian peringkat Ijazah Sarjana

Muda Usuluddin dengan Kaunseling dengan Kepujian.

Menjadikan kemahiran insaniah sebagai satu keperluan

dalam kehidupan disamping kecemerlangan akademik

sebagai satu pengiktirafan.

Sebagai Presiden Majlis Kolej Kediaman, tentunya

tanggungjawab dan amanah yang dipikul amat

mencabar. Apakah strategi saudara Syahmi untuk

meningkatkan lagi imej Majlis Kolej Kediaman?

Setiap orang adalah pemimpin, dan setiap

pemimpin itu bertanggungjawab terhadap

kepimpinannya. Sebagai Presiden Majlis Kolej Kediaman

UniSZA, tanggungjawab dan amanah yang dipikul

semestinya terlalu besar untuk saya. Untuk

menyelaraskan dan menjaga kebajikan mahasiswa

mahasiswi yang menetap di kolej kediaman yang mana

jumlah keseluruhannya mencecah hampir 4000 orang

penghuni bukan sesuatu kerja yang mudah.

Struktur organisasi Majlis Kolej Kediaman

UniSZA terbahagi kepada lima iaitu Majlis Kolej

Kediaman (A), Majlis Kolej Kediaman (B) dan Majlis Kolej

Kediaman (C) yang beroperasi di UniSZA Kampus Gong

Badak, Majlis Kolej Kediaman (D) di UniSZA Kampus

Perubatan dan Majlis Kolej Kediaman (E) di Kampus

Tembila, Besut. Oleh itu, saya menerapkan prinsip

kepada semua jawatankuasa Majlis Kolej Kediaman

UniSZA agar senantiasa dekat dengan mahasiswa dan

cuba menyelesaikan sebarang masalah yang timbul.

Misi Majlis Kolej Kediaman UniSZA sesi

2015/2015 adalah sentiasa ada berkhidmat untuk

mahasiswa mahasiswi. Menyelesaikan masalah yang

timbul berkaitan kolej kediaman dengan cara yang

profesional. Dengan menganjurkan program dan aktiviti

MOHAMAD SYAHMI BIN MOHAMED PRESIDEN MAJLIS TERTINGGI

KOLEJ KEDIAMAN UniSZA

Page 29: KOLEJ KEDIAMAN “TERBAKAR” 4 SOALAN BERSAMA …

yang bersesuaian dengan minat mahasiswa mahasiswi,

kita dapat mendekatkan dan membina hubungan yang

lebih akrab dengan mahasiswa mahasiswi.

Majlis Kolej Kediaman UniSZA sentiasa

mendapatkan pandangan dan cadangan daripada

semua mahasiswa mengenai program yang akan

dianjurkan agar sentiasa mendapat sambutan dan

memberi manfaat kepada semua. Pihak Majlis Kolej

Kediaman UniSZA dengan kerjasama felo-felo dan

pejabat Kolej Kediaman UniSZA sentiasa merancang

aktiviti dan program yang terbaru bersesuaian dengan

minat mahasiswa mahasiswi. Dengan menganjurkan

program yang berkonsepkan santai bersama mahasiswa

mahasiswi, pihak Majlis Kolej Kediaman UniSZA akan

lebih di kenali dan mudah didekati untuk kebajikan

mahasiswa mahasiswi.

Dengan berkonsepkan “Menyatukan Penghuni

Aktif”, pihak Majlis Kolej Kediaman UniSZA dapat

mengajak dan memberi peluang kepada mahasiswa

mahasiswi menyertai program-program yang

dianjurkan serta bersama-sama membina hubungan

yang baik bersama. Program yang dianjurkan mestilah

mempunyai objektif yang dapat memberi kepentingan

dan kelebihan kepada kedua-dua pihak. Dengan

penganjuran program yang sentiasa ada setiap minggu,

ini dapat memberi keyakinan kepada mahasiwa

mahasiswi yang pihak Majlis Kolej Kediaman UniSZA

sentiasa cakna dan ini sedikit sebanyak dapat

mengangkat nama Majlis Kolej Kediaman UniSZA

di mata mahasiswa mahasiswa.

Selain itu, Majlis Kolej Kediaman UniSZA pada

setiap sesi tidak ketinggalan untuk bersama masyarakat

setempat dan komuniti berdekatan. Melalui program

berkonsepkan komuniti contohnya ramah mesra dan

gotong royong bersama komuniti, ini sedikit sebanyak

menunjukkan bahawa mahasiwa mahasiswi UniSZA

sentiasa peka dan cakna terhadap komuniti setempat.

Selain daripada mengfokuskan prasarana dan

kemudahan yang amat diperlukan mahasiswa di

UniSZA, kebajikan dan keselamatan mahasiswa juga

di titikberatkan oleh pihak Majlis Kolej Kediaman

UniSZA.

Apakah maklumbalas masyarakat setempat terhadap

program komuniti yang telah dianjurkan oleh Majlis

Kolej Kediaman?

Baru-baru ini pihak Majlis Kolej Kediaman

UniSZA menganjurkan Program Komuniti Gotong

Royong Masjid Kg. Penarik dengan kerjasama Pejabat

Timbalan Naib Canselor (HEPA) mendapat maklumbalas

yang baik daripada komuniti setempat.

Maklumbalas masyarakat setempat amat baik

dan memberi impak yang amat positif kepada Majlis

Kolej Kediaman UniSZA amnya dan kepada UniSZA

khusunya. Ini terbukti dengan sambutan yang amat baik

dan memberansangkan daripada masyarakat setempat

terhadap mana-mana program yang di anjurkan oleh

Majlis Kolej Kediaman UniSZA. Masyarakat sentiasa

mahukan mahasiswa sentiasa dekat dengan mereka

untuk berkongsi kepakaran dan kelebihan dalam bidang

-bidang tertentu. Masyarakat setempat juga sentiasa

mengharapkan pihak Majlis Kolej Kediaman UniSZA

menjalinkan kerjasama dengan komuniti setempat

berkaitan sebarang keperluan dan kerjasama antara dua

pihak untuk kelangsungan program atau apa-apa

agenda yang dapat menaikkan nama UniSZA ke

peringkat yang lebih tinggi bersesuaian dengan UniSZA

sebuah universiti komuniti.

Seandainya diberi peluang untuk menjana pendapatan

sendiri, apakah perancangan jangka masa pendek dan

panjang yang akan Majlis Kolej Kediaman lakukan?

Perancangan untuk menjana hasil pendapatan

sendiri ialah dengan menubuhkan sebuah koperasi

mahasiswa yang di usahakan sendiri oleh ahli

jawatankuasa Majlis Kolej Kediaman UniSZA sendiri.

Selain itu, penganjuran program yang berimpak

tinggi dan sentiasa mendapat sambutan di kalangan

mahasiswa mahasiswi, dengan mengeluarkan tiket atau

pas masuk berbayar yang sederhana untuk program

tersebut, ianya sedikit sebanyak dapat menjana

pendapatan.

Perkhidmatan membeli barang kitar semula dari

mahasiwa mahasiwi dengan harga yang murah dan

di jual dengan harga pasaran kepada pemborong barang

kitar semula seperti kertas, plastik, botol kaca dan

sebagainya dapat menjana pendapatan yang lumayan

dan ianya akan berterusan. Pungutan yuran penyertaan

untuk setiap program yang di anjurkan juga memberi

peluang menambahkan hasil pendapatan.

Page 30: KOLEJ KEDIAMAN “TERBAKAR” 4 SOALAN BERSAMA …

SOROTANPROGRAM

2015

Page 31: KOLEJ KEDIAMAN “TERBAKAR” 4 SOALAN BERSAMA …

31 MAKALAH KOLEJ KEDIAMAN KELUARAN 1 BIL. 1/2016

2015

Anjuran : Pejabat Kolej Kediaman UniSZA

Tarikh : 16 Januari 2015

Tempat : Kolej Kediaman Kampus Gong Badak

Penyertaan : Seorang Pengetua Kolej Kediaman, Seorang Felo, 26 orang mahasiswa

Objektif : Lawatan dari Kolej Kediaman Mahallah Ali (MRC) Universiti Islam Antarabangsa Malaysia

Intipati : Sesi soal jawab, percambahan idea, lawatan ke bilik penginapan kolej kediaman

LAWATAN KOLEJ KEDIAMAN

MAHALLAH ALI UIAM

MAJLIS PERPISAHAN FELO

Anjuran : Pejabat Kolej Kediaman UniSZA

Tarikh : 18 Februari 2015

Tempat : Bilik Mesyuarat Kolej Kediaman Kampus Gong Badak

Penyertaan : Staf Kolej Kediaman, Felo UniSZA

Objektif : Meraikan dua orang felo yang akan melanjutkan pelajaran

Intipati : Jamuan perpisahan

Page 32: KOLEJ KEDIAMAN “TERBAKAR” 4 SOALAN BERSAMA …

32 MAKALAH KOLEJ KEDIAMAN KELUARAN 1 BIL. 1/2016

Anjuran : Majlis Kolej Kediaman

Tarikh : 27 Januari 2015

Tempat : Kampung Ladang Hospital

Penyertaan : 60 orang ahli MKK, Penduduk Kampung

Ladang Sehat, Majlis Bandaraya Kuala

Terengganu

Objektif : Pencegahan tempat pembiakan nyamuk

aedes

Intipati : Gotong Royong, Pemeriksaan kesihatan

KHIDMAT KOMUNITI

DI KAMPUNG LADANG

HOSPITAL

Anjuran : Pusat Islam UniSZA, PMFSSG, Yayasan Dakwah Islamiah (YADIM)

Tarikh : 27 Februari 2015

Tempat : UniSZA Kampus Gong Badak

Penyertaan : Fakulti dan Kelab

Objektif : Menyemarakkan sambutan Maulidur Rasul 1436H

Intipati : Perarakan, Pertandingan Alunan Nasyid dan ‘Aku Adalah Muazzin’

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL

Page 33: KOLEJ KEDIAMAN “TERBAKAR” 4 SOALAN BERSAMA …

33 MAKALAH KOLEJ KEDIAMAN KELUARAN 1 BIL. 1/2016

PROGRAM SUKARELAWAN MENGHIJAUKAN PADANG BOLA

Anjuran : Majlis Kolej Kediaman E

Tarikh : 3 Mac 2015

Tempat : Padang Bola Tembila

Penyertaan : 100 orang mahasiswa dan staf Kampus Tembila

Objektif : Memberi kesedaran kepada mahasiswa/i Unisza Kampus Tembila khususnya berkenaan

kepentingan untuk mewujudkan suasana bersih dalam kawasan kampus

Intipati : Gotong royong

Page 34: KOLEJ KEDIAMAN “TERBAKAR” 4 SOALAN BERSAMA …

34 MAKALAH KOLEJ KEDIAMAN KELUARAN 1 BIL. 1/2016

OPS BASIKAL KAMPUS

GONG BADAK

Anjuran : Majlis Kolej Kediaman A, B dan C

Tarikh : 14 Mac 2015

Tempat : UniSZA Kampus Gong Badak

Penyertaan : Ahli MKK Kampus Gong Badak

Objektif : Membanteras longokkan basikal yang melampau di sekitar kawasan kolej kediaman

Intipati : Mengumpul basikal-basikal lama yang tidak digunakan

KURSUS PENYEMBELIHAN DAN REWANG SEKAMPUNG

Anjuran : Majlis Kolej Kediaman D, Surau Al-Amin

Tarikh : 14 Mac 2015

Tempat : Kolej Kediaman Kampus Perubatan

Penyertaan : 300 orang penghuni Kolej Kediaman D

Objektif : Mendedahkan teknik dan cara yang betul dalam penyembelihan menurut islam serta

mengeratkan lagi silaiturahaim sesama mahasiswa

Intipati : Pendedahan teknik penyembelihan haiwan ternakan dengan betul

Page 35: KOLEJ KEDIAMAN “TERBAKAR” 4 SOALAN BERSAMA …

35 MAKALAH KOLEJ KEDIAMAN KELUARAN 1 BIL. 1/2016

BICARA PENGHAYATAN

ISLAM

TEMBILA SLIGHT DAY

Anjuran : Majlis Kolej Kediaman E

Tarikh : 11 Mac 2015

Tempat : Kampus Tembila

Penyertaan : 300 orang penghuni Kolej Kediaman Kampus Tembila

Objektif : Memberi kesederan kepada mahasiswa tentang kepentingan penjagaan mata.

Intipati : Pemeriksaan dan konsultasi mata secara percuma

Anjuran : Majlis Kolej Kediaman A

Tarikh : 15 hingga 17 Mac 2015

Tempat : Kampus Gong Badak

Penyertaan : 80 orang pelajar, 5 orang staf

Objektif : Mewujudkan minat & cinta mahasiswa/i dalam menghadiri majlis ilmu yang dianjurkan dan

sentiasa dalam mengimarahkan rumah Allah, khususnya surau-surau di UniSZA

Intipati : Tazkirah dan ceramah agama di surau

Page 36: KOLEJ KEDIAMAN “TERBAKAR” 4 SOALAN BERSAMA …

36 MAKALAH KOLEJ KEDIAMAN KELUARAN 1 BIL. 1/2016

Majlis Syarahan Tahunan Naib Canselor & Penganuge-rahan Kecemerlangan UniSZA kali ke-3 telah berjalan dengan jayanya bertempat di Dewan Gymnasium Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) pada 31 Mac 2015.

Tiga orang staf kolej kediaman telah dipilih untuk menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2014 terdiri daripada Nor Suhazlina Sulong (Pengurus Asrama), Sayani Alias (Penyelia Asrama) dan Marzuki Abdul Rahman (Pembantu Awam).

Selain itu, kumpulan Kumpulan Inovatif Kreatif (KIK) Brave hasil gabungan staf Kolej Kediaman dan

Pejabat Timbalan Naib Canselor HEPA juga telah menerima Anugerah KIK kerana telah mengharumkan nama UniSZA dengan pengiktirafan Emas Tiga Bintang dalam "Annual Productivity & Innovation Concerence and Exposition (APIC) 2014" yang telah berlangsung pada bulan Disember 2014 bertempat di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC).

Semoga dengan penganugerahan yang telah diterima ini akan meningkatkan lagi produktiviti kerja staf kolej kediaman dalam usaha untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelajar-pelajar UniSZA.

STAF KOLEJ KEDIAMAN

TERIMA ANUGERAH

KECEMERLANGAN

Anjuran : Majlis Kolej Kediaman C

Tarikh : 17 Mac 2015

Tempat : Foyer Kolej Kediaman

Penyertaan : 23 orang mahasiswa

Objektif : Menampung keperluan tabung darah yang semakin meningkat setiap tahun

Intipati : Derma darah

KEMPEN DERMA DARAH

Page 37: KOLEJ KEDIAMAN “TERBAKAR” 4 SOALAN BERSAMA …

37 MAKALAH KOLEJ KEDIAMAN KELUARAN 1 BIL. 1/2016

Pasukan futsal pejabat Kolej Kediaman UniSZA (KKKGB) gah menjuarai Liga Futsal Antara PTj dan seterusnya menjulang Piala Pendaftar UniSZA 2015.

Pertandingan yang dilangsungkan bermula dari 2 Mac hingga 7 April ini telah disertai oleh sebelas buah PTj (Pusat Tanggungjawab) UniSZA.

Menggunakan format liga, setiap pasukan harus menentang kesemua pasukan untuk menentukan kedudukan terbaik dalam dalam liga.

Pasukan KKKGB dibawah pengurusan Alias Mat

Amin ini telah memenagi kesemua sepuluh perlawanan dengan purata empat jaringan bagi setiap perlawanan.

Dalam perlawanan terakhir semalam menyaksikan KKKGB tanpa segan silu telahmembenam pasukan pilihan Registerar FC dengan jaringan 5-4 dan seterusnya secara rasmi dinobatkan sebagai juara buat pertama kalinya.

Hadiah kejohanan telah disampaikan oleh Timbalan Pendaftar Kanan, Mahammed Ismail. Juara Liga Futsal menerima sebuah Piala Pendaftar, Piala Iringan dan hadiah wang tunai sebanyak RM700.

KOLEJ KEDIAMAN

JUARA LIGA FUTSAL ANTARA PTj

KLINIK AL-FATIHAH DAN CAKNA AL-QURAN

Anjuran : Majlis Kolej Kediaman B dan Kelab Nadi Hufaz

Tarikh : 10 April 2015

Tempat : Foyer Kolej Kediaman

Penyertaan : 49 orang

Objektif : Melahirkan mahasiswa/i UniSZA yang peka kepada ilmu

agama dan mampu memberi keuntungan kepada

masyarakat luar

Intipati : Pengajaran kaedah pembacaan al-quran dengan betul

Page 38: KOLEJ KEDIAMAN “TERBAKAR” 4 SOALAN BERSAMA …

38 MAKALAH KOLEJ KEDIAMAN KELUARAN 1 BIL. 1/2016

KARNIVAL SUKAN KOLEJ KEDIAMAN

B ertempat di Kampus Gong Badak, karnival sukan yang melibatkan penyertaan penghuni kolej kediaman telah dilangsungkan selama tiga hari bermula dari 3 hingga 5 April 2015.

Dengan yuran penyertaan serendah RM1, penganjuran kali pertama ini nyata mendapat sambutan yang menggalakkan dari penghuni-penghuni kolej kediaman termasuk pelajar antarabangsa.

Menurut Pengarah Program, Mohd Hatta Bakar, sebanyak tujuh acara permainan indoor dan outdoor telah dipertandingkan iaitu futsal kain pelikat, bola tampar, bola jaring kain batik, badminton, congkak, gusti lengan dan larian kampus.

“Untuk menambahkan lagi kemeriahan, pertandingan memasak juga telah dianjurkan yang bukan sahaja menarik penyertaan pelajar perempuan,

bahkan pelajar lelaki juga turut sama menunjukkan kebolehan memasak.”

“Disamping untuk mengisi masa lapang dengan perkara berfaedah dan gaya hidup sihat, karnival sukan ini dijadikan medan untuk mengeratkan dan menyatukan semangat kerjasama serta ukhwah dikalangan pelajar.” katanya menutup bual bicara.

Penganjuran kali pertama ini telah mendapat respon positif dari kalangan peserta. Rata-rata peserta sependapat menyarankan agar aktiviti ini diteruskan lagi di masa hadapan setelah melihat impak positif dari penganjuran kali pertama ini.

Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar & Alumni (HEPA) UniSZA, Prof. Madya Dr. Nik Wan Omar, telah merasmikan acara penutup dan menyampaikan hadiah kepada pemenang bertempat di foyer kolej kediaman.

Dalam ucapan penutupnya, TNC HEPA nyata gembira dengan usaha keras MKK dan juga penghuni kolej kediaman dalam menjayakan karnival sukan ini dan mengaharapkan impak positif dari karnival ini dapat diterapkan dalam kehidupan seharian.

“ Saya mengharapkan agar impak

positif dari karnival ini dapat

diterapkan dalam kehidupan

seharian”

- Prof. Dr. Nik Wan Omar

Page 39: KOLEJ KEDIAMAN “TERBAKAR” 4 SOALAN BERSAMA …

39 MAKALAH KOLEJ KEDIAMAN KELUARAN 1 BIL. 1/2016

Page 40: KOLEJ KEDIAMAN “TERBAKAR” 4 SOALAN BERSAMA …

40 MAKALAH KOLEJ KEDIAMAN KELUARAN 1 BIL. 1/2016

SERATIB KASIH BERSAMA KOMUNITI KAMPUNG KUALA BELARA, MANIR

M ajlis Kolej Kediaman A telah menganjurkan program ‘Seratib Kasih Mahasiswa Bersama Komuniti’ di Kampung Kuala Belara Manir, Kuala Terengganu pada 10 April 2015.

Program dengan kerjasama Jawatankuasa Kemajuan Keselamatan Kampung (JKKK) beserta penduduk Kampung Kuala Belara, Majlis Kolej Kediaman B, C dan D telah disertai seramai 43 orang pelajar dan seorang pegawai pengiring.

Majlis dimulakan sebaik sahaja semua peserta selesai bersarapan di Balai Raya Kuala Belara. Pegawai Pembangunan Dun Teluk Pasu, Che Mansor Salleh, telah berbesar hati untuk merasmikan majlis pembukaan.

Dalam ucapan perasmian, beliau melahirkan rasa gembira dengan program yang telah dijalankan ini kerana secara tidak langsung telah merapatkan lagi hubungan UniSZA dengan komuniti setempat seiring dengan perlancaran UniSZA sebagai universiti komuniti.

Program ini dimulakan dengan aktiviti gotong-royong di mana para pelajar telah dibahagikan kepada tiga buah kumpulan untuk membersihkan beberapa

kawasan utama iaitu kawasan masjid, balai raya dan surau Kampung Kuala Belara.

Pada jam tiga petang, program rawatan kesihatan percuma dari rumah ke rumah telah dijalankan dengan kerjasama mahasiswa kampus perubatan.

Program yang berakhir pada jam lima petang ini turut disusuli dengan pemberian sumbangan cenderahati kepada penduduk kampung yang telah menerima rawatan kesihatan percuma dari pelajar UniSZA yang telah disempurnakan oleh Penolong Pen-gurus Asrama, Azilawati Rofa..

Program gotong-royong ini

secara tidak langsung telah

merapatkan lag hubungan

UniSZA dengan komuniti

setempat ”

- Che Mansor Salleh

Page 41: KOLEJ KEDIAMAN “TERBAKAR” 4 SOALAN BERSAMA …

41 MAKALAH KOLEJ KEDIAMAN KELUARAN 1 BIL. 1/2016

Page 42: KOLEJ KEDIAMAN “TERBAKAR” 4 SOALAN BERSAMA …

42 MAKALAH KOLEJ KEDIAMAN KELUARAN 1 BIL. 1/2016

P rogram Hari Interaktif Kolej Kediaman Tembila telah berjalan dengan jayanya bertempat di sekitar Kolej Kediaman Tembila.

Program yang dikendalikan oleh Persatuan Majlis Kolej Kediaman E (MKKE) dirancang untuk memperkenalkan barisan Jawatankuasa Majlis Kolej Kediaman E kepada penghuni Kolej Kediaman Kampus Tembila.

Secara ringkasnya, program dijalankan pada 10 April 2015 ini dilihat sebagai satu medium bagi mewujudkan komunikasi yang berkesan antara mahasiswa dengan barisan Jawatankuasa MKK E.

Dua program telah dianjurkan pada sebelah siang iaitu aktiviti gerai jualan, Roda Interaktif dan

aktiviti Mini Explorace yang telah berjaya menarik penyertaan hampir 70 orang peserta.

Di sebelah malamnya, sebuah sesi "Santai Bersama Pihak Pengurusan" telah dijalankan bermula jam 9.30 malam untuk membincangkan isu-isu atau permasalahan-permasalahan yang timbul berkenaan Kolej Kediaman.

Majlis penutup dan penyampaian cendedrahati telah dilaksanakan oleh Felo Kolej Kediaman Kampus Tembila, Mohd Suhaimi Abas.

Dalam ucapannya beliau mengharapkan agar sebarang permasalahan yang timbul dapat dibawa ke pengetahuan pihak kolej kediaman untuk diambil tindakan.

HARI INTERAKTIF KOLEJ KEDIAMAN TEMBILA

Page 43: KOLEJ KEDIAMAN “TERBAKAR” 4 SOALAN BERSAMA …

43 MAKALAH KOLEJ KEDIAMAN KELUARAN 1 BIL. 1/2016

Anjuran : Pejabat Kolej Kediaman

Tarikh : 29 April 2015

Tempat : Bilik Mesyuarat Kolej Kediaman

Penyertaan : Staf Kolej Kediaman

Objektif : Meraikan pegawai tadbir Kolej Kediaman Kampus Tembila yang berhenti kerja

Intipati : Jamuan perpisahan

MAJLIS PERPISAHAN SITI NAZIRA

FIQH PERUBATAN

Anjuran : Majlis Kolej Kediaman D, Jawatankuasa Surau Al-Amin

Tarikh : 16 Mei 2015

Tempat : Kolej Kediaman Kampus Perubatan

Penyertaan : 238 orang termasuk pelajar sekolah

Objektif : Memberi pendedahan awal kepada pelajar sekolah menengah mengenai pengetahuan

berkaitan isu-isu fiqh perubatan disamping memberikan pemahaman yang secukupnya secara

praktikal tentang cara-cara serta teknik solat yang betul

Intipati : Ceramah dan praktikal solat

Page 44: KOLEJ KEDIAMAN “TERBAKAR” 4 SOALAN BERSAMA …

44 MAKALAH KOLEJ KEDIAMAN KELUARAN 1 BIL. 1/2016

Anjuran : Majlis Kolej Kediaman E

Tarikh : 21 Mei 2015

Tempat : Surau Ar-Raudah Kampus Tembila

Penyertaan : 200 orang pelajar

Objektif : Persediaan awal sempena peperiksaan akhir semester II sesi 2014/2015

Intipati : Bacaan Yasin dan solat hajat,

SOLAT HAJAT PERDANA DAN BACAAN YASIN

Anjuran : Majlis Kolej Kediaman C

Tarikh : 25 Mei 2015

Tempat : Foyer Kolej Kediaman

Penyertaan : 106 orang pelajar

Objektif : Berkongsi tips kepada peserta sebagai persediaan untuk menghadapi peperiksaan.

Intipati : Ceramah

PERSEDIAAN MENGHADAPI PEPERIKSAAN

Page 45: KOLEJ KEDIAMAN “TERBAKAR” 4 SOALAN BERSAMA …

45 MAKALAH KOLEJ KEDIAMAN KELUARAN 1 BIL. 1/2016

H awa sejuk nyata mencengkam suasana di sekitar perkarangan foyer kolej kediaman.

Hujan renyai-renyai yang turun sejak awal pagi tidak membantutkan urusan pendaftaran pelajar baharu diploma sesi 2015/2016 pada 16 Jun 2015.

Suasana sibuk jelas kelihatan seawal jam 7.30 pagi dengan deretan kenderaan para ibubapa untuk menghantar anakanda tercinta mendaftar masuk ke UniSZA.

Bagasi pelbagai warna dan barangan keperluan diri dibawa keluar dari perut kenderaan dan diusung dengan penuh bersemangat ke foyer kolej kediaman bagi urusan pendaftaran masuk.

Ternyata riak kegembiraan yang terukir di wajah para pelajar baharu melambangkan keazaman dan harapan tinggi untuk mengejar cita-cita.

Dalam sesi pendaftaran pelajar baharu kali ini, seramai 672 orang telah mendaftar untuk menyambung pengajian di UniSZA dalam pelbagai program diploma yang ditawarkan.

204 orang darinya adalah pelajar lelaki manakala 468 orang adalah pelajar perempuan.

Melihat kepada jumlah pelajar baharu yang mendaftar, kaum hawa terus mendominasi kemasukan ke institusi pengajian tinggi tempatan.

Bagi urusan penginapan, pihak kolej kediaman telah menyediakan sebanyak lapan buah blok bangunan yang dikhususkan kepada pelajar diploma baharu.

Penstrukturan kembali kolej kediaman secara besar-besaran yang telah dilakukan pada bulan ogos tahun 2014 telah melancarkan lagi urusan penempatan pelajar baharu di kolej kediaman.

PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU DIPLOMA SESI 2015/2016

672

PELAJAR

BAHARU

Page 46: KOLEJ KEDIAMAN “TERBAKAR” 4 SOALAN BERSAMA …

46 MAKALAH KOLEJ KEDIAMAN KELUARAN 1 BIL. 1/2016

SEINDAH SENTUHANMU

RAMADHAN

RAHMAT AKHIR RAMADHAN Anjuran : Majlis Kolej Kediaman A

Tarikh : 11 Julai 2015

Tempat : Surau Saodah

Penyertaan : 80 orang pelajar

Objektif : Mengisi bulan Ramadhan dengan program ilmiah

Intipati : Ceramah dan solat berjemaah

Anjuran : Majlis Kolej Kediaman C

Tarikh : 25 - 28 Jun 2015

Tempat : UniSZA Kampus Gong Badak

Penyertaan : 400 orang pelajar

Objektif : Menggalakkan pelajar melakukan aktiviti

berfaedah di bulan ramadhan

Intipati : Ceramah, pertandingan nasyid dan da’ie

Page 47: KOLEJ KEDIAMAN “TERBAKAR” 4 SOALAN BERSAMA …

47 MAKALAH KOLEJ KEDIAMAN KELUARAN 1 BIL. 1/2016

1840

PELAJAR BAHARU IJAZAH

MENDAFTAR MASUK

“ Tiga hingga empat tahun lalu

orang tak kenal UniSZA, tapi

hari ini kita berbangga

menjadi sepuluh universiti

popular di Malaysia selepas

universiti penyelidikan”

- NAIB CANSELOR UniSZA

R ekod baru tercipta pada hari Pendaftaran Pelajar Baru Ijazah Semester 1, Sesi 2015/2016 apabila seramai 1840 orang mahasiswa mendaftar masuk ke Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) pada 1 September 2015.

Dengan peningkatan seramai hampir 500 mahasiswa berbanding tahun sebelumnya, kini UniSZA boleh berdiri gagah kerana telah menjadi universiti popular di Malaysia.

Menurut Naib Canselor UniSZA, Prof. Datuk Dr. Yahaya Ibrahim, pihaknya bersyukur dan mampu berbangga apabila universiti itu menjadi antara universiti pilihan dalam negara selepas lima universiti penyelidikan seperti Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Universiti Putra Malaysia (UPM).

"Mungkin 3 hingga 4 tahun lalu orang tak kenal UniSZA, tapi hari ini kita berbangga menjadi 10 universiti popular di Malaysia selepas universiti penyelidikan."

"Hari ini 70 peratus yang mendaftar untuk sesi 2015/2016 ini adalah mahasiswa yang membuat permohonan bagi pilihan pertama hingga pilihan ketiga dan tak semua yang meletakkan UniSZA pilihan pertama dan memohon ke universiti ini dapat masuk ke UniSZA kerana permohonan yang begitu memberangsangkan," katanya, di sini.

Bagi pihak kolej kediaman, peningkatan jumlah mahasiwa pada kemasukan kali ini adalah satu cabaran untuk menyediakan tempat penginapan kondusif dan selesa kepada mahasiswa.

Disebalik itu, peningkatan kemasukan mahasiswa saban tahun memberikan petanda bahawa perlunya pembinaan kolej kediaman baharu untuk menampung jumlah mahasiswa di masa akan datang.

Page 48: KOLEJ KEDIAMAN “TERBAKAR” 4 SOALAN BERSAMA …

48 MAKALAH KOLEJ KEDIAMAN KELUARAN 1 BIL. 1/2016

Anjuran : Majlis Kolej Kediaman A

Tarikh : 2 Oktober 2015

Tempat : Garaj Blok B, Biruni dan Ummu Sulaim

Penyertaan : 15 orang Ahli MKK, seorang staf

Objektif : Mencari dana tambahan untuk melaksanakan program anjuran Majlis Kolej Kediaman

Intipati : Jualan dan lelongan basikal

JUALAN DAN LELONGAN BASIKAL

TERPAKAI

Anjuran : Majlis Kolej Kediaman B

Tarikh : 12 September 2015

Tempat : Rumah Ehsan Al-Muktafi Billah Shah

Penyertaan : 35 orang pelajar, 2 orang staf

Objektif : Melahirkan pelajar yang berjiwa penyayang dan perihatin terhadap warga emas

Intipati : Lawatan dan kerja-kerja amal

JAUH DI MATA DEKAT DI HATI

Page 49: KOLEJ KEDIAMAN “TERBAKAR” 4 SOALAN BERSAMA …

49 MAKALAH KOLEJ KEDIAMAN KELUARAN 1 BIL. 1/2016

Bertempat di Resort World Sentosa Convention Centre Singapura pada 11 September 2015, sebanyak 60 buah kumpulan telah bersaing membentangkan produk dan sistem masing-masing dalam pertandingan Internation-al Exposition On Team Excellence (IETEX) 2015.

Dianggotai oleh 8 orang muka lama dan baru, sekali lagi kumpulan BRAVE tampil mengetengahkan sistem e-NR yang telah mengalami evolusi sejak kali pertama diperkenalkan pada 27 Mac 2014.

Dengan sesi perbentangan dan soal jawab sepenuhnya di dalam bahasa inggeris, ini tidak menimbulkan sebarang kerumitan walhal sebelum pertandingan ahli-ahli kumpulan hanya mempunyai masa yang singkat untuk melakukan persediaan.

Kumpulan BRAVE melihat pertandingan ini dari sudut positif dan menganggap peluang yang diberikan sebagai peluang seumur hidup untuk berdiri dan membentangkan hasil kerja di pentas antarabangsa.

BRAVE MERANGKUL 2 BINTANG EMAS DALAM IETEX 2015

MINGGU PENGHAYATAN

ISLAM 3.0

Anjuran : Majlis Kolej Kediaman A

Tarikh : 22 - 26 Oktober 2015

Tempat : Surau dan Auditorium Perpustakaan

Penyertaan : 10 orang staf, 200 orang pelajar

Objektif : Mewujudkan minat & cinta mahasiswa/i dalam menghadiri majlis ilmu yang dianjurkan dan sentiasa dalam mengimarahkan rumah Allah

Intipati : Solat berjemaah, forum agama, ceramah, pertandingan melukis poster, pertandingan khat, pertandingan grafik islam, pertandingan mencipta logo surau

Page 50: KOLEJ KEDIAMAN “TERBAKAR” 4 SOALAN BERSAMA …

50 MAKALAH KOLEJ KEDIAMAN KELUARAN 1 BIL. 1/2016

“ Ia memupuk sifat mudah berkorban demi kebaikan, ruang untuk belajar bekerja secara kolektif dan menyemai perasaan kasih dan sayang sesama

makhluk, tidak kira rupa, agama mahupun bangsa.” - Fatimah Hassan

KURSUS PENGURUSAN ORGANISASI MAJLIS KOLEJ KEDIAMAN

“ Give everything you have to everything you do”

- Prof. Dr. Nik Wan Omar

T ampuk kepimpinan Majlis Kolej Kediaman (MKK) telah bertukar sejajar dengan pembentukan kabinet baru Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) bagi sesi baru 2015/2016.

Sehubungan dengan itu bagi memantapkan lagi kepimpinan ahli MKK yang baru dilantik, pejabat Kolej Kediaman UniSZA telah menganjurkan Kursus kepimpinan Organisasi (KPO) Majlis Kolej Kediaman Sesi 2015/2016 bertempat di Peladang Setiu Agrotourisam & Resort, Setiu.

Kursus yang dijalankan saban tahun ini bertujuan untuk memberi pendedahan dan pengalaman kepada ahli-ahli MKK tentang pengurusan sebuah organisasi.

Selain itu, kursus ini juga bertujuan untuk membantu dan mengasah ahli-ahli MKK di dalam memikul tanggungjawab dan amanah di dalam mentadbir organisasi dan juga membantu di dalam penguatkuasaan Perintah Kolej Kediaman.

Seramai 44 orang ahli MKK dari Kolej Kediaman Kampus Gong Badak, Kampus Perubatan dan Kampus

Tembila telah melaporkan diri untuk mengikuti kursus yang dijalankan ini.

Dengan kekuatan seramai lima orang fasilitator dan lima orang urusetia, kursus yang dirancang berjaya digerakkan dengan lancar dan tanpa sebarang permasalahan yang tidak diingini.

Selain ceramah, beberapa aktiviti ‘outdoor game’ telah dijalankan bagi menyemai sifat bekerjasama dalam kumpulan.

Timbalan Naib Canselor (HEPA), Prof. Dr. Nik Wan bin Omar, telah sudi hadir bagi merasmikan majlis penutup dan penyampaian cenderahati kepada peserta.

Dikesempatan yang ada, beliau yang diibaratkan sebagai ayahanda kepada para pelajar UniSZA berbesar hati untuk menyampaikan ceramah bertajuk ‘Pengurusan Organisasi Yang Cekap dan Berkesan’.

Kata-kata semangat dan nasihat yang disampaikan amat berguna kepada para peserta untuk menjalankan tugas sebagai MKK kelak.

Page 51: KOLEJ KEDIAMAN “TERBAKAR” 4 SOALAN BERSAMA …

51 MAKALAH KOLEJ KEDIAMAN KELUARAN 1 BIL. 1/2016

Page 52: KOLEJ KEDIAMAN “TERBAKAR” 4 SOALAN BERSAMA …

52 MAKALAH KOLEJ KEDIAMAN KELUARAN 1 BIL. 1/2016

K ata pepatah melayu ada bebunyi 'Yang patah akan tumbuh, yang hilang akan berganti' dan diselangi dengan 'Yang baru harus diraikan, yang lama jangan dilupakan'.

Sehubungan dengan itu bagi meraikan jasa dan khidmat bakti mantan MKK dan seterusnya menyerahkan tanggungjawab kepada MKK baru yang telah dilantik, satu 'Majlis Penyampaian Sijil Penghargaan Majlis Kolej Kediaman (MKK) sesi 2014/2015 dan Watikah Pelantikan Ahli Majlis Kolej Kediaman (MKK) sesi 2015/2016 telah dilangsungkan di TH Hotel & Convention Centre, Kuala Nerus pada 28 November 2015.

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni),Prof. Dr. Nik Wan Omar telah berbesar hati untuk hadir dan merasmikan majlis yang diadakan saban tahun ini.

Segak dan menawan, itulah yang dapat digambarkan kepada barisan MKK yang bijak

menyesuaikan pakaian dengan majlis yang dijalankan. Selain dari ahli MKK baru dan lama, barisan staf kolej kediaman dan felo turut hadir sama bagi meraikan dan memeriahkan majlis ini.

Tidak seperti tahun sebelumnya, suasana majlis kali ini berjalan dengan penuh ceria dengan beberapa segmen yang telah dirancang terutamanya gimik tayangan video penyerahan sijil dan juga segmen teka teki semasa para hadirin sedang menjamu selera.

Untuk makluman, sepanjang sesi 2014/2015, lebih dari 45 aktiviti telah dianjurkan oleh mantan MKK di dalam dan di luar kolej kediaman.

Selain dari menekankan aspek kerjasama dan perpaduan dikalangan penghuni kolej kediaman, sumbangan kepada masyarakat luar juga tidak dilupakan dengan penganjuran program khidmat komuniti yang melibatkan kerjasama penduduk setempat.

Dan bagi sesi 2015/2016, MKK telah merancang sebanyak 60 aktiviti yang melibatkan penghuni kolej kediaman, pelajar UniSZA dan juga komonuti luar.

Adalah menjadi harapan Pengarah Kolej Kediaman UniSZA, Dr. Mohd Shahril Othman untuk melihat MKK bergerak jauh ke hadapan dalam memartabatkan kolej kediaman UniSZA sebagai kolej kediaman terbaik di kalangan universiti awam.

MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL MAJLIS KOLEJ KEDIAMAN

“ Saya ingin melihat MKK bergerak jauh

ke hadapan dalam memartabatkan

Kolej Kediaman UniSZA sebagai yang

terbaik di kalangan universiti awam”

- Dr. Mohd Shahril Othman

Page 53: KOLEJ KEDIAMAN “TERBAKAR” 4 SOALAN BERSAMA …

53 MAKALAH KOLEJ KEDIAMAN KELUARAN 1 BIL. 1/2016

Page 54: KOLEJ KEDIAMAN “TERBAKAR” 4 SOALAN BERSAMA …

SOROTANPROGRAM

2014

Page 55: KOLEJ KEDIAMAN “TERBAKAR” 4 SOALAN BERSAMA …

55 MAKALAH KOLEJ KEDIAMAN KELUARAN 1 BIL. 1/2016

2014

Anjuran : Pejabat Kolej Kediaman UniSZA

Tarikh : 13 Februari 2014

Tempat : Batu Burok Beach Resort

Penyertaan : Staf, Felo dan Ahli Majlis Kolej Kediaman

Objektif : Menghargai khidmat dan sumbangan mantan MKK

Intipati : Penyampaian sijil dan makan malam

MAJLIS PENYAMPAIAN

SIJIL KOLEJ

KEDIAMAN

PROGRAM PERDANA GEMPUR AEDES

Anjuran : Pejabat Kolej Kediaman UniSZA

Tarikh : 21 Februari 2014

Tempat : Kolej Kediaman Kampus Gong Badak

Penyertaan : Staf, Felo dan Penghuni Kolej Kediaman

Objektif : Menghapuskan tempat yang disyaki boleh menjadi tempat pembiakan nyamuk aedes

Intipati : Gotong-royong

Page 56: KOLEJ KEDIAMAN “TERBAKAR” 4 SOALAN BERSAMA …

56 MAKALAH KOLEJ KEDIAMAN KELUARAN 1 BIL. 1/2016

Kumpulan kreatif & inovatif Brave telah berjaya mengondol Anugerah Emas dan ICC Muda Terbaik dalam Mini Convention On Team Excellence Peringkat Wilayah Pantai Timur yang telah berlangsung pada 27 Mac 2014 di Hotel Perdana, Kota Bharu, Kelantan.

Kumpulan Brave yang dibarisi oleh Rasyidin, Asma, Sayuti, Suhazlina, Zuwariyah, Alias, Shaiful,

Safuan dan Fairul telah mengetengahkan projek Electronic Non Resident atau singkatannya e-NR.

Sistem ini diwujudkan bagi mengatasi segala permasalahan yang timbul berkaitan pelajar yang tinggal di luar kampus.

BRAVE DINOBATKAN ICC MUDA TERBAIK

Kumpulan kreatif & inovatif (KIK) Brave telah berjaya meraih penarafan Bintang Perak dalam penyertaan kali pertama di Konvensyen Kumpulan Inovatif & Kreatif (KIK) peringkat IPTA yang telah berlangsung di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) pada 9 dan 10 April 2014.

Kumpulan Brave yang menampilkan gaya persembahan berdrama telah berjaya menarik perhatian juri dan penonton dengan elemen humor yang terselit didalamnya.

Setelah mencatat pencapaian yang baik dalam dua pertandingan yang telah disertai, kumpulan Brave

akan menyertai Konvensyen Team Excellence ICC Wilayah Pantai Timur 2014 yang akan berlangsung pada bulan jun di Kuantan, Pahang.

PROJEK e-NR MERAIH PENARAFAN PERAK PERINGKAT IPTA

Page 57: KOLEJ KEDIAMAN “TERBAKAR” 4 SOALAN BERSAMA …

57 MAKALAH KOLEJ KEDIAMAN KELUARAN 1 BIL. 1/2016

UniSZA BLOOD DONATION

Anjuran : Majlis Kolej Kediaman

Tarikh : 28 - 29 April 2014

Tempat : Foyer Kolej Kediaman

Penyertaan : Staf dan pelajar

Objektif : Membantu menampung keperluan

darah di hospital

Intipati : Derma darah

“LE TOUR DE

RESIDENTIAL

COLLEGE 2014”

Anjuran : Majlis Kolej Kediaman D

Tarikh : 15 - 19 Mei 2014

Tempat : Universiti Malaysia Perlis, Universiti Utara Malaysia, Universiti Sains Malaysia, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia

Penyertaan : 2 orang staf, 18 orang ahli MKK

Objektif : Percambahan idea dan pandangan antara universiti yang dilawati berkenaan kolej kediaman untuk di aplikasikan di Kolej Kediaman UniSZA.

Intipati : Lawatan sambal belajar

Page 58: KOLEJ KEDIAMAN “TERBAKAR” 4 SOALAN BERSAMA …

58 MAKALAH KOLEJ KEDIAMAN KELUARAN 1 BIL. 1/2016

Anjuran : Pejabat Kolej Kediaman

Tarikh : 21 Ogos 2014

Tempat : Kolej Kediaman Kampus Gong Badak

Penyertaan : Semua staf dan penghuni kolej kediaman

Objektif : Penstrukturan kembali blok kolej kediaman mengikut jantina

Intipati : Pengasingan blok dan bilik mengikut jantina

PENSTRUKTURAN KOLEJ KEDIAMAN

KAMPUS GONG BADAK

ASMA MERAIH PINGAT GANGSA SUKUM KE-39

Penolong Pengurus Asrama Kolej Kediaman D (Maidam),Asma Md. Jaafar, berjaya meraih pingat gangsa dalam Sukan Staf Universiti Malaysia (SUKUM) kali ke-39 yang berlangsung di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Johor Bahru, Johor.

Kejayaan dalam acara lempar cakera ini mengulangi kembali kejayaan yang telah diraih oleh beliau dalam dua edisi SUKUM sebelumnya.

SUKUM ke-39 telah disertai oleh 20 universiti awam (IPTA) dan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).

Sebanyak 29 acara dipertandingkan pada kejohanan itu yang bermula dari 13 hingga 23 ogos 2014 dibahagikan kepada empat kategori iaitu lelaki dan wanita senior serta lelaki dan wanita veteran.

Page 59: KOLEJ KEDIAMAN “TERBAKAR” 4 SOALAN BERSAMA …

59 MAKALAH KOLEJ KEDIAMAN KELUARAN 1 BIL. 1/2016

Anjuran : Kolej Kediaman UniSZA

Tarikh : 28 Ogos 2014

Tempat : TH Hotel & Convention Centre

Penyertaan : 30 orang pengetua dan pegawai kolej kediaman

Objektif : Perbincangan isu-isu berbangkit berkaitan kolej kediaman

Intipati : Mesyuarat dan makan malam

MESYUARAT MAPUM KE-57

PENDAFTARAN MAHASISWA

BAHARU IJAZAH SARJANA MUDA

Sesi pendaftaran mahasiswa baharu Ijazah Sarjana

Muda sesi 2014/2015 telah berjalan dengan lancar

pada 1 September 2014 di foyer kolej kediaman.

Seramai 1348 orang pelajar telah mendaftar

untuk sesi kemasukan kali ini dengan bilangan pelajar

perempuan mencatat angka seramai 959 orang dan

pelajar lelaki 386 orang.

Proses pendaftaran kali ini agak meriah

dengan kehadiran hamper 96% orang pelajar yang

telah ditawarkan untuk menyambung pengajian di tiga

buah kampus UniSZA.

Page 60: KOLEJ KEDIAMAN “TERBAKAR” 4 SOALAN BERSAMA …

60 MAKALAH KOLEJ KEDIAMAN KELUARAN 1 BIL. 1/2016

Wan Sarimi Wan Husain, dari Fakulti Perubatan &

Pembedahan telah dianugerahkan Anugerah Khas Kolej

Kediaman pada Malam Anugerah Kepimpinan Siswa

2014 telah dilangsungkan pada 2 November 2014

bertempat di Dewan Perdana, UniSZA.

Wan Sarimi yang berjaya membawa pulang

wang tunai sebanyak RM200.00 berserta trofi dan sijil

melahirkan rasa syukur di atas anugerah yang

diterimanya dan berterima kasih kerana memilih beliau

sebagai salah seorang dari penerima anugerah.

Pada majlis berkenaan, sebanyak 10 Anugerah

telah dipertandingkan dan setiap pemenang masing

membawa pulang wang tunai RM 200.00 beserta trofi

dan sijil selain lawatan ke Asean University Game (AUG)

di Palembang pada Disember ini yang telah diumumkan

oleh Naib Canselor pada majlis berkenaan.

MALAM ANUGERAH KEPIMPINAN SISWA

Kumpulan Inovatif & Kreatif Brave berjaya mencapai

sasaran dalam Konvensyen Team Excellence

Kebangsaan (ICC) 2014 yang berlangsung pada 23 - 26

November bertempat di Kuala Lumpur Convention

Centre (KLCC).

Produk e-NR (Electronic Non-Resident) yang

diketengahkan oleh kumpulan Brave berjaya meraih

pengiktirafan emas tiga bintang yang disasarkan.

Dengan kejayaan ini, kumpulan Brave telah

melengkapkan tahun 2014 dengan dua Anugerah Emas,

Anugerah ICC Muda Terbaik, penarafan Bintang Perak

peringkat IPTA dan terbaru pengiktirafan Emas Tiga

Bintang Peringkat Kebangsaan 2014.

APIC 2014: PENGIKTIRAFAN EMAS TIGA BINTANG

Page 61: KOLEJ KEDIAMAN “TERBAKAR” 4 SOALAN BERSAMA …

61 MAKALAH KOLEJ KEDIAMAN KELUARAN 1 BIL. 1/2016

esibukan kerja tidak menghalang sebelas orang staf kolej kediaman yang terdiri dari pengurus asrama, penolong pengurus, penyelia dan pembantu awam untuk turun padang menyertai sukarelawan Misi Bantuan Banjir di Kelantan.

Misi bantuan ini adalah kesinambungan dari tiga misi bantuan yang telah dilancarkan sebelum ini.

Misi bantuan banjir peringkat keempat ini menyasarkan Sekolah Rendah Kebangsaan Dabong yang terjejas teruk akibat dari banjir besar yang melanda baru-baru ini.

Dalam program sehari suntuk ini, sukarelawan UniSZA bersama beberapa jabatan lain telah sedaya upaya untuk membersihkan bangunan sekolah dan asrama yang dipenuhi lumpur.

Banjir yang melanda telah mengakibatkan sekolah ini ditenggelami air sehingga ke tingkat satu. Tidak dapat dihitung jumlah kerosakan yang terpaksa ditanggung akibat dari kerosakan bangunan, perabot dan peralatan elektrik.

Berdepan dengan situasi ketiadaan bekalan air bersih, sukarelawan UniSZA telah mengambil inisatif mengepam air dari sungai berhampiran bagi tujuan kerja pembersihan.

Mendepani persekitaran berlakunya banjir ini cukup menimbulkan keinsafan dalam diri bertapa besar kuasa Allah menguasai dan mentadbir alam ini.

Ada ketikanya alam ini subur dan cuaca berkeadaan baik. Namun, kadangkala akan terjadi bencana alam yang mengakibatkan cuaca tidak menentu, mengundang bahaya pada nyawa, memusnahkan harta benda dan tidak kurang juga mengakibatkan urusan harian tergendala.

MISI BANTUAN BANJIR DI DABONG, KELANTAN

K

Page 62: KOLEJ KEDIAMAN “TERBAKAR” 4 SOALAN BERSAMA …