student handbook - kvsasbanting.files.wordpress.com · sistem penyamanan udara, mempelajari...

32
1 STUDENT HANDBOOK KOLEJ VOKASIONAL SULTAN ABDUL SAMAD TELOK DATUK, 42700 BANTING, SELANGOR PROGRAM: TEKNOLOGI PENYEJUKAN DAN PENYAMANAN UDARA KOLEJ VOKASIONAL SULTAN ABDUL SAMAD TELOK DATUK, 42700 BANTING, SELANGOR

Upload: vuongthuan

Post on 03-Mar-2019

314 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: STUDENT HANDBOOK - kvsasbanting.files.wordpress.com · sistem penyamanan udara, mempelajari kemahiran menulis laporan pemeriksaan penyelenggaraan, pengurusan dalam kerja-kerja binaan

1

STUDENT HANDBOOK

PROGRAM

TEKNOLOGI

PENYEJUKAN

DAN

PENYAMANAN

UDARA

KOLEJ VOKASIONAL SULTAN ABDUL

SAMAD

TELOK DATUK, 42700 BANTING, SELANGOR

PROGRAM: TEKNOLOGI

PENYEJUKAN DAN

PENYAMANAN UDARA

KOLEJ VOKASIONAL SULTAN ABDUL

SAMAD

TELOK DATUK, 42700 BANTING, SELANGOR

Page 2: STUDENT HANDBOOK - kvsasbanting.files.wordpress.com · sistem penyamanan udara, mempelajari kemahiran menulis laporan pemeriksaan penyelenggaraan, pengurusan dalam kerja-kerja binaan

2

1.0 PRAKATA

TINTA PENGARAH

Bismillahirahmannirahim,

Assalamualaikum w.r.t dan salam 1 Malaysia.

Syukur kehadrat Ilahi, kerana atas limpah dan kurniaNya student handbook ini berjaya

diterbitkan hasil sumbangan serta kerjasama Jabatan-jabatan akademik dan bukan akademik

yang telah memberi informasi mengenai program dan perkhidmatan yang ditawarkan.

Student handbook ini ibarat buku panduan berkaitan dengan aktiviti dan program Kolej

Vokasional. Tujuan student handbook ini disediakan adalah untuk memuatkan semua

informasi dalam satu buku yang boleh dikongsi bersama tanpa perlu merujuk kepada pelbagai

pihak secara berasingan.Sehubungan itu, saya secara peribadi ingin mengucapkan ribuan

terima kasih kepada semua pihak yang menggembleng tenaga serta fikiran dalam menyiapkan

buku ini.

Semoga penerbitan student handbook ini bukan sahaja menjadi bahan rujukan pelajar malahan

kepada mereka yang ingin tahu berkenaan program Kolej Vokasional. Melalui buku ini, segala

maklumat asas berkaitan program serta aspek-aspek pengurusan sesuatu jabatan dapat

diperincikan untuk keperluan pihak-pihak yang berkepentingan. Oleh itu, ia diharap dapat

menjadi panduan penting kepada pihak- pihak yang memerlukan.

Sekian, terima kasih.

Pengarah,

Kolej Vokasional Sultan Abdul Samad

Page 3: STUDENT HANDBOOK - kvsasbanting.files.wordpress.com · sistem penyamanan udara, mempelajari kemahiran menulis laporan pemeriksaan penyelenggaraan, pengurusan dalam kerja-kerja binaan

3

2.0 VISI DAN MISI

VISI PPT

Kolej Vokasional Sultan Abdul Samad berhasrat menyediakan

sumber manusia bersahsiah unggul dan berkemahiran tinggi

yang memenuhi keperluan sosial untuk pembangunan

ekonomi, sosial dan teknologi.

MISI PPT

1. Menyediakan tenaga manusia bersahsiahdan berkemahiran tinggi yang memenuhi keperluan pasaran.

2. Membangunkan sistem pendidikan vokasional berkesan. 3. Mengintegrasikan teknologi dalam pendidikan vokasional. 4. Menggalakkan hubungan antara industri dan masyarakat. 5. Mengembangkan kemahiran vokasional secara kreatif dan

inovatif. .

.VISI & MISI KVSAS

Visi

Membentuk pelajar yang berdaya saing di peringkat global.

Misi

Memperkasa pendidikan vokasional melalui amalan pengurusan berkualiti dan

holistik.

Page 4: STUDENT HANDBOOK - kvsasbanting.files.wordpress.com · sistem penyamanan udara, mempelajari kemahiran menulis laporan pemeriksaan penyelenggaraan, pengurusan dalam kerja-kerja binaan

4

3.0 PENGENALAN

KOLEJ VOKASIONAL SULTAN ABDUL SAMAD 2013 - KINI

Sejarah Kolej Vokasional Sultan Samad bermula sebagai Secondary Continuition School atau dikenali

dengan nama Sekolah Pelajaran Lanjutan pada tahun 1962. Pada tahun 1969,sekolah ini dinamakan Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (Inggeris) Telok Datok. Menjelang tahun 1972, sekolah ini dinamakan sebagai Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Abdul Samad atau ringkasnya SSAS diambil sempena nama Sultan Selangor yang keempat iaitu Sultan Abdul Samad (1857 – 1898) yang berkerajaan di Jugra. Pada awal tahun 1994, SSAS telah dinaik taraf ke Gred A. Ini telah memberi peluang kepada SSAS dicalonkan dalam “ANUGERAH SEKOLAH HARAPAN NEGARA PERINGKAT NEGERI SELANGOR” sempena sambutan Hari Guru 1998 di peringkat bandar. Pada 23 September 2012, sebuah sambutan Jubli Emas telah diadakan sempena meraikan 50 tahun SMKSAS.

Pada tahun 2013, SMK Sultan Abdul Samad membuka lembaran baharu dalam meneruskan fungsi

sebagai institusi pendidikan di Malaysia dengan status Kolej Vokasional Sultan Abdul Samad iaitu sebuah sekolah menengah harian pertama di Malaysia yang dinaik taraf menjadi Kolej Vokasional dibawah Program Transformasi Pendidikan Teknik dan Vokasional.

Sebagai permulaan, pada tahun 2013 hanya terdapat dua sahaja program yang ditawarkan iaitu Seni

Kulinari dan Pengurusan Perniagaan dengan bilangan pelajar yang hanya seramai 68 orang sahaja sebagai permulaan. Hingga kini, terdapat tujuh program yang ditawarkan mengikut perancangan yang dibuat. Program-program yang ditawarkan oleh KV Sultan Abdul Samad ialah Diploma Seni Kulinari, Diploma Pengurusan Perniagaan, Diploma Kosmetologi, Diploma Bakeri dan Pastri, Diploma Teknologi Elektrik, Diploma Seni Reka Fesyen dan Diploma Teknologi Penyejukan dan Penyaman Udara.

Selain itu,pertambahan tenaga pengajar juga telah berlaku dari tahun ke tahun. Kini, Kolej Vokasional

Sultan Abdul Samad memiliki seramai 67 orang pensyarah dibantu oleh 10 orang staf sokongan dengan kapasiti pelajar seramai melebihi 687 orang.

Page 5: STUDENT HANDBOOK - kvsasbanting.files.wordpress.com · sistem penyamanan udara, mempelajari kemahiran menulis laporan pemeriksaan penyelenggaraan, pengurusan dalam kerja-kerja binaan

5

4.0 DIPLOMA TEKNOLOGI PENYEJUKBEKUAN DAN PENYAMAN UDARA

4.1 Carta Organisasi Program Diploma

5.0

PENGARAH

TN HJ SHAMSUDDIN BIN SAID

T

KETUA JAMINAN KUALITI

PN HASNAH BT YUSOF

TIMBALAN PENGARAH AKADEMIK

PN HJH RUZAHRIAH BT HJ TELIMIK

TIMBALAN PENGARAH SOKONGAN AKADEMIK

TN HJ ABD HALIM BIN JAMJI

KETUA JABATAN PENYEJUKAN DAN PENYAMANAN UDARA

EN. RADIN MOHD SHAMSUL ZAHRI BIN HIRZIN

KETUA PROGRAM

EN. FAIZOL BIN YUSOF

SETIAUSAHA PROGRAM

CIK NABILAH BINTI ABU BAKAR

PENYELARAS BENGKEL

EN. MOHAMAD KHAIR BIN MOHD TURAN

PENYELARAS MODUL

EN. AZMAN BIN LARUT

PENYELARAS 5S

CIK SUHAILA BINTI ABDUL RAZAK

PENYELARAS ASET / PERALATAN

EN. FAIZOL BIN YUSOF

PENYELARAS BAHAN AMALI

EN. MOHAMAD KHAIR BIN MOHD TURAN

PENYELARAS PEPERIKSAAN

CIK NABILAH BINTI ABU BAKAR

PENYELARAS SCHOOL

ENTERPRISE

CIK SUHAILA BINTI

ABDUL RAZAK

Page 6: STUDENT HANDBOOK - kvsasbanting.files.wordpress.com · sistem penyamanan udara, mempelajari kemahiran menulis laporan pemeriksaan penyelenggaraan, pengurusan dalam kerja-kerja binaan

6

4.2 Senarai Staf Program

Bil Senarai Staf Kelayakan Nama badan penganugerahan

1

En. Radin Mohd Shamsul Zahri bin Hirzin

Ketua Jabatan

Kejuruteraan Mekanikal Dan Pembuatan

Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Mekanikal)

Sijil Perguruan Asas (Kepujian)

Universiti Putra Malaysia (UPM)

Maktab Perguruan Teknik, Kuala

Lumpur

2

En, Faizol bin Yusof

Ketua Program

Teknologi Penyejukbekuan Dan Penyamanan Udara

Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Teknik Dan Vokasional

Universiti Tun Hussein Onn

Malaysia (UTHM)

3. En. Azman bin Larot

Pensyarah

Teknologi Penyejukbekuan Dan Penyamanan Udara

Ijazah Sarjana Muda Teknologi Maklumat

Open Universiti Malaysia, Kuala

Lumpur.

4.

Cik Nabilah binti Abu Bakar

Pensyarah

Teknologi Penyejukbekuan Dan Penyamanan Udara

Ijazah Sarjana Pendidikan Teknik dan Vokasional

Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Teknik dan Vokasional

Universiti Tun Hussein Onn

Malaysia (UTHM)

Universiti Tun Hussein Onn

Malaysia (UTHM)

Page 7: STUDENT HANDBOOK - kvsasbanting.files.wordpress.com · sistem penyamanan udara, mempelajari kemahiran menulis laporan pemeriksaan penyelenggaraan, pengurusan dalam kerja-kerja binaan

7

5. Cik Suhaila binti Abdul Razak

Pensyarah

Teknologi Penyejukbekuan Dan Penyamanan Udara

Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Teknik dan Vokasional

Universiti Tun Hussein Onn

Malaysia (UTHM)

6. En. Mohamad Khair bin Mohd Turan

Pensyarah

Teknologi Penyejukbekuan Dan Penyamanan Udara

Ijazah Sarjana Pendidikan Teknik dan Vokasional

Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Teknik dan Vokasional

Universiti Putra Malaysia (UPM)

Universiti Tun Hussein Onn

Malaysia (UTHM)

4.3 Program Yang Ditawarkan

4.3.1 Program Sijil Vokasional Malaysia Penyejukan dan Penyaman Udara 4.3.2 Program Diploma Vokasional Malaysia Teknologi Penyejukan dan Penyamanan Udara

Page 8: STUDENT HANDBOOK - kvsasbanting.files.wordpress.com · sistem penyamanan udara, mempelajari kemahiran menulis laporan pemeriksaan penyelenggaraan, pengurusan dalam kerja-kerja binaan

8

4.4 Programme Educational Objectives (PEO) dan Programme Learning Outcomes (PLO)

4.5 4.6 4.7 4.8 4.9 4.10 4.11 4.12 4.13 4.14 4.15 4.16 4.17 4.18

4.5 Sinopsis Program

OBJEKTIF PENDIDIKAN PROGRAM (PEO)

Program Teknologi Penyejukan dan Penyaman Udara mampu menghasilkan pembantu jurutera penyejukan dan penyaman udara yang:

1. Berpengetahuan dan berkemahiran tinggi dalam disiplin Teknologi Penyejukan Dan Penyaman Udara

2. Efektif dalam komunikasi dan memaparkan ciri kepimpinan yang baik dalam sebuah organisasi

3. Mampu menyelesaikan masalah operasi secara beretika dengan pendekatan yang inovatif, kreatif dan mampan

4. Berupaya mengamalkan kemahiran keusahawanan dan pembelajaran sepanjang hayat selari dengan perubahan persekitaran bagi disiplin Teknologi Penyejukan Dan Penyaman Udara

HASIL PEMBELAJARAN PROGRAM (PLO)

Di akhir program Diploma Teknologi Penyejukan Dan Penyamanan Udara, pelajar akan boleh:

1. Memperoleh dan mengaplikasi pengetahuan matematik, sains, dan asas serta prinsip bidang kejuruteraan dalam Teknologi Penyejukan Dan Penyaman Udara. [LO1]

2. Mengaplikasi kemahiran praktikal dalam Teknologi Penyejukan dan Penyamanan Udara [LO2]

3. Mengenalpasti dan menyelesaikan masalah secara kreatif, inovatif dan efektif dalam bidang Teknologi Penyejukan dan Penyamanan Udara [LO3]

4. Berkomunikasi secara berkesan dengan rakan sejawat, dan ahli profesional lain dalam komuniti kejuruteraan serta masyarakat. [LO4]

5. Berfungsi dengan berkesan dan bertanggungjawab sebagai individu dan ahli pasukan dalam melaksanakan pelbagai bidang tugas. [LO5]

6. Memahami serta memberi komitmen secara profesional, beretika dan bertanggungjawab selari dengan kod amalan profesion. [LO6]

7. Menyedari keperluan pembangunan profesional berterusan dan melibatkan diri dalam pembelajaran sepanjang hayat. [LO7]

8. Memotivasi diri dan meningkatkan kemahiran keusahawanan bagi tujuan kemajuan kerjaya. [LO8]

9. Menyedari dan menunjukkan kemahiran kepimpinan yang berkualiti serta efektif. [LO9]

Page 9: STUDENT HANDBOOK - kvsasbanting.files.wordpress.com · sistem penyamanan udara, mempelajari kemahiran menulis laporan pemeriksaan penyelenggaraan, pengurusan dalam kerja-kerja binaan

9

Dalam program ini pelajar akan diberi penekanan kepada pengetahuan dan kemahiran dalam pengujian

dan penyelenggaraan sistem penyamanan udara domestik, menganalisis dan merekabentuk susunatur

sistem penyamanan udara, mempelajari kemahiran menulis laporan pemeriksaan penyelenggaraan,

pengurusan dalam kerja-kerja binaan berkaitan penyamanan udara serta mematuhi dan mengamalkan

peraturan keselamatan dan kesihatan.

SEMESTER 1

No Code

Course Course Credit

1 DMC1113 SUPERVISORY MANAGEMENT 3.0

2 DMC1323 ACMV ELECTRICAL SYSTEM DESIGN 3.0

3 DMC1133 REFRIGERATION AND AIR CONDITIONING FUNDAMENTAL

3.0

4. DMC1143 VRF MAINTENANCE, DIAGNOSE & REPAIR 3.0

5. UMT1112 MATHEMATICS OF TECHNOLOGY I 2.0

6. USC1112 SCIENCE 1 2.0

SEMESTER 2

No Code

Course Course Credit

1 DMC2113 ACMV DIGITAL DIRECT CONTROL (DDC) 3.0

2 DMC2223 VENTILATION FAN AND AIR HANDLING UNIT MAINTENANCE

3.0

3 DMC2233 ACMV WATER AND AIR COOLED CHILLER SYSTEM MAINTENACE

3.0

4. DMC2243 WATER PUMP AND COOLING TOWER MAINTENANCE

3.0

UMT2122 MATHEMATICS OF TECHNOLOGY II 2.0

UES2012 ENTERPRENEURSHIP 2.0

SEMESTER 3

No Code

Course Course Credit

1 DMC3112 ACMV COOLING LOAD CALCULATION AND EQUIPMENT SELECTION

2.0

2 DMC3123 ACMV PROJECT PLANNINGAND MONITORING 3.0

3 DMC3333 ACMV TESTING AND COMMISSIONING 3.0

4 DMC3042 FINAL PROJECT 1 2.0

UEB3112 ENGLISH FOR BUSINESS 2.0

Page 10: STUDENT HANDBOOK - kvsasbanting.files.wordpress.com · sistem penyamanan udara, mempelajari kemahiran menulis laporan pemeriksaan penyelenggaraan, pengurusan dalam kerja-kerja binaan

10

UST3122 TECHNICAL SCIENCE II 2.0

UMT3132 MATHEMATHICS 2.0

SEMESTER 4

No Code

Course Course Credit

1 DMC4112 ACMV TENDER DOCUMENT PREPARATION 3.0

2 DMC4323 COMMERCIAL REFRIGERATION SYSTEM 3.0

3 DMC4333 DUCTING AND PIPING DESIGN 3.0

4 DMC4044 FINAL PROJECT 2 4.0

SEMESTER 5

No Code

Course Course Credit

1. OJT 80110 INDUSTRIAL TRAINING 10.0

4.6 Syarat Kemasukan

Syarat Umum

Calon adalah warganegara Malaysia.

Calon mestilah murid yang bersekolah di Sekolah Menengah Kerajaan / Sekolah Menengah Bantuan Kerajaan.

Calon telah menduduki Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) merangkumi Pentaksiran Pusat (PT3), Pentaksiran Sekolah (PS), Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) serta Pentaksiran Psikometrik (PPsi).

Calon sihat tubuh badan.

Calon bebas daripada sakit kronik (masalah jantung, darah tinggi, kencing manis,sawan (epilepsy), kecacatan dan lain-lain penyakit yang boleh menghadkan murid daripada melaksanakan kerja amali.

Calon bebas daripada masalah mental.

Calon berminat dengan program yang dipohon. Syarat Khusus

Calon memperoleh sekurang-kurangnya gred D bagi mata pelajaran Bahasa Melayu dan sekurang-kurangnya gred D bagi mata pelajaran Kemahiran Hidup ( keputusan PT3)

Calon memperoleh sekurang-kurangnya Band 3 bagi mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains, Matematik dan Kemahiran Hidup (Pentaksiran Sekolah, PS).

Page 11: STUDENT HANDBOOK - kvsasbanting.files.wordpress.com · sistem penyamanan udara, mempelajari kemahiran menulis laporan pemeriksaan penyelenggaraan, pengurusan dalam kerja-kerja binaan

11

4.7 Fasiliti

Cassete type

Floor type

Floor Type (inverter)

Penyaman udara kenderaan

Air Handling Unit (AHU)

Mini Water cooled package

Page 12: STUDENT HANDBOOK - kvsasbanting.files.wordpress.com · sistem penyamanan udara, mempelajari kemahiran menulis laporan pemeriksaan penyelenggaraan, pengurusan dalam kerja-kerja binaan

12

5.0 JABATAN PENDIDIKAN UMUM

5.1 Pengenalan

Jabatan Pendidikan Umum adalah suatu jabatan yang sama penting fungsinya dengan jabatan-

jabatan yang lain dalam struktur Kolej Vokasional. Melalui Jabatan Pendidikan Umum, subjek pendidikan

umum seperti Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains, Matematik, Sejarah, Pendidikan Moral, Pendidikan

Islam, Pendidikan Jasmani dan Kesihatan ditawarkan di peringkat SVM.Di peringkat Diploma, Kursus

Pendidikan Umummeliputi Modul Wajib Umum (Pengajian Malaysia, Profesionalisme Pekerjaan, Pendidikan

Islam/Pendidikan Moral dan Jatidiri) ; Kursus Teras Umum (Sains Am/ Sains Teknologi, Matematik Am/

Matematik Teknologi, English for Communication dan Keusahawanan) serta Kursus Wajib Elektif (Bahasa

Arab).

Jabatan Pendidikan Umum mempunyai 4 unit mengikut bidang iaitu Unit Bahasa, Unit Sains &

Matematik, Unit Kemanusiaan dan Unit Teras Umum. Setiap Unit diketuai oleh seorang Ketua iaitu Pn. Hayati

binti Hussain (KU Bahasa), Pn. Norlaili binti Ali (KU Sains dan Matematik), Pn. Deivanai a/p Sabathavan (KU

Kemanusiaan) dan Pn. Norafizah binti Ibrahim (KU Teras Umum).

Untuk memenuhi keperluan pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah, pentaksiran

untuk mata pelajaran Bahasa Melayu adalah setara dengan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

5.2 Fasiliti

BIL KEMUDAHAN GAMBAR CATATAN

1. Makmal Sains

- 4 unit makmal

- Blok C

Digunakan untuk kemudahan PdP pelajar.

Peti sejuk

Window unit type

Page 13: STUDENT HANDBOOK - kvsasbanting.files.wordpress.com · sistem penyamanan udara, mempelajari kemahiran menulis laporan pemeriksaan penyelenggaraan, pengurusan dalam kerja-kerja binaan

13

2. Bilik Operasi Sains dan Matematik (BOSM)

- 1 unit

Digunakan sebagai pusat operasi Unit Sains dan Matematik.

Dilengkapkan dengan dua meja untuk kemudahan PdP.

3. Stor Sukan

- 1 unit

- Blok G

Menempatkan peralatan dan kemudahan sukan untuk PdP.

Page 14: STUDENT HANDBOOK - kvsasbanting.files.wordpress.com · sistem penyamanan udara, mempelajari kemahiran menulis laporan pemeriksaan penyelenggaraan, pengurusan dalam kerja-kerja binaan

14

5.3 Carta Organisasi

Page 15: STUDENT HANDBOOK - kvsasbanting.files.wordpress.com · sistem penyamanan udara, mempelajari kemahiran menulis laporan pemeriksaan penyelenggaraan, pengurusan dalam kerja-kerja binaan

15

5.4 MODUL AKADEMIK ( SVM )

BIL.

KURSUS

SEM 1

SEM 2

SEM 3

SEM 4

1. BAHASA MELAYU A01 1003 A01 2003 A01 3003 A01 4003

2. BAHASA INGGERIS A02 1001 A02 2001 A02 3001 A02 4001

3. MATEMATIK A03 1001 A03 2001

4. MATEMATIK UNTUK PENGAJIAN

SOSIAL

AMT 3101 AMT 4101

5. MATEMATIK UNTUK TEKNOLOGI AMT 3091 AMT 4091

6. SAINS A04 1001 A04 2001

7. SAINS UNTUK PENGAJIAN SOSIAL AMT 3131 AMT 4131

8. SAINS UNTUK TEKNOLOGI AMT 3121 AMT 4121

9. SEJARAH A05 1001 A05 2001 A05 3001 A05 4001

10. PENDIDIKAN ISLAM A06 1001 A06 2001 A06 3001 A06 4001

11. PENDIDIKAN MORAL A07 1001 A07 2001 A07 3001 A07 4001

12. PJ&PK PJK 101 PJK 201 PJK 301 PJK 401

13. EMPLOYABILITY SKILLS(ES) Hujung sem

(3 minggu)

Hujung sem (2

minggu)

Awal sem (3

minggu)

MODUL PENDIDIKAN UMUM ( DVM )

BIL.

KURSUS

SEM 1

SEM 2

SEM.

PENDEK (3

minggu)

SEM 3

SEM 4

01. PENGAJIAN MALAYSIA WPA 5012

02. MATEMATIK AM 1/II/III WMA 5022 WMA 6022 WMA 7012

03. MATEMATIK TEKNOLOGI

I/II/III

WMT 5022 WMT 6022 WMT 7012

04. SAINS AM I/II/III WSA 5032 WSA 6032 WSA 7022

05. SAINS TEKNOLOGI I/II/III WST 5032 WST 6032 WST 7022

06. PENGAJIAN ISLAM WPI 6012

07. PENGAJIAN MORAL WPM 6012

08. PROFESIONALISME

PEKERJAAN

WPP 6043

09. JATI DIRI WKK 6052

10. KEUSAHAWANAN WKP 6063

11. BAHASA CINA I/II WBC 7032 WBC 8022

12. BAHASA ARAB I/II WBA 7032 WBA 8022

13. ENGLISH FOR

COMMUNICATION

WEC 8013

Page 16: STUDENT HANDBOOK - kvsasbanting.files.wordpress.com · sistem penyamanan udara, mempelajari kemahiran menulis laporan pemeriksaan penyelenggaraan, pengurusan dalam kerja-kerja binaan

16

6.0 UNIT PERHUBUNGAN DAN LATIHAN INDUSTRI (UPLI) (KETUA UNIT : ENCIK MANIAM A/L SOKALINGAM)

Unit Pehubungan dan Latihan Industri kolej bertanggungjawab menyelaras program Latihan Industri pelajar dan berhubung dengan firma serta jabatan-jabatan mengenai latihan praktikal pelajar.Penubuhan unit ini adalah bertujuan untuk mengatur dan mengendalikan permohonan tempat latihan, mengenal pasti tempat latihan yang sesuai, pemantauan latihan dan penilaian latihan industri ketika latihan.Unit perhubungan dan latihan industri dibantu oleh Penyelaras Latihan Industri di peringkat jabatan masing-masing.

On Job Training (OJT) adalah satu syarat wajib bagi pelajar program Diploma Vokasional Malaysia (DVM) disemua Kolej Vokasional, ILKS, ILKA dan IPTA yang melaksanakan program tersebut. OJT bertujuan untuk mendedahkan para graduankepada situasi pekerjaan sebenar serta meningkatkan tahap mampu kerja.OJT diperkenalkan untuk memperkasa kompetensi yang sedia ada disamping memberi peluang kepada pelajar untuk menimba pengalaman dalam dunia pekerjaan sebenar supaya dapat mempertingkatkan kebolehpekerjaannya.

Tempoh latihan adalah 3 bulan, dan pelajar dihantar menjalani latihan di pelbagai jenis firma dan jabatan di seluruh negara. Pelajar dibenarkan mendaftar OJT setelah memenuhi syarat berikut:-

1. Telah mengambil semua kursus prasyarat, menduduki dan lulus modul Employability Skills. 2. Dilindungi Insurans. 3. Memiliki ‘GREEN CARD’ bagi bidang yang berkeperluan. 4. Memenuhi syarat-syarat lain yang ditetapkan oleh Pengarah KV dari semasa ke semasa.

Unit perhubungan dan latihan industri sentiasa berusaha untuk menempatkan pelajar-pelajar di tempat latihan yang sesuai dan berdekatan dengan tempat tinggal pelajar seterusnya memberi manfaat kepada pelajar.Bagi penempatan OJT, pelajar boleh memohon tempat OJT dengan menggunakan dua kaedah.Pertama, melalui UPLI.

1. UPLI menyenaraikan senarai OL (Organisasi Latihan) yang boleh dipohon melalui UPLI. 2. Serahkan resume kepada UPLI untuk urusan permohonan. 3. Membuat persediaan untuk ditemuduga oleh syarikat (sekiranya perlu). 4. Menyemak status permohonan melalui UPLI.

Kedua, memohon sendiri ke OL yang dipilih.Pelajar boleh membuat permohonan sendiri dengan menggunakan surat permohonan rasmi dengan menyertakan resume dan borang jawapan setelah berbincang dengan PPO (Pensyarah penyelia OJT).Pelajar perlu mendapatkan maklumat berkaitan OL tersebut sebagai rujukan sebelum membuat permohonan (sekiranya organisasi tidak tersenarai di UPLI).

Maklumat yang diperlukan adalah seperti berikut:

1. Latar belakang OL 2. Jenis aktiviti

*Jika pelajar menerima Borang Jawapan daripada OL, pelajar mesti memaklumkan ke UPLI dengan kadar segera.

Dari segi status lulus OJT dikategorikan seperti di Jadual 1 :

MARKAH KEPUTUSAN STATUS

80 - 100 Cemerlang Lulus

65 - 79 Kepujian

40 - 64 Lulus

0 - 39 Gagal Gagal

Jadual 1: Status Lulus OJT

Page 17: STUDENT HANDBOOK - kvsasbanting.files.wordpress.com · sistem penyamanan udara, mempelajari kemahiran menulis laporan pemeriksaan penyelenggaraan, pengurusan dalam kerja-kerja binaan

17

7.0 JABATAN PENILAIAN & PENTAKSIRAN (JPP)

7.1 Carta Organisasi Jabatan

Page 18: STUDENT HANDBOOK - kvsasbanting.files.wordpress.com · sistem penyamanan udara, mempelajari kemahiran menulis laporan pemeriksaan penyelenggaraan, pengurusan dalam kerja-kerja binaan

18

7.2 Jabatan Pentaksiran Dan Penilaian

Jabatan Pentaksiran dan Penilaian bertanggungjawab menyediakan jadual penilaian dan pentaksiran untuk setiap semester. Jabatan ini merancang dan menubuhkan JK Pembinaan Item dan skema pemarkahan mengikut program. Selain itu, jabatan ini juga bertanggungjawab memproses keputusan pentaksiran berterusan (PB) dan penilaian akhir (PA) untuk mendapatkan keputusan keseluruhan pelajar. Di samping itu, jabatan ini juga menguruskan kaedah dan bentuk pelaporan keputusan penilaian dan pentaksiran.

7.3 Pemberatan Pentaksiran Berterusan (PB) dan Penilaian Akhir (PA)

Kaedah Pentaksiran Berterusan yang boleh dilaksanakan adalah seperti :- i. Kuiz ii. Tugasan iii. Amali iv. Pembentangan v. Ujian vi. Kertas Kerja

Penilaian Akhir (setiap kursus yang mempunyai penilaian akhir)

7.4 Kriteria Gred

Markah Gred

Tahap Pencapaian Akademik

Tahap Kompetensi Vokasional

Nilai Gred

Nilai Gred

90 – 100 A 4.00 Cemerlang

4.00 Kompeten Cemerlang

80 – 89 A- 3.67 3.67 Kompeten Baik

70 – 79 B+ 3.33

Baik

3.33

Kompeten 65 – 69 B 3.00 3.00

60 – 64 B- 2.67 2.67

55 – 59 C+ 2.33 Lulus

2.33

Belum Kompeten

50 – 54 C 2.00 2.00

45 – 49 D+ 1.67

Gagal

1.67

40 – 44 D 1.33 1.33

35 – 39 D- 1.00 1.00

0 – 34 E 0.00 0.00

Pentaksiran Berterusan Penilaian Akhir

Kursus Pemberatan Pelaksanaan Pemberatan Pelaksanaan

Pendidikan Umum

60% Sepanjang semester

40% Akhir

semester

Vokasional 60% Sepanjang semester

40% Akhir

semester

Page 19: STUDENT HANDBOOK - kvsasbanting.files.wordpress.com · sistem penyamanan udara, mempelajari kemahiran menulis laporan pemeriksaan penyelenggaraan, pengurusan dalam kerja-kerja binaan

19

Pelajar layak untuk tujuan Penganugerahan Diploma setelah : • Kompeten semua kursus Vokasional dengan PNGV minima 2.67 (B-) • Lulus semua Kursus PendidikanUmum • Menjalani dan lulus OJT(On Job Training) Diperakui oleh Jawatankuasa Akademik Kolej Diperakui oleh Jawatankuasa Senat

7.5 Pemarkahan Bagi Akademik Dan Vokasional

Wajaran Akademik

Penilaian berterusan adalah 30% dan penilaian akhir adalah 70% untuk matapelajaran akademik

(Pendidikan Umum). Kaedah penilaian berterusan adalah seperti :

i. Kuiz ii. Tugasan iii. Amali iv. Pembentangan v. Ujian vi. Kertas Kerja

Penilaian Akhir (setiap kursus yang mempunyai penilaian akhir)

Wajaran Vokasional

PENILAIAN BERTERUSAN (PB)

PENILAIAN AKHIR (PA)

TEORI 20 10

AMALI 50 20

Penilaian berterusan teori untuk modul vokasional 20%. Kaedah penilaian berterusan yang boleh dilakukan

ialah :

i. Kuiz ii. Tugasan iii. Pembentangan iv. Ujian v. Kertas Kerja

Penilaian akhir teori untuk modul vokasional 10%.Penilaian berterusan amali 50% dan penilalaian akhir amali 20%.

PENILAIAN BERTERUSAN (PB)

PENILAIAN AKHIR (PA)

BAHASA MELAYU (BM) 30 70

BAHASA INGGERIS (BI) 30 70

MATEMATIK (MT) 30 70

SAINS (SN) 30 70

SEJARAH (SJ) 30 70

PENDIDIKAN ISLAM (PI) 30 70

PENDIDIKAN MORAL (PM) 30 70

Page 20: STUDENT HANDBOOK - kvsasbanting.files.wordpress.com · sistem penyamanan udara, mempelajari kemahiran menulis laporan pemeriksaan penyelenggaraan, pengurusan dalam kerja-kerja binaan

20

7.6 Gred Akademik (Pendidikan Umum)

TH-

Tidak Hadir

7.7 Gred Vokasional

T T 0 TH

0 E 0 BELUM KOMPETEN

35 D- 1.00 BELUM KOMPETEN

40 D 1.33 BELUM KOMPETEN

45 D+ 1.67 BELUM KOMPETEN

50 C 2.00 BELUM KOMPETEN

55 C+ 2.33 BELUM KOMPETEN

60 B- 2.67 KOMPETEN

65 B 3.00 KOMPETEN

70 B+ 3.33 KOMPETEN

80 A- 3.67 KOMPETEN BAIK

90 A 4.00 KOMPETEN CEMERLANG

TH- Tidak Hadir

TH TH 0 TH

0 E 0 GAGAL

35 D- 1.00 GAGAL

40 D 1.33 GAGAL

45 D+ 1.67 GAGAL

50 C 2.00 LULUS

55 C+ 2.33 LULUS

60 B- 2.67 KEPUJIAN

65 B 3.00 KEPUJIAN

70 B+ 3.33 KEPUJIAN

80 A- 3.67 CEMERLANG

90 A 4.00 CEMERLANG

Page 21: STUDENT HANDBOOK - kvsasbanting.files.wordpress.com · sistem penyamanan udara, mempelajari kemahiran menulis laporan pemeriksaan penyelenggaraan, pengurusan dalam kerja-kerja binaan

21

8.0 BAHAGIAN SOKONGAN AKADEMIK

8.1 Unit Hal Ehwal Pelajar

Ketua Unit : En. Mohd Shahrizan bin Musa

Unit ini merancang, mengurus, memantau dan menilai program pengambilan dan pendaftaran pelajar serta mengendalikan program pembangunan pelajar termasuk hal-hal berkaitan peraturan dan disiplin pelajar. Unit ini juga bertanggungjawab untuk memastikan kebajikan, kesihatan dan keselamatan pelajar terjamin semasa berada di dalam kolej. Selain itu, unit ini turut memastikan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling berfungsi dengan baik.

PENGARAH

PN. HAJAH NORHAYATI BINTI AB WAHAB

TIM. PENGARAH AKADEMIK

PN. HAJAH RUZARIAH BINTI TELIMIK

TIMBALAN PENGARAH

SOKONGAN AKADEMIK

TN. HAJJ.. ABD HALIM BIN JAMJI

KETUA JAMINAN KUALITI

PN.HASNAH BINTI YUSOF

SETIAUSAHA

CIK NUR FARAH ADIBA BINTI

MOHAMMAD ANUAR

KETUA UNIT HEP

EN. MOHD HELMY

BIN JAMALUDIN

KETUA UNIT SUKAN &

KOKURIKULUM EN.

MOHD FAUZEE

NORDIN BIN IMAN

KETUA UNIT

PSIKOLOGI &

KERJAYA

EN. MUHAMMAD

ROHAIZAM BIN

MD. KASIM

KETUA UNIT

PERPUSTAKAAN

PN. MAS ROHAIYU

BINTI MAT KASSIM

KETUA UNIT

TEKNOLOGI

MAKLUMAT

EN. AZMAN BIN

LAROT @ LARUT

KETUA UNIT

PERHUBUNGAN

AWAM

PN. HANIDA BINTI

MOHD ARIS

KETUA UNIT

PEMBANGUNAN &

PENYELENGGARAAN EN.

JAINI BIN SAIMAN

1. JK UNIT BERUNIFORM

2. JK KELAB/PERSATUAN

3. JK SUKAN & PERMAINAN

1. JK PENGURUSAN PELAJAR

2. LEMBAGA TATATERTIB/DISIPLIN PELAJAR

3. JK PENGURUSAN DISIPLIN

4. JK 3K

5. JK KEBAJIKAN PELAJAR

6. JK PPDA

7. JK KEHADIRAN PELAJAR (SVM/DVM)

8. JK SPBT

9. JK KANTIN

10. JK KELAB PENCEGAHAN JENAYAH

11. JK KEPIMPINAN PELAJAR

12. PENGAMBILAN & PENDAFTARAN PELAJAR

13. JK SURAU AN-NUR

1. JK PRASARANA ICT

2. JK FROG-VLE

3. JK MAJALAH, LAPORAN,

BERITA KVSAS

(MULTIMEDIA)

4. JK SPS & DATA

1. JK

INFORMASI

& PENANDAA

RASAN

2. JK

JERAYAWA

RA/

OUTREACH

1. JK KAJIAN JEJAK PELAJAR

(TRACER STUDY)

2. JK ADUAN DAN MAKLUM

BALAS

Page 22: STUDENT HANDBOOK - kvsasbanting.files.wordpress.com · sistem penyamanan udara, mempelajari kemahiran menulis laporan pemeriksaan penyelenggaraan, pengurusan dalam kerja-kerja binaan

22

8.1.1 Fasiliti Unit Hal Ehwal Pelajar

Kaunter pertanyaan Rak fail pelajar

8.2 Unit Sukan dan Kokurikulum

Ketua Unit : En. Khafizuddin bin Amat Noh

Unit ini merancang, mengurus, memantau dan menilai program ko-akademik, sukan dan kokurikulum yang ditubuhkan di kolej bagi mencapai objektif yang ditetapkan oleh pihak Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional (BPTV). Selain itu, unit ini juga berfungsi untuk memastikan kemudahan dan perkhidmatan sukan serta peralatan memenuhi keperluan program. Di samping itu, unit ini juga memberi khidmat pakar semasa bertugas sebagai jurulatih / pegawai dalam kursus yang dianjurkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

8.2.1 Fasiliti Unit Sukan dan Kokurikulum

Rak peralatan sukan Rak peralatan perkhemahan

8.3 Unit Psikologi dan Kerjaya

Ketua Unit : En. Muhammad Rohaizam bin Mohd Kassim

Unit ini bertanggungjawab untuk merancang, mengurus, memantau dan menilai program-program psikologi dan kerjaya yang berfaedah dan berkesan bagi memastikan pelajar-pelajar mendapat perkhidmatan yang terbaik sepanjang mereka berada di kolej. Selain itu, unit ini turut menyelia dan menyelaras program dan aktiviti kaunseling dalam aspek pengembangan, pencegahan, pemulihan dan intervensi. Unit ini juga bertanggungjawab untuk merancang aktiviti-aktiviti pembangunan insaniah pelajar seperti program penghayatan nilai, program pemantapan sahsiah dan ceramah agama.

Page 23: STUDENT HANDBOOK - kvsasbanting.files.wordpress.com · sistem penyamanan udara, mempelajari kemahiran menulis laporan pemeriksaan penyelenggaraan, pengurusan dalam kerja-kerja binaan

23

8.3.1 Fasiliti Unit Psikologi dan Kerjaya

Ruang menunggu

Bilik kaunseling individu

Bilik kaunseling kelompok

8.4 Unit Pusat Sumber

Ketua Unit : Pn. Jothi A/P Munusamy

Unit Pusat Sumber bertanggungjawab merancang, mengurus, memantau dan menilai program-program dan aktiviti-aktiviti pusat sumber bagi menyokong program pendidikan di kolej ini. Selain itu, unit ini juga menjadi rujukan para pelajar untuk mendapatkan bahan rujukan berkaitan program-program yang diikuti di kolej.

Page 24: STUDENT HANDBOOK - kvsasbanting.files.wordpress.com · sistem penyamanan udara, mempelajari kemahiran menulis laporan pemeriksaan penyelenggaraan, pengurusan dalam kerja-kerja binaan

24

8.4.1 Fasiliti Unit Pusat Sumber

Pintu masuk Pusat Sumber Mural kreativiti dinding luar pusat sumber

Sudut meja bacaan dan ulangkaji

Rak buku sudut santai dan kreativiti

8.5 Unit Pengurusan Teknologi Maklumat dan Data

Ketua Unit : En. Azman bin Larut @ Larot

Unit ini bertanggungjawab merancang, menyelaras dan menyelia program-program ICT dan teknologi untuk menyokong proses pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan. Unit ini juga membantu kolej dalam proses pembudayaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran.

Page 25: STUDENT HANDBOOK - kvsasbanting.files.wordpress.com · sistem penyamanan udara, mempelajari kemahiran menulis laporan pemeriksaan penyelenggaraan, pengurusan dalam kerja-kerja binaan

25

8.6 Unit Perhubungan Awam

Ketua Unit : Pn. Hanida binti Mohd Aris

Unit ini bertanggungjawab merancang dan menyelaras pengurusan perhubungan awam dan agensi luar. Seterusnya, unit ini juga bertindak untuk mengenalpasti entiti komuniti yang relevan untuk menjalin hubungan dengan industri.

8.7 Unit Pembangunan dan Penyelenggaraan

Ketua Unit : En. Faizol bin Yusof

Unit ini merancang, mengawal selia dan memantau projek-projek kecil pembangunan dan kerja-kerja penyelenggaraan fizikal serta projek 5S di kolej. Unit ini juga memastikan keadaan fizikal bangunan, padang dan persekitaran kolej berada dalam keadaan baik untuk menjamin keselamatan pelajar.

8.8 Lain – lain kemudahan

1. Foyer KVSAS

2. Pejabat

3. Sistem thumbprint pensyarah dan pelajar

4. Kiosk one stop over

Page 26: STUDENT HANDBOOK - kvsasbanting.files.wordpress.com · sistem penyamanan udara, mempelajari kemahiran menulis laporan pemeriksaan penyelenggaraan, pengurusan dalam kerja-kerja binaan

26

5. Koperasi

6. Galery and cafe

7. Padang permainan

8. Pondok santai Pelajar

9. Surau An Nur KVSAS

10. Gelanggang Sepak takraw

Page 27: STUDENT HANDBOOK - kvsasbanting.files.wordpress.com · sistem penyamanan udara, mempelajari kemahiran menulis laporan pemeriksaan penyelenggaraan, pengurusan dalam kerja-kerja binaan

27

PEMBUDAYAAN INOVASI

EN MOHAMAD KHAIR BIN MOHD TURAN

9.0 BAHAGIAN PENGURUSAN JAMINAN KUALITI

9.1 Carta Organisasi Jawatankuasa Jaminan Kualiti 2018

PENGERUSI

PN HAJAH NORHAYATI BINTI AB WAHAB

TIM PENGARAH AKADEMIK

PN. HJH. RUZAHRIAH BINTI HJ. TELIMIK

KETUA JAMINAN KUALITI

PN HASNAH BINTI YUSOF

SETIAUSAHA

PN. MASRIANTIE BINTI MAHARUN

TIM PENGARAH SOKONGAN

AKADEMIK TN. HJ. ABD HALIM BIN JAMJI

PEN. SETIAUSAHA

CIK MIRA ADILLA BINTI SABRI

PENYELARAS

PERANCANGAN

DASAR

PN. HANIDA BINTI

MOHD ARIS

PENGURUSAN AKREDITASI PROGRAM

PN. HAJAH NORLAILI BINTI ALI

PENGAUDITAN DAN PEMANTAUAN

CIK NOR SYUHADA BINTI SAIFUL ANUAR

EKSA

PN NOR ALIZA BINTI MOHD

RIDWAN

DOKUMENTASI JAMINAN KUALITI

(BILIK DOKUMENTASI)

PN. JOTHI A/P MUNUSAMY

SPK

(ISO 9001:2008) EN RADIN M

SHAMSUL ZAHRI BIN HIRZIN

PENJAMINAN

KUALITI PENTAKSIRAN DAN

PENILAIAN (4P)

PN. NORAFIZAH BINTI IBRAHIM

OSH

EN.AZIZAN BIN SURADI

PEMBUDAYAAN INOVASI

EN MOHAMAD KHAIR BIN MOHD

TURAN

KIK & PDP EN

KHAFIZUDIN BIN

KV SKILLS EN. AZIZAN BIN SURADI

Page 28: STUDENT HANDBOOK - kvsasbanting.files.wordpress.com · sistem penyamanan udara, mempelajari kemahiran menulis laporan pemeriksaan penyelenggaraan, pengurusan dalam kerja-kerja binaan

28

9.2 Pengenalan Kolej Vokasional Sultan Abdul Samad, Banting melaksanakan Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) bagi memenuhi visi dan misi penubuhan kolej dan memenuhi kehendak negara. Selain itu, bahagian ini juga menjadi sumber rujukan dalam proses penyediaan dokumen akreditasi MQA. Bahagian ini juga merancang dan mengawal selia pelaksanaan proses-proses Penjaminan Kualiti 4P bagi memastikan perjalanan penilaian berterusan (PB) dan penilaian akhir (PA) kolej mematuhi SOP pentaksiran yang telah ditetapkan oleh BPTV dan Lembaga Peperiksaaan Malaysia dipatuhi. Bahagian Jaminan Kualiti bertanggungjawab menyebar luas amalan kepimpinan terbaik di semua peringkat pengurusan kolej bagi meningkatkan profesionalisme melalui maklum balas pelanggan dan aduan pelanggan. Seterusnya, bahagian ini turut merancang, mengawal selia, dan memantau pelaksanaan program Kesedaran Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OHSAS - Occupation Health And Safety Assessment Series for Health and Safety Management Systems). Pengoperasian bilik dokumentasi juga diuruskan oleh Bahagian Pengurusan Jaminan Kualiti. Bahagian ini dipertanggungjawabkan juga untuk menyelaras pembudayaan inovasi dan penyelidikan serta pengauditan dan pemantauan program di Kolej.

9.3 Fasiliti

BILIK KETUA JAMINAN KUALITI BLOK G, ARAS BAWAH

PEJABAT UNIT JAMINAN KUALITI

SUDUT INFORMASI UNIT JAMINAN KUALITI

BILIK DOKUMENTASI

Aduan dan Maklumbalas

En Muhd Rohaizam bin Md Kasim

5S Pn. Nor Aliza binti

Mohd Ridwan

PERANCANGAN DASAR

PN. HANIDA BINTI M. ARIS

PENYELARAS PENGESANAN

PN AZIMAH BINTI AZIZ

Page 29: STUDENT HANDBOOK - kvsasbanting.files.wordpress.com · sistem penyamanan udara, mempelajari kemahiran menulis laporan pemeriksaan penyelenggaraan, pengurusan dalam kerja-kerja binaan

29

PENYUSUNAN FAIL DI BILIK DOKUMENTASI

PERKHIDMATAN KOMPUTER DI BILIK DOKUMENTASI

10.0 MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR

Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) merupakan sebuah badan pelajar yang ditubuhkan di Kolej

Vokasional Sultan Abdul Samad, Banting bermula pada tahun 2015. Fungsi utama penubuhannya

adalah untuk menjadi agen perantaraan kepada para pelajar, para pensyarah dan pihak pengurusan

kolej berkaitan dasar kolej mahupun kebajikan pelajar. Ia juga menjadi badan yang

bertanggungjawab dalam merancang dan mengendalikan pelbagai aktiviti yang berfaedah bagi

mewujudkan suasana kehidupan pelajar di kolej lebih ceria dan harmonis.

Majlis Perwakilan Pelajar Kolej Vokasional Sultan Abdul Samad, Banting adalah bertujuan

sebagai wadah penyampai bicara antara para pelajar, para pensyarah dan pihak pengurusan kolej. Ia

merupakan badan khidmat yang komited dalam usaha menjadikan disiplin sebagai agenda utama

dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab bersama. Di samping itu juga, badan ini bertujuan

untuk membentuk dan meningkatkan sahsiah pelajar yang berketrampilan, beretika, berdisiplin,

bertanggungjawab serta mempunyai sifat kepimpinan yang tinggi.

Objektif penubuhan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) adalah berusaha membantu memajukan

dan membangunkan kolej kearah transformasi.Selain itu, objektifnya adalah supaya barisan

kepimpinan pelajar Kolej Vokasional Sultan Abdul Samad dapat membentuk sahsiah dan kepimpinan

pelajar.Melahirkan generasi pelajar yang berilmu, beramal dan berakhlak juga adalah antara objektif

penubuhan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP).Akhir sekali, tujuannya adalah memastikan keharmonian,

kesejahteraan dan kebajikan pelajar.

Setiap pelajar kolej adalah dengan sendirinya layak mengundi dalam pilihanraya kolej.

Pelajar Tahun 1, 2, 3 dan 4 layak menjadi ahli Majlis Perwakilan Pelajar dengan Syarat dipilih dalam

proses pilihanraya. Pelajar-pelajar semester 1 dan 2 (SVM) layak memegang jawatan dan pelajar

semester 7 & 8 (DVM) iaitu tahun akhir hanya layak menjadi ahli sahaja.

Page 30: STUDENT HANDBOOK - kvsasbanting.files.wordpress.com · sistem penyamanan udara, mempelajari kemahiran menulis laporan pemeriksaan penyelenggaraan, pengurusan dalam kerja-kerja binaan

30

Untuk kaedah pemilihan wakil pelajar Majlis Perwakilan Pelajar, pihak kolej akan melantik

satu jawatankuasa bebas. Jawatankuasa ini mestilah membuat kertas undi rahsia untuk pemilihan

wakil pelajar dalam Majlis Perwakilan Pelajar (MPP). Seterusnya, setiap anggota Majlis Perwakilan

Pelajar hendaklah dipilih oleh pengundi yang mengikut kursus yang ditetapkan seperti berikut:-

- Calon umum : Semua pelajar layak mengundi untuk memilih.

- Calon Kursus : Pengundi yang mengikuti kursus pengajian yang sama sahaja layak

mengundi.

Tempoh sah ahli Majlis Perwakilan Pelajar yang dipilih melalui Pemilihan ini berkuatkuasa

dari tarikh pemilihan hingga tarikh pembubaran dibuaT.

11.0 HALATUJU PROGRAM

Hasil yang ingin dicapai daripada graduan keluaran Kolej Vokasional Sultan Abdul Samad

ialah menjadi melahirkan graduan yang mempunyai kemahiran kebolehdayaan diambil bekerja (employability skills) serta berdaya keusahawanan (enterprising) yang tinggi dan perspektif positif masyarakat awam terhadap pengajian di kolej vokasional.Daripada sudut hala tuju program, Kolej Vokasional mampu melahirkan lebih ramai graduan yang bersedia untuk menceburi alam pekerjaan selepas tamat pendidikan. Lebih kurang 70 peratus graduan diramalkan akan menceburi alam pekerjaan manakala, hanya 20 peratus graduan akan menyambung pengajian dan selebihnya iaitu 10 peratus akan menjadi usahawan.

Graduan lepasan kolej vokasional dikatakan mampu untuk bekerja sebagai pekerja mahir.Hal

ini demikian kerana, di kolej vokasional graduan telah didedahkan dengan program keusahawanan seperti School Enterprise dan Production Base Education. Disamping, kemampuan graduan turut diselia tentang kebolehpasaran graduan melalui program Outcome Based Budgetting KPM (OBB). Seterusnya, melahirkan modal insan mengikut acuan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK).

Page 31: STUDENT HANDBOOK - kvsasbanting.files.wordpress.com · sistem penyamanan udara, mempelajari kemahiran menulis laporan pemeriksaan penyelenggaraan, pengurusan dalam kerja-kerja binaan

31

12.0 PELAN INDUK KOLEJ

PU

JALAN

UTAMA

BLOK G

BLOK F

LIBRARY

BLOK E

BLOK D BLOK C

SURAU

KANTIN

BLOK A

BLOK B

PADANG KOLEJ

Page 32: STUDENT HANDBOOK - kvsasbanting.files.wordpress.com · sistem penyamanan udara, mempelajari kemahiran menulis laporan pemeriksaan penyelenggaraan, pengurusan dalam kerja-kerja binaan

32

PETUNJUK :-

BLOK A ARAS 1 BENGKEL SENI KULINARI BLOK E ARAS 1 BENGKEL PPU KIMPALAN GAS & BENGKEL PPU DOMESTIK

BLOK A ARAS 2 BENGKEL FASHION & DRESS MAKER BLOK F ARAS 1 MAKMAL KOMPUTER UMUM & BENGKEL PPU

BLOK B ARAS 1 RUANG DEWAN TERTUTUP BLOK F ARAS 2 MAKMAL KOMPUTER PPN

BLOK B ARAS 2 BENGKEL KOSMETOLOGI PERSOLEKAN BLOK G ARAS 1

BILIK KAUNSELING, BILIK OPERASI SAINS & MATEMATIK (BOSM), STOR SUKAN, BILIK HEP KVSAS, BILIK TIMB PENGARAH SOKONGAN , BILIK DOKUMENTASI, BILIK K.J PENILAIAN & PENTAKSIRAN DAN BILIK JAMINAN KUALITI

BLOK C ARAS 1 MAKMAL SAINS 1, 2 & 3 BLOK G ARAS 2 BILIK PENGARAH, PEJABAT KV, BILIK PENSYARAH, BILIK TIMBALAN PENGARAH AKADEMIK DAN BILIK JABATAN UMUM

BLOK D ARAS 1 BENGKEL ELEKTRIK DOMESTIK & BENGKEL ELEKTRIK INDUSTRI

BLOK G ARAS 3 BILIK KULIAH, BILIK AKTIVITI PELAJAR, BILIK DISIPLIN, BILIK PENGAWAS DAN BILIK MESUARAT

BLOK D ARAS 2 BENGKEL BAKERI & BENGKEL ELEKTRIK ASAS BLOK G ARAS 4 BILIK-BILIK KULIAH