laporan penyaman udara

10
PENYAMAN UDARA Kesan haba dalam penyejukan dan penyamanan udara. Penyejukan Proses pemindahan haba dari satu tempat ke satu tempat yang lain tanpa mendatangkan bahaya kepada alam sekeliling dan kehidupan. - penyejatan - pemindahan haba Aplikasi penyejukan Penyejukan domestik, penyejukan kormesial, penyejukan industri, merin dan pengangkutan serta penyamanan udara industri. Penyamanan Udara Satu proses pendinginan udara yang melibatkan keselesaan dan kebersihan dalam ruang yang diperlukan. Bukan sahaj untuk pendinginan, tetapi ia meliputi pemanasan, mengawal suhu, mengawal kelembapan, pembersihan dan pengagihan udara tempat yang dinyamankan. Kepentingan penyamanan udara secara umum 1. Menghalang bunyi bising dan kawalan persekitaran 2. Menghalang habuk dan kotoran 3. Mengeluarkan haba untuk keselesaan 4. Mendapatkan pengudaraan yang cukup Amali Penyaman Udara http://tangkapgambar.blogspot.com/

Upload: mohd-taufik-bin-abd-rashid

Post on 24-Apr-2015

437 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

Aplikasi penyejukan

TRANSCRIPT

Page 1: Laporan Penyaman Udara

PENYAMAN UDARA

Kesan haba dalam penyejukan dan penyamanan udara.

Penyejukan

Proses pemindahan haba dari satu tempat ke satu tempat yang lain tanpa mendatangkan

bahaya kepada alam sekeliling dan kehidupan.

- penyejatan

- pemindahan haba

Aplikasi penyejukan

Penyejukan domestik, penyejukan kormesial, penyejukan industri, merin dan

pengangkutan serta penyamanan udara industri.

Penyamanan Udara

Satu proses pendinginan udara yang melibatkan keselesaan dan kebersihan dalam ruang

yang diperlukan. Bukan sahaj untuk pendinginan, tetapi ia meliputi pemanasan,

mengawal suhu, mengawal kelembapan, pembersihan dan pengagihan udara tempat yang

dinyamankan.

Kepentingan penyamanan udara secara umum

1. Menghalang bunyi bising dan kawalan persekitaran

2. Menghalang habuk dan kotoran

3. Mengeluarkan haba untuk keselesaan

4. Mendapatkan pengudaraan yang cukup

http://tangkapgambar.blogspot.com/

Page 2: Laporan Penyaman Udara

Amali Penyaman Udara

Mengetahui sistem di dalam penyeman udara dalam proses pengawalan dan

perawatan bagi semua kandungan udara untuk ruang atau tempat-tempat tertutup.

Amali penyaman udara memperkenalkan tentang perawatan yang melibatkan suhu,

kelembapan, pembaharuan udara, kebersihan dan pengagihan udara tersebut bagi

mencapai keperluan dan fungsi tertentu sesuatu ruang serta pengenalan kepada sistem

penyaman udara. Amali bertujuan memperkenalkan komponen-komponen yang terdapt

dalam sistem penyaman udara.

Langkah keselamatan

1. Memakai pakian yang sesuai ( baju bengkel )

2. Elakkan gas terbebas ke ruang udara dalam bengkel.

3. Memastikan tiada kebocoran pada paip gas.

4. Alatan dalam keadaan selamat dan baik.

5. Sebelum menggunakan tolok pancarongga, pastikan dalam keadaan tutup.

Kitaran Penyejukan Asas

http://tangkapgambar.blogspot.com/

Page 3: Laporan Penyaman Udara

Pengenalan kepada komponen penyejukan

PEMAMPAT

Disebut juga sebagai jantung pada sistem penyejukan kerana pemampat mengepam bahan

pendingin ke seluruh sistem seperti jantung mengepam darah ke seluruh badan.

Fungsi pemempat :

Menyenggara perbezaan tekanan di antara bahagian tekanan tinggi dan bahagian tekanan

rendah pada sistem. Dua perkara akan berlaku semasa proses ini.

(i) Suhu dan tekanan di pemeluwap akan naik membolehkan proses penyingkiran

haba belaku. Haba ini diserap oleh air atau air sekeliling yang bertindak

sebagai bahan media pendingin.

(ii) Suhu dan tekanan di penyejat menjadi rendah dan ini membolehkan bahan

pendiingin mendidih dan menyerap haba dalam peti sejuk atau sekelilingnya.

Jenis-jenis Pemampat :

i. Pemampat salingan

ii. Pemampat putar

http://tangkapgambar.blogspot.com/

Page 4: Laporan Penyaman Udara

iii. Pemampat empar

iv. Pemampat skru.

PEMELUWAP

Pemeluwap pada siste pendingin ialah alat untuk menyingkirkan haba daripada wap

bahan pendingin yang diserap di penyejat. Haba daripada wap bahan pendingin yang

panas akan mengalir menerusi dinding pemeluwap kepada bahantara pemeluwapan.

Hasilnya ialah wap panas bahan pendingin akan kehilangan haba kepada

bahantara pemeluwapan, wap bahan pendingin menjadi dingin dan terpeluwap kepada

keadaan cecair. Bahantara yang digunakan untuk menyingkir haba daripada pemeluwap

ialah udara, air atau gabungan air dan udara.

3 jenis pemeluwap :

1. Sejuk udara

2. Sejuk air

3. Tersejat

http://tangkapgambar.blogspot.com/

Page 5: Laporan Penyaman Udara

PENYEJAT

Penyejat adalah alat atau komponen yang terletak di bahagian tekanan rendah di antara

pemampat dan alat pemeteran. Fungsinya adalah untuk menyerap haba dan

menyingkirkannya di pemeluwap.

Jenis-jenis penyejat :

2 jenis penyejat :

- Jenis pengembangan terus atau kering

- Jenis Banjir.

5 bentuk penyejat :

i. Jenis para atau rak

ii. Jenis kelompang- peti sejuk

iii. Jenis dinding – pendingin beku

iv. Jenis tiub bersirap dengan kipas – sistem tanpa fros

v. Jenis kelompang dan tiub – pendingin air.

http://tangkapgambar.blogspot.com/

Page 6: Laporan Penyaman Udara

PERANTI PEMETERAN

Peranti pemeteran berfungsi untuk mengawal pengaliran bahan pendingin sebelum masuk

ke penyejat. Ini membolehkan, pengawalan kuantiti bahan pendingin yang melalui sistem

penyejukan dikawal.

http://tangkapgambar.blogspot.com/

Page 7: Laporan Penyaman Udara

Komponen lain dalam sistem penyaman udara

1. Tolok Pancarongga

Fungsi : Saluran bagi memasukkan gas ke

dalam pemampat dalam sistem penyaman udara.

Terdapat penunjuk tolok bagi memastikan

tekanan gas yang dimasukkan betul.

Merah (tekanan tinggi), Kuning ( neutral ), &

Biru ( tekanan rendah – buang gas- Perlahan bagi mengelakkan minyak terkeluar.

2. Gegelung sejuk

Fungsi : Berlaku fros jika gas tkanan tidak

cukup. Menunjukkan tahap gas yang

dimasukkan mencukupi sehinnga tekanan

antara 60 psi ke 70 psi.

3. Penunjuk aliran gas

Fungsi : memastikan gas dalam sistem

penyaman udara berjalan dengan baik. Ia juga

memastikan kandungan gas terdapat dalam

sistem penyaman udara.

http://tangkapgambar.blogspot.com/

Page 8: Laporan Penyaman Udara

Pengisian semula gas ke dalam tabung gas penyeman udara.

1 2 3

4 5 6

1. Saluran tolok pancarongga gas dipasang pada lubang masukan untuk mengisi semula

gas ke dalam tabung gas penyeman udara.

2. Sambungan dipastikan dalamkeadaan baik bagi mengelakkan kebocoran gas.

3. Gas dimasukkan, tolok menunjukkan ahmpir ke 30 psi, gas dimasukkan sehinnga

tekanan pada tolok pancarongga menunjukkan tekanan antara 65 psi ke 75 psi.

4. Pam vakum digunakan untuk membuang gas yang terkandung di dalam pemampat.

5. Gas dimasukkan semula ke dalam pemampat untuk penyaman udara berfungsi dalam

keadaan baik

http://tangkapgambar.blogspot.com/

Page 9: Laporan Penyaman Udara

6. Minyak untuk penyaman udara dimasukkan.

KESIMPULAN

Dalam amali penyaman udara ini, pelajar dapat mengetahui mengenai sistem

penyaman udara. Setiap komponen yang terdapat dalam sistem penyaman udara dapat

diketahui rupanya dan fungsi bagi setiap komponen tersebut. Pelajar dapat mengenali

Pemampat, Pemeluwap, Penyejat dan Peranti Pemeteran dan fungsi setiap satu komponen

tersebut.

Faktor kenapa sistem penyaman udara diperlukan adalah kerana :

- Keselesaan

- Prestasi kerja dan bahan pengeluaran

- Kesihatan

- Peralatan.

- Simbol status

Kitaran asas Penyaman Udara

Terdapat 2 kitaran utama yang merupakan kitaran asas penyaman udara iaitu :

1. Kitaran penyejukan

2. Kitaran udara

Kedua-dua proses kitaran inin bertujuan untuk mengalihkan haba dari ruang yang

didinginkan ke udara luar.

Pemilihan sistem Penyaman Udara

1. Kegunaan dan fungsi bangunan

2. Susunatur dan perancangan bangunan

3. Had kos pembelian sistem dan penyenggaraan

4. Kecekapan memberi perkhidmatan

5. Fleksibiliti yang diperlukan

6. Ekonomi ruang.

http://tangkapgambar.blogspot.com/

Page 10: Laporan Penyaman Udara

Credit to

Nama Kursus Matrik

MUSTAFA BIN ZAKARIA

MOHD KAMIL B. MAT DERIS

AZIZAH BT BESAR

HASNISHAM BIN KHALIP

MOHAZIL BIN MOHAMED

MOHD NIZAM BIN SUBANI

NUR AKHMAR BTE MOHD AZHAR

3SPJ

2SPA

3SPJ

3SPJ

4SPJ

4SPJ

4SPJ

AP050499

AP050400

AP050358

AP050371

AP040362

AP040468

AP040386

http://tangkapgambar.blogspot.com/