080326 kitar penyamanan udara asas - andi

22
Kawalan Air Cond IKM Lumut 1 BAHAGIAN PENDIDIKAN DAN LATIHAN (KEMAHIRAN) MARA KERTAS PENERANGAN 11. KAWALAN AIR COND AIR CONDITION

Upload: pudin-mahari

Post on 24-May-2015

5.974 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: 080326   kitar penyamanan udara asas - andi

Kawalan Air Cond

IKM Lumut 1

BAHAGIAN PENDIDIKAN DAN LATIHAN (KEMAHIRAN) MARA

KERTAS PENERANGAN

11. KAWALAN AIR COND

AIR CONDITION

Page 2: 080326   kitar penyamanan udara asas - andi

Kawalan Air Cond

IKM Lumut 2

TAJUK : SUIS KAWALAN TEKANAN (PRESSURE CONTROL)

TUJUAN :

Kertas penerangan ini akan menerangkan kepada pelatih tentang fungsi-fungsi bagi suis kawalan tekanan

dan kegunaannya di dalam sistem penyaman udara. Seperti yang pelatih ketahui terdapat pelbagai jenis

aksesori yang terdapat di dalam sistem penyaman udara dan suis kawalan tekanan merupakan salah satu

daripada aksesori tersebut

PENERANGAN :

Sistem penyejukan dan penyamanan udara selalunya dilengkapi dengan berbagai alat kawalan operasi,

terutamanya dibidang industri dan komersial. Antara alat kawalan yang digunakan adalah seperti pemutus

beban lampau, lara suhu, suis aliran, suis kawalan minyak, suis kawalan tekanan dan sebagainya.

Alat kawalan ini berfungsi untuk mengawal operasi sistem melalui pendawaian litar letrik . Alat kawalan ini

akan menghidup dan mematikan sistem sekiranya sistem beroperasi didalarn keadaan tidak normal. Alat

kawalan ini berfungi untuk memutuskan litar kawalan dengan kehadiran haba yang berlebihan atau tekanan

yang tidak normal.

Suis kawalan tekanan adalah antara alat kawalan yang digunakan pada sistem penyejukan dan penyamanan

udara industri. Dua suis kawalan tekanan yang biasa digunakan pada sistem iaitu suis tekanan rendah (LPC)

dan suis tekanan tinggi (HPC).

Suis tekanan tinggi - 'High pressure control’ (HPC)

Gambarajah 6.1a, menunjukan operasi suis tekanan tinggi yang dipasang pada saluran nyahcas (discharged

line) menerusi tiub kuprum. Apabila tekanan meningkat 'bellows' atau apar akan mengembang. Bellows ini

digunakan untuk mengaktifkan spring pada kedudukan suis sedia tutup (normally closed) .

Gambarajah 6.1, contoh

suis kawalan tekanan

Page 3: 080326   kitar penyamanan udara asas - andi

Kawalan Air Cond

IKM Lumut 3

Gambarajah 6.1a

Sekiranya tekanan tinggi meningkat menjadi begitu tinggi, bellows ini mengembang dan mampu untuk

membuka suis dan litar seterusnya mematikan pernampat. Suis tekanan tinggi ini dengan sentuhan

berkeadaan sedia tutup (normally closed) akan membuka litar apabila tekanan terlalu tinggi (Gambarajah

6.2c).

Gambarajah 6.2c Pendawaian litar kawalan bagi HPC

Gambarajah 6.2b Low pressure switch

Page 4: 080326   kitar penyamanan udara asas - andi

Kawalan Air Cond

IKM Lumut 4

Suis tekanan rendah - 'Low pressure control' (LPC)

Rekabentuknya dengan suis tekanan rendah adalah hampir sama dengan suis tekanan tinggi. Suis tekanan

rendah dipasang dibahagian saluran sedutan iaitu dibahagian tekanan rendah . Suis ini akan mematikan

pernampat apabila berlaku tekanan yang terlalu rendah di sistem

Sentuhan suis adalah berkeadaan sedia buka (normally open). Suis ini akan menutup atau 'closed contact'

apabila berlaku tekanan yang normal dan menghidupkan pemampat,

Gambarajah 6.3. Pendawaian litar kawalan untuk LPC

Jenis dan binaan

Kebanyakan suis tekanan yang digunakan didalam sistem komersial dan Industri adalah dari jenis yang

boleh dilaras, seperti yang ditunjukan pada gambarajah. Suis tekanan jenis ini boleh digunakan pada

berbagai jenis sistem. Contohnya, suis ini oleh dipasang pada sistem penyejukan R12 dan ia boleh juga

digunakan pada sistem penyaman udara R22.

Suis kawalan tekanan pada asasnya terdapat dalam 3 jenis iaitu :

a. Dual pressure control

b. Single pressure control

c. Non adjustable pressure switch.

Gambarajah 6.4a : Dual pressure switch

������������

���� �

�� ���������

���� �

Page 5: 080326   kitar penyamanan udara asas - andi

Kawalan Air Cond

IKM Lumut 5

Ini boleh dilakukan dengan membuat penyesuaian dan larasan pada pada 'skru pelaras tekanan' mengikut

kesesuaian tekanan bahan pendingin yang digunakan.

Gambarajah 6.4c, non adjustable pressure switch. Suis tekanan ini tidak boleh dibuat larasan kerana tersedia

dengan larasan yang telah ditetapkan.

Gambarajah 6.4a :

Single pressure

switch untuk low

pressure control

Page 6: 080326   kitar penyamanan udara asas - andi

Kawalan Air Cond

IKM Lumut 6

Gamabarajah 6.4d, rekabentuk dan binaan suis tekanan jenis gabungan

Jadual 6.4e menunjukan jadual untuk melaras suis tekanan tinggi dan rendah mengikut berbagai jenis bahan

pendingin yang digunakan.

Jadual 6.

Jadual 6.4e

Page 7: 080326   kitar penyamanan udara asas - andi

Kawalan Air Cond

IKM Lumut 7

Pemasangan dan pendawaian

Suis tekanan rendah dan suis tekanan tinggi adalah dilengkapi dengan tiub rerambut untuk menyalurkan

tekanan kepada suis. Suis tekanan rendah hendaklah dipasang pada bahagian tekanan rendah yang biasanya

pada saluran sedutan. Suis tekanan tinggi pula dipasang pada bahagian tekanan tinggi yang biasanya pada

saluran nyahcas.

Gambarajah 6.5

Suis tekanan dari jenis gabungan, adalah suis tekanan yang menempatkan kedua-dua suis tekanan rendah

dan tinggi didalam satu komponen. Gambarajah menunjukan suis tekanan dari jenis tidak boleh dilaras atau

'non-adjustable'.

Suis tekanan jenis ini kurang digunakan pada sistern kornersial dan industri tetapi banyak digunakan pada

sistern penyarnan udara kenderaan. Kelebihan suis tekanann ini adalah kerana harga yang lebih murah.

Apabila memasang atau menukar ganti suis ini, ia hendaklah bersesuaian dengan bahan pendingin yang

digunakan.

Operasi suis kawalan tekanan

Suis kawalan tekanan akan memutuskan litar kawalan seterusnaya mamatikan pemampat sekiranya sistem

beroperasi didalam keadaan tidak normal (abnormal). Contohnya sistem mengalami kebocoran maka sistem

mengalami tekanan yang terlalu rendah. Ini akan membahayakan pemampat. Apabila tekanan rendah jatuh

dibawah takat yang di laras (cut out) di LPC, pemampat akan dimatikan melalui tindakan LPC.

Page 8: 080326   kitar penyamanan udara asas - andi

Kawalan Air Cond

IKM Lumut 8

Litar pendawaian elektrik unit tingkap

Litar pendawaian unit tingkap berbeza antara satu jenama dengan jenama yang lain. Bagaimanapun

pada asasnya litar pendawaian sistem penyamanan udara unit tingkap adalah sama. Perbezaannya hanya dari

segi tambahan komponen elektrik yang di gunakan untuk tujuan kelicinan pergerakan unit atau untuk tujuan

publisiti perniagaan. Rajah dibawah menunjukkan litar pendawaian asas sebuah unit tingkap.

Page 9: 080326   kitar penyamanan udara asas - andi

Kawalan Air Cond

IKM Lumut 9

Litar pendawalan elektrik unit terpisah

Litar pendawaian unit terpisah berbeza daripada unit tingkap kerana unit luar dan unit dalam

mempunyai pendawaian yang berasingan. Pendawaian unit dalam agak kompleks kerana banyak terdapat

komponen tambahan untuk mengawal pergerakan kipas penyejat dan mengawal suhu mengikut kehendak

pengguna .

Dengan kemajuan masa kini litar pendawaian unit dalam disatukan dengan litar alat kawalan jauh. .

Litar alat kawalan jauh adalah litar asas kawalan mikro komputer. Pendawaian unit luar pula agak mudah

tetapi banyak mempunyai komponen penting yang dipasangkan seperti motor pemampat, motor kipas

pemeluwap, dan kapasitor. Dalam rajah dibawah menunjukkan litar bagi unit luar dengan pangkalan (TeS) 1

dan 2 disambungkan dengan pangkalan 1 dan 2 unit dalam. Kedua-dua litar ini tidak sama antara satu

jenama dengan jenama yang lain tetapi prinsip asasnya hampir serupa.

Page 10: 080326   kitar penyamanan udara asas - andi

Kawalan Air Cond

IKM Lumut 10

Nota:

OL — Geganti beban lampau

MC — Motor pemampat

MF — Motor kipas

C11 C 12— Kapasitor larian

CS — Kapasitor mula

SR — Geganti permulaan

OC — Geganti arus

TeS — Terminal

Page 11: 080326   kitar penyamanan udara asas - andi

Kawalan Air Cond

IKM Lumut 11

A. contoh Gambarajah Pendawaian Asas

B. Kendalian Pendawaian Asas Penyaman Udara -Jenis Pisah

Bermula dan Power Point 240V - Pengalir hidup ‘L’ bersama-sama pengalir neutral ‘N’

dan pengalir bumi’E’ akan masuk ke terminal penyambungan di Indoor Unit.

Arus elektrik ml akan dikawal oleh Litar Elektronik pada Panel Kawalan Indoor Unit. Blower pada Indoor

Unit akan berkendali dan selepas beberapa saat arus elektrik akan di alirkan melalui terminal hidup ‘C’

untuk ke terminal penyambung di Outdoor.

Manakala, pengalir neutral dan bumi akan disambung terus dan terminal untuk

dibawa ke terminal penyambung di Out door.

Untuk mengendalikan Pemampat dan Kipas Pemelowap satu litar lain pula akan

disambung dan terminal penyambungan ini.

C. Pendawaian Sistem Penghidup Pemarnpatdan Motor Kipas

GELUNG MOTOR KIPAS

Page 12: 080326   kitar penyamanan udara asas - andi

Kawalan Air Cond

IKM Lumut 12

D. Ringkasan kendalian litar Penghidup Pemampat dan Motor Kipas

Litar penghidup Motor Pemampat

DariTerminal hidup C arus elektrik akan mengalir ke Over Load dan terus mengalir

masuk ke Punca Sepunya pemampat. Dan sini arus elektnik masuk melalui kedua

dua gegelung elektromagnet pemampat dan untuk menggerakkan rotor tenaga

elektrik tambahan diperlukan dan kapasitor memainkan peranan dengan membekalkan

tenaga elektrik simpanannya ketika mi. Arus elektnik seterusnya mengalir kembali

ke punca neutral. Kitaran seterusnya adalah lebih mudah kerana kuasa elektrik

tidak perlu lagi di jana dengan banyak dan ini menjimatkan arus elektnik.

Litar penqhidup Motor Kipas.

Dan terminal hidup C arus elektnik akan mengalir masuk terus ke gelung kelajuan motor kipas dan

membekalkan anus elektrik ke kapasitor untuk meningkatkan

kuasa pada gelung permulaan. Arus elektnik akan kembali ke terminal Neutral dan kitaran seterusnya juga

akan lebih mudah dan menjimatkan kerana motor tidak lagi

memerlukan arus yang tinggi.

Kedua-dua litar ini akan berhenti dan berfungsi apabila litar kawalan pada Indoor Unit

memutuskan bekalan kuasa setelah suhu bilik mencapai takat yang diperlukan.

Page 13: 080326   kitar penyamanan udara asas - andi

Kawalan Air Cond

IKM Lumut 13

Pengujian Pemampat Hermatic

1. Langkah pertama –Ambil Bacaan rintangan Gelung Motor Pemampat.

2. Langkah Kedua – Membuat Rumusan bacaan .

Bacaan Tertinggi adalah Untuk Gelung Common ( C )

Bacaan Sederhana adalah untuk Gelung Starting ( S )

Bacaan Terendah adalah untuk Gelung Runnong ( R )

Contoh

Sekiranya bacaan yang di perolehi:

A + B = 400 ohm (Merupakan nilal Sederhana)

A + C = 200 ohm (Merupakan nilai Terendah)

B + C = 600 ohm (Merupakan nilai Tertinggi)

Jadi Penentuan Gelung adalah seeperti berikut:

Gelung A + B adalah Gelung Starting

Gelung A + C adalah Gelung Running

Gelung B + C adalah Gelung Common

Page 14: 080326   kitar penyamanan udara asas - andi

Kawalan Air Cond

IKM Lumut 14

Penentuan Punca

A adalah Punca Common

B adalah Punca Starting ----- Mengapa kesimpulan ini terjadi

C adalah Punca Running

B. Menguji dengan litar Hidup

Langkah pertama – Sediakan Litar / Set Pengujian.

Langkah Kedua - menyambung ke Punca Gelung Pemam pat

Sambungkan semua punca Set Pengujian ke Punca Gelung Pemampat dengan Betul dan berikan

bekalan arus elektrik kepada Litar tersebut.

Langkah Ketiga - Kesimpulan ujian

1. Sekiranya Gelung berkeaadaan balk Motor pemampat akan berkendali.

2. Sekiranya Gelung Rosak - ELCB terpelantik I Motor berdengung.

Pastikan punca sambungan pengalir Bumi dipasang semasa ujian.

Page 15: 080326   kitar penyamanan udara asas - andi

Kawalan Air Cond

IKM Lumut 15

Menguji Motor Kipas Penyaman Udara Domestik

Menguji Gelung Motor Kipas menggunakan Multimeter Analog

Setkan Skala pada Meter Pelbagai Guna ( Multimeter) kepada X 10 ohm.

Perkara perlu di pastikan:

Jarum penunjuk pada meter berada pada 0 sebelum ujian.

Panduan bentuk bacaan

1. Jarum meter menunjukan bacaan - ada sambungan antara gelung

2. Jarum meter tidak menunjuk bacaan - gelung putus/rosak

Sebolehnya elakan mengguna meter Digital untuk ujian kerana biasanya ia tidak

dapat menunjukan bacaan dengan tepat ( sentiasa berubah ubah)

Menguji larassuhu ( Thermostat) dengan kaedah ‘ON dan OFF’

Fungsi thermostat adalah untuk mengawal tahap pendinginan ruang penyejukan

sesuatu sistem dengan berfungsi secara automatik memutus litar sekiranya

ruang penyejukan telah mencapai takat pendinginan yang disetkan.

Kaedah ‘ON’ dan ‘OFF’ adalah peringkat pengujian awal untuk memastikan

Thermostat masih boleh berkendali dengan baik.

Langkah Pertama - OFF kan thermostat, dan berikan bekalan kepada sistem.

/Sekiranya sistem pemampat boleh berkendali ini menunjukan bahawa Thermostat

telah rosak.

Langkah kedua - ON kan Thermostat dan berikan bekalan kepada sistem,

sekiranya sistem pemampat tidak boleh berkendali ini menunjukan bahawa

Thermostat telah rosak.

Page 16: 080326   kitar penyamanan udara asas - andi

Kawalan Air Cond

IKM Lumut 16

Menguji Larassuhu dengan kaedah Guna Multimeter

Setkan Skala pada meter pelbagai guna ( Multimeter ) kepada x 10 ohm.

Thermostat hanya mempunyai dua punca sambungan dan hanya ujian keterusan diperlukan untuk menguji

alat ini.

Penghidup DOL ( Direct On Line )

A. Litar kawalan Penghidup Talian Terus ( DOL Stater )

Page 17: 080326   kitar penyamanan udara asas - andi

Kawalan Air Cond

IKM Lumut 17

B. Kendalian Litar Kawalan Penghidup Talian Terus ( DOL Statar )

Arus elektrik 240V akan mengalir masuk melalul penyambung L terus ke punca 1. Dan punca I ia akan

mengalir masuk melalui perintang 5 ohm fius dan keluar ke punca 2 dan terus masuk ke punca OIL 3. Dan

punca 3 arus akan mengalir ke punca 5 dan terhenti disini. Serentak dengan itu juga arus mengalir melalui

NC O/L 1 ke punca 4 dan terus ke punca masuk PB Stop 7. Arus akan mengalir terus ke punca 8 dan 9.

Apabila PB Start di tekan arus akan mengalir melaluinya dan masuk ke Gelung Contactor C dan terus ke

Punca Neutral. Serentak dengan itu semua sesentuh sedia bukanya(NO) akan tertutup dan apabila PB Start

ditekan arus akan terus mengalir melalui NO C yang telah tertutup. Sekiranya berlaku arus beban lampau

OIL 1 akan terpelantik dan semua sesentuhnya akan berubah NO akan tertutup dan NC akan terbuka.

Keadaan ini menyebabkan anus ke gelung akan terputus dan mematikan litar manakala arus akan dapat

mengalir melalui NO OIL I dan lampu LI menyala. Untuk mematikan litar dalam keadaan biasa tekan PB

Stop untuk memutuskan bekalan / Reset kembali OIL I sekiranya Trip.

Litar Utama Penghidup Talian Terus ( DOL Stater )

Page 18: 080326   kitar penyamanan udara asas - andi

Kawalan Air Cond

IKM Lumut 18

Page 19: 080326   kitar penyamanan udara asas - andi

Kawalan Air Cond

IKM Lumut 19

Fungsi Penghidup motor secara AUTO TRANSFORMER

Penghidup motor secara alatubah – auto ini ialah dengan mengurangkan kadar pengunaan voltan dan

arus supaya semasa ia mula dihidupkan, arus mengalir kepada motor pada tatah 70% alatubah – auto.

Dengan ini Cuma 70% dari voltan penuh dikenakan pada motor tersebut di mana arus mula telah dapat

dikurangkan kepada nilai yang berpatutan.

Ketika ini, perhatian hendaklah diberikan pada alatubah – auto di mana ia hendaklah berada di dalam

sambungan bintang dan tidak berlakunya litar terbuka di bahagian sambungan bintangnya. Jika terdapat litar

terbuka disambungikan bintangnya pada ketika mula dihidupkan, alatubah – auto akan mengalami kesan

voltan tinggi yang merbahayakan. Maka ia akan dikendalikan tanpa alatubah – auto yakni alat ubah auto

dipintaskan melalui penyentuh.

Mengikut peraturan 25 Kaedah Elektrik 1949, penghidup cara ini hanya digunkan bagi motor

yang berkeupayaan 10 Kuasa Kuda sehingga 25 Kuasa Kuda. Alat ubah –auto yang digunakan adalah

terdiri daripada 3 alatubah – auto satu fasa atau satu alatubah – auto tiga fasa.. Bagi penghidup jenis ini

ia boleh ditatahkan kepada nilai peratus yang berlainan atau lebih, bergantung kepada jenis beban.

PEMERHATIAN

JENIS MOTOR :

PENGELUAR :

VOLTAN : 415/ 3 PHASE/ 50 HZ

RPM : 3600 RPM

PEMERHATIAN KELAJUAN (RPM) AMPERE

Bacaan pertama

- step 1

- step2

2992

2998

0.2 A

0.4 A

Bacaan kedua

- step1

- step2

2991

2998

0.2 A

0.4 A

Bacaan ketiga

- step 1

- step 2

2991

2997

0.2 A

0.4 A

Page 20: 080326   kitar penyamanan udara asas - andi

Kawalan Air Cond

IKM Lumut 20

Page 21: 080326   kitar penyamanan udara asas - andi

Kawalan Air Cond

IKM Lumut 21

Page 22: 080326   kitar penyamanan udara asas - andi

Kawalan Air Cond

IKM Lumut 22