teori sistem penyamanan udara

Upload: weafareez

Post on 14-Apr-2018

239 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/27/2019 Teori Sistem Penyamanan Udara

    1/9

    BAB 4 :SISTEM PENYAMANAN UDARA4.1.PENGENALAN

    Penyamanan udara boleh didefinisikan sebagai proses pengawalandan perawatan

    semua kandungan udara untuk suatu ruang atau tempat yangtertutup. Perawatan

    mekanikal dilakukan terhadap suhu, kelembapan,pembaharuan udara, kebersihan

    dan pengagihan udara bagi mencapaikeperluan dan fungsi ruang berkenaan.

    Proses ini akan dijalankan secaraberterusan bagi memastikan kandungan udara

    bersih yang terdapat di dalambangunan mencukupi dengan

    penggunaannya.Sistem penyamanan udara ini amatlah diperlukan bagi

    mewujudkankeselesaan secara maksima dan kepuasan optima bagi membendung

    masalahiklim yang berubah yang menjadikan ruang berkenaan menjadi kurang

    selesabagi sebarang aktiviti.

    Selain itu, sistem penyamanan udara yang baik boleh memperbaikikeselesaan

    pekerja sekaligus meningkatkan produktiviti kerja selainmempertingkatkan

    pengeluaran. Ianya juga mampu mengawal kerosakan yangberlaku akibat

    penggunaan mesin secara kerap. Sebagai contoh, satu alatpenyamanan udara

    jenis unit pisah perlu diletakkan di dalam Bilik Motor Lif bagi meminimumkan

    pengeluaran haba akibat penggunaan Jentera Lif secarakerap.Di dalam bidang

    perniagaan, penggunaan terhadap penyamanan udaramerupakan satu keperluan

    yang amat penting kerana keadaan suhu ambienyang tinggi di luar bangunan akan

    mewujudkan suatu keadaan yang tidakselesa kepada pengguna dan pekerjan dan

    secara langsung akan menjejaskanreputasi pada sesebuah pusat membeli - belah.

    4.2.TEORI SISTEM PENYAMANAN UDARA4.2.1.Prinsip Asas Penyamanan Udara

    Secara dasarnya, prinsip asas penyamanan udara adalah satu prosespendinginan

    udara yang dilakukan dalam bentuk kitaran dimana pelbagaikawalan perlu

    dilakukan dalam proses ini untuk membentuk keadaankeselesaan yang diperlukanoleh pengguna

    KOMPONEN UTAMA SISTEM PENYAMANAN UDARA

  • 7/27/2019 Teori Sistem Penyamanan Udara

    2/9

    Di dalam Sistem Penyamanan Udara terdapat 4 komponen asas yangdiperlukan

    iaitu

    PEMAMPAT

    -memampatkan bahan pendingin danmenukarkannya kepada gas bertekanan tinggi

    PEMELUWAP

    -Mengambil haba dari udara dan cecair supaya bertukar menjadi gas semula lalu

    menghasilkan udara yang sejuk

    INJAP PENGEMBANGAN

    -Alat bagi mengawal tekanan dankadar kemasukan bahan pendingin ke dalam unit

    penyejat untuk untukmengurangkan tekanan dalam cecair pendingin

    PENYEJAT

    -Menyerap haba pendam dari udara didalam ruang yang didinginkan lalu

    menukarkan cecair menjadi gas untukdisingkirkan di Unit Pemeluwap

    KEPENTINGAN PENYAMAN UDARA

    Memberi keselesaan kepada penghuni di dalam sesebuah bangunan.Ianya juga

    dapat mengurangkan risiko penyakit.

    Keadaan yang tertutup dapat mengurangkan bunyi bising serta habuk.

    Mengurangkan bahaya kebakaran yang berpunca dari litar pintasdisebabkan oleh

    keadaan yang panas.

    Penggunaan peralatan komputer dan peralatan elektrik yang lain dapatberoperasi

    dengan baik.

    Faktor faktor Pemilihan Sistem Penyamanan Udara

    Saiz Ruang.

    -

  • 7/27/2019 Teori Sistem Penyamanan Udara

    3/9

    Saiz ruang perlu diketahui untuk menentukan beban haba sertakapasiti yang

    digunakan.

    Kegunaan Ruang.

    -

    Terdapat ruang ruang yang digunakan pada masa yangberlainan.

    -

    Keadaan sekeliling ruang dalam satu bangunan memerlukansuhu dan kelembapan

    yang berbeza.

    Menara Pendingin

    ( Cooling Tower )

    Bagi Sistem Penyamanan Udara yang menggunakan Sistem PendinginAir, haba

    yang diserap akan dimampatkan dan disingkirkan melalui satumedium iaitu air. Air

    digunakan untuk menyerap haba dan kemudianmenyingkirkan haba melalui air. Air

    akan digunakan untuk menyeraphaba kemudian akan menyingkirkan haba ke

    udara dan disejukkansemula dengan menggunakan peralatan yang dinamakan

    MenaraPendingin

    ( Cooling Tower ).

    Menara Pendingin di

    the Curve

    menggunakan Sistem PLC

    ( Program Logic Control )

    . Terdapat 4 jenisSistem Pendingin Air yang ada iaitu Sistem STC

    ( Steam TurbineChiller ),

    Sistem DFC

    ( Direct Fire Chiller ), Sistem AC

    ( AbsortionChiller )

    dan Sistem ECC

    ( Electrical Centrfugal Chiller )

    .

    the Curve

    menggunakan Sistem ECC yang mana ianya menggunakan cecair

    bagimenyejukkan minyak. Cecair yang digunakan ialah

    Enthylene Glycol ( C 2 H 6 O2 )

  • 7/27/2019 Teori Sistem Penyamanan Udara

    4/9

    . Cecair ini boleh membeku serta dijadikan pencegahan karatselain dari

    keberkesanan cecair ini dalam sistem penukaran haba.Menara ini juga

    menggunakan

    Centrifugal Pump

    yang dilindungi olehbesi tuangan

    ( cast iron )

    serta berkuasa 40HP. Fungsi menarapendingin ialah untuk menyingkirkan haba ke

    udara sekeliling danpenyejukan air panas yang menyerap haba dari pemeluwap

    dingin air.Air yang digunakan dibekalkan dari bekalan air bersih yang ada.

    prinsip Asas Menara Pendingin

    ( Cooling Tower )

    ialah konsep kitaranair yang melalui Pemeluwap Dingin Air, Pam Air, dan

    komponen dalamanMenara Pendingin. Pam Air berfungsi dengan menyedut air dari

    tangki dandiemparkan ke dalam Pemeluwap Dingin Air. Air bersuhu rendah

    yangdiemparkan itu akan menyerap haba dari bahan pendingin di dalam

    tiubpemeluwap dan dibawa ke bahagian semburan di atas menara pendingin.

    Air akan disemburkan dan jatuh ke atas sisip aluminium atau tambakan

    yangkeadaannya berlapis. Semasa air yang disembur jatuh di atas sisip

    aluminium,udara luar yang bertiup dari arah tepi menara akan membawa wap

    panas yangterpeluwap daripada air panas naik ke atas menara manakala kipas di

    puncakmenara menolong mempercepatkan proses penyingkiran haba. Air yang

    jatuhdi atas sisip aluminium akan dikumpulkan semula ke dalam

    takunganpembuangan haba. Air yang sejuk ini akan dipamkan semula ke

    dalampemeluwap.

    4.5.3Bahagian bahagian Yang Terdapat Pada Menara Pendingin

    Kerangka

    -

    Diperbuat daripada FRP

    ( Fibre Glass Reinforced Plastic )

    dankedudukannya lebih ringan serta tahan daripada hakisan dankebocoran.

    Pemercik

    -

  • 7/27/2019 Teori Sistem Penyamanan Udara

    5/9

    Diperbuat daripada vinil klorida

    ( Vinyl Chloride

    ) .Ia terbahagikepada dua jenis, iaitu jenis pasang kekal dan jenis putar.

    Kipas

    -

    Diperbuat daripada plastik keras yang disambung terus kepadamotor jenis kalis air.

    Motor Kipas

    -

    Direkabentuk untuk kalis air dan bearingnya diperbuat daripadagelas kedap

    minyak.

    Turas dan Tapis

    -

    Berfungsi untuk menapis kekotoran air dan dipasangkan padasalur keluar untuk

    menyekat kekotoran masuk ke dalam paip air.Turas ini diperbuat daripada sejenis

    bahan logam iaitu loyangatau tembaga yang tahan karat.

    Takungan

    -

    Diperbuat daripada bahan sama dengan kerangka.30

    Tambakan atau sisip

    -

    Berfungsi untuk menambah keluasan antara percikan air danudara. Bahagian yang

    paling penting dan diperbuat dari vinilklorida dengan ketahanan pada suhu 50Catau kurang.

    `

    4.5.4Pemasangan Menara Pendingin

    Pemilihan Tempat

  • 7/27/2019 Teori Sistem Penyamanan Udara

    6/9

    -

    Di kawasan peredaran udara yang baik dan tidak terlindung.

    -

    Tidak berhampiran dengan bangunan dan pemeluwap.

    -

    Tempat yang mudah untuk membuat kerja kerjaselenggaraan.

    Pemasangan

    -

    Diletakkan di atas tapak yang kuat dan kukuh.

    -

    Dipasang menegak ke atas dan perlu hamper dengan sumber bekalan air.

    -

    Saluran paip sedutan pam mestilah lebih rendah daripadatakungan.

    -

    Pastikan udara dan haba panas yang disingkirkan tidak akanmasuk semula ke

    dalam menara.

    -

    Untuk mengelakkan bunyi yang bising dari operasi MenaraPendingin, menara ini

    perlu diletakkan di aras bumbung

    ( Roof Top)

    31

    4.6.Sistem Air Sejuk

    ( Chilled Water System )

    Pusat Operasi Sistem Air Sejuk boleh dibahagikan kepada 4 litar yangdibahagikan

    mengikut penggunaan penyamanan udara bagi lot yang terdapatdi

    the Curve.Bagi Litar A & B, ianya didirekabentuk khusus untuk lot lot Foodand Beverages,

    pusat pusat hiburan serta beberapa restoran yang terdapatdi Zon A , B dan

    sebahagian Zon C dan D di mana lot berkenaan beroperasisehingga larut malam

    dan kadangkala mencecah dinihari keesokan harinya.Manakala Litar C & D pula

    direkabentuk untuk mengagihkan penyamananudara bagi outlet yang terdapat di

    dalam pusat membeli belah di mana masaoperasinya ialah pada jam 10 pagi

    hingga 10 malam.Berbeza dengan sistem pendingin air di kawasan lain

    yangmengagihkan sistem dingin air terus ke bangunan, di

    the Curve

  • 7/27/2019 Teori Sistem Penyamanan Udara

    7/9

    sistem air dingin dibekalkan dari

    Heat Exchanger

    terlebih dahulu sebelum diagih agihkan ke Unit Lingkaran Kipas

    ( FCU )

    dan Unit Kendalian Udara

    ( AHU )

    yang dikendalikan oleh kontraktor

    District Cooling Plant

    Melalui proses pemindahan haba di Heat Exchanger oleh kontaktor

    District Cooling Plant

    , bekalan air sejuk bersuhu 3C diagihkan ke semua UnitLingkaran Kipas

    ( FCU )

    dan Unit Kendalian Udara

    ( AHU )

    melalui ChilledWater Pump yang disediakan oleh pihak

    the Curve

    . Secara amnya, operasiSistem Pendingin Air yang dikendalikan oleh

    the Curve

    dipanggil

    Secondary Chilled Water System .

    Setiap litar

    Secondary Chilled Water System

    mempunyai 2 buah PamAir Sejuk Peringkat Kedua yang beroperasi dengan

    kawalan kelajuan yangberbeza. Hanya satu unit yang akan digunakan mankala

    sebuah unit lagidiletakkan sebagai Unit Tunggu Sedia ( Standby Unit ). Set pam

    untuk Litar A& B ditempatkan di

    Heat Exchanger Room No. 1 ( HEX 1 )manakala set pamuntuk Litar C & D ditempatkan di

    Heat Exchanger Room No. 2. ( HEX 2 ).

  • 7/27/2019 Teori Sistem Penyamanan Udara

    8/9

    UNIT PISAH

    ( SPLIT UNIT )

    4.10.1.Pengenalan

    Sistem Pisah digunakan untuk pendinginan satu atau beberapa ruangatau bilik

    kecil yang boleh dikendalikan secara berasingan. Sistem ini bolehdibahagikan

    kepada dua bahagian iaitu Sistem Pisah Tanpa Udara Luar danSistem Pisah

    Dengan Udara Luar. Kedua dua unit di atas terdiri daripada duakomponen iaitu

    satu unit luaran iaitu unit pemeluwap dan satu atau beberapaunit dalaman iaitu unit

    penyejat. Kedua dua unit ini disambung denganmenggunakan paip kitaran

    penyejukan yang ditebatkan. Kebanyakankomponen asasnya seperti pemampat,

    pemeluwap dan injap pengembanganditempatkan di unit luaran.

    4.10.2.Unit Pisah Tanpa Udara Luar

    Sistem unit pisah tanpa udara luar tidak mengambil udara luar untukpembaharuanudara. Sistem ini hanya mengambil balik udara dari dalam ruangyang disejukkan.

    Sistem ini biasanya digunakan untuk pendinginanberkeupayaan kecil sahaja. Unit

    unit dalaman yang kecil terdiri dalam bentukdiri bebas, gantung di siling atau

    gantung di dinding. Sistem ini tidak begitusesuai digunakan pada ruang yang

    memerlukan pembaharuan udara yangketara seperti ruang yang terdapat ramai

    orang yang merokok bersenam,tempat penyediaan makanan dan sebagainya.

    Kelembapan bandingan udarabiasanya rendah untuk keselesaan berpanjangan.43

    4.10.3.Unit Pisah Dengan Udara Luar

  • 7/27/2019 Teori Sistem Penyamanan Udara

    9/9

    Unit pisah dengan udara luar akan mengambil balik udara dari dalamruang dan

    juga udara luar untuk tujuan pembaharuan udara. Keupayaannyaadalah lebih besar

    berbanding unit pisah tanpa udara luar. Unit unit penyejatboleh ditempatkan di

    dalam siling. Sistem ini biasanya menggunakan salur udara bagi membekalkan

    udara. Udara bersih akan diambil secara terus dariluar atau dibekal melalui sesalur

    sekiranya unit penyejat terletak jauh daridinding luar