teori pembelajaran induktif

7
Teori Pembelajaran Induktif Di bawah pembelajaran konsep Bruner, maklumat disusun secara induktif iaitu bermula dari spesifik ke umum untuk membantu kanak-kanak memahami pembentukan konsep. Men. Di sini, guru tidak memberikan definisi konsep yang diajar tetapi pemahaman konsep kanak-kanak adalah dibina secara perlahan hasil daripada pendedahan kanak-kanak kepada pelbagai aktiviti dan pengalaman. Pembelajaran Penemuan Pembelajaran penemuan adalah suatu pembelajaran yang berbentuk inkuiri. Ianya melibatkan situasi penyelesaian masalah yang dilalui sendiri oleh murid. Mereka akan mengaitkan sendiri pengalaman mereka yang telah lepas dengan pengetahuan semasa untuk menemukan maklumat baharu yang sedang mereka terokai. Dengan cara ini, meraka akan lebih mudah memahami dan mengingati sesuatu perkara yang baru dipelajari. Guru akan bertindak sebagai pembimbing untuk memberi panduan yang sesuai kepada murid dengan mengemukakan masalah atau fenomena dan mengawasi aktiviti murid. Pembelajaran menerusi proses inkuiri membolehkan pembelajaran secara aktif berlaku kerana pelajar perlu meninjau sendiri masalah yang diberi. Contohnya, berapakah suhu didih air? Kemudian, pelajar dikehendaki menyiasat bagaimana fenomena ini boleh terjadi. Mereka boleh meneliti pelbagai alternatif dan data, membuat hipotesis dan menguji hipotesis yang telah dibuat sebelum membuat rumusan. Setelah jawapan diperoleh, jawapan tersebut dibincangkan bersama guru dan pelajar lain di dalam kelas. Implikasi Teori Pembelajaran Bruner Terhadap Pengajaran dan Pembelajaran Guru perlu menyediakan bahan bantu mengajar yang sesuai semasa proses pengajaran dan pembelajaran mengikut tahap kebolehan mereka. Sebagai contoh, guru perlu membawa banyak

Upload: eva-nathylea

Post on 04-Sep-2015

225 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

teori pembelajaran induktif

TRANSCRIPT

Teori Pembelajaran Induktif

Di bawah pembelajaran konsep Bruner, maklumat disusun secara induktif iaitu bermula dari spesifik ke umum untuk membantu kanak-kanak memahami pembentukan konsep. Men. Di sini, guru tidak memberikan definisi konsep yang diajar tetapi pemahaman konsep kanak-kanak adalah dibina secara perlahan hasil daripada pendedahan kanak-kanak kepada pelbagai aktiviti dan pengalaman.

Pembelajaran Penemuan

Pembelajaran penemuan adalah suatu pembelajaran yang berbentuk inkuiri. Ianya melibatkan situasi penyelesaian masalah yang dilalui sendiri oleh murid. Mereka akan mengaitkan sendiri pengalaman mereka yang telah lepas dengan pengetahuan semasa untuk menemukan maklumat baharu yang sedang mereka terokai. Dengan cara ini, meraka akan lebih mudah memahami dan mengingati sesuatu perkara yang baru dipelajari.

Guru akan bertindak sebagai pembimbing untuk memberi panduan yang sesuai kepada murid dengan mengemukakan masalah atau fenomena dan mengawasi aktiviti murid. Pembelajaran menerusi proses inkuiri membolehkan pembelajaran secara aktif berlaku kerana pelajar perlu meninjau sendiri masalah yang diberi. Contohnya, berapakah suhu didih air?

Kemudian, pelajar dikehendaki menyiasat bagaimana fenomena ini boleh terjadi. Mereka boleh meneliti pelbagai alternatif dan data, membuat hipotesis dan menguji hipotesis yang telah dibuat sebelum membuat rumusan. Setelah jawapan diperoleh, jawapan tersebut dibincangkan bersama guru dan pelajar lain di dalam kelas.Implikasi Teori Pembelajaran Bruner Terhadap Pengajaran dan Pembelajaran

Guru perlu menyediakan bahan bantu mengajar yangsesuaisemasa proses pengajaran dan pembelajaran mengikut tahap kebolehan mereka. Sebagai contoh, guru perlu membawa banyak bahan bantuan mengajar dalam bentuk gambar yang besar dan berwarna-warni ketika mengajar murid Tahun Dua. Manakala untuk murid Tahun Enam, guru boleh menggunakan kaedahpembelajaran penemuan di dalam kelas.

Kanak-kanak perlu diberi peluang untuk meneroka, menyentuhdan merasa supaya mereka memperoleh pengalaman yang boleh mewujudkan proses pembelajaran yang bermakna. Guru boleh memberikan situasi penyelesaian masalah dan membimbing murid dengan menyediakan bahan, menyuruh pelajar membuat pemerhatian, membentuk hipotesis dan menguji penyelesaian.

Guru juga boleh memberi contoh yang berkaitan dan contoh yang tidak berkaitan ketika mengajar supaya murid dapat melihat persamaan dan perbezaan idea-idea dalam sesuatu konsep. Penggunaan bahan-bahan sokongan seperti gambar, carta dan objek boleh digunakan untuk memudahkan murid memahami proses pembentukan konsep.

TEORI PEMBELAJARAN PENERIMAAN AUSUBEL

Latar Belakang

David Ausubel dilahirkan pada 25 Oktober 1918 dan telah dibesarkan di Brooklyn, New York. Beliau telah mendapat pendidikan di Universiti Pennsylvania. Di universiti itulah, beliau telah dianugerahkan Sijil Kehormat pada tahun 1939 dengan menerima Ijazah Sarjana Muda dalam major Psikologi. Kemudian beliau menamatkan pelajaran beliau di Sekolah Perubatan di Universiti Middlesex pada tahun 1943. Beliau juga telah berkhidmat dengan Jabatan Pertahanan US Public Health Service. Pada tahun 1950, beliau telah mendapat M.A dan Ijazah Kedoktoran dalam Psikologi Perkembangan dari Universiti Columbia.

Pada tahun 1973, beliau bersara dari bidang akademik dan menyertai latihan psikiatri. Ketika itulah Ausubel telah menghasilkan pelbagai judul buku dan artikel tentang psikiatri dan jurnal psikologikal. Pada tahun 1976, beliau telah menerima Anugerah Thorndike dari Persatuan Psikologi Amerika bagi sumbangan beliau yang memberangsangkan dalam bidang psikologi dalam pendidikan. Pada umur 75 tahun, Ausubel bersara dari bidang professional dan melibatkan diri sepenuhnya dalam penulisan dan telah menghasilkan empat buah buku yang terkenal.

Teori Pembelajaran Ausubel

David Ausubel merupakan seorang ahli psikologi Amerika dalam bidang Psikologi Pendidikan, Sains Kognitif dan juga pembelajaran dalam Pendidikan Sains. Beliau terkenal dengan teori pembelajaran secara penerimaan.

Mengikut pendapat Ausubel, pembelajaran bermakna berlaku apabila bahan pengajaran yang digunakan juga merupakan bahan yang bermakna. Terdapat dua aspek bahan yang bermakna ini iaitu teks pengajaran dan juga aspek penyampaian ilmu oleh guru. Menurut Ausubel, sekiranya kedua-dua aspek ini digabungkan maka akan terhasillah pembelajaran yang bermakna kerana murid dapat memperoleh banyak maklumat yang dapat dikuasai secara serentak melalui bahan pembelajaran yang berkesan iaitu melalui teks dan juga penyampaian ilmu oleh guru.

Menurut beliau lagi, pembelajaran bermakna ialah satu proses di mana murid itu sendiri mempunyai kesedaran dan tujuan dalamannya. Selain itu, bahan-bahan pembelajaran yang dipelajarinya juga adalah bermakna untuknya. Sekiranya murid hanya mempunyai tujuan untuk menghafal sahaja, maka hasil pembelajaran adalah berupa hafalan dan tidak bermakna. Menurut Ausubel, terdapat dua syarat untuk menjadikan pembelajaran melalui penerimaan ini menjadi bermakna iaitu murid mesti mempunyai sikap dan tujuan yang positif terhadap aktiviti pembelajaran dan pengetahuan sedia ada dalam struktur kognitif murid yang harus digunakan untuk mengaitkan dengan pelajaran baru.

Advance Organizeratau Pengurusan Awal

Advance Organizerbermaksud pengurusan atau pendedahan awal. Ausubel memperkenalkannya untuk menyesuaikan skema pelajar dengan bahan pembelajaran supaya pembelajaran optimal berlaku. Salah satu strategi untuk memastikan wujudnya kesesuaian tersebut ialah memulakan pembelajaran berpandukan kepada penyusunan awal. Ia merupakan struktur yang menerangkan hubungan antara konsep-konsep yang hendak disampaikan pada hari tersebut.

Advance Organizerperlu diberikan kepada murid sebelum sesuatu pengajaran sebenar dilakukan untuk memastikan murid mendapat pendedahan awal mengenai topik pengajaran yang baru. Ianya juga membolehkan murid mempelajari dan memahami perkara-perkara asas yang berkaitan dengan topik yang bakal dipelajarinya nanti supaya murid dapat memahami topik pelajaran sebenar dengan lebih mendalam. Sebagai contoh, sebelum guru ingin mengajar topik ukuran kepada murid,guru harus memastikan murid-muridnya dapat membuat perbandingan terhadap saiz fizikal, kuantiti dan nilai benda tanpa melibatkan unit ukuran.

Dua Jenis Pengurusan Awal

1)Pengurusan Awal Perbandingan/ KomparatifPengurusan awal perbandingan/komparatif merujuk kepada pengetahuan sedia ada yang berkaitan dengan isi pelajaran yang akan dipelajari. Pengetahuan sedia ada dalam struktur kognitif akan digunakan untuk mempelajari maklumat baru. Sebagai persediaan menerima maklumat baru, penyusunan semula maklumat awal akan berlaku dalam struktur kognitif. Ini bermakna murid akan mengingat kembali maklumat yang telah wujud dalam pemikiran.

2) Pengurusan Awal Ekspositori.Pengurusan awal ekspositori pula diberikan oleh guru jika pelajar tidak atau belum mempunyai pengetahuan sedia ada yang ada kaitan dengan isi pelajaran yang akan dipelajar. Guru akan memberikan maklumat awal dalam bentuk gambaran, teks, lakaran peristiwa dan sebagainya untuk memudahkan mereka menerima maklumat baru kelak.

Maklumat tersebut didedahkan atau dipersembahkan lebih awal agar pelajar mempunyai pengetahuan sedia ada untuk mempelajari maklumat baharu. Contohnya, jika mereka tidak tahu tentang logam, guru perlu mengajar tentang logam terlebih dahulu sebelum mengajar topik aloi. Dengan cara ini, pelajar akan lebih mudah menerima maklumat yang disampaikan oleh guru semasa proses pengajaran dan pembelajaran.

Pembelajaran Konsep Melalui PenerimaanKonsep merupakan kategori mental tentang objek, peristiwa atau set idea yang mempunyai ciri-ciri yang sama. Keupayaan melihat ciri-ciri persamaan satu-satu kategori objek atau peristiwa dinamakan pembelajaran konsep.

Menurut Ausubel, sekiranya guru menyampaikan pengajarannya secara terancang iaitu bermula dengan mengaitkan pengetahuan sedia ada dan disusun secara berperingkat - peringkat,pembelajaran bermakna boleh berlaku. Guru hendaklah menggunakan pendekatan deduktif iaitu menyusun atau menyampaikan maklumat iaitu daripada pemahaman konsep umum kepada idea yang khusus berasaskan laras bahasa yang sesuai dengan keupayaan murid. Murid dapat memperoleh maklumat dengan lebih cepat dengan penggunaanAdvance Organizerataupun Penyusunan Awal. Guru juga perlu menyusun langkah pengajaran dan penyampaiannya secara sistematik apabila mengajar sesuatu konsep untuk membantu murid mempelajari sesuatu perkara dengan sempurna. Ini bermakna, murid memperoleh maklumat dengan menerima ilmu yang disampaikan oleh guru.

Contohnya guru ingin mengajar konsep pen. Terlebih dahulu guru perlu mempersembahkanAdvance Organizerseperti menunjukkan gambar lakaran alat tulis pelbagai jenis, lakaran dan tulisan yang menggunakan dakwat dan bukan dakwat. Setelah itu guru perlu mengemukakan contoh positif dengan menunjukkan pelbagai jenis pen seperti pen dakwat celup, pen magik, pen marker dan pen mata halus. Guru boleh memberi masa dan peluang kepada murid menggunakan pen tersebut.

Kemudian, guru boleh menunjukkan contoh negatif yang menyerupai dengan pen iaitu alat tulis lain seperti pensel, karyon dan pensel warna. Murid dibenarkan untuk menggunakan alat-alat tersebut dalam tempoh yang ditetapkan. Guru boleh berbincang bersama murid tentang ciri-ciri persamaan dan perbezaan berdasarkan contoh positif dan negatif. Rumusan atau konsep boleh dibina dengan mengatakan pen ialah alat tulis yang menggunakan dakwat. Guru juga boleh memberikan contoh tambahan berkaitan pen.

Implikasi Teori Pembelajaran Ausubel Terhadap Pengajaran dan Pembelajaran

Maklumat umum tentang sesuatu topik perlu dipersembahkan sebelum memberikan contoh khusus dan membincangkan topik secara terperinci berkenaan. Contohnya, jika guru ingin mengajar konsep burung, guru perlu menjelaskan definisi dan ciri-ciri burung terlebih dahulu sebelum menjelaskan pelbagai jenis burung.

Seterusnya, dengan pengetahuan sedia ada, guru dapat membantu murid membuat perbandingan maklumat baharu dengan maklumat atau pengetahuan sedia ada. Maklumat dalam bentuk yang sesuai dengan keupayaan murid perlu diberikan supaya murid dapat memahami pembelajaran baharu sekiranya mereka tidak ada pengetahuan terdahulu yang berkaitan dengan pembelajaran baharu.

Guru juga perlu menyusun atur penyampaian pengajaran dan pembelajaran secara sistematik, langkah demi langkah serta menggunakan bahan serta laras bahasa yang sesuai dengan peringkat umur pelajar. Contohnya, jika guru ingin mengajar topik Tanaman Hidroponik, guru boleh menggunakan satu penyusunan awal dalam bentuk gambar sayuran hidroponik dan ciri-cirinya.

Guru juga perlu menyediakan dan menggunakan alat bantu mengajar yang konkrit mengikut tahap pemikiran murid untuk membantu pemahaman murid serta penyampaian guru. Contohnya, guru boleh menyediakan bahan maujud peralatan hidroponik seperti takung, penutup takung, medium semaian, larutan nutrien dan raga tanaman ketika mengajar tajuk Tanaman Hidroponik.