ramadhan - upknkelantan.comupknkelantan.com/download/buletin_jun_julai2016.pdf · menukarkan pokok...

13
REJAB - SYAABAN 1437H | APRIL - MEI 2016 1 MS/14 Mangsa banjir dapat rumah sumbangan Selangor MENUKARKAN POKOK DURIAN BIASA MENJADI DURIAN KUNYIT D27 MENARIK DI DALAM Tindakan lebih tegas kepada pembekal dan peruncit mercun -Mumtaz MS/7 KELANTAN PILIHAN PELABUR KERANA KUASA BELI TINGGI Saya yakin, semua balik berbelanja di Kelantan. Hantar duit kepada orang tua di Kelantan-MB KOTA BHARU – Tahun 2017 bakal men- yaksikan pertumbuhan gedung pasaraya apabila beberapa projek pasaraya baharu akan memulakan operasi masing-masing. YAB Menteri Besar, Ustaz Dato’ Haji Ahmad Yakob penuh yakin bahawa minat pelabur tempatan dan luar negara melabur di Kelantan khususnya dalam sektor hartanah dan perdagangan adalah kerana kuasa beli yang tinggi di kalangan rakyat setempat. “Mereka ini buat kajian. Kenapa mere- ka pilih Kelantan? Kerana kuasa beli itu besar. Siapa yang mempunyai kuasa beli yang besar? Anak-anak Kelantan di per- antauan yang balik beli di Kelantan. Saya yakin, semua balik berbelan- ja di Kelantan. Hantar duit kepada orang tua di Kelantan,” tegas Ustaz Ahmad. Beliau berkata demikian ketika berucap di hadapan ribuan perantau anak-anak Kelantan di Majlis Mesra Ai- dilfitri Pimpinan Kerajaan Negeri Kelan- tan Bersama Anak-anak Kelantan di per- antauan di Kompleks Kota Darulnaim. Terdahulu, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Haji Mohd Faudzi Che Mamat men- gumumkan tiga pelabur gergasi telahpun di- luluskan pelaburan dalam sektor perdagan- gan berskala besar.Tiga pelaburan tersebut ialah dari Lulu Hypermarket, pasaraya be- sar halal terbesar yang berpangkalan di Du- bai telahpun diluluskan pelan bangunan. Dua lagi ialah Platinum Mall yang berkon- sepkan gedung borong seperti Kenanga Wholesale di Kuala Lumpur dan Pasaraya Giant yang akan memulakan operasi hujung tahun ini di Bandar Baru Tunjong.“Tiga ta- hun kebelakangan ini Kerajaan Negeri ber- jaya menarik pelabur-pelabur dari dalam dan luar negeri,” ujar Dato’ Mohd Faudzi. Terbaharu, AEON Mall yang memu- lakan operasi April lalu di Lembah Sireh, Kota Bharu merupakan antara premis ter- besar AEON di Malaysia. Pembangu- nan di Lembah Sireh mensasarkan 20 ribu peluang pekerjaan dengan syarat yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri mestilah 60% daripadanya diisi rakyat Kelantan. MS/8 Tahun Ke-26 | ISSN 1311-6891 | RAMADHAN - SYAWAL 1437H | JUN - JULAI 2016 | EDARAN PERCUMA | Bil 175

Upload: trankiet

Post on 11-Mar-2019

252 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: RAMADHAN - upknkelantan.comupknkelantan.com/download/buletin_jun_julai2016.pdf · MENUKARKAN POKOK DURIAN BIASA MENJADI DURIAN KUNYIT D27 MENARIK ALA M Tindakan lebih tegas kepada

REJAB - SYAABAN 1437H | APRIL - MEI 2016 1

MS/14

Mangsa banjir dapat rumah sumbangan Selangor

MENUKARKAN POKOK DURIAN BIASA MENJADI DURIAN KUNYIT D27

MENARIKDI DALAM

Tindakan lebih tegaskepada pembekal dan peruncit mercun-Mumtaz MS/7

KELANTAN PILIHAN PELABUR KERANA KUASA BELI TINGGI

Saya yakin, semua balik berbelanja di Kelantan. Hantar duit kepada orang tua di Kelantan-MB

KOTA BHARU – Tahun 2017 bakal men-yaksikan pertumbuhan gedung pasaraya apabila beberapa projek pasaraya baharu akan memulakan operasi masing-masing.

YAB Menteri Besar, Ustaz Dato’ Haji Ahmad Yakob penuh yakin bahawa minat pelabur tempatan dan luar negara melabur di Kelantan khususnya dalam sektor hartanah dan perdagangan adalah kerana kuasa beli yang tinggi di kalangan rakyat setempat.

“Mereka ini buat kajian. Kenapa mere-ka pilih Kelantan? Kerana kuasa beli itu besar. Siapa yang mempunyai kuasa beli yang besar? Anak-anak Kelantan di per-antauan yang balik beli di Kelantan.

Saya yakin, semua balik berbelan-ja di Kelantan. Hantar duit kepada orang tua di Kelantan,” tegas Ustaz Ahmad.

Beliau berkata demikian ketika berucap di hadapan ribuan perantau anak-anak Kelantan di Majlis Mesra Ai-

dilfitri Pimpinan Kerajaan Negeri Kelan-tan Bersama Anak-anak Kelantan di per-antauan di Kompleks Kota Darulnaim.

Terdahulu, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Haji Mohd Faudzi Che Mamat men-gumumkan tiga pelabur gergasi telahpun di-luluskan pelaburan dalam sektor perdagan-gan berskala besar.Tiga pelaburan tersebut ialah dari Lulu Hypermarket, pasaraya be-sar halal terbesar yang berpangkalan di Du-bai telahpun diluluskan pelan bangunan.

Dua lagi ialah Platinum Mall yang berkon-sepkan gedung borong seperti Kenanga Wholesale di Kuala Lumpur dan Pasaraya Giant yang akan memulakan operasi hujung tahun ini di Bandar Baru Tunjong.“Tiga ta-hun kebelakangan ini Kerajaan Negeri ber-jaya menarik pelabur-pelabur dari dalam dan luar negeri,” ujar Dato’ Mohd Faudzi.

Terbaharu, AEON Mall yang memu-lakan operasi April lalu di Lembah Sireh, Kota Bharu merupakan antara premis ter-besar AEON di Malaysia. Pembangu-nan di Lembah Sireh mensasarkan 20 ribu peluang pekerjaan dengan syarat yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri mestilah 60% daripadanya diisi rakyat Kelantan.

MS/8

Tahun Ke-26 | ISSN 1311-6891 | RAMADHAN - SYAWAL 1437H | JUN - JULAI 2016 | EDARAN PERCUMA | Bil 175

Page 2: RAMADHAN - upknkelantan.comupknkelantan.com/download/buletin_jun_julai2016.pdf · MENUKARKAN POKOK DURIAN BIASA MENJADI DURIAN KUNYIT D27 MENARIK ALA M Tindakan lebih tegas kepada

REJAB - SYAABAN 1437H | APRIL - MEI 2016 REJAB - SYAABAN 1437H | APRIL - MEI 20162 3

Sidang RedaksiPENAUNGYB DATO’ HJ MOHD NASSURUDDINB. HJ. DAUDPengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta

PENASIHATMD ASHARI MAMATPengarah Urusetia PeneranganKerajaan Negeri Kelantan

PENYELARASABD. RAHIM MUHAMMAD

SUSUN ATURAHMAD KARIEMULLAH SAIPUL BAHRIN

WARTAWANNIK AZMAN NIK [email protected]

CHE MAZIAH BINTI [email protected]

JURUFOTOMOHD ASRI HAMATABDUL AZIZ BIN [email protected] KOMUNIKASI MENTERI BESAR (UKMB)

PEGAWAI PENYELIDIKNAZIRATUL AINI BT MOHD [email protected]

PENGEDARUNIT EDARAN UPKN

PERCETAKANUNIPRESSLot 140, Jalan Pencawang TNB Lundang,Off Jln Sultan Yahya Petra,15150 Kota Bharu, Kelantan.Tel: 09 743 4924Faks: 09 743 4925Email: [email protected]

ALAMAT SURAT MENYURATURUSETIA PENERANGAN KERAJAANNEGERI KELANTANPejabat Setiausaha KerajaanTingkat Atas, Blok 7 Kompleks Kota Darulnaim15503 Kota Bharu Bandar Raya Islam,Kelantan DarulnaimTel 09-7483529(DL), 09-7481957 samb, 7810Faks: 09-7433529

KEBERKATAN | KEMAKMURAN | KEBAJIKAN

Merakyatkan Membangun Bersama Islam

Website: [email protected] (Berita Adun)www.facebook.com/upknkelantan(sila email untuk sebarang pertanyaan)

Pena Pengarah

Begitu hangatnya semua pi-hak menyanyikan lagu 355.

Ramai yang mendendangkannya dengan rentak kegemaran masing-mas-ing, dengan tidak memberikan peng-hormatan dan pengiktirafan kepada penggubah yang asal, dalam banyak kes, bukan saja melodinya yang diporak perandakan, liriknya pun dibantai sesu-ka hati, menjadikan bait puisi lagu 355 sudah tidak menepati keasliannya.

Zaman dulu-dulu, dikampung-kam-pung, ramai anak-anak muda, malah yang dah nak jadi tua pun, asyik men-dendangkan lagu Hindustan kegemaran semasa dengan senikatanya yg entah apa-apa, namun masih menghormati melodinya, dan kalau yang mendengar-nya itu bangsa asal dari mana lagu itu diperanakkan, boleh tersenyum. Bang-ga kerana walaupun berada beberapa ribu kilometer dari tempat ianya dila-hirkan, dari suku kaum yang berbeza, masih ada yang meminatinya dan mem-berikan pengiktirafan sewajarnya.

Dipertengahan bulan Julai yang baru lalu, disatu majlis makan malam yang dianjurkan oleh sekumpulan bangsa Cina dari seluruh Negara, atas nama Persatuan Ching Kang, di De-wan Perniagaan Cina Kota Bharu juga sempat, malah kesemua pembe-sar persatuan yang hadhir menden-dangkan lagu 355, dalam misi ‘Say No To Hudud’ mereka. Puisi 1MDB, GST, TPPA, tol, kenaikan harga ba-rang dan yang seangkatan dengannya tidak sedikit pun diperdengarkan.

Malangnya, kesemua mereka men-dendangkannya dengan tunggang langgang, bahawa akta 355 yang akan dan hendak dipinda itu akan menje-jaskan generasi mereka akan datang, digambarkan dengan begitu rasa ke-bimbangan yang amat sangat, seo-

lah-olah mengatasi segala ancaman penyakit bawaan UMNO BN yang sedang menjadi wabak maut melan-da rakyat marhaen negara hari ini.

YB Dato’ Hj. Anuar Tan Abdul-lah, EXCO Perindustrian, Perda-gangan, Perpaduan Masyarakat dan Pembagunan Usahawan Negeri me-raikan para tetamu dari seluruh ne-gara di majlis itu walaupun dalam keadaan yang tidak berapa sihat. Be-liau tidak berhajat untuk merucap, hanya sekadar tunjuk muka, menga-lu-alukan kedatangan ke Kelantan.

Seusai deklamasi berapi para pembesar yang mewakili persatuan masing-masing dengan bara kebim-bangan, kerisauan serta menyampai-kan peringatan bahawa 355 adalah suatu mala petaka terbesar yang akan melenyapkan identiti serta jati diri bangsa mereka, YB Dato’ EXCO tidak dapat duduk lagi dikerusi, me-minta juruacara majlis untuk men-gizinkan beliau berucap sebentar.

Dalam seram sejuk dan berjeket merahnya beliau bangun kerostrum dan dengan rengkas mengatakan tidak adil baginya, dijemput ke majlis se-bagai wakil Kerajaan Negeri, kemudi-an para yang menjemputnya memba-hamnya dengan mengatakan Kerajaan Negeri Kelantan mempunyai niat ja-hat menganiaya bangsa Cina melalui 355. Adalah menjadi tanggung jawab baginya untuk membetulkan persep-si salah yang diperkatakan mengenai 355. “Sudah lebih 25 tahun Kerajaan yang ada di Kelantan hari ini memer-intah, berapa orang Cinakah yang teraniaya setakat ini?”, “Tuan-tuan tahukah bahawa pindaan kepada akta 355 ini adalah hanya PINDAAN ke-pada satu undang-undang yang telah sekian lama berjalan di negeri malah di negara ini?”, “Ianya tidak kena men-gena dengan bangsa Cina yang bukan Islam, hanya dikuatkkuasakan kepa-da: 1.Orang Islam, 2. Yang mukallaf, 3. Membuat kesalahan jenayah yang termasuk di bawah enakmen ini, dan 4. di Negeri Kelantan. Mana-mana orang yang tidak termasuk atau tidak memenuhi 4 syarat tersebut tak payah risau, tak kena mengena! Akhirnya be-liau sudahi dengan satu perkataan yang oleh akhbar Cina hari ini menjadikan-nya modal baru dan ketua MCA Kota Bharu, yang sudah 3 kali dikalahkan dalam 3 pilihanraya oleh YB Dato’ EXCO, menuntut beliau menarik ba-lik satu perkataan penyudahnya.....

“Jangan jadi SOH CHAI..”.

Majlis Mesra Aidilfitri merai-kan anak-anak Kelantan di peran-tauan sudah menjadi tradisi Ker-ajaan Negeri sejak al-Marhum YAB Tuan Guru Dato’ Bentara Setia Hj. Nik Abdul Aziz menjadi Menteri Besar. Tanggal 2 Syaw-al setiap tahun dikhususkan ke-pada anak-anak perantau bertemu mata dengan kepimpinan kerajaan negeri. Tradisi ini diteruskan oleh pengganti al-Marhum iaitu YAB Ustaz Dato’ Hj. Ahmad Yakob.

Tahun ini lokasi yang dipilih iai-tu di Kompleks Kota Darul Naim yang menjadi nadi utama pentadbi-ran kerajaan negeri. Majlis bermula jam 8.00 malam dengan kehadiran para perantau membuat pendaftaran dan mereka menerima cenderaha-ti dari pihak Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri (UPKN) selaku penganjur. YAB Ustaz Dato’ Ah-mad Yakob dan isteri, Datin Hajjah Siti Zabedah Abdul Hamid tiba 40 minit kemudian dan menunai-kan solat Isyak berjemaah den-gan hadirin di Dewan Teratai.

Majlis diserikan dengan kehad-

iran selebriti tanah air termasuk Mustapa Kamal, Fadzli ex-UNIC, Syed Aiman, penyanyi Nora dan suaminya Johan Nawawi. Persem-bahan dari kumpulan artis The Mikraj dan persembahan dikir barat dari Persatuan Anak Kelantan Puchong menceriakan majlis yang dihadiri lebih 1,000 orang tersebut. Majlis kemudian dimulakan dengan ucapan aluan dari Presiden PERA-KAN, Ir. Hamzah Abdul Rahman dan YB Dr. Yusnan Yusof selaku Timbalan Pengerusi Jawatankua-sa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Ser-anta negeri yang mewakili YB Dato’ Haji Mohd Nassuruddin Haji Daud. YB Dato’ Haji Md Faudzi Che Mamat, Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan turut diberikan penghormatan menyampaikan uca-pan kepada para perantau sebelum amanat yang disampaikan oleh YAB Ustaz Dato’ Menteri Besar.

Acara menarik tahun ini, pihak Muzium Negeri Kelantan sudi membuat pelancaran dua buah buku terbaru berjudul “Sejarah

KERAJAAN NEGERI RAI PERANTAU

Jajahan Kelantan” dan “Sejarah Menteri Besar Kelantan sejak 1921 Hingga Sekarang” yang disempur-nakan oleh YAB Ustaz Dato’ Ment-eri Besar dan mereka yang membeli buku yang dijual oleh pihak Mu-zium Negeri mendapatkan tanda-tangan dari Dato’ Menteri Besar.

Acara cabutan bertuah turut di-adakan dengan menampilkan Bob Lokman sebagai pengacara. Antara hadiah yang disediakan termasuk hamper, TV LED 32 inci, tele-fon bimbit, termos, dapur dan ke-muncak iaitu sebuah motosikal.

Kemuncak acara ialah pem-bahagian duit raya kepada kanak-kanak yang hadir yang disampaikan oleh Ustaz Dato’ Menteri Besar dan isteri.

Sementara itu, Penolong Pen-garah Hubungan Seranta UPKN, Ustaz Muhammad Abdul Malik Abdul Karim ketika ditemui di ma-jlis tersebut berkata, sambutan para perantau yang hadir di majlis terse-but amat menggalakkan dengan pendaftaran ketua keluarga seramai 620 orang berbanding tahun lalu.

Page 3: RAMADHAN - upknkelantan.comupknkelantan.com/download/buletin_jun_julai2016.pdf · MENUKARKAN POKOK DURIAN BIASA MENJADI DURIAN KUNYIT D27 MENARIK ALA M Tindakan lebih tegas kepada

REJAB - SYAABAN 1437H | APRIL - MEI 2016 REJAB - SYAABAN 1437H | APRIL - MEI 20164 5

KOTA BHARU –Hubungan baik di antara pimpinan utama kerajaan yang membarisi Majlis Mesyuarat Kerajaan dengan pegawai pentadbir dan pihak istana mengukuhkan jen-tera pentadbiran Kerajaan Negeri.

Hubungan tiga pihak itu berfung-si secara profesional dan harmoni sejak Kelantan dipimpin al-Mar-hum Tuan Guru Dato’ Bentara Setia Hj Nik Abdul Aziz Nik Mat dan dit-eruskan oleh YAB Menteri Besar, Ustaz Dato’ Haji Ahmad Yakob.

“Pentadbiran Kerajaan Negeri, Alhamdulillah sangat kukuh dan mempunyai persefahaman yang baik antara pentadbir dan juga pe-merintah, khususnya hubungan den-gan pegawai,” maklum beliau kepa-da warga Kelantan di perantauan.

Natijah daripada jentera pen-tadbiran yang kukuh dan harmo-ni, maka urusan pentadbiran dan pembangunan negeri dapat dilaku-kan dengan lancar dan teratur.

Sebagai contoh, tiga tahun kebe-lakangan ini banyak pelabur bermi-nat untuk melabur di Kelantan dalam sektor hartanah dan perdagangan,

antaranya AEON Mall di Lembah Sireh yang merupakan antara premis AEON terbesar di Malaysia.

Sungguhpun demikian, Ustaz Ahmad menegaskan bahawa Ker-ajaan Negeri di bawah pimp-inannya tidak sekali-kali leka walau sebesar manapun pem-bangunan datang ke negeri ini.

“Melalui Majlis Mesyuarat Ker-ajaan, Exco-Exco kita pantau (pro-jek pembangunan) supaya tidak lari dari garis-garis ‘Membangun Bersama Islam’. Kita tak gadai prinsip kita,” tegas Ustaz Ahmad.

Ustaz Ahmad turut menghargai peranan rakyat Kelantan di mana jua mereka berada. Beliau tersen-tuh dengan modal insan yang dila-hirkan kerajaan yang akhirnya banyak membantu kerajaan dalam membangun negeri Kelantan.

“Keberkatan yang utama yang ada pada Kelantan yang mampu mengeluarkan anak-anak didik kita. Anak Kelantan yang mempunyai modal insan yang tinggi. Ini an-tara benda yang membantu kita di samping kekelantanan itu sendiri.

Itu salah satu daripada yang orang lain tak boleh tandingi. Kita rasa sayang antara kita. Kita hormat antara kita. Kita boleh melaksana-kan sesuatu dengan pakatan anak Kelantan yang berteraskan kepa-da agama Islam yang maha suci,” beliau meluahkan rasa bangga itu ketika berucap menghargai ribuan rakyat Kelantan di perantauan di Majlis Mesra Aidilfitri Pimpinan Kerajaan Negeri Kelantan bersama anak-anak Kelantan di perantauan.

Di majlis itu Ustaz Ahmad sempat melancarkan dua buah buku terbitan Perbadanan Muzium Negeri Kelan-tan berjudul Menteri Besar Kelantan dan Tanah Jajahan Negeri Kelantan.

Turut hadir Timbalan Ment-eri Besar, Dato’ Haji Mohd Amar Nik Abdullah, YB Setiausaha Ker-ajaan Negeri, Dato’ Haji Mohd Faudzi Che Mamat, YB Yang diPertua Dewan Undangan Neg-eri, Dato’ Haji Abdullah Ya’kub, barisan Exco, dan beberapa seleb-riti ternama kelahiran Kelantan.

Kerajaan sangat kukuh – MBRang Undang-undang Persendi-

rian yang dibawa Ahli Parlimen Marang, Dato’ Seri Haji Abdul Hadi Awang bagi meminda Akta 355 melibatkan bidang kuasa jenayah Mahkamah Syariah bukanlah satu tindakan yang tergesa-gesa.

Presiden Persatuan Peguam-pe-guam Muslim Malaysia, Dato’ Haji Zainul Rijal Abu Bakar menyokong sepenuhnya usaha yang dibuat Abdul Hadi Awang.

“Dah 32 tahun akta ini tak dipinda. Apa yang tergesa-gesanya?” tegas Zainul Rijal dalam Wacana RUU 355 – “Kenapa Menentang?” di Madinah Ramadan, Kota Bharu.

Menurut beliau, usaha memart-abatkan bidang kuasa jenayah Mahkamah Syariah telah lama diperjuangkan termasuklah oleh tokoh perundangan Malaysia, Al-lahyarham Profesor Tan Sri Ah-mad Mohamed Ibrahim yang juga merupakan guru beliau.

“Saya ingat lagi semasa saya be-lajar di UIA pada tahun 1988 sam-pai 1992, (Allahyarham) Profesor Tan Sri Ahmad Ibrahim daripada

awal-awal kuliahnya dia mengata-kan bahawa kalau kita nak laksan-akan undang-undang jenayah Sya-riah, Akta 355 ini perlu dipinda.

Perjuangan al-Marhum Profesor Tan Sri Ahmad Ibrahim perlu diter-uskan oleh anakdidik-anak didik be-liau termasuklah saya sendiri. Jadi kitalah yang perlu menggalas tanggu-ngjawab ini,” seru Zainul Rijal.

Jelas beliau lagi, bidang kua-sa jenayah Mahkamah Syariah tidak lagi relevan dengan sosio

ekonomi rakyat ketika ini. Sudah sampai masanya hukuman mak-sima 3 tahun penjara, denda RM5 ribu dan 6 sebatan dipinda. “Nilai denda seribu (ringgit), empat ribu (ringgit) terlalu kecil berbanding tahun 1984,” tegas Zainul lagi.

Wacana RUU 355 – “Kenapa Menentang?” turut di barisi panel Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan, Dato’ Haji Mohd Nassuruddin Daud dan Ahli Parlimen Kota Bha-ru, Dato’ Haji Takiyuddin Hassan.

RUU Persendirian pindaan Akta 355 Bukan Langkah Tergesa-gesa

KOTA BHARU – Sinonimn-ya Kelantan dengan jolokan Ser-ambi Mekah, maka PERAKAN atau Persatuan Anak Kelan-tan Perantauan Malaysia ses-uai digelar Serambi Kelantan.

Demikian cetusan oleh Pres-iden Perakan, Ir. Hamdzah Ab-dul Rahman di hadapan ribuan tetamu di Majlis Mesra Aidil-fitri Pimpinan Kerajaan Neg-eri Kelantan bersama Anak-anak Kelantan di perantauan.

“Kelantan ini dikenali se-bagai negeri Serambi Mekah. Jadi tak salah kalau saya sebut Pera-kan ni ialah Serambi Kelantan.

Sebabnya kita yang berada di luar tu yang in sya Allah men-erang, menunjuk, membuktikan segala dasar-dasar ‘Membangun

Bersama Islam’ yang sejak pulu-han tahun kita letak direalisasi-kan dan ditunjukkan di luar,” seru Ir. Hamdzah kepada hadirin.

Warga Kelantan di peran-tauan umpama duta atau ejen maklumat kepada Kerajaan Neg-eri. Justeru, kerjasama di kalan-gan perantau amat dialukan bagi menjaga imej dan nama baik Ker-ajaan Negeri di luar Kelantan.

Saban tahun Kerajaan Neg-eri mengadakan majlis meraikan anak-anak Kelantan di perantauan dan kali ini ia dilangsungkan di Kompleks Kota Darulnaim, pusat pentadbiran Kerajaan Negeri.

Majlis yang dihadiri ribuan anak perantau turut diraikan YAB Ment-eri Besar, Ustaz Dato’ Haji Ahmad Yakob, YB Timbalan Menteri Be-

sar, Dato’ Haji Mohd Amar Nik Abdullah, YB Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Haji Mohd Faudzi Che Mamat, barisan Exco, wakil-wak-il rakyat dan selebriti kelahiran Kelantan seperti Mustapha Kamal, Bok Lokman, Nora dan suaminya Johan Nawawi serta ramai lagi.

Majlis Mesra Aidilfitri Pimpinan Kerajaan Negeri Kelantan bersa-ma Anak-anak Kelantan di per-antauan dianjurkan Urusetia Pen-erangan Kerajaan Negeri Kelantan dengan kerjasama Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK), Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) dan Persatuan Anak Kelantan Peran-tauan Malaysia (PERAKAN).

PERAKAN Serambi Kelantan

YAB Menteri Besar mengimami solat Isyak berjemaah di Dewan Bunga Teratai SUK sebelum majlis bermula

YAB Menteri Besar menyampaikan hadiah utama cabutan bertuah berupa motosikal honda kepada anak perantau yang bertuah

YAB Timbalan Menteri Besar menyampaikan hadiah cabutan bertuah berupa tv LCD kepada anak perantau yang bertuahAnak Kelantan di perantauan memenuhi ruang parking Kompleks Kota Darulnaim bagi menikmati

jamuan hari raya bersama keluarga dan pimpinan Kerajaan Negeri Kelantan

Page 4: RAMADHAN - upknkelantan.comupknkelantan.com/download/buletin_jun_julai2016.pdf · MENUKARKAN POKOK DURIAN BIASA MENJADI DURIAN KUNYIT D27 MENARIK ALA M Tindakan lebih tegas kepada

REJAB - SYAABAN 1437H | APRIL - MEI 2016 REJAB - SYAABAN 1437H | APRIL - MEI 20166 7

Pengerusi Jawatankuasa Pem-bangunan Wanita, Keluarga dan Kebajikan, Hajah Mumtaz Md Nawi bersetuju tindakan lebih tegas kepada pembekal dan pe-runcit mercun dikenakan bagi membanteras penjualan mercun.

Mumtaz berkata demikian ket-ika diajukan wartawan mengenai cadangan hukuman yang setim-pal kepada ibu bapa kanak-kanak yang ditimpa insiden mercun.

“Tidak semua kanak-kanak yang bermain dan tercedera akibat dari-pada mercun itu hasil daripada mak bapak yang beli. Kadang-kadang inisiatif tu datang daripada kanak-kanak sendiri kerana dorongan dari pihak luar,” ujar Mumtaz.

Tambah beliau lagi, mercun bu-kan budaya orang Melayu mahu pun rakyat Kelantan. Mercun juga bukan permainan kanak-kanak. Ia

Tindakan lebih tegas kepada pembekal dan peruncit mercun-Mumtaz

muncul di musim perayaan dan dijual berleluasa. Justeru, beliau melihat penjualan mercun boleh dikawal sekaligus dibanteras den-gan kerjasama semua pihak.

Mercun bukan budaya orang Melayu mahu pun rakyat Kelantan-Mumtaz

Ini bukan soal denda tapi ini soal respect, dignity dan integrity seorang wanita-Mumtaz

Tindakan penguatkuasaan etika berpakaian sopan dan menutup aurat adalah bertu-juan memelihara masyarakat dan memartabatkan wanita.

“Dalam masyarakat yang sudah moden, pakaian merupakan sebaha-gian daripada simbol ketamadunan.

Ini bukan soal denda tapi ini soal respect, dignity dan integrity seorang wanita,” jelas Pengeru-si Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kebajik-an, Hajah Mumtaz Md Nawi.

Beliau mengakui langkah itu sedikit sebanyak memberi kes-an positif kepada masyarakat.

Sejak Kelantan diterajui mantan Menteri Besar, al-Marhum Tuan

Guru Dato’ Bentara Setia Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat, pendekatan mendidik dan kempen menutup aurat giat dijalankan. Bahkan hari ini di bawah kepimpinan YAB Ustaz Dato’ Haji Ahmad Yakob, banyak siri kuliah dan kelas pen-gajian khusus untuk wanita anju-ran Urusetia Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kebajikan (UPWK) dijalankan di seluruh negeri.

Justeru tindakan penguatkua-saan oleh Jabatan Hal Ehwal Ag-ama Islam Kelantan (JAHEAIK) berhubung kes berpakaian so-pan yang diviralkan sebelum ini tidak sepatutnya menjadi isu.

“Berpakaian sopan ini ada-lah satu undang-undang kecil dan

peraturan di bawah Undang-un-dang Taman di PBT. Ia bukan hanya berkuatkuasa ketika bulan Ramadan,” jelas Mumtaz men-jawab pertanyaan wartawan.

“Cuma saya nampak dah ada sedikit dithering (gentar). Mak-nanya orang nak pakai pelik-pelik tu fikir dua kali,” tambah Mumtaz mengakui keberkesanan kemp-en menutup aurat yang dianjurkan oleh Kerajaan Negeri selama ini.

Penguatkuasaan etika berpakaian sopan memelihara masyarakat dan memartabat-kan wanita

KOTA BHARU- Jabatan Hal Eh-wal Agama Islam Kelantan (JA-HEAIK) telah menjalankan pen-guatkuasaan bagi mengenakan tindakan kompaun kepada umat islam di Kelantan yang tidak ber-puasa serta berpakaian seksi me-nerusi ‘Ops Ramadhan dan Au-rat’ sepanjang bulan Ramadhan.

Pengarahnya, YB Datuk Che Mohd Rahim Jusoh berkata, opera-si ini diadakan setiap hari bermula jam 11 pagi sehingga 5 petang yang melibatkan kerjasama seluruh Pi-hak Berkuasa Tempatan (PBT) di negeri ini. Beliau berkata, anggota penguatkuasa akan dibahagikan tugas melakukan operasi mena-han mereka yang tidak berpuasa dan mengenakan tindakan kepada golongan wanita khususnya yang berpakaian tidak menutup aurat di kawasan tumpuan orang ramai.

“Setakat ini kita sudah mengenal pasti kawasan tumpuan golongan yang tidak berpuasa ini dan kita juga berharap orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat agar segera melaporkan kepada pi-hak kami. Kami juga melakukan pe-mantauan di pasar raya-pasar raya utama di negeri ini bagi mengesan mereka yang tidak menghormati bulan Ramadhan dengan berpaka-in yang tidak senonoh” ujarnya.

Tambahnya lagi, seluruh umat Islam diseru agar dapat menghaya-ti bulan ramadhan dan memastikan diri tidak terlibat dengan perka-ra-perkara yang tidak berfaedah.

OPS RAMADHAN DAN AURAT

Sahabat Jaringan IT Prihatin Kelan-tan telah dilancarkan oleh Pengeru-si Jawatankuasa Pembangunan Insan, Pendidikan dan Pengajian Tinggi, YB. Dato’ Dr. Mohamed Fadzli Hassan di Majlis Makan Malam Sahabat Jaringan IT Priha-tin Kelantan anjuran Urusetia Pen-erangan Kerajaan Negeri (UPKN) baru-baru ini di Pasir Putih.

Dr. Mohamed Fadzli amat mengharapkan peranan mempro-mosi dan menyebar luas maklumat berkaitan Kerajaan Negeri dapat disemarakkan di kalangan Sahabat Jaringan IT Prihatin Kelantan.

“Hari ini ada orang yang cuba mulakan sesuatu yang hodoh ten-tang negeri kita. Mencari perbagai kelemahan tentang negeri kita, se-dangkan di mana-mana kelemahan itu ada dan mereka viralkan tentang kelemahan-kelemahan sehingga tidak nampak lagi kecantikan-kecan-tikan,” luah Dr. Mohamed Fadzli.

Beliau mengingatkan para netizen yang sering memburuk-kan Kerajaan Negeri Kelantan sejak ketiadaan mantan Menteri Besar, Allahyarham Tuan Guru Dato’ Bentara Setia Hj Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk mengemuka-

kan satu contoh negeri lain selain Kelantan yang bebas rasuah.

Sejak tahun 1990 Kerajaan Negeri sentiasa ditohmah dengan pebagai kes salah guna kuasa dan rasuah, na-mun tiada satupun yang dibicarakan di mahkamah termasuklah di era Menteri Besar yang baharu, YAB Ustaz Dato’ Haji Ahmad Yakob.

“Dato’ Mad (Ustaz Ah-mad Yakob) adalah orang yang paling baik selepas Tok Guru tapi kalau semua orang per-gi kutuk dia, jatuhlah dia.

Tapi kalau 20 orang sebut ke-baikan-kebaikan yang ada pada Ustaz Mad, maka Ustaz Mad akan dilihat sebagai seorang yang san-gat baik,” pohon Dr. Fadzli kepada hadirin untuk sama-sama memban-tu menggilap imej pemimpin.

Di hadapan lebih 400 orang penggiat ICT dari 45 DUN, Dr. Fadzli menekankan aspek akhlak serta tidak terikut-ikut dengan pro-vokasi pihak tertentu di ruang si-ber, khususnya media sosial sep-erti Facebook dan WhatsApp.

Majlis Makan Malam Sahabat Jaringan IT Prihatin Kelantan turut dihadiri Timbalan Pengeru-si Jawatankuasa Pembangu-

nan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta, YB Dr. Md Yusnan Yusof dan Penga-rah Urusetia Penerangan Kera-jaan Negeri, Haji Ashari Mamat.

Sebarang maklumat terkini ber-kaitan Kerajaan Negeri Kelantan boleh didapati dari laman rasmi UPKN, Semasa@Kelantan di www.upknkelantan.com dan laman sosial Facebook di www.facebook.com/upknkelantan serta Youtube di www.youtube.com/user/upknkelantan.

Sahabat Jaringan IT sebagai agen media Kerajaan

Bermula jam 11.00pm YB Exco Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kebaji-kan Hjh Mumtaz Md Nawi diiringi pegawai dari UPWK, JKM, Penguatkuasa MPKB dan MESRA menyer-tai OPS Bersepadu Peminta Sedekah di sekitar Masjid Muham-madi Kota Bharu.

Objektif utama selain untuk menyan-tuni golongan asnaf, ia juga bagi mendapatkan data lebih tepat men-genai peminta sedekah bermusim yang ber-operasi di sekitar Kota Bharu khususnya pada musim perayaan.

Operasi tamat pada jam 1.30am

Lensa

Page 5: RAMADHAN - upknkelantan.comupknkelantan.com/download/buletin_jun_julai2016.pdf · MENUKARKAN POKOK DURIAN BIASA MENJADI DURIAN KUNYIT D27 MENARIK ALA M Tindakan lebih tegas kepada

REJAB - SYAABAN 1437H | APRIL - MEI 2016 REJAB - SYAABAN 1437H | APRIL - MEI 20168 9

Laman Sejahtera di Madinah Ramdhan 1437 adalah suatu pro-gram bersepadu melibatkan be-berapa agensi kerajaan Negeri dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang berlangsung selama sebu-lan di Madinah Ramadhan, Stadi-um Sultan Mohamad ke IV Kota Bharu yang dianjurkan oleh Ja-watankuasa Kesejahteraan Rak-yat, Kesihatan, Alam Sekitar dan NGO Negeri Kelantan (JKRAN) dengan mendapat kerjasama Maj-lis Perbandaran Kota Bharu Ban-dar Raya Islam (MPKB-BRI)

Upacara perasmian telah disem-purnakan oleh Timbalan Menteri Besar, Dato’ Mohd Amar Nik Ab-dullah. Turut hadir, Ahli Exco Kera-jaan Negeri, Dr Ramli Mamat, Dato’ Abdul Fattah Mahmod, Dato Mejar (B) Md Anizam Abdul Rahman dan Yang Dipertua MPKB-BRI.

Menurut Pegawai Khas Pengeru-si Jawatankuasa Kesejahteraan Rakyat, Kesihatan, Alam Seki-tar dan NGO Negeri Kelantan, Nasruddin Mahmud Muhaidin, Laman Sejahtera memuatkan se-kurang-kurangnya 20 acara yang dilangsungkan secara harian mel-ibatkan beberapa segmen sep-

erti pameran Tok Guru, Pentas Syarah, pemeriksaan kesihatan, rawatan Islam, pameran buku, kenali ubat dan pelbagai lagi.

“Pentas Syarah antara lain mem-persembahkan program Taman Ilmu, Klinik Hukum, Cabaran Tadah Kitab, Bicara Idaman, Sanggar Selebriti, Debat Belia, Motivasi Pelajar, Bicara Istime-wa dan lain-lain yang akan diken-dalikan oleh NGO berkaitan.”

“Selain itu turut diadakan pertandingan mewarna War-nai Duniamu, dakwah jalanan, Alam Perwira, kempen Inisia-tif Kelantan Bebas Asap Rokok (IKBAR), Pasar Sejahtera dan Cakna Palestin,” ujarnya.

Setiap malam Laman Sejahtera membuka pusat jangaan kanak-kanak secara percuma yang diken-dali oleh kumpulan sukarelawan bagi memudahkan ibu bapa mem-

LAMAN SEJAHTERA MADINAH RAMADHAN

beri tumpuan mendirikan solat terawih, sekaligus tidak mengang-gu pengunjung Madinah Ram-adhan untuk beribadat di situ.

Antara Agensi yang terlibat menjayakan Laman Sejahtera Mad-inah Ramadhan 1437 ialah Insti-tut Pemikiran Tok Guru (IPTG), Yayasan Amanah Tok Kena-li (YTK), Jabatan Perkhidmatan Farmasi, Urusetia Belia dan Su-kan Negeri Kelantan (U-BeS).

Manakala NGO yang turut serta ialah Alumni Pelajar Mesir, Pertu-buhan Amal Perubatan Ibnu Sina Malaysia (PAPISMA), Persatuan Belia Asal Kelantan, Majlis Per-muafakat OKU Kelantan, Yayas-an Ikhlas, PASTI Kelantan, Cakna Palestin Malaysia, Cakna Ummah, Kelab Memanah Al-Adiyaat dan Gabungan Pimpinan Pelajar Maa-had Yayasan Islam Kelantan.

KUALA KRAI -Mangsa banjir yang sudah sekian lama mendi-ami khemah dan bangsal, sudah tidak sabar lagi untuk menduduki rumah baru mereka, bertempat di Desa Darul Ehsan yang disum-bangkan oleh Kerajaan Selangor setelah membabitkan kos seban-yak RM 5-7 juta pembinaannya.

Rumah yang dilengkapi den-gan tiga bilik tidur, sebuah tandas, dapur dan ruang tamu itu dibina di kawasan seluas enam ekar, ter-letak di tepi jalan raya Gua Mu-sang-Kuala Krai adalah dilihat sebagai lokasi yang strategik.

Projek tersebut dikendalikan oleh Perbadanan Kemajuan Neg-eri Selangor (PKNS) dengan pe-mantauan Lembaga Perumahan Selangor dan Kerajaan Negeri. Penempatan baru yang dibina se-banyak 60 unit tersebut dijangka dapat diduduki sepenuhnya pada pertengahan Ogos hadapan. Ini adalah kerana fasa pertama seban-yak 30 unit sedang giat dibina.

Penempatan yang dikenali se-bagai Desa Darul Ehsan diambil bersempena dengan nama negeri Selangor Darul Ehsan. Ia diumum-kan oleh Menteri Besar Selangor, YAB Datuk Seri Mohamed Azmi

Ali pada majlis penyerahan kun-ci projek berkenaan di Simpang Tiga Kuari Manik Urai semalam.

Pada majlis tersebut juga, be-liau turut mengumumkan pemberi-an sumbangan sebanyak RM1 juta untuk proses membantu pemulihan mangsa banjir di Negeri Kelantan. Beliau berkata, Sultan Selangor juga turut memperkenankan Perba-danan Zakat Selangor bagi mem-bangunkan lagi sebuah penem-patan mangsa banjir di Kelantan.

“Pakatan Rakyat di Selangor

melahirkan rasa bertanggungjawab bagi membantu mangsa-mangsa banjir di Kelantan. Rakyat Selangor turut juga merasai musibah banjir yang berlaku di negeri ini pada akh-ir tahun yang lepas. Menteri Besar Kelantan ada daya tahan mengurus dan mentadbir negeri dalam keadaan musibah banjir yang melanda,” ka-tanya pada majlis berkenaan.

Menurutnya lagi Selan-gor amat berharap setiap rak-yat akan mendapat pembelaan yang adil daripada kerajaan.

Mangsa banjir dapat rumah sumbangan Selangor

LensaYB Dato Speaker DUN Kelan-

tan, Ustaz Hj Abdullah Ya`kub, Penyelia DUN Air Lanas, Encik Mustapha Deris dan Penyelia DUN Bukit Bunga, Encik Ram-zi Mohd Yusoff bersama Datin Hjh. Rowiah Ghazali dan pimp-inan Dewan Muslimat PAS Jeli menziarahi pesakit di Hospital Jeli sempena Majlis Hari Raya Bersama Pesakit baru-baru ini.

Rombongan turut menyum-bangkan wang tunai kepada pe-sakit dan hamper kepada waris pesakit dan kakitangan hospital.

Page 6: RAMADHAN - upknkelantan.comupknkelantan.com/download/buletin_jun_julai2016.pdf · MENUKARKAN POKOK DURIAN BIASA MENJADI DURIAN KUNYIT D27 MENARIK ALA M Tindakan lebih tegas kepada

REJAB - SYAABAN 1437H | APRIL - MEI 2016 REJAB - SYAABAN 1437H | APRIL - MEI 201610 11

Akauntabiliti Kewangan 13 Jabatan dapat 5 Bintang

ISU AIR DI TAMAN SRI PAUH, TEMANGANAir Kelantan Sdn Bhd (AKSB)

ingin memberi penjelasan berkaitan isu tersebut berdasarkan sungutan pengguna di Taman Perumahan Sri Pauh, Temangan yang disiarkan oleh Media elektronik. AKSB amat menyedari terhadap keperitan pen-duduk di kawasan perumahan terse-but dan pihak AKSB telah dan sedang membuat beberapa langkah bagi mengatasi masalah ketiadaan air.

Untuk pengetahuan umum, dak-waan penduduk setempat yang mengatakan bekalan air hanya dibekalkan pada akhir Ramadhan baru ini adalah tidak tepat. Ini adalah berdasarkan rekod, peng-hantaran air dari rumah ke rumah telah dimulakan semenjak awal 2015. Namun pada Mac 2016, AKSB Machang telah mengguna-kan kaedah menyediakan dua buah tangki air statik dengan kapasiti 3,000 gelen dan 5,000 gelen. Keker-apan penghantaran untuk mengisi kedua-dua tangki ini ialah dua kali seminggu dan lebih kerap bergan-

tung atas permintaan contohnya seperti kenduri dan cuti sekolah.

Sehingga minggu terakhir Ram-adhan tahun ini, penghantaran masih dilakukan pada 05, 07, 09 dan 11 Julai dengan dua kali peng-hantaran setiap hari sepertimana tarikh di atas. Bagi pembekalan air bersih ke kawasan tersebut, pada masa ini ianya berpunca dari Loji Bukit Remah Tanah Merah. Beri-kutan kedudukan Taman Sri Pauh ini dari geografinya, lebih tinggi dari kawasan sekitar yang mem-punyai bekalan air yang sama, maka bekalan air hanya dapat diperolehi pada penghujung wak-tu malam sahaja akibat tekanan pada siang hari amat rendah.

Akibat dari musim perayaan ba-ru-baru ini, permintaan air bersih di kawasan tersebut turut men-ingkat dan AKSB telah membuat peghantaran air secara lebih ker-ap. Sebagai langkah proaktif juga, AKSB akan menaikkan kekera-pan penghantaran air dari dua kali

KOTA BHARU- Tiga belas daripada 18 jabatan serta agensi Kerajaan Negeri telah diberi pe-narafan 5 Bintang bagi kategori Akauntabiliti Kewangan bagi tahun 2015 oleh Ketua Audit Negara.

Tiga belas jabatan serta agen-si terbabit ialah Pejabat Menteri Besar, Pejabat Setiausaha Kera-jaan, Jabatan Pembangunan Neg-eri, Jabatan Kehakiman Syari-ah, Jabatan Air Negeri Kelantan, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Majlis Daerah Pasir Putih, Majlis Daerah Machang, Majlis Daerah Kuala Krai, Majlis Daerah Tan-ah Merah, Pejabat Tanah Jajahan Gua Musang, Pejabat Tanah Ja-jahan Bachok, Pejabat Tanah Ja-jahan Pasir Putih dan Perbadanan Pembangunan Ladang Rakyat.

Perkara itu dimaklumkan

YB Setiausaha Kerajaan, Dato’ Haji Mohd Faudzi Che Mamat-ketika berucap meraikan anak-anak Kelantan di perantauan di Kompleks Kota Darulnaim.

Selain mendapat penarafan 5 Bintang, iaitu penarafan tertinggi, Kerajaan Negeri juga turut men-erima Sijil Audit Bersih Penyata Kewangan Kerajaan Negeri sep-erti tahun-tahun sebelumnya.

Tambah membanggakan, pen-gurusan Kerajaan Negeri turut diiktiraf dan diberi penarafan 5 Bintang bagi Indeks SSR Agensi Sektor Awam Tahun 2015/ 2016 oleh Ketua Setiausaha Negara dan penarafan 5 Bintang dalam Petunjuk Prestasi Utama (KPI) HRMIS Tahun 2015 oleh Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia.

“Pejabat SUK Kelantan bera-

da pada kedudukan ke-4 antara 11 pejabat SUK seluruh Malay-sia dan yang pertama antara em-pat pejabat SUK yang bukan diisi oleh pegawai gunasama Perseku-tuan,” jelas Dato’ Mohd Faudzi.

Pejabat SUK Kelantan turut merangkul Anugerah Pengurusan Cemerlang oleh Biro Pengadu-an Awam Jabatan Perdana Men-teri bersama-sama dengan 5 lagi pejabat SUK negeri yang lain.

KOTA BHARU – Kerajaan Neg-eri sekali lagi menerajui perubahan dengan memperkenalkan anugerah ‘Tokoh OKU Muqarrabun’ sebagai penghargaan sekaligus memart-abatkan golongan kurang upaya.

Pengerusi Jawatankuasa Pem-bangunan Wanita, Keluarga dan Kebajikan, YB. Hajah Mumtaz Md Nawi mengumumkan per-kara itu di majlis berbuka puasa Mahabbah Ramadan OKU bersa-ma Kerajaan Negeri Kelantan.

“Kelantan akan terus men-jadi negeri Membangun Bersa-ma Islam yang akan memasti-kan semua pihak termasuk OKU

diberi perhatian yang sewajarnya. In sha Allah di peringkat Ker-

ajaan Negeri kita telah mengada-kan sebelum ini Tokoh OKU dalam (bidang) akademik, usaha-wan, NGO dan sukan. Maknanya kita akan tambah satu lagi untuk OKU Muqarrabun,” ujar Mumtaz di hadapan hadirin istimewa.

Menurut beliau, perkara berk-enaan yang telah diluluskan di peringkat negeri akan dilaksan-akan Ramadan tahun depan.

Mumtaz turut menekankan as-pek kemudahan dan tempat awam, khususnya masjid yang dilihat belum mesra OKU sepenuhnya. Berkongsi

pengalaman suaminya yang dis-erang angin ahmar agak menyulit-kan bagi OKU menggunakan kemudahan tandas di masjid.

Beliau turut menyeru mas-yarakat agar memberi perhatian kepada golongan istimewa ini bagi kategori cacat pembela-jaran atau lembam yang masih ramai belum berdaftar dengan mana-mana agensi kerajaan.

Kerajaan Negeri telah mempe-runtukkan sebanyak RM500 ribu setiap tahun untuk dimanfaat ser-amai 2700 OKU yang berdaftar dengan agensi Kerajaan Negeri.

Tokoh OKU Muqarrabun memartabatkan OKU

Pengerusi Jawatankuasa Pem-bangunan Islam, Dakwah, Pen-erangan dan Hubungan Seranta, Dato’ Hj. Mohd Nassuruddin bin Hj Daud menegaskan bahawa masyarakat bukan Islam tidak per-lu bimbang dengan pindaan Akta 355 bidang kuasa jenayah Mah-kamah Syariah kerana ia tertak-luk kepada empat syarat utama

pemakaian undang-undang berk-enaan di bawah Enakmen Kanun-Jenayah Syariah II (pindaan 2015).

“Dalam Seksyen 2 disebut dari segi pemakaian undang-undang ini hanya kepada orang Islam yang mukallaf yang melakukan kesalahan di bawah Kanun Jenayah Syariah ini di negeri Kelantan, jelas beliau.

Syarat-syarat itu jelas tidak mel-ibatkan masyarakat bukan Islam kerana empat syarat utama adalah (1)Islam, (2)Mukallaf, (3)Melaku-kan kesalahan di bawah Kanun-Jenayah Syariah dan (4) Melaku-kan kesalahan di negeri Kelantan.

Dalam Wacana RUU 355 – “Kena-pa Menentang?” Ustaz Nassuruddin turut menyentuh kenapa pindaan Akta 355 dibawa oleh ahli parlimen pem-bangkang dari PAS menerusi Usul Rang Undang-undang Persendirian bukannya pihak kerajaan sendiri.

“Kalau nak tunggu Kerajaan Pusat, dia kena persetujuan Majlis Raja-raja

(semua Sultan) tapi kalau kita yang bawa, Sultan Kelantan telah restui.Dalam Majlis Perasmian Dewan Undangan Negeri, Tuanku Sultan Kelantan restu pelaksanaan syariat Islam di Kelantan,” ujar beliau.

Lanjutan daripada itu, Kera-jaan Negeri bersetuju memberi-kan laluan kepada Ahli Parlimen Marang yang juga merupakan Presiden PAS membawa Usul Persendirian, bagitu juga meminda Akta 355 yang akhirnya diberi laluan oleh Yang di-Pertua De-wan Rakyat pada 26 Mei 2016.

Pindaan Akta 355-Bukan Islam tidak perlu bimbang

“Kalau nak tunggu Ker-ajaan Pusat, dia kena persetujuan Majlis Ra-ja-raja (semua Sultan) tapi kalau kita yang bawa, Sultan Kelantan telah restui- Dato’ Hj Mohd Nassuruddin Daud

seminggu kepada tiga kali seming-gu bermula pada 17 Julai nanti.

AKSB juga mempunyai peran-cangan jangka panjang dan pendek bagi mengatasi permasalahan ini. Salah satu ialah memasang paip pintasan yang akan melalui kawa-san lebih rendah yang sebelum ini laluan paip ke Taman Sri Pauh ada-lah melalui kawasan berbukit dan menyebabkan tekanan air menjadi rendah. Projek jangka pendek ini akan dimulakan dalam masa sem-inggu dan mengambil masa dua min-ggu untuk disiapkan sepenuhnya.

Sementara itu bagi penyelesa-ian jangka panjang pula, AKSB telah membaikpulih tangki air lama Temangan sebagai perse-diaan apabila Loji Merbau Chon-dong siap dinaiktaraf kepada 124 juta liter sehari pada akhir 2016. Tangki Air Temangan ini dijang-ka mampu menyelesaikan masalah tekanan rendah di Taman Sri Pauh dan kawasan sekitarnya nanti.

Page 7: RAMADHAN - upknkelantan.comupknkelantan.com/download/buletin_jun_julai2016.pdf · MENUKARKAN POKOK DURIAN BIASA MENJADI DURIAN KUNYIT D27 MENARIK ALA M Tindakan lebih tegas kepada

REJAB - SYAABAN 1437H | APRIL - MEI 2016 REJAB - SYAABAN 1437H | APRIL - MEI 201612 13

YB Mejar (B) Dato’ Haji Md Anizam Ab Rahman, Ahli Maj-lis Mesyuarat Kerajaan yang juga Penyelaras Dewan Un-dangan Negeri (DUN) Salor menyampaikan sumban-gan Tabung Serambi Mekkah (TSM) kepada Hawa Binti Yusof dari Kampung Seberang Pasir Mas, Salor kerana kedia-man yang didiaminya mengalami kerosakan akibat ribut.

Lensa Lensa

YAB Menteri Besar Kelantan menerima kunjungan wakil dari Yayasan Ri’ayah Al-Insaniah, India di pejabatnya. Syeikh Ahmad Nasim Al-Falaahi dari Jamiat Islami yang sebelum ini kerap mengunjungi Allahyarham Tok Guru pada tahun ini gembira dapat bersua dengan peganti kepada Tok Guru. Turut bersama YAB Ustaz Dato’ MB ialah YB Dato Speaker DUN.

Yb Dato’ Haji Anuar Tan bin Abdullah, Ahli Majlis Mesyu-arat Kera-jaan Kelantan (EXCO) men-y a m p a i k a n s u m b a n g a n Kerajaan Neg-eri Kelantan kepada para pesakit Wad Mahsuri, Hospi-tal Raja Perem-puan Zainab II, Kota Bharu.

Majlis Rumah Terbuka dan Ramah Mesra DUN Kemahang yang telah diadakan pada 23 Ju-lai 2016 bertempat di kediaman YB Mejar (B) Dato’ Haji Md Anizam Bin Ab Rahman, Ahli Majlis Mesyu-arat Kerajaan Kelantan merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemahang di Batang Merbau. Dalam majlis tersebut, Dato’ Md Anizam Ab Rahman turut mempersembahkan silat Kelan-tan diikuti oleh 25 regu persilatan yang lain terdiri daripada pelbagai perguruan di Kelantan. Dato’ Md Anizam turut berharap agar anak muda di Kelantan dapat melibatkan diri di dalam ilmu persi-latan bagi membina keyakinan dan jati diri disamping membentuk syakhsiah diri yang baik.

YB Dato Hj Che Abdullah Mat Nawi dalam program kembara Ramadhan Majlis Daerah Tumpat ber-sama Majlis Tindakan DUN Wakaf Bharu di sekitar Alor Pasir dan Kg Bukit. Program turut disertai Uru-setia program MDT dan AJK MTD Wakaf Bharu

Dato’ Haji Anuar Tan bin Abdullah, Exco Perindus-trian, Perumahan, Perpaduan Masyarakat dan Pembangunan Usahawan Kerajaan Negeri Kelan-tan, di Majlis penyampaian sumbangan zakat ke-pada mereka yang terpilih di DUN Kota Lama.

YB Mejar (B) Dato’ Haji Md Anizam Bin Ab Rahman, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (EXCO) Negeri Kelantan mer-angkap Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Salor menziarahi dan menyampaikan sumbangan Tabung Ser-ambi Mekkah (TSM) kepada Che Yam Che Yahaya yang mengalami kerosakan rumah kerana dilanda ribut.

YB Mejar (B) Dato’ Haji Md Anizam Bin Ab Rahman, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kelantan men-yampaikan sumbangan kepada wakil daripada Per-tubuhan Kebajikan Rangkaian Bekas-Bekas Tentera Malaysia (KERABAT). Kerajaan Negeri Kelantan sen-tiasa menjadikan kebajikan bekas-bekas tentera se-bagai keutamaan dengan memberikan pelbagai insentif dan bantuan untuk menjalankan aktiviti dan menyalurkan sumbangan bagi yang memerlukan.

Urusetia Pembangunan Wanita, Keluarga & Kebajikan (UPWK) menerima Anugerah Perintis Pembangunan Ap-likasi Mudah Alih Kerajaan sempena Seminar ICT Ketua Pegawai Maklumat (CIO) & Pegawai-Pegawai Kanan Jabatan / Agensi Kerajaan Negeri Kelantan 1437H/2016M, bertempat di Dewan Teratai Kompleks Kota Darulnaim.

YB Dato Hj Che Abdullah Mat Nawi , Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, In-dustri Asas Tani, Bioteknologi & Teknologi Hi-jau di Majlis If-tar dan Ramah Mesra anak-anak Kelantan di Perantauan di Taman Puchong Prima, Selan-gor.

Page 8: RAMADHAN - upknkelantan.comupknkelantan.com/download/buletin_jun_julai2016.pdf · MENUKARKAN POKOK DURIAN BIASA MENJADI DURIAN KUNYIT D27 MENARIK ALA M Tindakan lebih tegas kepada

REJAB - SYAABAN 1437H | APRIL - MEI 2016 REJAB - SYAABAN 1437H | APRIL - MEI 201614 15

Haji Mohamad bin Che Kob, JP yang juga dikenali dengan haji Mat JP telah memulakan sebuah dusun buah-buahan di atas tapak seluas 108 ekar di Dusun Bukit Chengal, Sungai Pas, Kuala Krai sejak tahun 1986 dengan tanaman durian se-banyak hampir 400 pokok dari klon biasa dan 10,000 pokok dokong.

Bermula tahun 2006 beliau telah menukarkan pokok durian biasa menjadi klon durian kuny-it (D27) dengan kaedah cantuman dewasa. Pokok-pokok yang dib-uat cantuman di peringkat awal

telah lama mengeluarkan hasil dan kini hampir keseluruhan pokok durian telah dibuat cantuman dan mula mengeluarkan hasil.

Pengarah UPKN, Tuan Haji Md. Asahari Mamat bersama ju-rugambar En. Abdul Aziz Mo-hamad berkesempatan melawat dan mengeratkan perhubungan dengan pemilik kebun baru-baru ini melihat sendiri kaedah pengu-bahan pokok duriannya dari klon biasa kepada klon ‘durian kuny-it’ D27 yang juga dikenali dengan nama Musang King di kebunnya.

MENUKARKAN POKOK DURIAN BIASA MENJADI DURIAN KUNYIT D27

Kebun buah-buahan Haji Mat berkeluasan 100 ekar diusahakan sejak 1986 dengan tanaman durian, dokong dan lain-lain. Di sini juga beliau memiliki beberapa puluh ekor lembu tempatan.

Pokok asal yang telah lama ditukar kepada klon baru sekali lagi mengeluarkan bunga yang lebat dan akan mengeluarkan hasil yang lumayan.

Pokok lama dari klon yang biasa dicantas dengan meninggalkan satu atau dua cabang (dahan) asal bagi memastikan pokok tidak mati .

Pokok dibiarkan mengeluarkan tunas baru dan selepas lebih kurang satu tahun, mata tunas dari klon D27 dicantumkan pada tunas yang terbaik. Tunas lain dipotong.

Setelah mata tunas dari klon baru mula berbunga (tahun ke-3 atau ke-4) semua dahan asal dipotong dan pokok telah bertukar kepada klon baru. Durian Kunyit D27. Dahan masih disokong dengan menggunakan tali

Di peringkat awal dahan baru dari mata tunas cantuman dikuatkan dengan kayu penyokong bagi mengelakkan ia patah disebabkan ditiup angin.

Pemilik kebun bergambar disamping sebatang pokok dokong yang ditanam sendiri oleh Allahyarham Tuan Guru Dato` Bentara Setia Hj Nik Abdul Aziz Nik Mat semasa beliau menjadi Menteri Besar Kelantan.

Latar belakang pokok durian yang dibuat cantuman di peringkat awal (2006) kini menjadi sepohon durian yang sempurna dengan mengeluarkan buah durian kunyit (D27)

1 23

4

Page 9: RAMADHAN - upknkelantan.comupknkelantan.com/download/buletin_jun_julai2016.pdf · MENUKARKAN POKOK DURIAN BIASA MENJADI DURIAN KUNYIT D27 MENARIK ALA M Tindakan lebih tegas kepada

REJAB - SYAABAN 1437H | APRIL - MEI 2016 REJAB - SYAABAN 1437H | APRIL - MEI 201616 17

KOTA BHARU: Pengerusi Ja-watankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kebajikan Kerajaan Negeri, YB Hajah Mumtaz Md Nawi telah hadir bersama Pengarah Urusetia Belia dan Sukan (U-BeS), Ustaz Ahmad Fadhli Shaari bagi meraikan kepulangan Juara Qari Junior Musim ke-5, TV3, adik Ahmad Naufal Fauzi di Lapan-gan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa sebaik kepu-langan juara itu baru-baru ini.

Adik Naufal tiba bersama ayahnya yang juga seorang hafiz Ustaz Fauzi Ibrahim dan ibun-ya Wan Mariati Abd Kadir.

Ustaz Ahmad Fadhli yang juga Ketua Pemuda PAS Kelantan ber-kata, dicadangkan kerajaan negeri mempertimbang memberi insentif kepada adik Naufal bagi membole-hkan beliau melanjutkan penga-jian di bidang hafiz selepas tamat pengajian sekolab rendah nanti.

Katanya, kerajaan negeri telah menubuhkan Maahad Tahfiz Al Quran Wal Qiraat di Pulai Chon-dong sejak 1991 lagi bagi mela-

hirkan ramai hafiz di negeri ini.“Kami merakamkan tahniah atas

kejayaan adik Naufal yang juga merupakan produk Pasti Muaz bin Jabal Kampung Kota, Kota Bharu.

“Semoga kejayaannya menja-di inspirasi kepada ibu bapa untuk menghantar anak-anak ke Pas-ti dan pengajian tahfiz,” ujarnya yang juga Pengarah Pasti Negeri.

Fauzi pula mengucapkan terima kasih di atas kehadiran orang ramai menyambut kepulangan anaknya.

“Ini membuatkan kami se-

keluarga amat terharu. Teri-ma kasih semua,” ujarnya.

Naufal muncul juara Qari Jr Musim ke-5 TV3 yang membole-hkan beliau membawa pulang hadiah utama iaitu wang tunai RM10,000 sumbangan TV3, pa-kej umrah tajaan Almas Beauty & Health dan baucar tunai RM900 tajaan Ana Muslim Sdn Bhd.

Juara Qari Junior dihargai kerajaan

KOTA BHARU – Demi mempas-tikan kebersihan sentiasa terjaga di setiap tapak Bazar Ramadhan dan Pasar Malam, Kerajaan Negeri melalui Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) akan mengambil tindakan yang tegas kepada peniaga-pe-niaga yang mengabaikan soal ke-bersihan di gerai milik mereka.

Pengerusi Jawatankuasa Kera-jaan Tempatan, Perumahan, Belia dan Sukan, YB Dato’ Haji Abdul Fattah Hj. Mahmood memaklum-kan demikian dalam sidang me-dia di Kota Darul Naim. Katan-ya, kepada peniaga-peniaga yang melanggar peraturan kebersihan, amaran akan diberi hanya seka-li sahaja dan bagi kesalahan yang

berikutnya peniaga tersebut akan berdepan dengan tindakan meng-gantungkan lesen perniagaan.

“Walaupun tindakan ini di-anggap agresif, tetapi demi men-jaga kebersihan di setiap gerai perniagaan tindakan yang sewa-jarnya perlu diambil kepada pe-niaga-peniaga yang ingkar.

Tindakan menggantung lesen premis perniagaan bukan bertujuan untuk menghalang mereka berniaga tetapi lebih bertujuan untuk men-disiplinkan mereka semoga sentia-sa menjaga kebersihan,” katanya.

Tambahnya lagi, adalah menjadi tanggungjawab kepa-da pihak kerajaan, pemajak dan peniaga untuk sama-sama men-

Tindakan tegas kepada peniaga yang ingkar

jaga kebersihan demi memeliha-ra keharmonian pengunjung.

“Gerai yang bersih dengan sendi-rinya akan menjadi pilihan pengun-jung untuk berbelanja selain turut memberi keselesaan kepada orang ramai. Kita akan segera mengelu-arkan surat kepada PBT untuk di-ambil tindakan segera memaklum-kan peraturan terbaharu ini kepada pemajak dan peniaga,” katanya.

Tambahnya lagi, faktor men-jaga kebersihan diberi perhatian berat memandangkan tahun ini pelancong akan bertambah ber-lipat kali ganda sempena den-gan Tahun Melawat Kelantan.

DDII Organisasi Dakwah Sederhanadi Indonesia : Siri 2Oleh : Azhar Che Lah

Untuk menindaklanjuti kesim-pulan pada butiran kedua, musy-awarah para ulamak dan zu’ama mengkonstatir terdapatnya pel-bagai persoalan, antara lain:

1. Mutu dakwah yang di dalamnya tercakup persoalan penyempurnaan sistem perlengka-pan, peralatan, peningkatan teknik komunikasi, lebih-lebih lagi sangat dirasakan perlunya dalam usaha menghadapi tantangan (konfron-tasi) dari bermacam-macam usaha yang sekarang giat dilancarkan oleh penganut agama-agama lain dan ke-percayaan-kepercayaan (antara lain faham anti Tuhan yang masih mer-ayap di bawah tanah), Katholik, Prot-estan, Hindu, Buddha dan sebagain-ya terhadap masyarakat Islam.

2. Planning dan integrasi yang di dalamnya tercakup persoalan-per-soalan yang diawali oleh penelitian (research) dan disusuli oleh pengin-tegrasian segala unsur dan badan-badan dakwah yang telah ada dalam masyarakat ke dalam suatu kerja sama yang baik dan berencana.

Dalam menampung masa-lah-masalah tersebut, yang men-gandungi cakupan yang cukup luas dan sifat yang cukup kom-pleks, maka musyawarah alim ulamak itu memandang perlu membentuk suatu wadah yang kemudian dijelmakan dalam sebuah yayasan yang diberi nama De-wan Dakwah Islamiyyah Indone-sia disingkat Dewan Dakwah.

Pengurus Pusat yayasan ini terletak di ibu kota negara, dan dimungkinkan memiliki perwak-ilan di tiap-tiap ibu kota Daerah Tingkat 1 serta Pembantu Per-wakilan di tiap-tiap ibu kota Daer-ah Tingat II seluruh Indonesia.

Dewan Dakwah yang di-kukuhkan keberadaannya mel-alui Akta Notaris Syahrim Ab-dul Manan No.4 tanggal 9 Mei

1967, melandaskan kebijaksan-aannya kepada empat perkara:

1. Yayasan Dewan Dakwah Islamiyyah Indonesia berdasarkan taqwa dan keredhaan Allah SWT.

2. Dalam mencapai maksud dan tujuannya, Dewan Dakwah mengadakan kerjasama yang erat dengan badan-badan dakwah yang telah ada di seluruh Indonesia.

3. Dalam hal yang bersi-fat kontroversi (saling bertentan-gan) dan dalam usaha melicinkan jalan dakwah, Dewan Dakwah bersikap menghindari dan mengu-rangi pertikaian faham antara pen-dukung dakwah, istimewa dalam melaksanakan tugas dakwah.

4. Di mana perlu dan da-lam keadaan mengizinkan, De-wan Dakwah dapat tampil mengisi kekosongan, antara lain menciptakan suatu usaha berben-tuk atau bersifat dakwah, usaha mana sebelumnya belum pernah diadakan, seperti mengadakan pi-lot projek dalam bidang dakwah.

Musyawarah alim ulamak juga merumuskan program kerja sebagai penjabaran dari landasan kebijaksa-naan di atas. Program kerja tiga pasal itu ialah sebagaimana berikut:

1. Mengadakan pelati-han-pelatihan atau membantu men-gadakan pelatihan bagi mubaligh dan calon-calon mubaligh.

2. Mengadakan penelitian (research) atau membantu men-gadakan penelitian, yang hasil-nya dapat segera dimanfaatkan bagi perlengkapan usaha para mubaligh pada umumnya.

3. Menyebarkan aneka macam penerbitan, antara lain buku-bu-ku, brosur, dan siaran lain yang ditujukan untuk memperlengkapi para mubaligh dengan ilmu peng-etahuan, baik ilmu agama maupun ilmu pengetahuan umum lainnya, guna meningkatkan mutu dan hasil dakwah. Usaha ini diharapkan dap-

at mengisi kekosongan-kekoson-gan di bidang lektur, yang khusus diperlukan dalam masyarakat.

Gerakan Dewan Dakwah yang berdiri pada tahun 1967, telah ban-yak memberikan sumbangan ke-pada masyarakat Indonesia. Wa-laupun Dewan Dakwah bukan Organisasi Masyarakat (Ormas), namun kiprahnya melebihi Or-mas-Ormas Islam yang ada, begi-tulah kata Ustaz Amlir Syaifa Ya-sir MA dalam satu pertemuan.

Gerakan Dewan Dakwah dari awal terkenal dengan gerakan per-satuan. Toleransi dalam khilafiyah, asal bukan yang diada-adakan. Mis-alnya masalah solat terawih 20 atau 8 rakaat. Gerakan ini juga masih kental di dalam kalangan Dewan Dakwah dan tidak saling mendomi-nasi antara satu dengan yang lain.

Sebutkan saja Dewan Dakwah Lampung yang kental akan arom-anya Ikwanul Muslimin. Dewan Dakwah Sambas Kalimantan Barat yang kental dengan Muslim Tiong-hoa. Dewan Dakwah Jakarta yang kental dengan Salafiyah. Gerakan ini tidak bermaksud untuk mewar-nai Dewan Dakwah dengan kea-bu-abuan, kerana Dewan Dakwah memiliki prinsip tersendiri sehing-ga tidak terjerumus ke dalam laru-tan kesyirikan dan kebid’ahan.

Sebutkan saja Dewan Dakwah Acheh di tengah kesibukan dengan kempen anti Wahabi dan pelbagai fitnah terhadap kaum salaf di Banda Acheh. Tampil Tengku Hasanuddin Yusuf MA, ketua Dewan Dakwah Acheh dalam pelbagai opininya ke akhbar harian Serambi Indone-sia mengajak untuk persatuan agar umat Islam di Acheh tidak terko-tak-kotak dengan gerakan politik.

Namun Tengku Hasanuddin sendiri lebih membela kaum pem-baharuan daripada kaum tradisi.

Kepulangan juara Qari Junior TV3, Ahmad Naufal Fauzi di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra disambut YB Exco orang ramai.

Page 10: RAMADHAN - upknkelantan.comupknkelantan.com/download/buletin_jun_julai2016.pdf · MENUKARKAN POKOK DURIAN BIASA MENJADI DURIAN KUNYIT D27 MENARIK ALA M Tindakan lebih tegas kepada

REJAB - SYAABAN 1437H | APRIL - MEI 2016 REJAB - SYAABAN 1437H | APRIL - MEI 201618 19Ini bisa kita lihat dari arena

medan juang Tengku Hasanuddin di Banda Acheh. Gerakan persat-uan inilah yang membuat nama Dewan Dakwah besar, kemudi-an ditambah lagi dengan gera-kan selamatkan Indonesia dengan Dakwah, yang fokusnya di daer-ah perdalaman dan perbatasan.

Sehingga nama Dewan Dakwah mendapat perhatian di seluruh ele-men masyarakat. Motto selamatkan Indonesia dengan dakwah memi-liki agenda tersendiri bagi Dewan Dakwah. Seperti suasana yang kita lihat di atas, Dewan Dakwah ter-lahir dalam kencah politik pem-bubaran Parti Politik Masyumi.

Muhammad Natsir berkata: “Dulu kita berdakwah lewat salu-ran politik, sekarang kita berpoli-tik lewat saluran dakwah.” Maka dari sini Dewan Dakwah masih memiliki agenda politik Muham-mad Natsir sang negarawan dan pendiri Negara Kesatuan Republik Indonesia lewat Mosi Integralnya.

Meneruskan dasar perjuangan politik Parti Masyumi lewat Par-ti Bulan Bintang (PBB) dan Parti Keadilan Sejantera (PKS) tidak me-mungkinkan bangkit kembali gaga-san Masyumi “Islam sebagai dasar Negara”. Dewan Dakwah sangat memungkinkan mengembalikan gagasan tersebut kerana Dewan Dakwah memiliki motto “selamat-kan Indonesia dengan dakwah” dan dijalankan oleh anggota sendi-ri lewat Sekolah Tinggi Ilmu Dak-wah (STID) Muhammad Natsir.

Anggota yang dikirim keper-dalaman seluruh Nusantara se-bagai tugas dakwah. Namun san-gat mungkinkan suatu saat ketika Dewan Dakwah sudah tersebar ke seluruh pelosok negeri bisa saja berubah haluan menjadi agenda politik. Dimana anggota Dakwah di seluruh Nusantara bisa diko-mandoi dalam satu payung, seh-ingga bisa memenangkan suara Dewan Dakwah yang di pusat.

Ini sudah barang tentu gagasan Parti Masyumi akan kembali ter-wujud iaitu “Islam sebagai dasar Negara.” Saat ini Dewan Dakwah memang belum memiliki agenda

yang di atas, namun hal ini bisa saja terjadi pada masa hadapan.

Tergantung pada siapa nahko-da yang dipercayai oleh Dewan Dakwah. Dilihat Dewan Dak-wah sekarang yang “tertutup” da-lam masalah politik, hal ini tidak akan memungkinkan agenda di atas terjadi. Apa pun alasannya Dewan Dakwah harus kembali ke dalam sejarah sebagai Yayas-an penyatuan umat dan Ormas.

Bisa bekerja dengan semua la-pisan masyarakat, dan jika hal ini tidak bisa diterapkan maka politik NPWP (Nombor Piro Wani Piro) di Indonesia akan berjalan sela-manya. Sudah barang tentu kita tidak menginginkan politik NPWP ada, kerana tidak akan terjadi pensejahteraan kepada rakyat.

Kalau bukan Dewan Dakwah siapa lagi yang akan menyelamat-kan Indonesia dengan dakwah dan gagasan Parti Masyumi “Islam se-bagai Dasar Negara” dan ini juga amanat Mohammad Natsir selaku pendiri Dewan Dakwah. Dan su-dah barang tentu sebagai amanah umat yang dibebankan bersama.

Ketua Umum Dewan Dakwah, Ustaz Syuhada Bahri, mengajak kaum muslimin Indonesia un-tuk mewaspadai usaha mengadu domba antara umat Islam. Poten-si konflik horisontal ini disulut dengan isu terorisme antarabang-sa dan sentimen kedaerahan.

Hal tersebut dikemukakan Ustaz Syuhada Bahri, saat menjadi pem-bicara utama dalam Hilal Bihalal Majelis Ulama Indonesia (MUI) Ka-bupaten Ogan Komering Ulu (OKU) Provinsi Sumatera Selatan, di Mas-jid Raya Islamic Center Baturaja.

Hadir dalam silaturahim tersebut sekitar 1,000 orang yang terdiri ja-jaran pengurus MUI OKU, Kepa-la Kantor Kemenag H Darami, Plt

Bupati OKU Kuryana Azis, Ketua DPRD Johan Anwar dan Indrawa-ti, Dandim 0403/OKU Letkol Inf Imanulhaq, Kapolres OKU AKBP Mulyadi MH, dan unsur-unsur Muspida lainnya, Majelis Tak-lim sekabupaten OKU, dan utusan Ormas Islam setempat termasuk dari Dewan Dakwah iaitu Ustaz Mansur Suryadi, Ahmad Romad-hon dan Ustaz Abdul Karim.

Ustaz Syuhada mengatakan, umat, ulamak, dan zu’ama Ka-bupaten OKU harus solid, jan-gan terprovokasi sehingga mel-akukan reaksi yang berlebihan terhadap isu-isu kontemporeri.

“Kita harus melakukan tabayyun terhadap sebuah berita, apalagi berita dari sumber fasiq, agar tidak terjeru-mus dalam fitnah,” Uataz Syuhada.

Sebelumnya, Ketua MUI Suma-tera Selatan, KH Sodikun menye-but isu ISIS didramatisasi oleh media. “Makanya kami berha-ti-hati bicara di media, nanti jadi provokasi,” ujar Sodikun dalam rapat membahas ISIS di pejabat Kementerian Agama Sumsel.

Hal senada diingatkan Ketua Umum MUI Prof Din Syamsuddin. Dalam seminar ‘Fenomena ISIS bagi NKRI dan Islam Rahmatan Lil Alamin’ di Jakarta, Din men-gatakan, umat Islam hendaknya jangan over-reaktif terhadap ISIS (Islamic State of Iraq and Syria).

Din menilai, penanganan masa-lah-masalah terorisme saat ini ha-nya di permukaan saja. Semua pihak seperti kebakaran janggut ketika ada isu baru yang mencuat, padahal pemantauan yang selama ini dilakukan belum maksimal.

“Kita bereaksi tapi harus ada pengaman dan pemantauan secara fundamental dan komprehesif. Kita seperti pemadam kebakaran, apa-apa bereaksi, wah dia dari kelompok ini, wah itu bertentan-gan dengan Islam,” tambahnya.

Setelah berceramah di Islam-ic Center Baturaja, Ustaz Syu-hada didaulat menjadi pembic-ara dalam Halal Bihalal Jamaah Alumni Haji Batumarta di Aula Pesantren Lukamnul Hakim Bau-marta II, Kee Lubuk Raja, OKU.

“Dulu kita ber-dakwah lewat saluran politik, sekarang kita berpolitik lewat saluran dakwah.”-Muhammad Natsir

Page 11: RAMADHAN - upknkelantan.comupknkelantan.com/download/buletin_jun_julai2016.pdf · MENUKARKAN POKOK DURIAN BIASA MENJADI DURIAN KUNYIT D27 MENARIK ALA M Tindakan lebih tegas kepada

REJAB - SYAABAN 1437H | APRIL - MEI 2016 REJAB - SYAABAN 1437H | APRIL - MEI 201620 21

Page 12: RAMADHAN - upknkelantan.comupknkelantan.com/download/buletin_jun_julai2016.pdf · MENUKARKAN POKOK DURIAN BIASA MENJADI DURIAN KUNYIT D27 MENARIK ALA M Tindakan lebih tegas kepada

REJAB - SYAABAN 1437H | APRIL - MEI 2016 REJAB - SYAABAN 1437H | APRIL - MEI 201622 23

Page 13: RAMADHAN - upknkelantan.comupknkelantan.com/download/buletin_jun_julai2016.pdf · MENUKARKAN POKOK DURIAN BIASA MENJADI DURIAN KUNYIT D27 MENARIK ALA M Tindakan lebih tegas kepada

REJAB - SYAABAN 1437H | APRIL - MEI 201624

Tahun Ke-26 | ISSN 1311-6891 | RAMADHAN - SYAWAL 1437H | JUN - JULAI 2016 | EDARAN PERCUMA | Bil 175

Tahun Ke-26 | ISSN 1311-6891 | REJAB - SYAABAN 1437H | APRIL - MEI 2016 | EDARAN PERCUMA | Bil 174

Rombongan Kerajaan Negeri Kelantan ke Wilayah Krabi, Thai-land telah mengadakan kunjung hormat ke atas Yang Dipertua Ma-jlis Agama Islam Krabi. Di samping berseminar berkaitan pengurusan tanah, delegasi kerajaan turut men-gadakan lawatan ke Majlis Agama Islam di sini bagi meninjau pen-gurusan masjid dan pengurusan hal ehwal agama Islam di Krabi.

Dalam sesi perbincangan dua hala, Yang Dipertua Majlis Agama Islam Krabi merakamkan peng-hargaan dan terima kasih kepada pimpinan dan delegasi Kerajaan Kelantan kerana sudi hadir ke Pe-jabat Majlis Agama Islam Krabi. Beliau turut memaklumkan bahawa terdapat lebih 200 buah masjid di seluruh wilayah Krabi yang diselia oleh Majlis Agama Islam di sini.

Berbeza dengan wilayah lain di Thailand, pengurusan masjid di sini lebih ke hadapan dengan menjadikan teknologi di atas tal-ian (IT) sebagai medium menyam-

paikan informasi dan maklumat berkaitan Islam kepada orang ra-mai malah keberkesanan sistem yang digunakan ini telah dijadikan contoh oleh wilayah-wilayah lain di Thailand. Majlis Agama Islam Krabi juga telah diberikan man-dat oleh Kerajaan Thailand untuk membangunkan industri halal.

Bagi perancangan masa hadapan juga, Majlis Agama Islam Krabi se-dang dalam proses untuk menghan-tar pelajar-pelajar Islam di wilayah ini bagi mendalami ilmu agama di pondok-pondok di Negeri Kelatan di samping membina rangkaian strategik dalam pembangunan ilmu agama di antara Kelantan-Krabi.

Dalam pada itu, Dato` Mohd Amar Abdullah, Timbalan Menteri Besar Kelantan berkata pihak kera-jaan sangat berbesar hati dan ber-sedia untuk mengadakan kerjasama dengan Majlis Agama Islam Krabi bersama-sama Jabatan Agama Islam Kelantan untuk membina jaringan terutamanya melibatkan pertukaran

pelajar yang ingin mendalami ilmu agama di antara dua wilayah ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pem-bangunan Islam, Dakwah, Pen-erangan dan Hubungan Seranta Negeri Kelantan, Dato` Hj. Mohd Nassuruddin Daud turut diberikan penghormatan untuk menyampai-kan kuliah agama di Pondok An-Haarul U-Loom, Koh Klang, iaitu sebuah institusi pemulihan dadah yang terdapat di wilayah Krabi.

Rombongan Kerajaan Negeri Kelantan ke Wilayah Krabi tidak hanya mengadakan seminar dan perbincangan berkaitan hal ehwal tanah, tetapi disertakan dengan pel-bagai program rasmi bagi membina hubungan dan jaringan antara Neg-eri Kelantan dan Wilayah Krabi. Antara aspek dan sektor yang men-jadi perhatian selama lawatan adalah pembangunan Islam, pelancongan, pembangunan hub halal, pemer-kasaan institusi pondok dan penga-jian agama serta pengurusan majlis agama Islam yang terdapat di sini.

LAWATAN KELANTAN-KRABI HASILKAN HUBUNGAN POSITIF