teori terapi dan kawalan oleh william glasser

7
Teori Terapi dan Teori Kawalan oleh William Glasser William Glasser, seorang ahli psikologi dari California, memperkenalkan teori reality dalam kaunseling pada tahun 1950-an. Pada awal tahun 1980-an, beliau menambah teori kawalan dalam teori kaunselingnya. Rukun asas teori kawalan ialah mengandaikan tingkah laku manusia sebagai usaha untuk mengawal dunia kita sebagai sebahagiannya, dengan tujuan memuaskan keperluan kita secara penuhnya. Teori realiti Glasser dalam kaunseling adalah berdasarkan andaian teori kawalannya yang merangkumi lima elemen, iaitu : bahasa aktif, keperluan asas, gambar mental, tingkah laku yang seluruh dan manusia sebagai sistem kawalan. Dalam bahasa aktif yang dikemukan oleh Glasser, tingkah laku manusia merangkumi tiga komponen utama, iaitu memikir, melaku, dan merasa. Kata kerja adalah digunakan untuk menyatakan memikir dan membuat. Glasser tidak menggunakan adjektif atau nama untuk merujuk perkataan, misalnya perasaan dan kebimbangan; tetapi menggunakan bahasa aktif dengan menyatakan perasaan sebagai berasa(feeling), dan kebimbangan sebagai berbimbang (anxietying). Mnegikut Glasser , bahasa aktif menyatakan tingkah laku yang digunakan oleh orang apabila mereka berusaha mengawal alam sekitar untuk memenuhi keperluan mereka. Mengikut Glasser, manusia ada lima keperluan asas, iaitu: keperluan hidup dan reproduksi, keperluan kasih saying,

Upload: ellee-fatal

Post on 19-Jun-2015

865 views

Category:

Documents


8 download

TRANSCRIPT

Page 1: teori terapi  dan kawalan oleh william Glasser

Teori Terapi dan Teori Kawalan oleh William Glasser

William Glasser, seorang ahli psikologi dari California, memperkenalkan teori

reality dalam kaunseling pada tahun 1950-an. Pada awal tahun 1980-an, beliau

menambah teori kawalan dalam teori kaunselingnya. Rukun asas teori kawalan

ialah mengandaikan tingkah laku manusia sebagai usaha untuk mengawal dunia

kita sebagai sebahagiannya, dengan tujuan memuaskan keperluan kita secara

penuhnya.

Teori realiti Glasser dalam kaunseling adalah berdasarkan andaian teori

kawalannya yang merangkumi lima elemen, iaitu : bahasa aktif, keperluan asas,

gambar mental, tingkah laku yang seluruh dan manusia sebagai sistem kawalan.

Dalam bahasa aktif yang dikemukan oleh Glasser, tingkah laku manusia

merangkumi tiga komponen utama, iaitu memikir, melaku, dan merasa. Kata

kerja adalah digunakan untuk menyatakan memikir dan membuat. Glasser tidak

menggunakan adjektif atau nama untuk merujuk perkataan, misalnya perasaan

dan kebimbangan; tetapi menggunakan bahasa aktif dengan menyatakan

perasaan sebagai berasa(feeling), dan kebimbangan sebagai berbimbang

(anxietying). Mnegikut Glasser , bahasa aktif menyatakan tingkah laku yang

digunakan oleh orang apabila mereka berusaha mengawal alam sekitar untuk

memenuhi keperluan mereka.

Mengikut Glasser, manusia ada lima keperluan asas, iaitu: keperluan hidup dan

reproduksi, keperluan kasih saying, berkongsian dan kerjasama, keperluan

kuasa dan status, keperluan kebebasan dan keperluan keseronokan. Objektif

tingkah laku manusia adalah berusaha megawal alam sekitar untuk memenuhi

keperluan asas tersebut di atas. Apabila sesuatu keprluan dipenuhi, keperluan

yang lain menimbul untuk dipenuhi pula, menjadikan proses hidup manusia

serng berusaha memnuhi keperluan-keperluan yang tiada akhirannya.

Semasa kanak-kanak, kita mengumpulkan gambar-gambar dalam mental yang

mengandungi keperluan-keperluan seperti makanan,mainan,kasih

sayang,kejayaan,kebebasan dan lain-lain lagi inilah yang dikelaskan sebagai

Page 2: teori terapi  dan kawalan oleh william Glasser

‘Gambar Mental’ oleh Glesser. Gambar-gambar mental ini adalah penting untuk

memahami teori kawalan kerana tingkahlaku manusia selalu bermula dengan

gambar mentalnya pada usia kecil dan perbezaan yang manusia terima ketika

dewasa, contohnya sewaktu kecil,kita membayangkan sekolah itu tempat yang

sangat mengembirakan kerana ramai kawan,tetapi pada waktu persekolahan

yang sebenarnya,kita dbuli dan sebagainya maka kita akan bertindak untuk tidak

mempercayai dan berdiam diri. Tindakan ini ialah tindakan untuk cuba

mengurangkan perbezaan gambaran yang digambarkan sebelum itu agar

bersesuaian dengan keadaan sebenar.

Tingkah laku meyeluruh pula Glasser menghuraikan bahawa tingkah laku

meyeluruh ada tiga komponen utama iaitu Bertindak,berfikir,berasa, dan fisiologi.

Bertindak ialah apabila seseorang itu bertindak untuk menangis kerana bertindak

ini ialah perbuatan. Selepas menangis seseorang itu akan berfikir seperti apa

gunanya untuk hidup dan sebagainya kemudian ianya akan berasa pula sepertii

rasa yang amat sengsara kerana komponen berasa melibatkan apa yang

dirasakan oleh seseorang individu itu setelah itu individu itu akan mengalami

komponen Fisiologi yang melibatkan mekanisma badannya seperti tidak boleh

tidur dan sebagainya.

Seterusnya ialah Terapi Realiti. Glasser menyatakan konsep teori kawalan ialah

jangan membenarkan orang menggunakan kesakitan atau kesengsaraan untuk

mengawal orang dengan berharap agar orang lain memenuhi keperluan-

keperluannya. Oleh itu terapi realiti ini merupakan satu kaedah atau tujuan untuk

mengajar seseorang individu itu mengawal hidupnya sendiri. Antara matlamat-

matlamat teori Terapi ini ialah membantu seseorang bagi mencapai

autonominya iaitu membantu seseorang individu itu menyesuaikan dirinya

dengan keadaan sekitar. Seterusnya ialah membantu seseorang dalam

menentukan dan memperjelaskan tujuan-tujuan mereka agar mereka dapat

mencapai kehendak hidup mereka matlamat yang ketiga ialah membantu

seseorang dalam menjelaskan cara- cara mereka menuju kemajuan ke arah

tujuan-tujuan yang ditentukan oleh mereka sendiri iaitu dengan membimbing

Page 3: teori terapi  dan kawalan oleh william Glasser

seseorang itu ke landasan yang sebenar contohnya jika dalam agama islam

umat islam perlu solat lima waktu kerana solat itu tiang agama. Seterusnya

membantu seseorang menemukan alternatif- alternatif dalam mencapai tujuan-

tujuan dengan syarat orang itu sendiri yang menetapkan tujuan dirinya.

Konsep yang dikemukakan di dalam teori terapi ini ialah menolak konsep sakit

jiwa, kerana ianya lebih fokus kepada tingkah laku. Ini kerana menurut Glasser

kelakuan seseorang itu adalah berdasarkan tingkah lakunya yang boleh diubah.

Konsep seterusnya menumpukan kepada situasi masa kini iaitu tidak

mengungkit masa lampau seseorang sebaliknya menjadikan masa lampau

seseorang itu sebagai rujukan sahaja. Seseorang itu digalakkan menilai dan

meneliti tingkah lakunya sendiri. Konsep ini juga tidak menggunakan denda atau

dera sebaliknya lebih menekankan kepada aspek tanggungjawab individu iaitu

menjelaskan bahawa seseorang itu perlu mematuhi dan membuat perjanjian

pada diri sendiri contohnya seseorang yang ingin kuruskan badan perlulah

mengikut jadual pemakanan yang sihat, untuk mendapatkan bentuk tubuh yang

menarik orang itu perlu menetapkan dirinya supaya mengikut jadual pemakanan

sihat tersebut. Seterus semua persetujuan dan semua peraturan yang ditetapkan

oleh pembimbing hendaklah dipatuhi

Glasser menyatakan terdapat dua jenis invidu iaitu individu jenis identity Berjaya

dan individu jenis identiti gagal. Individu yang Berjaya ini terbahagi kepada

kepada tiga jenis iaitu Do It Person iaitu Individu yang akan berusaha sendiri

untuk mempertingkatkan dirinya sedaya upaya yang mungkin. Kedua Positive

Symptom Person yang mempunyai nilai Konstruktif, tegas dan altruistik. Inidividu

ini juga sentiasa berperasaan positif, gembira dan penerimaan kendiri

positif,berfikir secara rasional, dekati masalah secara reasonable, teliti dan

matang dan bertumpu pada aktiviti sihat seperti berekreasi. Ketiga ialah Fulfill

Person iaitu individu yang memiliki rasa bebas, seronok, rasa disayangi dan

menyayangi, rasa cekap dan mempunyai harga diri.

Bagi individu jenis identiti gagal pula ialah Negatively Addicted Person yang

mana individu ini lebih bersifat terasing, kritik diri tinggi, tidak rasional, tidak

Page 4: teori terapi  dan kawalan oleh william Glasser

gembira, tidak bertanggungjawab dan kekalkan tingkahlaku yang tegang dan

kaku. Ciri yang kedua Give Up Person iaitu tidak mengambil tanggungjawab

untuk menyelaraskan tingkahlaku agar selari dengan harapan masyarakat

umum. Terakhir sekali ialah Negative Symptom Person iaitu individu yang

meninggalkan tanggungjawab dengan menunjukkan kekecewaan dan

menunjukkan tingkahlaku yang tidak baik diamalkan.

Peranan Guru sebagai pembimbing kepada pelajarnya ialah mewujudkan

perhubungan yang terbuka, mesra, akrab dan jujur dengan pelajar yang

dianggap perlukan bimbingan. Guru juga perlu membimbing pelajar untuk

menilai sendiri tingkah lakunya dan seterusnya membuat keputusan mengenai

tingkah laku yang harus diubah.Mengajar dan menggalakkan pelajar

melaksanakan pelan tindakan untuk mengubah tingkah lakunya dan membantu

mencari jalan untuk memenuhi kehendak mereka dan menggalakkan mereka

agar tidak cepat putus asa. Guru tidak seharunya menggunakan dendaan dan

paksaan sebaliknya menggunakan peneguhan seperti galakan dan pujian.Guru

harus bersedia menerima pelajarnya tanpa terlalu banyak kritik atau syarat

kerana ini akan menyenagkan perasaan pelajar untuk terus dibimbing oleh guru.

Menekankan kepada pelajarnya bahawa bagi mencapai kejayaan pelajar

haruslah bersedia mematuhi syarat-syarat yang telah ditentukan.

Teknik-teknik yang dikemukan oleh Glasser didalam teori terapi ialah Kaunselor

akan menggunakan komunikasi dengan cara bermain peranan bersama klien.

Dalam permainan tersebut kaunselor akan cuba memberikan penekanan pada

“di sini’ ” dan pada “ketika ini” dan elakkan daripada memberi penumpuan

kepada peristiwa-peristiwa yang lampau dan perasaan-perasaan yang tidak baik.

Kaunselor perlu bersikap lucu dan tidak terlalu serius dengan tujuan untuk

meringankan tekanan atau bebanan yang dihadapi klien.Kaunselor akan

berdepan atau mencabar klien tanpa membenarkan klien memberikan alasan-

alasan tertentu.

Dalam teknik ini kaunselor mestilah menjadi contoh teladan atau model yang

berperanan sebagai seorang pendidik. Kaunselor perlu mengajar klien dengan

Page 5: teori terapi  dan kawalan oleh william Glasser

cara yang lebih berkesan bagi memenuhi kehendak klien berdasarkan realiti.

Tindakan ini membolehkan klien menghadapi kenyataan dan menyedari akan

tingkah lakunya yang tidak realistik. Sekiranya perlu perjanjian boleh dilakukan

dalam bentuk tulisan dan ditandatangani oleh pelajar. Dalam perjanjian terdapat

peraturan-peraturan tertentu maka dalam membuat peraturan tersebut pelajar

perlu libatkan diri dengan guru.Guru juga perlu menyemak kemajuan pelajar dan

berikan pujian mengikut situasi yang perlu. Sekiranya rancangan yang dirancang

agak sukar dilaksanakan maka perlu buat rancangan yang baru. Bagi pihak

pelajar, kegagalan rancangan tersebut tidak perlu dihukum atau didenda kerana

untuk mengubah tingkahlaku dendaan bukanlah jalan penyelesaian.