terangkan struktur sosial masyarakat melayu di tanah ... · pdf filehutang dan akhirnya bebas...

3
Terangkan struktur sosial masyarakat Melayu di Tanah Melayu sebelum campur tangan British. A. PENDAHULUAN 1. Masyarakat Melayu tradisional terbahagi kepada dua golongan pemerintah dan golongan diperintah. 2. Golongan pemerintah terdiri daripada raja/sultan, keluarga dan kerabat diraja, pembesar, pentadbir serta ulama istana. 3. Golongan diperintah ialah orang merdeheka dan hamba. B. ISI 1. Golongan pemerintah I. Raja/sultan/Yang Dipertuan Besar Pemerintah tertinggi dalam pentadbiran negeri. Mempunyai kuasa dan wibawa dalam menjalankan pemerintahan dan pentadbiran negeri. Mentadbir negeri dengan bantuan kaum kerabat dan para pembesar. Menyatupadukan rakyat, memelihara keamanan dan memajukan negeri. Berkuasa mutlak terhadap rakyat jelata Melaksanakan kuasa kerajaan pusat. Konsep daulat dan derhaka memperkukuhkan kuasa raja Menjalin hubungan luar. Mempunyasi keistimewaan tertentu; warna kuning hanya untuk raja, payung putih untuk sultan, payung kuning untuk kerabat, menggunakan bahasa dalam, cop mohor diraja, alat kebesaran seperti kendi. II. Keluarga dan kerabat diraja Kedudukan kedua selepas raja ialah anak raja dan kerabat diraja. Anak raja tidak semestinya seorang putera raja yang memerintah. Mempunyai gelaran raja, tengku dan wan. Jawatan raja muda diberi kepada putera sulung/tertua/adinda sultan jika tiada putera. Putera sultan ada yang dilantik menjadi pembesar daerah atau pemerintah jajahan takluk Mempunyai keistimewaan sama seperti raja, tetapi tidak melebihi keistimewaan raja. Menggunakan bahasa dalam dan payung kuning. III. Golongan Bangsawan dan pembesar a) Golongan bangsawan Terdiri daripada golongan pembesar dan kaum kerabat Sangat berpengaruh dalam kalangan pemerintah dan pentadbir. Membantu sultan dalam pentadbiran dan pemerintahan. Menjadi penasihat/pembesar di daerah-daerah tertentu. b) Pembesar daerah Terdiri daripada rakyat biasa yang dinaikkan taraf dan dilantik melalui surat tauliah oleh sultan yang bercop mohor.

Upload: dangdan

Post on 23-Feb-2018

227 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Terangkan struktur sosial masyarakat Melayu di Tanah Melayu sebelum campur tangan

British.

A. PENDAHULUAN

1. Masyarakat Melayu tradisional terbahagi kepada dua golongan pemerintah dan golongan

diperintah.

2. Golongan pemerintah terdiri daripada raja/sultan, keluarga dan kerabat diraja, pembesar,

pentadbir serta ulama istana.

3. Golongan diperintah ialah orang merdeheka dan hamba.

B. ISI

1. Golongan pemerintah

I. Raja/sultan/Yang Dipertuan Besar

Pemerintah tertinggi dalam pentadbiran negeri.

Mempunyai kuasa dan wibawa dalam menjalankan pemerintahan dan pentadbiran negeri.

Mentadbir negeri dengan bantuan kaum kerabat dan para pembesar.

Menyatupadukan rakyat, memelihara keamanan dan memajukan negeri.

Berkuasa mutlak terhadap rakyat jelata

Melaksanakan kuasa kerajaan pusat. Konsep daulat dan derhaka memperkukuhkan kuasa raja

Menjalin hubungan luar.

Mempunyasi keistimewaan tertentu; warna kuning hanya untuk raja, payung putih untuk sultan,

payung kuning untuk kerabat, menggunakan bahasa dalam, cop mohor diraja, alat kebesaran

seperti kendi.

II. Keluarga dan kerabat diraja

Kedudukan kedua selepas raja ialah anak raja dan kerabat diraja.

Anak raja tidak semestinya seorang putera raja yang memerintah.

Mempunyai gelaran raja, tengku dan wan.

Jawatan raja muda diberi kepada putera sulung/tertua/adinda sultan jika tiada putera.

Putera sultan ada yang dilantik menjadi pembesar daerah atau pemerintah jajahan takluk

Mempunyai keistimewaan sama seperti raja, tetapi tidak melebihi keistimewaan raja.

Menggunakan bahasa dalam dan payung kuning.

III. Golongan Bangsawan dan pembesar

a) Golongan bangsawan

Terdiri daripada golongan pembesar dan kaum kerabat

Sangat berpengaruh dalam kalangan pemerintah dan pentadbir.

Membantu sultan dalam pentadbiran dan pemerintahan.

Menjadi penasihat/pembesar di daerah-daerah tertentu.

b) Pembesar daerah

Terdiri daripada rakyat biasa yang dinaikkan taraf dan dilantik melalui surat tauliah oleh sultan

yang bercop mohor.

Memegang jawatan seumur hidup dan mesti menunjukkan taat setia kepada pemerintah.

Berkuasa penuh dalam kawasan pegangannya.

Berkedudukan penting dalam sistem pemerintahan kerajaan dan menjadi perantara sultan dengan

rakyat.

Menjaga keamanan dan memungut cukai di kawasan pemakanannya serta bebas menjalankan

kegiatan ekonomi.

Menjatuhkan hukuman dan denda dalam kes-kes jenayah di daerah mereka.

Membekalkan tenaga buruh kepada sultan dalam sistem kerah dan serah. Contoh Membina

istana.

IV. Golongan ulama

Berketurunan Arab Melayu dan merupakan cendikiawan dalam bidang agama.

Berkedudukan istimewa dan sangat berpengaruh dalam susun lapis masyarakat Melayu

tradisional. Contoh jawatan mufti, kadi

Penasihat sultan dalam hal ehwal agama/hukum syarak.

2. Golongan diperintah

I. Rakyat biasa

Petani, nelayan, dagang dan tukang.

Tidak mempunyai kuasa politik dan jawatan dalam pentadbiran.

Mengamalkan tradisi gotong-royong.

Tiga golongan rakyat biasa iaitu pedagang dan peniaga kecil-kecilan, buruh dan pekerja biasa

serta petani dan tukang mahir.

Bebas menjalankan kegiatan ekonomi- pertanian, perikanan, perlombongan dan perdagangan.

II. Rakyat asing

Penduduk bukan Melayu yang datang ke Tanah Melayu untuk tujuan tertentu dan tinggal

sementara sahaja.

Terlibat dalam pelbagai kegiatan sosial seperti tentera upahan kerajaan.

Menjalankan kegiatan ekonomi seperti pelombong dan peniaga runcit.

Tidak wajib mematuhi dan mengamalkan tradisi kebudayaan tempatan.

III. Golongan hamba

Menyediakan tenaga manusia untuk aktiviti masyarakat seperti gotong-royong.

Menyumbang tenaga untuk menambah harta tuannya.

Melambangkan ketinggian taraf sosial pemiliknya.

Terdapat tiga jenis hamba:

i) Hamba raja

* Merupakan hamba yang tertinggi daripada hamba lain

* Terdiri daripada bekas tawanan perang/banduaan

ii) Hamba berhutang

* Menjadi hamba dalam tempoh yang ditetapkan sehingga berjaya melangsaikan

hutang dan akhirnya bebas menjadi rakyat biasa

iii) Hamba biasa

* Menjadi hamba seumur hidup.

* Terdapat tiga jenis hamba biasa – hamba abdi, hamba dengan dan biduanda.

C. KESIMPULAN

1. Adanya hierarki dalam masyarakat Melayu tradisional adalah untuk membezakan

kedudukan golongan pemerintah dan golongan yang diperintah dari segi kedudukan dan

penghormatan dapat menentukan tugas dan tanggungjawab masing-masing.

2. Namun begitu, susun lapis ini mengalami perubahan selepas kedatangan campur tangan

British.