teori segitiga semiotik

8
Teori Segitiga Semiotik ISU-ISU YANG BERKAITAN DENGAN PENAMAAN DI DALAM MAKANAN WARISAN TRADISI BRUNEI C.K. Odgen dan I.A. Richards (1923/1947) telah menyatakannya di dalam buku yang bertajuk The Meaning of Meaning”. Dalam hal ini makna tersebut telah dianalisa ke dalam tiga bahagian seperti yang tertera di dalam rajah di atas iaitu lambang, fikiran dan benda. Komponen- komponen tersebut berhubungan antara satu sama lain sama ada berhubungan secara langsung mahu pun secara tidak langsung. Rajah di bawah adalah rajah segi tiga semiotik yang diperkenalkan oleh Odgen dan Richards. (Abdullah Hassan, 1980: 233) TEORI SEGITIGA SEMOITIK Teori Segitiga Semiotik (semiotic triangle) telah diperkenalkan oleh Ogden dan Richards. Melalui teori segitiga semiotik ini mereka cuba menerangkan makna dari segi komponennya. Mereka telah memecahkan makna kepada tiga komponen iaitu simbol (perkataan), fikiran (konsep/referensi) dan rujukan (benda). Mereka telah menggunakan segi tiga untuk merepresentasikan ketiga-tiga komponen makna tersebut. Simbol adalah unsur-unsur linguistik iaitu perkataan dan ayat, rujukan ialah benda sementara fikiran adalah konsep (Raminah Hj Sabran & Rahim Syam: 1987: 278).

Upload: shakira-zamarudin

Post on 20-Jun-2015

462 views

Category:

Education


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: Teori segitiga semiotik

Teori Segitiga Semiotik

ISU-ISU YANG BERKAITAN DENGAN PENAMAAN DI DALAM MAKANAN

WARISAN TRADISI BRUNEI

C.K. Odgen dan I.A. Richards (1923/1947) telah menyatakannya di dalam buku yang bertajuk

“The Meaning of Meaning”. Dalam hal ini makna tersebut telah dianalisa ke dalam tiga

bahagian seperti yang tertera di dalam rajah di atas iaitu lambang, fikiran dan benda.

Komponen-komponen tersebut berhubungan antara satu sama lain sama ada berhubungan

secara langsung mahu pun secara tidak langsung. Rajah di bawah adalah rajah segi tiga

semiotik yang diperkenalkan oleh Odgen dan Richards.

 

(Abdullah Hassan, 1980: 233)

TEORI SEGITIGA SEMOITIK

Teori Segitiga Semiotik (semiotic triangle) telah diperkenalkan oleh Ogden dan Richards.

Melalui teori segitiga semiotik ini mereka cuba menerangkan makna dari segi komponennya.

Mereka telah memecahkan makna kepada tiga komponen iaitu simbol (perkataan), fikiran

(konsep/referensi) dan rujukan (benda). Mereka telah menggunakan segi tiga untuk

merepresentasikan ketiga-tiga komponen makna tersebut. Simbol adalah unsur-unsur

linguistik iaitu perkataan dan ayat, rujukan ialah benda sementara fikiran adalah konsep

(Raminah Hj Sabran & Rahim Syam: 1987: 278).

Di dalam rajah segi tiga semiotik terdapat garisan yang terputus-putus di antara simbol

(perkataan) dan rujukan (benda). Ini menunjukkan simbol dan rujukan (benda) itu tidak

mempunyai hubungan yang mutlak. Contohnya kita tidak tahu mengapa binatang yang

Page 2: Teori segitiga semiotik

bersisik dan hidup di dalam air itu digelar ‘ikan’. Kata ‘ikan’ itu tidak ada kena mengena

dengan ciri-ciri yang terdapat pada haiwan tersebut. Oleh itu, simbol (perkataan) “ikan” tidak

mempunyai hubungan dengan benda yang dirujuknya iaitu haiwan tersebut.

Ogden dan Richards berpendapat simbol (perkataan) itu terlebih dahulu melambangkan

fikiran (konsep). Kemudian fikiran akan merujuk kepada benda rujukannya. Hubungan di

antara simbol dan fikiran serta fikiran dengan rujukan adalah hubungan langsung (tiada garis

terputus-putus) dan fikiran (konsep) adalah menjadi penghubung di antara simbol dan rujukan

(Raminah Hj Sabran & Rahim Syam: 1987: 278). Sebagai contoh, apabila seorang penutur

berkata “durian” (simbol) maka si pendengar akan membayangkan dalam fikirannya (konsep)

bentuk buah “durian” (benda yang dirujukkan). Segi tiga semiotik ini juga berkait rapat

dengan proses penamaan. 

PENAMAAN

Penamaan adalah merupakan proses perlambangan suatu konsep yang mengacu kepada

rujukan yang berada di luar bahasa (Jaludin Chuchu, 2010).  Lambang ialah kata di dalam

suatu bahasa manakala benda yang dirujuk sesuatu yang ditunjukkan oleh lambang itu yang

mungkin berupa benda, aktiviti, konsep dan peristiwa. Hubungan penamaan antara perkataan

dengan benda yang dirujuk adalah cukup nyata. Walau bagaimanapun, suatu lambang iaitu

kata dengan sesuatu yang dilambangkannya bersifat sewenang-wenang dan tidak ada

hubungan yang wajib di antara keduanya. Penamaan adalah bersifat konvensional antara

sesama anggota kelompok masyarakat

MAKANAN TRADISI WARISAN BRUNEI

Berkata mengenai makanan tradisi Brunei ini kita mungkin sudah terfikir bahawa memang

banyak makanan warisan tradisi khususnya di negara kita sendiri, Brunei Darussalam. Oleh

itu, dalam pelbagai bentuk dan rasa, makanan warisan tradisi inilah menjadikan identiti

sesebuah negara yang berbudaya dan bermasyarakat. dan kerana itulah menyebabkan setiap

makanan tradisi Brunei ini adalah lambang kepada perpaduan sesebuah masyarakat kerana

umumnya ada makanan terhasil melalui kelompok mereka sendiri. Oleh itu tidak dapat

dinafikan bahawa pemberian nama itu seakan-akan dekat dengan masyarakat mereka

umumnya.

Pada kebiasaan orang-orang Melayu umumnya, masyarakat Melayu Brunei memang terkenal

Page 3: Teori segitiga semiotik

dengan hubungan silaturrahim yang erat dan kuat kerana pada zaman dahulu ikatan

kemasyarakatan itu sentiasa kuat sehingga adanya muncul slogan “Bergotong Royong” dan

slogan ini diadaptasikan juga di dalam penghasilan makanan tradisi Brunei iaitu mereka

bersama-sama di dalam menghasilkan makanan tradisi  Brunei. Hasilnya mereka berkongsi

bersama. 

Pemberian nama setiap makanan ini juga berhubungkait dengan keadaan dan juga tempat

kerana kebanyakan makanan tradisi Brunei ini seolah-olah diberikan namanya berdasarkan

nama tempat dan juga keadaan situasi serta bahan-bahan yang terkandung di dalam

pembuatan makanan tersebut.

DI ANTARA MAKANAN-MAKANAN TRADISI WARISAN BRUNEI YANG DAPAT

DIPEROLEHI

Selaku sebuah masyarakat Brunei yang terlalu kuat dengan pegangan budaya dan tradisi yang

kukuh memang terlalu banyak dengan makanan tradisi yang diwarisi secara turun-temurun.

Oleh itu, kami hanya mampu memperolehi sebanyak lima jenis makanan tradisi yang memang

terkenal di kalangan masyarakat Brunei. Setiap makanan ini masing-masing mempunyai

perbezaan.

Makanan Kering

Puteri Mandi

Jala

Sapit

Katu Mayang

Cacah

Page 4: Teori segitiga semiotik

CARA-CARA MEMBUAT MAKANAN TRADISI WARISAN BRUNEI INI

1.                  KATU MAYANGMerujuk kepada Wikipedia, mengatakan bahawa katu mayang itu terlalu banyak pengertiannya. Seperti di Indonesia, katu mayang itu dikenali sebagai putu mayam manakala putu piring di Malaysia. Katu mayang ini di buat berasakan daun pandan dan tepung.

2.                  PUTERI MANDISebagaimana yang telah kita ketahui, puteri mandi itu diperbuat sepenuhnya daripada kelapa. Bagaimana ia dinamakan begitu berkemungkinan ia adalah kerana ia disaluti oleh hirisan kelapa yang menyelubungi kuih tersebut yang berbentuk bulat.

3.         BAHULUBahulu ini adalah salah satu makanan tradisi Brunei yang paling terkenal dan digemari oleh masyarakat Brunei. Oleh itu, cara membuat bahulu ini diwarisi turun temurun oleh generasi baru supaya dapat dikekalkan dan dipelihara. Bahulu ialah kuih “sponge” dan untuk membuatnya memerlukan acuan atau mangkuk yang tersedia dengan ukiran bunga-bunga yang menjadikan ia menjadi satu bentuk.

Bahulu ini boleh di ukir dengan pelbagai bentuk sama ada dalam bentuk ikan, bunga, buah dan bermacam-macam lagi. Pada masa lalu, untuk membuat bahulu  memerlukan haba api yang panas. Bahulu seolah-olah mengambarkan kenapa ia di gelar bahulu? Menurut setengah-tengah orang, bahulu itu merujuk kepada perkataan “bahu” iaitu berbau. Kenapa dia berbau?

Page 5: Teori segitiga semiotik

Disebabkan oleh bahulu itu terlalu kuat baunya ketika di masak. Maka orang pada masa dahulu mengelarnya sebagai bahulu. 

4.         TAPAI

Mungkin di dalam minda kita perkataan tapai itu merujuk kepada binatang bernama tupai. Namun di dalam konteks ini tapai itu merujuk kepada sejenis makanan yang di panggil tapai. Tapai adalah sejenis makanan yang di hasilkan melalui nasi dan di bungkus menggunakan daun nyirik dan perlu di param supaya menimbulkan rasa yang sedap.

5.         CACAH

Cacah pula juga tergolong di dalam makanan tradisi masyarakat Brunei yang amat digemari. Cacah ini dibuat sepenuhnya menggunakan nasi atau beras. Sebagaimana yang telah kita ketahui bentuk cacah itu seolah-olah seperti barisan lubang yang banyak dan oleh kerana ia berlubang maka masyarakat dahulu mengelarnya cacah. Berkemungkinan kerana tiada acauan moden atau bekas sesuai untuk mencantikan makanan ini maka mereka menggunakan tangan mereka dengan ‘mencacah’ tangan mereka menggunakan tangan mereka untuk menjadikannnya berlubang dan maka terbentuklah makanan kuih cacah.

Page 6: Teori segitiga semiotik

Teori Segi Tiga Semantik

  Perkembangan dalam ilmu semantik mengikut pandangan ahli-ahli bahasa, perlu

tergolong dalam ilmu linguistik yang telah menjelmakan tahap kedua dalam ilmu semantik iaitu semantik linguistik. Antara tokoh-tokoh utama yang terlibat dalam ilmu semantik linguistik ialah Ferdinand de Saussure, Odgen, I. A. Richards dan Ullmann. Konsep yang paling popular digunakan oleh ahli-ahli bahasa ini ialah konsep pemikiran dalam banyak usaha dan kajian mereka terhadap kajian makna.Teori awal yang mendukung konsep penerimaan (pandangan) ini ialah Ferdinand de Saussure (1916). Beliau memperkenalkan teori ‘tanda’ untuk menunjukkan gabungan petandan dan penanda. Menuru beliau, bahasa mempertalikan suatu imej (makna) dengan satu set lambang (bunyi bahasa atau symbol dalam teks tertulis) Oleh itu, lambang linguistik atau bahasa terdiri daripada penanda dan petanda. Petanda ialah ‘perkara yang dijelaskan’ manakala penanda ialah ‘perkara yang menjelaskan’. Dalam kata lain, penanda ialah makna atau mesej daripada petanda yang wujud daripada bunyi-bunyi bahasa. Sebagai contoh, kata kerusi ialah penanda manakala bunyi kata kerusi ialah petanda. Kedua-dua penanda dan petanda ini menjadi satu kesatuan yang merujuk kepada referen atau rujukan. Referen atau rujukan ialah benda atau hal yang berada di luar bahasa. Kedua-dua bunyi dan benda kemudiannya membentuk konsep, yakni tanggapan yang terbentuk dalam fikiran.            Ogden dan Richard (1923) pula telah mengajukan teori klasik mereka yang terkenal, iaitu teori ‘segi tiga semiotik’. Dalam teori tersebut, Odgen dan Richards melihat perhubungan antara simbol dan perujuk dengan rujukan atau fikiran. Simbol merujuk kepada unsur linguistik atau bahasa, iaitu kata, ayat atau sebagainya. Perujuk pula benda dan sebagainya, manakala fikiran atau rujukan mewakili konsepnya. Teori ini menjelaskan bahawa tidak terdapat sebarang hubungan langsung antara simbol dan rujukan tanpa perantaranya. Perantaranya atau kaitan adalah melalui fikiran atau rujukan, iaitu konsep yang didokong dalam fikiran kita. Ada kalanya, simbol diertikan sebagai perkataan, perujuk sebagai objek atau benda, dan rujukan sebagai konsep oleh sesetengah ahli bahasa. Bagi Ogden dan Richards, mereka menggelar ikatan antara perkataan dan konsep sebagai pertalian. Sementara ikatan antara konsep dan objek disebut rujukan. Hubungan antara objek dengan kata dinyatakan sebagai makna.             Sementara itu Ullman (1972:57) menjelaskan makna adalah berhubungan dengan nama atau bentuk bahasa. Beliau menyatakan bahawa apabila seseorang memikirkan maksud sesuatu perkataan, sekaligus memikirkan rujukannya atau sebaliknya. Hubungan dua hala antara maksud dengan perkataan itulah yang menyebabkan lahirnya makna. Menurut Ullman lagi (dalam Abdul Chaer, 2001:282) makna adalah hubungan antara makna dengan pengertian. Di samping itu Ullmann (1962:55), memperihalkan bahawa ada dua aliran pemikiran tentang konsep makna: aliran anatikal/referensial dan aliran operasional/kontekstual. Bagi menjelaskan lagi pengertian makna seperti mana yang diberikan oleh Ogden dan Richard (The Meaning of Meaning, 1956) pernah memberi16 pengertian dan erti bagi makna, Ullman (1957) telah menyenaraikan enam

Page 7: Teori segitiga semiotik

sebab bagi perubahan makna antaranya termasuk sebab-sebab linguistik (bahasa), sejarah, sosial, psikologi, pengaruh luar dan keperluan untuk kata baharu. Kajian semantik leksikal pula menurut Ullman (1957:34), merupakan domain kajian makna perkataan akan meneliti makna perkataan, kesignifikan imbuhan, perbezaan antara makna kata majmuk dengan komponennya dan lain-lain. Kajian ini berusaha untuk meneliti perubahan dalam semantik yang dialami oleh Bahasa Melayu. Ullmann telah berhujah bahawa, makna perkataan hanya dapat ditentukan berdasarkan penelitian terhadap penggunaannya sahaja.              Kesimpulannya, kedua-dua teori di atas adalah merujuk kepada teori mental. Kedua-dua teori ilmu semantik di atas merupakan cabang linguistik yang memberi tumpuan kepada persoalan makna dalam bahasa, yakni semantik ialah bidang ilmu yang mengkaji makna perkataan dan ayat dalam bahasa. Dalam teori mental ini didapati bahawa tidak semua perkataan dapat dikaitkan dengan imej mental, dan ada beberapa perkataan pula memiliki beberapa makna berbeza. Melalui teori tiga segi semiotik, dapatkan menegaskan lagi hal ini, yang mana menerangkan bahawa hubungan makna hanya akan dapat dijelmakan melalui kata, konsep dan objek. Dengan itu, tidak ada satu makna tunggal bagi satu-satu perkataan itu. Selain itu, setiap apa yang ada atau ditanggapi dalam minda orang lain tidak akan dapat kita memahaminya.

Tataistilah dan Tatanama

Tataistilah dan Tatanama

Tataistilah ialah kumpulan peraturan untuk membentuk istilah, temasuk kumpulan istilah yang dihasilkannya. Tatanama ialah kumpulan peraturan yang menentukan nama dalam bidang ilmu, termasuk kumpulan nama yang dihasilkannya.

TataistilahTata istilah (terminologi) adalah peringkat asas dan ketentuan pembentukan istilah serta kumpulan istilah yang dihasilkannya. Ringkasnya tataistilah merupakan kumpulan istilah bagi satu-satu bidang tertentu yang dibentuk menurut peraturan-peraturan yang ada. Misalnya, tataistilah matematik bermakna kumpulan istilah matematik yang ada telah dibentuk berdasarkan sistem tertentu contohnya darab, pengamiran, janjang, min, mod, graf dan sebagainya. Contoh lain: Metabolisme, demokrasi, saham, persamaan.

TatanamaTatanama (nomenklatur) adalah alat peraturan penamaan dalam bidang ilmu tertentu, seperti kimia dan biologi, beserta kumpulan nama yang dihasilkannya. Ringkasnya, tatanama ialah sistem mengenai pemberian dan penentuan pemakaian nama-nama istilah dan sebagainya berdasarkan kaedah atau asas-asas tertentu seperti tatanama kimia, biologi, fizik dan sebagainya. Misalnya: Natrium klorida, nukleus, ribosom, karbon dioksida.

Definisi Semantik

Definisi Semantik

Semantik ialah bidang yang mengkaji dan menganalisis makna kata dan ayat dikenali sebagai bidang semantik. Kata merupakan unit ujaran yang bebas dan mempunyai makna. Dalam

Page 8: Teori segitiga semiotik

bahasa kita dapat mengungkap fikiran, perasaan, pendapat, emosi, perlakuan dan keperibadian manusia.

Definisi daripada segi istilah pula, semantik berasal dari perkataan Yunani ‘semantickos’ yang bermaksud penting atau bererti. Jika dilihat definisi yang diberikan oleh tokoh bahasa, semantik ialah cabang linguistik yang akan membahas erti atau makna (J.W.M. Verhar, 1996). Selain itu, semantik merupakan bidang pengkajian linguistik yang objek penelitiannya makna bahasa (Abdul Chaer,1994).

Menurut Kamus Dewan, semantik bermaksud kajian tentang makna perkataan dan penambahan makna sesuatu kata. Secara umumnya semantik ialah ilmu tentang erti atau perubahan erti sesuatu perkataan. Secara khusus pula ialah kajian tentang lambang-lambang atau tanda yang menyatakan makna, hubungan antara makna dengan makna lain serta pengaruh makna terhadap masyarakat.