teras promosi kesihatan

5
Teras Promosi Kesihatan Dalam menetapkan hala tuju sesuatu program promosi kesihatan di kalangan badan-badan promosi kesihatan serta pihak berkuasa kesihatan awam seluruh dunia, satu strategi Promosi Kesihatan telah dibangunkan yang dinamakan sebagai Piagam Ottawa (Ottawa Charter For Health Promotion). Piagam ini telah diterima dan dipersetujui dalam Persidangan Promosi Kesihatan Antarabangsa Pertama (First International Conference on Health Promotion) yang berlangsung pada 21 November 1986 di Ottawa, Kanada. Ia merupakan satu pernyataan visi masyarakat antarabangsa ke arah mencapai hasrat ‘Kesihatan Untuk Semua’ (Health For All) bagi dekad tahun 2000 dan seterusnya. Antara lain piagam antarabangsa ini menggariskan 5 strategi utama seperti dalam Rajah 4.1. 55 Model Promosi Kesihatan Umum 5 TERAS PROMOSI KESIHATAN Polisi awam sihat Persekitaran yang menyokong Orientasi semula perkhidmatan kesihatan Tindakan komuniti Kemahiran individu di bangunkan Rajah 4.1 : 5 strategi utama Piagam Ottawa untuk Promosi Kesihatan Membentuk polisi awam sihat Bidang promosi kesihatan melangkaui skop penjagaan kesihatan semata- mata. Kesihatan perlu menjadi agenda para pembuat dasar (policy makers) pada setiap sektor dan peringkat; dengan memastikan mereka menyedari implikasi dan bertanggungjawab ke atas kesan daripada keputusan atau dasar yang dirangka demi kesihatan. Di peringkat komuniti, pertubuhan boleh: Membantu masyarakat membangunkan polisi setempat mengenai larangan penjualan produk tembakau kepada kanak-kanak dan remaja. Menyokong pembentukan jawatankuasa bertindak setempat dalam menggalakkan polisi makan secara sihat. 56 Model Promosi Kesihatan Umum Memantau pematuhan undang-undang berkaitan larangan penjualan hasil tembakau kepada pelajar-pelajar sekolah di kalangan peniaga dan melaporkannya kepada pihak berkuasa jika perlu.

Upload: vr-kumar

Post on 26-Dec-2015

95 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Kesihatan

TRANSCRIPT

Page 1: Teras Promosi Kesihatan

Teras Promosi Kesihatan

Dalam menetapkan hala tuju sesuatu program promosi kesihatan di kalangan badan-badan promosi kesihatan serta pihak berkuasa kesihatan awam seluruh dunia, satu strategi Promosi Kesihatan telah dibangunkan yang dinamakan sebagai Piagam Ottawa (Ottawa Charter For Health Promotion).

Piagam ini telah diterima dan dipersetujui dalam Persidangan Promosi Kesihatan Antarabangsa Pertama (First International Conference on Health Promotion) yang berlangsung pada 21 November 1986 di Ottawa, Kanada. Ia merupakan satu pernyataan visi masyarakat antarabangsa ke arah mencapai hasrat ‘Kesihatan Untuk Semua’ (Health For All) bagi dekad tahun 2000 dan seterusnya. Antara lain piagam antarabangsa ini menggariskan 5 strategi utama seperti dalam Rajah 4.1. 55 Model Promosi Kesihatan Umum 5 TERAS PROMOSI KESIHATAN Polisi awam sihat Persekitaran yang menyokong Orientasi semula perkhidmatan kesihatan Tindakan komuniti Kemahiran individu di bangunkan

Rajah 4.1 : 5 strategi utama Piagam Ottawa untuk Promosi Kesihatan

Membentuk polisi awam sihat

Bidang promosi kesihatan melangkaui skop penjagaan kesihatan semata-mata. Kesihatan perlu menjadi agenda para pembuat dasar (policy makers) pada setiap sektor dan peringkat; dengan memastikan mereka menyedari implikasi dan bertanggungjawab ke atas kesan daripada keputusan atau dasar yang dirangka demi kesihatan.

Di peringkat komuniti, pertubuhan boleh:

Membantu masyarakat membangunkan polisi setempat mengenai larangan penjualan produk tembakau kepada kanak-kanak dan remaja.

Menyokong pembentukan jawatankuasa bertindak setempat dalam menggalakkan polisi makan secara sihat.

56 Model Promosi Kesihatan Umum

Memantau pematuhan undang-undang berkaitan larangan penjualan hasil tembakau kepada pelajar-pelajar sekolah di kalangan peniaga dan melaporkannya kepada pihak berkuasa jika perlu.

Mewujudkan persekitaran yang menyokong

Masyarakat adalah kompleks dan saling berkaitan antara satu sama lain. Kesihatan tidak dapat dipisahkan dari tujuan-tujuan lain dalam kehidupan. Prinsip yang menjadi panduan untuk seluruh masyarakat dunia merupakan nilai menggalakkan umat manusia agar saling mengambil berat antara satu sama lain, masyarakat dan alam sekitar kita.

Di peringkat komuniti, pertubuhan boleh:

Page 2: Teras Promosi Kesihatan

Menyokong aktiviti kemasyarakatan yang berkaitan kesihatan persekitaran seperti gotong-royong, rukun tetangga dan menghijaukan kawasan perumahan atau kampung.

Menganjurkan program promosi kesihatan yang menekankan keselamatan dan kesihatan di tempat kerja seperti di pejabat, ladang serta kilang atau kemudahan awam seperti sekolah, stesen bas serta taman rekreasi.

Menyokong projek yang menggalakkan masyarakat memperoleh pendapatan sampingan melalui berkebun sayur di kawasan rumah.

Memperkukuhkan tindakan komuniti

Bidang Promosi Kesihatan dapat dilaksanakan melalui tindakan masyarakat yang berkesan dalam menetapkan keutamaan, membuat keputusan, merancang dan melaksanakan strategi untuk mencapai tahap kesihatan yang lebih baik. Kunci kepada proses ini merupakan pengupayaan komuniti; yang disertai dengan pemilikan dan kawalan mereka sendiri ke atas usaha dan hala tujunya.

Pembangunan masyarakat bergantung kepada sumber-sumber manusia dan material di peringkat komuniti untuk meningkatkan bantuan diri dan sokongan sosial. Perkara tersebut penting dalam membangunkan sistem yang fleksibel untuk mengukuhkan penglibatan masyarakat dalam dan menentukan arah isu-isu kesihatan. Capaian penuh dan berterusan kepada maklumat, peluang pembelajaran untuk kesihatan serta sokongan dari segi kewangan menjadi prasyarat dalam konteks ini. 57 Model Promosi Kesihatan Umum

Di peringkat komuniti, pertubuhan boleh:

Menjalin kerjasama dengan pemimpin dan masyarakat tempatan dalam membuat pemantauan dan menyediakan statistik penglibatan remaja dalam aktiviti tidak sihat seperti merokok, buli, samseng jalanan atau ponteng sekolah di peringkat komuniti yang boleh disalurkan kepada pihak berkuasa agar tindakan sewajarnya boleh diambil.

Menjalin kerjasama dengan pertubuhan atau rumah kebajikan dalam merancang dan menjalankan aktiviti untuk kebaikan golongan kanak-kanak dan warga emas yang memerlukan.

Menyokong inisiatif di kalangan masyarakat setempat yang memberikan perhatian kepada isu-isu alam sekitar seperti pencemaran udara dari kilang, pengurusan sampah sarap serta kebersihan bekalan sumber air dan sungai.

Membangunkan kemahiran individu

Bidang Promosi Kesihatan menyokong pembangunan peribadi dan sosial melalui penyediaan maklumat, pendidikan kesihatan dan meningkatkan kemahiran hidup setiap individu. Ini dapat meningkatkan pilihan yang tersedia bagi individu untuk melakukan lebih kawalan ke atas kesihatan dan persekitaran mereka sendiri, di samping membuat pilihan yang sesuai kepada kesihatan.

Page 3: Teras Promosi Kesihatan

Mengupayakan individu untuk belajar sepanjang tempoh hayatnya untuk mempersiapkan mereka dengan perubahan di setiap peringkat usia serta untuk menangani penyakit kronik dan kecederaan adalah sangat penting. Ini perlu dilakukan sama ada di sekolah, rumah, tempat kerja dan dalam setting komuniti. Tindakan perlu dilakukan melalui pertubuhan pendidikan, profesional, komersial dan sukarela, serta di peringkat dalaman institusi itu sendiri.

Di peringkat komuniti, pertubuhan boleh:

Menyokong ahli-ahli jawatankuasa kesihatan di peringkat penduduk untuk menghadiri aktiviti pembangunan kemahiran individu seperti program kesedaran kesihatan awam mengenai penyakit tidak berjangkit atau latihan kemahiran individu yang berkaitan.

Menggalakkan para ibu, nurseri dan taman asuhan kanak-kanak agar bertanggungjawab dalam menyediakan makanan yang sihat mengikut saranan

58 Model Promosi Kesihatan Umum

Panduan Diet Malaysia serta melatih mereka untuk memantau pengambilan makanan agar sesuai dengan proses tumbesaran kanak-kanak.

Menjalankan lawatan ke kedai runcit atau pasar raya bagi mendidik masyarakat untuk membeli-belah secara sihat demi kesihatan keluarga.

Menyusun semula perkhidmatan kesihatan

Tanggung jawab dalam bidang Promosi Kesihatan dalam perkhidmatan kesihatan dikongsi secara bersama antara individu, kumpulan masyarakat, profesional kesihatan, institusi perkhidmatan kesihatan dan kerajaan. Mereka perlu bekerja bersama-sama ke arah sistem penjagaan kesihatan yang menyumbang ke arah peningkatan tahap kesihatan. Peranan sektor kesihatan perlu digerakkan semakin ke arah bidang Promosi Kesihatan, di luar lingkungan tanggung jawabnya yang menyediakan perkhidmatan klinikal dan rawatan.

Perkhidmatan kesihatan meluaskan skopnya kepada menyokong keperluan individu dan masyarakat untuk hidup sihat, dan saluran terbuka antara sektor kesihatan dan komponen sosial, politik, ekonomi dan fizikal yang lebih luas. Ini menuntut perkhidmatan kesihatan agar lebih sensitif serta menghormati keperluan budaya. Penyusunan semula perkhidmatan kesihatan juga memerlukan perhatian yang lebih penyelidikan kesihatan serta perubahan dalam pendidikan profesional dan latihan. Perkara ini harus membawa kepada perubahan sikap dan organisasi perkhidmatan kesihatan yang kembali menumpukan kepada keperluan menyeluruh dari segi individu dan manusia seadanya.

Di peringkat komuniti, pertubuhan boleh:

Melaksanakan program promosi kesihatan kepada masyarakat dengan mengadakan saringan kesihatan kepada peserta agar faktor risiko dapat di kesan dan bekerjasama dengan klinik kesihatan jika terdapat kes yang memerlukan intervensi secara rawatan.

Page 4: Teras Promosi Kesihatan

Mewujudkan kesedaran di kalangan masyarakat melalui kempen agar masyarakat mengambil langkah proaktif dalam mengamalkan cara hidup yang sihat seperti menjauhi tabiat merokok, melakukan senaman, bersukan, makan secara sihat, menangani stres dan lain-lain.